Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

27
Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti Pendahuluan Dakwah fardhiah memiliki keunikan dibandingkan dengan metod dakwah yang lain. Walaupun lebih kecil ruang lingkupnya dan hasilnya kurang kelihatan secara langsung tetapi seorang daie sentiasa memantau respon mad’u setiap masa. Kegiatan dakwah fardhiah dilakukan dimana dan pada bila-bila masa. Secara umumnya, dakwah fardhiah dimulai dengan tahapan menjalin hubungan dengan masyarakat umum, kemudian memilih salah seorang dari mereka untuk membina hubungan lebih erat, kerana daie mengetahui bahawa orang tersebut layak menerima kebaikan dari kegiatan dakwah fardhiah. "Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka "Al-Baqarah: 193 Kegiatan dakwah fardhiah diarahkan untuk menyampaikan dan menyeru individu agar terjadi perubahan pada dirinya. Arah perubahan diri dimulai dari kegiatan mengarahkan, melaksanakan, sehingga mengukur tahap kesedaran diri. Untuk mencapai sasaran dakwah, daie perlu membina hubungan dengan Allah. Dari celah-celah persahabatan dan keakraban itulah daie menyampaikan serta berusaha membawa mad’u kepada

description

dakwah

Transcript of Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Page 1: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Pendahuluan

Dakwah fardhiah memiliki keunikan dibandingkan dengan metod dakwah yang lain.

Walaupun lebih kecil ruang lingkupnya dan hasilnya kurang kelihatan secara langsung tetapi

seorang daie sentiasa memantau respon mad’u setiap masa. Kegiatan dakwah fardhiah

dilakukan dimana dan pada bila-bila masa. Secara umumnya, dakwah fardhiah dimulai

dengan tahapan menjalin hubungan dengan masyarakat umum, kemudian memilih salah

seorang dari mereka untuk membina hubungan lebih erat, kerana daie mengetahui bahawa

orang tersebut layak menerima kebaikan dari kegiatan dakwah fardhiah.

"Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka "Al-

Baqarah: 193

Kegiatan dakwah fardhiah diarahkan untuk menyampaikan dan menyeru individu

agar terjadi perubahan pada dirinya. Arah perubahan diri dimulai dari kegiatan mengarahkan,

melaksanakan, sehingga mengukur tahap kesedaran diri. Untuk mencapai sasaran dakwah,

daie perlu membina hubungan dengan Allah. Dari celah-celah persahabatan  dan keakraban

itulah daie menyampaikan serta berusaha membawa mad’u kepada keimanan, ketaatan,

kesatuan, dan komitmen pada sistem kehidupan Islam dan adab-adabnya. Jika sasarannya

berhasil, akan membuahkan sikap tolong-menolong (ta’awun) dalam kebaikan dan

ketakwaan, seterusnya beramal ma’ruf nahi munkar. Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,

mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang

menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Page 2: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Definisi Dakwah Fardhiah

Pengertian secara bahasa etimologis, kata dakwah merupakan bentuk masdar daripada

kata yad'u (fi'il mudhar'i) dan da'a(fi'il madi) yang ertinya adalah memanggil, mengundang,

mengajak menyeru, mendorong dan memohon (Awaludin, 2006: 2). Adapun menurut syara '

(istilah), maka ada beberapa definisi. Menurut Syaikhul Islam Ibnu mengatakan bahawa

dakwah adalah mengajak seseorang agar beriman kepada Allah dan kepada yang dibawa oleh

para Rasul-Nya dengan cara membenarkan apa yang merekaberitakan dan mengikuti apa

yang mereka perintahkan. Menurut Muhammad (1986: 9) mendefinisikan, dakwah adalah

mengumpulkan manusia dalam kebaikan dan menunjukkan mereka jalan yang benar dengan

cara amar makruf dan nahi mungkar. Allah berfirman, dalam surah Ali Imran: 104 yang

berbunyi: ertinya:“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru

kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan

mereka itulah orang-orang yang beruntung”

