hbml3103pengajarankomsasdalambahasamelayuseptember.txt

download hbml3103pengajarankomsasdalambahasamelayuseptember.txt

If you can't read please download the document

Transcript of hbml3103pengajarankomsasdalambahasamelayuseptember.txt

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013 HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 821227136059001 NO. KAD PENGENALAN : 821227136059 NO. TELEFON : 014 - 8799534 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE, MIRI, SARAWAK ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 DEFINISI PANTUN DAN CIRI CIRI PANTUN 5 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA BERTERASKAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN 8 4 HURAIAN MENGENAI KEKUATAN DAN KELEMAHAN BERBALAS PANTUN DALAM AKTIVITI 10 5 KESIMPULAN 14 6 APENDIX 15 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu mempunyai taraf yang tertinggi di kalangan bahasa di Malaysia. Menurut Perlembagaan Malaysia Perkara 153, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dan harus digunakan secara meluas dalam semua aspek seperti pendidikan, urusan rasmi kerajaan, pertuturan dan sebagainya. Dengan adanya program seperti Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris atau MBMMBI maka lebih jelas bahawa Bahasa Malaysia memainkan peranan penting dalam semua aspek pendidikan pada masa sekarang. Bahasa Melayu terbahagi kepada beberapa aspek. Salah satu aspek yang menjadi cabang dalam penggunaan bahasa Melayu ialah pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu adalah salah satu ilmu bahasa yang tertua di Malaysia. Kesusasteraan Melayu diajar secara langsung kepada pelajar pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan 5 dan seterusnya Tingkatan Enam. Mengikut Kamus Dewan (2006), sastera ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan di dalam kitab kitab. Ini kerana pada zaman dahulu, kebanyakan sastera klasik adalah digunakan dalam agama Hindu di mana penuturnya di dalam bahasa Sanskrit. Manakala takrifan kesusasteraan pula ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa dan puisi yang mempunyai ciri ciri keistimewaan tertentu. Ini juga mengungkapkan bahawa sastera Melayu merupakan salah satu cabang dalam seni iaitu seni dalam berbahasa. Kesuasteraan Melayu memainkan peranan penting di dalam aspek pendidikan sekarang. Menurut Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Empat terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk semangat cintakan negara melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan. Ia merangkumi satu apresiasi mengenai keunikan bahasa di Malaysia. Kebiasaan ia dilakukan berdasarkan berdasarkan kajian kajian teks menerusi penulis penulis yang tersohor di Malaysia menerusi pelbagai aspek seperti tema, persoalan, gaya bahasa, plot dan pelbagai lagi aspek berbahasa. Dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa aspek yang perlu dinilai kepada pelajar iaitu : i. Prosa dan puisi tradisional; ii. Cerpen dan novel; iii. Kritikan Sastera Manakala dalam pelajar sekolah rendah, ia cuma diterapkan secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara yang dapat dilihat dengan jelas melalui kesusasteraan Melayu untuk sekolah rendah pada penerangan mengenai penghasilan puisi, karya pendek dan takrifan mengenai peribahasa dan simpulan bahasa. Ini dapat dilihat dengan jelas pada Kertas Soalan UPSR Bahasa Malaysia Pemahaman di mana terdapat soalan yang meminta pelajar menerangkan maksud simpulan bahasa dan peribahasa. Selain itu, pada Kertas Soalan UPSR Bahasa Malaysia Penulisan terdapat satu pilihan soalan di mana pelajar dikehendaki memilih untuk menjawab soalan bertulis dengan karangan atau esei pendek pada Bahagian B. Ini menunjukkan penghasilan karya kreatif telah mula dipupuk dan dinilai daripada sekolah rendah. Dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai gaya dan genre sastera. Antaranya ialah syair, pantun, prosa klasik dan sebagainya. Tetapi aspek yang amat menarik perhatian ialah aspek berpantun kerana dapat kaedahnya yang menyeronokkan. 2.0 DEFINISI PANTUN DAN CIRI CIRI PANTUN Menurut sumber laman web iaitu www.dbp.com.my, Zaaba dalam bukunya iaitu Ilmu Mengarang Melayu menyatakan pantun adalah adalah asalnya daripada Minangkabau yang dikenali sebagai panuntun. Ia membawa maksud pembimbing atau penasihat yang menerangkan sastera lisan dalam pepatah petitih yang diamalkan dalam pantun. Dalam sastera pantun, pelbagai jenis pantun yang diamalkan dalam aktiviti berbalas pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat, lapan kerat, duabelas kerat dan enam belas kerat. Tetapi pantun yang popular di kalangan masyarakat ialah pantun 2 kerat dan pantun 4 kerat. Antara contoh pantun 2 kerat dan 4 kerat adalah seperti di bawah : PANTUN 2 KERAT Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. PANTUN 