kabangkitan nasionalisme
-
Upload
santha-clause -
Category
Documents
-
view
240 -
download
0
Embed Size (px)
Transcript of kabangkitan nasionalisme

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 1/31
PENGENALAN
Nasionalisme sebenarnya boleh didefinisikan sentimen kecintaan terhadap sesebuah
Negara. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa sahaja yang dapat
mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi memebebaskan tanah air daripada cengkaman
kuasa asing. Semangat nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan untuk menebus maruah
bangsa serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan Negara. Nasionalisme juga
ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan
kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa
asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta
membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme
bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi.
Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut oleh pihak
penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan British. Perlu
ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang
melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat
taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia
orang cina ialah terhadap negara cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india.Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu
daripada belenggu penjajah British pada tahap awal.
Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, telah memberikan
pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, telah menimbulkan
kebangkitan di kalangan penduduk supaya menentang British. Kemudiannya telah menggalakkan
perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah
Melayu.
Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah mahu mengekalkan penjajahannya,
manakala golongan yang terjajah mahu membebaskan diri daripadanya. Kebangkitan semangat
kebangsaan di Tanah Melayu tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apa
yang membezakannya adalah dari segi corak gerakan kebangsaan itu. Masyarakat di Tanah
1

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 2/31
Melayu mempunyai beberapa aliran nasionalisme kerana penduduknya berbilang kaum.
Semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu telah ada sejak campur tangan British
pada tahun 1874.
Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-
negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat
tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato’ Maharaja
Lela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagi
mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini. Namun begitu,
penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal membebaskan Tanah Air daripada belenggu
penjajahan British kerana penentangan pembesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat
sokongan segenap lapisan masyarakat. Selain itu, setiap pembesar menentang semata-mata untuk
menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British. Mereka juga kalah kerana tidak
mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjata-senjata moden berbanding kerajaan British.
Kegagalan mereka tidak mematikan semangat nasionalisme orang Melayu, sebaliknya orang
Melayu memendamkannya ibarat ‘api dalam sekam’. Pada abad ke-20, semangat nasionalisme
orang Melayu semakin bersemarak. Pada peringkat ini, strategi yang digunakan adalah berbeza.
Kesimpulannya, Nasionalisme adalah satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap
bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri, menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut
kesetiaan individu disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi
perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian mendorong
kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada
pemerintahan kuasa. Oleh itu, semangat untuk mencapai kemerdekaan bagi negara kita adalah
penting agar kita dapat bernaung dibawah tampuk pemerintahan sendiri dan bukannya dikuasai
oleh kuasa asing.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN NASIONALISME
2

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 3/31
Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dapat
dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran. Bagi faktor
luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi
kesan yang sangat besar kepada perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah
Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepatkan kebangkitan semangat
nasionalisme orang Melayu.
FAKTOR DALAMAN
Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah Melayu dan
memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan menyemarakkan semangat
nsionalisme orang Melayu.
FAKTOR AGAMA
Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang
tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik
mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya
masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang
Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial
ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah
melahirkan kumpulankumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk
memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.
Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan
kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini,
golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam
di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam
ke Universiti Al- Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula
sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi dan social orang
Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran
3

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 4/31
dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan
ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-
Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh
Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntutpenuntut Melayu yang
membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed
Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.
Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20,
mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negerinegeri Melayu. Oleh sebab fahaman
mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti
kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka
mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks
ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan
nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner
ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran
dunia yang menghadapi perkembangan pesat.
FAKTOR DASAR PENJAJAHAN BARAT
Ketika penaklukan British ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan
kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu. Pihak
British kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang
merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan
ini paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu. Akibat daripada keadaan ini,
institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa
mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula,
pihak British telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk
mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat melayu
dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, dimana daripada
jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu,
495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula
4

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 5/31
menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan
dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang bukan melayu menjadi peserta yang
kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan orang melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit
demi sedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.
FAKTOR KESEDARAN ORANG MELAYU TENTANG KEMUNDURAN MEREKA
Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut menjadi punca
dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang melayu menjadi penduduk pribumi
tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu
yang berasaskan getah dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada
kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh orang Cina dan
pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong bjih timah dimiliki dan
diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cina pula menguasai sektor ekonomi di kawasan
Bandar seperti menjadi peniaga.
Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang tinggal di Negeri-
Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal
jauh kerana system pendidikan melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan
kedudukan orang melayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka
perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan di Negeri-
Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi hak yang sama
dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut
akan menggugat kedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan
semangat nasionalisme orang melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka di Tanah
Melayu.
FAKTOR SISTEM PENDIDIKAN
5

