Cerpen AD +IZ

204
BAB 1 AKU masih khusyuk di meja jahitku, langsung tak menghiraukan kereta yang lalu-lalang di luar cermin kaca butik. Baju kurung yang sudah hampir sempurna jahitannya, aku bawa dekat ke wajah. "Adry!!!" Suara Kak Timah meletup macam bom nuklear membuatkan jahitan tulang belut aku nyaris-nyaris bertukar jadi tulang ikan jaws! Tersasar dari tempat yang sepatutnya. Adoi! Haru betul la akak sorang ni. Kalau sehari tak menjerit tak sah. Dibuatnya macam latihan vokal pulak. "Kenapa, kak?" soalku perlahan. Dah petang-petang ni, bateri badan aku dah low….Sempat aku mengerling jam di dinding. Sepuluh minit lagi, masa kerjaku akan tamat. Katil di rumah sewa sudah terbayang di layar mata. Keseronokan dapat meluruskan segala tulang-temulang di atas katil sudah terasa-rasa. "Puan Karen lupa bawak ni!" Suara high pitch itu betul-betul mendarat di tepi telinga aku. Aku menggosok-gosok cuping telinga. Pekak la aku, kak oi! Bila melihat tangan Kak Timah yang penuh dengan baju-baju lip lap-lip lap glamor tak ingat dunia dah tu, jantung kat dada aku rasa nak luruh. Mulut aku pun automatik ternganga. "Baju fashion show! Puan Karen lupa bawak," rungut Kak Timah sambil membelek satu per satu pakaian yang elok berbungkus di dalam plastik. Aku tepuk dahi. Biar betul? Ini sudah kira kes berat ni! Dari tak ada kerja, dah jadi ada kerja! Masak, masak…. Aku panjangkan leher, memerhati segenap ruang kedai. Kosong. Cuma ada aku dan Kak Timah sahaja di dalam butik ini. Aku mula rasa tak sedap hati. Hidung seakan dapat menghidu bau tak sedap yang bakal dihadapkan kepadaku. Puas mulut menghembus angin di kiri dan kanan, menolak bala beban kerja yang mungkin akan dihumbankan ke pundakku. Jangan la… aku baru berangan nak balik awal. Dah seminggu kerja sampai tengah malam gara-gara nak siapkan baju-baju yang ditempah. Si Chot tu pulak sedap-sedap aje pergi honeymoon kat KwaZulu yang aku sendiri pun tak

Transcript of Cerpen AD +IZ

Page 1: Cerpen AD +IZ

BAB 1

AKU masih khusyuk di meja jahitku, langsung tak menghiraukan kereta yang lalu-lalang di luar cermin kaca butik. Baju kurung yang sudah hampir sempurna jahitannya, aku bawa dekat ke wajah. 

"Adry!!!"

Suara Kak Timah meletup macam bom nuklear membuatkan jahitan tulang belut aku nyaris-nyaris bertukar jadi tulang ikan jaws! Tersasar dari tempat yang sepatutnya. Adoi! Haru betul la akak sorang ni. Kalau sehari tak menjerit tak sah. Dibuatnya macam latihan vokal pulak. 

"Kenapa, kak?" soalku perlahan.

Dah petang-petang ni, bateri badan aku dah low….Sempat aku mengerling jam di dinding. Sepuluh minit lagi, masa kerjaku akan tamat. Katil di rumah sewa sudah terbayang di layar mata. Keseronokan dapat meluruskan segala tulang-temulang di atas katil sudah terasa-rasa.

"Puan Karen lupa bawak ni!"

Suara high pitch itu betul-betul mendarat di tepi telinga aku. Aku menggosok-gosok cuping telinga. Pekak la aku, kak oi! 

Bila melihat tangan Kak Timah yang penuh dengan baju-baju lip lap-lip lap glamor tak ingat dunia dah tu, jantung kat dada aku rasa nak luruh. Mulut aku pun automatik ternganga. 

"Baju fashion show! Puan Karen lupa bawak," rungut Kak Timah sambil membelek satu per satu pakaian yang elok berbungkus di dalam plastik.

Aku tepuk dahi. Biar betul? Ini sudah kira kes berat ni! Dari tak ada kerja, dah jadi ada kerja! Masak, masak…. 

Aku panjangkan leher, memerhati segenap ruang kedai. Kosong. Cuma ada aku dan Kak Timah sahaja di dalam butik ini. Aku mula rasa tak sedap hati. Hidung seakan dapat menghidu bau tak sedap yang bakal dihadapkan kepadaku. Puas mulut menghembus angin di kiri dan kanan, menolak bala beban kerja yang mungkin akan dihumbankan ke pundakku.

Jangan la… aku baru berangan nak balik awal. Dah seminggu kerja sampai tengah malam gara-gara nak siapkan baju-baju yang ditempah. Si Chot tu pulak sedap-sedap aje pergi honeymoon kat KwaZulu yang aku sendiri pun tak tahu wujud ke tidak tempat tu dalam peta dunia. Katanya seminggu, tapi ni dah masuk minggu ketiga. Dah sesat tak tahu jalan balik agaknya. Tak pasal-pasal aku terpaksa cover kerja-kerjanya yang tergendala. 

Dan saat itulah aku teringat bahawasanya Suhaimi, budak despatch butik kami ambil cuti sakit hari ini. 

"Adry, tolong hantarkan ke airport, ya! Akak rasa sempat lagi ni!"

Permintaan Kak Timah terasa bagaikan batu besar yang dihempap di atas kepalaku. Arahan tak bertulis Kak Timah merangkap orang yang diamanahkan oleh Puan Karen untuk menjaga butik, aku rasakan seperti hukuman mandatori: gantung sampai mati. Tak boleh tidak, mesti dipatuhi! Wajib! 

Aku dah agak dah! Memang aku la yang kena pergi. 

Page 2: Cerpen AD +IZ

Budak-budak yang lain, Si Nini dan Sabariah, macam tau-tau aje ada ‘bala’ nak tiba, terus volunteer pergi rumah Datuk Wasil selepas makan tengah hari tadi. Kononnya nak tengok dan touch-up mana-mana patut sebelum majlis perkahwinan anak Datuk Wasil berlangsung esok. Padahal, masa aku pergi semalam, semuanya dah siap. Khemah dah tegak. Pelamin dah terhias cantik. Baju pengantin, bilik pengantin dan yang lain-lain semuanya dah tersedia. Tinggal langsungkan majlis aje. Kaki auta betul la budak-budak tu! 

Dek kerana hormatkan Kak Timah selaku pekerja senior, aku sambut juga pakaian-pakaian yang dihulurkan. Muka yang pahit-pahit payau terpaksa aku maniskan. Punah-ranah harapanku nak balik awal hari ni! 

Huh! Dari aku membebel, baik aku cepat-cepat hantar baju ni. Cepat hantar, cepat aku dapat balik. Kenderaan penuh sesak di jalan raya. Maklumlah, office hour baru sahaja tamat. Susah la nak dapat teksi macam ni, gerutu hatiku. Dah tiga kali tahan. Ketiga-tiga teksi ada penumpang. Aku dah terasa macam orang-orang aje kat tepi jalan ni. Terlambai-lambai dari tadi….

"Teksi!!!"

Dek kerana terlampau tension, aku menjerit sekuat hati.

Skreeet!!! 

Ha, ambik kau! Tiga teksi berhenti mengejut kat depan aku. Cheh, rasa macam Lindsay Lohan dalam filem Just My Luck la pulak.

"KLIA, please!"

Dan teksi merah kuning itu terus meluncur laju sebaik sahaja aku meloloskan diri ke dalam perutnya.

LELAKI berusia hampir setengah abad itu masih tidak jemu-jemu memancing perhatianku dari tempat pemandu. Kenderaan yang bertali arus di lebuh raya langsung tak menghalangnya dari terus mencuri pandang wajahku. Tahulah aku ni gadis cantik yang kelihatan ayu bertudung. Tapi tak payahnya terteleng-teleng kepala tu!

"Apa nama cik adik ni? Tinggal kat mana? Boleh bagi nombor telefon kat abang?"

Abang? Yaiks!

Herot-berot mulut aku mendengar soalan pak cik teksi ni. Gatal tak kena tempat. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Dari tadi asyik menoleh ke belakang. Bukan nak tengok kereta yang ada kat belakang, tapi nak tengok aku! Agaknya kalau boleh tanggal biji mata tu, dah ditanggalkannya dan letak kat belakang kepala. Sekali tersondol kereta kat depan, padan muka! Cepat la sampai… tak kuasa aku nak layan kerenah pak cik bergigi jongang ni!

Jejak aje tayar teksi kat kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terus hidup nyawa aku. Aku terus keluar dari teksi. Baju-baju yang sudah dimasukkan oleh Kak Timah dalam beg aku angkut sekali.

Tengah aku tercangak-cangak mencari kelibat Puan Karen, mataku disajikan dengan drama sebabak antara seorang perempuan dengan seorang mamat ni. Pakwe dia kut. Yang perempuan tu punyalah cun, badan ala-ala model. Kalau orang kelentong aku cakap dia Miss Universe pun, aku percaya.

Page 3: Cerpen AD +IZ

Tapi mamat tu pulak chubby, misai dan jambang penuh kat muka. Itu tak cerita lagi bab baju yang dia pakai. T-shirt warna putih tu yang dah lusuh dan penuh dengan minyak hitam, berseluar jeans koyak sana-sini dan pakai selipar jepun aje. Pergh! Serabut betul mamat ni! Tak padan langsung dengan awek dia. Ibarat langit dengan bumi!

Hah… tu dia! Dia dah buat adegan tarik tangan dan bagasi si awek tu pulak. Si awek tu buat muka marah. Yang mamat tu pula buat muka bengang. Dua-dua bermuka tegang. Best ni! Silap-silap ada adegan menangis dan sesi melutut merayu pulak nanti. Ha ha ha… aku gelak dalam hati.

Suara lemak merdu announcer KLIA membuatkan aku menepuk dahi. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa tujuan aku ke mari? Mataku kembali meliar mencari susuk tubuh Puan Karen. Takkan dah masuk balai berlepas kut? Kalau ikut logiknya, dah memang dia kena ada kat situ sekarang. Flight dia akan berlepas bila-bila masa aje kalau ikutkan pengumuman tadi. 

Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang Puan Karen buat ni memang tak masuk akal langsung. Puan Karen yang aku kenal sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalau boleh apa aje yang dia buat mesti kena perfect. Aku yang dah kerja hampir enam bulan dengan dia memang dah sedia faham dengan perangai perfectionist Puan Karen. High-expectation.

Tapi kali ni menimbulkan ‘misteri nusantara’ betul bila dia tak bawa baju-baju fashion show dia ni ke Thailand. Bukankah dia ke sana sebab ada fashion show? Kalau dah baju-bajunya takde, apa yang nak diperagakan oleh model-model dia tu? Takkan nak tayang body aje kut?

Aku segera memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana Dia mempermudahkan pencarianku. Nun di sana, aku ternampak Puan Karen tengah sibuk menilik sesuatu di salah sebuah kedai di situ. Dan... eh, eh! Dia dah menonong ke pintu balai berlepas la! No... no... no! Tunggu aku!

Tudung kepala aku perbetulkan. Ikatan tali kasut aku perkemaskan. Beg di tangan aku pegang erat-erat. Persediaan untuk lari pecut. Satu, dua dan... lari!!! Aku terus berlari. Garisan penamat aku adalah Puan Karen yang tengah tunggu turn untuk diperiksa barang-barang yang dibawanya. Hu hu… sempat ke ni? Tawakal aje la!

Dalam semput-semput berlari, aku terperasan mamat serabut yang dok bergaduh dengan awek dia tadi, turut sama dalam acara lari pecut kat lantai KLIA ni. Di belakang mamat serabut tu pulak ada dua orang lelaki lengkap dengan pakaian serba hitam. Siap cermin mata hitam lagi tengah mengejar dia. Dah macam gaya ala-ala Men In Black (MIB) pun ada aku tengok. Kemudian aku lihat lelaki-lelaki MIB tu pulak dikejar oleh lima orang anggota polis. Eh, siapa kejar siapa ni? Polis kejar MIB, MIB kejar mamat serabut, mamat serabut kejar awek dia. Gitu?

Kami menuju ke arah yang sama. Yang tak masuk akalnya pasal lelaki tu, dia boleh lari dan potong aku sedangkan akulah yang leading acara lari pecut ni tadi. Aku mengibaratkan dia macam treler yang sarat dengan muatan dengan kelajuan 110km/j. Logik ke? Memang tak boleh diterima akal langsung!

Dan entah macam mana, badan dia yang bersaiz XXL tu boleh melanggar aku semasa dia nak over take aku. Larianku tersasar ke deretan candies yang dipamerkan di luar deretan kedai. Dan…

"Aaahhh!!!" jeritku dengan mata tertutup. Tak berani nak menjangka apa akan terjadi.

Gedebuk!

Aku landing kat atas permukaan yang tak rata. Eh, bukan lantai sepatutnya rata ke?

Page 4: Cerpen AD +IZ

"Cik, cik okey tak ni?"

Satu suara lelaki menyapa betul-betul kat sebelah telingaku. Aku buka mata. Terasa semua darah merah naik ke muka. "Hei! Apa awak buat ni? Gatal!"Melengking suaraku ketika itu.

Lelaki itu terkejut mendengar nada suaraku yang tinggi. Anak matanya dibesarkan. "Awak jangan nak sesuka hati melabel saya, ye! Saya atau awak yang gatal? Awak sedar tak yang awak tarik saya sampai saya terjatuh!"

"Apa pulak saya?" bidasku.

"Cuba tengok kedudukan kita sekarang ni! Awak yang tarik saya sampai saya jatuh tergolek. Even your legs are on top of me now! Lepas tu awak boleh label saya gatal pulak? Are you nuts?"

Aku mengenal pasti kedudukan kami. Alamak! Rasa macam nak jadi orang halimunan aje bila tengok kebenaran yang terbentang di depan mata. Entah bila masanya aku sauk lelaki ni sampai kami boleh jatuh bersama. Mungkin tindakan refleks aku tadi sebab nak terjatuh. 

"Will you move your legs off from me?" pinta lelaki itu dengan garang.

Sekali lagi aku termalu sendiri. Aku cepat-cepat angkat kaki dan berdiri dari terus menindih tubuhnya. Sedang aku kalut-kalut menyusun kata-kata manis bersulam maaf untuk lelaki itu, aku terasa bahuku dicuit oleh seseorang. Aku segera menoleh ke belakang.

"Cik adik, ingat teksi abang guna air ke? Tambangnya mana? Lain la kalau cik adik sudi jadi isteri nombor tiga abang. Abang boleh bagi diskaun!"Pak cik teksi tersengih lebar menampakkan gigi jongangnya yang kuning.

Uweks! Nak termuntah aku. Ish, pak cik teksi ni tak blah lagi rupa-rupanya. Oh, aku lupa nak bayar tambang teksi! Patut la…. 

"Encik… aaa… pak cik. Ala… korang tunggu la sini kejap. Tunggu tau!"

Aku terus angkat kaki dari situ sambil melaungkan nama Puan Karen. Nasib baik dia tak masuk lagi ke laluan berlepas. Stuck kat mesin scanner.

"Adry, thank you so much! I betul-betul lupa nak bawa baju-baju ni. Terima kasih sekali lagi."

Terima kasih, terima kasih gak Puan Karen.... Balik dari trip ke Thailand nanti jangan buat-buat lupa pulak nak bayar duit overtime dan claim duit minyak teksi. Aku bukan tokei cop duit, weih! 

"Takpe… have a nice trip!"

Selepas menepuk bahuku beberapa kali, Puan Karen terus berlalu pergi.

Fuh! Selesai satu bala. Dua bala lagi menunggu. Aku berjalan balik ke tempat pak cik teksi tadi. Lelaki yang aku langgar tadi pun masih tak berganjak dari tempatnya. Hmmm… bagus! Bertindak mengikut arahan.

"Pak cik, ini… ini…."

Aku seluk kocek seluar dalam-dalam. Eh, mana beg duit aku? Alamak! Takkan tertinggal kut?! "Aaa.

Page 5: Cerpen AD +IZ

…"

"Ada ke tak ada ni?" soal pak cik teksi itu dengan penuh curiga.

"Ada… tapi beg duit saya tertinggal kat butik." 

Aku tersengih sambil buat muka poyo. Minta-minta ada la belas ihsan di hati pak cik teksi ni.

"Abis tu, macam mana ni? Abang nak balik pun tak ada duit. Minyak teksi yang ada tu pun, setakat sekerat jalan lepas la…."

"Maaf pak cik. Apa kata pak cik hantar saya balik ke butik. Nanti sampai sana saya bayar."

Tapi kalau dah minyak teksi dia cukup sampai sekerat jalan aje, sampai ke butik nanti? Masalah, masalah.

"Berapa tambang dia pak cik?" soal lelaki itu tiba-tiba.

"RM65.70."

Lelaki tu mengeluarkan walletnya. "Nah! Pak cik simpan aje la bakinya tu." 

Dua helai not RM50.00 bertukar tangan. Mesti orang kaya ni. Kalau tak, takkan mudah sangat bagi duit. Eh, kenapa lelaki ni baik hati sangat? Aku kenal pun tidak dia ni. Entah-entah ada udang di sebalik batu. Seperti apa yang pernah dipesan oleh arwah ibu dan yang sering dinasihatkan oleh Kak Timah. Lelaki kaya ni mula-mula tabur budi, lepas tu ambik kesempatan ke atas kita sampai tergadai body.

Sorry la! Aku tak mudah termakan budi!

"Eh, apesal encik bayarkan tambang saya?" soalku bengang. 

"La… saya nak tolong orang dalam kesusahan, takkan tak boleh kut?"

"Tapi saya tak minta pun encik tolong saya. Entah-entah encik ni ada muslihat nak kenakan saya, tak? Dengar kata orang kaya ni ada 1001 macam helah nak menipu," tempelakku.

"Do I look like ‘that’ kind of person, miss? Kalau saya nak ‘beli’ awak, saya takkan beli awak dengan RM100.00 la. Macam la saya ni sengkek sangat! Lagipun bukannya berbaloi beli awak!" gerutunya kegeraman.

Pak cik teksi tadi mengundurkan diri perlahan-lahan. Malas nak ambik port. Lagipun untuk apa? Duit dia dah dapat.

"Hah, tengok! Betul, kan sangkaan saya. Encik memang ada niat nak ‘beli’ saya dengan duit!"

"Eh, kenapa awak ni prejudis sangat? Awak ingat semua orang kaya tu jahat dan semua orang miskin tu baik? Nonsense. Dah la! Saya malas nak bertekak dengan awak. Saya dah jelaskan kerugian kedai candies tadi. And for your information, you owe me an apology and a gratitude!"

Lelaki itu berlalu pergi dengan bagasinya setelah menghadiahkan aku satu jelingan maut. Ada rasa kesal bermukim di hati. Bukankah aku sepatutnya berterima kasih dengannya sebab tolong bayarkan tambang teksi dan kerugian kedai tu? Ni lain pulak jadinya. Adry, Adry… mana pergi adab kau ni? 

Page 6: Cerpen AD +IZ

Aku pandang orang ramai di sekelilingku. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dan seorang pun tidak aku kenali. Aku ni macam mana? Takkan nak bertapa kat KLIA ni? IC, duit, semua tinggal kat butik. Entah macam mana boleh timbul satu idea gila dalam otak aku ni. Dengan drastiknya aku berlari memintas langkah lelaki berlidah laser itu. Tangan aku depakan selurus-lurusnya di hadapannya. 

"Now what?"

Muka dia nampak bengang sebengang-bengangnya. 

"Encik, alang-alang encik dah buat kebajikan dengan bayar tambang teksi saya dan kerugian kedai tadi, apa kata encik buat lagi satu kebajikan."

Lelaki itu angkat kening.

"Tolong pinjamkan duit untuk tambang balik saya pulak?"

Melopong mulut lelaki itu mendengarnya.

Aku senyum dan angkat dua jari. Peace!

AIR MINERAL sejuk dalam gelas aku teguk sehingga habis. Kak Timah masih bercerita tentang rasa tidak puas hatinya terhadap salah seorang pelanggan kami.

"Ya Allah, Adry… akak betul-betul minta maaf sebab terpaksa susahkan Adry lagi. Masa akak lalu kat bilik Puan Karen, baru akak teringat pesanan Puan Karen sebelum dia pergi KLIA tadi. Dua tiga hari lepas customer ni cakap nak ambil sendiri. Pagi tadi, tiba-tiba pelanggan tu minta Puan Karen hantar baju-baju tu ke rumah kekasihnya. Dah la tu, siap marah-marah lagi. Adry tolong hantarkan, ek? Tolong akak, ek…."

