Gabungan -trusted....tegahan jualan secara tipu

Click here to load reader

  • date post

    14-Jul-2015
  • Category

    Education

  • view

    511
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Gabungan -trusted....tegahan jualan secara tipu

  • HURAIAN RINGKAS HADISSood

  • Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. melarang jual beli dengan cara lemparan batu dan jual beli secara tipu.

  • Dalam hadis ini,dijelaskan jual secara gharar yang umum,tetapi amat luas sekali bentuknya. Ia merupakan tegahan dan larangan yang membawa maksud bertentangan dengan agama dan syariat., oleh itu, jual beli yang termasuk dalam jual beli gharar banyak sekali,antaranya :

    Menjual ikan dalam air.Jual benih binatang.Menjual burung di udara.Mengambil upah atau sewa binatang untuk pengawanan.

  • Bagi konteks lain pula,jual beli secara tipu yang dimaksudkan ialah, jualan yang tidak jelas atau juga berbentuk kesamaran diantara dua perkara,seperti :

    Salah satunya berdasarkan tujuan yang betul dan yang lain adalah sebaliknya.Menjual sesuatu yang tidak diketahui sewaktu akad.Menjual sesuatu barangan yang mana nilainya akan ditentukan di pasar.

    Semua itu adalah haram,kerana ia membawa kepada unsur perselisihan dan pertelingkahan kerana tidak jelas.Jual beli secara gharar merangkumi urusan niaga yang belum tentu harganya,rupanya,waktunya, dan tempat,barangan yang tidak dapat diserahkan dan tidak diketahui jenisnya.

  • Wafiy Jualan yang tidak sah Dan diharamkan.

  • Bentuk dan jenis jual beli berunsur penipuan tersebut banyak sekali,antaranya ialah:

    Jualan secara baling batu atau jualan al-hasah.ulamak berselisih pendapat mengenai jualan ini iaitu : Pertama : sesetengah menjelaskan atau menyatakan bahawa ia adalah itu menjualkan barangan itu kepada orang lain,seperti: pakaian yang mana terkena lemparan batu ketika ia melemparkan batu tersebut.Kedua : menjual sesuatu barangan kepada orang lain sejauh lemparan batu.Ketiga : ada ulama yang menafsirkan atau mengatakan ia bermaksud,syarat boleh khiyar atau syarat hak khiyar selama atau sehingga batu dilemparkan.Keempat : ada yang mengatakan lemparan batu atau lemparan itu sendiri dijadikan sebagai barang jualan.iaitu antara lain bermaksud,apabila batu itu sudah dilemparkan,beerti jual beli itu dikira secara langsung.

  • Untuk itu jual al-hasah ialah: jual beli yang dilaksanakan dengan cara melempar atau membaling biji batu dan sebagai contohnya penjual berkata : awak balinglah batu itu, mana-mana pakaian yang terkena lemparan batu awak itu,awak bayarlah harganya yang tertentu.bentuk permainan yang ada zaman moden ini,khasnya pada masa pesta dan fun fair ada permainan yang berunsur sebegini.iaitu seseorang mencampakkan rotan atau benda-benda tertentu yang telah ditetapkan oleh penjual atau pengurus permainan tersebut.mana-mana barang yang terkena dan masuk dalam gelung rotan tersebut dikira menjadi miliknya.semua itu diharamkan,kerana ia berunsur judi berdasarkan dalil daripada abu hurairah yang bermaksud : rasulullah s.a.w melarang jual beli secara lontaran batu.

    sebagai rumusannya,jualan al-hasah tersebut antara lain dengan salah satu daripada cara berikutnya,iaitu : Pertama : seseorang berkata: saya melontar atau membaling dengan batu ini dan di atas mana-mana pakaian ia jatuh atau terkena,yang itu dikira saya jualkan untuk awak. Atau juga mana-mana tempat atau bahagian tanah atau bumi yang sampai batu itu,dikira ia adalah jualan untuk awak.justeru itu ia tidak sah,kerana menjual sesuatu yang tidak diketahui atau majhul.Kedua : seseorang berkata : saya lontarkan batu ini,dan kiranya ia jatuh atau terkena mana-mana bahagian bumi,pakaian tertentu dijual kepada awak dengan nilai tertentu.Ketiga : seseorang berkata : saya jualkan pakaian ini dengan nilai tertentu,namun hanya boleh khiyar atau membuat pilihan selama mana saya membaling batu ini (iaitu selagi batu belum jatuh ke bumi). Ia juga tidak sah kerana diberikan khiyar yang tidak diketahui.

  • Hadis tersebut di atas adalah berkaitan dengan jualan yang haram serta tidak sah atau batal menurut pendapat imam al-syafiI,manakala menurut imam malik dan abu hanifah adalah fasad. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud : sesungguhnya rasulullah s.a.w menegah daripada melakukan jual beli secara tipu.

  • Qhairul Aizat bin Shahrull Ramadzan6 Abu Bakar al-Siddiq

  • Menjual buah-buahan yang berada di pokok yang masih belum jelas masaknya atau belum jelas keadaan baiknya. Tegahan tersebut sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar: Maksudnya: Janganlah kamu menjual buah-buahan hinggalah jelas masaknya.Dalam hadis lain sebagaimana berikut: Maksudnya: Nabi melarang menjual buah kurma sehingga jelas atau nyata jadinya, dan baginda juga melarang menjual buah bertangkai (seperti padi dan gandum) sehingga berisi dan selamat dari hama atau penyakit, tegahan terhadap penjual dan pembeli.

