f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web...

52
f I huruf keenam abjad Rumi. F II kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~. F III simbol kimia bagi fluorin. fa 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80); 2. huruf ke-22 abjad Jawi. faal I Ar alamat (sesuatu yg akan terjadi), tanda-tanda; membuka ~ melihat tenung (utk meramalkan sesuatu); memfaalkan meramalkan (dgn melihat tanda- tanda). faal II Ar 1. perbuatan, kerja; ~ iman (taubat) doa menyatakan iman (taubat); 2. Id kerja atau fungsi alat tubuh (spt jantung dll). fabel 1. cerita pendek yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran moral, biasanya berwatakkan binatang; 2. cerita atau legenda tentang watak atau peristiwa sakti atau mitos. fabrik kain yg dibuat drpd benang dgn cara menenun dsb. fadihat Ar aib, cela, nista; memfadihatkan mengaibkan, mencela, menistakan: jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dgn kata yg jahat. fadil Ar mulia, berpangkat tinggi, terkemuka (kerana berilmu): ulama yg ~. fadilat Ar kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dlm beribadah): ~ sembahyang sunat subuh.

Transcript of f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web...

Page 1: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

f I huruf keenam abjad Rumi.

F II kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

F III simbol kimia bagi fluorin.

fa 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80); 2. huruf ke-22 abjad

Jawi.

faal I Ar alamat (sesuatu yg akan terjadi), tanda-tanda; membuka ~

melihat tenung (utk meramalkan sesuatu);

memfaalkan meramalkan (dgn melihat tanda-tanda).

faal II Ar 1. perbuatan, kerja; ~ iman (taubat) doa menyatakan iman

(taubat); 2. Id kerja atau fungsi alat tubuh (spt jantung dll).

fabel 1. cerita pendek yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran moral,

biasanya berwatakkan binatang; 2. cerita atau legenda tentang

watak atau peristiwa sakti atau mitos.

fabrik kain yg dibuat drpd benang dgn cara menenun dsb.

fadihat Ar aib, cela, nista;

memfadihatkan mengaibkan, mencela, menistakan: jikalau

sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan

digantungnya dan difadihatkannya dgn kata yg jahat.

fadil Ar mulia, berpangkat tinggi, terkemuka (kerana berilmu): ulama yg

~.

fadilat Ar kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dlm beribadah): ~

sembahyang sunat subuh.

faedah (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak

mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit,

bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas

kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum

dijelaskan;

berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya

tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain.

Page 2: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fagosit (Bio) sj sel, spt sel darah putih, yg dapat memusnahkan

mikroorganisma atau benda asing spt bakteria utk melindungi

tubuh drpd terkena jangkitan.

faham 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu,

pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2.

fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang,

pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar

akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu

diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat

tentang sesuatu: ~ komunisme;

~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran

berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis

laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas

sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg

menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor

pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham

sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg

menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu

pengetahuan (kepercayaan dll);

~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~

tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;

sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka

sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn);

bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat,

bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-

kasihan antara satu sama lain;

kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi,

kerjasama, dan ~;

Page 3: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan:

dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;

berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat,

keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~

kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat

disegani oleh masyarakat;

memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~

setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2.

menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang,

menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke

Singapura sbg suatu kebengisan;

memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan

Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut

mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami):

lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;

kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya

(seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian

keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;

ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan

memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;

pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu

atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling

ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang

hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap.

faharasat (Parsi) (nombor) senarai (daftar), katalog.

Fahrenheit (fahrenhait) skala suhu yg menunjukkan takat sejuk beku air

pd 32F dan takat didih 212F.

fail 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan

secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2.

Page 4: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb;

3. (Komp) sekumpulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg

mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;

berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg

ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti;

memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail:

tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan

sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat

didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh

perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di

Mahkamah Shah Alam;

pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih

baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting

harus dibuat secara sistematik.

fajar 1. dinihari, subuh; ~ sidik dinihari benar, menjelang pagi; 2. cahaya

kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit; ~

menyingsing (merekah) mulai pagi hari.

fajir Ar lelaki yg jahat pekerti yg suka melakukan maksiat (spt penzina

dan tukang sihir).

fajirah Ar perempuan yg jahat pekerti yg suka melakukan maksiat.

fakir Ar 1. (orang yg) berpendapatan kurang drpd pendapatan orang

miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian): tiap-tiap hari

Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kpd ~ dan miskin; 2. sl

saya (yg miskin ini): apa kerja tuan datang ke rumah ~? 3. orang

yg sengaja atau dgn kerelaan sendiri mengalami atau menanggung

serba kekurangan dalam hidupnya utk mendapat kesempurnaan

batin: baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;

~ miskin golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan

makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin;

Page 5: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

kefakiran perihal (keadaan) fakir.

faks dokumen dsb yg dihantar melalui sistem pengimbasan secara

elektronik melalui talian telefon dsb;

memfakskan menghantar faks: mesej penting ini akan difakskan

kpd semua pemimpin parti.

faksimile (faksimilé) salinan yg betul-betul menyerupai yg asal, spt

gambar atau teks.

fakta 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh

dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~

adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm

prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan.

faktografi (Lin) proses merakamkan data tentang semua aktiviti

peristilahan spt orang perseorangan, organisasi, kegiatan, pusat

pengajian tinggi, dan statistik utk tujuan dokumentasi dan rujukan.

faktor 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan

ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan

bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor

yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau

tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah

faktor bagi 15;

~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan

barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan

pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan

barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua

faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang;

pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg

belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu

(biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari

faktor kpd sesuatu nombor.

Page 6: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

faktual berdasarkan kenyataan: bersedia memberikan pendapat yg ~ dan

ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan.

faktur IB senarai nama barang yg dijual (dikirim) dgn butir tertentu (spt

harga, banyaknya, dll).

fakula (Ast) kawasan cerah pd permukaan matahari, yakni kawasan yg

10 peratus lebih cerah pd sekeliling permukaan matahari.

fakultas Id fakulti.

fakultatif IB tidak diwajibkan (pelajaran dll).

fakulti 1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan

di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu

pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan

minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3.

kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya

manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini; manusia itu ialah

sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~

pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah

masyarakatnya.

falah Ar kemenangan, kejayaan.

falak Ar 1. bulatan langit, lengkung langit, cakerawala; 2. = ilmu ~ kajian

saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yg terdapat

dlm alam semesta; ahli ~ orang yg ahli dlm ilmu falak.

falkon sj burung pemangsa drpd famili Falconidae yg terbang pantas dan

boleh dilatih utk memburu burung dan haiwan kecil lain.

falsafah pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg

tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm

falsafah, ahli fikir;

berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu:

sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan

kemanusiaan;

Page 7: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg

penting, adanya nada ~ di dalamnya.

