Hegemoni Barat terhadap pemikiran Masyarakat dunia

24
1 Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1 Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER DUA (AMBILAN JUN 2015) TUGASAN PROJEK SENI DALAM PENDIDIKAN BMMB3052 DISEDIAKAN OLEH: NAMA PAVITRA A/P GUNENTHARAN NO. K/P 960314-14-6458 KUMPULAN PISMP 2A1 NAMA PENSYARAH ENCIK YUSOF BIN SAAD TARIKH HANTAR: 25 MAC 2016

description

Hegemoni BaratPemikiran Masyarakat Dunia

Transcript of Hegemoni Barat terhadap pemikiran Masyarakat dunia

1

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYULEMBAH PANTAI,

59990 KUALA LUMPUR.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER DUA

(AMBILAN JUN 2015)

TUGASAN PROJEKSENI DALAM PENDIDIKAN BMMB3052

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PAVITRA A/P GUNENTHARAN

NO. K/P 960314-14-6458

KUMPULAN PISMP 2A1

NAMA PENSYARAH ENCIK YUSOF BIN SAAD

TARIKH HANTAR:

25 MAC 2016

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

2

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. BAHAGIAN A

2. RUJUKAN

3. BAHAGIAN B

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

3

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

1.0Bahagian A

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki memberi ulasan terhadap kesan hegemoni barat dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia.

1.1Pendahuluan

Perkataan hegemoni membawa maksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara

atas negara-negara lain (Kamus Dewan, 2013). Konsep hegemoni banyak

digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk

mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Penguasa dalam konteks ini

memiliki makna yang agak luas dan tidak hanya terbatas pada penguasa negara

ataupun pemerintah sesebuah negara. Istilah hegemoni sebenarnya berasal dari

istilah Yunani, hegeisthai yang membawa maksud ‘to lead’ dalam bahasa Inggeris

dan membawa maksud ‘untuk menguasai’ dalam bahasa Melayu. Dalam hegemoni,

kelompok yang mendominasi berjaya mempengaruhi kelompok yang didominasi

untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan dan

dibudayakan. Hegemoni juga boleh membawa makna satu alat ‘control’ kesedaran

manusia yang digunakan oleh orang-orang berkuasa. Ketika hegemoni diamalkan,

dikekalkan atau dipertahankan, maka penguasaan ini boleh dicabar oleh pelbagai

bentuk dan dimensi, iaitu masyarakat sivil, masyarakat politik dan negara. Secara

jelasnya hegemoni ini merupakan penguasaan orang-orang berpengaruh terhadap

golongan orang kurang kesedaran dan boleh juga dikatakan jahil dari segi ilmu.

Hegemoni barat secara ringkasnya membawa maksud penguasaan orang barat

dalam aspek-aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks Malaysia,

barat menjajah tanah air kita selama 500 tahun hal ini menjadi penyebab utama

adanya hegemoni barat di negara kita ini.

1.2 Latar Belakang Hegemoni Barat melalui penjajahan.

Di Asia, negara China boleh dikatakan kuasa besar sejak dari zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi. Buktinya, Parameswara yang mendapat gelaran

Megat Iskandar Shah menghantar ufti ke China untuk mendapatkan keselamatan

dari anasir-anasir luar yang ingin menyerang Melaka pada masa itu. Walau

bagaimanapun, menjelang pertengahan abad ke-19, negara China berdepan

Hegemoni barat merupakan suatu penguasaan beberapa negara kuasa besar terhadap negara-negara kecil lain di dunia sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

