FOLIO SDP.docx

39
FOLIO SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107 BI L PERKARA HALAMAN 1 Profil Pelajar 2 Penghargaan 3 Halaman Pengakuan 4 Pengurusan Grafik 1 Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan 5 Modul / Nota / Bahan Rujukan 1 Teori Pembelajaran Yang Berkait Dengan Seni Dalam Pendidikan 6 Pengurusan Grafik 2 Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 7 Modul / Nota / Bahan Rujukan 2 Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam PdP 8 Pengurusan Grafik 3 Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap 9 Modul / Nota / Bahan Rujukan 3 Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap 10 Rancangan Pengajaran Harian Subjek Major Aplikasi Seni Dalam Pendidikan Sebagai Strategi PdP 11 Huraian Rancangan Pengajaran Harian 13 Lawatan Ke Tapak Pameran Karnival Dikir IPGMKSM 14 Lampiran Pamplet dan Bahan Perolehan Lawatan 15 Bibliografi 15 Borang Kolaborasi SITI NORBANI BT IBRAHIM (790522-03-5462) 1

Transcript of FOLIO SDP.docx

FOLIO SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3107

BILPERKARAHALAMAN

1Profil Pelajar

2Penghargaan

3Halaman Pengakuan

4Pengurusan Grafik 1Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan

5Modul / Nota / Bahan Rujukan 1Teori Pembelajaran Yang Berkait Dengan Seni Dalam Pendidikan

6Pengurusan Grafik 2Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7Modul / Nota / Bahan Rujukan 2Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam PdP

8Pengurusan Grafik 3Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap

9Modul / Nota / Bahan Rujukan 3Seni dan Perkembangan JERIES Kanak-Kanak Mengikut Tahap

10Rancangan Pengajaran Harian Subjek MajorAplikasi Seni Dalam Pendidikan Sebagai Strategi PdP

11Huraian Rancangan Pengajaran Harian

13Lawatan Ke Tapak Pameran Karnival Dikir IPGMKSM

14Lampiran Pamplet dan Bahan Perolehan Lawatan

15Bibliografi

15Borang Kolaborasi

NAMASITI NORBANI BINTI IBRAHIM

NO.KAD PENGENALAN790522 03 - 5462

PROGRAMPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 2 AMBILAN FEBRUARI 2012

KURSUSIJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

TARIKH LAHIR22 MEI 1979

TEMPAT LAHIRWAKAF BHARU

KELULUSAN AKADEMIKSPM

KELULUSAN IKHTISASDIPLOMA PENDIDIKAN (KDPM)MP SULTAN MIZAN, BESUT,TERENGGANU (2002-2004)

ALAMAT SEKOLAHSK PADANG MANDOL, CHABANG EMPAT

16200 TUMPAT, KELANTAN

ALAMAT RUMAH425-A JLN TMN TANJUNG, PASIR PEKAN

16250 WAKAF BHARU, KELANTAN

NO.TELEFON017 9629053

[email protected]

KEGEMARANMEMBACA DAN MEMASAK

FALSAFAHSABAR ADALAH SENJATA ORANG BERIMAN

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, saya dapat menyiapkan tugasan untuk subjek WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan ini dengan jayanya.Rasa kesyukuran dan penghargaan juga buat pensyarah dedikasi En Zakarai B. Awang kerana telah memberikan bimbingan dan penerangan yang jelas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga terima kasih buat suami tersayang yang tanpa jemu mengiringi saya setiap kali kelas PPG. Semoga ukhuwah fillah kami berkekalan ke Syurga. Jutaan terima kasih buat ibu bapa yang tak pernah jemu mendoakan kejayaan saya. Semoga kalian dirahmati dan berada di bawah naungan payung rahmat dan inayah ILAHITerima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi membantu saya dalam memahami kehendak tugasan ini dan berkongsi bahan rujukan dengan saya walaupun jarak tempat tinggal kami agak jauh

Saya mengaku bahawa kerja kursus WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan ini secara keseluruhannya adalah hasil kerja saya kecuali yang telah dinyatakan rujukannya

Tandatangan:.Nama Penulis:Siti Norbani Binti IbrahimNo.Kad Pengenalan:790522 03 5462Tarikh:..

KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan kebudayaan.Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGURUSANGRAFIK1

PerkaitanTeori PembelajaranDenganSeni Dalam Pendidikan

Pengurusan Grafik 1Perkaitan Teori Pembelajaran Dengan Seni Dalam Pendidikan

1. TEORI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

2. TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

PERKAITAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DENGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

MODUL/NOTA/RUJUKAN1

PerkaitanTeori PembelajaranDenganSeni Dalam Pendidikan

PENGURUSANGRAFIK2

Faedah Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

ASPEK PENTING DALAM SENI

Faedah Yang Diperolehi Oleh Pendidik Melalui Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

FAEDAH KEPADAMURID

Faedah Yang Diperolehi Oleh Guru Melalui Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

PENGURUSANGRAFIK1

PerkaitanTeori PembelajaranDenganSeni Dalam Pendidikan

PENGURUSANGRAFIK1

PerkaitanTeori PembelajaranDenganSeni Dalam Pendidikan

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIANSeni Dalam Pendidikan merupakan mata pelajaran teras bagi kami untuk semester ini. Penekanan bagi tugasan kerja kursus pada kali ini banyak disasarkan tentang penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang menerapkan 3 aspek seni iaitu seni muzik, seni visual dan psikomotor iaitu seni pergerakan. Penerapan ketiga-tiga aspek Seni Dalam Pendidikan ini akan membantu saya melaksanakan pangajaran dan pembelajaran Matematik dengan bermakna dan didik hibur selaras dengan kehendak KSSR.Memandangkan saya sudah hamper 10 tahun menjadi guru mata pelajaran Matematik, jadi saya mengambil keputusan untuk mengaplikasikan aspek-aspek Seni Dalam Pendidikan untuk pengajaran topik Wang dengan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian yang rutin melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian wang. Tugasan ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kreativiti dalam menghasilkan sesi P&P yang menarik dan berkualiti dapat dilaksanakan.Sebagai bakal guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, saya perlu bijak dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemahiran, untuk merancang strategi bagi mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Ini untuk memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektif pelajaran yang dirangka di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).Secara umumnya, kerja kursus pada semester ini berkaitan dengan proses membuat membangunkan satu RPH yang mempunyai pengaplikasian antara ketiga- tiga elemen seni tersebut dalam proses P dan P di dalam kelas. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk melampirkan sebarang Bahan Bantu Mengajar yang disarankan penggunaanya di dalam RPH yang disediakan. Akhir sekali, tugasan dilengkapkan dengan serba sedikit huraian mengenai Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai yang diaplikasikan dalam RPH tersebut.Secara keseluruhannya, tugasan ini sememangnya memberi seribu satu manfaat yang berguna bertujuan sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri saya dan rakan-rakan menjadi guru yang cemerlang, kreatif dan inovatif.

1.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN DENGAN APLIKASI SENI MUZIK, SENI VISUAL DAN PSIKOMOTOR1.1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3KELAS:: 3 SepakatBILANGAN PELAJAR:: 3O Orang muridTARIKH:: 30 September 2011MASA:: 8.30 9.30 pagi ( 60 MINIT)BIDANG:: Membentuk dan Membuat BinaanTAJUK:: TopengPENGETAHUAN SEDIA ADA: Mengetahui jenis jenis pekerjaan dan watak yang digemariHASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:i. Mengetahui cara cara menghasilkan topeng muka.ii. Menghasilkan topeng muka mengikut watak watak yang digemariiii. Mengetahui penggunaan warna daripada bahan kering.iv. Menghias hasil karya menggunakan kertas dan warnav. Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.

BAHAN BANTU MENGAJAR: Contoh topeng muka ALAT BANTU MENGAJAR : Komputer, LCDALAT DAN BAHAN : gam, gunting,pinggan kertas, warna pensil, krayon,marker, tali atau gelang getah, penebuk lubang, gambar- gambar dari majalah, surat khabar,buku latihan.

LANGKAH P&P/MASAISI PEMBELAJARANAKTIVITI P&PCATATAN

Set Induksi(10 min) Pengenalan Topeng mukaGuru melompat-lompat meniru gaya arnab sambil memakai topeng arnab.Guru meminta murid menyanyi bersama-sama lagu lompat si arnab lompat.Bahan bantu mengajar:Contoh topeng muka daripada pinggan kertas Murid menyanyi dan melompat bersama guru.1) Murid melihat contoh topeng muka yang telah siap.

