Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

download Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

of 6

Transcript of Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

  • 7/31/2019 Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

    1/6

    Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-

    Sunnah Wa Al-Jama`ah

    Maulana Muhammad `Asri Yusoff

    www.darulkautsar.net

    : .

    Hadits-hadits yang selalu digunakan oleh Syi`ah untuk menghujah Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah dapat

    dibahagikan kepada beberapa kelompok berikut:

    (1) Hadits-hadits yang memang sahih menurut piawaian Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah. Tetapi Syi`ah

    memakainya dengan ma`na-ma`na yang disimpul mereka sendiri tanpa mengambil kira pendapat Ahli as-

    Sunnah wa al-Jama`ah yang memahaminya berdasarkan qaedah-qaedah yang absah menurut al-Quran

    dan as-Sunnah. Antara hadits seperti ini ialah hadits Tsaqalain yang tersebut di dalam Sahih Muslim.

    (2) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` rekaan Syi`ah yang tersebar di kalangan Ahli as-Sunnah wa al-

    Jama`ah. Walaupun ia tersebut di dalam kitab-kitab turats (warisan) Sunni, tetapi pengarang kitab-kitab

    turats itu biasanya mengemukakannya dengan sanad-sanad yang mengandungi perawi-perawi Syi`ah.

    Tujuan mereka memasukkan hadits-hadits Syi`ah itu ke dalam kitab-kitab mereka antara lainnya ialah

    untuk:

    a) Memperkenalkan perawi-perawi Syi`ah.b) Menyatakan bahawa perawi-perawi itulah yang merupakan paksi dalam penyebaran fahaman-

    fahaman Syi`ah di kalangan masyarakat Sunni.

    c) I`tibar iaitu untuk perbandingan di antara riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh mereka denganriwayat-riwayat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh perawi Sunni.

    d) Menyatakan ciri-ciri riwayat mereka. Riwayat dengan ciri-ciri tertentu seperti mengandungi unsurkebencian kepada sahabat Nabi s.a.w. atau memburuk-burukkan mereka, tidak terdapat kecuali

    pada golongan Syi`ah. Merekalah orang-orang yang bertanggungjawab menyebarkannya.e) Perbezaan yang terdapat di dalam riwayat yang dikemukakan oleh perawi Syi`ah dengan fahaman

    dan pegangan mereka yang sebenar. Keadaan ini berlaku apabila perawi-perawi Syi`ah

    bertaqiyyah dalam masyarakat Sunni.

    (3) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang dikatakan tersebut di dalam kitab-kitab utama Ahli as-Sunnah wa al-

    Jama`ah tertentu seperti Sahih Bukhari sebagai contohnya, padahal ia tidak ada pun di dalam Sahih

    http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4545http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4545http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4545http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4545
  • 7/31/2019 Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

    2/6

    Bukhari. Dengan cara ini golongan Syi`ah cuba mengelirukan orang-orang awam Ahli as-Sunnah wa al-

    Jama`ah, kononnya ia terdapat di dalam kitab berkenaan.

    (4) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang dikatakan tersebut di dalam kitab-kitab tokoh-tokoh Sunni. Padahal

    kitab-kitab itu tidak pernah diterima sebagai kitab Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah oleh sesiapa pun. Penulis-

    penulisnya yang dikatakan Sunni itu pula sebenarnya adalah Syi`ah. Sebagai contohnya kitab Yanaabi` al-

    Mawaddah dan pengarangnya Sulaiman bin Ibrahim al-Qanduzi.

    (5) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` yang memang tersebut di dalam kitab-kitab karangan tokoh-tokoh Ahli

    as-Sunnah wa al-Jama`ah. Tetapi kitab-kitab itu ditulis mereka khusus untuk menghimpun dan

    membahaskan hadits-hadits dha`if dan maudhu`. Ia tidak ditulis untuk dijadikan hujah. Kewujudan hadits-

    hadits seperti itu tidak lebih daripada contoh-contoh yang diberikan sahaja. Seperti Kitab al-Kaamil Fi

    Dhu`afa ar-Rijaal oleh Ibnu `Adi, ad-Dhu`afaa oleh al-`Uqaili, Mizaan al-I`tidaal oleh az-Zahabi dan lain-

    lain.