4

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

dengan dasar penjajahan ataupun imperialisme Barat. Latar belakang perhubungan

negara China dan Barat akan menjelaskan bagaimana hegemoni Barat mengambil

tempat di negara tersebut. Keadaan campur tangan barat ini memulakan era baharu

dalam sejarah China kerana kedaulatannya dicerobohi kuasa barat. Terdapat

golongan yang menolak semua kehadiran asing seperti agama Kristian dan juga

teknologi Barat. Negara China mengamalkan dasar tutup pintu pada zaman

pemerintahan kerajaan Manchu. China memandang rendah terhadap potensi dan

keupayaan orang Barat dan sikap China ini menyebabkan pihak Barat

menggunakan cara kekerasan bagi memaksa kerajaan China untuk membuka pintu

kepada kuasa Barat. Perubahan ini akhirnya mengakibatkan berlakunya Perang

Candu di mana British mengisytiharkan peperangan terhadap China pada tahun

1839 dan 1856. Kesan daripada peperangan ini termeterailah Perjanjian Nanking

pada 29 Ogos 1842. Perjanjian ini membuka peluang kepada pihak Barat untuk

bermaharajalela di negara China tanpa halangan. Antara syarat Perjanjian Nanking

ialah lima buah pelabuhan dibuka kepada perdagangan asing oleh negara China

iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Pedagang-pedagang asing

serta keluarga mereka dibenarkan tinggal dan berdagang secara bebas di kelima-

lima buah pelabuhan tanpa gangguan daripada pihak China. Selain itu, Pejabat

Konsul Inggeris akan ditempatkan di kelima-lima pelabuhan perdagangan yang telah

dipersetujui bagi mengendalikan urusan perdagangan, melindungi kepentingan dan

keselamatan warganegara Britain serta harta benda mereka di negara China.

Konsul- konsul Inggeris juga dibenarkan mengadakan hubungan langsung dengan

pegawai- pegawai Manchu. Kerajaan China bersetuju membayar ganti rugi kepada

Inggeris sebanyak $21 juta iaitu $12 juta sebagai ganti rugi perang, $6 juta sebagai

ganti rugi terhadap candu yang dirampas dan $3 juta bagi menjelaskan hutang

cohong kepada Inggeris. Selain perjanjian ini, China juga menandatangani perjanjian

dengan kuasa barat yang lain seperti Perjanjian Wanghsia dengan Amerika Syarikat

dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Perjanjian-perjanjian inilah yang

membuka peluang kepada hegemoni Barat berleluasa di negara China dan

mempengaruhi budaya kehidupan mereka dalam banyak aspek.

Selain kuasa barat seperti British di negara China, Indonesia juga

merupakan antara negara yang pernah dikuasai oleh barat iaitu oleh Belanda.

Herman Willem Daendels seorang gabenor jeneral tiba di Hindia-Belanda pada 1

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

5

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Januari 1808. Beliau merupakan seorang ‘revolusioner’ atau pembawa perubahan

yang dihantar oleh kerajaan Perancis ke Indonesia dan bercita-cita untuk

memperbaiki nasib rakyat dan memajukan pertanian dan perdagangan. Sebagai

seorang tokoh liberal, beliau membuat banyak perubahan dalam sistem

pemerintahan mahu pun sistem kehidupan orang Indonesia pada masa itu.

Daendels menjalankan dasar-dasar pemerintahan menurut sistem Barat dan para

bupati dijadikan pegawai pemerintah. Beliau juga mengambil usaha untuk

membanteras rasuah, penyelewengan dan kerja paksa. Daendels pada masa itu,

sebagai Gabenor Jeneral, beliau ditugaskan untuk menjaga Pulau Jawa dari

serangan orang Inggeris dan beliau mengambil beberapa langkah-langkah proaktif

untuk mengatasi masalah ini. Beliau membina benteng pertahanan pangkalan

angkatan laut di Anyer dan Ujung Kulon, meningkatkan jumlah tentera, melakukan

pemungutan pajak, memaksa rakyat untuk melakukan kerja rondaan dan menjual

tanah-tanah kepada pihak swasta. Pemerintahan Daendels yang tegas menerima

kritikan yang hebat daripada orang tempatan dan juga orang Belanda itu sendiri.

Oleh itu, akhirnya Daendels akhirnya balik ke negara asalnya tetapi hegemoni barat

masih berleluasa apabila orang barat lain mengambil alih tugasnya. Lord Minto

seorang Gabenor Jeneral selepas Daendels, mengiktiraf Sir Thomas Stamford

Raffles sebagai pemerintah rasmi Pulau Jawa. Raffles juga mewujudkan

pembaharuan di Jawa dan menerapkan budaya Barat dalam budaya Timur. Beliau

menerapkan sistem Sewa Tanah kerana dikatakan semua tanah di Jawa ialah milik

Raffles. Amalan pajak hasil bumi dihapuskan dan hasil bumi diwajibkan untuk

diserahkan kepada pemerintah. Petani diberi kebebasan untuk menanam tanaman

eksport tetapi keuntungannya dipungut oleh pemerintah. Raffles secara langsung

menguasai cara hidup rakyat di Indonesia dan secara tidak langsung mempengaruhi

pemikiran orang Indonesia dengan konsep kuasa Barat lebih hebat daripada Timur.

