Contoh Kk Pdk

49
1.0 SEKALUNG BUDI Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Setinggi-tinggi cinta ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rasa kasih ke dalam hati manusia. DIA jugalah yang telah mengajarkan agar rasa kasih itu ditebar sehingga manusia saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Inilah inspirasi kami, 12 orang mahasiswa pengkhususan bidang Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan ahli kumpulan kami berpeluang untuk mencurah bakti kepada warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang, sama ada pelatih, petugas, mahupun ahli jawatankuasa PDK berkenaan. Sebesar-besar penghargaan kami titipkan buat warga PDK Selayang yang sudi menerima kehadiran kami selama seminggu di sana. Keterbukaan mereka untuk menerima sumbangan kami yang tidak seberapa amatlah dihargai. Terima kasih juga kepada para penaja, pemberi sumbangan dan semua tenaga kerja yang memberikan pelbagai bentuk sumbangan secara ikhlas demi memberikan secebis kegembiraan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di PDK Selayang. Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah- pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta pengalaman untuk dikongsi bersama. Kelancaran program kami adalah atas dedikasi mereka yang sentiasa teliti dalam membimbing kami mengendalikan Program Jalinan Kasih di Teratak (JAKET) 2011 di PDK Selayang. Kenangan bersama-sama warga PDK Selayang akan terpahat sebagai memori terindah yang pernah dilalui oleh kami sepanjang tempoh menyandang gelaran sebagai guru pelatih. Kami amat berharap agar akan ada kumpulan guru pelatih lain yang menyambung usaha kami untuk membina hubungan yang baik dan erat antara warga PDK dan Institut Pendidikan Guru.Tidak ketinggalan juga hubungan dengan pihak sekolah kerana kedua-duanya merupakan akar yang akan membuahkan hasil iaitu anak bangsa yang berjaya.

description

all

Transcript of Contoh Kk Pdk

Page 1: Contoh Kk Pdk

1.0 SEKALUNG BUDI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi cinta ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rasa kasih ke dalam hati manusia. DIA jugalah yang telah mengajarkan agar rasa kasih itu ditebar sehingga manusia saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Inilah inspirasi kami, 12 orang mahasiswa pengkhususan bidang Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan ahli kumpulan kami berpeluang untuk mencurah bakti kepada warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang, sama ada pelatih, petugas, mahupun ahli jawatankuasa PDK berkenaan. Sebesar-besar penghargaan kami titipkan buat warga PDK Selayang yang sudi menerima kehadiran kami selama seminggu di sana. Keterbukaan mereka untuk menerima sumbangan kami yang tidak seberapa amatlah dihargai.

Terima kasih juga kepada para penaja, pemberi sumbangan dan semua tenaga kerja yang memberikan pelbagai bentuk sumbangan secara ikhlas demi memberikan secebis kegembiraan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di PDK Selayang.

Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta pengalaman untuk dikongsi bersama. Kelancaran program kami adalah atas dedikasi mereka yang sentiasa teliti dalam membimbing kami mengendalikan Program Jalinan Kasih di Teratak (JAKET) 2011 di PDK Selayang.

Kenangan bersama-sama warga PDK Selayang akan terpahat sebagai memori terindah yang pernah dilalui oleh kami sepanjang tempoh menyandang gelaran sebagai guru pelatih. Kami amat berharap agar akan ada kumpulan guru pelatih lain yang menyambung usaha kami untuk membina hubungan yang baik dan erat antara warga PDK dan Institut Pendidikan Guru.Tidak ketinggalan juga hubungan dengan pihak sekolah kerana kedua-duanya merupakan akar yang akan membuahkan hasil iaitu anak bangsa yang berjaya.

Page 2: Contoh Kk Pdk

2.0 PENGENALAN KURSUS PKU 3112

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Kursus ini merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh guru pelatih pengkhususan pendidikan khas semester 6. Kursus ini mewajibkan guru pelatih melaksanakan projek aktiviti kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Projek tersebut perlu dilaksanakan dalam kumpulan kecil dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Selain daripada merancang dan menyiapkan projek, kuliah juga perlu dihadiri oleh para guru pelatih bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan asas mengenai PDK secara umum. Perbincangan dengan pihak PDK juga perlu dilakukan bagi memastikan program yang bakal dirancang dipersetujui bersama bagi mengelakkan daripada berlaku beberapa insiden yang tidak diingini.

Projek yang dirancang haruslah melibatkan bukan sahaja golongan OKU yang ditempatkan di PDK malah perlu melibatkan anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada OKU didedahkan dengan komuniti setempat. Laporan setiap program dan aktiviti yang dijalankan harus dibuat dan diserahkan kepada pensyarah pembimbing sebagai bahan bukti pelaksanaan projek yang telah dilakukan.

Page 3: Contoh Kk Pdk

3.0 PENGENALAN PUSAT PEM ULIHAN DALAM

KOM UNITI (PDK) SELAYANG

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti merupakan sebuah program yang membantu golongan kelainan upaya (OKU) mampu berdikari dan mengintergrasikan diri dengan komuniti. Program ini melibatkan pembabitan secara aktif ibu bapa/ penjaga golongan kurang upaya dan juga komuniti setempat. Program ini dilaksanakan oleh jawatankuasa PDK yang dilantik di bawah persetujuan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Ahli – ahli jawatankuasa dan petugas pdk terdiri daripada ibubapa/penjaga ahli keluarga OKU, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).

PDK Selayang adalah merupakan salah sebuah PDK yang bertapak di negeri Selangor. telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak OKU telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

PDK Selayang ini terletak di No. 7078, Jalan 12,Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia. Bermula dengan 15 orang kanak-kanak OKU, kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang. Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

PDK Selayang berfungsi sebagai sebuah pusat yang menjalankan kegiatan pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan OKU dan memberi perkhidmatan kepada anak yatim/kurang bernasib baik serta warga emas. Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Mingguan Terapi, Pusat Latihan Berdikari, Lawatan ke Rumah, Program Sukan Special Olympic, Rekreasi, Lawatan untuk Belajar, Program Muhibbah, Aktiviti Kemasyarakatan, latihan, seminar, motivasi, kursus, perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa, Hari Keluarga, Hari Muhibbah dan sebagainya merupakan pendekatan yang digunakan di PDK ini.

Page 4: Contoh Kk Pdk

4.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PDK SELAYANG.

PENASIHAT

PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH

EN. NIK AHMAD ISMADI B. NIK GHAZALI

PENGERUSI

Dato‟ Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh

AJK PDK TAMAN SERI JELOK

NAIB PENGERUSI 1 :Encik Wan Ismail Wan Hamat

NAIB PENGERUSI 2 :Encik Mohd Yusof Tawil

SETIAUSAHA : Puan Siti Nor Azila Saari

PENOLONG SETIAUSAHA : Puan Noraini Othman

BENDAHARI : Puan Jamaliah Ahmad

PETUGAS-PETUGAS PDK SELAYANG

6

5.0 peta ke pdk selayang

Page 5: Contoh Kk Pdk

6.0 SENARAI NAM A GURU PELATIH PROGRAM JAKET

BIL NAMA KUMPULAN NO KAD PENGENALAN

1 Abang Muhd Firdaus Bin Abang Madehi G 6.1 881009 – 52 - 5659

2 Ahmad Sayuti Bin Muhamad G 6.2 890210 – 03 - 5453

3 Asrul Khairuddin Bin Roseli G 6.4 880313 – 11 - 5473

4 Muhd Luqman Bin Muhd Syukri G 6.3 890122 – 14 - 5433

5 Aida Zameera Binti Anuar G 6.2 891207 – 05 - 5386

6 Arbai‟yah Binti Saironi G 6.3 871118 – 10 - 5064

7 Eflajura Ami G 6.1 890112 – 12 - 6052

8 Kalai A/P Thangavelu G 6.2 891021 – 07 - 5880

9 Naiemah Binti Che Mohd Noor G 6.4 891111 – 03 - 5874

10 Nik Nur Amirah Binti Ibrahim G 6.1 890111 – 03 - 5642

11 Nurfatin Binti Satar G 6.1 880711 – 1 1 - 5196

12 Nor Salbiah Binti Zulkifli G 6.4 880424 – 03 – 5046

Page 6: Contoh Kk Pdk

CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK

Page 7: Contoh Kk Pdk

KERTAS KERJA

Page 8: Contoh Kk Pdk

KERTAS KERJA INDUK

PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK (JAKET)

KUMPULAN MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG, GOMBAK.