    (6) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang terdapat kononnya di dalam kitab-kitab tokoh Sunni tertentu. Dan

    tokoh itu menjadikannya sebagai dalil. Sedangkan ia adalah karangan tokoh Syi`ah yang senama dengan

    tokoh Sunni yang dida`wakan. Sebagai contohnya Ibnu Qutaibah dan kitabnya al-Imaamah wa as-Siaasah.

    Sebenarnya terdapat dua orang yang dikenali sebagai Ibn Qutaibah. Pertama: Ibrahim bin Qutaibah

    seorang Syi`ah pelampau dan kedua ialah `Abdullah bin Muslim, seorang tokoh Ahli Sunnah. Kitab al-

    Imaamah wa as-Siaasah yang dida`wa karangan tokoh Sunni `Abdullah bin Muslim itu sebenarnya ialah

    karangan tokoh Syi`ah Ibrahim bin Qutaibah tersebut.

    (7) Hadits-hadits yang dihukum oleh sesetengah `ulama Sunni seperti Tirmizi sebagai hasan gharib

    menurut istilahnya sendiri. Pada hakikatnya hadits-hadits itu adalah hadits dha`if bahkan ada kalanya

    maudhu`. Tetapi golongan Syi`ah mengambil sebahagian saja daripada keputusan Tirmizi tentangnya.

    Misalnya dikatakan Imam Tirmizi menghukum hadits ini hasan sahaja. Tanpa menyebutkan juga gharib.

    Padahal Tirmizi telah mengatakan hasan gharib.

    (8) Hadits-hadits yang zahirnya sahih, tetapi ia syaz daripada segi sanad atau daripada segi matannya.

    Hadits-hadits seperti ini pada hakikatnya dha`if juga. Ia tidak harus dikatakan sahih dalam erti kata

    sebenarnya. Seperti hadits Kisaa dan lain-lain.

    (9) Hadits-hadits yang menjadi bahan sendaan golongan Syi`ah terhadap golongan Ahli as-Sunnah wa al-

    Jama`ah kerana menerima dan berpegang dengannya. Padahal di dalam kitab-kitab mereka juga ada

    hadits-hadits itu. `Ulama-`ulama mereka bahkan mensahihkannya. Sebagai contohnya hadits, Kami para

    nabi tidak diwarisi . Hadits Nabi s.a.w. kencing sambil berdiri dan sebagainya.

  • 7/31/2019 Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

    3/6

    (10) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` yang tersebar dengan agak meluas dan banyak pula saluran

    riwayatnya. Tetapi tidak ada satu pun daripadanya yang tsabit. Apa lagi hendak dikatakan sahih. Seperti

    hadits (Aku kota ilmu dan `Ali adalah pintunya) dan sebagainya.

    (11) Hadits-hadits sahih yang dipesong dan diselewengkan dengan diubahsuai, dipinda atau ditokok

    tambah supaya sesuai dengan pegangan dan kepercayaan mereka. Sebagai contohnya hadits:

    [ ] . Perkataan ditukar mereka dengan perkataan yang tentu

    sekali membawa pengertian yang jauh bezanya.

    (12) Hadits-hadits mungkar yang terdapat di dalam kitab-kitab yang tidak mu`tabar dan tidak boleh

    dipertanggungjawabkan. Seperti hadits yang menceritakan Abu Thalib mengucap dua kalimah syahadah

    (memeluk Islam) sebelum kematiannya. Ia hanya terdapat di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh orang-

    orang seperti Ibnu Ishaq. Dan Ibnu Ishaq itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan `aqidahnya oleh

    `ulama-`ulama Sunni.

    (13) Hadits-hadits yang memang berpunca daripada Syi`ah dan tersebut di dalam kitab Syi`ah juga. Tetapi

    mereka mengemukakannya tanpa memberikan rujukan sebenar. Seolah-olahnya ia hadits yang diterima

    oleh semua pihak.

