Contoh Tugasan BBM3202

download Contoh Tugasan BBM3202

of 32

Transcript of Contoh Tugasan BBM3202

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    1/32

    KOD KURSUS: BBM 3202

    FONETIK DAN FONOLOGI

    BAHASA MELAYU

    TAJUK TUGASAN:

    Aspek Fonologi Dialek Kelantan

    Berdasarkan Teori Transformasi Generatif

    OLEH :

    No. Kumpulan

    Bil No. Matriks Nama

    1

    2

    3

    4

    5

    BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    SEMESTER 1 2011/2012

    17 DISEMBER 2011

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    2/32

    KANDUNGAN HALAMAN

    1.0 Pendahuluan . . . . . . 1-4

    2.0 Sorotan Kajian Lalu . . . . . . 5 - 9

    3.0 Metodologi . . . 10 - 14

    4.0 Hasil Kajian . . . . . . 15 - 26

    5.0 Kesimpulan . . . . . . 28

    BIBLIOGRAFI . . . . . 29

    (i)

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    3/32

    1.0 Pendahuluan

    Fonologi merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa yang diucapkan oleh

    manusia. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa itu dikatakan

    fonologi. Fonologi memerlukan konsep, istilah, dan inotasi fonetik sebagai unsur tambahan .

    Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi merupakan satu bidang untuk

    mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ia selari dengan

    pendapat Henderson yang menyatakan the study of thesystematicorganization of selected speech sounds in the

    spokenform of individual language has variously been called phonology.Manakala menurut Dalbor, salah

    seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speechsounds yang

    bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan

    oleh manusia.

    Manakala maksud dialek pula merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam

    sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut

    Edward Sapir pula, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan

    bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk

    percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

    Dialektologi generatif merupakan cabang teori nahu tranformatif yang menghuraikan dan membandingkan

    kelainan yang wujud antara satu dialek dengan dialek yang lain. Kajian ini ingin melihat aspek fonologi yang

    terdapat dalam dialek Kelantan berdasarkan Teori Tranformatif Generatif

    1

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    4/32

    1.1 Pemilihan Dialek

    Kami telah memilih dialek Kelantan dalam kajian ini atas beberapa faktor. Dialek Kelantan

    merupakan satu daripada dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang

    berasal atau menduduki negeri Kelantan, sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia

    yang bersempadankan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan negara Thai.

    Pemilihan dialek Kelantan dalam kajian ini adalah kerana dialek ini mempunyai

    keunikannya yang tersendiri. berbanding dengan dialek di negeri-negeri lain. Keunikannya

    terletak pada kepelbagaian istilah dan makna.yang berlainan daripada bahasa baku.

    Penghijrahan penduduk Kelantan ke seluruh pelusok negara atas faktor pendidikan,

    ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan. khususnya ke Lembah Klang sedikit sebanyak telah

    mengembangkan dan mempengaruhi gaya pertuturan masyarakat setempat. Oleh itu pemilihan

    dialek ini tepat pada masanya memandangkan penggunaan yang semakin meluas dan diterima

    ramai menyebabkan ia dianggap dialek yang paling popular ketika ini. Ini terbukti melalui

    drama-drama Melayu yang banyak memasukkan dialek Kelantan dalam dialog kerana dialek ini

    boleh diterima dan difahami oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira sempadan etnik dan

    geografi.

    Pemilihan dialek Kelantan adalah kerana banyak istilahnya mempunyai makna yang

    berlainan dan mungkin memberi pemahaman yang berbeza kepada bukan penutur natif. .

    Walaubagaimanapun kepelbagaian istilah ini lazimnya dapat difahami oleh penutur setempat .

    Perbezaan ini mendorong kami untuk mengkajinya daripada aspek fonologi dan semantik.

