istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

32
1 PENGENALAN MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN Masyarakat (society) didefinisikan sebagai kelompok manusia yang memiliki keinginan untuk bergabung dengan sesama mereka serta dengan linkungan alam di sekitarnya. Berdasarkan atau menggunakan pemikiran, perasaan, naluri, dan keinginan maka manusia akan memberi reaksi dan melakukan interaksi dengan lingkungannya. Masyarakat merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan manusia itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial. Pendidikan (education) pula boleh didefinisikan berdasarkan banyak sudut pandangan antaranya sudut pandangan awam dan juga pandangan para ahli pendidikan. Dalam pandangan awam pendidikan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengembangkan keterampilan, kebiasaan dan sikap-sikap yang diharapkan dapat membuat seseorang menjadi warga negara yang baik. Dari segi sudut pandangan ahli-ahli pendidikan pula, pendidikan dedefisikan sebagai berbagai usaha yang dilakukan oleh org dewasa untuk mendidik anak- anak didik dalam mengatur moral mereka agar berlandaskan kehendak yang betul. Dalam kertas kerja ini kami akan memberi penerangan secara lebih terperinci tentang beberapa konsep-konsep yang saling berkaitan dalam pendidikan dan masyarakat. Di sini kami akan memberi definisi tentang konsep masyarakat, mobiliti sosial, pendidikan, dan juga globalisasi. Kenapa kami cuba untuk mencari definisi-definisi tentang konsep- konsep ini? Ini kerana kami merasakan bahawa keempat-empat konsep ini adalah

Transcript of istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

Page 1: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

1

PENGENALAN

MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN

Masyarakat (society) didefinisikan sebagai kelompok manusia yang memiliki keinginan

untuk bergabung dengan sesama mereka serta dengan linkungan alam di sekitarnya.

Berdasarkan atau menggunakan pemikiran, perasaan, naluri, dan keinginan maka manusia

akan memberi reaksi dan melakukan interaksi dengan lingkungannya.

Masyarakat merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang

tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan

perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang

dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan manusia itu. Masyarakat merupakan subjek utama

dalam pengkajian sains sosial.

Pendidikan (education) pula boleh didefinisikan berdasarkan banyak sudut pandangan

antaranya sudut pandangan awam dan juga pandangan para ahli pendidikan. Dalam

pandangan awam pendidikan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengembangkan

keterampilan, kebiasaan dan sikap-sikap yang diharapkan dapat membuat seseorang menjadi

warga negara yang baik. Dari segi sudut pandangan ahli-ahli pendidikan pula, pendidikan

dedefisikan sebagai berbagai usaha yang dilakukan oleh org dewasa untuk mendidik anak-

anak didik dalam mengatur moral mereka agar berlandaskan kehendak yang betul.

Dalam kertas kerja ini kami akan memberi penerangan secara lebih terperinci tentang

beberapa konsep-konsep yang saling berkaitan dalam pendidikan dan masyarakat. Di sini

kami akan memberi definisi tentang konsep masyarakat, mobiliti sosial, pendidikan, dan juga

globalisasi. Kenapa kami cuba untuk mencari definisi-definisi tentang konsep- konsep ini?

Ini kerana kami merasakan bahawa keempat-empat konsep ini adalah saling mempengaruhi

antara satu sama lain. Segala penerangan yang lebih terperinci kami sediakan pada helaian

berikutnya.

Page 2: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

2

DEFINISI MASYARAKAT

Takrifan Masyarakat

Manusia merupakan makhluk yang memiliki keinginan untuk menyatu dengan sesamanya

serta alam lingkungan di sekitarnya. Dengan menggunakan pikiran, naluri, perasaan,

keinginan dsb manusia memberi reaksi dan melakukan interaksi dengan lingkungannya. Pola

interaksi sosial dihasilkan oleh hubungan yang berkesinambungan dalam suatu masyarakat

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti

manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan

jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksaan, ia bermaksud sesuatu

yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek

utama dalam pengkajian sains sosial.1

Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang

sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti

kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-

nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak

adil dan musibah akan berlaku.

Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik dengan orang

lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka makna masyarakat

itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna telah tersirat dalam

kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama.

Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.

Dalam bahasa Inggris, masyarakat disebut society, asal katanya socius yang berisi kawan.

Adapun kata “masyarakat” berasal dari bahasa Arab, iaitu “syirik” yang artinya bergaul.

Adanya saling bergaul ini tentu kerana ada bentuk-bentuk aturan hidup yang bukan

1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat

Page 3: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

3

disebabkan oleh manusia sebagai perseorangan, melainkan oleh unsur- unsur kekuatan lain

dalam lingkungan sosial yang merupakan satu kesatuan..

Seterusnya para ahli sosiologi seperti Mac Iver, J.L. Gillin dan J.P.Gillin sepakat mengatakan

bahawa hidup saling bergaul dan interaksi adalah kerana adanya nilai- nilai, norma-norma, cara-

cara dan prosedur yang merupakan keperluan bersama 2. Beberapa ahli yang lain juga telah

mencuba untuk memberikan definisi masyarakat (society) seperti berikut :

1. Mac Iver dan Page yang menyatakan bahawa : “Masyarakat ialah suatu sistem dari kebiasaan

dan tata cara, dan kerjasama antara pelbagai kelompok dan penggolongan, dan pengawasan

tingkah laku serta kebebasan-kebebasan manusia dalam masyarakat merupakan jalinan hubungan

sosial.

2. Ralph Linton berpendapat : “Masyarakat merupakan setiap kelompok manusia yang telah

hidup dan bekerja bersama cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri mereka dan

menganggap diri mereka sebagai suatu kesatuan sosial dengan batas-batas yang dirumuskan

dengan jelas.

