info cara

39
1. Guru Pendidikan Khas Bagi menyelesaikan masalah dan isu yang timbul berkenaan dengan guru Pendidikan Khas, saya mencadangkan sekolah yang membuka Program Pendidikan Khas perlu menempatkan guru yang terlatih dan berkemahiran sahaja bagi mengajar murid-murid bekeperluan khas. Ini kerana guru yang terlatih dan biasa dengan keadaan murid-murid khas lebih memahami dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup bagi mencurahkan bakti dan tenaga dalam Pendidikan Khas. Oleh hal yang demikian, tumpuan dan perhatian yang secukupnya boleh diberikan kepada anak-anak khas ini semasa di sekolah. Pengetahuan dan ilmu yang cukup bakal memberi kesan yang positif untuk menangani masalah supaya langkah seterusnya boleh diambil. Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik, sikap sambil lewa dan kurang bermotivasi perlu diambil serius dengan mempunyai kesedaran diri yang tinggi dalam diri selain boleh dibantu dengan mengikuti kursus-kursus motivasi dan bimbingan supaya mutu pengajaran boleh ditingkatkan. Semasa dalam bilik darjah, guru perlu kreatif dan inovatif serta aktiviti bersesuaian dengan masalah pada murid. Tetapi perlu diingatkan bahawa sikap sabar, cekap, ikhlas dan bijak menangani masalah perlu ditanamkan dalam diri guru Pendidikan Khas itu sendiri. Dari segi masalah perhubungan guru di aliran perdana dengan guru Pendidikan Khas adalah dengan sering menanamkan sikap toleransi dengan kelebihan dan juga

description

pendidikan pemulihan

Transcript of info cara

1. Guru Pendidikan Khas

Bagi menyelesaikan masalah dan isu yang timbul berkenaan dengan guru Pendidikan Khas, saya mencadangkan sekolah yang membuka Program Pendidikan Khas perlu menempatkan guru yang terlatih dan berkemahiran sahaja bagi mengajar murid-murid bekeperluan khas. Ini kerana guru yang terlatih dan biasa dengan keadaan murid-murid khas lebih memahami dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup bagi mencurahkan bakti dan tenaga dalam Pendidikan Khas. Oleh hal yang demikian, tumpuan dan perhatian yang secukupnya boleh diberikan kepada anak-anak khas ini semasa di sekolah. Pengetahuan dan ilmu yang cukup bakal memberi kesan yang positif untuk menangani masalah supaya langkah seterusnya boleh diambil.

Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik, sikap sambil lewa dan kurang bermotivasi perlu diambil serius dengan mempunyai kesedaran diri yang tinggi dalam diri selain boleh dibantu dengan mengikuti kursus-kursus motivasi dan bimbingan supaya mutu pengajaran boleh ditingkatkan. Semasa dalam bilik darjah, guru perlu kreatif dan inovatif serta aktiviti bersesuaian dengan masalah pada murid. Tetapi perlu diingatkan bahawa sikap sabar, cekap, ikhlas dan bijak menangani masalah perlu ditanamkan dalam diri guru Pendidikan Khas itu sendiri.

Dari segi masalah perhubungan guru di aliran perdana dengan guru Pendidikan Khas adalah dengan sering menanamkan sikap toleransi dengan kelebihan dan juga kelemahan masing-masing. Guru-guru dari dua aliran ini perlu mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Pihak pentadbir perlu memainkan peranan dan bijak untuk mencari jalan untuk mengeratkan hubungan dengan mengadakan jamuan makan bersama-sama, perjumpaan semua guru dan meluahkan perasaan agar dapat memahami tugasan masing-masing dengan menjauhkan sikap prasangka di antara satu sama lain.

2. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Sebagai seorang guru, kita harus bijak untuk memilih kaedah pengajaran dan teknik yang bersesuaian dengan mengetahui kelebihan dan kelemahan murid terlebih dahulu. P&P guru seharusnya lebih menarik dan member kesan kepada murid. Guru perlu memantapkan ilmu dalam pedagogi pengajaran yang bersesuaian supaya guru tidak berasa tertekan dengan masalah dalam mengawal kelas dengan baik dan menghadapi masalah murid-murid khas yang pelbagai.

Guru juga perlu memastikan bahawa sukatan pelajaran yang dibekalkan dilaksanakan bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan juga kebolehan murid. Kita sedia maklum, murid-murid khas mempunyai kognitif yang sangat lemah dari segi akademik. Di sini tugas guru adalah untuk melaksanakan P&P bersesuaian dengan tahap dan pengetahuan murid. Murid-murid ini juga mudah diajar dengan cara praktikal bukannya dengan kaedah cara formal seperti di kelas-kelas murid normal. P&P yang dilaksanakan perlu memberi pengalaman kepada murid dan akan mudah untuk diingati serta mudah bagi murid memahami isi pengajaran guru selain fokus murid lebih tahan lebih lama. Sebagai contoh dalam mata pelajaran kemahiran hidup yang lebih banyak aktiviti praktikal berbanding murid hanya mendengar P&P guru. Bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan mata pelajaran juga penting untuk melihat keberkesanan P&P guru terhadap murid pada hari itu.

3. Kemudahan Dan Prasarana

Kemudahan fizikal dan prasarana yang disediakan sangat berkait rapat dengan dana dan kewangan yang perlu diperuntukkan untuk memberi keselesaan kepada murid-murid khas agar mudah untuk menguruskan diri semasa di sekolah. Untuk tujuan itu, dana dan kutipan derma dijalankan oleh pihak sekolah. Antaranya adalah kemudahah kerusi roda dan tandas OKU.

Alatan yang bersesuaian untuk murid-murid semasa menjalankan aktiviti juga perlu dititkberatkan. Ini kerana, ada murid yang sangat sensitif dan bukan mudah bagi mereka untuk melakukan aktiviti sama seperti murid yang normal. Belum tentu murid khas ini dapat menyambut bola yang berat seperti yang digunakan oleh murid normal dan guru harus peka dengan keperluan murid.