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 6/31
Terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah
inggeris yang disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di
kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya,
tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dikalangan orang melayu.
Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada
ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan
yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh
kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka
tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar melayu telah
digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman
pengetahuan. R. J. Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa
surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap
kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat
khabar, telah membuka mata orang melayu, terutamanya generasi muda terhadap isu-isu yang
mempengaruhi orang melayu.
Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan
madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini,
mereka dapat mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa british dan
kemasukan kaum imigran. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan
peranan untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walaubagaimanapun,
menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka barulah sekolah-sekolah
pondok dan madrasah telah membuka minda kaum melayu terhadap masalah-masalah politik
yang dihadapi oleh mereka di tanah melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras
membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.Kesimpulannya,
perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan peranan penting
dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.
FAKTOR GOLONGAN INTELEKTUAL
6

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 7/31
Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalaman kebangkitan
semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah politik demokrasi,
liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan nasionalisme. Sistem pendidikan yang sama
antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat
kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang
sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran.
Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik,
Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu
kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan
pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang
akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.
Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar.
Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi
menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu
dengan membuat bidasan dan kritikan serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula
adalah pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan
ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam
bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka
pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu
dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.
Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan pemimpin
PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari merupakan kemerdekaan bagi Tanah
Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di
Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu)
dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-
Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor.
Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-
pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam dan
mereka didorong untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam
yang sebenar.
7

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 8/31
Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau perjuangkan hak dan
keistimewaan orang Melayu. Beliau juga mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di
samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga
bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-
guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam
untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan
membela bangsa dan negara mereka. Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu
pada tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera dan membangkitkan semangat
nasionalisme.
FAKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Melalui faktor bahasa dan kesusasteraan ini,tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai
tulisan rasmi Bahasa Melayu . Pengaruh Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agama
dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Ini sebenarnya
membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri. Antara lain ialah kewujudan
sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa
Melayu sebenarnya semakin hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini
dapat memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.Bahasa Melayu hanya
digunakan dalam Sekolah Melayu.
Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa
Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam
bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu
tiidak faham apakah yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan
kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu melahirkan
ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung, dapat memperkukuhkan
perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam
Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan
8

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 9/31
jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti
Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan
Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai
Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup
berkorban.
Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan.
Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan
wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera
Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan
memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat
Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai
kemajuan.Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen
menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang
terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya
rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada
Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji
Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui
cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak
disampaikan.
Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah melahirkan para
pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa
seperti PASPAM (berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti
sebelum penjajahan) turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa
dan Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat
penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui
penggunaan Bahasa Melayu . Dengan itu, Melayu tidak lagi berpecah dan dikenali dengan
keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dan lain-lain.
9

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 10/31
FAKTOR LUARAN
FAKTOR PENGARUH DARI JEPUN
Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-
pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun
mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi Barat,
sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham dan keazaman
dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila dapat mengalahkan
Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan kepentingan
pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjadikanr akyat kuat menentang
penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal
Tanah Melayu.Dalam peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905)
menyaksikan Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan
kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang
digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak
mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.
Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah menghasilkan
karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang menceritakan sejarah Jepun. Karya
ini telah dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya
daripada bahasa arab. Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta
menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini
termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya
teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar orang British dari Tanah
Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka
ialah Syed Sheikh al- Hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka
dalam aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun mengalahkan
kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa orang melayu juga boleh
mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut
timbulnya Gerakan Kesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi China yang
10

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 11/31
dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat
Tanah Melayu untuk menentang British.
FAKTOR GERAKAN PEMULIHAN ISLAM DI MESIR
Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme
telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda reformis islam timur
tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid
Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh
dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau
menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Syeikh
Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak azan moden,
tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah
berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti yang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis.
Yang disesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai
sesuatu pendapat atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru,
progresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.
Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-
Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, gerakan ini turut bermatlamat
untuk membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya
dengan ajaran Islam yang sebenar. Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran
Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk mencapai
kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan yang terakhir
ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai
orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari
agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme
di timur tengah itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula
menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama islam.
11

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 12/31
Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu
yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar
yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan
Islah-Islam. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama
islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh
Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-
idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum
Melayu menerusi majalah al-Imam.
FAKTOR GERAKAN DI TURKI
Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam,
Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda. Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan
untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah.
Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno
yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun
1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani.
Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi
gagal. Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal.
Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal. Semasa
Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa Berikat.
Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan segala
perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad
terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat berita
dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan
surat peribadi pejuang-pejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail
Mansur dan Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan
dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki akan menang
dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di
12

