Che Guevara Dan Revolusi Kuba

download Che Guevara Dan Revolusi Kuba

of 95

Transcript of Che Guevara Dan Revolusi Kuba

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    1/95

    Che Guevara dan Revolusi KubaOleh Mike Gonzalez

    Diterbitkan pada tahun 2004 oleh Penerbit Bookmarks.

    Diterjemah oleh Muhammad Salleh (Jun 2004). Penerjemahan buku ini adalah sebahagiandaripada projek penerjemahan Suara Sosialis, sebuah kumpulan sosialis yang berhubung

    dengan Peralihan Sosialis Antarabangsa (International Socialist Tendency). Lihathttp://arts.anu.edu.au/suara

    Mengenai Pengarang

    Mike Gonzalez adalah seorang pensyarah dalam Kajian Hispanik di Universiti Glasgow. Dia

    sudah banyak menulis mengenai kesusasteraan dan budaya Amerika Latin, dan mengenaipolitik Amerika Latin mutakhir terutamanya mengenai Kuba, Nikaragua dan Chile. Diamenduduki badan penyunting jurnal International Socialism dan adalah seorang ahli DasarSocialist Worker dalam Parti Sosialis Scotland. Dia juga pernah mengikuti pelbagairancangan radio dan terlibat dalam beberapa projek pentas.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    2/95

    I. Wajah Seorang Pejuang

    Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanahkosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentangkerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires,

    di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasapemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yangmembawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevaratercetak pada dada mereka.

    Ernesto Che Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yangmeninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuahkampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.

    Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawadan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat

    bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Cheberdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahibandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, danbukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut Fidel Castro.

    Kini lahirnya sebuah generasi baru yang mengenali dengan serta-merta mata dan janggutnipis Guevara, yang memakai kemeja-T tersebut dan membeli pelbagai barangan penggunayang membawa imej terkenal itu. Namun, dalam kebanyakan kes, mereka tidak memahamidengan baik dan tidak mempunyai memori mengenai Revolusi Kuba. Sebenarnya, butir-butirmengenai kehidupan Guevara tidak dikenali ramai. Namun, ia seolah-olah wujudnyasesuatu perjanjian sulit bahawa wajahnya mempunyai kuasa simbolik dan makna yang

    difahami dan dikenali oleh semua orang.Kumpulan-kumpulan muzik yang mengunjungi pelancong di Havana menggemari satu lagu lagu Carlos Puebla bagi Che yang bertajuk Hasta Siempre (Sehingga Akhir):

    Aqu se queda la clara, la entraable transparencia,De tu querida presencia, comadante Che Guevara(Anda meninggalkan wajah jelas, memikat hati

    Kehadiran suci, komadante Che Guevara)

    Lagu ini agak sesuai. Ini, dan beratus-ratus lagi lagu dan syair yang mengingati Guevara,seolah-olah berkongsi bahasa kebangkitan semula, bahasa seorang pejuang syahid yang akan

    hidup semula. Fotograf yang paling terkenal badan tidak berbaju, wajah muram, matahitam dan janggut nipis diambil tidak lama sebelum kematiannya. Dicetak semula beribu-ribu kali sejak itu, ia setiap kali menjadi lebih mirip dengan gambar Nabi Isa.

    Perubahan menarik itu menunjukkan dengan jelas satu aspek Guevara manusia menjadilagenda, dan imej-nya diubah menjadi sesuatu perasaan, sesuatu semangat. Ia adalahsemangat revolusi itu, sesuatu kesetiaan dan keghairahan perjuangan, yang sebuah generasibaru telah mengambil dari gambar-gambar seorang revolusioner yang telah meninggaldunia. Dari satu segi, kehidupan Che, pengalaman bersejarahnya, tindakan-tindakannya,telah melesap ke latarbelakang walaupun pada satu tahap, kebanyakan orang memahamihubungan Che dengan Kuba.

    Pada zaman ahli-ahli politik korupse, apabila hanya segelintir orang memercayai pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil mereka atau sememangnya memercayai proses pilihanrayayang dapat memberi kuasa kepada George Bush tanpa majoriti kejujuran dan dedikasi

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    3/95

    menjadi nilai-nilai penting. Lihatlah wira-wira gerakan anti-kapitalis Malcolm X, MartinLuther King, Che. Apa yang mereka berkongsi adalah pengorbanan diri, dedikasi, kesetiaankepada sesuatu tujuan. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia pada usia muda, dan setiap satukekal dalam memori popular sebagai manusia muda, idealistik, suci.

    Pada tahun 1989, Tembok Berlin ditumbangkan dan mendedahkan realiti ngerinegara0negara Eropah Timur yang telah menggambarkan diri, sekurang-kurangnya sehinggatitik tersebut, sebagai negara sosialis. Beratus-ratus ribu orang progresif pada masa lalutelah menyamakan negara-negara ini dengan kemajuan menuju sosialisme. Sememangnya,negara-negara ini mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai pemilik-pemilik kapitalswasta, bahawa kerajaan mentadbir dalam nama seluruh masyarakat, bahawa rakyat merekabebas dan menikmati taraf kehidupan tinggi dan pengagihan kekayaan yang adil.Bertentangan dengan itu, beberapa pihak sosialis mendesak bahawa negara-negara inihanyalah karikatur sosialisme, dengan sebuah kelas pemerintah yang mempertahankankepentingannya sebelum kepentingan majoriti. Ini bukanlah negara-negara sosialis denganbeberapa kelemahan, mereka berkata, tetapi negara-negara yang diatur mengikutkepentingan, keperluan dan matlamat sebuah minoriti yang menguasa kerajaan.1

    Namun, apabila Tembok Berlin ditumbangkan, apa yang didedahkan kepada mata awam,dari beberapa segi, jauh lebih ngeri daripada apa yang dimimpikan. Birokrasi-birokrasi keciltelah menyerang rakyat, menjadi kaya dengan mengeksploitasi rakyat, dan merampas kuasarakyat untuk menentukan kehidupan mereka. Bagaimanakah ini dapat disamakan denganwawasan perubahan yang berakar dalam idea kebebasan dan kuasa kolektif? Apakahpersamaan anak-anak yatim Rumania, kerajaan polis Stasi di Jerman Timur atau penderitaanrakyat Chechnya dan kaum-kaum minoriti lain dengan wawasan sosialis itu?

    Masalahnya adalah bahawa segala tindakan ini dilakukan oleh golongan yang menamakandiri mereka sebagai sosialis, dan kadang-kala juga sebagai revolusioner.

    Dari kabus kekeliruan dan kehampaan ini, imej Che Guevara muncul semula di seluruhdunia, dijumpai oleh sebuah generasi baru. Pemberontak Zapatista di Meksiko selatanmemakai kain dengan wajah Che apabila mereka melancarkan pemberontakan merekamenentang kapital global pada tahun 1994.2 Pemberontak bandar di Caracas pada tahun 1989mendukung panji-panji dengan imej-nya, sebagaimana dengan pemuda-pemudi Itali yangberdemonstrasi menentang Berlusconi lima tahun selepas itu.

    Wajah simbolik ini memiliki kuasa tulin, sesuatu perasaan marah dan keyakinan yangdimiliki oleh mereka yang mendukung imej tersebut sebagaimana dengan asal-usulnya. Iamewakili pemberontakan menentang imperialisme yang telah menanggalkan topengnyasekali lagi di Iraq dan Palestin, untuk mendedahkan wajah ngeri di bawah. Ia juga mewakilikeinginan revolusioner bagi sebuah dunia tanpa ketidak-adilan, kemiskinan, atau ketidak-samarataan.

    Pada masa yang sama, ia mewakili sesuatu ketidak-hadiran, sesuatu tanda soalan-soalanyang belum dijawab dan percanggahan-percanggahan yang belum diselesaikan.Bagaimanakah dunia baru ini akan dibentukkan dunia lebih baik ini di manakemungkinannya, dan kepentingannya, telah menjadi tema forum-forum sosial yang telahmenggambarkan penentangan terhadap kapital global?

    Dalam usaha mencari jawapan bagi persoalan-persoalan penting lagi bersejarah, gerakananti-kapitalis baru hanya menghadapi dengan waspada pengalaman-pengalaman masa laluyang dikotori oleh korupse dan hipokrasi. Tradisi revolusioner benar, yang sentiasamendesak bahawa sosialisme dan kebebasan tidak dapat dibahagikan, bahawa kuasa pekerja

    hanya dapat diluahkan oleh para pekerja sendiri dan bukannya oleh golongan lain bagi pihakpekerja, telah disembunyikan di bawah sisa-sisa itu.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    4/95

    Simbolisme Che beret, bintang dan kain merah adalah, jika anda mendengar dengan baik,laungan sesuatu projek lain untuk mengubah masyarakat. Projek itu sudah mempunyaisifatnya tersendiri ia adalah pemurah hati, jujur, sanggup mengorbankan diri dan romantik.Dan ia adalah muda. Selain itu, terdapat pelbagai soalan yang belum dijawab, sambil gerakankita mencari jalan ke hadapan.

    Dalam perdebatan terbuka lagi penting ini mengenai masa depan yang kita menginginkan,Che Guevara dapat memberikan beberapa jawapan politik selepas kita melintasi simboltersebut dan mengkaji kehidupan dan sejarah politik sebenarnya.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    5/95

    II. Menjumpai Che Semula

    Ernesto Guevara dilahirkan pada 14hb Mei 1928 di Argentina. Sebelum dia berusia duatahun, tanahairnya memasuki zaman pemerintahan ketenteraan selepas diperintah sebagaisebuah republik liberal selama 15 tahun oleh Presiden Hiplito Yrigoyen. Pemerintahannya

    telah membawa perubahan mendalam bagi masyarakat Argentina, sesuatu perubahan yangbermula pada tahun 1880-an. Pada masa itu, Argentina menjadi ekonomi pengeksport dagingyang membekalkan Eropah dan menerima barangan sebagai ganti. Tetapi barangan bukanlahsatu-satu benda yang melintasi Lautan Atlantik. Manusia juga mengikuti petani-petanimiskin dan penganggur dari Itali utara, Spanyol dan Jerman, yang tertarik dengan perjalananmurah dan janji kemakmuran yang Argentina menawarkan kepada pendatang baru.

    Bandar pelabuhan Buenos Aires menjadi kaya dengan perdagangan asing, tetapi pendatangbaru tidak dialu-alukan ke bandar yang semakin besar itu, dengan jalan-jalan besar yangdibina mengikuti contoh Paris. Mereka dihimpunkan berdekatan dengan pelaburan, dirumah-rumah kayu berwarna-warni di kawasan miskin La Boca. Di sana, mereka bertuturdalam bahasa hibrid yang dikenali sebagai lunfardo, menggaulkan Bahasa Itali dan Spanyol,

    dan menari mengikut lagu tango muzik tarian yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulanmuzik miskin di dunia lelaki kelas pekerja tanpa perempuan ini.

    Sambil Buenos Aires berubah dan berkembang, kilang-kilang penyembelihan danpembungkusan daging menjadi hati gerakan kelas pekerja. Idea-idea anarkis dan sosialismembunga di kalangan pekerja-pekerja baru dan ia bukanlah secara kebetulan bahawakebanyakan pemimpin mereka merupakan pendatang baru dari Eropah. Menjelang tahun1916, sifat militan pekerja berlaku seiras dengan perasaan tidak puas hati di kalangan kelasmenengah dan kelas menengah bawahan di bandar yang masih terkecuali dari kehidupanpolitik, kerana masyarakat Argentina masih dikuasai oleh kelas-kelas tuan tanah lama yangmenetap di rumah-rumah besar di daerah Belgrano.

    Pada tahun itu, apabila hak mengundi penuh diperkenalkan bagi kaum lelaki, ia merupakanParti Radikal di bawah Yrigoyen yang menjadi kerajaan. Ia memperkenalkan kebajikan sosialdan tindakan-tindakan lain, tetapi di luar kerajaan, kuasa-kuasa lain semakin berkumpul.Gerakan Reformasi Universiti pada tahun 1918, yang bermula di bandar Crdoba, menyebarke seluruh benua, menuntut pendidikan tinggi yang demokratik dan perubahan dalam apayang diajar. Pendidikan baru patut mencerminkan realiti benua Amerika Latin yang mencariarah baru, yang ingin membina negara-negara bebas, dan menulis semula sejarahnya.Setahun selepas itu, kelas pekerja menduduki pusat pentas bersejarah dalam gerakanpermogokan besar tahun 1919.

    Apabila Che dilahirkan, harapan radikal tahun-tahun awal itu semakin terlepas, danYrigoyen seringkali menyerang sokongan kelas pekerja dalam usaha untuk mendiamkan

    kaum kaya. Menjelang tahun 1930, kepentingan-kepentingan lama menyerang balas. Tujuansebenar rampasan kuasa oleh tentera pada tahun itu didedahkan dengan laju, apabila padatahun 1933 rejim baru menandatangani perjanjian perdagangan dengan Britain PerjanjianRoca-Runciman yang memulihkan kuasa-kuasa ekonomi lama. Bagi kelas pekerja, inimerupakan kekalahan jelas.

