Dokumen Tender Hkmn 2015-2017

download Dokumen Tender Hkmn 2015-2017

of 88

description

doc

Transcript of Dokumen Tender Hkmn 2015-2017

  • KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    DOKUMEN TENDER BAGI MEMBEKALKAN

    BAHAN-BAHAN MAKANAN MENTAH, BASAH & KERING KE HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU

    ((BAHAGIAN I HINGGA IV)

    MULAI : 1.2.2015 HINGGA 31.1.2017

    (X0251129901140003)

    PERINGATAN PENTING

    PETENDER-PETENDER DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR

    YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN TENDER SEBELUM MENGISIKANNYA. TAWARAN

    TAWARAN YANG DIDAPATI MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA

    FASAL DI DALAM DOKUMEN TENDER TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

    TARIKH TUTUP : 17 NOVEMBER 2014

    JAM : 12.00 T. HARI

  • SYARAT-SYARAT TENDER MAKANAN Dokumen Tender Ini Mengandungi:- 1. Peraturan dan Syarat-Syarat Tender Makanan. 2. Rumusan Harga Tawaran (LAMPIRAN A). 3. Jadual Tawaran dan Harga (LAMPIRAN B). 4. Butir-Butir Petender (LAMPIRAN C).

    5. Maklumat Petender (LAMPIRAN D).

    6. Perakuan dan Tanggungan Petender (LAMPIRAN E). 7. Penentuan Tender (LAMPIRAN F).

    8. Contoh Dokumen Perjanjian (LAMPIRAN G).

    9. Surat Akuan Pembida (LAMPIRAN H)

    10. Pengesahan Kehadiran ke Sesi Taklimat

    PERINGATAN PENTING

    Petender-Petender Dikehendaki Membaca Dan Memahami Keseluruhan Butir-Butir Yang Terkandung Di Dalam Dokumen Tender Sebelum Mengisinya. Tawaran-Tawaran Yang Didapati Membuat Kesilapan Dan Tidak Mematuhi Mana-Mana Fasal Di Dalam Dokumen Tender Tidak Akan Dipertimbangkan.

    - 1 -

  • Peraturan dan Syarat-Syarat Untuk Petender Bagi Tawaran Bekalan Bahan-Bahan Makanan Ke Hospital Kemaman

    Petender-petender adalah diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai

    tender ini. Kegagalan mematuhi salah satu ataupun lebih syarat-syarat ini, MAKA TENDER TERSEBUT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN DAN AKAN DITOLAK.

    1. KELAYAKAN MEMASUKI TENDER

    1.1 Hanya petender-petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja (di

    dalam bidang pembekalan Bahan Makanan) dibawah kod bidang 040101 dan 040102

    sertaSyarikat-syarikat yang ePerolehan enabled adalah dibenarkan mengambil bahagian di

    dalam tawaran tender ini.

    1.2 Syarikat-syarikat yang memasuki tender ini dengan menggunakan borang-borang yang

    dibeli oleh mana-mana syarikat lain, walaupun ianya merupakan satu syarikat kongsi, anak

    syarikat atau Agen kepadanya tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.

    2. BORANG DAN DOKUMEN TENDER

    2.1 (a) Petender hendaklah meneliti borang-borang dan dokumen tender semasa

    pembelian borang dan bahawa ianya lengkap dengan dokumen-dokumen berikut:-

    (i) Maklumat Petender

    (ii) Jadual Tawaran dan Harga

    (iii) Perakuan dan Tanggungan Petender

    (iv) Penentuan Tender

    (v) Surat Perjanjian

    (vi) Surat Akuan Pembida

    (b) Hanya Lampiran A, B, C, D, Edan Hsahaja setelah diisi/dipenuhi

    hendaklah dikembalikan semasa mengemukakan tawaran beserta dokumen

    sokongan lain dan hendaklah dimasukkan kedalam dua (2) sampul yang

    berlainan (sampul Kewangan dan Teknikal) serta dicatatkan Nombor Cadangan

    Pembekal (Y025112990114XXXX) dan Nombor Tender

    (X0251129901140003) pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-

    dua sampul surat.Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke

    dalam satu sampul.

    Sampul Kewangan Sampul Teknikal

    Lampiran A,B, dan tiga (3) bulan Penyata

    Bank Terkini

    Lapiran C , D, E dan H

    - 2 -

  • 2.2 Hanya borang yang dikeluarkan oleh Pejabat ini sahaja diterima bagi maksud tender ini.

    Lain-lain borang tidak akan diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal.

    Borang tambahan yang hendak digunakan mestilah dengan berukuran yang sama dan

    mengandungi ruangan-ruangan yang sama dan serupa dari segi ukurannya sepertimana

    borang asal yang dikeluarkan oleh Pejabat ini.

    2.3 Dua salinan borang atau dokumen di para 2.1 (b) yang diisi dengan lengkap adalah

    diperlukan bagi tujuan tender ini. Borang-borang tersebut mestilah ditaip dan borang-

    borang yang ditulis dengan tangan tidak diterima dan akan ditolak. Borang-borang tersebut boleh didapati di laman web dan dicetak untuk dihantar ke jabatan ini.

    2.4 Petender hendaklah mengisi dengan lengkap setiap maklumat di dalam dokumen/ borang

    tender. Jika terdapat mana-mana perkara yang tidak berkaitan perlulah dinyatakan

    dengan perkataan tiada/tidak berkenaan dan jangan ditinggalkan kosong.

    2.5 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan

    ditandatangani ringkas, dicatatkan tarikh dan apa-apa perubahan hendaklah dicatatkan

    dengan terang. Penggunaan pemadam dakwat, cecair pemadam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    2.6 (a) Borang tender yang telah diisi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah

    dimasukkan ke dalam sampul surat. Sampul surat itu hendaklah dimetrikan dan

    dicatat NAMA dan NOMBOR TENDER disebelah kiri sampul surat itu

    dengan dialamatkan kepada:-

    Pengarah Kesihatan Negeri,

    Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

    Tingkat 5, Wisma Persekutuan,

    Jalan Sultan Ismail,

    20920, Kuala Terengganu

    (b) Semua tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang telah ditentukan

    sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari pada tarikh tarikh tutup yang telah

    ditentukan.Tawaran tender yang lewat diterima dari waktu dan tarikh yang

    ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

    (c) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab secara langsung/tidak langsung ke atas

    sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran yang

    dihantarmelalui pos.

    3. TEMPOH SAH LAKU TAWARAN

    3.1 Harga yang ditawarkan oleh pentender hendaklah sah lakunya selama 180 hari dikira

    mulai hari pertama selepas tarikh tutup tawaran.

    - 3 -

  • 3.2 Walau bagaimanapun, Pejabat ini boleh meminta petender melanjutkan tempoh sah laku

    tawaran. Permintaan begini serta persetujuan akan diberi secara bersurat. Dalam apa

    keadaan pun perlanjutan sah laku tawaran tidak akan melibatkan apa-apa perubahan

    harga tawaran asal.

    4. HARGA TAWARAN

    4.1 Petender hendaklah memastikan nilai-nilai harga dicatatkan dengan terang. Jumlah bagi

    setiap pembahagian serta jumlah keseluruhan harga tawaran hendaklah dinyatakan.

    4.2 Petender hendaklah memastikan nilai-nilai harga diisi dengan betul. Jumlah bagi setiap

    pembahagian serta jumlah keseluruhan harga tawaran hendaklah dinyatakan.

    Kuantiti:-

    (a) 1000 kg - Harga : .. /kg

    (b) 1000 biji - Harga : .../biji

    (c) 250 tin - Harga : .../tin

    Sebarang rayuan mengenai kesilapan di dalam mencatatkan harga mengikut unit/kuantiti

    tidak akan dilayan.

    4.3 Harga tawaran adalah harga bersih ke tempat serahan pembekalan.

    Harga yang ditawarkan hendaklah termasuk perbelanjaan buruh, pengangkutan, alat

    kelengkapan memasak, bahan api dan apa-apa perkara lain kos yang diperlukan di dalam

    menyediakan bekalan makanan.Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi

    setiap transaksi yang dijana melalui Sistem e-Perolehan akan

    dikemukakan kepada pembekal / syarikat yang dilantik, tertakluk

    kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran

    yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan

    beberapa kali pembayaran (multiple payment) samaada melalui jadual

    penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan

    (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut

    permintaan (as-and-when-required) dalam tempoh kontrak

    Tidak ada apa-apa pengecualian daripada cukai kastam atau pengurusan harga yang akan

    dipertimbangkan oleh Pejabat ini. Petender-petender adalah dinasihatkan supaya membuat perkiraan (costing) yang betul sebelum mengemukakan tawarannya

    untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Semua aspek pembekalan ini seperti

    anggaran keperluan hospital, keadaan tempat bekalan dan sebagainya patutlah

    diambilkira supaya harga yang ditawarkan itu dapat dianggap sebagai harga yang

    berpatutan.

    - 4 -

  • 5. SAIZ/UKURAN DAN JENAMA KEPADA ITEM

    5.1 Petender hendaklah memberi harga tawaran mengikut saiz/ukuran item yang diminta.

    Walaupun begitu pentender boleh menawarkan item-item tersebut dengan ukuran/saiz

    yang lain tetapi hendaklah menyatakan dengan terang saiz/ukuran tersebut dan harga

    tawaran.

    5.2 Bagi item-item yang mempunyai jenama, petender hendaklah menyatakan jenama/jenis

    item di dalam tawaran. Kerajaan berhak menentukan jenama/jenis item semasa

    pemesanan sekiranya pentender tidak menyatakan jenama tawarannya.

    5.3 Bagi item-item yang mana ukuran/saiz yang diminta tiada lagi di dalam pasaran atau saiz

    yang berbeza semasa pembekalan maka pembayaran akan dibuat mengikut kiraan asal

    harga ukuran tawaran yang dipersetujui.

    6. ANGGARAN KEPERLUAN

    6.1 Kuantiti yang diperlukan adalah seperti di Lampiran B. Walau bagaimanapun jumlah

    ini adalah anggaran sahaja dan Kerajaan tidak akan terikat dengan apa cara jua pun untuk

    membeli ke semua jumlah ini. Pejabat ini juga boleh membeli kurang atau lebih daripada

    jumlah itu jika perlu.

    6.2 Petender digalakkan membuat kajian atau berbincang dengan pihak hospital bagi

    menentukan anggaran keperluan yang sebenar. Ini boleh menolong petender membuat

    tawaran yang baik.

    7. UNDANG-UNDANG

    7.1 Pembekalan makanan ini adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Ordinan

    Menjual Barang-Barang Makanan dan Dadah, 1952 (No. 28/1952) dan Peraturan Menjual

    Barang-Barang Makanan dan Dadah, 1952 (P.U. 537/1952) dan apa-apa Undang-Undang

    yang berkaitan perlu mematuhinya setiap masa.

    7.2 Penggunaan Bahan-Bahan Mentah dan Cara Pemerosesan Yang Halal Disisi Agama Islam

    Pembekal adalah diwajibkan memastikan bahawa bahan-bahan mentah yang digunakan

    serta cara pemerosesan bahan makanan adalah HALAL disisi Agama Islam, menurut

    Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasa "Halal), 1975.