Kemudahan yang diberi perlu dijaga bersama-sama dengan baik dengan menerapkan nilai bersyukur dan menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya seperti harta sendiri. Dengan cara ini, kemudahan yang diberikan akan bertahan lebih lama dan boleh digunakan berulang kali. Keadaan dan saiz kelas juga perlu diambil kira dengan mengubahsuai dengan meminimakan bilangan murid dan juga alatan-alatan di dalam kelas. Sekiranya alatan itu ingin dipamerkan, tempatkan di luar kelas dengan kaedah stesyen. Bilik darjah juga perlu dihias dan dalam suasana ceria agar murid lebih gembira untuk belajar. Guru perlu mengorbankan sedikit masa bagi memenuhi keperluan murid-murid ini. Pengurusan bilik darjah turut melambangkan sikap prihatin dan professional guru itu sendiri.

4. Dana Dan Kewangan

Untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu kewangan seperti penyalahgunaan wang elaun oleh ibu bapa, pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu membuat pemantauan berkala ke atas penggunaan wang elaun yang diberikan. Ibu bapa juga perlu diberi kaunseling supaya sedar dan prihatin terhadap wang elaun yang diperuntukkan untuk anak-anak mereka. Mereka perlu sedar akan tanggungjawab mereka dan pentingnya wang elaun tersebut untuk membiayai kehidupan anak-anak khas yang kurang berkeupayaan itu.

Bagi guru yang menerima elaun khas, kerajaan perlulah meneliti dengan lebih mendalam lagi untuk memilih guru-guru yang benar-benar berminat untuk mengajar dalam Pendidikan Khas. oleh hal yang demikian, guru yang tidak berminat dan semata-mata hanya menunggu elaun tidak layak untuk menerima elaun tersebut dan tidak akan diterima untuk menjadi guru Pendidikan Khas.

Masalah dana yang tidak mencukupi untuk mengadakan program-program yang melibatkan murid Pendidikan Khas perlu diselesaikan dengan cara ibu bapa dan pihak pentadbir memberi perhatian yang penuh dan memberi sokongan terhadap program tersebut dengan menyumbang dana ataupun terlibat sama mengumpul dana dengan mengadakan jualan amal atau mencari penaja supaya dana yang ingin diperuntukkan mencukupi tanpa meminta belas kasihan dan simpati pihak lain dengan menggunakan nama murid-murid khas ini.

5. Pelabelan Terhadap Murid-Murid Pendidikan Khas

Penyelarasan waktu rehat di sekolah di antara murid Pendidikan Khas dengan aliran perdana boleh dijadikan sebagai cadangan supaya murid-murid khas ini dapat bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik dan boleh mengeratkan hubungan dua pihak boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pihak atasan perlu memberi sokongan kerana dengan sokongan itu sahaja yang mempengaruhi berjalan atau tidak sesuatu program yang telah dirancang. Pihak pentadbir boleh mengadakan program gotong-royong kecil-kecilan yang melibatkan semua murid dan dengan cara ini satu hubungan positif akan timbul dalam diri setiap murid bahawa setiap murid itu mempunyai hak yang sama di sekolah tersebut.

Selain gotong royong, kejohanan sukan juga boleh dilaksanakan dan murid-murid khas juga sama-sama menyertai acara yang dipertandingkan dan bersesuaian dengan kebolehan murid-murid khas. secara tidak langsung, perasaan gembira boleh dizahirkan dan sikap toleransi serta timbul rasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa memikirkan kelemahan masing-masing.

Bagi isu perlabelan murid-murid khas ini, pihak sekolah terutamanya guru henaklah sentiasa menekankan betapa pentingnya sifat menghormati golongan OKU. Oleh itu, pelabelan terhadap golongan minoriti ini dapat dikurangkan. Masyarakat memandang sama rata terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Jadi guru di sekolah hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid aliran perdana.

Isu pengasingan murid-murid khas dengan aliran perdana seperti meletakkan murid di sudut atau mengasingkan murid khas dengan murid normal, guru tersebut perlulah ditegur secara terus. Bagi mengelakkan murid terus bertingkah laku demikian, guru tersebut perlu merancang aktiviti yang bersesuaian supaya tingkah laku positif dapat diterapkan. Selain itu, jika murid tersebut bertingkah laku positif tetapi lambat untuk menerima pelajaran, rakan sebaya atau rakan yang duduk bersebelahan boleh membantu murid tersebut dalam mata pelajaran. Secara tidak langsung, guru boleh memebri perhatian kepada semua murid dan bukan pada murid itu sahaja.

6. Penglibatan Ibu Bapa

Dalam menentukan hala tuju muird-murid Pendidikan Khas, ibu bapa perlu menjadi tunjang dan penglibatan ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu sedar bahawa sokongan dari pihak keluarga terutama ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu didedahkan dan menambah pengetahuan tentang maklumat yang berguna mengenai Pendidikan Khas. bukan sahaja untuk lebih mengenali masalah anak-anak tetapi membantu ibu bapa cara yang betul dan terbaik untuk menguruskan anak-anak istimewa ini. Kelas kaunseling dan bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk memberi maklumat yang berguna mengena keupayaan dan juga kelebihan yang ada pada anak-anak ini supaya tidak disisihkan.

Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi kaunseling boleh dilaksanakan oleh kaunselor yang professional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh menerima kekurangan dan kelebihan anak mereka. Anak-anak ini jika diajar dan dibimbing seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka juga boleh berjaya, sekurang-kurangnya dapat menguruskan diri sendiri.

7. Kepelbagaian Kopentensi Murid

Bagi mengatasi masalah ini, guru itu sendiri perlu mengetahui tahap sebenar murid mereka dengan sebaiknya. Bukan sahaja dengan ujian kertas dan pensel guru itu dapat mengetahui tahap murid mereka, tetapi dengan pemerhatian tidak formal juga boleh dilakukan. Lembaran kerja yang bersesuai dan diberi pada murid boleh mengukur tahap kemahiran murid tersebut dari segi kemahiran menulis atau mengira dan menjadi penanda aras kebolehan murid-murid itu. Dengan cara ini, guru dapat merancang strategi seterusnya untuk membantu meningkatkan lagi tahap pengetahuan murid.

