CONTOH LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN KEM BINA SEMANGAT bertulis.doc

2
LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN KEM BINA SEMANGAT SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PEDALAI TAHUN 2012 Pada 22 Mei 24 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Motivasi dan Kem Bina Semangat peringkat sekolah. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, padat dengan acara yang disediakan oleh pihak sekolah. 21 Mei 2012 hari Isnin, pada pukul 2.00 petang semua peserta berkumpul di Dataran Harmoni untuk sesi pendaftaran . Semua murid tahun 6 mendaftar dan mendengar taklimat daripada ketua komander iaitu Cikgu Jamayah Tompel. Ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan Urusetia turut membantu ketika sesi pendaftaran peserta kem. Tepat pukul 3.00 petang, peserta kem diberi taklimat ringkas berserta demonstrasi mengenai pemasangan khemah yang diadakan di padang sekolah. Semua peserta mula mendirikan khemah dibantu oleh AJK terlibat. Pada sebelah malamnya, peserta telah melakukan aktiviti Ice-breaking secara berkumpulan dan dikendalikan oleh Cikgu Benny Benjamin serta rakan guru yang lain. Hari pertama, 22 Mei 2012 program bermula seawal 6.00 pagi dengan aktiviti senaman pagi yang dibimbing oleh Cikgu Tania Naggelas dan Cikgu Hasriman Keram. Selepas peserta bersarapan pagi, bermulalah sesi program motivasi yang pertama iaitu Bengkel Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Jamayah Tompel dan dibantu oleh rakan guru daripada Panitia Bahasa Melayu. Seterusnya selepas rehat, sesi bengkel kedua diteruskan dengan subjek Matematik yang disampaikan oleh Cikgu Benjamin Kibong bersama rakan guru daripada Panitia Matematik. Pada pukul 2 .00 petang, aktiviti Kem Bina Semangat bermula sehingga pukul 6.30 petang. Kesemua fasilitator turut terlibat dalam aktiviti tersebut, di mana para peserta kem diuji secara berkumpulan. Seterusnya, untuk aktiviti kerohanian yang bermula pada pukul 7.00 malam, peserta kem dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu yang beragama Islam dan beragama Kristian. Aktiviti tersebut dikendalikan oleh AJK yang telah dilantik. Tepat pukul 7.00 malam aktiviti mencari harta karut bermula dan berakhir pukul 11.00 malam. Hari kedua 23 Mei 2012, pada pukul 6.00 pagi bermula dengan senaman pagi, perhimpunan pagi dan sarapan pagi. Pada kul 7.30 pagi, sesi motivasi bermula dengan slot Bahasa Inggeris yang di sampaikan oleh Cikgu Iliadne Francis Medan dan dibantu oleh guru guru lain daripada Panitia Bahasa Inggeris. Seterusnya slot bengkel diteruskan dengan mata pelajaran Sains yang disampaiakan oleh Cikgu Nurul Atifah Zainal Abidin dan dibantu oleh Ketua Panitia Sains, Cikgu Benny Benjamin. Tepat pukul 2.00 petang, peserta kem meneruskan aktiviti dengan membuat latihan sempena persembahan yang diadakan pada malam hari. Latihan tersebut berakhir pada pukul 5.30 petang dan aktiviti kerohanian diteruskan pada pukul 6.30 petang. Pada sebelah malam pula telah diadakan Malam Warisan Budaya, di mana setiap kumpulan wajib mempersembahkan persembahan masing masing hasil kreativiti mereka dengan penuh bersemangat sambil diadili oleh hakim dari kalangan para fasilitator. Persembahan tersebut berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam. 24 Mei 2012, Khamis iaitu hari terakhir program dimulai dengan senaman pagi, perhimpunan pagi seterusnya sarapan pagi. Pada pukul 7.00 pagi, semua peserta kem telah mengambil tempat di Dewan Sri Kumang

description

Sekolah Rendah

Transcript of CONTOH LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN KEM BINA SEMANGAT bertulis.doc

Page 1: CONTOH LAPORAN  PROGRAM MOTIVASI DAN KEM BINA SEMANGAT bertulis.doc

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN KEM BINA SEMANGATSEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PEDALAI TAHUN 2012

Pada 22 Mei – 24 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Motivasi dan Kem Bina Semangat peringkat sekolah. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, padat dengan acara yang disediakan oleh pihak sekolah.

21 Mei 2012 hari Isnin, pada pukul 2.00 petang semua peserta berkumpul di Dataran Harmoni untuk sesi pendaftaran . Semua murid tahun 6 mendaftar dan mendengar taklimat daripada ketua komander iaitu Cikgu Jamayah Tompel. Ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan Urusetia turut membantu ketika sesi pendaftaran peserta kem. Tepat pukul 3.00 petang, peserta kem diberi taklimat ringkas berserta demonstrasi mengenai pemasangan khemah yang diadakan di padang sekolah. Semua peserta mula mendirikan khemah dibantu oleh AJK terlibat. Pada sebelah malamnya, peserta telah melakukan aktiviti ‘Ice-breaking’ secara berkumpulan dan dikendalikan oleh Cikgu Benny Benjamin serta rakan guru yang lain.

