Dayah isu
-
Author
puteri-alyafie -
Category
Economy & Finance
-
view
902 -
download
0
Embed Size (px)
Transcript of Dayah isu

Terdapat tiga cara untuk menciptakan wang :
Pertama dengan cara mencetak mata wang kertas atau wang logam
Kedua melalui pengadaan wtang dan pinjaman
Ketiga melalui beragam kebijakan pemerintah, misalnya seperti pelonggaran kuantitatif.
Indeks harga1
Terdapat pelbagai indeks harga lain yang boleh dikira untuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya
indeks harga borong, indeks harga barang import, indeks harga makanan dan lain-lain.
Indeks Harga Pengguna
Mengukur perubahan purata harga barang-barang yang dibelanjakan oleh pengguna dari satu
tahun ke satu tahun yang lain. Indeks harga dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu dengan wajaran dan
tanpa wajaran. Wajaran lebih baik kerana ia menunjukkan pola penggunaan barang-barang
dalam kalangan pengguna.Oleh itu barang yang dipilih biasanya mewakili corak perbelanjaan
pengguna di dalam sesebuah negara.
Cara mengira indeks harga2
a) Memilih tahun asas
Tahun asas merupakan tahun yang tingkat harganya dijadikan perbandingan dengan tingkat
harga tahun berikutnya atau tahun yang hendak dikira.Pada tahun asas biasanya harga brang-
barang adalah stabil.Nilai indeks tahun asas ini ialah 100.Di Malaysia tahun yang pernah
dijadikan tahun asas ini ialah tahun 1980 dan 1987. Jika tahun 2013 Indeks Harga pengguna
meningkat kepada 180, ini bermakna harga barang telah naik secara puratanya sebanyak 80%
180-100 x 100% = 80%
100
1Abd. Kadir Mat Yazif (2003), ekonomi Makro , Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn.Bhd. h.131-1342FauziHussin (2004), Makro Ekonomi Untuk Matrikulasi, ed.1, PTS Publication & Distributors SDN. BHD.h.153-157

b) Pemilihan barang
Barang yang dipilih mestilah mewakili corak perbelanjaan isi rumah keseluruhannya iaitu barang
yang digunakan oleh kebanyakan pengguna dalam ekonomi.Barang yang dipilih dikelompokkan
dalam kumpulan yang tertentu seperti makanan, minuman, pakaian, perabot, perbelanjaan
perubatan dan kesihatan, pengangkutan, rekreasi dan hiburan.
c) Memberi wajaran
Wajaran ialah kepentingan barang yang digunakan oleh pengguna. Ada barang lebih penting
berbanding yang lain. Barang yang penting dan digunakan oleh sebahagian besar pengguna
diberikan wajaran yang tinggi berbanding barang kurang penting lain. Jumlah nilai wajaran ialah
100.ia dipecahkan mengikut kelompok barang.Misalnya makanan diberi 50, pakaian 35
minuman 15. Jumlahnya mesti sama dengan 100. Kepentingan sesuatu barangan akan berubah
mengikut masa atau tahun. Oleh itu, nilai wajaran juga akan berubah. Di Malaysia wajaran
diberi berpandukan kajian perbelanjaan isi rumah yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia.
Nilai wang
Nilai wang dan perubahan nilainya boleh diukur dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna.
Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan
perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang.Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum.
Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat
harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat.Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan
formula berikut:
Nilai wang (2013) = IHP 0 X 100
IHP1
Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100
Contoh
Tahun Indeks harga pengguna