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 13/31
Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India berjaya membunuh
lebih 40 orang British dan hampir Berjaya menakluki Singapura.
Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia
Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat
untuk mengekalkan kuasa Turki dan system Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di
Singapura dikawal rapi oleh British. Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang
dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan
Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik
pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki
Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak
mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi
atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan
dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.
Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka
membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki
dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat
untuk menguasai bidang ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada
golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di
Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk
bergiat dalam politik.
FAKTOR PENGARUH DARI INDONESIA
Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah memberi
semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan British.
Beberapa parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam.
Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat
Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik
13

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 14/31
yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said
Tjokroaminoto dan Agus Salim.
Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya
menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim
bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang
memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul
Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di
Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat
Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui
ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.
Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi
menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin
Abdul Hamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam
dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti
Komunis Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun
1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan
dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis
di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar
dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat
mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Yang terakhir sekali
ialah Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927.
Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan
sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan dasar
tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang
nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideologi yang
menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar
melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang
Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu.
14

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 15/31
Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri
daripada kuasa penjajah.
ASAS PERJUANGAN DAN PERANAN YANG DIMAINKAN
ASAS PERJUANGAN
Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3 golongan elit
yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah yang lebih baik. Kumpulan
yang pertama ialah golongan reformis Islam berpendidikan Arab yang ingin mengetengahkan
islam sebagai jalan memajukan keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi
islam yang berlaku di timur tengah. Kumpulan kedua ialah golongan inteligensia berpendidikan
Melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih radikal. Kebanyakan mereka
terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit melayu yang ketiga ialah golongan birokrasi
berpendidikan, mereka terdiri daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan
bangsawan melayu.
Perkembangan nasionalisme boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap Pertama
dan Tahap Kedua.Tahap Pertama lebih kepada penentangan masyarakat secara terbuka tetapi
bersifat setempat & tidak berorganisasi.Faktorfaktor yang diketengahkan ialah isu-isu
kebudayaan, agama, & hak peribumi.Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan
Barat & Asia Barat dan lebih menekankan kesedaran politik. Orang Melayu menuntut hak-hak
mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki. Namun pada tahap ini, mereka tidak
meminta kemerdekaan.
Bagi Tahap Kedua pula, Gerakan nasionalisme yang lebih radikal & berorganisasi. Ini
kerana kegagalan dalam sifatnya yang serdehana dalam tahap pertama. Tahap ini dipimpin oleh
golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan & ilmu
pengetahuan Barat supaya menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta
kesannya terhadap bangsa & negara. Matlamat mereka ialah menuntut kemerdekaan &
membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.
15

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 16/31
EMPAT MOTIF BAGI MENGGERAKKAN SEMANGAT NASIONALISME.
Pertama ialah menentang dan cuba manghalau keluar pihak penjajah yang
dianggap membawa masuk unsur yang mengancam struktur politik dan identity budaya
pribumi. Kedua ialah mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pribumi. Ketiga
ialah mengembalikan tamadun lama dan yang terakhir ialah menegakkan kedaulatan dan
kemerdekaan negara. Selain daripada asas perjuangan yang diterangkan di atas, majalah turut
memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Hakikatnya ,
majalah lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi.
Antara lain,ianya turut menyentuh isu-isu kemajuan bangsa dalam semua aspek. Antara majalah
yang diterbitkan ialah Majalah Guru,Pengasuh dan Bulan Melayu. Dalam majalah guru yang
telah dikarang oleh Muhammad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid, isu
pendidikan anak-anak melayu dan membaiki taraf hidup orang melayu telah dibangkitkan.
Semangat cinta akan Negara dan menentang penjajahan telah ditiupkan ke dalam jiwa orang
melayu. Majalah ini turut mewujudkan perpaduan dalam kalangan guru sebagai pemimpin untuk
memartabatkan bahasa . Secara tidak langsung majalah ini dapat memajukan bahasa dan sastera
melayu. Majalah pengasuh yang dikarang oleh Dato’ Nik Mohamad pula telah membangkitkan
isu seperti memperluas ilmu dalam semua bidang dan menggesa orang melayu menjauhi sifat
buruk. Majalah ini turut membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan
ummah serta memberikan penafsiran kepada persoalan orang islam. Antara lain ialah
menggalakkan pendidikan di kalangan orang melayu.
PERANAN AKHBAR
Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang
menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah dibangkitkan di
dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan pendidikan orang melayu dan
memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan British. Dari segi
ekonomi,mereka meminta supaya British mengurangkan kadar kemasukan orang dagang. Dari
segi politik,mereka menyeru orang melayu bersatu dan mengkritik British kerana mengurangkan
kuasa raja-raja melayu. Antara lain,turut terdapat tulisan Zaaba di dalam Al-Imam dan Mohd.
16