Daripada kajian yang saya lakukan, jenis pentaksiran berbentuk kerja rumah bagus dan sesuai untuk dijalankan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Ianya dapat memastikan kerjasama dua hala daripada ibu bapa dan guru. Dengan cara inilah, kerjasama erat dan mesra dapat dijalin serta dapat memudahkan pemantauan perkembangan murid-murid khas secara berkesan. Selain itu, ia dapat membuang paradigma orang ramai yang mengatakan bahawa hanya guru bertanggungjawab memberi ilmu sedangkan ibu bapa jua mempunyai peranan dalam mendidik dan membimbing murid-murid khas. Malahan kedua-dua pihak dapat memantau perkembangan murid secara berterusan dan boleh merancang aktiviti intervensi seterusnya mengikut keperluan dan tahap keupayaan murid tersebut. Ibu bapa dan guru juga akan saling berkongsi serta bertukar-tukar maklumat melalui pemerhatian yang dibuat ke atas anak mereka. Dengan ini, ianya memudahkan guru untuk menentukan intervensi dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang tepat dan betul.

Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa orang murid yang tidak membawa beg ke sekolah. Keadaan ini menyulitkan untuk saya memberi mereka kerja rumah untuk dibawa pulang. Malahan ada yang meninggalkannya sahaja di dalam kelas. Oleh itu, saya mencadangkan agar sekolah meminta ibu bapa untuk menyediakan fail kotak untuk anak mereka. Dengan adanya fail kotak ini, setiap surat atau kerja rumah dapat diletakkan ke dalamnya. Ini dapat mengelakkan surat atau kerja rumah hilang. Tambahan lagi, guru perlu memberitahu ibu bapa untuk sentiasa memeriksa fail kotak tersebut kerana semua informasi dan kerja rumah ada diletakkan di dalamnya dan ibu bapa diminta untuk memantau perkembangan anak mereka. Cara ini juga dapat mengatasi masalah ibu bapa tidak mendapat maklumat mengenai aktiviti sekolah atau anak mereka kerana kadangkala surat yang diberi kepada murid khas hilang atau tercicir.

Mungkin kerja rumah tidak sesuai dengan kemampuan murid untuk menyiapkannya secara bersendirian. Hal ini kerana murid memerlukan bimbingan dalam memahami kehendak soalan dan bagaimana untuk menyiapkannya. Oleh itu, bimbingan dan galakan dari ibu bapa secara berterusan penting ketika di rumah. Luangkan masa selama sejam untuk membantu dan membimbing ketika mereka menyiapkan kerja rumah. Berikan tumpuan kepada mereka agar mereka mendapat motivasi dan galakan untuk meneruskan pembelajaran tanpa ada rasa berputus asa. Kesannya mereka akan lebih seronok ketika mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Setiap murid perlu mempunyai alat tulis yang lengkap untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun berbeza bagi murid-murid khas yang saya kaji. Mereka tidak mempunyai alat tulis yang lengkap. Keadaan ini menyukarkan murid tersebut untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mungkin ibu bapa perlu sedar tentang kepentingan alat tulis sebagai galakan murid untuk menyiapkan kerja rumah. Mereka akan lebih bersemangat jika alat tulis tersebut menggunakan tema kartun kanak-kanak yang mereka suka. Hal ini terbukti apabila saya memberi hadiah berbentuk kelengkapan alat tulis Smurf. Mereka saling berebut-rebut untuk menjaab soalan untuk mendapatkan hadiah tersebut. Ianya boleh dijadikan sebagai motivasi entrinsik kepada murid-murid khas.

Bagi mendapatkan kerjasama ibu bapa yang padu, sekolah boleh membuat majlis bersama ibu bapa murid-murid khas sebulan sekali. Dalam majlis ini, ibu bapa dan guru bolehlah berkongsi permasalahan dan bersama-sama mengembleng idea untuk menyelesaikannya. Dengan ini semua ibu bapa dan guru akan mendapat ilmu bersama dan akan lebih mahir dalam menangani masalah anak masing-masing. Hal ini kerana seringkali berlaku pencanggahan pendapat dari segi tingkah laku murid. Ada murid yang suka membuli dan berkelakuan negatif di sekolah tetapi tidak ketika berada rumah. Kesannya kedua-dua pihak akan saling memahami serta bantu-membantu dalam meningkatkan perkembangan dan tahap keupayaan murid-murid khas.

6.0PERBINCANGAN DENGAN GURU

Bagi melihat sejauhmana guru bersetuju untuk menjalankan pentaksiran berbentuk kerja rumah, saya telah mengadakan kaji selidik untuk setiap guru di Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2). Kaji selidik ini diedarkan kepada setiap guru pada hari Khamis bersamaan 13 September 2012 yang lepas. Guru-guru diminta untuk menyatakan persetujuan atau tidak setuju dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk kerja rumah. Borang yang dibuat adalah seperti berikut :-

NAMA :

UMUR :

Adakah anda bersetuju melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berbentuk kerja rumah?

YA

TIDAK

Catatan

Hasil daripada survey tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti guru iaitu sebanyak 12 orang daripada 15 orang tidak bersetuju dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan kerja rumah. Hal ini kerana banyak masalah akan timbul apabila menggunakan kaedah ini. Mereka mengatakan bahawa pada awal dahulu, mereka pernah menggunakan kaedah ini tetapi guru tidak dapat membuat penilaian secara telus atas beberapa sebab.

KEPUTUSAN KAJI SELIDIKKEBERKESANAN PBS BERBENTUK KERJA RUMAH

Ya

3 ORANG

Tidak

12 Orang

JUMLAH

15 Orang

Rajah : Hasil kaji selidik keberkesanan PBS kerja rumah

Melalui perbincangan bersama guru, banyak isu/masalah yang timbul semasa mereka menjalankan pentaksiran kerja rumah. Antaranya guru sukar untuk mendapatkan kembali kerja rumah yang diberi. Acapkali guru mendengar alasan murid yang mengatakan bahawa kerja rumah hilang dan terlupa. Kadangkali guru menjumpai kerja rumah yang diberi di atas lantai kelas tersebut. Maka sejak hari terebut, guru tersebut memutuskan untuk menyiapkan lembaran kerja sambil dibimbing oleh guru di dalam kelas.