1 100
2 200
Berdasarkan jadual di atas, nilai wang pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1 ialah
Nilai wang = 100/120 x 100 = 83.33
Ini bermakna, nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% (100 - 83.33) pada tahun 2 berbanding
dengan tahun 1.
Proses Penciptaan Kredit
Seperti yang diketahui, satu keistimewaan bank perdagangan ialah ia boleh mencipta wang.
Tindakan ini dibuat melalui pelanggan yang membuka akaun semasa. Simpanan semasa boleh
diwujudkan dalam 2 keadaan:
1. Melalui simpanan utama
Iaitu pelanggan menyimpan wang tunai atau cek di dalam bank perdagangan. Bank akan
memberikan buku cek kepada pelanggan dengan membuka akaun semasa.
2. Melalui simapanan derivative;
Iaitu bank memberi pinjaman kepada pelanggannya dan membuka akaun semasa atas
nama pelanggan tersebut. Pelanggan akan mendapat buku cek dan secara teorinya untuk
menerangkan proses penciptaan kredit, diperlukan beberapa andaian.
Sebelum kajian mengenai penciptaan wang di bank perdagangan dapat dibuat, andaian-
andaian berikut perlulah ada, iaitu:
a. Semua deposit yang diterima oleh bank perdagangan perlulah merupakan deposit semasa.
b. Nisbah rizab (nisbah rizab wajib dan nisbah rizab mudah tunai) adalah 20%.
c. Semua lebihan rizab bank perdagangan akan dipinjamkan.

d. Tidak berlaku kebocoran wang tunai daripada system bank.
e. Semua urusniaga dibayar dengan cek.
f. Pada permulaan semua bank tidak mempunyai lebihan rizab.
g. Suasana pelaburan adalah dalam keadaan baik.
h. Pelabur mampu menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.
Proses penggandaan wang
Andaikan seorang individu memasukkan wang tunai RM1 000 ke dalam akaun semasa di bank
A.
a. Bank A hanya perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa untuk memenuhi nisbah
rizab seperti yang telah ditetapkan oleh bank pusat sebanyak RM200 (20% x RM 1 000).
b. Lebihan rizab sebanyak RM 800 (RM 1000 – RM 200) akan dipinjam kepada pelanggan
lain, iaitu individu B dengan mengeluarkan cek bernilai RM800 kepada individu B.
Individu B pula akan memasukkan cek ke dalam akaun semasanya di Bank B.
a. Bank B akan menyimpan 20% daripada deposit sebagai nisbah rizab sebanyak RM 160
(20% x RM 800).
b. Lebihan rizab sebanyak RM 640 (RM 800 – RM 160) akan dipinjamkan pula kepada
induvidu C, dan membolehkan bank B mencipta kredit pinjman sebanyak RM 640.
Individu C pula akan memasukkan cek ke dalam akaun semasanya di bank C dan
seterusnya proses di atas akan berulang.
Proses ini akan berterusan sehingga tiada lagi lebihan rizab yang boleh di pinjamkan
untuk mencipta kredit pinjaman.
Proses penggandaan wang dengan mengggunakan jadual
Keseluruhan proses pengandaan wang boleh ditunjukkan melalui jadual di bawah;

Pada akhir proses penciptaan wang, jumlah bekalan wang telah bertambah dari RM 1000 kepada
RM 5000. Begitu juga berlaku pada jumlah rizab dan pinjaman yang menunjukkan peningkatan
dari jumlah asal wang.
Rumusan penggandaan wang, rizab dan pinjaman
Berapa banyak proses wang (deposit semasa ) yang dapat dicipta oleh bank perdagangan
bergantung kepada nilai pengganda wang.
Hasil Penciptaan Kredit
1. Nilai pengganda wang
= 1 / nisbah rizab
= 1/ 20% = 5.
2. Jumlah deposit semasa
= deposit semasa asal x pengganda wang
= RM1000 x 5 = RM5000.
3. Jumlah rizab
= Rizab asal x pengganda wang
= RM200 x 5 = RM1000.
4. Jumlah kredit pinjaman dicipta
= Pinjaman asal x pengganda wang
= RM800 x 5 = RM4000.
5. Tambahan bekalan wang
= Jumlah deposit semasa – Deposit wang tunai
= RM5000 – RM1000 = RM4000.
6. Keseluruhan proses penggandaan wang:
BankHarta (RM)
Tanggungan (RM)
Rizab Pinjaman Deposit