Manakala Selo Sumarjan mendefinisikan masyarakat adalah orang-orang yang hidup

bersama yang menghasilkan kebudayaan3. Hasan Shadily dalam bukunya “Sosiologi untuk

masyarakat

Indonesia” menyatakan bahawa : masyarakat adalah golongan besar atau kecil terdiri dari

beberapa manusia yang dengan atau karena sendirinya bertalian secara golongan dan

pengaruh mempengaruhi satu sama lain4. Dari pengertian-pengertian tentang masyarakat

diatas, dapat

2 M. Munandar Soelaeman, Ilmu Sosial Dasar : Teori dan Konsep Ilmu Sosial (Bandung : RefikaAditama, 1998), Ibid., 643 Soerjono Soekanto, Sosiologi Suatu Pengantar, (Jakarta : PT. Raja Grafindo Persada, 1999),25 – 26

4 Hasan Shadily, Sosiologi untuk Masyarakat Indonesia (Jakarta : Bina Aksara, 1983), 47

Page 4: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

4

disimpulkan bahawa masyarakat adalah sekelompok manusia yang saling berinteraksi, yang

memiliki prasarana untuk kegiatan tersebut dan adanya keterikatan untuk mencapai tujuan

bersama.

. Definisi masyarakat dari segi istilah menurut Drs.Sidi Gazalba mengutamakan dua perkara,

pertama, interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok dan dalam masyarakat yang

teratur. Kedua, pemelihara interaksi yang teratur dalam kelompok. Masyarakat merupakan

pergaulan hidup, pengaulan antara manusia dengan kelompok. Institut masyarakat

bertanggungjawab mempertahankan hubungan yang teratur antara individu dengan individu.

Masyarakat (sebagai terjemahan istilah society) adalah sekelompok orang yang membentuk

sebuah sistem semi tertutup (atau semi terbuka), dimana sebagian besar interaksi adalah

antara individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Lebih abstraknya, sebuah

masyarakat adalah suatu jaringan hubungan-hubungan antar entitas-entitas. Masyarakat

adalah sebuah komunitas yang interdependen (saling tergantung satu sama lain). Umumnya,

istilah masyarakat digunakan untuk mengacu sekelompok orang yang hidup bersama dalam

satu komunitas yang teratur.5

MASYARAKAT DAN PENDIDIKAN

Mac Iver dan Page (1961) mendefinisikan masyarakat sebagai suatu sistem dari kebiasaan

dan tata cara, berasaskan tanggungjawab dan kerjasama antara kelompok dan golongan serta

kawalan tingkah laku daripada kebebasan-kebebasan manusia.Keseluruhan yang selalu

berubah ini kita namakan masyarakat. Masyarakat merupakan jalinan hubungan sosial dan

masyarakat selalu berubah.6

5 kuliahkomunikasi.com/2008/06/definisi-opini-publik/

6 Masyarakat Dan Pendidikan: perspektif Sosiologi1.Sociology of Education 2.Abdul Razak Ahmad 3.Rozita Abdul Latif 4.Didin SaripudinYayasan Istana Abdulaziz

Page 5: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

5

Menurut Ralph Linton (1963) masyarakat merupakan setiap kelompok manusia yang telah

hidup dan bekerjasama cukup lama sehingga dapat mengatur diri mereka dan menganggap

mereka sebagai satu kesatuan sosial dengan batas-batas yang dirumuskan dengan jelas.

Kingsley Davis mengertikan masyarakat sebagai kumpulan sosial terkecil yang tinggal di

daerah tertentu, di dalamnya mengandungi seluruh aspek kehidupan sosial.

Menurut Philip Roup, masyarakat merupakan kelompok sosial yang mempunyai ciri-ciri

kesamaan tempat tinggal, sistem nilai, aktiviti dan pola tingkah laku. Sedangkan Marion J

Levy mendefinisikan masyarakat sebagai suatu sistem tindakan yang memiliki ciri-ciri

kemajmukan individu yang berinteraksi dalam satu kelompok; merupakan unsur memenuhi

keperluan akibat tekanan pluraliti dan kemampuan wujudnya lebih lama daripada kehidupan

individu.

Berikut di bawah ini adalah beberapa pengertian masyarakat dari beberapa ahli sosiologi

dunia.

1) Menurut Selo Sumardjan masyarakat ditakrifkan sebagai orang-orang yang hidup

bersama dalam satu kelompok dan menghasilkan kebudayaan.

2. Menurut Karl Marx pula masyarakat adalah suatu struktur yang menderita kerana suatu

konflik organisasi atau perkembangan akibat adanya pertentangan antara kelompok-

kelompok yang terbagi secara ekonomi iaitu seperti pembahagian kasta-kasta.

3. Menurut Emile Durkheim masyarakat merupakan suau kenyataan objektif peribadi-pribadi

yang merupakan anggotanya.

4. Menurut Paul B. Horton & C. Hunt masyarakat merupakan kumpulan manusia yang relatif

mandiri, hidup bersama-sama dalam waktu yang cukup lama, tinggal di suatu wilayah

tertentu, mempunyai kebudayaan sama serta melakukan sebahagian besar kegiatan di dalam

kelompok manusia tersebut.

Page 6: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

6

KESIMPULAN TAKRIFAN MASYARAKAT

Secara kesimpulannya di sini dapat disimpulkan bahawa takrifan “masyarakat” adalah sangat

luas dan mempunyai beberapa definisi mengikut beberapa pandangan berbeza. Jika

digabungkan kita dapat mendefinisikan masyarakat ini adalah suatu kelompok Manusia yang

hidup bersama. Didalam ilmu sosial tidak ada ukuran mutlak ataupun angka yang pasti untuk

menentukan beberapa jumlah manusia yang harus ada untuk memnbentuk masyarakat

namun paling tidakpun dua orang yang hidup bersama itu pun sudah dikatakan masyarakat.