Bila terpandangkan perut Kak Timah yang memboyot ke depan tu, nilai-nilai murni dalam diri aku mula timbul. Takkan aku nak biarkan Kak Timah yang sarat mengandung tujuh bulan berkejar ke rumah Tengku tu. Terberanak pulak akak aku yang sorang ni nanti!

Masa semakin suntuk. Kurang sejam sahaja dari masa yang dijanjikan. Nak tak nak terpaksa la aku menjejakkan kaki ke banglo bertaraf istana tu, menghantar tiga pasang baju yang ditempah. Sepasang night dress labuh, sepasang kebaya pendek warna putih dan sepasang kurung moden. Harga setiap satu aku sendiri kurang pasti berapa ribu. Tengok kain aje dah tau dah, kain jenis mahal. Tentulah harganya pun mahal.

Orang yang tempah baju ni pun satu, ambil sendiri tak boleh ke? Masa tempah tahu datang ke butik. Tup tup… bila dah siap, suruh kami hantar pulak. Dah la penat berkejar ke KLIA tadi tak habis lagi. Aku tak kira, aku nak paksa Puan Karen bayar triple untuk gaji hari ni lepas Puan Karen balik dari Thailand nanti. Ni dah kira ‘over-over’ time ni! omelku di dalam hati.

Dalam pada itu, pintu pagar dan pintu rumah dibuka. Sebelum orang gaji rumah besar tu sempat berkata apa-apa, seorang lelaki menerpa ke arahku."Akhirnya… datang juga you. Masuk! Kita dah tak ada banyak masa!"

Kita? Masa? Baru aje aku nak buka mulut, tanganku segera ditarik masuk. Dan pintu ditutup. Ooo…

Page 7: Cerpen AD +IZ

ooo….

"SAKITLAH! Awak ni nak bunuh saya ke apa?" jeritku lantang. 

Lelaki lembut itu segera menjarakkan badannya. 

"Honey, tak ada orang mati sebab cabut kening la. You duduk aje la diam-diam," katanya dalam nada lembut.

"Habis tu, dah sakit. Takkan nak diam aje? Saya ni bukan robot, tau!"

"I tell you what, untuk jadi cantik you kena la tahan sakit sikit. Takkan you tak nak ‘impress’kan your future-in-laws?"

Future what? Melongo mulutku mendengar. "Encik Lembut…"

"Nama I Che Nan la… bukan Encik Lembut, okey?" pintasnya. Tangannya mula beralih pada peti make-up yang bertingkat-tingkat macam rumah pangsa tu. 

"Okey, Che Nan… mula-mula saya nak tanya, kenapa saya kena make-up, grooming bagai ni? Saya ke sini cuma nak hantar baju aje."

Mengilai Che Nan tergelak.

Dua orang perempuan merangkap pembantu Che Nan pun bantai sekali gelak.

Aku buat lawak ke? Dalam pada itu, tangan Che Nan ligat ‘menconteng’ warna di wajahku.

"Sayang, you ni nak buat lawak ke apa? Ke you ada temporary amnesia? Malam nikan you ada sesi berkenalan dengan keluarga bakal tunang you?"Tunang?

"Well, at least itu yang diberitahu oleh Ku Makmur tadi...."

Sempat telingaku menangkap suara Che Nan menyambung ayatnya tadi.

Aku kerut muka. Aku? Nak bertunang? Biar betul? Kawan lelaki aku tak ramai, steady boyfriend langsung tak ada, macam mana pulak aku nak bertunang? Tak masuk akal betul semua ni! Satu-satunya yang aku pasti, Che Nan dah salah faham tentang kehadiran aku di sini. "Saya rasa ada salah faham kat sini. Saya tak kenal pun siapa bos awak. Saya cuma pekerja butik. Dan saya ke sini sebab nak hantar baju-baju tu aje."

Che Nan melentokkan kepalanya ke bahuku. Tudung di kepalaku yang sudah pun ditukar dengan tudung yang dibawa oleh pembantu Che Nan tadi, dibetul-betulkannya.

"Pekerja butik? Hmmm… you memang pandai berlakon. Sebab tu la paparazi Malaysia tak dapat kesan hubungan you dengan Ku. Whatever la! I tau, you ni mesti tengah gabra sebab nak jumpa keluarga bakal mertua, kan? Tu yang cakap pun merepek-repek. It’s okay! I pernah jumpa lagi teruk dari you."

"Tapi saya…"

Page 8: Cerpen AD +IZ

"Okey, dah siap! Sekarang you boleh tengok cermin."

Aku tengok cermin di meja solek. Ya Allah, apa dah jadi dengan muka aku ni? Merah sana, biru sini. Hmmm… memang muka aku nampak lain. Bila tengok lama-lama, baru la aku sedar sesuatu. Cantik jugak aku ni, ek? Tak pucat lesi dan serabai (selekeh) macam selalu. Isk, betul ke aku ni?

"Betul ke saya ni?" tanyaku pada Che Nan.

"Kenapa? Tak cantik ke Che Nan solek?" balas Che Nan sambil bercekak pinggang.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi suara seseorang di luar bilik. Kalut la sekejap kami semua. 

Beberapa saat kemudian, pintu bilik dibuka. 

"Ku…" seru Che Nan manja pada lelaki yang menerpa masuk. 

Hmmm… ni agaknya bos dia. Kelatnya muka! Lengan lelaki ‘terlebih lemak’ tu dikepitnya erat lalu dibawanya menghampiriku. Rasa-rasa macam kenal aje lelaki ni. Eh, bukan ke ni lelaki marathon kat KLIA tadi?

"Siapa perempuan ni?" soalnya kasar. 

Tangan Che Nan yang melingkar di lengannya segera ditepis.

Che Nan tarik muka. Merajuk la tu! Bibirnya yang merah menyala tu dimuncungkan. 

Cuma ada tiga orang perempuan aje kat dalam bilik ni termasuk aku. Tapi rasanya ‘pompuan’ yang dimaksudkan tu adalah... aku! Sebab mata dia asyik pandang aku. Perempuan dia panggil aku? Hek eleh, cantiknya bahasa!

"Your future fiancée la. Cantik sangat ke I solek sampai you dah tak kenal girlfriend you ni lagi…" jawab Che Nan dengan nada ala-ala merajuk manja. 

Lelaki tu pandang aku atas bawah. Kemudian aku tengok mukanya berkerut-kerut. Huh, huduhnya (hodohnya) muka!

"Che Nan, aku nak cakap dengan perempuan ni kejap! Kami berdua aje…" ujarnya setelah selesai ‘menelaah’ aku.

Che Nan segera faham dengan arahan bosnya. Dua orang pembantunya digamit keluar.

Mata lelaki itu terus mengawasi Che Nan dan para pembantunya keluar. Sebaik sahaja pintu bilik tu tertutup, barulah dia memandangku semula.

"You must be the ‘woman’ or should I say the brave and crazy ‘woman’. The one and only woman who dares to take this absurd, childish, idiot job! For your information, I don’t like role play. I prefer real play. As long as you can do whatever I say, I will pay you triple as compared to the agreement that you have signed before!"

Aku melopong. Apa yang dia cakap ni? Role play? Agreement? Dari muka dan warna kulitnya aku tau dia ni bukan Melayu tulen tapi takkan tak boleh cakap bahasa Melayu kut? Elok aje dia cakap bahasa Melayu dengan Che Nan tadi. Ini mesti kes nak berlagak la ni! 

Page 9: Cerpen AD +IZ

"Encik ni cakap BM tak boleh ke? Masa SPM dulu failed BM ke?" perliku.

"Kenapa? Awak tak faham ke?" sindirnya pula.

Hah, kan boleh cakap Melayu tu!

"Tak!"

"Ridiculous! She could do better than this…" rungutnya kuat.

She? Siapa pulak tu?

"Oit! Meraban (merepek) apa pulak lagi ni?" perliku, sengaja mengenakannya. 

"Okey, cik what-ever-your-name-is… saya akan bayar awak tiga kali ganda atau lebih daripada apa yang perempuan gila tu dah bayar pada awak. Dengan syarat awak ikut aje semua arahan saya. Dan mainkan peranan awak sebaik mungkin. Kalau boleh saya tak nak ada kesilapan. Saya nak lakonan yang real!"

Perempuan gila mana pulak ni? Puan Karen ke yang dia maksudkan? Ish… memang la Puan Karen tu gila sikit, gila perfect! Tapi itu dikira gila macam orang sakit mental jugak ke? Lelaki ni kenal Puan Karen ke? Datang butik pun tak pernah rasanya. Macam mana dia boleh kenal pulak? Peliknya….

"Peranan?" soalku. Dagu aku gosok-gosok dengan jari telunjuk.

"Hmmm… buat-buat tak faham pulak! Jadi kekasih saya untuk malam ni sahaja. Ingat! Saya tak nak sorang pun curiga atau tahu yang awak bukan kekasih saya. Saya tak nak awak malukan keluarga saya. Habis aje malam ni, kita boleh kembali macam sebelum ni; stranger a.k.a. orang asing yang saling tidak mengenali."

Ceh, siap tekankan lagi perkataan ‘sahaja’ tu!

"Entah malaun mana entah dok sebarkan cerita kata aku nak bawak awek. Sengal betul!"

Lelaki itu merungut sendirian. Memang sah lelaki ni yang gila! 

"Encik ni gila la," ujarku spontan. Dah memang gila pun permintaannya. 

"Kawan awak tu lagi gila! Tergamak dia buat saya macam ni! Rasa macam tak berharga satu sen pun!" bentaknya keras. Dia mula mundar-mandir di sekitar bilik. 

Betullah… aku rasa lelaki ni tak gila tapi tiga suku atau pun setengah tiang. Ya Allah, kenapa aku harus terlibat dengan kegilaan orang ni? Sebelum aku terlibat dengan kegilaannya dan menjadi betul-betul sewel, lebih baik aku keluar aje dari sini. "Encik, saya ni sebenarnya…."

"Saya bagi awak masa tiga minit aje! Awak fikir la sama ada awak nak teruskan atau tidak. Kalau awak setuju... RM10,000.00 saya akan transferkan ke akaun awak sekarang ni juga. Baki lagi RM20,000.00 saya akan transfer selepas kerja awak selesai."

Aku kurang pasti dengan bentuk urus niaga yang cuba dijalankan dengan aku ni. Tapi yang pastinya otak aku mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di rumah minggu lepas. Adry, mungkin inilah caranya! Cara terbaik untuk membalas jasa, cara untuk menyelamatkan nyawa! 

Page 10: Cerpen AD +IZ

"Macam mana?"

"Saya setuju!" ujarku penuh yakin.

"Good!"

Dia meluru ke notebook yang sedia terpasang di sudut bilik. Menekan-nekan papan kekunci dan kemudian bertanyakan nombor akaunku. Beberapa minit kemudian, dia menghulurkan notebook itu kepadaku. Jarinya menunjukkan sesuatu di skrin. Wow! Dalam sekelip mata akaun aku dah ada RM10,021.72! Lumayan! 

"Puas hati?"

Aku angguk kepala. Siapa tak suka bila dapat duit? Orang gila pun suka. 

"So, kita jumpa kat bawah dalam masa sepuluh minit lagi. See ya!"

AKU masih berdiri di anak tangga. Mana malaun ni? Tadi kata nak tunggu kat sini. Aku dah tercangak-cangak kat sini macam orang tak betul aje. Pembantu-pembantu rumah dah pandang semacam aje kat aku. Dah la aku tak kenal sorang pun kat sini. Lelaki tu pun aku tak kenal jugak. Tapi at least aku dah borak-borak dengan dia tadi. Che Nan dan pembantu-pembantu dia pun dah lesap entah ke mana. Alah… menyesal pulak aku setuju dengan idea gila lelaki tu. Kan elok kalau aku tolak tadi. Dah tentu-tentu sekarang aku dah ada kat rumah makan mi Maggie asam laksa. Pergh! 

Sempat lagi tak kalau aku nak tarik diri? Lelaki tu tak ada. Lagipun sorang pun tak tau ‘urus niaga’ yang kami jalankan. Tapi duit RM10,000.00 dah masuk dalam akaun aku. Problem betullah!

"Hai! Dah lama tunggu?"

Lelaki lengkap ber‘tuxedo’ tu terpacak di sisiku. Aku pandang lama dengan dahi yang berkerut. Siapa pulak mamat ni? "Aaa… awak ni siapa?"

Lelaki itu tersengih tak percaya. "Ler... (la…) bos awak la! Jom buat grand entrance!"

Bos? Eh, ni lelaki tadi tu ke? Ye kut. Mata dia sama. Cuma lelaki ni dah tak selekeh macam tadi. Dia dah buang segala misai, janggut, jambang semua. Bila dah buang semua nampak macam… errr... siapa ek? Tak ingat! Apa pun, boleh tahan juga muka dia ni! Aku tersengih sorang-sorang.

"Bagus! Saya nak awak senyum macam tu sepanjang majlis nanti. Ingat, semua soalan biar saya yang jawab. Kalau saya bagi signal, baru awak boleh jawab," arahnya.Lengannya dihulurkan. Minta dipaut. Aku akur. Berlapik. Tak apa. Dan kami terus melangkah masuk ke ruang utama sebaik sahaja pintu dibuka oleh pembantu rumah. Seorang lelaki kemas berkot hitam menghampiri kami. Bahu lelaki di sebelahku ditepuknya beberapa kali. Senyuman sinis dilontarkan ke arah kami. Lelaki ni... macam aku pernah nampak....

"Aril... semua orang heboh bercakap tentang kau dan bakal isteri kau. Aku ingatkan cerita tu sekadar khabar angin. Tapi nampaknya aku silap. So, this must be…."Lelaki berkot warna hitam itu tidak terus menyambung kata-katanya. Hanya matanya yang melekat pada wajahku.

Page 11: Cerpen AD +IZ

"Your girl... errr... Miss Prejudice?"

Bulat mata kami memandang antara satu sama lain.

"Mr. Charity?" Soalku dengan muka yang pelik.

BUNYI sudu dan garpu yang berlaga sesama sendiri seakan-akan lagu yang mengiringi irama sentimental yang bergema di segenap ruang makan. Masing-masing khusyuk menikmati hidangan setelah mengaminkan bacaan doa makan oleh Imam Masjid Negeri. Sesekali kedengaran bunyi ilai tawa dari meja-meja berhampiran. Seronok la diorang (dia orang). Diorang kenal antara satu sama lain. Dah kaum kerabat, mustahil tak kenal, kan? Aku aje macam kera sumbang kat sini. Tapi aku perasan ada sorang minah lebih kurang sebaya aku menangis tersedu-sedan kat meja sebelah. Sampai menimbun tisu atas meja dek hingusnya. Orang tuanya pula sibuk memujuknya. 

"Kenapa Rianna? Makanan ni tak sedap ke?" soal Nenda Nerrisa yang duduk bertentangan denganku.

Orang tua ni adalah nenek pada ‘bos’. Pada perkiraan aku, umur dia dah nak masuk tujuh puluh tahun. Tapi masih cun dan kuat lagi. Caya la nenda!"Bukan macam tu, nenda... cuma saya dah kenyang."

Terpaksa bohong sunat. Walhal perut aku berkeroncong minta diisi sejak sajian makan malam dihidangkan. 

Makanan yang dihidangkan bukan tak sedap. Semua makanan orang-orang kaya. Mana ada ulam petai, pucuk pegaga, ubi, ikan bilis yang biasa kami makan di kampung. Yang ada... lobster, stik, salad dan segala macam makanan mewah yang tak pernah aku lihat depan mata apatah lagi nak menjamahnya.

Bukannya aku tak teringin nak makan. Yelah, benda free depan mata. Cuma aku takut lakonan aku tak menjadi. Yang aku dapat makan cuma salad hiasan kat hidangan lobster tu aje. Itupun ‘bos’ dah siku aku sebab salad tu jatuh atas meja. Aku kuis sampai jatuh ke bawah. Nasib baik tak ada orang yang perasan.

‘Boyfriend’ aku ni pun satu! Bukan nak tengok aku kat sebelah ni. Entah pengsan ke, tertelan garpu ke? Sedap aje dia menyudu. Patut la badan semangat (gemuk)!"Rianna mesti rasa kekok sebab tak kenal rapat lagi dengan kami, kan?"

Aku siku ‘bos’. Kata nak bagi signal sebagai petunjuk aku boleh jawab atau tak soalan yang diajukan tapi dia tak buat sebarang signal pun. Signal orang kebuluran macam sepuluh tahun tak makan adalah dia buat. Menyudu aje kerjanya.

‘Bos’ angkat kening dengan mata bulat macam mata naga nak makan orang. Marah la tu aku kacau konsentrasi makannya. 

"Jawab aje la," bisiknya dengan mulut penuh. 

Buruk makan betul!

"Betul, nenda. Saya tak sangka keluarga nenda ada makan besar malam ni. Ingat jumpa gitu-gitu aje," jawabku penuh sopan.

Page 12: Cerpen AD +IZ

Memang itu sebahagian dari lakonan aku. Tapi rasanya tak ada sebab aku nak kurang ajar dengan Nenda Nerrisa. Dia baik dengan aku. Layan aku macam cucu sendiri. Sampai aku lupa yang dia bukan nenek aku.

"Bukan keluarga nenda. Keluarga kita…."

Nenda Nerrisa membetulkan ayatku. 

Aku telan air liur. Keluarga kita? Bila masa pulak aku jadi sebahagian dari keluarga ni melainkan aku… ‘bos’… oh, tidak!

Mama dan papa ‘bos’ cuma menjeling aje. Agaknya diorang tak suka aku. Tak suka sudah! Aku pun malam ni aje jadi ‘awek’ anak kau.

Mr. Charity yang berada di hujung meja utama pulak asyik pandang aku. Atas kepala dia macam ada tanda soal sebesar KLIA dan soalan sebanyak penumpang airbus. 

"Nenda bersyukur sangat dapat jumpa dengan bakal isteri Aril sebelum tutup mata. Rianna pun tahu kan, Aril ni dah layak kahwin dah. Nenda kalau boleh nak kamu kahwin secepat mungkin. Yelah, nenda ni dah tak lama lagi…"

"Nenda, kenapa cakap macam tu? Nenda kan Aril punya wedding planner? Kalau boleh Aril nak nenda jadi pengapit pengantin Aril," potong ‘bos’ aku.

Nenda Nerrisa ketawa kecil.

Mereka yang duduk di meja utama pun turut ketawa.

Kecuali Mr. Charity.

‘Bos’ memang pandai buat lawak. Lawak bodoh!

"Nenda ni dah tua. Selalu sakit-sakit. Asyik keluar masuk hospital. Doktor pun dah muak tengok muka nenda yang berkedut ni."

"Jangan risau, Aril akan kahwin tahun ni. Kan Aril dah janji!"

Tiba-tiba Nenda Nerrisa bertepuk tangan. "Bagus la kalau kamu cakap begitu! Alang-alang semua dah ada ni, apa kata Aril kahwin malam ni aje!"

"Hah?!"

Ternganga mulut aku. Lalat bagi salam nak masuk pun aku tak sedar.

"Nenda, Aril tak sedia nak kahwin sekarang!"

Sudu dan garpu terlepas dari tangan ‘bos’. Cadangan Nenda Nerrisa membuatkan seleranya mati.

"Ma, Aril kan tak sedia lagi?" bantah mama ‘bos’.

"Ma, Aril tak stabil lagi… for God’s sake, he’s only twenty five years old!" tukas papa ‘bos’ pula.

Page 13: Cerpen AD +IZ

"Nenda, it’s too soon!" 

Beberapa orang saudara-mara ‘bos’ turut membantah cadangan Nenda Nerrisa.

Nenda Nerrisa bangun lalu menepuk meja.

"Enough!" jerit Nenda Nerrisa. Dia memegang dadanya. Nafasnya turun naik dengan kencang.

Suasana di meja makan kembali sunyi.

Nenda Nerrisa duduk semula. 

"Nenda, marrying a girl almost at midnight is ridiculous!" ‘Bos’ bantah lagi.

"Korang dah tiga tahun bercinta. Dah rancang nak kahwin pun tahun ni. Jadi, apa salahnya kahwin malam ni aje? Sama aje!"

"Tapi kita tak ada preparation, ma…." Mama ‘bos’ bersuara tegas. 