    Walaupun pada hakikatnya golongan Syi`ah gagal menghujah golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah

    dengan menggunakan hadits-hadits seperti itu, namun tidak dapat dinafikan potensinya sangat besar

    dalam memesongkan `aqidah umat Islam. Malah bukan sedikit juga orang-orang Sunni yang telah

    terpedaya dengannya. Maka adalah wajar diketengahkan kepada masyarakat hadits-hadits yang selalu

    digunakan oleh mereka itu dengan pendedahan kelemahan dan kekarutan di sebaliknya. Sebahagian besar

    daripada tulisan ini merupakan saringan daripada buku yang berjodol karangan

    Syeikh `Abdur Rahman Muhammad Sa id Dimashqiya. Penyusunan hadits-hadits menurut abjad di

    dalamnya sangat menarik. Ia perlu sekali dikekalkan utk kemudahan pembaca. Tetapi di sana sini banyak

    sekali tambahan, pindaan dan tokok tambah dibuat oleh penulis sendiri. .

    (1)

    Maksudnya: Para imam sesudahku dua belas orang, sebanyak bilangan nuqabaa Bani Israil.

    Hadits ini lengkap dengan sanad dan matannya adalah seperti berikut:

  • 7/31/2019 Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

    4/6

    :

    :

    Maksudnya: Kata Masruq: Pernah kami duduk di hadapan `Abdullah bin Mas`ud ketika beliau

    mengajarkan al-Quran kepada kami. Tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya beliau. Katanya: Wahai Aba

    `Abdir Rahman, pernahkan kamu bertanya Rasulullah s.a.w. tentang bilangan khalifah yang akan

    memerintah umat ini? Jawab `Abdullah bin Mas`ud: Tidak pernah ada sesiapa pun sebelummu bertanya

    saya tentang perkara itu semenjak saya datang ke `Iraq ini. Kemudian beliau seterusnya berkata: Ya,

    memang kami pernah bertanya Rasulullah s.a.w. Jawab Baginda s.a.w.: Dua belas orang, sebanyak

    bilangan nuqabaa Bani Israil. (Hadits riwayat Ahmad, Abu Ya`la dan al-Bazzaar).

    Hadits ini dha`if. Di dalam isnadnya terdapat Mujaalid bin Sa`id al-Hamdaani. Dia seorang perawi dha`if

    menurut jumhur `ulama Rijaal Hadits. Hafiz Ibnu Hajar di dalam at-Taqrib berkata:

    Maksudnya: Dia perawi tidak kuat. Di akhir hayatnya, fikirannya telah berubah. Demikian juga kata

    al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawaaid. Hadits ini juga tidak mahfuz. Kerana yang ma`lum dari Sya`bi

    ialah beliau meriwayatkannya daripada Jaabir bin Samurah menurut riwayat Ibnu `Aun dan Ibnu Abi Hind

    daripadanya. Mujaalid sendiri juga telah meriwayatkan begitu di dalam Musnad Ahmad. Besar

    kemungkinan riwayat ini termasuk dalam salah satu kesilapan yang telah berlaku kepada Mujaalid. Makahadits ini dari sudut yang lain merupakan hadits mungkar. Dari sudut dirayah juga hadits ini tidak dapat

    diterima. Kerana Syi`ah mengemukakannya untuk membuktikan kebenaran dua belas orang imam mereka,

    sedangkan di dalam hadits yang merupakan puncanya tidak tersebut pun perkataan imam. Yang tersebut

    di dalamnya ialah khalifah. Seperti sedia dima`lumi semua, bagi Syi`ah khalifah dan imam adalah dua

    istilah yang berbeda. Bagi mereka kalifah bukan imam dan imam bukan khalifah. Kalau diandaikan hadits

    ini hasan atau sahih sekalipun, tetap juga ia tidak menunjukkan bilangan imam. Yang ditunjukinya ialah

    bilangan khalifah bukan bilangan imam.

