contoh jurnal 7

download contoh jurnal 7

of 24

Transcript of contoh jurnal 7

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    1/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    133

    GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN BEHAVIORLISME BAGIMENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH

    TINGKATAN TIGA oleh

    PN. YONG SHU LANSekolah Tinggi Kota Kinabalu

    Jalan PenampangKota Kinabalu, Sabah.

    ABSTRAK

    Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran

    berdasarkan model konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran Sejarah Tingkatan Tiga. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan

    membantu pelajar lebih memahami isi kandungan pelajaran sejarah dan menguasai teknik

    menjawab soalan objektif bagi subjek ini. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan

    merancang P&P yang sesuai, memilih video dalam bentuk animasi yang menarik dan mereka

    bentuk permainan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Pengkaji juga menyediaan

    modul sejarah berformatkan soalan objektif tahun-tahun lepas untuk membantu pelajar

    menguasai teknik menjawab soalan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan tayangan

    video berbentuk animasi, perbincangan bersama kelas, melengkapkan fakta dan maklumat

    dalam peta minda, menjawab soalan latihan melalui tayangan LCD projector dan pembacaan

    buku teks untuk mencari maklumat dan fakta terperinci yang penting serta menjawab soalanlatih tubi dalam modul yang dihasilkan oleh guru . Kajian ini tertumpu kepada 64 orang pelajar

    yang dikategorikan sebagai pelajar yang sangat lemah. Hanya 2% pelajar daripada kumpulan

    ini yang lulus ( D sahaja ) sejarah pada akhir tahun Tingkatan 2. Tempoh masa kajian adalah

    selama 3 bulan, iaitu dari bulan Julai hingga September. Penilaian dibuat melalui soalan soal

    selidik, ujian pra ( Percubaan PMR I ) dan ujian pos ( percubaan PMR II ) yang akan

    menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Keputusan

    kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini memberikan kesan yang diharapkan kerana

    keputusan ujian pos dan keputusan sebenar dalam peperiksaan PMR menunjukkan peningkatan

    prestasi yang diharapkan-harapkan selepas penggunaan kaedah tersebut.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    2/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    134

    PENGENALAN

    Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus

    pada tahun 2013 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Seterusnya

    menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Hal ini selaras dengan

    transformasi dalam sistem pendidikan negara iaitu perubahan KBSR kepada KSSR mulai tahun

    2011. Langkah ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata pelajaran

    ini dalam kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek

    Sejarah ini bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan

    dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan

    memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari

    dengan perjuangan 1 Malaysia. Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

    pembuat dasar negara sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan

    masa hadapan dalam proses membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan

    pelajar sekolah menengah mempelajari sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar

    secara serentak dan bersepadu. Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata

    pelajaran kelas kedua dan dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera ( Abdul Ghani 2008).

    Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas

    adalah untuk memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga

    menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan adalah memberikan

    fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    3/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    135

    masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran

    dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan,

    perkembangan kemahiran dan lima pemupukan nilai-nilai. Kedudukan mata pelajaran Sejarah

    dijelaskan seperti yang berikut: “ mata pelajaran Sejarah dalam KBSM, merupakan mata

    pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah.”(Kementerian

    Pelajaran Malaysia, 2002). Pelajar pada zaman globalisasi ini perlu diberikan pemahaman yang

    mendalam tentang proses perkembangan masyarakat dan negara. Kesedaran yang mendalam

    tentang sejarah penting kerana kini ,negara kita melalui pelbagai cabaran serta kejayaan, dan

    hanya melalui mata pelajaran Sejarah kita dapat mewujudkan kebanggaan dan keperibadian

    bangsa Malaysia (Abdul Shukor, 1998). Oleh sebab itu, mata pelajaran Sejarah memainkan

    peranan penting dalam memberikan penekanan kepada unsur kesinambungan dan perubahan

    yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dan negara.

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

    Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti adalah pelajar yang tidak lulus mata pelajaran

    Sejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan

    pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai pelajar yang tidak lulus mata pelajaran ini

    disebabkan mereka kurang meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka

    merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-

    tajuk dan peristiwa sejarah yang memerlukan penghafalan.