"Pasal hantaran, majlis resepsi dan yang lain-lain, kita tolak tepi. Kita buat yang wajib aje! Akad nikah. Rianna pun anak yatim piatu. Lagi senang kerja kita."

Aku pejam mata. Nenda Nerrisa berkeras. Dia ada jawapan kepada semua bantahan yang dibuat. Nampaknya ‘bos’ aku ni dah terjerat dengan permainannya sendiri. Yang tak bestnya aku pun turut dijerat!

"Tapi nenda, cuba nenda fikir. Mana ada pejabat agama buka malam-malam ni. Syif kadi pun dah abis." 

Bagus! Teruskan ‘bos’! Jangan cepat mengalah. Ni soal hidup mati kita ni!

"Betul tu nenda… lagipun kerja kahwin ni ambil masa. Saya nak juga rasa dapat hantaran lima belas ke dua puluh dulang. Sirih junjung tu boleh jugak la buat gosok-gosok kat gigi. Bunga manggar untuk buat hiasan dalam bilik. Confirm, memang kita orang tak boleh kahwin malam ni."

"Kamu ni semua… berani bantah… cakap nenda…kamu…."

Nafas Nenda Nerrisa turun naik secara abnormal. Tangannya dah kejap memegang dada.

Nenda Nerrisa ada sakit apa? Asma? Jantung? Paru-paru? 

Dan kami mula panik bila Nenda Nerrisa rebah. Nasib baik sempat disambut oleh papa ‘bos’.

"Nen… nenda nak… Aril kahwin… malam ni juga… ni permintaan terakhir nenda!" 

Aku dan ‘bos’ berpandangan dengan wajah pucat. Mata masing-masing dah terbelalak dek mendengar permintaan terakhir Nenda Nerrisa.Lepas masuk kandang harimau, masuk pulak kandang buaya? Haru!

AKHIRNYA mimpi buruk yang tak pernah aku bayangkan terjadi juga. Khayalan indah disunting oleh putera raja idaman hati cuma tinggal kenangan. Lakonan selama tiga jam tiga puluh minit dan tiga

Page 14: Cerpen AD +IZ

puluh sembilan saat, akhirnya berubah menjadi satu kenyataan yang menakutkan. Terikat dalam sebuah perkahwinan yang langsung tak pernah terlintas di dalam benakku. 

Wajahku disolek cantik oleh Che Nan. Tubuhku disaluti dengan pakaian pengantin warna putih gading. Sedondon dengan tudung. Bilik ‘pengantin’ku penuh dengan kerabat perempuan ‘bos’. Semua mata asyik tertumpu padaku. Maklumlah, ini merupakan kali pertama ‘bos’ bawa balik awek misterinya. Selama ni diorang dok fikir yang ‘bos’ bercinta dengan orang halimunan! Dek takut awek ‘bos’ cabut lari, tu la idea nikah express ni timbul dalam kepala nenda ‘bos’.

Nenda Nerrisa nampak relaks berbanding tadi. Mati-mati aku ingat dia kena heart attack. Bila aku cakap aku setuju kahwin dengan cucu dia, terus aje sakit dia hilang. Rupa-rupanya Nenda Nerrisa lagi pandai berlakon! Dah terlajak kata, terpaksalah….

"Tengku Farriel Izumi bin Tengku Mohamad Faris, aku nikahkan engkau dengan Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM330.39 tunai."

Tengku Farriel Izumi? Huwargh huwargh huwargh…! Aku tergelak besar dalam hati. Rasa nak terguling-guling kat lantai mendengar namanya. Lawak dan tak pernah dibuat dek orang! Izumi… macam nama orang Jepun aje. Tapi… kenapa aku macam pernah dengar aje nama tu, ek? Siapa? Isk… tak boleh ingat!

"Aku terima nikahnya Adrianna Mayesa binti Ismail Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM330.39 tunai."

Suara ‘bos’ jelas kedengaran. Menyambut akad yang dilafazkan oleh tok kadi.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Sah! Tengku Farriel Izumi Tengku Mohamad Faris tu Farriel Izumi. Aril... ala… mamat pelik yang pernah satu sekolah dengan aku dulu. Senior yang paling sengal yang pernah aku jumpa. Senior yang tak pernah senang dengan kehadiran aku kat sekolah tu. Ada aje rancangan nak mengenakan aku. Mampus la aku!

Farriel masuk ke bilik. Menundukkan badan dan menyarungkan cincin emas putih ke jari manisku. Demi terpandangkan berpasang-pasang mata yang memerhati, aku paksakan diri untuk menjayakan upacara membatalkan air sembahyang itu. Dalam keadaan separuh rela, aku tunduk mencium tangannya. Kerlipan kamera digital menyilaukan mata.

"Ad, kita jumpa lagi rupanya…." Bisiknya setelah selesai mengucup ubun-ubunku.

Dia ingat?

Mata kami bertentangan. Pandangannya penuh makna. Sukar kutafsirkan maksud pandangan itu. Yang pastinya, ia bukan sesuatu yang baik.Tiba-tiba duniaku terasa gelap!

Page 15: Cerpen AD +IZ

BAB 2

"ARGH! Ni semua kerja gila! Kau gila! Lepas tu kau libatkan aku pulak! Kata berlakon jadi awek aje. Tiba-tiba kena kahwin pulak!" jeritku. 

Lepas tau siapa dia, siapa aku, dan mengingat kembali ‘kenangan’ kami masa zaman sekolah, rasanya aku dah tak ada sebab untuk ber‘saya-awak’ dengan dia. Automatik tukar!

Tekak yang sakit aku tak peduli, janji dapat luahkan apa yang terbuku di dalam hati. Ingat aku anak kambing ke? Sesuka hati aje nak kahwinkan aku!

"Ini bukan plan asal aku, okey! Aku pun tak hingin (ingin) kahwin dengan kau!"

Nada suara Farriel se‘level’ denganku. Mujur bilik yang kami diami agak jauh dari bilik-bilik yang lain. Atau lebih tepat, bilik kami adalah satu-satunya bilik yang ada di tingkat tiga banglo ni.

Farriel mundar-mandir dalam bilik ‘pengantin’. 

Pengantin?

Tepat jam dua belas tengah malam tadi aku dinikahkan dengan Tengku Farriel Izumi. Gila! Siang tadi aku masih ke hulu ke hilir dengan status bujang. Tup-tup, malam ni dah dapat status isteri orang. Aku tak puas jadi bujang lagi la! Aku henyak punggung ke sofa. Tenggelam punggung aku di sofa empuk itu.

"Kau pun gila! Gila duit! Bila pompuan tu offer duit sikit aje, kau dah kelabu mata. Terus setuju nak jadi ‘awek’ aku!" tuduhnya lantang.

Jari telunjuk diluruskan ke arahku.

"Aku setuju nak berlakon jadi awek kau aje. Bukan jadi bini!" bentakku.

Kalau tak mengenangkan saiz badan dia yang tiga empat kali ganda besar daripada aku, dah lama aku ‘cepuk’ mamat ni. Aku pernah belajar tae kwan do tau! Walaupun tak habis belajar. Mulut macam longkang. Sesedap rasa mengata.

"I told you, I prefer real play than role play. Dah alang-alang jadi macam ni, teruskan aje la! Masa terima offer minah mereng tu, kau tak takut. Takkan sekarang takut, kut?"Tak nak aku terikat dengan laki tak ‘cukup’ akal ni. Ingatkan, bila umur dah meningkat, matang la sikit perangai. Rupa-rupanya tak berubah. Masih sama level macam lapan tahun dulu. Satu-satunya jalan penyelesaian yang aku nampak sekarang adalah cerai. Gosh! Cerai? Umur tak sampai dua puluh tiga tahun dah nak jadi janda? Tak nak!!! Jatuh la saham aku….

"Kau pun satu. Siapa suruh jadi burung belatuk? Angguk, angguk. Ikut aje cakap nenda. Ha, gini la jadinya!"

Eh, aku pulak yang salah?

"Apa pulak aku? Mana aku tau nenda kau tu berlakon aje!"

"Was it part of ‘her’ plan?"

Balik-balik kaitkan aku dengan pompuan yang aku sendiri tak kenal. Kononnya aku diupah oleh pompuan tu untuk jadi awek dia malam ni. 

"Entah-entah, ni plan kau! Kau nak balas dendam kat aku!" telahnya lagi.

Page 16: Cerpen AD +IZ

"Wei… helo! Ingat aku ‘hadap’ sangat dengan kau sampai nak buat plan bagai supaya kau kahwin dengan aku?" 

Bajet dia lelaki Melayu terakhir apa.…

Katil ditabur kelopak ros merah aku pandang. Kalau tak sebab kahwin paksa, dah tentu-tentu sekarang aku dan suami ‘terchenta’ku tengah syok baring atas katil bertilam empuk tu. Aku cepat-cepat melarikan pandangan ketika mataku bertembung dengan Farriel. Ke segenap pelosok bilik yang dihias indah dalam masa sejam. Mudahnya menjadi orang kaya. Apa nak, semua dapat.

"She will suffer for ‘this’!" Farriel merungut antara dengar dan tidak.

Aku langsung tak ambik pusing. Lantak kau la!

Tok tok tok!

Masing-masing panjangkan leher ke pintu yang dibuka setelah Farriel mengizinkan.

Muncul wajah lembut Kak Nani, pembantu rumah dalam lingkungan usia tiga puluhan.

"Ku… ada tamu nak jumpa." Sopan dan lembut tutur kata Kak Nani. 

"Siapa?"

Berkerut-kerut dahi Farriel. Siapa nak jumpa pukul tiga pagi ni?

"Maaf, Ku… gadis tu tak nak beritahu nama dia. Katanya dia datang atas arahan seseorang."

Farriel mendengus lalu membontoti Kak Nani.

"Jangan tidur dulu! We have much to discuss. You and I!" Pesannya garang sebelum berlalu.Aku sungging bibir ke atas. Yek yek yek… tak takut!

HMMM… tetamu dah ramai yang balik. Pekerja-pekerja banglo pulak sibuk mengemas. Famili Farriel pun rasa-rasanya semua dah masuk tidur kut. Apa kata, kalau… aku cabut lari dari rumah ni! Balik rumah, tidur, bangun pagi, pergi kerja macam biasa. Buat macam tak ada apa-apa berlaku! Brilliant! 

Aku buka pintu perlahan-lahan. Clear! Benda pertama yang aku cari, tangga! Sampai tingkat dua, aku terdengar suara orang berbual. Aku panjangkan leher. Nenda Nerrisa dan seorang lelaki kelihatan. Mula-mula nak ‘bo’ layan aje. Tapi kejap-kejap diorang sebut nama aku. Ayat seterusnya pun ada nama aku lagi. Eh, ni tak boleh jadi! Kena dengar juga ni. Aku mula pasang telinga.

"Adrianna Mayesa ni siapa sebenarnya, ma? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba mama kahwinkan Aril dengan dia. Kita langsung tak tau asal-usul dia. Mama percaya ke dia tu anak yatim piatu? Entah-entah dia tu…."

Tongkat di tangan dihentak beberapa kali ke karpet tebal. Wajah Nenda Nerrisa mencuka.

Tengku Makmur, pak long Farriel tunduk mengira jari.

Hmmm… garang juga Nenda Nerrisa ni.

Page 17: Cerpen AD +IZ

"Kan ke dia tu kekasih Aril? Dah Aril kata dia yatim piatu, yatim piatu la. Takkan kamu tak percaya pada Aril?"

"Selama ni, Aril langsung tak pernah cerita pasal kekasih dia ni. Macam ada yang tak kena. Jadi saya ada sebab untuk berasa curiga. Kita patut berasa curiga, ma!"Nenda Nerrisa tarik nafas panjang. Pandangan dilempar jauh ke halaman rumah. Seperti mengingati sesuatu. Matanya tiba-tiba menjadi redup. "Aril yang mama kenal memang macam tu la sikapnya. Pendiam. Terlalu berahsia. Lebih-lebih lagi bab hati dan perasaan. Kamu sama macam Faris. Langsung tak nak kenal hati budi Aril! Kalau nak dibandingkan Aril dengan…."

Ish, tak payah dengar lagi la! Dosa curi-curi dengar ni. Lagipun, aku kan ada misi penting yang nak diselesaikan. Langkah kuatur lagi. Pintu belakang kucari. Enam orang pembantu rumah tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk di dapur. Ada juga yang tengah melantak. Menghabiskan lebihan makanan tadi.

Isk, agak-agak lepas tak ‘halangan’ pertama ni, ek? Alah, kalau diorang tanya, cakap aje la nak amik angin kat luar rumah. Habis cerita! Bismillahirrahmanirrahim….

"Miss Prejudice!"

Satu suara menerpa di telinga. Serentak itu aku ditarik ke satu sudut agak tersorok di antara ruang tamu dan dapur.

"Apa main tarik-tarik ni?" soalku cemas.

Mr. Charity mengarahkan aku diam tatkala pihak catering melintasi kami. Mujur kedudukan kami terlindung dek pasu besar.

"Awak nak pergi mana dengan baju pengantin ni? Takkan nak lari dengan baju ni kut? Nak curi? Nak jual?"

Aku geleng kepala. Kenapa la time ni jugak kau nak bersoal-jawab dengan aku? Hari lain tak boleh ke? Tak nampak ke aku tengah buat mission imposibble ni?

"Mr. Charity, rasanya saya tak perlu nak terangkan apa-apa pada awak. Saya tak kenal awak pun. Kita baru dua kali aje jumpa. Okey, bye!"

Aku berlalu melepasinya. Namun lenganku ditarik kembali ke sisinya.

"Saya tau awak bukan girlfriend Aril!"

Melopong mulutku mendengarnya.

Lelaki tu tersenyum manis.

Masalah… masalah… masalah sudah datang!

AD… dah lama tak jumpa dengan dia. Kali terakhir kami jumpa, masa last day kat sekolah. Satu hari yang aku sendiri tak nak simpan dalam kotak memori. Hari ‘bodoh’ aku. Hmmm… siapa sangka, lepas lapan tahun, kami jumpa lagi. Tapi kali ni lain pula peranan yang kami pegang. Bukan senior dan junior lagi. Tapi suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Aku langsung tak pernah terfikir nak berkongsi apa pun dengannya. Nak-nak lagi lepas apa yang jadi masa kat sekolah dulu. Ironinya sekarang, kami terpaksa berkongsi hidup pula. 

Page 18: Cerpen AD +IZ

Demi Allah, masa mula-mula jumpa, aku langsung tak kenal Ad. Tudung kepala yang dipakainya benar-benar mengubah penampilan Ad. Tak macam zaman sekolah dulu. Tomboy. Rambutnya dipotong pendek. Perlakuan dan bicaranya pun kasar. Masa lafaz akad nikah, time sebut nama pengantin perempuan tu, masa tu la aku baru sedar yang Adrianna Mayesa tu adalah Ad. Nama pelik macam Ad tu, siapa pun akan ingat. Nak-nak lagi, dia ‘musuh’ aku dulu.

Dalam berfikir-fikir tu, Farriel sampai juga ke halaman rumah. Di situ, berdiri seorang gadis cantik yang tampak ayu berkebaya. Pukul tiga pagi berkebaya? Salute!"Saya Lisa, kawan Marina. I am supposed to be your ‘girlfriend’." Dia memperkenalkan diri.

Hmmm… kalau yang ni, aku percaya la boleh jadi ‘balaci’ (orang suruhan) Si Marina tu. Ad memang out of list. Langsung tak ada ciri-ciri nak jadi menantu kerabat; walaupun bau-bau bacang aje. Jap! Habis tu, Ad tu siapa? Macam mana dia boleh… oh my God! Maknanya, Ad memang tak tahu langsung pasal rancangan bodoh Marina ni. She’s innocent!

"Mana Marina?"

Lisa mula gelisah bila Farriel menyoalnya seperti seorang pesalah. "I tak tau. Last dia called dan jumpa I pagi semalam. Dia menangis. Dia cakap dia perlu pergi ke satu tempat untuk tenangkan diri. Then, dia suruh I ‘ganti’ tempat dia, jumpa parents you. And she paid me for some amount of money."

"Yeah. I know that ‘part’… agreement, money, bla bla bla…."

Farriel lepaskan keluhan. Tenangkan diri? Perlu ke nak tenangkan diri? Patutnya dia terlompat-lompat gembira. Selepas tiga tahun bercinta, pakwe ajak kahwin, berkenalan dengan bakal mak ayah mertua, bukankah dia patut gembira? Ini dibuatnya macam game police sentry; kejar dan tangkap. Yang menambahkan bengkak di hati, dia boleh suruh orang lain gantikan tempat dia. Hilang akal apa?

"Tengku Farriel, I cari you kat Hotel Kris Mas… I tak tau pulak majlis you all tukar tempat. So, what am I suppose to do now? Meet your parents now?"

Ish, apa pulak! Dah tidur agaknya orang tua tu. Pompuan ni tak tau tengok jam apa?

Lisa nampak teruja dengan ‘watak’ yang diberikan. 

Farriel melemparkan pandangan ke segenap halaman. Mujur halaman rumahnya yang sebesar tiga suku padang bola sepak dah lengang. Cuma tinggal dua tiga orang pekerja rumah aje. Caterer, orang pasang khemah, saudara-mara, sepupu-sepupu semuanya dah balik. Yang tinggal pun dah masuk rumah. Tengah syok tidur atas katil agaknya. Jadi agak mudah untuk dia berbicara dengan Lisa.

"Actually, last minute kami tukar tempat. Apa pun, ‘khidmat’ awak dah tak diperlukan lagi!"

Lisa terkejut mendengar kata-kata Farriel. "Excuse me? Why? Sebab I datang lewat? Kalau macam tu, I minta maaf. Takde sesiapa beritahu I. I cuma berpandukan maklumat yang Marina bagi aje!"

Farriel mengurut-ngurut pelipis mata. Rasa mengantuk mula mengasak mata. "Bukan macam tu! Ada orang dah ambik tempat you tu. In fact, gadis tu dah jadi isteri I pun... tiga jam lepas!"

"What?" 

Bagai nak terjojol biji mata Lisa.

Ala… tak payah la rasa terkejut sampai macam tu sekali. Aku yang kena kahwin mengejut. Bukan kau…. Sakit kepala fikir. Kahwin. Tak pernah terfikir pun nak kahwin dalam masa terdekat ni. Memang la rancang nak kahwin tahun ni. Tapi dengan Marina. Bukan Ad! Ya Allah, apa yang Kau cuba tunjukkan pada

Page 19: Cerpen AD +IZ

hambaMu ni?Ah! Marina... kenapa kau buat aku macam ni? Naik sasau aku dibuatnya.

"So, macam mana sekarang?" soal Lisa. Ada riak terkilan di wajahnya.

Laaa… apesal slow sangat CPU kepala dia proses maklumat?

"Kira cancel la job awak tu. Balik rumah and enjoy the money! Kalau Marina tanya, awak cakap aje awak dah buat seperti yang disuruh. End of story. Okay, good night…."Lisa masih terpinga-pinga di tengah laman.

Farriel atur langkah ke dalam rumah. Lepas satu, satu. Lepas ni entah apa pulak lagi, getus hatinya. Saat itulah dia terdengar suara Ihsan dan Ad sedang berbual di sebalik pasu besar yang diimport dari China.

"SAYA tau awak bukan girlfriend Aril!"

Mulut yang ternganga cepat-cepat aku tekup. 

Senyuman Mr. Charity dah berubah bentuk. Sinis dan penuh misteri. Siapa Mr. Charity ni, ek? Adik-beradik Farriel ke? Kalau tengok muka, ada rupa sikit. Masa makan tadi pun dia duduk kat meja utama. Mesti someone yang rapat dengan Farriel ni.

Kedua-dua belah tangan Mr. Charity dah melekap ke dinding. Mengepung tubuhku supaya tidak lolos darinya. Ah, sudah! Relaks, Adry… dia buat gimik aje tu. Kalau tunjuk muka takut, lagi galak dia mengusik nanti. Cool, bebeh!

"Perlu ke saya buat any declaration depan awak, Mr. Charity? Like I have said before, I don’t know you. I don’t even know your name!" sindirku dalam keadaan separuh berani.

"Ooo… sorry! I ingat you dah kenal I. Hi, I’m Tengku Ihsan Nur Qayyum. Awak boleh panggil saya Ihsan. Saya abang sepupu Aril."

Patut la busybody semacam! Aku hampir terlepas pandang kenyitan nakalnya.

"Back to the main topic, awak cuma berlakon sebagai girlfriend Aril, kan? Entah-entah kahwin tadi pun, kahwin kontrak?"

