HBEF 1403 baru.doc

27
HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN RUSIAH BINTI MUKSAN 1.0 PENGENALAN Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif.Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik,daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi,persepsi dan konsepsi,juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa,bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,penerokaan unsur,inkuiri,integrasi maklumat serta idea,pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif,menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain.Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.Peta minda yang digrafikkan

Transcript of HBEF 1403 baru.doc

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN RUSIAH BINTI MUKSAN

1.0 PENGENALAN

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif.Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik,daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi,persepsi dan konsepsi,juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa,bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,penerokaan unsur,inkuiri,integrasi maklumat serta idea,pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif,menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain.Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar.Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Konsep pengajaran Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang.Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu,ekspresi kreatif,penggubahan,penghasilan dan persembahan,persepsi estetik,pertimbangan estetik,warisan budaya kraf,dan seni tampak.Justeru,Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.

..11.1Penerangan Tentang Pelan Lokasi Sekolah.

Dalam tugasan saya kali ini ialah cadangan reka bentuk bilik seni di sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Sekolah Kebangsaan Jitra 3 atau lebih sinonim dipanggil SKJ 3 terletak di pekan Jitra dalam daerah Kubang Pasu. Kedudukan SKJ 3 yang dikelilingi oleh kawasan perumahan taman dan ada juga kampung iaitu kampung Gelam. Oleh kerana sekolah ini dikelilingi oleh perumahan taman oleh itu majoriti murid-muridnya terdiri daripada keluarga kakitangan kerajaan. Kawasan sekolah ini juga dikelilingi oleh sawah padi. Bangunan sekolah SKJ 3 ada empat bangunan utama yang dibahagikan kepada blok A, blok B, blok C dan blok D. Setiap blok bangunan memiliki tiga tingkat iaitu tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua. Blok B, C dan D adalah bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas. Pelan Lokasi Sekolah Kebangsaan Jitra 3 dilampirkan dalam muka surat 3.1.2Penerangan Tentang Pelan Lokasi Bilik Seni

Persekitaran memainkan perana penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria murid-murid. Apabila murid-murid berada di persekitaran yang banyak memberi dorongan dan galakan, oleh tiu murid-murid akan menjadi seorang yang bermotivasi untuk belajar. Oleh tiu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni untuk mengujudkan sebuah bilik seni yang khusus dan menarik supaya murid-murid selesa belajar dalam bilik tersebut. Bilik seni memang telah disediakan oleh pemaju untuk sekolah ini. Bilik seni SKJ 3 terletak di blok D tingkat bawah sekali. Bilik ini bersebelahan dengan bilik Kemahiran Hidup. Kedudukan bilik ini amat sesuai kerana berada di tingkat bawah oleh itu bahan-bahan pendidikan seni mudah diangkut terus ke bilik tersebut. Ini kerana kedudukan bilik ini yang rapat dengan jalan tar yang memudahkan kenderaan masuk membawa barang-barang pendidikan seni seperti cat, alat-alat melukis, alatan untuk mewarna, kertas warna dan sebagainya. Selain daripada itu kedudukannya juga sesuai untuk membina singki dan paip air kerana bilik ini berada di tingkat bawah dan berdekatan dengan punca air. Pelan Lokasi Bilik Pendidikan Seni dilampirkan dalam muka surat 4...21.3Penerangan Tentang Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni. (dilampirkan dalam muka surat 5)A.StorStor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.

Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.

