Gema Sepi Gadis Genius

21
Blog: cikgusazali.blogspot.com CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Moden 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS TINGKATAN 2 (PUISI MODEN) CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

description

puisi moden

Transcript of Gema Sepi Gadis Genius

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS

    TINGKATAN 2

    (PUISI MODEN)

    CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

    KELANTAN.

    ULI SAPA LET IT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 2

    PERSAHABATAN

    (MOHD. AMRAN DAUD) Maksud: Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya. Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang. Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 3

    Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti! Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti. Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan. Persoalan: i. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama. ii. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara

    satu sama lain. iii. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain

    bersama-sama dengan riang dang gembira. iv. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap

    kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama. Nada: Sajak ini bernada patriotik Gaya Bahasa: i. Kata ganda

    Kanak-kanak / Bermain-main / berkejar-kejaran.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 4

    ii. Personifikasi

    pipi tampak ceria bergincu (Rangkap 2, baris 3) iii. Inversi

    bertindik hidung menguntum seri (Rangkap 3, baris 3) iv. Simile

    Dirinya bagai digamit bermain bersama. (Rangkap 3, baris 6) v. Anafora

    pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria. (Rangkap 1, baris 5&6)

    vi. Asonansi

    melihat saja telatah manja (Rangkap 3, baris 4) (pengulangan konsonan a)

    vii. Aliterasi

    menterjemah makna kejiranan (Rangkap 3, baris 8) (pengulangan konsonan n).

    Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap ii. Jumlah baris adalah bebas.

    Contohnya: Rangkap 1- ada tujuh baris, Rangkap 2 ada lapan baris, Rangkap 3 ada lapan baris dan Rangkap 4 ada sepuluh baris.

    iii. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris. iv. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris. v. Rima akhir bebas Nilai Murni: i. Nilai perpaduan

    Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara. ii. Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan

    Kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 5

    Pengajaran: i. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama. ii. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain. iii. Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 6

    HARI GURU (SELINA S.F. LEE)

    Maksud: Hari ini adalah hari kita menjunjung amanah sandaran harapan insan berjuta yang bernama ibu dan bapa memikul misi murni mengasuh mendidik tunas bangsa harapan nusa. Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Hari ini adalah hari yang menuntut kita bertafakur apakah tiang azam masih tegak kukuh apakah perdu semangat tak tergoncang ribut ataukah langkah kita sudah pincang tertusuk duri-duri duga? Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan. Hari ini ada bunga dikalungkan ada puji dilafazkan ada jasa dikenang ada salam dihulur tanda hormat; pada insan yang bergelar GURU. Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 7

    Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru. Persoalan: i. Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa. ii. Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita. iii. Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul. iv. Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai. Gaya Bahasa: i. Personifikasi

    adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2) ii. Metafora

    apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4) tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)

    iii. Anafora

    ada bunga dikalung ada puji dilafazkan ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)

    iv. Asonansi

    adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2) (Pengulangan vokal a)

    v. Aliterasi

    masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5) (pengulangan konsonan k.)

    Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 8

    ii. Rima akhir bebas. iii. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata. iv. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata. v. Jumlah baris serangkap adalah bebas

    Contohnya : (Rangkap 1 ada sembilan baris, Rangkap 2 ada sepuluh baris dan Rangkap 3 ada tujuh baris).

    Nada: Nada sajak ini patriotik. Nilai Murni: i. Nilai amanah

    Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. ii. Nilai tanggungjawab

    Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.

    iii. Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa

    Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru. iv. Nilai kesedaran

    Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam mendidik pelajar. Pengajaran: i. Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. ii. Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu

    kepada anak bangsa kita sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.

    iii. Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita jasa para guru

    hendaklah sentiasa kita kenang.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 9

    BURUNG-BURUNG PAGI (A.WAHAB ALI)

    Maksud: Kau telah bangun Mengirai sayapmu Entah siul keberapa kau nyanyikan Membuka mataku Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak. Aku bangun Masih kuap sekali di pintu Dan setompok cahaya matahari di dadaku Kerjaku sudah memadai Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja. Kulihat kau mematuk pasir pertama Melintas kota tandus dari pepohon Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu Atau secebis roti busuk Dan remah anak-anak sekolah Rezekimu Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki. Tapi kau yang hanya Sejemput daging Begitu yakin dengan Sayapmu yang kecil

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 10

    Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan. Tema: Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan. Persoalan: i. Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari

    rezeki. ii. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di

    kota tersebut. iii. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki

    di kota tersebut. Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. ii. Rima akhir bebas. iii. Jumlah baris bebas.

