Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

12
  DOKUMENTASI AMALI I

Transcript of Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

Page 1: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 1/12

 

 

DOKUMENTASI AMALI I

Page 2: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 2/12

 

Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

Hamster memiliki karakter badan yang bulat dengan ekor yang lebih pendek

daripada badannya dan memiliki telinga yang berbulu, kaki yang lebar, pendek dan

gemuk. Hamster memiliki bulu yang tebal dan panjang, dan bulunya memiliki

berbagai warna tergantung spesies hamster tersebut, contohnya hitam, kelabu,

putih, coklat, kuning dan merah. Bahagian bawah hamster berwarna putih, kelabu

mahupun hitam. Hamster Dzhungaria - dikalangan pencinta hamster dikenal sebagai

Hamster Winter White (Phodopus sungorus) dan hamster kerdil bergaris (Cricetulus

barabensis) memiliki garis hitam dibawah bahagian tengah punggungnya. Hamster

kerdil padang pasir (genus Phodopus) adalah hamster terkecil, dengan panjang

badan 5 sampai 10 sentimeter (sekitar 2 sampai 4 inci) , sedangkan hamsterterbesar adalah hamster Eropa (Cricetus cricetus), dengan panjang badan lebih dari

34 sentimeter, tidak termasuk ekor pendek yang memiliki panjang 6 sentimeter.

Setelah mengetahui sedikit fakta ringkas mengenai hamster terdapat beberapa

perkara yang telah di ambil kira dalam memilih jenis baka untuk dijadikan haiwan

peliharaan antaranya ialah:

Hamster Sirian 

Page 3: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 3/12

 

Faktor pemilihaN JENIS BAKA

Hamster ini besar dan gerakannya sedikit lambat jika dibandingkan dengan jenis

yang lain sehingga sangat sesuai bagi anak-anak jika dijadikan sebagai haiwan

kesayangn. Baka jenis ini sangat mudah dipegang dan mudah dijinakkan. Hamster

Syrian juga memiliki banyak variasi warna, mulai dari yang polos sampai yang

memiliki berbagai corak. Kelebihan lainnya adalah hamster Syrian adalah satu-

satunya jenis Hamster yang memiliki jenis bulu panjang (long hair). Hamster Syrian

bersifat soliter (penyendiri), jadi bagi orang yang hanya ingin memelihara satu ekor

Hamster saja, dapat memelihara Syrian tanpa takut merasa Hamster itu akan

kesepian tanpa teman Hamster lainnya. Namun kami juga tidak mengambil mudah

mengenai kekurangan jenis baka ini yang perlu di ambil perhatian seperti,perbelajaan kos yang lebih besar untuk makanan, kandang dan serbuk kayu, ini

kerana ukuran tubuh yang besar memerlukan segala sesuatunya dalam jumlah yang

lebih banyak. Selain itu kaedah pembiakan yang sedia ada di kedai haiwan secara

masal telah menyebabkan baka ini tidak lagi berkualiti serta sering mengalami

masalah kekurangan gizi.

Pergerakan yang lambat

sesuai untuk dijinakkan

Saiz yang lebih besar

mudah dipegang

Mempunyai warna yang

pelbagai variasi

Tidak memerlukan

pasangan boleh hidup

seekor sahaja

Page 4: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 4/12

 

Terdapat tiga ekor hamster syiria yang telah kami pilih untuk ditempatkan di dalam

sebuah sangkar. Hamster tersebut mempunyai umur diantara 3 hingga 5 bulan yang

sebelum ini telah dijinakkan. Pada usia ini hamster tersebut telah mencapai usia

matang dan boleh dibiakkan. Berikut ialah maklumat-maklumat mengenai hamster

yang dipilih :

Jenis hamster Jantina Nama

Hamster

Warna Bulu Usia

Syirian Jantan Mico Putih tompok

coklat

12 bulan

Syirian Jantan Jacob Putih tompok

coklat

5 bulan

Syirian Betina Bella Coklat

keemasan

5 bulan

Mico, Jacob, bella 

Page 5: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 5/12

 

 Jenis-jenis Hamster

A. HAMSTER SIRIA

(Mesocricetus auratus) ditemukan pertama kali pada tahun 1930 oleh Iaharoni,

seorang profesor zoologi universiti habrew, yerusalem. Hamster ini pertama kali

ditemukan didalam sebuah lubang sepanjang lapan kaki di kawasan padang pasir

Aleppo, Siria. Oleh sebab itu hamster ini dikenali dengan nama hamster Siria (Syrian

hamster).

