FONOLOGI.docx
-
Upload
yiisiengling -
Category
Documents
-
view
227 -
download
0
Transcript of FONOLOGI.docx
FONOLOGI -BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA
PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya
kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan
bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh
badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan
definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam
Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of
speech sounds of a language or group of languages”.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s
Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech
sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more
related languages”.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan
dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal
belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul
menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut
persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara
dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang
sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara
keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,
keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau
diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga
mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal
yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara
bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau
halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara
dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan
udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah
konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa
Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis
konsonan iaitu :
a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara
( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,
gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
Cara membunyikan huruf vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam
bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa
Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi
(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
· Keadaan bibir hampar
· Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
· Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
· hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
· paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe
(b) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe
(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama
(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
ubat bulat Batu
ular sudu Palu
(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko
(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko
(f) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme
Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan
daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit
lembut
Glottis
Letupan P b T d - K g -
Letusan - - C j - -
Sengau M N (ny) (ng) ŋ -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -
Sisian - L - - -
Separuh
vokal
W - Y - -
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,
iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny,
w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam
perkataan- perkataan pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti
bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli.
Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut
dihasilkan.
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara
membunyikannya:
Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-
Cara membunyikan sama seperti membunyikan
konsonan [p]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dengan mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
bersuara [b].
merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
tidak bersuara [p].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab
(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]
1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk
membuat sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan .
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi
dilepaskan serta-merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak
bersuara [t].
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
bersuara [d].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad
(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]
1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk membuat sekatan penuh pada arus udara
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara di
renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paru-
paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh
belakang lidah dilepaskan serta merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut tidak bersuara [k].
1. Pita suara dirapatkan .
2. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
lembut bersuara [g].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog
(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak
(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara
membunyikannya:
Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]
1. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan terhadap arus udara dari
Cara membunyikan konsonan sama seperti
membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dengan menggetarkan pita suara.
paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di
lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
keras gusi tidak bersuara [č].
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras
gusi bersuara [Ĵ]
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [č] Cara Laci Koc
Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej
(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-
paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi
tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas
(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar
(f) Konsonan gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal
(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam
(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman
(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-
paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang
(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-
paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -
(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke
rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah
[w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -
(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga
hidung.
(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Yakin Tayang -
Yuran Payah -
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini
disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai
kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat
unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat
penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama
dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi
manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang
bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan
keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,
maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika
pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak
berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.
Ia merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa
komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan
bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur
mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan
ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini
diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)
“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”
Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan makna “Ya”
dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan
dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:
1. em yang menunjukkan makna “Ya”
Awak yang menghabiskan makanan itu?
em..
2. em yang menunjukkan makna “Tidak”
Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu?
emmmmm..
Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama
Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang
diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik seperti frekuensi fundamental
(Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut pendengar,
ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masing sebagai kelangsingan bunyi,
kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal
akustik.
Menurut pengarang Dr Faridah binti Nazir dan Dr Hjh Maridah Binti Hj Alias (2013) dalam buku
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, mereka menerangkan para pengkaji fonologi
menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah bunyi-
bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, kosonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi
lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit fonetik dinamakan fon dan diberi
lambang tertentu dalam kurungan siku [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama
dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. /o/ ialah unit bunyi yang lebih besar
daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa. Fonetik ini dikaji secara
berasingan. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan
bunyi dan pengelasan.