Fardhiah secara bahasa adalah sendirian, sesuatu yang sifatnya peribadi, suatu aktiviti

yang dilaksanakan oleh perseorangan. Definisi yang sederhana dari dakwah fardhiah adalah

“penumpuan dakwah atau berbicara dengan mad’u secara tatap muka atau dengan

sekelompok kecil dari manusia yang memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat khusus”(Sayid,2004 :

47). Adapun jenis dan kaedah dakwah fardhiah terbahagi kepada dua, iaitu:

Pertama, dakwah fardhiah yang muncul dari individu yang sudah berintima

(bergabung) dengan jamaah. Maksudnya, setiap individu yang ada dalam suatu jamaah dalam

kapasitinya sebagai pendakwah, melaksanakan kewajipan berupa interaksi yang sengit dalam

usaha menarik mereka untuk bergerak bersama jamaah dalam aktiviti amal islami.

Kedua, dakwah fardhiah yang muncul dari individu yang belum berintima 'kepada

suatu jamaah. Seorang muslim dengan kapasitinya sebagai sebahagian daripadaummah,

melaksanakan kewajipan dakwah ilallah dengan jalan khutbah, ceramah, tulisan-tulisan, dan

Page 3: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

makalah, yang aktiviti ini tidak mempunyai amal jama'i (kaitan jamaah) dan organisasi atau

perintah haraki.

Bentuk yang pertama dari pengertian dakwah fardhiah diatas lebih bermanfaat dan

berguna kerana merupakan suatu potensi yang digabungkan dengan potensi-potensi yang

lain, sehingga boleh menghasilkan Tsamarah (buah hasil) yang lebih baik, dengan sedikit

beban dan jalan pintas. Adapun bentuk kedua yang di lakukan oleh para khatib dan

penceramah, maka banyak tenaga yang harus tercurah ke sana, sementara pengaruhnya

sedikit dan tidak sampai ke arah cita-cita akhir yang ingin di raih kaum muslimin, yakni

menegakkan hukum Allah di muka bumi. Buktinya betapa banyak khutbah dan ceramah

yangdilakukan di dunia Islam pada setiap hari Jumaat dan didengar oleh berjuta-juta kaum

muslimin sejak kejatuhan khilafah islamiyah hingga kini, namun hasil yang mengarahkan

kepada pencapaian cita-cita akhirbelum boleh dirasakan. Adapun yang dimaksudkan di sini

adalah dengan besarnya tenaga yang mereka curahkan ternyata tidak setanding dengan hasil

yang di raih. Kerana potensi-potensi yang ada, Tidak terangkum dalam sebuah ikatan, dan

tidak teratur dalam bentuk perkumpulaan (Sayid, 2004: 49).

Prof. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud dalam bukunya "Dakwah Fardhiah: Membentuk

Peribadi Muslim mengatakan bahawa dakwah fardhiah adalah" ajakan atau seruan ke jalan

Allah yang dilakukan seorang daie (penyeru kepada orang lain secara perseorangan dengan

tujuan memindahkan al mad'u pada keadaan yang lebih baik dan di redhai Allah.

Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W S.A.W

Hal di atas dicontohkan Rasulullah S.A.W dengan melakukan pendekatan daie kepada

para sahabatnya seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq melakukan dakwah kepada orang yang

melakukan hubungan erat dengannya. Ibnu Hisyam meriwayatkan “para pemuka kaumnya

Page 4: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

selalu datang kepadanya untuk berbagai urusan seperti perdagangan, sekedar duduk-duduk

bersama sehingga banyak yang memeluk Islam.

Dakwah fardhiah juga dikenali dengan istilah halaqah.Halaqah adalah sekumpulan

orang yang ingin mempelajari dan mengamalkan Islam secara serius. Biasanya mereka

terbentuk kerana kesedaran mereka sendiri untuk mempelajari dan mengamalkan Islam

secara bersama-sama (amal jama'i). Kesedaran itu muncul setelah mereka bersentuhan dan

menerima dakwah dari orang-orang yang telah mengikutihalaqah terlebih dahulu, baik

melalui forum-forum umum, seperti tabligh,seminar, latihan atau dauroh, mahupun kerana

dakwah interpersonal(dakwah fardhiah).