Selain itu, ada juga kerja rumah yang dibuat oleh ahli keluarga murid tersebut. Perkara ini dikesan oleh guru apabila melihat kerja rumah tersebut sangat kemas tulisannya sedangkan murid tersebut masih tidak mampu untuk menulis sebegitu. Keadaan ini hanya akan membuang masa kerana pencapaian murid sebenar tidak dapat dilihat oleh guru. Walaupun murid tersebut menyiapkan kerja tersebut dan mengandungi banyak kesalahan tetapi melalui kesalahan-kesalahan inilah guru boleh menjalankan intervensi untuk membantu murid tersebut. Jika tidak guru tidak dapat mengesan kelemahan utama murid dan hanya membiarkan begitu sahaja tanpa intervensi untuk meningkatkan keupayaan murid.

Murid-murid khas sangat memerlukan bimbingan dalam melakukan kerja rumah. Guru-guru mempunyai kepakaran untuk membimbing murid menggunakan pelbagai kaedah. Namun, jika kerja rumah diberi murid tidak akan mendapat bimbingan yang secukupnya. Ini merugikan guru di mana mereka tidak dapat melihat tahap perkembangan dan tingkah laku murid ketika menjalankan kerja rumah tersebut. malahan, guru tersebut mengatakan walaupun tiada penglibatan antara ibu bapa dan guru mengenai lembaran kerja murid tetapi guru dan ibu bapa boleh sahaja berbincang mengenai tahap perkembangan murid ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru. Melalui kolaborasi sebegini juga ibu bapa akan mengetahui tahap perkembangan murid secara keseluruhan. Oleh yang demikian, ramai guru memilih untuk memberi pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, guru akan dapat menilai perkembangan serta melihat sejauhmana murid memahami tajuk pelajaran pada hari tersebut. Sebaliknya berlaku jika menggunakan kerja rumah. Kita tidak mengetahui bilakah murid akan cuba menyiapkan kerja rumah tersebut dan ibu bapa terpaksa mengajar semula secara keseluruhan jika murid lupa mengenai proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Bagi guru yang menyokong pelaksanaan pentaksiran kerja rumah, beliau menggunakan sistem buku. Buku tersebut diletakkan di luar kelas di dalam kotak. Ibu bapa yang mengambil anak mereka akan mengambil buku tersebut. Cara tersebut menunjukkan kemajuan dalam pentaksiran kerja rumah. Malahan, keesokkan harinya, ibu bapa akan meletakkan semula buku di dalam kotak. Walaupun tidak semua yang menyiapkan kerja rumah tersebut tetapi peratusan yang menyiapkan kerja lebih tinggi dari yang tidak menyiapkannya. Guru tersebut juga menyatakan bahawa kerjasama ini memudahkan beliau untuk membentuk intervensi yang sesuai pada proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Namun apa yang ditekankan oleh guru ketika perbincangan dijalankan ialah pembinaan lembaran kerja tersebut. Guru perlu pastikan lembaran kerja yang dibuat menepati dan sesuai dengan tahap murid. Gunakan konsep dari mudah ke sukar. Dalam aspek bilangan soalan pula, walaupun soalan yang disediakan sedikit tetapi hasil daripada murid yang perlu dititikberatkan sama ada proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut diperolehi atau tidak oleh murid-murid. Dengan cara ini, guru akan mengetahui tahap perkembangan murid dari semasa ke semasa. Tidak guna menggunakan lembaran kerja yang banyak dan sukar walaupun mendapat bimbingan daripada guru. Keadaan ini hanya akan menyebabkan murid akan berasa terbeban dan berputus asa untuk melakukannya pada masa yang akan datang. Apa yang diutamakan ialah kualiti daripada kuantiti.

Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)

Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar

berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya

berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa.

Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid

dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan

murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990)

Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional.

Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas.

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan inklusif mendapati halangan dan rintangan yang sering dihadapi termasuklah :

a.Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif.

b.Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

c.Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

d.Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas yang jauh terasing, atau di tempat yang tidak selesa. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.

e.Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu, mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

f.Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa. Hal ini adalah disebabkan ibu bapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

Masalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pendidikan Khas ialah masalah dari aspek pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan cadangan untuk mengatasi isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pengurusan sekolah.

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah ini, yang memerlukan penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Pendidikan Khas sendiri. Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan ialah dengan mengeluarkan pekeliling ataupun peringatan kepada sekolah tentang kepentingan program Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru dan murid Pendidikan Khas.

Cadangan kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan Khas untuk mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah ceramah pendedahan tentang program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan pentadbiran dan guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah tersebut baru sahaja membuka program Pendidikan Khas.

Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka mata dan minda guru-guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di sekolah.

Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha mengatur program yang mampu memberikan kesedaran dan keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga tentang amanah yang telah Allah kurniakan kepada mereka. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam merancang proses pembelajaran yang berterusan . Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.

Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Adalah digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda.

Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang masalah perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain.

Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat penting kepada mereka kerana adalah tugas ibu bapa mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup.

Pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak berperluan khas juga perlu diajar dan diberi dengan padat dan mapan kepada ibu bapa. Hal ini mampu memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa berkenaan. Apabila ibu bapa sudah tahu mengurus dan memahami anak mereka yang istimewa ini, maka perasaan terbeban dengan karenah anak mereka ini akan menjadi kurang dan sebaliknya mereka akan merasakan sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan dengan hati yang mulia dan murni.

Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah persepsi negatif guru besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas. Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited supaya mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala aspek. Berikan kerjasama yang sebaiknya supaya mereka yang menyisihkan Pendidikan Khas akan malu sendiri. Kesanggupan guru Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas membuktikan kemampuan dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru lain.

Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempoh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan dengan pelbagai situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi pengetahuan dan makluman supaya tidak berlaku salah faham lagi. Pihak pentadbir sendiri perlu ada kesedaran dan bersikap positif terhadap Pendidikan Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu penghalang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka semua boleh dididik dengan apa cara sekalipun.

Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan pentadbir di sekolah-sekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal memainkan peranan penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas mengenai peranan sekolah dan pentadbir lain yang mempunyai program integrasi. Juga di peringkat kementerian juga perlu mengambilkira pengalaman seseorang pegawai dalam bidang Pendidikan Khas supaya mereka lebih memahami dan mempunyai jiwa terhadap keperluan Pendidikan Khas.

Masalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pendidikan Khas ialah masalah dari aspek pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan cadangan untuk mengatasi isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pengurusan sekolah.

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah ini, yang memerlukan penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Pendidikan Khas sendiri. Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan ialah dengan mengeluarkan pekeliling ataupun peringatan kepada sekolah tentang kepentingan program Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru dan murid Pendidikan Khas.

Cadangan kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan Khas untuk mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah ceramah pendedahan tentang program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan pentadbiran dan guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah tersebut baru sahaja membuka program Pendidikan Khas.

Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka mata dan minda guru-guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di sekolah.

Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah persepsi negatif guru besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas. Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited supaya mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala aspek. Berikan kerjasama yang sebaiknya supaya mereka yang menyisihkan Pendidikan Khas akan malu sendiri. Kesanggupan guru Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas membuktikan kemampuan dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru lain.

Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempoh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan dengan pelbagai situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi pengetahuan dan makluman supaya tidak berlaku salah faham lagi. Pihak pentadbir sendiri perlu ada kesedaran dan bersikap positif terhadap Pendidikan Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu penghalang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka semua boleh dididik dengan apa cara sekalipun.

Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan pentadbir di sekolah-sekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal memainkan peranan penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas mengenai peranan sekolah dan pentadbir lain yang mempunyai program integrasi. Juga di peringkat kementerian juga perlu mengambilkira pengalaman seseorang pegawai dalam bidang Pendidikan Khas supaya mereka lebih memahami dan mempunyai jiwa terhadap keperluan Pendidikan Khas.

Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha mengatur program yang mampu memberikan kesedaran dan keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga tentang amanah yang telah Allah kurniakan kepada mereka. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam merancang proses pembelajaran yang berterusan . Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.

Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Adalah digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda.

Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang masalah perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain.

Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat penting kepada mereka kerana adalah tugas ibu bapa mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup.

Pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak berperluan khas juga perlu diajar dan diberi dengan padat dan mapan kepada ibu bapa. Hal ini mampu memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa berkenaan. Apabila ibu bapa sudah tahu mengurus dan memahami anak mereka yang istimewa ini, maka perasaan terbeban dengan karenah anak mereka ini akan menjadi kurang dan sebaliknya mereka akan merasakan sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan dengan hati yang mulia dan murni.

Bagi menghadapi masalah bahasa dan komunikasi antara guru dan murid Pendidikan Khas, murid ini guru perlu merancang strategi yang bersesuaian dengan beliau. Sebagai guru yang prihatin, murid yang mengalami masalah bahasa hendaklah disarankan untuk dihantar kepada terapi pertuturam.Jadi perbincangan dengan pihak ibu bapa sangatlah perlu dan digalakkan. Guru juga boleh mengajar bahasa dan komunikasi kepada murid jenis ini dengan kaedah ACC (Alternatve and Augementative Communication). Melalui kaedah ini murid boleh berkomunikasi dengan menggunakan alatan yang canggih yang memerlukan bajet kewangan yang agak tinggi daripada sekolah. Bagi bajet yang murah, guru boleh menggunakan kaedah PAC iaitu kaedah menukar gamba sebagai sign atau isyarat untuk berkomunikasi

Dalam memupuk komunikasi yang baik antara guru Pendidikan Khas dengan pihak sekolah misalnya guru perlu sentiasa melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh guru. Peluang untuk bersama dengan staf yang lain seharusnya hendaklah digunakan dengan sebaiknya. Maka dengan ini komunikasi yang baik akan wujud dan sekaligus mewujudkan hubungan yang hormoni antara satu sama lain.

Komunikasi yang mesra juga hendaklah sentiasa dipupuk antara satu sama lain maka dengan itu isu pergeseran yang timbul dapat dikurangkan dengan wujudnya keindahan komunikasi bersama. Selain dapat berkomunikasi bersama-sama secara matang dan telus guru-guru dan staf yang lain sekaligus memupuk hubungan mesra budaya yang berada di sekolah. Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan (Noriati A Rashid & etc :2011). Apabila semua ini terangkum bersama maka hubungan yang lebih erat akan terbina antara keseluruhan dalam sesuatu komuniti itu. Selain itu sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.

Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya.

Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.

Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.

guru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

ISU PROFESIONALISMA GURU PENDIDIKAN KHAS

Cadangan mengatasi:

Bagi meningkatkan profesionalisma guru-guru Pendidikan Khas pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka program-program atau kursus serta bengkel bagi menambah input input yang sesuai dengan program pendidikan. Ianya juga perlu dilihat dari aspek agama atas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada semua golongan guru. Guru perlu memiliki pengetahuan profesional yang serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan profesional ini perlu bagi memandu pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik darjah.

Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas ini. (Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid)

Guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pegetahuan pedagogi am,pengetahuan kurikulum, pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri ,pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.

Pemilihan dan pengambilan guru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas.

Segelintir mereka mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam masa yang singkat. Keenganan ibu bapa memahami perjalanan pengurusan pendidikan khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Bagi mereka anak mereka harus diajar seperti murid aliran perdana yang lain. Keghairahan menjadikan anak mereka sama dengan rakan sebaya sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pengurusan pendidikan khas. Walau bagaimanapun ada sebahagian mereka pula menyerahkan sepenuhnya anak mereka kepada pihak sekolah.