Serkap jarangnya memang bertempat. Aku cuba berlagak tenang. "Kenapa awak cakap macam tu? Saya punyalah cinta kat sepupu awak tu, sampai sanggup kahwin mengejut, tau!"

Dia senyum lagi.

Aku segera kalih muka ke kiri, mengelak bila mukanya dirapatkan ke mukaku. Ei… nak cakap, cakap aje la! Perlu ke sampai nak bersentuh pipi?

"Sebab awak bukan girl yang dia kejar kat KLIA tadi. Nasib baik saya nampak. Kalau tak, mesti saya pun tertipu macam orang lain!"

Aku tepuk dahi. Dah tentu dia tau. Dia Mr. Charity! Dia nampak aku kejar Puan Karen sampai terlanggar dia. Dan Farriel… Farriel pulak kejar awek dia yang cun tu! Nak goreng (tipu) apa lagi ni?

"Sayang, kat sini rupanya awak… puas I cari kat bilik!"

Page 20: Cerpen AD +IZ

Ah… itu dia! Suara ‘penyelamat’! Buat pertama kalinya aku bersyukur Farriel ada di hadapanku. Aku meloloskan diri dari Ihsan dan mengambil tempat di belakang badan Farriel. Tangan Farriel melingkar di bahuku. Merapatkan tubuhku ke tubuhnya. Aku buat-buat batuk. Kut-kut la dia teringat yang aku ni berlakon aje jadi isteri dia. Bukan betul-betul. Haram dia nak dengar. Hish… kuatnya bau minyak wangi. Naik sesak pulak nafas aku.

Farriel dan Ihsan. Masing-masing diam, cuma beradu mata. Macam ada ‘cerita’ aje antara diorang ni.

"Ihsan, kut ye pun kau nak be‘ramah-mesra’ dengan isteri aku, tengok-tengok la masa. Lain kali, okey?"

Senada aje bunyi suara Farriel.

Ihsan angkat dua-dua belah tangan. Tanda surrender. Matanya tepat memandangku. Pandangan ‘tak sabar nak korek rahsia awak’ betul-betul merimaskan aku. Senyuman diberikan. Bukan pada Farriel. Tapi pada aku.

"Okay, dear… lain kali kita sambung chit-chat kita. Have a ‘gud nite’!"

Mata dikenyitkan sebelum berlalu pergi.

Farriel angkat tangan dari bahuku.

Aku pantas menjarakkan diri.

"Bini orang pun dia nak ‘ayat’!" Rungutnya.

Anak matanya terus mengekori Ihsan sehingga Ihsan berlalu ke tingkat atas. Matanya kembali singgah ke wajahku. Masam. "Naik bilik!" Woi… tempias la!

4.30 pagi.

SEINGAT aku, inilah malam yang paling panjang dalam hidup aku. Suasana banglo dah senyap sunyi. Kalau ada syiling jatuh, gerenti aku boleh dengar punya. Cuma suara Farriel yang kedengaran sekarang. Membebel gara-gara tindakan aku yang nak cabut lari tadi. 

Kelopak mata aku tongkat dengan jari telunjuk. Badan aku pun dah mintak nyawa dah, dek keletihan. Pagi tadi kena siapkan tempahan baju yang berlambak. Maklumlah, tak lama lagi cuti sekolah. Cuti sekolah bermakna ramai orang buat kenduri kahwin. Bukan pengantin aje nak bergaya. Mak ayah pengantin, adik-beradik pengantin, mak cik pak cik, datuk nenek, anak buah, anak sedara (saudara), kawan-kawan, jiran sekampung pengantin pun nak jugak melaram masa kenduri kahwin tu nanti.

Kalau aku tokey butik, memang la aku suka. Orang datang bawak duit. Tapi aku ni kuli aje. Memang la aku suka menjahit, sulam-sulam ni semua. Bakat yang tak pernah aku terfikir aku miliki. Tapi bila dah berlambak-lambak, tengok aje pun dah tak lalu. 

Letih menjahit, aku kena pulak berkejar ke KLIA. Menghantar baju fashion show. Lepas tu, berkejar pulak ke banglo mewah ni. Cerita baru pulak bermula. Aku disangka awek Si Farriel gemuk ni! Last-last kena kahwin paksa-rela dengan dia pulak. Huwargh…! Kalau kurus, hensem, mulut tak menyakitkan hati, takpe la jugak. Ini tak! Farriel ni memang dari dulu tak sebulu dengan aku. Dia macam ada simpan dendam kat aku. Dia benci tengok aku. Masa sekolah dulu pun macam-macam dia cuba buat kat aku. Dengan harapan, aku dibuang sekolah. Mujur nasib baik selalu menyebelahi aku. Yang peliknya, aku tak pernah buat apa-apa pun kat dia. Tapi, apesal dia benci sangat dengan aku?

Page 21: Cerpen AD +IZ

Aku ingat, bila dah habis sekolah, habis la penderitaan aku dengan dia. Tak tau pulak lepas lapan tahun aku boleh jumpa dia balik dan sambung balik penderitaan aku ni. Apalah malang sangat nasib aku ni?

Sekarang ni pun dia tengah mendera aku. Tak dibaginya aku tidur. Aku ni dah mengantuk tahap cipan dah ni! Kalau disorong bantal, gerenti lelap punyalah mata aku ni. Lupa semua benda. Tapi, bila teringat ada Farriel, rasa tak selera pulak nak tidur. Jadi takut pulak. Tak pernah seumur hidup aku berdua-duaan dengan lelaki. Dalam bilik pengantin pulak tu. Ei, selisih malaikat empat puluh empat!

"Kau tak kisah kan kalau aku cakap kasar dengan kau? Kita bukan tak biasa bercakap dulu, kan?" soalnya bersahaja.

Aku angkat bahu. Haah. Memang kita biasa bercakap pun. Tapi tak tau la cara kita bercakap tu boleh diklasifikasikan bercakap atau bertekak. Paling habis baik pun, dalam nada menyindir.

"Aku nak kita adakan perjanjian."

Perjanjian lagi? Seumur hidup aku ni, aku memang kena terikat dalam perjanjian aje ke? Jadi fobia pulak dengar perkataan perjanjian ni! "Suka hati kau la.…"

Tak larat aku nak melayan. Apa dia cakap, aku angguk aje. Ala… cliché la syarat-syarat perjanjian ni! Adat la kan orang kahwin kontrak ni. Balik-balik itu aje syarat yang dikenakan. Semuanya sama macam dalam novel dan cerita yang aku tengok. Semuanya memang aku boleh jangka. Tapi, satu syarat ni memang pelik sikit.

"Aku nak kau improvekan gaya penampilan, cara percakapan kau dan pengetahun kau!"

"Woit! Apa, kau ingat aku ni buruk sangat ke? Bebal sangat ke?"

Buntang biji mata aku. Underestimate orang sesuka hati. Macam bagus aje dia ni!

"Bukan! Masalahnya, gaya kau langsung tak meyakinkan aku, apatah lagi diorang. Marina Irriani, seorang pramugari. Dia pernah kerja dan tinggal kat US selama lima tahun. Kau tengok gaya kau. Langsung tak macam dia. So, untuk jadi dia, kau kena la improve diri kau."

"Kau kata kau tak cerita banyak pasal Marina Irriani ni kat famili kau. So, apa masalahnya? Tak payah la kalut tak tentu pasal!"

Farriel meraup wajahnya untuk kesekian kalinya. "Lebih baik kita prepare for the worst thing, kan? Lagipun, ramai orang dalam famili aku ni nak tengok aku ‘jatuh’."

"Ya… ya… ya. Apa-apa aje la. So, aku kena buat apa?" Tudung kepala aku garu kasar.

"Nanti aku fikir macam mana nak improve that ‘part’. One more thing, aku nak kau belajar balik."

"Huh?" Aku buat muka tak puas hati tahap dewa.

"Kau belajar sampai mana? SPM? STPM aje, kan?" 

"STPM. Mana kau tau?"

"Huh… tengok gaya aje pun aku dah tau!"

Ei… nasib baik dia jauh dari aku. Kalau tak, lepas jugak sedas dua penumbuk kat batang hidung dia.

"Aku nak kau sambung belajar. Paling kurang, ada ijazah."

Page 22: Cerpen AD +IZ

"Helo… kau sibuk-sibuk suruh aku buat itu-ini ni, macam la aku nak jadi bini kau untuk seumur hidup! Kontrak perkahwinan ni tamat bila Marina kau tu balik pada kau, kan? Aku rasa tak payah la kut. Malas la nak belajar. Otak dah berhabuk!"

"Nope! Kau kena sambung belajar jugak. Full stop. No more objection!" katanya seraya menggoyang-goyangkan jari telunjuk.

"Okey! Kalau macam tu, aku ada syarat untuk kau jugak!"

"Apa?"

"Kau kena kuruskan badan kau. Aku nak badan kau saiz M aje. Bukan XXL, okey?" 

Dia ingat dia sorang aje boleh letak syarat merepek? Jadi isteri kontrak dengan belajar, ada kena-mengena ke?

"Apa kena-mengena dengan badan aku pulak?" tingkah Farriel. Tak puas hati la tu!

"Tak setuju takpe! Aku pun tak nak sambung belajar!"

"Kau ingat orang gemuk ni takde orang suka ke? Berderet nak kat aku, tau tak?"

"Tak setuju, takpe! Aku pun tak nak ubah gaya dan aku pun tak nak improve knowledge aku."

"Okey! Okey! Okey! Aku akan kuruskan badan." 

Akhirnya Farriel mengalah jugak.

"Yes!!! Deal!"

BAB 3

TEPAT enam dua puluh minit pagi, aku terjaga dari tidur. Itu pun sebab jam di sisi katil berbunyi. Entah siapa yang kunci jam tu, aku sendiri tak pasti. Yang pastinya, Farriel tak ada dalam bilik tu. Aku lap air liur yang meleleh di tepi mulut. Bila masa aku terlelap? Benda last yang aku ingat, aku dengan Farriel tengah ‘berdebat’ pasal isi-isi perjanjian perkahwinan kami.

Tangan dan kaki aku luruskan. Hampir sejam tidur menongkat dagu di sofa membuatkan kaki dan tanganku terasa kebas. Menyeringai aku tahan sakit. Aku pandang ke bawah. Masih lengkap berbaju pengantin. Badan yang melekit membuatkan aku rasa tak selesa. Aku selongkar almari baju. He he he! Buat aje macam rumah sendiri! Nampak tuala, terus aku sambar. Baju yang kupakai semasa datang ke sini semalam, aku ambil. Shower time! Lepas pastikan pintu bilik air tak boleh dibuka dari luar dan tak ada kamera tersembunyi, baru la aku confident nak mandi.

Siap mandi, aku jenguk kepala ke luar. Masih tiada orang. Fuh, selamat! Sampai di katil, aku nampak baju, seluar track bottom, tudung dan sepasang telekung atas katil. Sejadah menghadap ke kiblat pun dah siap terbentang atas lantai. Hmmm… mungkin Kak Nani! Tanpa berlengah, aku masuk bilik air balik. Tukar baju.

Selesai solat subuh, aku berteleku sebentar atas sejadah. ‘Bercakap’ dengan Penciptaku. Usai berdoa, aku turun ke tingkat bawah. Tiada sesiapa kelihatan. Satu-satunya ruang yang ‘hidup’ adalah bahagian dapur.

Page 23: Cerpen AD +IZ

"Assalamualaikum…."

Seisi dapur menoleh ke arahku. Salamku disambut oleh empat orang pembantu di situ. Kak Nani menghampiriku.

"Awalnya puan bangun. Ada apa-apa yang puan nak?" soalnya.

"Apa akak ni? Berpuan-puan pulak. Panggil Adry dah la. Akak dengan yang lain-lain ni nak masak apa? Adry tolong, ek!"Aku terus duduk di meja. Pisau bawang kucapai. 

"Eh, jangan la. Nanti kalau puan besar tau, mesti dia marah," ujarnya takut-takut.

"Takpe. Kalau ‘puan besar’ tu marah, nanti saya slow talk dengan dia. Ha... lupa nak cakap, terima kasih ye kak sebab bagi pinjam baju dan telekung."Kak Nani nampak seperti terpinga-pinga. Biasa la… orang baik dan lembut macam dia ni memang bukan jenis yang suka mengharapkan balasan. "Eh, apa pulak berterima kasih dengan akak? Bukan akak…."

Ha, tengok! Masih nak nafikan.

"Tak usah nak malu-malu la, kak. Jom, saya tolong akak-akak ni semua masak!"

Walaupun berkali-kali aku dihalau dari dapur, tapi aku tetap berkeras nak membantu. Kalau aku duduk memerap dalam bilik pun, bukan aku dapat apa-apa. Lebih baik duduk kat dapur. Dapat jugak ‘cuit-cuit’ makanan yang ada. Lapar!

TEPAT jam lapan pagi, barulah seisi keluarga Nenda Nerrisa turun ke meja makan. Agaknya kalau tak fikir perut lapar, masing-masing lebih suka mengular (tidur) atas katil. Astaghfirullahalazim… mengumpat orang pulak pagi-pagi buta ni!

Nenda Nerrisa, Tengku Faris dan Tengku Khalidah iaitu mama papa Farriel, Farriel, Tengku Makmur dan Tengku Muhainis iaitu pak long dan mak long Farriel, Tengku Ihsan a.k.a Mr. Charity, Tengku Murni Hadirah a.k.a tuan puteri cengeng yang menangis sepanjang malam tadi a.k.a adik Tengku Ihsan, dan Tengku Yuhana Ayumi (Hana) iaitu adik Farriel, mula mengambil tempat masing-masing.

Aku lebih senang membantu Kak Nani dan yang lain-lain menghidangkan makanan. Macam kekok aje nak join diorang.

"Rianna, kenapa kamu pulak buat kerja diorang? Mari kita makan sama-sama. Hana, kamu anjak ke tepi. Bagi Rianna duduk sebelah Aril," arah Nenda Nerrisa.Aku cuma boleh mengangguk. Sempat aku pandang berpasang mata yang mengerlingku.

Hana tersenyum ke arahku. Tanpa banyak bicara, dia patuh dengan arahan Nenda Nerrisa, mengosongkan kerusi di sebelah Farriel.Farriel tarik kerusi untukku. Alahai, romantik la pulak laki aku pagi ni! 

"Behave yourself!"

Sempat dia berpesan semasa aku nak letak punggung. Huh! Romantik ada makna rupanya. Aku maintain senyum.

"Macam mana tidur malam tadi, Rianna? Okey?" soal Nenda Nerrisa. 

Page 24: Cerpen AD +IZ

Isk… nenda ni, aku dah cakap suruh panggil Adry aje semalam. Tapi dia nak jugak panggil aku Rianna. Tak tergeliat ke lidah dia nak sebut nama aku tu? Aku pulak tak biasa kena panggil dengan nama tu! 

"Macam mana apa, nenda?" soalku dalam pada menyambut mangkuk berisi mihun goreng yang dihulurkan oleh Nenda Nerrisa.

Hana dan Nenda Nerrisa berdehem-dehem sesama sendiri. Siap gelak-gelak lagi. Takkan tekak kering serentak kut? Air oren satu jug atas meja tu, minum la.Pembantu rumah yang tengah hidangkan sarapan pun tersenyum-senyum. Apehal pulak ni?

"Tak ada apa-apa la... bengkak mata kamu. Mata Aril pun bengkak. Korang tak tidur ke semalam?" ujar Nenda Nerrisa bila tawanya tinggal sisa.

"Mana boleh tidur, nenda! Busy…" jawab Farriel pantas.

Farriel tersengih gatal memandangku. Jap! (Nanti!)Dia jawab apa tadi? Ghau! Darah naik ke pipiku. 

"Ta… tak, nenda! Bukan macam tu. Tak busy pun… aaa…."

Nenda Nerrisa dan Hana mengulum senyum.

Mr. Charity a.k.a Ihsan, join gelak. Tapi gelak dia ni lain macam sikit la….

"Sikit sangat kamu makan, Aril? On diet ke?" Nenda Nerrisa mengalih tajuk bicara.

"Haah, nenda. Malam tadi ada ‘orang’ tu kutuk badan Aril. Katanya Aril gemuk sangat. Terpaksa la buang sikit lemak-lemak berlebihan kat badan ni!"

Menyindir aku la tu! Padahal dia dulu yang minta merepek-repek kat aku… suruh sambung belajar konon!

Nenda Nerrisa tersenyum. Dia mula beralih pada kedua-dua anak lelakinya, Tengku Makmur dan Tengku Faris. Bertanyakan hal-hal mengenai syarikat.

Hana pula sibuk bertanyakan Ihsan tentang fesyen terbaharu di New York. Khabarnya Ihsan baru pulang dari sana; melancong dengan kawan-kawannya.

Tengku Murni Hadirah pula lebih senang melayan perasaannya sendiri.

"Kata Nani, kamu yang goreng mihun ni. Betul ke, Rianna?" soal Nenda Nerrisa. Perhatiannya kembali padaku.

"Ye, nenda. Saya main campak aje dalam kuali. Kenapa? Tak sedap ke, nenda?"

Aku sudu mihun goreng ke mulut. Dah cukup rasa dah ni. Tak kena ke dengan tekak Nenda Nerrisa?

"Sedap sangat... kalah tukang masak rumah ni. Tak sangka kamu pandai masak. Dengarnya kamu ni pramugari. Ada juga masa kamu nak praktis masak ye?" balas Nenda Nerrisa.

Mihun goreng dikaut lagi ke dalam pinggan. Ini kali kedua dia menambah.

"Ooo… betul la tu! Saya memang suka masak. Dalam kapal terbang pun saya yang masak," jawabku riang. Senyum tak lekang-lekang di bibir. Senyum berbayar ni.…Farriel siku tangan aku. Mujur sudu tak tersua ke hidung. Aku buat isyarat bertanya, apa? 

Farriel ketap gigi. 

Page 25: Cerpen AD +IZ

"Adry ni memang suka bergurau, nenda! Kadang-kadang dia cakap dulu, baru fikir kemudian," kata Farriel dalam nada seloroh sambil menepuk kuat bahu isterinya.Nenda Nerrisa senyum. Matanya beralih pada Ihsan pula. "Ihsan, kamu bila lagi nak kahwin? Umur pun dah nak masuk dua puluh lapan tahun."

"Apa kelas kahwin awal, nenda? Hidup ni sekali aje, kena la enjoy puas-puas," sambut Ihsan.

"Enjoy aje la kerja kamu. Ni… sampai bila kamu nak duduk US tu? Ke kamu nak sambung PhD pulak kat US tu? Bertahun-tahun dok sana, perangai kamu pun dah macam orang sana. Tengok, warna rambut pun dah ‘berkarat’ (perang)!"

Ihsan tersengih sambil garu kepala.

"Biar la, ma… dia nak kerja kat sana dulu. Nak cari pengalaman." Tengku Makmur ‘backing’ anak dia.

"Cari pengalaman kerja, takpe. Mama takut dia cari pengalaman lain aje…."

Masing-masing diam. Malas nak berbalah dengan Nenda Nerrisa.

Sebelum masing-masing selesai makan, Nenda Nerrisa menyesakkan ruang rongga hidung aku sekali lagi.

"Khalidah, Muhainis, panggil semua ahli keluarga kita. Mama nak bincang pasal kenduri kahwin Si Aril ni. Dah la kahwin koboi (kahwin segera), takkan tak nak buat kenduri pulak. Nanti orang kata kita lupa adat pulak. Rianna, Aril, kamu sediakan nama jemputan. Rianna, jangan lupa jemput keluarga dan kawan-kawan kamu. Nenda teringin nak kenal mereka."

"Baik, mama!"

"Baik, nenda!"

"HAI!" sapa Ihsan sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.

Keretanya diberhentikan di bahu jalan. Berdekatan dengan tempat aku berdiri. Aku buat pandang tempat lain, kat jalan raya. Aik, takkan takde sebuah teksi pun lalu kat sini? Bas... toksah (tak usah) harap la. Mana ada orang nak naik bas kat kawasan perumahan mewah macam ni?

"You nak pergi mana? Joging?" sindirnya dalam tawa.

Tau la aku pakai track bottom. Tak payah la perli. Ni satu aje baju yang ada. Nama pun kahwin ekspres. Mana la ada preparation. Tu pun nasib Kak Nani bagi pinjam baju ni. Kalau tak, aku pakai aje baju semalam, alamatnya pengsan la kau dan yang lain-lain tadi.

"Okey, sorry! Saya minta maaf. Saya tak usik awak lagi." 

Aku buat tak dengar. Mana teksi ni? Mogok ke driver teksi hari ni? Ke dah habis rosak semua teksi kat kawasan ni?