2) Guru memaparkan lirik lagu pada skrin LCD.

3) Guru meminta murid menyanyi bersama-sama lagu lompat si arnab lompat.

BBM-Radio- Paparan dari LCD-contoh topeng mukaKecerdasan pelbagai:- Verbal-linguistik- interpersonal- Kecerdasan muzik

Langkah 1(10 min )

Membuat topeng arnabMurid memerhati dan mendengar penerangan daripada guru tentang cara- cara yang betul untuk menghasilkan topeng arnab1) Guru menunjuk cara menghasilkan topeng arnab menggunakan pinggan kertas.

2) Guru menunjukkan cara cara menggunakan warna daripada bahan kering dengan betul.

Kecerdasan PelbagaiVisual ruangNaturalis

Langkah 2(4 min)

1. Murid-murid menyediakan peralatan masing masing.2. Murid murid melakar gambar yang mereka gemari.

1) Melakar dan melukis Aras 2

2) Guru memberi arahan supaya murid-murid menyediakan peralatan masing masing.

3) Guru mengagihkan pinggan kertas, pen marker, tali,kertas lukisan, kertas warna, surat khabar.

4) Guru meminta murid murid untuk melakar gambar haiwan dan watak yang mereka gemari.

Kecerdasan pelbagai:-Naturalis,- Visual ruang- Menciri dan membezakan- Bekerjasama,- Kekemasan- Menjana idea, kreatif dan inovatif

Langkah 3(25 minit)

Aras 31) Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan.

2) Murid menyiapkan topeng masing masing

3) Murid murid membuat kemasan dangan menambah hiasan lain pada topeng masing masing. Kecerdasan pelbagai:KontekstualKonstruktivismeBekerjasama,Ketelitian, kekemasan.Menjana idea

Langkah 4(8 minit)1) Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak pada topeng yang mereka hasilkan.2) Beberapa orang murid melakonkan watak pada topeng yang mereka hasilkan dengan gaya yang sesuai.

Penutup(3 Minit) Sesi Apresiasi dan refleksi

Rumusan.

1. Murid menilai keupayaan dan pendapat diri sendiria. Hasil kerja dipamerkan.b. Guru meminta murid menilai keupayaan dan pendapat tentang karya sendiri dan rakan.2) Adakah mereka seronok melakukan aktiviti tersebut?

3) Kenapa?4) Apa pendapat kamu tentang warna/ media yang digunakan?5) Guru membuat rumusan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurang yang terdapat pada hasil kerja murid- murid.

Verbal-linguistik,Interpersonal.

1.2 APLIKASI ASPEK SENI MUZIK, SENI VISUAL DAN PSIKOMOTOR DALAM RPH1.2.1 Seni MuzikAspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi P&P itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara menyeluruh. Dalam penulisan RPH di atas, aspek ini telah diterapkan pada awal sesi P&P lagi iaitu dalam set induksi. Pada awal pembelajaran, guru masuk ke dalam kelas dengan memakai topeng dan terus memaparkan lirik lagu Lompat Si Arnab Lompat pada skrin untuk dinyanyikan beramai-ramai sambil menggayakan pergerakan yang sesuai.

1.2.2 Seni VisualRPH yang telah saya sediakan merupakan Rancangan Mengajar bagi subjek Pendidikan Seni Visual iaitu bidang major yang saya pelajari di IPG. Oleh yang demikian, sudah tentulah aspek seni visual digunakan secara menyeluruh dalam setiap sesi P&P bagi subjek ini. Bagi penulisan RPH untuk topik ini, saya telah menerapkan Kecerdasan Pelbagai : Visual Ruang bagi mencungkil kemahiran seni visual dalam diri murid-murid itu sendiri. Untuk bidang Membentuk dan Membuat Binaan, ia merupakan topik yang berkaitan dengan penghasilan karya 3 Dimensi dan saya telah memilih topeng sebagai karya yang perlu dihasilkan.