    - 5 -

  • (a) Taksiran Halal Menurut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal), 1975

    Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa jua bentuk pun

    dalam perjalanan perdagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-

    perbahasaan Halal, Ditanggung Halal atau Makanan Islam atau apa-apa

    perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai

    menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh Agama mereka

    memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang

    berikut, iaitu makanan yang berhubung dengannya perbahasaan atau

    perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:-

    (i) bukanlah dan juga tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa

    bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh

    Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut

    Hukum Syarak;

    (ii) tidak mengandungi apa-apa benda dan difikirkan sebagai najis mengikut

    Hukum Syarak;

    (iii) tidak disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa

    alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut Hukum Syarak;

    dan

    (iv) tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu

    bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak

    memenuhi kehendak perenggan (i), (ii) atau (iii) atau apa-apa benda

    yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

    (When used in relation to food in any form whatsoever in the course of trade or

    business as or as part of, a trade description applied to the food, the expressions

    Halal, Ditanggung Halal or Makanan Islam or any other expressons

    indicating or likely to be understood as indicating the Muslim are permitted by

    their religion to consume such food such expression shall have the following

    meaning, that is to say the food relation to which such expression or expressions

    are used:-

    - 6 -

  • (i) neither is nor consist of or contains any part or matter of animal that a

    Muslim is prohibited by Hukum Syarak to consume or that has not been

    slaughtered in accordance with Hukum Syarak;

    (ii) close not contain anything which is considered be beimpure according to

    Hukum Syarak;

    (iii) has not been prepared, processed or manufactured using ang

    instrument that was no free from anything impure according to Hukum

    Syarak; and

    (iv) has not in the course of preparation, processing or storage been in

    contact with or close proximity to any food that fails to satisify

    paragraphy (i), (ii) or (iii) anything that is onsidered to be impure

    according to Hukum Syarak.

    (b) Surat pengesahan Daripada Pembuat

    Bagi maksud HALAL di atas, pembekal/pembuat diwajibkan mengemukakan sijil

    pengesahan daripada pembuat yang menjaminkan bahawa barangan yang

    dibekalkan adalah halal mengikut tafsiran halal menurut Perintah Perihal

    Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1985.

    8. AGEN

    8.1 Kontraktor atau agennya hendaklah tinggal di tempat atau dekat dengan tempat di mana

    barangan itu hendak diserahkan. Kerajaan adalah berkuasa dengan tidak memberi sebab

    menyeluruh Kontraktor supaya memberhentikan mana-mana Agen yang dilantik

    berkaitan dengan Kontrak ini, dan Agen-Agen yang diberhentikan itu hendaklah diganti

    segera.

    8.2 Perakuan Peralatan Agen

    Petender-petender hendaklah memberitahu Kerajaan sekiranya ada melantik agen

    pembekal tempatan bagi tujuan kontrak. Kerajaan berhak menamatkan kontrak

    sekiranya perlanggaran syarat-syarat kontrak oleh agen-agen syarikat.

    9. MEMBUAT PESANAN

    Segala pesanan berkenaan dengan barangan yang hendak dibekalkan di bawah Kontrak ini

    hendaklah dikeluarkan dengan bertulis oleh pembeli bagi maksud itu dan hendaklah disifatkan

    sebagai telah disampaikan kepada Kontraktor dengan diserahkan atau diposkan kepadanya ke

    alamat yang telah diberikan itu.

    - 7 -

  • Pejabat tidaklah akan terikat menerima atau membuat apa-apa jua pembayaran berkenaan

    dengan apa-apa barangan yang diserahkan atau apa-apa pesanan lisan yang diberi oleh sesiapa jua

    akan tetapi jika sesuatu pesanan lisan kemudiannya disahkan dengan sepatutnya bagi maksud itu

    oleh pembeli maka hendaklah ia disifatkan sebagai suatu pesanan bertulis bagi maksud syarat ini.

    10. PEMERIKSAAN DAN PENOLAKAN

    10.1 Barangan hendaklah diperiksa dan diluluskan oleh pegawai-pegawai yang berkuasa.

    Barangan yang ditolak oleh pegawai yang berkuasa sebagai barangan yang tidak

    menepati penentuan hendaklah dipindahkan serta merta dengan perbelanjaan

    Kontraktor sendiri dan pegawai yang berkuasa dibolehkan meminta penggantian barang

    yang ditolak itu dengan barangan yang menempati penentuan dan dari mutu yang

    diluluskan.

    10.2 Kontraktor hendaklah tidak menyerahkan barangan yang dahulunya telah diserahkan

    olehnya atau Kontraktor lain di bawah Kontrak ini atau lain-lain kontrak membeli mana-

    mana barangan-barangan yang telah ditolak oleh pembeli.

    10.3 Jika Kontraktor melanggar mana-mana perenggan tersebut dalam syarat ini, pembeli

    boleh menurut budibicaranya memperakukan untuk memberhentikan kontrak ini dengan

    serta merta.

    11. STOK HENDAKLAH DISIMPAN OLEH KONTRAKTOR

    Kontraktor hendaklah bersetuju menyimpan sesuatu stok yang sekurang-kurangnya pada bila-bila

    satu masa yang secara banyaknya dengan barang-barang kegunaan untuk tujuh (7) hari di suatu

    tempat yang akan ditentukan oleh Pejabat ini. Stok ini haruslah dapat diadakan untuk diperiksa

    oleh pegawai yang berkuasa pada bila-bila masa dengan tidak payah memberi amaran terlebih

    dahulu.

    12. PEMBELIAN DARI LAIN PUNCA

    Sekiranya Kontraktor di dalam membuat pembekalan melakukan perkara-perkara berikut:-

    (a) Keingkaran penyerahan; dan/atau

    (b) Kekurangan; dan/atau

    (c) Rendah Mutu

    -8-

  • Pejabat ini berhak membeli dari punca lain bagi mendapat bekalan tersebut dan meminta

    Kontraktor membayar apa-apa lebihan perbelanjaan yang dilakukan. Pejabat ini boleh menurut

    budibicaranya juga memberhentikan kontrak ini.

    13. PENENTUAN TAWARAN

    Penentuan-penentuan bekalan adalah seperti di Lampiran D. Petender-petender hendaklah

    membekalkan bahan-bahan makanan yang menepati penentuan-penentuan yang ditetapkan.

    14. SETUJUTERIMA TENDER

    14.1 Kerajaan adalah berhak menyetujuterima tender tersebut samada kesemuanya

    ataupun sebahagian daripadanya. Kerajaan tidak terikat mempersetujuterima tender

    yang termurah sekali atau mana-mana tender jua pun.

    14.2 Keputusan tender adalah muktamad. Pejabat ini tidak akan melayan sebarang surat

    menyurat yang berupa rayuan dari petender-petender mengenai sebab-sebab tender

    mereka tidak berjaya.

    14.3 Sebarang maklumat mengenai tender yang berjaya atau kontrak yang terikat dengan

    Kerajaan adalah tidak dibenarkan diiklankan dalam surat khabar, majalah atau risalah atau

    lain-lain sebaran am tanpa kebenaran Kerajaan terlebih dahulu.

    14.4 Petender yang berkenaan hendaklah membayar gantirugi kepada Kerajaan atas segala

    tuntutan dan kos kes mahkamah sekiranya Kerajaan telah didakwa pada bila-bila masa

    nanti berhubung dengan tender ini.

    15. PERJANJIAN

    15.1 Petender yang berjaya akan dikehendaki membuat kontrak dengan Kerajaan Malaysia

    seperti Lampiran E. Syarat-syarat tender yang disertakan bersama-sama ini akan

    dijadikan sebahagian daripada kontrak itu.

    15.2 Sebelum sesuatu kontrak ditandatangani, petender yang berjaya mestilah membayar

    sebanyak 2 % (jika had kontrak tidak melebihi RM 500,000.00) atau 5% (jika had kontrak

    melebihi RM 500,000.00) daripada jumlah harga kontrak sebagai Cagaran Kontrak yang

    berupa Jaminan Bank atau Jaminan Insurans.

    -9-

  • 15.3 Adalah dipersetujui bahawa Kerajaan berhak menggunakan atau memotong Cagaran

    Kontrak itu bagi membayar mana-mana kerugian yang dialami oleh Pembeli jika

    Kontraktor membuat apa-apa kesilapan. Cagaran Kontrak (atau bakinya yang tinggal

    sebagai kredit Kontraktor) akan dibayar balik kepada Kontraktor bila kontrak ini tamat.

    15.4 Petender-petender yang berjaya dikehendaki menyediakan Kontrak Asal serta salinan-

    salinan photostat kontrak seperti yang diminta. Perbelanjaan tersebut di atas akan

    ditanggung oleh petender yang berjaya.

    16. AM

    16.1 Barang-barang keluaran tempatan mestilah diperolehi daripada pengilang-pengilang yang

    berlesen atau yang dikecualikan dari mendapatkan lesen pengilang di bawah Akta

    Penyelarasan Perindustrian, 1975 yang dikeluarkan oleh pengilang atau surat

    pengecualian hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen tender.

    16.2 Bagi barang-barang bermasak ditinkan, petender digalakkan membekalkan bahan-bahan

    tersebut daripada pembuatan yang Halal dan menurut peraturan Agama Islam. Taksiran

    Halal yang digunakan di sini adalah seperti di Para 7.4.

    16.3 Pembatalan Tawaran Tender

    Pejabat ini berhak untuk membatalkan tender ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan

    perlu. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak petender kerana urusan tender

    ini adalah menjadi tanggungjawab pihak petender dan pihak Pejabat ini tidak akan

    bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

    16.4 Syarat-syarat dalam Penentuan Tender dan syarat-syarat dalam surat tawaran adalah

    menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak bertulis yang akan disediakan apabila

    petender menyertai tender ini dan semasa petender bersetuju terima tawaran ini.

    16.5 Tender yang dibuat dengan tidak mengikut mana-mana salah satu atau lebih arahan-

    arahan dan syarat-syarat di atas dan apa-apa syarat lain yang ditentukan dalam Penentuan

    Tender TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN DAN TERUS DITOLAK.

    -10-

  • 18. KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

    18.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

    menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang

    berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from

    any person in connection with this procurement is a criminal offence under the Malaysian

    Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

    18.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-

    mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau di beri suapan

    dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu

    kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    If any person offer or gives any gratification to any members of the public service, the letter

    shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the

    Malaysian Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under

    the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

    18.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

    perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil

    sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    Without prejudice to any other actions, disciplinary action against a member of the public

    service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved

    with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act

    694).

  • -11-

    18.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

    perolehan ini walaupun tiada kerja di buat atau tiada barangan dibekal mengikut

    spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota

    perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan

    kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this procurement

    although no work was carried out or no goods were supplied or no service rendered in

    accordance with the specifications and any member of the public service who certifies the

    claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act

    694).

    19. KEPERLUAN MEWAJIBKAN PENGGUNAAN BAHAN/BARANG/PERKHIDMATAN TEMPATAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

    Kontraktor adalah diwajib menggunakan bahan/barangan buatan tempatan yang disenaraikan di

    dalam Senarai Bahan/Barangan Binaan Buatan Tempatan yang disediakan oleh IKRAM QA Services

    Sdn bhd dan/atau senarai Bahan/Barangan Buatan Tempatan yang disediakan oleh SIRIM QA

    Services Sdn Bhd atau mana-mana agensi/badan yang telah diakreditasikan oleh Jabatan Standard

    Malaysia untuk menjalankan pengiktirafan dan pensijilan barangan tempatan, mengikut mana

    yang berkenaan. Sekiranya kontraktor tidak mematuhi peraturan menggunakan bahan/barangan

    buatan tempatan setelah surat setuju terima dikeluarkan, penalty dan/atau penolakan bahan yang

    dibekalkan akan dikenakan ke atas kontraktor.

    Bagi bahan/barangan buatan tempatan yang tidak disenaraikan, juga boleh dipertimbangkan jika

    barangan tersebut telah terlebih dahulu diuji dan diperakukan oleh IKRAM QA Services Sdn Bhd

    atau SIRIM QA Services Sdn Bhd, mengikut mana yang berkenaan.

    PETENDER-PETENDER DIKEHENDAKI

    MEMATUHI SEMUA SYARAT-SYARAT

    TENDER YANG TERSEBUT DI ATAS

    -12-

  • PERHATIAN KEPADA PETENDER

    1. Kuantiti Keperluan

    Keperluan dikehendaki adalah anggaran sahaja bagi tempoh 2 tahun. Kuantiti keperluan sebenar

    adalah tertakluk kepada keperluan pihak Hospital berkenaan dalam tempoh kontrak.

