Jihad dan ISIS

24
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Disediakan Oleh: Muhammad Khairul Hanan bin Khalid ISU-ISU JIHAD

description

TITAS

Transcript of Jihad dan ISIS

Page 1: Jihad dan ISIS

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Disediakan Oleh: Muhammad Khairul Hanan bin Khalid

ISU-ISU JIHAD

Page 2: Jihad dan ISIS

PENGENALAN• Bahasa• Dari segi bahasa, jihad berasal dari perkataan ‘‘jahada yajhadu jahdu’’ yang

bererti kesulitan dan kesusahan.

• Istilah• Oleh itu dalam erti kata yang luas jihad boleh didefinisikan sebagai berjuang

dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah.

Page 3: Jihad dan ISIS

Pengertian Jihad Mengikut Mazhab

• Hanafi• Ulama mazhab Hanafi iaitu Ibnu Hamman mendefinisikan jihad sebagai

mengajak orang kafir memeluk Islam dan memeranginya jika menolak. Manakala al-Kasani iaitu mengerah segenap kemampuan dan tenaga dengan melakukan perang fi sabilillah baik dengan diri, harta dan lidah.

• Maliki• Mazhab Maliki pula berpendapat jihad adalah orang-orang Muslim ang

memerangi orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian damai demi menegakkan ajaran agama Allah.

Page 4: Jihad dan ISIS

• Shafie• Menurut al-Bajuri jihad adalah berperang di jalan Allah. Seorang lagi ulama

Shafie iaitu Ibnu Hajar mentakrifkan sebagai mengerah segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir

• Hanbali• Mereka berpendapat jihad adalah memerangi orang kafir atau mengerah

segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir. Hukum terhadap amalan jihad adalah fardu kifayah. Menurut Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayatul Mujtahid jihad adalah fardu kifayah dan bukan wajib. Namun demikian dalam keadaan tertentu hukum fardu kifayah bertukar menjadi wajib apabila diserang oleh pihak musuh.

Page 5: Jihad dan ISIS

JENIS-JENIS JIHAD

Jihad Nafsu

Jihad menentang hasutan iblis dan Syaitan

Jihad menentang

golongan yang

memusuhi islam

Jihad menentang

golongan munafik

Jihad membasmi keburukan

dalam masyarakat

Page 6: Jihad dan ISIS

Jihad Nafsu• Jihad melawan hawa nafsu boleh dibahagikan kepada empat bahagian

iaitu:

• Jihad mencari petunjuk dan jalan yang benar• Bagi mendapat petunjuk, ilmu menjadi langkah permulaan dan prasyarat

utama, dan dalam konteks ini ialah ilmu agama. Dengan ilmu agama seseorang itu dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Ilmu agama juga akan membantu seseorang itu mengetahui keutamaan dalam beramal.

Page 7: Jihad dan ISIS

• Jihad mengamalkan ilmu yang dipelajari dan berpegang teguh dengannya• Setelah ilmu dikuasai, ia mestilah diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Hawa

nafsu akan sentiasa menganggu seseorang yang cuba mengamalkan ilmunya. Oleh itu, hawa nafsu ini mesti dikawal. Jika tidak, ia akan menyesatkan seseorang individu.

• Jihad menyebarkan ilmu dan dakwah• Ilmu dan petunjuk yang telah diperoleh dan diamalkan hendaklah disebarkan

kepada orang lain. Ini ialah tugas yang mulia.

• Jihad menanggung kesulitan ketika berdakwah• Sudah menjadi sunnatullah, usaha dakwah akan ditentang oleh musuh musuh

dakwah yang terdiri daripada syaitan dan pengikutnya dalam kalangan manusia. Seorang pendakwah hendaklah bersabar kerana ganjaran yang besar dijanjikan oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti. Merekalah golongan yang beruntung.

Page 8: Jihad dan ISIS

JIHAD MENENTANG HASUTAN IBLIS DAN SYAITAN• Bagi menghadapi iblis dan syaitan langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:

• Azam yang kuat untuk memperbaiki diri• Ini adalah langkah permulaan. Seseorang haruslah mengubah nasibnya dahulu sebelum

mengharapkan Allah s.w.t. mengubah nasibnya:

• Memahami ilmu dan petunjuk agama• Syaitan lebih takut kepada orang yang alim daripada orang yang kuat beribadat tetapi jahil, kerana

orang yang berilmu tidak mudah tertipu. Ilmu tersebut ialah ilmu Islam yang membolehkan kita mengenal halal dan haram, cara melaksanakan yang halal dan menjauhi yang haram. Islam hendaklah difahami dengan betul dan tepat bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah dengan tafsiran ulamak yang muktabar.

