ISL~ rumusan for each topic pengantar sejarah sjh 3013

download ISL~ rumusan for each topic pengantar sejarah sjh 3013

of 22

description

pengantar sejarah 3013

Transcript of ISL~ rumusan for each topic pengantar sejarah sjh 3013

Refleksi ~Pengantar Sejarah

Bab 1: Pengertian Sejarah1.1 Pengertian SejarahPenakrifan tentang sejarah amat penting kepada ahli sejarah untuk memahami secara mendalam tentang pengertian sejarah. Dengen memahami penakrifan sejarah maka ahli sejarah dapat menjalankan sesuatu penyelidikan ataupun kajian sejarah supaya menghasilkan penulisan sejarah yan berkualiti. Selain itu, penakrifan sejarah akan membantu ahli sejarah memahami secara mendalam terhadap ruang lingkup sejarah. Hal ini disebabkan, pemahaman ahli sejarah terhadap ruang lingkup sejarah berasas daripada pengetahuan dan pendekatan mereka dalam ilmu-ilmu sejarah. Oleh itu, ahli sejarah harus menguasai pengetahuan sejarah secara mendalam supaya dapat menghasilkan penulisan sejarah yang tidak dapat dikritik oleh ahli-ahli sejarah lain.Namun, pengertian sejarah menjadi rumit apabila muncul aliran-aliran baharu yang telah memberi pentakrifan yang berbeza-beza. Jadi, ruang lingkup sejarah bukan sahaja menjadi semakin luas tetapi juga memperkenalkan pelbagai kaedah baharu dalam menjalankan kajian sejarah dan menghasilkan penulisan sejarah. Hal ini telah mendatangkan kerumitan dalam kalangan ahli sejarah semasa memberi penakrifan sejarah.Sebaliknya, takrifan yang diberikan oleh kamus-kamus yang sedia ada memang mengeliru dan tidak tepat setelah muncul aliran-aliran baharu yang telah memperluaskan ruang lingkup sejarah. Mengikut Kamus Dewan, pengertian sejarah ialah asal-usul, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau, kisah , riwayat dan tambo. Walaubagaimanapun, pengertian sejarah yang diberikan oleh Kamus Dewan hanya bersifat penakrifan umum sahaja dan tidak memberi penakrifan yang jitu dan tepat.

1.2 Sejarah sebagai suatu disiplin ilmu bersifat kajianSejarah dikatakan sebagai satu unsur kajian kerana ia mempunyai persoalan. Persoalan perlu dibina sebelum memulakan sesuatu kajian ataupun penyelidikan kerana persoalan-persoalan akan menjadi penunjuk kepada ahli sejarah untuk mencari bukti-bukti dan sumber-sumber yang relevan dengan tajuk kajiannya. Jadi, ahli sejarah boleh memendekkan masa untuk mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk kajiannya dengan cekap dan tepat. Persoalan ini juga membantu ahli sejarah untuk mengecilkan ruang lingkungan tajuk-tajuk kajian mereka. Di samping itu, persoalan yang telah dibina akan memberi suatu gambaran awal kepada ahli sejarah sebelum memulakan kajian mereka. Contohnya, tumpuan persoalan yang perlu diberikan ialah Mengapa, Bagaimana, Apa, Siapa dan Bila. Menurut Profesor R.G.Collingwood, semasa ahli sejarah memulakan sesuatu kajian sejarah maka ahli sejarah akan menjalankan kajian berdasarkan persoalan yang dibina. Hal ini bererti bahawa, ahli sejarah akan berdasarkan persoalan tersebut, bagi bermula menjalankan kajian untuk menjawab tajuk kajiannya. Ahli sejarah tidak mudah untuk menjalankan kajian sekiranya tiada persoalan kerana ia tidak akan memandu ahli sejarah untuk menjawab persoalan yang dibina. Oleh itu, persoalan yang dibina akan menjadikan panduan kepada ahli sejarah untuk memahami dan mengaji kronologi tajuk kajiannya.Ahli sejarah membina persoalan berdasarkan kepada skop kajiannya. Jadi,ahli sejarah akan mengkaji skop-skop kajian peristiwa sejarah sebelum mengemukakan persoalan. Hal ini disebabkan lingkungan sejarah sangat luas dan kajian terhadap skop kajian akan menyempitkan kajian supaya ahli sejarah dapat lihat sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih jelas dan teliti. Kajian terhadap skop-skop peristiwa sejarah akan memudahkan ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah secara tepat dan mendalam.

1.3 Ruang Lingkup ilmu SejarahRuang lingkup telah menjadikan semakin luas apabila aliran-aliran baharu telah diperkenalkan. Hal ini elah menyebabkan ahli-ahli sejarah mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap pengertian sejarah.Menurut F.J Teggart, sejarah merupakan kajian terhadap tindak-tanduk manusia yang membawa kesan kepada rakyat ataupun negara. Jadi, kajiannya lebih kepada tindakan sosial manusia yang dilakukan oleh individu ataupun kelompok-kelompok tertentu dalam sesebuah negara. Namun begitu, ruang lingkup yang ditetapkan oleh F.J Teggarat tidak menyekat sama sekali dengan ahli-ahli sejarah lain. Contohnya, ada sesetengah ahli sejarah memberi perhatian kepada kajian tentang kedudukan dan pengaruh golongan petani, pekerja kilang, hamba abdi dan wanita yang telah memberi sumbangan besar terhadap ekonomi tempatan. Selain daripada pendapat F.J Teggarat, aliran-aliran yang lain juga mengemukakan pendapat yang berlainan terhadap pengertian sejarah. Sebagai contohnya, aliran objektif yang dipelopori oleh Leopold Von Ranke merupakan aliran yang menyokong pensejarahan tradisional. Pensejarahan tradisional merupakan kajian sejarah yang leih bertumpu kepada peranan dan penglibatan kerajaan serta tokoh-tokoh kelas atasan. Ruang lingkup kajian oleh aliran sejarah objektif hanya menumpu kepada soal-soal sosial, ekonomi dan peranan wanita tidak diberikan penekanan. Aliran-aliran baharu telah muncul sejak tahun 1920-an apabila wujud keadaan yang tidak menyokong kajian sejarah yang dijalankan bergantung kepada pensejarah tradisional. Contohnya, Aliran Annales telah memperkenalkan Sejarah Keseluruhan yang menumpukan kajian tentang kegiatan manusia yang dilihat dari perspektif alam dan institusi sosial serta bertentang dengan konsep Aliran Objektif. Hal ini desebabkan Aliran Annales menyatakan bahawa Profesor Leopold Von Ranke telah memilih-milih tajuk kajian sejarah berdasarkan tema sahaja. Selain itu, Aliran Sejarah Sosial yang menekankan kajian tentang perubahan-perubahan dan kesan ke atas kedudukan masyarakat serta Aliran Sejarah Rakyat yang menumpukan kajian tentang hal-hal budaya dan sosial masyarakat telah diperkenalkan.

