EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan...

15
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 4: PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN: MODEL ASSURE 4.0 Pengenalan Sebelum memulakan sesi pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat perancangan yang lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah sangat penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model reka bentuk yang berorientasikan bilik darjah. 4.1 Modul ASSURE Model ASSURE yang berorientasikan bilik darjah, direkabentuk oleh Heinich, Molenda, dan Russel (1982). Ia bertujuan memberi panduan kepada guru untuk merancang dan dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih efektif. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dapat mewujudkan kebolehpercayaan,keyakinan, menarik minat dan dapat membina fikiran positif murid terhadap pengajar. Model ini telah diolah semula pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan akan merujuk kepada model ASSURE yang terbaru.

Transcript of EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan...

Page 1: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1

BAB 4: PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN

MEDIA PENGAJARAN: MODEL ASSURE

4.0 Pengenalan

Sebelum memulakan sesi pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak merancang,

memilih, menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak membuat

perancangan yang lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak dapat

dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah sangat

penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model reka bentuk yang

berorientasikan bilik darjah.

4.1 Modul ASSURE

Model ASSURE yang berorientasikan bilik darjah, direkabentuk oleh Heinich, Molenda,

dan Russel (1982). Ia bertujuan memberi panduan kepada guru untuk merancang dan

dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih efektif. Pengajaran yang dirancang

dengan teliti dapat mewujudkan kebolehpercayaan,keyakinan, menarik minat dan dapat

membina fikiran positif murid terhadap pengajar.

Model ini telah diolah semula pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan akan

merujuk kepada model ASSURE yang terbaru.

Page 2: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2

Rajah 1: Model ASSURE

A - Analyse learner (Analisis murid)

3 ciri penting

- Ciri-ciri umum

- Kompetensi pra syarat

- Gaya pembelajaran

S - State objective (Nyatakan objektif)

– Konsep ABCD

– Klasifikasi objektif

– Objektif dan Perbezaan individu

S - Select method, media and

materials

(Pilih kaedah, media dan bahan)

– Menentukan kaedah yang sesuai

dengan tugasan pembelajaran

– Memilih media yang sesuai untuk

melaksanakan kaedah yang dipilih

– Memilih media yang ditentukan

– Mengubahsuai media

– Mereka bentuk media

A

• Analisis pelajar

S • Nyatakan objektif

S • Pemilihan media dan bahan

U • Penggunaan media dan bahan

R • Penglibatan murid dalam pembelajaran

E • Penilaian semula bahan

Page 3: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3

U - Utilise media and materials

(Gunakan media dan bahan)

– Prebiu bahan

– Sediakan bahan

– Sediakan persekitaran

– Sediakan murid

– Sediakan pengalaman pembelajaran

R - Require learner participation

(Dorong penglibatan murid)

– Libatkan murid dalam aktiviti

pembelajaran seperti membuat latih

tubi, perbincangan, kuiz, projek dan

sebagainya.

– Pengukuhan diberi selepas mendapat

respons daripada murid.

E - Evaluate and revise

(Nilai dan semak)

- Aspek pencapaian murid

- Pembelajaran yang dihasilkan

- Menilai media dan kaedah

- Kualiti media

- Penggunaan guru

- Penggunaan murid

4.2.1 Analisis Murid

Media yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu

sesuai dengan murid agar penggunaannya menjadi lebih berkesan dan efektif. Tidak

dinafikan untuk mengenal pasti keperluan setiap murid adalah sukar. Walau

bagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang boleh dilaksanakan bagi menganalisis

murid iaitu:

Page 4: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4

4.2.1.1 Ciri-ciri umum

Mengetahui ciri-ciri umum dapat membantu guru merancang, memilih, menghasil dan

menilai media dengan lebih berkesan. Ciri-ciri umum termasuklah umur,

tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, latar belakang taraf sosio-ekonomi, budaya,

minat, sikap, kawasan dan sebagainya. Guru boleh mengetahui ciri-ciri umum ini

melalui interaksi dengan murid, pemerhatian atau meneliti rekod murid yang sedia ada.

Sebagai contoh, jika guru telah mengenal pasti bahawa murid kurang meminati sesuatu

mata pelajaran, tindakan yang boleh diambil ialah guru boleh merangsang

pembelajaran melalui aktiviti kinestik termasuk simulasi, main peranan, lakonan dan

sebagainya. Tayangan video atau persembahan elektronik juga boleh digunakan

sebagai rangsangan untuk aktiviti perbincangan kumpulan.