• Berpegang teguh dengan kebenaran• Seorang yang berjihad mestilah berpegang kepada kebenaran dan menentang kebatilan. Jika dia

berpaling daripada kebenaran, syaitan akan menjadi temannya.

Page 9: Jihad dan ISIS

JIHAD MENENTANG GOLONGAN YANG MEMUSUHI ISLAM• Situasi yang dimaksudkan terbahagi kepada dua:1. Ketika kaum muslimin tidak mempunyai kekuasaan

• Ketika kaum Muslimin tidak mempunyai kekuatan dan pemerintahan yang kukuh, manakala musuh pula mempunyai kuasa ke atas umat Islam maka jihad yang sesuai ialah jihad melalui lisan iaitu dakwah menyeru manusia kepada Allah s.w.t.

• Jihad ini dilaksanakan melalui lisan dan hujah terhadap golongan kafir agar hati mereka kembali kepada Islam. Pada zaman moden, jihad ini boleh dilakukan melalui penulisan, media elektronik dan Internet bagi menjawab tuduhan dan menyampaikan mesej Islam. Walau bagaimanapun, kaum Muslim hendaklah mencari jalan untuk memperkuatkan diri mereka sehingga dapat menghadapi musuhnya dengan kekuatan jika diancam.

Page 10: Jihad dan ISIS

2. Ketika kaum muslimin mempunyai kekuasaan• Apabila orang Islam telah memiliki kekuasaan pemerintahan yang sempurna

dan mereka dihalang daripada menyampaikan dakwah secara aman, maka jihad melalui senjata atau berperang hendaklah dilaksanakan. Jihad ini• dinamakan Jihad al-Qital.

• Melalui ayat-29 surah al-Taubah, golongan kafir diberi tiga pilihan iaitu:• Menganut Islam secara sukarela.• Meneruskan kepercayaan agama mereka tetapi menerima pemerintahan

Islam dengan membayar jizyah (cukai) dan tidak menyekat usaha dakwah Islam.• Berperang.

Page 11: Jihad dan ISIS

JIHAD MENENTANG GOLONGAN MUNAFIK• Golongan munafik terdiri daripada orang yang berpura-pura

menganut Islam tetapi di dalam hati amat memusuhi umat Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat Islam dengan pelbagai cara. Antaranya, melalui penyebaran fitnah dan bekerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk menyerang umat Islam.

Page 12: Jihad dan ISIS

JIHAD MEMBASMI KEBURUKAN DALAM MASYARAKAT• Keburukan dalam masyarakat yang dimaksudkan di sini ialah masalah-

masalah yang wujud yang membantutkan matlamat melahirkan masyarakat yang maju, berpengetahuan, aman dan tunduk serta beriman kepada Allah s.w.t. Antara masalah yang membantutkan pencapaian matlamat tersebut ialah kejahilan, kemiskinan dan kepapaan.

Page 13: Jihad dan ISIS

ISU JIHAD (ISIS)• ISIS adalah kumpulan militan yang terkini menganggap diri mereka

memperjuangkan Islam dan ia tidak muncul secara tiba-tiba.• Penubuhan dan kekuatannya pada hari ini boleh dikenalpasti sewaktu

krisis di Iraq pada tahun 2003 lagi. Cuma yang membezakan adalah situasi, pemimpin dan juga namanya. • Jika lapisan demi lapisan IS terbentuk hari ini dikupas dan diselidiki, imej

IS yang paling awal adalah Jemaah al-Tauhid wal-Jihad (JTJ) diketuai oleh Abu Musab al-Zarqawi yang berjuang sebagai pemberontak di Jordan. Semasa krisis di Iraq Zarqawi berbai’ah kepada Al-Qaeda dan diterima sebagai pasukan penggempur hadapan Al-Qaeda

Page 14: Jihad dan ISIS

• Selepas kejatuhan rejim Saddam Hussein, timbul beberapa puak yang ingin menguasai Iraq dan bercita-cita membentuk kekhilafahan Islam, dan dari beberapa orang tersebut yang paling menonjol adalah Abu Mus’ab Az Zarqawi atau nama sebenarnya Ahmad Fadhil Nazzal Al-Khalaylah. Beliau mendapat kepercayaan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden untuk mengelola sebuah kem latihan di Herat (Afghanistan Barat). Pada tahun 2004, disebabkan perjuangan Zarqawi sepenuhnya di Iraq beliau telah menukar nama JTJ kepada Al-Qaeda In Iraq (AQI).

