GABUNG SEMUA RBT

download GABUNG SEMUA RBT

of 52

Transcript of GABUNG SEMUA RBT

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    1/52

    1.0. PENDAHULUAN

    Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalamsesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan,

    perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika

    penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di

    peringkat tempatan dan global.Perkembangan teknologi terutamanya teknologi

    maklumat yang pesat akan memberi kesan secara langsung kepada organisasi

    perniagaan.Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran

    dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan

    kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat

    seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan

    dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer..

    Sejak awal dekad ini terdapat perubahan corak perdagangan daripada

    perniagaan tradisional kepada perniagaan yang menuju ke arah e-dagang,ekoran

    daripada revolusi yang berlaku dalam bidang komputer dan internet.Perniagaan

    tradisional melibatkan pasaran yang kecil dan proses urusniaga yang lambat.Penjual

    dan pembeli yang dipisahkan oleh jarak yang jauh hanya dapat berurus niaga melalui

    surat,telefon dan faks.Proses hubungan ini bukan sahaja lambat,malah mahal,kurang

    tepat dan tidak menyeluruh.Jadi urus niaga tidak dilakukan secara langsung antara

    penjual dan pembeli,tetapi melalui pelbagai orang tengah, seperti ejen, pemborong,

    pengeksport atau pengimport. Misalnya penjual batik di Malaysia terpaksa mengeksport

    batik melalui beberapa orang tengah sebelum batik dapat disampaikan kepada

    pengguna.E-dagang merupakan satu cara baru bagi penjual untuk berurus niagadengan pelanggan secara terus melalui internet.

    Pun begitu ada pendapat mengatakan teknologi pada asasnya hanya membantu

    dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa sesuatu perniagaan perlu

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    2/52

    asas dan model yang baik. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan

    dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya.Justeru

    kertas ini akan mengupas dengan lebih terperinci merangkumi definisi,jenis,skop,

    senario semasa,kelebihan dan kelemahan perihal perniagaan elektronik ini.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    3/52

    2.0. DEFINISI DAN KONSEP E-DAGANG

    2.1. PENDAPAT DAN KONSEP MENGENAI E-DAGANG

    Perkembangan teknologi juga mempengaruhi bentuk dan kaedah perniagaan

    dari semasa ke semasa.Pada masa dahulu,sistem barter atau pertukaran barangan

    antara dua pihak sering diamalkan.Sistem ini pula mula mengalami perubahan apabila

    matawang diperkenalkan.Kehadiran internet pada waktu ini bukan sahaja mengubah

    cara kita berkomunikasi dan memperoleh maklumat bahkan telah membawa perspektif

    baru dalam dunia perniagaan sehingga lahirnya konsep e-commerce (e-dagang),

    e-business (e-niaga) dan lain-lain lagi. Barangan dan perkhidmatan tidak lagi hanya

    boleh diperoleh melalui kedai atau premis di tepi jalan bahkan boleh diperoleh menerusikedai maya (virtual market).

    Perbezaan E-Dagang dan E-Niaga

    Istilah e-dagang boleh diinterpretasikan daripada beberapa sudut. Dari konteks

    yang luas dan umum ia dilihat sebagai bentuk atau cara perlaksanaan perniagaan

    secara elektronik. Manakala dari konteks yang lebih sempit, ia boleh dirujuk sebagai

    satu transaksi perniagaan atau perdagangan secara elektronik (David McGeachie

    1999). Istilah e-dagang sering diguna dan dikaitkan dengan e-perniagaan/

    e-niaga.Namun perlu dibezakan antara e-dagang dan e-niaga kerana meskipun

    prinsipnya hampir sama tetapi terdapat sedikit perbezaan (Mohd Rafe Yusoff ,2000).

    Menurut Mohd. Shahizan Othman et. al (2006),e-dagang biasanya merujuk

    kepada penggunaan internet untuk penempahan dan pembayaran perkhidmatan atau

    produk.Seperti yang kita tahu,e-dagang terjadi apabila pengguna membeli produk

    menerusi internet dan membayar ketika produk itu sampai ataupun ketika

    menempahnya secara atas talian.E-perniagaan pula boleh diimplementasikan ke atas

    aktiviti perniagaan yang lebih meluas.Implementasi e-perniagaan ke atas aktiviti

    perniagaan termasuklah pengurusan perhubungan pelanggan, perancangan sumber

    organisasi dan pengurusan rantaian bekalan dan latihan.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    4/52

    Pengurangan kos dan peningkatan hubungan dengan pelanggan merupakan

    antara tarikan yang mendorong banyak syarikat dan organisasi beralih kepada e-

    perniagaan.Selain itu,e-perniagaan juga mampu menyumbang kepada peningkatan

    prestasi syarikat, mempercepat setiap aktiviti yang dijalankan dalam perniagaan dan

    menerima maklumat yang berkaitan dengan kehendak dan keperluan pasaran semasa.

    Takrifan dan Pendapat Berkenaan E- Dagang

    Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mendefinisikan e-dagang sebagai

    penghasilan,pengiklanan, jualan dan agihan barangan melalui jaringan

    telekomunikasi.Takrifan ini ternyata melihat e-dagang dalam konteks yang umum .

    Microsoft pula lebih cenderung melihat e-dagang dalam konteks yang lebih sempit

    apabila mereka mendefinisikan e-dagang sebagai pertukaran barangan dan

    perkhidmatan untuk nilai tertentu melalui internet (ibid). Dapat disimpulkan di sini,

    e-dagang daripada konteks yang lebih khusus mengikut Microsoft merupakan transaksi

    perdagangan secara elektronik yang menggunakan media internet.Maka hal ini tidak

    merangkumi transaksi perdagangan melalui peralatan telekomunikasi yang lain seperti

    telefon,faksimili atau seumpamanya yang tidak menggunakan internet walaupun ia

    peralatan elektronik.

    (Zaini Nasohah et al ,2004)

    Muhammad Fathi Yusof (2006) pula menyatakan bahawa e-dagang merujuk

    kepada perdagangan yang dilaksanakan secara elektronik dalam memproses dan

    menjalankan urusniaga sama ada yang melibatkan hubungan antara peniaga dengan

    peniaga ataupun hubungan antara peniaga dengan pengguna.Transaksi e-dagang

    menggunakan kemudahan dan fungsi internet yang biasanya melibatkan jarak yang

    jauh dan mempunyai kelebihan tersendiri melalui kepantasan hubungan,

    interaktiviti,penjimatan kos dan kecekapan mendapat dan memproses maklumat.

    E-dagang ini meliputi segenap aspek perdagangan terutamanya dalam

    perbankan,perkhidmatan,perniagaan runcit dan lain-lain .

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    5/52

    Aktiviti yang melibatkan penggunaan kemudahan e-dagang ini adalah seperti

    proses pengiklanan, tempahan barangan,interaksi antara dua pihak,pindah milik asset

    tertentu seperti syer,pertukaran data elektronik (Electronic Data Interchange

    (EDI),pindah milik wang daripada akaun bank,pembayaran bil dan tinjauan

    (questionnaire). EDI merupakan satu format pertukaran maklumat dan komunikasi yang

    digunakan oleh syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.Kaedah ini sebenarnya

    lebih efisien berbanding dengan syarikat yang menggunakan cara manual untuk

    mengendalikan aktiviti perniagaan mereka. Selain EDI, banyak lagi mekanisme yang

    digunakan untuk berinteraksi contohnya katalog elektronik dan sistem pembayaran

    elektronik berasaskan web yang digunakan oleh kebanyakan bank dan syarikat

    kewangan.

    Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007) pula berpendapat bahawa e-dagang

    adalah kaedah perniagaan yang menggunakan perantaraan teknologi internet,

    multimedia, digital dan peranti-peranti lain bagi melakukan keseluruhan transaksi

    perniagaan. Selain itu,Paul Timmers (2006) pula menyatakan pendapatnya bahawa

    perdagangan elektronik secara amnya boleh ditakrifkan sebagai menjalankan

    perniagaan secara elektronik. Perdagangan elektronik atau lebih tepat perniagaan

    elektronik termasuklah perdagangan barangan fizikal atau bukan fizikal seperti

    maklumat.Ini merangkumi semua langkah perdagangan seperti pemasaran dalam

    talian,pesanan,bayaran dan sokongan penghantaran.Bahagian penting dalam

    perdagangan elektronik adalah syarikat ke syarikat berbanding syarikat - pengguna.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    6/52

    2.2. SKOP, JENIS-JENIS DAN SAIZ E-DAGANG

    Pada mulanya perdagangan elektronik hanya terbatas kepada pengiriman

    dokumen komersial sahaja seperti pesanan pembelian invoice secara elektronik (faks

    dan email).Kemudian e commerce berkembang menjadi perdagangan web iaitupembelian barang atau perkhidmatan melalui World Wide Web (WWW).Asia

    merupakan pasaran terbesar e-dagang kerana data statsitik dari geographic regions

    menunjukkan bahawa asia memiliki 70 peratus pengguna internet.

    Skop model perniagaan e-dagang kini meliputi perniagaan yang melibatkan

    aktiviti pengiklanan, pendidikan, kewangan, peruncitan, pelancongan, bidang

    professional, hiburan dan telekomunikasi. Menurut pendapat lain,secara amnya

    pasaran e-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan,

    bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah

    menyumbang kepada pertumbuhan e-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun

    1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah

    sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam

    talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh

    telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun

    1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun.

    Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan

    teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta

    orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang

    kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan

    Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat

    kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi

    daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkatkepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang

    menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada

    3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    7/52

    Menurut Sharifah Akmam Syed Zakaria (2007),terdapat dua kategori utama e-dagang

    iaitu perniagaan kepada perniagaan yang melibatkan transaksi daripada pembekal

    kepada pemasar atau pun penjual dan perniagaan kepada pengguna yang melibatkan

    transaksi daripada penjual kepada pengguna akhir.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    8/52

    2.3. JENIS-JENIS E-DAGANG

    J enis-jenis E-Dagang Menurut (Laudon, 2002)

    Terdapat beberapa jenis e-dagang iaitu Business to Business, Business to

    Consumer, Consumer toBusiness, Business to Employee, Consumer to

    Consumerdan M-Commerce.