1.0 PENGENALAN

Program Jalinan Kasih di Teratak (JAKET) yang dilaksanakan secara bersama dengan pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Selayang merupakan program yang dirancang oleh mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 6 Ambilan Januari 2009 Institut Pendidikan Guru kampus Ilmu Khas (IPG IK) bagi memenuhi syarat kursus PKU 3112 Pemulihan Dalam Komuniti. Kursus ini bertujuan menabur bakti dan berkhidmat untuk masyarakat khasnya golongan Orang Kurang Upaya(OKU) di PDK tersebut. Program ini melibatkan aktiviti – aktiviti untuk golongan OKU, ibu bapa / penjaga, keluarga dan komuniti setempat.

2.0 LATAR BELAKANG PDK PAKA

Sejarah Penubuhan: Ditubuhkan pada 1 September 1991 dan kemudiannya dirasmikan oleh YB Dato‟ Napsiah Omar pada 29 Ogos 1992.

13

Carta Organisasi :

AHLI JAWATANKUASA PDK SELAYANG (PUSAT KECEMERLANGAN OKU)

PENGERUSI

Dato‟ Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh

NAIB PENGERUSI 1

Encik Wan Ismail Wan Hamat

NAIB PENGERUSI 2

Encik Mohd Yusof Tawil

SETIAUSAHA

Puan Siti Nor Azila Saari

PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Noraini Othman

BENDAHARI

Puan Jamaliah Ahmad

AHLI JAWATANKUASA

Page 9: Contoh Kk Pdk

Encik Khazali Basar

Encik Mohd Tajuddin Yahya

Tuan Haji Sulaiman Hamid

Encik Henry Sandaman

Puan Azizah Ibrahim

Encik Alexander Aloysious Danker

Puan Faridah Kamis

PENASIHAT

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Tuan Haji Mohamed Saadom

Encik Othman Jamaludin

Fungsi : Sebuah pusat yang menjalankan kegiatan pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan OKU dan memberi perkhidmatan kepada anak yatim/kurang bernasib baik serta warga emas

Pendekatan : Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Mingguan Terapi, Pusat Latihan Berdikari, Lawatan ke Rumah, Program Sukan Special Olympic, Rekreasi, Lawatan untuk Belajar, Program Muhibbah, Aktiviti Kemasyarakatan, latihan, seminar, motivasi, kursus, perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa, Hari Keluarga, Hari Muhibbah dan sebagainya.

Lokasi : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

3.0 RASIONAL

Memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi IPG Kampus Ilmu Khas mengenai penglibatan individu dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya untuk golongan OKU. Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi membina hubungan baik dengan komuniti setempat. Aktiviti kemasyarakatan ini merupakan salah satu cara untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat sekaligus menjadi tanda sumbangan bakal pendidik kepada negara.

Page 10: Contoh Kk Pdk

4.0 MATLAMAT

Matlamat kertas kerja ini ialah:

4.1 Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mahasiswa dan mahasiswi IPG Ilmu Khas Semester 6. 4.2 Memberi panduan mengenai prosedur pengurusan dan pengelolaan yang terlibat dalam merancang sesuatu program. 4.3 Membina jaringan komunikasi dengan warga PDK Selayang dan komuniti setempat. 4.4 Memberi sumbangan dan bantuan dari segi kewangan dan tenaga kerja.

5.0 OBJEKTIF

Antara objektif kertas kerja ini ialah:

5.1 Memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada kanak- kanak dan remaja PDK Selayang yang terlibat dengan program dan aktiviti yang diadakan khusus untuk mereka

16

5.2 Menambah baik infrastruktur dan menceriakan kawasan kediaman PDK Selayang 5.3 Membuka minda ibu bapa, penjaga dan komuniti setempat mengenai isu – isu dan cabaran yang dihadapi oleh OKU dalam kehidupan seharian 5.4 Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi IPG Ilmu Khas Semester 6 berkongsi dan meraih pengalaman sepanjang menjalani program yang dirancang bersama warga PDK Selayang

6.0 SASARAN

6.1 Kanak – kanak dan remaja PDK Selayang 6.2 Ibu bapa dan penjaga warga PDK Selayang 6.3 Masyarakat setempat 6.4 Ahli terapi

7.0 TEMPOH

Program ini akan dijalankan selama seminggu iaitu dari 3 Oktober 2011 sehingga 8 Oktober 2011

Page 11: Contoh Kk Pdk

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SELAYANG

PENSYARAH PEMBIMBING

Hjh. Meskinah Binti Taib

PENGARAH PROGRAM

Asrul Khairuddin Bin Roseli

PENOLONG PENGARAH PROGRAM

Arba‟iyah Binti Saironi

SETIAUSAHA PROGRAM

Aida Zameera Binti Anuar

PENOLONG SETIAUSAHA PROGRAM

Naiemah Binti Che Mohd Noor

BENDAHARI PROGRAM

Nik Nur Amirah Binti Ibrahim

8.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI PROGRAM JALANAN KASIH DI TERATAK MAHASISWA

IPG KAMPUS ILMU KHAS

AKTIVITI AKADEMIK : CERAMAH PENDIDIKAN SEKSUALITI SERTA CABARAN BAGI GOLONGAN OKU OLEH DR AMINAH BEE BINTI MOHD KASSIM

Pengarah : Ahmad Sayuti Bin Muhamad Setiausaha : Nor Salbiah Binti Zulkifli

AKTIVITI HOME – BASED: MELAWAT 4 BUAH RUMAH OKU

Pengarah : Nik Nur Amirah Binti Zulkifli Setiausaha : Kalai a/p Thangavelu

AKTIVITI REKREASI: LAWATAN KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN DAN DEERLAND, KUALA GANDAH, LANCHANG, PAHANG.

Pengarah : Abg Mohd Firdaus Bin Abg Madehi Setiausaha : Norfatin Binti Satar

Page 12: Contoh Kk Pdk

AKTIVITI KECERIAAN: GOTONG – ROYONG, SIMEN FERO (PAGAR-PAGAR KECIL DAN PAPAN TANDA)

Pengarah : Muhammad Luqman Bin Mohamad Shukri Setiausaha : Elfajura Ami

AJK MAKANAN : Eflajura Ami

Nurfatin binti Satar

AJK TAJAAN : Muhammad Luqman Bin Mohamad Shukri

Kalai A/P Thangavelu

9.0 SUMBER TENAGA Ahli – ahli jawatankuasa PDK Selayang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi IPG Kampus Ilmu Khas, ahli Terapi, dan penceramah jemputan.

10.0 ASAS PERTIMBANGAN Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi kehendak kursus mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan Khas dalam subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112) semester 6. Antara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut : 10.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. 10.2 Melatih mahasiswa dan mahasiswi dalam kemahiran merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti. 10.3 Memupuk nilai-nilai bekerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Page 13: Contoh Kk Pdk
Page 14: Contoh Kk Pdk

11.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI AKTIVITI CATATAN 3 Oktober 2011 (Isnin) Home – Based (Lawatan ke 4 buah rumah OKU) Ahli Terapi memberi dan berkongsi tips – tips penjagaan dan rawatan yang sesuai 4 Oktober 2011 (selasa) Membuat dan membina simen fero pagar – pagar kecil dan papan tanda Aktiviti ini disambung pada keesokan hari untuk mengeringkan simen pagar – pagar kecil dan papan tanda

TARIKH / HARI AKTIVITI CATATAN 3 Oktober 2011 (Isnin) Home – Based (Lawatan ke 4 buah rumah OKU) Ahli Terapi memberi dan berkongsi tips – tips penjagaan dan rawatan yang sesuai 4 Oktober 2011 (selasa) Membuat dan membina simen fero pagar – pagar kecil dan papan tanda Aktiviti ini disambung pada keesokan hari untuk mengeringkan simen pagar – pagar kecil dan papan tanda

TARIKH / HARI AKTIVITI CATATAN 3 Oktober 2011 (Isnin) Home – Based (Lawatan ke 4 buah rumah OKU) Ahli Terapi memberi dan berkongsi tips – tips penjagaan dan rawatan yang sesuai 4 Oktober 2011 (selasa) Membuat dan membina simen fero pagar – pagar kecil dan papan tanda Aktiviti ini disambung pada keesokan hari untuk mengeringkan simen pagar – pagar kecil dan papan tanda

20 20 20

5 Oktober 2011 (Rabu)

5 Oktober 2011 (Rabu) 5 Oktober 2011 (Rabu)

Membuat dan membina

Membuat dan membina simen fero pagar – pagar Membuat dan membina simen fero pagar – pagar kecil dan

Page 15: Contoh Kk Pdk

simen fero pagar – pagar kecil dan papan tanda

kecil dan papan tanda papan tanda

6 Oktober 2011 (Khamis)

6 Oktober 2011 (Khamis) 6 Oktober 2011 (Khamis)

Lawatan ke Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan Dan „Deerland‟ Kuala Gandah

