IKATAN Edisi Mac 2013

12
ANDAINYA AKU DISITU... Suasana sunyi menyelubungi malam yang pekat gelita itu. Keheningan suara alam seolah-olah turut bersama menangisi peristiwa pahit tersebut. Angin bertiup perlahan, seakan-akan menyesali terhadap apa yang bakal berlaku. Bahkan, bakal disesali dan ditangisi seluruh alam. Kedengaran derapan tapak kaki beberapa orang, melangkah masuk ke pekarangan Istana Yildiz. Masing-masing serba lengkap berpakaian kemas berwarna hitam. Kedatangan mereka bakal membawa suatu titik berdarah bagi sejarah umat Islam. Mereka ingin segera menemui Sultan Abd Hamid II, Khalifah umat Islam terakhir, di ruang kediamannya. Kedatangan mereka telah dijangka sendiri oleh Sultan Abd Hamid. Lalu, Sultan Abd Hamid melangkah keluar tenang, mendapatkan mereka. Baginda sudah memahami sendiri tujuan kedatangan mereka. Lalu,baginda berbicara, “Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?” luah Sultan memohon timbang tara dari mereka. Namun, menghampakan, nilai simpati dan belas kasihan telah lama jauh hilang dari hati mereka. “Tidak, negara telah memecat anda!” tegas Esha Pasha, salah seorang wakil delegasi tersebut, yang juga seorang wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan. Kedatangan mereka dijelaskannya kepada Sultan Abd Hamid dengan angkuh dan biadap. Kehadiran mereka sebenarnya telah dirancang sekian lama oleh musuh- musuh kerajaan Bani Uthmaniah sedunia. Mereka telah disokong 240 perwakilan Parlimen Uthmaniah, dibawah tekanan puak Turki Muda, yang bersetuju dengan penggulingan Sultan Abd Hamid II. Bahkan, seorang senator berpengaruh,

description

IKATAN Edisi Mac 2013

Transcript of IKATAN Edisi Mac 2013

Page 1: IKATAN Edisi Mac 2013

ANDAINYA AKU DISITU...

Suasana sunyi menyelubungi malam yang pekat gelita itu. Keheningan suara alam seolah-olah turut bersama menangisi peristiwa pahit tersebut. Angin bertiup perlahan, seakan-akan menyesali terhadap apa yang bakal berlaku. Bahkan, bakal disesali dan ditangisi seluruh alam.

Kedengaran derapan tapak kaki beberapa orang, melangkah masuk ke pekarangan Istana Yildiz. Masing-masing serba lengkap berpakaian kemas berwarna hitam. Kedatangan mereka bakal membawa suatu titik berdarah bagi sejarah umat Islam. Mereka ingin segera menemui Sultan Abd Hamid II, Khalifah umat Islam terakhir, di ruang

kediamannya. Kedatangan mereka telah dijangka sendiri oleh Sultan Abd Hamid.

Lalu, Sultan Abd Hamid melangkah keluar tenang, mendapatkan mereka. Baginda sudah memahami sendiri tujuan kedatangan mereka. Lalu,baginda berbicara,

“Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?” luah Sultan memohon timbang tara dari mereka.

Namun, menghampakan, nilai simpati dan belas kasihan telah lama jauh

hilang dari hati mereka.

“Tidak, negara telah memecat anda!” tegas Esha Pasha, salah seorang wakil delegasi tersebut, yang juga seorang wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan . Kedatangan mereka dijelaskannya kepada Sultan Abd Hamid dengan angkuh dan biadap.

Kehadiran mereka sebenarnya telah dirancang sekian lama oleh musuh-musuh kerajaan Bani Uthmaniah sedunia. Mereka telah disokong 240 perwakilan Parlimen Uthmaniah, dibawah tekanan puak Turki Muda, yang bersetuju dengan penggulingan Sultan Abd Hamid II. Bahkan, seorang senator berpengaruh,

Page 2: IKATAN Edisi Mac 2013

Sheikh Hamdi Afandi Mali, telah mengeluarkan fatwa tentang penggulingan Sultan, dan dipersetujui oleh para senator yang lain, walaupun sangat jelas kebatilan dalam fatwanya. Namun, hakikat fakta dan realiti sejarah takkan sekali-kali mampu diubah kebenarannya. Kemudian, satu-persatu wajah ahli delegasi diperhatikan dengan baik oleh baginda.

“Negara telah memecatku, itu tiada masalah, tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?” kata Sultan dengan nada yang cukup marah, sambil menunding jari tehadap salah seorang wakil delegasi Yahudi berbangsa Itali, Emmanuel Carasso.

Bag inda cukup mengenal i Emmanuel Carasso, seorang wakil yang turut bersama-sama Theodor Herzl ketika cuba membuat tawaran keizinan penempatan Yahudi di Palestin.

“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami”, balas Esha Pasha, cuba mengalih bicara.

Su ltan Abd Hamid sedar kedudukannya di saat-saat yang genting itu. Baginda yakin dengan ketentuan Allah SWT telah tetapkan untuknya. Sunnah Allah yang pasti bagi hari-hari yang digilirkan kemenangan dan kekalahan sepertimana kisah Uhud, suatu ketika dahulu.

Malam 27 April 1909 itu menjadi saksi pengusiran Khalifah terakhir umat dari pemerintahan dunia. Malam itu juga baginda beserta ahli keluarganya yang ramai diangkut menuju ke stesen kereta

api Sirkeci. Mereka diusir dari bumi yang menjadi simbol kekuatan dan kesatuan umat, dan dibuang ke istana milik Yahudi di Salonika.

Bumi seakan-akan bergegar akan tragedi yang memilukan itu. Tanah keemasan yang pernah dijejak oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera itu suatu ketika dahulu, kini berubah wajahnya menjadi debu-debu yang berterbangan.

“Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan pada umat Muhammad in i ” Su l tan cuba menenangkan anaknya, Fatimah sambil

mengusap air matanya yang mengalir sedih.

