Grafik reka leak

24
PENGENALAN Setelah melalui tiga topik pertama ini, apakah tanggapan anda tentang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran. Pernahkah anda terfikir bahawa untuk mempersembahkan sesuatu bahan pengajaran, harus mengikut kesesuaian dan cita rasa anda sendiri? Penggunaan persembahan elektronik menjadi alat bantu mengajar dan belajar penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dewasa ini. Penggunaan persembahan elektronik secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan aktif dan bermutu. Jika kita lihat di Malaysia, secara tidak langsung penggunaan persembahan elektronik dilihat bakal mengantikan secara keseluruhan penggunaan OHP didalam kelas. Betul tak? 4.1 PENGENALAN Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu mengajar dan bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guru-guru di sekolah. Terdapat pelbagai jenis perisian yang telah diperkenalkan, T T o o p p i i k k 4 4 Persembahan Elektronik Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mendefinisi dan menerangkan persembahan elektronik; 2. menjelaskan kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik; 3. menyatakan dan mencirikan persembahan elektronik yang baik; 4. membina dan mengintegrasi papan cerita bagi persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 5. menggunakan fitur-fitur yang terdapat dalam persembahan elektronik untuk memformat objek. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of Grafik reka leak

Page 1: Grafik reka leak

PENGENALANSetelah melalui tiga topik pertama ini, apakah tanggapan anda tentang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran. Pernahkah anda terfikir bahawa untuk mempersembahkan sesuatu bahan pengajaran, harus mengikut kesesuaian dan cita rasa anda sendiri? Penggunaan persembahan elektronik menjadi alat bantu mengajar dan belajar penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dewasa ini. Penggunaan persembahan elektronik secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan aktif dan bermutu. Jika kita lihat di Malaysia, secara tidak langsung penggunaan persembahan elektronik dilihat bakal mengantikan secara keseluruhan penggunaan OHP didalam kelas. Betul tak?

4.1 PENGENALAN Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu mengajar dan bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guru-guru di sekolah. Terdapat pelbagai jenis perisian yang telah diperkenalkan,

TTooppiikk 44 PersembahanElektronik

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mendefinisi dan menerangkan persembahan elektronik; 2. menjelaskan kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik; 3. menyatakan dan mencirikan persembahan elektronik yang baik; 4. membina dan mengintegrasi papan cerita bagi persembahan

elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 5. menggunakan fitur-fitur yang terdapat dalam persembahan

elektronik untuk memformat objek.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 93

dalam bab ini perbincangan akan berkisar kepada cara penggunaan Microsoft powerpoint.

4.1.1 Kegunaan dan Kelebihan Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan elektronik diantaranya ialah Microsoft power point dan Harvard Graphics seperti dalam Rajah 4.1 di bawah:

Perisian Microsoft Powerpoint Perisian Harvard Graphics

Rajah 4.1: Perisian Microsoft Powerpoint & Harvard Graphics

Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dengan mengabungan unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.

Cuba anda fikirkan, apakah kaedah pengajaran yang pernah anda alami atau gunakan semasa anda belajar atau mengajar sekitar 15 tahun yang lalu. Adakah ia membosankan anda? Kini komputer menjadi medium perantaraan serta membantu anda dalam proses mengajar. Apakah perisian yang dapat membantu anda, untuk menghasilkan persembahan elektronik.

Aktiviti 4.1

Page 3: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 94

Menurut Shaifol (2004) penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan menjadikan persembahan:

menarik minat pengguna;

memberi motivasi kepada pengguna; dan

mudah difahami oleh pengguna.

Sifat persembahan elektronik yang mengerakkan 'slide' demi 'slide' menjadikan persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan animasi tanpa 'rendering'. Persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di peringkat awal sebelum animasi di kompail. Tujuan gerakan animasi menggunakan persembahan elektronik ini ialah untuk menilai gerakan tanpa menggunakan proses rendering yang memakan masa.

Persembahan elektronik juga mesra pengguna, butang arahan mudah difahami serta tidak perlu menggunakan kod pengaturcaraan. Oleh kerana sifat perisian persembahan elektronik yang mesra pengguna dan boleh mengabungkan media video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan.

Selain daripada itu, gabungan media persembahan elektronik juga bersifat interaktif. Oleh itu perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan elektronik juga membenarkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta mengilustrasi idea-idea yang kompleks dan memotivasi pelajar.