Perjanjian yang ditandatangani dan perubahan yang dibawa masuk oleh

barat ke Timur misalnya ke China dan Indonesia memberi gambaran seolah-olah

orang Barat lebih bertamadun dan berilmu daripada orang lain, terutamanya orang

Timur. Orang di atas angin ini meracuni minda-minda pemerintah pada masa itu

agar mereka dapat mengambil keuntungan daripada hasil bumi yang terdapat di

Timur. Sebelum adanya teknologi maklumat yang menyebarkan maklumat dalam

sekelip mata, orang Barat berjaya mempengaruhi minda masyarakat dunia bahawa

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

6

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

orang Barat kononnya lebih hebat dan berkuasa daripada Timur. Walaupun

pengeboman oleh Jepun di Pearl Harbour telah menjejaskan imej mereka, tetapi

mereka kembali memulihkan imej mereka itu dengan melancarkan serangan bom

atom di Hiroshima dan Nagasaki. Jelasnya, orang Barat sentiasa memikirkan

strategi-strategi untuk mengekalkan imej yang mereka bina itu untuk terus meracuni

pemikiran masyarakat dunia bahawa merekalah yang paling berkuasa di dunia ini.

1.3Kesan Hegemoni Barat terhadap Pemikiran Masyarakat Dunia.

Antara kesan yang paling ketara yang dapat dikatakan sebagai kesan

yang lebih cenderung kepada negatif ialah penerapan budaya hedonisme. Istilah

budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme

merupakan pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau

kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa

maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Hedonisme

juga membawa maksud mementingkan kesenangan dan kemewahan fizikal.

Istilahnya berasal dari perkataan Latin Hedoné yang bermaksud kesenangan. Dalam

sejarah falsafah Yunani kuno tokoh pertama yang mengemukakan aliran hedonisme

adalah Democritus (400-370 SM), yang memandang kesenangan sebagai tujuan

pokok di dalam kehidupan ini. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja

yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat

menghilangkan rasa bosan terutama pemuda pemudi di bandar-bandar besar.

Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak

dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa mereka sedar. Budaya

yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin

mengancam jiwa remaja di seluruh dunia pada masa kini. Dalam konteks Malaysia,

budaya ini mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan

hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Keadaan bertambah kronik

apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil

Ecstasy yang banyak digunakan oleh remaja. Selain itu, peningkatan kelahiran anak

luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja

yang terpengaruh dengan budaya hedonisme.

“…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu

personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

7

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang

gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorag

individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan

negara,”. Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh bekas

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui kata-kata

dan ucapannya pada tahun 2005. Namun malangnya, sebanyak 1.13 peratus remaja

terlibat dengan kes buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus

berjudi, 70 peratus merokok, 14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25

peratus mengambil minuman keras, dan 18 peratus melakukan seks bebas.

Dapatan ini merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan boleh

meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia. Hegemoni Barat dalam hiburan

seperti filem penyebab kepada masalah sosial dalam kalangan anak muda di negara

kita. Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai

ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun. Kebanyakan cerita yang ditayangkan ini

memaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti

melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah

melakukan maksiat. Deirdre (2006) dalam artikelnya menyatakan yang filem-filem

Barat itu ialah satu bentuk hegemoni budaya oleh orang barat.Keadaan seperti inilah

yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin

mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.

Selain keruntuhan akhlak, cara percakapan juga mempunyai hegemoni

Barat. Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita.

Contohnya, "Jom brother, kita pergi makan breakfast.". Ini membuktikan betapa

hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa Melayu kita yang kita sering

gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara

percakapan yang baru. Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk,

kerana bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar

turut dicampuradukkan ke dalam bahasa Melayu kita yang pernah digunakan

sebagai lingua franca pada zaman dahulu. Terutamanya golongan remaja yang

menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat meningkatkan

maruah diri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menyebabkan impak yang

sebaliknya. Sebagai , kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara

percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

8

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.