    Ibubapa Guevara berasal dari kelas menengah tempatan. Guevara sendiri mengakui bahawakeluarganya berasal dari sebuah oligarki penternakan lembu dengan hubungan jauh denganIreland dalam satu tangan dan elit kolonial Spanyol dalam tangan sebelah. Bapa Ernesto,seorang pedagang yang kurang berjaya, memindah keluarganya dari kawasan Misionesberdekatan dengan sempadan Paraguay ke Buenos Aires dan akhirnya ke Rosario, sambilmengikuti projek-projek berlainan. Kehampaan mungkin menyelimuti atmosfera di rumah

    keluarga itu, sambil setiap projek menemui kegagalan.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    6/95

    Pada usia muda, Ernesto muda dijangkiti penyakit asma. Bandar Buenos Aires tidak sesuaidengan anak muda ini, dan keluarganya berpindah pertama sekali ke bandar Crdoba dandari sana ke Altagracia, di daerah di mana bandar itu merupakan ibu negeri.

    Penyakit asna menghantui dan membentukkan kehidupan awal Guevara. Kehadirannya disekolah berubah dari hari ke sehari, dan dia dididik oleh ibunya, seorang perempuan yakinyang gemar mengambil risiko. Betapa jauhnya penyakit asma mempengaruhi sifat Guevaradipertikaikan walaupun seorang penulis biografi (Castaeda) mendesak bahawa iasangatlah penting. Apa yang jelas dari kenyataan kawan-kawan dan ahli-ahli keluarganyaadalah bahawa Guevara sangatlah degul dan kadang-kala juga cuai, sentiasa ingin bermainragbi walaupun permainannya diganggui oleh penyakitnya:

    Sifat-sifat yang kemudiannya mencapai dimensi lagenda dalam kedewasaan Guevara sudahdapat dijumpai dalam budak lelaki itu. Keberanian fizikal, kebiasaan memimpin orang lain,kedegilan, semangat bersaing dan disiplin diri semuanya dapat dijumpai dalam Guevaritamuda dari Altagracia.3

    Tidak terdapatnya bukti mendalam yang mencadangkan bahawa Ernesto muda tertarikdengan bidang politik pada tahap ini dalam kehidupannya. Dia sendiri berkata:

    Saya tidak mementingkan persoalan sosial semasa muda dan saya tidak pernah mengambilbahagian dalam perjuangan pelajar atau aktiviti politik di Argentina.4

    Dia seolah-olah lebih tertarik dengan cerita-cerita pengembaraan Jules Verne dan lain-lain dan dengan kegemaran biasa seorang pemuda kelas menengah yang membesar dengankeinginan membuktikan kebolehan fizikal dan kemampuan bersaing dengan rakan-rakannya. Ragbi, yang dia menggemari, bukanlah hanya sesuatu sukan baginya: iamerupakan arena di mana pemuda Argentina dari golongan elit berlatih untuk perjalananmereka menuju kelelakian.

    Sambil keluarganya tidaklah aktif dalam bidang politik, mereka jelasnya sedar akanperistiwa-peristiwa di dunia. Ibunya membina sebuah rumahtangga Bohemia yang seringkalimemberi perlindungan kepada penulis dan seniman, serta pengunjung lain seperti keluargapelarian Republik Spanyol yang tiba di rumah mereka pada hujung tahun 1937. Bapanyaterlibat secara langsung dalam pengumpulan bantuan dan sokongan bagi Republik Spanyolyang diserang. Walaupun kesetiaan politik mereka diberikan kepada parti Liberal, ibu bapaGuevara bersifat anti-fasis dan berpendapat, seperti beratus-ratus ribu orang lain di meratadunia, bahawa kejayaan bagi fasisme di Spanyol akan membawa malapetaka bagi demokrasi.

    Tetapi sambil Ernesto (baru berusia sepuluh tahun) jelasnya sedar akan sebab-sebab bagiketibaan keluarga dari Spanyol itu, tidak terdapatnya bukti bahawa dia merupakan seorangbakal revolusioner. Mungkin lebih penting lagi daripada persoalan politik ini adalah perihalkelas sosial yang diduduki oleh keluarganya.

    Walaupun perniagaan bapanya mengalami kemakmuran sementara diikuti oleh kegagalan,keluarga Ernesto merupakan sebuah keluarga kelas menengah dengan beberapa hubungandengan kewibawaan di Spanyol dan Ireland. Di ibu negara, saudara-maranya berada dalamkeadaan selesa, walaupun rumahtangganya sendiri kurang terjamin dan kadang-kalamengalami keadaan susah. Namun demikian, Che tidak pernah mengalami keadaan miskin.Ia bukanlah pengalaman kesusahan yang bakal menjadikannya seorang revolusioner.

    Namun, dalam beberapa aspek penting, dunia-nya itu telah membentuk sifat Che dari segipolitik dan juga psikologi. Tanpa mengira jika dia sedar akan bidang politik dan buktinyaadalah bahawa dia tidak berminat peristiwa-peristiwa di luar dirinya membentukkan Chemuda. Sebagai seorang warganegara Argentina, Perang Dunia Kedua bukanlah pengalaman

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    7/95

    penting sebagaimana dengan warganegara Eropah. Tetapi kesan-kesannya mempengaruhiperistiwa-peristiwa dalaman.

    Bapa Ernesto, yang masih aktif dalam kumpulan-kumpulan anti-fasis, diyakinkan bahawaArgentina merupakan tapak bagi aktiviti pro-Nazi di kalangan mereka dari masyarakatJerman.5 Terdapatnya juga simpati bagi Kuasa Aksis di kalangan beberapa bahagianangkatan tentera Argentina, terutama sekali mereka yang telah mengunjungi Itali Mussolinipada tahun 1930-an, seperti Juan Domingo Pern. Dalam riwayat hidupnya, bapa Guevaramenggambarkan beberapa aktiviti sulit menentang sel-sel Nazi di daerah Crdoba.6 Diamendakwa bahawa anaknya memiliki kesedaran anti-fasis yang membunga tetapi sahabat-sahabat Ernesto hanya mengakui bahawa Hitler dan Mussolini kadang-kala muncul dalampermainan mereka.

    Kerajaan ketenteraan yang berkuasa di Argentina semasa Perang Dunia Kedua mungkinlebih merisaukan takdir pasaran-pasaran Eropah bagi daging dan gandum. Britain,pelanggan Argentina yang paling penting dari segi bersejarah, kini tertakluk kepada aktivitiperkapalan Jerman di Atlantik Selatan; seluruh Eropah pula tidak dapat dimasuki keranasekatan ekonomi, dan Amerika Syarikat tidak menghiraukan usaha Argentina untuk mencaripasaran baru. Kerajaan ketenteraan di bawah Castilllo yang berkuasa pada tahun 1940menunjukkan simpati bagi Aksis Hitler-Mussolini.7 Tetapi terdapatnya juga sebab-sebabideologi yang menjelaskan mengapa sebuah kerajaan nasionalis enggan menyokong kuasaimperialis lama, iaitu Britain. Keselamatan kepentingan-kepentingan dalam negaramenyingkirkan segala pertimbangan lain. Sememangnya, peperangan, bagi sebuah negara dimana eksport utamanya daging dan gandum diperlukan oleh angkatan tentera yangbertempur, merupakan peluang komersil.

    Pada tahun 1943, sambil bapa Ernesto meneruskan perjalanannya yang tidak tentu sebagaiseorang pedagang, keluarganya berpindah ke bandar Crdoba. Sementara itu, di ibu negara,iaitu Buenos Aires, adegan politik semakin berubah. Castillo telah menamakan sebagaipenggantinya seorang yang dikenali kerana hubungannya dengan kapital Britain.Terdapatnya kerisauan bahawa dia akan menyokong Britain dan memasuki Perang DuniaKedua, sesuatu kerisauan yang dipegang, misalnya, oleh sebuah kumpulan pegawai tenteranasionalis GOU di mana permusuhan mereka terhadap kuasa imperialis lama bersaingdengan kehormatan mereka bagi Itali Mussolini. Sejurus selepas keluarga Guevara berpindahke Crdoba, Castillo ditumbangkan oleh rampasan kuasa ketenteraan yang diketuai olehkumpulan tentera yang dipengaruhi oleh GOU.

    Darurat diisytiharkan, segala aktiviti politik ditunda dan pemberontakan pelajardihancurkan. Walaupun dia secara kebetulan terlibat dalam satu pertempuran dengan polis,Ernesto secara umumnya tidak mementingkan (walaupun ini tidak bermakna dia tidakdipengaruhi) oleh perubahan-perubahan ini. Namun demikian, sahabat karibnya, AlbertoGranado, ditaham semasa demonstrasi tersebut dan dipenjara.

    Oleh kerana sejarah Che kemudiannya, ia bukanlah menakjubkan bahawa perjumpaantanda-tanda kesedaran politik Che yang awal telah menjadi industri kecil. Namun, buktinyamenunjukkan seorang pemuda yang dibentukkan oleh latarbelakang kelasnya. Ceritaterkenal mengenai usahanya untuk menyelamatkan seorang peminta sedekah dari kanak-kanak yang membaling batu menunjukkan nilai pemurah hati. Reaksi peminta sedekahtersebut menyerang dan menghulur kata-kata masam terhadap pemuda yangmembantunya mungkin menunjukkan bagaimana Che membawa tanda-tanda kelasnya. Initidak melemahkan perkembangan politik Che. Sebaliknya, ia menggariskan betapapentingnya lompatan kesedaran yang dia akhirnya membuat untuk menjadi seorangrevolusioner.

    Beberapa bulan sebelum akhir Perang Dunia Kedua, pada awal tahun 1945, kerajaanArgentina menyokong kuasa-kuasa Persekutuan mungkin kerana mereka dapat melihat

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    8/95

    siapa yang bakal memenangi peperangan itu. Namun, fakta bahawa Argentina menjaditempat perlindungan bagi ramai pemimpin Nazi mencadangkan bahawa simpati merekayang berkuasa kurang bersifat anti-fasis. Tetapi dalam masa dua tahun, ia merupakankumpulan pegawai-pegawai nasionalis yang diketuai oleh Juan Domingo Pern yangmembentukkan peristiwa-peristiwa dari kegelapan. Apabila ketuanya di jabatan peperanganmenjadi timbalan presiden, Pern memesan agar dia dipindah ke Jabatan Tenaga Pekerja. Iamerupakan keputusan yang baik baginya. Pada masanya di sana, Pern mengubah jabatantersebut menjadi sebuah kementerian dari mana dia dapat membina dasar sokongan bagicita-cita politiknya. Dipenjara seketika pada bulan Oktober 1945 di pulau River Plate, Perndibebaskan selepas demonstrasi pekerja menuntut kebebasannya. Dia kembali ke BuenosAires dan berucap kepada perhimpunan dari istana presiden Casa Rosada atau RumahMerah Jambu. Kurang dari setahun selepas itu, Pern menjadi presiden Argentina.

    Berjuta-juta perkataan telah ditulis dalam usaha menghuraikan dan mengenalpasti politik Juan Domingo Pern. Jika kebanyakan usaha untuk mengkaji Pernisme tidak membawakesimpulan tetap, ia adalah kerana politik Juan Pern bersifat tidak tetap dan bercanggah,sebagaimana dengan sifat wakilnya yang paling terkenal isterinya Evita.8 Pern merupakanseorang populis kelas, mendakwa dirinya sebagai wakil beberepa sektor sosial danmeluahkan tuntutan setiap satu dalam cara oportunistik. Apa yang tidak dapat dinafikanadalah bahawa demonstrasi-demonstrasi yang menuntut pembebasannya dari penjara danyang kemudiannya mengalu-alukan dia di dataran utama di ibu negara, Plaza de Mayo,terdiri secara umumnya daripada kelas pekerja (Che mungkin hadir secara kebetulan semasademonstrasi Oktober yang besar). Tetapi ia bukan sahaja terdiri daripada kelas pekerja. Dasarsokongan Pern merupakan lapisan pekerja baru, pendatang baru dari desa atau pekan-pekan kecil, yang telah berhijrah ke ibu negara untuk mencari pekerjaan dalam industri-industri besar. Mereka secara umumnya tidak menyertai kesatuan pekerja, meskipunkekuatan tradisional gerakan kesatuan pekerja Argentina.