4 KERAT Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang, Dua tiga dapat ku cari, Manakan sama si cik adik sorang Terdapat beberapa intipati penting dalam pengunaan pantun Melayu. Antaranya intipati yang disebut ialah : a) Pembayang atau sampiran b) Maksud atau isi c) Perkataan d) Suku kata e) Rima atau bunyi Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pertama sekali ia mengandungi 4 kerat/baris ayat di dalam pantun. Jumlah perkataan dalam sebaris pantun antara 4-5 patah perkataan, tidaklah terlalu panjang untuk dihafal dan dibalas kepada penutur lain. Manakala jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata yang mempunyai perkaitan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) Untuk aspek bunyi, rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .Bahasa yang digunakan seharusnya lebih halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. Maksud isi di dalam pantun juga sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup serta sarat dengan ciri-ciri tradisional. Penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya. FUNGSI PANTUN Antara fungsi fungsi pantun di dalam Kesusasteraan Melayu ialah : . Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan . Sindiran atau tempelak . Melepaskan rindu dan kasih sayang . Menyatakan penghargaan/terima kasih . Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran . Hiburan atau jenaka Pantun senantiasa digunakan secara meluas pada aktiviti dan program tertentu seperti . Majlis pertunangan dan perkahwinan . Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi . Pertandingan berbalas pantun . Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain: 3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSAS BAHASA MELAYU TAHUN ENAM Matapelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 6 Masa : 10.00 11.00 pagi Kehadiran murid : 14 orang Tajuk : Teks Prosa dan Puisi Kemahiran : Membaca Hasil Pembelajaran : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca. Objektif Pembelajaran : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : 1. Membaca dengan kuat prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi dengan betul 2. Mengenalpasti maklumat penting di dalam bahan bacaan dan kemudian menterjemahkan di dalam bentuk puisi yang berbentuk aktiviti berbalas pantun; 3. Memupuk sikap menghargai seni prosa dan puisi melalui aktiviti berpantun Nilai Murni : Bekerjasama, menghayati nilai estetika, bersikap jujur. Strategi : Sumbangsaran, main peranan ABM : Suratkhabar, kertas A4, Kertas tajuk AKTIVITI / MASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Set Induksi 5 minit 1. Pelajar ditunjukkan dengan keratan video mengenai acara Pidato 2. Pelajar ditanyakan dengan beberapa soalan mengenai Pidato. 3. Guru memperkenalkan Tajuk iaitu Membaca Teks dan Puisi ABM : 1. Komputer riba 2. LCD Langkah 1 ( 15 minit ) 1. Pelajar diminta untuk membentuk kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Pelajar di dalam kumpulan diedarkan dengan artikel daripada suratkhabar ABM : 1. Suratkhabar 2. Kertas A4 yang boleh menarik audien luar. 3. Pelajar menyalin maklumat penting dari dalam artikel akhbar dan meringkaskan di dalam kertas A4. 3. Gunting 4. Langkah 2 ( 20 minit ) 1. Pelajar mengumpul semula maklumat maklumat di dalam satu kertas. 2. Pelajar ditunjukkan salah satu keratan video berbalas pantun yang ditunjukkan pada computer riba. 3. Pelajar dikehendaki menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk membentuk satu pantun mengenai artikel tersebut. 4. Pelajar menerangkan pantun tersebut mengikut intonasi dan sebutan suara yang betul. ABM : 1. Komputer riba 2. Kertas A4 Langkah 3 ( 15 minit ) 1. Pelajar diberikan satu tajuk mengenai Bahasa Melayu 2. Pelajar dikehendaki merekabentuk pantun yang menjelaskan mengenai tajuk tersebut. 3. Kumpulan lain dikehendaki menjawab pantun tersebut secara bergilir gilir. ABM : 1. Lembaran tajuk Penutup ( 5 Minit ) 1. Pelajar membuat kesimpulan mengenai aktiviti tadi. 2. Pelajar menjelaskan kemahiran berpantun dalam intonasi yang betul 3. Latihan / pengukuhan kepada pelajar. Refleksi : 1. Kekuatan 2. Kelemahan 3. Cadangan mengatasi 4.0 HURAIAN MENGENAI AKTIVITI BERBALAS PANTUN PADA PENGAJARAN HARIAN Kekuatan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran Jika merujuk daripada aktiviti berbalas pantun seperti dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dilampirkan, aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah dapat menimbulkan keseronokan semasa berada di dalam kumpulan sambil menerapkan aktiviti yang berbentuk daya usaha dan kecenderungan minat. Ini sekaligus akan menimbulkan minat yang mendalam di kalangan pelajar mengenai Bahasa Malaysia terutama pada tahap 2. Penggunaan aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran jelas sekali akan membantu mereka dalam memahami isi kandungan pelajaran dan objektif pelajaran dapat disampaikan dengan mudah. Selain itu, pantun merupakan salah satu puisi tradisional yang masih wujud di zaman moden ini. Menurut sumber laman web www.dbp.com.my, puisi pantun yang asalnya dari Minangkabau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia di mana rata rata penutur pantun masih mengamalkan pantun sebagai pembuka bicara semasa majlis rasmi, majlis pertunangan atau persandingan dan berbentuk pertandingan berbalas pantun. Pantun ini merupakan salah satu puisi tradisional yang masih diamalkan dan diadaptasikan mengikut zaman dan kesesuaian dan satu satu puisi tradisional yang mudah untuk diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi adalah lebih baik supaya puisi tradisional ini dapat diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti Bahasa Malaysia supaya kesinambungan karya sastera prosa tradisional ini dapat diteruskan dan diperturunkan hingga ke generasi seterusnya. Sesi berbalas pantun juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerangkan bahawa : Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air, berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar dari segi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Beliau menyatakan bahawa penerapan karya sastera tradisional dapat meningkatkan kemahiran bertutur dengan baik, sekaligus meningkatkan daya menulis dan membaca di kalangan pelajar. Ini kerana di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, kemahiran bertutur, menulis dan membaca amat dititikberat dalam penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Di samping itu, pencapaian pelajar dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris turut menekankan aspek penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar. Melalui penerapan nilai sastera seperti pantun ini dapat mempertingkatkan penguasaan berbahasa Malaysia di kalangan pelajar untuk generasi masa hadapan. Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu dapat, antara lain menanam penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu, memperkaya perbendaharaan kata dan mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik. Perbendaharaan kata di dalam sesi mencipta dan berbalas pantun juga akan meningkatkan pemahaman dan seterusnya memberi ruang pelajar dalam menguasai kosa kata dan tatabahasa dengan baik. Dalam aspek berbahasa Melayu, penguasaan dalam membina ayat untuk dijadikan satu karangan yang berkualiti turut akan diuji sepenuhnya di dalam peperiksaan umum khususnya di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan sebagainya. Penguasaan perbendaharaan kata melalui sumber rujukan daripada artikel artikel suratkhabar, majalah, jurnal seperti di dalam rancangan pelajaran harian mampu mengetengahkan pelajar di dalam mengenal perbendaharaan kata dalam Bahasa Malaysia. Ia akan diaplikasi secara tidak langsung dalam aktiviti berbalas pantun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Malaysia. Pendedahan pelajar dalam aktiviti komponen berbentuk sastera lisan seperti pantun akan melahirkan generasi baru yang sentiasa menghargai karya seni sastera lisan dan bertulis di Malaysia. Pelajar akan mula mengenali dan seterusnya menunjukkan kecenderungan untuk aktif dalam bidang seni sastera seperti penulisan cerpen, puisi, teater, drama dan lakonan. Ini merupakan sebahagian daripada Kecerdasan Pelbagai yang diterapkan oleh Howard Gardner iaitu Kecerdasan Verbal Linguistik. Segelintir pelajar akan dapat belajar jika penggunaan teknik pengajaran dan pengajaran lebih terarah kepada aktiviti pemusatan pelajar, aktiviti berkumpulan, main peranan dan sebagainya. Ini akan membantu mereka dalam membina kefahaman isi kandungan pelajaran dan seterusnya memupuk sikap untuk menghargai karya seni orang lain. Selain itu, ia turut membantu untuk memupuk pelajar dalam bergiat seni dalam aktiviti penulisan kreatif di masa akan datang. Kelemahan Aktiviti Berbalas Pantun di Dalam Bilik Darjah Terdapat juga kelemahan dalam penerapan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah ini sebenarnya. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah : Intonasi memainkan peranan dalam aspek berbahasa. Jika dalam aspek fonetik dan fonologi, sebutan yang betul dan jelas memainkan peranan dalam menentukan betul atau tidak dalam berbahasa. Ini bermaksud pelajar pelajar harus menguasai kemahiran bertutur dengan baik untuk menyampaikan pantun pantun di dalam bilik darjah. Contohnya rima pantun yang menerangkan a,b,a,b. Jadi pelajar harus menguasai konsep penutur pantun yang sebenarnya. Pelajar juga harus meneliti rakaman video yang ditunjukkan oleh guru. Antara rakaman video mengenai berbalas pantun ialah melalui rakaman Pesta Pantun Kebangsaan serta rancangan terbitan Astro iaitu Karoot Komedia X. Walaupun rancangan tersebut berbentuk hiburan, namun unsur unsur pantun pada dikir barat yang dikendalikan oleh hos rancangan tersebut dapat memberi gambaran bagaimana aktiviti berbalas pantun dapat dijalankan. Selain itu juga, kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan pantun ialah guru terpaksa mendapatkan tajuk pelajaran yang sesuai untuk diadaptasikan melalui aktiviti berpantun. Ini kerana sebahagian daripada tajuk yang di dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 6 kadangkala kurang bersesuaian dengan aktiviti yang berlandaskan kesenian berbahasa. Contohnya dalam aktiviti mereka dialog perbualan, syarahan, penceritaan dan karangan yang berbentuk format. Ini kerana pantun hanya sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk untuk mengenalpasti maklumat di dalam teks, menceritakan keindahan serta latihan menulis dan bertutur. Kemahiran berpantun hanya dapat disesuaikan mengikut tema pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat kesesuaian kerana memerlukan daya kreativiti yang tinggi dalam membuat perlambangan (simbolisme). Menurut Profesor Datuk Harun Mat Piah dalam ucapan semasa pertandingan Festival Pantun Korporat 2007 yang dipetik daripada artikel akkhbar Utusan Malaysia (2009) , pantun yang sebenar adalah mempunyai perlambangan sebenar dalam pembayang dan maksud kerana di sana wujudnya unsur sindirian atau kritikan. Ini membawa maksud bahawa penutur pantun harusnya mengasah daya kreativiti yang tinggi dalam membina pantun sebenar yang berunsur jenaka dan berbentuk nasihat. Berbalik kepada persoalan aktiviti tadi, maka aktiviti berbalas pantun harus dapat menjana daya kreativiti pelajar supaya lebih kreatif dalam merekacipta pantun yang menarik dan mampu menjadi unsur kritikan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi harus menepati kehendak dan tema untuk kemahiran yang akan diterapkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Noriah Bakar (1986) telah mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan semasa pengajaran pantun. Cadangan yang dikemukakan ini ialah rumusan hasil penyelidikan beliau tentang pembelajaran pantun. Beliau menyatakan teknik penerangan yang berlebihan daripada guru semata-mata tidak lagi menjadi satu teknik yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran pantun kerana teknik seperti itu tidak melibatkan dan menggerakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan tidak mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru yang menggunakan teknik ini menggambarkan yang dia kurang berminat membuat persediaan dan perancangan untuk mengajar. Akibatnya pengendalian pelajaran tidak tersusun dan kabur, kesannya pelajar tidak dapat mengikuti isi pelajaran dengan baik dan tidak memupuk terhadap pelajaran pantun. Guru hendaklah menyusun secara teratur untuk menjalankan aktiviti pantun ini dengan baik kerana segala perkaitan mengenai konsep atau objektif pelajaran untuk hari itu adalah bergantung kepada keseragaman dan keselarian perjalanan aktiviti pantun di kalangan pelajar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah disusun dengan teliti supaya aktiviti yang diterapkan adalah berkaitan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar. 5.0 KESIMPULAN Secara umumnya, aktiviti berbalas pantun merupakan salah satu tradisi masyarakat Melayu turun temurun yang telah lama bertapak di Malaysia dan diperkembangkan dengan adanya program program berpantun mengikut kesesuaian acara. Ini sekaligus akan mengekalkan karya lisan pantun di kalangan masyarakat. Sebagai guru, kita harus menerapkan kaedah berpantun dengan betul di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Bukan sahaja pelajar pelajar yang akan beroleh manfaat tetapi meneruskan dan menghayati kesinambungan kesusasteraan Melayu yang lama di dalam generasi baru. Pemilihan aktiviti juga harus berkaitan dengan aktiviti berpantun untuk memastikan kelancara aktiviti berpantun di dalam kelas. ( 2,686 patah perkataan ) APPENDIKS REFERENSI Howard Gardner (1983), Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligence. Kamus Dewan (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Enam, Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ), Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Empat, terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum. Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Noriah Bakar ( 1986 ) dipetik daripada Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sumber pantun dipetik daripada laman web http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main Utusan Malaysia (2009), Ucapan Ketua Panel Hakim Profesor Datuk Harun Mat Piah semasa pertandingan Festival Pantun Korporat 2007 yang dipetik daripada http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main