Interaksi dengan Al-Quran

download Interaksi dengan Al-Quran

of 30

description

cara Interaksi dengan Al-Quran

Transcript of Interaksi dengan Al-Quran

  • Hari Jumaat 6 Julai 201216 Syaaban 1433Interaksi dengan Al-Quran

  • MuqaddimahApa hubungan kitani dengan Al-Quran?Apa kitani anggap Al-Quran selama ani?

    Pernahkah kitani baca Al-Quran dalam keadaan kering, nada feeling, nada perasaan? Tidak merasakan ayat atu ada effect kepada kitani? Inda mengubah diri kitani? Pernah?Mengapa kah sebab-sebab nya?

  • Realiti sekarangUmat sangat jauh daripada Al-Q.Tidak melihat kepentingan memahaminya cukup sekadar mengaji sahajaAmbil sumber lain sebagai cara hidup (barat)Ada yang baca tafsir tetapi tidak terkesan, masih buat perkara jahiliyyah. Kenapa?

  • Para sahabat became from ZERO to HERO setelah memahami Al-Quran. Al-Quran mengubah mereka! Al-Quran memasuki hati mereka!

  • Bengkel sekejap

  • Untuk berinteraksi dengan Al-QuranKitani mesti(a) merasai Al-Quran diturunkan untuk diri kitani(b) memahami Bahasa Arab(c) menggunakan hati yang berperasaan(d) memahami sebab dan latarbelakang penurunan ayat.(e) menyedari siapa kitani.

  • (a) Untuk Kitani!Misalan tentang surat cinta...Surat cinta buat Ahmad tidak akan bermakna bagi Abu.Hadith Surah Fatihah Allah berinteraksi dengan hambanya.Bahkan bukan dengan Al-Fatihah sahaja

  • Haditih Al-FatihahDalam Surah Al-Fatihah, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. .. apabila hamba itu berkata , () Allah menjawab `hamba-Ku memuji akan daku; apabila hamba itu berkata () Allah menjawab `hamba-Ku memberi sanjungan kepadaKu; apabila hamba itu berkata () , Allah menjawab hamba-Ku telah mengagungkan aku dan firmanNya lagi, hambaKu telah menyerahkan kepada-Ku, apabila hamba itu berkata () , Allah menjawab Ini di antara hamba-Ku dengan-Ku, untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku, apabila hamba itu berkata () () , Allah menjawab ini untuk hamba-Ku, untuk hamba-Ku, apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku (Hadith Sahih Muslim)

  • Dhomir / ganti namaKita kena faham Dhamir(ganti nama). Dalam bahasa Arab adakatanama pertama (ana, nahnu); katanama ke-dua (Ka, kuma, kum atau Ki, kuma, kunna); Katanama ke-tiga (hua, huma, hum atau hia, huma dan hunna)

    Jadinya bila disebut `Ka atau kamu dalam Al-Quran sebenarnya dituju untuk siapa sebenarnya? Jawapannya ada tiga; `Ka pertama ialah khusus untuk Allah seperti () `Ka yang ke-dua ialah khusus untuk nabi Muhammad saw, tak banyak sangat dalam Al-Quran;Ka yang ke-3 ditujukan kepada kita semua. Majoriti dalam Al-Quran adalah `ka untuk kita.

  • Contoh: Toha:2 () Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan An-Nasr:3 () Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat

  • Kitani mesti menyedari bahawa al-Quran itu adalah untuk diri kitani.

    Kata-kata didalam al-Quran itu dilontarkan kepada kita melalui Rasulullah SAW.

    Rasulullah SAW menghadapi pelbagai cabaran dan penghinaan, semata-mata untuk kitani.

  • (b) Mesti faham B. Arab!Kenapa Allah swt memilih B.Arab sebagai bahasa al-Quran? Sebab B. Arab adalah bahasa istimewa. Ia banyak kelebihannya berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Terutama B. Melayu yang dipercayai yang paling miskin.

