Jawi peranakan

download Jawi peranakan

If you can't read please download the document

  • date post

    12-Apr-2017
  • Category

    Education

  • view

    327
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Jawi peranakan

JAWI PERANAKAN

Akhbar JAWI PERANAkAN

CONTOH AKHBAR JAWI PERANAKAN

Sejarah akhbar jawi peranakan(1876-1895)

Sejarah persuratkhabaran melayu bermula pada tahun 1876 apabila akhbar pertama,Jawi Peranakan diterbitkan di singapura.Akhbar ini diusahakan oleh orang peranakan melayu.Pada mulanya,akhbar ini dipimpin oleh Munsyi Mohd Said bin Dada Muhyiddin.Walau bagaimanapun,selepas kematiannya pada tahun1885,tempatnya digantikan oleh Munsyi Mohd Ali Ghulam al-Hindi.Akhbar ini diterbitkan setiap hari isnin selama 20 tahun.

Kandungan akhbar

Akhbar ini mengandungi artikel mengenai:

Negeri-negeri Selat,Johor,Selangor,Kedah dan Brunei Berita-berita ringkas tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan luar Negara,terutamanya di Jawa,Sumatera dan kepulauan yang berdekatan.

sumbangan akhbar tersebut.

Akhbar yang bertulisan jawi ini dibaca oleh orang-orang Melayu dan kadang-kadang dijadikan sebagai bahan bacaan bagi murid-murid sekolah.Hal ini menunjukkan tulisan jawi talah tersebar luas dalam kalangan masyarakat melayu.Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bahasa Melayu pada ketika itu.Selain itu,Jawi Peranakan sentiasa menggalakkan orang Melayu supaya menuntut ilmu.Dengan demikian,akhbar ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam meningkatkan taraf ilmu dalam kalangan orang Melayu.

Dalam perkembangan bahasa Melayu,akhbar Jawi Peranakan turut memainkan peranan dalam bahasa Melayu.

Menurut Hashim Musa,dalam bukunya Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu,tulisan jawi dalam akhbar Jawi Peranakan menunjukkan bahawa terdapat pengekodan dalam sistem ejaan jawi pada hujung abad ke-19.

Hal ini berlaku demikian kerana,dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu,maka buku-buku teks untuk kegunaan sekolah perlu diterbitkan dalam satu sistem ejaan jawi yang baku.