FAM kep Football Association of Malaysia (Persatuan Bolasepak

Malaysia).

FAMA akronim bagi Federal Agricultural Marketing Authority

(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).

famili 1. keluarga: dlm ~ saya, anak yg diharapkan saya seorang; 2.

kerabat, sanak saudara: hampir tiap bulan datang ~ku dr kampung;

3. salah satu kategori pengelasan benda hidup antara order dgn

genus;

berfamili berkeluarga, berkerabat, bersanak saudara: aku sekarang

telah kenal hidup ~.

fana Ar tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg

baqa meninggal;

memfanakan sl meniadakan, memusnahkan: maha suci bagi Allah

yg tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan

difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya;

kefanaan perihal (keadaan) tidak kekal.

fanatik (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian

(biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal

agama;

kefanatikan perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan

dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia.

fanatisisme keyakinan (kepercayaan) yg amat kuat terhadap sesuatu.

fani Ar, sl dapat musnah (rosak, mati); fana.

fantasi 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan,

khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2.

ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau

semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama

Page 8: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk

kegunaan sebenarnya);

sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak

digunakan (hanya utk perhiasan sahaja);

berfantasi berkhayal, berangan-angan;

memfantasikan mengkhayalkan,mengangan-angankan.

fantastik 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak

ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama

sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2.

bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan.

FAO kep Food and Agricultural Organisation (Pertubuhan Makanan dan

Pertanian).

faqih Ar orang yg ahli dlm ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yg diiktiraf

dlm pengajian Islam: seorang ulama adalah seorang ~.

farad (Fiz) SI unit bagi kapasiti arus elektrik.

faraid Ar; hukum (ilmu) ~ hukum (ilmu) berkenaan dgn pembahagian

pusaka (dlm agama Islam).

faraj Ar kemaluan perempuan.

faraq Ar perbezaan, kelainan; jauh ~ jauh bezanya; fariq.

fardu Ar kewajiban yg dituntut (ditentukan) oleh agama;

~ ain fardu bagi orang perseorangan (iaitu yg wajib bagi tiap-tiap

orang Islam, spt sembahyang lima waktu, puasa, dll); ~ kifayah

tuntutan bersama bagi orang Islam, yg apabila dilaksanakan oleh

seseorang antara mereka, yg lain bebas drpd tanggungjawab itu,

mis mengebumikan mayat;

memfardukan menjadikan fardu, mewajibkan: sesungguhnya

Allah SWT telah ~ ibadat puasa pd bulan Ramadan, bukan pd

bulan-bulan lain.

faringitis (Ubat) radang pd farinks.

Page 9: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

farinks (Bio) bahagian salur makanan yg terletak di antara mulut dan

esofagus.

fariq Ar berbeza, berlainan, terpisah; faraq.

Farisi penganut aliran agama Yahudi zaman dahulu.

farmakologi sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat,

tindakan, dan kegunaannya.

farmakopeia (farmakopéia) buku yg mengandungi senarai ubat, disertai

dgn maklumat tentang kegunaan, kaedah penyediaan, dos, dan

formula setiap ubat yg disenaraikan.

farmaseutikal (farmaséutikal) berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi:

industri ~.

farmasi 1. kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan

ubat-ubatan; ahli ~ orang yg terlatih dlm bidang farmakologi,

juruubat; 2. tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan,

dispensari.

farsakh Ar, sl ukuran panjang yg sama dgn 3 batu atau 4.8 kilometer.

Farsi sl Persia, Iran; Parsi II.

fasa peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan,

kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~,

dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984.

fasad Ar kerosakan, kebinasaan, keburukan.

fasakh Ar 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak

sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2.

pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu

(spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri;

memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan

perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi): seseorang isteri boleh

memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan

mereka jika ada sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak.

Page 10: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fasal Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-

undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara

(9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi

ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg

dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~

itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4.

kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;

~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk

membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang

tara.

faset (fasét) 1. permukaan yg diasah rata (pd permata atau kaca); 2. segi,

sudut (drpd sesuatu perkara).

fasid Ar 1. rosak, binasa; 2. batil (tidak sah): walaupun kandungan itu

hasil drpd nikah ~.

fasih 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~

lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-

kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu

bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis;

memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm

sesuatu bahasa), memetahkan;

kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa

Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata.

fasik fasiq.

fasilitator orang yg membimbing (memandu) sesuatu program

pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sbg ~

supaya pelajar dapat dipimpin utk menghasilkan sesebuah

karangan yg baik.

fasilitet (fasilitét) IB kemudahan (utk mengerjakan sesuatu dll).

Page 11: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fasiq Ar 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2.

berdosa besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat

kerja yg ~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat);

memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq;

kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd

kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan

kesolehan.

fasis penganut faham nasional yg didasarkan pd pemerintahan yg

bertindak atas kekuasaan drpd hak-hak demokratik.

fasisme sistem (pandangan) politik puak pelampau yg berhaluan kanan

yg bersifat diktator (spt yg kelihatan di Itali buat pertama kali

antara 1922 hingga 1943).

fatal IB celaka, untung malang (kemalangan) yg tidak dapat dielakkan.

fatalis orang yg berserah atau bergantung sepenuhnya pd nasib.

fatalisme kepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan

oleh nasib dan di luar kawalan manusia: kejujuran Moleire

terhadap pembetulan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan

~ dan anarkisme yg terdapat dlm masyarakat.

fatalistik cenderung, percaya atau berpegang kpd nasib: sbg khalifah

Allah, masyarakat Islam tidak boleh bersikap ~, sebaliknya harus

aktif, dinamik, kreatif dan produktif.

fatamorgana 1. sesuatu yg bersifat khayalan 2. sj logamaya.

fatan Ar cerdik, pandai.

fatanah Ar bijaksana (salah satu sifat Rasulullah SAW yg wajib

dipercayai).

fathah (fat.hah) Ar tanda bacaan huruf Arab yg menandakan bunyi /a/,

baris di atas.

Page 12: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fatimah; akar (kacip, kunci, selusuh) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok

pinggang, tadah matahari, Labisia pothoina; pokok ~ sj tumbuhan

(pokok), akar seru malam, bawal hutan, Phyllagathis rotundifolia.

fatir Ar ark tidak beragi (roti).

fatom unit utk mengukur kedalaman sesuatu (spt laut, lombong dsb) yg

bersamaan dgn 1.83 meter (atau 6 kaki).