Lawatan ke Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan Dan „Deerland‟ Kuala Gandah

Lawatan ke Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan Dan „Deerland‟ Kuala Gandah

3 aktiviti yang akan diadakan: Beri makanan pada gajah Menaiki gajah Mandi bersama anak gajah

3 aktiviti yang akan diadakan: Beri makanan pada gajah Menaiki gajah Mandi bersama anak gajah

3 aktiviti yang akan diadakan: Beri makanan pada gajah Menaiki gajah Mandi bersama anak gajah

7 Oktober 2011 (Jumaat)

7 Oktober 2011 (Jumaat) 7 Oktober 2011 (Jumaat)

Aktiviti gotong – royong Aktiviti ini disertai oleh warga PDK Selayang

Aktiviti gotong – royong Aktiviti ini disertai oleh warga PDK Selayang

Aktiviti gotong – royong Aktiviti ini disertai oleh warga PDK Selayang

8 Oktober 2011 (Sabtu)

8 Oktober 2011 (Sabtu) 8 Oktober 2011 (Sabtu)

12.0 SUMBER KEWANGAN Setiap ahli jawatankuasa Program Jalinan Kasih di Teratak (JAKET) PDK Selayang perlu mengutip sumbangan dan dana dari mana – mana badan kerajaan dan swasta serta orang perseorangan bagi menampung perbelanjaan sepanjang program dijalankan.

Page 16: Contoh Kk Pdk

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA (RM X Unit) JUMLAH (RM)

14.0 IMPLIKASI KEWANGAN Setiap ahli jawatankuasa dikehendaki mencari sumbangan untuk mendapatkan sumber kewangan

15.0 KESIMPULAN DAN SYOR

Kami mengharapkan agar kertas kerja ini dapat diluluskan supaya semua program yang kami rancangkan untuk warga Orang Kurang Upaya(OKU) dapat dijalankan dengan sempurna.

Disediakan oleh,

…………………………………

(AIDA ZAMEERA BINTI ANUAR)

Setiusaha,

Program Jalinan Kasih Di Teratak, PDK Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.

Disemak oleh,

………………………………

(ASRUL KHAIRUDDIN BIN ROSELI)

Pengarah,

Program Jalinan Kasih Di Teratak, PDK Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.

Disahkan oleh.

………………………………..

(HJH. MESKINAH BINTI TAIB)

Pensyarah Pembimbing,

Page 17: Contoh Kk Pdk

Program Jalinan Kasih Di Teratak, PDK Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.

Page 18: Contoh Kk Pdk

KERTAS KERJA HOMEBASED

PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK (JAKET)

KUMPULAN MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG, GOMBAK.

1.0 PENGENALAN

1.1 Aktiviti lawatan ke rumah Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan salah satu program yang perlu dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar PISMP, pihak PDK Selayang dan ibu bapa golongan OKU dalam aktiviti terapi yang dilakukan di rumah. Terapi yang diberikan kepada golongan OKU di rumah adalah untuk meningkatkan keupayaan psikomotor kasar dan psikomotor halus serta memberi bimbingan kepada ibu bapa dalam pengurusan golongan OKU di rumah.

2.0 TUJUAN

2.1 Memberi pendedahan kepada pelajar PISMP terhadap aktiviti Home – Based iaitu program oleh pihak penganjur ke rumah OKU.

43

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar PISMP dan warga OKU terbabit.

3.2 Mendalami latar belakang warga OKU dan berkenalan dengan ahli keluarga OKU yang terlibat.

3.3 Memberikan perkhidmatan terapi yang bersesuaian kepada warga OKU bagi meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

3.4 Meningkatkan kesedaran dan mendedahkan pelajar PISMP terhadap kehidupan warga OKU sebenar.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mengunjungi warga OKU dan memerhatikan persekitaran tempat tinggal mereka.

4.2 Membantu dalam menceriakan kawasan tempat tinggal rumah OKU.

4.3 Memberikan sumbangan kepada keluarga OKU yang terlibat.

4.4 Memberi semangat dan motivasi kepada golongan OKU untuk mengharungi hari- hari mendatang dengan penuh tabah dan cekal.

4.5 Memberi pemulihan yang sesuai dengan warga OKU terbabit

44

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 4 Oktober 2011

Page 19: Contoh Kk Pdk

5.2 Hari : Isnin

5.3 Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

6.0 TEMPAT

5.1 Empat buah rumah warga OKU yang telah dikenalpasti akan dijadikan sampel untuk lawatan.

5.2 Penempatan-penempatan warga OKU tersebut adalah :-

- di sekitar PDK Selayang

45

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HOME BASED

PENGARAH AKTIVITI NIK NUR AMIRAH BT IBRAHIM

SETIAUSAHA AKTIVITI KALAI A/P THANGAVELU

BENDAHARI AKTIVITI NOR SALBIAH BINTI ZULKIFLI

AJK PERALATAN AHMAD SAYUTI BIN MUHAMMAD AIDA ZAMEERA BINTI ANUAR

AJK PENGANGKUTAN ASRUL KHAIRUDDIN BIN ROSELI MUHD LUQMAN BIN MOHD SHUKR ARBA‟IYAH BINTI SAIRONI NAIEMAH BINTI CHE MOHD NOOR

AJK DOKUMENTASI EFLAJURA AMI ABG. MOHD. FIRDAUS BIN ABG. MADEHI

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA NORFATIN BINTI SATAR

46

8.0 ASAS PERTIMBANGAN

8.1 Program Home-Based ini merupakan salah satu tuntutan yang perlu dipenuhi dalam kurikulum semester 6 iaitu kursus PKU 3112 Program Pemulihan Dalam Komuniti.

8.2 Di antara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut:

Memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar PISMP mengenai Program Home-Based. Mendedahkan pelajar kepada kemahiran perancangan dan pengurusan program Home-Based. Mengeratkan hubungan dan mewujudkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar PISMP dalam menyempurnakan program Home-Based.

Page 20: Contoh Kk Pdk

9.0 TENTATIF PROGRAM

BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM/UNIT) JUMLAH (RM)

9.2 Antara aktiviti lawatan ke rumah OKU meliputi :

a) Sesi ramah mesra

b) Terapi fisioterapi

c) Penyampaian hamper

d) Aktiviti Keceriaan*

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM/UNIT) JUMLAH (RM)

1 HAMPER 4 60 RM 240.00

2 KOS PENGANGKUTAN 2 30 (sehari)

RM 60.00

JUMLAH RM 300.00

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

11.1 Setiap pelajar PISMP dikehendaki mencari sumbangan untuk meraih sumber kewangan.

11.2 Sumbangan akan dihulurkan kepada keluarga warga OKU sebagai tanda kenangan dan cenderahati

12.0 KESIMPULAN/SYOR

Page 21: Contoh Kk Pdk

12.1 Pihak pentadbiran Pusat Dalam komuniti adalah dipohon mempertimbangkan dan meluluskan cadangan bagi menjayakan program Home-based yang dianjurkan oleh pelajar PISMP Semester 6.

13.0 PENUTUP

Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, diharapkan agar program Home-Based ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mendapat keberkatan dari Tuhan Yang Maha Esa.

Disediakan oleh: .

...........................................

. (KALAI A/P THANGAVELU)

Setiausaha Aktiviti Home-Based,

Program Jalinan Kasih di Teratak,

usat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.

Disemak oleh :

............................................

(ASRUL KHAIRUDDIN ROSELI)

Pengarah Program Jalinan Kasih di Teratak,

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.

Disahkan oleh :

................................................

(HJH. MESKINAH BINTI TAIB)

Pensyarah Pembimbing

Program Jalinan Kasih di Teratak Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.

Page 22: Contoh Kk Pdk
Page 23: Contoh Kk Pdk

LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN PROGRAM JALINAN DI TERATAK (JAKET)

DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG.

Tarikh : 4, 5 & 7 Oktober 2011.

Hari : Selasa, Rabu dan Jumaat.

Masa : Pagi, Petang dan Malam.

Tempat : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang.

1.0 PENGENALAN

Aktiviti keceriaan adalah aktiviti wajib yang telah kami adakan bersama- sama dengan warga PDK Selayang.Untuk aktiviti ini, kami telah menjalankan bengkel membuat simen fero yang akan berjalan selama dua hari. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan kemahiran baru kepada warga di PDK dalam bidang seni bina dan boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan jika kemahiran tersebut diaplikasikan kelak.Kami turut membersihkan bilik snoozeland dan mengemaskan kabin (stor) untuk aktiviti keceriaan.

