Ekstremisme Dalam Kalangan Muslim

32
EKSTREMISME DALAM KALANGAN MUSLIM Pejabat HIKMAH Wilayah, Kajang, Selangor 19 Nov 2016 Oleh: Ustaz Ali Muda

Transcript of Ekstremisme Dalam Kalangan Muslim

EKSTREMISME DALAM KALANGAN MUSLIM

Pejabat HIKMAH Wilayah,Kajang, Selangor

19 Nov 2016Oleh: Ustaz Ali Muda

Apakah Ekstremisme…? Ekstremisme (Extremism) berasal daripada perkataan Extreme yang bermaksud hal yang berkenaan faham atau kepercayaan yang keterlaluan atau berlebihan (Kamus Dwibahasa Dewan 1990)

Dalam bahasa Arab ia disebut Tatorruf ( تطرف ) yang bermaksud duduk di sebelah pihak, jauh dari posisi tengah. Asalnya ia digunakan untuk perkara nyata / fizikal, tetapi digunakan juga untuk perkara abstrak spt kepercayaan agama, pemikiran dan tingkah laku (Al-Qaradawi, 1992: 27)

APAKAH PENDIRIAN ISLAM…?Islam adalah agama al-Wasat /pertengahan/ sederhana/ lurus (as-Sirot al-Mustaqeem)

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Surah yang diwajibkan kepada umat Islam membacanya di setiap rakaat solat mengajar umat Islam kepada jalan pertengahan dan menjauhi jalan golongan yang dimurkai (al-Maghdhubi ‘alayhim) dan jalan golongan yang sesat (al-Dhollin)

Q&S Mencegah Sikap EkstrimIstilah yang digunakan dalam nas-nas al-Quran dan hadis untuk Ekstrim atau Tatorruf ialah al-Ghuluw

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul" (al-Maa-idah: 77)

عن ابن عباس ر أن النبي ص قال: �نم��ا هلك�� من�� قبلكم�� �ياكم�� والغلو ف���ي الدين��� فإ إ

ب�الغلو ف�ي الدين�

Q&S Mencegah Sikap Ekstrim

“Berwaspadalah kamu daripada al-ghuluw dalam agama. Sesungguhnya umat sebelum kamu musnah hanyalah kerana ghuluw dalam agama” (Riwayat Ahmad, al-Nasaa-ie dan Ibnu Majah. Syeikh Syakir berkata: Sanadnya Sahih)

عن ابن مسعود ر قال: قال رسول الله ص: قالها ثالثاهلك المتنطعون

“Telah binasa orang-orang yang melampau (baginda menyebutnya tiga kali).(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Dawud)

Ekstrimism Dicegah Dari KecilPencegahan awal adalah perlu kerana hampir semua perkara bermula dari kecil, kemudian ia membesar dan melata.

Sabab Wurud hadis di atas adalah: Rasulullah SAW sampai di Muzdalifah, baginda berkata kepada Ibnu ‘Abbas: Mari tolong kutip untuk aku..” (baginda bermaksud mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah). Ibnu ‘Abbas berkata: Lalu aku pun kutiplah batu-batu kecil. Apabila aku meletakkan di tangan Rasulullah SAW, baginda bersabda: �ياكم�� والغلو ف���ي الدين��� ، وإ نعم�� ب�أمثال��� هؤالء���

�نما هلك من قبلكم ب�الغلو ف�ي الدين� فإ“Ya, seperti macam ni.. Berwaspadalah kamu daripada al-ghuluw dalam agama. Sesungguhnya umat sebelum kamu musnah hanyalah kerana ghuluw dalam agama”

Q&S Mencegah Sikap Ekstrim• Rasulullah SAW membanteras setiap pendekatan yang menjurus kepada

ekstrim dalam beragama. Baginda membetulkan sahabah yang melampau dalam beribadat sehingga melangkaui had sederhana spt kisah Zaynab, lelaki yang mengharamkan dirinya memakan daging, dan tiga orang lelaki yang tidak mahu memakan daging, tidak mahu berkahwin dan tidak mahu tidur di atas hamparan.