Kereta api pun meluncur laju, meninggalkan bumi khilafah di belakang. Maka, tamatlah salasilah pemerintahan Khilafah umat Islam sejak dari zaman Abu Bakar r.a, selepas pembubaran khilafah secara rasmi di Istanbul pada 3 Mac 1924 Masihi bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah.

Saudara,

Andainya saudara telah hidup disaat-saat kejatuhan itu,

Apakah yang akan saudara lakukan?

Marah?

Menangis?

Membuat demonstrasi?

Berceramah dan menghebahkan ke pelusuk dunia?

Mengadakan muktamar-muktamar?

Atau, tenang dan sekadar duduk

menerima ketentuan?

Saudara, apa yang akan saudara lakukan?

Jawablah, kerana saat itu saudara telah dihinakan.

Syakib Arsalan Menggaris Langkah

Lalu, di celah-celah kegawatan umat itu, muncul seorang Ulama Agung, Syakib Arsalan menggaris langkah;

“Kita wajib memulakan usaha Islam dari bawah; iaitu melalui tarbiyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang

lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri, dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apakah faedah berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”

Ungkapannya muncul setelah beberapa kali diutus surat kepadanya, menanyakan pendapat tentang muktamar dan perhimpuanan yang diadakan untuk memilih Khalifah Umat yang baru. Namun, beliau tegas dalam memahami teori kebangkitan bagi umat ini. Kekalahan umat baginya bukanlah sekadar kejatuhan kekuasaan dan pemerintahan khilafah, tetapi ia adalah lebih menjunam hingga ke pokok akar-akarnya, iaitu akidah dan iman setiap muslim di seluruh dunia.

Sejarah membuktikan bahawa kelemahan identiti dan jiwa seorang m u s l i m k e t i k a i t u , c u k u p membimbangkan, sehingga membawa

Page 3: IKATAN Edisi Mac 2013

(dengan menimpakan musibah kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (musibah) ini? Katakanlah (wahai Muhammad) (Musibah) itu dari diri kamu sendiri (kerana i n gka r p e r i n t ah Rasu l u l l ah )…” (Aali Imran: 165)

Ya, Allah SWT telah menegaskan pada umat ini :

“(Musibah) itu dari diri kamu sendiri (kerana ingkar perintah Rasulullah)…”

Hasan Al Banna Mengorak Langkah

Walaupun begitu, teori Syakib Arsalan tersebut seolah-olah tidak diendahkan para pemimpin dan umat. Hal ini diakui sendiri oleh seorang tokoh Islam bernama Abdul Wahab Azzam, Namun, sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar-muktamar sejak puluhan tahun dahulu. Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.

Usaha dakwah ini mesti dimula dari bawah sepertimana kata Syakib.

“Maka umat terus dilanda kebingungan sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah di Turki, berbagai pihak cuba membuat serangan-serangan terhadap keteguhan dan keaslian Islam dan umatnya. Kekacauan dan huru-hara yang berlaku kesan dari kejatuhan khilafah Uthmaniah amat dirasai oleh mereka yang masih ikhlas dan dan beriman dengan risalah Nabi SAW. Namun, mereka seolah-olah hanya mampu menunggu kemunculan

mana-mana peribadi yang bangkit dan berdiri memimpin mereka ke arah kebangkitan”

Maka, Allah Maha Adil telah menyiapkan sebuah peribadi unggul yang bangkit dan kembali mentajdid ruh Islam dan jihad ke dalam jiwa umat. Pada tahun 1928, Imam Hasan Al-Banna bangkit dan mengasaskan sebuah gerakan Islam yang melakukan usaha-usaha untuk membawa kembali khilafah kepada tempatnya. Beliau telah melakukan beberapa kajian terhadap

permasalahan umat dan ubatnya, dan akhirnya mendapati:

“Ceramah, ucapan, buku, pengajian, mengenal pasti penyakit dan ubat sahaja tidak akan membawa apa-apa kesan dan tidak akan dapat membawa pendakwah kepada matlamat. Sebaliknya dakwah perlu menggunakan segala wahana. Wahana yang perlu digunakan oleh semua

gerakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah tiga perkara berikut :

Iman yang mantap

Pembentukan yang kemas

Usaha yang berterusan

Usaha beliau dalam mentarbiyah dan membina umat berterusan dan disambung oleh para generasi selepasnya, dan mula membuahkan hasil demi hasil dengan izin-Nya.

Sirah Rasulullah SAW dalam menumpukan aspek-aspek pembinaan generasi sahabat sehingga membawa kepada penegakan negara Islam Madinah dan menjadi titik bermula kegemilangan empayar Ummayah, Abbasiyah, dan Uthmaniah menjadi dalil jelas kepada usaha Imam Hasan Al Banna dalam menjadikan tarbiyah sebagai kekuatan umat.

Akhirnya, menjadi kewajipan bagi setiap mereka yang mengakui Allah sebagai tuhannya untuk menggabungkan diri dalam usaha-usaha pembinaan diri dan pentarbiyahan, agar suatu hari nanti, pembukaan Kota Konstantinople kembali bergegar dan kegemilangan Kota Baghdad kembali menyinar.

Jika tidak, maka setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dosa akibat tidak meletakkan Islam ke tempat yang sepatutnya.

Sesungguhnya aku tahu, bahawa

nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!

Sumber:

Harb, Muhammad (1998)

Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II, Darul Qalam; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003)

Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425

Muzakarrat Daie wa Daieah; Hasan Al Banna.

Oleh:

Abdur Rahman b. Ahmad Raji

Kuliah Usuluddin

Universiti Al-Azhar Kaherah

kepada pepecahan dan penentangan sesama muslim.

Di awal ambang kemorosotan kerajaan Uthmaniah, telah muncul satu gerakan Revolusi Arab yang berpusat di Mekah. Mereka menentang pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah atas dasar nasionalisme dan perkauman. Bahkan, gerakan ini ditaja sendiri oleh pihak British dan Perancis. Di Turki pula muncul gerakan Young Turks atau Turki Muda dan Parti Al-Ittihad wal Taraqqi, yang juga menentang dasar pemerintahan

khilafah Uthmaniah. Perkembangan ini turut dirasai oleh umat Islam di negara-negara lain, sehingga kebanyakannya menuntut pemisahan secara total dari pemerintahan kerajaan Uthmaniah, dan membina negara-negara masing-masing.