Ketika, awal Islam diturunkan, bangsa Arab tengah berada pada keadaan jahiliyah,

sehingga dikenal dengan sebutan kaumjahil. Kaum Quraisy penduduk Mekah sebagai

bangsawan di kalangan bangsa Arab hanya mempunyai 17 orang yang pandaie baca dan tulis.

Suku Aus dan khazraj penduduk Yastrib (Madinah) hanya mempunyai 11 orang yang pandaie

membaca. Hal inilah yang menyebabkan bangsa

Arab sedikit sekali yang mengenal ilmu pengetahuan. Hidup mereka dipenuhi dengan sifat

kebengisan dan kehinaan, mereka hanya mengikuti hawa nafsu, yang kuat menindas yang

lemah, yang kaya memeras yang miskin, yang kuasa menginjak-injak yang disukainya,

hingga persaudaraan menjadi permusuhan, mereka menyembah berhala, api, binatang dan

lain-lain.Pada saat itulah Rasulullah S.A.W, di utuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak

manusia, baik akhlak yang berkaitan dengan Tuhan mahupun sesama manusia. Rasulullah

S.A.W meletakkan ilmu pengetahuan sebagai sebuah pengaruh besar pada masa itu.

Rasulullah S.A.W menerapkan pola pendidikan yang kelak akan merubah bangsa Arab

menjadi bangsa yangberadab hingga menyebar mewarnai 2/3 dunia ini. Pola pendidikan

Rasulullah S.A.W melalui tiga peringkat, iaitu peringkat rahsia atau individu iaitumengajak

keluarga terdekat kemudiannya tahap terang-terangan iaitu dakwah secara terbuka dengan

Page 5: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

pertimbangan bahawa jumlah sahabat yang masuk islamsudah semakin banyak, lalu tahap

umum iaitu seruanberskala globalkepada penduduk kota Mekah dan Yatsrib (sekarang

Madinah) hinggadari sinilah Islam memancar keluar Mekah dan ke seluruh penjuru

dunia.Dari beberapa perkumpulan dalam sebuah lingkaran kecil di rumah Arqam bin Arqam

yang dijadikan sebagai pusat untuk mempelajari Alqur'an. Mereka berkumpul membaca

Alqur'an, memahami kandungan setiap ayat yang diturunkan. Rasulullah S.A.W selalu

menganjurkan kepada para sahabatnya supaya Alqur'an dihafal dan selalu dibaca, sehingga

kebiasaan membaca Alqur'an tersebut merupakan sebahagian dari kehidupan mereka sehari-

hari.

Dalil Pensyariatan Dakwah Fardhiah

Dakwah fardhiahdengan pengertian di atas adalah hal yang masyru’ (disyariatkan) dan masuk

dalam kategori fardhu. Tidak boleh diabaikan, diacuhkan ataupun dikurangkan kewajibannya,

hal itu disebabkan:

Pertama, terdapat banyak perintah dalam Al qur’an dan sunnah yang berkenaan dengan

masalah ini baik secara langsung maupun tidak langsung, baik dengan jelas mahupun dengan

isyarat. Diantara perintah yang langsung adalah firman Allah dalam surah Ali Imran: 104.

ertinya:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,

menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang

yang beruntung”

Begitu pula sabda Rasul S.A.W.,

“Hendaknya yang hadir menyampaikan kepada yang ghaib (tidak hadir) kerana mungkin

yang hadir tadi bisa menyampaikan kepada orang yang lebih faham dari padanya

” (HR. Bukhari). “

Page 6: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat.” (HR. Bukhari). Ayat-ayat dan hadits di atas

semuanya berupa perintah. Kalimat perintah itu menunjukkan hal yang wajib dan harus

dilaksanakan selama tidak ada qarinah (dalil lain) yang boleh mengalihkan hukum wajib tadi

kepada hukum lain. Sedangkan di sini dalil tersebut tidak ada.