(20%) (80%)
AB
Lain-lain
200160640
800640
2560
1000800
3200
Jumlah (RM)
1000 4000 5000
Dapatan-Dapatan
1. Penciptaan deposit semasa sama dengan penciptaan wang kerana deposit semasa ialah
sebahagian daripada bekalan wang M1.
2. Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah berkali ganda apabila bank perdagangan
mencipta deposit semasa.
3. Deposit semasa sama dengan wang bank
4. Deposit utama adalah deposit semasa asal RM1000 yang diterima oleh Bank A.
5. Deposit derivative adalah Deposit semasa baru RM4000 yang diwujudkan oleh semua
bank berkenaan.
6. Hanya bank-bank perdagangan boleh mencipta deposit semasa (wang) kerana pelanggan-
pelanggannya menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.
Bagaimana bank mencipta kredit
Pinjaman kepada pelanggan merupakan satu kegiatan bank yang paling menguntungkan.Tetapi
kehendak untung meluaskan lagi pinjaman ini dihalang oleh keperluan untuk menyimpan tunai
yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan yang hendak mengeluarkan wang tunai.
Daripada pengalaman lepas bank dapat mengagak berapa banyak daripada asetnya yang mesti
disimpan dalam bentuk cair dan berapa banyak pula bakinya yang boleh dipinjamkan kepada
para pelanggannya. Sebenarnya bank tidak menyimpan rizab wang tunai yang sama jumlahnya
dengan simpanan para pelanggannya.

Had penciptaan wang3
Jumlah deposit semasa yang dapat dicipta oleh bank perdagangan adalah seperti di atas jika
semua andaian dipenuhi. Kesan penggandaan wang terhadap pertambahan bekalan wang akan
terganggu jika:-
a. Bocoran wang tunai berlaku
Bocoran ini berlaku apabila peminjam tidak memasukkan semula wang yang dipinjam ke dalam
akaun semasanya.Sebaliknya cek tersebut ditunaikan dan digunakan sebahagian atau sepenuhnya
untuk berbelanja. Keadaan ini akan mengurangkan keupayaan bank mencipta wang.
b. Bank pusat menaikkan nisbah rizab
Apabila bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun dan nisbah rizab minimum, bank
perdagangan akan kekurangan lebihan rizab untuk dipinjamkan. Keadaan ini akan
mempengaruhi jumlah deposit semasa yang dapat diciptakan oleh bank perdagangan.
c. Suasana pelaburan yang tidak baik
Jika berlaku kemelesetan ekonomi, pelabur kurang berminat untuk melakukan pelaburan.Oleh itu
pelabur kurang minat untuk meminjamkan wang daripada bank perdagangan. Begitu juga jika
kadar faedah bank dinaikkan, maka pelabur juga kurang berminat untuk meminjam wang
daripada bank perdagangan. Ini akan menyebabkan bank perdagangan mempunyai banyak
lebihan rizab yang tidak dapat dipinjamkan dan akan mengurangkan jumlah deposit semasa yang
dapat dicipta.
d. Jumlah wang dalam edaran dikurangkan
Jika bank pusat mengurangkan jumlah wang dalam edaran semasa inflasi dan semasa negara
mengalami imbangan pembayaran defisit, maka jumlah wang tunai yang dimasukkan ke dalam
akaun deposit semasa akan berkurangan. Ini menyebabkan proses penggandaan wang akan
terganggu.
3Abd. Kadir Mat Yazif (2003), ekonomi Makro , Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn.Bhd, h. 151-152