    Pelajar juga menghadapi masalah mendapat konsep keseluruhan mengenai urutan

    peristiwa bersejarah dalam satu-satu bab. Pelajar tidak dapat melihat peristiwa-peristiwa secara

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    4/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    136

    keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru itu, ini tidak membantu pelajar membentuk

    konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab ataupun membantu mereka mengaitkan satu topik

    dengan topik yang lain dalam sesuatu bab.

    Kajian oleh Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling

    Jaya dan Kuala Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran Sejarah

    sebagai subjek sampingan yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini dikaitkan dengan

    mata pelajaran Sejarah yang tidak memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai

    komersial (Sivachanlingam et al. 2008). Menurut Zahara Aziz (2000) sekiranya guru

    mementingkan pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila

    pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak ke alam baharu, mereka akan berasa

    lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran

    dengan kritis dan kreatif. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran

    kreatif dan inovatif yang dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan berserta

    dapat memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berinteraksi sesama pelajar dan

    menimbulkan keseronokan di dalam kelas.

    Oleh hal yang demikian, guru merasakan adalah perlu suatu kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang berlainan dan dapat meningkatkan minat, pemahaman dan ingatan pelajar

    terhadap mata pelajaran Sejarah. Kajian yang dijalankan adalah memberikan tumpuan kepada

    penggabungan model konstruktivisme dan behaviorlisme untuk menjadikan proses pengajaran

    dan pembelajaran lebih menarik minat pelajar-pelajar dalam pembelajaran di kelas dan yang

    lebih penting ialah pelajar dapat menguasai konsep keseluruhan bab demi bab malahan mampu

    meningkatkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh guru. Selan itu, penggunaan

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    5/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    137

    gabungan dua model ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan

    menjadikan guru lebih berkaliber dalam menyampaikan pengajaran Sejarah dengan lebih efektif

    lagi.

    2.0 Pendekatan Konstruktivisme

    Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),

    konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan

    sendiri berdasarkan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau

    pengalaman baru. Konstuktivis memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan

    pembelajaran. Konstruktivis menerangkan bagaimana pengetahuan baru disusun dalam minda

    manusia. Penekanan diberikan mengikut keperluan manusia membina pemahaman tentang

    sesuatu konsep. Pendekatan ilmu pembelajaran diperoleh melalui pengalaman, renungan dan

    pengabstrakan. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana

    pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari

    dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, pelajar dapat

    meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

    2.1 Aplikasi Pendekatan Konstruktivisme Kepada Pengajaran

    Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara

    amplikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak

    merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang

    berkaitan dengan keupayaan murid. Selain itu, guru haruslah dapat mengenal pasti Zon

    Perkembangan terdekat ( ZPD ) dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    6/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    138

    dijalankan di dalam kelas demi mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon

    bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari

    pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.

    Seperkara lagi, guru juga berperanan untuk memilih beberapa orang murid yang lebih

    berkemahiran untuk mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses

    pembelajaran. Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana

    berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang

    lebih dikenali dan mesra. Seseorang pelajar juga sebenarnya adalah lebih mudah memahami

    sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika dibandingkan dengan guru.

    Di samping itu, melalui pendekatan konstruktivisme, guru haruslah menyediakan lebih banyak

    contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan

    dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid

    tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka.

    Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak

    pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

    Tambahan pula, guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada

    murid dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar,

    murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

    Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks

    sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.

    Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu strategi

    yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    7/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    139

    Aplikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang

    jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar murid

    tidak akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Maka, penerangan guru yang jelas,

    selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid dan disertakan dengan pelbagai contoh

    adalah penting untuk membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran.

    3.0 Pendekatan Behaviorisme

    Teori belajar behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berliner

    tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman. Teori ini lalu berkembang

    menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori dan

    praktik pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini

    menekankan terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Teori behavioristik

    dengan model hubungan stimulus-responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai

    individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau

    pembiasaan semata-mata. Munculnya perilaku akan semakin kuat apabila diberikan penguatan

    dan akan menghilang apabila dikenakan hukuman. Pendidikan behaviorisme merupakan kunci

    dalam mengembangkan keterampilan dasar dan dasar-dasar pemahaman dalam semua bidang

    subjek dan pengurusan kelas. Ada ahli yang menyebutkan bahwa teori belajar behavioristik

    adalah perubahan perilaku yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara konkrit.