"Adrianna, saya minta maaf. Boleh tak awak maafkan saya?" rayu Ihsan.

Bila tengok muka seposen (kesian) Ihsan, aku jadi tak sanggup nak buat perang dingin. "Boleh, tapi dengan satu syarat. Saya tak nak awak buat macam malam tadi..."

Page 26: Cerpen AD +IZ

"Buat apa?" pintasnya sebelum aku meneruskan kata.

"Yang kat belakang pasu tu!"

"Ooo… yang tu! Okey… okey! So, awak nak pergi mana ni? Jom saya hantarkan. Kawasan rumah nenda ni memang susah nak dapat teksi."

"Boleh ke?"

"Boleh sangat-sangat! Saya bukan ada kerja pun. Jom la…."

Pintu di sebelah pemandu kubuka. Sebenarnya, aku malu nak berhadapan dengan Ihsan. Lebih-lebih lagi lepas kejadian malam tadi. Dan kejadian di KLIA. Sampai sekarang aku masih gagal mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kejadian itu. Dan aku takut jugak kalau ‘rahsia’ aku dengan Farriel pecah. Tapi dah nak sejam aku terpacak kat hujung simpang rumah nenda ni, terpaksa jugak la aku terima pelawaan Ihsan. Tambahan pulak aku ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Nak pergi mana?"

"Bank."

Kemudian, masing-masing diam. Aku tak berani cerita apa-apa. Takut terlepas cakap. Tapi, Ihsan nikan Mr. Charity. Secara tak langsung dia dah tau sikit-sikit tentang ‘rahsia’ kami. Cuma tak ada hitam putih dari aku dan Farriel aje. 

"Awak boleh tunggu sampai saya habis berurusan kat bank, tak?"

"Boleh aje," balas Ihsan senang.

Seketika kemudian kereta Ihsan meluncur laju ke arah yang ingin kutujui.

Setelah selesai urusanku di bank, aku segera meloloskan diri ke dalam kereta Ihsan.

Ihsan tersenyum nipis sambil bertanya, "nak ke mana lepas ni, madam?"

Setelah diberitahu arah tuju, Ihsan segera menekan pedal minyak.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, boleh tak awak rahsiakan apa yang awak dah tau?"

"Pasal awak berlakon jadi awek Aril atau tentang kahwin kontrak korang?" soalnya bersahaja.

"Semuanya. Saya tak nak benda ni kecoh!"

"Huh! Memang dah kecoh dah pun. Awak tau tak yang awak jadi topik utama dalam majlis malam tadi?"

"Ye ke? Kenapa jadi gitu pulak?" soalku. Teruja nak tau apa yang dibualkan oleh keluarga kerabat itu.

"Okey. Firstly, awak perlu tau Tengku Farriel Izumi adalah calon utama untuk jawatan CEO Izumi Corporations selepas Tengku Faris bersara kelak. He’s perfect! Dia tu highly educated, perangai pun okey, plus dia cucu kesayangan nenda. Tapi, perkahwinan awak dan Aril semalam dah buat saudara-mara kami, merangkap Board of Director (BOD) Izumi Corporations hilang keyakinan terhadap kredibiliti Aril…"

"Apesal pulak?" Segera kupintas ayat Ihsan.

"Awak pernah dengar tak orang kata; terdapat seorang wanita di belakang kejayaan setiap lelaki. Dalam

Page 27: Cerpen AD +IZ

kes ni, kejayaan Aril menerajui Izumi Corporations sedikit sebanyak bergantung pada awak. BOD langsung tak yakin awak boleh membawa apa-apa kebaikan pada company bila tengok awak punya…"

"Pendidikan? Personaliti? Gaya penampilan? Background?" pintasku lagi.

"Mmm… lebih kurang la! Awak jangan ambik hati pulak. Bagi mereka, kalau pilih isteri pun Aril dah failed, macam mana nak deal dengan clients esok lusa…."Aku terdiam seketika. Timbul pertanyaan lain dalam benakku. "Kenapa Aril perlu jadi CEO? Kenapa bukan orang lain?"

"CEO mesti dilantik di kalangan keluarga kami sebab kami pemegang saham terbesar dalam company, selepas companies kami merge. Saham nenda, pak cik mak cik saya, sepupu-sepupu, Aril dan saya mewakili 60% saham syarikat. CEO biasanya disandang ikut seniority."

"Okey… kalau gitu, kenapa papa awak tak jadi CEO? Dan kenapa awak tak jadi calon utama CEO? Bukan ke awak cucu sulung nenda?"

Ihsan tersengih.

Sedaya upaya dia cuba mengelak dari pandangan mataku. Aik, ada nak sorok sesuatu ke?

"Papa saya ada syarikat lain dan ada problem sikit dengan nenda. So, dia passed down jawatan tu pada pak ngah. Saya pulak dah hilang ‘kelayakan’ untuk pegang jawatan tu."

"Kenapa pulak jadi gitu?"

"Rahsia!"

Ihsan senyum menggoda ke arahku. Isk, kalau tak kuat iman, boleh cair ni! Playboy diraja betul!

"Dan kenapa hubungan awak dengan Aril macam ‘tegang’ aje?" soalku ingin tahu.

"Aaa… awak ni peka jugak, ek? Dalam satu malam awak boleh tau. Even some of our relatives tak perasan ‘benda’ ni," balas Ihsan.

"Well, tengok kaki la!"

"Ha ha ha! Funny… well, saya dan Aril bersaing dalam banyak perkara. And most of the times, he gets whatever he wants. Termasuk la ‘benda’ yang saya paling nak dalam dunia ni."

"Benda apa?"

"Actually, the ‘thing’ is a person. And that person was a ‘she’… it was an old story anyway! Tak payah sebut lagi la."

"Ooo… ni kes berebut pompuan la ni, ek?"

"Lebih kurang la…."

"Then, apa lagi yang saya patut tau?" soalku.

"Saya kenal Marina Irriani tu."

"What?! Tapi Aril kata dia tak pernah bawak Marina jumpa dengan famili."

Page 28: Cerpen AD +IZ

Penipu punya Farriel!

"Well, kami tak kenal secara rasmi. Saya pernah terserempak dengan diorang masa diorang dating. Sebab tu la dengan confidentnya saya kata awak bukan awek Aril. Lagipun saya ada kat KLIA semalam kan… so, saya tau la Aril kejar siapa dan awak kejar siapa."

"Ooo…."

Punyalah nak sorok, walhal dia dah tau cerita sebenar. Lega sikit. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu berbohong dengan Ihsan. "So, adakah awak akan bocorkan rahsia kami pada nenda dan yang lain-lain?"

Huh, skema sungguh bunyi soalan aku tu.

"Saya mungkin busybody, tapi saya bukan peruntuh rumah tangga orang. Not yet, so far. Okey, kita dah sampai!"

Punyalah rancak berborak, sampai tak sedar dah sampai ke tempat yang dituju. Wajah Ihsan yang ‘karchak’ a.k.a kacak aku pandang.

Ihsan tersenyum.

Alahai… aku tak tau la berapa ramai pompuan dah masuk hospital gara-gara senyuman Ihsan ni. Manis tahap kencing manis!

"Thanks… susahkan awak aje. Anyway, thanks and sorry pasal kejadian kat KLIA tu. I was rude and out of manners. Tentang duit tu, nanti saya bayar."

"It’s okay. Tak payah bayar. Kita pun dah jadi famili."

Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi. Pintu kereta kututup. Belum sempat melangkah, Ihsan memanggil namaku. Cermin tingkap diturunkan.

"Nice chatting with you. Kalau awak ada problem ke or what-so-ever, feel free to call me. I will gladly to serve you in anyway you want…."

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Aku ni tak la pandai sangat berbahasa Inggeris. Tapi kalau ikutkan pemahaman aku, dia ni macam try nak berbaik-baik dengan aku. Dan ayat last dia tu… is he trying to flirt with me? Nooo…. Dengan berat hati, kad nama yang dihulurkan aku sambut. Apa-apa aje la!

KAWASAN rumah setinggan di tepi lombong tu sudah sunyi. Mungkin ramai yang sudah keluar bekerja. Bunyi jeritan dan tempikan kuat dari dalam rumah membuatkan aku mempercepatkan langkah. Kemudian kedengaran pula bunyi kaca pecah. Tiba di muka pintu, aku bertembung dengan empat orang lelaki bertubuh sasa. Aku mula cuak. Siapa pulak ni? Masing-masing tersenyum sinis sebelum berlalu pergi. Aku menerpa masuk. Perabot rumah berselerakan. Emak dan Zalika terduduk di sudut rumah. Ada kesan darah mengalir di bibir emak.

"Apa dah jadi, mak? Zalika?"

Wajah Mak Cik Midah yang kupanggil emak dan Zalika pucat. Ada bekas air mata di pipi. Tanganku segera ditepis tatkala aku cuba membantu mereka.

Zalika bingkas bangun. Berhadapan denganku.

Page 29: Cerpen AD +IZ

"Ah Long tu datang nak kutip hutang! Akak ke mana minggu lepas? Bukan ke sepatutnya akak hantar duit pada kami? Kalau akak hantar duit, tak ada la kami kebulur kat rumah ni! Tak ada la ‘penyangak’ tu datang sampai ke rumah nak kutip hutang!" jawab Zalika kasar. Sudah hilang traumanya digertak ‘Ah Long’ tadi. 

"Akak tak ada duit minggu lepas… gaji tak masuk lagi…."

Mata emak mencerlang mendengar kata-kataku. Dia bangun dan mencekak leherku dan ditolaknya ke dinding rumah. Berpinar sedikit pandanganku.

"Kau dengan ayah tiri kau tu sama aje tak gunanya! Dia berhutang sana-sini, lepas tu hilang entah ke mana. Kau pulak tak sudah-sudah menyusahkan aku, dari kecik sampai besar! Semuanya bawak sial kat aku!" jerkahnya.

"Agaknya akak lagi suka tengok kita kena pukul, kena sembelih dengan Ah Long tu, mak. Yelah tak payah nak tanggung makan pakai kita lagi. Betul, kan?" tuduh Zalika. Seperti sengaja mengapi-apikan kemarahan emak.

"Buat apa kau balik lagi ke rumah ni? Pergi la berambus! Mentang-mentang la aku ni mak tiri kau, kau layan aku macam sampah aje. Sedar la sikit, siapa yang bela kau lepas mak kau mati dulu? Siapa yang selamatkan kau bila ayah tiri kau tu nak rogol kau? Siapa? Aku! Bila dah besar, kau lupa semua jasa aku. Dasar anak tak mengenang budi!" tengking Mak Cik Midah, emak tiriku.

Air mataku mula bertali arus. Aku anak yang menyusahkan. Betul ke? Seingat aku, selepas ibu meninggal dunia, aku sendiri yang menguruskan kehidupanku. Aku bekerja untuk menyara makan pakaiku. Hatta yuran persekolahan pun aku bayar dengan hasil titik peluhku.

Emak dan Pak Cik Bakar, iaitu ayah tiriku tak pernah kisah denganku. Apa yang mereka tau, berseronok dan memanjakan anak-anak mereka dengan duit dan barangan mewah. Apa sahaja permintaan Zalika dan Bakhtiar pasti akan ditunaikan.

Sebaliknya pula jika aku yang meminta. Naik la sepak terajang ke badan. Ayah berhutang dengan Ah Long pun gara-gara sikap emak yang suka bermewah-mewahan dan sikap ayah yang suka berjudi. Dan sekarang, aku yang perlu membayar balik setiap sen yang dipinjam oleh ayah. Masih salah aku jugak ke?

"Saya datang nak bagi duit ni. Mak gunalah untuk bayar Ah Long tu." Kataku lemah.

Sampul berisi RM10,000.00 ‘dirampas’ dariku.

Zalika mula mengendeng pada maknya. Mengintai isi sampul surat.

"Ingat, Adry! Kau mesti cari baki lagi RM30,000.00 dalam masa terdekat ni! Kalau tak, aku tak halalkan setiap sen yang aku belanjakan untuk kau. Barang-barang ibu kau, aku akan bakar. Faham?"

"HAH? Kahwin paksa? Malam tadi?" Tawa Qhuzhairi atau nama panggilannya Qhuz pecah.

Fitri yang mendengar, tumpang sekaki gelak.

"Aku serius ni. Jangan la gelak! Tak sensitif betul dengan masalah member!" rungut Farriel.

"Kira bagus la tu! Nenek kau bagi kau kahwin free aje dengan Marina tu. Kau kan memang dah kemaruk sangat nak kahwin dengan minah ‘celup’ tu!" ujar Fitri dalam tawa. Farriel menghirup air kopinya. Mukanya masam. Mujur tidak ramai pengunjung di Starbucks ketika itu. Kalau tak, tentu ramai tertoleh-toleh ke arah mereka yang agak ‘lepas’ laku.

Page 30: Cerpen AD +IZ

"Masalahnya, aku bukan kahwin dengan Marina…." Farriel menyambung kata.

"Habis tu, dengan siapa?" soal Qhuz dan Fitri hampir serentak.

"Dengan Ad…." Suara Farriel mengendur. 

"Pompuan mana pulak tu?" soal Fitri.

Qhuz kerut dahi. Serasanya dia pernah mendengar nama tersebut.

"Ad? Ad budak ala-ala tomboy tu ke? Yang sama sekolah dengan kita dulu?" teka Qhuz. 

Farriel mengangguk lemah.

Qhuz sambung gelak. Kali ni lebih kuat dari tadi.

Mujur Qhuz satu sekolah, malah satu geng dengannya dulu. Tak la jenuh dia menerangkan siapa gerangannya Si Ad itu.

Fitri tercengang-cengang. Masih tak faham kenapa Qhuz tergelak tak ingat dunia. "Woi, apa ni? Korang-korang aje faham. Aku tak faham satu apa pun!"

Qhuz mematikan gelaknya. "Kalau kau nak tau, Fit… Ad tu satu sekolah dengan kita orang dulu. Minah tu pelik sikit! Kasar, garang. Yang peliknya, dia langsung tak ada kelayakan masuk sekolah kita orang. Tak tau macam mana dia lepas ujian kelayakan. Aku agak dia ada ‘kabel’ besar kat sekolah tu." 

Fitri mengangguk. Seketika kemudian, dahinya kembali berkerut. "So, apa masalahnya kalau dia kahwin dengan Si Aril ni?"

Qhuz ketawa sebelum menjawab, "masalahnya, Si Aril dengan Si Ad ni memang tak boleh jumpa. Macam minyak dengan api. Panas aje sentiasa. Tak pun macam anjing dengan kucing!"

Fitri join Qhuz gelak.

Farriel merengus kasar. Hantu punya kawan! Bukan nak tolong selesaikan masalah.

"So, Ril… macam mana pulak Ad boleh muncul dalam majlis tu?" soal Fitri.

"Ad datang hantar baju yang Marina tempah. Si Che Nan tu pulak, punya la ‘bijak’. Dia ingatkan itulah awek aku. Aku memang tengah bengang gila dengan Si Marina tu! Aku upah la Ad jadi ‘awek satu malam’ aku. Tak sangka pulak lain jadinya. Kahwin kontrak la jawabnya," terang Farriel.

"Kesian budak tu… tak pasal-pasal budak tu kena kahwin dengan kau."

"Aku, kau tak kesian? Tak pasal-pasal jadi laki orang!"

"Buat apa nak kesian kat kau! Kau laki. Boleh kahwin empat. Kalau cerai pun, saham kau tetap tinggi. Dia tu pompuan…" tukas Fitri.

Ad tu pompuan ke? Kenapa aku tak pernah address dia sebagai pompuan sejak zaman sekolah dulu sampai sekarang? Farriel pegang kepala. Berat, berat….

"So, mana isteri kau sekarang? Takkan kau kurung dia kat rumah kau? Bila kau nak bawak dia jumpa aku? Teringin jugak nak tengok junior aku tu," soal Qhuz penuh minat.

Page 31: Cerpen AD +IZ

"Entah! Pagi-pagi lagi dah lesap."

"Aik! Tak sampai dua puluh empat jam kahwin dah lesap? Dahsyat, dahsyat!" perli Fitri.

"Amanah tu, Ril. Dia bawah tanggungjawab kau. Tak kira la korang kahwin paksa atau rela. Cari la dia. Dia isteri kau...."

"Masalahnya, aku sendiri tak tau nak cari dia kat mana. Nombor telefon dia tak bagi. Alamat lagi la…!"

"Aik! Waktu sign kontrak tak catat ke butir-butir diri semua? Aril, Aril… tak tau la macam mana kau nak handle business nenda kau esok lusa…." 

"Apa punya suami la? Fail!"

PINTU kaca butik aku tolak masuk. Kepala sudah menjengah masuk terlebih dahulu. Memerhatikan keadaan di segenap ruang butik pakaian itu.

"Hai Adry… lambat datang hari ni. Dah nak petang baru tiba," tegur Kak Timah sebaik sahaja muka aku tersembul di hadapannya. Mujur butik kosong tanpa pelanggan. Dan mujur juga big boss tak ada. Kalau tak, free aje kena potong gaji.

"Eh, apesal kau pakai baju ni? Macam nak pergi bersenam aje? Dah tu, muka pucat aje? Ada problem ke? Tak nak kongsi dengan akak?"

Hu hu hu…. Kalau la boleh kongsi. Aku kena kahwin paksa semalam, kak! Hari ni pulak aku dapat tau yang kerjaya Farriel hampir dimusnahkan disebabkan ‘kekurangan’ aku. Dan aku tak pernah dihargai oleh satu-satunya keluarga yang aku ada…. Kepala ni pulak sakit semacam aje.

"Tak ada apa-apa la, kak! Small matter aje," jawabku perlahan.

"Adry! Rindu sangat dengan kau!"

Jeritan Chot menghambat gegendang telinga. Chot berlari mendapatkan aku. Dipeluknya aku erat. Eh, Chot ke ni? Bila pulak minah ni balik dari honeymoon ni? Apesal warna muka dah bertukar ni?

"Ler… takkan kau dah tak kenal aku? Aku tau la aku dah hitam sikit. Tapi kan ke ‘hitam itu menawan’? Ke kau marah aku sebab aku honeymoon lama sangat? Sorry la…. Sebagai ‘upah’ kau tolong buat kerja-kerja aku, aku belikan hadiah special untuk kau."

Sebungkus hadiah dihulurkan padaku. Masa tu la Chot terperasan ‘sesuatu’ yang bersinar di jari manisku. Cincin emas putih bertatah sebutir berlian. Pantas dicapainya tanganku.

"Cantiknya cincin! Cincin emas putih, kan? Yang kat tengah ni, bukan diamond ke? Siapa bagi? Cantik macam cincin tunang aje. Kau dah tunang, ek? Ke kau dah kahwin?" soalnya bertalu-talu.

Kak Timah pantas menyerbuku. Begitu juga Imah, Nini dan Sabariah. Bergilir-gilir diorang menilik cincin kahwinku. Mulut masing-masing heboh dengan pelbagai soalan.Naik sesak nafasku. Tiba-tiba suara mereka jadi bergema dan semakin jauh dari pendengaranku. Pandanganku pulak berubah jadi macam filem P. Ramlee; cuma dua warna aje yang ada, hitam dan putih. Dan aku tak ingat apa-apa lagi selepas itu.

Page 32: Cerpen AD +IZ

"KAMU sendiri tak tau mana Rianna pergi? Kan ke kamu ni suami dia?" tukas Nenda Nerrisa.

Farriel tak senang duduk. "Dia kata nak pergi ke rumah sewa. Nak ambik kain baju. Tapi tak tau pulak lewat sampai macam ni. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kut."

Farriel mereka cerita. Ad, mana la kau pergi? Menyusahkan aku nak menjawab soalan nenda aje.

"Takkan keluar dengan kawan sampai lewat petang macam ni? Cuba kamu telefon dia. Kamu ada nombor telefon dia, kan?" saran Tengku Khalidah.

Farriel garu kepala sambil memandang mamanya. Mama, masalahnya Aril tak ada nombor telefon Si Ad tu. Entah ada handphone entahkan tidak dia tu. Seingat dia, tak ada pulak Si Ad tu tayang handphone kat dia semalam.

"Ye tak ye jugak! Cuba kamu telefon handphone dia. Mana la tau kut-kut dia ada masalah kat rumah sewa dia tu. Telefon, telefon…" arah Nenda Nerrisa.

"Aaaa…." Balik nanti, siap kau Ad!

"Aaa… actually Si Adry tu lupa nak bawak handphone pagi tadi. Handphone dia ada kat dalam bilik, atas meja solek. Tu pun bateri dah low!"