2.0 PELAKSANAAN

Pada hari kedua berada di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang iaitu pada 04 Oktober 2011 (Selasa), kumpulan Jalinan Kasih Di Teratak (JAKET) telah menjalankan aktiviti keceriaan seperti yang telah dirancang. Pada awal pagi kami telah berkumpul untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu seperti pembahagian tugasan dan bacaan doa sebelum melakukan sebarang aktiviti keceriaan. Dalam pelaksanaan aktiviti keceriaan tersebut, kami telah melibatkan para remaja OKU yang berkemampuan.

131

Kami telah membahagikan ahli JAKET kepada dua kumpulan kecil, di mana kumpulan pertama ditugaskan untuk menyediakan bahan untuk aktiviti simen fero. Manakala kumpulan kedua pula ditugaskan untuk membersih dan mengemaskan bilik snoozeland. Aktiviti meyediakan bahan untuk simen fero telah disertai beberapa orang remaja OKU yang boleh melakukan kerja-kerja seperti menyediakan simen, memotong dawai BRC, mengikat dawai BRC menjadi gulungan kecil, membuat lapisan pertama simen pada gulungan dawai, dan membuat rangka untuk papan tanda. Setiap aktiviti yang dijalankan akan diberi penerangan dan demonstrasi oleh ahli JAKET sebelum meminta remaja OKU untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Pada hari tersebut, remaja OKU yang terlibat hanya sedikit kerana selain program yang kami jalankan, terdapat kumpulan lain yang menjalankan program di PDK tersebut dan kumpulan itu memerlukan penglibatan warga PDK untuk menjalankan aktiviti mereka. Oleh yang demikian, remaja dan kanak-kanak OKU telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang menjalankan aktiviti di PDK tersebut. Kumpulan lain yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Page 24: Contoh Kk Pdk

Aktiviti dapat dijalankan dengan lancar walaupun penglibatan remaja OKU hanya sedikit, mereka sangat tekun dan seronok sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, aktiviti simen fero tidak dapat dilaksanakan pada sebelah petang kerana hujan. Kami terpaksa memindahkan barang-barang terutamanya gulungan dawai yang telah disimen ke tempat yang teduh bagi mengelakkan daripada terkena hujan. Sementara menunggu hujan reda, kami telah mengajar remaja OKU melakukan aktiviti kraftangan iaitu membuat anyaman bakul atau bekas pensel daripada kertas bagi mengisi masa terluang. Kerja-kerja simen fero disambung pada keesokan harinya.

Kerja-kerja aktiviti keceriaan yang telah tertangguh disebabkan hari hujan telah disambung pada hari ketiga berada di PDK Selayang iaitu pada hari Rabu, 05 Oktober 2011. Seperti biasa kami telah melakukan sedikit perbincangan dan bacaan doa pada awal pagi. Selepas itu, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan kecil di mana kumpulan pertama ditugaskan untuk menyambung kerja-kerja penghasilan

132

batang kayu (simen fero) dan kumpulan kedua menyiapkan papan tanda. Sepanjang melakukan aktiviti ini, sekali lagi golongan remaja OKU yang berkemampuan dilibatkan. Ini bertujuan untuk memberikan mereka kemahiran dalam menghasilkan produk yang berasaskan simen fero.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut bukan sahaja melakukan lapisan pertama simen fero pada gulungan dawai tetapi melakukan lapisan kedua simen, melorek, mengecat cat warna hitam pada simen fero yang telah kering dan membentuk tunggul kayu serta mengecat cat berwarna merah bata. Ini diikuti dengan menanam simen fero tersebut di bahagian hadapan bangunan PDK Selayang. Semua aktiviti tersebut dilakukan bermula dari pagi dan berlarutan hinggalah pada waktu malam.

Masalah yang timbul pada hari tersebut ialah masalah hujan pada sebelah petang, aktiviti keceriaan tidak dapat dijalankan. Seperti biasa, beberapa ahli kami yang mahir dalam kraftangan menyambung aktiviti kraftangan yang telah dilaksanakan pada hari kedua iaitu pada hari Selasa. Setelah hujan berhenti, kami menyambung kerja-kerja keceriaan dan kebetulan pada hari tersebut, kami telah diselia oleh pensyarah pembimbing. Oleh itu, ketua kumpulan JAKET telah menerangkan kepada pensyarah mengenai aktiviti-aktiviti yang sedang kami laksanakan pada waktu itu. Kerja-kerja keceriaan berhenti pada sekitar pukul 9.30 malam, dan masih belum siap sepenuhnya.

Aktiviti terakhir dalam bahagian keceriaan dilaksanakan pada hari Jumaat (07 Oktober 2011), iaitu aktiviti gotong-royong. Dalam aktiviti gotong-royong tersebut, kami telah melakukan dua aktiviti iaitu menyiapkan papan tanda yang belum siap sepenuhnya serta mengemaskan tunggul-tunggul kayu (simen fero) supaya kelihatan lebih kemas dan cantik dan juga mengemaskan kabin (stor) di PDK tersebut. Aktiviti gotong-royong ini memerlukan kami untuk dipecahkan kepada dua kumpulan bagi mempercepatkan kerja-kerja yang disediakan. Dua kumpulan tersebut iaitu kumpulan lelaki ditugaskan untuk menyiapkan papan tanda dan kumpulan perempuan ditugaskan untuk membersih dan mengemaskan bilik kabin.

133

Aktiviti membersih dan mengemaskan kabin siap dengan cepat iaitu pada sebelah tengah hari. Ianya dapat disiapkan dengan cepat kerana setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang sangat baik

Page 25: Contoh Kk Pdk

dan barang-barang yang perlu disusun dalam kabin tersebut hanyalah terdiri daripada kerusi roda, bola-bola terapi, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Barang-barang di dalam kabin tersebut disusun dengan kemas mengikut keutamaan dan permintaan pihak PDK. Selesai mengemas dan membersihkan kabin tersebut, kami telah menolong untuk menyiapkan papan tanda dan mengemaskan tunggul kayu (simen fero) yang kurang kemas. Pada hari itu juga, AJK masakan untuk aktiviti akademik dan jamuan telah menjalankan tugas mereka. Mereka keluar membeli barang-barang basah untuk dimasak pada keesokan hari dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Aktiviti keceriaan terutamanya papan tanda siap sepenuhnya pada sebelah malam.

3.0 ANALISIS SWOT.

Sepanjang aktiviti keceriaan ini dilaksanakan, semua ahli kumpulan JAKET telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan masing-masing memberikan komitmen yang sepatutnya sehinggalah semua kerja dapat disempurnakan seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang timbul sepanjang aktiviti keceriaan dijalankan selama tiga hari itu . Syukur kerana setiap masalah tersebut dapat di atasi dengan mudah. Berikut merupakan analisis masalah yang dapat kami simpulkan secara analisis SWOT:

Kekuatan (Strength) Kerjasama antara ahli JAKET yang sangat baik dalam menyiapkan aktiviti-aktiviti keceriaan yang telah dirancang. Setiap ahli memberi komitmen yang bersungguh- sungguh. Terdapat ahli kumpulan yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam menghasilkan simen fero. Setiap ahli boleh membimbing pelatih OKU secara baik dalam menghasilkan simen fero. Ahli kumpulan sanggup mengorbankan masa dengan bekerja sehingga malam untuk memastikan kerja dapat disiapkan dengan sempurna.

Kelemahan (Weakness) Alatan seperti pemotong dawai tidak mencukupi. Pemilihan cat warna untuk lapisan cat kedua kurang sesuai dan terpaksa mengeluarkan duit lagi untuk membeli cat yang sesuai.

Peluang (Opportunity) Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli yang terdiri daripada kelas berbeza. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial dengan individu-individu OKU. Dapat mengenal individu OKU dengan lebih dekat. Dapat menyalurkan dan berkongsi ilmu serta kemahiran membuat simen fero kepada pelatih OKU.

Ancaman (Threat) Keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan pada sebelah petang menyebabkan kerja-kerja seperti menyimen tidak dapat dilaksanakan dan terpaksa ditangguhkan. Boleh tercedera sekirannya tidak menggunakan alatan seperti pemotong dawai dengan betul.

4.0 PENUTUP

Sebagai penutup, kami sangat berpuas hati di atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak PDK sepanjang menjalankan Aktiviti Keceriaan ini. Kami berasa sangat terharu apabila mendapat pelbagai pujian dan ucapan tahniah daripada semua pihak di atas penghasilan Taman PDK Selayang yang kini berwajah baru. Apa yang kami harapkan adalah semoga segala projek keceriaan kami dijaga dan diurus dengan baik oleh pihak PDK selepas ketiadaan kami di sana.

Page 26: Contoh Kk Pdk

Disediakan oleh,

………………………………….