  • Dalam hadis lain lagi berkaitan dengan menjual buah-buahan ialah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik: Maksudnya: Sesungguhnya Nabi melarang menjual buah-buahan sehingga sempurna. Para sahabat bertanya: Apakah tanda sempurnanya itu? Baginda menjawab: Berwarna merah. Dan baginda berkata lagi: Apabila Allah menghalangi buah itu untuk menjadi sempurna, dengan cara atau jalan apa kamu menjadikan halal harta saudaramu itu.

  • Dalam hadis yang lain lagi berkaitan menjual kurma yang belum sampai atau belum jelas eloknya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: .Maksudnya: Sesungguhnya Nabi melarang menjual buah-buahan hinggalah sempurna dan menegah menjual anggur sehingga berwarna hitam dan melarang menjual bijiran sehinggalah bernas atau berisi.

    Antara lain juga ditegah menjual buah yang belum boleh dimakan atau belum cukup matang. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya: Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menegah menjual buah-buahan hinggalah boleh dimakan.

  • Sekian Terima Kasih

  • Menjual sesuatu yang belum wujud atau belum ada dalam pemilikannya, kemudian apabila ada orang yang pelukannya, ia membelinya dan diserahkan kepada orang yang berhajat barang tersebut selepas itu. Termasuk dalam kategori ini juga ialah menjual barangan yang dibeli oleh seseorang, namun ia menjualkannya kepada orang lain sebelum ia menerima barangan tersebut. Dalilnya ialah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., dimana ia pernah berkunjung oleh seseorang lelaki yang bertanya kepadanya berkaitan dengan menjual barangan yang tiada ditangannya, baginda bersabda :- Janganlah engkau menjual sesuatu yang engkau tidak memiliki.Sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis lain daripada Amru bin Syuib daripada bapanya daripada datuknya, sesungguhnya Rasululluh s.a.w. bersabda : - tidak ada talak, kecuali terhadap isteri yang engkau memiki, tidak ada pembebasan hamba melainkan apa yang engkau memiliki, tiada ada jualan melainkan apa yang engkau memiliki dan inb al-sabah menambah tidak ada perlaksanaan nazar kecuali apa yang engkau miliki.Antara lain pula, bentuk jualan lain yang ada kaitan dengan bentuk ini ialah seseorang yang membeli bahan makanan, seperti tepung, tidak boleh menjualnya sebelum disukat terlebih dahulu. Tegahannya berdasarkan hadis sebagaimana sabda baginda iaitu : - sesiapa yang membeli makanan jangan ia menjualnya sehingga ia disukat. Najib

  • Menjual tiang atau rangka pada rumah atau bangunan. Ia tidak sah dan berunsur tipu kerana tidak dapat diserahkan dengan sempurna. Antara lain juga ia tidak dapat diserahkan melainkan dengan meruntuhkan bangunan atau rumah tersebut. Begitu juga jual beli berka, gelas dan pinggan mangkuk yang pecah, kerana ia akan membawa mudarat atau membahayakan orang lain.Menjual bulu binatang yang masih pada tubuhnya, seperti : bulu biri-biri yang masih wujud pada badan atau kulit binatang tersebut, walupun dengan syarat memotong atau menguntingnya. Hal itu kerana ia akan bertambah dan panjang. Untik itu, sesuatu yang bertambah itu tidak sah dan batal jual belinya serta tidak termasuk dalam jual beli. Begitu juga ditegah menjual susu yang ada dalam telek binatang.

  • Hadis Hukum : Tegahan Jualan Secara Tipu-wan-

    Jual beli munabazah ialah jual beli sesuatu benda atau barang atau pakaian denagan cara mencapakkan atau melemparkannya. Contohnya seseorang berkata : Saya buangkan atau campakkan kepada awak pakaian saya dan awak campakkan kepada saya pakaian awak, iaitu di antara mereka ada pertukaran. Ia dikira tidak sah. Menurut setengah pendapat, munabazah tersebut dikira batal kerana ia ada persamaan dari sudut batalnya jual beli secara mulasamah iaitu: seseorang menjual pakaian dengan dengan pakaian lain yang berlipat-lipat, serta tidak ada peluang khiyar selepas sibentangkan atau dibuka lipatannya.

    Munabazah ditafsirkan dengan beberapa takwil, iaitu:seseorang yang berkata: apa sahaja barangan awak campakkan kepada saya, saya membelinya. Atau juga: pakaian yang saya campakkan kepada awak, saya jualkan pada awak.

    seseorang berkata: saya jualkan pakaian ini kepada awak dengan berdasarkan bila atau apabila saya buangkan atau campakkan kea rah awak, maka ia dikira jadi jual beli dan awak tidak ada khiyar atau tidak boleh pilih lagi.

  • antara lain juga ialah seseorang berkata: campakanlah barang atau pakaian kepunyaan awak itu dan saya akan campakkan pula kepada awak harga atau bayarannya, tanpa ditentukan berapa jumlahnya.Pengharaman dan tegahan bentuk atau jenis jual beli mulasamah dan munabazah berdasarkan hadis berikut iaitu riwayat Anas bin Malik : Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang daripada jual beli secara muhaqalah, mukhadarah, mulamasah, munabazah, dan muzabanah.Ditegah menjual buah-buahan yang masih di tangkai. Iaitu secara muhaqalah.Selain itu,menjual buah kurma rutab dengan buah kurma kering ata