Masyarakat dikatakan bercampur atau menyatu untuk waktu yang cukup lama. Dengan

berkumpul, manusia dapat bersembang dan menyampaikan perasaanya masing-masing, dari

sini, muncullah rasa persefahaman dan mencipta sistem komunikasi dan peraturan-peraturan

yang akan mengatur hubungan masyarakat dengan persekitarannya. Kata kunci kepada

definisi masyarakat ini adalah kesatuan. Dimana mereka akan cuba untuk menyatu dengan

orang sekeliling atau alam. Suatu sistem hidup bersama kerana setiap individu merasa dirinya

terikat dengan yang lain, maka dengan kehidupan bersama ini, akan menimbulkan sebuah

kebudayaan.

Definisi Mobiliti Sosial

Mobiliti sosial merupakan pergerakan daripada satu tahap kelas sosial kepada tahap kelas

sosial yang lain. Menurut Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat

diertikan sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas ke sosial. Pendapat ini dipersetujui

oleh S. A Wila Hucky (1982), yang menyatakan bahawa mobiliti sosial sebagai pergerakan

individu atau berkumpulan dari suatu status ke status yang lain dalam masyarakat. Lebih

lanjut mengenai mobiliti sosial ini dikemukakan oleh Kimball Young dan Raymond W.

Page 7: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

7

Mack, bahawa gerak sosial atau mobiliti sosial adalah suatu pergerakan dalam struktur sosial

iaitu pola-pola tertentu yang mengatur organisasi suatu kelompok sosial. Struktur sosial

mencukupi sifat-sifat hubungan sesama individu dan hubungan antara individu dengan

kelompoknya.

Mobiliti sosial dapat dikelompokkan ke dalam dua kategori, iaitu upward mobility dan

downward mobility. Upward mobility merupakan mobiliti atau perpindahan dari kelompok

mayarakat yang berpendapatan rendah menjadi kelompok masyarakat yang berpendapatan

tinggi. Manakala downward mobility pula ialah berlawanan dengan jenis mobiliti yang

pertama. Downward mobility dirujuk kepada berpindahnya kelompok masyarakat yang

berpendapatan tinggi menjadi masyarakat yang berpendapatan sederhana. Tujuan downward

mobility ini tidak lain untuk menghapuskan jurang yang membezakan antara si kaya dan si

miskin.

Dari kedua-dua jenis mobiliti sosial yang telah disebutkan di atas, yang menjadi matlamat

utama adalah terciptanya upward mobility pada masyarakat menengah ke bawah dan

terciptanya downward mobility pada masyarakat menengah ke atas. Oleh kerana itu, pada

tingkat elit, usaha yang dilakukan sekurang-kurangnya mencakupi empat hal dasar, iaitu

penghapusan segala hal yang dapat menghalang terjadinya upward mobility, membantu

semaksimum mungkin segala yang dapat mempercepatkan upward mobility, penghapusan

segala hal yang dapat menghalangi terjadinya downward mobility, dan mengoptimumkan

segala hal yang dapat mempercepatkan terjadinya downward mobility.

Jenis-jenis Mobiliti Sosial

Terdapat tiga jenis mobiliti sosial, iaitu mobiliti vertikal, mobiliti horizontal, dan mobiliti

geografis. Mobiliti vertikal ialah pergerakan perseorangan atau berkumpulan dalam

Page 8: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

8

masyarakat dari suatu stratum ke startum di atas atau di bawahnya. Atau dengan kata lain,

mobiliti vertikal adalah perpindahan individu atau objek sosial dari suatu kedudukan sosial

ke kedudukan sosial lainnya yang berbeza taraf atau status. Terdapat dua jenis pergerakan

sosial yang vertikal iaitu yang ke atas (social climbing) dan ke bawah (social sinking).

Pergerakan sosial ke atas mempunyai dua bentuk utama. Antaranya ialah pergerakan

individu-individu yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi, kedudukan sedia ada dan

pembentukan suatu kelompok sosial baru dan ia ditempatkan pada darjat yang lebih tinggi

dari kedudukan individu-individu pembentuk kelompok tersebut.

Manakala mobiliti horizontal pula ialah pergerakan orang perseorangan dan

kumpulandari suatu posisi lain dalam stratum yang sama. Atau dengan kata lain ialah suatu

peralihan individu atau objek sosial lainnya dari suatu kelompok sosial ke kelompok sosial

lainnya yang setaraf. Bagi mobiliti geografis pula, ianya merujuk kepada pergerakan

perseorangan atau kumpulan dari satu tempat secara geografi ke tempat lainnya. Perpindahan

ini dikenali sebagai migrasi. Migrasi adalah perpindahan tempat tinggal seseorang dari suatu

tempat ke tempat lain dan biasanya ada di luar batas administrasi. Disebabkan mereka tinggal

di tempat baru, maka migrasi itu disebut migrasi tetap. Istilah ini dipakai untuk membezakan

perpindahan seseorang ke suatu tempat yang sifatnya sementara dan pada suatu saat tertentu

pulang beberapa waktu ke tempat tinggal yang tetap. Migrasi ini disebut migrasi sekular dan

bersifat tidak tetap.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Mobiliti Sosial

Terdapat beberapa faktor yang menghalang terjadinya mobiliti sosial, iaitu sama ada melalui

sistem kasta, kemampuan individu atau kemiskinan. Menurut Paul B. Horton dan Chester L.

Hunt (1984), status dan kedudukan orang ditentukan oleh warisan nenek moyangnya, melalui

sistem kasta. Merupakan contoh yang paling ekstrim dari masyarakat bersistem kelas sosial

tertutup. Negara India mengamalkan sistem kasta dan pemerintahannya memberi ruang

kepada mereka berkasta untuk memperoleh jenis pekerjaan yang berstatus tinggi. Pemerintah

berusaha untuk mengubah masyarakat negara India menjadi suatu masyarakat yang bersistem

sosial terbuka.