Fattah Ar; ya ~ alkulub ya Pembuka segala hati (Allah).

fatwa Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah

diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber

hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg

berwenang tentang keputusan hukum syarak);

berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil

itupun ~lah dgn tiada berilmu pengetahuan;

memfatwakan memberikan fatwa.

faul 1. perbuatan, tindakan dsb yg melanggar sesuatu peraturan dlm

permainan atau sukan: setiap ~ yg dilakukan oleh pemain akan

dicatatkan oleh pengadil; pemain itu telah melakukan banyak ~; 2.

batal kerana tidak mematuhi peraturan dlm permainan atau sukan

(bkn pukulan, dll); pukulan ~ pukulan yg menyalahi peraturan

sukan atau permainan spt badminton, tae kwan do dsb.

fauna (Bio) seluruh binatang yg hidup di sesuatu daerah tertentu: hutan

lembap tropika mengandungi setengah drpd hidupan liar, flora,

dan ~ di dunia ini.

faundri (Kej) tempat logam atau kaca dileburkan dan dijadikan benda yg

mempunyai bentuk tertentu: ~ besi.

FBI kep Federal Bureau of Investigation (sebuah agensi pengadilan di

Amerika Syarikat yg bertanggungjawab dgn penyiasatan kes

jenayah).

Fe simbol kimia bagi ferum.

Page 13: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

Feb kep Februari.

Februari (fébruari) bulan kedua dlm tahun Masihi yg biasanya

mengandungi 28 hari (dlm tahun lompat ada 29 hari).

federal (féderal) IB yg bersekutu (negeri-negeri dll);

kaum ~ orang yg menganut (menghendaki) faham negara yg

berbentuk persekutuan; negara ~ negara yg dibentuk drpd negeri-

negeri yg bersekutu.

federasi (féderasi) IB 1. gabungan badan-badan perhimpunan; 2.

persekutuan (negeri-negeri).

FELCRA (félcra) akronim bagi Federal Land Consolidation and

Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan

Tanah Persekutuan).

FELDA (félda) akronim bagi Federal Land Development Authority

(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).

feldspar (féldspar) batu berhablur yg berwarna putih atau merah.

feloni (féloni) (Udg) jenayah yg sangat berat di sisi undang-undang, spt

membunuh, merogol, merompak dsb.

felt (félt) sj fabrik yg agak tebal dan kuat, diperbuat drpd bulu biri-biri

dsb yg dimampatkan.

feminin (féminin) 1. berkaitan dgn ciri-ciri wanita atau kewanitaan:

tugas-tugas seumpama itu amat sesuai dgn sifat mereka yg lemah

lembut dan ~; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg

dikaitkan dgn keperempuanan.

feminis (féminis) penyokong feminisme.

feminisme (féminisme) gerakan atau faham yg menuntut persamaan hak

wanita spt yg dinikmati oleh kaum lelaki.

femur (fémur) (Bio) tulang yg paling panjang dan paling besar di dlm

tubuh, yg bersendi dgn lutut di bawah dan pelvis di atas, tulang

paha.

Page 14: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

feng syui (feng sui) seni (dlm tradisi masyarakat Cina) menentukan

kedudukan dan reka bentuk sesebuah kubur, bilik, bangunan dsb

agar dapat membawa tuah kpd penghuninya dsb: sbg seorang yg

pakar dlm bidang ~, perkara pertama yg dilakukannya adalah

meninjau persekitaran luar dan dalam hotel tersebut; mengikut

amalan ~, pintu masuk apa-apa bangunan pun tidak elok

menghadap ke hospital.

fenobarbiton (fénobarbiton) (Ubat) sj ubat penenang yg digunakan utk

merawat epilepsi dan penyakit sukar tidur.

fenol (fénol) (Kim) 1. kumpulan sebatian organik aromatik yg

mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil; 2. sebatian organik

aromatik, berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat

minyak wangi, pencelup, dll.

fenologi (fénologi) kajian tentang sesuatu fenomena pd organisma

berhubung dgn faktor iklim dan faktor lain, mis perpindahan

burung disebabkan oleh faktor iklim, dan pembungaan yg berlaku

pd masa tertentu dlm setahun atau sehari.

fenomena (fénoména) 1. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat

diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; 2. sesuatu kenyataan

atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.

fenomenon (fénoménon) fenomena.

fenotip (fénotip) ciri yg kelihatan pd sesuatu organisma, yg terhasil drpd

saling tindakan antara gen organisma dgn sekitaran.

feret (férét) sj binatang kecil seakan-akan memerang yg dipelihara utk

membunuh tikus, menghalau arnab dsb.

feri (féri) sj bot atau kapal utk mengangkut penumpang, kenderaan, dll

menyeberangi sungai, selat, dsb.

fermentasi (ferméntasi) penapaian: gas yg dikeluarkan akibat tindak

balas ~ .

Page 15: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fermi (Fiz) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 10-15meter, digunakan

utk mengukur jarak (dlm bidang fizik nuklear atau fizik atom).

feromon (féromon) (Bio) bahan spt hormon yg dirembeskan oleh haiwan

tertentu, yg mempengaruhi kelakuan haiwan lain dlm spesies yg

sama.

ferum (férum) (Kim) unsur logam yg digunakan utk membuat keluli,

besi.

ferus (férus) (Kim) berkaitan dgn atau mengandungi besi: ~ oksida.

festival (féstival) 1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll)

secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg

tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan

(kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu

peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan.

fesyen (fésyen) gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya

yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut

dapat kita lihat hari ini;

berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara

berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~;

memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen:

jangan sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau

tempat.

fetisy (fétisy) (Psi) 1. objek yg sangat merangsang keinginan atau

keghairahan nafsu syahwat seseorang; 2. sesuatu, mis gambar

seseorang yg dipuja, dan barang tertentu, yg boleh menimbulkan

kegilaan atau perasaan yg tidak rasional pd seseorang.

fetisyisme (fétisyisme) (Psi) 1. kesukaan atau kegemaran yg sangat kuat

terhadap sesuatu objek atau aktiviti yg dapat merangsang

keghairahan nafsu syahwat; 2. pemujaan sesuatu objek spt kasut,

baju dan rambut, yg melambangkan seseorang yg dikasihi.

Page 16: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fetor (fétor), fetur (fétur) (Portugis) sl kepala perwakilan syarikat

perdagangan, orang yg ketiga drpd perwakilan syarikat

perdagangan.

fetus (fétus) (Bio) anak haiwan viviparus (haiwan yg melahirkan anak)

yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia

anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan

sehingga saat kelahiran).

feudal (féudal) berasaskan (bersifat, berkaitan dgn) feudalisme;

kefeudalan keadaan feudalisme: sifat ~ Tikus Rahmat semalam

jelas semasa dia menjadi pemimpin.

feudalisme (féudalisme) 1. sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh

kaum bangsawan; 2. sistem pembahagian tanah kpd kaum

bangsawan di Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg

mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum

bangsawan yg menjadi tuan punya tanah).

feudalistik (féudalistik) berasaskan (bercorak, bersifat) feudalisme,

feudal: unsur-unsur budaya ~ harus ditinggalkan, termasuk

pendewaan seseorang tokoh.

fi (Udg) bayaran yg dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat

profesional, spt khidmat guaman, perancangan dsb.

fi (fai) huruf ke-21 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

fibril (Bio) 1. struktur bebenang halus yg terdapat pd gentian otot; 2.

serabut akar yg paling halus.

fibrin (Bio) protein tak larut yg terbentuk drpd fibrinogen semasa

penggumpalan darah.

fibrinogen (Bio) sj protein globulin yg larut di dlm darah, bertukar

menjadi fibrin semasa proses penggumpalan darah oleh tindakan

enzim trombin.

fibroid sj ketumbuhan yg tidak mengakibatkan barah (benigna).

Page 17: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fibrosis (Ubat) pembentukan tisu berserat pd sesuatu struktur atau organ

akibat kecederaan, inflamasi dsb.

fibula (Bio) tulang betis yg terletak di sebelah luar (tulang) tibia.

FIDA akronim bagi Federal Industrial Development Authority (Lembaga

Pembangunan Perindustrian Persekutuan).

fidah Ar sl perak.

fidyah 1. denda sebab tidak mengerjakan sesuatu fardu: ~ utk puasa; 2.

denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana melukai atau

membunuh orang, diat.

fidzah Ar fidah.

FIFA akronim bagi Federation of International Football Associations

(Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

figura perwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dlm

lukisan atau ukiran: ini dilambangkan oleh ~ yg bersendirian

pulang, memikul sebuah bakul.

figuratif menunjukkan makna (perkataan, rangkai kata, dsb) yg lebih

abstrak atau imaginatif drpd makna biasanya, bersifat kiasan atau

lambang: sejauh mana keberhasilan seseorang penulis skrip itu

mengolah dialognya sbg bahasa kreatif yg sifatnya imaginatif, dan

~.

fiil Ar 1. perbuatan, kerja; kata ~ ark perbuatan; 2. kelakuan, perangai:

Sultan Mahmud terlalu baik ~nya.

fikir 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau

keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat

(dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung

pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan,

pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku

sangkaku, pd sangkaanku;

Page 18: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb),

mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih

berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang

mempertimbangkan baik-baik;

berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor

dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian

dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh

agama yg harus dihubunginya;

berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;

memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung

sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2.

menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu

persoalannya;

memikiri memikir;

memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu),

merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji

akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang

soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2.

mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan,

mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn

gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;

memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil

kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan

sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian

masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain;

terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku

kejadian spt ini akan menimpanya;

fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang

(panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2.

Page 19: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu

bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu;

mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan:

tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit

~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian;

sefikiran sependapat, sefaham;

berfikiran mempunyai fikiran (akal dll);

pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama

telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~

lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya

imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran

yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg

kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi

berkesan;

pemikir orang yg berfikir, ahli fikir.

fikologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang alga.

fikrah Ar daya berfikir, pemikiran: hubungan ~nya dgn realiti sejarah

sosial dan politik.

fiksyen 1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita

pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan;

memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi.

filamen 1. tangkai stamen yg mempunyai cepu debunga; 2. dawai halus

(biasanya tungsten) dlm mentol lampu elektrik.

filantropi rasa kasih sayang terhadap manusia, kedermawanan.

filaria (Ubat) sj cacing parasit drpd famili Filariidae yg hidup di dlm

darah dan tisu haiwan vertebrat yg mengakibatkan penyakit

filariasis, biasanya disebarkan oleh serangga tertentu spt nyamuk

dsb.

Page 20: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

filariasis (Ubat) sj penyakit yg menjejaskan sistem limfa akibat serangan

cacing filaria.

filateli kegemaran mengumpul dan mengkaji setem (pos).

filem 1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk

membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd

layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu

berbicara tentang cerita ~;

~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya

berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~

bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata

tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah

sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~

lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks;

memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk

filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;

perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar):

perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.

filet (filé) potongan atau kepingan isi ikan, atau daging (lembu, ayam

dsb) yg tidak bertulang: ~ ikan.

filharmonik berkaitan dgn persembahan, penghayatan dsb orkestra,

muzik dsb: dewan ~; orkestra ~.

fil marsyal pegawai yg berpangkat tertinggi dlm angkatan tentera British

dan beberapa angkatan tentera negara lain.

filogeni (filogéni) (Lin) kajian tentang sejarah dan perkembangan bahasa

berdasarkan beberapa tahap.

filologi 1. kajian ke atas bahan-bahan bertulis (biasanya karya sastera)

dan penentuan kebenaran atau ketulenan (keaslian) bentuknya dan

maknanya; 2. istilah lama bagi linguistik sejarah dan perbandingan,

terutamanya yg berdasarkan bahan tulisan dan kesusasteraan.

Page 21: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

filsafat falsafah.

filsuf ahli fikir, ahli falsafah.

filum (Bio) kategori utama dlm pengelasan haiwan dan tumbuhan.

FIMA akronim bagi Food Industries of Malaysia (Industri Makanan

Malaysia).

finale (finalé) bahagian terakhir sesebuah lagu, muzik, lakonan dsb.

finalis bp peserta dlm peringkat akhir sesuatu pertandingan, peserta

akhir: dlm acara perseorangan lelaki, bekas juara dan ~ 1997

tersungkur awal.

finansul IB bp perihal wang.

fiord (Geog) teluk yg kecil, sempit dan panjang serta bertebing tinggi.

fiqah Ar = ilmu ~ pengetahuan tentang hukum dlm agama Islam.

fir sj pokok tirus yg daunnya spt jarum, Abies spp.

firajullah Ar hiburan Allah.

firasat 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan

dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui

oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-

raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat

tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat

kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat

menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi

hati;

berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu

yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2.

meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan

tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~.

firaun raja Mesir (pd zaman purbakala).

firdaus 1. syurga kedua; 2. taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa).

firdausi sl spt taman firdaus (sangat indah).

