FAKTOR BANJIR 1

5
1. Pembalakan haram punca banjir di Kelantan? PARIT - 4 JANUARI 2015 http://www.sinarharian.com.my/nasional/pembalakan-haram-punca-banjir-di- kelantan-1.347419 Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. "Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di sini, hari ini. "Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.” 2. PUBLISHED:Jan 10, 2015 07:30pM Sekumpulan pensyarah IPT tempatan mula kaji faktor banjir http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/10/sekumpulan-pensyarah-ipt-tempatan- mula-kaji-faktor-banjir/ KOTA BAHARU, 10 Januari:

Transcript of FAKTOR BANJIR 1

1.

Pembalakan haram punca banjir di Kelantan?

PARIT - 4 JANUARI 2015

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pembalakan-haram-punca-banjir-di-kelantan-1.347419

Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di sini, hari ini.

"Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.

2.

PUBLISHED:Jan 10, 2015 07:30pM

Sekumpulan pensyarah IPT tempatan mula kaji faktor banjir

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/10/sekumpulan-pensyarah-ipt-tempatan-mula-kaji-faktor-banjir/

KOTA BAHARU, 10 Januari:

3.

PUBLISHED:Feb 8, 2015 12:13pm

Hujan luar biasa dan banjir mungkin berulang akibat fenomena MJO Pakar

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/08/hujan-luar-biasa-dan-banjir-mungkin-berulang-akibat-fenomena-mjo-pakar/

KUALA LUMPUR, 8 Februari:

Banjir besar yang melanda negara tahun lalu, dijangka berulang lebih kerap serta lebih buruk, ekoran faktor pemanasan global dan fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO).

Ini kerana, kata pakar klimatologi dan oseanografi, Prof Dr Fredolin T. Tangang, faktor perubahaniklim akibat pemanasan globalmerangsang fenomena itu bertambah buruk.

Baru-baru ini, media melaporkan fenomena MJO atau lebih dikenalisebagai Ayunan Madden-Julian yang merupakan antara faktor hujan lebat luarbiasa berlaku di Malaysia.

MJO ialah elemen dalam keragaman iklim tropika yang berlaku sekali antara 20 hingga 60 hari, berbanding fenomena El Nino antara tiga hingga tujuh tahunsekali.

Iamerupakan fenomena keragaman iklim berskala besar yang berlaku akibatperubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera.

Namun, apabila MJO bertemu musim monsun timur laut (musim tengkujuh) danangin luluran sejuk, ia akan menyebabkan kadar curahan hujan yang luar biasa.

Setiap satu darjah peningkatan suhu dunia, ia akan meningkatkan tujuhperatus kelembapan di atmosfera dan ini akan meningkatkan kekerapan episodekstrem cuaca dan berkemungkinan lebih buruk daripada yang pernah kita alamitahun lepas, jelasnya.

4.

PUBLISHED:Dec 15, 2014 07:00am

Rumah Plastik turut jadi punca banjir di Cameron Highlands

http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/15/rumah-plastik-turut-jadi-punca-banjir-di-cameron-highlands/

CAMERON HIGHLANDS 15 Disember:

Selainmasalah kerakusan pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands, kaedah pemasangan struktur pelindung hujan plastik atau Plastic Rain-Shelteryang tidak sesuai oleh pekebun juga antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur.

Kajian dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) menyatakan kadar aliran air meningkat di kebun yang menggunakanPlastic Rain-Shelter.

Hasil kajian berjudul Sustainability of Current Agricultural Practices in the Cameron Highlands (Kemampanan Amalan Pertanian Masa Kini Di Cameron Highlands) pada 2005 itu mengemukakan dapatan, berlakunya peningkatan aliran air di ladang kebun bunga yang menggunakanPlastic Rain-Shelterberbanding ladang sayur yang tidak menggunakannya.

5.

PUBLISHED:Dec 23, 2014 10:57pm

Fenomena bulan penuh, Monsun Timur Laut cetus banjir luar biasa

http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/23/fenomena-bulan-penuh-monsun-timur-laut-cetus-banjir-luar-biasa/

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER

Fenomena bulan penuh iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

6.

PUBLISHED:Mar 3, 2015 05:31pm

Kelantan paling teruk penjagaan hutan Penyelidik

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/03/kelantan-paling-teruk-penjagaan-hutan-penyelidik/

KUALA LUMPUR, 3 MAC

Meor Razak berkata, Kelantan mengamalkan konsep hutan ladang di mana melalui konsep itu, semua pokok ditebang sehingga gondol untuk ditanam dengan tanaman seperti getah dan kelapa sawit.

Katanya, ia menyebabkan tanah di kawasan itu tidak mampu menampung air hujan dan akhirnya mengakibatkan banjir.

7.

Banjir Teruk Akibat Fenomena Bulan Purnama, Hujan Lebat Dan Angin Kuat Berlaku Serentak

Oleh Haslina Ramlee (Pelajar Pelatih UPM)

SELASA, 06 JANUARI 2015 12:49

http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1990-phenomena-of-qfull-moonq-heavy-rains-and-strong-winds-resulted-in-severe-flooding-.html

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Dr Mastura Mahmud berkata gabungan itu ditambah dengan fenomena bulan purnama yang telah meningkatkan ketinggian air pasang hingga menyekat pengaliran air sungai ke laut telah membawa kepada banjir besar itu.