    Ciri dari teori belajar behaviorisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian

    kecil, bersifat mekanistik, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi

    atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil

    belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    8/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    140

    perilaku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku

    siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahl laku adalah hasil belajar. Dalam hal

    konsep pembelajaran, proses cenderung pasif berkenaan dengan teori behavioris. Pelajar

    menggunakan tingkat keterampilan pengolahan rendah untuk memahami materi dan material

    sering terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi. Sedikit tanggungjawab ditempatkan pada

    pembelajar mengenai pendidikannya sendiri. Ada beberapa tokoh teori belajar behaviorisme.

    Tokoh-tokoh aliran behavioristik tersebut antaranya adalah Thorndike, Watson, Clark Hull,

    Edwin Guthrie, dan Skinner.

    3.1 Aplikasi Pendekatan Behaviorisme Kepada Pengajaran

    Aplikasi teori belajar behaviorisme dalam kegiatan pembelajaran tergantung kepada

    beberapa hal seperti: tujuan pembelajaran, sifat materi pelajaran, karakteristik pelajar, media

    dan fasilities pembelajaran yang tersedia. Pembelajaran yang dirancang dan berpijak pada teori

    behaviorisme memandang bahawa pengetahuan adalah objektif, pasti, tetap, tidak berubah.

    Pengetahuan telah terstruktur dengan rapi, sehingga belajar adalah perolehan pengetahuan,

    sedangkan mengajar adalah memindahkan pengetahuan (transfer of knowledge) ke orang yang

    belajar atau pelajar. Fungsi fikiran adalah untuk menjiplak struktur pengetahuan yag sudah ada

    melalui proses berfikir yang dapat dianalisis, sehingga makna yang dihasilkan dari proses

    berfikir seperti ini ditentukan oleh karakteristik struktur pengetahuan tersebut. Pelajar

    diharapkan akan memiliki pemahaman yang sama terhadap pengetahuan yang diajarkan.

    Ertinya, apa yang difahami oleh pengajar atau guru itulah yang harus difahami oleh murid.

    Teori ini juga cocok diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih membutuhkan dominansi

    peran orang dewasa, suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan

    bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi permen atau pujian.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    9/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    141

    4.0 FOKUS KAJIAN

    Fokus kajian tindakan ini adalah untuk melihat kesan penggunaan pendekatan

    konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan

    tumpuan khusus kepada pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR pada

    hujung tahun 2012. Penggunaan gabungan dua model ini ialah pendekatan yang difikirkan oleh

    guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang atau langsung tidak meminati

    pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa

    Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana pelajar sukar

    mendapat gambaran yang jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan dan tidak

    mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan

    menghadapi masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab

    dan seterusnya berkemungkinan gagal dalam peperiksaan awam iaitu peperiksaan PMR.

    Sesungguhnya, memandangkan sampel yang dikaji dalam kajian ini adalah kumpulan

    pelajar lemah maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru harus sesuai dengan tahap

    penguasaan pelajar. Oleh hal yang demikian, bagi mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme

    dalam kajian ini, pengkaji lebih tertumpu kepada aktiviti seperti :

    i) tayangan video

    ii) Edaran nota dalam bentuk peta minda

    iii) Menjawab soalan berbentuk subjektif dan objektif melalui tayangan LCD dan

    komputer dalam bentuk perbincangan kumpulan.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    10/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    142

    iv) Guru menyemak jawapan bersama pelajar dalam kelas melalui cara

    perbincangan

    v) Guru membuat penerangan secara ringkas dan membuat rumusan bagi setiap

    topik di akhir pengajaran.

    Sementara Pendekatan Behaviorisme yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah menghasilkan

    modul berbentuk soalan objektif tahun-tahun lepas dan mewajibkan pelajar menjawab soalan-

    soalan modul secara berulang-ulang. ( Rujuk lampiran A )

    i) Menjawab soalan modul berbentuk objektif.

    ii) Pelajar menjawab soalan modul sebaik sahaja satu topik habis diajar oleh guru.

    iii) Melatih pelajar menjawab soalan berformat peperiksaan yang merangkumi 50%

    soalan daripada modul pengkaji.

    iv) Soalan peperiksaan sekolah juga memuatkan 50% soalan daripada modul

    pengkaji agar pelajar mahir menjawab soalan.