Page 5: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5

4.2.1.2 Kompetensi pra syarat

Kompetensi pra syarat mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia

ada murid. Hal ini amat penting kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada

proses pembelajaran murid. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan atau pengalaman

sedia ada melalui ujian pra sesuatu topik yang dilakukan sebelum sesi pengajaran

bermula, sesi soal jawab atau berinteraksi dengan murid.

Setelah menganalisa tahap kebolehupayaan atau kekurangan murid, maka guru

dengan mudah dapat mengenal pasti media dan kaedah yang sesuai untuk digunakan

agar murid dapat menerima mesej dengan lebih berkesan dan jelas. Sebagai contoh,

guru mengandaikan murid telah memahami konsep tambah dalam matematik

sedangkan terdapat murid yang masih belum memahami konsep tersebut, sudah pasti

mereka akan gagal untuk menguasai topik itu sekiranya guru terus mengajar tanpa

mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid. Jelaslah bahawa guru harus peka

terhadap kompetensi yang ada pada setiap murid.

4.3.1.3 Gaya pembelajaran

Dunn dan Dunn (1992), membina satu instrumen standard mengukur gaya

pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap murid. Gaya

pembelajaran merujuk kepada trait psikologi yang menjelaskan cara dan gaya individu

menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran

pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses

maklumat, membentuk persepsi dan tingkah laku murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antara satu

sama lain. Ada murid yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka berbincang

dengan kawan atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi

dan tenang, ada yang suka belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan

adanya iringan muzik, ada yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian

dan sebagainya.

Page 6: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6

Guru yang merancang pengajaran dan meneliti gaya pembelajaran dengan media yang

bersesuaian menjadikan proses pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Sebagai

contoh, gaya pembelajaran auditori lebih sesuai bagi murid yang senang kepada

arahan lisan atau bacaan kuat.

4.2.2 Nyatakan Objektif

Setelah dapat menganalisis murid, guru boleh fokus kepada objektif pembelajaran.

Objektif merujuk kepada hasil pembelajaran iaitu apa yang murid dapat selepas

mempelajari sesuatu topik. Oleh itu, objektif perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus

kerana dengan penyataan objektif dapat membantu guru:

i. memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai

ii. menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan

iii. membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran

Pernyataan objektif yang baik dirumuskan secara jelas mencakupi komponen “ABCD"

iaitu:

i. Audience (Kumpulan sasaran – murid)

ii. Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid)

iii. Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan tercapai)

iv. Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan)

4.2.2.1 Audience (Kumpulan sasaran – murid)

Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah murid. Proses pembelajaran akan

berlaku apabila murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara

berfikir atau fizikal.

Contoh : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat .....

Page 7: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7

4.2.2.2 Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid)

Perilaku yang dinyatakan dalam objektif hendaklah yang dapat dilihat dan diukur

pencapaiannya. Senarai di bawah merupakan istilah yang menunjukkan pemilihan

perkataan perilaku yang eksplisit:

mengukur melukis menamakan melakar

melabel memadankan menghurai meramal

menjelaskan membaca menandakan menyusun

mengenal pasti mengelaskan memilih menjana

menilai menganggar mencadangkan membina

Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi oleh

guru

4.2.2.3 Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan

tercapai)

Syarat yang perlu dipenuhi ini dapat membantu guru untuk menyediakan media

yang sesuai, langkah pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran.

Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi oleh

guru

4.2.2.4 Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perilaku)

Tahap pencapaian minimum perilaku merujuk kepada kualiti atau kuantiti tingkah

laku atau tempoh masa yang ditetapkan. Pengukuran tahap ini membolehkan guru

membuat tindakan susulan terutama kepada murid yang masih belum mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna bagi guru boleh melaksanakan

aktiviti pemulihan bagi murid yang belum menguasai pembelajaran dan aktiviti

pengayaan dan pengukuhan bagi murid yang telah menguasai pembelajaran.

Contoh : menandakan dan menamakan dua belas daripada empat belas negeri

dengan tepat dan betul.

Contoh penulisan objektif secara keseluruhan mengikut komponen ABCD:

Page 8: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Melabel nama tempat pelancongan pada peta Malaysia sekurang-kurangnya 12

daripada 14 buah tempat dengan tepat dan betul.

Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kesan pencemaran udara

setelah membaca petikan akhbar yang diberi.