    Contohnya : Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 7 baris

    iv. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata. v. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata. Gaya Bahasa: i. Kata ganda

    Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (Rangkap 3, baris 3) ii. Sinkope

    Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 11

    iii. Asonansi

    Dan remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5) (Pengulangan vokal a)

    iv. Aliterasi

    membuka mataku (Rangkap 1, baris 4) (Pengulangan konsonan m) Nada: Sajak ini bernada sinis Nilai Murni: i. Nilai keprihatinan

    Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota. ii. Nilai kegigihan

    Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka. iii. Nilai keyakinan

    Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar. Pengajaran: i. Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya penyajak

    prihatin dengan nasib golongan pengemis. ii. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis keluar

    awal-awal pagi untuk mencari rezeki. iii. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan

    kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 12

    KETENANGAN (NOR ROSIDAH MOHD)

    Maksud: Aku terus berjalan tanpa menghiraukan rintangan cabaran yang menghalang air mataku menitis jiwaku meraba hatiku terseksa mencari ketenangan jiwa. Penyajak berusaha untuk mencari ketenangan dalam dirinya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan kesusahan. Ketenangan kini kutemuimu suasana sepi menjadi riang suasana gelap menjadi terang. Penyajak telah menemui ketenangan yang dicari-cari sehingga kesepian yang dialami selama ini diganti dengan kegembiraan dan sesuatu yang kabur menjadi jelas. Kini kusedari bahawa ketenangan bukan datangnya dari kesenangan kekayaan dan kemewahan. Kini penyajak sedar bahawa setiap ketenangan dalam diri seseorang bukan diperoleh dengan cara mencapai kekayaan dan kemewahan hidup. Berilmu dan beriman

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 13

    di situ ia datang menjadikan jiwaku tenteram apabila aku mendekati-Nya. Penyajak menjelaskan bahawa ketenangan sebenarnya dapat dicapai dengan cara memantapkan ilmu dalam diri dan menguatkan keimanan terhadap tuhan. Keadaan ini menjadikan jiwa penyajak tenang apabila mengamalkan kedua-dua perkara tersebut. Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan dalam hidup. Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau berjaya menemuinya. Persoalan: i. Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan

    penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

    ii. Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup masalah kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila beliau menemui ketenangan hidup.

    iii. Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup seseorang. iv. Persoalan menuntut ilmu dan meneguhkan keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik bagi

    mencapai ketenangan. Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. ii. Rima akhir adalah bebas. iii. Jumlah baris serangkap bebas

    Contoh: Rangkap 1- tujuh baris, Rangkap 2 empat baris dan sebagainya.

    iv. Jumlah perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat patah kata. v. Jumlah suku kata dalam satu baris antara empat hingga sepuluh suku kata.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 14

    Gaya Bahasa: i. Anafora

    Suasana sepi menjadi riang Suasana gelap menjadi tenang (Rangkap 2, baris 3 dan 4)

    ii. Sinkope

    Kini kutemuimu (Rangkap 2, baris 2) iii. Asonansi

    Kekayaan atau kemewahan (Rangkap 3, baris 5) (Pengulangan vokal a).

    iv. Aliterasi

    Tanpa menghiraukan rintangan (Rangkap 1, baris 2) (Pengulangan konsonan n)

    Nada: Nada sajak ini ialah romantis. Nilai Murni: i. Nilai kegigihan

    Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri. ii. Nilai ketabahan

    Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam usaha mencari ketenangan dalam dirinya.