- umur 2,5 tahun, jika dirawat dengan baik.

- panjang 15 hingga 20 cm bila sudah dewasa.

- Jenis hamster siria : (short hair, long hair, rex, satin).

Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang aktif

pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup bersendirian. Biasanya

yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan. Mereka akan keluar pada

siang hari untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala yang jantan, agak

malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan makan. Jenis ini boleh untuk

dilatih supaya aktif lebih awal. Jenis jantan akan berbulu panjang dan mempunyai

skirt.

Bulu pendek Bulu panjang 

Page 6: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 6/12

 

B. HAMSTER CAMPBELL

(Phodopus sungoriscampbelli) Ditemukan pertama kali pada thn 1905 oleh Thomas

Campbell. hamster ini berasal dari asia tengah, terutama banyak ditemukan di

daerah Mongolia dan timur laut cina.

-Umur 1 hingga 2 tahun, bila dirawat dgn baik.

-Panjang 9 hingga 12 cm, bila sudah dewasa.

-Jenis hamster campbell:

(albino,panda,black bear,argente,opal,blue)

- masa kehamilan hamster campbell 18

hingga 21 hari.

Campbells adalah lebih kecil daripada

Syrians dan tinggal secara koloni. Jenis ini

membiak dengan cepat dan disyorkan

supaya mengasingkan kedua-dua jantina.

Hanya tempatkan yang sama jantina sahajadi dalam satu sangkar. Biasanya mereka

mesra sesama mereka namun mereka juga

bergaduh terutamanya apabila induk betina

tercabar dengan yang lain. Apabila mereka

bergaduh dan cedera, pisahkan mereka

dengan segera. Namun jangan terus

mengasingkan mereka apabila kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka

hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk

mereka berbaik semula di kemudian hari. Campbells biasanya menggigit manusia

namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang mesra dengan manusia.

Page 7: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 7/12

 

C.HAMSTER ROBOROVSKI

(Phodopus roborovskii) hamster ini berasal dari mongolia bahagian barat dan timur

serta sebelah utara cina. roborovski hidup di dalam lubang sedalam 50 hingga 150

cm.

- Umur 3,5 hingga 4 tahun bila dirawat dgn baik.

- Panjang 4 hingga 5 cm bila sudah dewasa.

-Jenis hamster roborovski : (normal,white face).

Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster

dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jikaterlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan

 jika mereka berasa makanan dan ruang tidak mencukupi. Berhati-hati jika membela

beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang

banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas. Jenis ini jugak tidak

sesuai untuk untuk dijadikan haiwan peliharaan yang jinak kerana sukar untuk

membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam

sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai banyak permainan. Kita bolehmelihat kehidupan hamster di dalam sebuah aquarium dan kurang sesuai untuk

dibawa bermain di luar.

Page 8: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 8/12

 

D.HAMSTER WINTER WHITE

(Phodopussungorus sungorus) ditemukan pertama kali dijadikan sebagai bahan

tulisan dalam sebuah kajian pada tahun 1770. Nama winter white yang diberikan

pada hamster ini didasarkan oleh perubahan warna bulu bila terjadi perubahan suhu.

pada musim dingin, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih dan kembali ke

warna asal pada musim panas. Hamster winter white berasal dari bahagian timur

Kazakhastan dan Tenggara Siberia.

- Umur 1,5 hingga 2 tahun bila dirawat dengan baik.

-Panjang 7 hingga 9 cm bila sudah dewasa.

-Jenis hamster winter white : (normal,safir,pearl,golden)

Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan

mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap

manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang

sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra,

lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama

mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whitesbetina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar.

Winter Whites juga tidak mempunyai sejarah diabetis

Page 9: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 9/12

 

E. HAMSTER CINA

(Cricetulus griseus) hamster ini berasal dari daerah utara cina dan termasuk dalam

kluarga hamster berekor panjang.

- Umur 2 hingga 4 tahun, bila dirawat dengan baik.

- panjang maksima boleh mencapai 10 cm.

- Jenis hamster cina : (normal,putih,berbintik2).

Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini amat

mesra dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan sepasang bersama dalam

sangkar tetapi jika bergaduh perlu dipisahkan dengan segera. Mempunyai saiz yangagak kecil meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor tikus

kecuali ada yang tidak mempunyai ekor yang panjang.

