IKATAN #19

4
P eranan masa dalam kehidupan mahasiswa ialah topik yang amat sinonim. Kesedaran terhadap kepentingan masa secara praktikal menjadi penanda aras bagi tahap kemajuan individu dan masyarakat. Individu dan masyarakat yang mengabaikan kepentingan masa secara praktikal biasanya akan mundur dalam segenap aspek kehidupan, sama ada dunia dan akhirat. Hal yang sama dinisbahkan kepada golongan mahasiswa yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia pemuda. Lingkungan usia ini adalah pada peringkat optimum dalam tahap kehidupan manusia. Jikalau masa pada peringkat usia ini dapat dimanfaatkan dengan baik, individu yang bakal dihasilkan juga adalah baik dan produktif untuk pembinaan masyarakat muslim. Sebaliknya, jika masa pada peringkat usia ini disia-siakan, berlakulah satu pembaziran yang akan menyesalkan. Realiti mahasiswa muslim kini Zaman ini menyaksikan mahasiswa muslim kebanyakannya telah larut dalam arus dunia yang dicipta oleh Barat. Arus ini sememangnya dicipta dengan tujuan untuk melemahkan generasi pemuda muslim yang kebanyakannya ialah mahasiswa agar tiada pendokong yang akan menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini. Mahasiswa muslim diasingkan daripada elemen-elemen asasi agama yang membentuk peribadi individu cemerlang. Mereka disogokkan dengan keindahan fana nafsu dan dunia serta keseronokan hiburan yang melampau-lampau. Akhirnya, mereka tidak sedar bahawa mereka telah membazirkan masa muda mereka begitu sahaja dan masa terus berjalan meninggalkan mereka yang dilenakan dan dibuaikan dengan mimpi-mimpi indah di dalam kelambu masing- masing. Mahasiswa muslim kini turut disibukkan dikelirukan dengan fahaman-fahaman palsu ciptaan manusia dan akhirnya masa muda mereka terbuang dengan mendokong perjuangan fahaman kapitalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain lalu tinggallah sedikit sahaja yang terselamat memikul risalah agama ini. Malangnya, yang sedikit itu pula dilaga-lagakan dengan hanya sedikit perbezaan pendapat sehingga tiada wujudnya kesatuan dalam kalangan mereka sendiri. Budaya pengabaian masa yang berleluasa Budaya ini ialah penyakit yang berleluasa dan amat parah dalam kalangan mahasiswa muslim termasuk pelajar Malaysia di Mesir ini. Perkara harus dibendung dengan segera sebelum terlambat supaya tenaga-tenaga muda ini tidak disia-siakan.

description

Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Mesir).

Transcript of IKATAN #19

Page 1: IKATAN #19

P eranan masa dalam kehidupan mahasiswa ialah topik yang amat s inon im. Kesedaran t erhadap kepentingan masa secara praktikal

menjadi penanda aras bagi tahap kemajuan individu dan masyarakat. Individu dan masyarakat yang mengabaikan kepentingan masa secara praktikal biasanya akan mundur dalam segenap aspek kehidupan, sama ada dunia dan akhirat. Hal yang sama dinisbahkan kepada golongan mahasiswa yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia pemuda. Lingkungan usia ini adalah pada peringkat optimum dalam tahap kehidupan manusia. Jikalau masa pada peringkat usia ini dapat dimanfaatkan dengan baik, individu yang bakal dihasilkan juga adalah baik dan produktif untuk pembinaan masyarakat muslim. Sebaliknya, jika masa pada peringkat usia ini disia-siakan, berlakulah satu pembaziran yang akan menyesalkan. Realiti mahasiswa muslim kini Zaman ini menyaksikan mahasiswa muslim kebanyakannya telah larut dalam arus dunia yang dicipta oleh Barat. Arus ini sememangnya dicipta dengan tujuan untuk melemahkan generasi pemuda muslim yang kebanyakannya ialah mahasiswa agar tiada pendokong yang akan menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini.

Mahasiswa muslim diasingkan daripada elemen-elemen asasi agama yang membentuk peribadi individu cemerlang. Mereka disogokkan dengan keindahan fana nafsu dan dunia serta keseronokan hiburan yang melampau-lampau. Akhirnya, mereka tidak sedar bahawa mereka telah membazirkan masa muda mereka begitu sahaja dan masa terus berjalan meninggalkan mereka yang dilenakan dan dibuaikan dengan mimpi-mimpi indah di dalam kelambu masing-masing. Mahasiswa muslim kini turut disibukkan dikelirukan dengan fahaman-fahaman palsu ciptaan manusia dan akhirnya masa muda mereka terbuang dengan mendokong perjuangan fahaman kapitalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain lalu tinggallah sedikit sahaja yang terselamat memikul risalah agama ini. Malangnya, yang sedikit itu pula dilaga-lagakan dengan hanya sedikit perbezaan pendapat sehingga tiada wujudnya kesatuan dalam kalangan mereka sendiri. Budaya pengabaian masa yang berleluasa Budaya ini ialah penyakit yang berleluasa dan amat parah dalam kalangan mahasiswa muslim termasuk pelajar Malaysia di Mesir ini. Perkara harus dibendung dengan segera sebelum terlambat supaya tenaga-tenaga muda ini tidak disia-siakan.