    5.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Selepas kajian ini selesai dijalankan, adalah diharapkan pelajar dapat mencapai objektif berikut:

    i. Objektif Umum:

    • Meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah sama ada di peringkat

    sekolah mahupun peperiksaan PMR.

    ii. Objektif Khusus:

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    11/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    143

    • Membantu pelajar mengenalpasti fakta-fakta penting sesuatu tajuk.

    • Meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajarkan.

    • Memudahkan pelajar-pelajar menguasai teknik menjawab soalan objektif

    • Meningkatkan peratus pelajar yang lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

    6.0 KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 64 pelajar daripada Kelas

    3Amanah (35 orang ) dan 3 Bestari ( 29 orang ). Mengikut keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

    Tingkatan Dua tahun 2011, peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah bagi kedua-dua

    kelas ini iaitu kals 3A dan 3B masing-masing ialah 2% dan 1% sahaja. Tiada pelajar yang

    mendapat keputusan A , B dan C, tetapi ketiga-tiga pelajar yang lulus hanya memperoleh gred

    D dalam peperiksaan akhir tahun 2011. Ringkasnya, kumpulan sasaran kedua-dua kelas ini

    terdiri daripada pelajar-pelajar yang sangat lemah dalam pencapaian akademik bagi mata

    pelajaran Sejarah. Sebahagian besar pelajar dalam kedua-dua kelas ini tidak atau kurang

    meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka merupakan mata pelajaran yang

    amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nama yang memerlukan

    penghafalan.

    7.0 Tempoh Masa kajian

    Kajian bermula pada bulan Julai sehingga hujung bulan September iaitu selama tiga

    bulan. Pada masa ini guru sudah habis mengajar sukatan pelajaran tingkatan 3. Oleh hal yang

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    12/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    144

    demikian, tempoh masa tiga bulan ini merupakan masa untuk ulangkaji khasnya mengulangkaji

    sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2.

    8.0 PELAKSANAAN KAJIAN

    8.1 Tinjauan Masalah

    8.1.1 Berdasarkan pemerhatian guru, pelajar didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran

    Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    8.1.2 Bagi mengetahui dengan lebih tepat pandangan dan masalah pelajar terhadap mata

    pelajaran Sejarah, satu borang soal selidik telah diberi kepada pelajar Kelas 3A dan 3B.

    8.2 Analisis Tinjauan Masalah

    Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati kebanyakan pelajar kurang berminat

    dengan mata pelajaran Sejarah. Hal ini berpunca daripada cara pengajaran Sejarah secara

    penerangan yang digunakan oleh guru sejarah, susah mengingati fakta-fakta dan peristiwa

    dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada keputusan soal selidik, didapati 58 daripada 68 pelajar

    kelas 3A dan 3B menjawab “tidak” bagi empat soalan daripada tujuh soalan yang dikemukakan

    dalam boring soal selidik. ( Sila rujuk lampiran B )

    8.3 Tindakan yang Dijalankan

    (i) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan ini ialah :

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    13/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    145

    1. Menayangkan video animasi yang berkaitan dengan sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2

    secara kronologi dengan menggunakan komputer dan LCD projector.

    2. Melengkapkan fakta atau maklumat secara kronologi sebagai latihan untuk

    meningkatkan kemahiran menyusun nota secara sistematik dan berkesan.

    3. Mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar berkaitan dengan tajuk yang dikaji

    dengan cara menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif tahun-tahun lepas yang

    dihasilkan oleh pengkaji sendiri.

    (ii) Bahan-bahan yang digunakan:

    a) Aktiviti 1 : CD, Pen Drive, Komputer, LCD.

    c) Aktiviti 2 : Kertas , lembaran nota dan peta minda (lampiran C dan D)

    dan buku teks. Lembaran kerja latihan objektif dan subjektif, carta latihan objektif

    dan subjektif daripada buku teks dan buku rujukan yang sesuai.

    d) Aktiviti 3 : Soalan modul berbentuk soalan objektif PMR tahun-tahun lepas yang dihasilkan

    oleh pengkaji.