Mereka mengharapkan sepenuhnya kepada guru pendidikan khas mendidik anak mereka dalam segala aspek. Kedua-dua situasi ini menjadi satu cabaran yang besar dalam pendidikan khas. Hal yang demikian kerana tidak ada kesinambungan dan komitmen daripada pihak ibu bapa terhadap pembelajaran anak mereka di luar waktu persekolahan. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan transformasi dalam pendidikan. Terdapat sebahagian ibu bapa merasa rendah diri kerana mempunyai anak yang tidak sempurna dan berasa malu pada ahli keluarga yang lain. Ada sebahagiannya pula mengasingkan diri dari ahli keluarga lain.

Dari aspek individu murid pulaadalah berbeza diantara satu sama lain.Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.Cabaran utama bagi guru-guru pendidikan khas bagaimana untuk mendapat kepercayaan dari anak-anak istimewa ini. Bukan senang untuk berhadapan dengan mereka kerana setiap orang kanak-kanak istimewa tersebut biasanya mempunyai pelbagai kelainan. Kesediaan anak-anak istimewa ini memasuki alam persekolahan juga dengan cara yang berbeza. Ini dapat dilihat pada faktor kematangan dan kesediaan fizikal berhadapan dengan rakan-rakan baru di sekolah. Besar kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama dengan dirumah. Setiap hari mereka perlu mengikuti peraturan-peraturan sama seperti rakan sebaya mereka.

Guru akan menghadapi berbagai bagai gaya dan karenah daripada murid-murid pendidikan khas ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah mengenali alam persekolahan pada peringkat awal. Mereka mahu dilayan sebagaimana ibu bapa mereka melayan mereka di rumah. Guru sebagai pengganti ibu bapa perlu peka kepada keperluan mereka setiap masa. Termasuklah dalam pengurusan emosi dan amalan berdikari. Cabarannya ialah mungkin apa yang diberi oleh guru tidak sama dengan apa yang mereka terima dirumah. Sangat sukar bagi guru berhadapan dengan mereka yang mempunyai kepelbagaian yang pelbagai. Hanya dengan kesabaran dan keperihatinan serta kemampuan memberikan layanan yang baik dalam pelbagai aspek mampu meningkatkan kepercayaan murid terhadap guru pendidikan khas. Kepercayaan dan kasih sayang mereka terhadap guru akan melebihi kepercayaan dan kasih sayang terhadap ibu bapa mereka sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dengan kepelbagaian mereka.

Cabaran juga dilihat dalam menguruskan murid-murid pendidikan khas yang berada di dalam kelas inklusif .Kelas inklusif yang berjaya memerlukan guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu bersikap jujur dan terbuka. Perkara yang sering diperkatakan ialah layanan yang diberikan terhadap murid pendidikan khas dan keprihatinan guru dalam membimbing mereka bersama murid biasa. Kita juga melihat peranan yang perlu dipikul oleh guru pendidikan khas semasa menghantar murid mereka ke kelas inklusif. Murid inklusif ini mempunyai potensi untuk cemerlang sama dengan murid biasa tetapi mereka memerlukan lebih bimbingan dan motivasi yang tinggi untk berdaya saing.

2.2 Sosial dan persekitaran

Sosial dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan pendidikan khas. Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan murid-murid pendidikan khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai bersama. Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan kepercayaan. Cabaran yang sangat besar bagi pengurusan pendidikan khas adalah dalam memberikan kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai pendidikan untuk kanak-kanak kelainan upaya. Bukan semua daripada mereka mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup anak-anak mereka. Malah kebanyakan kanak-kanak kelainan upaya ini datang dari keluarga yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memberikan kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan keperluan.

Kita mengharapkan sokongan dan komitmen dari ahli masyarakat dalam menangani masalah tingkah laku dan displin serta penderaan kanak-kanak.

Sokongan masyarakat sangat penting bagi meredakan kegundahan hati ibu bapa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran membesarkan anak-anak kurang upaya. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka bagi menggalakan masyarakat bersifat penyayang dan prihatin. Hubungan dengan ahli komuniti yang lain perlu dijaga supaya semua orang sekeliling faham mengenai pengurusan anak-anak pendidikan khas. Pengurusan pendidikan khas menghadapi cabaran dalam menerapkan nilai-nilai simpati dan empati dalam kalangan ahli masyarakat atas nama kesedaran dan tangungjawab. Kegiatan-kegiatan kerja amal dalam masyarakat masih lagi kurang mendapat sambutan dan penglibatan dalam badan-badan sukarela hanya dalam kalangan ahli yang terlbat sahaja.

Oleh yang demikian pelbagai kemudahan dalam persekitaran dapat diusahakan bersama . Namun demikian bukan disemua tempat segala kemudahan itu disediakan malah ada segelintir yang menyalahgunakannya. Menerapkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai keperluan golongan kelainan upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Lontaran pandangan sinis dan serong terhadap golongan ini secara negatifnya akan memberi impak kepada pergaulan kanak-kanak kelainan upaya dalam masyarakat. Kita lihat juga di persekitaran sekolah dimana penerimaan pentadbiran sekolah dalam membuka ruang kepada murid-murid pendidikan khas. Pengintegrasian sesuatu program bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilaksanakan. Kesanggupan berkongsi segala kemudahan yang ada dan memberikan keutamaan kepada murid-murid pendidikan khas merupakan antara sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan.

Kebanyakan sekolah lebih berfokus kepada kecemerlangan dan bukan kepada kebajikan kerana ianya membawa kepada impak yang lebih besar. Bukan semua program integrasi mendapat tempat yang selesa dan mempunyai ruang yang cukup bagi menampung keperluan aktiviti mereka. Pentadbir melihat program pendidkan khas ini seolah sekadar menumpang disatu sudut yang lain atau menjadi tempelan sahaja kepada sekolah. Masyaralat sekolah memandang ianya satu program yang bukan menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan sekolah.