    (2)

    Bermaksud: Carilah ugamamu sehingga dikatakan (engkau) gila.

  • 7/31/2019 Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

    5/6

    Ucapan ini bukan hadits pun. Tetapi at-Tijaani berani mengaitkannya dengan Bukhari. Kononnya Bukhari

    telah meriwayatkannya di dalam Sahihnya! Kalau hendak dikatakan hadits pun boleh juga. Tetapi hadits

    rekaan at-Tijaani, seorang Syi`ah yang menda`wa dirinya telah menemui kebenaran!! Padahal yang telah

    ditemuinya itu kesesatan bukan kebenaran!!! Dengan lafaz di atas, tidak tersebut di dalam mana-mana

    kitab hadits pun ia sebagai hadits. Kalau ada pun hadits yang hampir sama dengannya, hanyalah hadits

    berikut ini: Bermaksud: Perbanyakkanlah zikrullah sehingga orang berkata

    (engkau) gila. (Hadits riwayat Ahmad, `Abd bin Humaid, Abu Ya`la, Ibnu as-Sunni, Ibnu Syaahin, Ibnu

    Hibbaan, Baihaqi di dalam Syu`ab al-Iman dan Haakim). Di dalamnya tidak tersebut pun perkataan carilah

    dan tidak tersebut juga perkataan ugamamu. Hadits ini pun tidak sahih. Ia hanya sebuah

    hadits dha`if dan mungkar. Walaupun Haakim mengatakan sanadnya sahih, tetapi sebetulnya ia dha`if.

    Sebabnya ialah di dalam isnadnya terdapat perawi dha`if bernama Darraaj Abi as-Samh. Kebanyakan

    `ulama Rijaal al-Hadits mengatakan dia dha`if. Abu Daud, Nasaai, Abu Haatim, ad-Daaraquthni dan

    Ahmad sendiri menganggap dia seorang perawi dha`if. Apa lagi kalau hadits itu hadits yang

    diriwayatkannya daripada Abi al-Haitsam. Ibnu `Adi, az-Zahabi dan lain-lain juga menganggap hadits ini

    termasuk dalam manaakiir (hadits-hadits dha`if yang diriwayatkan oleh) Darraaj daripada Abi al-Haitsam.

    (3)

    Bermaksud: Cucuku ini adalah imam, anak imam, saudara imam. Dia bapa kepada sembilan imam

    (seterusnya). Yang kesembilan daripadanya ialah Imam Mahdi. Namanya seperti namaku. Kunyahnya

    seperti kunyahku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia

    (sebelumnya) dipenuhi kezaliman dan kekejaman.

    Demikianlah sabda nabi s.a.w. kepada cucunya Husain sebagaimana yang dida`wa oleh tokoh Syi`ah yang

    dikenali dengan Ibnu Muthahhar di dalam Minhaaj al-Karaamahnya. Apa yang dikatakan sebagai hadits ini

    hanya berpunca daripada Syi`ah Imam Dua Belas semata-mata. Ia langsung tidak terdapat di dalam kitab-

    kitab Sunni yang mu`tabar. Bagi `ulama-`ulama Sunni hadits ini langsung tidak berasas dan ia hanya satu

    pembohongan. Meskipun golongan Syi`ah Imam Dua Belas menda`wa hadits ini mutawatir dan mereka

    menwarisinya turun-temurun, namun mereka sahaja yang membenarkannya. Adapun berpuluh-puluh lagi

    golongan Syi`ah, semuanya mendustakan hadits ini. Golongan Zaidiah, Ismailiah, Kaisaniah, Qaramithah,

    Rawandiah, Mukhtariah dan lain-lain pecahan Syi`ah tidak menerimanya. Mereka bahkan menganggapnya

    sebagai hadits rekaan golongan Syi`ah Imam Dua Belas semata-mata. Imam Ibnu Taimiyyah menolak

    hadits ini dengan mengemukakan dua belas hujah di dalam kitabnya Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah.

  • 7/31/2019 Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

    6/6