Jual beli salam

11
JUAL BELI SALAM ZAFIRAH ABDULLAH

Transcript of Jual beli salam

Page 1: Jual beli salam

JUAL BELI SALAMZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Jual beli salam

TAKRIF Menurut Bahasa Arab: (as-Salam= as-Salaf) iaitu “Mendahulukan” Menurut Istilah Syarak: “Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja

dengan lafaz salam atau salaf Jual beli salam adalah satu jenis kontrak beli yang dibenarkan

Hikmah Jual Beli Salam Jual Beli salam dibenarkan kerana ia mengambil kira keperluan manusia Cara ini memudahkan satu pihak memperolehi modal dan satu pihak lagi

memperolehi barangan yang dikehendaki Cara ini membuka jalan supaya wang ini dapat dimanfaatkan menurut tujuan

asal kewujudannya iaitu menjadi landasan kepada kehidupan manusia Cara ini juga mampu mengelak kesan buruk akibat jual beli barangan yang tidak

wujud

Page 3: Jual beli salam

Rukun dan Syarat

Rukun pertama: Pihak yang mengikat Kontrak (Pembeli dan Penjual)

Pembeli= Orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki.

Penjual = Orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan

Pembeli dan Penjual haruslah berakal, baligh, sukarela.. Tidak dikenakan syarat boleh melihat, justeru orang buta boleh melakukan jual beli salam.

Kerana dalam jual beli salam, barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja Ini boleh diketahui dengan cara mendengar Ketika menerima pula, orang buta boleh mewakilkan kepada sesiapa sahaja bagi

memastikan sifat yang dinyatakan itu wujud

Page 4: Jual beli salam

Rukun dan SyaratRukun Kedua: Sighah Kontrak Iaitu penawaran(ijab) dan persetujuan (qabul) Contohnya :Pemilik Modal berkata “Saya dahulukan RM 1000 ini untuk mendapat 100 helai baju yang sifat-sifat seperti berikutPenerima pula berkata “Saya setuju” Beza sighah ini dan sighah jual beli biasa adalah syarat tambahan iaitu, sighah mesti

menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah jika menggunakan lafaz lain. Kontrak ini juga disyaratkan tidak mengandungi sembarang khiyar syarat Modal perlu diberikan dalam majlis kontrak Khiyar Majlis boleh diadakan dalam kontrak jual beli salam kerana Khiyar tersebut

tamat apabila kedua-dua pihak berpisah Dengan itu, perpisahan kedua-dua pihak menandakan kontrak tersebut sudah sempurna

Page 5: Jual beli salam

Rukun dan SyaratRukun Ketiga: Modal1. Jumlah dan Modal pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak

Contoh : Jika bayarannya adalah RM 2000, dan bayarannya dibuat menggunakan barangan yang boleh disukat/ ditimbang (gandum/gula…etc), jumlah sukatan dan timbangan perlu dinyatakan. Contoh (1000 cupak/kati)

Jika bayaran tersebut boleh dilihat, contohnya.. Pembeli membayar seguni gandum bagi mendapat barangan tertentu..atau

pembeli menggunakan dirham Pembeli disyaratkan menyatakan jumlah bayaran tersebut tetapi tidak perlu

menyatakan sifat, jenis dan spesifikasinya2. Penyerahan Modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa

kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara Fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam. Jika penyerahan tidak berlaku, bermakna tidak wujud kontrak jual beli salam Penerimaan tersebut disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki

Page 6: Jual beli salam

Rukun dan SyaratRukun Keempat: Barangan yang Ditempah1. Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya

Penyataan sifat-sifat dan ciri-ciri barangan yang ditempah hendaklah mengikut kehendak pembeli sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan

Barangan lain yang tidak dinyatakan boleh diqiaskan dengan barangan yang lain Boleh dinyatakan spesifikasinya walaupun tidak seratus peratus

Jika barangan tersebut tidak boleh dinyatakan spesifikasinya, barangan tersebut tidak dibenarkan/ TIDAK SAH untuk dijual secara jual beli salam

2. Barangan tersebut mestilah dikenal pasti jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak. Contoh: Gandum/ Barli Bagi kualitinya : Contohnya barangan tempatan atau Import Untuk Jumlah: 1000 gantang Untuk Sifat: Dinyatakan warna, ukiran, acuan, tebal atau nipis..etc

Page 7: Jual beli salam

Rukun dan SyaratRukun Keempat: Barangan yang Ditempah

3. Barangan tersebut tidak bercampur-aduk dengan pelbagai barangan yang berlainan jenis

Contoh: Makanan yang bercampur aduk dengan Barli / sebagainya. Sedangkan kadar kandungan campuran tersebut tidak diketahui dengan jelas Jika kandungan campuran dan kadar setiap campuran boleh diketahui, jual beli salam

adalah SAH Barangan yang dicampur dengan bahan tertentu untuk kepentingan dan supaya tahan

lama adalah SAH Contoh: Keju yang diproses dengan mencampurkan garam dan renit dalam susu

4. Barangan tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barangan dalam tanggungan (zimmah) yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu

Lafaz jual beli salam hendaklah menunjukkan barangan yang dijual adalah dalam bentuk hutang Contohnya pembeli berkata: “ Saya bayar secara jual beli salam sebanyak RM1000 untuk 100 helai

pakaian ini, iaitu pakaian yang telah siap dan berada di hadapannya Jual Beli salam ini TIDAK SAH.