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 17/31
Eunos Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi sisipan akhbar Inggeris ‘Free
Press’. Tulisan-tulisan itu membawa aliran menyeru orang Melayu supaya bersatu dan membina
jati diri masing-masing. Aliran itu cepat meninggalkan kesan di hati umat Melayu yang
sebelumnya terlowong kosong.
Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan bacaan di kedai-
kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah supaya isi yang dibaca itu dapat
dikongsi oleh semua Melayu lain yang mendengarnya. Aliran kesedaran itu bertapak semakin
kukuh pada sekitar tahun 1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa
pada dekad itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatang-
pendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang
asing mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu muncullah seorang demi seorang nasionalis
Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam
bidang persuratan dan persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat
kebangsaan mula tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di suatu
garisan yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan tidak mempunyai pilihan
lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan dipijak lumat. Seruan-seruan yang
mengajak Melayu bersatu muncul dengan banyaknya.
Pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan
oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin,
Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan
dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk
kemajuan masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai
kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi.
Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh
akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Al-Ikhwan
diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga
tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah
meneruskan perjuangan al- Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam
bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa
rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.
17

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 18/31
Saudara pula mula diterbitkan pada tahun 1928. Tokoh utama akhbar ini ialah Syed
Syeikh al-Hadi juga. Akhbar ini meneruskan seruan menyeru rakyat memajukan diri. Majlis
mula diterbitkan pada tahun 1935 dan tokoh utama akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai. Akhbar
ini merupakan akhbar kebangsaan yang pertama dan kandungan akhbar ini ditujukan kepada
desakan kepada Inggeris melindungi hak orang Melayu. Warta Malaya iaitu sebuah akhbar yang
memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk maju dan ia mengecam dasar-dasar Inggeris
yang tidak memberi perhatian kepada kehidupan orang Melayu.
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang
pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau
dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu.
Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut
menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Warta Sarawak merupakan lambang
kesedaran dan kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak . Antara lain
akhbar ini mendesak kerajaan supaya meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu dan menyeru
kepada orang Melayu supaya tidak menjual tanah dan bergiat dalam bidang perniagaan.Selain
akhbar yang disebut, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak
Lembaga Malaya,Majlis dan sebagainya. Syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita
dalam bahasa Melayu juga ditubuhkan. Contohnya ialah Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang
dan Tanjong Penegeri yang diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang. Bagi Jawi Peranakan pada
tahun 1876 ialah Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, Warta
Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu dan Taman
Pengetahuan
Terdapat juga akhbar Orang Cina. Orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II.
Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Pada
tahun 1881 akhbar Lat Pau telah diterbitkan. Ianya melaporkan tentang kegiatan sosial danekonomi orang Cina di Tanah Melayu. Ianya juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara
China. Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina
Peranakan (Baba dan Nyonya). Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor,
Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan. Pada tahun 1884 akhbar Bintang Timor
18

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 19/31
diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita
pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang.
Pada tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Peranakan yang membicarakan hal ehwal
masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah
Tanah Melayu. Turut tidak ketinggalan ialah Akhbar Orang India . Akhbar yang diterbitkan
ialah akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa. Pada 24 September 1924 akhbar
Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur. Ianya melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan
ekonomi orang India di Tanah Melayu dan juga peristiwa yang berlaku di negara India. Terdapat
juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan. Antaranya ialah
Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri. Pada tahun 1888
akhbar Sekolah Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu.
PERANAN BADAN-BADAN DAN KESATUAN
Persatuan- persatuan yang dibentuk oleh orang melayu bermula pada abad ke-20. Ianya
banyak membincangkan persoalan ekonomi,pendidikan,bahasa sastera,perpaduan,dan pembelaan
politik. Antara persatuan yang aktif ialah Kesatuan Melayu Singapura (KMS), PASPAM,
Persatuan Negeri, KMM, dan Kongres Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib
orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir
dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) yang dianggotai oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan
dan peniaga . KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam
semua bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yangsedikit bilangannya dilindungi.
Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu melibatkan diri
dalam pemerintahan.Ia juga sebagai perantaraan antara orang Melayu dengan penjajah Inggeris.
Antara lain ialah menggalakkan orang Melayu menumpukan perhatian terhadap negeri dan hak-
19