    2. Perkara Yang Harus Dibuat

    Petender digalakkan membuat kajian atau perbincangan dengan pihak Hospital sebelum

    memasuki tawaran. Dengan cara ini petender dapat mengetahui keperluan, masalah, cara

    pembekalan dan sebagainya. Dengan ini dapat mengelakkan masalah yang akan berlaku apabila

    ditawarkan untuk membuat pembekalan.

    3. Harga

    (i) Harga yang ditawarkan hendaklah berpatutan. Pihak Kementerian berhak memilih harga

    yang dirasakan realistik.

    (ii) Harga yang ditawarkan adalah dengan anggapan petender memahami kuantiti dan

    penentuan bekalan.

    (iii) Sebarang rayuan mengenai kenaikan harga tidak dipertimbangkan.

    (iv) Petender hendaklah mengetahui bahawa jarak hospital dari sumber bekalan dan

    sebarang kelewatan atau disebabkan keadaan jarak hospital atau sebab-sebab lain tidak

    akan diambil kira dan sekira keadaan tidak dapat diatasi tawaran kontrak boleh

    ditamatkan.

    (v) Petender hendaklah mengambil kira kos-kos yang berkaitan seperti kos pengangkutan

    dan kos-kos yang lain terlibat supaya harga yang ditawarkan adalah realistik.

    4. Pihak Kerajaan berhak menawarkan kesemua/sebahagian tawaran ini kepada petender-petender.

    5. Perhatian yang penting mesti diambil iaitu sekira tuan gagal menunjukkan prestasi yang

    memuaskan atau menimbulkan masalah pembekalan yang menjejaskan pembekalan makanan

    pesakit hospital yang seterusnya mendatangkan kerumitan kepada pihak pengurusan hospital,

    pihak Kerajaan boleh menamatkan tawaran kontrak secepat yang mungkin.

    6. Keputusan tawaran ini adalah mutamad.

  • -13-

    LAMPIRAN A

    RUMUSAN HARGA TAWARAN (BORANG INI HENDAKLAH DIISI DALAM 2 SALINAN UNTUK SETIAP TENDER)

    BIL. KETERANGAN TAWARAN

    JUMLAH HARGA BESAR (RM)

    1.

    2.

    3.

    4.

    JUMLAH BAHAGIAN I

    JUMLAH BAHAGIAN II

    JUMLAH BAHAGIAN III

    JUMLAH BAHAGIAN IV

    NILAI KESELURUHAN TAWARAN

    .................................................... ................................................... (Tandatangan Pembekal) (Tandatangan Saksi ) Nama : ........................................ Nama : ........................................ No. K/P: ........................................ No K/P : ...................................... Nama Syarikat: ...................................... Cop Syarikat : ........................................ Tarikh : ..................................... Tarikh : ........................................

    TAWARAN TENDER BEKALAN BAHAN MAKANAN MENTAH, BASAH DAN KERING (BAHAGIAN I)

    DI HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU

  • LAMPIRAN B

    KOD PETENDER

    [KOSONGKAN]

    [KOSONGKAN] TAWARAN HARGA PEMBEKALAN BAHAN-BAHAN

    MAKANAN MENTAH BASAH DAN KERING (BAHAGIAN I HINGGA IV)

    HOSPITAL : HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU NO. TENDER : X0251129901140003 Peringatan: 1. Borang ini hendaklah diisi dengan kemas dan jelas supaya memudahkan Lembaga Perolehan

    menimbangkan Tender ini. Kegagalan Petender melengkapkan borang ini dengan sempurna akan

    menjejaskan peluangnya di dalam Tender ini.

    2. JANGAN tulis/cop apa-apa nama/tanda/identiti syarikat di atas borang ini. BAHAGIAN I IKAN DAN MAKANAN LAUT

    KUMPULAN I

    BIL. KETERANGAN BEKALAN (Ikan Keping / Potong)

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Ikan Tenggiri 240 kg 2 Ikan Bawal Hitam 240kg 3 Ikan Siakap 40kg 4 Ikan Kerapu 40kg 5 Ikan Senangin 40kg

    JUMLAH HARGA

  • KUMPULAN II

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Ikan Merah 240kg 2 Ikan Selar(Besar) 6000kg 3 Ikan Kembong 6000kg 4 Ikan Lemuduk 700kg 5 Ikan Kerisi 1000kg 6 Ikan Cencaru 2000kg 7 Ikan Selayang 1000kg 8 Ikan Lolong 200kg 9 Ikan Tongkol 1000kg 10 Ikan keli 250kg 11 Ikan patin 250kg 12 Ikan Talapia 1500kg

    JUMLAH HARGA

    KUMPULAN III

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Bebola ikan ( 1pkt /20biji ) 120pkt 2 Fish cake 4 keping /pkt 150paket 3 Udang kering 50kg

    JUMLAH HARGA

    KUMPULAN IV

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Ikan Bilis Kering 1000kg

    JUMLAH HARGA

    JUMLAH KESELURUHAN TAWARAN (BHG - I) - RM :

  • BAHAGIAN II SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

    KUMPULAN I

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Kobis Bulat 3000kg 2 Kobis Panjang 2000kg 3 Sawi Hijau 2000kg 4 Sawi Putih 2000kg 5 Bayam hijau 500kg 6 Kangkung (Jenis Akar/air) 600kg 7 Taugeh 2000kg 8 Kailan 1000kg 9 Bunga Kobis 80kg 10 Brokoli 10kg 11 Salad 100kg

    JUMLAH HARGA

    KUMPULAN II

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Kacang Panjang 2500kg 2 Kacang Buncis 250kg 3 Kacang Bendi 400kg 4 Cendawan (100gm ) 250kg 5 Tomato Buah 750kg 6 Labu Merah 250kg 7 Ketola 1500kg 8 Terong 600kg 9 Labu Air 720kg 10 Timun 400kg 11 Lada Hidup Merah 750kg 12 Lada Merah Hijau 100kg 13 Batang celery 500kg 14 Peria 150kg 16 Lettuce 6kg 16 Capsicum 12kg 17 Putik jagung 6kg

    JUMLAH HARGA

  • KUMPULAN III

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Lobak Merah 2880kg 2 Ubi Kentang 200kg 3 Ubi Keledek 350kg 4 Sengkuang 800kg 5 Lobak putih 500kg

    JUMLAH HARGA

    KUMPULAN IV

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Daun Pandan 20kg 2 Daun Pisang 100kg 3 Daun sup 80kg 4 Daun Kesum 15kg 5 Daun Bawang 80kg 6 Daun Kunyit 15kg 7 Daun Kari 5kg 8 Serai 250kg 9 Limau Nipis 30kg 10 Lengkuas 40kg 11 Daun kucai 12kg 12 Daun limau purut 12kg 13 Cili api 35kg 14 Limau Kasturi 15kg 15 Kunyit Hidup 15kg 16 Bunga kantan 6kg

    JUMLAH HARGA

  • BUAH-BUAHAN

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Pisang Rastali 250kg 2 Pisang Nangka 250kg 3 Pisang Emas 100kg 4 Pisang Berangan 2500kg 5 Nenas Mauritus 20kg 6 Tembikai 7000kg 7 Betik 6000kg 8 Epal (Hijau) 500kg 9 Epal (Merah) 500kg 10 Limau tempatan 500kg 11 Limau Sunkist 500kg 12 Tembikai susu 2500kg 13 Jambu Batu 40kg 14 Buah Lai 800kg

    JUMLAH HARGA

    JUMLAH KESELURUHAN TAWARAN (BHG - II) - RM : BAHAGIAN III BAHAN KERING

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Kacang Hijau 100kg 2 Kacang Tanah 12kg 3 Kacang Dhal 30kg 4 Tepung Gandum 250kg 5 Beras Pulut Hitam 100kg 6 Tepung Kastard- 300gm/pkt 200kg 7 Tepung beras 50kg 8 Tepung Ubi 50kg 9 Bawang Besar 5000kg

    10 Bawang Putih 500kg 11 Pati santan (50gm/kotak) 4800 kotak 12 Cuka(280ml/btl) 250 botol 13 Garam halus 250kg 14 Asam Jawa ( 1kg /paket) 100kg

  • 15 Asam gelugor 70kg 16 Cili Kering 200kg 17 Serbuk kunyit 100kg 18 Buah keras 12kg 19 Sagu 10kg 20 Too Choo 460ml/btl 72botol 21 Tauhu 350kg 22 Gula melaka 50 paket 23 Gula castor 500 paket 24 Gula perang 500 paket 25 Agar Agar 37gm/pkt 1000paket 26 Halia 200 kg 27 Bunga Lawang 20kg 28 Kulit Kayu manis 20kg 29 Buah Pelaga 20kg 30 Biji sawi 10kg 31 Bunga cengkih 12kg 32 Serbuk jintan manis/ putih 12kg 33 Kelapa biji 200 biji 34 Serbuk Lada putih 40kg 35 Ketumbar serbuk 10kg 36 Rempah kerutub 80kg 37 Lada Hitam 10kg 38 Esen Vanilla(25ml/btl) 24 botol 39 Sohun 20kg 40 Fucok 20kg 41 Mee Kuning 300kg 42 Manisan 200kg 43 Tepung Beras Pulut 24kg 44 Beras Pulut 20kg 45 Pewarna Makanan 150 botol 46 Kuey Teow 300kg 47 Tepung Caca 50kg 48 Garam Kasar 200kg 49 Tepung Jagung Nona (400gm/paket) 100 paket 50 Tepung Naik Sendiri (1kg/ktk) 100 kotak 51 Soda bikarbonat (15gm/botol) 30 botol 52 Serbuk koko Van Houten 250gm/tin 50tin 53 Serbuk cili Babas (250gm /paket) 24paket 54 Halba 5kg 55 Tauhu Jepun 50 paket 56 Daging / ayam Cincang 50kg

    JUMLAH HARGA

    JUMLAH KESELURUHAN TAWARAN (BHG - III) - RM :

  • BAHAGIAN IV-

    BAHAGIAN IV

    BIL. KETERANGAN BEKALAN

    KUANTITI UNTUK 2 TAHUN

    KUANTITI (KG/UNIT)

    HARGA PER UNIT (RM)

    JUMLAH HARGA (RM)

    1 Laici Tin ( 525 ml / tin ); 24 tin 2 Mixed Fruits ( 825 ml / tin ); 24 tin 3 Baked Bean; 24 tin 4 Kentang Beku ( French Fries )( 1 kg /

    paket ); 10 paket

    5 Jagung Tin ( 425 gm / tin ); 240 tin 6 Biskut Tawar Hup Seng ( 430 gm / paket

    ); 600 paket

    7 Biskut Manis Hup Seng ( 430 gm / paket ); 600 paket

    8 Biskut Hi-Fiber ( 800 gm / tin ); 50 tin 9 Tomato Puri ( 430 gm / tin ); 50 tin

    10 Sup Bunjut ( 24 uncang / paket ); 80 paket 11 Ice Cream ( Small Cup / 65 ml per cup ); 240 cup 12 Pati Tom Yam Maggier / Knorr ( 1 kotak /

    24 paket ); 24 kotak

    13 Pati Ayam Maggie / Knorr ( 1 kotak / 24 paket ); 50 kotak

    14 Mixed Vege ( 500 gm / paket ); 300 paket 15 Coco Crunch Nestle ( 330 gm / kotak ); 50 kotak 16 Sausage ( 12 batang / paket ) 50 paket 17 Bread Crumb ( 1 kg / paket ); 10 paket 18 Yogurt ( 500 gm / botol ); 50 botol 19 Nugget ( 1 kg / paket ); 24 paket 20 Susu Cair ( F&N ); 500 tin 21 Susu Manis ( F&N ); 500 tin 22 Air Kotak ( 250 ml / kotak ); 500 kotak 23 Air Mineral ( 500 ml / botol ); 500 botol 24 Cornflakes Nestle ( 275 gm / kotak ); 50 kotak 25 Kerisik; 100 paket 26 Tuna In Water; 24 tin 27 Kulit Popia; 300 paket 28 Tempe ( 200 gm / paket ); 150 paket 29 Bawang Goreng ( 500 gm / paket ); 24 paket 30 Mayonis ( 450 gm / botol ); 20 botol 31 Ragi Mauripan; 200 paket 32 Madu ( 280 ml / botol ); dan 150 botol 33 Cendol ( 1 kg / paket ) 60 kg

    JUMLAH HARGA JUMLAH KESELURUHAN TAWARAN (BHG - IV) - RM :

  • LAMPIRAN C

    KOD PETENDER

    [KOSONGKAN]

    BUTIR-BUTIR PETENDER

    NO JADUAL: X0251129901140003 Peringatan: 1. Borang ini hendaklah diisi dengan kemas dan jelas supaya memudahkan Lembaga

    Perolehan menimbangkan Tender ini. Kegagalan Petender melengkapkan borang ini dengan

    sempurna akan menjejaskan peluangnya di dalam Tender ini.