• Pada bulan Januari 2006, Zarqawi berjaya menggabungkan AQI dan empat kumpulan lagi iaitu:

• i. Jaish at-Taifha al-Mansoura,

• ii. Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah,

• iii. Faksi Saray Al-Ji- had, Brigade Al-Ghuraba, dan

• iv. Al-Ahwal Brigade

Page 15: Jihad dan ISIS

• Namun disebabkan keganasan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh AQI jauh daripada ajaran Islam sebenar menyebabkan Al-Qaeda tidak bersetuju dan keluar daripada pakatan. Seterusnya, pada 7 Jun 2006 Zarqawi terbunuh dalam serangan udara AS di daerah Hibib berhampiran Tikrit.

• Abu Ayyub al-Masri kemudiannya mengumumkan pembentukan “Ad-Dawlat Al- Islamiyya Fil-Iraq” atau Islamic State in Iraq (ISI) dan pada Oktober 2006 melantik Abu Omar al-Shashni sebagai pemimpinnya. Abu Omar atau nama sebenarnya Hamed Dawood Al-Zawy merupakan mantan anggota pasukan keamanan Iraq yang dipecat kerana sifat ekstrimismenya.

• Pembentukan ISI bagi mendirikan sebuah negara Islam di Iraq dan menguasai Iraq yang pada masa itu diperintah oleh puak Syiah yang berpusat di Baghdad. ISI tidak mengakui kedaulatan dan kepimpinan Syiah kerana puak Sunni dizalimi, ditindas, dinafikan hak mereka tanpa berperikemanusiaaan. Kekejaman ini membuatkan ahli kumpulan dan puak Sunni yang lain bangkit dan menyokong perjuangan IS.

Page 16: Jihad dan ISIS

• Pada tahun 2010, peperangan telah meragut nyawa Abu Omar , Abu Bakr Al-Baghdadi secara rasminya telah diangkat menjadi pemimpin serta membina semula keupayaan ISI

• Menjelang 2013, Abu Bakr melancarkan puluhan serangan dalam tempoh sebulan di Iraq. Abu Bakr juga menyertai pemberontakan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dengan menubuhkan Barisan AL-Nusra (al-Nusra Front)

• Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Islamic State of Iraq and Syria – ISIS pada bulan April 2013.

• Abu Bakr melancarkan serangan demi serangan dan berjaya menawan kubu pertahanan terkuat tentera Syria di Raqa. Tentera Syria yang ditawan telah ditembak beramai-ramai dan disembelih seterusnya dipertontonkan ke seluruh dunia melalui jaringan sosial Youtube.

Page 17: Jihad dan ISIS

• Bagi menggambarkan penubuhan negara Islam berkhalifah yang merangkumi wilayah Iraq, Syria, Jordan, Lubnan, Palestin, Israel, Cyprus, Hatay di Selatan Turki dan Semenanjung Sinai di Mesir Abu Bakr telah menukar nama IS. Pada tahun 2014, IS berjaya menakluki bandar Mosul di Iraq dan menuju ke arah Baghdad. Abu Bakr kemudiannya melantik dirinya sebagai khalifah serta menyeru seluruh umat islam di dunia berbai’ah kepadanya.

Page 18: Jihad dan ISIS

Fatwa JAKIM• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang

bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

• 1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa:

• i. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.

Page 19: Jihad dan ISIS

• ii. Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.

• 2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.

Page 20: Jihad dan ISIS

• 3. Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.• 4. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya

menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini

Page 21: Jihad dan ISIS

PUNCA-PUNCA SALAH FAHAM TERHADAP JIHAD• Jahil Agama

• Menurut JAKIM, perkara yang utama kenapa penganut Islam salah tafsiran terhadap jihad adalah kerana jahil jihad. Ini kerana semua perkara kesederhanaan dalam Islam adalah bermatlamatkan kebenaran dan tidak mungkin dicapai melainkan dengan kembali kepada ajaran Sunnah Rasullah SAW dan Al-Quran. Umat Islam harus menghayati dengan jelas tentang fiqh keutamaan untuk mebuat pertimbangan hidup.