1.3.1 Unsur PemikiranMenurut Profesor R.G.Collingwood, unsur terpenting yang terdapat dalam ilmu sejarah ialah unsur pemikiran. Hal ini disebabkan, sejarah merupakan satu bidang yang mengkaji tentang tindak tanduk manusia. Apabila ahli sejarah mengkaji sesuatu peristiwa sejarah, mereka perlu melihat dari sudut pemikiran-pemikiran yang melibatkan manusia. Hal ini kerana hanya pemikiran manusia dapat mencetuskan sesuatu tindakan. Oleh itu, Profesor R.G.Collingwood mengatakan bahawa tindakan manusia dapat dikaji daripada dua sudut iaitu sudut dalaman yang melibatkan kajian tentang pemikiran manusia yang mencetuskan sesuatu tindakan dan sudut lahiriah yang melibatkan aspek fizikal terhadap sesuatu tindakan. Bagi Profesor Collingwood, sejarah hanya mengkaji tentang pelaku sejarah dan bukannya unsur-unsur yang tidak melibatkan pemikiran manusia. Walaupun pemikiran manusia sukar dikaji oleh ahli sejarah tetapi pemikiran manusia dari sudut-sudut tertentu memboleh ahli sejarah membezakan peristiwa-peristiwa dikaji itu adalah benar-benar berlaku ataupun sengaja berlaku. Tindakan untuk mengkaji pemikiran masyarakat adalah tugas yang berat kepada ahli sejarah kerana tindakan manusia didorong oleh pemikiran reflektif sahaja iaitu pemikiran yang dicetus oleh tindakan manusia yang sengaja. Oleh itu, ahli-ahli sejarah harus menumpukan kajian dan penyelidikan sejarah terhadap kegiatan manusia tertentu. Profesor R.G.Collingwood dengan ini menekankan selain segi politik, sosial dan ekonomi, ahli sejarah juga boleh dikaji daripada sudut pemikiran manusia. Tambahan pula, aspek moral, falsafah, seni dan agama juga melibat dalam kajian ahli sejarah. Profesor Collingwood juga menyatakan sejarah tidak sepatutnya mengkaji tentang perasaan, emosi, dan pengalaman manusia yang berlaku secara mendadak kerana perasaan, emosi dan pengalaman manusia lebih kepada akal dan bukan melibatkan kegiatan pemikiran. Namun, pendapat Profesor R.G.Collingwood adalah bertentangan dengan pendapat yang dipertengahkan oleh Profesor F.J.Teggart dan Profesor W.H. Walsh. Profesor R.G.Collingwood berpendapat kajian dari sudut reflektif hanya perlu melibatkan peristiwa yang berkaitan dengan nasib individu sahaja manakala Profesor F.J.Teggart menitikberatkan kajian pemikiran reflektif harus memberi kesan kepada negara dan masyarakat sahaja. Walaubagaimanapun, pemikiran reflektif dan bukan reflektif tidak ada garisan untuk memisahkan kedua-dua pemikiran tersebut. Ahli sejarah lebih ke arah kajian tentang tujuan , motif, keinginan dan lain-lain.1.4 Bentuk Naratif dalam Sejarah Menurut Profesor R.G.Collingwood, penulisan sejarah adalah berbentuk naratif ataupun berbentuk deskripsi tentang kejadian yang dikaji mengikut urutan waktu. Profesor F.J.Teggart berpendapat bahawa penulisan sejarah adalah berbentuk naratif yang mempunyai permulaan, pertengahan dan kesudahan dalam sesuatu peristiwa sejarah. Bagi Profesor Mandelbaum pula, sejarah adalah penulisan naratif yang menunjukkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sesuatu peristiwa sejarah. Namun, bagi Aliran Sejarah Rakyat dan Aliran Sejarah Keseluruhan berpendapat penulisan sejarah secara naratif bukan kaedah yang terbaik dan kedua-dua aliran tersebut berpendapat penulisan naratif lebih ke arah penceritaan kepada soalan apa dan bagaimana tetapi tidak menjawab soalan kepada mengapa. Walaupun penulisan naratif lebih kepada penceritaan tetapi ahli-ahli sejarah tetap menerima dan memasukkan kaedah naratif ke dalam penulisan mereka. Hal ini disebabkan, ahli-ahli sejarah berpendapat penggunaan gaya naratif akan menjadikan gaya penulisan sejarah lebih berkualiti dan mudah difahami oleh masyarakat umum.