    2

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    5/32

    1.3 Permasalahan Kajian

    Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang

    fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis

    bun yi samaada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua

    kelainan yang k e t a r a d i a n t a r a s u b d i a l e k K e l a n t a n d e n g a n b a h a s a

    M e l a y u b a k u i a i t u d a l a m a s p e k pengucapan dan fonem. Oleh itu permasalahan

    kajian ini ialah :

    Mengapakah konsonan [an] dan [ng] di akhir kata dalam dialek Kelantan diganti dengan vokel

    [] seperti contoh di bawah:

    Bahasa baku Dialek Kelantan

    [taan] [tang]

    [makan] [mak]

    [kaca] [kac]

    [lapa] [lap]

    Mengapakah vokal [a] di akhir kata di tukar dengan vakal [o] seperti contoh di bawah:

    Bahasa baku Dialek Kelantan

    [mana] [mano]

    [lama] [lamo]

    [lada] [lado]

    Apakah kata dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna berbeza dengan bahasa Melayu

    standard 3

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    6/32

    1.4 Objektif Kajian

    Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut;

    i- Menjelaskan tentang pengantian konsonan n dan di belakang kata dengan vokale dan vokal a di belakang kata juga diganti dengan vokal o

    ii- Mendedahkan tentang organ-organ penting yang terlibat di dalam penghasilan bunyidialek Kelantan

    iii- Menjelaskan makna dalam bahasa Melayu standard.

    1.5 Batasan Kajian

    Kajian ini hanya membataskan kepada konsonan akhir [n] dan [ng]

    dan vokal akhir [a] kepada [o].

    Batasan kajian juga hanya memilih bebrapa dialek yang memberi makna berbeza tetapi ditafsir

    negetif oleh penutur bukan tempatan.

    4

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    7/32

    2.0 Sorotan Kajian Lalu

    Kajian tentang fonetik dan fonologi dialek Kelantan telah lama dan sering dilakukan oleh

    pengkaji-pengkaji sebelum ini. Kepentingan tinjauan kosa ilmu ini adalah bagi melihat

    pengkajian tentang dialek Kelantan yang dilakukan sebagai rujukan pengkaji dan sebagai titik

    permulaan bagi pengkaji baharu untuk memulakan sesuatu kajian yang bersifat segar dan idea-

    idea baharu yang bernas serta dapat memberi suatu kelainan terhadap kajian yang telah

    dilakukan.

    Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri

    Kelantan Malaysia kecuali sempadan Kelantan-Siam kerana kebanyakan masyarakat di sana

    menggunakan bahasa yang lebih halus. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Kelantan

    seperti di Pahang (Kuantan) dan Besut dan Dungun (Terengganu). Walaupun loghat ini

    kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, namun ia mempunyai banyak

    persamaan dan tidak sukar untuk dipelajari.

    Kadang kadang ada juga perkataan yang disebut oleh sesetengah orang Kelantan tidak

    difahami oleh orang Kelantan yang lain disebabkan penggunaan perkataan itu yang hanya

    digunakan oleh sekelompok orang. Bahasa Melayu Kelantan yang lain ialah Bahasa Melayu

    Kelantan dialek Hulu Kelantan terutama Pasir Mas.

    Pengkaji terdahulu telah memilih empat kosa ilmu daripada kajian lepas iaitu kajian

    tentang dialek Kelantan oleh Asmah Hj Omar (1985) Prof. James T.Collins (1988) dan (1989),

    dan juga Rahmah Abd Aziz (2006). Penyelidikan mereka menjadi bahan rujukan kepada

    pengkaji dalam mengkaji dialek Kelantan ini walaupun kajian yang telah dilakukan tidaklah

    secara menyeluruh dan holistik. 5

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Loghathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Loghathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kelantan
  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    8/32

    2.1 Asmah Hj. Omar (1985)

    Melalui buku Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar telah mengkaji mengenai dialek

    Kelantan dengan membahagikan dialek tersebut kepada subdialek-subdialek tertentu dan

    membuat perbandingan fonologi subdialek-subdialek di negeri tersebut. Asmah telah

    menggelarkan dialek Kelantan sebagai kelompok Timur. Beliau juga telah mengelompokkan

    tiga negeri sebagai satu kelompok bahasa iaitu negeri Pahang-Terengganu-Kelantan. Dialek

    Kelantan telah dibahagikan kepada beberapa subdialek iaitu subdialek Kelantan Persisiran,

    Timur Kelantan, Sempadan Pahang dan Pendalaman Kelantan. Beliau juga telah meletakkan

    dialek Melayu Kelantan dan Terengganu dalam satu kelompok dan dialek Melayu Patani tidak

    ada kaitan dengan kajian beliau berbeza dengan rakan beliau iaitu Ismail Hussein yang

    meletakkan Dialek Melayu Patani dalam kelompok tadi. Di dalam buku tersebut, beliau telah

    membuat perbandingan subdialek-subdialek tersebut.