Pengaruh media massa juga telah memberikan kesan yang negatif terhadap

kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui

kemasukan budaya barat.

Tambahan pula, dari segi pemakaian juga dapat kita perhatikan hegemoni

barat. Fesyen Barat dikaitkan peniruan fesyen terutamanya dari segi pemakaian.

Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang

boleh menimbulkan pelbagai perspektif dalam kalangan masyarakat. Fesyen barat

sebenarnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi bukannya

menunjukkan manusia yang bertamadun. Segelintir masyarakat lebih suka mengikut

fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi pandangan

mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman. Semakin ramai golongan

pemuda hari ini sentiasa mengejar gaya hidup global yang dipenuhi oleh pelbagai

ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang

semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain

lagi. Dalam era pasca modenisme ini, mereka tidak gemar menjalani kehidupan

yang tiada keseronokan, sama ada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu,

termasuklah agama. Kesan keintelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif

dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak

digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang

tidak serasi dengan mereka. Kerosakan jati diri golongan remaja ini akan memberi

kesan yang buruk terhadap pembangunan negara kerana negara akan kehilangan

pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri yang kuat pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, pengaruh Barat seperti sekularisme telah

memberi impak negatif kepada masyarakat secara umumnya. Menurut Yusuf

Progler dalam artikelnya ‘The Impact of Western Hegemony on Muslim Thought’

telah menyatakan bahawa barat mengamalkan sekularisme yang bermaksud suatu

fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-Tuhan. Dalam peradaban Barat moden,

mereka akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan dan

mengetepikan Tuhan. Ini bermakna peradaban Barat moden lebih mementingkan

unsur individualistik dalam gaya hidup seperti materialistik iaitu lebih memberikan

tumpuan kepada usaha untuk menikmati kebendaan semata-matanya. Namun,

akhlak adalah sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Jika

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

9

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

seseorang individu memiliki akhlak yang baik akan dipandang mulia, manakala

seseorang yang tidak memiliki akhlak yang baik akan dipandang rendah oleh orang

lain. Maka, asas punca kejadian seperti pembuangan bayi, budaya homoseksual,

perjudian dan sebagainya adalah disebabkan oleh kekurangan pegangan agama

pada diri seseorang.

1.4Kesimpulan

Hegemoni barat pada mulanya dipaksa masuk ke alam Timur dengan

kekerasan dan peperangan. Orang Barat meninggalkan kesan yang ketara dalam

budaya dunia ini dan bukannya dalam cara yang positif. Budaya-budaya seperi

budaya Hedonisme, budaya kuning meracuni minda masyarakat dunia. Barat

meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam semua budaya dan dunia ini bukti

yang ketara ialah kepopularan muzik dan filem barat yang merupakan medium

penyebaran ideologi mereka.

Sebagai manusia yang bertamadun dan mempunyai akal fikiran yang

dikurniakan Tuhan, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan untuk merenungkan

diri sendiri dan memikirkan yang adakah cara hidup yang kita ada sekarang ini

mempunyai hegemoni barat atau pun berdasarkan kepada kerasionalan pemikiran

sendiri. Tamadun dibina berdasarkan kepada masyarakat yang hidup dalam

tamadun tersebut. Sudahkah kita mencapai tahap ketamadunan yang tinggi

berasakan akal fikiran sendiri ataupun masih tinggal di bayang hegemoni barat?

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

10

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Rujukan

Ahmad Hidayat Buang. (2011). Peranan Pengajian Islam Dalam Tamadun Islam

Dalam Dunia Globalisasi: Pengalaman Malaysia. Jurnal Hadhari. 3(2). 83-

102.

Khalif Muammar. (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran dari

Masa Lalu. Jurnal Hadhari. Bil (2). 15-31.

Mohd. Hapiz Mahaiyadin. (2009). Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun

Barat: Di Mana Letaknya Konflik?. Esteem Academic Journal. 5(2). 241-255.

Riki Rahman.et al. (2013). Iran’s Counter-Hegemony Under the Leadership of

Mahmoud Ahmadinejad (2005-2009) Towards US Hegemony in West Asian

Region. International Journal of West Asian Studies. 5(2). 17-34.

