Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All...

13
Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446 Cerpen tentang Dunia Trader

Transcript of Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All...

Page 1: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

178

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Cerpen tentang Dunia Trader

Page 2: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

179

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Proses Menjadi Seorang Trader Berjaya Artikel ini saya copy dan paste untuk anda memahami proses menjadi seorang trader. Mungkin pernah anda baca di blog-blog atau website-website lain. Mudah-mudahan artikel ini berguna sebagai renungan untuk kita semua bagi memuhasabahkan diri dalam proses mendapatkan strategi terbaik dalam bertrading.

Tahap 1 (Unconscious Incompetence)

Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan trading dan bahawa pendapatan seorang trader mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat.

Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar.

Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.

Page 3: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

180

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari. Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan pertolongan indikator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan.

Anda menjadi bongkak kerana merasakan telah berjaya menjinakkan pasaran. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda.

Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK selama-lamanya. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??

Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading kerana telah pernah berjaya membuat profit sebelum ini, walaupun semua fakta berkata sebaliknya (Persoalannya: Apakah minggu ini profit?, atau Bulan-bulan yang lepas profit?, ataupun Sepanjang Tahun ini konsisten profit?).

Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu.

Anda tidak mempunyai strategi yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian

Page 4: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

181

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian kerana anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.

90% orang yang trade hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila, dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi.

Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk. Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan terus mengambil wang dari rakan-rakan mereka dengan menabur pelbagai janji-janji (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka kerana telah mempunyai teknik yang berkuasa untuk menjana pulangan yang lumayan.

Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri.

Page 5: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

182

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu seminggu hingga sebulan.

90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.

Tahap 2 (Conscious Incompetence)

Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat berfikir secara bernas.

Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’ (sistem yang sempurna/ keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100%, sistem yang tidak ada kerugian). Anda mulai membeli sistem yang ada di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.

Page 6: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

183

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi trading/indikator, anda akan test semua indikator yang ada di Meta Trader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri (biasanya gabungan 2 atau 3 indikator). Anda akan bermain-main dengan Moving Average, Fibonacci Lines, Elliot Waves Counting, Camarilla Pivot, DeMark, Fractal, MACD, RSI, DMI, ADX, Bollinger Bands, Stochastic dan ratusan indikator/meter/EA/robot yang lain yang ada temui.

Anda tahu bahawa pasaran terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1 indikator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap indikator. Anda tahu keunggulan indikator tersebut dan juga kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indikator tersebut. Namun anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda telah melakukan yang terbaik.

Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu.

Page 7: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

184

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Anda ingin mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walhal anda tidak. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu, anda rasa anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan tapi tetap gagal.

Anda akan jadi seperti seorang remaja yang ghairah. Trader yang lebih berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik. Anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan-bahan di internet dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam kebijaksanaan anda - overload information).

Kini anda akan mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan sebagainya serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat pembelajaran trading yang mengatakan diri mereka jaguh dalam bidang trading yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan.

Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail anda. Namun di tahap ini anda akan sentiasa

Page 8: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

185

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari tanpa pun perlu mengkaji begitu banyak sistem dan anda pula terus kerugian.

Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir sekitar 3 bulan.

Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.

Tahap 3 (The EUREKA Moment)

Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada indikator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang baik.

Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan

Page 9: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

186

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.

Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting. Di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30saat berikutnya. Apa yang anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan style trade anda serta bimbingan seseorang (mentor) berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya

sehingga sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli.

Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar daripada untuk rugi. Anda hanya trading jika ada signal dari sistem anda, anda selalu menggunakan stop loss, kerana anda tahu stop loss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading.

Ketika stop loss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.

Page 10: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

187

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.

Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/mentor atau teman yang berpengalaman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya.

Ia mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu.

Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru/mentor yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau.

Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan pasaran.

Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.

Page 11: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

188

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Tahap 4 (Conscious Competence)

Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang anda lakukan adalah sebahagian dari risiko dalam apa jua bisnes.

Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target

keuntungan trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.

Page 12: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

189

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indikator yang sesuai bagi menyokong sistem anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat pengalaman bertrading sebenar.

Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.

Tahap 5 ( Unconscious Competence )

Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini. Di tahap ini anda mampu trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit dan seterusnya.

Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim, dimana anda telah dapat menguasai emosi anda dan kini anda trading

Page 13: Cerpen tentang Dunia Trader · 2020-07-01 · Simplified Trading Signal Online #STSOn9 178 All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; Email: ajl.stson9@gmail.com; +6016-438 6446

Simplified Trading Signal Online #STSOn9

190

All rights reserved: AJL (M) Sdn Bhd, 2020; https://www.stson9.com/ Email: [email protected]; +6016-438 6446

dengan akaun yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang anda peroleh.

Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan mereka, kerana anda pernah berada di posisi mereka suatu masa dahulu. Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader Tahap 1.

Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu

membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau dan trading di sana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.

Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan akaun anda akan berlipat-ganda dari akaun awal.

Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namun sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.

Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini. Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:

“SAYA SEORANG TRADER”