Page 22: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

firma syarikat perniagaan atau perusahaan.

firman amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita

ingatkan;

berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~

“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”;

difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan.

firus = batu ~ sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan.

fisiognomi 1. roman muka yg dapat menggambarkan kelakuan atau

keperibadian seseorang; 2. seni menilai kelakuan atau keperibadian

seseorang drpd roman mukanya.

fisiologi 1. cabang ilmu sains bkn fungsi organisma; 2. proses dan fungsi

keseluruhan atau sebahagian drpd sesuatu organisma: perlu juga

disebutkan tentang kajian beliau berkenaan dgn ~ mata dan

masalah pelihatan.

fisioterapi (fisiotérapi) rawatan terhadap seseorang yg mengalami

kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau

dgn menggunakan cahaya, haba, dll.

fiskal 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan

atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll).

fitnah tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk

memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai

kerana ~ orang;

memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-

adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan

sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg

~ dan memburukkan kerajaan;

fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan

membawa kpd porak-peranda;

pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah;

Page 23: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku

beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik

dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri.

fito- awalan asing berkaitan dgn atau menunjukkan tumbuhan, mis

fitopatologi dan fitogenesis.

fitoekologi (fitoékologi) cabang ekologi yg berkaitan dgn hubungan

antara tumbuh-tumbuhan dgn persekitarannya.

fitogenesis (fitogénésis) cabang botani yg berkaitan dgn asal usul dan

evolusi tumbuh-tumbuhan.

fitogeografi (fitogéografi) kajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dr

segi geografi.

fitokimia cabang kimia yg berkaitan dgn tumbuhan-tumbuhan,

termasuklah komposisi dan proses kimianya.

fitopatologi kajian tentang penyakit tumbuh-tumbuhan.

fitososiologi kajian tentang komuniti tumbuh-tumbuhan, termasuk asal

usul dan perkembangannya.

fitotoksin (Bio) 1. toksin yg diperoleh drpd tumbuhan; 2. bahan yg boleh

merosakkan atau memudaratkan tumbuhan, terutamanya yg

dihasilkan oleh parasit.

fitrah I = zakat ~ Ar zakat (berupa beras, wang, dll) yg diwajibkan ke

atas setiap umat Islam menyumbangkannya dlm bulan puasa

(sebelum 1 Syawal);

berfitrah membayar (mengeluarkan) fitrah;

memfitrahkan mengeluarkan fitrah utk.

fitrah II, fitrat Ar 1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk

berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli

keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan.

fitratullah Ar kejadian yg termeterai dlm ketetapan Allah.

fitri (yg) berkaitan dgn fitrah.

Page 24: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fitur ciri (bentuk, sifat) yg tertentu: kita tidak peka kpd ~ alam

kebendaan ini.

fius 1. peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sesuatu

litar apabila arus melebihi nilai tertentu; 2. peranti mekanikal atau

elektronik utk mencetuskan sesuatu letupan.

fiuslaj (Kej) badan kapal terbang, roket, peluru berpandu dsb .

fizik cabang ilmu sains yg mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga (spt haba,

cahaya, bunyi, graviti, magnetisme) dan perkaitan antara semua

unsur ini.

fizikal 1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan

alam semula jadi: geografi ~.

flaks tumbuhan herba atau pokok renik drpd genus Linum yg ditanam utk

mendapatkan biji dan gentiannya yg dijadikan benang dan ditenun

menjadi kain linen.

flamingo sj burung tropika drpd famili Phoenicopteridae, berkaki kurus

panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah

jambu, biasanya hidup di kawasan berair.

flanel (pakaian drpd) kain bulu yg ringan dan lembut: aku memakai ~

putih dan pergi ke tamannya.

flanelet (flanélét) (Tks) kain flanel tiruan yg diperbuat drpd kapas.

flebitis (flébitis) (Ubat) radang pd vena.

fleksi (fléksi) (Lin) 1. perubahan bentuk kata mengikut perbezaan waktu,

jantina, jumlah, dsb, spt yg berlaku pd bahasa Inggeris (mis try dan

tried); 2. (proses) penambahan imbuhan pd kata akar atau dasar.

fleksibel (fléksibel) 1. boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah): ini

merupakan suatu proses yg ~; 2. mudah berubah (sikap,

keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes: pemimpin yg

baik haruslah mempunyai nilai yg ~ dlm dirinya, iaitu sanggup

menyesuaikan diri dgn perubahan keadaan.

Page 25: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

kefleksibelan keadaan fleksibel, keluwesan.

fleksibiliti (fléksibiliti) perihal (keadaan atau sifat) fleksibel,

kefleksibelan: keadaan itu bukan sahaja menggambarkan

ketiadaan ~ dlm pelaksanaan projek.

flo (Geog) kepingan ais yg berapung di permukaan laut dsb.

floem (Bio) tisu tumbuhan yg berfungsi mengangkut makanan yg

dihasilkan oleh tumbuhan.

flora (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yg terdapat di sesuatu daerah

atau pd sesuatu masa.

floret (florét) sj pedang penusuk yg dipakai dlm permainan anggar.

florin bekas wang logam Inggeris yg bernilai dua syiling.

flos sj benang yg berlilin utk membersihkan celah-celah gigi: ~ gigi.

flotila 1. kumpulan kecil kapal; 2. kumpulan kapal yg terdiri drpd kapal

yg kecil, terutamanya kapal perang.

flu bp kep influenza, demam selesema.

fluorida (Kim) sebatian yg mengandungi fluorin dgn unsur lain

(dicampurkan dgn ubat gigi untuk mencegah karies gigi);

pemfluoridaan proses memasukkan fluorida (ke dlm bekalan air

dll).

fluorin (Kim) gas berwarna kuning pucat, yg menyerupai klorin, berbau

sengit, dan beracun.

flut sj seruling yg diperbuat drpd logam, kayu, dsb dlm bentuk tiub

panjang dan berlubang-lubang di tepinya.

FMC kep Federation of Malaya Certificate of Education (Sijil Pelajaran

Persekutuan).

fobia ketakutan yg amat sangat akan sesuatu.

fokus 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau

tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2.

