ikan hiasan

26
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN 1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes). Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah 1

description

rbt 3109

Transcript of ikan hiasan

Page 1: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di

air dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling

beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara

taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya

masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang (kelas

Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas

Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan

bertulang keras (kelas Osteichthyes).

Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan

untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara

untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga

memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam

akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara

lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan

menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.

Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat

antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar

atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai

spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi

memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu

mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses

pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian

atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat

mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan

membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang

mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini

berlaku kepada anda.

1

Page 2: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan

liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai

dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan

sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di

dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam

kurungan.

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara

adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti

akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya

mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang

terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja

boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

2

Page 3: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

3.0 IKAN HIASAN YANG DIPELIHARA

1. Ikan Sepat Mutiara

Rajah 1 : Gambar Ikan Sepat Mutiara

NamaSaintifik :Trichopodus pectoralis

Habitat : Asia Tenggara

Nama Gelaran :IkanSepat Siam / Osphronemidae

Saiz Dewasa : 6 – 8inci

Jangka Hayat Hidup :3 – 5tahun

Jenis Ikan :Ikan atas

Suhu Air :72°F – 80°F

Nilai PH : 6 – 7

Makanan :Ikan ini adalah ikan omnivor.

: Plankton dan serangga.

3

Page 4: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

2. IKAN BANDARAYA

Rajah 2 : Gambar ikan bandaraya

NamaSaintifik :Hypostomus plecostomus

Habitat : Freshwater Tropical Central dan South American

NamaGelaran :Sucker Fish / Ikan Bandaraya

SaizDewasa : 6inci

Jangka Hayat Hidup :4 – 6 tahun

Jenis Ikan :Ikan bawah

Suhu Air :72°F – 80°F

Nilai PH :6 – 7

Makanan :Ikan ini adalah ikan omnivor.

: Makan tumbuhan hidup dan kotoran yang terdapat di

dalam akuarium.

4

Page 5: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

3. IKAN PATIN

Rajah 3 : Gambar ikan patin

NamaSaintifik :  Pangasius Sutchi

Habitat :  kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

NamaGelaran : Ikan Patin

SaizDewasa : 1 meter

Jangka Hayat Hidup : 4 – 6 tahun

Jenis Ikan : Ikan bawah

Suhu Air : 72°F – 80°F

Nilai PH : 6 – 7

Makanan : Ikan ini adalah ikan omnivor.

: anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan

bangkai binatang.

5

Page 6: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

4. IKAN MOLLY

Rajah 4 : gambar ikan molly

NamaSaintifik :  Poecilia sphenops

Habitat :  Amerika

Nama Gelaran : Ikan moli

Saiz Dewasa : 2 hingga 6 inci (5 - 16 cm) bergantung kepada spesies

Jangka Hayat Hidup : 3 - 5 tahun

Jenis Ikan : Ikan tengah

Suhu Air : 72°F – 80°F

Nilai PH : 6 – 7

Makanan : Ikan ini adalah ikan omnivor.

: Semua makanan ikan

6

Page 7: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

5. IKAN ANGEL

Rajah 5 : gambar ikan angle

NamaSaintifik :Pterophyllum eimekei / Pterophyllum scalare

Habitat : Amerika Selatan

NamaGelaran : Fresh water angel fish

SaizDewasa : 4inci

Jangka Hayat Hidup : 3 – 5 tahun

JenisIkan : Ikan tengah

Suhu Air : 72°F – 80°F

Nilai PH : 6 – 7

Makanan : Ikan ini adalah ikan omnivor.

: Makan tumbuhan akuatik dan makanan rumusan seperti

palletikan.

7

Page 8: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

3.0 BAHAN DAN KEPERLUAN UNTUK IKAN HIASAN

Kompenan Utama

A. Akuarium

a. Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan.

Fungsi utama akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium

kehidupan ikan supaya ikan terus hidup, berkembang dan membesar.

b. Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu

akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi.

c. Lazimnya, akuarium bersegi lebih digemari kerana ianya akan

menampilkan keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur dan

hiasan dalamnya.

d. Ukuran akuarium boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan ketebalan

kaca yang berbeza – beza. Ini adalah bagi memastikan akuarium

tersebut mampu menampung tekanan air supaya akuarium tidak

pecah.

e. Akuarium bersegi berukuran 100 x 40 x 40 cm atau 90 x 40 x 35 cm

memerlukan kaca dengan ketebalan sekitar 5 mm dan akuarium yang

berukuran 20 x 20 x 20 cm atau 60 x 20 x 25 cm pula memerlukan

kaca dengan ketebalan 3mm.