    Evita berasal dari dunia yang sama seperti mereka, berucap dengan pelat mereka, dan dapatmendakwa bahawa dia memahami keperluan mereka. Pern membenarkannya berucap bagipihaknya dan dengan itu menjamin kesetiaan kumpulan ini, yang dinamakan mereka yangtidak berbaju atau descamisados. Mereka merupakan dasar sokongan Pern. Sebagai menteritenaga pekerja, Pern telah memperkenalkan beberapa tindakan kebajikan yang membantumereka. Dan ia adalah benar bahawa Pern menikmati sokongan dari sektor-sektor lain kumpulan-kumpulan perdagangan yang menentang pengaruh Britain dan beberapanasionalis sayap kanan, di antara yang lain. Menentangnya semasa pilihanraya presidenpada tahun 1946 merupakan sebuah persekutuan yang sama besar dan sama keliru, iaituKesatuan Demokratik, yang menikmati sokongan dari bahagian-bahagian perdagangan yanglain serta sokongan sosialis dan Komunis.

    Dari sudut pandangan Parti Komunis Argentina, Pern telah menggunakan jawatannyasebagai menteri tenaga pekerja untuk membina pertubuhan-pertubuhan baru yang dapatmencabar kesatuan-kesatuan pekerja, di mana kebanyakannya dipimpin oleh pihakKomunis. Serupa dengan itu, kesetiaan pihak Komunis kepada Kesatuan Soviet dankepentingan-kepentingannya membawa mereka untuk melihat sokongan Pern bagi Aksis Jerman-Itali semasa Perang Dunia Kedua sebagai persoalan paling penting. Maka merekamengutuk Pern sebagai seorang penyokong Nazi.9 Namun, walaupun usaha-usaha Pernmungkin menggalakkan pandangan seperti itu, bagi beratus-ratus ribu pekerja, dia telahmempertahankan kepentingan pekerja dan beberapa kali telah mencampur tangan dalammasalah perindustrian untuk menyokong pekerja menentang pihak majikan. Ia tidak dapatdinafikan bahawa dia melakukan ini untuk sebab-sebab pragmatik, mengikat kesatuan-kesatuan pekerja kepada kerajaan dan mengubahnya menjadi alat-alat politik bagikegunaannya sendiri. Apabila dia menyerang kesatuan-kesatuan pekerja lama pada hujung

    tahun 1940-an, pengaruh itu menjadi alat utama dan kekal sebagai alat penting malahselepas penumbangannya sepuluh tahun selepas itu.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    9/95

    Namun, bagi ibubapa Guevara, Pern merupakan seorang yang zalim. Simpati danhubungan politik ibunya apa yang wujud berada dengan Parti Komunis. Bapanya pulaterlibat dengan Accin Argentina, sebuah pertubuhan anti-fasis besar. Bagi pihak Komunis,hasil permusuhan mereka terhadap Pern adalah bahawa dalam masa yang singkat, merekakehilangan sebahagian besar daripada dasar sokongan mereka di kalangan pekerja maklumlah, mereka berpihak dengan imperialisme, dengan kerajaan Amerika Syarikat yangmenyerang Pern, dan dengan kelas tuan tanah dan majikan menentang lelaki yangmendakwa dirinya berucap untuk semua rakyat Argentina, dan terutama sekali bagigolongan miskin.

    Ernesto memulakan pendidikan sekolah menengah di Crdoba, dan menaruh minat dalamsukan, seks dan pengambilan risiko, sebagai balasan kepada kelemahan badannya. Dia dansahabat karibnya, Alberto Granado, berkongsi minat dalam bidang sains, bertukar petikandari ahli-ahli falsafah terulung, dan bersetuju bahawa kerjaya dalam kejuruteraan merupakansesuatu yang baik. Pada tahun 1948, ibubapa Guevara berpindah ke Buenos Aires, walaupunmenjelang masa itu, perkahwinan mereka sudah mengalami kesusahan. Ernesto terusmenetap di Crdoba, walaupun dia berkejar ke ibu negara apabila dia mendengar bahawaneneknya, yang dia menyayangi, hampir meninggal dunia. Kebanyakan penulis biografi Chebersetuju bahawa keputusannya untuk menjadi seorang doktor merupakan balasan peribaditerhadap kesedihannya akibat kematian neneknya. Kurang diketahui, tetapi mungkin jugapenting bagi keputusannya, adalah rawatan ibunya selepas dia didapati menghidapipenyakit barah. Ernesto sangat menyayangi ibunya, Celia, yang sentiasa hadir dalamrumahtangga dan kehidupan keluarganya.

    Che berusia 19 tahun dan mungkin diarah mengikuti perkhidtaman ketenteraan, tetapipenyakit asma membolehkannya mengelakkan pekhidmatan tersebut. Dia kini juga menjadiseorang pelajar perubatan, walaupun rekod dari masa itu mencadangkan seorang pemudayang lebih mementingkan pengembaraan seksual, dan di mana pembacaan luas meliputibidang falsafah, politik, sejarah, psikoanalisis dan kesusasteraan Amerika Latinmencadangkan keghairahan umum. Maka, percintaan serius yang pertama tidakmelemahkan hasratnya untuk menjelajahi seluruh Argentina dan kemudiannya AmerikaLatin dengan motorsikal. Ia merupakan tahun-tahun bergelora dalam kehidupan politikArgentina. Dan namun, sambil Guevara jelasnya menanam pendapat dan bersedia untukberucap mengenai isu-isu yang menarik perhatiannya, tidak terdapatnya tanda-tandakesedaran politik mendalam. Menurut kakaknya, Ana Mara:

    Dia tidak mengambil pihak berkenaan dengan Pern. Dia seolah-olah enggan mengotoritangannya... Sekurang-kurangnya dengan saya, dia tidak pernah berbincang politik.10

    Hubungan peribadinya, melalui keluarga serta sahabatnya di universiti, membawanya lebihrapat dengan parti Radikal dan Komunis yang bersifat anti-Pernis. Melainkan hubunganseksual dengan pekerja perempuan, tidak terdapatnya bukti mendalam untukmencadangkan bahawa Ernesto mempunyai hubungan dengan kaum pekerja, dari siapa diamungkin mendapat pandangan lain mengenai cara Peronisme mungkin difahami olehsektor-sektor lain dalam masyarakat.

    Maka, sambil Che Guevara bersedia untuk pengembaraan awalnya, imej seorangpengembara ghairah yang lebih mementingkan risiko dan benda yang tidak dijangkamungkin adalah lebih tepat. Selepas kematiannya, sambil imej-nya bertumbuh dari segikepentingan, penulis-penulis biografi dan riwayat hidup berkejaj untuk mencari, dalamkehidupan seorang warganegara Argentina dari kelas menengah, bijih-benih pemahamanrevolusioner. Sememangnya terdapat cadangan seorang insan yang memahami tragediperibadi, yang menyayangi dan disayangi, yang menggemari kehidupanna dan dipenuhidengan tenaga dan keyakinan pemuda. Apabila, dua tahun selepas dia memulakan kursusperubatan, dia dan Alberto mengunjungi sebuah pusat rawatan penyakit kusta, reaksi Chesangatlah berperikemanusiaan.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    10/95

    Tetapi Che muda bukanlah seorang Marxsis, dan bukannya seorang revolusioner. Realitimasyarakat yang tidak adil belum mempengaruhi kesedarannya secara langsung ataudengan serta-merta. Itu bakal berlaku kemudian. Idea bahawa perubahan bukanlah mustahil,bahawa sebuah dunia berbeza dapat bangkit dari aktiviti kumpulan-kumpulan dalammasyarakat, belum dijumpai oleh dirinya dengan yakin. Peristiwa-peristiwa bakal mengubahini, tetapi sambil kesedaran politiknya berbunga, pemahaman dan balasannya bakaldipengaruhi, biarpun dia menyedarinya atau tidak, oleh pengalaman-pengalamannya yangawal.

    Pernisme telah menggerakkan kaum pekerja, tetapi demi menyokong seorang pemerintahyang hanya menunjukkan kesetiaan kosong dan seketika kepada kepentingan rakyat. Walauapa pun, orang yang berbincang politik dengan Ernesto kemungkinan besar tidakmempertahankan Pern mereka berkongsi keraguan Ernesto. Dalam tangan sebelah,mereka di sekelilingnya yang mendakwa diri mereka sebagai pengawal tradisi revolusioner pihak Komunis dan sosialis merupakan golongan lemah di Argentina pada masa itu.Mereka enggan bertukar pendapat, korupse dan mempergunakan orang, serta tidakberprinsip dalam kesediaan mereka untuk membentukkan persekutuan dengan pihak yangbermusuh dengan kelas pekerja.

    Apabila Che mula menyemai hubungan dengan tradisi revolusioner, jauh selepas ini,pemahamannya mengenai tradisi tersebut menyingkirkan kelas pekerja sebagai ejenperubahan sosial.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    11/95

    III. Perjalanan di Lebuhraya, Menjelajahi Kaki Langit

    Pada bulan Januari dan Februari 1950, semasa cuti musim panas yang panjang, setelahmengikuti penghijrahan perkauman besar ke Mar del Plata, Ernesto memulakan perjalananseorang diri yang memerlukan stamina, keberanian dan keyakinan lebih tinggi daripada apayang dibayangkan olehnya; satu perjalanan berkitar sepanjang 4,000 kilometer melintasi duabelas daerah di Argentina utara. Ia bakal meninggalkan kesan pada dirinya.11

    Bapa Che sudah lama tertarik kepada kawasan tropika Paraguay, di mana keluarganyapernah menetap seketika pada waktu apabila Che masih muda. Tetapi juga terdapatnyasebuah Argentina yang lebih besar, ke utara dan selatan, yang para penghuni bandar hanyadapat membayangkan. Che memilih untuk menjelajah ke utara. Ini bukanlah Argentinabersifat bandar, Eropah dan berkulit putih yang Ernesto telah mengenali sehingga itu, tetapikawasan pergunungan miskin lagi terpulau di mana para penduduknya lebih rapat dengantradisi peribumi dan sejarah Pergunungan Andes Tinggi berbanding dengan benua Eropahdari mana berasalnya sebahagian besar daripada penduduk Buenos Aires. Kawasan ini, danterutamanya daerah Salta, bakal mempengaruhi kehidupan Che.

    Dalam pelbagai cara, sejarah Argentina moden adalah perjuangan di antara bandar padapinggir River Plate, yang sentiasa menanam hubungan dengan Eropah, dan kawasanpedalaman sebuah kawasan yang memiliki pelbagai lanskap yang mempunyai hubungansemulajadi dengan Amerika Latin. Penyelesaian perjuangan ini pada hujung abad ke-19memastikan yang masa depan kawasan desa akan diikat kepada perdagangan luar, berpusatdi bandar Buenos Aires yang melihat dirinya lebih sebagai sebuah penempatan Eropahdaripada sebuah ibu negara Amerika Latin.

    Maka Ernesto bertolak pada bulan Januari 1950 dengan apa yang Taibo menamakansemangat raidismo iaitu usaha mencari Lebuhraya 66 mistika yang menuju ke kaki langit.Kudanya merupakan sebuah motorsikal lama yang dia membina dengan tangannya sendiri.12Selama enam minggu, dia menjelajah, melawati sebuah pusat rawatan kusta dengansahabatnya Alberto, tetapi kemudiannya bergerak ke utara menuju pergunungan AmerikaLatin yang lasak. Perjalanan ini dipenuhi keghairahan:

    Saya menyedari bahawa sesuatu yang membesar dalam diri saya buat masa yang lama... telahmenjadi matang; ia adalah kebencian terhadap tamadun, imej karut di mana manusia bergerakdengan gila mengikut irama bunyi riuh yang berbunyi bagi saya seperti anti-tesiskeamanan.13

    Ini bukanlah deklarasi seorang revolusioner, tetapi seorang pemuda ghairah yang inginmengenali dunia. Ernesto Guevara didesak oleh apa yang seorang penyair Argentina dariabad ke-19 menggambarkan sebagai keinginan mencari kaki langit. Namun, wawasanromantiknya mengenai alam semulajadi yang suci bakal digantikan oleh realiti kehidupanpetani di kawasan yang indah tetapi menyusahkan ini.

    Dia kembali ke kolej perubatan selepas enam minggu panjang ini. Dia melulusipeperiksaannya tanpa markah tinggi dan terlibat dalam siri projek membuat wang, termasukrekaan sesuatu ubat serangga. Ubat serangga itu akhirnya didapati tidak berkesan, dankesemua skima-nya tidak menemui kejayaan. Pada bulan Oktober, dia jatuh cinta denganserius tetapi, seperti yang disedari oleh temannya Chichina Ferreyra, ini tidak dapatmenakluki kegemaran Che untuk mengembara.14 Dia sudah merancangkan penjelajahannyayang seterusnya dengan Alberto.

    Ia bermula pada bulan Oktober 1951, apabila dua sahabat itu menaiki motorsikal 500cc yangdiberikan nama La Poderosa Yang Kuat dan menuju ke Chile. Diari-Diari Motorsikalmenggambarkan perjalanan mereka selama dua bulan ke ibu negara Chile dan perjalanan

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    12/95

    seterusnya tanpa motorsikal, yang menamatkan perjalanan di Santiago, melalui Chile utara,ke Peru dan akhirnya ke Venezuela.

