Contoh Apresiasi Karya

48
[Type text] ABSTRAK Kajian karya catan Dzulkifli Buyong ini merupakan sebuah hasil kajian mengenai karya catan yang telah dihasilkan oleh beliau. Kajian ini berdasarkan beliau mengaplikasikan asas seni reka da n or ganisasi rekaan dalam aliran pemikiran seni vi sual pada zamannya. Pilihan kary a catan beliau yan g ber taju k “Kelambu” !"#$ telah dig unakan seb aga i kajian untuk menunjukkan baha%a bagaimana beliau menggunakan kesemua aspek seni bagi menghasilkan sebuah catan yang menarik. PENGENALAN &elihat dari segi penghasil an sesebuah kar ya fak tor kebuda ya an mas ya rakat sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna sesebuah karya tersebut. Begitu juga dalam kesenian di &alaysia bermula dengan ke%ujudan kesenian kraf &elayu seperti ukiran kayu songket batik permainan tradisional serta kesenian &alaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. 'alah seorang pengkarya dari (ednesday )rt *roup Dzulkifli Buyong sering kali menggunakan imej+ imej figura di dalam karyany a dan beliau menerapkan unsur+u nsur kebudaya an melayu di dalam kary a beliau. ,erda pat beber apa karya beliau ya ng telah men jadi catan sejarah seni moden &alaysia seperti “&urid 'ekolah”!"#- “Kelambu” !"#$ “Kapal Kertas”!"## “&embakar 'emut”!"#. DISKRIPSI KARYA “KELAMBU”,1967. Di dalam salah satu kary a beliau iaitu “Kelambu”!"#$ dapat dilihat dengan jelas baha%a beliau gemar menggunakan %atak+%atak figura yang naif di dalam karyanya.  )pa yang tern yata di dalam kary a adalah imej lima figura % anita dan juga imej ke lambu yang menjadi subjek utama di dalam karya beliau. 'etiap figura yang ditampilkan di dalam karyany a memba% a %atak yang tersend iri. /mpat figura di dalam karya tersebut memba%a %atak sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan 1

Transcript of Contoh Apresiasi Karya

[Type text]

ABSTRAKKajian karya catan Dzulkifli Buyong ini merupakan sebuah hasil kajian mengenai karya catan yang telah dihasilkan oleh beliau. Kajian ini berdasarkan beliau mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan dalam aliran pemikiran seni visual pada zamannya.

Pilihan karya catan beliau yang bertajuk Kelambu, 1964 telah digunakan sebagai kajian untuk menunjukkan bahawa bagaimana beliau menggunakan kesemua aspek seni bagi menghasilkan sebuah catan yang menarik.PENGENALANMelihat dari segi penghasilan sesebuah karya, faktor kebudayaan masyarakat sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna sesebuah karya tersebut. Begitu juga dalam kesenian di Malaysia, bermula dengan kewujudan kesenian kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, permainan tradisional serta kesenian Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Salah seorang pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyong sering kali menggunakan imej-imej figura di dalam karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur kebudayaan melayu di dalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang telah menjadi catan sejarah seni moden Malaysia seperti Murid Sekolah,1962, Kelambu, 1964, Kapal Kertas,1966, Membakar Semut,1967.DISKRIPSI KARYA KELAMBU,1967.

Di dalam salah satu karya beliau iaitu Kelambu,1964 dapat dilihat dengan jelas bahawa beliau gemar menggunakan watak-watak figura yang naif di dalam karyanya. Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu yang menjadi subjek utama di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Empat figura di dalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura di dalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Kebarangkalian catan ini menggambarkan sebuah keluarga ibu tunggal. Selain itu, figura-figura di dalam catan tersebut memperlihatkan pergerakan yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan tugas masing-masing. Catan tersebut juga menampilkan suasana di dalam bilik di mana situasi yang rakamkan ketika sebuah keluarga sedang membuat persiapan sebelum tidur bersama. Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan si ibu tidur di bahagian luar. Figura-figura yang berperanan sebagai anak gadis pula menunjukkan sedang melakukan tugas masing-masing, seorang daripada mereka sedang menutup jendela, seorang lagi sedang memasang tali kelambu , terdapat seorang yang sudah berada di dalam kelambu sambil membaca buku dan seorang lagi mendamparkan badan ke atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana ketika itu. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton yang gelap. Karya catan ini juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul.APLIKASI ASAS SENI REKA DAN ORGANISASI REKAAN DALAM ALIRAN PEMIKIRAN SENI VISUAL

ASAS SENI REKAMelalui karya Dzulkifli Buyung ini, beliau telah mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan di dalam karya kelambu. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip dalam karyanya.

Beliau telah menerapkan unsur-unsur seni di dalam catan Kelambu mengikut 6 elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu. Aplikasi berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Di dalam karya catan ini, terdapat pelbagai garisan yang dihasilkan antaranya adalah garisan nipis, tebal, dan beralun. Di sini dapat dilihat garisan nipis terdapat di bahagian lantai, pintu, dan bahagian tepi kelambu, manakala garisan tebal terdapat pada langsir dan tali kelambu. Selain itu, garisan beralun terdapat pada bahagian corak kain batik yang tersidai di sebelah pintu. Seperti contoh di bawah:

Garisan Nipis

Garisan Tebal

Garisan BeralunUnsur rupa adalah garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Apa yang dapat dilihat melalui catan ini rupa yang dihasilkan merupakan rupa yang positif kerana ia adalah rupa sebenar yang berwarna. Dapat dilihat rupa geometri yang wujud di dalam karya ini pada bahagian kain figura di dalam catan kelambu ini. Selain itu, terdapat juga rupa organik yang mana mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Seperti contoh gambar di bawah: rupa geometri (bujur) rupa geometri (empat segi)Bentuk pula mempunyai struktur jisim dan isi padu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Catan kelambu ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia bersifat rata dan dihasilkan melalui catan. Antara contoh bentuk yang terpapar adalah figura manusia iaitu watak kanak-kanak itu sendiri dan ibunya.