e. Bukan semua urusniaga dibayar dengan cek
Tidak semua urusniaga yang dilakukan dibayar dengan cek. Oleh itu jumlah deposit semasa yang
diterima oleh bank perdagangan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan kebolehan
bank perdagangan mencipta wang.
f. Pelabur tidak mampu menyediakan cagaran
Tidak semua pelabur yang ingin meminjam dapat menyediakan cagaran yang dikehendaki oleh
bank. Oleh itu permohonan pinjaman pelabur yang menghadapi masalah mengadakan cagaran
tidak akan diluluskan oleh bank perdagangan. Akibatnya proses penggandaan wang akan
terhalang.
g. Keinginan untuk menjamin keteguhan bank
Terdapat bank perdagangan yang ingin mengekalkan keyakinan yang tinggi dari masyarakat
terhadap keteguhan banknya apabila beroperasi.Oleh itu pemberian pinjaman dan melaburkan
lebihan rizab perlu dilakukan dengan berhati-hati. Bank perdagangan akan sentiasa memastikan
nisbah rizabnya adalah lebih tinggi dari yang diwajibkan. Akibatnya bank perdagangan terpaksa
mengurangkan aktiviti penggandaan wangnya melalui pinjaman.
Kawalan kredit oleh bank negara
Fungsi bank negara yang terpenting sekali ialah penciptaan kredit oleh bank perdagangan,
operasi pengawalan kredit ini dilakukan melalui peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Bank
Negara untuk dipatuhi oleh bank perdagangan dengan tujuan menguasai simpanan dan pinjaman
yang dikeluarkan oleh bank perdagangan.Oleh sebab sebahagian besar daripada kegiatan
ekonomi bergantung pada pinjaman bank maka kawalan perlu diwujudkan.
Penekanan Bank Pusat untuk mengawal kredit pada masa sekarang bertujuan untuk mencapai
kestabilan guna tenaga dan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat. Dengan cara
mengadakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengawasi kuasa beli orang ramai, pihak Bank

Negara boleh mengurangkan turun naik tingkat harga umum dalam negara. Ke tidak stabilan
harga boleh menyebabkan kepincangan ekonomi negara.
Kaedah mengawal kredit
a) Kadar bank
Kadar bank ialah kadar yang minimum yang dikenakan oleh bank pusat untuk mendiskaunkan
bil-bil perintah yang diakuinya.
Perubahan kadar bank ini akan mempengaruhi kadar bunga. Oleh itu apabila kadar bank naik,
kadar pinjaman akan menjadi mahal dan demikian sebaliknya. Perubahan kadar bank ini
mempengaruhi penawaran dan permintaan wang. Pinjaman tidak begitu menggalakkan apabila
kadar bank tinggi.
b) Operasi pasaran terbuka
Operasi pasaran terbuka ialah penjualan dan pembelian sekuriti kerajaan jangka pendek atau
jangka panjang oleh Bank Negara. Apabila bank negara menjual sekuriti kerajaan dalam pasaran
terbuka, maka Bank Negara akan menerima pembayaran dalam bentuk cek pelaburan-pelaburan
institusi yang kebanyakannya dipunyai oleh bank-bank. Oleh itu, rizab tunai yang dimiliki oleh
bank perdagangan di bank negara akan berkurangan. Apabila rizab tunai telah berkurangan,
bank-bank terpaksa mengurangkan pemberian pendahuluan dan pinjaman. Dengan demikian
kredit berkurangan.Sebaliknya berlaku sekiranya Bank Negara membeli semula sekuriti kerajaan
terbabit.
c) Pendanaan
Pendanaan dirujuk pada penukaran hutang jangka pendek kepada jangka panjang. Melalui
pendanaan aset jangka pendek seperti bil-bil pembendaharaanakan berkurang. Pengurangan aset
ini akan menyebabkan pengurangan nisbah kecairan bank perdagangan dan ini menyebabkan
penciptaan kredit turut berkurang.
d) Catuan kredit

Bank Negara boleh mengenakan sekatan terhadap pinjaman dan pendahuluan. Catuan kredit
dilakukan sama ada dengan cara menghadkan jumlah mengikut pelanggan atau mengikut
kegunaan.
e) Meminda nisbah keperluan rizab
Bank Negara boleh meminda nisbah rizab berkanun, nisbah kecairan dan nisbah mudah tunai
bank perdagangan untuk disesuaikan dengan dasar negara.4
Permintaan wang
Permintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan
perkhidmatan.Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara.Semakin
tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga.Ini dapat ditunjukkan
pada rajah (a).Pada pendapatan negara Y0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M0.Apabila
pendapatan negara meningkat ke Y1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M1.Ini
bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan
negara.
4Abd Aziz Hussain (1993), Ekonomi STPM Dewan. Dewan bahawa an pustaka. Selangor Darul Ihsan. h.307-318