    Seorang penulis biografi menggambarkan perjalanan ini sebagai perjumpaan Amerika olehChe.15 Diari-diari tersebut, sambil ia masih merupakan cerita seorang pemuda yang sedangmengembara bergembira, bermeria, mengambil risiko, bergerak dari bandar ke bandar juga merupakan rekod kesedaran yang semakin berkembang. Dari Buenos Aire dan Crdobasehingga kawasan ini melebihi perjalanan fizikal. Ia juga merupakan perjumpaan denganAmerika Latin, dengan masa lalu alternatif, dengan pemberontakan rakyat yang dimiliki olehsejarah alternatif itu.

    Terdapat beberapa peristiwa penting semasa perjalanan tersebut. Di Chile utara, misalnya,Che dan Alberto berhadapan dengan lombong-lombong tembaga besar, terkecuali darilanskap gurun yang luarbiasa lagi indah, berhabuk dan ganas, dengan jentera besar sepertimulut mekanikal yang meludah himbunan pasir. Ini merupakan sumber kekayaan danmatawang asing Chile namun, apabila Che melihatnya, segala kekayaan ini dimiliki olehperusahaan multinasional asing, seperti Kennecott dan Anaconda, yang membeli danmenjual tembaga tersebut pada pasaran dan pertukaran asing yang mereka menguasai.

    Tulisan Che dalam diari-nya bagi hari-hari ini agak kabur, walaupun dia menyedari bahawalombong-lombong tersebut merupakan kuburan bagi beribu-ribu pelombong. Seorangpelombong Komunis tua yang dia menjumpai di sana menerima kehormatan Che, tetapi ia juga tidak sesuai untuk berkata bahawa kunjungan itu merupakan sesuatu perjalanan keDamascus bagi Che, apabila segalanya menjadi jelas bagi dirinya.16 Ulasan Che adalahmenarik dan berpengetahuan, tetapi ia juga adalah kata-kata seorang penyaksi, seorang yanghanya berkunjung dan mengalami dunia ini buat kali pertama ingin tahu, tetapi masihtidak terlibat.

    Peru, dalam tangan sebelah, membawa kesan emosi yang kuat. Sambil mereka melintasisempadan dari Bolivia ke Peru, Che mengulas dengan keliru mengenai kaum peribumi yangdia melihat di tepi jalan ditindas, takut dan terkecuali. Tetapi ia adalah apabila dia tiba dibandar pergunungan Machu Pichu, 17,000 kaki di atas paras laut di Pergunungan AndesTinggi berdekatan dengan Cuzco, yang dia seolah-olah diatasi oleh perasaannya. Sebuahtapak tentangan Inka terhadap serangan Spanyol, Machu Picchu diabaikan selepas kekalahankaum Inka dan dilupai sehingga ia dijumpai oleh seorang ahli kajipurba Harvard pada awalabad ke-20. Kuil-kuil besar dan teres besar mencontohi gunung dindingnya, seperti yangdidapati oleh penyerang Spanyol apabila mereka mencuba merobohkannya, dibina untukberdiri selama-lamanya.

    Terdapat satu gambar Che berdiri di bawah gerbang salah satu kuil di sana. Rekabentuk dankuasa tempat ini mempengaruhi dirinya. Pada ketika itu, realiti empayar-empayar pra-Kolumbia mungkin disedari olehnya kesedaran mengenai Amerika alternatif itu, yangsudah lama dilupai, didiamkan dan ditindas. Dalam beberapa petikan dari diarinya, terdapatrujukan kepada peranan buruk empayar-empayar asing, iaitu empayar Spanyol dan AmerikaUtara, dan mengenai kuasa Indo-Amerika. Sememangnya, dia merupakan seorangwarganegara Argentina dari bandar, yang tidak membawa pengetahuan mendalammengenai dunia itu.

    Perjalanan mereka diteruskan ke kawasan Amazon, di mana dia dan Alberto mengunjungisebuah pusat rawatan kusta dan Che bergelut dengan penyakit asma di sekitar kawasanhutan rimba, sebelum bergerak ke Venezuela, Miami dan kembali ke tanahair. Perjalanan itumembawa pelbagai pelajaran baginya. Ia menunjukkan baginya makna menjadi seorangwarga Amerika Latin, dan ia menjadikannya lebih ghairah, ingin tahu, tidak sabar bagi

    pemahaman. Sikapnya terdapat apa yang dia melihat di pusat rawatan kusta menunjukkanseorang insan yang berperikemanusiaan dan murah hati. Mungkin ini merupakan keadaan-keadaan awal bagi seseorang menyemai sikap revolusioner. Tetapi dengan sendiri, ia tidak

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    13/95

    mencukupi. Ahli-ahli revolusioner sememangnya memerlukan perasaan ingin membetulkanketidak-adilan, tetapi mereka juga memerlukan wawasan sebuah dunia yang berlainan,pemahaman mengenai kepentingan kelas dan nilai-nilai yang akan membentukkan duniabaru itu, dan bagaimana kelas tersebut dapat mengatur diri dan menumbangkan susunanlama.

    Che ingin menjelajah sekali lagi selepas dia kembali ke Argentina, tetapi dia menundukkepada tekanan keluarga dan bersetuju untuk menduduki peperiksaan perubatannya.

    Dia bekerja siang dan malam di Perpustakaan Kebangsaan di Buenos Aires, dalam usahabersedia untuk 15 kertas yang dia perlu melulusi. Pada bulan April 1953, lebih kurang enambulan selepas dia kembali dari Miami, Che menelefon ibubapanya untuk memberitahumereka bahawa dia kini merupakan seorang doktor dan untuk memberitahu mereka, padamasa yang sama, bahawa dia sedang bersedia untuk penjelajahannya yang seterusnya.Ibunya Celia merungut, Saya tidak akan melihatnya lagi saya yakin mengenai ini.Sebenarnya, dia melihat anaknya sekali lagi, beberapa tahun selepas itu, tetapi keadaannyasudah berubah secara dramatik.

    7hb Julai 1953 merupakan hari gelap lagi basah di stesen keretapi Retiro di Buenos Aires. Chedan sahabatnya Carlos Calica Ferrer mendapat kerusi, dan mengucap selamat tinggal kepadaCelia. Sambil keretapi mereka bertolak, Che menjerit, Saya akan menjadi seorang pejuangbagi Amerika Latin. Ia bersifat ramalan secara kebetulan tetapi pada tahap ini, satu-satunya rancangan yang Che mempunyai adalah untuk berjumpa semula dengan Albertodan kembali ke pusat rawatan kusta di Amazon.

    Tiga ribu kilometer selepas itu, para pengunjung tersebut tiba di ibu negara Bolivia, La Paz.Ia merupakan masa luar biasa di Bolivia. Hanya setahun selepas itu, revolusi yang dipimpinoleh federasi pekerja Bolivia (COB), dan terutama sekali kesatuan pelombong, telahmemberikan kuasa kepada sebuah kerajaan nasionalis baru. Apabila Che tiba di negar itu,perdebatan mengenai perjalanan dan arah revolusi tersebut masih berlangsung. Di hatiperdebatan itu merupakan idea merampas kekayaan negara terutamanya kekayaanlombong-lombong dan menggunakan keuntungan darinya untuk meningkatkan tarafkehidupan kaum miskin dan pelombong berbahasa Aymara di Pergunungan Andes Tinggi.Sememangnya, dua atau tiga individu kaya yang memiliki sumber-sumber timah di Boliviatelah meraih keuntungan besar dan melaburkan keuntungan mereka di Eropah danAmerika Utara. Pedagang timah paling kaya di Bolivia, Simon Patio, misalnya, memilikisyarikat perkapalan P&O dan menetap di sebuah bilik mewah di Hotel Waldorf Astoria diNew York, sambil memiliki rumah-rumah mewah di Paris, Madrid dan tempat-tempat lain.Apabila revolusi itu akhirnya muncul, para pelombong sudah menjadi letih tetapi Patiotidak pernah memulangkan wang yang diraih dari pengeksploitasian pekerja Bolivia selama50 tahun.17

    Bayangkanlah keadaan pelombong-pelombong pada ketinggian 10,000 kaki atas paras laut,di kawasan pergunungan Andes yang indah tetapi lasak. Angin sentiasa sejuk, habuksentiasa berkitar, dan para pelombong mengalami kemiskinan melampau di kampung-kampung pergunungan. Apa yang dimiliki oleh mereka dimenangi melalui perjuangan dalam permogokan panjang yang sentiasa membawa kematian dan penindasan selepasnya.

    Revolusi tahun 1952 dalam beberapa cara merupakan dendam balas sejarah atau iasepatutnya menjadi itu. Tetapi pemimpin-pemimpin gerakan pekerja memasuki siripersekutuan dengan ahli-ahli politik nasionalis yang membawa proses itu berjauhan darituntutan dan kepentingan para pekerja Bolivia. Apabila, 15 tahun selepas itu, Che kembali keBolivia di bawah keadaan yang sangat berbeza, para pelombong masih berjuang.

    Namun, pada tahun 1953, sambil dia menyedari ketegangan di negara itu, Che masihmenggambarkan dirinya (dalam surat kepada bapanya) sebagai seorang penyaksi tidak

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    14/95

    berat sebelah. Dia merupakan seorang pemerhati baik, tertarik dengan apa yang berlaku disekelilingnya, tetapi lebih bersedia untuk menulis karya panjang mengenaipengembaraannya atau butir-butir kejuruteraan lombong daripada bidang politik. Dalamsurat kepada Tita Infante, seorang sahabat di Argentina, dia sememangnya menggambarkankeadaan politik imbangan kuasa-kuasa yang tidak stabil di kalangan desas-desus mengenaikontra-revolusi.18 Dan dia menjadi marah dengan layanan buruk dan rasis terhadap kaumperibumi yang bersabar di luar Kementerian Urusan Petani.

    Dia memerhati, dia tertarik dan ingin tahu, tetapi dia masih berjauhan. Dalam diari dariperjalannya kedua yang baru diterbitkam, Che jarang membincangkan apa yang jelasnyamerupakan salah satu peristiwa politik paling penting semasa perjalanannya (revolusi dipersimpangan jalan). Sebaliknya, dia seolah-olah ingin meninggalkan Bolivia dan kembali kebandar-bandar Inca di Peru yang dia pernah menunjungi.

    Di dataran Andes, Ernesto dan Carlos berlayar pada Tasik Titicaca dan melintasi sempadanBolivia-Peru di bandar Puno yang sejuk dan kecil. Pegawai kastam merampas beberapa buku(sebuah penerbitan kerajaan Bolivia dan senaskah Lelaki di Kesatuan Soviet) sebelummembenarkan mereka bertolak ke Cuzco, bandar utama Inka yang menarik perhatian Chesemasa perjalannya yang pertama. Dari sana, mereka bertolak ke Lima, iaitu ibu bandar Peru,di mana Che berjumpa sekali lagi dengan Hugo Pesce, seorang doktor Komunis yang,menurut dedikasi yang diberikan kepadanya dalam Perang Gerila, mendorong perubahanbesar dalam sikap saya terhadap kehidupan dan masyarakat.

    Perjalanan itu berterusan dan para penjelajah itu mengambil keputusan untuk bertolak keGuatemala, di Amerika Tengah. Perjalanan itu juga bakal menjadi titik perubahan daamkehidupan Che. Guatemala juga sedang mengalami proses kebangkitan dan perubahansosial. Ahli-ahli biografi dan para pengulas telah mencadangkan bahawa inilah mengapa Chebertolak ke sana bahawa dia ingin mencari revolusi. Tetapi tidak terdapatnya bukti untukmenyokong idea tersebut. Ia merupakan, pada tahap itu, hanya fasa baru dalamperjalanannya. Tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa selepas Guatemala, perjalanannya akanmengambil makna baru dan tujuan yang sangat berbeza.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    15/95

    IV. Republik Pisang

    Sebelum Guatemala, perjalanan warga Argentina itu memang penting, tetapi hanya dari segiemosi dan budaya. Kini, Ernesto Guevara bakal mengalami perubahan politik benar... Jelasnya, Guevara tiba dengan beban ideologi berat dalam beg-nya, tetapi dia bakalmeninggalkan Guatemala dengan peti-peti yang penuh dengan idea, kesukaan, kebenciaandan pentafsiran.19

    Seorang ahli biografi lain berkata:

    Apabila dia tiba di Guatemala, Ernesto seolah-olah melalui perubahan politik atau sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mengalami sesuatu perubahan politik.20

    Dari satu segi, ini hanyalah spekulasi berdasarkan apa yang bakal berlaku. Apa yang tidakdapat dinafikan adalah bahawa Guevara meninggalkan Guatemala lapan bulan selepasketibannya sebagai seorang yang berza.