    8.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian atau Penilaian

    8.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

    Guru memberitahu pelajar tentang bab dan topik yang akan diulangkaji pada hari

    tersebut dan seterusnya menayangkan video animasi di dalam bilik tayangan yang merangkumi

    isi kandungan pelajaran. Pelajar menonton dan memahami isi kandungan pelajaran yang

    disampaikan dan seterusnya mendengar penerangan guru secara ringkas lalu menjawab soalan

    ringkas yang dikemukakan oleh guru. ( Rujuk Lampiran C ) Dalam aktiviti ini, guru

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    14/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    146

    memerhatikan bahawa pelajar-pelajar tertarik dengan video animasi yang terpapar melalui LCD

    projektor. Guru merasakan Aktiviti 1 ini berkesan kerana soalan yang ditanya berkaitan dengan

    video yang ditayangkan. Oleh hal yang dimikian, soalan yang dikemukakan oleh guru dapat

    dijawab dengan betul oleh pelajar-pelajar.

    8.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

    Guru menayangkan lembaran kerja dalam pelbagai bentuk seperti soalan subjektif,

    objektif dan soalan dalam bentuk peta minda ( Rujuk Lampiran E-G ) untuk dilengkapkan oleh

    pelajar bagi topik-topik tertentu. Pelajar diminta menjawab soalan dalam kumpulan. Seterusnya

    ketua setiap kumpulan membaca dengan kuat jawapan yang telah lengkap dan betul. Dengan

    cara ini, pelajar-pelajar didedahkan semula dengan sukatan tingkatan 1 dan 2. Proses ulangkaji

    ini membantu pelajar ingat semula isi-isi penting dan memahirkan diri menjawab soalan..

    Contohnya, pelajar-pelajar mengesan sesuatu peristiwa secara kronologi, tahu sebab sesuatu

    peristiwa berlaku dan implikasinya. Selain itu, guru juga menyediakan nota ringkas bagi topik-

    topik tertentu dari semasa ke semasa. ( Rujuk Lampiran D ) Guru memerhatikan bahawa

    pelajar-pelajar dapat menjawab soala-soalan yang ditayangkan dan dicatatkan dalam buku

    latihan masing-masing.

    (Lihat lampiran E - G )

    8.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3

    Guru mengarahkan pelajar menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif PMR tahun-tahun

    lepas dengan cara merujuk buku teks.( Rujuk contoh modul dalam Lampiran H ) Modul yang

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    15/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    147

    dihasilkan olh pengkaji adalah disusun secara topical iaitu menceraikan setiap set soalan dan

    susun mengikut bab. Didapati kebanyakan soalan latihan objektif mampu dijawab dengan betul

    oleh pelajar-pelajar, khasnya soalan objektif yang ditanya secara berulang dalam peperiksaan

    PMR sebenar. Guru memerhatikan terdapat 50% pelajar menggunakan modul PMR tersebut

    semasa pembelajaran dan ulangkaji pelajaran mereka. Walau bagaimanapun, masih terdapat

    pelajar-pelajar yang tidak bersungguh-sungguh membuat latihan terutamanya latihan objektif

    kerana penguasaan bahasa Melayu yang lemah. Mereka mengambil jalan pintas dengan meniru

    jawapan dari rakan-rakan lain tanpa banyak berfikir. Hal ini menggagalkan usaha murni

    pengkajii untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran yang diharap-harapkan.

    8.5 Refleksi Kajian

    (i) Penilaian Pencapaian Murid

    Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap pelajar-pelajar dalam

    kedua-dua kelas ini. Berikut merupakan keputusan ujian pra tersebut:

    Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra pelajar dalam kelas 3A dan 3 B

    Markah Gred Bilangan Pelajar Peratus Pencapaian

    80-100 A 0 0

    66-79 B 0 0

    56-65 C 0 0

    45-55 D 9 13%

    0-44 F 59 87%

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    16/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    148