4.1.2 Reka Letak Reka letak dalam perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan.

Page 4: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 95

(a) PPrinsip Reka Letak Casper

Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakan dengan media tanpa di rancangan menyebabkan persembahan yang kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti dalam Rajah 4.2 berikut:

Rajah 4.2: Prinsip reka letak CASPER

(i) CContrast (Pebezaan yang Ketara) Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian

perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang). Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan, kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.

Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

(ii) AAlignment (Susunan Lurus) Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka

perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Page 5: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 96

(iii) SSimplicity (Mudah) Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna

memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.

(iv) PProximity (Berhampiran) Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian

perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

(v) EEmphasis (Penekanan) Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi

penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan.

(vi) RRepetition (Pengulangan) Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya

pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap media.Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.

Cuba anda senaraikan ciri-ciri perisian yang mempunyai reka letak yang menarik dan menjadi pilihan anda, dalam menghasilkan persembahan elektronik dan berikan contoh.

Aktiviti 4.2

Page 6: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 97

4.1.3 Persembahan Asas Membina Slaid

Terdapat lima unsur yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik. Dalam satu persembahan elektronik tidak semestinya kelima-lima media ini digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.

Rajah 4.3: Lima unsur persembahan elektronik

Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif terhadap persembahan. Penggunaan warna yang banyak dan menyilau contohnya, menyebabkan mata pengguna akan merasa letih. Paparan persembahan yang dibina menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu persembahan akan menganggu tumpuan seterusnya membosan pengguna. Kandungan kognatif dalam satu skrin juga perlu di kawal supaya tidak terlalu banyak.

Pernahkah anda menghadiri kursus atau seminar, pasti anda pernah mengalami situasi dimana penceramah tidak memyediakan sebarang penerangan dalam bentuk visul seperti persembahan Slide. Anda pasti sukar untuk memahainya sekirannya ia merupakan satu bidang yang baru bagi anda. Tahukah anda bagaimana untuk menghasilkan satu persembahan elektronik dengan baik dan berkesan.

Aktiviti 4.3

Page 7: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 98

Penggunaan media ini bergantung kepada keperluan persembahan. Sebagai contoh, dalam persembahan elektronik menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar. Persembahan menggunakan gambar adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks.

Pembangunan perisian perlu memikir dan menganalisis golongan sasaran pengguna perisian. Bagi membangun persembahan yang mempunyai golongan sasar terdiri daripada kanak-kanak tadika contohnya, adalah sesuai pembangun perisian menggunakan animasi adalah bersesuaian dengan golongan sasar tersebut. Manakala penggunaan animasi yang banyak adalah tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa

Lokasi persembahan juga perlu di ambil kira dalam membina persembahan elektronik sebagai contoh, bagi membina persembahan di dewan besar penggunaan teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan pengguna tidak dapat membaca mesej yang hendak di sampaikan dan membosankan pengguna. Maka, Font Size berukuran besar dan jelas amat bersesuaian dengan lokasi tersebut.

Penggunaan media yang bermakna kepada mesej yang hendak dipersembahkan. Media yang hendak dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada persembahan. Bagi persembahan keadaan yang membawa mesej yang sedih dan sayu, penggunaan warna panas dan terang adalah tidak sesuai. Sebaliknya, penggunaan warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni.

Penggunaan media yang digunakan perlulah berkaitan atau membawa mesej, pembangun perisian perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembina persembahan. Clip Video senario kampus contohnya, tidak sesuai di jadikan video intro untuk persembahan teknik permainan dan perlawanan bola sepak.

4.2 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA 4.2.1 Kerangka Persembahan Papan Cerita (Story

Board)

Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia.

Page 8: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 99

Oleh itu, paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita pembangun perisian perlu mengaplikasikan konsep reka letak. Papan cerita disediakan di peringkat awal proses reka bentuk. Dengan kata lain, papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam satu persembahan perisian multimedia.

(a) KKelebihan Papan Cerita(i) Papan cerita membolehkan pembangun perisian mencambah minda

dan idea (ii) Pembangun perisian dapat merancang reka bentuk muka perisian di

peringkat awal. (iii) Papan cerita membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea

sebelum dipindahkan di atas paparan komputer. (iv) Papan cerita membolehkan pembangun perisian merancang dan

mengaplikasi teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.

(v) Dengan membuat lakaran awal segala perubahan dapat dilakukan dengan mudah.

(vi) Penggunaan papan cerita menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian.