• Baginda menegur mereka (riwayat al-Bukhari dan Muslim): ما بال أقوام يقول أحدهم كذا وكذا ولكني أصوم وأفطر وأنام وأقوم وآكل

اللحم وأتزوج النساء، فمن رغب عن سنتي فليس مني

“Alangkah buruknya satu kaum yang salah seorang daripada mereka berkata begitu.. begini.. Sedangkan aku sendiri berpuasa dan berbuka, aku tidur dan aku berjaga, aku memakan daging dan mengahwini wanita. Sesiapa yang berpaling daripada sunnahku maka dia bukanlah daripadaku..”

Kesan Buruk Sifat EkstrimIa bercanggah dengan tabiat semulajadi

manusia. Hanya segelintir manusia yang sanggup hidup secara ekstrim, sedangkan syariat Islam bukan untuk segelintir manusia sebaliknya untuk sekalian manusia.

Baginda murka terhadap perbuatan Mu’adz memanjangkan solat ketika menjadi imam:

أفتان أنت يا معاذ؟ وكررها ثالثا )رواه البخاري(“Adakah kamu hendak menimbulkan fitnah Mu’adz?” (Baginda mengulanginya 3 kali)

Kesan Buruk Sifat EkstrimApabila Rasulullah SAW mengutuskan Mu’adz

dan Abu Musa ke Yaman baginda berpesan: يسgggرا وال تعسgggرا وبشرا وال تنفرا وتطاوعgggا وال

تختلفا.. )متفق عليه(“Kamu berdua permudahkanlah dan jangan menyusahkan, berilah khabar gembira yang mendekatkan dan jangan menyebabkan orang lari, dan kamu berdua patuh mematuhi dan jangan berpecah..”

Kesan Buruk Sifat EkstrimOrang yang bersikap ekstrim tidak bertahan lama, bahkan

cepat putus asa. Sikap ini memenatkan dan tabiat manusia cepat jemu. Apabila dia bosan, dia akan meninggalkan semua amalan termasuk yang kecil-kecil.

Oleh sebab fitrah manusia, maka Rasulullah SAW berpesan: اكلفوا من األعمال ما تطيقون فإن اللهg ال يمل تملوا وإن أحب

العمل إلى الله أدومه وإن قل )رواه الشgيخان وأبو داود والنسائي عن عائشة ر(

“Buatlah amalan yang kamu mampu. Sesungguhnya Allah tidak akan jemu melainkan kamu yang akan jemu. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.”

Kesan Buruk Sifat EkstrimBaginda berpesan agar kita bersederhana dan

jangan cuba ‘mengalahkan agama’: إن الدين يسر ولن يشاد الدين أحد إال غلبه فسددوا وقاربوا وأبشروا.. )رواه البخاري والنسائي عن أبي

هريرة(“Sesungguhnya agama itu mudah, dan agama itu tidak akan dikalahkan seseorang melainkan orang itu sendiri akan dikalahkan. Maka hendaklah kamu perbetulkan, dekat mendekatkan dan saling memberi khabar gembira”

Kesan Buruk Sifat Ekstrim Sikap ekstrim mesti menyebabkan kecuaian terhadap tanggungjawab

lain. Rasulullah SAW menegur Abdullah bin ‘Amr yang sangat kuat beribadat

sehingga mencuaikan hak isterinya: ألم أخبر أنك تصوم النهار وتقوم الليل؟ قال عبد الله: بلى يا رسول الله،

فقال: ال تفعل، صم وأفطر، وقم ونم.. فإن لجسدك عليك حقا وإن لعينيك حقا وإن لزوجك عليك حقا )رواه البخاري(

“Bukankah aku diberitahu kamu berpuasa siang dan berjaga malam? Jawab Abdullah: Benar ya Rasulullah. Baginda bersabda: Jangan kamu lakukan. Berpuasa dan berbukalah, berjaga malam dan tidurlah. Sesungguhnya jasadmu ada hak ke atasmu, kedua-dua matamu ada hak ke atasmu dan isteri kamu ada hak ke atasmu”

Kisah Abu al-Dardaa’ dan Salman al-Farisiy…

Tanda-tanda Ekstrim

Fanatik: • Apabila seseorang itu terlalu

jumud pd fahamannya sehingga tidak membuka langsung ruang kpd fahaman lain berdasarkan kemaslahatan, tujuan syarak, suasana zaman..

• Menutup pintu dialog dan pertimbangan.

• Menolak pendapat lain dgn anggapan dirinya berada dlm hidayat dan lawannya dlm kesesatan, seolah2 pendapatnya adalah wahyu

Fanatik terhadap satu pendapat dan tidak mengiktiraf pendapat lain.

Tanda-tanda Ekstrim

Memaksa / menutup pilihan: • Sentiasa mewajibkan satu pendapat drpd

banyak pendapat, mengetatkan apa yg longgar.

• Bercanggah dgn ajaran Islam ( يد بكم العسرgيريد الله بكم اليسر وال ير

185– البقرة: )( كما يكره gإن الله يحب أن تؤتى رخصه

,( أن تؤتى معصيته( ما خير رسول الله ص بين أمرين إال

( اختار أيسرهما ما لم يكن إثما• Boleh memilih pendapat yg keras utk diri

sendiri tetapi tidak boleh memaksa semua org mengikuti

Memaksa orang ramai dalam perkara yang Allah SWT tidak wajibkan

Tanda-tanda Ekstrim

Keras / Tasydid: • Berpegang pd pendapat yg keras/ ketat dlm

masyarakat bukan Islam / kaum yg baru mengenal Islam / baru hendak mengubah diri.

• Sepatutnya bermudah2 sahaja dlm perkara cabang / khilaf dan tumpukan kpd perkara pokok / usul / aqidah

• Bercanggah dgn konsep tadarruj / beransur-ansur spt ajaran Rasulullah SAW ketika mengutuskan Mu’adz ke Yaman:

“Sesungguhnya kamu mendatangi satu kaum Ahlul Kitab, maka serulah mereka kpd syahadah Tiada tuhan selain Allah dan aku ini utusan Allah. Jika mereka akur, beritahulah mereka bahawa Allah menfardhukan ke atas mereka solat 5 waktu sehari semalam. Jika mereka akur, beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat yg diambil drpd org kaya dan diagihkan kpd org miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keras / tasydid pada tempat yang salah

Tanda-tanda Ekstrim

Kasar: • Menggunakan bahasa yg kasar

terhadap sasaran• Suka membuat label terhadap sasaran• Sasaran seolah-olah tiada harapan

bertaubat atau diampunkan dosanya• Bercanggah dgn etika dakwah Islam:Berdakwah dgn hikmah dan nasihat yg

baik (al-Nahlu: 125)Pemimpin sekalipun disuruh berlemah

lembut krn kekasaran menyebabkan pengikut lari (Ali ‘Imran: 159)

Kasar dalam interaksi

Tanda-tanda Ekstrim

Buruk sangka: • Melihat orang ramai sebagai masyarakat

jahiliyah, tiada kebaikan dan penuh kejahatan• Terlalu mudah membuat tohmahan / tuduhan

tak berasas• Tidak memberi keuzuran, mendahulukan

takwilan jahat• Allah SWT melarang sikap mensucikan diri dan

memburukkan orang lain فال تزكوا أنفسكم هو أعلم بمgن اتقى – النجم: )

32 )• Berkata Ibn ‘AtaiLLah: Boleh jadi Allah membuka

utkmu pintu ketaatan tetapi tidak membuka pintu penerimaan. Boleh jadi Allah mentakdirkan utkmu maksiat, lantas ia menjadi sebab kamu kembali. Maksiat yg menyebabkan perasaan hina dan sesal adalah lebih baik drpd ketaatan yg menyebabkan ujub dan takabbur”

Buruk sangka terhadap orang ramai

Tanda-tanda Ekstrim

Gejala takfir /tafsiq / tabdi’: • Kemuncak sikap ekstrim ialah takfir• Gugur kehormatan orang Islam lain dan halal darah.• Faham al-Khawarij, dlm keadaan mereka sgt kuat

beribadat.• Jemaah Takfir Wa Hijrah• من قال ألخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما )حديث

صحيح(• Rasulullah SAW sgt murka terhadap tindakan

Usamah membunuh seorg lelaki yg telah mengucap syahadah ketika dalam perang. Baginda menolak alasan Usamah kononnya lelaki itu bersyahadah kerana takut dibunuh dan menyoal: “Adakah kamu telah membelah dadanya (dan pasti dia tidak beriman?)? Apa kamu hendak buat dgn syahadahnya? “ Usamah berkata: Baginda mengulang2 soalan itu sehingga aku berharap hari itu baru aku masuk Islam.

