jenis_khat.pdf

4
JENIS-JENIS KHAT Khat adalah bentuk, alur dan model huruf dari sebuah tulisan arab yang dikarang oleh para khathat dari zaman dahulu yang kebanyakan dari timur tengah. Bertujuan untuk mempermudah. memperindah dalam menulis dan membaca huruf arab. Namun perlu diingat khat ini adalah sekAdar seni dari model huruf arab jadi bukan bahagian dari agama. Oleh karena itu dalam menulis atau melukis kaligrafi arab tidak wajib menggunakan khat yang dikarang atau di buat oleh seniman seniman terdahulu. Yang terpenting dalam menulis dan melukis kaligrafi arab ini adalah tidak merubah makna dari kaedah huruf dan bahasa arab. Jadi anda juga boleh berinterkasi dengan huruf-huruf arab tersebut asal jangan sampai merubah makna dan ertinya. Jadi apabila anda ingin membuat atau menulis kaligrafi arab dengan mengambil ayat dari Al-Qur’an dan Hadis, sebaiknya anda perlu memahami erti dari kalimah yang akan anda tulis dalam kaligrafi arab tersebut sehingga tidak menghilangkan atau menambah huruf yang akan merubah makna dari ayat tersebut. Dengan memahami erti dan makna dari ayat-ayat yang kita tulis, selain akan menghasilkan karya yang indah semoga kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sebagai peningkatan amal dan ibadah kita. Mengenal khat kaligrafi arab, ada banyak macam khat yang telah dibukukan oleh para seniman kaligrafi, dibawah ini saya hanya memberikan beberapa contoh dari khat-khat kaligrafi arab tersebut diantaranya : KHAT KHAOUFI Khat dari kaligrafi arab jenis ini banyak menggunakan penggaris untuk menulisnya kerana sebahagian besar hurufnya menggunakan garis lurus

Transcript of jenis_khat.pdf

  • JENIS-JENIS KHAT

    Khat adalah bentuk, alur dan model huruf dari sebuah tulisan arab yang dikarang oleh para khathat dari zaman dahulu yang kebanyakan dari timur tengah. Bertujuan untuk mempermudah. memperindah dalam menulis dan membaca huruf arab.

    Namun perlu diingat khat ini adalah sekAdar seni dari model huruf arab jadi bukan bahagian dari agama. Oleh karena itu dalam menulis atau melukis kaligrafi arab tidak wajib menggunakan khat yang dikarang atau di buat oleh seniman seniman terdahulu. Yang terpenting dalam menulis dan melukis kaligrafi arab ini adalah tidak merubah makna dari kaedah huruf dan bahasa arab. Jadi anda juga boleh berinterkasi dengan huruf-huruf arab tersebut asal jangan sampai merubah makna dan ertinya.

    Jadi apabila anda ingin membuat atau menulis kaligrafi arab dengan mengambil ayat dari Al-Quran dan Hadis, sebaiknya anda perlu memahami erti dari kalimah yang akan anda tulis dalam kaligrafi arab tersebut sehingga tidak menghilangkan atau menambah huruf yang akan merubah makna dari ayat tersebut. Dengan memahami erti dan makna dari ayat-ayat yang kita tulis, selain akan menghasilkan karya yang indah semoga kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sebagai peningkatan amal dan ibadah kita.

    Mengenal khat kaligrafi arab, ada banyak macam khat yang telah dibukukan oleh para

    seniman kaligrafi, dibawah ini saya hanya memberikan beberapa contoh dari khat-khat kaligrafi arab tersebut diantaranya :

    KHAT KHAOUFI

    Khat dari kaligrafi arab jenis ini banyak menggunakan penggaris untuk menulisnya kerana sebahagian besar hurufnya menggunakan garis lurus

  • KHAT NASKHI

    Khat kaligrafi arab model ini banyak digunakan untuk menulis kitab kerana mudah dibaca

    KHAT RIQAH Sekilas kaligrafi arab dengan khat ini hampir sama dengan khat naskhi, namun bila diamati ada beberapa perbezaan. Berbeza dengan raihani, kaligrafi arab ini banyak menambahkan lengkungan pada tiap hurufnya, khat jenis ini banyak digunakan oleh seniman Islam di Parsi.

  • KHAT DIWANI JALI

    Khat ini juga banyak disukai seniman dari Parsi, bila sudah menjadi kalimat kadang kala

    susah untuk membacanya.

    KHAT SULUSTS

    Khat ini banyak digunakan seniman kaligrafi arab dari Asia kerana hurufnya indah dan

    tidak terlalu sulit untuk dibaca

    KHAT FARISI

    Diperlukan tangan yang tidak kaku kerana banyak terdapat garis semi lengkung yang

    panjang .

  • KHAT DIWANI

    Khat diwani dalam kaligrafi arab jarang digunakan karena bukan hanya kalimat yang

    susah dipahami hurufnya juga susah di hafal.

    Itulah contoh beberapa khat dalam kaligrafi arab yang biasa dipelajari, namun

    bagi anda yang baru belajar sebaiknya menggunakan khat yang mudah dulu seperti

    khat naskhi, khat riqah, dan tsulust sebelum anda berinterkaksi dengan bentuk khat yang lain.

    Sumber: http://presentasi1030.blogspot.com/2013/04/cara-membuat-kaligrafi-untuk-

    pemula.html