Bab 2: Objektiviti SejarahAliran Objektif dalam SejarahProfesor Leopold Von Ranke adalah pengasas aliran sejarah objektif. Dalam konteks Aliran Objektif , penulisan sejarah merupakan pemaparan peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku. Jadi, ahli sejarah akan bertungkus lumus memberi fakta-fakta yang sahih untuk membuktikan penulisan sejarahnya. Selain itu, pemaparan yang objektif juga bergantung kepada interpretasi terhadap sumber-sumber yang dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah.Tambahan pula, unsur-unsur moral, perasaan dan emosi tersendiri tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam penulisan sejarah. Hal ini disebabkan, perasaan dan emosi ahli sejarah akan menyebabakan penulisan sejarah menjadi berat sebelah Oleh itu, ahli sejarah harus memberi tafsiran berdasarkan interpretasi dan memaparkan fakta-fakta yang tepat dan benar sahaja supaya penulisan sejarah mereka tidak berlaku keraguan dalam kalangan ahli sejarah.Aliran Relatif dalam Sejarah Aliran Relatif tidak menyetujui pandangan Aliran Objektif yang berperanan mencari kebenaran sahih dalam kajian ahli sejarah. Bagi Profesor Carl Becker,tugas ahli sejarah adalah mentafsir fakta-fakta sejarah yang mempunyai kepentingan kepada diri mereka atau zaman hidup mereka. Beliau menyatakan fakta-fakta daripada sumber-sumber yang ditemui tidak boleh terdiri secara berasingan. Jadi, ahli sejarah terpaksa memilih fakta-fakta tersebut berdasarkan pengalaman dan pengetahuan ahli sejarah. Oleh itu, pemilihan fakta-fakta telah menunjukkan ahli sejarah tidak bersifat objektif dalam isi kandungan penulisan sejarah. Hal ini demikian, keraguan telah ditimbul dalam kalangan ahli sejarah. Selain itu, sejarah tidak bersifat objektif kerana peristiwa-peristiwa sejarah dicetus oleh tindak tanduk manusia dan peristiwa-peristiwa sejarah melibat pemikiran manusia. Tambahan pula, situasi masyarakat akan berubah mengikut zaman-zaman berikut dan ahli sejarah tidak dapat memahami keadaan pada zaman dahulu sehingga tidak dapat memberi tafsiran yang bersifat objektif. Oleh itu, keobjektifan dalam penulisan sejarah sukar dicapai oleh ahli-ahli sejarah. Di samping itu, menurut Profesor Charles Beard, sejara lebih ke aah menonjolkan pemikiran ahli-ahli sejarah dalam konteks masa dan budaya ahli-ahli sejarah. Beliau berpendapat pemilihan sumber dan fakta berdasarkan kepada tafsiran telah menjadikan kajian ataupun penyelidikan ahli-ahli sejarah tidak bersifat objektif. Halangan-halangan yang menjadikan sejarah tidak bersifat objektif adalah kebanyakan sumber sejarah tidak beradaan dalam keadaan lengkap. Hal ini disebabkan banyak peristiwa sejarah tidak dirakam oleh saksi-saksi. Jadi, ahli sejarah terpaksa bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada sahaja. Tambahan pula, ahli sejarah yang memilih fakta-fakta tertentu untuk menyokong penulisan mereka telah menyebabkan kejadian atau peristiwa sejarah yang dipaparkan menjadi tidak lengkap dan tidak berobjektif.Hujahan CarrProfesor Carr berpendapat keobjektifan sejarah tidak boleh berdasarkan ketepatan fakta sahaja tetapi juga bergantung kepada interpretasi dan tafsiran ahli sejarah. Jadi, keobjektifan dalam kajian sejarah harus bergantung kepada hubungan kait antara fakta-fakta sejarah dan tafsiran yang diberikan oleh ahli-ahli sejarah. Hal ini demikian, tafsiran dan interpretasi sejarah akan dipertingkatkan dan ahli sejarah dapat menghasilkan penulisan sejarah yang jitu dan bernas.Hujahan Profesor Carr yang kedua ialah ahli-ahli sejarah perlu membuat interpretasi yang baik dan tidak hanya menurunkan fakta-fakta yang benar dalam penulisan sejarah. Jadi, ahli sejarah harus mengumpulkan bukti-bukti yang konkrit berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Bukti-bukti yang dipilih bukan sahaja benar malah dapat mengukuhkan tafsiran dan interpretasi yang dibuat oleh ahli sejarah. Oleh itu, ahli sejarah harus memastikan fakta-fakta yang dipilih adalah benar dan ahli sejarah dapat membuat tafsiran yang tepat supaya penulisan mereka tidak berlaku keraguan dan kecaman dalam kalangan ahli sejarah.Keobjektifan SejarahKeobjektifan sejarah turut berkaitan dengan kajian sejarah. Keobjektifan sejarah bermatlamat untuk memaparkan peristiwa yang benar-benar berlaku. Jadi, ahli sejarah harus bersifat objektif semasa mengkaji sesuatu peristiwa. Bererti bahawa penulisan sejarah harus memaparkan fakta-fakta yang tepat dan ahli-ahli sejarah membuat tafsiran berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Jadi, sekiranya tidak ada fakta-fakta yang benar maka penulisan sejarah akan menjadikan tidak lengkap dan perdebatan mungkin berlaku dalam kalangan ahli sejarah. Dalam konteks keobjektifan sejarah, pengajian sejarah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pemikiran manusia kerana penulisan sejarah tersebut akan dianggap sebagai penulisan sejarah yang tidak lengkap. Hal ini disebabkan, pemikiran manusia termasuk emosi dan perasaan akan bertukar-tukar pada masa ke masa. Oleh itu, peristiwa sejarah harus mempunyai bukti-bukti yang sahih bagi mengukuhkannya supaya penulisan sejarah ahli sejarah dapat dipercayai oleh ahli-ahli sejarah lain. Ahli sejarah tidak boleh berat-sebelah dalam kajiannya supaya penulisan sejarah mereka tidak berlakunya kekacauan atau dikritik oleh ahli-ahli sejarah lain. Sifat berobjektif harus dikekalkan oleh ahli sejarah supaya mereka dapat memaparkan fakta-fakta yang tulen dan sahih berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap sesuatu peristiwa. Hal ini bererti bahawa pemaparan fakta-fakta yang tepat dan benar akan dicapai setelah ahli sejarah membuat interpretasi terhadap sumber-sumber yang sedia ada terutamanya sumber primer.