    Pengajaran: i. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan penyajak berusaha

    untuk mencari ketenangan dalam hidupnya. ii. Kita hendaklah meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapat ketenangan penyajak

    berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara meneguhkan keimanan kepada tuhan. iii. Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan dan kekayaan mampu memberi segala keinginan kita

    ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup. iv. Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 15

    SAJAK LAUT (ISMAIL SHARIF)

    Maksud: Laut ini begitu biru laut ini begitu luas laut ini begitu indah Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan luas terbentang terlalu indah dipandang. Betapa bahagianya hati laut ini membuatku bahagia laut ini begitu tenang begitu kaya. Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan ketenangan kepada penyajak. Kulihat pasir putih kulihat kerang kurasakan ombak menyapa kaki dan kurasakan angin pantai membelai. Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti terdapat kulit kerang dan pasir pantai yang putih. Seorang nelayan jauh di sana berdiri di atas perahu kecil menebarkan jala mencari ikan untuk keluarga.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 16

    Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang nelayan berdiri seorang diri di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki menyara keluaraga. Burung laut menari-nari di sana mengepak-ngepakkan sayapnya begitu gembira mereka bernyanyi bagai berlumba dengan nyanyian ombak. Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas ke sana dan ke sini diiringi dengan bunyi deruan ombak. Setengah matahari kulihat di seberang di seberang laut biru ini bagai malu-malu ia mengintip namun dengan setia memberi sinarnya. Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut. Hai, laut biru Hari ini juga aku nyatakan Kau adalah saudaraku! Penyajak menyatakan hubungannya dengan laut sangat akrab. Tema: Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang. Persoalan: i. Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa penyajak dapat berasakan

    ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut. ii. Persoalan kegigihan mencari rezeki nelayan gigih menangkap ikan bagi menyara kehidupan

    keluarganya. iii. Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan suasana kawasan laut menandakan betapa indahnya

    alam ciptaan tuhan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 17

    Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap. ii. Rima akhir adalah bebas. iii. Jumlah baris serangkap bebas.

    Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 4 baris dan sebagainya.

    iv. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan. v. Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata. Gaya Bahasa: i. Anafora

    Laut ini begitu biru Laut ini begitu luas Laut ini begitu indah

    ii. Personifikasi

    Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki. iii. Sinkope

    membuatku bahagia. iv. Simile

    begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba v. Asonansi

    Betapa bahagianya hati. (Pengunaaan vokal a)

    vi. Aliterasi

    dengan nyanyian ombak. (Pengulangan konsonan n)

    Nada: Sajak ini bernada romantis. Nilai Murni:

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 18

    i. Nilai kesyukuran

    Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita. ii. Nilai kegigihan

    Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga Pengajaran: i. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan keindahan dan ketenangan di

    kawasan laut dapat memberi ketenangan. ii. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki nelayan berusaha gigih bagi

    mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga. iii. Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

    WARKAH KEPADA GENERASI (AMIRUDDIN MD ALI HANAFIAH)

    Maksud: Generasiku tercinta kalian adalah kelompok bertuah yang sempat berteduh di langit alaf baru dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah di tanah merdeka milik abada kita Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka. Generasiku yang bijak bestari ini bumi suci perjuangan nenek moyang yang bersumpah setia memartabatkan bangsa mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan membina istana merdeka yang kalian diami Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara. Penutup warkah ini ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi bertuah ini. Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 19

    Tema: Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara. Persoalan: i. Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka. ii. Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang

    kita. iii. Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara. Gaya Bahasa: i. Metafora

    tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5) istana merdeka (Rangkap 2, baris 5) akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

    ii. Sinkope

    ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2) iii. Asonansi

    dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4) (pengulangan vokal a)

    iv. Aliterasi

    tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3) (pengulangan konosonan t.)

    Nada: Sajak ini bernada patriotik. Bentuk: i. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. ii. Rima akhir bebas.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 20

    iii. Jumlah baris serangkap bebas

    Contohnya : Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 5 baris dan Rangkap 3 3 baris).

    iv. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata. v. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata. Nilai Murni: i. Nilai kesyukuran

    Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara. ii. Nilai pengorbanan

    Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.

    iii. Nilai cinta akan negara

    Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.

    Pengajaran: i. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk

    mempertahankannya. ii. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara. iii. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak lagi

    dijajah pada kemudian hari. iv. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana kelalaian

    tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Puisi Moden 21