Eksperimen Sel Tumbuhan

download Eksperimen Sel Tumbuhan

of 1

Transcript of Eksperimen Sel Tumbuhan

  • 7/31/2019 Eksperimen Sel Tumbuhan

    1/1

    Laporan Eksperimen

    Eksperimen : 2

    Tajuk : Mengkaji sel tumbuhan dan sel haiwan

    Tujuan : Untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara sel tumbuhan dan sel haiwan.

    Teori :

    Sel merupakan unit asas bagi semua organisma hidup. Terdapat dua jenis sel iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan.

    Bahagian sel terdiri daripada membran sel, dinding sel (tumbuhan)nuklues, mitokondrion,vakuol, sitoplasma,dan

    kloroplas(tumbuhan).Sel menjalankan aktiviti asas seperti pertumbuhan,respirasi, perkumuhan dan pembiakan.

    Bahan dan radas :

    Mikroskop, sisip kaca,slaid kaca, larutan iodin, bawang,dan pencungkil gigi,

    Prosedur:

    1 Sel bawang diperolehi dengan memotong bawang terlebih dahulu.

    2 Sehelai daun sisik dikeluarkan dengan cermat .

    3 Sehelai epidemis nipis yang lutsinar dihasilkan.

    4 Epidemis itu diletakkan dengan setitis air pada slaisd dan ditutup dengan kaca penutup.

    5 Slaid lekapan sementara itu diperiksa dengan mikroskop cahaya biasa dengan kuasa rendah dan kemudian

    dengan kuasa tinggi.

    6 Kemudian epidemis itu diwarnakan dengan iodin cair secara teknik pengairan.

    a) Setitis iodin cair dititiskan pada satu tepi kaca penutup dan air dikeluarkan dari tepi bertentangan dengan

    sekeping kertas turas.

    b) Iodin cair ditarik masuk dan menggantikan air di bawah kaca penutup.

    7 Slaid yang diwarnakan diperiksa dengan mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kua sa tinggi.