    2. JANGAN tulis/cop apa-apa nama/tanda/identiti syarikat di atas borang ini.

    1. No. Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan

    ............................................

    2. Tarikh Tamat Pendaftaran

    ............................................

    3. Lokasi Pejabat Syarikat

    Negeri : ..

    Daerah : ..

    4. Kedudukan Modal

    (a) Jumlah Modal Berbayar (RM):

    (b) Nilai Asset Syarikat

    Alih (RM) : ..

    Tidak Alih (RM) : ..

    -1-

    (c) Pegangan Saham Dalam Peratus (jika syarikat) :

    TAWARAN TENDER BEKALAN BAHAN MAKANAN MENTAH, BASAH DAN KERING

    (BAHAGIAN I HINGGA IV) DI HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU

  • (i) Bumiputra : . %

    (ii) Bukan Bumiputra: . %

    (iii) (a) Modal Asing : . %

    (Foreign Investment)

    (b) Nama Negeri : . %

    5. Kedudukan Kakitangan

    6. Kemudahan Perniagaan

    Bil. Perkara Bilangan Tempat Milik Sendiri/Sewa

    1. Lori

    2. Peti Sejuk

    3. Stor Barang

    4 Bilik Sejuk

    (sila sertakandokumen sokongan)

    7. Punca Bekalan : Nyatakan samada dari wakil penjual, pasar borong atau ladang ternakan.

    .

    .

    .

    -2-

    8. Pengalaman Dalam Perniagaan

    Kewarganegaraan Jumlah Peratus

    i. Bumiputra: Pengurusan : Operasi : ii. B/Bumiputra Pengurusan : Operasi : iii. Bukan W/Negara Pengurusan : Operasi :

    JUMLAH BESAR :

  • Bil. Jenis Kontrak/ Perkhidmatan Nama Jabatan/Agensi/ Syarikat Swasta

    Nilai (RM) Tempoh

    -3-

  • LAMPIRAN D MAKLUMAT PETENDER

    TAWARAN TENDER BEKALAN BAHAN MAKANAN MENTAH, BASAH DAN KERING (BAHAGIAN I HINGGA IV)

    DI HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU

    NO JADUAL: X0251129901140003

    Maklumat Petender

    BAHAWASANYA, saya mengaku bahawa butir-butir dan keterangan yang diberikan di bawah ini mengenai

    perniagaan/syarikat saya adalah betul dan benar. Saya juga mengakui sekiranya didapati butir-butir yang

    diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap

    saya di bawah apa-apa Undang-Undang yang berkuatkuasa:-

    (a) Maklumat Petender

    1. Nama Petender :

    2. Nama Syarikat :

    3. Alamat Syarikat/ :

    Petender

    No. Telefon :

    4. No. Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia

    ..

    (sila kembarkan satu salinan)

    5. Jenis Perniagaan :

    -1-

  • 6. Nama-nama, Warganegara Jemaah Pengarah dan Milik Saham

    Nama Warganegara Jumlah Saham

    i. ii. iii. iv. v. vi.

    Saya akui bahawa butir-butir di atas adalah betul dan benar.

    Tandatangan :

    Nama Penender :

    Jawatan :

    Tarikh :

    Potong mana-mana yang tidak berkaitan.

    -2-

  • LAMPIRAN E

    PERAKUAN DAN TANGGUNGAN PETENDER

    Kepada : PENGARAH KESIHATAN NEGERI, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU NO JADUAL: X0251129901140003 Tawaran Bagi : MEMBEKAL BAHAN MENTAH BASAH DAN KERING (BAHAGIAN I HINGGA IV) DI HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU Adalah saya/kami yang bertanggungjawab di bawah, dengan ini menawarkan untuk

    membekalkan barang-barang tersebut di atas, mengikut harga-harga yang tercatit di Borang

    Tender Jadual (Lampiran A). Tawaran ini akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk

    menimbangkan tender ini.

    2. Saya/kami mengaku telah membaca dan memahami serta bersetuju mematuhi segala

    syarat-syarat yang disebutkan.

    Nama Petender (Syarikat) :

    Alamat : ..............

    Tandatangan : ..................

    No. Telefon :

    Tandatangan Saksi :

    Nama No. K/P :

    Tarikh :

  • LAMPIRAN F

    IKAN DAN MAKANAN LAUT

    Semua jenis ikan dan makanan laut yang dibekalkan hendaklah daripada jenis-jenis seperti berikut :-

    (a) Ikan / Makanan Laut Segar (Fresh)

    Ikan segar hidup yang telah sedia dibersihkan dan boleh terus dimasak.

    (b) Ikan / Makanan Laut Dingin (Chilled)

    Ikan dingin yang telah sedia dibersihkan dan boleh terus dimasak dan suhunya mestilah berterusan di antara 1C hingga 10C.

    (c) Ikan / Makanan Laut Sejuk Beku (Frozen)

    Ikan beku yang telah sedia dibersihkan dan suhunya mestilah berterusan pada atau dibawah minus 18C dan dibekalkan tanpa tanda-tanda rosak akibat proses pembekuan.

    Kumpulan I

    Ikan Kerapu Ikan Bawal Hitam

    Anggaran berat tidak kurang dari 100gm seekor

    Ikan Tenggiri Ikan Siakap

    Anggaran berat tidak kurang dari 500gm dan tidak lebih dari 3kg seekor

    Ikan Senangin Cadangan lain Ikan Abu Manis

    Anggaran berat tidak kurang dari 150gm dan tidak lebih dari 1kg. Seekor

    Kumpulan II Ikan Selayang Ikan Merah Ikan Selar (Besar) Ikan Kembong Ikan Cencaru Ikan Lolong Ikan Kerisi Ikan Lemuduk Ikan Tongkol

    Anggaran berat tidak kurang dari 100gm seekor Angaran berat tidak kurang dari 500 gm dan tidak lebih dari 3kg seekor

  • Ikan Keli Ikan Patin Ikan Talapia Merah

    Anggaran tidak lebih 30 cm seekor Anggaran berat tidak lebih 1000 gm seekor Anggaran berat tidak kurang dari 100 gm dan tidak lebih 500 gm seekor

    Kumpulan III Bebola Ikan 1 paket -20 biji Fish Cake Udang Kering

    Hendaklah dibungkus mengikut berat yang ditentukan

    Kumpulan IV Ikan Bilis Kering

    Ikan ini adalah daging ikan sahaja dan dibungkus mengikut berat yang ditentukan.

    Penentuan Ikan-ikan (Bahagian I) 1. Ikan-ikan yang dibekalkan mestilah di dalam keadaan segar, tanpa kepala, isi perut,

    sirip dan ekor. Ianya mestilah tidak busuk. Dagingnya tidak lembik dan masih terlekat ditulang. Insang hendaklah masih bewarna merah. Kulit dan perut tidak pecah dan tidak mempunyai bau yang menunjukkan bahawa ikan itu mulai busuk.

    2. Semua ikan yang dibekalkan mestilah mempunyai saiz purata yang memuaskan,

    iaitu mengikut keadaan dipasaran semasa dan musim yang tertentu. 3. Bagi ikan-ikan yang bersisik, sisiknya mestilah tidak terkeluar dari badannya. 4. Bagi ikan-ikan yang telah dibekukan, ianya mestilah telah dicairkan terlebih dahulu

    sebelum pembekalan dibuat. Ikan-ikan yang didapati masih beku dan keras akan ditolak. Ikan yang dibekalkan ini mestilah tiada tanda-tanda rosak yang mana berlaku semasa proses pembekuan.

    5. Semua ikan mestilah dibekalkan di dalam tempat-tempat atau bekas-bekas yang

    bersih dan sesuai.

    6. Sila lihat gambar di Lampiran A3, A4, A5, A6, A7 dan A8 Penentuan Makanan Laut : Udang / Sotong / Ketam bersih.

    1. Bekalan Udang / Sotong / KetamBersihmestilah mematuhi syarat-syarat seperti di

    bawah:-

    (i) Kepala tidak pecah atau tertanggal dari badan.

    (ii) Tidak mempunyai bau yang menunjukkan ianya mulai busuk.

  • (iii) Isinya mestilah pejal (firm) dan elastik .

    (iv) Berat Udang Besar mestilah tidak kurang 30 g/ekor

    (ii) Berat Udang Sedang mestilah tidak kurang 20 g/ekor.

    (vi) Berat Udang Kecil mestilah tidak kurang 10 g/ekor

    (vii) Berat Sotong mestilah tidak kurang 90 g/ekor

    (viii) Berat Ketam Bersih mestilah tidak kurang 150 g/ekor

    2. Sila lihat gambar di Lampiran A10 dan A11 Penentuan Bebola Ikan dan Fish Cake

    1. Bebola ikan, bebola udang, bebola sotong, bebola ketam dan fish cake yang dibekalkan mestilah mematuhi syarat-syarat berikut :-

    (i) Dihasilkan dari isi sahaja, tanpa tulang dan tanpa campuran dari bahagian-

    bahagian lain.

    (ii) Bahan-bahan campuran dan perisa hendaklah dari bahan-bahan yang dibenarkan didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

    (iii) Bermutu baik, bersih dan mempunyai tarikh luput.

    (iv) Mempunyai label produk yang lengkap dengan nama dan alamat

    pengusahaan, termasuk nombor telefon dan nombor pendaftaran perniagaan.

    2. Bebola Ikan dan Fish Cake yang dibekal hendaklah segar dan tidak mengubah rasa, bau dan warna asal

    Penentuan Udang Kering / Ikan Bilis Kering 1. Bagi ikan bilis kering ianya mestilah bermutu baik, bersih dan dari jenis yang

    sederhana sahaja. Ianya juga mestilah tidak bercampur dengan kepala dan debut. Ianya mestilah berurukuran tidak lebih dari 3.5 cm panjang.

    i. Lembut, tidak liat dan berwarna kejernihan ii. Bersih dan tidak mengandungi kekotoran seperti pasir, Ulat dan

    bendasing, tidak berhabuk dan berkulat iii. Tidak bercampur kepala dan debu/habuk

    2. Bagi udang kering, ianya mestilah bermutu baik, bersih, tidak hancur, tidak lembab

    dan tidak berbau hapak dan berwarna cerah kemerahan. 3. Pembekalan mestilah dibuat di dalam karong plastik / kertas yang sesuai.