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan
dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk
tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon
dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga,
semakin tinggi harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat
ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang tinggi, iaitu r0, permintaan wang untuk tujuan
spekulasi ialah M0. Apabila kadar bunga turun ke r1, permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat
ke M1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan
kadar bunga.
Teori wang
Peranan wang dalam menggalakkan kegiatan ekonomi dan mempengaruhi tingkat harga. Untuk itu, dua
teori kewangan iaitu Teori Kuantiti Wang dan Teori Kewangan Keynes akan digunakan untuk
menerangkan perkara tersebut.
Sebagai permulaan, peranan wang dalam ekonomi menggunakan Teori Kuantiti Wang. Di antara perkara
yang akan dibincangkan adalah:
a. Menerangkan persamaan pertukaran mengikut analisa Fisher : MV = PT
b. Menerangkan Persamaan pertukaran mengikut analisis Cambridge : M = kPT

Teori Kuantiti Wang Fisher
Teori kuantiti wang merupakan teori terawal yang menganalisis kesan perubahan bekalan wang ke atas
tingkat harga.Ia telah diperkenalkan oleh ahli ekonomi klasikiaitu Profesor Irving Fisher, seorang ahli
ekonomi Amerika terkenal.Teori Kuantiti Wang ialah teori yang menjelaskan hubungan antara bekalan
wang dengan tingkat harga umum..Ia menyatakan bahawa permintaan wang adalah dipengaruhi oleh
jumlah urus niaga dalam ekonomi. Oleh itu, permintaan wang akan bertambah apabila jumlah urus niaga
dalam ekonomi bertambah.
Teori ini menyatakan perubahan bekalan wang akan menyebabkan perubahan harga umum pada kadar
dan arah yang sama. Ini bermakna, jika bekalan wang bertambah 10% maka tingkat harga juga akan naik
sebanyak 10% dan sebaliknya.
Perhubungan antara perubahan bekalan wang dan tingkat harga ini dapat diterangkan dengan
menggunakan persamaan pertukaran.Terdapat dua persamaan pertukaran iaitu persamaan pertukaran
mengikut analisis Fisher dan persamaan pertukaran mengikut analisis Cambridge.
Persamaan Pertukaran Fisher
Irving Fisher telah mengemukakan persamaan pertukaran baru yang dikenali sebagai persamaan Fisher
iaitu,
Mengikut Analisis Fisher
MV = PTdimana
M= Bekalan wang / penawaran wang dalam ekonomi
V= Halaju pusingan wang (kekerapan satu unit mata wang bertukar tangan dalam ekonomi) = Pendapatan
negara (Y) / Penawaran wang (M)
P= Tingkat harga umum (harga purata semua barang dan perkhidmatan yang diurusniagakan dalam
ekonomi).
T= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.
Sebelah kiri persamaan, iaitu MV, merupakan jumlah perbelanjaan yang dibuat dalam
ekonomi.Iadiperolehi dengan mendarabkan jumlah bekalan wang yang dipegang oleh isi rumah dengan