Page 9: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

9

Bagi faktor kemampuan individu pula, menurut Paul B. Hortin dan Chester L. Hunt

(1984), meskipun faktor struktur menentukan kedudukan tinggi dalam masyarakat, namun

faktor individual yang banyak mempengaruhi siapa yang akan mencapai kedudukan yang

tinggi. Walaupun dalam beberapa hal terdapat persamaan, namun orang cekap biasanya akan

memperolehi pendapatan yang lebih besar daripada orang lain. Masih banyak hal yang tidak

kita ketahui berkaitan dengan kemampuan. Memang benar bahawa tidak semua orang

memiliki kemampuan yang sama. Meskipun tidak mungkin untuk dapat mengukur

kemampuan secara tepat, namun kita berpendapat bahawa perbezaan kemampuan merupakan

faktor penyebab penting yang menentukan keberhasilan hidup dan mobiliti sosial.

Manakala kemiskinan merupakan suatu gejala yang sering ditemui pada suatu

masyarakat. Kemiskinan dapat ditakrifkan sebagai ketidaksanggupan individu atau

sekelompok orang untuk dapat memenuhi dan memuaskan keperluan-keperluan asas

materialnya. Dalam konteks tersebut, kemiskinan adalah ketidakcukupan seseorang untuk

memenuhi keperluan primernya untuk meneruskan hidup serta meningkatkan hidup dan

kedudukan sosial ekonominya. Sumber-sumber daya material yang dimiliki adalah sangat

terbatas kerana ia sekadar mampu digunakan untuk mempertahankan kehidupan fizikalnya

dan tidak memungkinkan untuk dimanfaatkan demi meningkatkan kesejahteraan.

Manfaat dan Kerugian Mobiliti Sosial

Terdapat beberapa manfaat dari adanya mobiliti sosial antaranya adalah adanya penyesuaian

dari beberapa unsur yang berbeza dalam masyarakat sehingga menghasilkan suatu pola

kehidupan yang serasi fungsinya dalam masyarakat. Proses penyesuaian tersebut dalam

sosiologi disebut integrasi sosial. Integrasi sosial yang tercipta dalam kehidupan masyarakat

adalah berupa keteraturan sosial seperti dalam kehidupan keluarga, bertetangga,

bermasyarakat, beragama, dan sebagainya. Integrasi sosial sebagai kesan positif adalah

disebabkan adanya mobiliti dalam kehidupan masyarakat yang perlu memenuhi syarat-syarat.

Pandangan yang menyatakan bahawa mobiliti merupakan sesuatu hal yang baik adalah

bahagian etos demokrasi kita. Kita beranggapan bahawa suatu masyarakat yang bersistem

sosial tertutup membatasi perkembangan keperibadian seseorang dan merugikan masyarakat,

Page 10: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

10

kerana tidak mendayagunakan sumbangan orang-orang yang cakap. Meskipun mobiliti sosial

membolehkan masyarakat untuk mengisi kerusi jabatan dengan orang yang paling ahli dan

memberikan kesempatan bagi orang untuk mencapai tujuan hidupnya, namun mobiliti sosial

juga memiliki beberapa kerugian. Akibat negatif lain dari mobiliti sosial biasanya berupa

konflik.

Terdapat beberapa konflik yang dapat diklafikasikan, antaranya ialah konflik kelas sosial,

konflik kelompok sosial, dan konflik antara generasi. Konflik kelas sosial adalah melalui

pemberian kesempatan yang tidak sama dan diskriminasi kelas sosial akan menghalang

orang-orang kelas rendah untuk mengembangkan bakat dan kemampuan mereka

semaksimum yang mungkin. Sementara itu , di satu pihak, orang-orang kelas sosial atas yang

memiliki banyak hak istimewa akan bebas dan memilih pekerjaan sekalipun tidak berbakat.

Dengan demikian, sistem kelas sosial merupakan sistem yang tidak berfungsi dalam

mendistribusikan kesempatan kerja dan sistem yang mensia-siakan bakat orang yang hebat.

Manakala konflik kelompok sosial pula ialah secara horizontolnya, masyarakat

dikelompokan berdasarkan ras, etnik, suku, agama dan lain-lain. Adanya kemajmukan seperti

itu, apalagi bila masing-masing pihak berpijak berdasarkan diskriminasi dan prasangka,

mampu mengakibatkan terjadinya konfli antara kelompok ras, agama dan konflik-konflik

lain. Bagi konflik antara generasi, adanya ketidaksepakatan dalam memahami norma, nilai,

dan tradisi masyarakat antara generasi tua dengan generasi muda akan mengakibatkan

terjadinya konflik antara generasi. Hal ini kerana dengan adanya kemajuan ilmu

pengetahuan, teknologi, dan industri telah mempengaruhi generasi muda dalam memberi

penilaian terhadap objek material ataupun non-material.

Pendidikan dan Mobiliti Sosial

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat

mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Pada hari ini, kedudukan kelas

dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. Peranan pendidikan sebagai mobiliti

sosial sebelum kemerdekaan sangat terhad. Dasar pecah dan perintah Inggeris telah

mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di mana anak-anak setiap kaum masih

meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka. Ibu bapa Melayu sebenarnya tidak mampu

Page 11: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

11

menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah

Melayu sangat kurang jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah Inggeris. Ini menyebabkan

ramai anak-anak Melayu tidak bersekolah. Hal ini adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris

mahu menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat persekolahan

pun, kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di

Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Mereka yang

bersekolah Cina pula, mobiliti sosial adalah terhad di lingkaran komuniti Cina sendiri kerana

tiada peluang bagi mereka bekerja dengan pihak kerajaan British. Selepasa kemerdekaan,

peluang-peluang untuk mobiliti sosial memang nampak ketara. Adalah diakui, Malaysia telah

mengalami pembangunan ekonomi yang pesat sejak merdeka. Rakyat tempatan telah

mengambil alih peranan-peranan yang dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris.

Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana

kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Dengan fungsi pendidikan

sebagai sebuah proses penyelesaian untuk menempatkan orang pada masyarakat sesuai

dengan kemampuan dan keahliannya, pendidikan menjadi agen utama dengan tujuan mobiliti

sosial kerana di dalam mobiliti sosial yang terpenting adalah kemampuan dan keahlian

seseorang. Akan tetapi, untuk memastikan pendidikan dapat mempercepatkan proses mobiliti

sosial dalam sebuah masyarakat, tentulah ada beberapa prasyarat yang wajar dipenuhi.

pendidikan

Pada tahun 1988 Falsafah Pendidikan Negara / Kebangsaan telah dirasmikan dan disebut

dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan

Page 12: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

12

kearah memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri dan member sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kepentingan negara supaya langkah-langkah untuk mencapai perpaduan nasional

diperhebatkan sejak terjadinya peristiwa 13 mei 1969. Perubahan-perubahan teknologi dan

industri yang semakin canggih memaksa kita mengemaskini pengetahuan supaya negara

tidak ketinggalan dalam peradaran arus globalisasi yang begitu pastas menular kesemua

negara. Pada abad ke -21 sudah memerlukan kita mengadakan persiapan-persiapan yang

sewajarnya kerana pada zaman tersebut sangat berorientasikan teknologi maklumat. Melalui

perkara inilah menjadikan negara kita bangkit melakukan atau melancarkan reformasi

penddikan.

Pendidikan bukan hanya proses pemindahan fakta dan maklumat tetapi merupakan proses

peningkatan dan penyempurnaan diri yang tidak ada batasnya. Sehubungan itu, pendidikan

merupakan proses belajar sepanjang hayat, lantaran manusia perlu mencari, mengembangkan

dan memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada sehingga ke liang lahad.

Selain itu, pendidikan juga dilihat sebagai pembinaan insan secara menyeluruh, seimbang

dan sepadu, proses membangun kesedaran dan nilai-nilai insaniah, proses menerapkan nilai-

nilai murni dan luhur dalam diri atau fadhilah agar terpancar kebaikan pada diri manusia

yang lain dan kepada alam sejagat.

Aspek- aspek rihani, intelek, emosi dan jasmani perlu dilaksanakan secara tegas untuk

melahirkan pendidikan yang lengkap dan utuh dan hal ini bukanlah hanya retorik-retorik

dalam dokumen rasmi sahaja. Aspek-aspek rohani merupakan intipati, aspek intelek

merupakan alat yang amat mustahak untuk mencapai ilmu, aspek emosi menjana diri untuk

bertindak dan aspek jasmani sebagai wadah. Aspek-aspek ini saling berhubungkait yang

membolehkan pendidikan dilakukan secara meyeluruh, lengkap dan sembang dan sekaligus

Page 13: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

13

membina potensi insane untuk menjamin pembentukkan sahsiah yang seimbang, sepadu dan

harmoni.

Dalam konteks hindunisme, ilmu dan pendidikan dirujuk kepada pendangan rohani

manusia. Dengan maksud lain, penekanan kepada usaha menerapkan dharma (nilai-nilai

murni) dalam diri manusia supaya rohnya terangkat mencapai ketinggian darjat dan akhirnya

ketahap nirvana.

Manakala pendidikan dalam konteks islam seperti mana yang dinyatakan oleh Prof. Al

Athiyah Al-Abrashy ialah untuk mengembangkan segala kebaikan (fadhilah) dalam diri

manusia, perkara ini bertujuan agar fadhilah tersebut dapat menerangi dirinya dan alam.

Maksud lain bagi penyataan Prof. Al Athiyah Al-Abrashy ialah seluruh fitrah insaniah perlu

dibangunkan dengan selengkap dan seteguhnya.

Prof. Al Athiyah Al-Abrashy juga menegaskan bahawa fungsi sebenar pendidikan adalah

sebagai proses penerapan adab kedalam diri manusia. Pernyataan ini membawa maksud

bahawa manusia yang terdidik adalah manusia yang beradab serta dapat mencapai keadilan,

kesejahteraan, kemuliaan, hikmah dan al- falah.

Seterusnya pendidikan dihuraikan melalui konsep pendidikan bersepadu. Dalam pendidikan

sepadu mempunyai falsafahnya iaitu paradigma pendidikan sepadu memenuhi pengertian

falsafah kerana ia dapat dijelaskan menurut pelbagai cabang falsafah seperti metafizik,

epistemologi dan aksiologi.

Dalam pendidikan sepadu mempunyai konsepnya. Konsep pendidikan sepadu ialah

pendidikan sepadu bermaksud ilmu itu sifatnya satu dan bersepadu. Satu bermaksud ilmu itu

hakikatnya ilmu Allah S.W.T. inilah yang dimaksudkan sebagai ilmu wahyu yang mesti

diyakini tanpa sebarang keraguan. Manakala bersepadu pula bererti ilmu-ilmu yang

dihasilkan menerusi pemikiran manusia (sains tabii dan sains kemanusiaan). Pada

hakikatnya, ilmu-ilmu akal adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisah-pisahkan serta

mesti berpaksikan ilmu wahyu.

Page 14: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

14

Berbeza dengan era globalisasi sekarang, pada realitinya didominasi dan dikuasai oleh

pendidikan moden yang dipelopori oleh sistem pendidikan barat. Pemikiran pendidikan

mereka lebih ditunjangi oleh fahaman liberal,demokrat dan secular. Melalui falsafah

positivism yang berpaksikan semata-mata kepada sains emprikal sebagai asas ilmu.

Pemikiran pendidikan ini adalah satu pendekatan yang menyingkirkan konsep agama, wahyu

dan ketuhanan yang membolehkan akidah terpesong dan lari konsep pendidikan Islam.

Mengikut pengertan yang umum, pendidikan ialah proses perwarisan masyarakat ataupun

usaha untuk menyediakan masyarakat pada masa akan datang. Dalam konteks islam dari

sedut epistemologi pula definasi pendidikan perlu diperhalusi lagi dimana, dibahagikan

kepada dua aspek iaitu proses dan kandungan.