Bab 3: Pengertian dan Konsep Sumber3.1 Sumber Sejarah3.1.1 Pengertian sumberSumber dalam bidang sejarah sangat penting kerana ia dapat menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta. Secara umumnya, sumber sejarah ialah kumpulan bahan-bahan sejarah hasil daripada kejadian ataupun peristiwa sejarah pada masa lampau. Kebanyakan sumber sejarah tersimpan dalam akrib negara, akrib cawangan negeri , muzium, perpustakaan ataupun koleksi orang perseorangan. Ahli sejarah bergantung kepada sumber sejarah untukmembuktikan kejadian sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini disebabkan, sumber sejarah dapat memberi satu gambaran kepada mereka tentang keadaan pada masa lampau. Jadi, ahli sejarah dapt menghasilkan penulisan sejarah yang baik berdasarkan sumber sejarah yang tepat dan benar.3.1.2 Konsep Sumber Sejarah Sumber sejarah dibahagi kepada empat jenis iaitu sumber primer, sumber sekunder, sumber lisan dan sumber arkeologi. Sumber sejarah terdiri daripada pelbagai bentuk kerana sumber sejarah yang berbeza akan memberikan maklumat yang berbeza-beza. Jadi, ahli sejarah harus mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu-ilmu sejarah supaya dapat mentafsirkan sumber sejarah dengan tepat. Oleh itu, ahli sejarah harus menjalankan kajian ataupun penyelidikan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan dan kesangsian dalam sumber sejarah yang ditemui. Dengan sumber sejarah yang benar maka ahli sejarah boleh membuat tafsiran yang betul supaya mengemukakan penulisan sejarah yang berkualiti.3.1.3 Ciri-ciri Sumber SejarahSetiap sumber yang wujud mempunyai ciri-ciri yang tertentu dari sudut kandungan maklumat dalam sumber tersebut, masa sumber itu dihasilkan dan keadaan fizikal sumber tersebut. Jadi, ahli sejarah harus mengenalpastikan ciri-ciri yang terdapat pada sumber sejarah untuk menghasilkan tafsiran yang baik. Hal ini demikian, ahli sejarah dapat memastikan sumber sejarah yang digunakan adalah sumber yang asli dan tulen. Terdapat empat ciri-ciri yang harus diberikan perhatian semasa menggunakan sesuatu sumber dalam penyelidikan ahli sejarah. Empat ciri sumber sejarah adalah keaslian kandungan sumber, sumber tersbut merupakan bahan mentah yang belum diproses, sumber tersebut mudah ataupun sukar diperolehi dan keadaan fizikal sesuatu sumber.Secara umumnya, sumber sejarah harus beradaan dalam keadaan yang asli supaya ahli-ahli sejarah mampu mencari penyelesaian dengan mendapatkan bukti yang tepat. Selain itu, ahli-ahli sejarah harus mempunyai kemahiran bagi memastikan sumber sejarah yang ditemui merupakan bahan mentah yang baharu dan tidak mengalami sebarang perubahan dari sudut fizikalnya. Di samping itu, ahli sejarah harus berpengetahuan dan berpengalaman bagi memastikan lokasi-lokasi yang dapat merujuk sumber sejarah. Oleh sebab proses tersebut amat memakan masa ahli sejarah maka ahli sejarah harus berkemahiran dalam membuat kajian ataupun penyelidikan untuk mendapatkan sumber sejarah. Jadi, ahli sejarah dapat membuat tafsiran yang bernas dan jitu berdasarkan sumber sejarah yang ditemui apabila ahli sejarah memahami ciri-ciri sumber sejarah secara mendalam.3.2 Mengesan Sumber Apabila ahli sejarah menjalankan kajian ataupun penyelidikan, mereka harus memberi perhatian kepada tempoh masa sumber. Tempoh masa sumber dapat memberi satu gambaran yang umum tentang keadaan pada masa lampau kepada ahli sejarah. Jadi, ahli sejarah dapat menentukan kedudukan masa sesuatu sumber tersebut dan memudahkan kajian mereka. Selain itu, ahli sejarah juga perlu mengambil kira lokasi ataupun tempat untuk merujuk sesuatu sumber. Jadi, ahli sejarah dapat menjalankan kajian lebih mudah.3.3 Pemilihan dan Pengkelasan SumberAhli sejarah harus memilih kemahiran yang tinggi dalam pemilihan sumber-sumber sejarah bagi mengelakkan berlaku sebarang kesilapan. Jadi, ahli sejarah dapat mecari sumber sejarah yang tepat dan benar dalam menjalankan penyelidikan sejarah. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman ahli sejarah akan membantu mereka memilih sumber sejarah yang tepat.Ahli sejarah mempunyai kebebasan penuh dalam memilih sumber sejarah untuk menjalankan kajian mereka. Ahli sejarah akan memilih sumber sejarah berdasarkan jenis-jenis penyelidikan dan tujuan penyelidikannya. Oleh itu,ahli sejarah harus menentukan jenis-jenis sumber yang diperlukan supaya dapat memberi bukti yang kukuh dalam penulisan mereka.Selain itu, ahli sejarah perlu memastikan sumber sejarah yang diperolehi dalam keadaan asli dan tulen. Jadi, ahli sejarah harus memiliki kemahiran untuk menentukan keaslian dan kesahihan sumber sejarah. Antara aspek yangperlu diambil kira ialah tujuan sesuatu sumber dihasilkan, masa, tempat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sumber sejarah tersebut. Penggunaan sumber sejarah yang asli terutamanya sumber primer akan mewujudkan kepercayaan yang tinggi ke atas penulisan sejarah dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah.Tambahan pula, setiap sumber akan memaparkan kandungan kejadian ataupun peristiwa sesuatu zaman. Oleh itu, ahli sejarah mesti mempunyai kemahiran yang tinggi semasa memberi tafsiran kepada sumber sejarah. Ahli sejarah bertanggungjawab untuk membuat tafsiran berdasarkan fakta-fakta daripada sumnber sejarah yang sedia ada. Justeru, kajian ahli-ahli sejarak tidak berlaku pendebatan dan keraguan dalam kalangan ahli sejarah.