Rajah 6 : gambar akuarium bersegi & tidak bersegi

8

Page 9: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

B. Penyaring

a. Fungsi penyaring adalah untuk menyaring unsur – unsur halus yang

tidak dikehendaki di dalam akuarium seperti bakteria, parasite, kulat,

virus, alga dan lain – lain pathogen.

b. Cara penyaring berfungsi adalah sangat mudah iaitu ia menyedut air

yang kotor melalui lapisan penyaring kemudian mengeluarkannya

kembali dalam keadaan bersih.

c. Untuk menapis kotoran, penyaring menggunakan span, buih, pasir dan

batu kerikil yang telah ditambah karbon aktif atau zeolit yang bertujuan

untuk membunuh bakteria, menapis kotoran dan menjernihkan air.

d. Terdapat dua lapisan penyaring iaitu penyaring atas dan penyaring

pusat.

Rajah 7 : gambar penyaring

9

Page 10: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

PERALATAN SAMPINGAN

A. Aerator

Rajah 8 : carta penerangan aerator

Rajah 9 : gambar aerator

Aerator merupakan alat yang digunakan di dalam

akuarium untuk menghasilkan oksigen.

Cara aerator berfungsi adalah cukup mudah, iaitu tekanan udara yang

dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan air di dalam

akuarium sehingga terhasilnya penyebaran oksigen.

10

Page 11: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

B. Lampu

Rajah 10 : carta penerangan lampu akuarium

Rajah 11 : gambar contoh lampu

C. Tapak Under Gravel

LAMPU

Lampu berfungsi sebagai penerang

untuk mencantikkan akuarium.

Harga lampu berbeza - beza mengikut jenis nya.

Lampu neon berwarna ungu atau hijau mampu memberi pesona tersendiri terhadap

ikan dan boleh memperindahkan lagi dekorasi akuarium pada waktu malam.

11

Page 12: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

Tapak Under Gravel terdiri daripada lapisan bahan anti karat (plastik)

berlubang dengan kaki penahan untuk membolehkan terdapatnya ruang bagi

memudahkan pengaliran air bersih. Tapak Under Gravel berfungsi untuk

menyaring kotoran.

Rajah 12 : Gambar contoh under garvel

D. Pasir dan Batu

1. Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di

dalam akuarium ikan hiasan.

2. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan

Rajah 13 : Gambar contoh pasir dan batu.

E. Anti Klorin

12

Page 13: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

1. Anti Klorin dititiskan ke dalam akuarium selepas air dimasukkan.

2. Anti klorin berfungsi untuk menyahkan klorin yang terdapat di dalam air

bagi memastikan semua ikan peliharaan bebas daripada penyakit.

Rajah 14 : gambar contoh anti-chlorine

F. Makanan

1. Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang boleh diberikan kepada

ikan hiasan.

2. Antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering,

makanan basah dan makanan rumusan.

3. Makanan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Perkara

penting harus diberi perhatian semasa memberi makanan untuk ikan

hiasan adalah :

Jangan memberikan makanan kepda ikan terlalu banyak

kerana ia boleh mengotorkan air di dalam akuarium.

Menetapkan masa memberikan makanan kepada ikan

hiasan iaitu waktu pagi dan petang.

Rajah 15 : gambar contoh makanan ikan yang di beri kepada ikan hiasan

yang dipelihara.

G. Tumbuhan Akuatik

13

Page 14: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

1. Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan

fotosintesis sepanjang masa atau sekurang – kurangnya beberapa bulan

dalam setahun.

2. Tumbuhan akuatik akan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan hasil

daripada proses fotosintesis.

3. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi ikan –

ikan kecil daripada serangan musuh.

Rajah 16 : gambar contoh tumbuhan akuatik dalam akuarium

H. Tumbuhan Tiruan

1. Tumbuhan tiruan turut diletakkan di dalam akuarium namun ianya

digunakan sebagai perhiasan di dalam akuarium.

2. Tumbuhan tiruan ini juga merupakan tempat bermain dan berlindung bagi

ikan hiasan yang dipelihara.

Rajah 17: gambar contoh tumbuhan tiruan

I. Poster

1. Penggunaan poster sebagai latar belakang digunakan supaya hiasan

di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan menarik.

14

Page 15: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

2. Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium.

3. Latar belakang yang biasa digunakan adalah gambar tumbuhan,

pemandangan laut dan batu – batuan.