    1. Business to Business (B2B)

    Business to Business telah pun digunakan beberapa tahun yang lalu dan juga

    dikenali sebagai EDI (Electronic Data Interchange). EDI dilaksanakan melalui hubungan

    secara terus antara dua bisnes. Kedua-dua bisnes ini menghantar maklumat secara

    elektronik di antara satu sama lain. Buat masa ini, B2B menyumbangkan kira-kira 94%

    terhadap transaksi yang melibatkan e-dagang. eSteel.com merupakan laman web yang

    diaplikasikan dengan menggunakan kaedah ini.

    2. Business to Consumer (B2C)

    Business to Consumer merupakan hubungan antara bisnes dengan pelanggan.

    Sebagai contohnya Amazon.com menawarkan pelbagai jenis buku melalui laman

    webnya. Pelanggan hanya mencari buku yang diperlukan, dan memasukkan nombor

    kad kredit. Buku-buku yang dipesan akan terus dihantar ke rumah.

    3. Consumer to Business (C2B)

    Consumer to Business merupakan salah satu aplikasi e-dagang yang mana

    membolehkan pengguna membuat permintaan terhadap servis dari peniaga.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    9/52

    4. Business to Employee (B2E)

    Aplikasi e-dagang ini juga dikenali sebagai Intranet. Intranet merupakan laman

    web yang dibangunkan untuk menyediakan maklumat kepada pekerja-pekerja dalam

    sesebuah organisasi. Biasanya maklumat dicapai melalui rangkaian dalam organisasi

    tersebut. Pengguna-pengguna di luar rangkaian Intranet juga boleh mencapai maklumat

    tetapi hanya dengan kebenaran organisasi tersebut.

    5. Consumer to Consumer (C2C)

    Contoh laman yang melibatkan hubungan pelanggan dengan pelanggan adalah

    laman lelongan (auction sites), contohnya eBay.com Pelanggan menyenaraikan item-

    item untuk dijual ke laman lelongan. Pelanggan-pelanggan lain akan masuk ke laman

    tersebut untuk membuat penawaran.

    6. M-commerce

    Mobile commerce atau M-Commerce merujuk kepada penggunaan peranti digital

    tanpa wayar untuk membolehkan transaksi secara atas talian. Pelanggan

    menggunakan rangkaian tanpa wayar untuk menyambungkan telefon selular dan PDA

    terus ke web. Pelanggan mobile mampu menjalankan pelbagai transaksi termasuk

    perbankan, tempahan pelancongan, urusniaga saham dan sebagainya.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    10/52

    3.0. KEADAAN DAN PERKEMBANGAN E-DAGANG DI

    MALAYSIA

    3.1. Perkara Penting Mengenai E- Dagang

    Cara E-Dagang Beroperasi

    Menurut Loo Chee Kuang (2009) umumnya cara e-dagang beroperasi adalah

    seperti berikut:

    a) Penjual mengadakan laman web yang merupakan gerai pameran di dalam

    internet sama ada menggunakan blog,forum,facebook.com atau sebagainya

    b) Gambar,spesifikasi harga serta ciri-ciri barang dimuatkan di dalam ruang laman

    web berkenaan.

    c) Rangkaian internet dunia membolehkan laman web dijelajahi oleh bakal pembeli

    dari seluruh dunia.

    d) Selepas menonton gambar barang serta membaca spesifikasi,pembeli boleh

    mengemukakan sebarang pertanyaan kepada penjual melalui internet untukmengatasi keraguan tentang barang jualannya.

    e) Pembeli boleh melakukan belian dengan proses transaksi iaitu dengan

    memasukkan nombor kad kredit pembeli atau memilih cara pembayaran yang

    lain (payment method) seperti pemindahan wang melalui bank secara atas talian

    (contoh:Maybank2u) atau secara mendeposit wang di mesin ATM.

    f) Barang belian akan dihantar kepada pembeli melalui pos atau serahan lain

    misalnya melalui e-mel sekiranya produk elektronik seperti software,e-buku,runut

    bunyi telefon bimbit dan sebagainya.

    g) Barang belian kadangkala dibenarkan dipulang balik kepada penjual jika didapati

    sebarang kerosakan atau tidak sesuai.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    11/52

    Proses Transaksi dalam E-Dagang

    Menurut Zaini Nasohah et al (2004),transaksi e-dagang merupakan penjualan

    barangan atau perkhidmatan menerusi jaringan elektronik antara dua pihak sama ada

    antara peniaga dengan peniaga atau peniaga dengan pengguna.Pembelian ataupesanan mestilah melalui transaksi elektronik iaitu secara talian terus, manakala

    pembayaran atau penghantaran boleh berlaku secara online atau offline.Maksud online

    disini ialah urusan dibuat menerusi perantaraan komputer.

    Pembelian atau pesanan dalam e-dagang mestilah berlaku secara

    online.Perdagangan secara online sekarang ini boleh berlaku melalui laman web,e-mel

    dan sistem intenet khusus untuk perniagaan dalam kalangan peniaga

    (contoh:Lowyat.Net).Walau bagaimanapun yang lebih dominan sekarang ini adalah

    dalam bentuk laman web aktif terbuka yang boleh dicapai sesiapa sahaja seperti

    Amazon.com misalnya.

    Pihak penjual dalam e-dagang mewujudkan satu sistem secara online yang

    membolehkan pelanggan memulakan jual beli melalui talian.Di sini barang atau

    perkhidmatan yang diperdagangkan biasanya diperjelaskan secara terperinci sama

    ada dalam bentuk bertulis bergambar video atau gabungannya.Pelanggan juga boleh

    mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel sekiranya perlu.Proses pembelian bermula

    apabila pembeli mula memilih dan menentukan barangan atau perkhidmatan yang

    dikehendaki.

    Dalam e-dagang secara umumnya terdapat dua bentuk jual beli iaitu jual beli

    secara langsung (tunai) dan jual beli secara pesanan (pre-order).Setelah membuat

    pemilihan pembelian,pembeli dikehendaki membuat pembayaran sama ada secara

    online atau offline.Pembayaran online berlaku melalui kaedah pembayaran melalui

    pengeluaran wang tunai atau proses pemindahan wang secara kad kredit,debit e-

    cash,perbankan internet, phone banking, Net Trader, cybercash, digi-cash dan

    sebagainya (Perdangan Elektronik - Saluran Perniagaan Baru, Majalah PC)

    Pembayaran begini sama sifatnya seperti pembayaran tunai dalam jual beli

    biasa.Namun yang lebih dominan dalam amalan sekrang ramai peniaga e-dagang lebih

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    12/52

    suka menggunakan kad kredit seperti visa dan master card.Pembayaran offline pula

    hanya berlaku apabila pembeli membuat secara pesanan atau tempahan.Prosedurnya

    adalah sama ada menggunakan cek,wang pos bank draf.cash depositdan sebagainya.

    Forum Wanita Niaga

    Forum Lowyat.NET

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    13/52

    3.2. Keadaan dan Perkembangan E- Dagang di Malaysia

    Menurut Shahizam Bin Ibrahim (2007), perniagaan Internet bukan satu

    fenomena yang baru di Malaysia. Sejak Koridor Raya Multimedia (MSC) diperkenalkan

    pada tahun 1998, kerajaan Malaysia giat mempromosikan penggunaan Internet sebagaisalah satu saluran perniagaan. Malah pengguna di Malaysia juga semakin mengenali

    dan menggunakan Internet untuk melakukan pelbagai urusan. Perniagaan Internet juga

    semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Berikut disenaraikan faktor-

    faktor yang mendorong kepada kemajuan model perniagaan Internet di Malaysia :

    i. Infrastruktur Internet yang mantap

    Rangkaian internet yang semakin baik membolehkan sambungan Internet

    dinikmati oleh ramai pengguna pada harga mampu milik. Kemudahan ini bukan saja

    dimiliki oleh penduduk di bandar, malah penduduk kawasan luar bandar juga

    berpeluang menikmatinya.

    ii. Perkembangan sistem kewangan online

    Satu ketika dulu, Internet hanya digunakan sebagai saluran untuk memasarkan

    produk sedia ada. Tiada lagi kemudahan untuk pelanggan membeli terus dari laman

    web penjual. Namun berikutan permintaan yang tinggi untuk mengaktifkan jualan

    melalui Internet, banyak institusi kewangan yang menawarkan sistem pembayaran

    melalui Internet. Antara kaedah pembayaran yang paling popular adalah menggunakan

    kad kredit.Kini bank-bank tempatan juga menawarkan perbankkan Internet. Enam bankMalaysia yang memiliki sistem perbankan Internet adalah RHB Bank, Maybank, BCB,

    Public Bank, Bank Islam dan Dutch Bank.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    14/52

    iii. Peranan Kerajaan mempromosikan ICT

    Kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif dalam mempromosikan perniagaan

    Internet. Banyak aplikasi telah dibangunkan di agensi-agensi kerajaan untuk

    kemudahan rakyat. Sekaligus mendidik pengguna menggunakan ICT dalam urusan

    dengan agensi kerajaan. Sejak pengenalan Multimedia Super Corridor (MSC) mula

    mendapat perhatian ramai, ia telah mengalami perkembangan pesat merangkumi

    pelbagai tahap. Pada 5 Jun 1996, Multimedia Developmenyt Corporation (MDC)

    ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan dan pembangunan MSC.

    (Utusan Malaysia, 2005).