Seorang penulis berpengaruh di Mesir, Abdul Rahman Al-Kawakibi telah menulis dalam bukunya, Ummul Qura, menghasut orang-orang Arab supaya menetang kerajaan Uthmaniah, dan menuduh Sultan Abdul Hamid seorang

yang mengutamakan politik lebih dari agama.

Kemorosatan moral dan akhlak juga menjadi lumrah dan kebiasaan. Penyelewengan akidah dan bidaah telah merebak ke seluruh jiwa umat. Golongan istana para pemimpin juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta tari-menari dan hidangan minuman keras. Gejala rasuah dan pecah amanah menjadi adat dalam sistem pentadbiran sehingga ke tahap yang kritikal.

Maka, Syakib Arsalan melahirkan kerisauannya pada aspek pembinaan semula jati diri, akidah dan iman dalam diri umat. Beliau memandang hakikat kerosakan tersebut, seiring dengan teori Al-Faruq Umar Al-Khattab, ketika ditanya,

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia makmur maju?

Lalu, beliau menjawab:

“Apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik”. Juga, seiring dengan firman Allah SWT ketika mengajar para sahabat erti sebenar kejatuhan pada perang Uhud:

“Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda

Page 4: IKATAN Edisi Mac 2013

Ke arah memperkasakan institusi ulama

Keadaan umat yang semakin tenat dengan pelbagai krisis agama, ekonomi, jat id ir i memerlukan seke lompok pembimbing yang memandu kepada kefahaman Islam yang sohih berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Kita sebagai mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar mesti menguasi ilmu syara‟ dengan sebaik-baiknya. Cabaran yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia ketika ini, amat memerlukan barisan ulama yang berwibawa untuk menerangkan tentang Islam dan menjadi sumber rujukan utama kepada masyarakat dalam hal-hal kehidupan samada duniawi mahupun ukhrawi. Peranan agung ini mesti kita fahami dengan jelas dari sekarang.

Kejelasan terhadap peranan utama yang bakal dimainkan oleh kita semua amat pent ing dalam menyusun perancangan hidup untuk mencapai misi peribadinya. Jadual hidup yang teratur a m a t m e m b a n t u u n t u k k i t a mengoptimumkan masa dan detik agar ianya bermanfaat dan menambah nilai

kepada diri. Khalifah pertama Abu Bakar As-siddiq yang menggantikan tugasan membimbing umat selepas Baginda SAW telah menjadikan satu tema yang jelas bagi memandu kepimpinannya. Tema tersebut

ialah kata-kata beliau yang masyhur

“adakah aku rela agama Islam mundur sedangkan aku masih hidup?” .

Beliau telah melancarkan perang ke atas golongan yang enggan membayar zakat kerana itu adalah duri dalam daging umat yang jika ianya dibiarkan tanpa tindakan tegas, prinsip asas Islam akan semakin longgar dalam diri masyarakat Islam.

Imam Ahmad bin Hanbal,

pengasas mazhab Hanbali juga telah memainkan peranan yang amat penting ketika fitnah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk mula tersebar di kalangan masyarakat waktu itu. Meskipun diseksa dan dipenjara oleh pemerintah ketika itu, beliau sedikit pun tidak berganjak daripada pendiriannya. Bahkan ketika salah seorang muridnya memujuk beliau untuk bersetuju dengan pandangan bahawa Al-Quran itu makhluk supaya seksaan terhadapnya diringankan; beliau menjawab: “Aku tidak sanggup untuk menyesatkan seluruh umat hanya

kerana untuk aku dapat berehat sebentar!”. Inilah contoh ulama-ulama yang menjadi pedoman kepada masyarakat dalam segala urusan dunia maupun akhirat.

Minda kecil yang hanya melihat tugasan lepasan agama ini sebagai lebai kampung yang sekadar membaca doa dan mengurus hal kematian adalah salah. Anjakan paradigma yang major perlu dilakukan untuk kita melihat peranan yang lebih luas dan universal.

Tugasan kita sama taraf barisan menteri kabinet dan ahli parlimen di Dewan Rakyat. Kita yang akan memastikan negara Malaysia akan sent iasa

mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan dasar-dasar serta polisi negara tidak bercanggah dengan syarak. Besar dan berat tugasan ini dan segala persiapan rapi perlu dilakukan dari awal supaya ulama yang akan pulang ke Malaysia nanti mampu berkhidmat dengan baik.

K i t a j u g a s e h a r u s n y a melengkapkan penguasaan ilmu syara‟ itu dengan kemahiran-kemahiran tambahan untuk kompetan untuk bersaing dalam arus dunia baru yang semakin mencabar. Seseorang ulama seharusnya bijak mengambil inisiatif kendiri bagi meningkatkan nilai tambah dalam dirinya seperti kemahiran pengucapan umum, kemahiran organisasi, kemahiran menulis dan pelbagai lagi bidang yang berkait rapat dengan tugasan u lama dalam memandu umat ke arah kebenaran. Jika kita masih bersikap acuh tidak acuh dalam perkara ini, kita tidak mampu menjalankan peranan besar itu dengan cemerlang dan berhikmah.

Orang lain yang tiada asas agama dan tiada autoriti yang akan menggantikan ruang kosong yang ita biarkan lompong itu.