    4. Sila lihat gambar di Lampiran A10, A11 dan A12

  • LAMPIRAN A1

    IKAN SELAR

    CONTOH IKAN SEBELUM DIBERSIHKAN

    CONTOH IKAN BERSIH(SEEKOR) YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Tanpa Kulit Keras

    Tanpa Sirip Tanpa Perut Dan Isi Dibawah Perut

    Tanpa Kepala

    Tanpa Ridip

    Tanpa Ekor

  • LAMPIRAN A2

    IKAN CENCARU

    CONTOH IKAN SEBELUM DIBERSIHKAN

    CONTOH IKAN BERSIH(SEEKOR) YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Tanpa Kulit Keras

    Tanpa Sirip Tanpa Perut Dan Isi Dibawah Perut

    Tanpa Ekor

    Tanpa Ridip

    Tanpa Kepala

  • LAMPIRAN A3

    IKAN TENGGIRI

    CONTOH IKAN SEBELUM DIBERSIHKAN

    CONTOH BAHAGIAN IKAN YANG PERLU DIBUANG

  • LAMPIRAN A4

    CONTOH IKAN BERSIH(SEEKOR) YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    CONTOH KEPINGAN IKAN YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Tanpa Ridip

    Tanpa Perut Dan Isi Dibawah Perut

    Tanpa Ekor

    Tanpa Sirip

    Tanpa Kepala

  • BAHAGIAN 1 LAMPIRAN A5

    IKAN BAWAL HITAM

    CONTOH IKAN SEBELUM DIBERSIHKAN

    CONTOH BAHAGIAN IKAN YANG PERLU DIBUANG

  • LAMPIRAN A6

    CONTOH IKAN BERSIH(SEEKOR) YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    CONTOH KEPINGAN IKAN YANG MENEPATI

    SPESIFIKASI

    Tanpa Ridip

    Tanpa Perut Dan Isi Dibawah Perut

    Tanpa Ekor

    Tanpa Sirip

    Tanpa Kepala

  • BAHAGIAN 1

    LAMPIRAN A7

    IKAN MERAH

    CONTOH IKAN SEBELUM DIBERSIHKAN

    Ikan Merah (1 )

    CONTOH BAHAGIAN IKAN YANG PERLU DIBUANG

  • LAMPIRAN A8

    CONTOH IKAN BERSIH(SEEKOR) YANG MENEPATI

    SPESIFIKASI

    CONTOH KEPINGAN IKAN YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    BAHAGIAN

    Tanpa Ridip

    Tanpa Perut Dan Isi Dibawah Perut

    Tanpa Ekor

    Tanpa Sirip

    Tanpa Kepala

  • BAHAGIAN 1

    LAMPIRAN A9

    CONTOH KEPINGAN IKAN TANPA TULANG FILLET YANG

    MENEPATI SPESIFIKASI.

  • LAMPIRAN A10

    CONTOH UDANG YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Udang Besar (Tidak kurang 30 g/ekor)

    Udang Sedang Udang Kecil (Tidak kurang 20 g/ekor) (Tidak kurang 10 g/ekor)

  • LAMPIRAN A11

    CONTOH SOTONG DAN KETAM BERSIH YANG MENEPATI

    SPESIFIKASI

    Sotong (Tidak kurang 90 g/ekor)

    Ketam Bersih (Tidak kurang 150 g/ekor)

  • LAMPIRAN A12

    CONTOH MAKANAN LAUT DIKERINGKAN YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Ikan Bilis Kering

    Udang Kering Ikan Kurau kering

  • Penentuan Spesifikasi Bahagian II: Sayur-sayuran 1. Kobis Bulat dan Panjang

    1.1. Kobis yang dibekalkan mestilah bersih, segar, muda, bewarna putih atau hijau dan bebas dari diserang penyakit.

    1.2. Daun-daun tua mestilah dibuang. Jika daun-daun tua tidak dibuang dengan

    sempurna, elaun 10% dari jumlah yang dipesan mestilah diberi dengan percuma.

    1.3. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Kobis bulat Kobis panjang (Tidak Kurang 1kg/sebiji) (Tidak Kurang 1kg/sebiji)

    2. Sawi Putih dan Hijau

    2.1. Sawi yang dibekalkan mestilah bersih, muda, segar dan bebas dari diserang penyakit.

    2.2. Batang sawi putih mestilah bewarna putih dan batang sawi hijau bewarna

    hijau tua.

    2.3. Sawi dibekalkan tanpa akar-akar, dan batang-batang yang tua / keras mesti dipotong betul-betul di bawah daun-daun yang boleh dimakan.

    2.4. Sawi yang dibekalkan boleh direnjis dengan air sekadar mengelakkannya

    daripada layu, tetapi elaun 10% dari jumlah yang dipesan mestilah diberi percuma sekiranya ini didapati terlampau basah.

    2.5. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    3. Bayam

  • 3.1. Bayam yang dibekalkan mestilah bersih, segar, muda dan tidak ada tanda-tanda diserang penyakit.

    3.2. Mestilah bewarna hijau, tidak layu atau tua.

    3.3. Bayan yang dibekalkan mestilah tanpa akar-akar dan batangnya yang tua /

    keras mestilah dipotong.

    3.4. Bayam yang dibekalkan bolehlah direnjis dengan air sekadar untuk mengelakkannya daripada layu, tetapi elaun 10% dari jumlah yang dipesan diberi percuma sekiranya didapati ianya terlalu basah.

    4. Kangkong Air / Akar

    4.1. Kangkong yang dibekalkan mestilah bersih, muda, segar dan tidak ada tanda-tanda diserang oleh penyakit.

    4.2. Daun mestilah tidak layu dan bewarna hijau, tanpa lubang-lubang atau ulat

    dan dibekalkan tanpa akar.

    4.3. Dibekalkan dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    5. Taugeh

    5.1. Taugeh yang dibekalkan mestilah bersih, segar dan tidak ada tanda-tanda rosak.

    5.2. Taugeh mestilah dari jenis kacang hijau.

    5.3. Taugeh yang sudah tua dimana daunnya telah kembang dan bewarna hijau

    serta akarnya terlampau panjang tidak boleh diterima.

    5.4. Elaun 10% dari jumlah berat diberi dengan percuma untuk menampung berat air.

    5.5. Dibekalkan dalam karong plastik yang bersih dan sesuai.

    6. Kailan

    6.1 Kailan yang dibekalkan mestilah bersih , segar, muda dan tidak ada tanda-tanda diserang oleh penyakit.

    6.2 Mestilah berwarna hijau, tidak layu atau tua. 6.3 Kailan yang dibekalkan mestilah tanpa akar-akar dan batang yang tua/keras

    mestilah dipotong.

    6.4 Kailan yang dibekalkan boleh direnjis dengan air sekadar untuk mengelakkan daripada layu tetapi elaun 10% daripada jumlah yang dipesan diberi percuma sekiranya didapati ianya terlalu basah.

  • 7. Bunga Kobis

    7.1 Bunga Kobis yang dibekalkan mestilah bersih , segar, muda berwarna putih

    dan bebas daripada serangan penyakit. 7.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    8. Brokoli

    8.1 Brokoli yang dibekalkan mestilah bersih , segar, muda berwarna hijau dan bebas

    daripada serangan penyakit. 8.2 Dibekalkan di dalam bakul yang dibersih dan sesuai.

    9. Salad

    9.1 Salad yang dibekalkan mestilah bersih, segar, muda berwarna hijau dan bebas

    daripada serangan penyakit. 9.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Kumpulan II 1. Kacang Panjang / Kacang Buncis / Kacang Bendi / Kacang Botol

    1.1 Kacang panjang / kacang boncis / kacang bendi yang dibekalkan mestilah

    bersih, segar, muda dan tidak ada tanda-tanda rosak atau diserang penyakit.

    1.2 Purata panjang dan besar mestilah memuaskan mengikut keadaan dan musim di dalam sesuatu tempat berkenaan.

    1.3 Kacang mestilah rapuh apabila dipatahkan.

    1.4 Dibekalkan di dalam bakul yang sesuai.

    2. Cendawan 2.1 Cendawan yang dibekal hendaklah mestilah bersih , segar, muda dan tidak ada tanda-tanda rosak atau diserang penyakit.

    2.2 Dibekalkan di dalam bekas yang bersih dan sesuai.

    3. Tomato

    3.1 Tomato yang dibekalkan mestilah bersih, segar dan tidak ada tanda-tanda rosak

    ataupun diserang penyakit.

  • 3.2 Tomato mestilah hampir masak sesuai untuk digunakan keesokan harinya. Berat

    tiap-tiap biji tomato mestilah tidak kurang dari 1 aun (28.3 gm).

    3.3 Tomato tempatan atau yang diimport boleh diterima.

    3.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    4. Labu Merah

    4.1 Labu Merah yang dibekalkan mestilah bersih, segar dan tidak ada tanda-tanda rosak ataupun diserang penyakit.

    4.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    5. Ketola

    5.1 Ketola yang dibekalkan mestilah muda, bersih, segar dan berwarna hijau, mestilah tiada tanda-tanda berpenyakit.

    5.2 Berukuran sederhana besarnya mengikut musim dan keadaan sesuatu tempat.

    5.3 Tangkainya hendaklah dipotong 1 inci daripada buahnya.

    5.4 Keadaan ketola tersebut mestilah pejal, dan tidak lembik apabila ditekan.

    5.5 Dibekalkan dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Petola Terung panjang

    (Tidak Kurang 250 g/sebiji) (Tidak Kurang 200 g/sebiji)

    6. Terung Panjang 6.1 Terung Panjang yang dibekalkan mestilah bersih, segar, muda dan tidak ada tanda-

    tanda diserang oleh penyakit.

    6.2 Terong jenis panjang dan berukuran sederhana besarnya mengikut musim dan keadaan sesuatu tempat.

    6.3 Kulit terong mestilah bewarna unggu (purple), licin tanpa apa-apa kerosakan.

    6.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

  • 7. Labu Air

    7.1 Labu Air yang dibekalkan mestilah bersih , segar, muda dan tidak ada tanda-tanda

    diserang penyakit. 7.2 Kulit Labu Air mestilah licin tanpa apa-apa kerosakan.

    7.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Labu Air (Tidak Kurang 700 g/sebiji)

    8. Timun

    8.1 Timun yang dibekalkan mestilah bersih, segar, muda, tidak cacat dan tiada tanda-

    tanda diserang penyakit.

    8.2 Timun mestilah rapuh apabila dipatahkan.

    8.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Timun (Tidak Kurang 300 g/sebiji)

    9. Cili Hidup Hijau dan Merah / Cili Api

    9.1 Cili hidup yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    9.2 Cili mestilah segar, tidak layu atau kecut, panjang dan besarnya adalah bersesuaian

    dengan musim dan keadaan.

  • 9.3 Cili hijau atau merah serta cili api dibekalkan mengikut pesanan.

    9.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    10. Kacang Sepat

    10.1 Kacang Sepat yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    10.2 Kacang Sepat mestilah segar , tidak layu atau kecut, panjang dan besarnya adalah

    bersesuaian dengan musim dan keadaan.

    10.3 Kacang Sepat dibekalkan mengikut pesanan.

    10.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    11. Batang Celery

    11.1 Batang Celery yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    11.2 Batang Celery mestilah segar , tidak layu atau kecut, panjang dan besarnya

    adalah bersesuaian dengan musim dan keadaan.

    11.3 Batang Celery dibekalkan mengikut pesanan.

    11.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    12. Peria

    12.1 Peria yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    12.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    13. Lettuce

    13.1 Lettuce yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    13.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai

    14. Capsicum

    14.1 Capsicum yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada

    tanda-tanda kena penyakit. 14.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

  • 15. Putik Jagung

    15.1 Putik Jagung yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    15.2 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Kumpulan III 1. Lobak Merah

    1.1 Lobak Merah yang dibekalkan hendaklah bersih, segar, muda dan besar purata yang sederhana.

    1.2 Hendaklah tidak cacat serta tidak ada tanda-tanda diserang penyakit.

    1.3 Hendaklah dibekalkan tanpa batang dan daun.

    Lobak merah Ubi Kentang

    (Tidak Kurang 200 g/sebiji) (Tidak Kurang 200 g/sebiji) 2. Ubi Kentang

    2.1 Ubi Kentang yang dibekalkan mestilah bersih, mempunyai bentuk yang elok dan besar purata diantara 6 10 biji per kg.

    2.2 Ubi kentang ini hendaklah tidak cacat, tidak busuk dan tidak ada tanda-tanda

    diserang penyakit.