(EFLAJURA AMI)

Setiausaha Aktiviti Keceriaan,

Program Jalinan KasiH

PDK PAKA

Page 27: Contoh Kk Pdk

LAMPIRAN AKTIVITI KECERIAAN

Page 28: Contoh Kk Pdk

LAPORAN AKTIVITI AKADEMIK PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK (JAKET)

CERAMAH BERTAJUK „PENDIDIKAN SEKSUALITI BAGI WARGA OKU‟

Tarikh : 8 Oktober 2010

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Tempat : PDK Selayang.

1.0 PENGENALAN

Pada 8 Oktober 2011, satu ceramah bertajuk Pendidikan Seksualiti bagi Warga Orang Kurang Upaya (OKU) telah diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang sempena Khidmat Siswa Program Jalinan Kasih Kasih di Teratak (JAKET). Program JAKET telah diadakan selama seminggu bermula pada 3 Oktober 2011 dan berakhir pada 8 Oktober 2011. Pada hari itu juga diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program. Penceramah jemputan iaitu Puan Cheoh Siew Tin merupakan Ketua Penyelia Jururawat, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau menggantikan penceramah asal iaitu Dr. Aminah Bee binti Mohd Kassim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga yang tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri satu mesyuarat penting.

Tujuan majlis ceramah ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada warga PDK dan ibu bapa anak-anak OKU tentang kepentingan mempelajari pendidikan seksualiti, seterusnya menyediakan mereka untuk menghadapi sebarang cabaran, serta dapat mengaplikasi ilmu pendidikan seksualiti dalam kehidupan seharian. Objektif ceramah ini juga adalah untuk memberi pengetahuan tentang cabaran yang dihadapi OKU dalam mendepani isu-isu berkaitan dengan seksualiti dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, majlis ceramah ini juga merupakan wadah untuk membina

151

hubungan yang erat antara mahasiswa Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, warga PDK dan komuniti setempat bagi memudahkan sebarang urusan atau perkongsian ilmu serta tenaga kerja pada masa hadapan.

2.0 PELAKSANAAN

Ceramah ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu khas iaitu Cik Hajjah Meskinah binti Haji Taib selaku Pensyarah Penyelaras Program PDK, Dr. Shahrul Arba‟iah binti Osman selaku Pensyarah Penilai Program PDK, dan Encik Yusuf bin Tawil selaku Naib Pengerusi II PDK Selayang. Tetamu-tetamu lain terdiri daripada ahli jawatankuasa, petugas, sukarelawan, dan ibu bapa atau penjaga anak-anak OKU di PDK Selayang. Selain itu, terdapat juga beberapa ahli jawatankuasa dan petugas dari PDK lain

Page 29: Contoh Kk Pdk

seperti PDK Hulu Kelang, PDK Rawang, dan PDK Batu Arang yang turut hadir sebagai tetamu jemputan.

Daripada sasaran awal sebanyak 100 orang tetamu, hanya 40 orang yang dapat menghadirkan diri. Kebanyakan tetamu terutama ibu bapa yang tidak hadir adalah disebabkan mereka mempunyai program tersendiri bersama keluarga serta ada di antara mereka ke Rawang bagi memenuhi undangan majlis ramah mesra serta jamuan makan bersama dengan Perdana Menteri Dato‟ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang „turun padang‟ bagi memenuhi rangka kerja dan lawatan rasmi di daerah tersebut.

Ceramah dimulakan setengah jam lewat, disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kelewatan penceramah sampai ke PDK dan jumlah kehadiran peserta yang sedikit pada peringkat awal. Sebaik sahaja sampai, penceramah terus membuat persediaan dan menyusun barang-barang yang dibawa sebagai bahan bantu untuk membuat demonstrasi semasa ceramah dijalankan. Melihatkan jumlah tetamu yang masih sedikit, beliau mengambil keputusan untuk menunggu sebentar lagi sambil mengambil peluang untuk berkenalan dengan ahli jawatankuasa penganjur dan warga PDK Selayang. Program ceramah dimulakan tepat pukul 9.30 pagi dengan ucapan alu- aluan dan pengenalan oleh saudara Abang Mohd Firdaus bin Abang Madehi selaku Pengerusi Majlis.

152

Seterusnya, Puan Cheoh mengambil tempat untuk memulakan ceramahnya yang bertajuk “Pendidikan Seksualiti bagi Warga OKU”. Walaupun ceramah diadakan berterusan selama satu jam setengah tanpa rehat, namun tetamu tidak merungut mahupun kelihatan bosan disebabkan penyampaian Puan Cheoh yang menarik dan interaktif. Bahan-bahan yang dibawa seperti anak patung, apron (dengan gambar organ seksual), dan kain rentang (dengan gambar rajah pengaruh diri dan persekitaran) membuatkan penyampaiannya menjadi lebih jelas dan mampu menarik perhatian tetamu. Selain itu, Puan Cheoh mencuba sedaya upaya untuk memecahkan kebekuan pendengar dengan mengajukan soalan-soalan yang dapat mengaitkan antara isi ceramah dengan pengalaman mereka dalam kehidupan seharian. Soalan- soalan ini bukan sahaja berjaya menjadikan penyampaian lebih interaktif, malah dapat membuka minda pendengar agar menjadi lebih terbuka semasa membincangkan isu- isu seksualiti yang dikemukakan.

Selesai sahaja sesi ceramah pada pukul 11.00 pagi, Puan Cheoh terus menyambung dengan sesi soal jawab yang berlangsung selama hampir 20 minit. Setelah itu, saudari Arba‟iyah Binti Saironi tampil untuk mengendalikan sesi Kuiz Uji Minda. Puan Cheoh dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada hadirin yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Sesi kuiz ini mengambil masa hanya 10 minit untuk menghabiskan sebanyak 10 soalan. Sebelum program ceramah ini berakhir, sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada Puan Cheoh telah disampaikan oleh Cik Hajjah Meskinah selaku Penyelaras Program PDK merangkap tetamu khas program ini. Program ceramah selesai pada pukul 11.30 pagi.

3.0 KEKUATAN

Keputusan kami memilih untuk menganjurkan program ceramah adalah satu keputusan yang tepat. Apatah lagi, ceramah tentang pendidikan seksualiti bagi warga OKU belum pernah diadakan di mana-mana pusat PDK yang berdekatan. Ceramah yang diadakan buat julung kalinya ini mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa serta tetamu-tetamu yang hadir terutamanya petugas-petugas dari PDK lain. Mereka

Page 30: Contoh Kk Pdk

153

tidak sabar untuk pulang ke PDK masing-masing bagi menyampaikan ilmu-ilmu yang telah diperoleh dalam ceramah ini. Malah ada yang mengambil tindakan proaktif dengan mendapatkan maklumat perhubungan seperti nombor telefon dan e-mel Puan Cheoh sebagai persediaan untuk menjemput beliau menyampaikan ceramah di pusat PDK masing-masing.

Perancangan kami untuk menjemput petugas-petugas dari pusat PDK lain di sekitar Selayang juga adalah satu keputusan yang tepat. Ini adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam menyebarkan pengetahuan tentang pendidikan seksualiti kepada warga OKU. Setiap pusat PDK mewakili jaringan komunikasi bagi warga OKU dalam komuniti masing-masing. Jadi, dengan menjemput wakil-wakil dari setiap pusat PDK, ini bermakna sebarang maklumat yang disampaikan telah berjaya disebarkan kepada seluruh komuniti yang berkenaan. Setiap wakil pusat PDK yang hadir merupakan duta kepada komuniti masing-masing kerana mereka akan pulang dengan satu persepsi baru tentang pendidikan seksualiti kepada warga OKU. Seterusnya, persepsi baru ini akan diceritakan kepada warga PDK yang lain. Memandangkan isu pendidikan seksualiti kepada warga OKU ini sangat relevan bagi pendidikan yang menyeluruh kepada warga OKU, pastinya perkongsian ini akan mendapat sambutan hangat di tempat masing-masing. Malah, tidak mustahil pusat-pusat PDK ini akan mengadakan ceramah yang sama di tempat mereka pula.

4.0 KELEMAHAN

Sama seperti apa yang disampaikan oleh Encik Yusuf dalam ucapannya selaku tuan rumah, beliau telah menyatakan kekesalannya terhadap jumlah kehadiran yang agak mengecewakan. Ilmu tentang pendidikan seksualiti kepada warga OKU ini seharusnya dikongsi dengan lebih ramai individu dan komuniti memandangkan bukan mudah bagi mana-mana pusat PDK untuk mendapatkan penceramah-penceramah pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Tambahan pula, pengelolaan program sebegini akan menjadi tidak berbaloi sekiranya hanya melibatkan komuniti yang kecil sahaja.