    Beliau menjalankan kajian perbandingan tersebut mengikut daerah-daerah di Kelantan.

    Antara fokus beliau adalah tahap penguasaan dan faktor berlakunya perubahan dialek.

    Namun begitu, dalam bahagian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada kajian Asmah

    terhadap subdialek Kelantan persisiran. Dialek Kelantan ditutur di sebahagian besar negeri

    Kelantan menyusur kawasan pantai ke arah selatan hingga ke Besut,Setiu dan Dungun

    Terengganu. Golongan minoriti Cina tempatan yang menjadi seperti peranakan di sana

    menggunakan dialek Kelantan dan hokkien sebagai bahasa ibunda mereka. Dialek ini tidak

    begitu popular di sempadan Terengganu-Kelantan. Contohnya, dialek Kelantan lebih popular di

    bandar Utara Besut.

    6

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    9/32

    2.2 James T. Collins (1996)

    Kajian James T. Collins dalam buku Khazanah Dialek Melayu dalam bab Wilayah dialek

    Kelantan: Bukti dari Sumatera Utara telah membuat perbandingan antara dialek Kelantan

    dengan bahasa Orang Laut dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis, dan kosa kata secara

    ringkas.1

    Menurutnya, penyebaran dialek Kelantan tidak terbatas ke persisiran Kelantan saja,

    bahkan salah satu subdialeknya terdapat di Timur Terengganu juga. Pada peringkat ini pengkaji

    mendapati bahawa ada sekurang-kurangnya tiga ciri fonetik yang kelihatan membezakan dialek

    Ulu Kelantan ini daripada dialek-dialek lain. Dalam pada itu terdapat juga suatu jenis inovasi

    yang mungkin menarik minat para penyelidik lain mengenai perkara ini. Akhirnya pengkaji ini

    telah menyediakan peta-peta yang kira-kira dapat menunjukkan penyebaran dialek Ulu Kelantan

    ini dalam daerah yang dikajinya itu.

    Pernyataan yang meletakkan dialek Terengganu, Kelantan dan Patani dalam satu

    kelompok secara umumnya dapat dipertahankan dari sudut linguistiknya. Namun, perlu diingat

    bahawa dialek-dialek ini bukan seragam sifatnya. Terdapat variasi dan subdialek bagi setiap

    dialek ini. Misalnya dialek Trenegganu Pantai atau Pesisiran berbeza dengan dialek Ulu

    Terengganu.

    2.3 James T. Collins (1989)

    Buku Antalogi Kajian Dialek Melayu merupakan sebuah buku yang mencatatkan artikel

    tentang kajian dialek di Malaysia. James T. Collins (Collins ) merupakan seorang pengkaji

    bahasa Melayu kelahiran Amerika Syarikat. Dilahirkan pada tahun 1946 di Chicago Amerika

    7

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    10/32

    Syarikat memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Lingusitik daripada University of

    Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (

    Linguistik) daripada universiti yang sama.

    Beliau mula mengkaji tentang dialek Melayu di Nusantara dan daerah-daerah bahasa Maluku di

    Indonesia. Di Malaysia pula, Collins telah membuat kajian tentang dialek Melayu di Pulau

    Tioman, Langkawi, Muar, Kuala Langat, Pahang, Terengganu dan kawasan perkampungan

    Melayu di sepanjang Sungai Sarawak.

    Dalam buku ini, penulis turut menyentuh secara ringkas tentang Dialek Kelantan

    (seterusnya akan dikenali sebagai DK) yang digunakan di Sungai Pahang. Beliau telah meneliti

    tentang vokal sengau DK. Collins dan Husn Dollah ( 1988; 882) menyatakan bahawa bentuk

    pertuturan orang Melayu di Kelantan dan Patani memperlihatkan banyak persamaan dan

    mempunyai perkaitan yang sangat erat. Ada juga yang berpendapat dialek kedua-dua negeri ini

    rapat hubungannya dengan dialek Terengganu dan ada pula menyatakan bahawa ketiga-tiga

    dialek ini bersaudara. Ini kerana ketiga-tiga dialek ini mempunyai taraf keakraban yang sama

    berdasarkan banyak faktor antaranya faktor geografi berikutan ketiga-tiga negeri ini

    berhampiran.