  • Dalam ilmu B.Arab ada ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Bayan, Maani, Badi dan lain-lain seperti syair Arab dan perumpamaan Arab. Ilmu Nahu mengkaji bentuk kata dan kata terbitan.(Grammar) Ilmu Sorof mengkaji perubahan perkataan dalam B.Arab( penambahan huruf tertentu atau baris yang memberi makna yang berbeza) Ilmu Balaghah ilmu Retorik, iaitu kesenian gaya bahasa yang boleh mempengaruhi pemikiran pendengar. Ia berkesan untuk penuturan dan penulisan.( Antonasi dalam perkataan; dalam keadaan marah kah, sedih kah,gembira kah,sindiran kah.dll

  • Pendengar & PembacaPendengar akan mengetahui keadaan sesuatu perkataan itu melalui antonasi suara pengucap kata-kata itu. B.Melayu perlu ada antonasi ini untuk mengetahui keadaan situasi ketika itu. TETAPI B.Arab.dengan melihat kepada perkataan itu sahaja telah dapat mengetahui keadaan situasi ketika itu sama ada ia marah. atau memerintah.atau menyindir.ataupun memuji.

  • Contohmakanlah

  • Jadi..Antonasi boleh mengubah makna sesuatu perkataan itu.

    Dalam B.Arab, pembaca (yang mampu mengusai B.Arab) akan mengetahui nada/ antonasi setiap perkataan itu. Sama ada Allah swt menyatakan dalam keadaan marah kah, suruh kah atau membuat penegasan

  • Apa kita perlu buat?Kita kena bersungguh-sungguh belajar B.Arab. Kita nak ambil jurusan physics atau Medic tapi tak tahu English, then kita sanggup berkorban untuk belajar English semata-mata untuk memahami buku Physics atau Medic. Bila kita mengaku al-Quran itu adalah untuk kita, dan ada maklumat penting di dalamnya tapi..Dalam B.Arab. Sanggupkah kita mengorbankan apa yang ada untuk mempelajari B.Arab kerana nak menjiwai al-Quran atau nak mendapatkan aura/feel dari al-Quran itu dan nak tau isi kandungannya secara mendalam. Orang yang memahami B.Arab akan mengatakan; Membaca terjemahan sahaja tidak memadai untuk menjiwai al-Quran. Seperti ada sesuatu yang kurang/tak kena.

  • (c) Guna HATIBeza guna otak atau hati.Beza kesan hati dan otak / tahu dan faham.Hadith seketul darah.

    Diriwayatkan daripada Numan bin Basyir bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati. (Riwayat Bukhari - 2/49)

  • (d) Tahu LatarbelakangKenapa al-Quran diturunkan secara munajjaman? Apa maksud munajjaman? Munajjaman bermaksud al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur kepada Junjungan Besar Rasulullah saw mengikut keadaan semasa. Kenapa tidak diturunkan secara sekali gus?Untuk memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya yang bersangkutan atau berkaitan dengan keadaan ketika itu.

  • Peristiwa Fizikal & EmotionalPeristiwa yang berlaku sepanjang Al-Quran diturunkan adalah secara fizikal dan emosional.

    Peristiwa fizikal seperti peristiwa melibatkan peperangan, perjanjian, pembukaan empayar Islam dan lain-lain yang seumpama. Peristiwa emosional ialah peristiwa yang melibatkan perasaan.

  • Contoh 1: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Thaahaa : 14) Ayat di atas adalah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa.(Tafsiran ayat ini sangat mendalam berkait dengan aqidah, boleh rujuk tafsiran) Di zaman Rasulullah saw, ayat ini ada perkaitan dengan pengIslaman Saidina Umar Ibni al-Khattab.

  • Contoh 2; Penurunan ayat ad-Dhuha. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ()Demi waktu Duha ()Dan malam apabila ia sunyi-sepi. () Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci. Apabila kita baca ayat ini, kitani inda tau & may wonder kenapa Allah swt cakap macamani? Apakah cerita disebalik penurunan ayat ini?

  • Beza seerah fakta / seerah hati?

  • (e) Siapa kitani?Kitani harus mengenali siapa diri kitaniMengenali hakikat keberadaan kitani di muka bumi ani

  • Apa yang perlu kita buat sekarang?Kita kena menyambung perjuangan Rasulullah saw menyampaikan apa yang ada di dalam al-Quran. Nanti kita akan merasai apa yang dirasai oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. Kita juga akan dapat merasai bagaimana berinteraksi dengan al-Quran.