Bab 4: Metodologi Sumber Sejarah dan Kritikan Sumber Sejarah4.1 Mengenali SumberProses pemilihan sumber sejarah penting memandangkan para ahli sejarah perlu memastikan sumber sejarah yang dipilih tersebut tepat dan benar. Sumber sejarah yang ditemui harus mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi supaya ahli sejarah dapat menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti. Aspek-aspek yang memboleh ahli sejarah menjalankan penyelidikan sejarah adalah jenis sumber, kesahan sumber, usia dan tarikh dan sifat sumber.Sumber sejarah terdiri daripada pelbagai jenis, seperti sumber primer, sumber sekunder, sumber lisan dan sumber arkeologi. Kebanyakan kajian ataupun penyelidikan ahli sejarah bergantung kepada sumber primer dan sumber sekunder. Jadi, ahli sejarah harus berupaya untuk membezakan sumber primer dan sumber sekunder.Sumber primer juga dikenali sebagai sumber utama, sumber awalan ataupun sumber pertama. Sumber primer merupakan sumber-sumber dalam bentuk catatan, rekod-rekod kerajaan, fail-fail rasmi, surat-menyurat, tulisan dan saksi utama kepada peristiwa lampau. Oleh itu, ahli sejarah bergantung sepenuhnya kepada sumber primer untuk menghasilkan penulisan sejarah yang bernas. Walaupun sumber primer dalam keadaan tidak sempurna tetapi ahli sejarah tetap bergantung kepada sumber primer. Dengan adanya sumber primer tersebut tidak diubahsuai dengan maklumat tambahan maka ahli sejarah boleh memaparkan fakta-fakta yang benar dan sahih. Sumber primer diperlukan untuk membuktikan fakta-fakta dalam sesuatu peristiwa adakah benar-benar berlaku supaya kajian ahli sejarah tidak berlakunya sebarang pertikaian.Sumber Sekunder merupakan sumber sejarah yang telah dinilai dan ditafsir oleh ahli-ahli sejarah. Sumber sekunder jagu dikenali sebagai sumber kedua ataupun sumber bukan sezaman. Secara umumnya sumber sekunder merupakan hasil penyelidikan ahli sejarah berasas daripada sumber primer. Sumber sekunder dihasilkan dalam bentuk buku sejarah, rencana, majalah, artikel ,jurnal sejarah dan sebagainya.

4.2 Tafsiran SumberDalam bidang sejarah, tafsiran kepada sumber-sumber amat penting dalam penyelidikan sejarah. Berdasarkan fakta-fakta yang ditemui oleh ahli sejarah maka mereka akan bermula memberi tafsiran. Menurut Dr. Sivarajan bahawa pemahaman dan penilaian fakta-fakta tersebut akan menyebabkan ahli-ahli sejarah membuat tafsiran yang baik. Ahli sejarah akan memilih sumber-sumber yang relevan dan berkaitan dengan tajak kajiannya supaya dapat menjawab persoalan yang dibina sebelum memulakan kajian. Jadi, ahli sejarah harus memastikan sumber sejarah diakseskan merupakan sumber primer dan bukan sumber sekunder. Oleh itu, ahli sejarah patut memastikan sumber primer tersebut berada dalam keadaan asli dan tidak mengandungi maklumat tambahan. Melalui kajian ataupun penyelidikan, ahli sejarah boleh mendapatkan pengetahuan yang mendalam terhadap peristiwa yang dikajikan. Apabila ahli sejarah menemui sumber, ahli sejarah perlu mendapatkan bukti-bukti yang konkrit. Jadi, ahli sejarah perlu sensitif dengan bukti-bukti yang merujuk kepada persoalan yang dibina. Setelah mendapatkan bukti maka ahli sejarah perlu memberi tafsiran. Hal ini bererti bahawa ahli sejarah akan memberi tafsiran dan memastikan sesuatu peristiwa susun dengan sistematik supaya memudahkan masyarakat memahami sesuatu peristiwa sejarah.4.3 Jenis-Jenis Tafsiran SumberProses membuat tafsiran sumber sejarah melibatkan lima kaedah yang boleh diaplikasi oleh ahli-ahli sejarah. Lima kaedah tersebut ialah tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran logikal, tafsiran psikologikal dan tafsiran fakta.Tafsiran verbal adalah ahli sejarah menumpuan perhatian ke atas perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu sumber primer seperti perkataan yang terdapat dalam dokumen fail-fail rasmi. Hal ini disebabkan bahasa akan berubah dalam peredaran zaman. Jadi, ahli sejarah harus menguasai kemahiran dalam pelbagai bahasa supaya dapat mentafsir sesuatu peristiwa sejarah. Selain itu, tafsiran teknikal juga perlu diambil kira oleh apabila hali sejarah merujuk kepada sumber primer.Tafsiran teknikal mengambil berat terhadap bentuk pembacaan sumber sejarah. Bagi Teknikal Logikal, ia merupakan satu proses untuk mencantumkan maklumat yang didapati daripada sumber primer apabila rujukan dibuat oleh ahli-ahli sejarah. Tafsiran psikologikal berlaku apabila ahli-ahli sejarah membaca dan memahami fakta-fakta daripada sumber yang sedia ada berdasarkan pandangan mereka. Jadi, tafsiran Psikologikal adalah tafsian yang lebih kepada kajian terhadap pemikiran dan idea ahli-ahli sejarah. Tambahan pula tafsiran fakta adalah tafsiran yang mementingkan sebab dan akibat yang mencetuskan sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah.4.4 Konsep Kritikan SumberKritikan sumber merupakan satu proseskritikan sebagai bukti untuk ahli-ahli sejarah menghasilkan penyelidikan sejarah yang mempunyai kesahihan fakta-fakta sejarah. Jadi, ahli-ahli sejarah telah menjalankan proses kritikan semasa mereka merujuk dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Apabila ahli-ahli sejarah melakukan kaedah kritikan sejarah maka proses seterusnya ialah berlaku tafsiran bukti yang akan menuju kepada pencapaian ujian kebenaran. Oleh itu, sumber sejarah dibahagi kepada dua jenis iaitu kritikan luar dan kritikan dalam.Kritikan luar bermaksud usaha yang dijalankan oleh ahli-ahli sejarah untuk mengesahkan sesuatu sumber primer. Ahli-ahli sejarah harus memastikan ketulenan dan keaslian sumber-sumber primer yang ditemui maka ahli sejarah harus menjalankan empat ujia iaitu ujian kimia, ujian bahasa, ujian tangan tulis tangan dan ujian bahan. Kritikan dalam adalah satu proses mentafsir isi kandungan sumber-sumber primer. Kritikan dalam lebih bergantung kepada keupayaan ahli-ahli sejarah menilai dengan teliti maklumat yang terkandung dalam sumber-sumber primer. Ahli-ahli sejarah juga harus berupaya mengesan fakta-fakta yang tepat dan benar berdasarkan lima proses tafsiran. Lima proses tafsiran termasuk tafsiran verbal, tafsiran logik, tafsiran teknikal, tafsiran fakta dan tafsiran psikologikal.