    Isu Perundangan Berkaitan E-Dagang

    Menurut Muhammad Fathi Yusof (2006),perniagaan elektronik ini tidak terlepas

    daripada masalah perundangan termasuklah di Malaysia. Oleh sebab e-dagang ini

    adalah satu kaedah baru dalam perdagangan,ini sudah menimbulkan beberapa

    persoalan undang-undang yang sebahagiannya masih belum ada penyelesaian yang

    mutlak.Oleh sebab e-dagang ini melibatkan transaksi melepasi sempadan geografi dan

    sempadan politik,timbul persoalan berkenaan sejauh mana seseorang itu terikat

    dengan undang-undang sesebuah Negara.Bagaimana pula jika terdapat pihak yang

    mahu membuat pautan dengan laman web yang dimiliki oleh orang lain.Bagaimana

    pula jika seseorang itu mendaftar nama domain bagi jenama orang lain yang sudah

    terkenal?Begitu juga timbul persoalan darpada sudut keselamatan dan kerahsiaan

    dalam urus niaga.Sejauh manakan transaksi yang dibuat itu boleh dipercayai dan tidak

    dicerobohi oleh orang lain?

    Pada dasarnya,persoalan-persoalan ini sudah cuba diselesaikan melalui

    beberapa peruntukan undang-undang di Malaysia seperti Akta Tandatangan Digital

    1997 (Akta 526), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563), Akta Komunikasi dan

    Multimedia 1998 (Akta 588),Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

    1998 (Akta 589) dan Pindaan Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    15/52

    Walaubagaimanapun akta-akta ini belum mampu menjawab dengan sempurna

    persoalan berkaitan perundangan e-dagang ini kerana berlaku perubahan yang pesat

    dalam aspek perkembangan teknologi.Tambahan lagi akta-akta yang diperkenalkan ini

    tidak menyentuh secara menyeluruh berkenaan beberapa perkara seperti kontrak

    elektronik,e-kontrak,kewangan elektronik,bayaran elektronik dan beberapa aspek lain.

    E-Dagang dari Perspektif Islam

    Dari perspektif Islam, transaksi kewangan dalam muamalah Islam yang

    menggunakan aplikasi Sains & Teknologi seperti E-Commerce mempunyai maksud

    yang sama dengan apa yang difahami daripada perspektif konvensional, cuma dari segi

    Islam ia perlulah dijalankan dalam kerangka yang dibenarkan oleh prinsip-prinsip Islam

    itu sendiri.Tidak seperti zaman awal Islam, transaksi muamalah Islam kini semakin

    mudah. Dahulunya pihak pembuat tawaran dan pelanggan (atau penerima dalam

    konteks undang-undang kontrak) perlu sama-sama bertemu untuk mengadakan

    kontrak. Keadaan ini dipanggil contracts inter presentes atau aqd bayn al-hadirayn. Kini

    banyak daripada transaksi yang berlaku tidak memerlukan pertemuan antara dua pihak

    tersebut malah cukup dengan melakukan beberapa syarat atau tindakan yang

    ditetapkan untuk menyempurnakan kontrak. Ini dipanggil contracts inter absentes atau

    aqd bayn al-ghaibin (Rayner, 1991).

    Antara contoh yang mudah untuk difahami bagi menggambarkan kontrak jenis

    yang kedua ini ialah dalam kontrak jual beli minuman daripada mesin. Di sini, pihak

    pembeli hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin tersebut untuk

    memperoleh satu tin minuman yang dibeli. Persoalannya, bilakah lafaz ijab (offer) dan

    qabul (acceptance) dilafazkan dalam kontrak ini? Bilakah kontrak tersebut mengikat?

    Bagaimanakah prosedur-prosedur seperti khiyar dilakukan? Apakah justifikasi syarak

    yang membenarkan kesahan kontrak jenis ini berlaku? Begitu juga halnya dengan

    jualan dan pembelian barang dengan melalui internet, bayaran gaji melalui kredit ke

    dalam akaun bank, pembayaran zakat melalui internet, SMS, kad ATM dan kad kredit

    (Asnaf, 4/2006).

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    16/52

    Bagi menjelaskan kedudukan transaksi muamalah Islam melalui aplikasi

    instrument moden ini, perlu dijelaskan kedudukan contracts inter absentes dalam

    Undang-undang Kontrak Islam. Untuk itu, perlu difahami terlebih dahulu elemen-elemen

    penting dalam pembentukan kontrak dalam Islam, yang juga dipanggil arkan al- aqd

    (rukun-rukun kontrak) atau shart al-iniqad (syarat-syarat sah kontrak). Perkara yang

    dibincangkan dalam artikel ini merangkumi isu-isu penting berkaitan aplikasi S & T

    dalam pembentukan kontrak dalam ruang lingkup arkan al-aqd ini. Perkara-perkara lain

    yang tidak berkaitan tidak dibincangkan oleh kerana kesuntukan ruang.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    17/52

    4.0. KELEBIHAN E-DAGANG

    Kelebihan e-dagang yang pertama bagi membantu usahawan dalam mengecapikeuntungan adalah di mana ianya dapat mengatasi sempadan geografi. Perkara ini

    dapat dijelaskan yang mana sekiranya anda mempunyai kedai secara kekal di sesuatu

    tempat, usahawan atau peniaga mungkin mengalami masalah dalam memberi

    perkhidmatan yang terhad. Dengan adanya pemasaran barangan melalui akses

    internet, mereka berpeluang dapat meluaskan hasil penjualan anda hingga ke seluruh

    pelusuk dunia dalam masa yang singkat. E-dagang dapat menyelesaikan masalah

    dalam pemasaran produk atau barangan tanpa terdapatnya limitasi dalam soal bentuk

    muka bumi atau geografi.

    Kelebihan yang kedua e-dagang adalah kaedah ini dapat membantu pelanggan

    dalam memudahankan pencarian barangan atau prodak mereka. Jika sebelum ini para

    pelanggan menggunakan konsep manual yang mana mereka dikehendaki melawat dan

    membuat tinjauan dari satu kedai ke kedai demi mencari barangan yang mereka

    mahukan, maka dengan adanya kaedah perniagaan e-dagang ini mereka dapat

    memperolehi barangan yang mereka kehendaki dengan menjimatkan masa dan tenagadengan hanya sekali klik menerusi enjin pencarian di dalam internet.

    Kelebihan yang seterusnya berkenaan dengan teknologi semasa yang mana

    jumlah pengguna internet yang semakin ramai hingga mencecah melebihi 60 juta dalam

    masa yang singkat jelas memperlihatkan jaringan akses internet itu memenuhi

    keperluan mengikut peredaran teknologi semasa. Perkembangan teknologi dan akses

    internet yang semakin berkembang dan meluas telah menjadikan ramai pihak

    mengambil peluang untuk mempromosikan dan memasarkan barangan atau produkmereka di dalam internet yang dikatakan bertujuan untuk memudahkan pelanggan

    mencari barangan yang sukar dicari dengan mudah dan membuat pembayaran terus

    melalui internet.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    18/52

    Sesetengah pengguna mempunyai kehendak mereka yang tersendiri dan

    kemungkinan barang yang mereka perlukan seperti barangan antik atau ubat-ubatan

    yang jarang untuk dijumpai atau dijual di dalam negara. Oleh itu dengan adanya

    khidmat e-dagang, pengguna mempunyai peluang untuk memperolehi barangan yang

    mereka cari dan perlukan dengan begitu mudah dan senang. Kelebihan perkhidmatan

    e-dagang inilah yang menjadikan ramai pengguna atau pelanggan lebih gemar

    menggunakan akses internet dalam mencari barangan yang mereka kehendaki dengan

    lebih mudah dan menjimatkan masa serta berpeluang untuk memperolehi barang yang

    sukar untuk mereka temui.

    Khidmat e-dagang juga memberi faedah dan kelebihan kepada pihak-pihak

    ketiga seperti iPay88, Paypal dan sebagainya dalam menjana pendapatan menerusi

    transaksi. Khidmat transaksi yang telah diberikan memberikan perkhidmatan yang

    terbaik kepada pelanggan dalam jelas memperlihatkan masing-masing memperolehi

    keuntungan dan kehendak dalam win-win situation. Keadaan ini merupakan satu bentuk

    kerjasama antara kedua-dua belah pihak bagi membantu antara satu sama lain. Oleh

    itu, adalah jelas bahawa antara kebaikkan e-dagang adalah ianya satu bentuk

    perniagaan yang mampu membantu institusi lain dalam menjana pendapatan adalah

    satu bentuk kerjasama yang sihat antara dua pihak. Bukan itu sahaja, transaksi e-

    dagang yang dijalankan ini sebenarnya membuka peluang ekonomi yang luas kepada

    para peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka agar lebih berkembang dan

    meluas. Bagi para pelanggan pula, e-dagang merupakan jalan penyelesaian atau cara

    yang mudah untuk mereka mendapatkan produk yang dingini dengan lebih cepat dan

    efektif.

    Pemasaran barangan menerusi internet oleh peniaga merupakan satu langkah

    yang bijak dalam menjual dan mempromosikan hasil barang atau produk mereka

    kerana dengan menembusi pasaran global, penjual dapat menjual barangan mereka

    secara cepat dan mudah. Hal ini adalah kerana produk yang telah dipaparkan menerusi

    laman sesawang di dalam internet telah dipaparkan kepada pengguna internet 24 jam

    dan 7 hari seminggu ke seluruh pelusuk negara tanpa sebarang sekatan. Maka tidak

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    19/52

    hairanlah jika barangan yang dijual boleh kehabisan stok dalam masa seminggu kerana

    permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang mungkin daripada negara yang

    berbeza. Jelas disini memperlihatkan bahawa kelebihan khidmat e-dagang yang

    keenam dalam memberi keuntungan kepada penjual dalam menjual produk atau

    barangan mereka.

    Antara kelebihan lain yang dapat diperolehi daripada e-dagang ini adalah ianya

    dapat membantu pembeli dalam membayar kos pembelian dalam harga yang minimum.

    Hal ini dapat dijelaskan apabila pembeli membeli barangan secara terus daripada

    penjual atau pengeluar tanpa membayar kos komisyen kepada agen. Sebagai contoh,

    seorang pembeli menggunakan komputer peribadinya sama ada pada waktu pagi atau

    malam selama 7 hari per minggu untuk membeli barangan yang ditawarkan oleh

    penjual. Tanpa menggunakan atau menghabiskan duit minyak, pembeli memperolehi

    barangan yang dikehendaki melalui proses khidmat penghantaran barangan yang

    ditawarkan oleh penjual kepada pembeli.