kekerapan setiap wang bertukar tangan dalam masa setahun. Manakala di sebelah kanan persamaan, iaitu
PT, merupakan jumlah hasil keluaran yang diterima oleh pengeluar dalam ekonomi.Nilai ini diperolehi
dengan mendarabkan tingkat harga dengan jumlah barang yang di urusniagakan.
Oleh kerana jumlah perbelanjaan datangnya dari isi rumah dan pengeluar, maka barang yang di
urusniagakan tidak semestinya barang akhir. Ini kerana firma akan membeli barang peralihan untuk
menghasilkan barang pengguna atau barang siap. Oleh itu PT tidak semestinya nilai KNK. Dengan ini,
dari persamaan, kita dapati jumlah perbelanjaan yang dibuat (MV) adalah sama dengan jumlah hasil (PT)
yang diterima dalam ekonomi.
Untuk menganalisis kesan perubahan bekalan wang ke atas tingkat harga, ahli ekonomi klasik telah
mengemukakan dua andaian.
i. Halaju peredaran wang @ V adalah tetap
Ahli ekonomi klasik berpendapat, halaju peredaran wang adalah dipengaruhi oleh institusi kewangan,
sistem pembayaran gaji, kepadatan penduduk, kecekapan sistem pengangkutan dan sebagainya.Dalam
jangka pendek, faktor-faktor ini tidak berubah.Oleh itu corak dan kekerapan perbelanjaan masyarakat
tidak berubah.Dengan ini halaju peredaran wang adalah stabil.Oleh itu, mengikut Fisher, V ditentukan
oleh aktiviti urus niaga, institusi kewangan dan sistem pembayaran gaji yang bersifat tetap dalam jangka
pendek.
ii. Jumlah barang yang di urusniagakan (T) adalah tetap
Mengikut pendapat ahli ekonomi klasik, guna tenaga penuh adalah sentiasa tercapai.Oleh itu faktor-faktor
pengeluaran telah digunakan sepenuhnya dan keluaran adalah maksimum serta tidak boleh ditambah atau
dikurangkan.
Dengan menggunakan andaian di atas yang menyatakan nilai V dan T adalah tetap, maka perubahan
bekalan wang akan mempengaruhi tingkat harga umum pada kadar dan arah yang sama.
Kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher
1- Andaian bahawa halaju pusingan wang (V) adalah tetap berdasarkan andaian ekonomi lebih stabil
dalam jangka masa pendek adalah tidak benar.Dalam keadaan sebenar, halaju pusingan wang sentiasa
berubah. Semasa inflasi, halaju pusingan wang akan meningkat dan sebaliknya, semasa deflasi, halaju
pusingan wang akan merosot.

2- Andaian bahawa ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh dan jumlah keluaran adalah tetap
adalah tidak benar.Dalam keadaan sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dalam sesebuah ekonomi.
Apabila permintaan agregat bertambah semasa ekonomi melambung, jumlah keluaran akan bertambah
dan kadar pengangguran akan berkurangan (dan guna tenaga penuh mungkin dicapai) dan sebaliknya,
semasa ekonomi meleset, jumlah keluaran akan berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.
3- Andaian tentang P hanya dipengaruhi oleh M adalah tidak benar. P turut dipengaruhi oleh V dan
T melalui rumus P = MV / T.Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan permintaan wang
terhadap tingkat harga umum. Apabila permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertambah, V dan T
akan bertambah.
Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga terhadap tingkat harga umum.
Kejatuhan kadar bunga semasa keadaan ekonomi meleset akan meningkatkan jumlah pelaburan dan
penggunaan. Ini seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat dan menaikkan tingkat harga umum.
Sebaliknya, peningkatan kadar bunga semasa inflasi akan meningkatkan tabungan dan mengurangkan
pelaburan. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan tingkat harga umum.
Analisis Cambridge (M = kPT)
Persamaan Baki Tunai (Persamaan Cambridge) merupakan teori kewangan yang diperkenalkan oleh
Alfred Marshall, seorang ahli ekonomi Britishdari Universiti Cambridge..Marshallmenyatakan bahawa
perubahan penawaran wang akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum dengan kadar yang sama
(% ΔM = %ΔP).Beliau tidak menekankan faktor halaju pusingan wang, tetapi lebih menekankan mengapa
masyarakat memegang wang. Menurut pendapat ahli ekonomi klasik, tujuan masyarakat memegang wang
adalah untuk urusniaga barang akhir.Mereka berpendapat perbelanjaan seseorang merupakan satu
bahagian yang konstan daripada jumlah pendapatan yang diterima.
Persamaan Cambridge telah dibentuk oleh Alfred Marshall Dalam analisisnya,
Oleh itu persamaan Cambridge dapat dirumuskan seperti berikut:
M = kPT di mana
M= penawaran wang