    2.3 Ubi kentang yang telah tumbuh ataupun yang kecut tidak boleh diterima.

    2.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. 3. Keledek

    3.1 Keledek yang dibekalkan mestilah bersih,segar dan besar purata yang memuaskan.

    3.2 Keledek ini hendaklah tidak cacat, tidak busuk serta tidak ada tanda-tanda diserang oleh penyakit.

  • 3.3 Hanya keledek yang isinya kuning dan putih sahaja boleh diterima.

    3.4 Keledek yang kecut tidak boleh diterima.

    3.5 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    3.6 Berat minima setiap ubi keledek tidak kurang daripada 700gm hingga 2kg.

    4. Sengkuang

    4.1 Hendaklah dibekalkan bersih dari tanah atau kotoran muda dan segar.

    4.2 Ubi sengkuang ini hendaklah tidak cacat, tidak busuk serta tidak ada tanda-tanda diserang penyakit.

    4.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    5. Lobak Putih

    5.1 Lobak Putih yang dibekalkan hendaklah bersih, segar, muda dan besar purata yang

    sederhana. 5.2 Hendaklah tidak cacat serta tidak ada tanda-tanda diserang penyakit.

    5.3 Hendaklah dibekalkan tanpa batang dan daun.

    5.4 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    Kumpulan IV 1. Daun Kucai / Daun Bawang / Daun Kari / Daun Kesom / Daun Pandan / Daun Kunyit

    / Daun Pisang

    1.1 Bekalan sayuran di atas mestilah yang muda, segar dan yang baru dipetik.

    1.2 Daun-daun bewarna hijau dan tidak berulat.

    1.3 Akar-akar mestilah dibuang dan sayuran ini mestilah dibersihkan daripada pasir atau tanah atau lain-lain kotoran sebelum dibekalkan.

    1.4 Sayuran ini boleh direnjis dengan air sekadar mengelakkan daripada layu tetapi

    elaun 10% dari jumlah berat pesanan mestilah diberi dengan percuma sekiranya bekalan didapati terlampau basah.

    1.5 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    2. Serai

    2.1 Serai yang dibekalkan mestilah segar dan tidak mengandungi air.

  • 2.2 Hendaklah dibekalkan tanpa daun dan bersih daripada tanah dan akar.

    2.3 Dibekalkan dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    3. Limau Nipis

    3.1 Limau Nipis yang dibekalkan mestilah segar dan mengandungi air. 3.2 Hendaklah dari jenis yang bermutu.

    3.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    4. Lengkuas

    4.1 Lengkuas yang dibekalkan mestilah bersih, segar dan tidak tua, serta tiada tanda-tanda kena penyakit.

    4.2 Hendaklah dari jenis yang bermutu.

    4.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    5. Cili Api

    5.1 Cili Api yang dibekalkan mestilah bersih, tidak basah, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit.

    5.2 Cili mestilah segar , tidak layu atu kecut, panjang dan besarnya adalah bersesuaian

    dengan musim dan keadaan.

    5.3 Cili Api dibekalkan mengikut pesanan.

    5.4 Dibekalkan di daalm bakul yang bersih dan sesuai. 6. Kunyit (Fresh)

    6.1 Hendaklah dari hasil tanaman musim semasa, bersih, segar dan tiada tanda-tanda kena penyakit.

    6.2 Hendaklah mempunyai bau yang sedap dan bewarna cerah bila dipatahkan.

    6.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

  • CONTOH SAYUR- SAYURAN JENIS LAIN YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Serai Bunga Kobis (Bahagian yang boleh (Tidak Kurang 300 g/sebiji digunakan sahaja)

    Tomato Bunga Kantan (Tidak Kurang 100 g/sebiji) (Bahagian yang boleh digunakan sahaja)

  • Penentuan Buah-buahan 1. Nenas

    1.1. Nenas yang dibekalkan mestilah dari jenis yang boleh dimakan (table variety) sahaja iaitu yang dikenali sebagai nenas jenis Mauritius dan Sarawak. Nenas dari jenis masakan ataupun untuk ditinkan seperti jenis Pontian tidak boleh diterima.

    1.2. Nenas yang dibekalkan mestilah bersih, tidak cacat dan bebas dari serangan

    penyakit. Keadaan nenas ini mestilah sesuai untuk dimakan dalam tempoh 24 jam selepas pembekalan dibuat.

    1.3. Isi nenas mestilah bewarna kekuningan, berair dan berasa manis dan tidak

    masam.

    1.4. Berat sebiji nenas yang dibekalkan mestilah seperti berikut:-

    a. Sarawak - Tidak kurang dari 1.4kg. sebiji b. Mauritius - Tidak kurang dari 0.9kg sebiji

    1.5. Tangkai (stalk) yang terletak pada buah nenas mestilah tidak melebihi dari 4cm panjang.

    1.6. Elaun 10% dari berat bersih yang dipesan hendaklah diberi dengan percuma

    juga nenas dibekalkan bersama-sama dengan limau cina.

    1.7. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. 2. Pisang

    2.1. Pisang yang dibekalkan mestilah bersih, masak, tidak cacat dan bebas dari penyakit. Pisang yang masak layu tidak diterima. Pisang tidak lebam dan tidak terlampau masak. Keadaan masak pisang mestilah sesuai untuk dimasak dalam tempoh 24 jam selepas pembekalan dibuat.

    2.2. Pisang yang dibekalkan mestilah di dalam bentuk sisir / sikat tanpa tandan.

    2.3. Anggaran panjang pisang yang boleh diterima adalah seperti berikut:-

    a. Pisang Emas - 10 cm b. Pisang Rastali - 12.5 cm c. Pisang Nangka - 15 cm d. Pisang Berangan - 15 cm e. Pisang Raja - 12.5 cm

    2.4. Dibekalkan di dalam bekas yang bersih dan sesuai. 3. Betik

    3.1. Betik yang dibekalkan mestilah bersih, tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit. Keadaan masak betik mestilah sesuai untuk dimakan dalam

  • tempoh 24 jam selepas pembekalan. Betik yang lebam, terlampau masak dan masak layu tidak boleh diterima.

    3.2. Kulit betik mestilah bewarna hijau kekuningan dan isinya mestilah sederhana

    keras dan berasa manis.

    3.3. Anggaran berat sebiji betik yang dibekalkan adalah tidak kurang dari 1.5kg.

    3.4. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. 4. Tembikai

    4.1. Tembikai yang dibekalkan mestilah bersih, masak, tidak cacat dan tiada tanda-tanda kesan penyakit. Tembikai yang masak layu tidak diterima. Keadaan masaknya sesuai untuk dimakan dalam tempoh 24 jam selepas pembekalan dibuat.

    4.2. Tembikai yang mempunyai isi bewarna kuning dan merah boleh diterima.

    Isinya mestilah berair dan manis rasanya.

    4.3. Anggaran berat bagi setiap biji tembikai ialah tidak kurang dari 2.3 kg.

    4.4. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. 5. Tembikai Susu (Honey Dew)

    5.1. Kulit buah tersebut mestilah kelihatan bersih dan tidak kecut. Buah tembikai susu (honey dew) mestilah berbau wangi menunjukkan ianya telah masak ranum. Apabila dipotong isinya mestilah lembut dan tidak keras, berair sedikit dan manis rasanya.

    5.2. Berat sebiji buah tembikai susu (honey dew) ialah kira-kira 1.0 kg 2.0 kg.

    5.3. Dibekalkan di dalam bekas yang bersih dan sesuai.

    6. Limau Manis Tempatan dan Import Limau Sunkist.

    6.1. Limau yang dibekalkan mestilah bersih, masak, tidak cacat dan tiada tanda-tanda kena penyakit.

    6.2. Kulit limau mestilah bewarna hijau kekuningan, kuning ataupun kuning

    kemerahan. Isinya mestilah bewarna kuning kemerahan berair dan rasa manis.

    6.3. Anggaran berat sebiji limau mestilah diantara 85 148 gm.

    6.4. Untuk jenis yang diimport, negara pengeksport mestilah dari negara-negara

    yang direstui oleh Kerajaan.

    6.5. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

  • 7. Epal

    7.1. Epal dibekalkan mestilah bersih, masak, tidak cacat dan tiada tanda-tanda kena penyakit.

    7.2. Epal ini mestilah dari jenis yang dimakan (table voriety). Ianya mestilah

    ranggup apabila dimakan dan tidak berasa masam.

    7.3. Berat setiap biji epal mestilah tidak kurang dari 85 gm.

    7.4. Epal ini mestilah diimport dari negara yang direstui oleh Kerajaan.

    7.5. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. 8. Limau Tempatan / Limau Mandarin

    8.1. Limau Tempatan / Limau Mandarin yang dibekalkan mestilah bersih, masak, tidak cacat dan bebas dari serangan-serangan dan penyakit.

    8.2. Warna kulitnya hijau kekuningan, isi bewarna putih atau kemerahan, berair

    dan berasa manis.

    8.3. Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. 9. Jambu Batu

    9.1 Jambu Batu yang dibekalkan mestilah bersih, segar dan bebas daripada

    Serangan Penyakit. 9.2 Jambu Batu ini hendaklah tidak cacat , tidak cacat, tidak busuk dan tidak

    ada tanda-tanda diserang penyakit 9.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai. Catatan: 1. Harga hendaklah diberi menurut setiap jenis sayur dan buah dan tidak

    berdasarkan kepada kumpulan.

    2. Bagi tujuan gantian, mana-mana jenis sayur atau buah yang terdapat dalam kumpulan tertentu boleh diterima untuk tujuan gantian. Gantian hanya boleh dibuat sekiranya sayur dan buah yang ditempah tidak boleh diperolehi dipasaran pada masa tempahan dibuat. Kerajaan berhak menolak gantian yang tidak dipersetujui.

    3. Bayaran untuk bekalan sayur dan buah yang lebih mahal atau lebih murah

    daripada yang ditempah.

    3.1. Sekiranya tempahan adalah dibuat jenis sayur atau buah yang mahal dan bekalan hanya dapat dibuat bagi jenis sayur dan buah yang murah, maka pembayaran adalah dibuat ke atas harga sayur dan buah yang murah.

  • 3.2. Sekiranya tempahan adalah dibuat bagi jenis sayur dan buah yang murah dan bekalan hanya dapat dibuat bagi jenis sayur dan buah yang lebih mahal, maka pembayaran adalah dibuat ke atas harga sayur / buah yang murah.

    CONTOH BUAH-BUAHAN TEMPATAN YANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Pisang Berangan Tembikai Merah (Tidak Kurang 12 cm/sebiji) (Tidak Kurang 2 kg/sebiji)

    Betik Tembikai Susu (Tidak Kurang 1.5 kg/sebiji) (Tidak Kurang 1 kg/sebiji

    CONTOH BUAH-BUAHAN TEMPATAN YANG MENEPATI SPESIFIKASI

  • Belimbing Nanas Mauritius (Tidak Kurang 130 g/sebiji) (Tidak Kurang 1 kg/sebiji)

    Jambu Batu Tanpa Biji Pisang Emas (Tidak Kurang 100 g/sebiji) (Tidak Kurang 8 cm/sebiji) CONTOH BUAH-BUAHAN IMPORTYANG MENEPATI SPESIFIKASI

    Anggur Merah Tanpa Biji Epal Hijau (Tidak Kurang 10 g/sebiji) (Tidak Kurang 130 g/sebiji)

  • Epal Merah Lai Kuning (Tidak Kurang 130 g/sebiji) (Tidak Kurang 130 g/sebiji)

    Pear Hijau Limau Import (Tidak Kurang 130 g/sebiji) (Tidak Kurang 150 g/sebiji) PENENTUANBAHAGIAN III: BAHAN-BAHAN KERING 1. Kacang Hijau / Kacang Tanah / Pulut Hitam/ Kacang Merah

    1.1. Hendaklah merah dan bersih, tidak berlaput atau berulat, tiada tanda-tanda menunjukkan ia kena serangga dan tidak bercampur dengan batu dan benda-benda yang merosakkan.