Page 2: IKATAN #19

Suka membazirkan masa Masa lebih diperuntukkan untuk filem-filem yang tidak berfaedah, permainan komputer, sembang-sembang kosong, tidur berlebihan dan lain-lain. Fenomena ini berlaku apabila mahasiswa tidak jelas akan matlamat sebenar hidup dan mereka tidak tahu bagaimana seharusnya untuk dimanfaatkan masa yang kosong. Mereka juga kadangkala lupa dan memerlukan rakan-rakan yang mengingatkan mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Dua nikmat di antara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kaburi mata melihatnya (lupa) – kesihatan dan kelapangan masa.” Suka bertangguh dalam pekerjaan Antara budaya biasa bagi mahasiswa ialah mengulang kaji pada saat-saat akhir peperiksaan dan ada beberapa lagi contoh lain sama ada pada urusan keduniaan atau akhirat. Al-Imam Al-Hassan Al-Basri berpesan, “Awas daripada tempoh-menempoh! Hari esok belum tentu! Jika esok harimu, jadilah esok seperti hari ini. Jika esok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu hari ini.” Penyusunan masa yang lemah Tiadanya perancangan yang teliti dalam mengatur kehidupan seharian. Perkara yang utama

diabaikan sebaliknya didahulukan pula perkara yang kurang penting. Akibatnya, banyak perkara tidak dapat diselesaikan, masa banyak dibazirkan, berlaku penangguhan dalam pekerjaan dan hasil pekerjaan jadi tidak bermutu. Gagal dalam menepati waktu Gejala ini amat popular dalam kalangan mahasiswa kini dan semakin hari menjadi semakin serius. Sikap sambil lewa, tidak berdisiplin dan tidak menghargai masa menyebabkan kadangkala program yang jadi tergendala dan terpaksa dianjakkan lalu memakan lebih masa. Hal ini boleh sahaja dielakkan jika semua individu menepati masa. Budaya ini tidak sepatutnya dicerminkan oleh seorang mahasiswa muslim. Hakikat masa Punca berlakunya fenomena di atas ialah kerana mahasiswa muslim tidak menyedari hakikat masa. Mereka harus sentiasa sedar akan hakikat masa agar mereka mengambil berat dan tidak memandang enteng terhadap segala aspek yang melibatkan masa. Masa beredar dengan pantas “Seolah-olah di hari mahsyar kelak mereka baru dapat rasakan hidup di dunia, lama masanya hanyalah di antara semalam atau sehari semalam.” (Surah An-Nazi'at: 46) Masa tidak akan kembali “Tiada suatu hari pun bila terpancar sahaja fajar, melainkan masa akan menyeru kepada kamu: “Wahai anak Adam! Aku masa yang baru. Hanya pekerjaan kamu menjadi saksi. Maka ambillah daku untuk bekalanmu. Sesungguhnya selepas aku pergi tidak akan kembali lagi sehinggalah sampai ke hari kiamat nanti.” – Al-Imam Al-Hassan Al-Basri Masa sangat berharga "Dia (masa) ialah kehidupan! Tiada ertinya hidup manusia, selain daripada masa-masa yang dia beramal, semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir." - Al-Imam Al-Banna. Kewajipan mahasiswa muslim terhadap masa Oleh sebab itu, mahasiswa muslim harus disedarkan tentang betapa pentingnya masa dalam kehidupan seharian. Mereka harus memulakan proses penjagaan masa dengan mengisi masa-masa yang kosong dengan mencari perkara-perkara yang penting dan berfaedah untuk dilakukan, merancang masa seperti membuat jadual waktu, mengubati penyakit culas yang membawa gejala suka menangguh-nangguh, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan dan berhenti daripada sebarang aktiviti yang tidak produktif. Rujukan: Detik-Detik Masa Dalam Kehidupan Muslim oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi

Page 3: IKATAN #19

Assalamualaikum buat semua, kembali lagi bersama Suri kali ini. Apa khabar semua? Suri doakan agar kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Kuliah sudah bermula. Ramai di antara kita sudah pun menyusun jadual harian mereka. Bagaimana pula dengan anda? Di kesempatan ini, suka untuk Suri ingatkan tentang antara tanggungjawab kita yang terbesar di atas muka bumi ini. Tanggungjawab yang menjadi rutin seharian. Siang malam wajib dilaksanakan. Apalah agak-agaknya yang Suri nak cakap ni? Pasti ada yang dapat mengagak. Tanggungjawab itu adalah mendirikan tiang agama kita. Solat lima waktu sehari semalam. Ia adalah temujanji kita dengan Allah SWT. Suri pasti tiada di antara kita yang meninggalkan solat, tapi pada pandangan anda, ada tak agaknya antara kita yang melewatkan solat? Ya pastinya ada, walaupun pada ketika itu kita sedang melakukan perkara yang berfaedah. Tapi, adakah perkara yang lebih penting dari mendirikan solat? Bukankah hidup ini untuk mencapai redhaNya? Jadi, tak sepatutnya kita melengah-lengahkan masa untuk bertemu dengan Si Pemberi Redha itu. Solat itu perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak. Kalau baik solatnya maka baiklah amalan yang lain, dan begitulah juga sebaliknya. Semoga dengan kita bergegas untuk solat, urusan yang kita tinggalkan sementara tadi akan dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan lebih tenang. Pernah dengar tak tentang bagaimana Rasulullah menjaga solat di awal waktu? Saidatina ‘Aisyah RA—isteri Rasulullah SAW pernah berkata, “Ketika Rasulullah sedang bersama dengan kami, apabila tiba waktu sembahyang seolah-olah baginda tidak mengenali kami dan kami tidak mengenalinya.” Lihat, contoh terbaik kita sudah

pun melakukannya, jadi apa ditunggu lagi? Bukankah kita nak mengikut jejak langkah

Rasulullah, nak berakhlak dengan akhlak baginda dan beramal dengan cara baginda SAW? Jadi mari sama-sama kita jadikan hidup kita lebih lancar dan tenang dengan solat di awal waktu. Perbaiki diri dan ajaklah juga mereka di sekeliling kita ke arah kebaikan. Da lam ki ta s ibuk melaksanakan hak-hak manusia, jangan pula kita lupa memberi hak kepada Sang Pencipta yang mengatur setiap langkah kehidupan kita. Baiklah, sampai disini sahaja. Semoga celoteh Suri yang panjang lebar kali ini bermanfaat buat semua. Wassalam.

Bagaiman

a menentuk

an

k e ut a m

a a n d a n

menyelesa

ikan tugas

?

1. Lihat ke

hadapan.

Apakah ya

ng

sebenarnya

anda cita-c

itakan?

2. Senarai

kan semu

a yang a

nda

ingin capa

i.

3. Labelkan

item dalam sena

rai

tersebut A,

B atau C m

engikut kri

teria

berikut:

A - Aktiv

iti yang

penting

dan

mustahak

yang akan

memberi

kesan

yang bes

ar jika t

idak disel

esaikan

secepat mu

ngkin.

B - Aktiviti yang

penting tetapi

tidak

mustahak.

Anda ada

masa untuk

selesaikan

nya sebelu

m ia memb

eri kesan

yang besar

dalam hidup

anda.

C - Aktiv

iti yang s

epatutnya

dilakukan

,

tapi jika a

nda tidak

lakukanny

a anda tida

k

akan terlal

u kecewa.

4. Senarai

ini boleh b

erubah. Ka

dang-kada

ng

item yang d

ilabel B bo

leh ditukar

kepada A a

tau

C apabila p

erlu.

5. Fokus

kan tenag

a anda u

ntuk seles

ai

sebahagia

n dari ite

m dalam

senarai. S

aya

cadangka

n; 3 item

dari senara

i A, 2 item

dari

senarai B d

an 1 item

dari senara

i C.

6. Buat jad

ual. Susun

waktu yang

khusus un

tuk

anda seles

aikan tuga

s yang mu

stahak, di

samping

memperuntu

kkan masa

kosong u

ntuk seles

aikan

rutin harian.

7. Untuk h

ari yang b

erikutnya,

pilih 6 lag

i aktiviti

untuk dise

lesaikan at

au kurang

dari 6 jika

anda

tak berja

ya selesa

ikan 6 ak

tiviti pada

hari

sebelumny

a.

8. Jika and

a berjaya

selesaikan

tugas

anda, berik

an hadiah

pada

diri anda.

Page 4: IKATAN #19

INTERAKTIF: Huruf-huruf ini disusun secara rawak. Tapi tersembunyi di dalamnya nama-nama para sahabat Nabi radhiallahu anhum. Ada 9 nama kesemuanya.

Jawapan Interaktif #18: 1. Ikhlas 2. Taubat 3. Sabar 4. Tawakal 5. Istiqamah 6. Khusyuk 7. Warak 8. Reda 9. Malu 10. Berani

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas boleh diajukan ke: [email protected]. Laman web: ismamesir.com.