    Berdasarkan hakikat ini, artikel ini mengemukakan bukti kebahasaan tentang hubungan ketiga-

    tiga dialek ini secara kualitatif berdasarkan inovasi bersama yang terdapat dalam dialek-dialek

    tersebut dan kemudian membahaskan hubungan keakraban ketiga-tiganya.

    Perkaitan faktor topografi dengan kebahasaan, pernah dibangkitkan oleh Collins di mana beliau

    menyatakan bahawa;

    8

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    11/32

    Kalau kita berpangkal pada konsep Maxwell bahawa negeri Melayu berasaskan lembangan

    sungai dan, sementara itu kita mengetepikan fakto-faktor lain dalam pembentukkan negeri, maka

    kita berhadapan dengan suatu landasan inetodologi penyelidikan bahasa yang cukup kukuh.

    Sekiranya penyelidikan bahasa ditentukan oleh konsep sungai, muncullah rangka pengkajian

    yang hanya tinggal untuk dilaksanakan.

    Setiap lembangan sungai dapat ditinjau, dikaji, disusuri dari hilir ke hulu. Data bahasa dapat

    dikumpulakan melalui wawancara dan observasi secara teratur dengan arah peluasan yang

    ditentukan topografi, yakni rantau dan ceruk sungai itu sendiri ( Collins 1998: 78)

    Rumusan tentang kosa ilmu serta analisis kritis terhadap kajian lepas menunjukkan

    bahawa terdapat beberapa kekurangan dan kelonggaran berkaitan dialek dalam kajian terdahulu.

    Justeru, kelemahan dan kekurangan ini menjadi pengkaji untuk menghasilkan kajian yang lebih

    baik dan menggunakan pendekatan yang mantap dalam menganalisis data.

    9

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    12/32

    3.0 Metodologi

    Secara umumnya, perbezaan fonologi yang agak ketara di antara dialek-dialek Melayu dapat

    dilihat pada penyebaran konsonan di akhir kata. Antara konsonan-konsonan yang

    memperlihatkan kepelbagaian yang agak rencam di akhir kata ialah bunyi konsonan likuida.

    Berikut dipaparkan sebahagian daripada data yang melibatkan realisasikan konsonan likuida /l/

    dan /r/ di posisi akhir kata dalam dialek-dialek Melayu. Dialek-dialek yang terpilih untuk kajian

    ini ialah dialek Kelantan.

    Input Dialek Kelantan

    /pagar/ pago

    /ular/ ula

    /bsar/ bsa

    /kapal/ kapa

    /hal/ ha

    Data di atas menunjukkan perilaku fonologi yang dizahirkan oleh dialek Melayu

    berhubung dengan konsonan likuida adalah berbeza di antara satu sama lain. Secara umumnya,

    dapat dirumuskan bahawa konsonan likuida ini mengalami tiga proses fonologi, iaitu (i)

    pengguguran segmen - segmen likuida digugurkan, (ii) perubahan fitur- segmen likuida berubah

    menjadi segmen lain, dan (iii) peleburan segmenurutan vokal-likuida dileburkan menjadi satu

    segmen lain.

    10

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    13/32

    Dalam bahasa Melayu tulisan, segmen ini direpresentasikan sebagai r, dan

    dispesifikasikan sebagai getaran alveolar oleh Asmah (1975, 2) atau sebagai konsonan gulungan

    alveolar Yunus (1980,73). Namun, kedua-duanya bersetuju bahawa konsonan r bahasa tulisan itu

    direalisasikan sebagai bunyi frikatif velar bersuara , dan bukannya sebagai bunyi getaran atau

    gulungan r oleh kebanyakkan penutur Melayu (Yunus 1980,95;Asmah 1975,70). Dari segi

    penyebaran di peringkat dialek, realisasikan sebagai frikatif velar bersuara diujarkan oleh

    penutar-penutar di kawasan selatan, manakala bagi penutur di kawasan utara konsonan r itu

    direalisasikan sebagai bunyi frikatif uvular. Berdasarkan analisis fonetik, khususnya dari segi

    cara artikulasi, kedua-dua segmen // dan // ini tergolong dalam kumpulan bunyi frikatif.