Unsur jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rata dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Oleh sebab catan ini mempunyai permukaan rata oleh itu jalinan yang boleh ditafsirkan adalah jalinan tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah corak pakaian pada figura-figura. Contohnya : jalinan tampak (pada daun)Seterusnya adalah unsur ruang yang mana ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek. Kebiasaannya lukisan catan mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang itu yang akan menampakkan bentuk yang hendak dihasilkan. Karya ini mempunyai banyak unsur ruang yang boleh dilihat.

Unsur warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna mempunyai fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih cantik. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Dzulkifli Buyong memilih warna tertier sebagai warna yang utama di dalam karyanya ini. Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan satu warna asas dan satu warna sekunder. Warna ini ialah warna yang ketiga hebat kuasanya. Karya catan kelambu ini digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan warna suasana kampung. ORGANISASI REKAAN

Melalui karya Dzulkifli Buyong ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri di mana figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan di dalam karya tersebut. Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas di dalam karya di mana terdapat imej yang berada di hadapan, di tengah dan juga berada di belakang. Bayang pada kelambu dan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah, dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. keseimbangan simetri

Kesan harmoni timbul dalam seni tampak apabila semua unsur-unsur seni dalam sesuatu karya seni mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur. Ia dapat dihasilkan melalui olahan unsur-unsur seni , termasuk susunan objek, warna, garisan, rupa, bentuk, jalinan, saiz objek, dan ton. Warna yang digunakan oleh beliau telah mewujudkan keharmonian di dalam karya ini. Tona yang digunakan pula lebih ke arah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam. Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan kerana masih terdapat penggunaan warna lain. Selain itu susunan objek serta keseimbangan di dalam catan jelas menunjukkan komposisi yang seimbang. Oleh itu karya ini memang wujudnya kesan harmoni.Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila dibandingkan dengan objek yang lain. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. Ianya dapat diwujudkan melalui ruang, objek, tema dan gaya. Fungsi Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian. Di dalam karya ini, penegasan yang wujud adalah objek kelambu kerana saiz objek ini telah memberi kesan kepada pemerhati untuk melihat. Selain itu, warna objek kelambu itu juga telah memberi penegasan warna kerana warnanya lebih cerah berbanding warna objek yang lain.

penegasan melalui saiz objek kelambuKontra ialah keadaan apabila salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan unsur-unsur seni yang lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan badan ke atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana ketika telah mewujudkan unsur-unsur yang kontra. Ini kerana bentuk figura itu yang berada di tengah-tengah kelambu dengan keadaan yang memberi perhatian kepada pemerhati. Bentuk figura wanita itu lebih menunjukkan kontra apabila ia terdampar di atas kelambu dan objek kelambu itu sendiri telah menunjukkan penegasan. Oleh itu secara tidak langsung figura wanita itu menunjukkan kontra dari segi bentuk. kontra dari olahan bentuk figuraPergerakan adalah perlakuan unsur seni yang berulang-ulang dan tidak tetap kedudukannya seperti keadaan bergetar, bergoyang, bergegar, berpancar dan sebagainya. Gerak-geri kanak-kanak dihasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan.

Kombinasi unsur jalinan ,rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya merupakan prinsip kepelbagaian di dalam seni visual. Kombinasi yang pelbagai akan membentuk gagasan dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Di dalam karya kelambu ini wujudnya prinsip kepelbagaian kerana kombinasi unsur seni dari segi, jalinan pada corak baju, pelbagai bentuk rupa pada kain sarung yang dipakai, bentuk keadaan figura, warna yang memberi sentuhan suasana malam dan sebagainya. Gubahan unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku secara seimbang, harmoni, dan saksama ia mewujudkan kesatuan. Karya kelambu ini mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di dalam bilik di mana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif sulaman pada bantal.

Kebanyakan karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti Murid Sekolah,(1962), Kelambu, (1964), Kapal Kertas, (1966), Membakar Semut, (1967) tidak jauh bezanya. Media yang digunakan karya kelambu dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karakter yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh beliau dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej figura yang lebih menjurus ke arah imej kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau juga telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya mencapai darjah yang tinggi di dalam tahap nilai estetika kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi aspek formal, serta makna yang terkandung.

KESIMPULAN

Dzulkifli Buyong merupakan salah seorang pengkarya yang banyak memainkan peranan di dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah inti pati pengisian makna di dalam karya beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di dalam kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun dari ruang lingkup aktiviti yang sangat mudah serta kenangan dari zaman kanak-kanak.

Proses menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah menjadikan karya beliau mempunyai identiti sendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih ke arah mengstailisasikan karakter di dalam karyanya menjadi bentuk figura naif dan kelihatan seperti watak kartun. Beliau masih lagi menggambarkan di dalam karyanya namun apa yang berbeza adalah subjek atau tema telah berubah kepada situasi, cara hidup serta kenangan zaman kanak-kanak.

Karya yang dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi yang amat penting kepada masyarakat seta generasi kini serta akan datang kerana ianya terkandung keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan Malaysia.

Menggambar(Description)WarnaPenggunaan warna yang gelap mengambarkan suasana waktu malam.Pastel yang digunakan amat berkesan untuk menggambarkankehidupan di kampung pada masa itu.GarisanMengikut ton yang sesuai dengan suasana malam di dalam rumah.RuangObjek dilukis memenuhi ruang.RupaMenggunakan empat figura manusia . Dilukis dengan aksi yangberbeza pergerakan.Prinsip RekaanPenegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapatdifokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati.ImbanganMemanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.KesatuanMasyarakat melayu yang menpunyai nilai kasih sayang.(b)Menganalisa(Analyse)SubjekManusiaUnsur-unsurseni1. Warna2. Rupa3. BentukPrinsip RekaanKeseimbangan gemetri- figura disusun dengan seimbang sebelah kiridan kanan. Kelambu yang berada di tengah-tengah menguatkan lagikeseimbangan.KualitiEkspresif1.Moodkasihsayang,bekerjasama2. Suasana harmoni danaman.Bahan /Teknik /KaedahMenggunakan pastelpada kanvasmemberi fokuspada ton. Warnadan media amat berkait rapat

Tafsiran (Interpretation)Makna / MesejKeindahan budaya melayuSubjekManusiaSimbolKasih sayangUnsur-unsur SeniWarna, rupa dan bentuk.ruangPrinsip Rekaankeseimbangan dan kesatuan.Metafora/Analogibagi menjelaskanmaknaNilai sentiment kasih sayang di dalam sebuah keluarga. Selain itunilai pergorbanan seorang ibu demi anak-anaknya, melalui visual inikemungkinan si ibu tidur diluar sebaliknya anak-anak gadis pulatidur dalam kelambu tersebut . Selain itu kesusahan hidup merekakerana tiada katil dan hanya beralaskan tilam dapat dilihat.(d)Penilaian (Evaluation)KriteriaKeaslianBerdasarkan kepada pengalaman.GubahanBerdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalamkehidupan seharian mereka.TeknikHasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikanpengalaman beliau semasa zaman kanak-kanak di dalam karya ini.Nilai estatik yang tinggi kerana dapat menggambarkan sebenar sebuahkeluarga apabila malam tiba.FungsiMenyedarkan masyarakat bahawa kasih sayang amat penting dalamkeluarga untuk menimbulkan suasana harmoni dan bahagia. Budayamasyarakat melayu mempunyai sentiment yang tinggi

Bumi Bahagia Lombong Bijeh MalayaKarya Abdullah Ariff

Tahun 1960

Cat air

36.4 x 54.1 cmKarya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang.

Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.Stail:LATAR RUANG

Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan wash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan.

Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.KECAIRAN

Penonjolan wash atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan warna.

Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.

Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.

Apresiasi Karya Pelukis Barat Aliran Impresionisme Claude Monet Impression Sunrise

Claude MonetImpression Sunrise (1872)Oil on canvas (48cm 63cm)Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise ini merupakan karya agung bagi aliran impresionisme. Karya ini menggambarkan pemandangan landskap sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini kelihatan seperti berkabus tetapi dipancarkan oleh terik matahari terbit. Kelihatan dua buah bot yang sedang di dayung. Jelas kelihatan dua orang di atas bot bahagian hadapan dan bot belakang agak kabur. Di belakang karya ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang tersusun di pinggir laut tetapi dikaburi oleh kabus pagi. Warna yang digunakan kelihatan suram. Namun monet tetap berpegang pada prinsip aliran ini yang mementingkan cahaya dengan memalitkan warna oren kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar. Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut yang kelihatan tenang itu dan meninggalkan kesan yang romantis pada karya tersebut.Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti dan keajaiban tentang perubahan atmosphera di langit dan kesan yang terjatuh pada permukaan air . Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis. Garisan dalam karya ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang. Manakala garis halus dilakar untuk menunjukkan objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi.Jalinan terhasil melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air. Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian suasana lautan di waktu pagi dimana masyarkat mula mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian. Warna terang yang melambangkan matahari pagi menggambarkan kepada kita bahawa setiap hari disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan aktiviti seharian. Laut yang tenang dengan garapan warna yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat menghirup udara yang segar. Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit.Namun yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya sendiri. Karya ini dapat menyedarkan individu bahawa bumi kita sebenarnya indah dengan kurniaan semulajadi daripada tuhan. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat Impresionisme yang mahu merakamkan kesan visual dari realiti. Ada pergerakan, cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti.Apresiasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Impressionisme

Peter HarrisRumah Rakit Sungai Pahang(1956)38.2 x 48.2 cm.Karya Peter Harris ini bertajuk Rumah Rakit Sungai Pahang. Karya ini bersaiz 38.2cm x 48.2cm dan menggunakan cat guac. Karya ini bertemakan pemandangan landskap tempatan. Ini jelas kelihatan perumahan rakit di Kuala Lipis yang diambil dari atas tebing. Karya ini telah dihasilkan pada tahun 1956 iaitu sebelum merdeka. Air sungai kelihatan mengalir tenang dengan lambaian redup pohon-pohon di tebing sungai tersebut. Catan gaya impresionis ini mempunyai gubahan seolah-olah telah dibingkaikan oleh dahan-dahan pokok di sebelah tepi kiri dan kanan.Beliau telah menggunakan warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning iaitu warna alam semulajadi. Teknik wash dan sapuan yang terkawal ini digunakan serta pengunaan warna yang tebal dari kebiasaanya. Gabungan kesemua elemen-elemen seni telah membantu beliau menyampaikan mesej dengan baik. Beliau juga berjaya memasukkan perasaan harmoni dalam karya ini, kesan pergerakan pada permukaan air dan kesan imbangan yang baik terhadap objek-objek yang dilukis. Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek. Sebagai contohnya rumah rakit berada pada kedudukan yang rendah berbanding pokok kayu telah membentuk ruang.Pengunaan garisan tebal dan kasar boleh dilihat pada batang pohon yang terdapat diatas tebing sungai. Cahaya yang datang dari hadapan dan warna yang monokromatik kehijauan menunjukkan keindahan dan ketenangan alam semulajadi tempatan yang belum tercemar oleh arus pemodenan. Jalinan terhasil dari sapuan berus dan warna yang tebal boleh dilihat pada permukaan sungai. Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini dikatakan oleh beliau sebagai pemecah kepada kebuntuan format empat segi bujur karya tersebut. Kesan garisan membantu dalam menyampaikan rupa dan bentuk imej yang digambarkan oleh pengkarya. Warna yang digunakan juga adalah warna yang baru diperkenalkan kepada pengikut WAG pada masa tersebut dan jarang digunakan pada masa sekarang. Kesan warna berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik dan cantik serta kemas kelihatan. Karya diatas merupakan salah satu karya yang dihasilkan dengan menggunakan pendekatan baru dalam stail, teknik dan tema dengan menggunakan berus yang lebih besar dan keras serta bahan dan teknik yang lebih tebal daripada cat air. Muliyadi Mahmood dalam bukunya yang betajuk Seni Lukis Moden Malaysia (2001-2004) menyatakan bahawa Peter Harris telah mengolah suatu konsep komposisi yang agak dinamik dan bernyawa terutamanya pada aliran sungai yang bersifat diagonal.