B.Ruang Pejabat SeniRuang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal...6

C.Ruang CetakanRuang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional. D.Ruang TekstilTidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Dalam bilik ini ada ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk menekap kain dan penyidai untuk menyidai atau menjemur kain yang telah ditekap.E.Ruang TembikarBilik seni juga mempunyai ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi alat-alat untuk membuat tembikar seperti tanah liat dan mesin pemutar tembikar. Dalam ruang ini juga diwujudkan ruang untuk mempamerkan hasil kerja murid-murid. Selain daripada itu pameran tembikar ini boleh dipamerkan kepada pelawat yang datang ke bilik seni ini.F.Ruang Utama Pengajaran Dan PembelajaranRuang utama terletak di kawasan tengah bilik. Ruang ini adalah tempat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam ruang ini ada kerusi dan meja murid, meja guru, papan tulis, white board, tong sampah dan ruang pameran. Ruang ini boleh menampung 40 orang murid dalam satu sesi pembelajaran. Dalam bilik ini juga dipasang kipas angin untuk keselesaan murid-murid semasa pembelajaran dijalankan.

..7

G.KoridorDinding koridor ini boleh digunakan oleh murid-murid untuk melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan mengikut keperluan dan ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas seperti ini, secara tidak langsung akan memudahkan murid-murid mempamerkan hasil seni mereka sendiri.

2.0 SUASANA DALAM BILIK SENI.Adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir sekolah menyediakan satu bilik pendidikan seni visual agar membantu ke arah persekitaran yang selesa dan menarik semasa murid-murid berada di dalam bilik tersebut ketika aktiviti pengajaran pendidikan seni dijalankan. Sekiranya bilik tersebut tidak wujud lagi di sekolah, guru-guru pendidikan seni mestilah meminta sebuah bilik tersebut untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa dan menarik minat murid-murid untuk belajar mata pelajaran berkenaan.

Mengujudkan sebuah bilik seni yang selesa adalah salah satu tanggungjawab guru pendidikan seni supaya bilik tersebut selesa, menjadi tarikan kepada warga sekolah mahupun pelawat yang dating ke sekolah. Suasana bilik seni yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik seni yang baik. Selain iklim bilik yang selesa guru pendidikan seni juga perlu menitik beratkan aspek keselamatan murid-murid semasa berada di bilik seni berkenaan. Sebuah bilik seni yang selesa dan sesuai dengan murid-murid guru-guru pendidikan seni perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:-..82.1 Aspek FizikalMenurut Marland (1975) suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan susunan fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti, pameran, papan tulis, perabot dan lain-lain lagi.

Dari aspek fizikal, penyusuan bilik seni hendaklah relevan dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan yang merangkumi ,2.1.1Cahaya

Bilik seni perlu menerima pencahayaan yang cukup dan sesuai , sama ada cahaya tersebut dating daripada cahaya matahari mahupun cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik seni berikut.Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam bilik seni tersebut. Hal ini akan membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid semasa berada dalam bilik seni berkenaan.

2.1.2 Peredaran udara

Peredaran udara juga memainkan peranan penting dalam sebuah bilik seni.Peredaran udara yang baik dalam bilik seni akan menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan kepada murid. Oleh itu tingkap-tingkap mestilah sesuai jumlahnya dengan bilik tersebut supaya udara beredar dalam ruang yang sesuai dengan bilik seni tersebut.

2.1.3 Stor

Sebuah bilik seni yang selesa perlu mempunyai stor. Dalam stor tersebut boleh digunakan untuk penyimpanan alat-alat seni, bahan-bahanyang akan digunakan dan hasil kerja murid. Alatan dan bahan-bahan tersebut perlu disusun mengikut kategorinya dan dilabelkan untuk memudahkan guru atau murid-murid mengambil bahan-bahan atau alatan yang diperlukan. Sebagai contoh bahan-bahan daripada jenis cecair diasingkan dengan bahan-bahan kertas dan sebagainya...92.1.4 Panel dan Rak Pameran

Kelengkapan dan ruang pameran adalah perlu diwujudkan dalam bilik seni. Hal ini kerana ia bertujuan untuk mempamerkan hasil kerja murid. Hasil kerja murid yang dipamerkan ini akan menimbulkan motivasi dalam diri murid untuk menghasilkan karya yang lebih menarik lagi.

2.1.5 Perabot

Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik seni hendaklah sesuai dengan aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. Penyusunan meja dan kerusi perlu mengikut kumpulan untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan selain daripada menggalakkan nilai-nilai kerjasama, hormat-menghormati sesame rakan.2.1.6 Kemudahan asas .

Kemudahan asas juga tidak kurang pentingnya di dalam sebuah bilik seni. Paip air dan sinki serta punca elektrik perlu diubahsuai dan dipasang pada tempat yang sesuai yang melibatkan banyak aktiviti pendidikan seni visual dijalankan.

2.1.7 Saiz bilik seni

Saiz bilik seni yang sesuai perlu agar murid mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan memberikan keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.2.1.8 Kebersihan dan keindahan

Keadaan bilik seni yang bersih dan indah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bakul sampah perlu disediakan mengikut keperluan supaya murid tidak membuang sampah merata-rata dalam bilik seni tersebut...102.2 Aspek Sosial

Aspek sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik seni yang diwujudkan. Murid-murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Aspek sosial ini akan dapat

a) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.

b) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif.

c) mewujudkan suasana interaksi sesame murid.

d) memudahkan komunikasi anatara guru dan murid.

e) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

Selain itu, murid-murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah . Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid-murid serta interaksi antara murid dan guru. Penyediaan ruang yang sesuai dalam bilik seni visual dapat dijalankan aktiviti kumpulan dengan berkesan yang mana akan mewujudkan sikap saling membantu antara satu sama lain ketika aktiviti dijalankan.

2.3 Aspek Emosi

Menurut Rousliludin Ambia, Mohd Jamil Ahmad et. al (2006) Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. ..11Selain itu, hiasan dalaman yang merangkumi susun atur perabut, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik seni visual dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi murid-murid. Jumlah perabut dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsang pembelajaran murid-murid.

Penyediaan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagaan hasil kerja muridoleh guru dapat membina keyakinan dan kepuasan murid-murid dalam menghasilkan kerja seni.3.0EMPAT BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan seperti berikut:-

.

Rajah 1: Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Sekolah Rendah

..12Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Berikut dihuraikan secara ringkas keempat-empat komponen tersebut:-

3.1MenggambarBidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Terdapat dua belas jenis teknik yang digunakan dalam menggambar.

..13Kemudahan yang terdapat di dalam bilik seni visual dapat memberikan impak yang besar kepada murid dalam menghasilkan hasil karya yang terbaik. Penggunaan alat dan bahan yang sesuai dan mencukupi adalah perlu bagi murid-murid untuk melukis. Pelaksanaan menggambar boleh dilakukan di dalam ruang kerja yang disediakan dalam bilik seni visual. Sebelum menghasilkan sesuatu karya , murid-murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan 3.2 Membuat Corak Dan RekaanBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suaturekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti :

..14 Corak terancang secara:

a. Lukisan

b. Catan

c. Cetakan

d. 4 Capan

e. 5 Lipatan dan guntingan

f. Resis

g. Kolaj

h. Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. Dalam pelan lantai cadangan bilik seni saya disediakan bilik untuk ruangan cetakan. Hal ini demikian membolehkan murid-murid selesa menjalankan aktiviti tersebut kerana ada disediakan sinki dan paip air untuk kemudahan murid-murid membersihkan tangan dan alat-alat yang telah digunakan untuk aktiviti tersebut.

3.3Membentuk Dan Membuat BinaanBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

..15Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

a. Arca timbul

b. Asemblaj

c. Mobail

d. Stabail

e. Model

f. Diorama

g. Boneka

h. Topeng

i. Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Dalam pelan lantai bilik seni tersebut dicadangkan satu ruang untuk ruang tembikar, ini kerana untuk membuat tembikar perlu ada roda pemutar tembikar yang sesuai. Oleh sebab itu ruang tersebut akan diletakkan alat roda pemutar tembikar.