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 20/31
hak mereka serta memajukan orang Melayu dalam bidang siasah (politik) dan pelajaran. Ianya
juga dapat menggalakkan orang Melayu mendapat pelajaran tinggi dan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Selain itu, turut menjadi perantaraan bagi orang Melayu menyuarakan
kehendak mereka kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjaga kepentingan orang Melayu
di Singapura. KMS menggesa orang Melayu bersatu-padu dan bekerjasama demi kepentingan
orang Melayu. KMS berjaya mendesak Kerajaan Selat memberikan sebuah kawasan untuk orang
Melayu. Tanah kawasan itu seluas 251 hektar. Kawasan itu telah didirikan Kampung Melayu.
Selain itu, KMS juga mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan Sekolah Pertukangan bagi
orang Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di Singapura adalah besar sehingga cawangan-
cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang dan Melaka dalam tahun 1937. Keseluruhannya,
penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa orang Melayu untuk memperjuangkan
kebebasan dan kepentingan orang Melayu.Bagi Kesatuan Melayu Singapura, Eunos tentulah
merupakan presiden pertubuhan politik Melayu yang pertama juga.
Bagaimanapun peranan Eunos dalam meniupkan semangat nasionalisme tidaklah begitu
ketara kerana oleh banyak kalangan, dia dianggap Melayu yang taat pada Inggeris. Apa juga
yang tersirat di sebalik usaha menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura, ia tetap merupakan
langkah yang baik ke arah penyatuan Melayu. Dan langkah itu meninggalkan kesan ke atas
perjuangan Melayu. Walaubagaimanapun perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan
kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat
perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun
1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap
menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.
Pada penggal kedua 1930-an muncul sebuah lagi organisasi tidak rasmi yang menjadi
tempat Melayu menghimpunkan suaranya. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) telah
ditubuhkan pada 7 April 1934. Dinamakan Sahabat Pena, organisasi itu berjaya mengumpulkan
belasan ribu ahli, yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Melayu dari Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Sabah yang menyedari akan pentingnya mempertahankan hak. Ianya
dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis,
20

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 21/31
berkenalan dan bertukar pendapat antara satu sama lain bagi memajukan diri sendiri dan
bangsa.Secara tidak langsung telah mengeratkan lagi perpaduan antara ahlinya. Kerana itulah
organisasi ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada ahlinya. PASPAM Merupakan
sebuah parti yang menjadi asas kepada kesedaran perpaduan. Pada tahun 1939 Sahabat Pena
dikatakan mempunyai ahli lebih 12,000 orang - jumlah yang tidak boleh dipandang kecil jika
diambilkira latar belakang komunikasi pada waktu itu.
Kesedaran Melayu untuk bangkit dan bersatu itu bukanlah kerana pendidikan dan
bukan kerana ilmu. Majoriti Melayu tidak berpeluang menimba ilmu sehingga mampu
mencetuskan kesedaran sedemikian di jiwa mereka. PASPAM merupakan pertubuhan Melayu
yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. Pertubuhan ini membolehkan kaum Melayu dari
seluruh negara bertemu dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi olehkaum Melayu. Sebagai satu cara untuk menegaskan kesedaran orang Melayu terhadap
bahasanya, persatuan ini menganjurkan cogan kata “Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa”. Pada
bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan persidangan kebangsaannya yang pertama
di Taiping. Persidangan ini merupakan mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang
diadakan di kalangan orang Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil dalam
persidangan tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa kepada pertambahan
anggotanya.
Persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan
SerembanMenjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih daripada 1000 orang
di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hampir 10000 orang ahli menjelang
pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat lagi menjadi 12000 orang. Pemimpin-
pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi, S.M. Zainal Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi
dan Hamidun bin Mohammad Hashim. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan
telah berlaku di kalangan pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati
terhadap pemimpin pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab
dan India Islam. Namun demikian, PASPAM telah memainkan peranan penting dalam
perkembangan nasionalisme Melayu.
21

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 22/31
Selain itu, pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-
pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada
awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj,
pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, Abdul Karim Rashid, Hassan Maran,dan Haji Othman
bin Abdullah,Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, serta Ahmad Boestamam
telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda. di Kuala Lumpur. Kebanyakan pemimpin-pemimpin
ini adalah bekas penuntut MPSI. KMM merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang
pertama di Tanah Melayu serta bersifat radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama
dan menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British.Tujuan Penubuhan KMM ialah
untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu serta
mempertahankan hak.
Mereka juga berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara
lain bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya.
Kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
Mereka mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British. KMM menerbitkan
akhbar-akhbar seperti Warta Malaya, Majlis untuk membangkitkan perasaan anti British dan
memperjuangkan cita-cita KMM. serta menyebarkan dasar tidak bekerjasama sebagai matlamat
perjuangannya. KMM juga mendapat sambutan baik dari bekas pelajar Melayu yang menjadi
guru sekolah Melayu dan guru dan penuntut sekolah agama dari Madrasah al-Masyhor di Pulau
Pinang dan dari Ilhaya Assyariff di Gunung Semanggul, Perak selain mendapat sambutan baik
bekas penuntut MPSI. Hasil dari sokongan mereka, pergerakan KMM telah meluas dan ia
mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu.
Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Di
Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja Shariman, di Pulau Pinang
oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di
Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias
Karim, di Singapura oleh Ishak Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di
Terengganu oleh Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul
Rasihd.
22