Karya ini mengambarkan suasana sebenar yang diambil pada awal merdeka di Malaysia oleh seorang pelukis yang berasal dari barat yang mengambil berat akan suasana tempatan untuk dirakamkan di dalam karyanya. Ini menunjukkan pada masa itu bahawa orang tempatan di negeri Pahang tinggal di sungai Pahang terutamanya diatas rumah rakit. Mungkin kerana sumber makanan dan bekalan air mudah diperolehi disana.Nilai yang cuba diterapkan oleh pelukis ialah kebersihan dan kedamaian di manasuasana perkampungan di sungai Pahang yang terpelihara dari pencemaran dan bersih dari kesibukkan kota. Keindahan dan keharmonian penduduk disitu dirakam oleh Peter Harris. Ini menunjukan karya ini berjaya dalam menyampaikan perasaan dan mesej Peter Harris perhadap apa yang ingin beliau ingin rakamkan dan dikongsi untuk tatapan umum.Perbandingan Catan Impresionisme Barat dan Malaysia

Nama KaryaImpression SunrinseRumah Rakit Sungai Pahang

AliranImpresionismeImpresionisme

TemaPemandangan landskap tempatan iaitu lautanPemandangan landskap tempataniaitu sungai

Alat dan BahanCat minyakCat guac

TeknikTeknik impasto dengan kesan berusTeknik wash dan sapuan yang terkawal

Unsur SeniGarisan-kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian pergerakan air yang tenang.-garisan halus dilakar objek kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi.

garisan-garisan tebal dan kasar pada bahagian pokok-Kesan garisan membantu dalam menyampaikan rupa dan bentuk imej

Jalinan melalui kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air.Jalinan terhasil dari sapuan berus dan warna yang tebal boleh dilihat pada permukaan sungai.

Warna -suram.Warna oren yang mewakili matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air lautWarna warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning iaitu warna alam semulajadi

Prinsip rekaanpergerakan Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga.Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini dikatakan oleh beliau sebagai pemecah kepada kebuntuan format empat segi bujur karya tersebut.

Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek.

nilaiKeindahan alam semula jadi iaitu lautan tanpa sebarang pencemaran.Kebersihan dan kedamaian di manasuasana perkampungan di sungai Pahang yang terpelihara dari pencemaran dan bersih dari kesibukkan kota

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran Impresionisme diatas, jelas menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara dua karya. Kedua-dua karya diatas menggunakan tema yang sama iaitu keindahan landskap tempatan dimana Karya 1 menggunakan subjek Lautan di La Harve manakala karya 2 menggunakan Sungai Pahang.Perbezaan kedua-kedua karya ini adalah bahan yang digunakan dimana karya 1 iaitu Impresion Sunrise menggunakan cat minyak dengan teknik impasto dengan kesan sapuan beru . Manakala , karya 2 Rumah Rakit Sungai Pahang menggunakan cat guac dengan teknik wash dan sapuan terkawal.Kedua-dua karya ini telah mengaplikasikan prinsip yang dipegang oleh aliran Impresionisme iaitu lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang dilihat di depan mata dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda dimana pelukis menghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa melakukan penambahan atau pengubahsuaian. Subjek utama yang dilakarkan adalah landskap dan alam semula jadi kerana mereka berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang tiada tandingannya. Jadi prinsip ini jelas di aplikasi oleh kedua-dua pelukis yang menggambarkan keindahan landskap tempat masing-masing.Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan karya kerana dapat menimbulkan mood dan suasana sesuatu keadaan. Prinsip impressionisme ialah cahaya adalah penentu sesebuah keadaan dan suasana. Prinsip ini jelas pada karya 1 dimana walaupun catan yang dihasikan menggunakan warna yang suram untuk menggambarkan suasana pagi yang diselubungi oleh kabus, tetapi unsure cahaya dimasukkan dengan meletakkan warna terang dan pembiasan warna telah dijatuhkan pada warna yang suram. Bagi karya kedua, pelukis memfokuskan cahaya pada tengah-tengah karya dengan sekelilingi kanvas di bingkaikan oleh dahan pokok. Maka fokus cahaya terus jatuh pada bahagian tengah karya.Apreseasi Karya Pelukis BARAT Aliran Post Impressionisme(psv3110)

Vincent Van GoghThe Starry Night (1889)Oil on canvas 29 x 36/4

The Starry Night hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut.Berdasarkan karya ini, apa yang dapat dilihat ialah suasana malam dimana langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk pusaran. Bintang-bintang pula berkilauan dan bulan sabit memancar cerah. Manakala dibawah kaki bukit kelihatan sebuah Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan begitu aman. Di tengah-tengah Bandar ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak diatasnya iaitu merupakan tempat pemerintahan yang terbesar berbanding bangunan-bangunan lain yang kecil disekeliling gereja ini.Di sebelah kiri karya ini terdapat satu bentuk yang besar yang lebih besar melebihi saiz bentuk-bentuk yang lain. Bentuk ini merupakan pokok cypress. Pokok ini mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada masa itu, kebanyakkan pokok cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah perkuburan sebagai tanda. Di kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat luas dan mempunyai pelbagai isi di dalamnya.Penggunaan garisan dalam lukisan ini begitu menonjol terutamanya pada bahagian langit disamping titik-titik untuk menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak. Pelukis telah menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali dengan garisan yang berpusarDari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan. Beliau menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan kanvas. Pelukis ini tidak menggunakan begitu banyak warna. Warna yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam. Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post impressionisme. Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis terkenal pada era ini. Ciri lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada karya ini adalah penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat. Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang logik dan nyata. Ini sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan pemerhatian terhadp keadaan sekeliling pada waktu malam.Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa dari hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya Starry Night ini dihasilkan ketika pelukis menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis ini menggambarkan luahan hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang menyebabkan lukisan ini begitu kasar sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah suasana yang sangat aman. Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai hubung kait dengan perasaan atau deria pelukis namun sesetengah individu suka akan karya ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada yang mengatakan tidak.Ini kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini dianggap gila ekoran daripada kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah konflik jiwa.Bagi saya lukisan ini sangat menarik. Walaupun lukisan pada waktu malam sebegini sepatutnya dalam keadaan yang tenang dan damai namun pelukis berjaya mencipta kelainaan. Bagi saya lukisan ini menggambarkan perasaan marah kerana apabila terpandangnya lukisan ini kelihatan begitu kasar, dan melambangkan sifat yang agresif.Apreseasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Post Impressionisme(psv3110)