Klasifikasi objektif yang memiliki nilai praktis, serta kaedah yang bergantung pada

nyatakan objektif yang akan dicapai oleh guru dapat diklasifikasikan mengikut jenis

utama hasil pembelajaran. Ada empat kategori pembelajaran iaitu:

- Domain Kognitif

Domain kognitif, belajar melibatkan berbagai kemampuan intelektual yang dapat

diklasifikasikan baik sebagai verbal / informasi visual atau sebagai ketrampilan

intelektual.

- Domain Afektif

Dalam domain afektif, pembelajaran melibatkan perasaan dan nilai-nilai.

- Domain Psikomotor

Dalam domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa saja

pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku.

- Domain Interpersonal

Belajar melibatkan interaksi dengan orang lain.

Objektif haruslah difokus kepada kemahiran atau keupayaan berfikir, sikap dan

perasaan murid, kemahiran fizikal dan interpersonal.

Page 9: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9

4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan bahan sumber yang sesuai

Apabila guru telah mengenal pasti tahap kebolehan murid dan jelas dengan apa yang

murid harus perolehi daripada proses pembelajaran, maka guru boleh bersedia untuk

membuat pemilihan. Terdapat empat langkah dalam pemilihan teknologi, kaedah,

media dan bahan sumber yang sesuai iaitu:

i. menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

ii. memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

iii. memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

iv. memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

4.2.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan

gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan

kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi

perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi

komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan

sebagainya.

4.3.2.2 Memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses

pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah.

Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan

pengajaran. Guru haruslah berfikir dan merancang kaedah pengajaran yang dirasakan

boleh mencapai objektif dan sesuai dengan tugasan pembelajaran. Kaedah ini

termasuklah kaedah simulasi, kaedah bermain, kajian lapangan, lakonan, latih tubi dan

sebagainya. Penentuan kaedah hendaklah berasaskan kepada analisis dan objektif

pembelajaran yang hendak dicapai. Contoh, bagi menarik tumpuan murid pada awal

pengajaran boleh dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan tunjuk cara, amali,

latihan dan latih tubi bagi menyampaikan maklumat kepada murid yang belum

menguasai sesuatu kemahiran.

Page 10: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10

4.2.3.3 Memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

Bentuk media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Sehubungan

itu pemilihan media hendaklah bersesuaian dengan kaedah pengajaran, objektif dan

pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan. Pemilihan media

berfokus kepada kesesuaian kurikulum yang sedia ada, bahasa yang jelas dan tepat,

maklumat yang terkini dan tepat, mencetuskan sifat ingin tahu murid, aspek teknikal

kualiti yang baik dan mempunyai panduan yang lengkap.

Contoh bentuk media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga

dimensi seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej

persembahan multimedia dan lain-lain lagi.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks, artikel

dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i. menggunakan bahan sumber yang tersedia ada

ii. mengubah suai bahan sumber yang ada

iii. mereka bentuk bahan sumber yang baru

4.2.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Memilih media merujuk kepada pemilihan bahan sumber yang dapat membantu

mencapai objektif yang diperlukan. Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu

mengikut beberapa kriteria seperti:

i. Menepati kurikulum

ii. Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini

iii. Bahasa yang jelas dan mudah difahami

iv. Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid

v. Menarik penglibatah murid

vi. Mempunyai kualiti

Page 11: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11

vii. Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan

viii. Bebas daripada bias

ix. Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

Kemungkinan bahan sumber yang ada perlu diubahsuai Sekiranya anda menghadapi

masalah kekurangan bahan media ataupun media yang dipilih kurang sesuai untuk

proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mengubahsuai atau mereka bentuk

semula media yang dipilih. Bagi mengubahsuai media terdapat beberapa perkara yang

perlu difikirkan termasuklah objektif, murid, kos, kepakaran teknikal, peralatan, fasiliti

dan masa. Guru juga boleh mereka bentuk sendiri bahan untuk digunakan oleh murid.

Bahan-bahan media bukan sahaja terdiri daripada foto, perisian komputer , pita video,

audio malahan termasuk juga perkakasan seperti komputer, pencetak, pengimbas,

televisyen dan lain-lain.