Dari segi proses, pendidikan ialah proses petitisan ilmu kedalam diri insane. Dalam definisi

ini, penekanan ialah proses, sedangkan proses sebagai cara adalah kurang penting jika

dibandingkan dengan kandungan pendidikan (ilmu) yang dipentingkan. Maka definisi

pendidikan lebih tepat iala ilmu yang dititiskan kedalam diri insan.

Terdapat juga beberapa definisi pendidikan mengikut tokoh-tokoh tersohor. Antaranya ialah

plato mengatakan pendidikan ialah proses membentuk individu yang berakhlak mulia dan

tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganegaraan yang baik. Aristotles pula

mendifinisikan ilmu yang bersifat etikal dan politikal bertujuan memberikan setiap

warganegara peluang untuk mencapai kebahagian hidup. Manakala mengikut Jean Jacques

Rousseu, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan, melibatkan segala kebolehan

semulajadi serta lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi yang

bermula sejak zaman masa kanak-kanak lagi.

Terdapat juga beberapa tokoh mengemukakan definisi meraka, antarnya ialah Mohammad

Quth menyatakan pendidikan ialah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan

seimbang, yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek fizikal, emosi dan

rohani manusia ke tahap kesempurnaan. Mengikut Imam Al- Ghazali pula pendidikan ialah

proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan

akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati.

Page 15: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

15

Manakla mengikut As-Syalbani pula, pendidikan ialah bertujuan melatih manusia membuat

persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Selain itu, Hamka pula mengatakan pendidikan

ialah proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi

pekerti yang mulia seperti merendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

Manakala terdapat definisi dari artikel Indonesia dimana menyebut pendidikan

merupakan sebuah usaha yang sudah direncanakan, diprogramkan dan bersinambungan

membantu pelajar mengembangkannya secara maksimun. Perkara ini, member kebaikan

kepada tiga aspek iaitu kognitif, aspek efektif dan juga aspek psikomotorik.

Aspek kognitif terdiri daripada enam elemen iaitu pengetahuan atau ingatan, pemahaman,

aplikasi, analisis, sistesis dan evaluasi. Manakala aspek efektif pula dipecahkan kepada lima

elemen iaitu penerimaan, jawapan atau reaksi, penilaian, organisasi dan interlisasi.

Seterusnya, aspek psikomotorik berkenaan dengan hasil pembelajaran ketrampilan dan

kemampuan bertindak terdiri daripada enam elemen iaitu gerakan reflex, ketrampilan

gerakan dasar, kemampuan perceptual, harmoni atau ketepatan, gerakan ketrampilan komleks

dan gerakan eksresif dan interprektif.

Globalisasi

Globalisasi merupakan suatu istilah yang mula mendapat tempat perbincangan akademik

pada awal 1990-an di Malaysia. Globalisasi dikatakan sebagai suatu istilah yang merujuk

kepada perubahan dunia tanpa sempadan. Ianya dikatakan membentuk “ global village” atau

perkampungan global. Globalisasi dikatakan digunakan istilahnya pertama kali oleh Roland

Robertson bagi merujuk kepada proses yang membolehkan pelbagai negara dan masyarakat

di dunia berada dalam keadaan saling merangkumi dan mempengaruhi pelbagai bidang,

termasuk budaya (Water 1995).

Page 16: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

16

Definisi globalisasi adalah berbeza-beza bagi setiap sarjana. Dari segi proses, globalisasi

bolehlah dikatakan sebagai satu fenomena sedunia yang muncul hasil dari cantuman pelbagai

proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan

ideologi sesuatu negara menerobosi atau menembusi sempadan negara lain (Abdul Rahman

Embong 2000). Dalam hal ini, sistem pasaran terbuka menyebabkan wujudnya pelaburan

asing yang masuk dalam sesuatu negara dan mengimpak dalam sisten negara tersebut.

Globalisasi juga merupakan suatu keadaan yang mewujudkan persekitaran baru dalam

sistem kehidupan dunia. Proses globalisasi dikatakan suatu keadaan yang mengecilkan

jurang sempadan antara dunia. Mengikut Norani Othman (2000), ianya merupakan

pemampatan ruang dan masa dalam pelbagaian jenis perhubungan, pengangkutan dan

interaksi antara manusia dengan negara-negara. Proses ini menurut beliau mewujudkan

kesejagatan desa di kalangan umat manusia. Maka itu ianya kelihatan seperti memberi

kelebihan kepada dunia pada hari ini yang mana perkembangan sistem itu sendiri

memudahkan sebarang urusan menjadi mudah kerana skalanya kelihatan semakin mengecil.

Ini yang menurut Keinichi Ohmae (1995) bahawa dunia menjadi tanpa sempadan, dan

peranan negara sudah tidak berfungsi serta ketinggalan zaman (dalam Abdul Rahman

Embong (2000)).

Dalam wacana perbincangan mengenai globalisasi, masih belum terdapat satu set teori

yang mantap dan lengkap mengenainya. Umumnya, terdapat tiga pendekatan utama

mengenai globalisasi. Pertama ialah tesis keras atau “juggernaut” yang dianjurkan golongan

pendukung globalisasi atau hyperglobalizers dan mereka yang mengagungkan dunia pasaran

bebas. Menurut mereka, satu bentuk ekonomi yang baru dan benar-benar bebas telah muncul

dan oleh hal yang demikian, mereka beranggapan bahawa ekonomi nasional dan strategi

domestik dalam pengurusan ekonomi nasional tidak lagi penting. Menurut mereka lagi,

globalisasi ialah sesuatu yang tidak terelakkan, bahawa dunia sudah menjadi tanpa

sempadan, Negara bangsa sudah tidak mempunyai fungsi lagi dan sudah ketinggalan zaman

(Ohmae 1995).