Karya Lai Foong MoiWaktu pagi di Kampung (1959)Karya di atas bertajuk Waktu Pagi di Kampung dihasilkan oleh Lai Foong Moi. Beliau menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan perkampungan yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar kawasan perumahan. Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan kedudukan rumah dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul memakai berbaju kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang memegang sebuah bakul.Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya inimenggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina dimana stroke berus kelihatan seperti catan cina. Karya inilebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.Beliau menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan tanah menunujukkanpersamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis merakamkam perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi daripada mata pemerhati.Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan kedamaian pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi menggambarkan kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana penduduk akan menghirup udara yang segar. Watak perempuan yang memegang bakul melambangkan seawal pagi wanita sebagai surirumah sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya.Nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini adalahsuasana indah, damai , dan kehidupan tenteram di kampung atau desa.Perbandingan Karya Aliran Post Impresionisme

Karya 1Karya 2

Nama KaryaStarry NightWaktu Pagi di Kampung

Aliranpost impresionismemenggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya.

TemaKesengsaraanKedamaian

Alat dan Bahancat minyakCat minyak

TeknikImpasto(sapuan agresif)Scrambling(sapuan berus yang pantas dan spontan)

Unsur SeniGarisan yang kelihatan adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegakgarisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepatKarya ini lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan jelas.

Warna 1)warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam.2)warna kuning dan oren digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam.3)Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna kulit pokok.Warna sejuk dan juga warna panas

Prinsip rekaanpergerakan melalui sapuan berus pada bahagian awan menggambarkan pergerakan berpusar.Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini

Penegasan diberikan pada ruang langit dengan menonjolkan awan yang berpusar.Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek.

NilaiKehidupan penuh dengan pelbagai liku dan cabaran.Kebersihan dan kedamaian di manasuasana perkampungan

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran post Impresionisme diatas, jelas menunjukkan beberapa persamaan dan perbezaan. Persamaan di lihat melalui jenis bahan yang digunakan. Tema jelas menunjukkan perbezaan iaitu Karya 1 mengenai kesengsaraan manakala Karya 2 mengenai kedamaian. Gaya persembahan catan menunjukkan perbezaan yang begitu ketara, apabila karya 1 kelihatan begitu agresif dengan teknik sapuan impasti berbanding Karya 2 yang begitu halus dengan teknik GlazingJika dinilai, karya 1 iaitu Starry Night lebih memenuhi ciri-ciri post impresionisme kerana menekankan penggunaan sapuan berus yang agresif disamping penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan.Bagi karya 2 Waktu Pagi Di Kampung agak kurang menonjol aliran impresionisme kerana pelukis telah menggabungkan pengaruh post impresionis dan struktur gambar cina dalam karyanya.Walaubagaimanapun, kedua-dua pelukis tidak membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Mereka memenuhi ciri post impresionisme dengan memilih subjek utama yang berkaitan landskap dan aktiviti seharian masyarakat setempat.

Karya Monet yang bertajuk Corner of the Garden at Montgeron di atas dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches.

Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya tersebut dapatmemberitugasan yang barukepada Claude Monetuntukmelukisempatpanelhiasanuntukinteriorrumahgrandbaru,ChateaudeRottembourgdiMontgeron.Beliau menggunakan musim panas di sana untuk mecari motif berdasarkanlandscaped groundsdan melukis di luar bilik dengan menggunakan warna yang terang.

Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan secara impressionism dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan perwarnaan. Perkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut.

Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistic iaitu unsur-unsur seni dan prinsip rekaan. Dari segiwarna, beliau memberi warna harmoni yang menimbulkan suasuna menarik dan gambaran tersebut dengan jarak yang ada iaitubrushstrokesuntuk berasing warna murni yang diliputi dengan siang hari dan hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut .

Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesanruang ilusiyang baik. Sebagai contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu jarak yang di hadapan atau di belakang. Dalam karya yang bersudut kanan iaitu sungai tersebut dapat menonjol dari warna gelap menimbulkan gambaran menjunam lebih dalam manakala warna putih boleh menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain itu, menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman.

Seterusnya, unsurjalinan tampakdapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam karya Claude Monet. Sebagai contoh, jalinan pada langit telah menghasilkan karya lebih menarik, bergaya dan secara tidak berlangsung dapat menimbulkan kesan pergerakan. Dalam unsur-unsur seni,garisanmerupakan paling penting dalam setiap karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak. Karya ini mempunyai garisan melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan ketenteraman.

Dalam karya Monet, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip rekaan. Terutama iaituimbangan simentriseperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri. Bagi saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, air dan langit dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian,Claude Monet berjaya menunjukkan karya yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi.

Tambahan pula,kontraditonjolkan dalam karya ini dalam perbezaan warna seperti, kuning dengan hitam di karya tersebut. Beliau juga menggunakan salah satu prinsip rekaan dalam karya ini iaitupenegasanyang seperti bunga tersebut berwarna putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna kuning dan hitam sebagai menimbulkan kesan tersebut.

Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkankepelbagaian. Dari segi warna dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan dalam karya yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang.

Secara keseluruhan, mesej yang Claude Monet hendak menyampaikan kepada kita ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat tersebut, suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kejernihan airyang bersih pada waktu tersebut.

Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Claude Monet memang menarik melalui kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi perasaan yang tenang dan selesa kepada saya dalam kecantikan suasana tersebut. Selepas kritikan karya tersebut, karya yang seterusnya memang menarik perhatian saya untuk memerhati karya beliau.