P= tingkat harga umum
T= jumlah urus niaga
k= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.
Sama seperti teori Fisher, PT merupakan jumlah KNK, manakala T adalah barang akhir. Berdasarkan
teori Fisher, MV = PT. Oleh itu V = PT/M. Sementara itu dalam teori persamaan Cambridge, M = kPT.
Oleh itu 1/k = PT/M. Jika disamakan kedua-dua teori ini V dalam teori Fisher sama dengan 1/k dalam
persamaan Cambridge iaitu
V = 1/k. Ini bermakna k mempunyai hubungan songsang dengan V. k biasanya dinyatakan dalam sebutan
nisbah. Contohnya, jika masyarakat menyimpan 25% daripada pendapatannya maka k = ¼.
Berdasarkan hubungan V = 1/k, jika V = 4, iaitu seunit wang bertukar milik empat kali, maka nilai k = ¼.
Oleh itu orang ramai perlu menyimpan ¼ daripada pendapatan mereka dalam bentuk tunai untuk tujuan
urusniaga.Oleh itu persamaan Cambridge juga dikenali sebagai teori baki tunai.
Dengan mengandaikan ekonomi berada dalam guna tenaga penuh dan nisbah k adalah malar dalam
jangka pendek maka perubahan bekalan wang akan mempengaruhi tingkat harga pada nisbah dan arah
yang sama.
Walaupun teori kuantiti wang dapat menunjukkan kesan perubahan bekalan wang ke atas tingkat harga,
tetapi teori ini telah dikritik kerana ia merupakan teori yang statik.
Kritikan Ke atas Teori Kuantiti Wang
a. Andaian bahawa T adalah tetap kurang tepat
Keynes berpendapat bahawa ekonomi tidak selalunya mencapai guna tenaga penuh.Menurutnya ekonomi
sering berada dibawah tahap guna tenaga penuh.Ini bermakna terdapat sebahagian faktor pengeluaran
yang belum digunakan secara optimum.Oleh itu jika terdapat pertambahan permintaan, pengeluaran
barang dapat ditambah dengan menggunakan sumber yang masih menganggur. Oleh itu pertambahan
bekalan wang tidak semestinya meningkatkan harga pada kadar dan arah yang sama.
b. Halaju peredaran wang tidak selalu tetap dalam jangka pendek dan jangka panjang

Andaian V adalah tetap dalam jangka pendek adalah kurang tepat. Terdapat banyak faktor lain yang boleh
mempengaruhi V. Contohnya, keadaan turun naik ekonomi boleh mempengaruhi V. Semasa inflasi,
masyarakat lebih suka berbelanja. Oleh itu nilai V akan meningkat. Sebaliknya semasa kemelesetan
ekonomi, perbelanjaan masyarakat akan berkurangan. Ini menyebabkan nilai V berkurangan.Dalam
jangka panjang pula, perkembangan pesat institusi kewangan boleh mempengaruhi baki tunai yang
menyebabkan V semakin meningkat.
c. Penjelasan teori kuantiti wang yang tidak lengkap
Apabila andaian V dan T tidak benar, maka hubungan antara bekalan wang dan tingkat harga menjadi
semakin sukar.Harga mungkin naik atau tetap apabila T dan V berubah. Jika persamaan ditulis semula
seperti P = MV/T, maka tingkat harga sekarang akan dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu M, V dan T dan
bukan hanya bekalan wang sahaja.
d. Fungsi wang terhad sebagai alat untuk melicinkan urusniaga
Dalam persamaan MV = PT, masyarakat meminta wang hanya untuk tujuan urusniaga sahaja. Jika kadar
pertambahan bekalan wang (M) menyamai kadar pertambahan dalam barang (T), maka tingkat harga
tidak berubah. Ini hanya benar jika wang diminta hanya untuk tujuan urusniaga. Sebenarnya, masyarakat
meminta wang untuk tujuan lain seperti tujuan spekulasi dan awasan seperti yang diperkatakan oleh
Keynes. Oleh kerana itu pertambahan bekalan wang tidak lagi menyebabkabn tingkat harga bertambah
dengan kadar yang sama. Ini disebabkan permintaan wang untuk tujuan lain juga akan meningkat.
e. Teori kuantiti wang mengabaikan kesan perubahan bekalan wang ke atas kadar bunga
Mengikut teori kuantiti wang klasik, kadar bunga ditentukan oleh permintaan tabungan untuk pelaburan
dan penawaran tabungan. Oleh itu mereka berpendapat perubahan bekalan wang tidak mempengaruhi
kadar bunga. Pandangan ini berbeza dengan pendapat Keynes yang mengatakan bekalan wang, tingkat
harga dan kadar bunga saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kadar bungalah sebenarnya lebih
mempengaruhi tingkat harga. Apabila kadar bunga tinggi ia tidak menggalakkan aktiviti pelaburan dan
pinjaman, kerana kos meminjam adalah tinggi. Ini menyebabkan kejatuhan harga barang. Sebaliknya jika
kadar bunga rendah, ia akan menggalakkan pelaburan dan penggunaan dan menyebabkan harga
meningkat.
Teori Pilihan Kecairan Keynes

