Folio Sejarah Tingkatan 2

32
Folio Sejarah Tingkatan 2 Tema: Tokoh Yang Disegani Dalam Masyarakat Nama : Muhammad Ardany Bin Nazlim

description

ini adalah folio sejarah tentang tokoh iaitu tun mahathir

Transcript of Folio Sejarah Tingkatan 2

Page 1: Folio Sejarah Tingkatan 2

Folio Sejarah Tingkatan 2

Tema: Tokoh Yang Disegani Dalam Masyarakat

Nama : Muhammad Ardany Bin NazlimSekolah :Sekolah Menengah Sains LabuanTingkatan:2 Kelas : Pendeta

Tandatangan Penilai

……………..

Page 2: Folio Sejarah Tingkatan 2

Penghargaan

Saya ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menolong dan membantu saya dalam menyiapkan dan menjalankan kajian ini. Bantuan , dorongan dan tunjuk ajar mereka telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung budi kepada ibu bapa saya, pengetua sekolah , guru sejarah Puan Nuryati Nusu, rakan – rakan serta pihak lain yang tidak dapat saya sertakan namanya.

Page 3: Folio Sejarah Tingkatan 2

Pendahuluan

Saya Muhammad Ardany Bin Nazlim .Saya murid Tingkatan 2 Pendeta di sekolah Menengah Sains Labuan. Saya telah menjalankan kajian saya secara individu. Tajuk kajian sejarah saya ialah mengkaji tokoh tempatan yang disegani. Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tokoh . Hal ini kerana Tun telah memberi banyak sumbangan dan jasa kepada rakyat Malaysia.

Objektif Kajian

Page 4: Folio Sejarah Tingkatan 2

Objektif khusus Kajian Sejarah Tempatan adalah untuk :

1. Mengetahui biodata tokoh

2. Mengenal pasti sumbangan kepada masyarakat yang telah diberikan .

3. Mengenal pasti jasa beliau .

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang

Page 5: Folio Sejarah Tingkatan 2

diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang saya gunakan ialah :

a) Menggunakam media elektronik

b) Pembacaan

Hasil Kajian :

Page 6: Folio Sejarah Tingkatan 2

1) Biodata tokoh

Nama penuh i.c. : Mahathir bin MohamadTarikh lahir : 20 Disember 1925Agama: Islam Tempat lahir: .18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, KedahBangsa : MelayuNama bapa: Mohamad bin IskandarNama ibu: Wan Tempawan bin Wan HanafiPendidikan : 1) Sekolah Melayu Seberang Perak 2)Kolej Sultan Abdul Hamid ( lulus Sijil Tinggi Pelajaran ) 3)Kolej Perubatan King Edward iv (dianugerahkan Ijazah Muda Perubatan Dan Pembedahan )

2) Sinopsis Hidup :

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar,

Page 7: Folio Sejarah Tingkatan 2

Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge). Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

Page 8: Folio Sejarah Tingkatan 2

Marina Mahathir Mirzan Mahathir Melinda Mahathir Mokhzani Mahathir Mukhriz Mahathir Maizura Mazhar Daniel Fariezs

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

3) Garis masa

1925 : Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.

Page 9: Folio Sejarah Tingkatan 2

1945 : Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.

1946 : Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

1953 : Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;

1954 : Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.

1957 : Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star.

1964 : Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

1965 : Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.

1968 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.

1969 : Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana

Page 10: Folio Sejarah Tingkatan 2

kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;

o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;

o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.

1970 : Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.

1972 : Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;

o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).

1973 : Dilantik sebagai senator. 1974 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis

Universiti Nasional; o Melepaskan jawatan sebagai senator

untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;

o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.

Page 11: Folio Sejarah Tingkatan 2

1975 : Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.

1976 : Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.

1978 : Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;

o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);

1981 : Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;

o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;

o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");

o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;

Page 12: Folio Sejarah Tingkatan 2

o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;

o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)

o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.

1983 : Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;

o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.

1986 : Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;

o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;

o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri;

Page 13: Folio Sejarah Tingkatan 2

o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.

1987 : Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;

o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.

1988 : Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);

1990 : Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.

1993 : Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;

o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;

o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia

Page 14: Folio Sejarah Tingkatan 2

merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.

1997 : Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Ekonomi Asia 1997.

1998 : Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;

o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2 November;

o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.

o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;

o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;

Page 15: Folio Sejarah Tingkatan 2

o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;

o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.

1999 : Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;

o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.

2001 : Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

2002 : Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.

2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri

Page 16: Folio Sejarah Tingkatan 2

Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;

o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.

2008 : Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

4) Jasa dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Kepada Masyarakat

1)Memegang jawatan Pengerusi Majlis Universiti Nasional pada tahun 1974

Page 17: Folio Sejarah Tingkatan 2

2)Menjadi menteri Pelajaran pada 5 September 1974

3)1978 : Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;

4)1981 : Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai

5)Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 – 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri

6)Melancarkan slogan-slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Kepimpinan Melalui Teladan”, the “Dasar Pandang ke Timur”, “Pemupukan Nilai-nilai Islam”, dan polisi pemulauan barang UK (“Buy British Last”);

7)Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion

8) 1998 :Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu

Page 18: Folio Sejarah Tingkatan 2

menara berkembar yang tertinggi di dunia.

9)1998 : Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah 18egara yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia

10) 2002 : Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

11) 2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin 18egara Asia yang paling lama perkhidmatannya;

12) Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.

13) 2008 : Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah

Page 19: Folio Sejarah Tingkatan 2

(S.U.M.W.) membawa gelaran “Datuk Seri Utama”.

5) Rumusan

Saya berasa bangga apabila negara kita ada tokoh yang dapat membangunkan Malaysia . Seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun . Beliau

Page 20: Folio Sejarah Tingkatan 2

telah menaikkan nama Malaysia di pentas dunia. Sikap yang yang ditunjukkan oleh beliau inilah yang sewajarnya diikuti oleh setiap pelajar untuk dicontohi .Tanpa orang seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini.

Rujukan

1)http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad"

2) http://www.tunmahathir.com

3) Berita harian 2008

Page 21: Folio Sejarah Tingkatan 2

Lapangan Terbang Kuala Lumpur

Page 22: Folio Sejarah Tingkatan 2
Page 23: Folio Sejarah Tingkatan 2

Menara Berkembar Petronas

Cyberjaya

Page 24: Folio Sejarah Tingkatan 2
Page 25: Folio Sejarah Tingkatan 2
Page 26: Folio Sejarah Tingkatan 2