Jaafar TaibAkrilikSang JuaraTema: Realistik

Jaafar Taib merupakan seorang pengkarya yang dikatak sebagai seorang seniman yangmampu menguasai hampir kesemua genre dalam seni. Beliau mempunyai banyak karya dalamcatan, karikatur, potraitdan banyak lagi.Menurut Dr. MohdJohari Ab. Hamid dalam bukunyayangbertajukAspresiasidanKritikanSeniVisual(2008:140),JaafatTaibdikatakanmulamemberikan perhatian secara serius kepada spesis burung dan ayam hutan dalam karya beliau.Jaafar Taib berpendapat ini merupakan tanggungjawab beliau dalam merakamkan semula spesis-spesis tersebut keatas kanvas sebagai suatu himpunan khazanah untuk tatapan generasi akandatang.Karya realistik diatas merupakan karya yangtelah dihasilkan olehJaafarTaib dengantajuk Sang Juara dengan menggunakan akrilik diatas kanvas. Daripadakarya ini kita dapatmelihat karya yang begitu menarik apabila pengkarya berjaya menyampaikan imej tersebut padaskalayangbetul.Padapandangansayakarya

inimerupakankaryayangmempunyaiperkaitannya dengan kehidupan masyarakat desa masyarakat Melayu khususnya yang sinonimdenganbudayamemperlagakanayam.TajukSangJuaramerupakansuatukaryayangmenyampaikan mesej bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa berbandingayam-ayam lain. Pengkarya melukiskan sang juara tersebut sedang berada di suatu tempat yangtinggi dengan suatu pemandangan alam semulajadi. Saya berpendapat bahawa sususnan imejseperti ini memberikan gambaran bahawa suatu kelompok masyarakat yang besar yang begitubangga dan mengiktiraf sang juara ini sebagai seekor ayam yang kuat dan membawa kebanggankepada tuannya.

Perkara yang sangatmenarik perhatian adalah dari aspek penggunaanwarna. Pengkaryatelah menggunakan warna sebenar yang ada pada seekor ayam jantan dan warna flora yangsesuaibagi menghidupkanlagisuasanatersebut.Kesantonwarnapadaayamjantanjugamemberikan suatu kesan realistik dan membantu pelukis membezakan setiap jalur-jalur buluayamyangada.Karya inikelihatan sangatmenarikdan sangatbertenaga.Kesan garisanditimbulkkan melalui kesan warna yang disapu pada bahagian badan ayam jantan terutamanyapada bahagian ekorayam tersebut.Selaindaripada itu,dengan menggunakanwarna pengkaryamampu menampakkan bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan dan kelihatan sangat sihat.Karya yang sangat menarik ini harus diteruskan keranakarya ini bukan sahaja membantukita mengenali alam dengan lebih dekat tetapi juga membantu kita menganalisis diri kita setakatmana kemampuan kita sebagai seorang orang seni terutamanya dalam kalangan pelajar seni.

Mohd Hoessein EnasCat minyakGadis KoreaTema: figuratifMohdHosseinEnasterkenalsebagaibapapotraitMalaysiakeranakepandaiannyaberkarya dalam menghasilkan potret manusia. Mohd Hossein Enas merupakan seorang pengasasAngkatanPelukisSemenanjung(APS)yangmenjadikanpotretdanlandskapsebagaitematerpentingdalamberkarya.Senicatanpotretmerupakanmediumyangpentingsebelumwujudnya kamera untuk merakamkan diri seseorang. Potret bukan sahaja menjadi suatu bentukrakaman tetapi juga dihasilkan untuk menjadi kenangan kepada pengkarya dan yang dilukis,berupaya menunjukkan profesion, perwatakan atau kedududukan seseoramng dalam masyarakattetapi juga menjadi bahan dokumentasi visual yang mampu dijadikan rujukan dalam banyakperkara seperti potret Monalisa yang menjadi kajian dan rebutan kepada pencinta-pencintasejarahwan seni masa ini.KaryadiatasmerupakankaryayangdihasilkanolehMohd.HosseinEnasdenganmenggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama. Karya inimenrakamkan gambar seorang anak gadis berpakaian baju kebudayaan masyarakat korea.Jikadilihat dari aspek paras rupa perempuan tersebut, raut wajah perempuan tersebut menghampiriraut wajah anak gadis masyarakat Melayu. Karya ini mungkin juga dirakamkan oleh pengkarya

denganmengaplikasikanpakaiantradisionalorangKoreakeatasorangMelayupadamasatersebut.Pengolahanaspekkedudukanatautatatertibdudukfigurabegituditekankanolehpengkarya dengan mengambil kira aspek keseimbangan karya disamping menampilkan nilai-nilai lemah lembut dan bersopan. Selain daripada ituMohd Hossein Enas juga menggunakanwarana terang iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin beliau sampaikan melaluipakaian tradisional masyarakat Korea pada masa tersebut. Setiap garisan-garisan yang ada padabaju disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif tersebutdalam keadaan duduk untuk menampakkan ketidakkakuan dalam potret tersebut.Karya-karya Mohd Hossein Enas merupakan suatu warisan dalam seni kerana karya-karya tersebut banyak membantu sejarawan-sejarawan seni meneruskan penyelidikan merekaterhadapperkembangansenidiMalaysiakhususnya.Karyainibukansahajamampumengantikan peranan kamera tetapi juga memiliki nilai keindahan yang sangat tinggi dari segicalitan warna dan penampilan figuratif utama serta perkembangan budaya dalam masyarakatyang berbilang dengan masyarakat asing yang pernah datang ke Tanah Melayu

Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan Berjaya menimbulkan pandangan fokus kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah gadis tersebutjugamenimbulknpelbagaitakrifandandapatdijadikanbahandokumentasivisualdan rujukan dalam banyak perkara seperti potret Monalisa.