(vii) Papan cerita mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.

(viii) Papan cerita membolehkan pembangun perisian mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian.

(b) EElemen yang Diambil Kira Ketika Membina Papan Cerita ialah Seperti Berikut:(i) Warna latar belakang (ii) Jenis font (iii) Saiz huruf (iv) Warna huruf (v) Format gambar (vi) Format video (vii) Format audio (viii) Format animasi

(c) CContoh Papan Cerita Papan cerita ini di lukis bersama aliran, papan cerita ini menunjukkan

lakaran skrin dan pola interaktiviti perisian.

Page 9: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 100

Rajah 4.4: Papan cerita

Page 10: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 101

4.2.2 Ikon pada Alatan Gambar (Toolbar Picture)

Jadual 4.1: Ikon pada Alatan Gambar dan Maksudnya

Ikon Maksud

Menyelitkan gambar

Memilih bentuk warna, terdapat empat pilihan bentuk warna iaitu: (i) Automatic (ii) Grayscale (iii) Black & White (iv) Washout

Meninggikan kontra gambar

Merendahkan kontra gambar

Meninggikan kecerahan gambar

Merendahkan kecerahan gambar

Memotong gambar mengikut pilihan pengguna

Memutar gambar 90 darjah

Memilih bentuk bingkai gambar

Memampat (Compress) gambar

Memberi warna yang baru kepada gambar

Memformat gambar

Memilih bahagian tertentu untuk transparent

Set semula (reset) gambar

Page 11: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 102

4.2.3 Menipulasi objek Anda boleh memindah objek dari satu sudut kesatu sudut dengan cara klik seret dan letak objek pada sudut tertentu. Bagi memutarkan gambar kilik dan seret bulatan hijau (rajah) mengikut arah putaran pilihan anda.

Rajah 4.5: Menipulasi objek

Objek boleh di tukar saiz dengan mengaktif gambar (klik pada gambar, kemudian terdapat bulatan putih pada sudut gambar) dan klik dan seret bulatan putih mengikut pilihan anda.

Dalam satu persembahan objek boleh dilapiskan. Anda boleh menyisipkan masuk gambar yang hendak letak di bawah kemudian anda boleh menyisip gambar yang hendak diletakan diatas. Sekiranya anda sudah meletak gambar diatas dan ingin meletakan dibawah anda boleh aktifkan gambar klik kanan, pilih order dan pilih bring to front kemudian klik.

Bulatan Hijau

Bulatan Putih

Rajah 4.6: Sisipan gambar

Page 12: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 103

4.3 PEMBINAAN SLAID

4.3.1 Membina Slaid Persembahan Untuk memulakan program Power Point pilih pada start>program > Microsoft power point. Selepas itu paparan awal powerpoint akan terbentuk anda boleh memilih text dan content layout mengikut pilihan anda yang berada dikanan paparan seperti dalam Rajah 4.7 di bawah:

(a) MMemasukan Warna Memasukan warna latar belakang pilih butang format >background pilih

warna yang sesuai.

Rajah 4.7: Pembinaan slaid

Page 13: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 104

Rajah 4.8: Memasukkan warna

(b) MMemasukkan Text Anda boleh memasukan teks dengan cara klik pada medan (Click to add

title) untuk memasukkan teks tajuk dan taip., klik medan (Click to add subtitle) dan taip untuk menambah Subtitle.

(c) MMenambah SlideAnda boleh menambah slaid dengan klik pada ikon new slaid atau klilk pada insert dan pilih New Slide.

Rajah 4.9: Menambah slide

Page 14: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 105

Anda akan dipaparkan dengan paparan seperti Rajah 4.8 Sila pilih layout yang anda hendak gunakan.

(d) MMenyisip Masuk Gambar, Audio dan Video Bagi menyisip masuk gambar klik pada insert pilih picture kemudian pilih

clip art (gambar yang berada dalam koleksi ofifice) atau from file (gambar yang di simpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih from file anda akan di beri pilihan file yang hendak di sisip.

Rajah 4.10: Menyisip masuk gambar

(e) MMemasukkan Video Bagi menyisip masuk video klik pada insert sound and movie pilih movie

from clip organizer (movie yang berada dalam koleksi ofifice) atau from file (movie yang di simpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih from file anda akan di beri pilihan file yang hendak di sisip. Fail movie memakan masa untuk diimport. Paparan movie terbentuk di skrin persembahan dan pilihan anda diminta membuat pilihan cara movie dimainkan ketika persembahan. Sila buat pilihan sama ada hendak dimainkan secara automatik atau menunggu arahan klik.

Rajah 4.11: Memasukkan video

Page 15: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 106

(f) MMemasukkan Audio Bagi menyisip masuk video, klik pada Insert Sound And Movie pilih Sound

From Clip Organizer (sound yang berada dalam koleksi ofifice) atau from File (sound yang di simpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih From File anda akan di beri pilihan File yang hendak di sisip. Anda juga diminta membuat pilihan cara audio hendak dimainkan secara automatik atau menunggu arahan klik.

(g) MMenambahkan Kesan Khas kepada Slide Bagi menambahkan kesan khas kepada Powerpoint yang dibina klik pada

slaid show pada toolbar pilih slide transition. Box slide trasition akan terpapar. Dalam box tansition anda boleh memilih kesan kahs (effect), kelajuan, bunyi, cara perubahan slide, dan pilihan penggunaan transition sama ada digunakan sepanjang perubahan slide atau pada slide tertentu sahaja. Anda juga boleh melihat pilihan kesan khas yang anda pilih dengan mengklik pada butang Play atau Slide Show.

Effects

Kelajuan effects

Bunyi

Cara perubahan slide

Pilihan penggunaan transition

Rajah 4.12: Menambahkan kesan khas kepada slide

Page 16: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 107

(h) MMemasukkan Gerakan Text Bagi memasukkan unsur gerakan teks, klik pada slide show kemudian

schema animation anda boleh memilih bentuk gerakan text yang dikehendaki.

Rajah 4.13: Memasukkan gerakan text

(i) UUntuk Mengerakan Tajuk Demi Sub Tajuk Pada satu slide power point anda boleh memilih gerakan tajuk dan sub

tajuk bergerak masuk ke side mengikut pilihan anda (klik pada slide show kemudian pilih custom animation). Setelah membuat pilihan anda boleh melihat gerakan yang anda pilih dengan mengklik pada butang Play.

Page 17: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 108

Rajah 4.14: Untuk mengerakkan tajuk demi sub tajuk

(j) Hyperlink Untuk menjadikan persembahan lebih interaktif, anda perlu memasukkan

hyperlink. Hitamkan atau 'highlightkan' medan objek atau perkataan yang hendak dijadikan butang hyperlink seperti dalam Rajah 4.15. klik insert>klik hyperlink. Pilih slide yang hendak di hyperlink.

Rajah 4.15: Hyperlink

Selain daripada itu, kita juga boleh menggunakan butang-butang interaktif yang telah di sediakan dalam program bagi membentuk hyperlink. Klik pada butang interaktif yang dipilih tekan dan tarik tetikus, anda juga akan di paparkan kotak arah hyperlink yang anda kehendaki.

Page 18: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 109

Butang ini boleh anda dapati dengan cara klik slide show> action button. Klik pada butang yang anda hendaki.

Anda boleh memainkan aplikasi persembahan power point dengan cara klik pada ikon.

Rajah 4.16: Butang hyperlink interaktif

Rajah 4.17: Butang aplikasi persembahan

Apakah kelebihan yang anda dapati daripada sub topik pembinaan slide untuk Persembahan Elektronik ini. Senaraikannya serta cuba laksanakan latihan yang diberikan.

Aktiviti 4.4

Page 19: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 110

4.3.2 Integrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (a) AAlat Bantu Mengajar Persembahan elektronik digunakan sebagai alat bantu mengajar dan alat

bantu belajar. Sebagai alat bantu mengajar persembahan elektronik di gunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Terdapat dua kategori persembahan elektonik sebagai alat bantu mengajar:

Rajah 4.18: Persembahan elektronik sebagai alat bantu mengajar

(i) PPersembahan Dalam proses pengajaran menggunakan teknik persembahan, guru

menggunakan persembahan elektronik sebagai media untuk menyampaikan maklumat.

(ii) TTunjuk CaraDalam proses pengajaran menggunakan kaedah tunjuk cara, guru menggunakan persembahan elektronik sebagai alat untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan atau eksperimen yang hendak dijalankan terlalu mahal, mustahil atau bahaya hendak dilaksanakan.