Page 26: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan

persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini;

berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~

pd isu atau tema semasa;

memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi)

bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan

mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan

ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian

dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama

sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya;

terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb),

tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada

di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap

penggunaan sumber;

pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini

ditinggalkan kpd para pengkritik.

folikel (folikél) I kantung kecil (rongga) yg sempit pd tubuh yg

mempunyai fungsi perkumuhan, perkembangan, atau perlindungan:

~ rambut.

folikel (folikél) II buah kering berbiji banyak yg pecah pd satu sisi

bijinya utk melepaskan biji.

folio (Cetak) 1. sukatan besar buku (satu lembar kertas cetak yg dilipat

dua sehingga mempunyai empat muka); 2. lembar yg terdiri drpd

muka kiri dan kanan yg mempunyai satu nombor; 3. nombor

halaman yg tercetak.

FOMCA akronim bagi The Federation of Malaysian Consumer

Association (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia).

fomen (fomén) pekerja kanan yg mengawasi pekerja-pekerja lain,

mandur.

Page 27: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fomes sj cendawan.

fon I kumpulan rupa bentuk set aksara yg terdiri drpd huruf pelbagai rupa

dan saiz yg boleh dicetak atau dipaparkan.

fon II; ~ telinga a) alat yg dilekapkan pd sebelah atau kedua-dua belah

telinga utk mendengar lagu, muzik dsb; b) peranti (dgn satu

penerima) yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran.

fonem (foném) (Lin) unit bunyi yg terkecil yg boleh membezakan makna

kata.

fonemik (fonémik) (Lin) 1. bkn fonem. 2. kajian linguistik tentang

fonem.

fonetik (fonétik) ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan

kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya.

fonik (Lin) kaedah mengajar membaca dgn melatih pelajar

menghubungkaitkan bunyi tertentu dgn lambang tertentu.

fonografi sistem tulisan yg mewakili bunyi berdasarkan simbol tertentu.

fonologi (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-

kata drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~

Melayu.

fonometrik (fonométrik) (Lin) analisis dan huraian bahasa lisan yg

berdasarkan kaedah fonologi, fonetik dan statistik.

fonostilistik (Lin) cabang stilistik yg berkaitan dgn penyelidikan fungsi

pengungkapan bunyi, mis penggunaan onomatopeia dlm puisi.

fonotaktik (Lin) kajian dan sistem penyusunan fonem dlm urutan bagi

sesuatu bahasa.

Foochow suku kaum Cina yg berasal dr daerah Foochow dan Fukien,

China dan tinggal di merata tempat di dunia.

forensik (forénsik) bkn pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm

pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian).

Page 28: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

formal menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah

diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut

adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~;

memformalkan menjadikan formal;

keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah

penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial,

antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan;

pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu.

formaldehid (Kim) gas beracun, tidak berwarna, berbau sengit,

digunakan sbg pengawet dlm sintesis kimia dan dlm pembuatan

resin sintetik.

formalin (Kim) larutan berair yg terdiri drpd 37% - 50% formaldehid, yg

digunakan sbg bahan pengawet: bau ~ yg tengik itu tidak lagi

mengganggu deria kelompok yg sedang membongkok rapat ke

abdomen mayat tersebut.

formalis individu atau golongan yg patuh kpd ketentuan (peraturan dll)

yg ditetapkan.

formalisme kepatuhan (sifat patuh) kpd ketentuan dan peraturan yg

ditetapkan.

formalistik terlalu berpegang kpd bentuk (ketentuan dsb) yg telah

ditetapkan: pendekatan ~; tinjauan ~ .

formaliti tindakan (langkah dsb) yg perlu dipatuhi mengikut peraturan

(kelaziman) yg telah ditetapkan: borang permohonan itu

hendaklah diserahkan kpd majikan sbg suatu ~ bagi setiap

pemohon pekerjaan baru.

formasi susunan (sekumpulan orang atau benda) dgn bentuk tertentu

sambil melakukan pergerakan: selepas itu diperkenalkan pula ~ 4-

4-2 serta 3-3-4, sistem piramid dsb; ~ penerbangan corak atau

pola penerbangan yg terbentuk oleh dua buah pesawat udara atau

Page 29: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

lebih yg terbang bersama-sama, biasanya dilakukan sbg

pertunjukan dsb.

format 1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah

yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan

(mis siri TV) yg dipersembahkan;

memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu

format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun;

pemformatan perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan:

para penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja

penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi.

formatif yg berpengaruh utk membentuk sesuatu (tabiat, budi pekerti,

dll): pertuturan orang dewasa mempunyai fungsi ~ yg penting dlm

memperkembang proses mental kanak-kanak.

formatir IB pembentuk (kabinet dll).

formika lapisan penggilap perabot kayu, spt bahagian atas meja tulis, yg

dibuat drpd bahan plastik (dgn corak yg berwarna-warni).

formula 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf

dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis

formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3,

rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg

dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan,

rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau

menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-

negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk

menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia;

saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai

bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5.

pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti

enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;

Page 30: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik

secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom

(mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris

(Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom

yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat

komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena);

~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau

perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim)

formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis

atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan

C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional

bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg

menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm

sesuatu molekul sebatian;

berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula:

penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan

hormat-menghormati antara pihak yg terlibat.

formulasi huraian atau penjelasan yg ringkas dan tepat, rumusan;

memformulasikan menyatakan sesuatu dgn ringkas dan tepat,

merumuskan: Manheim ~ suatu epistemologi yg bersesuaian dgn

pengetahuan.

formulir IB borang.

forseps (forséps) penyepit (spt yg digunakan oleh doktor dll).

forte (forté) (Muz) 1. kuat bunyinya (bersimbol f); 2. rangkap lagu yg

dimainkan dgn kuat.

fortepiano (fortépiano) piano jenis lama yg popular pd abad yg ke-18.

fortis (Lin) konsonan yg dihasilkan dgn otot yg tegang, mis bunyi /t/, /k/

dan /s/.

Page 31: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fortisimo (Muz) 1. sangat kuat bunyinya (bersimbol ff); 2. rangkap lagu

yg dimainkan dgn sangat kuat.