MENGGAMBARPelukis menggunakan garisan yang lembut pada karya Gadis Melayu inidanmenampakkan kelembutan pada rambut, bulu kening, bulu mata an bibir gadis tersebuttetapi pelukis menggunakan garisan tebal pada kolar baju kemeja dan menampakkanelemen bayang-bayang.Pelukis juga mengguna unsur rupa pada telinga gadis tersebut dan menggunakanbentuk pada hidung, mata dan kolar baju gadis tersebut yang telah menampakkan bentuk 3dimensi pada karya yang dinyatakan ini. Jalinan pada garis halus yang digunakan olehHossein Enas menampakkan rambut gadis tersebut tampaklebat dan sihat.Warna yang digunakan juga menunjukkan kematangan pada raut wajah gadistersebut dan menggambarkan ciri-ciri gadis melayu yang berkulit sawo matang. Campuranwarna yang digunakan menimbulkan kesan ruang pada karya tersebut dan menampakkangadis tersebut berada di hadapan dan dibelakangnya terdapat satu ruang yang bolehditakrifkan sebagai dinding ataupun pemandangan yang dikaburkan.MENGANALISAHoessein Enas merupakan pengkarya yang banyak menghasilkan karya figuratif yangbersifat realistik dan bijak menggunakan warna. Warna yang digunakan beliau dalam karyaini menunjukkan kelembutan pada gadis tersebut walaupun gadis tersebut berpakaiankemeja dan moden pada zamannya.Jalinan garisan halus juga menimbulkan pergerakan pada rambut gadis tersebut.Manakala mata yang agak besar dan bibir yang sedikit terbuka menimbulkan mood yangtenang dan selesa. Gabungan elemen-elemen ini menimbulkan perasaan harmoni. Kesanwarna Berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik. Beliau juga menggunakan warnasekunder iaitu hijau, oren dan ungu yang dicampur halus dan menampakkan kesan ruang.Walaupun pada karya tersebut, pemberatan ruang kosong adalah disebelah kanankarya, tetapi karya tersebut tidak nampak cacat dan kelihatan kadar banding warna yangdigunkan menampakkan keseimbangan dan tidak bosan kerana terdapat ciri kemodenanpada karya tersebut. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkankawasan yang terang dan gleap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semula jadi.Stail yang digunakan oleh pengkarya ini bersifat realistik iaitu karya yangmenggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripadabentuk asal. Beliau juga menggunakan bahan cat minyak iaitu bersifat legap dan danmenggunakan teknik sapuan berus yang pelbagai yang menjadikan karya tersebut kelihatanhidup dan menarik.Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaanwarna yangdihasilkan. Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dansantai. Dari segi penegasan, peukis membuat enegasan dari segi warna iaitu di manaterdapat warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu pelukis menggunakan warnayangagak gelap untuk menimbulkan satu suasana kontra dan menjadikan karya yangdihasilkan lebih menarik.Dalam karya ini, Hossein memberi makna ekspresif iaitu beliau telah melahirkan rasabangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan dengan fesyennyapada masa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekalselagi hasil karyanya ini masih ada.TAFSIRANDalam karya yang telah dihasilkan oleh Hossein Enas ini, apat dilihat warna baju gadistersebut melambangkan kesederhanaan tetapi masih mengikut fesyenpada zaman tersebut.Warna tersebut juga dapat mencerminkan perbezaan zaman dahulu dan sekarang di manapada zaman sekarang warna baju yang menjadi kegemaran adalah warna yang lebih terang.Dalam potret ini juga, dapat dilihat bahawa gadis tersebut memakai anting-anting. Inimenunujukkan bahawa gadis tersebut dari keluarga yang berada tetapi masih mengekalkanciri-ciri kesederhanaan dan kesopanan kerana pakaian tersebut tidak mencolok mata.

PENILAIANJika dilihat dengan teliti, karya Hossein Enas ini dilihat teknik yang digunakan begitu telitisehinggakan perasaan gadis tersebut dapat dirasai olehorang lain. Teknik yang digunakaniaitu teknik sapuan lembut menghasilkan struktur warna yang sangat berkesan danmenampakkan keaslian gadis melayu terutama pada bahagian wajahnya.Gambar potret seorang gadis yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal,beranting-anting memandang ke satu tempat dengan pandangan mata yang galak dan

memakai baju kemeja bukannya sekadar potret kosong tetapi memberi makna yangmendalam.Karya potret ini secara keseluruhannya dapat dinilai membawa makna seorang gadisMelayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Pemakaian kemeja jugamerupakan fesyen gadis Melayu paa zaman tersebut. Disini beliau cuba menimbulkanidentiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.Setiap garisan-garisan yang ada padakarya juga disampaikan dengan baik bagimenimbulkan unsur pergerakan terutama pada wajah gadis tersebut walaupun figuratiftersebut hanya menampakkan separuhbadannya tetapi tidakmenampakkan ketidakkakuandalam potret tersebut

Membuat Apresiasi Dan Kritikan Karya Seni Sebelum Dan Selepas Merdeka.Apresiasi dan kritikan sebelum merdeka.3.1 Apresiasi pertama:

Tay Hooi KeatFishermen Village Oil 1956Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang.Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan dengan warna garang,3.2 Apresiasi kedua :

Chuah Thean TengDi Tepi Pantai 1952Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi Pantai, Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut. Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna, warna yang digunakan dalam karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan kesibukkan suasana ketika itu.Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi menampakkan keretakkan adalah betujuan sebagai penarik dalam teknik garisan, ruang dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian belakang.3.3 AprIsiasi ketiga

Peter HarisRumah Rakit Sungai Pahang 1995Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas The Art Wednesday Group, Karya beliau menenkankan Gaya impresionisme . Tema karya ini ialah landskap pemandangan di tepi sungai. Asas seni reka yang digunakan adalah penggunaan warna manokromatik kehijauan yang dapat menimbulkan keindahan dan ketenangan dari arus permodenan yang kian tercemar. Penggunaan warna hijau jelas menunjukkan keserasian pada alam sekitar,Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis jelas menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan diserikan lagi dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan dan kiri menyerikan lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian hadapan dan gelap dibelakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan, Selain itu jalinan pada daun pokok menampakkan daun pokok sedang bergoyang ditiup angin.4.0 Apresiasi dan kritikan seni selepas merdeka4.1 Apresiasi PertamaShahril Bin Awang