Salah satu rahsia utama dalam melahirkan ulama yang berwibawa adalah sikap mendampingi ulamak muktabar dan ilmu itu sendiri. Kita mesti melazimi dengan menghadiri kelas pengajian ilmu yang diajar oleh para ulama besar di universiti maupun di masjid-masjid. Kata pepatah Arab

menyatakan “ ilmu itu mendatangi bukannya didatangi”. Hubungan akrab dan intim dengan para ulama besar dan masyayikh di bumi Al-Azhar ini adalah satu kemestian untuk kita bagi

Page 5: IKATAN Edisi Mac 2013

Aku semakin Melayu

Semakin lama semakin layu Layu kepada Tuhanku yang Satu

Satu tiada Tiga, Dia mengajarku bersatu

Memang, Aku semakin Melayu Bukan kerana takjubku yang mengampu

Ya! Salahuddin dari Kota Aleppo itu Tokohku

Namun tidak ku lupa jasa moyangku

Tok Gajah Perwiraku Dia mewariskan Islam padaku

Aku semakin Melayu Memang Aku semakin Melayu

Bukan kerana tuturku yang Melayu Bahkan pengabdianku pada yang Satu

Aku semakin Melayu Memang Aku semakin Melayu

Bukan bermakna Aku tinggalkan serbanku Lantas memakai tanjak selalu

Bukan, bukan itu Islamku

Di tengah padang pasir yang kontang itu Seorang Utusan menyeru

Dari kalangan Quraisy pemimpinmu Tanah Arab, Quraisy memimpin di situ Tanah Melayu, Siapakah pemimpin itu?

Kamu , kamu silap membaca buku Buku apakah yang kamu baca itu?

Sudahku teliti karangan Ibnu Khaldun Seorang Ulama Tamadun

Agamamu tidak mengajar erti Bangsa? Nabiku satu yang bukan dua belas itu

mengajarku

Tanahku , Aku pemimpinnya, masakan

puak hindu ? Agamamu tidak mengajar erti itu?

Aku semakin Melayu Memang Aku Semakin Melayu

Nabiku menyeru pada keluarganya dahulu Lantas menyeru ke seluruh pelusuk

duniaku

Apakah kamu menyeru kawan mu di hujung sana

Sedang keluargamu di punah ranah

Oleh keparat musuh durjana

Aku semakin Melayu Memang Aku semakin Melayu

Aku Melayu yang pantang dilayu Walau di rayu takkan ku layu !

Lantas ku bangun membela bangsaku

Sedari dodoian ibuku Ku tahu Melayu dan Islam begitu Bangun Melayu di Tanah Melayu

Islam berdaulat membawa ummat bersatu

Dari situ harapanku membuah Melihat pohon Islam

Kembali Mekar di Tanah Melayu

"Melayu Sepakat Islam Berdaulat" "Takkan Melayu hilang di dunia"

"Islam yang tertinggi, tiada yang tinggi selain Islam"

"Di atas robohan kota Melaka, kita bangun jiwa Merdeka"

Oleh : Haziq Daniel, Pelajar Maahad Buuth Islamiah, Tahun 3 Idadi

menadah sebanyak mungkin ilmu yang

mereka miliki untuk kita memahami ilmu syarak. Ribuan kisah para sahabat dan tabiin dalam mendampingi guru mereka seharusnya dijadikan contoh tauladan oleh kita. Amat malang jika kita berada di Mesir tapi tidak dapat mengenali secara rapat para ilmuan Islam di kota ilmu ini.

Tidak cukup setakat itu, kita perlu melatih membuat kajian akademik be r ka i t an s e sua tu i su da l am masyarakat. Cabaran yang dihadapi

oleh mahasiswa di Mesir ialah kekangan sistem pembelajaran yang sangat tertumpu kepada ilmu di dalam buku tanpa mengaitkan atau mengaplikasikan ilmu tersebut dalam permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia. Latihan mengeluarkan fatwa dan ijtihad dalam konteks Islam di Malaysia perlu dipergiatkan dan budaya perbincangan ilmiah juga perlu disuburkan di kalangan mahasiswa di sini.

Sebagai penutup kata, kita perlu berusaha un tuk men ingkatkan keupayaan ilmu dan kemahiran kendiri agar kita mampu memainkan peranan sebagai ulamak berwibawa di tanah air nanti. Masa depan Islam berada di tangan kita semua.

Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat,

Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir

Page 6: IKATAN Edisi Mac 2013

Adakah logik jika orang tua yang lumpuh, berkerusi roda, diserang tiga bedilan roket menggunakan helikopter Apache?

Apakah kekuatan yang orang tua

tersebut miliki sehinggakan beliau ditakuti oleh tentera Zionis sedemikian rupa?

Sheikh Ahmed Yassin

Nama sebenar beliau, Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin merupakan salah seorang pejuang Islam dan pimpinan HAMAS di bumi Palestin.

Beliau dilahirkan di Al-Jaurah, pada 1 Januari 1929 ada juga yang mengatakan pada tahun 1938. Seorang yang aktif dalam sukan ketika bersekolah. Beliau pernah ditimpa kemalangan yang mengakibatkan beliau lumpuh dan terpaksa mengunakan kerusi roda untuk bergerak.

Sumbangan

Beliau bersama-sama rakannya menubuhkan gerakan HAMAS ( Haraqah Al-Muqawamah Al-Islamiah) yang berjuang untuk membebaskan Palestin daripada kekejaman rejim Zionis.

Pada tahun 1996, beliau pernah terlibat dalam gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau adalah pejuang Islam yang aktif

memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan khatib di masjid, pekerjaan ini beliau lakukan selepas kepulangan beliau ke Gaza. Beliau pernah ditangkap oleh rejim Zionis dan dipenjarakan selama 13 tahun, atas tuduhan menyimpan senjata api dan menggugat keamanan Israel.

Pekerjaan tetap beliau adalah sebagai seorang pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja Palestin dengan didikan Islam yang sebenar. Hasilnya, telah lahir

pemuda-pemuda Palestin yang rindukan syahid. Kefahaman dan semangat juang yang ditonjolkan oleh beliau mengesani para pemuda Palestin.

Beliau merupakan pencetus gerakan Intifadah Palestin yang telah memberi impak besar terhadap rejim Zionis.

Kepimpinan

Beliau merupakan mujahid yang sangat taat kepada perintah Allah SWT. Beliau menjadikan amalan membaca dan menghafal al-Quran sebagai rutin hidup. Beliau memegang kukuh hadis Rasulullah SAW, bahawa wajib seorang muslim itu mencintai dan menyayangi muslim yang lain. Itulah punca kekuatan iman yang beliau miliki.