Straughan Deirdre. (2005). Cultural Hegemony: Who’s Dominating Whom?.

Diperoleh di http://www.beginningwithi.com/2005/10/24/cultural-hegemony-

whos-dominating-whom/.

Yusuf Progler. (2003, Apr 23). The Impact of Western Hegemony on Muslim

Thought. Diperoleh daripada

http://saif_w.tripod.com/interesting_articles/impact_of_western_hegemony_o

n_muslim_thought.htm.

Zulkifley Hamid dan Mohd.Asyraf Zulkifley. (2012). Hegemoni Ilmu dan Masa

Hadapan Bahasa Melayu. Jurnal Melayu. 9. 129-139.

(2011, Jun 10). Kesan Hegemoni Barat kepada Umat Islam.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0610&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

11

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Bahagian B

(Kerja Berkumpulan)Ahli Kumpulan

1. Choo Zhoun Sheng

2. Dunstan Geraman Anak Gerigih

3. Pavitra A/P Gunentharan

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

12

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM KEDAH

TARIKH25-27 Feb 2016

ANJURAN PISMP SEMESTER 2

TEMAKENALI KEISTIMEWAAN TAMADUN

ISLAM PADA ZAMAN ZAHILIAH

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

KERTAS KERJA

13

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

KERTAS KERJALAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM KEDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Yang Berbahagia Pengarah

IPG Kampus Bahasa Melayu bagi menjalankan lawatan sambil belajar ke Muzium

Kedah untuk menyaksikan pameran 1001 Inventions Discover The Golden Age

Muslim Civilisation.

2.0LATAR BELAKANG

Zaman Jahiliah dikatakan satu titik hitam dalam tamadun Islam. Walau

bagaimanapun, pada zaman inilah wujud pelbagai ciptaan daripada sarjana-sarjana

Islam. Zaman Jahiliah ini diberi nama yang baharu iaitu Zaman Keemasan tamadun

Islam. Pameran ini memberi peluang kepada guru pelatih IPGKBM untuk mengenali

tamadun Islam dalam perspektif orang Islam itu sendiri dan bukannya dari perspektif

sarjana barat yang eurosentrik. Terdapat ciptaan-ciptaan yang dicipta pada zaman

ini masih diguna pakai sampai sekarang. Lawatan ini juga merupakan sebahagian

daripada kerja kursus bagi kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

3.0OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan guru pelatih dapat:

i. memenuhi kehendak kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

ii. mengenali tamadun Islam secara lebih mendalam

iii. melengkapi diri dengan ilmu-ilmu baharu.

4.0BUTIRAN PROGRAM

4.1 Kumpulan Sasaran

Peserta terdiri daripada semua guru pelatih semester dua IPGKBM.

Rujuk lampiran.

4.2 Tarikh Program

25-27 Februari 2016

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

14

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

4.3 Tentatif Program

Bil Hari Masa Tentatif

1. 25 Februari 2016 (Khamis)

2.00 petang Berkumpul di Menara IPGKBM

2.30 petang Bertolak dari IPGKBM

9.00 malam Sampai di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah

2. 26 Februari 2016 (Jumaat)

8.00 pagi Bertolak ke Muzium Kedah, Alor Setar

9.00 pagiLawatan ke Pameran 1001

Inventions Discover The Golden Age Muslim Civilisation

2.30 petang Berkumpul di ruang legar muzium untuk ke destinasi seterusnya

3.00 petang Makan/solat

4.00 petang Lawatan ke Istana Lama Kedah/Muzium Seni

6.00 petang Lawatan di sekitar bandar Alor Setar

7.00 malam Balik ke IPGKSAH

3. 27 Februari 2016 (Sabtu)

8.00 pagi Lawatan ke Muzium Lembah Bujang, Sungai Petani

11.00 pagi Bertolak pulang ke IPGKBM

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

15

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

4.4 Ahli Jawatankuasa Program

Pengerusi : Pavitra A/P Gunentharan

Naib Pengerusi : Kho Yan Yang

Setiausaha : Choo Zhuon Sheng

Bendahari : Vaishaanee A/P Fenisan

AJK Pelaksana : Nurliyana binti Rusli

: Loo Phye Yee

: Dunstan Geraman anak Gerigih

5.0BELANJAWAN

Pendapatan

1. Yuran pelajar 75 orang x RM 20 RM 1500.00

Jumlah RM 1500.00

Sumber kewangan ialah kutipan duit iaitu sebanyak RM 20 ringgit seorang bagi tiket

ke Pameran 1001 Inventions.