    Keputusan ujian pos ini menunjukkan bahawa pelajar dalam kedua-dua kelas ini

    memang amat lemah iaitu 9 orang sahaja yang lulus dengan gred D sahaja. Peratus kelulusan

    adalah 13%, manakala pelajar yang gagal mencatat angka sebanyak 87% daripada jumlah

    pelajar 68 orang. Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan sasaran ini diajar dengan

    menggunakan pendekatan yang dirancangkan oleh pengkaji selama 3 bulan. Sepanjang masa

    pengajaran dan pembelajaran guru mempelbagaikan teknik pengajaran dalam prosesd P&P

    dengan mempraktikkan pendekatan konsruktivisme dan behaviorisme dalam kelas demi

    membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran dan menarik minat mereka terhadap

    subjek sejarah.

    Selepas tempoh masa tiga bulan, satu ujian pos telah diadakan untuk mengesan

    keberkesanan pendekatan konstruktivisme dan behaviorisme dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran pelajar-pelajar Kelas 3A dan 3B ini.

    Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos pelajar dalam kelas 3A dan 3 B

    Markah Gred Bilangan Pelajar Peratus Pencapaian

    80-100 A 0 0

    66-79 B 0 0

    56-65 C 1 1%

    45-55 D 29 43%

    0-44 F 38 56%

    Dalam ujian pos ini, peratus kelulusan ialah 44%. Keputusan ini jelas menunjukkan

    peningkatan sekiranya dibandingkan dengan keputusan ujian pra. Peratus kelulusan ujian pra

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    17/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    149

    adalah lebih rendah iaitu hanya 13% sahaja. Seorang pelajar Berjaya meningkatkan grednya

    sehingga C, sementara pelajar lain berjaya memperoleh gred D. Walau bagaimanapun,

    pencapaian pelajar dalam ujian ini masih kurang memuaskan dan usaha dalam kajian ini

    dilanjutkan dan aktiviti ulangkaji diteruskan sehingga hari peperiksaan sebenar. Pengkaji

    menaruh harapan bahawa semua pelajar dalam kedua-dua kelas ini lulus 100% dalam

    peperiksaan PMR 2012.

    Rajah 3 : Keputusan Peperiksaan PMR Sebenar Bagi Pelajar Kelas 3A dan 3B

    Markah Gred Bilangan Pelajar Peratus Pencapaian

    80-100 A 0 0

    66-79 B 0 0

    56-65 C 20 29%

    45-55 D 47 70%

    0-44 F 1 1%

    (ii) Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan.

    Secara amnya, pengajaran-pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme dan

    behaviorisme berjaya menarik perhatian pelajar dan mengekalkan ingatan jangka pendek

    mahupun jangka panjang pelajar. Hal ini dapat diperhatikan apabila pelajar dapat menjawab

    soalan-soalan yang dikemukakan dan pelajar lebih menumpukan perhatian semasa proses

    pengajaran-pembelajaran berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses P&P.

    Sesungguhnya guru perlu mengawal proses P&P dengan baik dan merancang proses P&P

    dengan tersusun. Persediaan rapi guru amat penting untuk menjayakan kajian ini.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    18/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    150

    (iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah

    Dijalankan Secara Keseluruhan.

    Secara keseluruhannya, keberkesanan pengajaran berasaskan pendekatan

    konstruktivisme dan behaviorisme ini memang memberi kesan yang diharap-harapkan oleh

    guru, walaupun hanya lebih kurang 50% pelajar yang lulus dalam ujian pos. Sesungguhnya,

    pengkaji berasa amat gembira dan bangga kerana kumpulan pelajar ini mencatat peratus

    kelulusan yanag amat membanggakan iaitu 99% berbanding dengan kelas-kelas lain yang

    dianggap lebih baik berbanding dengan kedua-dua kelas yang kedudukannya adalah paling

    akhir seluruh tingkatan 3. Bagi pengkaji, kita sukar untuk menilai keberkesanan sesuatu

    pendekatan atau teori pengajaran. Pelajar yang berbeza sesuai dengan pendekatan pengajaran

    dan pembelajaran yang berbeza. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengaplikasikan kedua-dua

    pendekatan ini dalam kajian dan diharapkan pengaplikasian dan percubaan ini mampu

    membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan dan di samping menambahkan

    ilmu mereka dalam subjek sejarah.