Pendekatan Dakwah Fardhiah

Dakwah fardhiah menurut Prof. Dr. Ali Abdul Halim memiliki tiga pendekatan diantaranya:

1. Mafhum Da’wah (seruan/ajakan)

2. Mahfum Haraki (gerakan)

3. Mahfum Tanzhimi (organisasi)

Mafhum Da’wah dalam dakwah fardhiah iaitu : Usaha seorang daie untuk lebih dekat

mengenal mad’u dalam rangka mengajaknya ke jalan Allah..Oleh kerana itu untuk mencapai

sasaran dakwah ia harus membina persaudaraan dengannya kerana Allah, kemudian dari

celah persaudaraan tersebut daie berusaha membawa al-mad’u kepada keimanan, ketaatan,

kesatuan, komitmen yang membuahkan sikap ta’awun (tolong-menolong) dalam kebaikan

dan ketakwaan serta membiasakannya dalam ber’amar ma’ruf nahi munkar.

Ciri-Ciri Seorang Pendakwah

Adapun dalam pengertian di atas, diperoleh hasil bahwa seorang daie dalam melakukan

dakwah fardhiah harus memiliki sifat-sifat khusus yang telah di terangkan dalam Al-qur’an

surah fushilat 33-36 ertinya: “Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang

yang menyeru kepada Allah, mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sungguh aku termasuk

orang muslim (yang berserah diri)?” Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah

(kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan

Page 7: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan sifat-sifat yang baik itu tidak akan

dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan

melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syetan

mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah.

Sesungguhnya Dia-lah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.

Secara umumnya,ayat ini menjelaskan ciri-ciri daie dalam melakukan dakwah fardhiah iaitu:

1. Seorang pendakwah harus melakukan amal soleh.

2. Seorang pendakwah harus menyatakan secara terus terang bahawa dia seorang

muslim.

3. Seorang pendakwah mesti pemaaf dan lemah lembut.

4. Sabar, penyabar, tabah terhadap kejelekan dan kekuranganyang dilakukan penerima

dakwah.

5. Berhati-hati terhadap godaan syaitan.

6. Seorang pendakwah harus mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Allah selalu

menyaksikan beliau.

Dr “Ali Abd Halim Mahmud meletakkan 2 syarat minimum untuk menjadi seorang

pendakwah atau daie iaitu:

1. Suka bergaul dengan masyarakat,

2. Peka dengan penyakit yang melanda masyarkat.

Mafhum Haraki (gerakan) dalam dakwah Fardhiah iaitu : Menjalin hubungan dengan

masyarakat umum, kemudian memilih salah seorang dari mereka untuk membina hubungan

lebih erat, dalam rangka memandunya ke jalan Allah. Islam memberikan kebebasan kepada

para daie untuk bergaul dengan masyarakat umum dalam rangka mendekatkan diri kepada

Allah dan menjadikan pergaulan tersebut sebagai sesuatu yang positif dan bermanfaat yang

Page 8: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

digunakannya untuk mengajak mereka ke jalan kebenaran, kebaikan, dan petunjuk dari Allah

(Ali,1995: 35).

Mafhum Tandzhimi (pengorganisasian) dalam dakwah fardhiah, iaitu : Gerakerja

pengorganisasian terhadap seorang mad’u yang diajak dan dibimbing ke jalan Allah,

Tanzhim tersebut meliputi : taujih (arahan), Tauzif (Penugasan) dan tashnif (Penggolongan).

Taujih (pengarahan): membantu memahami keadaan mad’u, memahami persoalan,

hambatan-hambatan yang dihadapinya dan menunjukannya dengan cara halus tentang

kemampuan dan kelebihan yang dimiliki.Tauzif (penugasan) seorang daie harus cermat

dalam memilih tugas yang akan diberikan kepada al- mad’u sesuai dengan kemampuan dan

keadaannya. Tujuannya agar mad’u dapat melakukan amalan yang sesuai serta tidak

memberatkannya, dan dilihat dari segi yang lain ia dapat memperoleh kebahagiaan dunia dan

akhirat. Manakala penggolongan (tashnif) iaitu, mengkelompokkan sesuatu agar mudah

membezakannya antara yang satu dengan lainnya. Maksudnya adalah mengkelompokkan

kemampuan penerima dakwah agar dapat diketahui kemampuannya.