FORTRAN akronim bagi formula translator (penterjemah formula, iaitu

sj bahasa komputer yg kerap digunakan dlm bidang saintifik,

matematik, dan kejuruteraan yg dapat ditukarkan ke dalam bentuk

formula).

forum 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg

menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan

sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk

perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum

utk perbincangan terbuka.

forwad (Suk) pemain atau kedudukan barisan penyerang (bkn permainan

bola sepak, hoki dsb).

fosfat (Kim) garam asid yg banyak mengandungi fosforus (digunakan

sbg baja).

fosfin (Kim) gas mudah terbakar, tidak berwarna, larut sedikit dlm air,

dan berbau busuk, digunakan sbg racun perosak.

fosfor (Fiz) cecair atau bahan hablur yg berpendar cahaya, dan digunakan

dlm pembuatan lampu pendar fluor, televisyen, radar, tiub sinar

katod, dll.

fosforus (Kim) unsur bukan logam yg berwarna kuning dan mudah

terbakar (kelihatan berkilat-kilat dlm gelap) yg digunakan utk

membuat racun tikus, baja, mancis, dll.

fosil tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba

(prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan

dsb): mengenal dan menghuraikan hal purba drpd keterangan ~

dan bukti lain;

terfosil telah menjadi fosil: rangka binatang yg ~.

fotalgia (Ubat) rasa sakit yg kuat pd mata akibat pancaran cahaya.

Page 32: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

foto 1. gambar yg diambil dgn kamera: ~ orang tuanya masih ada dlm

simpanannya; 2. Id kamera;

memfoto mengambil gambar dgn kamera.

fotofit 1. gambar seseorang, biasanya yg dikehendaki polis, yg terhasil

drpd cantuman beberapa potongan lukisan atau gambar foto yg

menggambarkan wajah orang berkenaan; 2. teknik atau kaedah

menyediakan gambar spt 1. di atas.

fotofobia perasaan takut atau tidak suka yg keterlaluan kpd cahaya

(tempat yg sangat terang dsb).

fotogenik (fotogénik) menarik (cantik, manis, sesuai dsb) dlm gambar

foto (bkn seseorang), makan gambar: dia memang sangat ~

orangnya.

fotograf gambar yg diambil dgn kamera, gambar foto.

fotografi seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan

fotograf.

fotogravur 1. proses mengecap gambar dgn menggunakan plat yg

disediakan secara kaedah fotostat. 2. cetakan yg terhasil drpd

sesuatu plat.

fotokimia cabang kimia yg berkaitan dgn interaksi tenaga sinaran dgn

proses-proses kimia.

fotokopi salinan fotografi bahan bertulis, bercetak, atau grafik;

memfotokopi menghasilkan fotokopi.

fotolisis (Bio) penguraian molekul oleh tindakan cahaya.

fotolitografi (Cetak) proses atau teknik mencetak litograf dgn

menggunakan plat yg disediakan atau dibuat secara fotografi.

fotometer (fotométer) (Fiz) alat utk mengukur keamatan cahaya.

fotometri (fotométri) (Fiz) pengukuran keamatan cahaya.

fotomikrograf gambar foto sesuatu objek yg dibesarkan dgn

menggunakan mikroskop.

Page 33: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fotomikrografi seni (proses) menghasilkan fotomikrograf.

fotomorfosis (Bio) perubahan struktur tumbuhan selepas terdedah pd

cahaya yg kuat.

foton (Fiz) seunit kuantum sinaran elektromagnet yg merupakan zarah yg

tidak berjisim dan yg tidak bercas.

fotopeka (fotopéka) fotosensitif.

fotosel (fotosél) peranti yg digunakan utk mengesan dan mengukur

cahaya (dan sinaran elektromagnet lain) dgn menukarkan cahaya

atau sinaran itu kpd arus elektrik.

fotosensitif (fotosénsitif) (Fiz) peka terhadap sinaran elektromagnet,

terutamanya cahaya: kertas ~.

fotosintesis (Bio) sintesis sebatian organik drpd karbon dioksida dan air

dgn menggunakan tenaga suria yg diserap oleh klorofil;

memfotosintesiskan menukarkan karbon dan air menjadi makanan

melalui proses fotosintesis.

fotostat 1. mesin yg digunakan utk membuat salinan foto bahan-bahan

bertulis (bercetak, grafik); 2. salinan yg dibuat oleh fotostat;

memfotostat membuat atau menghasilkan salinan (drpd bahan

bertaip, bercetak, dsb) dgn menggunakan fotostat: kita boleh ~

rencana yg terdapat pd sebuah majalah yg baru sahaja

diterbitkan.

fototaksis (Bio) pergerakan organisma sbg gerak balas terhadap cahaya.

fototerapi (fototérapi) (Ubat) perawatan penyakit dgn menggunakan

cahaya, mis perawatan penyakit kuning pd bayi yg baru lahir.

fototipografi (Cetak) proses pencetakan yg melibatkan penggunaan

fotografi.

fototopografi (Geog) proses menyediakan atau membuat peta topografi

drpd gambar foto.

Page 34: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fototrof (Bio) organisma yg menggunakan cahaya suria sbg sumber

tenaga utk mensintesiskan sebatian organik.

fototropisme (Bio) pergerakan tumbuhan yg berlaku sbg gerak balas

terhadap rangsangan cahaya.

foya; berfoya-foya, foya-foya bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta

(dgn menghabiskan masa dan wang): bekerja itu dapat

membendung hawa nafsu ~ yg timbul jua sesekali dlm hatinya;

kefoya-foyaan keadaan bersuka ria atau bersenang-senang:

pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~.

foyer ruang legar: pembayaran utk kad berkenaan sudah dibuat di ~

Dewan Syed Putra.

fragmen (fragmén) bahagian drpd sesuatu (novel, lakonan, peristiwa,

dll), petikan, penggalan: ia hanya berhasrat memaparkan ~-~ drpd

sesuatu peristiwa dan konflik.

fraksi IB kelompok yg terdiri drpd beberapa wakil rakyat dlm parlimen

(biasanya drpd satu parti).

fraktur (Ubat) patah (retak, pecah) tulang.

franc (frangk) (Perancis) unit mata wang yg standard bagi Perancis,

Belgium, Switzerland, dan negara-negara yg bertutur dlm bahasa

Perancis.

francais hak atau kebenaran istimewa yg diberikan (dgn syarat dan

bayaran tertentu) oleh syarikat induk (pemilik) kpd pengusaha utk

memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan;

memfrancaiskan memberikan francais sesuatu barangan atau

perkhidmatan kpd seseorang, syarikat dsb: syarikat itu merancang

utk ~ produk keluarannya kpd individu atau syarikat yg berminat.

francaisi orang (syarikat, firma dsb) yg diberi francais, pemegang

francais: ~ berpeluang menjalankan perniagaan dgn kaedah

pengurusan yg terbukti kejayaannya; syarikat itu menawarkan

Page 35: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

peluang kpd mereka yg berminat menjadi ~ pasar raya mini

ikannya.

francaisor syarikat induk yg memberikan francais sesuatu barangan atau

perkhidmatan kpd pengusaha: ~ itu benar-benar ingin melihat

kejayaan semua francaisinya.

frankfurter sj sosej salai yg dibuat drpd daging kisar, biasanya

dihidangkan bersama-sama roti ban.

frasa kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.

fraseologi (fraséologi) (Lin) 1. cara menggunakan kata atau frasa dlm

tulisan atau lisan; 2. ungkapan yg digunakan oleh orang atau

kelompok tertentu spt nelayan atau pedagang.

fraud (Udg) pernyataan palsu yg dibuat utk mendapatkan faedah.

fraude IB penipuan, terutamanya dgn memalsukan sesuatu urusan

supaya dapat menggelapkan wang dsb.