    1.2. Hendaklah dari mutu yang baik dan di dalam keadaan yang memuaskan.

    1.3. Hendaklah dibekalkan dalam beg-beg atau bekas yang sesuai.

    2. Kacang Dhall

    2.1. Hendaklah dari mutu yang baik dan hasil tanaman musim semasa.

    2.2. Hendaklah cerah, bersih, segar dan tidak berlapuk, tidak mengandungi serangga perosak, bau, hilang warna atau benda-benda yang merosakkan.

    2.3. Hendaklah dibekalkan dalam beg-beg atau bekas yang sesuai.

    3. Sagu

    3.1. Hendaklah hasil keluaran dari umbut pokok sagu yang diproses menurut adat resam tempatan dan di bawah keadaan yang bersih.

  • 3.2. Biji-biji hendaklah kering, keras, segar dan sama besar.

    3.3. Hendaklah tiada mengandungi serabut atau empular dan lain-lain benda dan

    serangan serangga.

    3.4. Hendaklah dibekalkan di dalam guni-guni kain belacu yang bersih dan baru. 4. Tepung Gandum / Tepung Jagong / Tepung Custard / Tepung Kacang Hijau/ Tepung

    Beras / Tepung Beras Pulut

    4.1. Jenis-jenis tepung yang dibekalkan mestilah dari mutu berbaik.

    4.2. Hendaklah tidak berlapuk atau berulat dan bebas dari benda-benda yang merosakkan.

    4.3. Tepung yang tengit dan / atau mempunyai bau yang tidak diingini tidak boleh

    diterima. 4.4 Hendaklah dibekalkan dalam karong kertas yang bersih dan sesuai. 5. Bawang Putih

    5.1. Bawang Putih yang dibekalkan mestilah dari hasil musim yang terbaru sekali.

    5.2. Bawang Putih ini mestilah disalai dengan sempurna, keras, tidak rosak atau diserang penyakit.

    5.3. Kulit luar bawang putih mestilah bewarna coklat dan isinya bewarna putih

    kekuningan.

    5.4. Bawang Putih yang dibekalkan mestilah bersih tanpa akar-akar dan tidak pula mempunyai tanda-tanda tumbuh.

    5.5. Dibekalkan di dalam karong yang bersih dan sesuai.

    6. Bawang Kecil

    6.1. Hendaklah dari hasil tanaman musim yang terbaru sekali, kering, keras, manis, dalam keadaan baik, tidak berlapuk dan bebas dari benda-benda perosak.

    6.2. Akar-akar dan tangkai-tangkai hendaklah dibuat sebelum diserahkan.

    6.3. Bawang-bawang yang sudah bertunas atau ada tanda-tanda bercampur tidak

    boleh diterima.

    6.4. Hendaklah dibekalkan di dalam karong yang bersih dan sesuai.

  • 7. Bawang Besar 7.1. Bawang Besar yang dibekalkan mestilah bersih, dan tidak ada tanda-tanda

    penyakit.

    7.2. Bawang mestilah sederhana besarnya.

    7.3. Bawang mestilah dibekalkan tanpa akar-akar dan kulit berlebihan. Bawang yang telah tumbuh ataupun ada tanda telah tumbuh tidak akan diterima.

    7.4. Dibekalkan dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    8. Kelapa

    8.1. Kelapa yang dibekalkan mestilah kelapa yang telah tua semasa dipetik dari pokok.

    8.2. Kelapa mestilah dibekalkan tanpa sabut, kecuali sedikit sabut untuk mata

    buah kelapa tersebut.

    8.3. Kelapa yang basah atau yang telah tumbuh atau ada tanda-tanda telah tumbuh tidak boleh diterima. Isi buah kelapa mestilah putih dan tebal.

    8.4. Berat tiap-tiap sebiji kelapa mestilah tidak kurang dari 1kg.

    8.5. Kelapa yang didapati masam atau rosak apabila dibekal tidak akan diterima.

    8.6 Hendaklah dibekalkan dalam bakul yang sesuai 9. Pati Santan

    9.1 Pati santan hendaklah dari mutu yang terbaik.

    9.2 Hendaklah mematuhi semua syarat syarat / peraturan mengenainya yang sedang berkuatkuasa.

    10. Cuka Makan

    10.1. Cuka yang dibekalkan hendaklah dari mutu terbaik yang dibuat di bawah keadaan yang bersih menurut adat resam tempatan.

    10.2. Tidak mempunyai bau yang tidak diingini dan tidak mengandungi campuran

    lain atau benda-benda asing.

    10.3. Dibekalkan di dalam botol-botol yang bersih.

    10.4. Hendaklah mematuhi semua syarat-syarat / peraturan mengenainya yang sedang berkuatkuasa.

    11. Garam Halus

    11.1. Garam yang dibekalkan mestilah bersih dan tidak ada campuran batu atau

    lain-lain kotoran.

  • 11.2. Garam halus bewarna putih dan hendaklah dipastikan ianya di kilang / dikisar

    di bawah keadaan yang bersih dan telah mematuhi segala syarat / peraturan mengenainya yang sedang berkuatkuasa.

    11.3. Dibekalkan dalam bekas yang bersih dan sesuai.

    12. Asam Jawa

    12.1. Hendaklah dari mutu berbaik, dibuat dari hasil tanaman musim yang terbaru sekali, bersih, bebas dari senrangan perosak, benda asing dan benda-benda yang merosakkan.

    12.2. Hendaklah bewarna perang (bukan hitam atau kuning) dan hendaklah jangan

    ditapaikan.

    12.3. Hendaklah mempunyai rasa dan bau yang sedap.

    12.4. Hendaklah jangan mengandungi sabut kulit atau biji-biji yang berlebihan.

    12.5. Hendaklah dibekalkan secara kepingan-kepingan atau paket tidak melebihi 9kg. tiap-tiap satu. Setiap kepingan hendaklah dibungkus dengan baik di dalam kertas atau politin yang bersih.

    13. Asam Gelugor

    13.1. Asam Gelugor ini hendaklah dari mutu terbaik, bersih dan kering.

    13.2. Hendaklah tidak berlapuk atau bercendawan.

    13.3. Dibekalkan dalam politin beg atau bekas yang bersih dan sesuai. 14. Cili Kering / Serbuk Cili

    14.1. Hendaklah dari hasil tanaman musim semasa, cukup kering dan di dalam keadaan segar dan baik.

    14.2. Hendaklah bersih dan bebas dari berlapuk, serangga, benda asing dan

    semua benda yang merosakkan dan ubat-ubat awet.

    14.3. Hendaklah mempunyai rasa dan bau yang pedas.

    14.4. Dibekalkan dalam bekas yang bersih dan sesuai untuk menjamin mutu cili kering di dalamnya.

    14.5. Serbuk Cili hendaklah diperbuat dari cili kering mutu terbaik seperti di 1-4

    serta di bawah keadaan yang bersih.

    14.6. Serbuk Cili hendaklah tidak mengandungi apa-apa campuran atau pewarna.

  • 14.7 Serbuk Cili hendaklah dibekalkan di dalam bekas yang bersih dan sesuai 15. Serbuk Kunyit

    15.1. Hendaklah diperbuat dari kunyit yang b ermutu baik dan di bawah keadaan yang bersih.

    15.2. Hendaklah bersih, tidak berlapuk atau mempunyai campuran bahan-bahan

    asing atau pewarna. Tidak mempunyai bau yang tidak diingini.

    15.3. Dibekalkan asing dalam bekas yang sesuai dan bersih. 16. Buah Keras

    16.1 Hendaklah sederhana besar dan tiada mengandungi keping-keping yang terlalu besar atau kasar ataupun keping-keping yang hancur.

    16.2 Hendaklah dari mutu yang terbaik , mempunyai rasa dan bau yang sedap ,

    kering , tiada dicampur aduk atau berlapuk , serta bebas dari diserang serangga dan benda-benda asing.

    16.3 Hendaklah dibekalkan dalam guni-guni kain belacu yang bersih dan baru. 17. Belacan

    17.1. Hendaklah dari mutu terbaik dan dibuat di bawah keadaan yang bersih menurut adat resam tempatan.

    17.2. Ketul-ketul berat lebih kurang 30 gram hendaklah dibungkus ketat dengan

    kertas minyak atau politin untuk mengelakkan dari kekotoran.

    17.3. Bekalan hendaklah menepati semua syarat atau peraturan yang berkaitan dengan makanan yang sedang berkuatkuasa.

    18. Tow Choo

    18.1. Hendaklah dari mutu yang terbaik, cukup masak dan diperbuat di bawah keadaan yang bersih.

    18.2. Hendaklah diserahkan di dalam botol-botol atau pasu-pasu yang bersih.

    Semua bekas hendaklah terus tinggal menjadi hak milik pembeli.

    18.3. Bekalan-bekalan hendaklah menepati semua syarat atau peraturan yang berkaitan dengan makanan yang sedang berkuatkuasa.

    19. Tauhu

    19.1 Diperbuat dari kacang soya di bawah keadaan yang bersih mengikut

  • cara-cara dan peraturan yang berkaitan dengan memproses makanan yang sedang berkuatkuasa.

    19.2. Dibekalkan di dalam ketul-ketul kecil dengan berat yang bersesuaian dan dibalut dengan pembalut yang sesuai dan bersih. 19.3. Tow Foo / Tow Kuah yang terlampau lembut tidak akan diterima. 19.4. Tow Foo bewarna bersih dan tidak ada kotoran yang terlekat padanya, sementara pewarna yang digunakan untuk Tow Kuah mestilah tidak mengandungi bahan-bahan 20. Gula Melaka

    20.1. Hendaklah diperbuat dari hasil yang diperolehi daripada kelapa dan diproses

    di bawah keadan yang bersih menurut peraturan-peratuan mengenainya yang sedang berkuatkuasa.

    20.2. Hendaklah bersih, kering, dan tiada mengandungi sebarang benda-benda kotor atau campuran.

    20.3. Bila dilarut dalam air, gula itu hendaklah bebas dari sebarang bau, tidak

    bersih atau tukar rasa. 20.4. Hendaklah dibekalkan dalam ketul-ketul, tiap-tiap satu beratnya 170-226 gm

    dan hendaklah dibalut denfan kuat dalam satu gulung dalam pembalut bersih yang lazim dibuat.

    21. Agar-agar 21.1. Hendaklah yang bermutu tinggi dan tidak rosak atau berkulat.

    21.2. Dibekalkan di dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    22. Halia Hidup

    22.1 Halia hidup yang dibekalkan mestilah dari jenis yang bermutu dari hasil musim semasa. Tidak cacat dan tidak ada tanda-tanda kena penyakit. 22.2. Halia hidup ini mestilah segar dan bersih tanpa akar-akar dan batang. 22.3 Dibekalkan di dalam bakul yang bersih dan sesuai.

    23. Meehoon 23.1. Hendaklah diperbuat dari tepung beras bermutu baik di bawah keadaan yang

    bersih serta menurut adat resam tempatan. 23.2 Hendaklah dalam keadaan bersih, tidak pecah dan bebas dari berlapuk atau serangan perosak. 23.3 Hendaklah ranggup, tidak liat atau berserabut.

  • 23.4 Hendaklah dibungkus didalam bungkusan-bungkusan yang sesuai dan bersih yang tidak melebihi berat 15 paun atau 6.8 kg tiap-tiap satunya.

    24. Bunga Lawang

    24.1 Hendaklah dari mutu yang terbaik , segar dan mempunyai bau yang sedap. 24.2 Hendaklah tidak bercampur atau mengandungi benda-benda yang merosakkan dan benda-benda asing. 24.3 Dibekalkan dalam karung yang sesuai dan bersih.

    25. Kulit Kayu Manis

    25.1. Hendaklah sederhana besar dan tiada mengandungi keping-keping yang terlalu besar atau kasar ataupun keping-keping yang hancur.

    25.2. Hendaklah dari mutu yang terbaik, mempunyai rasa dan bau yang sedap,

    kering, tiada dicampur aduk atau berlapuk, serta bebas dari diserang serangga dan benda-benda asing.