Bab 5: Jenis-Jenis Sumber SejarahSumber PrimerSumber Primer dikenali sebagai sumber utama, sumberawalan ataupun sumber sezaman. Sumber Primer merupakan sumber yang asli jikalau sumber tersebut menepati ciri-ciri tertentu. Contohnya, sumber primer harus berada dalam keadaan asli dan tidak diusik. Sumber primer juga tidak boleh diubahsuai ataupun dimasukki maklumat tambahan. Dengan ciri-ciri tersebut maka ahli sejarah dapat menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti dengan memberi tafsiran yang jitu. Sumber Primer penting kerana merupakan bahan rujukan utama bagi ahli-ahli sejarah semasa menjalankan penyelidikan mereka. Jadi, sumber primer merupakan bahan yang memaparkan kebenaran sejarah.Masalah yang dihadapi oleh ahli sejarah apabila mereka mengesan kedudukan sebenar sumber primer terutamanya berkaitan dengan fail-fail rasmi. Kesilapan dalam pengekodan fail-fail rasmi oleh pihak arkib telah menyebabkan kedudukan fail tersebut mengalami perubahan. Selain itu, sumber primer mungkin mengalami kerosakan. Kandungan dalam fail tersebut tidak mampu dibaca oleh ahli-ahli sejarah. Tambahan pula, penulisan sumber primer yang tidak menurunkan fakta yang benar juga menjadikan masalah mengesan sumber primer kepada ahli-ahli sejarah. Jadi, ahli sejarah harus mengambil masa yang panjang untuk mengesan sumber primer yang ditemui. Sumber SekunderSumber sekunder merupakan bahan rujukan kepada ahli-ahli sejarah bagi memahami sesuatu peristiwa sejarah secara umum. Sumber sekunder terdiri daripada tafsiran yang dilakukan oleh ahli-ahli sejarah berdasarkan kepada sumber primer. Ahli sejarah akan merujuk kepada sumber sekunder sebelum memulakan kajian dan penyelidikan mereka. Hal ini disebabkan, sumber sekunder dapat memberi gambaran awal tentang ruang lingkup kajian mereka. Kebanyakan sumber sekunder terdiri daripada bentuk majalah, jurnal, artikel sejarah, buku dan sebagainya. Masalah kepada ahli-ahli sejarah semasa menggunakan sumber sekunder termasuk ahli-ahli sejarah tidak berhati-hati terhadap fakta-fakta yang terdapat dalam penulisan sejarah. Selain itu, masalah tentang penulisan ahli sejarah yang tidak asli dan tulen juga menjadi satu masalah kepada ahli-ahli sejarah. Jadi, ahli sejarah harus menilai dan mentafsir kebenaran dan keaslian sumber sekunder yang sedia ada supaya dapat memaparkan fakta-fakta yang sahih dan menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti.Sumber ArkeologiSumber arkeologi merupakan satu kajian terhadap kejadian peristiwa yang berlaku pada zaman prasejarah dan zaman proto sejarah berdasarkan tinggalan manusia dan masyarakat zaman tersebut. Sumber LisanSumber lisan merupakan pengumpulan sumber sejarah yang masih belum dikaji dan dirakam semula. Sumber lisan penting kerana ia mempunyai pengetahuan sejarah yang diperturunkan melalui pengkisahan ataupun penceritaan. Namun, sumber lisan tidak diterima oleh ahli0ahli sejarah ekoran pendebatan tentang keobjektifan sumber lisan. Ahli-ahli sejarah lebih menyifatkan sumber lisan sebagai satu yang subjektif kerana ia lebih bergantung kepada ingatan saksi.