    Sememangnya, dia memiliki pandangan dan sikap politik sebelum dia tiba di BandarGuatemala pada bulan Disember 1953. Anderson sangat mementingkan nota yang Chemenambah kepada diari-nya sebagai nota tambahan.21 Ia menggambarkan perbincangandengan seorang revolusioner tidak bernama yang meramalkan kematian Guevara, walaupundalam cara yang sangat kabur. Ia merupakan sesuatu nota retorik, agak melodramatik danpenuh dengan impian kewiraan revolusioner dan bahasa pengorbanan dan kematian. Iabukanlah sesuatu dokumen politik, tetapi ia mencadangkan sesuatu idea kewiraan dan sifatdramatik yang mengalir dalam tulisan-tulisan lain dan pemikiran Che Guevara.

    Di Peru, dia berhadapan, di kubu Inka di Machu Picchu, dengan kebesaran Amerikaperibumi dan kebinasaan yang dibawa oleh penyerang dari Spanyol, iaitu imperialispertama. Di Bolivia, dia melihat rasisme dan semangat perjuangan pada wajah parapelombong. Dia meluahkan kebenciannya dengan ahli-ahli politik oportunistik yangmempergunakan rakyat orang seperti Juan Lechn, pemimpin kongres kesatuan-kesatuanpekerja Bolivia. Mereka mungkin mengingatkannya mengenai Juan Pern yang licin danoportunistik.

    Namun, sebelum ketibaannya di Guatemala, tidak terdapatnya bukti dalam tulisannya ataumemori orang lain mengenainya bahawa Che merasai apa-apa kesetiaan perbadi bagi tujuankebebasan, atau melihat ruang bagi dirinya dalam perjuangan politik. Ini bukanlah untukmeragui kesetiaan revolusioner Che selepas itu, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawaahli-ahli revolusioner tidak dilahirkan begitu sahaja, mereka tidak berada di atas orang biasa.Orang menjadi revolusioner sambil melihat dunia sebenar, memahami keperluan perubahandan mengenalpasti kuasa-kuasa yang dapat membawa perubahan itu.

    Guatemala pada tahun 1953 masih merupakan negara peribumi 60 peratus daripadapenduduknya mempunyai hubungan dengan moyang dari tamadun Maya yang menguasaiMeksiko dan Amerika Tengah beberapa abad sebelum ketibaan pihak Spanyol. TentanganMaya di Guatemala terhadap kolonialisme tidak berakhir sepenuhnya sehingga pertengahanabad ke-17, dan perjuangan defensif oleh masyarakat Maya terus berlaku menentangserangan dan penindasan oleh tuan-tuan tanah kolonial, iaitu golongan elit berkulit putihyang terus menguasai tanah dan kekayaan negara itu selepas peninggalan Spanyol.

    Sebuah ekonomi kopi sepanjang abad ke-19, pertumbuhan pasaran Amerika Syarikat (AS)bagi pisang dan kopi, yang bertumbuh dengan baik dalam tanah subur Guatemala,membawa syarikat-syarikat AS ke negara tersebut. Dalam 40 tahun pertama pada abad ke-20,sejarah Guatemala adalah sejarah satu syarikat Amerika Utara, iaitu United Fruit, danpengasas serta pemiliknya, Sam Zemurray.22

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    16/95

    Beberapa pemerintahan diktator ketenteraan telah mengekalkan ikatan Guatemala dengantuntutan-tuntutan Syarikat United Fruit. Menjelang awal tahun 1940-an, di bawahkepimpinan Jeneral Jorge Ubico, lebih kurang 40 peratus daripada tanah Guatemala beradadi bawah syarikat tersebut, yang dikenali di seluruh Amerika Tengah sebagai La Yunai.Kemudian, pada tahun 1944, sebuah kerajaan baru di bawah Rafael Arvalo mengumumkanrancangan reformasi. Maklumlah, Presiden Franklin Roosevelt telah mengumumkankesetiaan AS kepada empat kebebasan demokratik bersempena dengan akhir Perang DuniaKedua. Jurang besar di antara kaum kaya dan miskin di Guatemala, dan penguasaanekonomi-nya oleh sebuah syarikat asing, jelasnya menjadikannya calon baik bagi perubahandemokratik.

    Kunci kepada rancangan Arvalo, secara logik, merupakan reformasi tanah pengagihansemula harta United Fruit di kalangan masyarakat-masyarakat tidak bertanah bersamadengan rancangan-rancangan sosial yang meliputi hak-hak kesatuan pekerja dan rancanganpendidikan popular. Pilihanraya pada tahun 1951 memberikan kuasa kepada seorangpegawai tentera muda yang pernah berkhidmat di bawah Arvalo Jacobo Arbenz untukmenyempurnakan rancangan tersebut. Pada tahun 1952, dia menandatangani perintahreformasi tanah yang menasionalisasikan tanah United Fruit dan tuan-tuan tanah utama.

    Ia adalah penting untuk menekan bahawa Arbenz bukanlah seorang revolusioner. Dari satusegi, projeknya merupakan modenisasi ekonomi di bawah kerajaan Guatemala yang mampumengawal dan menentukan pengagihan sumber-sumbernya. Tetapi proses reformasisederhana yang dia membenarkan telah melepaskan kuasa-kuasa lain yang tidak mudahdikawal. Pertubuhan-pertubuhan pekerja, terutamanya pekerja desa dan petani,menggenggam peluang untuk memastikan yang perubahan-perubahan tersebut berlaku.Maka, proses tersebut diumumkan dari atas tetapi didesak dari bawah.

    Sememangnya, di AS, keadaan tersebut dilihat dengan perasaan terkejut dan marah. Inimerupakan zaman Perang Dingin, iaitu kesan pembahagian dunia di antara dua zon kuasa blok Soviet, dengan Kesatuan Soviet di hatinya, dan AS, kuasa yang lebih besar danberkuasa. Mereka dibahagikan oleh apa yang dinamakan oleh Churchill sebagai Tabir Besi garisan pembahagian yang bersifat ketenteraan, politik dan ideologi. Dalam atmosfera ini,segala usaha perubahan sosial disifatkan sebagai Komunisme pengaruh menjalar Soviet.Dan ini pula memunasabahkan campur tangan ketenteraan oleh AS seperti yang sudahberlaku di beberepa tempat di dunia.

    Maka, reformasi-reformasi di Guatemala dihuraikan di Washington sebagai ancamanKomunis di kebunnya sendiri. Secara kebetulan, beberapa tokoh penting dalam kerajaanWashington terlibat secara rapat dengan Syarikat United Fruit antara mereka, John FosterDulles, Setiausaha Kerajaan, dan adiknya, Allen Dulles, ketua CIA. Mereka berkongsikebencian terhadap kerajaan Guatemala dengan tuan-tuan tanah kaya di Guatemala sendiridan dengan pemerintah-pemerintah diktator di negara-negara Amerika Tengah seperti ElSalvador, Honduras dan Nikaragua. Bersama-sama, mereka mengatur penumbanganArbenz, yang bakal dipimpin oleh sebuah kuasa ketenteraan biayaan AS, di bawah CarlosCastillo Armas.23

    Che tiba di Bandar Guatemala, iaitu ibu negara, hanya enam bulan sebelum penumbanganArbenz. Konfrontrasi dan konflik benar berkembang di kawasan desa, tetapi atmosfera di ibunegara juga tegang, terutamanya kerana sayap kiri Amerika Latin mempunyai tapak besar disana. Pihak sosialis dan revolusioner tiba di Guatemala dari seluruh benua beberapa keranamereka dibuang negara, yang lain kerana mereka ingin melihat bagaimana proses tersebutakan berkembang.

    Sebab-sebab Che untuk berada di sana agak keliru, tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawadia menjadi semakin sedar dari segi politik. Sesuatu sifat anti-imperialisme yang dia sudahmeluahkan dari segi umum kini menjadi kukuh sambil dia menyaksikan persediaan AS

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    17/95

    untuk menumbangkan Arbenz. Washington jelasnya bekerjasama dengan Syarikat UnitedFruit. Ia juga jelas bahawa apa-apa reformasi atau pembaikan yang membawa kesan bagikepentingan AS akan dikutuk sebagai campur tangan Soviet. Menulis kepada ibusaudaranya, Beatriz, dari Guatemala, Che mengumumkan, Saya telah mengambil pendiriankukuh di sisi kerajaan Guatemala dan dengan PGT Komunis.24 Dalam cara lain, juga, dimeluahkan hubungan romantik dengan Rusia kemungkinan besar sesuatu sisa darihubungannya dengan pihak Komunis Argentina melalui ibunya.

    Pada tahap yang agak asas, kedegilan AS menggalakkan perasaan naluri Che bahawa tidakterdapatnya alternatif melainkan perjuangan bersenjata. Apabila rampasan kuasa itu berlaku,Bandar Guatemala diserang dari udara selama seminggu, dan tentangan bersenjata tidaklahmendalam. Sebab-sebab mengapa ini berlaku masih dipertikaikan. Namun, penjelasan palingbaik adalah bahawa, apabila Arbenz enggan menyenjatakan pekerja, harapan tentanganmenjadi semakin pudar. Dia meletak jawatan hanya seminggu selepas serangan udarapertama, yang digabungkan dengan serangan oleh pasukan-pasukan tentera dari Honduras,sebuah negara jiran.

    Rampasan kuasa tersebut bukanlah sesuatu yang tidak diramalkan. Pada 2hb Februari, Chetelah menulis kepada bapanya untuk berkata bahawa sesuatu serangan bakal berlaku padabila-bila masa. Menjelang akhir bulan itu, beberapa pihak telah meninggalkan negara itukerana meramalkan serangan. Pada bulan Mac, Mesyuarat Inter-Amerika yang dikuasai olehsahabat-sahabat Washington meluluskan resolusi yang mengancam mana-mana negara yangmewakili ancaman hemisfera rujukan jelas dan secara langsung kepada Guatemala.Kuasa-kuasa semakin berkumpul, dan ia jelasnya dilihat oleh semua orang. Namun, Chememilih masa ini untuk mengunjungi tapak-tapak kajipurba di El Salvador dan Honduras.Apabila dia kembali ke Guatemala pada hujung bulan Mei, ketegangan dapat dirasai dalamudara. Semua orang sedar bahawa serangan bakal berlaku.

    Ahli-ahli sejarah rasmi yang mengkaji kehidupan Che, terutamanya di Kuba, telahmendakwa bahawa dia terlibat, secara politik dan ketenteraan, dalam persediaan tentangan.Tetapi tidak terdapatnya bukti untuk menyokong cadangan ini. Lencongannya pada bulanMei mencadangkan bahawa dia tidak merasai dirinya terlibat, dan hanya beberapa minggusebelum itu dia meluahkan keinginan untuk meninggalkan negara itu kerana dia tidak dapatmencari pekerjaan. Ia merupakan gabungan kekurangan wang dan apa yang kelihatanseperti tawaran pekerjaaan yang menukar rancangannya.

    Pada masa yang sama, dia jelasnya risau dan sedar akan apa yang berlaku pada minggu-minggu tersebut. Pada tahap yang lebih abstrak, pendidikan politik-nya bergerak dalam arahbaru. Pihak Amerika Latin yang dia menjumpai dan bergaul dengan sejak ketibaannya diGuatemala semuanya terlibat dalam bidang politik. Dan dia juga semakin terpikat denganseorang aktivis politik dari Peru, Hilda Gadea, yang dari beberapa segi menjadi penasihatpolitik baginya. Hubungan peribadi mereka kurang jelas. Dia membantu danmenyokongnya, memperkenalkan dia kepada sahabat dan hubungan baru, dan menjelajahipelbagai idea revolusioner dengan dia. Gadea bukanlah seperti kebanyakan pemudi yangChe biasanya terpikat dengan dan mungkin ia adalah sesuai, akhirnya, untuk mengakuibahawa ini lebih merupakan persahabatan dan bukannya perluahan hasrat seksual. Namundemikian, sehingga ketibaannya di Kuba, Hilda menjadi pengaruh politik yang penting:

    Penetapan Che di negara Maya bukanlah masa perasaan nasfu, tetapi masa pembangunanpolitik.25

    Unsur-unsur ini sesuatu imperialisme mendalam, kesedaran yang semakin membangunakan idea-idea Marxsis dan sosialis, sisa-sisa kesetiaan kepada Kesatuan Soviet, ketidak-sabaran dengan korupse menjadi semakin jelas di Guatemala. Namun, ia tidakmembawanya menuju apa-apa peranan tetap semasa hari-hari rampasan kuasa dia

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    18/95

    mendaftar sebagai doktor bagi para pejuang, tetapi dia tidak mempunyai peluang untukmenyertai perjuangan tersebut.