    25.3. Dibekalkan dalam karung yang sesuai dan bersih.

    26. Buah Pelaga

    26.1. Hendaklah dari mutu terbaik dan hasil tanaman musim semasa.

    26.2. Hendaklah segar, bersih dan bebas dari serangan-serangan perosak, benda-benda asing dan semua benda yang merosakkan.

    26.3. Hendaklah dibekalkan dalam sabut-sabut.

    26.4. Dibekalkan dalam karung yang sesuai dan bersih.

    27. Biji Sawi

    27.1. Hendaklah kering dan dari mutu yang baik, dan dari hasil tanaman musim yang terbaru sekali.

    27.2. Biji-biji adalah bersih, tidak rosak atau diserang ulat-ulat atau serangga dan

    tidak bercampur dengan biji-bijian lain.

    27.3. Dibekalkan dalam karung yang sesuai dan bersih. 28. Bunga Cengkih

    28.1. Hendaklah dari mutu yang terbaik segar dan mempunyai bau yang sedap.

    28.2. Hendaklah tidak bercampur atau mengandungi benda-benda yang merosakkan dan benda asing.

  • 28.3. Bunga Cengkih itu hendaklah jangan sudah diambil patinya dan hendaklah

    mengandungi tidak kurang dari 15% minyak rupaan.

    28.4. Dibekalkan dalam karung yang sesuai dan bersih. 29. Serbuk Jintan Manis

    29.1 Hendaklah diperbuat dari jintan manis yang bermutu baik dan di bawah keadaan bersih. 29.2 Hendaklah bersih , tidak berlapuk atau mempunyai campuran bahan-bahan asing atau perwarna. Tidak mempunyai bau yang tidak diingini. 29.3 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    30. Serbuk Lada putih.

    30.1 Hendaklah diperbuat dari lada putih yang bermutu baik dan di bawah keadaan bersih. 30.2 Hendaklah bersi, tidak berlapuk atau mempunyai campuran bahan-bahan asing atau perwarna. Tidak mempunyai bau yang tidak diingini. 30.3 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    31. Ketumbar Serbuk 31.1 Hendaklah diperbuat dari ketumbar yang bermutu baik dan di bawah keadaan bersih. 31.2 Hendaklah bersih , tidak berlapuk atau mempunyai campuran bahan-bahan asing atau perwarna. Tidak mempunyai bau yang tidak diingini. 31.3 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    32. Rempah Kari / Serbuk Kari / Kurma /Sup / Kerutup

    32.1 Serbuk Kari / Kurma / Sup / Kerutup hendaklah diperbuat dari ramuan-ramuan mutu terbaik dan bebas dari benda-benda kotor. 32.2 Ramuan-ramuan yang digunakan mestilah dibersihkan dan dikeringkan sebelum digiling / diproseskan. 32.3 Hendalkah dibuat / diproses di bawah keadaan yang bersih. 32.4 Serbuk Kari / Kurma / Sup / Kerutup ini hendaklah mempunyai rasa dan bau yang sedap. 32.5 Hendaklah dibekalkan di dalam bekas / tin yang bersih dan baru yang boleh ditutup dengan ketat supaya bekas / tin tidak masuk angin.

  • 33. Lada Hitam

    33.1. Hendaklah dari buah-buah yang kering dank eras bermutu terbaik dari hasil tanaman Piper Negrum musim yang terbaru sekali.

    33.2. Hendaklah bersih dan bebas dari ulat-ulat perosak, biji-biji asing dan segala

    benda yang merosakkan.

    33.3. Dibekalkan dalam karung yang bersih dan sesuai. 34. Essen Vanilla

    34.1. Essen Vanilla hendaklah yang telah diluluskan dan tidak dicampur dengan bahan tiruan.

    34.2. Hendaklah dari mutu yang baik dan bersih.

    34.3. Hendaklah ditentukan bahawa bahan tersebut tiada mengalami perubahan

    warna, masuk angin ayau mengandungi bahan asingan. 35. Soo Hoon, Fucuk

    35.1. Bahan-bahan tersebut hendaklah bersih, tidak berlapuk atau berulat dan dari mutu yang baik.

    35.2. Bagi Fucuk kering ianya mestilah tidak lemau, sebaliknya ia mesti rangup dan

    boleh dipatah-patahkan.

    35.3. Hendaklah dibekalkan di dalam karung atau bekas plastik yang bersih, sesuai dan di sealed.

    36. Mee Kuning

    36.1. Hendaklah diperbuat dari tepung gandum bermutu baik menurut adat resam tempatan dan di bawah keadaan yang bersih.

    36.2. Hendaklah dalam keadaan bersih, tidak pecah dan bebas dari berlapuk atau serangan perosak..

    36.3. Hendaklah dibungkus di dalam bungkusan-bungkusan yang sesuai dan

    bersih yang tidak melebihi berat 15 paun atau 6.8 kg tiap-tiap satunya. 37. Manisan

    37.1 Hendaklah diperbuat dari hasil yang diperolehi daripada kelapa dan diproses

    di bawah keadaan yang bersih menurut peraturan-peraturan mengenainya yang sedang berkuatkuasa.

    37.2 Hendaklah bersih, kering dan tiada mengandungi sebarang benda-benda kotor

    atau campuran. 37.3 Bila dilarut dalam air, gula itu menghasilkan hendaklah bebas dari sebarang

    bau tidak bersih atau tukar rasa.

  • 4.74 Hendaklah dibekalkan dalam ketul-ketul, tiap-tiap satu beratnya 170

    226 gm dan hendalah dibalut dengan kuat dalam satu gulung dalam pembalut bersih yang lazim dibuat.

    38. Beras Pulut 38.1 Hendaklah dari mutu terbaik, dibuat dari hasil tanaman musim yang terbaru

    sekali, bersih, bebas dari serangan perosak, benda asing dan benda-benda yang merosakkan.

    38.2 Hendaklah tidak berlapuk atau bercendawan. 38.3 Dibekalkan dalam politin beg atau bekas yang bersih dan sesuai.

    39. Pewarna Makanan

    39.1 Pewarna makanan hendaklah yang telah diluluskan dan tidak bercampur

    dengan bahan tiruan. 39.2 Hendaklah dari mutu yang baik dan bersih. 39.3 Hendaklah dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    40. Essen Pisang 40.1 Essen Pisang hendaklah yang telah diluluskan dan tidak dicampur dengan

    bahan tiruan. 40.2 Hendaklah dari mutu yang baik dan bersih.

    40.3 Hendaklah ditentukan bahawa bahan tersebut tiada mengalami perubahan warna, masuk angin atau mengandungi bahan asingan.

    40.4 Hendaklah dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    41. Kueh Tiau

    41.1 Hendaklah diperbuat dari tepung beras mutu terbaik menurut adat resam

    tempatan dan di bawah keadaan yang bersih. 41.2 Hendaklah bersih dan bebas dari berlapuk atau serangan perosak dan tidak

    mempunyai bau yang tidak diingini. 41.3 Hendaklah berwarna putih sejuk (off-white) dan jernih rupanya. 41.4 Hendaklah dibungkus dalam bungkusan bungkusan yang sesuai dan bersih

    dan tidak melebihi berat 15 paun atau 6.8 kg tiap-tiap satunya.

    42. Tepung Caca

    42.1 Hendaklah bersih, tidak berlapuk atau mempunyai campuran

    bahan-bahan asing atau pewarna. 42.2 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

  • 43. Serbuk Jintan Putih

    43.1 Hendaklah diperbuat dari jintan putih yang bermutu baik dari di bawah keadaan baik. 43.2 Hendaklah bersih, tidak berlapuk atau mempunyai campuran

    bahan-bahan asing atau pewarna.

    43.3 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih. 44. Garam Kasar

    44.1. Garam yang dibekalkan mestilah bersih dan tidak ada campuran batu atau lain-lain kotoran.

    44.2. Garam halus bewarna putih dan hendaklah dipastikan ianya di kilang / dikisar

    di bawah keadaan yang bersih dan telah mematuhi segala syarat / peraturan mengenainya yang sedang berkuatkuasa.

    44.3. Dibekalkan dalam bekas yang bersih dan sesuai.

    Penentuan Bahagian IV Penentuan-penentuan asas bagi item-item di dalam Kumpulan IV adalah seperti berikut:- 1. Bahan-bahan hendaklah ditentukan hanya bahan-bahan makanan yang disahkan

    HALAL disisi Agama Islam sahaja digunakan. 2. Bagi bahan makanan di dalam tin hendaklah ditentukan bahawa tin-tin tersebut

    adalah di dalam keadaan yang tidak berkarat, kemek atau rosak. 3. Bagi bahan makanan di dalam botol, hendaklah ditentukan bahawa bahan tersebut

    tiada mengalami perubahan warna, masuk angin atau mengandungi bahan asingan. 4. Bahan-bahan makanan yang menggunakan tempoh penggunaan (shelf life period),

    bahan-bahan yang telah habis tempoh atau hampir tamat tempoh penggunaan hendaklah ditolak.

    5. Bahan-bahan makanan hendaklah di dalam bungkusan yang sempurna menurut

    peraturan pembungkusan bahan makanan. 6. Bahan-bahan makanan mestilah di dalam mutu baik, tidak kotor dan boleh diterima

    untuk kegunaan.

    1. Susu Cair 1.1 Hendaklah susu dari mutuyang terbaik dan dari jenama yang telah

    ditetapkan. 1.2 Susu hendaklah bersih, tidak rosak dan tidak dicampur dengan bahan tiruan. 1.3 Hendaklah ditentukan bahawa tin-tin tersebut adalah di dalam keadaan yang

    tidak berkarat, kemek atau rosak.

  • 1.4 Hendaklah dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    2. Mixed Fruits 2.1 Hendaklah dari mutu yang terbaik dan ynag telah diluluskan.

    2.2 Hendaklah bersih, tidak rosak dan tidak dicampur dengan bahan tiruan. 2.3 Hendaklah ditentukan bahawa tin-tin tersebut adalah di dalam keadaan yang

    tidak berkarat, kemek atau rosak. 2.4 Hendaklah dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    3. Ajinomoto 3.1 Hendakalah daripada jenis yang telah ditetapkan.

    3.2 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    4. Minyak Jagung 4.1 Hendaklah yang asli, bersih dan baru diproses. 4.2 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    5. French Fries

    5.1 Hendaklah dibuat dari kentang yang segar dan bersih.

    5.2 Hendaklah bebas dari bahan-bahan campuran. 5.3 Hendaklah dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    6. Jagung Tin

    6.1 Hendaklah dari mutu yang baik dan bersih.

    6.2 Hendaklah dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    7. Polyunsaturated Marjerin

    7.1 Hendaklah dari jenis yang telah diluluskan. 7.2 Dibekalkan dalam bekas yang bersih dan sesuai.

    8. Biskut Tawar Hup Seng

    8.1 Mestilah dari jenis biskut yang bermutu tinggi. 8.2 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

  • 9. Biskut Manis

    9.1 Mestilah dari jenis biskut yang bermutu tinggi 9.2 Dibekalkan dalam bekas yang sesuai dan bersih.

    10. Tomato Puri 10.1 Hendaklah ditentukan bahawa bahan tersebut tiada mengalami perubahan

    warna, masuk angin atau mengandungi bahan asing.

    11. Sup Bunjut 11.1 Hendaklah ditentukan bahawa bahan tersebut tiada mengalami perubahan

    warna atau mengandungi bahan asing.

    12. Sos Tiram

    12.1 Hendaklah ditentukan bahawa bahan tersebut tiada mengalami perubahan warna, masuk angin atau mengandungi bahan asing.

    13.Tepung Ayam Goreng Kentucky

    13.1 Jenis tepung yang dibekalkan mestilah dari mutu terbaik.

    13.2 Hendaklah tidak berlapuk atau berulat dan bebas dari benda-benda yang merosakkan.

    13.3 Tepung yang tengit atau tidak mempunyai bau yang tidak diingini tidak boleh

    diterima.

    13.4.1