Chapter 5 (5.3) Respirasi

11
BAB 5: UDARA DI SEKELILING KITA SAINS TINGKATAN 1

description

Chapter 5 (5.3) Respirasi

Transcript of Chapter 5 (5.3) Respirasi

Page 1: Chapter 5 (5.3) Respirasi

BAB 5:UDARA DI

SEKELILING KITA

SAINS TINGKATAN 1

Page 2: Chapter 5 (5.3) Respirasi

5.3: OKSIGEN DIPERLUKAN UNTUK RESPIRASI

Hasil pembelajaran: Anda seharusnya dapat:

Menyatakan oksigen diperlukan semasa respirasi Menyatakan tenaga , karbon dioksida dan wap air

ialah hasil respirasi. Menghubungkaitkan hidupan menggunakan oksigen

dan membebaskan karbon dioksida Membandingkan dan membezakan kandungan

oksigen di dalam udara sedutan dengan udara hembusan

Page 3: Chapter 5 (5.3) Respirasi

APAKAH MAKSUD RESPIRASI?

Respirasi ialah satu proses kimia yang melibatkan pengoksidaan makanan oleh oksigen yang terkandung dalam sel untuk menghasilkan tenaga

Respirasi berlaku dalam semua sel hidup dan berlaku sepanjang masa

Semasa respirasi atau pernafasan, oksigen disedut dari udara dan karbon dioksida dibebaskan.

Page 4: Chapter 5 (5.3) Respirasi

RESPIRASI SEL

Glukosa + Oksigen Air + Karbon dioksida + Tenaga

Page 5: Chapter 5 (5.3) Respirasi

Pengoksidaan makanan ini menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.

Tenaga ini digunakan untuk memanaskan badan, menjalankan semua fungsi badan dan melakukan kerja

Karbon dioksida dan air (dalam bentuk wap air) terbebas daripada badan kita apabila kita menghembus udara.

Page 6: Chapter 5 (5.3) Respirasi

Respirasi juga adalah satu proses yang melibatkan penyedutan dan penghembusan keluar udara.

Udara yang disedut ke dalam badan dipanggil udara sedutan

Udara yang dihembus keluar dari tubuh dipanggil udara hembusan

Page 7: Chapter 5 (5.3) Respirasi

Gas Komposisi (%)

Udara sedutan Udara hembusan

Oksigen 21 16Karbon dioksida 0.03 4

Nitrogen 78 78Gas nadir 0.97 0.97Wap air Kurang Lebih banyak

Jadual 5.1 : Komposisi udara sedutan dan udara hembusan

Page 8: Chapter 5 (5.3) Respirasi

SOALAN STANDARD PT3

Rajah di atas menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen.(a) Apakah yang dapat diperhatikan selepas beberapa jam?

Penunjuk itu bergerak ke arah tabung uji

(b) Berikan satu sebab untuk pemerhatian ituLipas menggunakan oksigen untuk bernafas

(c) Apakah tujuan kapas direndam dalam larutan natrium hidroksida?Untuk menyerap karbon dioksida

(d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?Hidupan memerlukan oksigen untuk respirasi

Page 9: Chapter 5 (5.3) Respirasi

KERJA BERKUMPULAN Jawab soalan dibawah di dalam kertas mahjong

1) Lengkapkan jadual yang berikut

Gas Komposisi (%)Udara sedutan Udara

hembusanOksigen 21 _______

_____________ 0.03 4Nitrogen 78 _______Gas nadir 0.97 0.97

_____________ Kurang Lebih banyak

Page 10: Chapter 5 (5.3) Respirasi

KERJA BERKUMPULAN

2) Tuliskan persamaan proses respirasi

3) Gas X dibebaskan semasa respirasi. Jika gas X disalurkan ke dalam air kapur, ramalkan pemerhatian yang akan diperoleh

Page 11: Chapter 5 (5.3) Respirasi

RUMUSAN

Respirasi ialah satu proses kimia yang melibatkan pengoksidaan makanan oleh oksigen yang terkandung dalam sel untuk menghasilkan tenaga

Oksigen diperlukan semasa respirasi

Semua hidupan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi