HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

16
<HBEF3503> FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 6/ TAHUN 2013 HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF NO. MATRIKULASI : <820713025392001> NO. KAD PENGNEALAN : <820713-02-5392> NO. TELEFON : <012-5859056> 1

description

.

Transcript of HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Page 1: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503>

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6/ TAHUN 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI : <820713025392001>

NO. KAD PENGNEALAN : <820713-02-5392>

NO. TELEFON : <012-5859056>

E-MEL : <[email protected]>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PP SUNGAI PETANI>

1

Page 2: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503>

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang

diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-

sama dengan murid- murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru

biasa. Menurut Khadijah Rohani Mohd Yunus (2011), kanak-kanak berkeperluan khas

atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak

berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal,

cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan

sebagainya. Menurut Kamariah Jarji (1994), Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-

pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang

sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan

pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang

dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial

dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan

menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan

Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi

setiap mata pelajaran yang diambil.

Perkataan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris. Inclusive membawa maksud

termasuk atau merangkumi semua. Di dalam konteks pendidikan, pendidikan inklusif

boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap individu sama ada normal atau

sebaliknya berhak mendapatkan pendidikan umum. Ini termaktub dalam Dasar

Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan

falsafah dan tujuan pendidikan yang tersebut, Pendidikan Inklusif merupakan peluang

pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak di Malaysia, termasuk

yang berkeperluan khas. Melalui Program Inklusif ini, murid berkeperluan khas yang

berpotensi belajar, akan ditempatkan di dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang

guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa.

2

Page 3: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503>

2.0 KATEGORI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kanak-kanak yang berkeperluan khas

memberi definasi yang menekankan kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,

penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran pengembangan.

Pendekatan baru menolak pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan

kecacatan dan ketidakbolehan. Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran

tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan

keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku

sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran matematik,

kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan,

kebolehan penglihatan, dan kebolehan pendengaran.

Bermasalah pendengaran

Bermasalah penglihatan

Bermasalah pembelajaran

Bermasalah kerencatan akal

Bermasalah tingkah laku dan emosi

Bermasalah pertuturan atau bahasa

Pintar cerdas

Bermasalah fizikal

Bermasalah kesihatan

Masalah bergabung

3

Page 4: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503>

3.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru

menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,

keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai

keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat

memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan

teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada

dilaksanakan secara kelas. Kumpulan mahupun secara individu. Berpandukan matlamat

dan objektif dalam kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

boleh digunakan adalah:

i) Pendekatan Analisis Tugasan

Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada

beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh

seseorang murid. Kaedah analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran

yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid.

Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.

Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih.

Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.

Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan

kebolehan murid.

Guru menjalankan analisis tugasan.

Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai

kemahiaran yang diajar.

4

Page 5: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503> Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat

menguasai kemahiran yang hendak diajar.

ii) Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui

aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan

pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini

boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan

psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.

Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah:

Aktiviti yang menyeronokkan.

Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.

Permainan bebas dan terancang.

Keanjalan masa.

Percubaan idea sendiri.

Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.

iii) Pendekatan Pengajaran Bertema

Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah yang

bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan Pengajaran Bertema melibatkan

perkara-perkara berikut:

Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran.

Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa

semasa.

Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru diperoleh

secara tersusun dan sistematik.

Peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran.

5

Page 6: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503> Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih

khusus.

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:

Kesesuaian dengan kehidupan murid.

Peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti kemahiran

asas mendengar, membaca, menulus, mengira, penggunaan komputer dan lain-

lain.

Kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid

mendapat kemahiran penyelesaian masalah.

Sumber yang mudah didapati.

Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta

meningkatkan pengetahuan murid.

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam Pendekatan Pengajaran Bertema:

Sumbangsara berdasarkan topik oleh murid.

Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid

mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam

konteks yang bermakna.

Mencipta peta minda untuk tema.

Merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir.

Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan

berkaitan dengan tema.

iv) Pendekatan Pembelajaran Pengalamian

Pendekatan Pembelajaran Pengalamian adalah berdasarkan kesediaan dan

keupayaan individu. Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di mana murid

diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri. Guru yang melaksanakan kaedah ini

seharusnya menjalankan peranan berikut:

Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.

6

Page 7: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503> Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.

Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperoleh.

Menyusun sumber untuk proses pembelajaran.

Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.

Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan

mengongkong mereka.

Prinsip-prinsip Pendekatan Pembelajaran Pengalamian ialah:

Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan.

Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid.

Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan dengan

murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid.

Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran

baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu.

Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat

tentang apa yang dibuat atau dipelajari.

Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang baru

dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.

v) Pendekatan Pembelajaran Masteri

Pendekatan Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran untuk memastikan semua murid meguasai hasil pembelajaran yang

dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran

seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan

pendidikan berkualiti. Guru perlu menyedari bahawa murid mempunyai kebolehan dan

keperluan yang berbeza antara satu sama lain. Murid juga memerlukan pendekatan

pendidikan yang sesuai dan berkesan serta perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan

sikap yang diajarkan.

7

Page 8: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503> vi) Pendekatan Kolaborasi

Latihan Kemahiran Kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas

bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran

kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam

kehidupan. Latihan Kemahiran Kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

Latihan dalaman – berbentuk kerja projek.

Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.

Contoh:

a) perkebunan dan penjualan hasil tanaman.

b) aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek dan lain-lain.

         memelihara ikan, burung dan lain-lain

Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar.

Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu

persekolahan. Membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan murid seperti

batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual.

vii) Aktiviti Luar Bilik Darjah

Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:

memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar

rekreasi

bersosialisasi dan berkomunikasi

aktiviti yang menggembirakan

penerokaan dan interaksi dengan persekitaran

aktiviti bebas dan terancang

4.0 KEPERLUAN FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR

Pihak Jabatan Pendidikan Khas perlu peka terhadap keperluan guru-guru. Selain

menambah dana penganjuran kursus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK juga perlu

membawa guru- guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang

8

Page 9: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503> pendidikan khas ini. Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan

guru pendidikan khas kerana mereka yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan

murid ini. Tambahan pengalaman langsung adalah lebih praktikal berbanding hanya

mendapat bayangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan

dalam membuat penambahbaikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkaitan.

Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana di

Amerika iaitu Individual of Disability Education Act, 2004.

Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah juga

perlu lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru Pendidikan Khas. Malah,

pihak terbabit perlu bersifat selektif terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru

Pendidikan Khas ini. Menjadi seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran

tidak semudah disangka. Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru terbut juga

perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan

pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu

daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak

pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina

dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru Pendidikan

Khas.

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa,

belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik

dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan

tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian

juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa

hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan

yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada

rakan sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka

dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan

Pencapaian pelajar yang lebih baik adalah melalui persekitaran dan suasana bilik darjah

yang sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor

9

Page 10: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503> keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau

sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta

keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar

dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan

baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya

untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah

dan berwarna warni, selesa, riang dan terdapat interaksi antara guru dan murid yang

seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika

dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

10

Page 11: HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

<HBEF3503>

11