Rajah 18 : gambar contoh poster akuarium

J. Model

1. Penggunaan model sebagai aksesori tambahan mampu menambahkan

keindahan di dalam sesebuah akuarium.

Rajah 19 : contoh model dalam akuarium

4.0 PELAN IKAN HIASAN (AKUARIUM)

15

Page 16: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

RAJAH 20 : Lakaran pelan awal akuarium

16

Page 17: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

Rajah 21 : lakaran pelan akhir akuarium

17

Page 18: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

5.0 BUDGET, ANGGARAN KOS PERBELANJAAN (IKAN HIASAN)

BIL PERKARA HARGA (RM)

1.Bekas akuarium (kaca)

30.00

2.Aerator

20.00

3.Batu besar

3.00

4.Batu kecil

3.00

5.Batu halus

3.00

6.Pasir halus

3.00

7.Model / hiasan

20.00

8.Tumbuhan akuatik

5.00

9.Tumbuhan tiruan

5.00

10.Makanan

5.00

11.Anti-chlorines

2.00

12.Lampu

10.00

13.Poster

3.00

14.Ikan

15.00

15.Penyaring (filter)

15.00

16.Penutup akuarium

30.00

17.Gravel

6.00

18.Tiub

1.00JUMLAH

RM 179.00Jadual 1 : angaran kos

6.0 JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN (IKAN HIASAN)

18

Page 19: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

HARI

TUGASAN

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

MEMBERI MAKANAN Fadzli Aref Danial Fadzli Aref Danial Fadzli

PENGAWALAN PENYAKIT DAN

PEROSAKDanial Fadzli Aref Danial Fadzli Aref Danial

MEMASTIKAN KUALITI AIR(TUKAR AIR JIKA PERLU)

Fadzli Aref Danial Fadzli Aref Danial Fadzli

MEMANTAU PERALATAN

DAN AKSESORI SUPAYA

BERFUNGSI DENGAN BAIK

Danial Fadzli Aref Danial Fadzli Aref Danial

Jadual 2 : jadual penjagaan ikan hiasan

7.0 REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN IKAN HIASAN

19

Page 20: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

BIL ALAT-ALAT YANG TIDAK HABIS GUNA KUANTITI CATATAN

1. Akuarium kaca 1

2. Penutup akuarium 1

3. Model 2

4. Batu

5. Tumbuhan tiruan 1

6. Lampu 1

7. Irigator 1

8. Pam 1

9. Food timer 1

10. Makanan

11. Antiklorin

Jadual 3 : rekod inventori

8.0 JADUAL TUGASAN DAN SENARAI SEMAK AMALI IKAN HIASAN

20

Page 21: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

JADUAL TUGASAN AMALI HAIWAN KESAYANGAN

(IKAN HIASAN)

Tugasan Nama

Menyediakan Dan Membersihkan

Alatan Dan Aksesori

Fadzli + Aref + Danial

Menyusun Atur Peralatan Dan

Aksesori Akuarium Mengikut Pelan

Fadzli + Aref + Danial

Memasukkan Air Dan Anti-Klorin Fadzli + Aref + Danial

Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam

Akuarium

Fadzli + Aref + Danial

Jadual 4 : jadual tugasan amali haiwan kesayangan (ikan hiasan)

SENARAI SEMAK AMALI (IKAN HIASAN)

21

Page 22: ikan hiasan

RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN

Bil. Perkara Catatan

1. Sediakan Semua Aksesori Tambahan Akuarium

2. Bersihkan Akuarium Sebelum Memasukkan

Aksesori Ke Dalamnya

3. Bersihkan Dan Bilas Bahan Hiasan Seperti Pasir,

Batu Dan Kayu. Kemudiannya, Toskan Semua

Bahan Tersebut Dengan Penapis Atau Bekas Yang

Sesuai

4. Masukkan Pasir, Batu Dan Kayu Buruk Ke Dalam

Akuarium Dengan Berhati-Hati

5. Masukkan Pam Air Ke Dalam Akuarium.

Kemudian, Pasangkan Penapis

6. Titiskan Larutan Antiklorin Ke Dalam Akurium

7. Letakkan Tumbuhan Akuatik Atau Tumbuhan

Tiruan Ke Dalam Akuarium

8. Letakkan Dan Pasangkan Lampu Di Bahagian

Bawah Penutup Akuarium

9. Hidupkan Suis Alat Penapis Dan Lampu

10. Masukkan Ikan Hiasan

11. Kemas Semula Peralatan Dan Tempat

Jadual 5: senarai semak amali (ikan hiasan)

22