Hari pertama, 22 Mei 2012 program bermula seawal 6.00 pagi dengan aktiviti senaman pagi yang dibimbing oleh Cikgu Tania Naggelas dan Cikgu Hasriman Keram. Selepas peserta bersarapan pagi, bermulalah sesi program motivasi yang pertama iaitu Bengkel Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Jamayah Tompel dan dibantu oleh rakan guru daripada Panitia Bahasa Melayu. Seterusnya selepas rehat, sesi bengkel kedua diteruskan dengan subjek Matematik yang disampaikan oleh Cikgu Benjamin Kibong bersama rakan guru daripada Panitia Matematik. Pada pukul 2 .00 petang, aktiviti Kem Bina Semangat bermula sehingga pukul 6.30 petang. Kesemua fasilitator turut terlibat dalam aktiviti tersebut, di mana para peserta kem diuji secara berkumpulan. Seterusnya, untuk aktiviti kerohanian yang bermula pada pukul 7.00 malam, peserta kem dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu yang beragama Islam dan beragama Kristian. Aktiviti tersebut dikendalikan oleh AJK yang telah dilantik. Tepat pukul 7.00 malam aktiviti mencari harta karut bermula dan berakhir pukul 11.00 malam.

Hari kedua 23 Mei 2012, pada pukul 6.00 pagi bermula dengan senaman pagi, perhimpunan pagi dan sarapan pagi. Pada kul 7.30 pagi, sesi motivasi bermula dengan slot Bahasa Inggeris yang di sampaikan oleh Cikgu Iliadne Francis Medan dan dibantu oleh guru – guru lain daripada Panitia Bahasa Inggeris. Seterusnya slot bengkel diteruskan dengan mata pelajaran Sains yang disampaiakan oleh Cikgu Nurul Atifah Zainal Abidin dan dibantu oleh Ketua Panitia Sains, Cikgu Benny Benjamin. Tepat pukul 2.00 petang, peserta kem meneruskan aktiviti dengan membuat latihan sempena persembahan yang diadakan pada malam hari. Latihan tersebut berakhir pada pukul 5.30 petang dan aktiviti kerohanian diteruskan pada pukul 6.30 petang. Pada sebelah malam pula telah diadakan Malam Warisan Budaya, di mana setiap kumpulan wajib mempersembahkan persembahan masing – masing hasil kreativiti mereka dengan penuh bersemangat sambil diadili oleh hakim dari kalangan para fasilitator. Persembahan tersebut berakhir lebih kurang pukul 11.00 malam.

24 Mei 2012, Khamis iaitu hari terakhir program dimulai dengan senaman pagi, perhimpunan pagi seterusnya sarapan pagi. Pada pukul 7.00 pagi, semua peserta kem telah mengambil tempat di Dewan Sri Kumang untuk sesi Ceramah Program Motivasi dan Kem Bina Semangat yang telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Simunjan. Tepat jam 10.30

Page 2: CONTOH LAPORAN  PROGRAM MOTIVASI DAN KEM BINA SEMANGAT bertulis.doc

pagi, Majlis Penangguhan Program Motivasi dan Kem Bina Semangat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Snowdan Lawan. Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

KELEBIHAN1. Semangat kerjasama yang baik ditunjukkan oleh semua fasilitator2. Meningkatkan keyakinan diri peserta dalam melakukan sesuatu aktiviti 3. Meningkatkan kemahiran berinteraksi antara peserta kem dengan orang lain4. Meningkatkan semangat jati diri peserta kem 5. Meningkatkan kesabaran dalam melakukan sesuatu aktiviti6. Mengajar peserta kem menguruskan masa dengan lebih teratur

KEKURANGAN 1. Terdapat sesetengah peserta kem masih lemah dalam menguruskan waktu seiring dengan

jadual sepanjang program dilaksanakan2. Sebahagian aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana masalah kekangan

waktu dan juga cuaca3. Peserta kem kurang berdisiplin semasa aktiviti dijalankan

CADANGAN 1. Menjemput penceramah luar untuk slot bengkel mata pelajaran bagi menarik minat para

peserta kem2. Menjemput fasilitator luar bagi mengendalikan kem seterusnya menjadikan aktiviti –

aktiviti sepanjang program lebih mencabar dan berkesan3. Menyediakan tempat pelaksanaan untuk program sebegini agar lebih menarik seperti di

kem – kem tertentu