3.4Mengenal Kraf TradisionalKraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

a. Alat domestik

b. Alat permainan

c. Alat pertahanan diri..16d. Perhiasan diri (ornamen)

e. Batik

f. Tekat

g. Ukiran

h. Tenunan

i. Anyaman

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Dalam pelan lantai cadagan saya juga disediakan ruang tekstil untuk memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti membuat batik. Oleh itu ruang tersebut akan dibubuh para gantung tekstil untuk menggantung kain hasilan murid-murid.

4.0PENUTUP

Sebuah bilik seni yang selesa dan boleh menarik minat murid-murid untuk belajar perlulah mempunyai ruang lengkap dengan alat-alat yang diperlukan, susunan perabot, alat-alat pameran, dan lain-lain lagi hendaklah kemas, bersih dan menarik dipandang. Sebagai guru pendidikan seni visual kita perlulah berusaha untuk mewujudkan satu suasana atau iklim bilik seni yang kondusif dan dapat meningkatkan daya kreativiti murid-murid dalam mata pelajaran tersebut. Pengurusan bilik seni yang baik dapat membantu murid-murid menguasai ilmu pendidikan seni visual dengan berkesan dan menjadi salah satu mata pelajaran yang diminati oleh murid-murid. Murid-murid pasti tidak sabar untuk menunggu masa untuk belajar mata pelajaran berkenaan...17Maklumat Sokongan

..18

..19Ruang / sudut pameran hasil kerja murid.

..20RUJUKAN:

Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, ZuraimiZakaria (2009 ). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.Rousliluddin bin Ambia, Mohd Jamel bin Hj, Mohd Taslim bin Abd.Rahim, Manan bin Sarbani (2007). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni. Open Universiti Malaysia,

Kuala Lumpur.

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail ( 2008 ). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Sawari ( 2010 ). Pendidikan Seni Visual. Seni Melambangkan Jatidiri 1 Malaysia.(atas talian ) http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html ( 29 Feb 2012 )

Imann ( 2009 ). Keberkesanan Pengajaran Dalam Konteks Pendidikan Seni Visual. (atas talian) http://imann9969.blogspot.com/2009/06/keberkesanan-pengajaran-dalam-konteks.html

http://babasani.multiply.com/journal/item/95/KEPENTINGAN_SENI_VISUAL_DALAM_PENDIDIKAN_KANAK-KANAKhttp://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni-visual.htmlhttp://chikya87.blogspot.com/2010/04/kepentingan-kreativiti-dalam-pendidikan.htmlhttp://smktphpsv.wordpress.com/2009/03/24/pendidikan-seni-visual-di-sekolah/..21ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat1.0 Pengenalan

1

1.1Penerangan Tentang Pelan Lokasi Sekolah

2

1.2Penerangan Tentang Pelan Lokasi Bilik Seni

2

Pelan Ke SK Jitra 3.

3

Pelan Bilik Seni

4

Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni

5

1.3Penerangan Tentang Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni

6 8

2.0Suasana Dalam Bilik Seni

8 12

3.0 Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual

12 133.1Menggambar

13 - 14

3.2Membuat Corak dan Rekaan

14 - 15

3.3Membentuk dan Membuat Binaan

15 - 16

3.4Mengenal Kraf Tradisional

16 - 17

4.0 Penutup

17Maklumat Sokongan

18 20

Rujukan

21

Rujukan

Membentuk dan membuat binaan

Menggambar

Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Membuat Rekaan dan corak

Kraf Tradisional

Mozek

Resis

Capan

cetakan

Gurisan

Teknik teknik menggambar

Montaj

Percikan

Kolaj

Stensilan

catan

Gosokan

lukisan

Corak tidak terancang secara :

Pualaman

Tiupan

Titisan

Ikatan dan celupan

Renjisan dan percikan

Susun atur perabot yang menarik menceriakan suasana

Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Suasana di dalam bilik seni semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Perbincangan menceriakan bilik seni