    Bukan itu sahaja, e-dagang juga memberi kelebihan kepada penjual kerana

    terdapat bisnes online yang tidak perlu untuk mengirimkan produknya kepada

    pelanggan melalui pos, khususnya dalam menjual perisian komputer. Sebagai contoh,

    sebuah laman sesawangwww.beyon.comtelah mengizinkan para pelanggannya untuk

    memuat turun perisian yang dibelinya secara langsung melalui komputer mereka.

    Produk-produk lain seperti muzik dan video akan tersedia dengan cara seperti ini,

    sejajar dengan peningkatan bandwidth dari waku ke waktu muat turun yang meningkat.

    Keuntungan lainnya yang ditawarkan oleh e-commerce ke konsumen adalah

    pengurangan biaya.

    Perniagaan e-dagang juga mampu membantu peniaga untuk mendapatkan

    keuntungan yang optimum kerana mempromosikan barang-barangan jualan menerusi

    internet umpama satu tindakan memasarkan barangan secara lebih meluas kepada

    lebih daripada 60 juta pengguna internet yang melayari internet 24 jam dan 7 hari

    seminggu. Bukan itu sahaja, pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta juga boleh

    http://www.beyon.com/http://www.beyon.com/http://www.beyon.com/http://www.beyon.com/
  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    20/52

    menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan

    sebagainya.

    Antara kelebihan lain yang boleh diperolehi daripada perniagaan e-dagang

    adalah perniagaan ini tidak memerlukan satu modal perniagaan yang tinggi seperti

    perniagaan offline yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi. Dalam e-dagang,

    antara perkara yang diperlukan bagi menjalankan bisnes online adalah saebuah idea

    perniagaan seperti strategi atau kaedah perniagaan, sebuah laman sesawang untuk

    memasarkan barangan atau produk dan seterusnya adalah internet. E-dagang tidak

    memperuntukkan kos yang tinggi.

    Perniagaan e-dagang juga mempunyai kelebihan dalam membantu individu yang

    sudah bekerja dalam mendapatkan pendapatan sampingan sekiranya pendapatan hasil

    daripada pekerjaan tetap mereka kurang memuaskan untuk menjana kehidupan

    seharian. Oleh itu, menjalankan perniagaan e-dagang merupakan satu solusi yang

    terbaik bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah individu

    yang kurang mencukupi daripada aspek kewangan hasil daripada pendapatan tetap

    mereka. Hal ini kerana melalui perniagaan secara online, peniaga tidak memerlukan 8

    jam sehari 5 jam seminggu untuk ke tempat kerja kerana perniagaan tersebut boleh

    diuruskan pada bila-bila masa mengikut masa yang disukai dan keselesaan peniaga

    tersebut.

    Perniagaan e-dagang tidak menghadkan lokasi untuk peniaga bagi menjana

    pendapatan melalui perniagaan menerusi internet. Hal ini kerana perniagaan e-dagang

    hanya memerlukan sebuah medium seperti laptop dan internet untuk menguruskan

    perniagaan. Di mana adanya laptop dan internet, di situlah ruang pejabatnya. Ruang

    lingkup tempat kerja tidak hanya terhad di satu lokasi semata-mata seperti pejabat,

    sebaliknya tempat-tempat seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya yang

    mempunyai persekitaran yang selesa dapat dijadikan lokasi menjalankan urusniaga

    dalam internet. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat menjimatkan masa selama 2

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    21/52

    jam setiap hari iaitu masa yang telah diambil untuk ke tempat kerja. Bukan itu sahaja,

    penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan dengan hanya bekerja di rumah.

    Perniagaan e-dagang tidak memperuntukkan modal yang besar dalam

    menjalankan bisnes, sebaliknya ianya hanya memperuntukkan modal yang agak kecil

    bagi peniaga untuk memulakan perniagaan. Memandangkan modal yang digunakan

    untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah daripada perniagaan secara

    offline, maka keadaan tersebut telah membuka peluang kepada peniaga, terutamanya

    usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan mereka lebih daripada satu jenis

    barangan atau produk untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan. Para usahawan

    mempunyai peluang untuk membuka perniagaan lain bagi mengaut keuntungan yang

    diingini. Oleh itu, kekuatan atau kelebihan perniagaan e-dagang yang terakhir adalah

    perniagaan ini mampu memberi peluang terutamanya usahawan untuk menceburkan

    diri mereka lebih daripada satu perniagaan.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    22/52

    5.0. KELEMAHAN E-DAGANG

    Dalam setiap kebaikkan yang telah dinyatakan, perniagaan e-dagang juga tidakdapat terlepas daripada keburukan yang tersendiri. Oleh itu, terdapat beberapa

    keburukan yang telah dapat dikenalpasti daripada hasil pembacaan mengenai

    perniagaan e-dagang. Antaranya adalah berkenaan dengan kebolehpercayaan.

    Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian

    adalah kerana kurangnya faktor kebolehpercayaan di antara peniaga dan pengguna

    (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat bahawa

    kurangnya elemen kebolehpecayaan dalam kalangan pengguna merupakan

    penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti e-dagang.

    Kelemahan pertama yang telah dapat dikenalpasti dalam e-dagang adalah

    barangan yang dipasarkan atau dipromosikan tidak dapat dikenalpasti kualiti barang

    tersebut secara konkrit. Menurut oleh Lee Chee Kuang (2009) bahawa pembeli

    terpaksa membeli secara prabayar tanpa melihat barang. Beliau boleh ditipu dari segi

    kualiti, spesifikasi serta cirri barang. Hal ini kerana pengguna hanya mampu melihat

    barang atau produk yang ditampilkan menerusi laman sesawang secara maya dan tidaksecara realiti. Pengguna tidak berpeluang untuk menilai atau meneliti barang sama ada

    mempunyai kualiti ataupun tidak dan kebarangkalian untuk pengguna mendapat

    barangan yang tidak menepati citarasa mereka atau mendapat barangan yang rosak

    juga adalah tinggi. Keadaan ini tidak akan menguntungkan pihak pengguna selaku

    pembeli dan pelanggan.

    Kelemahan yang kedua yang dapat dikenalpasti adalah perniagaan e-dagang ini

    akan merencatkan hubungan silaturrahim sesama manusia yang mana kurang interaksiantara peniaga dan juga pembeli. Perhubungan antara manusia sangat penting dalam

    perniagaan, terutamanya kepada pelanggan yang memerlukan seseorang peniaga

    yang jujur untuk mendapatkan kepercayaan dalam memperolehi barangan atau produk

    yang berkualiti. Namun begitu, pendekatan perniagaan yang hanya menerusi laman

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    23/52

    sesawang dengan hanya menekan butang Buy Now atau Beli Sekarang dan

    seterusnya tersimpan dalam shopping cart sama sekali merencatkan perhubungan

    sesama manusia kerana pembelian adalah secara maya dan tiada komunikasi yang

    lebih mesra. Bagi saya, kematian sentuhan peribadi dalam urus niaga dalam talian

    adalah kelemahan terbesar e-dagang.

    Kelemahan lain yang dapat dikenal pasti daripada perniagaan e-dagang adalah

    mempunyai servis penghantaran yang agak lambat. Walaupun ianya menyediakan

    kemudahan servis penghantaran yang cepat, namun begitu penerimaan barangan yang

    dibeli akan hanya dapat diterima paling awal atau paling cepat adalah esok. Oleh itu,

    jika pengguna atau pembeli memerlukan barangan seperti pen atau buku untuk

    digunakan sekarang, pembelian menerusi laman sesawang e-dagang sama sekali tidak

    diperlukan. Namun begitu, terdapat pengecualian dalam kes pembelian barangan

    digital. Misalnya, pembelian fail muzik atau sebuah e-book dapat dibeli dengan lebih

    cepat menerusi e-dagang berbanding membeli barangan tersebut daripada kedai fizikal.

    Bukan semua barangan boleh dibeli menerusi secara atas talian dan ianya juga

    merupakan salah satu kekurangan yang dikenal pasti daripada perniagaan e-dagang.

    Walaupun perniagaan atas talian menjanjikan pelbagai kemudahan kepada pelanggan,

    namun terdapat barangan yang boleh dibeli dalam talian. Sebagai contoh, penggunatidak boleh membeli atau memesan ais krim secara atas talian. Pembeli mungkin boleh

    memesan ais krim secara online, namun sudah pasti proses penghantaran akan

    mengalami kesulitan kerana ais krim perlu diangkut dalam sebuah trak sejuk. Melainkan

    penjual aiskrim sudi menanggung kos kerugian yang agak besar, maka kos

    penghantaran ais krim akan jauh lebih tinggi daripada kos aiskrim tersebut.

    Perniagaan luar talian dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk

    mencuba mahupun menyentuh barang yang mereka mahukan. Namun begitu, tidak

    seperti perniagaan e-dagang yang mana pengguna atau pembeli hanya mampu melihat

    barangan yang mereka tinjau secara alam maya sahaja dan sebarang percubaan

    adalah tidak dibenarkan. Keadaan ini merupakan satu kelemahan yang agak besar bagi

    perniagaan e-dagang kerana keadaan ini menjadikan pelanggan berasa kurang yakin

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    24/52

    dengan produk atau barangan yang hendak dibeli oleh mereka. Apabila pembeli

    mencuba dan merasai sendiri barang yang dijual itu, mereka akan berasa lebih yakin

    dan percaya bahawa barangan tersebut memenuhi kehendak dan kualiti mengikut

    citarasa mereka. Sebagai contoh, penjualan minyak wangi memerlukan pembeli untuk

    mencuba dan menghidu terlebih dahulu minyak wangi yang mereka mahukan. Namun

    begitu, perniagaan dalam talian tidak menyediakan kemudahan mencuba bahan atau

    produk yang diperniagakan itu.