Page 8: Jual beli salam

Rukun dan SyaratRukun Keempat: Barangan yang Ditempah1. Barangan tersebut mampu diserahkan

Barangan tersebut mampu diserahkan berdasarkan tempoh dan jenis yang ditetapkan Jika jual beli salam tersebut membabitkan barangan yang biasanya tidak wujud pada masa yang

ditetapkan, contohnya, buah anggur dalam musim sejuk, jual beli salam tersebut TIDAK SAH Demikian juga ia membabitkan jenis barangan yang jarang wujud, contohnya, Buah Tembikai

dengan saiz tertentu / berasal dari tempat tertentu dan jarang dihasilkan kerana keluasan negara yang kecil.

Jika barangan yang dijual secara jual beli salam mudah didapati tetapi tidak berjaya diperolehi pada masa yang ditetapkan, kontrak tersebut TIDAK BATAL.

Pembeli boleh membuat pilihan untuk menunggu sehingga barangan yang ditempah wujud…atau

Membatalkan kontrak tersebut dan mengambil semula modal yang dibayar, tidak kurang dan tidak lebih.

Barangan yang ditempah tidak boleh ditukar kepada barangan yang lain, tetapi penjual boleh memberikan pilihan untuk menjualkan kepadanya barangan yang lain.

Pembeli/ Pemilik Modal tidak berhak menjual barangan yang ditempah sebelum dia menerimanya.

Page 9: Jual beli salam

2. Tempoh penyerahan perlu ditetapkan Tempoh penyerahan perlu dihadkan pada tempoh tertentu yang

dimaklumi bersama. Contoh: Pembeli berkata: “ Saya serahkan RM1000 untul 10 helai baju

yang mempunyai spesifikasi seperti berikut dengan syarat anda serahkahkan barangan tersebut kepada saya, sebulan dari kontrak ini/ awal bulan depan”

Jika penjual membawa barangan yang ditempah sebelum tempoh yang ditetapkan, pembeli boleh dipaksa menerimanya dengan syarat tiada sebarang perbelanjaan atau bebanan yang perlu ditanggung oleh dalam baki tempoh yang dipersetujui.

3. Tempat penyerahan perlu ditetapkan Jika tempat tersebut sesuai untuk penyerahan dan penghantarannya

tidak membabitkan perbelanjaan, tempat itu boleh dijadikan sebagai tempat penyerahan dengan syarat tiada tempat penyerahan lain yang dicatatkan dalam kontrak,

Jika kedua pihak bersetuju menjadikan tempat lain sebagai tempat penyerahan, penyerahan hendaklah dilakukan di situ.

Jika berlaku perselisihan, perlu dirujuk kepada amalan setempat yang diguna pakai

Page 10: Jual beli salam

Kontrak jual beli tempahan

Ulama mazhab Hanafi membenarkan kontrak ini sepertimana yang diamalkan oleh orang ramai kerana mengambil kira keperluan orang ramai.

Namun dengan syarat, kontrak itu dengan jelas menyebutkan segala perkara berkenaan barang yang ditempah Seperti..Bahan yang digunakan &sumbernya, spesifikasinya, kadarnya &

sebagainya Contoh: Seorang penempah meminta pembuat kasut supaya

membuatkan sepasang/ beberapa pasang kasut untuknya Manakala kulit dan segala bahan yang diperlukan

disediakan oleh pembuat, bukan penempah

Page 11: Jual beli salam

Jual Beli Rumah berdasarkan Pelan Jika kedua-dua pihak mengetahui dengan jelas..

Spesifikasi Rumah Bahan yang digunakan seperti simen, besi dan sebagainya Dan bayaran diserahkan ketika memeterai kontrak

Kontrak ini SAH dan termasuk dalam ertikata Jual Beli Salam

Jika Jual beli tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kontrak jual beli salam, dan inilah amalan yang biasa dilakukan oleh orang ramai kerana..

Tidak ada sesiapapun yang menyerahkan bayaran sepenuhnya ketika kontrak dimeterai Dan mereka juga tidak mengetahui bahan yang digunakan untuk membina rumah

tersebut.. Kontrak ini dikategorikan sebagai kontrak tempahan dan ianya adalah SAH. Namun dengan syarat kontrak seperti ini menjadi amalan yang diguna pakai oleh semua

orang Dan spesifikasi binaan tersebut dinyatakan dengan jelas ketika memeterai kontrak hingga

tidak timbul sebarang keraguan yang boleh menimbulkan keraguan di kemudian hari.