• Selain itu, umat Islam perlu sentiasa berpegang kepada prinsip keserderhanan. Ini bagi mengelakkan umat Islam akan mendatangkan fitnah pada Islam sendiri. JAKIM dipetik berkata “ Dalam memperkatakan tentang isu ini, bahawa umat Islam semestinya berpikiran matang dan jihad ISIS bukan jihad dan jelas menyimpang daripada prinsip Islam.

• Jahil jihad juga menunjukkan ISIS melantik khalifah sendiri dan ini melanggar undang- undang syariah. Ini disokong oleh Prof. Ahmad al-Raysuni yang mendakwa Khalifah Islamiah yang dilaungkan oleh ISIS adalah tidak lebih dari angan-angan semata-mata. Ini juga dilihat oleh institusi fatwa tersohor iaitu Darul Ifta yang membuat keputusan bahawa ISIS adalah haram pada hukum syarak.

Page 22: Jihad dan ISIS

• Maksud Firman dipesongkan• Memang sukar untuk menuding jari dengan pasti ulama atau cendekiawan Islam yang telah menyalahertikan

tafsiran salah mengenai jihad. Namun yang jelas ayat Quran dan Sunnah telah ditafsirkan untuk membolehkan pengganasan dibuat atas nama jihad. Hayati contoh berikut:

• “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janjinyang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.”

Surah at-taubah: 111• Surat at-Taubah yang satu-satunya tanpa kalimat Bismillah, diturunkan di Madinah. Jadi ia digolongkan

dalam Surah Madaniyyah. Bagaimanakah keadaan atau senario waktu itu?• Umat Islam yang kecil jumlahnya baru saja dibentuk di Madinah. Namun mereka tidak putus-putus

menghadapi serangan musyrikin Makkah, yang dibantu oleh kaum Yahudi dan Nasrani pada ketika itu. Lantaran itu, turunlah ayat ini yang menyuruh Nabi Muhammad S.A.W agar berperang dengan tujuan membela diri atau defensif.

• Namun terdapat segelintir ahli agama yang sudah tersilap lalu mendorong beberapa gerakan pembangkit Islam menyifatkan ayat ini sebagai ‘lesen’ untuk membolehkan serangan ke atas orang awam, termasuk dengan cara meledakkan bom.

Page 23: Jihad dan ISIS

• Salah Faham Mati Syahid• “...dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah

(membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar....”

Surah Al Baqarah: 190-193• Islam menegah membunuh diri atau merosakkan diri sendiri dan membunuh

orang lain. Larangan ini amat jelas dalam Al-Quran dan pertegas dalam Sunnah. Tetapi lain halnya dalam soal terkorban dalam menegakkan kebenaran agama. Yang terkorban itu akan mendapat makam syahid atau bertaraf ‘syuhada’ . Syahid kerana berperang demi membela Islam diberi pahala khusus dan ini dipanggil syahid dunia dan akhirat.• Selain daripada itu terdapat juga syahid yang lain iaitu, syahid akhirat sahaja

dan syahid dunia sahaja. Oleh itu syahid terbahagi kepada tiga.

Page 24: Jihad dan ISIS

• 1. Syahid dari segi hukum dunia dan akhirat, iatu syahid dalam perang khusus dengan niat membela Islam. Hukum dunia terhadap syahid ini ialah tidak dimandikan dan tidak disolatkan, demikian menurut pendapat majoriti ulama. Yang terkorban itu mendapat pahala khas kerana mati syahidnya yang sempurna.

• 2. Syahid dari segi hukum dunia saja, menurut mazhab Syafi’i, ialah orang yang terbunuh dalam peperangan menentang orang kafir (bukan khusus membela Islam). Atau, seseorang itu menyembunyikan harta rampasan perang, dan dibunuh sewaktu sedang melarikan diri dari medan peperangan atau dia memasuki peperangan untuk mendapat nama atau sebagainya.

• 3. Syahid dari segi hukum akhirat meliputi orang yang terbunuh kerana dizalimi atau menderita wabak seperti kolera, mati lemas, mati ketika merantau mencari kehidupan yang lebih baik, mati semasa menuntut ilmu, mati kerana percintaan atau ditindas oleh pihak yang kejam.