Bab 6: Dokumen SejarahPengertian Dokumen SejarahDokumen sejarah merupakan sumber bertulis yang merakamkan sesuatu kejadian sejarah. Dokumen sejarah adalah sumber-sumber yang mengandungi bukti-bukti sejarah yang kemudian digunakan oleh ahli-ahli sejarah dalam penyelidikan mereka.Antara dokumen sejarah ini termasuklah rekod-rekod kerajaan yang bertarikh sejak zaman penjajahan sehingga pentadbiran kini, laporan awam dan sebagainya.Kaedah Mentafsir DokumenAhli sejarah perlu memiliki kemahiran tertentu apabila merujuk kepada dokumen-dokumen sejarah semasa menjalankan penyelidikan sejarah. Ahli sejarah perlu mengetahui lokasi dokumen sejarah disimpan dan juga tempat untuk memperoleh dokumen sejarah. Apabila merujuk kepada dokumen sejarah, ahli sejarah perlu mengenalpasti kuantiti sesuatu dokumen sejarah. Oleh itu, ahli sejarah boleh merancang masa secara sistematik untuk mengakses sumber-sumber sejarah.Masalah Dalam Penggunaan Dokumen SejarahAntara masalah yang kerap berlaku ialah kesukaran membaca isi kandungan yang terdapat dalam sesebuah dokumen sejarah. Hal ini disebabkan, kemampuan untuk memahami isi kandungan dalam dokumen sejarah juga bergantung kepada faktor usia dan bahasa dokumen tersebut. Selain itu, jenis tulisan yang diguna pakai semasa penulisan dokumen sejarah yang berubah mengikuti peredaran zaman juga menjadikan satu masalah kepada ahli-ahli sejarah. Seterusnya masalah lain yang akan dihadapi oleh ahli-ahli sejarah ialah dokumen sejarah tersebut berada dalam bentuk kawalan dan tidak dapat ahli sejarah mengaksesnya. Masalah lain yang dihadapi oleh ahli-ahli sejarah ialah kerosakan yang terdapat pada dokumen sejarah tersebut. Jadi, pengaksesan dokumen akan memakan masa yang panjang dan kos perbelanjaan juga tinggi.

Bab 7: Penjelasan SejarahKonsep Penjelasan Dalam SejarahAhli-ahli sejarah bukan sahaja bertanggungjawab bagi memaparkan rentetan peristiwa sejarah tetapi ahli-ahli sejarah juga bertugas untuk menghuraikan sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian peristiwa sejarah. Menurut Profesor Carr menyatakan penyelidikan sejarah merupakan satu kajian tentang sebab-musabab. Selain itu, faktor sabab asal dan faktor serta merta juga merupakan pencetus kepada kejadian ataupun peristiwa sejarah. Di samping itu, penjelasan sejarah mengikut masa perlu dilihat dari konteks sejarah. Keistimewaan Penjelasan SejarahKeistimewaan sejarah ialah kejadian sejarah mempunyai sebab-musabab yang boleh dikaji dan difahami. Ahli-ahli sejarah akan mencari sebab-musabab dari sudut motif, niat, dorongan , keadaan dan pengaruh manusia yang mencetuskan kejadian sejarah. Jadi, apabila mengkaji matlamat manusia yang mencetuskan kejadian peristiwa sejarah, ahli-ahli sejarah juga meneliti persekitaran yang mewujud kejadian sejarah. Selain itu dengan mengambil kira pelbagai sebab yang mencetuskan kejadian peristiwa sejarah maka ahli-ahli sejarah telah menilai sebab-sebab mengikut nilai keutamaan.Hukum Am Dalam SejarahMenurut Profesor Hempel,beliau tidak setuju dengan pendapat yang menyatakan peranan sejarah hanya memberi gambaran tentang sesuatu kejadian sejarah dan bukannya mengkaji hukum am yang mengkaji kejadian sejarah. Sebenarnya, hukum am merupakan sau alat penting dalam kajian tentang peristiwa sejarah. Hukum am boleh dilihat dalam hubungan sebab dan kesan. Jadi, hukum am merupakan sesuatu yang sainstifik kerana ia sudah disahkan benar, boleh diuji kebenarannya melalui kajian dan bersifat ramalan. Oleh itu, sejarah tidak boleh dikatakan sebagai sains semula jadi kerana ia bergantung kepada fakta-fakta untuk membuktikannya.Namum, terdapat beberapa halangan ditimbulkan semasa ahli sejarah menggunakan hukum am dalam penjelasan sejarah. Antara halangan yang menyebabkan hukum am tidak dapat digunakan dalam penjelasan sejarah adalah sifat manusia yang mencetus kejadian sejarah berbeza-beza antara setiap individu. Halangan seterusnya adalah ahli sejarah kadangkala hanya mengkaji sebab-musabab kejadian sejarah dan tidak membuat penjelasan sejarah berdasar kepada situasi yang mencetus kejadian tersebut. Bagi Profesor Michael Oakeshott,kajian sejarah harus dipaparkan secara perbandingan. Perbandingan ini bertujuan untuk menguji kebenaran teori-teori dan akhirnya membuat kesimpulan umum tentang tingkah laku manusia. Pernyataan Profesor Michael Oakeshott ditolak oleh Profesor Collingwood kerana perbandingan kepada teori-teori akan menjejaskan keilmuan sejarah dan lebih kepada persekitaran manusia adalah tetap. Namun, persekitaran manusia akan berubah mengikut persekitaran semasa.Kesimpulannya, kajian sejarah dalam konteks penjelasan sejarah merupakan kajian yang mengesan keadaan khususnya yang mencetus kejadian peristiwa sejarah. Selain itu, kajian sejarah lebih ke arah mengkaji sebab-musabab sesuatu kejadian sejarah, membuat tafsiran berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi dan membuat kesimpulan yang konkrit.