Inilah cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi oleh pengurusan pendidikan khas. Dalam melaksanakan tugasan hakiki dan berdaya saing dengan ahli masyarakat sekolah yang lain maka pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hala tuju supaya program ini akan dipandang sama hebat dengan program lain. Kerjasama dengan badan-badan atau persatuan yang boleh memperjuangkan hak-hak kanak-kanak kelainan upaya sangat memberi impak. Kita semua perlu bersatu menetapkan satu perjuangan yang sama supaya akan timbul kesedaran dalam kalangan mereka bagi menghargai golongan yang kurang bernasib baik. Jabatan-jabatan kerajaan turut memainkan peranan membuka ruang dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan berbanding kepentingan peribadi.

Pelbagai aktiviti dan program perlu dirancang bagi membuktikan bahawa pengurusan pendidikan khas boleh berdaya saing dan mempunyai matlamat jangka panjang. Kesedaran dapat dilihat sudah banyak badan-badan sukarela menjalankan aktiviti-aktiviti bersama dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

2.3 Personel dan Kepakaran

Asas terpenting yang perlu dimiliki dalam sesuatu organisasi pendidikan ialah personel yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Personel inilah yang akan membentuk dan menggerakkan sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Menurut Greenlaw dan Kohl dalam buku Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan(zaidatol,2003), pengurusan personel merangkumi semua keputusan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Termasuklah aspek motivasi, melatih dan menyediakan keperluan serta kefungsian personel.

Dalam konteks cabaran dalam pengurusan pendidikan khas, pengurusan sekolah berusaha membentuk personel seorang guru yang mempunyai nilai-nilai etika dan kredibiliti sebagai seorang pendidik. Semua peringkat dalam pengurusan perlu memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru dalam memberikan ruang keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di tempat yang betul dengan minat dan kepakarannya. Kecekapan sesuatu pengurusan dapat dilihat dengan sumbangan dan kerja buat seorang guru yang mampu melaksanakan tugasan dengan efisyen.

Tugas seorang guru sebagai pengurus kanak-kanak istimewa ini sangat mencabar. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan meneliti pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap murid pendidikan khas, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru perlu mampu memahami serta mengenali setiap jenis murid didalam kelas supaya mereka juga boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Cabaran yang paling besar bagi guru pendidikan khas ialah bukan sahaja memberikan pendidikan malah memastikan mereka juga boleh melakukan amalan berdikari dalam kehidupan harian mereka. Amat sukar untuk dipastikan sebanyak mana amalan tersebut dipraktikan di rumah dan mempunyai kesinambungan yang berterusan.

Pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat perancangan mengurus bagi menentukan keperluan dalam sesuatu organisasi. Ini bermaksud mengetahui bilangan guru yang diperlukan dalam sesuatu organisasi mencukupi dengan keperluan. Kebanyakan program pendidikan khas sering mengalami kekurangan guru. Tenaga pengajar yang tidak cukup akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid khas. Oleh yang demikian lahirlah guru-guru yang dilatih secara segera oleh kementerian termasuklah yang bertukar opsyen. Pengurusan pendidikan khas terpaksa berhadapan dengan tenaga kerja yang kurang berpengetahuan, kurang kepakaran dan tidak mempunyai minat dengan pendidikan khas.

Kewibawaan dan kebolehan guru pendidikan khas pula sering dipertikaikan kerana usaha melahirkan seorang kelainan upaya yang cemerlang sangat sukar dilakukan. Kecemerlangan mereka dinilai oleh prestasi murid pendidikan khas dalam akademik. Guru perlu sentiasa mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kesediaan menggunakan pelbagai alatan pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran. Namun demikian masa untuk menghasilkan seorang insan yang cemerlang dalam kalangan kelainan upaya memerlukan masa yang amat panjang. Sikap kebanyakan guru pendidikan khas sendiri yang terlalu mengambil mudah dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugas. Alasan kerana mengajar pendidikan khas bukanlah satu helah yang baik untuk tidak memberikan kerjasama dalam organisasi sekolah. Inilah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan khas kerana keseluruhan organisasi akan dipandang sepi kerana sikap beberapa orang guru yang sedemikian.

Begitu sukar meletakan satu-satu kepakaran mengikut minat dan kebolehan guru dalam pengurusan pentadbiran. Kepakaran itu boleh diperolehi dengan usaha latihan dan bacaan, kursus, pembelajaran kendiri. Inidividu guru itu sendiri perlu mengapliksikan kepakaran yang ada bersama organisasi lain atau kepakaran itu tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. Ini satu cabaran yang sukar dihadapi kerana ianya bergantung kepada minat dan komitmen guru dalam menjana idea dan perkongsian maklumat.Bekerjasama sebagai satu kumpulan guru-guru biasa dan guru khas merupakan satu himpunan kepakaran dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian murid. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut akan mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan.

Pengurusan pendidikan khas perlu melahirkan personel yang mempunyai kepakaran dan kualiti kerja yang seimbang dengan penampilan peribadi. Cabaran memupuk hubungan baik dengan dalam satu organisasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan daya pengeluaran dalam satu kerja berpasukan. Struktur organisasi perlu membina hubungan baik dan menyediakan latihan bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan dan mempertingkatkan kepakaran personel.

3.0 HALATUJU PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

Halatuju dalam amalan pendidikan telah jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Khas iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Halatuju bermaksud menetapkan sasaran, misi, visi dan objektif keseluruhan dalam sesuatu organisasi.