    Diari-nya pada masa itu meluahkan kekecewaan serta kesusahan memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku. Pada 20hb Jun 1954, dia memberitahi ibunya, Semangat rakyatsangatlah tinggi. Terdapatnya iklim perjuangan benar. Menulis tiga hari selepas itu, selepasperletakan jawatan Arbenz, dia memberitahu ibunya bahawa air sejuk telah dituang padasemua mereka yang menghormati Guatemala. Dia sedar bahawa ia adalah Washington dansekutu-sekutu mereka yang bertanggungjawab bagi apa yang berlaku.

    Mempertimbangkan kelajuan peristiwa-peristiwa ini, dia sekali lagi menulis kepada Celiapada 4hb Julai:

    Ia merupakan mimpi indah yang anda enggan meninggalkan... Sekali lagi, hukumnyadibuktikan bahawa pembubaran angkatan tentera adalah prinsip demokrasi benar...Kebenarannya adalah bahawa Arbenz tidak menyedari cara untuk menggunakan keadaanini.26

    Che juga memerhati bahawa kepimpinan gerakan politik dari bawah, dan terutamanya PartiKomunis Guatemala, gagal memberikan kepimpinan apabila tibanya masa kerana merekajuga menerima kewajiban untuk mengikut Arbenz.

    Namun, Che tidak mengkaji isu-isu ini dengan mendalam. Kekurangan senjata dankesediaan ketenteraan, bagi dirinya, merupakan isu utama:

    Dia dapat memberikan senjata kepada rakyat, tetapi dia enggan berbuat sedemikian... Kinikita melihat hasilnya.27

    Pada permukaannya, itu merupakan isu utama dan isu yang diutarakan oleh Che dalamperbincangan dan perdebatan dengan sahabat-sahabatnya. Hilda melaporkan bahawa Che

    menjadi semakin ghairah apabila melihat pembentangan proses tersebut dari jawatansementera di hospital dan tidak dapat melakukan apa-apa. Ia sangatlah mengecewakan dansusah. Apabila kerajaan ketenteraan baru di bawah Castillo Armas merampas kuasa,penindasan menjadi semakin ganas. Terdapatnya hampir 700 warga Amerika Latin diGuatemala yang terlibat dengan apa yang mereka membayangkan sebagai eksperimanpolitik radikal. Kini ramai daripada mereka melarikan diri, sambil yang lain mencariperlindungan di kedutaan masing-masing.

    Latarbelakang Hilda menjadikannya sasaran baik, tetapi tidak tidak dapat meninggalkanGuatemala tanpa visa. Che akhirnya mencari perlindungan di kedutaan Argentina. Diari-nyamenggambarkan kebosanannya dan jangkitan penyakit asma. Untuk melalui masa, diamelukis potret sahabat-sahabatnya. Dia mengetepikan beberapa daripada mereka keranakekurangan pendidikan politik mereka, tetapi Ricardo Ramrez, yang bakal menjadi tokohpenting dalam perjuangan bersenjata Guatemala, meninggalkan kesan pada dirinya.28

    Ia adalah jelas bahawa Che kini menganggap dirinya sebagai seorang komunis misalnya,dia mengutuk salah seorang pelarian yang berlindung di kedutaan Argentina, yang diamenggambarkan sebagai:

    Seorang insan yang tidak bijaksana, dia hanya mampu menyedari bahawa satu-satunya jalansesuai bagi kelas pekerja adalah komunisme.29

    Namun, demikianm tulisan-tulisannya pada masa ini tidak menunjukkan bahawa diamempertimbangkan persoalan pengaturan, pendidikan dan kesedaran yang mengalir daripertimbangan seorang komunis. Satu-satunya isu yang dia mengutarakan apabila diamengkaji rampasan kuasa tersebut adalah persoalan senjata. Namun, jika rakyat Guatemala

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    19/95

    diberikan senjata tanpa pengaturan politik untuk menentukan ila dan bagaimana ia patutdigunakan, hasilnya kemungkinan besar akan membawa padah seperti selepaspenumbangan Arbenz. Dan sebab mengapa senjata tidak diagihkan bukanlah keranakelemahan Arbenz sendiri, tetapi kerana parti-parti yang berada dalam kedudukan untukmemimpin perjuangan tersebut tidak bersedia.

    Pada tahap ini dalam kehidupannya. Che tidak memberikan tanda bahawa isu-isu inimementingkannya. Satu-satunya benda yang pasti adalah bahawa dia akan meninggalkanGuatelama ia tidak lagi selamat bagi seorang warga asing yang menaruh simpati bagiArbenz untuk kekal di Guatemala. Namun, dia enggan kembali ke Argentina dan akhirnyaberpindah ke Meksiko bagi apa yang dia menghuraikan sebagai tahap seterusnya dalampengembaraan saya.

    Pengembaraannya sehingga itu menjadi persediaan bagi ketika apabila Ernesto Guevaradiubah menjadi El Che. Fasa berikutnya menandakan jalan yang baru dan sangat berbezabagi dirinya.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    20/95

    V. Dimensi Kuba

    Kebanyakan daripada mereka yang dibuang negara dari Guatemala sudah berpindah keMeksiko. Semasa Perang Saudara Spanyol, kerajaan Meksiko telah mengalu-alukan pelarianRepublikan Spanyol. Walaupun ia dikuasai oleh sebuah presidensi korupse dan zalim (yang

    dilantik), Meksiko berjaya mengekalkan reputasi sebagai tempat perlindungan bagi pelarianpolitik dan bukan sahaja dari Guatemala. Di kalangan mereka yang berjaya mencariperlindungan di Meksiko merupakan beberapa warga Kuba.

    Ini berlaku pada hujung bulan September 1954, dan Che sedang bergerak menuju BandarMeksiko. Dia hanya mempunyai seorang sahabat di sana seorang penyair tua yang bekerjadalam industri filem. Tetapi satu-satunya pengalaman Che dengan industri filem merupakanperjumpaan dengan seorang pelarian dari Spanyol yang memberikannya sebuah kameraagar dia dapat mengambil gambar keluarga-keluarga dan kekasih yang berjalan-jalan diTaman Chapultepec. Kepada ini, dia menambah pekerjaan di sebuah klinik dan perjumpaankebetulan yang membawa kerja di sebuah agensi berita.

    Che hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila Hilda tiba di BandarMeksiko, Che masih belum berjaya mencari tempat tinggal tetap, dan mereka berjumpabeberapa kali seminggu di hotel atau tempat makan. Che ingin berkahwin dengan Hildayang hamil, dan mereka bakal kahwin kemudian, tetapi Hilda lebih berwaspada. Diamungkin sedar bahawa lelaki tampan ini, yang menggemari hubungan-hubungan singkat,akan menjadi seorang teman yang susah. Tetapi dari segi politik, dia masih menjadi titikrujukan bagi Che, walaupun di Bandar Meksiko, Che membuat persahabatan baru ataumemperbaharui persahabatan lama. Salah seorang sahabat lama, ico Lpez, berbincangdengannya mengenai tentangan bersenjata di Kuba. Ia bakal menjadi perbincangan penting.

    Che kini bergerak dalam bulatan-bulatan politik, dan surat-surat kepada keluarganyameluahkan perasaan marah dengan kuasa imperialis di utara, sesuatu perasaan yang

    dilahirkan oleh apa yang dilihat di Guatemala. Namun, dia secara asasnya masih merupakanseorang pengembara, seorang insan dengan pelbagai rancangan penjelajahan dan tentanganterhadap apa-apa disiplin kolektif. Dalam surat kepada ibunya, dia menulis:

    Pihak Komunis [Guatemala] patut diberikan kehormatan dan lambat-laun saya akanmenyertai parti tersebut; paling sekali, apa yang tidak membenarkan saya menyertai mereka pada masa ini adalah fakta bahawa saya masih mempunyai keinginan besar untukmengunjungi Eropah dan saya tidak sanggup ditakluki oleh disiplin besi.30

    Menjelang bulan November 1954, sekurang-kurangnya dari sudut pandangannya sendiri,Che telah melintasi garisan penting. Dia belum lagi menjadi seorang revolusioner sepenuhmasa, dan dia belum memiliki kesedaran jelas mengenai apa yang diperlukan dari seorang

    revolusioner. Dia jarang sekali berbincang mengenai strategi dan taktik. Namun, kesetiaanperibadinya sudah mencapai tahap tinggi, dan dia semakin mengajukan wawasan mengenaicara kehidupannya mungkin dibentangkan.

    Pada awal tahun 1955, Che mempunyai beberapa pekerjaan, dan semakin bergaul denganpelarian dari Kuba. Beberapa penulis mencadangkan bahawa mereka kurang menyemaimimpi kosong dan perbincangan nostalgia berbanding dengan pelarian Amerika Latin yanglain. Ini adalah pentafsiran yang kurang baik, kerana ramai daripada mereka akhirnyaberjuang dan meninggal dunia demi keadilan di Amerika Latin. Tetapi ia jelasnya benarbahawa pihak Kuba itu lebih teratur dan terlibat secara langsung dengan keadaan di tanahairmereka. Dan walaupun mata Che masih terpaku pada Eropah, pihak Kuba itu kinimeyakinkan dia bahawa Kuba patut diberikan kepentingan dalam rancangan masa

    depannya.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    21/95

    Pada 26hb Julai 1953, sebuah kumpulan bersenjata telah menyerang berek Moncada di Kuba.Serangan itu menemui kegagalan, dan beberapa ahli yang terlibat dibunuh. Yang lain,terutamanya pemimpin kumpulan tersebut, Fidel Castro, ditahan. Setahun sebelum itu, lelakiyang menguasai politik Kuba sejak tahun 1930-an Fulgencio Batista telah merampas kuasadan membatalkan pilihanraya. Bagi Castro, ia merupakan petanda bahawa perubahandemokratik tidak mungkin berlaku di Kuba. Batista disokong oleh AS, yang menganggapnyasebagai hubungan penting dalam rantai rejim-rejim anti-Komunis yang ia mendirikan ataumendorong di Amerika Latin. Apa yang Presiden Roosevelt berkata mengenai Somoza,pemerintah Nikaragua, juga dapat dikatakan mengenai Batista: Dia memang anak anjing,tetapi sekurang-kurangnya dia anak anjing kami.

    Kuba merupakan koloni Spanyol terakhir di benua Amerika. Ia mencapai kemerdekaan padatahun 1898 selepas peperangan selama tiga tahun. Tetapi kemerdekaan benar tidakberlangsung buat masa yang lama. Peperangan ini masih dirujuk kepada di AS sebagaiPerang Spanyol-Amerika. Kehadiran askar AS di pulau itu, dan peranan mereka dalamkekalahan Spanyol, membentukkan kemerdekaan Kuba dalam cara yang tidak dapatdibayangkan oleh Jos Mart, iaitu pemimpin perjuangan Kuba menentang kolonialismeyang dibunuh pada tahun 1895, pada permulaan perang kemerdekaan kedua.

    Menggunakan alat yang bakal menjadi kebiasaan bagi AS dalam hubungannya dengandunia, Washington mencampur tangan secara langsung dalam urusan Kuba dengan alasanbahawa ia sedang mempertahankan kepentingan warganegara AS. Letupan pada kapal lautUSSMaine sewaktu ia berada di pelabuhan Havana memberikan alasan bagi Pemindaan Platt1901 fasal yang diselitkan dalam perlembagaan Kuba yang membenarkan AS untukbertindak pada tanah Kuba apabila kepentingannya diancam. Tambahan pula, TelukGuantanamo disewa selama 99 tahun sebagai pangkalan laut Tentera Laut AS. Washingtonmemilih ketua bank nasional, perkhidmatan kastam dan polis. Ia merupakan langkah awaldalam usaha memasukkan Kuba ke dalam sfera ekonomi AS sebagai pembekal gula yangmenjadi penting sebagai salah satu komponen makanan bagi penduduk bandar, dan sebagaipasaran bagi barangan AS.