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 23/31
Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama telah
menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris bertambah curiga
apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM dengan pemimpin Indonesia terutama
pemimpin komunis. KMM juga mendapat bantahan daripada golongan yang berpendidikan
Inggeris dan golongan bawahan. Golongan berpendidikan Inggeris membantah KMM kerana
KMM bersikap anti birokrasi. Golongan bawahan membantah KMM pula disebabkan mereka
masih mengharapkan kepimpinan daripada sultan-sultan dan golongan aristokrat yang dianggap
sebagai pelindung masyarakat Melayu dan rakyat jelata tidak tertarik dengan idea penyatuan
Tanah Melayu dengan Indonesia. Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak
dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau
berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam
pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang
mendatang.Oleh sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka
pada 1941, kira-kira 150 anggota KMM telah ditangkap oleh British dan dipenjarakan di
Singapura. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji Muhammad, Hassan Manan, Idrus
Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam yang akhirnya di bebaskan semasa pemerintahan
Jepun. Akhirnya pada tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun
Pada akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan seperti
Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu Selangor
(1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan
Persatuan Melayu Kelantan (1939). Lain-lain persatuan adalah seperti Persatuan Melayu Melaka
(1937), Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939) . Tujuan utama
penubuhan persatuan-persatuan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi dan sosial orang
Melayu. Persatuan-persatuan ini dianggotai oleh cerdik pandai Melayu yang berpendidikan
Inggeris dan berkhidmat dengan British manakala perjuangan mereka bersifat sederhana. Mereka
menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British. Ini
kerana mereka dapat mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu
dalam pentadbiran kerajaan. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, maklumat bagi setiap
persatuan akan dihuraikan serba sedikit.
23

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 24/31
Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala Lumpur. Pemimpin-
pemimpin utamanya berasal daripada golongan pemerintah yang kebanyakannya berpengetahuan
Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja
Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang dan Raja Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini
bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik. Tujuan-tujuannya ialah untuk mendesak Kerajaan
Inggeris supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri Selangor dan memperbaiki taraf pendidikan,sosial dan kebajikan orang Melayu.
Mereka meminta agar memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar dan Penolong
Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu.Mereka turut mahu memperluaskan peluang
pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi orang Melayu.
Keanggotaan askar melayu juga mulai bertambah dan menubuhkan angkatan laut dan
udara Tanah Melayu. Persatuan ini juga telah membuat beberapa bantahan dan permintaan
terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah membantah cadangan Inggeris untuk menubuhkan
sebuah universiti pada tahun 1938 kerana orang Melayu yang layak memasuki universiti masih
belum mencukupi.Kemudian, mereka turut membantah Undang-undang Simpanan Tanah
Melayu yang dianggap sebagai satu cara Kerajaan Inggeris untuk menyekat kegiatan ekonomi
orang Melayu.Selain itu, mereka juga mendesak Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar
Melayu diperbesarkan lagi sehingga menjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut
Melayu ditubuhkan. Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu Selangor
telah menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada pemerintahan Inggeris.
Selain itu, Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940
merupakan kemuncak kepada kesedaran orang melayu di mana soal kemunduran orang melayu
dalam pendidikan dan ekonomi telah dibincangkan. Golongan intelek melayu banyak memberi
sokongan selain daripada akhbar-akhbar melayu. Pada tahun 1939 kongres yang pertama
diadakan di Kuala Lumpur. Ianya dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan
Persatuan Melayu Selangor. Tujuan diadakan adalah untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan
di kalangan orang Melayu serta membincangkan soal layanan pilih kasih British kepada anak
negeri. Secara tidak langsung mereka telah berjaya menghimpunkan wakil daripada semua
24