Pengurusan pendidikan khas dalam sesuatu organisasi akan berjaya apabila terdapat komitmen sepenuhnya terhadap kualiti. Pentingnya melaksanakan visi dan misi haruslah seiring dengan kecemerlangan tindakan. Tribus 1994, dalam buku Mengurus Kualiti Di Sekolah(2004), mengatakan matlamat hendaklah tetap dan tidak berubah-berubah setiap hari. Justeru itu hasrat organisasi untuk mempunyai hala tuju yang betul perlu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi pendidikan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dalam pendidikan. Secara keseluruhannya perbincangan halatuju dalam konteks pengurusan pendidikan khas merangkumi aspek:

3.1 Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Khas

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Visi Pendidikan Khas pula bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada mereka dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Pentadbiran pendidikan khas perlu menyusun atur bidang tugas dengan bijak supaya tidak berlaku pertindihan tugas yang boleh menjejaskan kualiti guru dan keseluruhan organisasi. Pembahagian tugas yang adil dan sentiasa memantau pengurusan kerja serta memberikan khidmat bantu membolehkan seseorang guru itu menjalankan tugas di atas landasan yang betul. Pentadbiran pendidikan khas perlu mempunyai acuan yang tersendiri dengan gaya kepimpinan yang berkesan. Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat secara menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, pengurusan kewangan dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut harus difahami dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai penetapan perancangan strategik dengan sumber-sumber yang cukup sesuai dengan keupayaan membangunkan organisasi. Hubngan baik dengan rakan sekerja yang bersedia menerima kritikan, idea dan mencari jalan penyelesaian masalah.

3.2 Personel Dan Kepakaran

Menurut Atan (1991), guru mempunyai tugas yang mulia dan penting kerana di tangan gurulah letaknya rakyat pada masa hadapan. Jika tugas guru itu dijalankan dengan baik, masyarakat beruntung kerana menjadi rakyat yang berguna tetapi jika berlaku sebaliknya, masyarakat akan menanggung kerugian yang besar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.Mereka perlu diberi ruang menjalani kehidupan yang bermakna dan mampu menjalani hidup berdikari dalam masyarakat.

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik murid kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap setiap daripada mereka memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Pentadbir pendidikan khas perlu merupakan seorang yang menjadi pakar rujuk dalam segala aspek. Pengetahuan dan pengalaman adalah gabungan yang boleh memimpin guru-guru lain. Halatuju yang cemerlang memerlukan guru yang mempunyai keperibadian yang unggul, bersikap positif, memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran dan beretika. Guru perlu berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan supaya kewibaan dan kebolehan mengendalikan murid-murid pendidikan khas tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu keupayaan berkomunikasi dan berkolaborasi dengan semua pihak membawa kepada satu budaya kerja cemerlang dan berkualiti.

Guru pendidkan seharunya berani membuat anjakan minda dan sentiasa membuat pelabagai inovasi dalam pengajaran sebagai tuntutan atas satu usaha yang bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran yang membawa kepada kecemerlangan dalam pendidikan khas. Perkongsian ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan memperbaiki kelemahan diri. Mohd Taib Hj Dora, 2005 dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesioanal(2010), mengatakan seorang guru itu perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan profesion perguruan.

Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan diri hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman yang kuat agar tidak kecundang dengan tewas dengan tanggapan negatif pihak lain. Halatuju guru dalam merealisasikan misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini setiap masa. Disamping itu berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru pendidikan khas perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Kedua-dua guru kelas biasa dan guru khas perlu bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang dipersetujui serta berkesanggupan untuk merancang dan bekerjasama dalam semua aspek aktiviti dan isu. Penting sekali adalah kita tidak boleh mengenepikan, mengabaikan atau mengecilkan pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Isu isu pengasingan dan pelabelan membangkitkan semangat dan kekuatan untuk bangun berdaya saing.

Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid biasa dan menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program inklusif banyak membantu menjadikan mereka berdaya saing dan berketrampilan setanding dengan rakan sebaya. Justeru itu program inklusif perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya supaya murid-murid pendidikan khas boleh berpeluang membuktikan keupayaan mereka dalam bidang akademik. Guru pendidikan khas harus berusaha dan menunjukkan kepakaran dalam pelbagai bidang supaya kebolehan dan kepakaran itu tidak boleh dipertikaikan.Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

3.3 Peranan Ibu bapa dan Masyarakat

Kita melihat perkembangan program pendidikan khas masa kini semakin diterima dengan baik. Sambutan dari pihak ibu bapa sangat menggalakan demi kesedaran dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak istimewa. Akta pendidikan wajib telah memperlihatkan kedudukan kanak-kanak kelainan upaya juga berhak diberi pendidikan yang selayaknya seperti kanak-kanak yang seusia mereka. Bukan mudah bagi pihak ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada orang tidak mereka kenali. Guru sentiasa perlu bersedia memberikan harapan dan menunjukkan kecekapan mereka agar kewibawaan mereka dalam mendidik anak-anak kelainan upaya tidak dipandang remeh.

Pihak pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa dan sentiasa berkolaborasi demi kejayaan anak-anak pendidikan khas. Keberkesanan dan pemantapan program sangat memerlukan sokongan daripada institusi keluarga dan masyarakat. Pendapat Sharifah Alwiyah Al Sagoff, 1985 dalam buku Kepimpinan Pendidikan di Malaysia92005), mengatakan sekolah dan keluarga perlu mempunyai aspirasi , nilai dan sikap yang ada kesinambungan antara sekolah dan rumah. Hal ini akan mengeratkan hubungan baik dua pihak dalam mencapai visi pengurusan pendidikan khas. Ibu bapa dan masyarakat juga akan menjadi role model kepada ibu bapa lain dan anak-anak pendidikan khas. Kesediaan ibu bapa dan masyarakat memberi sokongan dalam program-program anjuran sekolah dan penglibatan dalam majlis ilmu seperti seminar ke ibu bapaan membawa kepada hala tuju yang sama.

Kerjasama dengan badan-badan sukarela dan NGO akan membuka ruang dan pemikiran yang lebih luas dan terbuka. Disinilah tempat yang paling sesuai untuk mereka bertukar-tukar pendapat, menjana idea dan memberikan kritikan membina dalam usaha memahami keperluan pendidikan masa kini. Kesedaran dalam kalangan mereka merupakan satu sokongan dan berfungsi sebagai penyumbang dalam kemajuan pendidikan. Persepsi ibu bapa dan masyarakat terhadap pengurusan sekolah perlu berubah mengikut keperluan semasa tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan.Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifatresponsifdan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.

Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.

e g B } uru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

HASIL KAJI SELIDIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

SalesYATIDAK0.80.2