    Kuba bergerak licin dari sebuah negara kolonialisasi menuju negara neo-kolonialisasi. Dalamtiga tahun pertama selepas kemerdekaan, lebih 13,000 ahli spekulasi tanah dan pelabur tibadari AS dan membeli lebih kurang 60 peratus daripada tanah.31

    Kapital AS mengukuhkan penguasaannya ke atas ekonomi Kuba. Harga gula sangatlahtinggi dalam tiga tahun sehingga 1920. Semakin banyak kawasan diberikan kepadapenanaman gula, dan semakin banyak pelaburan disumbangkan kepada industri tersebut.Kemudian, harganya runtuh dam kebanyakan pengeluar tempatan yang besar menjadimuflis. Tanah mereka dijual kepada firma-firma AS, sehingga mereka ini memilikisebahagian besar daripada ladang gula Kuba dan mengimport kebanyakan daripada gulanyamenjelang tahun 1921.32

    Kemerosotan ekonomi AS pada tahun 1929 dan Kemelesatan Besar yang mengikutinyamenampar Kuba dengan kuat. Sambil taraf kehidup merosot dan pengangguran meningkatakibat pembatalan eksport gula, perasaan tidak puas hati menentang rejim Machado yangkorupse semakin bertumbuh. Pada tahun 1933, perasaan itu meletup dalam siripemberontakan, permogokan dan demonstrasi yang menumbangkan Machado. Dalam ributpemberontakan dan perjuangan ini, soviet-soviet pekerja ditubuhkan seketika di bawahkepimpinan Komunis. Para pelajar, dipimpin oleh ahli-ahli Directorio Revolucionario, atauDirektorat Revolusioner, memainkan peranan utama sehingga pemimpin pegawai-pegawaitentera, anak seorang pemotong tebu, Fulgencio Batista, mengarah para pelajar untukmenamakan presiden negara yang baru. Pilihan mereka, seorang profesor universiti bernamaGrau San Martn, memperkenalkan hari bekerja lapan jam, membatalkan Pemindaan Plattdan mengumumkan rancangan untuk menasionalisasikan industri elektrik.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    22/95

    Tetapi republik baru ini hanya wujud selama beberapa bulan, seperti yang dijangka olehBatista. Kerajaan baru itu ditumbangkan oleh pemberontakan pegawai-pegawai tentera sesuatu pemberontakan sarjan di bawah Batista yang menerima sokongan tersirat darikerajaan AS.

    Ia hanyalah tahun 1940 sebelum Batista sendiri menjadi presiden, walaupun dia sudahmemerintah sejak tahun 1934 dari sebalik takhta presiden. Apabila dia merampas kuasa, iaberlaku dengan sokongan Parti Komunis Kuba, atau PSP. Ini mungkin kelihatan sepertiperkahwinan aneh, terutamanya kerana pengaruh Parti Komunis telah bertumbuh padazaman pergolakan sosial dan pemberontakan pada tahun 1933 yang diakhiri secara pra-matang oleh pemberontakan sarjan tersebut. Pemberontakan itu meluahkan tuntutan agarpenguasaan ekonomi dan kerajaan Kuba oleh AS diakhiri, tetapi ia enggan memberi tekananbagi revolusi sosial yang sudah diletak pada agenda oleh pemberontakan 1933. Ia hanyalahkebebasan kemerdekaan yang sarjan-sarjan tersebut menuntut pada ketika-ketika radikalmereka, bukannya penubuhan kuasa pekerja.

    Namun, menjelang tahun 1940, keadaan tersebut telah berubah dari beberapa segi penting.Parti-parti Komunis di seluruh dunia memulakan polisi kerjasama dengan pihak liberal,radikal, dan malah pihak konservatif dalam apa yang dikenali sebagai barisan-barisanpopular. Strategi ini bukanlah hasil daripada keadaan-keadaan tertentu di sesebuah negara,tetapi dihasilkan oleh keinginan Kesatuan Soviet membina sebuah persekutuan antarabangsamenentang Nazisme dan meninggalkan pemulauannya apabila berhadapan denganperluasan Jerman. Ini bermakna mereka terpaksa mencari isu sependapat dengan pelbagaikuasa sosial yang sebenarnya bermusuh dengan wawasan sosialisme dan komunisme tetapi yang mungkin bersetuju dengan dasar anti-fasis. Stalin, ketua Kesatuan Soviet, dansekutu-sekutu Komunis di seluruh dunia bersedia membayar kos barisan popular ini jika iamengurangkan pemulauan dan kelemahan Rusia. Tetapi kos politiknya sangatlah tinggi dankesan-kesannya sangatlah luas dan berpanjangan, kerana ia memerlukan pengabaianperjuangan untuk menggantikan kapitalisme dengan sistem sosialis yang lebih demokratik.Di Spanyol, misalnya, kesannya adalah bahawa Parti Komunis menentang perkembanganbalasan revolusioner terhadap kebangkitan fasis pada tahun 1936 dan sebaliknya memberisokongan kepada persekutuan parti-parti tengah dan sayap kanan, di mana satu-satunya ciribersama mereka merupakan ketakutan terhadap revolusi pekerja.33

    Perkahwinan aneh di antara Batista dan PSP merupakan hasil desakan politik ini. PihakKomunis Kuba dipengaruhi (kerana sebab-sebab jelas) oleh Parti Komunis AS, di manapemimpinnya, Earl Browder, merupakan seorang penyokong polisi barisan popular.34 Padahujung tahun 1930-an, AS, di bawah pemerintahan Franklin Roosevelt, sedang pulih darizaman Kemelesetan melalui siri projek kerajaan, seperti pembinaan Empangan LembahTennessee. Perjanjian Baru Roosevelt bertutur dalam bahasa perlibatan sosial dan pembinaan(atau pembinaan semula) negara. Ia seolah-olah menjadi sebuah barisan popular, danBrowder, dalam keghairahan untuk menumbuhkan sebuah persekutuan, mencadangkanpembubaran Parti Komunis. Polisi kerjasama melampau ini akhirnya dikenali sebagaiBrowderisme. Pihak Komunis Kuba pula berusaha untuk menunjukkan tanda-tandakedamaian dan berusaha mencari persekutuan dengan kuasa-kuasa sayap kanan.

    Hadiah mereka merupakan perlibatan dua menteri Komunis dalam kabinet Batista JuanMarinello, pemimpin parti, dan Carlos Rafael Rodrguez, seorang ahli Komunis berusia 30tahun yang bakal memainkan peranan penting dalam politik Kuba setengah abad selepas itu.Dari satu segi, perlibatan mereka dalam kerajaan membawa parti tersebut sesuatuperkongsian kuasa. Pihak Komunis sangatlah penting bagi pertumbuhan kesatuan-kesatuanpekerja militan pada tahun 1930-an kini mereka melontar pengaruh itu di belakangkerajaan persekutuan. Terdapat beberapa kebaikan: kementerian tenaga pekerja bersetuju

    dengan beberapa konsesi kepada kesatuan-kesatuan pekerja besar sebagai ganti bagisokongan mereka. Tetapi pihak Komunis dalam kerajaan memenuhi peranan yang sangatberbeza daripada mereka yang memimpin perjuangan-perjuangan kelas pekerja hanya

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    23/95

    beberapa tahun sebelum itu. Dari kedudukan mereka dalam kerajaan, mereka menjadi alatuntuk mendamaikan kepentingan kerajaan dan pekerja, dan ini hanya menumpulkankemampuan pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk bertindak secara bebas daripada kerajaan.

    Batista diikuti ke dalam istana presiden oleh Gra San Martn (pada tahun 1944) dankemudiannya oleh Pro Socarrs (pada tahun 1948) yang korupse. Pihak Komunis jugamenyokong kerajaan Grau. Namun, pada tahun 1947, sekutu mereka itu mula menyerang.Maklumlah, Perang Dunia Kedua sudah berakhir dan di dunia paska-peperangan, AS danKesatuan Soviet menjadi empayar-empayar bermusuh yang terkunci dalam Perang Dingin.Persekutuan semasa peperangan digantikan oleh iklim konflik dan konfrontasi danpersekutuan-persekutuan di Amerika Latin menjadi mangsa awal bagi perang baru ini.

    Pada tahun 1945, Fidel Castro Ruz memasuki fakulti perundangan di Universiti Havana. Diaberusia 19 tahun, anak keluarga tuan tanah kaya yang berasal dari Spanyol, dari timur pulauKuba. Seperti ramai pelajar nasionalis dari kelas menengah, dia meragui pihak Komunis didalam dan luar universiti. Di Kuba, seperti di tempat-tempat lain, mereka telah bekerjasamadengan kerajaan yang korupse dan zalim sebagai ganti bagi sokongan demi Kesatuan Soviet.Komunisme sudah menjadi konsep lemah dan korupse apabila generasi Castromenjumpainya. Namun, dia dan golongan mutakhir sangatlah bermusuh terhadap rejimBatista dan terhadap kepentingan-kepentingan imperialis yang masih menguasai ekonomiKuba.

    Jika Komunisme tidak lagi mewakili politik tentangan anti-imperialis, alternatif-nyamerupakan sejenis nasionalisme radikal yang ditawarkan oleh Directorio Revolicionario(Direktorat Revolusioner Pelajar) yang, dari beberapa segi, mengekalkan dan mewakiliwawasan revolusioner dari tahun 1933. Ia mengajukan tindakan secara langsung dankonfrontasi bersenjata dengan kerajaan. Oleh kerana itu, ia berusaha secara sulit.

    Pada tahun 1948, Castro terlibat dalam pengembaraan aneh yang menjadi petanda bagiaktiviti masa depannya. Dengan sekumpulan pelajar yang kecil, dia mengatur latihanketenteraan di sebuah teluk terpulau di Karibean. Tujuannya adalah untuk bersedia demiserangan bersenjata terhadap Republik Dominika, yang pada masa itu ditindas olehpemerintahan diktator Trujillo selama 30 tahun.35 Serangan itu tidak berlaku projek tersebutberubah menjadi siri kesilapan dan kesalah-fahaman, dan akhirnya tidak membawa kesan.

    Di Havana semula, Fidel terlibat dengan parti Ortodoxo yang diketuai oleh Eduardo Chibas,seorang tokoh radio terkenal dan calon bagi pilihanraya Kongres tahun 1952. Pada akhirtahun 1951, Chibas membunuh diri semasa rancangan radio, semasa bantahan yang jelasnyatidak mengikuti rancangan. Tidak lama selepas itu, Batista melancarkan rampasan kuasa danmenghapuskan proses pilihanraya, seperti yang dijangka oleh orang ramai. Tindakanawalnya selepas merampas kuasa menjadi petanda bagi masa depan: dia mengharamkanparti-parti politik, memenuhi kerajaan dengan kroni-kroni dan melancarkan kempenpenindasan. Bagi Castro, ini hanya membuktikan apa yang sudah dipercayainya bahawaproses demokratik tidak dapat membawa perubahan, dan hanya tindakan kumpulan-kumpulan kecil lagi yakin dapat merampas kuasa dari rejim-rejim diktator.

    Serangan Moncada merupakan tindakan pertama bagi strategi baru ini. Dihadapkan denganmakhamah kerana serangan tersebut, Castro enggan meminta maaf. Ucapan panjangnya darimakhamah (walaupun agak pendek mengikut tarafnya selepas itu) mengumumkan bahawasejarah akan memaafkannya. Ia digunakan sebagai sesuatu manifesto bagi kumpulan yangdia bakal menubuhkan dua tahun selepas itu, apabila dia dilepaskan di bawah pengampunankerajaan. Untuk mengingati serangan Moncada, kumpulan tersebut dinamakan Gerakan26hb Julai (M-26-J). Matlamatnya merupakan penumbangan bersenjata rejim Batista dan

    pembinaan sebuah negara merdeka:

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    24/95

    Kami diajar bahawa anda tidak patut merungut demi kebebasan; ia dimenangi dengan kapakdalam tangan. Jos Mart berkata, Insan yang memathui undang-undang tidak adil danmembenarkan sesiapa untuk memijak tanahairnya bukanlah insan berhomat.

    Saya tidak menakuti penjara, sebagaimana saya tidak menakuti kezaliman seorang pemerintahyang merampas nyawa 70 komrad saya di Moncada.

    Kutuklah saya. Ia bukanlah penting. Sejarah akan memaafkan saya.36

    Dengan kata-kata ini dari makhamah, Castro meletakkan dirinya di pusat kehidupan politikKuba dan mengubah kekalahan menjadi sesuatu jenis kejayaan moral. Bahagian laindaripada ucapannya hanyalah kenyataan seorang nasionalis radikal. Ia menuntutkemerdekaan ekonomi dan politik tulin dari pengaruh luar, dan mengutuk Batista. Namun,secara paradoks, dalam pelbagai cara ia merupakan kenyataan semula matlamat-matlamatdan tujuan pemberontakan yang Batista telah memimpin pada tahun 1934.

    Pihak Komunis Kuba tidak tertarik. Castro merupakan seorang pemimpin pelajar yangterikat dengan idea konfrontasi bersenjata dengan kerajaan, dia mengutuk tradisi Komunis

    dan tidak mempunyai pengalaman mahupun hubungan dengan perjuangan kelas pekerja.Mereka tidak memercayainya, dan dia sendiri sangat bermusuh dengan sebuah parti yangdikotori oleh perlibatan panjang dengan seorang diktator. Hasil daripada itu, Castro engganmendekati idea-idea sosialisme dan meragui idea bahawa pekerja mungkin berada di pusatapa-apa proses perubahan sosial.

    Directorio masih wujud. Pada tahun 1957, ahli-ahlinya mencuba membunuh Batista di IstanaKebangsaan. Tetapi semua ahli kumpulan itu dibunuh, termasuk pemimpin berwibawamereka, Jos Antonio Echavarria, lalu meninggalkan Castro tanpa pesaing bagi kepimpinangerakan bersenjata.