Baginya hati yang bersih asas kepada penerusan perjuangan yang tulen. Berbekalkan sifat itu beliau disayangi anak-anak muda Palestin. Beliau menjadi idola

mukmin yang telah menyemarakkan semangat mereka untuk melakukan penentangan terhadap Zionis terkutuk itu secara bersemuka. Tiada ketakutan terhadap manusia atau sesiapa sahaja kerana mereka adalah generasi yang berimejkan takut hanya kepada Allah SWT.

Dalam keadaan lumpuh dan berkerusi roda, ia tidak menghalang dirinya untuk bergerak. Beliau adalah seorang yang zuhud dan rumah yang didiaminya amat daif. Antara kata-kata beliau, “Aku lebih memilih untuk memiliki rumah mewah di Syurga”.

Syahid

Pada 23 Mac 2004, setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid sejurus sahaja kaki melangkah keluar dari masjid. Tiga peluru berpandu disasarkan kepada beliau, tepat mengenai kepala dan tubuh beliau. Kepalanya hancur dan tangan beliau putus. Kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke

dalam plastik.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari - hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yasin sendiri. “Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata-kata As-Syahid Sheikh Ahmed Yasin kepada anak-anaknya.

Pada malam terakhir, beliau beri‟tikaf di masjid Majma‟ Al-Islami, beliau berniat puasa sunat setelah minum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan solat Subuh. Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jamaah masjid dan mereka bertindak mengambil tayar-tayar serta membakarnya agar asap yg naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yasin melarang. Beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawal

termasuk menantu beliau, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Harta peninggalan

Tanggal 23 Mac menjadi saksi pemergian seorang pejuang hebat. Kekurangan dan kelemahan tidak sedikit pun mengurangkan juhud yang dikeluarkan untuk Islam. Beliau faham apa itu erti pengorbanan, kesusahan dan beliau yakin akan janji kemenangan daripada Allah SWT.

Beliau sentiasa bersabar dan meneruskan perjuangan ini sehinggalah bergelar syuhada‟, kerana beliau yakini bahawa jalan dakwah ini jalan panjang. Beliau telah meninggalkan pewaris-pewaris dakwah, untuk menyambung dakwah Rasulullah SAW di atas muka bumi ini.

Oleh:

Nahdiyyah bt Rushdan, Tahun 1, Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar.

Page 7: IKATAN Edisi Mac 2013

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perut adalah pangkal segala penyakit. Menjaga pemakanan adalah pokok sekalian ubat”.

Memang tidak disangkal lagi bahawa banyak penyakit yang dideritai oleh manusia hari ini adalah disebabkan

oleh makanan yang diambil. Makanan juga banyak mempengaruhi tumbesaran, kecergasan, keceriaan, rupa paras wajah, malah kejelitaan seseorang.

Sebab itulah penting bagi kita mengatur pemakanan seimbang yang baik. Pemakanan seimbang ialah keperluan tubuh badan dipenuhi secukupnya.

Kesan pemakanan seimbang :

Sentiasa bertenaga

Mempunyai stamina yang kuat

Sentiasa cergas dan riang

Mempunyai susuk tubuh badan yang menarik

Tidak berlebihan lemak (terlalu gemuk)

Tidak lelah apabila menaiki tangga atau melakukan kerja berat.

Oleh itu pengambilan makanan secara bijak dan efektif adalah perlu supaya badan menjadi sihat.

Antara petua pemakanan seimbang ialah :

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

Buah-buahan adalah sumber penting bagi vitamin dan garam mineral. Ia membekalkan jumlah makanan pelawas yang diperlukan. Sebelum makan pastikan ia dibasuh bersih terlebih dahulu. Malah adalah amat baik jika setiap kali makan, hidangan kita mengandungi satu hidangan mentah sayur-sayuran atau buah-buahan.

Sayuran hijau ini mengandungi vitamin c dan sangat berkesan mengawal barah. Perbanyakkan pengambilan sayuran hijau yang berwarna tua seperti bayam dan kangkung.

2. Air masak

Banyakkan minum air masak setiap hari, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air suam setiap hari. Sebaiknya minumlah air mineral ataupun air yang telah dirawat. Elakkan minuman manis dan bergas. Air dalam saluran makanan menolong pencernaan masuk ke dalam badan.

3. Susu

Tahukah anda bahawa susu adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW? Antara minuman kesukaan baginda SAW

ialah susu kambing.

Minumlah susu yang rendah lemak. Susu bukan sahaja melindungi daripada osteoporosis (tulang rapuh) apabila meningkat tua tetapi juga membantu mengawal kandungan ko lestero l . Ada lah d isarankan meminum 2 gelas susu skim setiap hari.

4. Ulam

Elakkan memasak bahan sayuran sehingga terlalu lecur, sebaiknya sayuran hijau atau ulam dicelur sahaja. Sebaik – baik ulam dimakan secara mentah sekaligus dapat mengekalkan awet muda.

Perkara yang perlu dikurangkan untuk

menjaga diet seimbang anda antaranya

adalah:

A) Minyak, santan dan garam

Elakkan memasak dengan menggunakan terlalu banyak minyak, santan dan garam. Biasakan memasak makanan dengan memanggang, merebus dan mengukus untuk menjamin masakan kekal berkhasiat.

B) Keju

Elakkan memakan keju terlalu kerap, kebanyakkan keju mempunyai kandungan lemak dan kalori yang tinggi dan sepatutnya dimakan dalam jumlah yang sedikit. Keju rendah lemak adalah sumber protein dan kalsium yang baik.

Page 8: IKATAN Edisi Mac 2013

Bersempena konsert „Love Palestine Night‟ anjuran ISMA-Mesir pada 9 November 2012, kewujudan Rakan ISMA-Mesir telah dirasmikan. Meja pendaftaran telah dibuka pada malam itu bagi memudahkan mahasiswa dan mahasiswi yang hadir untuk mendaftar sebagai ahli

Rakan ISMA-Mesir.

Apa itu Rakan ISMA-Mesir?

Rakan ISMA-Mesir merupakan satu unit kecil yang tertubuh di bawah biro dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)-Mesir. Ia terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Ardul Kinanah ini.