1.2.3 PsikomotorAspek psikomotor terbahagi kepada 2 iaitu psikomotor kasar dan psikomotor halus. Aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap sesi P&P bagi mana-mana subjek sekalipun. Ini merupakan elemen yang dapat membentuk kemahiran asas bagi setiap murid seperti kemahiran menulis, pergerakan dan sebagainya. Bagi penulisan RPH ini, saya telah menerapkan aspek psikomotor di dalam beberapa bahagian dalam langkah pengajaran. Antaranya ialah semasa menyanyikan lagu Arnab Si Arnab Lompat, saya menyelitkan unsur pergerakan melompat sambil menyanyi diiringi lagu.

Selain itu, selepas sesi menyiapkan karya selesai, saya menitipkan satu lagi konsep psikomotor dengan mengarahkan murid melakonkan watak dengan gaya yang sesuai mengikut watak topeng masing-masing.

1.3 Aplikasi Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai dalam Penulisan RPH1.3.1 Kemahiran Berfikir yang Berkesan dan BermaknaKemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mempunyai fungsi yang penting dalam memastikan murid mampu mengasah kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekitarnya dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara: Terpisah Strategi pengajaran kemahiran berfikit secara terpisah merupakan, KBKK yang diajarkan secaraberasingan dan tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran. Dalam penulisan RPH saya ini, penerapan strategi ini telah saya lakukan di awal proses P&P dengan mengadakan sedikit sesi soal jawab. Antara persoalan yang saya laksanakan secara spontan adalah seperti Tahukah kamu apa yang sedang cikgu pakai pada muka ini?, Apakah watak kartun yang paling kamu gemari? dan pelbagai persoalan lain yang mampu meningkatkan potensi murid-murid untuk berfikir. PenyebatianKBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.Jenis-jenis penyebatian:Penyebatian Penuh Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK, Pada awal P&P, saya membuat penulisan RPH dengan merangsang kemahiran berfikir murid-murid melalui set induksi yang menarik di mana, guru akan masuk ke dalam bilik darjah dengan memakai topeng arnab sambil melompat-lompat. Melalui strategi seperti ini, pastinya persoalan-persoalan; mengapa, kenapa, apa dan bagaimana akan berlegar-legar di dalam minda murid-murid.2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK Alat bantu Mengajar (ABM) juga telah saya rancang dalam penulisan RPH sebagai set induksi yang akan merangsang pemikiran murid. ABM seperti topeng arnab yang cantik ini akan menarik minat murid sekaligus membuat mereka berfikir bagaimanakah topeng tersebut dihasilkan. 3. Refleksi dan metakognitif, Sebelum mengakhiri sesi P&P, dalam RPH saya telah meletakkan sesi apresiasi dan kritikan pada langkap penutup, Murid disuruh untuk membuat perbandingan hasil karya sendiri dan rakan. Selain itu, aspek yang cuba dibiasakan dalam diri murid juga dijadikan bentuk-bentuk persoalan yang dikemukakan. Antaranya ialah pengaplikasian unsur-unsur seni seperti warna, ruang dan garisan.4. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian. KBKK seterusnya dirangsang lagi dalam langkah 4 dimana guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak topeng masing-masing. Murid akan berfikir tentang apa yang pernah dialaminya dan kisah yang ada disebalik watak topeng tersebut untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dalam bentuk lakonan.Penyebatian SeparaKBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.

1.3.2 Penerapan Nilai dalam penulisan RPHPenerapan nilai dalam sesi P&P mestilah disampaikan secara bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai sememangnya cuba saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan semasa sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual ini ialah kasih saying terhadap haiwan, kerjasama dalam melaksanakan tugasan, prihatin terhadap rakan-rakan dan sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain.

SENI DAN PERKEMBANGAN JERISE KANAK-KANAK MENGIKUT TAHAP

FAEDAH MATA PELAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN KEPADA SEORANG PENDIDIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Asas pendidikan di rujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

1. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

2. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

3. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.

4. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

4.0Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matapelajaran:Bahasa Melayu (Tahun 2)Tajuk:Mari BertaniPengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:1) Muzik:Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun2) Pergerakan:Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai.3) Seni Visual:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

SITI NORBANI BT IBRAHIM (790522-03-5462) 19