    Dua tahun selepas pemenjaraannya, Castro dilepaskan di bawah pengampunan kerajaan.

    Apa yang ironik adalah bahawa, sambil Fidel dan adiknya Ral dilepaskan berserta denganahli-ahli kumpulan mereka yang lain, tidak terdapatnya pengampunan bagi ahli-ahliKomunis. Mungkin penasihat-penasihat AS di sebalik Batista tidak melihat Castro sebagaiancaman. Walau apa pun, Castro kekal di Kuba selama beberapa minggu sambil Ralberpindah ke Meksiko untuk bersedia demi ketibaan abangnya.

    D universiti, Ral telah membaca karya-karya Marxsis klasik dan berhubung dengan pihakKomunis. Sejak itu, di menjadi hubungan di antara Parti Komunis dan kepimpinan Gerakan26hb Julai, jambatan di antara dua kumpulan yang meragui satu sama lain. Dia melarikandiri ke Kuba selepas dia dikutuk oleh kerajaan Batista sebagai orang yang bertanggungjawabbagi siri letupan di Havana. Di Meksiko, Che Guevara terlibat dengan kumpulan yangmenjemput Ral:

    Ral berucap mengenai kepercayaan pada abangnya dan pendapat peribadinya, mengulangipandangan Ernesto, bahawa di Kuba dan seluruh kawasan itu, kuasa dapat diraih bukannyamelalui pilihanraya, tetapi hanya melalui peperangan. Dengan sokongan popular, seseorangdapat merampas kuasa dan kemudian mengubah masyarakat dari kapitalisme menujusosialisme.37

    Perbincangan ini agak menarik. Kerana Ral, meskipin latarbelakangnya dalam bacaanMarxsisme, jelasnya tidak berkongsi kebanyakan idea-idea Marxsisme yang asas diajukanoleh Lenin dan Marx bahawa revolusi mestilah menjadi tindakan kelas pekerja sendiri.Sosialisme melibatkan pemahaman kuasa yang sangat berbeza. Apabila Marxmenggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat revolusioner, dia mengajukan sejenis

    demokrasi yang sangat berbeza, di mana majoriti dalam masyarakat, golongan yangmenghasilkan kekayaan, akan menjadi pentadbirnya.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    25/95

    Bagi Ral dan Fidel, perubahan hanya dapat dicapai melalui tindakan bersenjata oleh sebuahminoriti. Mereka, dan bukannya kelas pekerja, akan menjadi subjek dalam proses perubahanini. Cara pemahaman ini mengenai maksud menjadi seorang revolusioner mencerminkanlatarbelakang kelas menengah kumpulan tersebut tetapi lebih-lebih lagi, ia mendedahkanjurang politik di antara mereka dan para pekerja. Projek mereka meramalkan sebuah kerajaanbebas yang dapat meluluskan perubahan dalam masyarakat dari atas.

    Dalam proses ini, alat utama bukanlah pertubuhan-pertubuhan rakyat atau kuasa pekerja,tetapi senjata yang dipegang oleh pihak revolusioner. Kuasa-kuasa politik kurang pentingdaripada kuasa senjata.

    Che dipengaruhi oleh perdebatan ini kerana ia seiras denan kesimpulan yang dia menyemaidari pengalamannya di Guatemala. Ia merupakan kepercayaan ini yang membawa Che danRal bersama. Dua minggu selepas itu, pada 7hb atau 8hb Julai, Che berjumpa dengan Fidel.Dia kembali ke rumah dalam keadaan ghairah. ico memang betul, dia memberitahu Hilda.Fidel Castro akan mencipta revolusi. Dua tahun selepas itu, dia menjelaskan kepadaseorang wartawan Argentina:

    Saya melihat Fidel sebagai seseorang yang luarbiasa. Dia memilik kepercayaan nekad bahawa,selepas dia memulakan perjalanan ke Kuba, dia akan tiba di sana, dan apabila dia tiba di sanadia akan berjuang, dan dia akan menang. Saya berkongsi keyakinan dia. Anda perlubertindak, berjuang, melakukan apa yang anda berkata anda akan melakukan. Anda perluberhenti menangis dan berjuang.38

    Beberapa hari selepas itu, Hilda merekodkan, Che mengambil keputusan untuk menyertaiserangan bersenjata Castro ke atas Kuba.

    Fidel mendakwa bahawa Che lebih mementingkan ideologi, lebih jelas dalam kepercayaanpolitiknya, daripada dirinya sendiri. Pihak lain juga bersetuju. Realitinya, saya percaya,

    mungkin berbeza. Che sendiri menamakan Karl Marx, dengan menyindir, sebagai WaliCharlie. Dia sememangnya membaca karya-karya Marx, walaupun kita tidak diberitahumengenai tulisan-tulisab Marx yang menarik perhatian Che. Tetapi dia juga menulis rencanamengenai fungsi doktor di Amerika Latin pada masa itu, serta memperkembangkan bebrapaidea dalam bidang rawatan alergi.

    Pada bulan Ogos, Che berkahwin dengan Hilda Gadea di Tepozotln, sebuah pekan kecilberhampiran dengan Bandar Meksiko yang terkenal kerana tapak-tapak pra-Hispanik. RalCastro turut hadir, walaupun dia tidak dapat bertindak sebagai saksi rasmi kehadirannyadi Meksiko masih dirahsiakan. Dalam surat-surat kepada keluarganya yang mengumumkanperkahwinan tersebut, Che masih menulis mengenai perjalanan yang dia ingin mengikuti ke Eropah, ke Afrika. Hilda sudah hamil dengan anak perempuan mereka, Beatriz.

    Jelasnya, inilah ketika apabila El Che muncul dari kehidupan Ernesto Guevara. Ia adalahpersimpangan yang aneh. Sambil Che sendiri mengumumkan dengan yakin bahawa WaliCharlie [Marx] kini merupakan aksis [kehidupan saya],39 masih tidak terdapatnya bukti darikajian-kajian pada masa dalam kehidupannya ini bahawa dia menunjukkan kesetiaan kepadapendidikan politik atau bahawa dia sedang mempertimbangkan isu-isu penting dalamsejarah sosialis. Dia masih merupakan seseorang yang rumit dan kadang-kala mengelirukan.

    Kita sudah melihat bahawa Che berperikemanusiaan dan murah hati dalampertimbangannya mengenai kaum miskin, kurang bernasib baik dan menderita. Kita sudahmelihat bahawa dia penuh dengan tenaga dan keyakinan, bersifat ghairah dan dinamik, danbahawa semangatnya mempunyai kesan dan menjangkiti orang yang dijumpainya. Namun,anda dapat merasai sesuatu kekecewaan dalam dirinya, sesuatu perasaan bahawa pihakmusuh (imperialisme) dikenali dan tugasnya adalah jelas, walaupun diluahkan dalam cara

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    26/95

    yang sangat abstrak untuk membina sebuah dunia yang lebih baik, untuk mencapaikebebasan dan keadilan. Dari segi politik, ia adalah jelas bahawa simpati Che terletak dengantradisi Komunis yang dia belum mengenali dengan baik. Dia menyaksikan penumbanganPern di Argentina pada bulan September 1955 secara berjauhan, walaupun dia agak risaudengan keganasan yang mengikuti penumbangan Pern.

    Ia bukanlah Argentina tetapi pengalamannya di Guatemala yang menjadi pengaruh pentingbagi Che. Dia menarik kesimpulan bahawa tindakan merupakan kunci kepada segala-galanya. Seperti yang Fidel berkata selepas itu:

    Pada hari-hari di Meksiko itu, kami tidak membincangkan teori revolusioner. Apa yang kamimembincangkan hanyalah perjuangan menentang Batista, rancangan untuk bertolak ke Kuba,memulakan perang gerila... Ia merupakan semangat perjuangan Che, sebagai insan yangbertindak, yang membawanya untuk menyertai saya dalam perjuangan.40

    Inilah yang menarik Fidel dan Che kepada satu sama lain sesuatu keberanian cuai,keinginan bertindak, dan kepercayaan kukuh bahawa kejayaan atau kekalahan sesuaturevolusi bergantung secara eksklusif kepada keyakinan dan latihan sebuah kumpulanrevolusioner yang kecil.

    Mereka berdua merupakan hasil zaman mereka. Tradisi sosialis revolusioner yang berkaitandengan parti-parti Komunis sudah lama diperkecil-kecilkan melalui hubungan merekadengan rejim-rejim di Eropah Timur yang zalim. Di Amerika Latin, kesediaan pihakKomunis untuk berkompromi dengan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan sayap kananmengosongkan segala makna Marxsisme. Ia hanyalah beberapa tahun selepas itu41 apabilatopeng mula dilepaskan oleh Stalinisme dan apabila parti-parti Komunis yangmempertahankan Stalinisme mula melepaskan genggaman mereka pada permilikan tradisisosialis. Sementara itu, sebuah generasi revolusioner baru memandang ke arah lain demipolitik mereka.

  • 8/14/2019 Che Guevara Dan Revolusi Kuba

    27/95

    VI. 82 Lelaki dan Sebuah Kapal Laut

    Sekurang-kurangnya buat seketika, kehidupan dua lelaki tersebut dihubungkan denganrapat. Mereka memiliki pelbagai persamaan, namun mereka juga sangat berbeza.

    Walau dengan betapa abstrak, kesetiaan Che adalah kepada perubahan sosial. Malah padamasa itu, apabila pendidikan politiknya masih berada pada tahap awal, Che mengajukansebuah jenis masyarakat yang berbeza. Dari satu segi, idea-ideanya mengenai perihal inimungkin lebih jelas dilauhkan dalam perbincangannya mengenai peranan doktor sebagaihamba kaum paling miskin dalam masyarakat dan sifat anti-imperialisme yang umum.Bertentangan dengan Fidel, dia kadang-kala menggambarkan dirinya sebagai seorangkomunis, walaupun dia kurang jelas mengenai maknanya.

    Castro jelasnya merupakan seorang ahli politik yang mengidamkan kuasa. Fidel tidak sabardengan perdebatan politik dan meragui sosialisme yang dia kemudiannya mewakili bagiramai orang. Dia juga yakin akan kedudukannya dalam sejarah ucapannya dari makhamahtidak meninggalkan raung bagi keraguan mengenai itu.

    Dari segi politik juga, Fidel dan Che sangat berbeza. Fidel merupakan seorang nasionalisdengan rancangan politik yang dihadkan kepada lima tuntutan berkenaan dengan reformasitanah, pengakhiran korupse dan pendirian semula perlembagaan tahun 1940. Sokongan bagipolisi-polisi ini bukan sahaja berasal dari pekerja dan petani, tetapi juga dari beberapapedagang yang membantu Castro secara kewangan. Ia merupakan sokongan ini yangmembolehkannya membeli sebuah kapal laut bernama Granma, dan membiayai kem-kemlatihan gerila berdekatan dengan Chalco di Meksiko. Guevara, dalam tangan sebelah,menggambarkan dirinya sebagai seorang revolusioner dan seorang komunis. Namun, tidakterdapatnya pertikaian mengenai pusat kuasa dalam Gerakan 26hb Julai. Castro merupakanpemimpinnya yang tidak bertanding.

    Ramai penulis telah menjelaskan atau merasionalisasikan hubungan di antara mereka ini:Kedua-dua mereka merupakan anak dari keluarga besar dan sangat manja; cuai mengenaiwajah mereka; menggemari hubungan seksual, tetapi bagi siapa hubungan peribadi ditaklukioleh matlamat peribadi. Kedua-dua mereka dipenuhi oleh makismo Latin; mereka percaya akankelemahan kaum perempuan, mengutuk golongan homoseksual dan mengagumi lelaki beraniyang bertindak.42

    Castro dengan laju menyedari kualiti-kualiti Che semangatnya, kesetiaannya dankeghairahannya. Menjelang akhir tahun 1955, ia menjadi jelas bahawa Castro inginmemberikan Che sesuatu peranan besar dalam persediaan bagi Revolusi Kuba, tetapi ia akandihadkan kepada latihan dan tugas-tugas praktikal. Dari segi politik, Fidel dan Che masihsangat berjauhan. Namun, Che tidak mencabar atau berdebat dengan Fidel. Mungkin iamerupakan karisma Fidel yang menyebabkan ini. Fidel sememangnya merupakan seseorangyang berkuasa dan berwibawa. Che menakluki dirinya kepada Fidel. Dia menghormati lelakiyang bersemangat dan yakin akan takdirnya itu. Dan sememangnya, Che terlibat dalamserangan asing. Dia tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Kuba, danmenerima penjelasan dan pentafsiran Fidel. Dia jelasnya juga kagum dengan kumpulan yangdipimpin oleh Fidel. Ral Castro sudah membawa kesan besar pada diri Che, dan seorangpemimpin gerakan tersebut di kawasan bandar