154

Selain itu, kami juga mengakui kelemahan daripada segi protokol majlis yang tidak disusun dengan lebih teliti. Terdapat sedikit kekalutan semasa sesi penyampaian hadiah semasa Kuiz Uji Minda di mana ahli jawatankuasa cenderamata sendiri yang menyampaikan hadiah kepada tetamu yang berjaya menjawab soalan pertama. Kemudian, setelah merasai kejanggalan situasi tersebut, barulah Puan Cheoh dijemput untuk menyampaikan hadiah-hadiah yang berikutnya.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kami seharusnya bertindak bijak dengan memberikan cadangan bernas kepada ibu bapa yang tidak dapat hadir. Terdapat antara mereka yang menelefon pihak PDK Selayang untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka kerana lebih berminat untuk menghadiri majlis jamuan yang diadakan bersama Perdana Menteri di Rawang. Seharusnya kami berbincang dengan pihak PDK Selayang untuk memujuk mereka dengan mencadangkan agar ada di antara ahli keluarga yang dihantar sebagai wakil untuk menghadiri ceramah. Untuk mendapatkan perhatian mereka, kami boleh menyampaikan serba sedikit isi kandungan ceramah yang dirasakan menarik untuk dikongsi.

Selain itu, kami juga perlu lebih meneliti protokol majlis penyampaian hadiah. Walaupun program ceramah ini agak ringkas dan tidak terlalu terikat dengan formaliti majlis, namun kami seharusnya bijak mengawal majlis dengan mematuhi protokol pada sesi-sesi yang sesuai. Contohnya, semasa

Page 31: Contoh Kk Pdk

sesi penyampaian hadiah Kuiz Uji Minda, penceramah adalah individu yang sepatutnya dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada tetamu yang berjaya menjawab soalan dengan betul.

155

6.0 ANALISIS SWOT

Kekuatan (Strength) Para ibu bapa dan jemputan teruja kerana mereka mendapat pengetahuan baru tentang seksualiti dalam kalangan OKU.

Semasa slot Soal & jawab, ramai ibu bapa yang bertanya tentang masalah-masalah yang dihadapi dan meminta pandangan serta jalan mencari penyelesaian.

Kelemahan (Weakness) Ceramah sepatutnya mula pada pukul 9.00 pagi tetapi, penceramah tiba 10 minit lewat iaitu pada pukul 9.10 pagi.

Kehadiran peserta dan jemputan sedikit iaitu 42 orang termasuk pihak penganjur.

Majoriti ibu bapa menelefon pihak PDK tidak dapat menghadirkan diri ke program pada saat- saat akhir

Peluang (Opportunity) Ibu bapa dan jemputan mendapat pengetahuan baru tentang masalah dan doktrin seksualiti di kalangan orang awam terhadap golongan OKU.

Ibu bapa dan jemputan juga dapat berinteraksi secara terus dengan pihak pakar tentang masalah seksualiti dalam kalangan OKU.

Kesemua tetamu dan peserta mendapat CD „training module (live,life,stay safe) edisi pertama yang baru sahaja dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ancaman (Threat) Jumlah kehadiran ibu bapa yang sedikit kerana mereka ke Rawang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri yang membuat lawatan ke sana.

Angin kuat selama beberapa minit menyebabkan skrin paparan LCD jatuh dan memecahkan jag air

156

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, daripada komen-komen para hadirin yang hadir , kesemuanya sangat berpuas hati dengan ceramah tersebut. Pelbagai ilmu baru yang dapat ditimba selepas dua jam mendengar ceramah. Stereotaip mengenai Pendidikan Seks telah dapat dipecahkan. Semoga, isi-isi dalam ceramah ini dapat disebarkan seluas-luasnya agar memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.

Disediakan oleh,

………………………………….

(NOR SALBIAH BINTI ZULKIFLI)

Setiausaha Aktiviti Akademik,

Program Jalinan Kasih Di Teratak (JAKET),

Page 32: Contoh Kk Pdk

PDK Selayang.

LAMPIRAN PROGRAM AKADEMIK

LAPORAN AKTIVITI HOME BASED PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK (JAKET)

DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SELAYANG.

Tarikh : 3 Oktober 2010.

Hari : Isnin.

Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Tempat : PDK Selayang.

1.0 PENGENALAN

Program home based merupakan sebuah program yang dijalankan di rumah orang kelainan upaya (OKU) yang tidak dapat hadir ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kerana kecacatan serius yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan. Selain itu, golongan yang berpendapatan rendah sehinggakan tidak mampu menghantar anak mereka ke PDK bagi mendapatkan rawatan terapi ataupun mengikuti pelajaran secara langsung juga turut terlibat dalam program ini.Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4 jam sehari. Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya ianya melibatkan lebih 15 orang OKU. Program home based sebenarnya diwujudkan di PDK adalah kerana timbulnya rasa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah kelolaan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2.0 PELAKSANAAN

Sebelum menjalankan program home based bersama warga PDK Selayang, kami telah berjumpa dengan En.Yusoff b. Tawil iaitu penyelia PDK Selayang. Beliau hanya membenarkan kami melakukan „home visit’ kerana tiada warga OKU yang

122

mengikuti program home based di PDK ini. Ini kerana, semua warga OKU dapat hadir ke PDK bagi menjalani terapi. Manakala bagi keluarga yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke PDK, pihak PDK telah menyediakan sebuah van yang akan mengambil dan menghantar pelatih OKU dari kediaman mereka. Selain itu, PDK Selayang ini beroperasi selama 5 hari seminggu berbanding

Page 33: Contoh Kk Pdk

dengan PDK lain yang hanya beroperasi empat hari sahaja. Oleh itu, program Home Visit dijalankan atas permintaan kami.

Aktiviti ini kami laksanakan pada hari Isnin bersamaan 3 Oktober 2011. Sebanyak 4 buah rumah telah memberikan keizinan untuk dilawati selama sejam. Lawatan tersebut dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi untuk 2 kumpulan dan sesi petang bagi 2 kumpulan yang lain. Kami telah di bahagikan kepada 3 orang bagi satu kumpulan dan setiap kumpulan ini akan melawati rumah OKU yang berlainan bersama dengan seorang pekerja PDK.

Sebelum kami bergerak ke rumah – rumah yang terpilih, kami bersama dengan warga PDK OKU Selayang melakukan aktiviti senaman pagi. Senaman pagi merupakan rutin harian ahli-ahli PDK. Kami membantu dan membimbing warga OKU melakukan senaman. Setelah menjalankan senaman pagi bersama-sama warga PDK Selayang kami berpecah kepada empat kumpulan seperti yang ditetapkan. Home visit bagi sesi pagi dimulakan dengan melawat dua buah rumah iaitu rumah Hafizah dan rumah Hafiz. Rumah Hafizah dilawati oleh Nik Amirah, Ahmad Sayuti dan Nurfatin. Melalui hasil temu ramah yang kami adakan bersama dengan ibu Hafizah yang merupakan suri rumah sepenuh masa, pelbagai maklumat mengenai beliau telah kami peroleh. Hafizah merupakan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mempunyai masalah Sindrom Down. Selain itu, dia juga mempunyai otot kaki yang lembut yang menyukarkannya untuk berjalan dengan baik. Hasil daripada urutan yang dilakukan oleh ayahnya yang merupakan pakar urut, kini dia boleh berjalan dengan baik seperti kanak – kanak normal yang lain. Dia telah menyertai PDK semasa berusia dua tahun dan mula boleh bertutur ketika berumur tiga tahun. Sebagai tanda penghargaan dan