Objektif Rakan ISMA-Mesir adalah untuk membina peribadi mahasiswa dan

mahasiswi Islam di Mesir. Ia juga wujud bagi mengasah dan mengembangkan potensi-potensi yang wujud dalam diri mereka. Tambahan juga, Rakan ISMA-Mesir mahu menyediakan lingkungan rakan-rakan dan suasana Islami.

Rakan ISMA-Mesir mempunyai beberapa pakej menarik yang ditawarkan. Ada enam pakej semuanya iaitu Pimpin, Minda Muslim, Karya, Super, Jejak dan Srikandi.

Pimpin

Pimpin bertujuan menjana modal insan yang berketerampilan dan kompetitif. Ia juga mahu membina bakat kepimpinan dan keyakinan diri dalam kalangan para mahasiswa.

Antara contoh program yang ditawarkan adalah seperti kursus kemahiran

pengucapan awam, kursus pengurusan kewangan, kursus pengurusan organisasi, kursus kepimpinan dan lain-lain lagi.

Minda Muslim

Minda Muslim bertujuan menyediakan medium perkongsian untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Ia juga bakal memberi pendedahan isu global dan cabaran yang bakal dihadapi dalam jurusan yang diceburi. Selain itu, ia akan menyediakan kelas-kelas ilmiah secara

berkala.

Antara contoh program yang ditawarkan adalah seperti kelas tutorial/ study group, kelas tafaquh fi deen secara berkala, ceramah kerjaya dan pendedahan bidang pengajian dan lain-lain lagi.

Karya

Karya bertujuan mengasah dan mencungkil bakat dalam kalangan para mahasiswa di Mesir. Ia juga bakal melatih mahasiswa dan mahasiswi yang kreatif dalam menyumbang bakat terpendam kepada masyarakat.

Antara contoh program yang ditawarkan adalah seperti bengkel penulisan, kemahiran fotografi, designer (Adobe Photoshop/ Illustrator), kemahiran videografi (Sony Vegas/ Adobe After Effect) dan lain-lain .

Super

Super bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para mahasiswa serta menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang sihat. Ia juga

mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan para mahasiswa di Mesir.

Antara contoh program yang ditawarkan adalah seperti Karnival Sukan ISMA-Mesir dan riadhah mingguan. Contoh kelab yang ada adalah seperti kelab bola sepak dan kelab bola keranjang.

Jejak

Jejak menyediakan pakej-pakej travel ke tempat-tempat bersejarah Islam di sekitar Mesir serta meneroka dan menjelajahi peninggalan para anbiya‟ dan tokoh gerakan Islam. Jejak adalah sebagai medium perkongsian pengalaman dan minat yang sama dalam kalangan mahasiswa.

Antara contoh program yang ditawarkan adalah seperti Jejak Hasan Al-Banna (Mesir), Jejak Uthmaniyah (Turki) dan

Ekspedisi Sinai ISMA-Mesir (EKSIS).

Srikandi

Srikandi adalah satu-satunya pakej yang khusus untuk para mahasiswi di Mesir. Ia bertujuan memberi bimbingan dan latihan dalam seni-seni dan kemahiran wanita serta kekeluargaan. Tambahan juga, ia mahu memberi kesedaran kepada mereka akan peranan wanita dalam membentuk generasi Muslim harapan.

Antara contoh program yang ditawarkan adalah seperti kaunseling kewanitaan, bimbingan memasak, kelas jahitan, kemahiran rumah tangga dan tarbiyatul awlad.

Apa faedah yang akan dinikmati?

Menyertai program-program yang ditawarkan khusus untuk ahli Rakan ISMA-Mesir

Mendapat sijil penghargaan di atas penglibatan.

Mendapat peluang membina pengalaman beraktivisme sebagai seorang mahasiswa.

Mendapat buletin dan newsletter tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh ISMA-Mesir.

Mendapat diskaun yuran penyertaan program-program ISMA-Mesir.

Page 9: IKATAN Edisi Mac 2013
Page 10: IKATAN Edisi Mac 2013

Mata merupakan organ yang sangat penting bagi manusia. Dengan mata, manusia mampu menikmati segala keindahan di dunia ini. Namun, ada beberapa hal yang menarik mengenai perihal mata ini.

1. Lensa Mata Bergerak Lebih Cepat Daripada Lensa Kamera

Di belakang pupil mata terdapat sebuah lensa yang berfungsi untuk memfokuskan pandangan pada objek yang anda lihat. Luangkan waktu sebentar untuk melihat sekeliling ruangan dan berfikir tentang berapa banyak jarak benda yang berbeza yang anda fokuskan. Setiap kali Anda melakukan ini, lensa di mata anda segera mengubah fokus tanpa anda sedari. Bandingkan dengan lensa kamera yang mengambil masa untuk fokus pada objek

yang berbeza jarak antara satu sama lain.

2. Mata Akan Berkembang Sempurna Pada Usia 7 Tahun

Pada usia 7 tahun mata kita telah berkembang sempurna dan secara fisiologinya telah mirip dengan mata orang dewasa. Hal tersebut dapat dijadikan sebagai alasan yg penting untuk

menyembuhkan “mata malas” (=adalah

suatu keadaan dimana ketajaman penglihatan tidak optimum tanpa adanya kelainan organik ) sebelum kita mencapai umur ini. Semakin awal “mata malas” didiagnosis semakin besar kebarangkalian untuk menyembuhkannya karana mata masih berkembang dan masih dapat berubah dalam penglihatan. Setelah usia 7 tahun tidak ada rawatan yang mampu mengubah penglihatan mata.

3. Mata Berkelip Sekitar 15.000 Kali Setiap Hari

Berkelip merupakan fungsi mata yg semi

disengaja, ini berarti bahwa berkedip tidak hanya dilakukan secara outomatik, tetapi orang juga dapat memaksa untuk berkelip bila diperlukan. Mata berkelip kira-kira 15.000 kali sehari .Berkelip adalah fungsi yang sangat penting kerana membantu menghilangkan kotoran pada permukaan mata anda, dengan menyebarkan air mata segar di atasnya. Air mata ini membantu untuk menyehatkan mata anda dengan oksigen disamping bersifat anti-bakteria.Secara ringkasnya berkelip ini fungsinya seakan wiper untuk mata.