  • -finito-

    Nabi Muhammad saw bangun dari selimut dan berdakwah bila turun 6 ayat surah Al-Muddathir Umar r.a. terus masuk Islam bila baca surah Toha - () () () () () () () Toha(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan (2); Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa (3); (Al-Quran) diturunkan dari (Allah) yang telah mencipta bumi dan langit yang tinggi (4); iaitu (Allah) yang bersemayam di atas arasy (sesuatu dengan kelayakanNya) Dialah juga yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, serta yang di antara keduanya (5) dan juga yang dibawah tanah (perut bumi) Baru beberapa sahaja ayat Umar menbacanya, terbitlah daripada mulut Umar, Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya. Kemudian terus membacanya sehingga ayat 12. Sahabat tuang arak sehingga bumi Madinah basah(becak) bila turun ayat pengharaman arak. Tabiin besar Said bin Musayyaf (tua; kening dah turun; buta mata sebelah) pergi berperang walaupun uzur kerana faham ayat Allah 9:41 At-Taubah Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui *Selalunya kita membaca buku pelajaran seperti Maths, Sains, Geografi, dan yang lain dengan menggunakan otak. Kita cuba menghafal(input) kemudian cuba mengeluarkannya semula melalui tulisan(output/exam). Tak pernah rasanya setakat ni saya merasai sedih atau teramat gembira bila membaca buku Fizik atau Bio. Tapi.saya pernah menitiskan air mata bila membaca novel atau menonton drama atau filem dalam TV. Ini bermakna, saya menggunakan hati untuk membaca novel atau menonton TV(menjiwainya) tetapi tidak pada buku pelajaran. Sebab tu agaknya tak boleh jadi saintis. Seorang Saintis jika menjiwai betul-betul apa yang dikajiakan nampaklah olehnya kebesaran Allah dan keagunganNya. Sehingga hati Si Saintis dapat tunduk dan patuh dengan Sang Pencipta.

    *Saidina Umar yang garang sebelum Islam telah diberitakan oleh Nuim bahawa adiknya Fatimah dan suaminya(iparnya) telah memeluk agama Islam yakni musuh agamanya. Lantas dengan segera Sadina Umar mendapatkan mereka yang sedang membincangkan surah Thaahaa ini. Berlaku perbalahan sehingga adiknya Fatimah ditampar olehnya dengan kuat sehingga berdarah. Melihat adiknya sendiri cedera hingga berdarah, timbul rasa kesal di hatinya terus berseru; Berikan daku kitab yang bersama kamu itu untuk ku menatapnya. Kau kotor, ayatnya bersih dan tidak boleh disentuh kecuali orang yang bersih. Ayuh, pergi bersuci dahulu.Adiknya berkata. Saidina Umar pun bangun dan bersuci. Kemudian membaca surah Thaaha hingga ayat 14 ini. Beliau mengkagumi kata-katanya dan memuliakannya. Lantas bertanyakan dimanakah Muhammad saw. Rupa-rupanya Allah swt telah memakbulkan doa Rasulullah saw yang berbunyi Ya Allah Ya Tuhanku perkukuhkanlah Islam dengan Umar al-Khattab atau Abu Jahal Ibnu Hisham. Jika kita mengetahui cerita disebalik ayat yang dibaca, baru ada something sehingga melekakan kita membacanya. Ingin terus membaca kerana tak puas. Nak baca lagi.nak lagidan lagi.

    *Sebenarnya pada suatu ketika wahyu lambat diturunkan kepada Baginda Rasulullah saw. Ini menyebabkan keresahan, sedih, dan tertanya-tanya kenapa malaikat Jibril tidak menurunkan wahyu kepada Baginda. Dikala ini juga kaum Musyrikin mengambil kesempatan mengejek-ngejek Rasulullah saw bahawa Beliau telah ditinggalkan Tuhannya. Sama seperti kita, bila berjauhan dengan suami.sms menjadi tali penghubung. Maka berlaku balas membalas sms. Tiba-tiba, suami berhenti menghantar messagemula dalam kotak fikiran kita tertanya-tanya; marahkah ia?, aku tersilap cakap ke?, kemudian perasaan sedih menerjah kalbu. Muka muram tidak ceria. Selang beberapa hari..ada message dari suami menyatakan kerinduannya dan kasih sayangnya. Maka hati kita berbunga kembali, wajah berseri-seri kegembiraan. Begitulah Rasulullah saw, selang beberapa ketika surah Dhuha ini turun. Allah swt menyampaikan bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah saw. Dan tidak membenci Baginda. Sebaliknya menyayanginya. Keresahan Rasulullah saw terubat, betapa gembiranya Baginda dengan penurunan ayat ini.*