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 25/31
persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu. Pada tahun 1940 kongres kedua
diadakan di Singapura. Perhimpunan kali ini mereka berjaya menarik lebih banyak penyertaan
persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei. Mereka menyarankan semua persatuan
Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing. Kongres ketiga tidak dapat
diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 . Kemuncak kesedaran
kebangsaan orang melayu adalah ketika menjelang Perang Dunia Kedua. Melalui kongres ini
dapat menggambarkan perpaduan antara orang melayu yang kuat untuk menyelesaikan
permasalahan sosioekonomi dan politik mereka. Akhirnya,orang melayu dapat mengatasi
perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Persatuan Melayu Perak pula ditubuhkan pada 18 September 1939 di Ipoh oleh 104 orang
yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin-pemimpin yang utamaialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim. Persatuan Melayu Perak
merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sederhana. Ia tidak mahu terlibat dalam bidang
politik tetapi menumpukan perhatian terhadap kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan
ekonomi orang Melayu di Perak. Tujuan-tujuan utama persatuan ini adalah untuk menggalakkan
kerjasama antara ahli-ahli.Selain itu turut dapat meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi
orang Melayu serta menggalakkan ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan
raja.Mereka juga mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan kepentingan orang
Melayu.Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu terlibat dalam hal politik yang
didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh akhbar Majlis. Akhbar Majlis menyatakan
bahawa Persatuan Melayu Perak yang tidak berbau politik tidak dapat memperbaiki keadaan
orang Melayu.
Bagi Persatuan Melayu Semenanjung pula, ianya ditubuhkan dalam tahun 1930,tetapi
persatuan ini tidak mendapat sambutan kerana semangat kenegerian yang terlalu kuat.
Persatuan Melayu Pahang pula ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di bawah pimpinan
Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja. Tujuan persatuan ini ialah untuk
memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang Melayu dan menyampaikan masalah orang
Melayu kepada Kerajaan Inggeris.
25

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 26/31
Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 9 September 1938.
Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin Haji Mohammad
Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang
Melayu di Singapura.
Kemudiannya, Persatuan Melayu Kelantan ditubuhkan pada 20 April 1939. Pemimpin
utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan Ahmad Ismail. Anggota-
anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang berpendidikan Inggeris. Tujuan utama
persatuan ini ialah untuk menyatukan orang Melayu dan berikhtiar memajukan keadaan ekonomi
dan sosialnya.
Sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan
perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal. Pada awal kurun ke-20 terdapat beberapa
pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Mereka
ini menumpukan perhatian kepada negara China. Terdapat juga orang Cina yang memberi
perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri
Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British. Pada tahun 1900 Persatuan Orang
Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan
Inggeris. Antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah
Liang Seah
Presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim. Antara pengasas utama persatuan ini
ialah Lim Boon Keng. Tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan orang Cina
Peranakan di Negeri-Negeri Selat. Selain itu juga menggalakkan orang Cina Peranakan
memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal . Mereka juga menunjukkan taat setia kepada British.
Bagi orang Cina yang dilahirkan di Tanah Melayu atau negeri Selat mereka menubuhkan Strait
Born Chinese British Association pada tahun 1949 untuk menunjukkan kesetiaan merekaterhadap Tanah Melayu.Pemimpin utama persatuan ini ialah Tan Cheng Lock.Beliau telah
dilahirkan di Melaka serta berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan Raffles
Institution di Singapura. Pada tahun 1923 hingga beliau 1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak
Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat.
26

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 27/31
Pertubuhan Orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal
sebelum Perang Dunia II. Mereka menubuhkan persatuan Persatuan Belia India dan pada tahun
1937 mereka juga menubuhkan Persatuan India Pusat Tanah Melayu(CIAM) dengan tujuan
melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu. Pada awal kurun ke-20 golongan cerdik
pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama
seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau Pinang. Ianya menjadi
perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu. Pada
tahun 1039 pula Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan yang dipimpin oleh
A.M.Soosay. Ianya merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India.
Tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Di Sarawak dan Sabah,terdapat juga kegiatan-kegiatan politik.Persatuan Melayu Sarawak
telah ditubuhkan pada 1939.Matlamat persatuan ini ialah untuk memajukan orang Melayu
Sarawak dalam segala lapangan, menjaga kepentingan mereka serta memupuk kerjasama di
kalangan orang Melayu Sarawak.Sementara itu di Sabah pula terdapat beberapa persatuan
bersifat sosio-ekonomi penduduk tempatan . Terdapat juga cawangan PASPAM yang
menumpukan kepada isu-isu pendidikan.
PERANAN GOLONGAN GURU DAN SITC
Perkembangan semangat kebangsaan ini diteruskan oleh golongan berpendidikan Melayu
dan Inggeris kemudiannya namun dalam bentuk perjuangan yang berbeza. Hal ini kerana melalui
pelajar yang mendapat pendidikan Melayu bentuk perjuangan adalah melalui cara yang lebih
radikal di mana mereka inilah dikatakan sebagai haluan kiri oleh British. Mereka ini terdiri
daripada guru dan wartawan di mana Sultan Idris Teacher College ( SITC ) memainkan peranan
yang penting dalam mengembangkan semangat kebangsaan ini. Penubuhan SITC dianggap
sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu.
Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian
SITC menyatakan bahawa, hari tersebut manandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu
kerana ia (Penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan vernakular Melayu.
27