4. Setiap Orang Akan Mengalami Katarak Ketika Mereka Tua

Orang tidak menyadari bahwa katarak merupakan sebuah keadaan normal ketika mencapai usia tua dan setiap orang akan mengalaminya pada saat tertentu pada usia tua mereka. Kita boleh menganggap katarak sama dengan rambut yg berubah

menjadi uban seiring bertambahnya usia.

Rata-rata usia orang pertama kali mendapatkan katarak adalah sekitar usia 70 tahun dan 80 tahun, Anda dijamin akan memiliki katarak! Ini sama dengan anda tidak mungkin bertemu dengan orang berusia 80 tahun tanpa uban.

5. Diabetes dapat dikenalpasti dengan ujian mata

Orang yang menderita diabetes type 2 sering mengalami gejala-bebas, yang bermaksud mereka sering tidak tahu bahawa mereka menderita penyakit diabetes. Jenis diabetes ini biasanya dapat

diketahui dengan ujian mata.Perdarahan kecil dari pembuluh darah yang bocor di belakang mata dapat dikenalpasti dengan melakukan ujian ini.. Hal ini tentu merupakan alasan yang baik untuk melakukan ujian mata secara rutin

6 . O r a n g M e l i h a t D e n g a n Menggunakan Otak, Bukan Mata

Fungsi mata Anda adalah untuk mengumpulkan semua informasi yang diperlukan tentang objek yang ingin anda lihat. Informasi ini kemudian akan

disambungkan dari mata anda ke otak melalui saraf optik. Ini adalah otak (korteks visual) dimana semua informasi ini dianalisis untuk membolehkan anda untuk „melihat‟ benda-benda pada bentuknya.

7. Penglihatan 20:20 Bukanlah Penglihatan Terbaik Yang boleh Anda Miliki

Page 11: IKATAN Edisi Mac 2013

Ketika orang mendengar frasa penglihatan

20:20* mereka menganggap bahawa ini adalah ukuran penglihatan yg terbaik. Namun hal ini tidak betul sama sekali kerana penglihatan 20:20 merujuk pada apa yang rata-rata orang dewasa harus dapat melihat. Jika anda membayangkan grafik uji khas mata, penglihatan 20:20 mungkin hanya merupakan garis kedua dari bawah. Garis bawah ini bahkan lebih rendah dari penglihatan 20:20 dan ini menunjukkan anda mungkin memiliki penglihatan 20:16. Jadi jangan terlalu percaya ketika seseorang memberitahu anda bahawa mereka memiliki penglihatan

20:20!

* Yang dimaksud dengan penglihatan 20:20 adalah: angka 20 yg di depan menunjukkan jarak anda dengan benda yg anda lihat, yaitu 20 feet atau 6 meter. Sedangkan angka 20 yg dibelakang menyatakan bahwa benda tersebut masih boleh dilihat dengan jelas oleh penglihatan normal dari jarak 20 meter. Dan penglihatan 20:20 ini dianggap sebagai ukuran pandangan yg terbaik. Tapi kenyataan ini mungkin tidak tepat.

8. Mata Akan Berair Ketika Mereka Kering

Mungkin terdengar agak pelik, tapi ini adalah salah satu fakta aneh tentang mata anda. Air mata anda mengandungi tiga komponen yang berbeza iaitu air, lendir dan lemak. Jika ketiga komponen ini tidak berada dalam jumlah yang tepat, maka mata anda boleh menjadi kering. Otak anda akan mengatasi kekeringan itu dengan menghasi lkan air mata. Sekian info untuk kali ini. Semoga bermanfaat serta dapat menambah sedikit

sebanyak pengetahuan tentang ilmu mengenai mata.

Oleh:

Nabilah Binti Ismail

Tahun 3 pergigian

Universiti Al-Azhar

Bahan – bahan :

Kiub ayam/ air rebusan ayam/daging

Ruqoq ( ada dijual di kedai-kedai sekitar Mesir)

Inti :

Bawang merah

Tomato

Lada benggala/biasa

Kentang ( jika mahu)

Minyak

Garam

Lada hitam

Daging cincang

Cara-cara :

1. Rebus air kiub ayam ( letak tepi sekejap)

2. Panaskan minyak & masukkan bawang, daging cincang, tomato, lada,

garam (secukup rasa), lada hitam.

3. Sapu minyak atas Loyang.

4. Pecah-pecahkan Ruqoq ( menjadi kepingan-kepingan kecil, rendam dalam air rebusan ayam/kiub sehingga lembik.

5. Ratakan Ruqoq yang telah lembik di atas Loyang.

6. Letakkan inti di atas lapisan bawah.

7. Pecah-pecahkan Ruqoq ( seperti di no.4 ) untuk lapisan atas. Terpulang mahu buat berapa lapisan.

Ruqoq adalah sejenis makanan tradisional Mesir. Bahan utamanya adalah diperbuat daripada roti „ish. Jika anda mahu membelinya, sebut sahaja „Ruqoq‟ pasti pakcik Arab tahu. Selamat mencuba.

Page 12: IKATAN Edisi Mac 2013

Baju Melayu Bertemu Baju Kurung – Madinat Nasr

MADINAT NASR , 24 Februari : Seramai 100 orang mahasiswa dan mahasiswi Mesir telah hadir ke program Baju Melayu Bertemu Baju kurung di Masjid Tantawi, Hayyu sabe‟. Tiga orang panelis iaitu ustaz Syamil Esa bersama isterinya Ustazah Maryam Mohd Din dan saudara Saif Jamaluddin berforum dan menerangkan dengan kemas permasalah cinta iaitu ikhtilat, cara-cara, dan hukum-hukum sekitar pebincangan cinta.