    Menurut Lee Chee Kuang (2009), pembeli menghadapi begitu banyak pilihan

    laman web hingga menjejaskan pertimbangannya. Keadaan ini adalah disebabkan oleh

    kecanggihan dan kemudahan teknologi masa kini memudahkan banyak pihak yang

    ingin memulakan perniagaan e-dagang dengan membina kedai secara maya dalam

    masa beberapa minit sahaja. Sekiranya ramai pihak yang menjual barangan yang

    sama, bagaimanakah pembeli dapat mengenal pasti sama ada barangan yang dijual

    dalam kedai tersebut sama ada tulen mahupun tidak? Jika terlalu banyak pilihan di

    laman seswang, maka bagaimanakah mereka mahu membuat pilihan dengan bijak?

    Keadaan ini juga mampu menyekat kemahuan pembeli untuk membeli barangan

    mereka secara atas talian. Tuntasnya, kekeliruan pembeli dalam membuat pilihan

    hingga menjejaskan pertimbangan merupakan salah satu kelemahan e-dagang yang

    mampu memberi kesan kepada peniaga dalam mendapat keuntungan optimum dalam

    mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang.

    Kelemahan lain yang boleh dikenalpasti dalam e-dagang adalah ianya

    mempunyai perkaitan rapat dengan sekuriti pembeli yang mungkin menyebabkan diri

    mereka terlibat dalam masalah seperti penipuan kad kredit atau lebih buruk lagi

    kecurian identiti. Menurut Lee Chee Kuang (2009), pembeli membayar dengan kad

    kredit, dan nombor kad kredit, jika tidak dirahsiakan dengan rapi, boleh dicuri dan

    digunakan oleh pihak lain. Hal ini kerana apabila pembeli membuat pembelian dalam

    talian, mereka dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya maklumat kad kredit dan

    alamat surat menyurat. Dalam kebanyakan kes, laman sesawang perniagaan e-dagang

    dapat menggemburkan maklumat lain mengenai tingkah laku dalam talian dan rujukan

    pembeli. Pendedahan maklumat ini mampu membawa kepada masalah yang memberi

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    25/52

    kesan kepada pembeli itu sendiri. Bukan itu sahaja, kegagalan dalam memberikan

    pelindungan atau jaminan kepada pembeli yang melakukan transaksi juga mendorong

    kepada kelemahan e-dagang itu sendiri.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    26/52

    6.0. CARA MENGATASI MASALAH E-DAGANG

    Setiap permasalahan yang dihadapi pasti akan menjumpai titik penyelesaianmasalah bagi mengatasi atau membendung masalah e-dagang ini terus membelenggu

    para peniaga yang melibatkan diri mereka dalam bisnes ini. Oleh itu terdapat beberapa

    cara yang boleh dilakukan bagi membantu peniaga atas talian ini mengatasi masalah

    yang dihadapi oleh mereka.

    Langkah atau strategi yang pertama yang perlu dilakukan bagi mengatasi

    masalah e-dagang ini adalah kenalpasti strategi yang boleh dilakukan dalam

    mendapatkan kebolehpercayaan pelanggan atau pembeli. Peniaga perlu meningkatkan

    tahap kebolehpercayaan perniagaan elektronik mereka dengan cuba merancang

    strategi yang bertepatan bagi menarik pembeli untuk terus menjadi pembeli yang setia.

    Dalam keadaan ini, peniaga hendaklah membangunkan hubungan yang amanah

    dan boleh dipercayai antara peniaga dengan pelanggan bagi membuktikan kepada

    mereka bahawa peniaga tersebut bertanggungjawab dan dapat diandalkan. Antara cara

    yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kebolehpercayaan pelanggan adalah dengan

    mempersiapkan laman sesawang perniagaan elektronik dengan memberikan fokus

    kepada ruang Aboutdi laman tersebut. Hal ini kerana kebanyakkan pelanggan pasti

    mahu mengetahui peniaga di sebalik perniagaan, termasuklah latar belakang yang

    ringkas berkenaan dengan bisnes yang dijalankan. Adalah lebih baik jika ruangan

    tersebut diselitkan dengan gambar atau video untuk meningkatkan lagi

    kebolehpercayaan dalam kalangan pelanggan.

    Selain itu, penerbitan blog memerlukan komitmen, tetapi adalah lebih baik

    menunjukkan keperibadian bisnes kepada pelanggan, di samping menunjukkan bisnes

    dalam blog atau laman sesawang tersebut masih hidup. Intipati atau maklumat yang

    sering diperbaharui juga menunjukkan komitmen seperti TLC kepada pelanggan.

    Bukan itu sahaja, sediakan ruang komentar agar pelanggan dapat berpeluang untuk

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    27/52

    menanyakan berkenaan dengan produk atau barangan yang dijual bagi mewujudkan

    mesra pelanggan.

    Bagi memudahkan pelanggan menghubungi peniaga, maka sediakan sebarang

    maklumat tentang nombor telefon, e-mel, Live Chat atau beberapa metod lain kepada

    pelanggan bagi memudahkan urusan peniagaan antara peniaga dan pelanggan.

    Sebarang pertanyaan daripada pelanggan sama ada menerusi panggilan telefon ketika

    waktu kerja, dan ianya perlu dijaga dan dibalas agar interaksi dan silaturrahim antara

    peniaga dan pembeli dapat terjaga. Jika tidak dapat menjawab panggilan, maka

    gunakan pesanan suara dan cuba menghubungi pelanggan secepat mungkin. Gunakan

    layanan live chat untuk pelanggan yang tidak ingin mengganggu mereka berselancar

    untuk mencari telepon, atau menawarkan bentuk-bentuk kontak pada setiap halaman

    yang dengan cepat dijawab melalui email.

    Bagi menambahkan kebolehpercayaan kepada pelanggan berkenaan kualiti

    barang yang dijual, maka publikasikan kepada pelanggan testimonial pelanggan yang

    telah mencuba barangan yang telah dibeli daripada kedai atau blog peniaga. Sekiranya

    pelanggan tidak dapat mencuba secara konkrit, namun dengan adanya testimonial

    daripada pelanggan-pelanggan dapat menarik dan menambah kepercayaan pelanggan

    lain untuk membeli barangan dan produk daripada laman perniagaan peniaga.Sementara meminta pelanggan untuk mendapatkan testimonial tanpa memaksa

    mereka, mereka mampu melihat sesuatu kepalsuan dengan cukup mudah. Tawarkan

    testimonial tunggal dalam laman perniagaan, dan pautan ke halaman testimonial

    tambahan. Secara tidak langsung, dengan adanya testimonial daripada pelanggan akan

    menambahkan keyakinan mereka terhadap produk atau barangan penjualan tersebut.

    Selepas penjualan barangan kepada pelanggan, maka sebarang tindakkan

    dalam menepati janji-janji dan berterima kasih atas hubungan perniagan yang telah

    dijalankan dengan pelanggan. Urutan seorang pelanggan yang pertama mampu

    membekukan kredibiliti di laman e-dagang peniaga yang sebenarnya. Dengan

    menawarkan harga yang adil dan pengalaman belanja yang baik kepada pelanggan,

    dan pasti akan peniaga akan dapat banyak pulangan kembali. Sekiranya terdapat

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    28/52

    permasalahan di pihak peniaga, maka peniaga perlulah meminta maaf kepada

    pelanggan dan menawarkan sesuatu kepada pelanggan bagi menebus kesalahan yang

    telah dilakukan.

    Bagi mengatasi masalah sekuriti pula, sekiranya webmaster hendak

    meningjatkan sekuriti perusahaan mereka, sekuriti laman AOS selalunya sering beralih

    kepada solusi penggunaan software bagi membantu menilai dan mengotomasikan

    tugas-tugs sekuriti mereka. Sekuriti web ini adalah baik ketika melayari internet dan

    melindungi pengguna internet daripada sebarang potensi kerentanan dalam sistem

    operasi atau browser. bukan itu sahaja, perisian-perisian yang disediakan dapat

    membantu dalam mengatasi sebarang masalah berikutan dengan keselamatan dalam

    sistem daripada sebarang penipuan hinggalah kepada kecurian indentiti.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    29/52

    7.0. PETA KONSEP I-THINK

    KELEBIHAN, KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI MASALAH E-DAGANG

    Kelebihan Kelemahan Cara Atasi

    1. Membantu dalam

    pemasaran produk atau

    barangan tanpa

    terdapatnya limitasidalam soal bentuk muka

    bumi atau geografi.

    2. membantu pelanggan

    dalam memudahankan

    pencarian barangan atau

    produk.

    3. Memudahkan peniaga

    untuk mempromosikan

    dan memasarkan

    barangan atau produk

    mereka di dalam

    internet.

    4. pengguna mempunyai

    peluang untuk

    memperolehi barangan

    yang mereka cari dan

    perlukan dengan mudah

    1. barangan yang

    dipasarkan atau

    dipromosikan tidak

    dapat dikenalpastikualiti barang tersebut

    secara konkrit.

    2. merencatkan hubungan

    silaturrahim sesama

    manusia yang mana

    kurang interaksi antara

    peniaga dan juga

    pembeli.

    3. servis penghantaran

    yang agak lambat

    sekurang-kurangnya

    satu hari.

    4. Bukan semua barangan

    boleh dibeli menerusi

    secara atas talian.

    1. meningkatkan tahap

    kebolehpercayaan

    dengan cuba

    merancang strategibagi menarik

    pembeli.

    2. membangunkan

    hubungan yang

    amanah dan boleh

    dipercayai dengan

    mempersiapkan

    laman sesawang

    perniagaan

    elektronik dengan

    memberikan fokus

    kepada ruang

    Aboutdi laman

    tersebut.

    3. menunjukkan

    keperibadian bisnes

    kepada pelanggan,

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    30/52

    dan menjimatkan masa.

    5. memberi faedah dan

    kelebihan kepada pihak

    ketiga.

    6. memberi keuntungan

    kepada penjual dalam

    menjual produk atau

    barangan mereka.

    7. membantu pembeli

    dalam membayar kos

    pembelian dalam harga

    yang minimum.

    8. pengurangan biaya kos

    penghantaran bagi

    barangan/produk yang

    boleh dimuat turun

    melalui internet.