Kepentingan Dakwah Fardhiah

Walaupun dakwah fardhiah memiliki kesan dan skop jangkauannya yang kecil, dikatakan

lebih lambat hasil yang diraih oleh seseorang daie, tetapi dakwah fardhiah memiliki

kelebihan dan kepentingannya yang perlu difahami oleh setiap daie :

1. Daie dituntut untuk memiliki kemahiran mendidik, kerana pengalaman dan latihannya

yang berterusan dalam melayani mad’unya agar menjadi peribadi muslim yang baik.

2. Dalam dakwah fardhiah, para pelaksananya akan terdorong untuk meningkatkan bekal

keupayaan dan kefahamannya terhadap Islam dalam ilmu pengetahuan dan bekal-

bekal dakwah lainnya.

Page 9: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

3. Kegiatan daie yang dilakukan secara terbuka biasanya terlihat orang ramai, di mana

sang daie diuji keikhlasannya, sedangkan dalam dakwah fardhiah usaha daie itu tidak

dilihat oleh orang ramai, bererti ia teruji keikhlasannya, kerana ia bekerja tanpa

menunggu atau mengharapkan keuntungan dari orang lain.

4. Daie dalam dakwah fardhiah adalah aktivis dakwah yang memiliki peribadi mulia dan

qudwah hasanah, bahkan ia adalah seorang teladan bagi mad’u nya.

5. Mad’u dalam dakwah fardhiah adalah orang-orang pilihan berdasarkan pengetahuan

dan ijtihad sang daie.

6. Dalam dakwah fardhiah, mad’u mendapat peluang bertanya dan berdialog serta

berkonsultasi lebih dekat dan lebih banyak.

7. Hubungan antara daie dan mad’u nampak lebih dekat dan harmoni.

8. Mad’u dalam dakwah fardhiah merasa selalu diperhatikan oleh sang daie, secara

psikologinya akan memberikan kesan positif.

9. Arahan dan bimbingan lebih fokus dan efektif serta efisien  dibanding dakwah umum.

10. Dakwah fardhiah dapat dilakukan dalam segala situasi, waktiu bila dan dimana saja

dan dalam setiap peluang dan kesempatan sang daie berada.

Marhalah- Marhalah Dakwah Fardhiah

Berikut antara pendekatan yang praktikal melalui dakwah fardhiah sepertimana yang

dicatatkan oleh Syeikh Mustafa Masyhur :

Marhalah pertama: Berupaya untuk membina hubungan dengan setiap manusia yang

ditemuinya dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi dan berusaha mengenalinya

dengan baik. Daie perlu berusaha memenangi hati seseorang itu samada dengan kebijakan

dalam berkomunikasi, melalui sahsiah yang islami, sikap ambil berat terhadapnya dan

sentiasa meraikannya agar pembicaraan berikutnya dapat berlangsung seterusnya dengan

Page 10: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

mudah. Pembinaan hubungan dengannya dilakukan secara konsisten sehingga objek dakwah

mengenal orang yang mengajaknya sebagai orang yang berakhlak, baik dan ikhlas untuk

berteman dan berkomunikasi.

Marhalah kedua: Membangkitkan iman yang menusuk ke dalam jiwa. Pembicaraan

hendaklah tidak secara langsung diarahkan pada permasalahan iman, namun sebaiknya

berjalan secara tabi’i, seolah-olah tidak disengaja dengan memanfaatkan saat tertentu untuk

memulai mengajaknya berbicara tentang persoalan keimanan. Melalui pembicaraan yang

tabi’i, persoalan yang dipaparkan akan mudah mendapatkan respon. Dari respon yang

disampaikannya mengenai beberapa perkara yang akan dapat mengesani jiwa keimanannya,

serta kesan dirinya terhadap Islam dan mencetus rasa hatinya untuk kembali memahami dan

melaksanakan Islam yang sebenar. Ianya bergantung kepada latar belakang mad’u.