Nenda Nerrisa menggeleng kepala. Kesal dengan sikap cucunya yang sambil lewa. Dalam pada itu, dia bimbang dengan keselamatan Adrianna, gadis yang berjaya meraih perhatian dan kasih sayangnya dalam masa satu malam. Puas dia bertanya pada pembantu-pembantu rumah. Kut-kut ada Adrianna meninggalkan pesanan sebelum keluar. Namun hampa.

Tengku Khalidah pulak silang tangan di sofa. Bersikap tunggu dan lihat. 

"Nenda dengan mama jangan la risau. Pandai la Si Adry tu balik ke sini nanti. Dia dah besar. Dah boleh jadi mak orang pun."

Masing-masing diam tak berkutik.

"Bila pak long dan mak long balik JB, ma?" soal Farriel memecah kesunyian.

"Tengah hari tadi."

"Ihsan balik sekali?" soalnya lagi.

Sepupunya itu memang dah lama ‘dingin’ dengannya. Kalau bercakap pun sekadar perlu aje. Dia tidak menyimpan dendam pada Ihsan walaupun Ihsan adalah saingan terdekatnya untuk merebut jawatan CEO. Kalau bergaduh pun, masa kecik-kecik dulu. Budak-budak, adat la bergaduh dan berbaik semula.

"Pasal Ihsan tu, mama tak pasti. Lepas sarapan tadi, dia terus hilang entah ke mana. Budak tu mana penah lekat di rumah!"

Suasana sepi kembali. Farriel kerling jam di tangan. Pukul enam lima puluh enam petang. Mana pulak la minah ni pergi? Mintak-mintak la dia tak cabut lari. Apa aku nak jawab kat famili aku kalau Ad ghaib terus? Walhal baru sehari usia perkahwinan kami….

"Hish! Nenda tak boleh tunggu lagi dah. Nenda nak report polis. Biar polis aje cari Si Rianna tu!"

"Eh, jangan la, ma. Kejap lagi balik la dia tu," bantah Tengku Khalidah.

Page 33: Cerpen AD +IZ

"Entah, nenda ni… tak sampai dua puluh empat jam pun lagi dia hilang. Entah-entah dia tengah seronok dengan kawan-kawan dia. Kita aje risau tak tentu arah kat sini!" tambah Farriel.

"Dunia sekarang ni dah tak selamat lagi. Hari-hari ada kes bunuh, kes ragut la, rogol la. Nenda takut sesuatu terjadi pada Rianna. Kita mana tau!"Dan ketika itu la….

"Assalamualaikum…."

Ihsan pulang menyelesaikan persoalan ‘di mana Adrianna’ yang ada di dalam kepala kami. Namun kepulangan Ihsan dan Adrianna itu juga menimbulkan persoalan baru di fikiran kami. Macam mana Adrianna boleh bersama-sama Ihsan? The main thing is, kenapa Adrianna berada dalam pelukan Ihsan?

Farriel tercengang melihat Ihsan yang kemas mencempung tubuh Adrianna.

BAB 4

SEMUA yang berada di dalam bilik berdiam diri, memerhatikan Doktor Talhah dan pembantunya.

"Bagaimana keadaan dia, doktor?" soal Nenda Nerrisa sebaik sahaja Doktor Talhah selesai menjalankan tugasnya.

"Selain dari demam biasa, dia okey. Cuma tekanan darah agak tinggi sikit. Mungkin disebabkan kurang rehat dan pemakanan yang tak teratur," terang Doktor Talhah.

"Alhamdulillah…." Nenda Nerrisa mengucap syukur.

"I have told you, nenda. She’s okay. Doktor kat klinik tadi dah check. Adry sihat…" ujar Ihsan. 

"Nenda cuma nakkan kepastian aje. Takut doktor tu check sambil lewa!" Nenda Nerrisa menegakkan pendiriannya.

"Jangan risau, puan. Puan Adrianna okey. Dia cuma perlukan rehat. Tapi puan, maaf kalau saya bertanya ye… boleh saya tau kenapa dahi Puan Adrianna lebam?"Nenda Nerrisa dan Tengku Khalidah berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka melempar pandang pada Farriel pula.

Ihsan cuma diam di sudut bilik.

"Aril rasa dia terlanggar pintu bilik air pagi tadi. She’s a little bit clumsy and careless, sometimes…" jawab Farriel. Tiada keyakinan dalam nada suaranya kerana jawapannya rekaan semata-mata.

"Ooo… kalau begitu tak apa la. Saya balik dulu. Jangan lupa bagi dia makan vitamin dan ubat tepat pada waktunya," pesan Doktor Talhah sebelum beredar.Nenda Nerrisa dan Tengku Khalidah mengiringi Doktor Talhah dan pembantunya ke bawah. 

Ihsan yang ingin berlalu, segera ditahan oleh Farriel. Mata mereka bertentangan.

"Macam mana Ad boleh ada dengan kau?" soal Farriel garang.

"Macam mana pulak kau jaga bini? Baru sehari kahwin dah lebam dan pengsan... it’s so not you!"

Page 34: Cerpen AD +IZ

"She’s a little bit tense and exhausted, lately. Lebam kat dahi tu pun sebab dia yang cuai!" Farriel mencari alasan lagi.

Ihsan senyum meleret. Adry terbaring di atas katil dipandangnya lama. "Aku tak tau apa yang jadi antara korang berdua tapi…."

Ihsan berjalan mendekati Farriel. Ditepuknya bahu Farriel beberapa kali.

"Lepaskan Adry. She’s too naïve. Adry tak mungkin dapat menyamar jadi Marina Irriani, kekasih kau tu," sambungnya.Dan Ihsan berlalu meninggalkan bilik itu, meninggalkan Farriel yang terpaku di situ.

HUJUNG kaki terasa dikuis-kuis. Semakin lama semakin kuat. Apa benda pulak ni? Kepala terasa berat. Ubun-ubun kepala aku picit perlahan. Kakiku dikuis lagi. Aku tendang ‘benda’ tu. Sibuk aje kacau orang tidur! Pergi main jauh-jauh!

"Adoi!"

Terdengar jeritan dari hujung kaki. Rasa macam kenal aje suara tu. Bukan ke suara…. Biji mata aku buka luas-luas.Farriel yang duduk berlunjur di sofa, menggosok-gosok kakinya.

"Betul ke kau sakit ni? Tulang besi apa kaki kau tu," omelnya.

Aku bingkas duduk. Memandang sekeliling. Cuba mengingati apa yang terjadi. Benda last yang aku ingat; pergi butik, jumpa Kak Timah, Chot, Imah, Nini, Sabariah. Lepas tu macam dengar suara cemas Ihsan. Doktor, jururawat… eh, dari mana pulak doktor dan jururawat tu datang? Macam mana pulak aku boleh terbaring kat bilik ni? Aku garu kepala. Eh… tudung aku mana?

"Kau pengsan kat butik petang tadi. Kau tak ingat ke?" terang Farriel.

Pengsan? Aku geleng kepala. "Tengku Ihsan?"

Terpacul nama itu dari mulutku. Aku cuma mahu kepastian sebab aku macam dengar suara dia dalam fikiran aku yang tengah ‘blur’ masa tu.

"Oh… part Ihsan tu, kau ingat pulak?" soal Farriel jengkel.

"Aku tak berapa ingat. Tapi… dia ada ke masa aku pengsan?" 

"Kawan kau kat butik telefon Ihsan bila kau pengsan. Pelik! Sejak bila pulak kau rapat dengan Ihsan? Yang paling penting, macam mana Ihsan boleh tau pasal Marina? Kau bocorkan rahsia, ek!" tuduh Farriel.

"Bila masa pulak aku bocorkan rahsia? Ihsan memang dah tau tentang semuanya!" jawabku.

"Dah tau? Semuanya? Macam mana?" soal Farriel bertalu-talu dengan nada pelik.

"Ihsan nampak kau kejar Marina kat KLIA. Kebetulan flight dia baru tiba dari New York. Masa kau tengah busy kejar Marina tu la kau langgar aku. Aku pulak terlanggar Si Ihsan. Kat situ la kami kenal. Dan secara tak langsung Ihsan tau yang aku bukan awek kau. Ada faham?" terangku. Ada rasa geram dalam hati. 

Farriel tanggalkan cermin mata. Batang hidung digosok-gosoknya. Seperti sedang berfikir. Mungkin tengah

Page 35: Cerpen AD +IZ

menyusun jalan cerita yang berlaku antara kami bertiga. Lama dia terdiam sebelum bersuara kembali. "Aku tak nak kau rapat dengan Ihsan lagi. Bercakap dengan dia pun jangan! Kau tu mulut tempayan! Nanti entah apa-apa lagi yang kau cerita kat dia!"

Farriel memberi amaran keras. Muka dia serius aje. 

Yek yek… tak takut pun! Eleh, dia sendiri yang tak pandai simpan rahsia, nak salahkan aku pulak!

Satu kotak sederhana besar dicampakkan ke katil. Betul-betul landing kat sebelah aku.

"Apa ni?" soalku. 

"Peti sejuk!" jawabnya selamba.

Yaiks! Takkan peti sejuk sebesar ni? Aku belek kotak hitam tu.

"Handphone la. Takkan lepas kena dukung dengan Ihsan, kau dah tak kenal rupa handphone lagi?" selar Farriel.

Kelat muka aku. Masa bila pulak aku kena dukung dengan Ihsan ni? Apa kes sindir-menyindir aje ni? Takkan terlebih hormon estrogen kut! 

"Lepas ni, kalau kau rasa-rasa macam nak pengsan lagi ke, nak tergolek ‘dog’ ke, cepat-cepat roger (call) aku! Jangan nak mengada-ada pengsan depan Ihsan lagi! Unless, kau memang suka Si Ihsan tu dukung kau la.…"

Farriel bangun dari sofa. Mengatur langkah ke pintu bilik.

Aik, emosi pulak mamat ni! Entah bila Ihsan dukung aku entah. Pandai-pandai aje buat cerita dongeng. Kotak handphone depan mata, aku selongkar isinya. Bestnya, dapat handphone tu!

"NENDA!"

Belakang Nenda Nerrisa aku peluk. Nenda Nerrisa yang tengah sibuk menilik orkid di taman mini terkejut. Namun pelukanku tetap dibalasnya dengan senyuman. Dibawanya tubuhku duduk di kerusi di tepi taman.

"Kenapa Rianna keluar rumah? Panas kat luar ni.Demam Rianna baru aje nak kebah."

"Ala, nenda… demam Adry dah elok la. Adry bosan duduk dalam rumah. Lagipun, dah dua hari Adry berkurung. Asyik makan, minum, tidur. Makan, minum, tidur. Lama-lama gemuk la, Adry."

Nenda Nerrisa ketawa. Tubuhku dibelai-belainya. Sayang benar dia denganku. Tengok macam hari tu, sanggup dia tunggu kat bilik aku semata-mata nak temankan aku makan. Kemudian dibelikan pulak aku buku cerita dan majalah. Takut aku bosan katanya. Nenda Nerrisa buat aku tak kekok untuk tinggal dalam ‘istana’ Tengku Faris alias bapak mertua aku ni.

"Badan keding (kurus) macam Rianna ni mana la boleh gemuk. Lain la badan nenda ni. Macam dipam-pam kalau asyik melepak aje atas katil tu!"

Aku ketawa senang. Rianna… suka benar Nenda Nerrisa memanggil aku dengan nama tu. Tak tau kenapa dia tak nak panggil aku Adry. Tak pun panggil Ad, macam Si Farriel tu selalu buat.

Aku cuit cookies dalam piring. Ngap! Terus masuk mulut. Hmmm… sedap!

Page 36: Cerpen AD +IZ

Tiba-tiba Nenda Nerrisa menggenggam jariku. Erat. Tercengang aku sekejap. Kenapa pulak ni?

"Terima kasih, Rianna… terima kasih banyak-banyak," katanya sayu.

Mata Nenda Nerrisa aku pandang. Ada air mata yang mula bertakung di birai matanya. "Ish, kenapa nenda cakap macam tu? Terima kasih untuk apa?"

"Sebab sudi berkahwin dengan Aril. Nenda sangat menghargai pengorbanan Rianna."

"Hah? Tak ada apa-apa la, nenda. Small matter aje tu. Lagipun, Adry kan memang ‘cinta’kan Farriel."

Sengaja aku tekankan perkataan cinta tu. Berlakon biar real.

Nenda Nerrisa merenung jauh. "Aril tu nampak aje macam tu. Tapi hakikatnya hidup dia penuh dengan kesedihan."

Aku diam mendengar Nenda Nerrisa bercerita.

"Mama dan papa mertua kamu tu selalu sangat outstation ke luar negara. Kejar harta dunia. Abaikan tanggungjawab pada anak-anak, terutamanya Aril. Pada nenda la Aril menumpang kasih. Bila dah besar macam ni, perangai anak-anak sendiri pun mereka tak faham. Taunya mengatur hidup budak-budak tu. Kamu sendiri nampak kan macam mana hubungan mereka anak-beranak?"

Walaupun tak berapa jelas dengan apa yang diperkatakan oleh Nenda Nerrisa, aku tetap menganggukkan kepala. Patut la Farriel macam ‘dingin’ aje dengan mama dia. Dengan papa dia pun ala kadar aje bercakap. Itu pun terhad pada hal-hal berkaitan kerja.

"Bila Ann pergi, bertambah sunyi hidup Si Aril tu. Nenda tak pernah tengok Aril senyum apatah lagi ketawa semenjak hari tu. Sampai la kelmarin…."

"Macam mana dia boleh ketawa kelmarin?" soalku kurang sabar. Mimpi apa mamat tu sampai tiba-tiba berubah sikap. Ann tu siapa pulak?

"Rianna muntah kat baju Ihsan masa Ihsan cuba suapkan Rianna makan. Itu yang dia rasa lawak sangat tu. Rianna tak ingat, ek?"

Aku pantas geleng kepala. Tapi aku ingat Ihsan ada datang menjenguk aku. Farriel kata Ihsan dukung aku balik ke rumah. Nenda kata aku muntah kat Ihsan. Aik, kenapa aku tak ingat satu apa pun? Dahsyat jugak penangan demam aku kali ni. Siap amnesia lagi. Hu hu hu… elok jugak tak ingat. Kalau tak, mesti tebal muka tiga inci bila jumpa Ihsan lagi nanti.

"Nenda harap sangat kehadiran Rianna ni akan menceriakan kembali hidup Aril. Dia dah puas menderita. Biar la dia hidup bahagia lepas ni. Rianna, janji dengan nenda. Janji yang kamu akan bahagiakan Aril…."

Mata Nenda Nerrisa bersinar-sinar, penuh pengharapan. Aku jadi serba salah. Kalau la nenda tau yang aku ni kahwin kontrak aje dengan Farriel…. Perkahwinan kami akan berakhir sebaik sahaja Marina kembali ke sisi Farriel atau sekiranya aku sudah mempunyai pilihan hati. Mana-mana yang terdahulu antara dua perkara itu.

Laungan Hana mengajak aku dan nenda makan mematikan perbualan kami. Aku mengucap syukur kerana dapat lari dari situasi ‘tersepit’ itu. Nenda segera kupapah sehingga ke meja makan. Lawak jenaka Hana menghiasi perbualan kami sepanjang makan tengah hari berlangsung.

Page 37: Cerpen AD +IZ

BAB 5

KERETA Honda City warna biru metalik meluncur laju. Aku tengok meter. 80km/j. Kalau agak-agak jalan lengang aje sikit, ditekannya minyak sampai 120km/j. Selagi boleh menyelit, dia akan menyelit. Wei, Si Farriel Izumi ni memang nak suruh aku mati cepat ke? Aku belum tempah tanah kubur lagi….

"Izumi!" jeritku bila kereta yang kami naiki hampir dilanggar lori yang entah dari mana datangnya.

Mujur Farriel cepat-cepat mengelak.

"Kan aku kata jangan panggil aku dengan nama tu!" bentaknya kasar.

"Tu nama kau jugak apa...."

Siapa suruh bapak kau letak nama tu? Aku panggil aje la. Seronok jugak dapat ‘usik’ dia ni.

"Aku memang tak suka kau panggil aku dengan nama tu. Aku dah warning kat kau masa sekolah dulu, kan?"

"Bla bla bla… okey, whatever! Macam la special sangat nama tu! By the way, bila kau nak bayar baki upah aku jadi ‘awek’ kau tu? Lagi RM20,000.00 tu. Upah aku jadi isteri kau, kau jangan buat-buat lupa pulak!"

"Ha ha ha… kau ni tak ada kerja lain. Duit, duit, duit. Kau lahir atas duit ke dulu?" kata Farriel jengkel.

"Aku tuntut hak aku aje. Mana ada benda free dalam dunia ni. Nak masuk toilet pun kena bayar tiga puluh sen tau. Ada sesetengah toilet, kena bayar sampai lima ringgit tau!" 

Aku buat muncung itik. Dia yang janji! Triple dari upah yang kononnya Si Marina tawarkan pada aku. Dan RM2,000.00 ‘bersih’ sebulan. Upah jadi isteri kontrak mamat senget sebelah aku ni. Masyuk! RM20,000.00 + RM10,000.00 (lima bulan duit gaji aku) = RM30,000.00. Dengan duit sebanyak tu, dapat la aku bayar hutang ayah tiri aku dengan Ah Long. Tak payah sakit-sakit kepala lagi fikir. Beres!

Perjalanan kami berakhir di sebuah banglo dua tingkat. Ia terletak di bahagian paling hujung dalam deretannya. Tanpa menunggu Farriel, aku terus keluar dari kereta. Meninjau keadaan sekeliling rumah. Tengok dari luar aje aku dah jatuh suka. Dindingnya dicat warna kuning jagung dan putih. Ada garaj yang boleh muat dua buah kereta. Ada laman sederhana luas di tepi. Hmmm… boleh tanam bunga macam nenda buat. Letak kerusi batu kat tengah. Kalau kaya sikit, boleh buat landskap air terjun ke kolam ikan ke. Petang-petang boleh la minum petang sambil ambik angin. Huish, tingginya angan-angan! Tapi memang betul la… betul-betul macam rumah yang aku idam-idamkan. Kecuali part yang aku kena tinggal dengan Farriel hyppo ni la… yaiks!

Cermin kereta diturunkan. Farriel julur kepala dari dalam kereta.

"Hah, apa lagi?" sergah Farriel.

"Apa?" soalku terpinga-pinga. Lupa pulak ada mamat ni!

"Bukak la pintu pagarnya…."

Hujung bibir atas sengaja aku naikkan sehingga mencecah bahagian bawah hidung. Apa punya laki! Kerjanya asyik membuli aku aje. Masa kat rumah mama papa dia lagi dia dah tunjuk belang. Tak boleh tengok aku senang. Kejap-kejap…

"Ad dearie, buatkan kopi kurang gula satu." 

Page 38: Cerpen AD +IZ

Padahal kat meja depan mata dah ada kopi seteko. Tak nak, katanya manis. Nanti bertambah gemuk. Cheh, tak nak minum air manis konon. Tapi kalau kat meja makan tu, lagaknya dah macam orang Somalia, takpe pulak. Aku yang tengah syok tengok TV dengan nenda, nak tak nak terpaksa la menapak ke dapur. Kalau tak fikir nenda dan mama papa dia yang ada sama, nak aje aku mandikan Farriel tu dengan sebaldi air kopi. Biar dia rasa. Tapi bila aku sukat tahap kesabaran, untung la masih ada yang berbaki.

Satu lagi taktik dia nak membuli…

"Sayang, briefcase tinggal kat bilik. Tolong ambik." 

Hui… dalam pada nak muntah dengar dia panggil sayang, aku gagahkan jugak panjat tangga sampai ke tingkat tiga. Kut ada lif lain la cerita! Patutnya dia la yang kena exercise turun naik tangga. Biar lemak-lemak dalam badan dia tu susut. Ni tak, aku jugak yang bertambah slim!

Tapi yang paling sadis…

"Ad, pinggan dengan sudu ni berminyak la. Pergi ambik yang lain."

Belum sesudu nasi masuk dalam mulut. Air pun tak sempat diteguk lagi. Dengan perut yang berirama heavy metal, aku seret jugak la kaki ke dapur. Nasib rumah orang. Kalau rumah aku, aku bagi dia makan atas pinggan kertas. Nak tambah sadis, aku bagi daun pisang aje buat alas. Biar dia rasa. Manja tak bertempat. Kalau dah depan mama papa dan nenda dia buat aku macam tahanan juvana, bila dah dok rumah sendiri ni, aku tak tau la apa bentuk ‘seksaan’ dia akan ‘hadiahkan’ kat aku.