    9. menghapuskan

    golongan pertengahan

    dalam dunia perniagaan

    seperti agen dan

    sebagainya.

    10. tidak memerlukan satu

    modal perniagaan yang

    tinggi.

    11. membantu dalam

    5. Tidak memberi peluang

    kepada pelanggan

    untuk mencuba

    mahupun menyentuh

    barang/produk.

    6. Pembeli tidak dapat

    mengenalpasti laman

    yang menjual barangan

    yang berkualiti.

    7. Pembeli terdedah

    kepada masalah seperti

    penipuan kad kredit

    atau lebih buruk lagi

    kecurian identiti.

    di samping

    menunjukkan bisnes

    dalam blog atau

    laman sesawang

    tersebut masih

    hidup.

    4. Intipati atau

    maklumat yang

    sering diperbaharui

    dan sediakan ruang

    komentar bagi

    mewujudkan mesra

    pelanggan.

    5. sediakan sebarang

    maklumat tentang

    nombor telefon, e-

    mel, Live Chat atau

    beberapa metod lain

    kepada pelanggan

    bagi memudahkan

    urusan peniagaan

    antara peniaga dan

    pelanggan.

    6. Publikasikan kepada

    pelanggan

    testimonial

    pelanggan yang

    telah mencuba

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    31/52

    mendapatkan

    pendapatan sampingan

    12. tidak menghadkan lokasi

    untuk peniaga bagi

    menjana pendapatan

    dan menjimatkan masa.

    13. mampu memberi

    peluang terutamanya

    usahawan untuk

    menceburkan diri

    mereka lebih daripada

    satu perniagaan.

    barangan yang telah

    dibeli.

    7. tindakkan dalam

    menepati janji-janji

    dan berterima kasih

    atas hubungan

    perniagan yang telah

    dijalankan.

    8. Menggunakan

    software bagi

    membantu menilai

    dan

    mengotomasikan

    tugas-tugas sekuriti

    laman sesawang

    perusahaan mereka.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    32/52

    8.0. PENUTUP

    Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi

    jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk

    menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini

    ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang

    membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah

    komputer, modem dan talian telefon.

    Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun

    sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau

    bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih

    meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh

    dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara

    tradisional perdagangan.

    Namun begitu, kelebihan-kelebihan e-dagang yang memberi keuntungan sama

    ada kepada penjual mahupun pembeli sama sekali tidak boleh dipertikaikan. Hal ini

    kerana terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperolehi oleh pembeli dan penjual,

    sekaligus kelebihan-kelebihan ini juga turut membantu dalam perkembangan ekonomi

    negara sekiranya perniagaan e-dagang semakin berkembang dengan meluas.

    Kesedaran mengenai pentingnya perdagangan elektronik (e-dagang) dalam

    kalangan masyarakat terutamanya kepada para pengilang industri kecil dan sederhana

    (IKS) perlu diperhebatkan lagi memandangkan peluang perniagaan yang wujud

    daripada sektor itu terlalu besar.

    Walaupun kesedaran dalam masyarakat dalam bidang teknologi telah meluas,

    namun penggunaan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) tetapi ia adalah di

    peringkat asas sahaja iaitu pada bahagian pentadbiran, pembayaran gaji dan

    kewangan, terutamanya kepada peniaga-peniaga. Kesedaran-kesedaran ini perlu

    dipertingkatkan agar ianya juga dapat menguntungkan individu-individu tersebut.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    33/52

    Dengan membuat pengenalpastian kekurangan dan kelebihan yang telah

    dibincangkan merupakan salah satu perkara yang perlu diperhatikan bagi membantu

    dalam mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi masalah dalam perdagangan

    elektronik ini. Pengenalpastian ini merupakan satu pemangkin untuk meningkatkan

    kecekapan, produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan bagi menghadapi pasaran

    masa hadapan.

    Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa usaha yang telah dilakukan oleh pihak

    kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya peniaga-

    peniaga atau perusaha-perusaha dalam negara tentang perniagaan elektronik yang

    mampu membantu mereka dalam mencapai keuntungan dalam perusahaan mereka.

    usaha ini bukan sahaja bertujuan membantu peniaga-peniaga atau perusaha-perusaha,sebaliknya ianya juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Oleh itu, diharapkan segala kesedaran dan pengenalpastian kekurangan dan

    kelebihan yang berkaitan dengan perdagangan elektronik, di samping pengenalpastian

    cara masalah e-dagang tersebut dapat diatasi mampu diaplikasikan dan digunakan

    dengan tujuan membantu pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam bidang

    perniagaan.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    34/52

    9.0. REFLEKSI INDIVIDU

    OLEH : Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee

    Tugasan bagi subjek RBT 3119: Perniagaan dan Keusahawanan telah diterima

    pada 1 Mac 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu puan Malar Arasi a/p Sundaram.

    Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan

    beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan

    terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam

    melaksanakan tugasan ini.

    Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang

    dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya

    apabila mendapat pasangan tugasan yang mempunyai komitmen dalam melaksanakan

    tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan

    perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya

    dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka.

    Oleh kerana tugasan RBT3119 ini adalah berkaitan dengan perdagangan

    elektronik, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang

    melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat

    gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya

    telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata

    dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya

    beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam

    melaksanakan tugasan ini. Permasalahan yang telah saya hadapi adalah kekurangan

    sumber rujukan iaitu buku ilmiah untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya telah mencari

    maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik atau nama lainnya e-dagang

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    35/52

    dalam bentuk sumber buku termasuklah mencari di perpustakaan IPG Kampus Pulau

    Pinang, namun segala usaha adalah hampa.

    Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan

    dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagimendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan kelebihan, kekurangan e-

    dagang, serta cara mengatasi kelemahannya. Keadaan semakin sukar apabila sumber

    rujukan dalam bahasa melayu adalah kurang dan lebih banyak sumber dalam bahasa

    Indonesia dan bahasa inggeris.

    Oleh itu, saya terpaksa melakukan tugas lebih iaitu saya mencari maklumat

    berkenaan dengan tajuk tersebut dalam bahasa inggeris. Sumber rujukan berkenaan

    dengan e-dagang adalah daripada laman web bahasa inggeris dan telah menggunakan

    Google Translate bagi tujuan penterjemahan. Selain daripada itu, saya juga turut

    merujuk beberapa orang rakan daripada aliran TESL untuk membantu saya dalam

    menterjemahkan makna yang saya tidak faham dalam penggunaan istilahnya.

    Saya dan rakan sekumpulan juga banyak merujuk googlebook kerana

    sesetengah maklumat berkenaan dengan e-dagang dapat ditemui di googlebook,

    namun jumlah maklumat yang dibekalkan tidaklah begitu banyak dan terhad. Hal ini

    kerana kebanyakkan maklumat berkenaan dengan perdagangan elektronik adalah

    dalam bentuk bahasa Inggeris. Adalah sukar bagi saya untuk melakukan

    penterjemahan kerana istilah-istilah atau laras bahasa ekonomi adalah tidak sama dan

    khuatir juga sekiranya istilah yang saya gunakan dalam menterjemahkan struktur ayat

    tersebut tidak tepat.

    Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha

    dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi

    pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun

    bahan ilmiah yang ditemui di dalam googlebook. Dengan merujuk beberapa maklumat

    lain dalam beberapa laman sesawang yang berbeza, pembacaan yang dilakukan

    akhirnya membuahkan hasil apabila saya mula faham perkara yang hendak

    disampaikan.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    36/52

    Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan

    berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada

    saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman

    dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu

    perdagangan khususnya perdagangan elektronik. Hasil pembacaan daripada pelbagai

    sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui

    terutamannya berkenaan dengan pendapat tokoh tentang e-dagang, konsep, definisi,

    skop, kekurangan, kelebihan dan segalanya berkenaan dengan e-dagang.

    Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten

    sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya

    berkenaan dengan e-dagang, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri

    individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang

    dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja

    memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga perlu dalam

    kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak

    terbantut.

    Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan

    yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi

    dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli

    kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli

    kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan

    sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka.

    Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran

    dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan serta

    penelitian terhadap sumber-sumber yang telah dibaca dan ianya bukanlah sesuatuyang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya ketika

    saya membuat penterjemahan daripada bahasa inggeris ke bahasa Melayu. Hasil

    usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan

    yang telah diberikan.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    37/52

    Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan

    kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana

    ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam terutamanya dalam

    pengenalpastian masalah yang dihadapi dalam e-dagang yang mana saya juga perlu

    meneliti penyelesaian masalah bagi masalah-masalah yang dihadapi. Sebagai seorang

    bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran berfikir secara

    kritis dan berusaha dalam mencari ilmu dalam pelbagai sumber agar ilmu-ilmu atau

    pengetahuan yang diperolehi itu adalah fakta daripada sumber yang boleh dipercayai.

    Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka

    terhadap peranan saya sebagai guru yang bakal mengajar kemahiran hidup. Hal ini

    kerana dalam subjek elektif tersebut, saya juga akan mengajar murid-murid saya

    berkaitan dengan perniagaan. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri saya dalam

    bidang ini bagi membantu dalam penyampaian ilmu yang lebih mantap dan berkesan

    kepada murid-murid. Keperluan guru dalam memantapkan pengetahuan dalam bidang

    pengajarannya ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai

    keupayaan pengetahuan yang tinggi yang mana mampu bersaing di persada

    antarabangsa.

    Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah

    mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu perniagaan elektronik. Sebagai seorang

    bakal guru, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan dan

    perdagangan kerana penguasaan tersebut bukan sahaja membantu murid-murid saya

    dalam percambahan ilmu, sebaliknya saya juga turut menyediakan mental mereka

    dalam berhadapan dengan dunia futuristik, yang mana perdagangan elektronik ini

    adalah kaedah satu perniagaan yang akan berkembang dengan lebih pesat pada masa

    akan datang. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah

    berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk

    perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    38/52

    REFLEKSI INDIVIDU

    OLEH : Nurul Afifah binti Zainal Abidin

    Sebelum menerima tugasan berkenaan e-dagang ini,saya merasakan tugasan

    ini amat menarik kerana perihal e-dagang bukanlah sesauatu yang baru di

    Malaysia.Saya sendiri selaku penggemar barangan yang dijual atas talian secara tidak

    langsung sudah terlibat dalam dunia perniagaan elektronik ini.Subjek RBT

    3119:Perniagaan dan Keusahawanan bagi saya merupakan subjek yang agak

    rumit.Melihatkan proformanya sahja yang dikatakan pensyarah bertaraf

    Master,membuatkan saya amat risau dan ragu dengan kebolehan saya untuk

    memahami subjek ini,selain kekangan masa yang amat mencemburui saya semester

    ini.Benar,memang tidak cukup masa untuk saya meliputi kesemua tajuk di dalam

    proforma.Topik berkenaan E-Dagang sahaja sudah merangkumi beberapa topik.Oleh

    itu tindakan pensyarah meletakkan topik ini sebagai yopik penilaian kerja kursus

    adalah pilihan tepa supaya kami boleh menerokai topik ini secara tidak langsung

    semasa menyiapkan tugasan.

    Sebaik sahaja menerima tugasan,perkara pertama sekali yang saya lakukan

    adalah membaca soalan yang telah diterima berulang kali untuk mengenalpasti

    kehendak soalan sekaligus mendapatkan gambaran awal bentuk pelaksanaan

    tugasan.Saya mendapati tugasan ini agak rumit pada awalnya kerana terlalu banyak

    komponen-komponen kecil di dalamnya.Pun begitu setelah membaca dengan

    teliti,komponen-komponen tersebut sebenarnya berkaitan antara satu sama lain dan

    boleh dikelompokkan untuk pembahagian tugasan antara 2 orang dalam kumpulan

    saya.

    Untuk tugasan ini,hasil undian,saya mendapat tiga tajuk teratas iaitudefinisi,konsep,skop,saiz,dan keadaan e-dagang di Malaysia.Tugasan-tugasan di

    semester ini kebanyakannya menekankan kemahiran berfikir secara kritis.Oleh itu saya

    mencuba untuk banyak mengarang dengan ayat sendiri dan memberi rumusan dan

    hujah terhadap apa yang saya baca.Saya teringat kata-kata tuan guru besar SK Minden

    Height yang menyampaikan Wacana Ilmu berkenaan Cabaran Guru Masa Kini

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    39/52

    beberapa hari yang lepas.Katanya,Its not how you answer but its about how you justify

    your answer.Menjustifikasi jawapan adalah termasuk dalam cabang pemikiran kritis

    dan kreatif.

    Semakin menganjak usia,keperluan memastikan ketepatan dan kesahihanrujukan,meluaskan bahan bacaan dan menulis dengan kritis semakin ditekankan.Hal ini

    adalah kerana di semester akhir,kami bakal melalui pengalaman membuat kajian

    tindakan.Tahun demi tahun perkara ini semakin membuka mata saya untuk melihat

    variasi rujukan apabila rujukan internet dianggap kurang berkualiti. Saya cuba

    merajinkan diri ke pusat sumber menelaah berbagai jenis rujukan yang ada. Malangnya

    amat sedikit bahan boleh ditemui di perpustakaan memandangkan subjek ini

    merupakan subjek baru di Institut ini.

    Pun begitu,saya sememangnya benar-benar tidak berpuas hati dengan keadaan

    pusat sumber institut ini. Benar,banyak perubahan fizikal pada institut ini dapat dilihat

    misalnya kelengkapan di gelanggara, dataran institut dan sebagainya.Tetapi ingin saya

    tekankan di sini, Institut Pendidikan Guru ini adalah tempat mendidik para guru yakni

    core-businessnya adalah ilmu. Tidak satu pun pembaharuan atau mekap luaran yang

    boleh saya banggakan tentang institut ini jika para pelajarnya tidak berpengetahuan

    tinggi sebagaimana patutnya seorang guru. Inilah yang dikatakan Prasarana kelas

    pertama tetapi minda kelas ketiga.Itupun Institut ini masih tidak layak mendapat gelar

    prasarana kelas pertama itu.

    Pun begitu,saya tidak mengalah dengan keadaan ini.Saya menemui cara baru

    pencarian buku dengan menggunakan aplikasi Google Book.Walaupun menggunakan

    internet,bahan buku daripada aplikasi ini adalah gambaran sebenar buku tersebut

    walaupun bilangan muka surat yang boleh dilihat adalah terhad.Ini bermakna ia sama

    dengan rujukan buku di pusat sumber.Saya mendapat banyak manfaat melalui carabaru ini apabila tidak perlu meminjam buku di pusat sumber dan mengurangkan kos

    fotokopi bahan.

    Selain itu, saya mula menelaah jurnal-jurnal di laman web universiti dan juga

    keratan akhbar atas talian.Walaupun halangannya tetap sama iaitu tidak semua jurnal

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    40/52

    boleh dibuka kerana memerlukan pendaftaran,sekurang-kurangnya saya dapat juga

    membaca pelbagai jenis bahan.Bahan kuliah yang diberikan pensyarah yang

    adakalanya tidak pernah saya dengari misalnya beliau membangkitkan isu-isu ekonomi

    dan perniagaan yang rumit berjaya membuatkan saya bermotivasi untuk lebih banyak

    membaca kerana kebangkitan rasa ingin tahu.

    Ada rakan saya yang bertanya,apakah saya tidak berserabut dengan membaca

    terlalu banyak rujukan?Jawapannya,memang pening namun bagi saya,pening atau

    berserabut ketika membaca banyak maklumat adalah satu indikasi yang baik,bukan

    bermakna pening menandakan perlu berhenti membaca.Pening berlaku apabila si

    pembaca terjumpa sesuatu yang alien dalam pembacaannya atau mudah kata;belajar

    sesuatu yang baru.

    Kata orang bijak pandai,lebih banyak kita baca,lebih banyak yang kita tidak tahu

    itu benar,sebab itu saya membaca lebih banyak buku. Menurut Ahmad Suhaimi

    Abdullah, perah otak adalah suatu proses yang menghasilkan beberapa idea yang

    bagus bercampur dengan banyak idea yang tidak berguna yang memerlukan proses

    matriks penilaian selepasnya. Proses yang mendatangkan pening itu saya yakin akan

    hilang kemudian apabila sudah ditemui rumusan tentang kesemua buku yang kita

    baca.Kesimpulannya,tenyatalah pensyarah berjaya membuatkan saya mampu dan

    bermotivasi untuk belajar secara kendiri dan berterusan,tahniah.

    Bila di peringkat ijazah,sudah tentu perkara seperti kolaborasi,jadual

    perlaksanaan dan lain-lain tidak perlu diingatkan lagi oleh pensyarah. Saya sedikit

    kecewa apabila dalam lembaran tugasan kali ini saya tidak berkesempatan

    berkolaborasi dengan pensyarah kerana kesuntukan masa sehinggakan kami ahli

    sekumpulan pun mengalami kesukaran untuk berjumpa dan berbincang.Bercakap

    berkenaan kolaborasi,saya lihat istilah ini kerap disalahertikan.

    Kolaborasi sebenarnya boleh dilakukan dengan pakar dari pelbagai bidang ilmu

    dan boleh juga dilakukan bersama ahli kumpulan di suatu keadaan yang membenarkan

    ahli kumpulan mengkritik dan membincangkan tugasan yang diselesaikan sesama

    sendiri dan adanya perkongsian autoriti. Hal seperti ini tentunya memerlukan kerjasama

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    41/52

    kukuh dan keterbukaan antara ahli kerana ia melibatkan perasaan selain sikap

    professional dan mengambil masa juga untuk kami mampu melakukannya.Jika amalan

    kolaborasi ini diadakan dengan betul,sebenarnya ia mampu meningkatkan kualiti

    tugasan.Namun,begitulah natijahnya,masa amat-amat mencemburui kami. Kolaborasi

    hanya berlaku di awal dan hujung pelaksanaan tugasan.Maka saya berharap di

    lembaran tugasan akan datang,amalan kolaborasi ini dapat ditingkatkan lagi.

    Perkara baru yang saya temui dalam lembaran tugasan di semester ini antara

    lainnya adalah penyediaan peta pemikiran I-Think.Saya teringat kata-kata pensyarah

    berkenaan Program I-Think ini yang penggunaannya disalah aplikasi di Malaysia dan

    merugikan wang kerana kemahiran membuat peta konsep sudah pun dikuasai oleh

    guru-guru Malaysia dan tidak perlulah sehingga mereka dihantar ke luar Negara untuk

    berkursus berkenaan Program ini.Dalam KBBK, atau kemahiran berfikir aras tinggi

    KeBAT, terdapat pelbagai jenis peta minda, dan graphic organizer yang boleh

    digunakan. Antara yang popular adalah rajah ikan, analisis SWOT, Plus Minus Interest,

    peta pemikiran Tony Buzan dan sebagainya.

    Apa beza Program I-Think ini??Saya mendapati I-Think ini lebih sistematik dan

    pelbagai apabila cuba menjengah laman webnya. Terdapat formula thinking hat

    pelbagai warna yang menarik, cara pemikiran bertema dan sebagainya. Pun

    begitu,malangnya ia disalah guna di Malaysia. Jika di luar Negara,peta minda

    digunakan untuk mengembangkan idea setelah membuat banyak pembacaan dan

    kajian, yakni mencari cabang-cabang informasi yang mungkin boleh diterokai lagi hasil

    daripada pembacaan yang dibuat.

    Tetapi di Malaysia, I-think digunakan hanya untuk menginterpretasikan data yang

    dibaca, ibaratnya memindahkan ilmu ke dalam sebuah peta. Justeru jika ini yang

    diaplikasikan, kita menghasilkan para pemikir yang hanya tahu memindahkan maklumatbukannya mengkritik dan mengembangkan idea berdasarkan maklumat sedia ada

    seperti kenyataannya dengan Malaysia hari ini, Malaysia hanya sebuah Negara

    consumerdan bukanproducer!