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 28/31
Menurutnya lagi, orang-orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan
yang tiada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu .
SITC terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat.
Mereka telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk
mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan
membela bangsa dan negara mereka. SITC disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay
Nationalism’. Warga SITC berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk
memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ia dilakukan melalui
penyampaian matapelajaran iaitu melalui syarahan matapelajaran sejarah. Oleh kerana
kekurangan buku untuk dijadikan bahan bacaan maka buku-buku daripada Indonesia di bawa ke
negeri-negeri Melayu menyebabkan penuntut SITC terpengaruh dengan ideologi Indonesia yang
ketika itu sibuk menentang dan menuntut kemerdekaan daripada Belanda.
Kesannya apabila selesai belajar di SITC penuntut-penuntut ini telah dihantar ke merata
sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu secara tidak langsung mengembangkan fahaman
semangat kebangsaan kepada murid-murid melalui pengajaran mereka. Antara contoh keluaran
SITC adalah Ibrahim Haji Yaakob yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1938 ) di mana
beliau telah membeli Warta Malaya di Singapura dengan bantuan wang dari Jepun. Beliau telah
menjadi ketua pengarang dan menerbitkan rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti-
british. SITC turut menerbitkan majalah Cenderama 1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan
pendapat penuntut.
Selain itu, graduan-graduan SITC telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada
tahun 1923 untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu melalui novel Melur Kuala
Lumpur karya Harun Mohd. Amin. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini
telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929
dan 1930 pula, Ibrahim Yaacob semasa di SITC menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik
iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini telah
menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib
buruk bangsa mereka. Keseluruhannya, kesemua usaha ini telah menimbulkan kesedaran untuk
28

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 29/31
membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara tokoh nasionalis terkenal
ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan. Harun Aminurrashid
adalah tokoh pejuang kebangsaan lepasan SITC. Beliau merupakan guru yang bersemangat
kebangsaan. Beliau juga merupakan penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan
semangat kebangsaan. Abdul Hadi Hassan pula adalah seorang pensyarah SITC. Beliau sentiasa
menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya.
Kesimpulannya, perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu
golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea
dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan
serta nasionalisme.. Jadi, golongan guru dan SITC ini memainkan peranan yang penting dalam
membantu meniup semangat nasionalisme ke dalam diri penduduk Tanah Melayu.
KESAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME NEGARA
Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak berjaya membebaskan tanah
melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan ini berjaya meninggalkan beberapa
kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan yang pertama ialah,
fahaman kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan pulasemangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari bahawa mereka memang
ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka sindiri berbanding dengan kaum imigran.
Seterusnya, mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial.
Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-
sekolah melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan kebangsaan
ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti
raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga berjaya mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris.
Antara lain ialah kemunculan parti-parti – parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan
kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini.
29

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 30/31
Kesimpulannya, perkembangan nasionalisme Negara telah membawa impak yang positif
terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya terhadap proses memerdekakan Tanah Melayu.
Walaupun terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi namun semuanya dapat
diharungi sehinggakan wujudnya kesan-kesan positif terhadap perkembangan nasionalisme
Negara kita.
PENUTUP
Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia (Tanah
Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan penentangan oleh
tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji
Abdul Rahman Limbong di Terengganu. Hakikatnya, penduduk Tanah Melayu tidak pernah
memikirkan untuk keluar daripada kepompong penjajah secara serius sebelum memasuki abad
ke-20. Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat individu.
Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebih kelompok kecil yang
diwakili oleh individu itu,bukannya bangsa Melayu secara keseluruhan. Walaupun kebanyakkan
gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang
Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini
telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan
yang baik terhadap proses kemerdekaan. Perlu diingatkan, kemerdekaan yang dicapai pada
Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya
dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
30

8/8/2019 kabangkitan nasionalisme
http://slidepdf.com/reader/full/kabangkitan-nasionalisme 31/31
RUJUKAN
1. Ruslan zainuddin, penerbitan Fajar Bakti, 2005 KENEGARAAN MALAYSIA:
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme. m/s 110-127.
2. Dr.Mohd Rais B. Abdul Karim, MALAYSIA KITA ,1994.Penerbitan- Institut Tadbiran
Awam Negara(Intan) Malaysia.
3. Mohd. Isa Othman, SEJARAH MALAYSIA. 2006, Edisi ke-2, penerbitan Fajar Bakti.
4. Kassim thukiman, MALAYSIA PERSPEKTIF SEJARAH DAN POLITIK:
Nasionalisme melayu di tanah malayu,2005, Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
5. Ruslan Zainuddin , SEJARAH MALAYSIA,2006, Edisi Ke-2, Penerbitan Fajar Bakti.