Freemason ahli pertubuhan rahsia (disebut Free and Accepted Masons)

yg berikrar utk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling

membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu

utk mengenali satu sama lain.

frekuensi (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll),

kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP

adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg

berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya

diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~

rendah 1800 MHz ke atas;

~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat

mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~

audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm

julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk

komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000

Page 36: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio,

dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~

tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30

megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter;

berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi:

penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka

menghubungi kementerian atau polis.

frenologi (frénologi) kajian tentang bentuk dan saiz tengkorak seseorang

utk mengetahui perlakuan, kelakuan, kebolehan dsb.

Freon (fréon) kumpulan (jenama) sebatian yg digunakan sbg bahan

penyejuk dlm peti sejuk dsb.

fresko (frésko) (S.Lukis) 1. teknik membuat lukisan pd dinding atau

siling yg diplaster, dgn menggunakan cat air sebelum plaster itu

mengering; 2. lukisan yg dihasilkan dgn teknik 1. di atas.

fret (frét) (Muz) bilah penentu ruang nada pd alat muzik bertali, spt gitar

dan mandolin, utk mengawal nada bunyi yg dihasilkan.

frigat kapal perang peronda laju yg sederhana besarnya (biasanya

digunakan utk melindungi kapal-kapal lain).

frikatif (Lin) konsonan yg dihasilkan dgn bunyi geseran apabila udara

dipaksa keluar melalui saluran udara yg sempit, mis penghasilan

bunyi huruf S, Z dan F.

FRIM akronim bagi Forest Research Institute Malaysia (Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia).

friz (S.bina) jaluran reka bentuk, ukiran dsb yg terdapat di bahagian atas

dinding.

fros (Geog) 1. keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di

bawah takat beku (0C atau 32F) sehingga terbentuknya hablur air

yg halus-halus, ibun; 2. hablur ais yg halus-halus berwarna putih

Page 37: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun

atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, ibun beku;

berfros dilitupi atau diselaputi fros: cermin tingkap rumahnya ~

kerana cuaca di luar sangat sejuk.

frugivor (Bio) haiwan yg makanan utamanya terdiri drpd buah-buahan.

fruktosa gula yg terdapat di dlm madu dan buah-buahan.

fuad Ar hati, kalbu; ~ al-zakiah hati yg jernih (dipakai dlm surat dll).

fucuk tauhu kering yg nipis.

fulkrum (Fiz) suatu tempat (titik) pd palang, jasad dll (sbg pengimbang,

penyokong dsb), sangga tuas.

fulus Ar 1. kepingan wang tembaga; 2. bp wang.

fundamental (fundaméntal) bersifat dasar, sangat penting, asas, pokok:

menaruh perhatian pd hubungan yg lebih ~ drpd hubungan yg

banyak nampak pd kulitnya.

fundamentalis (fundaméntalis) individu atau kumpulan, biasanya

pergerakan keagamaan yg berjuang mengembalikan cara hidup yg

asal menurut tuntutan agama.

fundamentalisme (fundaméntalisme) keakuran yg kuat terhadap sesuatu

ajaran (tuntutan agama atau tuntutan beragama): ~ Islam.

fungisid racun kulat.

fungivor (Bio) haiwan yg makanan utamanya terdiri drpd kulat.

fungsi 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah

menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas,

peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia?;

berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM

mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~

kpd masyarakat;

fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn

analisis ~ itu amat berkesan.

Page 38: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

fungsional yg mempunyai atau diberi tugas-tugas tertentu.

fungsionalisme prinsip dlm seni bina, reka bentuk dsb yg menekankan

bahawa bentuk sesuatu bangunan dsb hendaklah ditentukan oleh

fungsi dan kegunaannya: falsafah ~ boleh dikatakan berasal drpd

ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan.

fungus kulat.

fuqaha Ar (jamak bagi faqih) orang yg ahli dlm ilmu fiqah: kebanyakan

~ Islam mengatakan bahawa tidak gugur cerai orang yg mabuk.

fur kep furlong.

furlong ukuran panjang yg bersamaan dgn 220 ela (1/8 batu atau 201

meter).

furqan Ar hal (benda) yg membezakan kebenaran drpd kepalsuan; al-F~

nama lain bagi al-Quran.

furuk Ar persoalan cabang dlm kewajiban agama: perbezaan pendapat

tentang jumlah rakaat solat tarawih itu bukanlah mengenai ajaran

pokok tetapi mengenai masalah ~.

furun Ar dapur (tempat membakar roti dll).

fusi IB 1. gabungan drpd beberapa pertubuhan (parti dll); 2. campuran

drpd larutan bermacam-macam benda yg menjadi satu.

fusili (ERT) sj mi Itali yg bentuknya berpintal-pintal.

fusta sl perahu (kapal); pusta.

futsal (Suk) sj permainan bola sepak yg terdiri drpd lima orang pemain

sepasukan, yg gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang.

futur Ar sarapan.

futuris individu atau golongan yg cenderung melihat impian dan

pengertian masa depan melalui ciri-ciri kemajuan: ~ Islam mesti

menjadi golongan yg setanding dgn pejuang Islam klasik.

Page 39: f I huruf keenam abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog | Guru Cemerlang Bahasa Melayu…€¦  · Web view · 2010-03-18huruf keenam abjad Rumi. F II. kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~.

futurisme gerakan seni yg muncul di Itali pd tahun 1909 utk

menggantikan nilai estetik tradisional dgn ciri yg menekankan

penggunaan teknologi moden.

futuristik bkn idea yg mengarah (menuju) ke masa depan: rancangan

pembangunan itu haruslah lebih ~.