4.2.4 Gunakan teknologi, media dan bahan pengajaran dan pembelajaran

Proses menggunakan media dan bahan dalam pengajaran merupakan peringkat yang

paling penting kerana jika media dan bahan begitu menarik tetapi tidak mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran, maka proses pengajaran dan pembelajaran

gagal. Oleh itu terdapat lima langkah yang perlu dititikberatkan untuk memastikan

penggunaan media mencapai tahap optimum iaitu:

i. Prebiu bahan terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam kelas

ii. Menyediakan peralatan dan pastikan ia berfungsi serta mengetahui

bagaimana menggunakannya.

iii. Menyediakan persekitan dan tempat yang bersesuaian

iv. Menyediakan murid

v. Menyediakan pengalaman pembelajaran

Sebelum proses pengajaran bermula, pastikan bahan pengajaran sesuai dan berfungsi

dengan baik.

Page 12: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12

4.2.5 Dorong penglibatan murid

Pembelajaran menjadi seronok jika terdapat kumpulan murid yang aktif. Oleh itu untuk

mempastikan proses ini berlaku, guru hendaklah melibatkan murid dengan pelbagai

aktiviti termasuklah latih tubi, perbincangan, kerja berkumpulan dan sebagainya. Guru

hendaklah memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

yang dirancang. Kegiatan pengukuhan hendaklah diberikan kepada murid serta merta

selepas murid memberi tindak balas yang betul.

4.2.6 Nilai dan semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Peringkat akhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak semula perancangan.

Penilaian yang ditekankan ialah penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.

Penilaian melibatkan aspek :

i. menilai pencapaian murid berdasarkan prestasi murid (set objektif yang

ditentukan), prestasi dalam aspek kemahiran dan sikap murid.

ii. pembelajaran yang dihasilkan

iii. menilai media dan kaedah

iv. kualiti media

v. penggunaan guru dan

vi. penggunaan murid.

Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum,

semasa dan selepas (melalui amalan refleksi). Ini bertujuan untuk memastikan

pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.

Penilaian semasa proses pengajaran boleh dilakukan melalui pemerhatian perlakuan

pembelajaran murid. Guru boleh mengubah teknik atau mengambil altenatif lain

sekiranya menghadapi masalah.

Penilaian pengajaran akan menghasilkan idea untuk membuat penambahbaikan. Guru

akan dapat membuat perancangan yang lebih efektif hasil daripada refleksi dan maklum

balas murid. Selain itu guru dapat membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif,

pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

Page 13: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

13

RUMUSAN

Model ASSURE sangat membantu dalam merancang program dengan menggunakan

berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa langkah, iaitu analisis murid,

nyatakan objektif, memilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorong murid

dan nilai dan semak. Kesemua langkah itu berfokus untuk menekankan pengajaran

kepada murid dengan pelbagai gaya belajar iaitu murid diwajibkan untuk berinteraksi

dalam kalangan mereka dan tidak secara pasif menerima maklumat agar proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Page 14: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

14

Latihan

Jelaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Soalan aneka pilihan:

1. Semasa merancang untuk menghasilkan sistem pengajaran, aspek analisa

murid merupakan perkara penting, iaitu

I. Kecerdasan

II. Gaya pembelajaran

III. Jantina

IV. Status sosial-ekonomi

A. I dan II

B. I, II dan III

C. I , II dan IV

D. I,II,III dan IV

2. Apakah ciri-ciri (komponen) utama yang perlu diambil kira untuk menulis sesuatu

objektif?

A. Kriteria (criterion ; standard)

B. Syarat-syarat tertentu (conditions)

C. Aspek pencapaian (performance ; tingkah laku)

D. Semua di atas.

3. Langkah berikut: Sediakan bahan-bahan; sediakan persekitaran; persediaan

murid dan menyediakan pengalaman pembelajaran, adalah merupakan proses

dalam model ASSURE, iaitu pada peringkat

A. Analisis

B. Pilih

C. Mengguna bahan

D. Dorongan

Page 15: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaranloveiman.weebly.com/uploads/4/5/5/7/45578919/bab_4-perancangan_pengajaran.pdf · 4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

15

BIBLIOGRAFI

Dunn, R. & Dunn, K. (1992). Teaching secondary students through their individual

learning styles: Practical approaches for grades 7-12. Boston: Allyn and Bacon.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1999). Instructional media

and technologies for learning. Edisi ke 5 . New Jersey: Prentice-Hall.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media

and technologies for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Prentice-Hall.

Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran

dan pembelajaran. Johor : UTM.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan

Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah

Alam: Oxford Fajar.

Wan Zah Wan Ali, Dr. et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala

Lumpur: OUM.

Instructional Design. Akses pada September 20 2012 daripada

[http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html]