Bab 8: Pengadilan MoralKedudukan Pengadilan MoralPengadilan Moral merupakan satu tingkahlaku yang memberi peilai kepada sesuatu kejadian peristiwa. Hal ini kerana kejadian sejarah hanya berlaku apabila terdapat pelaku sejarah. Bagi Profesor Kassim Ahmad, ahli sejarah boleh menjatuh pengadilan moral dalam kajian sejarah. Dalam hal ini ahli-ahli sejarah lebih ke arah untuk menghukum tindakan pelaku dalam kejadian sejarah ataupun memberi penilaian terhadap kejadian peristiwa sejarah. Walaupun sudah wujud konsep pengadilan moral dalam kalangan ahli-ahli sejarah namum begitu, terdapat sebahagian ahli-ahli sejarah tidak setuju kemasukan unsur pengadilan moral dalam penulisan sejarah. Mereka berpendapat kemasukan unsur moral akan mendatangkan pelbagai jenis masalah yang boleh menggagu gugat kekuatan penulisan sejarah. Mereka berpendapat ahli-ahli sejarah tidak semestinya mempunyai kemahiran khusus untuk menilai kebaikan dan keburukan yang berlaku dalam sesuatu kejadian sejarah. Oleh itu, sesuatu peristiwa sejarah tidak dapat ditafsir dengan cara yang betul. Masalah seterusnya adalah kekurangan bukti-bukti yang konkrit dan tidak ketidakmampuan ahli-ahli sejarah untuk menilai tingkahlaku akan menyebabkan masalah keraguan dan kritikan dalam kalangan ahli-ahli sejarah.Segelintir ahli-ahli sejarah tidak setuju dengan kemasukan unsur pengadilan moral. Contohnya, Menurut Profesor Butterfield, ahli sejarah harus menumpukan perhatian kepada memaparkan kejadian peristiwa sejarah secara mendalam tanpa memasukkan unsur-unsur moral kerana unsur-unsur moral akan membawa beberapa kerumitan. Kajian sejarah merupakan tafsiran daripada ahli-ahli sejarah berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Jadi, ahli sejarah tidak boleh memasukkan unsur-unsur moral supaya tidak menimbul prasangka dan tidak menganggu keobjektifan sejarah. Namun begitu, terdapat golongan ahli sejarah yang menyokong kemasukkan unsur-unsur moral dalam penulisan sejarah. Contohnya, Profesor Voltaire berpendapat pendedahan unsur-unsur keburukan melalui unsur pengadilan moral akan membantu masyarakat untuk menjauhkan diri daripada belenggu penderitaan. Profesor Lord Acton berpendapat unsur-unsur moral tidak berubah dan ia sudah menjadi satu unsur kanun. Oleh itu, beliau bersetuju unsur pengadilan moral patut memasukkan ke dalam penulisan sejarah. Profesor Berlin juga bersetuju dengan kemasukkan pengadilan moral dalam penulisan sejarah. Beliau berpendapat bahawa ahli-ahli sejarah boleh berfikir dan memberi tafsiran dengan cara yang rasional. Walaupun tindakan ahli-ahli sejarah memasukkan unsur pengadilan moral berdasarkan emosi akan berlaku kerumitan tetapi kebanyakan nilai-nilai moral tersebut telah dipersetujui oleh masyarakat. Selain itu, penggunaan unsur pengadilan moral juga boleh dilihat dari sudut penggunaan perkataan-perkataan dalam penulisan sejarah.Oleh itu, sejarah bukan sahaja satu penulisan yang hanya memaparkan fakta-fakta peristiwa sejarah tetapi ia juga membawa panduan dan pengajaran kepada umat manusia.Hal-Hal yang DiadiliDalam kajian ataupun penyelidikan ahli-ahli sejarah, mereka akan menfokuskan kepada niat manusia yang mencetuskan kejadian peristiwa sejarah. Ahli-ahli sejarah juga menjatuhkan pengadilan moral ketika mengkajikan sesuatu peristiwa sejarah yang berkaitan dengan peristiwa perhambaan, feudalisme, peranan gereja dan parlimen. Selain itu, ahli sejarah juga akan mengadili zaman untuk memberi justifikasi dalam pengadilan moral. Jadi, pengadilan moral sememangnya boleh terdapat dalam penulisan sejarah tetapi ia bergantung kepada bukti yang tepat dan rumusan ahli-ahli sejarah semasa menjatuhkan pengadilan moral dalam sesuatu peristiwa sejarah.Kerumitan-Kerumitan Dalam Pengadilan MoralSejarah merupakan satu kajian yang merujuk kepada niat dan tindakan manusia. Namun begitu, niat pelaku sejarah yang baik dalam sesuatu peristiwa sejarah tidak semestinya mencerminkan tindakan yang baik. Hal ini demikian, ahli-ahli sejarah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada niat semata-mata untuk menilai kejadian ataupun peristiwa sejarah dalam menjatuhkan pengadilan moral.Kerumitan yang ditemui oleh ahli-ahli sejarah semasa menilai pelaku sejarah adalah tindakan pelaku sejarah berada dalam keadaan paksaan ataupun kekongan. Jadi, ahli-ahli sejarah harus meneliti tindakan pelaku sejarah secara mendalam dan melihat tindakan mereka adalah secara rela ataupun sengaja. Kerumitan seterusnya adalah ahli sejarah tidak boleh menjatuhkan pengadilan moral jika tindakan pelaku sejarah berkaitan dengan kepentingan negara ataupun untuk keselamatan negara, Jadi, ahli-ahli sejarah terhad dalam kajian-kajian tersebut dan mereka tidak dapat memaparkan sesuatu peristiwa sejarah secara mendalam.