Marhalah ketiga: Setelah individu tersebut semakin meyakini dengan sahsiah dan fikrah

tatkala bersama kita, hendaklah kita membantu beliau memperbaiki keadaan dirinya dengan

memperkenalkan perkara-perkara yang membawa kearah ketaatan kepada Allah dan bentuk-

bentuk ibadah yang diwajibkan. Pada tahap ini perlu pula dibekali dengan bahan-bahan

bacaan dari referensi yang sederhana, seperti Dasar-dasar Islam, Prinsip-prinsip Islam (Abul

‘Alaa Al Maududi), dan lain-lainnya. Disamping bekalan bahan-bahan bacaan juga perlu

diperkenalkan dengan lingkungan yang baik (biah solehah) dan komuniti masyarakat yang

soleh agar dapat menjaga nilai-nilai yang telah tertanam dan meneladani kehidupan orang

soleh. Mutaba’ah dan pemantauan dalam tahap ini memerlukan kesabaran yang tinggi

sehingga dapat membimbing perjalanannya di atas jalan dakwah dan terhindar dari faktor-

faktor yang buruk.

Marhalah keempat: Menjelaskan tentang pengertian ibadah secara sempurna agar memiliki

kefahaman yang sahih tentang ibadah disertai niat yang benar dan berdasarkan syara’.

Page 11: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Pemahaman yang tidak sempit terhadap ibadah. Ibadah bukan sebatas rukun Islam yang

empat saja (solat, puasa, zakat, dan haji). Akan tetapi pengertian ibadah yang luas sehingga

memahami bahawa setiap ketundukan seorang hamba padaNya dengan mengikuti aturan

yang telah digariskan akan bernilai sebagai ibadah.

Marhalah kelima: Menjelaskan kepada objek dakwah bahawa penglibatan kita sebagai

muslim  tidak cukup hanya dengan keislaman diri kita sendiri sahaja. Hanya sebagai seorang

muslim yang taat menjalankan kewajiban ritual, berakhlak baik dan tidak menyakiti orang

lain dan selain itu tidak ada lagi. Melainkan keberadaan kita mesti mengikatkan diri dengan

keberadaan muslim lainnya dengan pelbagai ragam permasalahannya. Pada tahap ini

pembicaraan diarahkan untuk menyedarkan bahawa persoalan Islam bukan urusan

perseorangan melainkan urusan tanggungjawab setiap muslim terhadap agamanya.

Perbincangan ini dilakukan agar mampu mendorongnya untuk berfikir secara serius tentang

bagaimana caranya menunaikan tanggungjawab itu serta menjalankan segala tuntutan-

tuntutannya.

Marhalah keenam : Menjelaskan kewajiban untuk mengembangkan amanah umat dan

permasalahannya. Kewajiban di atas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu. Usaha

secara individu dan terpisah tidak akan mampu menegakkannya. Maka perlu sebuah

jama’ah / organisasi yang mengintegrasikan potensi semua individu untuk memperkuatkan

tugas memikul kewajiban berat tersebut. Dari tahap ini objek dakwah disedarkan tentang

pentingnya amal jama’i dalam menyelesaikan tugas besar ini.

Marhalah ketujuh: Menyedarkan padanya tentang kepentingan sebuah jama’ah / harakah /

organisasi Islam. Pembicaraan ini memang kritikal dan rumit sehingga memerlukan hikmah

dan kekuatan dialog dan diskusi yang meyakinkan. Oleh kerana itu harus dijelaskan padanya

bahawa bergabung dengan sebuah jama’ah / harakah / organisasi Islam harus meneliti

Page 12: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

perjalanan jama’ah tersebut. Jangan sampai terburu-buru untuk menentukan pilihan terhadap

sebuah jama’ah yang akan dijadikannya sebagai wasilah merealisasikan dasar-dasar Islam.

Mengembang dakwah adalah sebahagian dari ibadah (pengabdian) kepada Allah swt. Justeru

kerja besar ini harus kita lakukan tanpa henti dan tanpa mengenal kata istirehat. Hanya

kematianlah yang boleh menghentikan aktiviti ibadah kita, termasuk dakwah kita. Itulah yang

Allah telah perintahkan kepada kita, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

”Sembahlah Tuhanmu hingga datang kematian (al-Hijr: 99)

Persediaan Daie Dalam Melaksanakan Dakwah Fardhiah

1. Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan

tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan

dengannya.