Anggaran Perbelanjaan:

1. Tiket ke Pameran 1001 Inventions. 75 orang x RM 16 RM 1200.00

2. Kos penginapan di IPG Kampus SAH 75 orang x RM 4 RM 300.00

Jumlah RM 1500.00

Kos makanan ditaja oleh pihak IPGK Sultan Abdul Halim.

6.0PENUTUP

Lawatan sambil belajar ini diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi

gambaran baharu kepada guru pelatih IPGKBM tentang tamadun dan orang Islam.

Dengan ini adalah dimohon Yang Bahagia Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

untuk mempertimbangkan dan meluluskan usul cadangan Lawatan sambil belajar ke

Muzium Kedah ini.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

16

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Disedikan oleh:

PAVITRA A/P GUNENTHARAN

PENGERUSI

Jawatankuasa Program

Disemak oleh:

Cik Asiah binti Mohamad Hashim

Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan

Diluluskan oleh:

Dr Maridah binti Haji Alias

Pengarah

IPG Kampus Bahasa Melayu

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

17

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

PROGRAM : PISMP

AMBILAN : JUN 2015

MAJOR : BAHASA MELAYU

MENTOR : PUAN NORABEERAH BINTI SAFORUDDIN

BIL NAMA NO. K/P NO. TELEFON

1 ALEXANDER ANAK JOIN 960212135301 0105963659

2 CHAN AI DEE 961030055428 0169014904

3 CHAN ANN KEE 961219335028 0169409321

4 CHEAH FERN FANG 960126026002 0174582286

5 CHOO ZHUON SHENG 960423086001 0103981938

6 DUNSTAN GERAMAN ANAK GERIGIH 960630135929 0138827972

7 FLORINCE TIDA ANAK KEPU 960401136266 01115845752

8 INTAN NASIHA BINTI MAMAT 961109085232 01112194249

9 KANG JU NIE 960816035408 0179291587

10 KHO YAN YANG 960625015199 0178229078

11 KWAN HOR YAN 960805145388 0147262879

12 LOO PHYE YEE 961222265366 0164751223

13 NURLIYANA BINTI RUSLI 960824035168 0133094319

14 NUR AZIEMAH SAZZIRAH BINTI SALLEHIN 960124135264 0138275831

15 NURUL HIDAYAH BINTI TUAH 960612136186 0138073485

16 PAVITRA A/P GUNENTHARAN 960314146458 01136564326

17 PRIYANGGAH A/P SUPRAMANIAM 970101025766 01119112104

18 SUTHA A/P MOORTHY 960705085744 0174485408

19 VAISHAANEE A/P FENISAN 940829146678 01114369894

20 VINOOTHINI A/P MANNOGARAN 951115025376 0103893648

21 WEE XIN HUI 960214035144 0179350278KELAS : A1

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

18

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Laporan tentang pameran berserta gambar.

Pada hari 26 Februari 2016, Muzium Negeri di Alor Setar, Kedah telah

mengadakan satu pameran yang bertajuk 1001 Inventions Discover The Golden

Age Muslim Civilisation. Kumpulan PISMP Ambilan Jun 2015 dengan jumlah 75

telah menyertai pameran tersebut.

Pada pukul 2 petang, kami berkumpul di lobi Bangunan Menara Institut

Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan diberi taklimat oleh pensyarah. Empat

pensyarah iaitu En Mohd Lufti bin Ahmad, Puan Zaiton binti Deris, Cik Aziah binti

Jesan dan Cik Fatihah binti Safie telah mengiringi kami dalam lawatan tersebut. Dua

bas dan satu koaster bertolak pada 2.30 petang ke Kedah.

Gambar 1 – Lobi Bangunan Menara IPGKBM

Pada pukul 10 malam, rombongan kami pun sampai di Institusi Pendidikan

Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Kami makan malam di dewan makan yang

disediakan di kampus tersebut. Selepas kami makan malam, kami mendaftar di

tempat pendaftaran untuk mendapatkan kunci serta selimut. Kami disediakan tempat

tinggal di tingkat satu asrama IPGK Sultan Abdul Halim dan juga beberapa bilik dom

yang boleh dihuni oleh 8 orang.

Pada keesokan hari iaitu 27 Februari, kami pun berkumpul di dewan makan

dan menikmati sarapan pagi di situ. Seterusnya, kami pun bertolak ke Muzium

Negeri Kedah. Kami tiba di Muzium Negeri Kedah kira-kira pukul 12.00 tengah hari.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

19

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Kami berkumpul di ruang legar Muzium Kedah. Selepas taklimat diberikan, kami pun

bergerak ke bilik teater untuk melihat tayangan video yang bertajuk ‘The Library of

Secrets’ dan diberi gambaran yang sangat berlainan tentang tamadun Islam semasa

Zaman Jahiliah. Zaman Jahiliah diberi nama baharu iaitu Zaman Keemasan

Tamadun Islam.

Gambar 2 – Muzium Negeri Kedah Gambar 3 – Pintu Depan Muzium

Tayangan video itu mengisahkan sejarah negara Islam pada Zaman

Kegelapan. Semasa zaman tersebut, negara Islam telah muncul banyak inventor

dan saintis yang banyak dan tamadun mereka berkembang pesat. Selepas tayangan

video, lawatan kami pun diteruskan dengan matlamat utama lawatan ini, iaitu

pameran 1001 Inventions Discover The Golden Age Muslim Civilisation.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

20

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Pameran tersebut mempunyai empat bidang iaitu industri pembuatan,

perubatan, astronomi dan pelayaran. Dalam tugasan ini, bidang yang kami pilih ialah

perubatan. Dalam pameran tersebut, terdapat satu paparan yang menunjukkan

doktor pada zaman dahulu dapat merawat penyakit katarak. Pada masa itu, doktor

telah menguasai ilmu yang mendalam tentang struktur mata. Para cendekiawan

memberi penekanan kepada penyakit mata sebagai satu penyakit yang kronik.

Hampir setiap buku perubatan yang dihasilkan pada tamadun Islam dimasukkan

rawatan bagi trakhoma, penyakit mata yang berjangkit dan glaukoma.

Gambar 4 – Mata Gambar 5 – Katarak

Seorang cendekiawan yang bernama Al-Mawsili, dari Iraq, telah menulis

dalam buku beliau “Book of Choices in the Treatment of Eye Diseases” tentang cara

untuk menangani kekaburan kanta mata, yang menyebabkan buta. Beliau telah

mencipta dan membuat jarum yang berlubang yang boleh dimasukkan ke dalam

mata untuk menyedut katarak. Teknik ini masih kekal dan digunakan dalam merawat

katarak pada zaman moden ini.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

21

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Selain itu, pada zaman tersebut, kecederaan patah tulang telah dirawat dan

cara rawatannya masih kekal sama sampai hari ini. Pada abad ke-11, seorang

cendekiawan yang terkenal iaitu Ibn Sina telah memperkenalkan rawatan tulang

tersebut. Beliau mendapat ilmu tersebut berdasarkan pengetahuan daripada

tamadun purba melalui kerja beliau. Ibn Sina telah menulis ratusan buku dalam

kehidupannya dan 43 daripada koleksi bukunya adalah tentang topik perubatan.

Gambar 6 - Patah Tulang Gambar 7- Herba

Dalam masyarakat purba Yunani dan Roman, herba masih memainkan

peranan penting untuk kesihatan seperti yang ditunjukkan oleh manuskrip dan ilmu

herba tradisional ini masih kekal hingga sekarang. Ibn Juljul telah menterjemahkan

karya purba Dioscorides iaitu buku yang mengenai herba ke dalam bahasa Arab dan

mengembangkannya dengan memasukkan herba seperti asam jawa, kapur barus,

cendana dan buah pelaga. Pada abad ke-11, Ibn Sina telah memasukkan 142 sifat

ubat-ubat herba dalam buku ‘Canon’, dan Ibn al-Wafid, ahli farmakologi dan pakar

perubatan dari Toledo, telah menghasilkan ‘The Book of Simple Drugs’ yang

berpengaruh di Eropah Katin di mana buku ini diterjemahkan sebagai ‘De

Medicamentis Simplicibus’.