Permintaan wang bermakna pilihan kecairan atau pilihan ketunaian.Orang ramai tetap hendak memegang
wang tunai walaupun menerima bayaran faedah apabila menabung di bank perdagangan.Permintaan wang
dalam ekonomi adalah dipengaruhi oleh tujuan urus niaga, awasan, dan speklulasi.
Permintaan Wang — Tujuan Urus Niaga
Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan.Sektor firma
meminta wang tunai untuk membeli faktor-faktor pengeluaran.
Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat,
permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot,
permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan.
Permintaan wang untuk tujuan urus niaga tidak bergantung pada kadar bunga.
Permintaan Wang — Tujuan Awasan
Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membayar perbelanjaan di luar dugaan seperti membayar bil
hospital atau bil membaiki kereta.Sektor firma meminta wang tunai untuk menjelaskan perbelanjaan yang
tidak dirancangkan seperti menjelaskan bil membaiki kilang yang rosak akibat malapetaka atau
menjelaskan bil bahan mentah yang telah naik harga secara tiba-tiba.
Permintaan wang untuk tujuan awasan bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat,
permintaan wang untuk tujuan awasanakan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot,
permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan.
Permintaan wang untuk tujuan awasan tidak bergantung pada kadar bunga.
Permintaan Wang — Tujuan Spekulasi
Wang untuk tujuan spekulasi akan digunakan untuk membeli bon atau saham bagi tujuan memperoleh
keuntungan. Keuntungan akan diperoleh daripada kegiatan spekulasi dalam pasaran apabila membeli
saham atau bon pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi.
Permintaan wang bagi tujuan spekulasi bergantung pada tingkat kadar bunga. Apabila kadar bunga tinggi,
permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah rendah, dan sebaliknya, apabila kadar bunga rendah,
permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah tinggi.
Terbitan Keluk Permintaan Wang

Penawaran Wang
1. Dikawal oleh bank pusat.
2. Jumlah penawaran wang tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar bunga.
3. Mempengaruhi kestabilan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penawaran wang
berlebihan mewujudkan masalah inflasi. Penawaran wang yang sedikit mewujudkan kelembapan
pertumbuhan ekonomi / kemelesetan ekonomi dan masalah pengangguran.
4. Bagi menjamin penawaran wang sentiasa mencukupi, pengeluaran wang (oleh bank pusat) dan
penciptaan kredit (oleh bank perdagangan) dikawal rapi oleh Bank Pusat.

Keseimbangan Permintaan dan Penawaran Wang: Keseimbangan Kadar Bunga
Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga

Kegunaan Teori Pilihan Kecairan Keynes
Menjelaskan kesan akhir pertambahan penawaran wang terhadap tingkat harga umum apabila ekonomi
belum mencapai guna tenaga penuh
Menjelaskan kesan pertambahan Wang Terhadap Aktiviti Ekonomi Pada Tingkat Guna Tenaga Penuh