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    42/52

    Seperti yang saya aktakan di awal penulisan refleksi ini,saya merupakan

    penggemar barangan online,maka sedikit sebanyak sebelum melaksanakan tugasan ini

    saya telah pun memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam dunia perniagaan

    elektronik ini yang lebih saya suka sebut perniagaan elektronik berbanding e-dagang

    kerana istilah e-dagang yang menyalahi hukum tatabahasa melayu.Mengapa istilah ini

    dikatakan salah??Ingin saya kongsikan pendapat Nik Safiah Karim dalam bukunya

    Bimbingan Pelajar Bahasa,istilah e-dagang ini menyalahi Peraturan Hukum DM

    (Diterangkan-Menerangkan) Bahasa Melayu.Ini adalah kerana inti dalam istilah ini yakni

    unsur yang diterangkan adalah dagang dan bukannya elektronik terlebih dahulu

    sebagaimana istilah bahasa inggeris.Maka yang sebetulnya istilah ini disebut dagang-e

    begitu juga dengan e-mel, mel-e, perbankan-e dan sebagainya.

    Pendapat saya sebagai seorang pengguna/pelanggan dalam dunia perdagangan

    elektronik ini,saya menyukainya kerana ia menjimatkan masa,tenaga dan wang kerana

    produk yang didapati melalui internet adalah jauh lebih murah dan pelbagai.Antara

    laman sesawang yang amat saya minati untuk membeli-belah adalah Forum

    Lowyat.Net dan blogshop-blogshop dan tidak ketinggalan di Facebook.com. Walaupun

    menyedari perniagaan online yang stoknya cepat habis kerana keterluasan capaian

    pelanggan,namun ia tetap menjadi pilihan saya kerana ternyata

    memudahkan.Bayangkan saya boleh mendapatkan produk kosmetik Korea yang hanya

    dijual di Queensbay Mall berganda-ganda murahnya melalui online yakni di pasaran

    luar,sebotol BB Cream berharga RM65.00 manakala harga onlinenya hanya RM

    44.00!Kos penghantaran dengan menggunakan Pos Laju hanya dikenakan caj

    RM5.00.Itu pun jika belian banyak,sesetengah peniaga memberikan perkhidmatan

    penghantaran parcel secara percuma ditambah dengan beberapa hadiah percuma lagi!.

    Cara transaksi pemindahan wang yang selalu menjadi pilihan saya adalah

    melalui cash deposit atau bank transfer di ATM sahaja kerana belum memiliki master

    card atau visa card.Ada juga peniaga yang menyediakan perkhidmatan tolong belikan

    misalnya mereka memiliki akaun di Amazon.com,Paypal,PayEasy dan sebagainya

    untuk mendapatkan produk-produk luar Negara dengan harga yang sememangnya

    lebih murah.Kerana rasa ingin tahu akan perniagaan jenis ini,saya selalu juga

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    43/52

    menelaah laman web yang berniaga dengan pola syarikat ke syarikat yang dapat saya

    buat kesimpulannya di sini sangat menguntungkan.Pelbagai produk boleh

    diniagakan.Yakni dalam satu laman web yang saya temui,peniaga tersebut menjual

    serbuk spirulina dari Filipina.Seperti yang kita tahu spirulina memang mahal harganya

    apabila dibotolkan menjadi suplemen.Namun saya tidak menyangka bahan mentahnya

    murah sahaja dan mula menyedari ruginya jika tidak mengetahui ilmu consumerini.

    Melalui pengalaman ini jugalah saya mengenali terma dan istilah seperti retail

    price,offer price,payment method,cash deposit dan saya juga mengetahui ilmu

    menggunakan kemudahan seperti menyemak parcel di laman web Poslaju.com hanya

    dengan menaip masuk tracking number,membaca harga tukaran mata wang jika

    membeli produk luar Negara dan sebagainya.Namun tidak semua pengalaman membeli

    belah secara online saya indah-indah belaka.

    Saya pernah juga mengalami masalah menerima produk tiruan dari

    China,masalah peniaga lambat memberikan servis hingga menunggu berminggu-

    minggu untuk produk sampai di tangan saya dan risiko tertipu yang tinggi apabila

    membeli barangan terpakai dan barangan elektronik secara online.Mujur ada peniaga

    yang wajar diberi pujian kerana berusaha menerangkan kepada pelanggan bagaimana

    untuk mengesan produk palsu.Teknologi mengesan produk palsu yang dapat saya

    kesan adalah melalui penggunaan sticker smart di badan produk.Cara lain

    mengesannya adalah memeriksa manufactory date dan kilang pembuatan produk

    tersebut.Dan secara jujurnya saya ingin nyatakan,kaum cina lebih mengambil berat

    perihal keaslian produk ini berbanding orang melayu.

    Kesimpulannya, sejauh mana ICT membantu mempermudahkan urusan

    berniaga dan membeli,kekurangannya tetap mengekori.Bagi peniaga,secanggih mana

    sekalipun teknologi yang digunakan,andai kebolehan meramahi pelanggan,kebolehanmempromosi dan meyakinkan pelanggan itu tiada,tiada gunanya juga.Dan penipuan-

    penipuan ICT mutakhir ini masih lagi menemui jalan buntu bagaimana

    menyelesaikannya kerana ia cukup sukar dikesan akibat pembangunannya yang

    pesat.Setinggi mana pun tamadun manusia,andai keruntuhan moral tidak diberi

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    44/52

    perhatian berbanding kemajuan fizikal,inilah masalah yang akan berlaku,sekian.Terima

    kasih kerana sudi membaca.=)..

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    45/52

    10.0. JADUAL PELAKSAAN PROJEK

    Langkah Jenis aktiviti/

    Tindakan

    Tarikh Tandatangan

    1

    Menerima soalan tugasan

    dan membuat perancangan

    perlaksanaan.01.03.2013

    2

    Mencari bahan untuk rujukan

    di perpustakaan IPG KPP.

    02.03.2013

    -

    04.03.2013

    3

    Mencetak bahan untuk tujuan

    rujukan.

    05.03.2013

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    46/52

    4

    Membahagikan tugasan

    kepada ahli kumpulan

    06.03.2013

    5

    Mula membuat pemetaan

    kerja kursus

    07.03.2013

    6 Memilih bahan rujukan yang

    sesuai untuk diolah menjadi

    bahan penulisan09.03.2013

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    47/52

    7 Mula membuat penulisan

    bagi menerangkan tentang

    E-Dagang.11.03.2013

    15.03.2012

    8 Menyemak bahan penulisan

    dengan pensyarah.16.03.2013

    9 Memperbaiki kesilapan

    bahan penulisan.17.03.2013

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    48/52

    10

    Memperbaiki isi kandungan

    kerja khusus.

    19.03.2013

    11

    Mencetak isi tugasan. 20.03.2013

    12

    Menghantar tugasan dengan

    jayanya.

    22.03.2013

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    49/52

    11.0. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

    NAMA PELAJAR : Ameelia Nazirah Bt. Mohd Shafiee

    Nurul Afifah binti Zainal Abidin

    KUMPULAN : T3 Pengajian Melayu SEMESTER : PISMP Sem 5

    MATA PELAJARAN : RBT ; Perniagaan dan Keusahawanan

    PENSYARAH PEMBIMBING : Puan Malar Arasi a/p Sundaram

    TARIKHPERKARA YANG

    DIBINCANGKANKOMEN

    T/TANGAN

    PENSYARAH

    1/03/2013

    Membincangkan mengenai

    kehendak tugasan yang

    perlu untuk dilaksanakan

    berdasarkan tajuk yang

    telah diberikan.

    Dapat mengenalpasti

    kehendak tugasan dan

    cara penulisan yang

    dikehendaki.

    ..

    (Puan Malar Arasi

    a/p Sundaram)

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    50/52

    05/03/2012

    Membincangkan tentang isi

    kandungan bahan penulisan

    berkaitan dengan tugasanyang diberikan.

    Dapat mengenalpasti

    tentang penyediaanyang betul dan sesuai

    ..

    (Puan Malar Arasia/p Sundaram)

    16/03/2013 Membincangkan isi yang

    sesuai untuk disesuaikan

    dengan kehendak tugasan.

    Dapat mengenal pasti

    isi-isi utama yang betul

    serta bukti-bukti kukuh

    yang sesuai untuk

    kukuhkan kenyataan

    bagi isi-isi berkenaan.

    ..

    (Ameelia Nazirahbinti Mohd Shafiee)

    ..

    (Nurul Afifah binti

    Zainal Abidin)

    20/03/2013

    Membincangkan

    pembetulan yang harus

    dilakukan hasil daripada

    koloborasi

    Membetulkan

    komponen- komponen

    yang salah.

    ..

    (Ameelia Nazirah

    binti Mohd Shafiee)

    ..

    (Nurul Afifah binti

    Zainal Abidin)

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    51/52

    12.0. BIBLIOGRAFI

    Loo Chee Kuang. (2009). Focus Ace Spm 2009 Perdagangan. Kuala Lumpur:

    Pelangi Publishing Group Bhd

    Zaini Nasohah et al (2004). Syariah dan Undang-undang: Satu Perbandingan

    Cheras :Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

    Muhammad Fathi Yusof (2006). Soal Jawab Undang-Undang KontrakPahang:PTS Professional Publisihing Sdn Bhd.

    Mohd. Shahizan Othmanet.al. (2006).Pembangunan Apilikasi Web Menggunakan

    Active Server Pages (ASP). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    Sharifah Akmam binti Syed Zakaria (2007). Rancangan Perniagaan

    Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

    Mohd. Aizaini Maarof (2004). Teknologi Maklumat Siri II : Internet, Sistem Maklumat

    dan Bahasa Pengaturcaraan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    Paul Timmers (2006). Perdagangan Elektronik.. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan

    Negara Malaysia Berhad (ITNM)

  • 7/29/2019 GABUNG SEMUA RBT

    52/52

    13.0 LAMPIRAN