Page 17: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

17

Pendekatan yang kedua ialah pendekatan skeptik. Pendekatan ini ialah pendekatan yang

menolak globalisasi. Golongan skeptik seperti Hirst dan Thompson (1996) menganggap

globalisasi hanya satu mitos, tetapi satu mitos yang perlu. Mereka menegaskan bahawa apa

yang terdapat ialah bukannya globalisasi tetapi pengantarabangsaan dan pelbagai negara di

dunia tetap beroperasi sebagai sistem negara yang menggerakkan hubungan antara negara,

atau antarabangsa.

Pendekatan yang ketiga ialah tesis ‘lembut’ yang didukung oleh golongan

transformationalist iaitu menurut Abdul Rahman Embong (2000), sebagai satu aliran yang

menganggap bahawa globalisasi sebagai satu proses yang benar berlaku dan menjadi

kenyataan serta mencirikan keadaan dunia pada hari ini. Pendekatan ini menolak idea

globalisasi yang juggernaut sebagai sesuatu yang bersifat totalizing. Hettne (1997)

berpendapat bahawa, kecenderungan melawan globalisasi itu ada, malahan jalan keluar juga

terdapat dalam pendekatan ini dengan melalui strategi dan inisiatif seperti perkembangan ke

arah regionalism, dan masyarakat sivil.

Globalisasi dan Pendidikan

Globalisasi seringkali cenderung berkaitan dengan dasar keterbukaan ekonomi. Keterbukaan

pasaran ini juga mengimpak institusi-institusi yang lainnya seperti aspek pendidikan

misalnya. Umumnya, pendidikan merupakan salah satu agen perubahan masayarakat ke arah

yang lebih baik. Namun begitu, dalam era globalisasi ini, ianya juga berubah dan

menimbulkan pedebatan di kalangan penyokong dan pengkritik berkaitan kesan negatif

perlaksanaan dasar globalisasi seperti LDP dalam semua bidang dan bukan terhad dalam

ekonomi sahaja. Dalam bidang pendidikan tinggi, manifestasi dasar-dasar globalisasi adalah

Page 18: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

18

dalam bentuk seperti pengurangan belanjawan dan partisipasi kerajaan terhadap institusi

pendidikan tinggi, menggalakkan keterbukaan dan liberalisasi sektor pendidikan kepada

kemasukan universiti dan kolej swasta serta antarabangsa. Tidak dinafikan, ianya

berorientasikan kepada kehendak pasaran, namun ianya mewujudkan juga ketidakadilan bagi

mereka yang kurang berkemampuan.

Jelasnya, sebelum ini, kerajaan juga cenderung untuk mengubah dasar dan falsafah

pendidikan tinggi negara agar ianya sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa pasaran

dan industri moden. Bersamaan dengan dasar lain pembangunan ekonomi, Malaysia juga

telah melaksanakan usaha untuk menswasatakan pendidikan khususnya pendidikan tinggi.

Malah universiti-universiti awam juga dikerah untuk memikirkan bagaimana mereka akan

melaksanakan dasar pengkorporatan. Antara tuntutan utama dasar ini ialah memberi operasi

agar ia mampu memperolehi pendapatan sendiri hasil dari kurikulum dan tawaran kursus

bagi pelajar untuk memperolehi ijazah dan sijil masing-masing. Nilai wang telah diberikan

kepada pendidikan tinggi yang dan ianya boleh dianggap tidak berbeza daripada produk

kilang. Jelasnya, hasil daripada ini, ianya menjadikan pelajar sebagai bahan komoditi yang

boleh memberikan universiti tempatan pendapatan untuk menampung kos operasinya.

Persoalan tentang nilai dan falsafah pendidikan itu mulai timbul. Falsafah merupakan

sumber untuk membina peradaban, kemanusiaan melalui pebentukan peribadi dan intelek

yang mampu melihat, memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan pergolakkan

masyarakatnya. Falsafah pendidikan pada asasnya adalah untuk melahirkan manusia yang

mempunyai kemampuan untuk menakul, berfikir secara kritis, dan tegas membuat keputusan,

bertanggungjawab, berani mengemukakan pandangan, dan bersedia mempertahankannya

berdasarkan prinsip dan pemikiran. Walaubagaimanapun, dengan berlakunya modenisasi

dan globalisasi, tuntutan yang bersifat pragmatis lebih ketara kelihatan.

Maka ini, cabaran yang wujud ialah bagaimana kerajaan dan para penggubal dasar untuk

menggubal dasar yang bersesuai sesuai dengan orde global itu. Dalam hal ini, Norani

Page 19: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

19

Othman (2000), menyatakan seharusnya dasar-dasar pendidikan kebangsaan menyediakan

asas-asas sosio budaya dan budaya kemodenan yang diperlukan oleh ekonomi moden

khususnya dan persainagn ekonomi global amnya. Oleh yang demikian, beliau berpendapat,

kerajaan seharusnya peka dan prihatin terhadap beberapa perkara penting dan semasa.

Antaranya ialah membentuk dasar pendidikan yang bertunjangkan aspirasi falsafah moden,

iaitu falsafah yang mengutarakan kemodenan budaya menjadi matlamat kebangsaan.

Kemodenan budaya yang dimaksudkan dalam hal ini adalah kemodenan yang dapat:

1. Melahirkan masyarakat moden, iaitu sebuah masyarakat yang mempunyai institusi,

struktur, proses, amalan, dan orientasi nilai yang maju, dinamik dan sesuai dengan

zamannya.