Hamster cina 

Kelengkapan Memelihara Hamster

Page 10: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 10/12

 

A.Sangkar

Terdapat beberapa jenis sangkar yang boleh diperolehi dari kedai-kedai haiwan

peliharaan. Ukuran sangkar yang sesuai bagi seekor hamster ialah minimum 25 cm

x 30 cm dan cukup tinggi untuk menempatkan sebuah roda mainan yang besar.

Semakin besar ukurannya, semakin baik sangkar tersebut. Tetapi, seekor hamster

sudah cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi ianya dilengkapi dengan

mainan, minimum sebuah roda mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang

disyorkan untuk sebuah sangkar hamster adalah seperti berikut. Alasnya dibuat

daripada plastik. Bentuk sangkar sebaik-baiknya segi empat kerana hamster

memiliki kecenderungan membuat

sarang,menyimpan makanan dan membuang

kotoran di sudut yang berbeza. Penutup

sangkar dibuat dari batang-batang besi agar

hamster dapat berlatih memanjat. Penggunaan

sangkar kayu adalah tidak sesuai kerana

hamster adalah sejenis haiwan yang menggerit

dan mempunyai gigi yang tajam. Oleh itu,

sangkar kayu akan mudah rosak digerit atau

digigit oleh hamster dan tidak selamat lagi

untuk didiami. Akuarium juga boleh digunakan

sebagai sangkar alternative.

Sangkar seperti ini diperlukan untuk hamster

yang bunting sehingga proses melahirkan anak.

Jika menggunakan sangkar dengan jeriji besi,

anak hamster yang baru lahir akan terkeluar jatuh dari sangkarnya. Tetapi, jika

menggunakan akuarium sebagai sangkar, hanya botol minuman sahaja yang perlu

disediakan dibahagian tepinya.   Selain itu, bahagian atas sangkar perlu ditutup

kerana hamster merupakan haiwan yang cukup licik dan mudah hilang dari

sangkarnya.

B.Bekas Makanan dan Minuman

Page 11: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 11/12

 

Bekas makanan yang digunakan biasanya diperbuat daripada plastik. Untuk tempat

minumnya pula, gunakan botol yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat

hujungnya. Bekas minuman yang berbentuk mangkuk atau terdedah tidak sesuai

digunakan kerana mudah tumpah. Hamster termasukd alam haiwan yang sukakan

air dan bekas seperti ini boleh membahayakan hamster itu sendiri.

C. Serabut Kayu

Kebiasaannya serabut kayu digunakan untuk mengalas sangkar hamster. Selain

sebagai alas tidur, serabut kayu juga berfungsi sebagai penyerap urin dan bahan

untuk membuat sarang. Serabut kayu

boleh dibeli di kedai-kedai haiwandengan harga yang murah.

Penggantian serabut kayu perlu

dilakukan secara rutin. Untuk sangkar

yang berukuran kecil dan sederhana,

serabut kayu perlu diganti 3-4 hari

sekali. Penggantian serabut kayu

untuk sangkar yang besar boleh

dilakukan semigggu sekali kerana pada dasarnya hamster adalah haiwan yang

pembersih. Tetapi serabut kayu yang terletak disudut yang digunakan sebagai

tempat pembuangan sebaik-baiknya diganti sekerap yang mungkin. Penggunaan

kertas surat khabar sebagai alas hamster tidak digalakkan. Racun yang terdapat

dalam dakwat yang digunakan dalam surat khabar boleh menyebabkan alahan

kepada hamster. Ia juga akan menyebabkan bulu hamster kelihatan kotor

D. Permainan

Page 12: Hamster Yang Dipilih Untuk Amali

5/14/2018 Hamster Yang Dipilih Untuk Amali - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hamster-yang-dipilih-untuk-amali 12/12

 

Permainan yang biasa digemari oleh hamster ialah roda yang boleh berputar.

Permainan ini amat murah dan mudah diperolehi tetapi saiznya perlu diberi

perhatian. Jangan menggunakan roda berputar yang berdiameter kecil kerana ia

akan menyebabkan luka yang serius pada belakang hamster.Permainan lain yang

boleh digunakan ialah lorong-lorong yang diperbuat daripada plastik. Permainan ini

memerlukan sangkar khusus atau sangkar yang lebih luas. Di samping itu,

membersihkan permainan jenis ini memerlukan masa yang lebih lama. Sebagai

haiwan penggerit, seekor hamster akan gembira jika mendapat permainan yang

boleh digigit. Sediakan beberapa batang kayu yang dapat digigit sehingga habis.

Batang kayu atau kadbod ini boleh dibeli atau dibuat sendiri.