    8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

    Penggunaan pendekatan konstruktivisme dan behaviorisme adalah suatu kaedah dan

    cara bagi membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Walaupun kaedah ini berjaya

    membantu kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,tetapi

    masih terdapat kelemahan dalam membantu pelajar meningkatkan daya ingatan jangka

    panjang mereka. Selain itu, pengkaji berasa agak sukar untuk membantu pelajar yang memang

    amat lemah dari segi penguasaan bahasa Melayu, hal ini menyukarkan mereka semasa

    menjawab soalan objektif. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki dengan mengajar pelajar teknik

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    19/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    151

    menjawab soalan dan mentafsirkan kehendak soalan serta sentiasa memberi galakan kepada

    mereka membaca lebih banyak buku bahasa Melayu dan sentiasa mengulangkaji latihan

    berbentuk objektif ‘past year’ yang diberi oleh guru. Bagi meningkatkan daya ingatan pelajar

    tentang fakta dan peristiwa sejarah, guru mungkin boleh menyediakan nota dalam bentuk peta

    minda yang ringkas dan senang difahami demi menarik minat mereka mengulangkaji.

    Perbincangan jawapan secara terperinci amat penting untuk memimpin pelajar menguasai

    teknik menjawab soalan dan mungkin membantu ingatan pelajar.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    20/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    152

    RUJUKAN

    Abdul Ghani Abu. (2008). Sejarah Masih Relevan , Utusan Malaysia: 14 Jan 2008.

    Abdul Razaq Ahmad & Abdullah Mohd Noor. (2000). Kepelbagaian gaya pembelajaran pelajardan pencapaian akademik. Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000 .

    Abdul Shukor Abdullah. (1998). Sejarah dalam sistem pendidikan Malaysia. Kertas kerja yangdibentangkan dalam Simposium Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 30–31 Oktober

    Noriati A.Rashid. Boon Poon Ying . Sharifah Fakhriah Syed Ahmad . ( 2009 ).Murid dan AlamBelajar. Oxford Fajar. Selangor

    Shakila Yacob. 2010. Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19.10. 2010.

    Sivachandralingam Sundara Raja. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Ho Hui Ling, NorainiMohamed Hassan dan Nurul Asnida Abu Bakar. (2008). Sejarah Masih Relevan, Karisma

    Publication, Sdn Bhd.

    Zahara Aziz (2000). Beberapa strategi pengajaran berpusatkan pelajar dan kemahiran berfikirsecara kritis dan kreatif di sekolah menengah di semenanjung Malaysia . internationalConference on teaching and learning in 21st century, Putra Jaya. 24- 5 November.

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    21/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    153

    Lampiran A

    Modul Berformat Soalan Objektif PMR Tahun-tahun Lepas

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    22/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    154

    Lampiran B

    ( Borang soal selidik ) Bulatkan Y bagi „Ya ‟ dan T bagi „Tidak ‟ .

    1. Adakah anda berminat dalam mata pelajaran sejarah? ( Y / T )

    2. Adakah anda merasakan sejarah adalah mata pelajaran yang susah?( Y / T )

    3. Adakah cara guru yang hanya memberi penerangan membuatkan anda ( Y / T )

    berasa bosan?

    4. Adakah fakta-fakta dan peristiwa sejarah susah untuk diingati? ( Y / T )

    5. Adakah anda dapat memahami urutan peristiwa sejarah secara ( Y / T )

    keseluruhan dalam sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3?

    6. Adakah anda benar-benar faham setelah sesuatu topik telah dipelajari?( Y / T )

    7. Adakah anda selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ( Y / T )

    dan peperiksaan

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    23/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    155

    Lampiran C

    Contoh Gambar Animasi Yang Ditayangkan Oleh Guru Dalam Bilik Tayangan

    Lampiran D Lampiran E

    Contoh Nota Peta Minda yang Diedarkan Oleh Guru Contoh Latihan dan Lembaran Kerja UntukPelajar

  • 8/17/2019 contoh jurnal 7

    24/24

    Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

    156

    Lampiran F Lampiran G

    Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk Pelajar Contoh Latihan dan Lembaran Kerja UntukPelajar

    Lampiran H

    Contoh Soalan Modul PMR berformat Soalan Objektif ‘Past Year’