2. Membentuk budaya moden, iaitu budaya yang bukan sekadar dilengkapi dengan

pengamal-pengamal sains dan teknologi dikalangan ahli-ahlinya. Malah, dikalangan rakyat

jelata juga perlu terdapat manusia yang bersifat rasional lagi moden dari segi

keseluruhannya. Ertinya, manusia yang mempunyai sikap dan pemikiran rasional

berteraskan pendidikan sains tabii serta kemanusiaan dan nila-nilai moral sejagat yang

bersandarkan agama dan budaya yang refleksif lagi terserlah;

3. Mengasuh manusia moden, iaitu individu yang bukan sekadar moden dari segi pemikiran,

sikap dan orientasi nilainya, tetapi juga individu yang diperteguhkan oleh warisan agama dan

budayanya yang tersendiri dengan kepekaan dan toleransi terhadap kebendaan dan pluraslime

insan. Keperibadian moden ini yang berteraskan kejatian budaya merupakan keperibadian

yang merangkumi sifat, keterampilan dan sahsiah yang berbentuk rasional, tidak fanatik,

luwes, bertanggungjawab serta bersedia untuk bekerjasama, berperikemanusiaan, penyayang

dan bertolak ansur. Individu tersebut sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan keadaan

baru, mempunyai keluwesan dan daya tahan untuk menjalankan tugas dengan prihatin.

Selain itu, pendidikan dalam aliran agama juga merupakan satu lagi komponen sistem

pendidikan yang perlu diberikan perhatian. Ianya adalah perlu bagi membantu masyarakat

menangani globalisasi dan supaya tidak pula agama menjadi sebaliknya akibat dari

globalisasi. Menurut Robertson, (dalam Norani Othman 2000), agama mempunyai satu sifat

ketahanan dan pengekalan dalam situasi perubahan sosial. Ini bermaksud, agama tidak akan

Page 20: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

20

terhapus atau terketepi sebagaimana yang di dukung oleh teori sekularisasi. Malahan agama

sentiasa diperlukan dalam menafsirkan keadaan yang sedang dialami mereka. Oleh itu,

agama akan boleh melahirkan justifikasi yang bersifat negatif ataupun positif dalam situasi

pertentangan nilai yang dibawa oleh arus globalisasi.

Hakikatnya, agama akan sentiasa diperlukan dalam dunia globalisasi. Oleh hal yang

demikian, amat penting bagi sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia untuk secara

mendalam memikirkan bagaimana sistem pendidikan boleh memainkan peranan memupuk

perkembangan pemikiran agama yang bersifat toleran. Andaiannya di sini ialah, dengan

penekanan kepada pendidikan agama yang konvensional melalui amalan ibadah, hukum dan

peraturan boleh memenuhi jangkaan tersebut. Oleh hal yang demikian, pengisian kurikulum

dan intelektual bagi sekolah aliran agama islam di Malaysia, perlu diperluaskan dan

dipersuaikan dengan dasar pembagunan ekonomi dan pemodenan negara. Memperluaskan

lagi peluang pendidikan aliran agama di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi

tidak memadai tanpa dikaji semula secara mendalam pengisian intelektual dan kurikulum

pendidikan tersebut.

KESIMPULAN

Page 21: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

21

Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa pendidikan dan masyarakat merupakan

dua item yang saling berkaitan antara satu sama lain. Tanpa pendidikan masyarakat tidak

akan dapat mencapai keupayaan untuk memajukan diri dari segi intelek, rohani, emosi,dan

juga jasmani. Matlamat keseluruhan pendidikan adalah hanya untuk melahirkan masyrakat

yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan mempunyai komitmen

yang tinggi dalam setiap tugasan atau pekerjaan yang dilakukan.

Namun dalam masa yang sama kita haruslah mengetahui serba sedikit tentang perkara-

perkara yang berkaitan secara lansung dengan pendidikan. Iaitu mobilisasi sosial, globalisasi,

masyarakat dan juga pendidikan. Keeempat- empat item ini mempunyai definisi yang

berbeza dari pelbagai sudut yang berbeza.

Walaubagaimana pun perkara yang menjadi tunjang dalam pendidikan bagi menjamin

kesejahteraan masyarakatnya adalah tidak lain tidak bukan adalah agama. Agama merupakan

perkara penting yang harus diambil peka dalam melaksanakan pendidikan dalam masyarakat

ini. Ini kerana pada zaman kini pendidikan telah menjadi semakin sekular dan peranan agama

telah menjadi semakin kurang dan hal ini menjadi kekangan dalam pendidikan mencapau

matlamat sebenar.

Page 22: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

22

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dalam Norani Othman & Sumit K.

Mandal (pnyt). 2000. Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 2000. Negara Bangsa Dalam Arus Globalisasi. Dalam Norani

Othman & Sumit K. Mandal (pnyt). 2000. Malaysia Menangani Globalisasi:

Peserta atau Mangsa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan.

Abdul Majid Khon. 2005

Hasan Shadily, Sosiologi untuk Masyarakat Indonesia (Jakarta : Bina Aksara, 1983)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat

Horton, Paul B. dan Chester L. Hunt (1992). Sociology. New York : McGraw- Hill

Huky, S. A Wila (1982). Pengantar sosiologi. Surabaya : Usaha Nasional

http://pakguruonline.pendidikan.net

Kuliahkomunikasi.com/2008/06/definisi-opini-publik/

M. Munandar Soelaeman, Ilmu Sosial Dasar : Teori dan Konsep Ilmu Sosial (Bandung : Refika

Aditama, 1998),

Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor.

Nurin Enterprise.

Masyarakat Dan Pendidikan: perspektif Sosiologi

Soerjono Soekanto, Sosiologi Suatu Pengantar, (Jakarta : PT. Raja Grafindo Persada, 1999)

Norani Othman & Sumit K. Mandal. 2000. Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau

Mangsa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 23: istilah masyarkat, pendidikan,globalisasi,mobiliti sosial

23

Sociology of Education 2.Abdul Razak Ahmad 3.Rozita Abdul Latif 4.Didin Saripudin

Yayasan Istana Abdulaziz

Tajul Arifin bin noordin. 1987

Waters, M. 1995. Globalization. London & New York: Routledge.

Zarin Ismail . Fakulti Pendidikan. UKM