Kalimah Allah bukan untuk di salahgunakan

TANTA, 21 Februari : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Tanta dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan forum isu Kalimah Allah: “Bukan Untuk Disalahguna!” yang di adakan di Masjid ar

Rahmah, Awal Shuber, Tanta. Forum ini bertujuan mengenai pendedahan mengenai isu semasa yang sedang berlaku d i Ma l ays ia t e ru t ama mengena i penggunaan kalimah Allah yang semakin membimbangkan.

Program itu telah membariskan saudara Meor Muhammad Azim bin Meor Aznam (Exco KPMM) sebagai moderator dan empat orang ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Rahim Sinwan (Exco PPMM), Tuan A. Karim Omar (Setiausaha Agung Persatuan MUAFAKAT) dan saudara Muhammad Firdaus bin Zalani (Exco KPMM dan ahli ISMA Mesir).

Usrah Umum di Mansurah

MANSURAH, 4 Mac : 25 orang telah hadir pada sebuah program „Usrah umum‟ yang pertama kali diadakan bertempat di Masjid Sobahi bertemakan “Iman, Sedar, dan Bangkit!”. Sebuah tazkirah tentang sirah Rasulullah yang disampaikan oleh saudara Muhamad Zulhakimi bin Samsudin.

Untuk pengetahuan umum, program ini akan berjalan pada setiap Isnin bermula selepas solat Maghrib dan mengajak semua mahasiswa di Mansurah untuk sama-sama menghadiri usrah umum ini.

Saranghaeyo : Mengutip Hikmah dari Korea

MADINAT NASR: 17 Februari : Julung-julung kalinya, ISMA Mesir telah menjemput dua orang mahasiswi korea untuk menyampaikan forum bertajuk „mengutip Hikmah dari Korea‟. Mahasiswi tersebut adalah saudari Iffah fadhilah, pelajar Seoul Universiti dan saudari Siti Zulaikha, pelajar Inha university.

Program yang mendapat sambutan hangat di kalangan mahasiswa ini menerangkan tentang pengajaran yang boleh diambil dari masyarat Korea di samping mendedahkan reality kehidupan korea yang mengilai kecantikan, kemewahan dan hiburan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti slot story teling, kimbap chef. Tambahan, pengunjung dapat merasai kelazatan makanan tempatan korea seperti kimbap dan Jumobap.

Kursus Kepimpinan

MADINAT NASR : 23 Februari : Dibawah

pengelolaan Biro Akademik dan Latihan ISMA-Mesir, Kursus Kepimpinan Pusat telah dijalankan. Kursus yang berbentuk bengkel tersebut dihadiri oleh sekurang-kurangnya 30 ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi bagi cawangan Madinah Nasr, Abasiyyah dan Sayeda Zainab. Pelbagai slot penting kepada para peminpin seperti bagaimana menjadi lebih proaktif dalam memberi idea, Modul memaksimumkan kualiti mesyuarat, modul pengucapan awam, teknik mengawal perasaan dan cara-cara praktikal menyampaikan pengucapan awam dengan kemas dan bernas.

Dakwah Jalanan di Mansurah

MANSURAH, 21 Februari : Ikatan Muslimin Mesir (ISMA) cawangan Mansurah telah melancarkan kempen kafilah dakwah di sekitar kawasan Syaima‟ dan Istad Gamaah dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solat berjemaah di masjid di samping mempromosikan Usrah Umum Mansurah. Program ini juga bertujuan untuk melatih ahli ISMA agar lebih berani dan berketrampilan .

Kempen tersebut yang telah disertai oleh hampir 20 orang peserta ini bermula dengan bacaan Al-Mathurat dan taklimat ringkas pada jam 5.20 petang di Pejabat ISMA Mansurah. Setelah pembahagian kumpulan dilakukan ,para peserta bergerak secara berkumpulan menuju ke rumah-rumah yang telah ditetapkan.

Taman Hati -

SAYEDA ZAINAB , 9 Februari : ISMA Mesir cawangan Sayeda Zainab berjaya menganjurkan sebuah program bernama „Taman Hati‟ yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pada mahasiswi khusus yang berada di Sayeda Zainab. Taman Hati pada minggu ini telah menampilkan kisah sahabiah Khadijah bt Khuwailid, fiqh wanita dalam pandangan ajnabi dan skil gubahan kotak dan beg.

Taman Hati adalah program berkala yang diadakan pada jam 9 pagi setiap Sabtu bertempat di Beit Khaulah.

Tak Kenal Maka Tak c inta (TAKEMATACI)

SAYEDA ZAINAB , 13 Februari : ISMA Mesir cawangan Sayeda Zainab meneruskan siri-siri TAKEMATACI di seluruh Mesir dengan menampilkan 3 orang panelis yang hebat iaitu, Ustaz Syamil Esa, Dr Isa Mohd Hasan dan Dr Syafaf Jumiran yang telah memberi penjelasan yang bernas kepada soalan yang diutarakan.

Karnival Sukan ISMA Mesir 2013

MADINAT NASR : 16 Februari, Bertemakan Majulah Sukan Bina Umat, Unit Sukan ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr telah menganjurkan Karnival Sukan ISMA Mesir (KASIM) 2013 dengan kerjasama Unit Dakwah cawangan berkenaan. Menariknya, pada tahun ini terdapat penambahan aktiviti iaitu sukan bola tampar dan meneruskan acara street soccer seperti tahun lepas.

Pertandingan tahun ini menyaksikan pasukan „Sabah Team‟ dan „Ain Shams‟ masing-masing mengungguli tempat pertama bagi pertandingan futsal dan acara bola tampar. Sementara itu, saudara Mohd Faiz Lee, pemain pasukan Saff Ettihad telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak apabila berjaya menyumbat lima gol sepanjang pertandingan tersebut berlangsung siang tadi.

Bila Baju Melayu Bertemu Baju

Kurung - MANSURAH

MANSURAH, 14 Februari : Bertempat di Masjid Al-Amin, seramai 120 orang Mahasiswa telah menganjurkan program „Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung‟ sebagai lawan sambutan hari kekasih pada hari itu. Ustaz Syed Israa, bersama isterinya Siti Sarah Amran telah memberi penjelasan yang tepat dan praktikal kepada hadirin yang hadir.