(b) AAlat Bantu Belajar Dalam proses pembelajaran menggunakan persembahan elektronik, pelajar

berinteraksi dengan perisian. Terdapat tiga kategori persembahan elektronik sebagai alat bantu belajar:

Bina Persembahan elektronik dengan menggunakan power point. Lengkap dengan papan cerita satu tajuk subjek yang hendak diajar di kelas

SEMAK KENDIRI 4.1

Page 20: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 111

Rajah 4.19: Persembahan elektronik sebagai alat bantu belajar

(i) Tutorial Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah tutorial,

persembahan elektronik disusun berdasarkan kandungan pelajaran dan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi penerangan, demonstrasi dan latihan atau latih tubi. Klip video di sebelah menunjukkan contoh perisian yang menggunakan teknik tutorial.

(ii) PPenerokaan Dalam proses pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan,

pelajar mengunakan persembahan elektronik sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Bagi memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa, untuk mencari laman web yang sesuai. Pautan ke laman web disediakan dalam perisian yang dibina.

(iii) AAplikasiDalam proses pembelajaran menggunakan kaedah aplikasi, persembahan elektronik digunakan sebagai alat aplikasi (alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran), bukan sebagai mekanisma penyalur maklumat.

4.3.3 Membandingan Kelebihan dan Kelemahan (a) KKelebihan

(i) MMotivasi Persembahan elektronik dapat memotivasikan murid dalam

pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan menggunakan medium yang baru. Penggunaan persembahan elektronik akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 21: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 112

(ii) MMenarik Persembahan elektronik yang mengaplikasikan kesemua unsur

multimedia dapat menarik perhatian pengguna. Persembahan elektronik memberi impak yang positif terhadap kefahaman pelajar.

(iii) MMesra Penggunaan Pembinaan persembahan elektronik mempunyai arahan yang tidak

mengelirukan serta mesra pengguna. Ikon yang digunakan dalam pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Oleh itu persembahan elektronik mudah dibina dan digunakan walaupun oleh pengguna baru.

(iv) IInterakif Persembahan elektronik membenarkan unsur interaktif diselitkan

dengan mudah dalam persembahan. Persembahan interakif membenarkan keadaan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka.

Rajah 4.20: Kelebihan persembahan elektronik

(b) KKelemahan(i) AAlatan yang Mahal Penggunaan persembahan elektronik memerlukan komputer dan

LCD atau komputer. Alatan yang digunakan agak mahal, memandangkan perkara ini guru perlu memikirkan aspek keselamatan dalam merancang penggunaan persembahan elektronik.

Page 22: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 113

(ii) AAlatan yang Sensitif Alatan elektronik juga amat sensitif kepada suhu dan keadaan

melampau. Oleh itu guru perlu memastikan keadaan sekitaran yang sesuai dan cara penggunaan yang berhemah bagi memanjangkan jangka hayat alatan elektronik.

(iii) MMasa Pembinaan Bagi membentuk persembahan elektronik yang baik dan berkesan,

guru perlu merancang persembahan elektronik menggunakan modul reka bentuk perisian. Oleh itu masa pembinaan persembahan elektronik yang baik dan berkesan perlu diperuntukan.

Rajah 4.21: Kelemahan persembahan elektronik

1. Nyatakan prinsip persembahan CASPER dan cirikan. 2. Berikan kelebihan dan kelemahan persembahan elektronik. 3. Apakah elemen yang harus ada dalam satu papan cerita. 4. Nyatakan kelebihan menggunakan papan cerita.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Nyatakan prinsip persembahan CASPER dan cirikan. 2. Berikan kelebihan dan kegunaan persembahan elektronik. 3. Apakah elemen yang harus ada dalam satu papan cerita. 4. Nyatakan kelebihan menggunakan papan cerita.

SEMAK KENDIRI 4.3

Page 23: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 114

Bab ini membincangkan cara membina perisian persembahan elektronik yang baik menggunakan kaedah CASPER. Bab ini juga membincangkan cara merancang pembinaan perisian persembahan elektronik dengan membina papan cerita. Pelajar juga diberikan latihan amali pembinaan persembahan elektronik dalam bab ini.

Kontra AlignmentSimplicity (Mudah) Proximity Emphasis

RepetitionPapan cerita Menipulasi objek Persembahan elektronik

Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jamaludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

1. Nyatakan asas membina slaid dari keperluan segi keperluan media dalam persembahan elektronik.

2. Lakarkan contoh papan cerita yang hendak dibina bagi satu sub tajuk tertentu.

SEMAK KENDIRI 4.4

Page 24: Grafik reka leak

TOPIK 4 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK 115

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.