Dalam pada mengomel tu, pintu pagar tetap aku buka. Yelah, aku ni kerja makan gaji. Kena la patuh.

Pintu rumah dibuka oleh Farriel. 

Pergh! Macam tongkang pecah. Tak ubah macam kapal Jack Sparrow lepas kena serang dengan sotong kurita bersaiz giant tu. Almari, rak kasut, kotak-kotak, beg baju berlambak sana sini. Habuk tak usah cerita la. Lagi tebal dari tapak kasut aku ni! 

"Wei, kau cakap kau dah kemas rumah ni! Kau tipu nenda, ek?" 

Farriel angkat bahu dengan wajah selamba. "White lies! Aku tak nak sia-siakan duit gaji yang aku bagi kat kau tu!"

Jawapan yang dia bagi… memang marvelous! Ei, geramnya aku tengok muka dia! Rasa nak ‘uli-uli’ aje muka dia yang cerah tu.

Farriel menghilangkan diri di tingkat atas. Tak lama kemudian dia turun dengan memakai t-shirt kusam berwarna biru bersama jeans yang dah koyak di bahagian lututnya. "Tunggu apa lagi? Pergi la tukar baju! Kemas mana yang patut."

Bila dilihatnya aku masih kebingungan, Farriel menyambung arahannya.

"Dalam masa tiga puluh saat, Ad! Kalau kau tak siap jugak, aku potong gaji kau! RM10.00 for every seconds," katanya bersungguh-sungguh.

Mendengar kata-katanya, tangga pantas aku daki. Aku angkut sekali beg pakaian. Menukar pakaian secepat mungkin. Apa punya arahan da…. Mengalahkan trainee kat akademi polis. Yang tak tahan tu, siap bagi masa lagi. Kalau lama takpe jugak. Ni setakat tiga puluh saat. Okey, siap! Tangga rumah aku turuni.

"Lambat sembilan saat. Potong RM90.00." Ujar Farriel sambil melihat jam di pergelangan tangannya. 

Page 39: Cerpen AD +IZ

Aku hanya mampu mengeluh. Kau ingat aku robot ke apa? Takpe… kenakan la aku selagi boleh. Sampai masanya, giliran kau akan tiba pulak! Revenge!!!!

FARRIEL celikkan mata. Jam di sisi pantas dicapainya. Tujuh tiga puluh minit pagi? Alamak… dah lambat! Mampus! Terbabas subuh aku! Bertuah punya Ad. Bukannya nak tolong ketuk pintu, kejut aku. Nama aje jiran sebelah bilik.

Pintu bilik dibuka. Cuba mengesan di mana kedudukan Ad. Bila didengarnya bunyi bising di dapur, dia membuat kesimpulan bahawa Ad sedang memasak. Perutnya terasa lapar serta-merta. Tuala mandi dicapai. Siap mandi ala kadar, pakaian dalam almari diselongkarnya. Mencari kemeja yang paling tak berkedut. Setelah berpuas hati dengan penampilannya di cermin, baru la dia turun.

Suasana rumah senyap sunyi. Ad tak kelihatan di mana-mana. Dah blah ke mana pulak? Lantak la! Tudung saji atas meja dibuka. Masa untuk makan.Apa ni???

Sudu, garpu, pinggan, gelas, semua elok susunannya. Masalahnya pinggan dan gelas yang ada, semuanya kosong. Tak ada isi. Ke... lutsinar makanan yang dihidangkan dek Ad ni? Nota di atas meja dicapai oleh Farriel.

To Izumi: Orang diet tak boleh makan banyak-banyak. Makan banyak angin takpe… sebab angin free dan tak menggemukkan!~AD~

Kertas kecil itu direnyukkan.

"Aaa… ddd!!!!"

Aku yang baru nak melangkah masuk ke dalam teksi, tersengih-sengih macam kerang busuk sebaik sahaja terdengar jeritan Farriel. Padan muka kau! Ada ubi ada batas, ikut hati hari-hari aku nak balas!

"HA ha ha… baru padan muka dia!" 

Hana gelak besar mendengar cerita minggu lepas yang aku import dari rumah. 

Gelak aku pun berterabur. Tak larat nak kutip lagi dah bila membayangkan wajah kebulur Farriel.

Kami dah tak ambik pusing pengunjung-pengunjung Midvalley. Biarlah! Datang sini nak bergembira. Nak release tension. Deretan kedai terus kami jelajahi. Tangan aku dan Hana sudah penuh dengan barang yang dibeli. Kebanyakannya pakaian dan barang yang dirasakan sesuai untuk aku. Tak sempat nak buka mulut, dia dah bawa ke kaunter. Hulur sekeping kad, cashier swap kad, barang terus masuk dalam beg plastik. Memang indah jadi orang kaya.

"Since bila abang jadi…."

Aku penuhkan mulut dengan angin. Kembang pipi di kiri dan kanan.

"You mean jadi ‘chubby’ gitu?"

Hana gelak tengok aksi aku mengejek Farriel.

Page 40: Cerpen AD +IZ

"Yap!" 

Kasut pink tumit tiga inci aku pandang dengan wajah ngeri. Eeuuww… ada ke orang nak pakai kasut tinggi macam tu? A good way to torture your feet. First time aku pakai kasut setinggi tu, malam pernikahan antara aku dan Farriel. Seksanya? Tuhan aje la yang tau. Terpelecok tak payah cerita la. Itu dah semestinya. Nasib baik tak menyembah ke bumi aje. 

Tangan Hana aku tarik keluar dari kedai kasut. Sebelum dia berkenan, baik aku jauhkan pandangan dia dari kasut-kasut mahal tahap belanja makan aku tiga empat hari tu. Tak pasal-pasal dia suruh aku try pakai nanti.

"Well, since he’s in and out of hospitals. Akak tau kan abang pernah sakit?"

"Yeah…."

Apa tak taunya? Siap pengsan-pengsan kat sekolah lagi. Sampai riuh satu sekolah. Otai tegar sekolah pengsan masa show amal. Tu belum kira kejadian kat padang dan lain-lain lagi. 

"So, has he fully recovered?" 

Kedai accessories aku attack.

Hana ikut aje. Sama dia menilik cermin kaca di situ. Gelang kristal menarik perhatiannya. "So far, yes. But he’s got new diseases la pulak!"

"Penyakit apa la pulak tu?"

Risau pulak aku mendengar kenyataan Hana. Mana tau, kut-kut dia ada penyakit anjing gila. Tak ke parah aku nanti?

"Obesity plus loveholic dengan akak. Ha ha ha…!" jawabnya. 

Aku join gelak. Budak tu loveholic dengan Marina. Tak berkenaan dengan aku pun; hidup atau mati.

"Ada-ada aje la Hana ni! Nak beli ke?" tanyaku bila dia mengacukan seutas rantai tangan ke pergelangan tangannya.

"Not for me," jawabnya sambil menggelengkan kepala.

Hana acu seutas ke pergelangan tanganku pula.Dapat sambar seutas, Hana menyeret aku ke kedai seterusnya pulak. Kedai baju… lagi! Aku yang pakai sport shoes pun rasa dah tak larat nak jejak lantai, Hana yang pakai heels… aku tak pasti la pulak. Dah biasa kut! 

Tiba-tiba Hana berhenti melangkah.

Tanpa signal, aku terbabas melanggar belakang badannya. Hana pandang aku. Lama. Macam mengenal pasti sesuatu.

"You know what… bila tengok akak ni, Hana macam teringat sesuatu…."

"Hmmm… ye ke?"

"No… I mean, akak mengingatkan Hana pada something and someone!" 

Page 41: Cerpen AD +IZ

Pulak dah….

"Yeah?"

Hana diam seketika. Memerah otak. Beberapa saat kemudian, dia memetik jari. "Hmmm… macam Kak Ann. Tengok akak, terus teringat kat dia. Sempoi, kelakar, nakal, and cute. Boleh kata semua sama la…."

That’s it! Ann lagi. Who is this Ann anyway? Mystery girl? Awek Farriel jugak ke? Apa, hyppo tu player ke? Nenda pun ada jugak dok sebut-sebut nama pompuan ni hari tu. Eh, aku emo (emosional) tiba-tiba ni apehal pulak? Biar la Si Farriel tu nak jadi stokis pompuan ke, apa ke. Takde kena-mengena dengan aku!

"Rupa kami, tak sama?" soalku. Sekadar menyakat. 

"Tang tu, tak pasti sangat la sebab Hana kecik lagi masa tu. Lagipun, Hana tak stay kat Malaysia. Sekali-sekala aje balik. Ikut mama dan papa stay kat Amerika. Tapi, Hana ingat sangat yang abang banyak lukis gambar sorang pompuan ni. Hana jumpa masa selongkar bilik dia. He he… jahat, kan? Rupa dia sebijik macam muka akak."Aku turunkan bahagian bawah mulut. Farriel Izumi lukis gambar aku? Ridiculous! Unreasonable! Nehi kabi nehi! Tak mungkin! Pandang muka aku pun dia tak ingin. Nikan pulak nak abadikan aku dalam lukisannya. Dan aku rasa sangsi jugak mamat takde emo tu boleh melukis. Coz I can’t imagine and I don’t think he can dedicate into something… ha ha ha… no offense! 

"Tapi bila fikir-fikir, macam tak logik la pulak…." 

Hana buat muka keliru.

"Kenapa pulak?"

Pening dah aku dengan Hana ni!

"Seingat Hana, pompuan dalam lukisan tu rupa macam akak, tapi Hana tak rasa pompuan tu adalah akak. First of all, you all met three years ago. Gambar tu Hana jumpa five years ago. Tak mungkin, kan?"

Aku angguk. Tak ada sesiapa pun tau aku dan Farriel pernah satu sekolah. Diorang kan ingat aku ni Marina Irriani, pramugari yang ditemui semasa dia menuntut di luar negara.

"Secondly, kalau tak silap la, pompuan dalam gambar tu ada parut, somewhere kat muka dia. But, you don’t have any! Hmmm… bukan kut!"Hana masih kerah otak supaya mengingat.

Aku dah tak minat nak dengar. Dah tentu-tentu Si Farriel tu takkan lukis muka aku. Siapa aku? Ada ke orang nak lukis gambar musuh sendiri? Lagipun muka budak pompuan tu ada parut. Aku… alhamdulillah la tak ada parut walaupun teruk aku kena dera dengan mak dan ayah tiri aku dulu.

Bunyi nyaring dari handphone mencuri tumpuan kami.

Hana segera mengeluarkan handphone dari begnya. Skrin handphone dipandang dengan rasa pelik. "Abang Aril? Apa hal pulak ni?"Bahu kuangkat tinggi.

"Jawab la," cadangku.

Hana mengangguk. Butang hijau diikuti loudspeaker ditekannya. "Helo! Abang…!"

"Hana, Kak Ad ada dengan Hana ke?"

Page 42: Cerpen AD +IZ

Suara Farriel kedengaran mesra.

"Haah! Beli barang sikit. Kan Hana dah mesej, cakap nak ‘pinjam’ dia kejap. Lupa, ek? Takkan tak boleh pisah kejap kut?" perli Hana.

Dijelingnya aku. Aku buat bodoh aje. Blaus berderet depan mata, aku tilik satu per satu. Cantik jugak yang ni.

"Ops, sorry! Lupa la…."

"Ha ha ha… tanda-tanda umur dah senja la tu!" 

Mengekek tawa aku dan Hana.

"Oit, mulut ada insurans tak tu?! Ad sayang, I know you’re listening. Don’t you know how to pick up your phone, darling? Kalau tak tau, I will give you ‘special’ lesson just on how to pick up the phone. Tak kesian ke kat I? Nak tercabut jari hubby you ni menelefon tau!"

Sayang? Hubby? Aku tahan muntah.

Meleret senyum Hana. 

"Wow! Special lesson?! Abang tak pernah pun bagi special lesson kat Hana. Hana baca manual handphone aje."

"Hana lain. Kak Ad lain. Dia tu slow learner!"

Oui… sedapnya mulut mengata. Bukan menyirap, dah meng‘oren’ darah aku mendengar dah ni!

"Okey la… jangan pinjam my wife lama-lama sangat, sis. Home is not home at all without her. ‘Miss’ you so much, Ad! Bye!"

Talian diputuskan.

"Sweetnya… tak sangka pulak abang Hana yang ‘batang kayu’ tu romantik orangnya! I think he misses you so much! Terpaksa la Hana ‘pulang’kan akak cepat-cepat!"

Ha… yelah tu! Dia bukan ‘miss’ aku macam yang Hana fikirkan. Dia cuma rindu nak jerit-jerit dan arahkan aku buat itu ini aje. Dalam pada tu, telefon bimbit aku seluk dari dalam poket. Nak tengok kebenaran kata Farriel. Mak aih! Empat puluh missed calls. Tiga mesej menanti untuk dibaca.

Ad, where is my shirt? Aku suruh kau jahit aje baju tu. Bukan suruh tenun benang untuk buat baju tu!

Ad, pick up the phone! Pekak ke? Lain kali set tone 5 la! Tak dengar jugak, pasang vibrate!

Ad, sabar aku ada batas, ok… answer your phone!

Huwargh huwargh huwargh… ingatkan android tanpa perasaan tadi. Rupanya android version baru. Ada rasa marah. Entah apa-apa entah. Baju t-shirt punya la banyak. Standard la kan, anak orang kaya. Melainkan dia ni kategori ‘taik hidung masin’ la….

Tapi, yang aku pelik sangat, dia nak jugak pakai t-shirt hijau ala-ala coklat macam warna daun nak mati tu. Boleh kata every night. Kalau cantik takpe la jugak. Ni tak, dah bertahi lalat pun. Dah nak lunyai! Aku agak kalau letak kat luar, segala jenis kulat boleh buat habitat kat situ.

Page 43: Cerpen AD +IZ

Dek kerana tension tengok keadaan baju yang begitu menyedihkan tu, aku ‘sedekah’ baju tu kat tong sampah. Yelah, nak jahit macam mana, kan? Dah teruk sangat keadaannya. Nak buat kain buruk pun, ‘warga dapur’ tak nak terima. Nasib kau la, Izumi… duit tinggi bukit, baju kat kedai pun berlambak-lambak. Get a new one!

"Hai!"

Kepala segera kuputar ke arah suara tersebut.

Elok aje Ihsan bersandar kat dinding luar kedai. Dengan senyuman tahap peluntur iman, Ihsan memang mengganggu gugat ketenteraman pengunjung-pengunjung wanita kat situ. 

"Apa awak buat kat sini?" soalku pelik.

"Sorry, Kak Adry... Hana ada janji dengan kawan jap lagi. Tapi… jangan risau, Hana dah cari ‘driver’ untuk hantar akak balik. Bye!"

Dengan kata-kata itu, Hana pantas berlalu pergi. Meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga ala-ala rusa masuk kampung.

Ihsan masih tetap tersenyum.

"Makan mushroom fried chicken rice in claypot, jom!" ajaknya.

Setengah jam kemudian, kami dah menghadap nasi goreng cendawan dalam claypot. Aku masih kaku menghadap claypot yang berkepul-kepul asapnya.Ihsan dah mula menyudu. Merah padam mukanya menahan panas. "Kenapa tak makan? Tak lapar? Tak sedap?"

Aku geleng kepala. Dengan Hana tadi dah banyak benda aku sumbat dalam perut. Sushi la, nasi ayam la, corn la, dan entah apa-apa lagi. Sekarang perut pun dah naik sebu. "Awak ni tak kerja ke? Bukan awak kerja kat US ke?"

"Dah berhenti."

Sesudu lagi masuk ke mulut. Lapar benar mamat ni!

"Habis tu, sekarang buat apa?"

"Duduk. Merewang. Bercuti. Cuci mata. Enjoy!"

"Mmm… gaya orang tak ada tujuan hidup aje!"

"Weih… mulut. Bisanya!"

"Betul la tu! Tak buat apa-apa. Pleasure semata-mata. Menghabiskan harta mak bapak aje. Saya paling benci laki macam tu!" selarku.Ihsan berhenti menyudu. Matanya tepat memandang wajahku. Ada riak bengang di wajahnya.

Ada aku kisah?

"Oh, ye ke? Pandai cakap orang. Awak, apa tujuan hidup awak? Kahwin dengan orang kaya, kaut harta dia sampai dia jatuh miskin. Gitu?" tuduhnya.

Page 44: Cerpen AD +IZ

"Cup, cup… bukan saya yang nak kahwin dengan Farriel Izumi tu, ek! The next thing you should know, saya ni bukan pompuan materialistic!"

"Yelah tu… so, lepas ni apa? Lahirkan the next heir of Izumi Corporations?"

"Hah? Apa?! Tidak sama sekali!" 

Ihsan ketawa besar melihat wajahku yang kelat dan blushing.

Mamat ni memang suka ketawa dan tersenyum. Muka pun nampak manis aje. Kenapa la Si Izumi tu tak suka ketawa, ek? Okey, kalau tak ketawa pun, at least senyum. Tentu kacak macam rupa Ihsan sekarang. Isk, apa aku fikir ni? Aku ketuk kepala sendiri.

"Awak okey tak ni?"

Jam kukerling. Pukul sembilan malam. "Okey. Jom balik!"

SAMPAI aje rumah, Farriel dah tunggu kat ruang tamu. Bersedia untuk menjalankan proses soal siasat. Beg-beg kertas aku campak ke sofa, sebelum mencampakkan diri sendiri ke sofa hitam tu. Letih gila!

"Siapa tu?"

Muncung mulut dihala ke arah jalan. Menunjuk kereta Ihsan yang dah berlalu pergi.

"Ihsan," jawabku malas.

"Ihsan? Kata keluar dengan Hana?" soalnya pelik.

"Memang la. Tapi Hana ada hal tadi. So, dia suruh Ihsan hantarkan."

"Okey. Whatever! Mana baju aku?"

"Aku dah buang!"

"You… what?"

Kedua-dua kening Farriel seperti ingin bertaut.

"Aku dah buang baju tu!" jawabku dengan yakin.

Soal Farriel dengan mata merah menyala, "you’re joking, kan?"

"Nope!" 

Muka Farriel merah padam. Dia mundar-mandir. Tangannya pulak mengusap-usap belakang leher. Kemudian ubun-ubun kepala pulak. Matanya dah macam mata burung helang nak makan mangsanya.

"Siapa yang bagi kebenaran kau buang baju tu? Kau ni bodoh ke pekak? Aku suruh kau jahit bahagian yang koyak aje. Bukan buang!" tempiknya.Betul-betul kat depan muka aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Baju tu dah nak hancur! Agaknya sebelum aku jahit, baju tu dah lunyai. Pakai aje la baju lain! Kau bukannya miskin baju pun!" 

Page 45: Cerpen AD +IZ

"Kau memang tak faham! Langsung tak faham! You know what? Kau adalah pompuan yang paling bodoh dan menjengkelkan yang pernah aku jumpa!!!"Pandangan ‘maut’ tu diberikan lagi padaku, sebelum dia naik ke atas. Pandangan yang sama. Pandangan yang pernah diberikan kepadaku masa sekolah dulu.

ENAM orang pelajar lelaki muncul entah dari mana. Gaya pakaian dan cara jalan, dah macam crook dalam cerita koboi. Selebet. Necktie entah ke mana. Kemeja putih tak tight-in.

"Adly… my friend!" tegur salah seorang daripada mereka.

Head boy, Senior Adly tetap tenang.

Fasilitator yang lain tidak mengendahkan mereka. Sibuk membuat persiapan untuk acara riadah sebentar nanti.

"Qhuz… and the gang. Tolong jangan kacau junior-junior ni. Diorang ada program ni."

"Bagi la kami mesra-mesra dengan diorang. Diorang junior kami jugak apa. Dah tiga hari diorang dengan korang. Kita orang pun ada buat ‘special program’ untuk diorang apa?" kata senior yang satu lagi.

Pelajar junior yang duduk ala-ala berkelah di tepi pantai, mula bergosip sesama sendiri. Berdengung tengah padang. Matahari yang masih memancarkan kehangatan petang bukan lagi menjadi isu. Masing-masing sudah terbiasa ‘dipanggang’ sejak mengikuti minggu orientasi.

"Siapa diorang ni?" bisik Jue di sebelahku.

"Kau ingat aku kenal," jawabku perlahan.

Jue menggeleng. Tanda tak faham.