Royal Belum 2009Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009, Tema karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam sekitar. Karya ini mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan ialah aliran realisme. Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan penonton dan seolah-olah hidup.Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau sangat sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan berjaya menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok. Ruang yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap pada penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut, unsur jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut ditumbuhi parasite-parasit kecil.4.2 Apresiasi Kedua

Ismail MustamHang Tuah Dan Hang Jebat (1961)Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut aliran yang digunakan ialah impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang. Calitan warna putih di sekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup. Pertarungan antara Tuah dan Jebat Nampak hidup dengan adanya garisan melintang dan melengkung di sekeliling figura tersebut..Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap sudut menampakkan ruang cetek antara figura.4.3 Apresiasi KetigaMohd Sallehuddin

Membeli Belah (1958)Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun 1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi masyarakat pada masa itu. Lima karekter dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah realisme. Unsur seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui perspektif.Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura berbangsa india menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai tersebut. Garisan melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna penyejuk banyak digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan dalam lukisan ini.

Karya Abdullah Ariff bertajuk Coconut Plantation - Dawn menggunakan media cat air yang menggambarkan aktiviti di sebuah dusun kelapa.. Dalamcatan ini, kelihatan pokok-pokok kelapa , binatang peliharaan seperti kambing,beruk, figura manusia, dan beberapa buah rumah Melayu.

Secara analisisnya, unsur seni yang ketara dapat dilihat dalam catan iniialahgarisan dan jalinan melalui lukisan pokok kelapa serta rumpun semak-samun.Selain daripada itu, bentuk ditonjolkan pada pokok kelapa , figura danrumah.Catan ini juga menekankan unsur ruang dan warna.Ruang dalam catan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang depan, ruangtengah dan ruangbelakang. Ruang Dalam jugadiperjelaskan melaluiaplikasiperspektif warna di mana warna objek-objek di bahagian depan lebih jelas danterang; tetapi beransur kabur di bahagian belakang catan.Aplikasi ruangdalam danperspektifwarna menimbulkansuasanaketenangan dan hening dalam catan. Penggunaan unsur seni yang berulang-ulang dalam catan seperti bentuk , warna dan jalinan pokok kelapamenimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam catan.Secara keseluruhannya, pelukis berjaya menyampaikan suasana tenangdan mendamaikan di kampong

Tajuk : Gadis Penumbuk PadiTahun : 1959Alat/media : Arang dan pastel di atas kertasKarya Hossein Enas yang bertajuk Gadis Penumbuk Padi di atas memberi gambaran wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung.Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jati diri yang ada pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantumencari nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat setempat.

Lukisan ini juga pada saya, menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat dan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan. Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karyaini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yangmengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebihmenjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.

Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warnayang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali danbegitu neutral dan semulajadi.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.

Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yangagak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untukmenimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI CATAN DI BARAT.

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan.a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievelb. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalismec. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Paintingd. Abad ke-18. Aliran Romantismee. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni Nouveauf. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme, Surelesme, Abstrak Ekspresionismeg. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni Konseptual, Seni Land.

CIRI-CIRI DAN KARYA

Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilukis.

Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri.

Seni Baraque dan Rococo: Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme: Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme: Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik.

Surealisme: Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan.

Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Teori Apresiasi Edmund Burke Feldman (PSV 3110)

PengenalanMenurut Edmund Burke Feldman 1994, kita mesti mengelak dari konflik sewaktu membuat kritikan. Antaranya, elakkan membuat kritikan pada kerja-kerja sendiri atau rakan yang terdekat atau sahabat karib. Ini tidaklah bermaksud kritikan tidak boleh dilakukan kepada seseorang artis atau kawan sesama artis. Yang sepatutnya merapatkan perhubungan di mana dapat melahirkan kritikan yang adil dan saksama.Selain itu Edmund menghuraikan bahawa pengkritik tidak boleh menggunakan komen yang boleh merosakkan reputasi seseorang atau sesuatu kumpulan. Semua hasil karya seni boleh menjadi senjata kepada seseorang atau kumpulan tertentu untuk melemahkan semangat kumpulan lain yang merupakan suatu tindakan yang kurang sihat.terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu :Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke FeldmanBerdasarakan terori pengalaman pelbagai Dr Edmund Feldman , terdapat 4 langakah dalam proses kritikan seni iaitu :1 1)DeskripsiPada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.Penekanan diberikan kepada asas seni rekaPengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak Elemen asas seni reka dinilai dan dikupasPemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsure-unsur seni dinilai dengan mendalam Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistic, suruelistik dan lain-lain.2 2)AnalisisMaksud :penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalamCiri-ciri:Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsio seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya.Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warnaKesesuaian objek dalam objekKontra dan imej3 3)InterpretasiMaksud : tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara. Ciri-ciri :Mengkaji kualiti ekspresif senimanMengkaji makna yang disampaikan melalui karyaMerujuk kepada penyataan perasaanMelibatkan mood dan idea dalamanPenyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni4 4)PertimbanganMaksud : renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian. Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya. Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci. Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme. Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara,5.0 Bahagian B : Membuat perbandingan antara dua kumpulan atau persatuan dalam memberi sumbangan terhadap perkembangan seni visual tanah air.5.1 Sejarah The Arts Council Penang And Province WellesleyThe Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954 dibawah ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P Souter, James Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan dalam pertubuhan ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi mengalak dan membina pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempataniv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat objektif tersebut.Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar. Tujuan persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan menawarkan keistimewaan kepada setiap ahli.5.2 Wednesday Art GroupPenglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan menubuhkannya pada 1952.Penang Teachers Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama mempunyai banyak persamaan.Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang menekankan konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya dihasilkan dengan teknik gouche.Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan aktiviti luar studio.4. Sumbangan- medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar.- Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif tersebut.- Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah- Merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini5.4 Penulisan lmiahTerdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group. Perbandingan antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW) dan The Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai presiden dan bagi penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post impressionisme merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi TWAG.Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala kumpulan The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam setiap karya yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan TACPAPW iaitu bagi medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar dan mengadakan serta menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif yang dicapai, manakala The Wednesday Art Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah dan merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini.49