123

kerjasama yang diberikan oleh keluarga Hafizah, kami memberikan hamper kepada mereka. Rumah kedua yang dilawati pada sesi pagi ialah rumah Hafiz. Rumah Hafiz dilawati oleh Abang Muhammad Firdaus, Aida Zameera dan juga Kalai. Hafiz merupakan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mengalami masalah Sindrom Down dan juga kesukaran untuk bertutur. Hafiz merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Ibu bapa Hafiz merupakan warganegara Indonesia. Ayah Hafiz bekerja sebagai seorang penjual barang elektrik terpakai manakala ibunya merupakan suri rumah tangga. Walaupun mereka merupakan golongan yang susah namun sikap keprihatinan dan kasih sayang mereka terhadap Hafiz amat tinggi. Menurut ibu bapa Hafiz, mereka sedang berusaha untuk memasukkan Hafiz ke sekolah akan tetapi guru besar sekolah berkenaan tidak mahu menerima Hafiz kerana Hafiz masih memakai lampin. Hafiz telah menyertai PDK Selayang semasa berusia lima tahun. Menurut ibu bapa Hafiz lagi, hasil daripada latihan yang diberikan kepada Hafiz, Hafiz sekarang telah menunjukkan tingkah laku yang lebih baik.Tidak ada sebarang latihan pemulihan yang diberikan kepada Hafiz di rumahnya. Hal ini demikian kerana Hafiz selalu datang ke PDK Selayang. Rumah ketiga yang dilawati oleh kumpulan Arba‟iyah, Asrul Khairuddin dan Nor Salbiah ialah rumah Damia. Lawatan ini dimulakan pada sesi petang. Damia merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun 6 bulan. Ibu bapa Damia mendapat tahu Damia mempunyai masalah Palsi Serebral (CP) sejak dari kandungan lagi. Ini kerana tulang belakang Damia tidak bersambung dengan sempurna. Walaupun doktor menyatakan bahawa tiada harapan untuk Damia menjadi seperti kanak – kanak normal yang lain, tetapi mereka tetap tidak berputus asa dan sentiasa berusaha memberi dan mendapatkan pelbagai jenis rawatan serta terapi yang terbaik untuk pemulihan Damia. Setelah melakukan beberapa pembedahan dan terapi, kini Damia semakin pulih serta mampu bergerak dengan bantuan „walker’. Kini, doktor memberikan harapan bahawa dia boleh pulih dan berjalan seperti kanak – kanak normal. Rumah terakhir yang dikunjungi ialah rumah

Page 34: Contoh Kk Pdk

Danial yang dilawati oleh Muhd Luqman, Eflajura dan Naiemah. Danial merupakan seorang remaja yang berusia 14 tahun. Ibunya bekerja sebagai sukarelawan di PDK Selayang. Walaupun Danial

124

mengalami masalah Palsi Serebral yang menyebabkan dia sukar untuk bergerak, namun dia tetap berusaha untuk berdikari dan menguruskan diri seperti berpakaian sendiri selepas mandi. Danial didaftarkan di PDK sejak berusia satu tahun setengah. Danial juga mengalami masalah petuturan. Walaupun Danial mengalami masalah petuturan, hal ini tidak menghalang Danial daripada berkomunikasi dengan ahli keluarganya. Hasil daripada pemerhatian, kami mendapati bahawa ahli keluarga Danial memahami apa yang hendak dituturkan oleh Danial.

3.0 KEKUATAN

Selepas melawati keempat-empat buah rumah, kami mendapati bahawa tiada sebarang aktiviti pemulihan yang dijalankan di rumah-rumah yang telah dilawati. Hal ini demikian kerana setiap murid telah dapat menghadirkan diri ke PDK. Oleh itu, tiada aktiviti home based yang dijalankan. Apabila ditanya mengenai perkara ini kepada Penyelia PDK, beliau berkata bahawa aktiviti ini hanya setakat aktiviti Home Visit. Walaupun pada mulanya kami agak kecewa kerana tidak dapat mengikuti aktiviti home based yang sebenar ditambah lagi dengan matlamat asal yang tidak tercapai, namun pada akhirnya, kami menyedari bahawa terdapat banyak juga maklumat serta informasi yang telah kami peroleh contohnya sedikit ilmu dan pengetahuan tentang latar belakang serta sosio ekonomi kebanyakan keluarga OKU ini.

Sepanjang aktiviti ini berlangsung, kami telah diberi ruang dan peluang untuk mendekati serta menyantuni kesusahan keluarga OKU. Beberapa maklumat tentang latar belakang keluarga OKU yang dilawati adalah majoriti keluarga ini berpendapatan sederhana malahan ada juga yang berpendapatan rendah. Kesusahan keluarga OKU ini nyata dapat dilihat apabila rumah yang didiami oleh mereka sangat kecil sehinggakan terdapat salah sebuah rumah keluarga OKU yang dilawati ini mempunyai satu bilik sahaja. Selain itu,ruang tamu untuk menempatkan pengunjung yang bertandang juga adalah sangat kecil. Kami berasa terkedu dan terkesima kerana walaupun mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyediakan kelengkapan

125

harian anak mereka, namun ibu bapa ini berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak termasuk juga anak yang mempunyai masalah kurang upaya

Selain itu, antara kekuatan kami semasa program home based adalah tidak terdapat sebarang masalah pengangkutan kerana kami mempunyai kenderaan masing- masing. Oleh itu, kami tidak mengalami masalah untuk berkunjung ke rumah kanak- kanak OKU. Kami juga telah mendapat banyak informasi berkaitan dengan penyakit, tahap kesihatan, kos perubatan serta pusat kesihatan yang menawarkan rawatan bagi individu yang menghadapi masalah atau penyakit tertentu apabila kami berkunjung ke rumah kanak-kanak OKU. Sebagai contoh, Ibu Damia sanggup berkongsi maklumat tentang rawatan yang diterima oleh anaknya dan terapi yang telah dilalui oleh Damia. Maklumat ini sangat membantu kami untuk masa yang akan datang.

4.0 KELEMAHAN

Disebalik kelebihan dan kekuatan yang dimiliki, kami juga tidak terlepas dari kelemahan yang di hadapi sepanjang aktiviti ini berlangsung. Antara kelemahan kami yang paling ketara semasa

Page 35: Contoh Kk Pdk

program home based dijalankan ialah kurangnya persiapan awal lebih-lebih lagi daripada segi persiapan soalan yang hendak ditanya. Antara contoh soalan yang mungkin boleh diajukan adalah soalan yang berfokuskan mengenai latar belakang, sosio ekonomi, punca anak mengidap penyakit dan sebagainya.

Masalah ini jelas dapat dilihat apabila sejurus tiba di rumah Hafizah, kami berasa pelik apabila pekerja PDK tidak membuat sebarang persiapan untuk menjalankan terapi, sebaliknya mereka hanya berbual kosong sehinggalah mereka bertanya kepada kami tentang apakah yang perlu di buat oleh kami semasa lawatan ini berlangsung. Maka dengan segera kami terpaksa mengambil masa seketika untuk berbincang mengenai beberapa soalan yang berkaitan supaya lawatan ini tidak menjadi satu aktiviti yang yang tidak bermanfaat dari segi kedapatan ilmu dan pengetahuan.

126

Di rumah Damia pula, setibanya kami di rumah kanak-kanak OKU, kami tidak tahu apa yang hendak dibualkan kepada ibu bapa kanak-kanak OKU tersebut. Ini kerana pada mulanya kami sangkakan bahawa terdapat pekerja PDK akan membuat latihan pemulihan di rumah kanak-kanak OKU dan kami hanya akan memerhatikan sahaja. Oleh sebab kami kurang membuat persediaan, permulaan perbualan kelihatan agak canggung dan tidak natural.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi lebih menjayakan program home based, kami sepatutnya membuat persediaan yang lebih baik dan berbincang dengan terperinci dengan pihak PDK terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti home based. Kami juga harus mengambil tahu cara aktiviti home based yang selalu dilakukan oleh pihak PDK agar kami dapat membuat persiapan seperti menyediakan set soalan yang akan ditanya kepada ibu bapa OKU. Dengan ini, hanya soalan yang lebih munasabah dan logik sahaja yang akan ditanya kepada ibu bapa kanak-kanak OKU.

Selain itu, masa yang diberikan untuk menjalankan aktiviti PDK ini mungkin perlu lebih fleksibel ataupun lebih panjang waktunya. Ini memudahkan kami menyiapkan kerja dan tidak perlu tergesa - gesa. Masa yang lebih lama dapat membantu kami menjalankan aktiviti yang pelbagai. Sebagai contoh, setelah mendapat tahu tiada program home based yang dijalankan di PDK, mungkin kami boleh mengatur satu sesi terapi di rumah jika masa yang lebih diberikan.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, walaupun aktiviti home based tidak berjalan seperti yang dirancang, namun kami masih berpuas hati kerana kami telah mendapat pelbagai

127

maklumat baru. Semoga, aktiviti home based dengan kehadiran ahli terapi dapat dijalankan oleh pihak PDK Selayang selepas ini.

Disediakan oleh,

………………………………….

(KALAI A/P THANGAVELU)

Setiausaha Aktiviti Home-Based,

Page 36: Contoh Kk Pdk

Program Jalinan Kasih Di Teratak (JAKET),

PDK Selayang.

LAMPIRAN AKTIVITI HOME BASED

Page 37: Contoh Kk Pdk

LAPORAN KEWANGAN

PROGRAM JALINAN KASIH DI TERATAK (JAKET)

DI PDK SELAYANG.