    Namun, pada sudut analisis fonologi , segmen tersebut harus direresentasikan sebagai bunyi

    likuida kerana perilaku fonologinya sama dengan bunyi lateral /l/ (Zaharani 2005). Hal ini

    bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sering berlaku dalam banyak bahasa, seperti yang

    dinyatakan oleh Lass (1984, 157).

    Kajian ini juga menganggap bunyi lateral /l/ dan bunyi frikatif velar bersuara // dan

    frikatif velar uvular // dalam bahasa dan dialek Melayu digolongkan sebagai konsonan likuida.

    Namun, bagi tujuan memudahkan perbincangan, segmen /r/ yang digunakan dalam bahasa

    tulisan dipilih untuk merepresentasikan bunyi frikatif tersebut.

    11

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    14/32

    3.1 Dialektologi Generatif

    Dialektologi generatif ialah kajian tentang kepelbagaian dialek yang menerapkan kerangka teori

    tranformasi generatif dalam analisanya, khususnya teori fonologi generatif. Sehubungan itu,

    gagasan-gagasan utama teori fonologi generatif seperti bentuk dalaman, bentuk permukaan dan

    rumus-rumus fonologi diterapkan dalam kajian dialektologi tersebut. Oleh sebab dialek-dialek

    itu terbit atau lahir daripada satu bahasa sumber yang sama, maka adalah munasabah diandaikan

    bahawa dialek-dialek tersebut mempunyai bentuk dalaman yang sama (Newton 1972, 5).

    Kelaianan atau perbezaan yang bersifat regular dan sistematik yang wujud dalam dialek-dialek

    berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru

    itu, dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi

    dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan.

    Dalam kajiannya tentang dialektologi generatif bahasa Melayu, Zaharani (1993) telah

    memilik dialek baku sebagai bentuk dalaman yang mewakili bahasa sumber dan kewujudan

    pelbagai dialek dalam bahasa Melayu disebabkan oleh empat faktor utama iaitu (i) penambahan

    rumus, (ii) penghilangan rumus, (iii) atur rumus dan (iv) simplifikasi rumus.

    3.2 Penambahan Rumus

    Apabila bunyi berubah dan melibatkan satu inovasi, gejala ini dihuraikan sebagai proses

    penambahan rumus (Lehman 1973, 169). Sesuatu dialek itu berbeza apabila ada pertambahan

    satu atau lebih rumus dalam nahunya. Pertambahan rumus menggambarkan perkembangan

    terbaru yang berlaku dalam sesuatu dialek hasil daripada peredaran masa yang mendorongkan

    12

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    15/32

    dialek tersebut menyimpang daripada bentuk asalnya. Berdasarkan data (1), pertambahan rumus

    didapati berlaku dalam dialek Kedah. Dialek ini telah mengubah bunyi lateral /l/ menjadi bunyi

    geluncuran . Rumus ini melibatkan perubahan fitur dan boleh diformalisasikan seperti di

    bawah.

    Rumus penggeluncuran /l/

    l j / ___ #

    3.3 Penghilangan Rumus

    Penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud dalam bahasa sumber, tetapi

    tidak lagi dikekalkan dalam dialek turunannya. Untuk menentukan rumus asal dalam bahasa

    sumber, lazimnya kaedah perbandingan sinkronis digunakan. Apabila sesuatu rumus itu

    dimmanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus itu dapat dianggap sebagai

    rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber (King 1969, 176).

    Rumus pengguguran /r/

    r / ___ #

    3.4 Perbezaan Atur Rumus

    Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan secara

    berurutan iaitu satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain.Atur rumus itu penting kerana

    aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza. Dalam konteks kajian

    dialek, perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza.

    13

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    16/32

    Antara rumus-rumus fonologi yang mempunyai kesan atur rumus ke atas dialek-dialek

    Melayu ialah rumus pengguguran /r/ dan rumus pembundaran vokal yang mengubah bunyi vokal

    /a/ menjadi di akhir kata.

    Rumus pembundaran vokal

    a / ___ #

    3.5 Simplikasi Rumus

    Rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja, dan kemudiannya dipermudahkan

    dengan melibatkan beberapa bunyi lain dikenali sebagai simplifikasi rumus. Bunyi-bunyi ini

    biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. Misalnya, rumus pengguguran /r/ yang

    wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan konsonan /r/ sahaja. Rumus ini

    beroperasi secara aktif dalam dialek Johor. Namun, dalam dialek Kelantan dan Terengganu,

    rumus pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan

    geluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.Bunyi-bunyi ini tergolong dalam satu kelas natural yang boleh

    dispesifikasikan sebagai + sonoran, - silabik, - nasal.

    Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal

    /,r,j,w / ___ #

    Kesimpulannya, dialektologi generatif menjelaskan bahawa kepelbagaian bentuk

    permukaan yang direalisasikan dalam dialek-dialek Melayu itu disebabkan oleh pelaksanaan

    rumus fonologi ke atas bentuk dalaman bahasa sumber. Rumus-rumus fonologi ini meliputi

    penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan aur rumus dan simplifikasi rumus. 14

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    17/32

    4.0 Hasil Kajian

    Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan ini kami memfokuskan kajian

    terhadap subdialek Kelantan Persisiran. Subdialek ini dituturkan di daerah Kota Bharu. Di sinilah

    terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di sinilah juga

    terdapat tempat bersemayam keluarga Diraja Kelantan. Dengan itu subdialek yang dituturkan di

    daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri yang dianggap sebagai subdialek yang tinggi

    yang menjadi tolok (model) dalam penggunaan bahasa bagi orang-rang Kelantan dari daerah-

    daerah lain.

    Penyebaran sesuatu ciri bahasa lebih mudah berlaku antara satu kaeasan pusat dengan

    dengan kawasan pusat lainnya. Dengan itu dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain

    Kelantan, subdialek kota Bharu lebih banyak menerima pengaruh dari bahasa standard,

    khususnya dalam perbendaharaan kata, dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain.

    4.1 Sistem Vokal

    Vokal-vokal

    Vokal-vokal dalam subdialek Kota Bharu ini semua lapan iaitu i , e, , , a, o, . Vokal dan a

    merupakan vokal kardinal primer, sedangkan vocal-vokal yang lain merupakan vokal kardinal

    sekunder. Untuk kemudahan percetakan, vokal-vokal kardinal sekunder itu selanjutnya tidak

    diberi lambang khusus.

    Dari segi distribusinya, kesemua vokal tersebut, kecuali vokal pepet dapat menghadiri

    lingkungan akhir kata. Dalam perbandingan ini kita akan lihat bahawa sesungguhnya vokal-

    15

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    18/32

    vokal tersebut terdapat dalam lingkungan yang berkenaan, tetapi kesejajarannya dengan dialek-

    dialek yang lain itu tidak perlu terdapat dalam perkataan satu lawan satu, kerana sesuatu

    vokal tertentu dalam lingkungan akhir kata dalam dialek Kelantan boleh jadi kesejajaran dengan

    urutan VKd lam bahasa standard.

    Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkugan-lingkungan yang terizin oleh

    sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan yang terdapat dalam bahasa standard

    dan dialek-dialek lain, kecuali adanya ciri kardinal sekunder pada sifat cardinal vokal-vokal

    berkenaan di mana releven.

    Misalnya:

    KB BS

    gigi api

    dbu dbu

    pluh phulKonsanan a akhir kata dalam bahasa standard kelainan a, atau konsonan pepet dalam

    bahasa standard kelainan pepet, yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai

    kesejajaran dalam vokal dalam subdialek ini.

    Misalnya:

    KB BS

    bahas bahasa

    sap siapa

    gil gila 16

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    19/32

    Vokal a dala suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal ,

    dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard merupakan hentian

    glottis (q) atau frikatif glotis (h)

    Misalnya:

    KB BS

    galq galak

    gambq gamak

    mq mak

    Jika dalam bahasa standard, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p, maka t atau p

    ini digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini, dan a sebelumnya itu dipertahankan.

    Misalnya:

    KB BS

    ktaq ketat

    siaq siap

    ttaq tetap

    Di samping itu, a yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir

    tertup mempunyai kesejajaran dalam dalam subdialek ini.