Apabila Ibn Sina menulis buku beliau ‘The Canon of Medicine hampir ribuan

tahun yang lalu, beliau tidak dapat menjangkakan berapa lama kebijaksanaannya

akan bertahan. Buku ‘The Canon‘ masih dirujuk oleh sesetengah doktor sehingga

awal tahun 1800-an. Di dalamnya Ibn Sina telah mengumpul pengetahuan

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

22

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

perubatan dari seluruh tamadun, menjadikannya sebagai rujukan utama. Terdiri

daripada lima jilid, buku ini meliputi prinsip-prinsip perubatan, ubat-ubatan, pelbagai

penyakit bahagian badan, penyakit umum dan trauma.

Gambar 8 – Pengetahuan Perubatan Gambar 9 – Hospital Untuk Semua

Senarai buku yang paling laris di dunia Muslim pada abad ke-10 adalah

sebuah buku yang berjudul ‘Traveller’s Provision’. Buku ini ditulis oleh seorang

doktor, Ibn al-Jazzar, merupakan rujukan yang sistematik kepada masalah

perubatan yang berguna di rumah atau semasa mengembara. Para cendekiawan

Tunisia Constantine ‘the African’ menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Latin,

bahasa Yunani dan bahasa Ibrani supaya dapat meningkatkan daya tarikan

terhadapnya.

Hospital paling awal mempunyai peranan yang luas dalam masyarakat

Muslim. Selain menawarkan rawatan perubatan dan pemulihan, hospital juga

sebagai rumah pesakit bagi mereka yang mengalami penyakit mental dan rumah

persaraan, terutamanya bagi golongan miskin. Hospital-hospital yang pertama

seperti sedemikian dalam Tamadun Muslim terletak di Damsyik dan Baghdad, diikuti

Hospital Ahmad ibn Tulun di Kaherah, yang dibina antara tahun 872 hingga 874.

Dari pusat-pusat awal ini, hospital berkembang di seluruh wilayah umat Muslim,

sampai Andalusia, Sicily dan

Utara Afrika.

Selepas mengumpulkan segala

maklumat yang diperlukan, kami

pergi membeli makanan tengah

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

23

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

hari dan menikmatinya di Gunung Kerian. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke

Muzium Padi. Tiket masuk ke muzium padi berharga 5 ringgit Malaysia. Terdapat

banyak mural yang menggambarkan kehidupan petani dan padi yang kuning-kuning

keemasan. Pada waktu petang, pelajar dan pensyarah yang beragama Islam pergi

bersolat dan pelajar bukan Islam pula diberi peluang untuk melawat Istana lama

Yang di-Pertuan Agong. Lepas itu, kami berkumpul di pekan rabu. Kami pun bertolak

ke Tesco untuk makan malam dan balik ke asrama IPGK Sultan Abdul Halim.

Gambar 10 - Muzium Padi

Pada hari ketiga, 28 Februari 2016, kami makan sarapan di dewan makan

IPGKSAH. Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir, kami diarahkan untuk

memulangkan kunci bilik, sarung bantal dan cadar. Kemudian, kami bertolak ke

Lembah Bujang. Di sana kami mengenali sejarah lama Lembah Bujang iaitu sebagai

pelabuhan entrepot dan tempat berdagang pada masa dahulu. Pelbagai artifak yang

berharga diletak di sana untuk dilihat supaya masyarakat lebih mengenali sejarah

Lembah Bujang.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1

Gambar 11 – artifak yang ditemui di muzium Lembah Bujang.

24

Tamadun Islam dan Tamadun Asia_2016

Pada 2.00 petang, kami makan tengah hari dan bermulanya perjalanan balik

ke IPG Kampus Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, lawatan ini banyak ilmu pengetahuan diperoleh. Pengalaman

tersebut amat berharga dan tidak dapat bertukar dengan duit. Ilmu pengetahuan dan

pengetahuan ini akan membantu guru pelatih pada suatu hari nanti.

Pavitra A/P Gunentharan_PISMP2A1