2. Usaha dakwah mereka boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan

beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu

pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.

3. Ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan

akan runtuh dan musnah.

4. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia

akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam

masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

Page 13: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

5. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandaie memilih uslub (pendekatan),

memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang

terbaik.

6. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak

yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat

marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang

dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah

Rasulullah S.A.W s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.

7. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia

berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang

berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam

mad’u yang didakwahnya.

8. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah S.A.W s.a.w dan sejarah Islam

untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk

penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi

muslimin yang pertama.

9. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-

kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-

Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

Page 14: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

10. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik)

hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya

membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk

menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

Manfaat dan Kebaikan Dakwah Fardhiah dalam Peribadi Muslim

Dakwah ke jalan Allah harus mencakup keimanan, pikiran, perilaku, akhlak dan amal

perbuatan. Hal ini akan mendatangkan kebaikan yang merata bagi kaum muslimin di dunia

dan di akhirat. Dakwah dalam hal ini akan memperoleh faedah yang banyak sekali, antara

lain:

1. Bertambahnya perhatian manusia kepada dakwah disamping mempunyai perasaan

bahawa terhadap dakwah dapat mendekatkan mereka kepada Allah S.W.T semua itu

menambah pemahaman mereka terhadap maksud dan tujuan dakwah.

2. Pemahaman dan sambutan manusia terhadap dakwah serta manfaatnya di dunia dan di

akhirat. Hal ini adalah kerana dakwah akan menambah semangat dan perhatian

mereka terhadap dunia dakwah itu sendiri. Di samping, menambah semangat mereka

untuk melaksanakan akhlak dan adab - adabnya dalam berbagai lapangan kehidupan

yang di harunginya.

Page 15: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Pelaksanaan Dakwah Fardhiah dalam Melahirkan Insan Yang berkualiti

Dakwah fardhiah berhubungan dengan pembentukan peribadi muslim kerana dakwah

fardhiah hendak mendidik setiap peribadi agar aktif, mampu serta dapat melaksanakan tugas-

tugas dan kegiatan islami dalam kehidupan. Tugas tersebut dimulai dengan memperbaiki diri

sendiri dengan terus menerus melaksanakan tuntunan Islam dalam setiap aspek kehidupan

sampai akhir hayatnya.

Menurut Prof. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, dakwah fardhiah menghasilkan hal-hal

yang dapat dirasakan dalam dakwah umum. Dakwah fardhiah memberikan pengaruh yang

jelas kepada dunia dakwah secara umum kerana dalam dakwah fardhiah terjalin persaudaraan

yang kuat kerana Allah. Inilah puncak amal dakwah. Persaudaraan kerana Allah ini

terwujud apabila di dalamnya ada rasa cinta kerana Allah, berkumpul dan bersama-

sama dalam rangka melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Persaudaraan kerana Allah ini merupakan tuntutan syara’ sebagaimana ditegaskan dalam

Alqur’an surah Al-Hujurat: 10 ertinya:“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.

sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah

terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”

Dakwah fardhiah dengan pelaksanaannya melahirkan dasar bagi dakwah secara

umum dan menempatkan kita pada tiang dan asal tempat bertumpunya dakwah umum. Dasar

tersebut seperti halnya seorang daie dalam dakwah fardhiah melakukan hubungan yang

baik dengan mad’u dengan cara bergaul dengan mad’u secara bijak, memberikan

nasihat yang baik dan bertukar fikiran dengan cara yang baik pula . Semua ini

terangkum dalam firman Allah: surah al-hujurat; 5 ertinya:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan

bantahlah mereka dengan cara yang baik”.