    Misalnya:

    KB BS

    mal malam

    pad padam, padang

    but butang 17

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    20/32

    Konsonan a yang dalam bahasa standard terdapat sebelum s akhir kata adalah dalam

    dialek ini dipertahankan, sedangkan s digantikan dengan h

    Misalnya:

    KB BS

    blah blas

    kilah kilas

    Demikian juga halnya denga a yang dalam bahasa standard diikuti oleh l dan r akhir

    kata. Cuma dalam subdialek yang diperkatakan ini, l dan r dihilangkan.

    Misalnya:

    KB BS

    maha mahal

    tba tebal

    mka mekar

    mawa mawar

    4.2 Diftong

    Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong seperti aw dan ay yang

    terdapat dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan a dalan subdialek ini.

    18

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    21/32

    Misalnya:

    KB BS

    pisa pisau

    pula pulau

    kda kdai

    paka pakai

    Diftong ay yang bukan merupakan unsur akhir kata yang digantikan dengan , dan ini

    terdapat dalam contoh yang terbatas seperti hran (hairan, heran)

    Rangkap Vokal

    Subdialek Kota Bahru ini mempunyai banyak rangkap vokal yang boleh dibandingkan seperti

    berikut:

    (i) rangkap depan - ae, ui, ue,(ii) rangkap tengah - ia, ua(iii) rangkap belakang - io, i iu, u

    Contoh rangkap depan

    Misalnya:

    KB BS

    baegh baik

    kaeng kain

    kueh kuih

    cuiq cuit

    bue h buih 19

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    22/32

    Contoh rangkap tengah - Misalnya:

    KB BS

    bia biar

    siaq siap

    jua jual

    suaq suap

    Contoh rangkap belakang - Misalnya:

    KB BS

    lio liur

    rioh riuh

    di dia

    biq biar

    tip tiup

    4.3 Sistem Konsonan

    Konsonan-konsonan yang terawatt dalam subdialek ini adalah seperti berikut:

    Plosif/Hentian p, b, t, d, k, g, q

    Nasal m, n, ny, ng

    Frikatif s, h, R

    Afrikat c, j

    Getaran r

    Lateral l

    Separuh Vokal w, y

    20

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    23/32

    4.4 Konsonan Plosif/ Hentian

    Di antara konsonan-konsonan dalam golongan ini, yang dapat menduduki lingkungan akhir kata

    hanyalah hentian gloktis. Dengan itu juga konsonan-konsonan plosive lain yang dalam bahasa

    standard dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek ini.

    Misalnya:

    KB BS

    adaq adat

    baq ubat

    isaq hisap

    iuq hirup

    4.5 Konsonan Nasal

    Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan

    pravokal dan antara vokal.

    Konsonan nasal yang terdapat menjadi unsur akhir kata ialah ng dan wujudnya dalam

    lingkungan demikian itu hanya selepas vokal-vokal i, e, , u, o dan dalam hal ini. Begitu juga

    bahawa konsonan-konsonan nasal lainnya, iaitu m dan n yang dalam bahasa standard terdapat

    sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bahru.

    21

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    24/32

    Misalnya:

    KB BS

    kucing kucing

    giling giling

    ng tnaga

    singong sigung

    skng sokong

    Misalnya:

    KB BS

    kulong kulum

    minung minum

    gung grun

    tahung tahun

    museng musim

    Di samping itu, ada perkataan-perkataan yang dalam bahasa standard berkhir dengan

    suku kata terbuka, khususnya dalam vokal i dan u, tetapi yang dalam subdialek ini berakhir

    denganing danang.

    Misalnya:

    KB BS

    bining bini

    kraning kerani

    ilmung ilmu 22

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    25/32

    Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal

    terakhir iaitu m, n dan ng, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang

    akhirnya kesemuanya itu dengan penyegauan yang merupakan artikulasi tambahan pada

    vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi .

    Misalnya:

    KB BS

    tan tanam

    tam taman

    dal dalam

    binat binatang

    4.6 Konsonan Frikatif

    Konsonan frikatifs hanya terdapat dalam lingkungan sebelelum dan antara vokal.

    Misalnya:

    KB BS

    sapi sapi

    susu susu

    Dalam lingkungan sebelum kesenyapan konsonan ini mengalami penggantian dengan h,

    tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

    23

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    26/32

    Misalnya:

    KB BS

    ati hati

    ingus hingus

    pitah pintas

    pdah pedas

    Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata.Dalam

    lingkungan akhir kata, h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam

    bahasa standard. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang mendahuluinya itu

    mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku

    jika kesejajarannya itu ialah s. Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa

    standarad sebelum vokal-vokal lain adalah seperti yang berikut:

    KB BS

    salh salah

    suboh subuh

    lteh letih

    Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang berikut:

    KB BS

    habih habis

    hase hasil

    tahung tahun

    mahliga mahligai 24

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    27/32

    4.7 Konsonan Afrikat

    Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam

    subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-

    konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.

    Misalnya:

    KB BS

    Cin Cina

    cicq cicak

    jag jaga

    jaq jerat

    4.8 Konsonan Lateral

    Konsonan lateral tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau bagaimanapun,

    sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada

    nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh:

    Misalnya:

    KB BS

    lapu lampu

    lalaq lalat

    luah luas

    kate katil

    aka akal 25

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    28/32

    4.9 Pemanjangan Kosonan

    Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada awal kata.

    Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses dalam kata,

    maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku kata

    pertamanya digugurkan. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan

    kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan. Suku kata

    yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak. Dalam kes yang

    pertama, suku kata tersebut merupakan ciri morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan

    salah satu awalan. Sebaliknya, dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan

    ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak

    mendukung sebarang makna.Misalnya:

    KB BS

    nnikh nikah

    nnakoq pnakut

    nnai pnari

    ssush bersusah

    jjal brjalan

    ttupaq ketupat

    nnat binatang

    mmai almari

    26

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    29/32

    Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama pada

    kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur

    kedua itu dipanjangkan.

    Misalnya:

    KB BS

    kku kura-kura

    am rama-rama

    llabi labi-labi

    Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya yang berlaku

    dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya, kata depan

    yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu, konsonan pertama pada kata nama

    berkenaan mengalamipemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah di, pada dan ke.

    Misalnya:

    KB BS

    ssan ke sana

    ssini ke sini

    kkbon ke kebun

    ddal di dalam

    bbaju pada baju

    27

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    30/32

    5.0 Kesimpulan

    Berdasarkan kajian yang dijalankan, dialek Kelantan yang digunakan oleh masyarakat Kelantan

    khasnya serta masyarakat berdekatan sekitar negeri Kelantan sudah mula popular dalam

    kalangan masyarakat negeri lain. Faktor seperti penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri-negeri

    lain terutama kawasan Lembah Klang banyak mempengaruhi pertuturan dialek ini. Selain

    daripada itu, keunikan bahasa ini turut menarik minat penutur negeri lain untuk bertutur

    menggunakan dialek tersebut.

    Walaupun dialek Kelantan agak berbeza dengan dialek negeri-negeri lain, namun

    keindahan dialek ini dari sudut fonologinya banyak mempengaruhi perluasan penggunaannya

    terhadap penutur daripada negeri-negeri lain. Terdapat juga perkataan lain dalam dialek Kelantan

    yang mempunyai makna dalam bahasa standard turut menjadikan dialek ini semakin popular.

    Drama-drama serta dokumentari yang melibatkan suasana dan masyarakat Kelantan menjadikan

    dialek ini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat luar Kelantan. Masyarakat Kelantan

    yang tidak malu menggunakan dialek mereka turut mempengaruhi perkembangan dialek ini.

    Namun begitu, kesukaran memahami beberapa patah perkataan dalam dialek Kelantan ini

    menyebabkan dialek ini tidak dapat berkembang dengan lebih meluas. Kebimbangan masyarakat

    luar Kelantan tentang sebutan dan semantik bagi sesuatu perkataan dalam dialek ini turut

    membataskan penggunaan dialek ini. Terdapat juga beberapa patah perkataan dalam dialek ini

    menimbulkan rasa kurang enak dalam kalangan penutur bahasa standard kerana pada sangkaan

    mereka mempunyai maksud yang tidak baik.

    28

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    31/32

    Bibliografi

    1. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik danFonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.

    2. Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas Monograf 5. UKM

    3. Asmah Haji Omar,1977. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4. Asmah Haji Omar, 2008.Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    5. Collin JT & Hussin Dollah 1988. Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan Jurnal. DBP 32 :874-887

    6. Zaharani Ahmad,2006. Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: AnalisisTatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan

    Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

    29

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan BBM3202

    32/32