Seramai 12 orang guru pelatih telah menjalankan Program Khidmat Siswa bagi memenuhi kurikulum semester 6 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selayang, Batu Caves, Selangor pada 3 Oktober sehingga 8 Oktober 2011. Program ini merupakan tugasan wajib yang terkandung di dalam pro-forma kursus PKU 3112 Pemulihan Dalam Komuniti bagi guru pelatih pengkhususan Major Pendidikan Khas Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 6 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas ( IPGIK). Kami dikehendaki menjalankan program ini dengan menggunakan kewangan sendiri. Oleh yang demikian, kami telah bersama- sama mengumpulkan dana bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pelbagai cara yang kami lakukan untuk mendapatkan sumbangan sama ada daripada syarikat-syarikat, organisasi mahupun orang perseorangan.

Dalam usaha mencari dana bagi melaksanakan program ini, kami telah mengambil peluang untuk membuka gerai jualan pada 20 Jun 2011 semasa hari pendaftaran pelajar baru di IPGIK. Bermodalkan keuntungan daripada hasil jualan tersebut juga, kami telah bersepakat untuk membuat jualan harian di Blok Pendidikan Khas IPGIK. Kami berusaha memohon kebenaran daripada ketua jabatan iaitu Encik Abdul Rahim Bin Talib supaya membenarkan kami untuk berbuat demikian. Kami berasa sangat bersyukur kerana permohonan kami diluluskan. Kesemua 12 orang ahli berbincang dan bersetuju untuk menjual makanan ringan seperti bebola, nugget, sandwich, dadih, buah-buahan dan kerepek. Kami memulakan aktiviti jualan harian pada 27 Jun 2011 dan berlangsung selama 4 hari dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kami menjalani praktikum di sekolah selama dua bulan. Setelah tamat praktikum, kami bersepakat untuk menyambung aktiviti jualan memandangkan dana yang terkumpul masih belum mencapai angka yang diperlukan. Oleh yang demikian, kami sekali lagi memulakan aktiviti jualan pada 14 September Dan berakhir pada 30 September 2011 ,dua hari sebelum program di PDK bermula. Kami

Page 38: Contoh Kk Pdk

100

berpuas hati dengan hanya bermodalkan RM 386, kami berjaya mengaut hasil sebanyak RM 868.

Selain itu, sumber kewangan kami juga didapati melalui kutipan bergerak di sekitar Cheras, Shah Alam, Selayang dan beberapa kawasan yang mempunyai syarikat-syarikat dan kilang-kilang yang besar. Bagi melancarkan proses mencari dana ini, kami telah membahagikan ahli kepada tiga skuad. Ketiga-tiga skuad ini ditugaskan untuk bergerak mencari dana di kawasan yang telah ditetapkan. Selain itu, kami juga telah membuat kutipan dari jabatan ke jabatan di IPGIK. Kami gembira dan bersyukur kerana pensyarah-pensyarah serta staf-staf sokongan daripada jabatan lain turut membantu memberikan sumbangan ikhlas bagi membantu kami menjayakan program ini. Sumbangan yang mereka berikan ini memberikan gambaran bahawa mereka turut menyokong usaha murni kami bagi membantu golongan kurang upaya di PDK. Kesemua sumbangan daripada pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan dan pelajar IPGIK berjumpah RM 221.00.

Sumbangan yang terbesar telah kami peroleh adalah daripada Yayasan Pendidikan Cheras sebanyak RM 500. Sumbangan ini diberikan dalam bentuk cek atas nama Asrul Khairuddin. Sebagai tambahan, kami telah memperoleh sumbangan daripada guru-guru di sekolah semasa praktikum serta sumbangan perseorangan yang disalurkan melalui ahli-ahli dalam kumpulan kami.

Di samping mengumpul sumbangan berbentuk wang, kami juga telah memperolehi sumbangan dalam bentuk hamper. Kami telah mendapat sumbangan 4 buah hamper yang bernilai RM 50 setiap satu daripada pasaraya T.S Mega, Cheras. Hamper ini diberikan kepada pelatih PDK semasa sesi program home-based dilaksanakan. Selain hamper, kami juga telah mendapat sumbangan berbentuk barangan seperti bekas plastik dari Pasaraya Hero, Bandar Seri Permaisuri. Bagi aktiviti keceriaan, kami telah mendapat sumbangan serta diskaun belian dari sebuah kedai hardware di Bandar Sri Permaisuri serta Taman Selayang Baru. Segala sumbangan berbentuk barangan yang telah diperoleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh kami bagi mengurangkan pengeluaran kos pembelian hadiah.

101

Setelah berusaha mengumpulkan dana, kami akhirnya berjaya mengumpul wang sebanyak RM 3,129 untuk digunakan bagi melaksanakan program di PDK Selayang bermula 3 Oktober sehingga 8 Oktober 2011. Wang sumbangan yang telah dikumpulkan dibelanjakan bagi menjayakan program khidmat siswa di PDK Selayang. Kami telah menetapkan perbelanjaan kasar bagi setiap aktiviti iaitu home-based, keceriaan, rekreasi dan akademik. Kami telah memperuntukkan sebanyak RM 830 untuk aktiviti keceriaan, RM 1000 bagi program ceramah akademik, RM 300 bagi program rekreasi dan selebihnya diperuntukkan untuk hal-hal lain.

Pada hari pertama iaitu 3 Oktober 2011, program home-based telah dijalankan. Dalam program ini, kami tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan bagi membeli hadiah cenderahati kepada pelatih PDK kerana kami memberikan hamper yang disumbangkan oleh pasaraya T.S Mega.

Pada hari kedua dan ketiga iaitu pada 4 dan 5 Oktober 2011, kami telah menjalankan aktiviti keceriaan di kawasan luar PDK. Kami bersepakat untuk membuat papan tanda PDK dan tiang kecil daripada simen ferro. Kami telah membelanjakan wang sebanyak RM 294 bagi menampung kos pembelian peralatan dan bahan-bahan seperti simen, pasir, cat, berus cat dan sebagainya.

Manakala pada hari keempat pula, kami telah melakukan aktiviti rekreasi di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Dalam aktiviti ini, kami telah membelanjakan wang sebanyak RM 528.50

Page 39: Contoh Kk Pdk

meliputi bayaran untuk makanan tengah hari di Pusat Konservasi Gajah, makanan dan minuman di dalam bas serta bayaran masuk ke Taman Rusa. Pada awalnya kami tidak merancang untuk ke Taman Rusa, Namun demikian, setelah perbincangan dibuat ditambah lagi dengan keadaan jumlah wang yang masih banyak, maka kami mengambil keputusan untuk membawa pelatih PDK bersiar-siar di Taman Rusa. Kesemua mereka berasa sangat seronok kerana ini merupakan kali pertama mereka dapat mendekati binatang dan mendekati alam semulajadi.

Pada hari kelima iaitu pada 7 Oktober 2011, kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama OKU dan komuniti setempat. Pada hari ini, kami

102

membelanjakan RM 427.70 bagi membeli cat untuk menyambung projek keceriaan yang tergendala akibat hujan. Di samping itu juga, daripada jumlah tersebut, kami memperuntukkan sebanyak RM 407.70 untuk membeli bahan mentah bagi memasak nasi ayam untuk program ceramah akademik yang akan dijalankan pada hari berikutnya. Selain itu juga, kami juga telah membeli plak serta cenderahati untuk dihadiahkan kepada tetamu jemputan dan kepada pihak PDK Selayang. Kesemua hadiah dan cenderamata bagi program akademik berjumlah RM 81.90.

Setelah selesai program, kami telah memberikan sumbangan wang tunai RM 300 kepada pihak PDK sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama mereka. Selain itu, kami juga telah bersepakat untuk menggunakan wang selebihnya untuk tujuan pendokumentasian, bayaran minyak kereta selama seminggu pergi ke PDK dan bayaran lain bagi hal-hal yang berkaitan dengan PDK. Di samping itu juga, kami juga akan menyediakan cenderamata sebagai tanda penghargaan kami keatas jasa pihak PDK yang telah banyak membantu kami, secara langsung atau tidak langsung.

Kesimpulannya, kami telah membelanjakan wang sumbangan RM 2850.00 bagi menjayakan program khidmat siswa di PDK Selayang ini. Bagi tujuan pendokumentasian dan kelicinan kerja, segala bukti perbelanjaan wang sumbangan dinyatakan di dalam bentuk resit yang dilampirkan bersama kerja kursus ini. Pada kesempatan ni, pihak kami, peserta PISMP Semester 6 2010 PDK Selayang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pemberi sumbangan dan semua yang terlibat dalam menjayakan program khidmat siswa Jalinan Kasih di Teratak (JAKET). Tanda mereka semua, program ini tidak bermakna.

103

Disediakan oleh,

…………………………………….

(NIK NUR AMIRAH BT IBRAHIM)

Bendahari,

Program Jalinan Kasih di Teratak PDK Selayang,

IPG Kampus Ilmu Khas.