Page 16: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Dakwah fardhiah merupakan pendidikan yang padat dan terpusat, kerana memerlukan

persahabatan, persaudaraan, dan pendampingan dan pengawasan. Menurut Ali Abdul Halim

dakwah fardhiah merupakan bentuk tarbiyah kerana dalam tarbiyah daie harus memiliki

uslub (metod) islami. Metod ini merupakan metod yang paling ideal dalam mempergauli

fitrah manusia yang mampunyai pelbagai kecenderungan untuk mengarahkannya secara

langsung atau tidak dengan tujuan mengubah keadaan yang lebih baik dan di redhai oleh

Allah. Dalam hal ini, daie harus melakukan pendekatan secara lebih terperinci sesuai dengan

pengetahuan dan kemampuannya dalam berdakwah, misalnya dengan mengamati

perkembangan rohaninya untuk mengetahui sampai dimana kemajuan yang diperolehnya. Hal

ini tidak perlu dilakukan dengan menanyakannya kepada mad’u, tetapi cukup memperhatikan

dan mengamati responnya terhadap petunjuk yang diterimanya, bagaimana pelaksanaannya

dan sebagainya (Ali,1995: 310 dalam Rakhmawati, Eni (2013)).

Kesimpulan

Dakwah Fardhiah secara tidak langsung memberikan kesan yang mendalam terhadap

daie seterusnya mad’u dalam melahirkan insan yang berkualiti kepada keluarga,masyarakat

dan negara amnya.Hal ini kerana dakwah fardhiyah merupakan dakwah yang memerlukan

kekuatan dalaman yang jitu berkenaan tauhid dari setiap pendakwah. Menurut Ali Abdul

Page 17: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Halim Mahmud dalam bukunya dakwah fardhiah, mengatakan bahwa dakwah fardhiah

adalah “Ajakan atau seruan ke jalan Allah yang dilakukan seorang daie (penyeru kepada

orang lain secara perseorangan dengan tujuan memindahkan mad’u pada keadaan yang lebih

baik dan diredhai Allah” (Ali,1995: 30). Kembali kita menelusuri firman Allah S.W.T yang

bermaksud:

ertinya:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,

menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka itulah

orang-orang yang beruntung”.

(Q.S Ali Imran [3] : 104).

Dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadanyalah kita akan kembali.

Kerananya gunakan masa hidup ini dengan perbuatan yang baik sebelum ajal tiba. Tidak

menjadi soal kita akan hidup berapa lama di dunia, tetapi bagaimanakah kita semestinya

menjalani kehidupan ini. “Hidup ini singkat” maka janganlah membuatnya menjadi singkat

lagi dengan sesuatu yang sia-sia.

“Dan berbekallah, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa”

(Q.S. Al- Baqarah:197)

Rujukan

Al-Quran Karim

Page 18: Dakwah Fardhiah Melahirkan Insan Yang Berkualiti

Eni Rakhmawati, 2013; Tesis Metode Pembentukan Peribadi Muslim Menurut Prof. Dr. Ali

Abdul Halim Mahmud Dalam Buku “Dakwah Fardhiah” . Fakultas Dakwah Dan

Komunikasi,Institut Agama Islam Negeri (Iain) Walisongo,Semarang

Fathi Yakan : Apa Ertinya Saya Menganut Islam,cetakan 2010,: Pustaka salam.

Mohd Ismail B. Mustari,2006.Tesis Pemetaan Dakwah Di Negeri Johor: Kajian Lokasi,

Metodologi & Pengaplikasiannya Di Skudaie, Kulai, Pasir Gudang Dan Johor Bahru,Pusat

Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial,Universiti Teknologi Malaysia

Mustafa Masyhur : Dakwah Fardhiah

Sayid, Abdul Muhammad Nuh. 2004. Dakwah Fardhiah: Pendekatan Personal

Dalam Dakwah. Solo : Intermedia.

Widayat Mintarsih ,2012 ; Jurnal Implementasi Dakwah Fardhiah Melalui Layanan

Konseling Perorangan. Volume 32.No 2

_______________. ,. Penerjemah, As’ad Yasin. 1995. Dakwah Fardhiah Metode Membentuk

Pribadi Muslim.Jakarta: Gema Insani Press.