Mudah meng-kafirkan / takfir

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

1) Ceteknya faham agama sebenar

• Agama tidak difahami drpd sumbernya yg sebenar

• Kejahilan tidak melahirkan ekstrimisme sebaliknya ilmu agama yg ‘setengah masak’

• Seseorg itu menyangka dirinya bertaraf ulama, atau guru2nya adalah ulama bertaraf dunia, sdgkan tidak mampu membezakan di antara perkara pokok dan cabang, qat’iyyat dan dzonniyyat, muhkamat dan mutasyabihat

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

2) Memahami nas agama secara zahir / tekstual / literalist / fiqh al-awraq

• Menolak illah /hikmah pensyariatan• Mencampur-adukkan perkara ibadat

dan adat /budaya• Contoh2 perkara adat/budaya: Larangan membawa mushaf al-Quran

ke negara kafir Larangan wanita bermusafir tanpa

mahram Persaksian orang bukan Islam

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

3) Sibuk dgn perkara2 cabang berbanding isu utama umat

• Contoh2 perkara cabang: Isu cukur janggut, melabuhkan pakaian /

isbal, gambar fotografi, menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud, zikir menari…

• Golongan ini memindahkan isu2 cabang ini ke mana sahaja mereka pergi termasuk US.

• Sepatutnya mereka mengutamakan 3 isu: Memelihara aqidah, menunaikan fardhu

& menjauhi dosa besar

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

4) Sangat mudah mengharam-kan sesuatu

• Mengabaikan tuntutan al-Quran (al-Nahlu: 116)

• Contoh sikap mudah mengharam: Mengharamkan minum berdiri tanpa

melihat makna larangan Mengharamkan isbal / mencukur

janggut / pakaian berwarna Mewajibkan purdah ke atas wanita

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

5) Keliru dalam memahami bahasa / istilah dalam nas-nas syarak

• Tidak membezakan konsep iman dan Islam, kufur dan syirik, nifaq dan jahiliyyah

• Mencampur-adukkan di antara lafaz hakikat dan majaz/kiasan

• Iman vs kesempurnaan iman, syirik vs syirik kecil, jahiliyah aqidah vs jahiliyyah akhlak

• Makna berhukum dengan hukum Allah

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

6) Mengambil ilmu drpd bukan ahli

• Ilmu drpd membaca kitab / buku

• Berguru dgn ustaz selebriti• Memilih seorang guru / guru

sealiran sahaja utk belajar• وال صحفي من العلم تأخذ ال

مصحفي من القرآن

SEBAB-SEBAB EKSTRIMISME

7) Lemahnya maklumat tentang sejarah, realiti, hukum alam & kehidupan

• Isi-isi kitab ‘dimuntahkan’ sahaja tanpa melihat fakta sejarah / realiti

• Tidak mengkaji seerah Rasulullah SAW dlm tadarruj

• Tidak mendalami sejarah khilafah-khilafah Islam selepas zaman al-Khulafaa al-Rasyidin

• Menyangka masalah umat selesai dgn melakukan satu perkara: Melaksanakan hukum Allah (hudud)

PENYELESAIAN?

APAKAH

1) Peranan MasyarakatMasyarakat wajib kembali kpd Islam dalam bentuk yang syumul / lengkap; sosial, ekonomi, politik, undang2, pemikiran…

2) Peranan PemerintahMemberi ruang masyarakat Islam diperintah secara Islam, adil, tidak mencabar akidah dan akhlak Islam.

3) Duduk berdialog bersama EkstrimistMembuka pentas wacana, dialog, soal jawab, mendengar.

4) Jangan melampau melabel pelampauKerajaan dan masyarakat tidak harus melampau dalam menggambarkan fenomena ekstrim

5) Bukalah tingkap agar angin kebebasan bertiup masukKerajaan perlu menghapuskan undang2 yang mengekang kebebasan rakyat utk memilih pilihan yang patut.

SEKIAN