Aku angkat bahu. Group yang aku sendiri gelar Enam Jahanam masih ‘berdebat’ di tepi padang. Tiba-tiba salah seorang senior bermuka cengil dalam group tu memandang kami. Macam nak telan orang aje gayanya.

"Woi, junior! Tundukkan kepala korang! Jangan angkat kepala selagi aku tak suruh! Faham?!"

"Faham!" jerit kami. Kami melakukan seperti yang disuruh. Nak tak nak, kepala terpaksa ditundukkan. Mengira setiap helai rumput di padang. 

"Siapa nama kau?"

Entah bila ‘dia’ berada di situ. Tau-tau aje dah mencangkung menghadapku. 

"Woi, nama kau siapa? Bisu ke apa?!"

Bingit telinga aku ditempik. Aku tak ada suara la, bodoh! Dah korang dera kami melalak tengah padang siang malam pagi petang. Pen dan kertas aku keluarkan dari poket fail. Kertas ditarik. Cuma dua huruf ditulis – AD.

"Ad? Tu aje nama kau?"

Suara garaunya terus mengasak telingaku.

Page 46: Cerpen AD +IZ

Aku mengangguk dalam keadaan tunduk. Nak jawab, takde suara. 

"Woi! Aku tanya ni. Jawab la. Jangan kurang ajar, boleh tak?"

Buta apa? Dah macam burung belatuk aku mengangguk tadi. Dengan rasa marah, kepala aku dongakkan ke atas. Setentang dengannya. Itulah kali pertama aku bertentang mata dengan insan yang hanya mahu dikenali tanpa gelaran tengku di pangkal namanya. Farriel Izumi. Sebaris nama itu masuk dalam kotak memoriku. Dan hatiku.

Dia hanya memandangku. Tanpa suara. Tanpa reaksi. Cuma memandang dengan mata terbelalak dan mulut ternganga. Aku tak pasti mengapa. Yang pastinya, wajahnya seperti ternampak hantu. Pandangannya aku klasifikasikan sebagai pandangan ‘maut’ tahap ICU. 

"Aril!"

"Aril, kenapa dengan kau ni?"

Dia tetap kaku di situ. Dan matanya masih melolot padaku, sebelum dia dibawa pergi oleh rakannya.

Kami terus berpandangan sehinggalah jasad kami hilang dari pandangan masing-masing. Pandangan yang membuatkan aku tak lena tidur malam; memikirkan mesej tersirat pada pandangannya itu. 

Farriel Izumi….

BAB 6

SUASANA ketika pendaftaran memang sibuk gila. Orang... tak payah cerita la. Berjuta-juta lemon. Macam semut banyaknya. Anak yang masuk kolej sorang, yang menghantarnya kadang-kadang sampai sekerat bas. Tu pasal la ramai. Apa pun, untung la jadi diorang. Ada famili yang ambil berat, support usaha diorang untuk melanjutkan pelajaran.

Macam aku, tercangak-cangak la sorang-sorang kat sini. Si Farriel tu cuma mengingatkan melalui mesej semalam. Dalam mesej ringkas tu, dia mengingatkan aku untuk mendaftar hari ni. Yuran pengajian semua dia dah uruskan dengan ‘orang dalam’. Tinggal lapor diri aje. Yang tak tahan tu, course apa aku nak ambik pun dia dah siap pilihkan. Memang style dictator!

Entah mana nak pergi dan mula, aku pun tak tau. Bukan tak boleh bertanya pada warga ‘urusetia’ pendaftaran ni, cuma hari ni, aku rasa berat mulut pulak. Mungkin penyakit ‘bisu’ Si Farriel dah berjangkit kat aku. Maka, tercongok la aku kat sini sorang-sorang sambil peluk fail.

Handphone yang berbunyi aku keluarkan dari tas tangan. Jangan tak tau, aku sekarang dah jadi lady. No more jeans, long sleeve t-shirt and sport shoes. Sekarang dah belajar pakai heels pun. Baju pun blouse and slack sekarang. Ni semua berkat tunjuk ajar Si Hana la ni. Macam mana aku boleh terjebak, aku pun tak pasti. Mungkin naluri kewanitaan aku dah ada kut.

"Assalammualaikum… helo!"

Kalau Islam, jawab. Tak Islam abaikan aje la ucapan salam tu.

"Waalaikumsalam. Sejak bila awak jadi patung cendana kat situ, Adry? If you do, saya rasa awak la patung cendana yang paling cun dan Islamik sekali dalam dunia." 

Page 47: Cerpen AD +IZ

Suara Ihsan menyapa telingaku. Aik, mana pulak dia tau aku jadi patung tak berbayar ni?

"Ihsan?"

"Hmmm… black and yellow blouse, white slacks and heels, and tudung. Dari tadi saya tengok awak dok pegang tiang tu. Tiang tu belum nak runtuh lagi, tak payah la susah-susah nak pegang…."

"Ihsan, awak kat mana sebenarnya ni?"

Naik meremang pulak bulu roma aku bila Ihsan boleh describe baju yang aku pakai, even apa yang aku tengah buat. Dia ni pasang spy ke apa? Entah-entah, dia ada letak micro camera kat mana-mana tak? Kat handphone aku, mungkin?

"Sini… right in front of your eyes," jawabnya dalam tawa. Mungkin lucu dengan reaksi aku yang mula panik.

Aku perhatikan segenap manusia yang ada. Mencari muka Ihsan di mana-mana.

Nun di tengah-tengah kelompok manusia yang sibuk dengan urusan pendaftaran, dikelilingi gadis-gadis cantik bergaya ala-ala model, Ihsan melambai-lambai ke arahku. Aku ukir senyuman. Entah mengapa, bila melihat Ihsan di situ, aku rasa lega. Mungkin sebab antara ribuan manusia di sini, akhirnya aku dapat berjumpa dengan muka yang aku kenal. Entah la….

Ihsan meninggalkan ‘peminat-peminat’nya.

"Buat apa kat sini?" soalnya apabila tiba di hadapanku.

Aku melihat gadis-gadis yang ditinggalkan oleh Ihsan tadi. Terpamer riak kecewa di wajah masing-masing.

Aku tunjukkan fail berisi dokumen peribadi dan beberapa dokumen lain untuk mendaftar masuk.

"Nak mendaftar. Awak pulak buat apa kat sini?" 

"Saja, tolong-tolong member…."

Ihsan menunjukkan ‘member’ yang dimaksudkan. Kumpulan gadis yang ‘ditinggalkan’ tadi melambai ke arahnya.

Aku angkat kening aje. Playboy diraja…. 

"Saya tak tau pun awak sambung belajar kat sini. So, dah selesai mendaftar ke?" tanya Ihsan.

Bau perfume Ihsan yang entah apa jenamanya menjengah masuk ke hidungku. Aku menjarakkan sedikit kedudukan badan kami. Bimbang ‘cedera’ dipanah dengan jelingan mata peminat-peminat Ihsan yang leka memerhatikan kami di sebelah sana.

"Belum! Tak tau nak mula dari mana," kataku dengan muka bingung.

"Okay. Let me help you!"

Belum sempat aku menjawab, lelaki yang lengkap berkemeja biru muda, necktie warna sedondon dan slack hitam itu dah merampas segala dokumen yang ada di tanganku. 

"Okay. First, kita kena pergi kat ‘that’ counter. Check your name, course, then hand over your medical check up… bla bla bla…."

Page 48: Cerpen AD +IZ

Aku tarik bibir ke atas. Tersenyum melihat wajah Ihsan yang merah akibat dibakar dek sang mentari, bersungguh-sungguh menerangkan proses pendaftaran yang perlu aku jalani.

"Awak dah jadi urusetia ‘tak bergaji’ kolej ni, ek?"

Sambil berjalan, Ihsan kenyit mata kirinya. "I’m good at this, anyway…"

Pap! Masa tu la aku terlanggar dengan sorang pompuan ala-ala peserta American Next Top Model. Tak habis sakit bahu aku berlaga dengan bahunya, telinga aku pulak sakit menadah sumpah seranahnya.

Ihsan pulak tak berkelip-kelip pandang pompuan tu. Hurm, lelaki ni… pantang tengok pompuan lawa dan seksi!

"Woi, buta ke? Mata letak kat lutut? You ni… bla bla bla…" marah pompuan rambut ‘karat’ tu.

Bahunya yang terdedah, diusap-usapnya. Langgar sikit aje, mulut dia yang lebih-lebih! Lelaki di sebelah cuba menenangkannya.

"Maaf, cik… saya tak sengaja!"

Masa tu la, aku perasan yang pompuan kat depan aku ni bukan orang lain. Budak batch aku kat sekolah dulu. Farah Adilla!

Farah menilik muka aku. Lelaki sebelah dia pun join sekaki. Laki ni siapa pulak, ek? Muka macam familiar….

"You ni, Adry kan? Sekolah Menengah Sri Bistari?"

Dia kenal! Nak tak nak terpaksa la aku angguk. Takkan nak tipu? Kenyataan depan mata.

"No wonder you’re so clumsy. Dari dulu tak berubah-ubah. Belajar sini jugak ke? You tak pernah putus asa nak goda lelaki kaya, kan? Macam zaman sekolah dulu...."Aku diam sambil telan air liur. Telan sekali kata-kata Farah yang pedas mengalahkan sekilo cili padi. Speaking of yourself, huh? Excuse me, aku ke kau yang nak goda lelaki kaya?

"Since today is your first day, aku maafkan kau. Next time, you’ll be sorry for yourself!" 

Farah terus blah dari situ. Aiyer… jumpa pulak minah garik tu kat kolej ni! Laki sebelah Farah tu masih pandang aku. Tak puas hati sebab aku langgar awek kau tadi? Relaks la, aku bukan langgar kau pun….

"Adrianna Mayesa?"

Aku pandang muka lelaki tu. Kali ni pandang dalam-dalam. Eh, aku kenal mamat ni! Abang tiri pompuan garik tadi. Diulang, abang tiri Si Farah. Tu pasal la perangai diorang berbeza gila. Macam Hitler dengan Mother Teresa. Lebih kurang la....

"Senior Adly? Headboy 2001 Sekolah Menengah Sri Bistari? Kan?"

Senior Adly senyum dan tunduk kepala sikit… pemalu dengan pompuan senior ni. 

"Tak sangka jumpa Adry kat sini… belajar sini jugak ke?"

"Gitu la nampaknya…" jawabku sopan. Control, control….

Page 49: Cerpen AD +IZ

"Yang ni, siapa? Pakwe?" duga Senior Adly.

Ihsan mengalih pandang dari muka Farah yang dah macam cacing kepanasan tak jauh dari kami.

"Saya Ihsan. Sepupu Adry." 

Ihsan cover line… fuh, nasib!

"Saya Muhammad Adly, senior Adry masa sekolah dulu."Mereka berjabat tangan.

"Tak sangka pulak Adry dah berubah. Dulu lagak macam tomboy sikit. Nak tegur pun takut. Sekarang... nampak feminin…" komen Senior Adly.

"Abang! Cepat la!" jerit Farah lantang.

Kalau tak kerana Farah mengepit buku, aku dah kata Si Farah ni Tarzan versi pompuan!

"Okay, I have to go. Nanti mengamuk pulak tuan puteri tu. Anyway, nice to meet you, Adry, Ihsan…."

Senior Adly menghampiri Farah yang dah menghentak-hentakkan kaki macam budak umur tiga tahun yang tak dapat aiskrim.

"Siapa tu?" soal Ihsan kurang sabar.

"Senior Adly. Dia…"

"Bukan Adly. I mean, ‘that’ Farah."

"Ooo… minah garik tu ke?"

Ihsan depa tangan. Tak dapat menangkap kataku.

"Farah tu ex-classmate saya. Kalau nak tau, tu la Ketua Kelab ‘kipas-susah-mati’ Tengku Farriel Izumi. Siap keluarkan buletin pasal Farriel lagi. Pengikut dia aje ada lebih seratus orang, termasuk ex-schoolmate kami. Jangan main-main! Dia tu dah tahap obses dengan sepupu awak tu, tau!"

Biasa la. Gadis yang tipikal. Nak lelaki yang hensem, kacak bergaya, tinggi, kurus, pandai, kaya, maco, gentleman, kalau romantik memang markah bonus la, leadership, showmanship, pendek kata semua ciri-ciri baik yang seorang lelaki patut ada.

Dan Tengku Farriel Izumi boleh dikatakan ada ciri-ciri idaman semua pompuan tu. Tu yang jadi buruan tu. Tapi kalau Si Farah tu tengok Farriel versi sekarang, aku tak pasti la dia masih nak jadi Ketua Kelab ‘kipas-susah-mati’ Tengku Farriel Izumi dia tu lagi atau tidak. Nak-nak lagi bila tau aku dah kahwin dengan Si Farriel.

"Kipas-susah-mati tu apa?"

Nak tergelak aku dengar soalan Ihsan. "Die-hard fans la. Ingatkan tau… omputih celup betul!" 

Ihsan buat muka cute-tak-bersalah.

"Ooo… since awak dah kahwin dengan Farriel, maybe saya ada peluang la dengan Farah. Be my postman, boleh?"

Page 50: Cerpen AD +IZ

Aku kecilkan mata. Anak mata kutala ke atas. Seolah-olah tengah berfikir. "Boleh, dengan syarat… pengerasnya kena tebal la…." Ihsan ketawa. Tengok muka, aku tau dia tak bersungguh dengan kata-katanya sebentar tadi.

HARI Selasa. Tujuh lima belas minit pagi. Rumah senyap dan sunyi. Kereta Honda City biru metalik dah tak kelihatan kat porch. Kertas kuning melekat kat board menghala ke dapur aku tanggalkan dan baca.

Kemas rumah. Dah macam dilanggar todak! Gosok semua baju atas ironing board.

Sejak malam tu, malam aku bergaduh dengan Farriel pasal baju tu, Farriel langsung tak berbunyi dengan aku lagi. Dia automatik jadi bisu. Mute. Rumah pun jadi sunyi-sepi. Tak ada lagi jerit pekik Farriel memarahi atau mengarahkan sesuatu padaku. Semua arahan diberikan dalam bentuk bertulis. Itu pun kalau betul-betul dirasakan perlu. 

Benda-benda yang dulunya bukan main payah dia nak co-operate and tolerate, dah tak jadi masalah lagi pada aku. Sepanjang tempoh cold war ni, Farriel dengan rela hati bagi kerjasama. Contohnya, bab mengeluarkan baju kotor dari dalam bilik. Selama ni, memang susah gila la nak suruh ambik dan letak baju kotor dalam bakul. Aku bukan tak boleh nak ambik sendiri masa dia dah blah pergi kerja. Tapi masalahnya…

Peraturan keenam : Bilik tidur pihak kedua adalah kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.

So, hari-hari terpaksa la aku membebel suruh dia keluarkan baju kotor dia dari master bedroom yang aku gelar lohong hitam tu. Anehnya, dalam tempoh perang dingin ni, boleh aje pulak dia keluarkan dan letak baju dalam bakul tepi washing machine. Tak payah nak diketuk pun. Tak payah bersuruh langsung. 

Dia sekarang pun tak ada lagi bising suruh aku buat itu ini. Kira most of the time aku free and available la nak buat apa-apa pun. Tapi bila dah banyak sangat masa senggang, aku jadi bingung pulak. Aku dah tak kerja kat butik lagi gara-gara menurut arahan Farriel. Katanya, dia takut ada kaum kerabat dia tau. Tapi aku curi-curi jugak tolong mana-mana yang patut. Kesian kat Puan Karen. Bukan senang nak cari pekerja baru. Business butik dia sekarang pun tengah kencang. Tak menang tangan menyiapkan tempahan.

Nak ajak kawan keluar jalan-jalan atau bersembang? Siapa yang boleh diajak bersembang? Nak-nak lagi hari bekerja. Dah tentu-tentu diorang busy kerja. Ada tak ada pun, Si Hana. Tapi budak tengah tunggu result SPM tu pun ada social life dia sendiri. Takkan nak berkepit dengan aku sepanjang masa. Ihsan? Takkan nak keluar dengan dia semedang (selalu). Tu namanya mengundang skandal. Dah la hari tu aku sepanjang hari dengan Ihsan, menguruskan pendaftaran masuk kolej.

"Kenapa ambik business? Bukan ke awak minat fesyen, menjahit?"

Kemusykilan jelas terpamer di wajah Ihsan. 

"Pemerintahan kuku besi. Biasa la…."

"Kejamnya!"

Farriel kata kalau setakat tau menjahit, suka reka fesyen baju aje, takkan boleh kaya. Kalau nak kaya kena berniaga. Sebab 9/10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Bila ada modal, ada ilmu perniagaan, baru la boleh berniaga. Bla bla bla… malas mendengar Farriel dengan teori ekonomi dan falsafah peringkat sarjana Farriel, aku terus aje setuju. 

Peraturan ke-12 : Menghormati dan menjaga hak dan harta benda masing-masing.

Page 51: Cerpen AD +IZ

Hmmm… gamaknya aku dah mengganggu gugat harta benda dan emosi Farriel. Plus, mencalarkan ego dia. Isk, takkan ego dia terletak pada sehelai baju yang dah nak lunyai tu? Hu hu hu… aku dah langgar peraturan. Kena denda tak nanti ni, ek? Teringat kembali perbualan kami sewaktu memeteraikan peraturan kahwin kontrak kami ni.

"Siapa-siapa yang langgar peraturan, kena denda…"

"Ha! Bab ni yang aku suka dan tak suka ni!"

Aku balas katanya. Perjanjian ni lebih kurang MoU, beb! Dua-dua pihak kena setuju. Baru la ada sense of understanding tukan? Takut ada bias ke diskriminasi jantina ke. Kena jugak ambik tau.

"Apa hal pulak?" Farriel buat muka tak puas hati.

"Aku sokong kalau kita denda orang yang langgar peraturan, so dia takkan ulang kesalahan tu. Tapi aku terpaksa bantah la kalau denda dikenakan dalam bentuk duit. Aku bukan gabenor Bank Negara."

"Kalau gitu... siapa yang salah, kena minta maaf dan pihak satu lagi boleh suruh pesalah buat apa aje untuk tebus kesalahan tu. Amacam?"

"That’s it la, Izumi! Aku setuju!"

Okey… memang la aku tak berapa suka Si Farriel Izumi tu sejak zaman kami sekolah lagi. Mungkin adalah setakuk dua nak mencapai tahap benci tapi aku memang tak tahan la nak berdepan dengan situasi ni. Macam berlakon teater ‘pantomin’ aje! Apa aku cakap, semua dia anggap macam angin lalu. Langsung tak keluarkan bunyi. Silence treatment ni boleh ‘membunuh’ tau tak. Pada aku, rasa kena ignore lagi teruk dari rasa kena buli. At least masa kena buli aku tau dia sedar kewujudan aku kat rumah ni. Ni rasa macam dah jadi Casper dalam rumah batu ni pulak!

Hish… rindu la nak dengar suara Izumi. Suara dia marah bila aku panggil dia Izumi. Suara dia tengking aku bila kopi yang diminta sampai lambat sembilan saat. Suara dia membebel. Iz, please say something… anything. Am I too desperate just to hear his voice? Am I?

"KAU dengan Adry macam mana? Dah ada bunga-bunga cinta ke belum?" Qhuz bertanya dalam senyum.

"Banyak la kau punya bunga! Aku kahwin kontrak aje la dengan dia."

Mata Farriel terus di skrin komputer. Mendaftar masuk Yahoo Messenger. Mencari nama princess_rina. Tak aktif. Hampa.

"Hmmm… siapa kata orang kahwin kontrak tak boleh jatuh cinta? Boleh aje, bro…."

Farriel diam. Malas melayan. Inbox email dibuka. Diperhatikannya satu per satu. Mencari email daripada Marina. Dah lebih dua minggu Marina menghilangkan diri. Takkan tak hilang lagi rajuknya? 

"Cerita kau dengan Adry, aku dah boleh faham. So, cerita kau dengan Marina, macam mana? Dia tu ada marriage traumatic ke apa?"

Farriel bersandar. Mengeluh. Pandangan dilemparkan tanpa arah.

"Entah. Masa first time aku propose dia dua tahun dulu, dia lari. Merajuk. Katanya awal sangat. Berbulan-bulan aku pujuk dia, baru la dia nak balik pada aku. Kali kedua pun sama. Ni dah masuk kali ketiga. Aku

Page 52: Cerpen AD +IZ

dah boleh agak reaksi dia, dan aku tak nak ambik risiko lagi. Tu yang aku ‘pinjam’ bodyguard nenda. Siap call polis bantuan lagi gara-gara nak halang dia lari ke US."

Qhuz tergelak besar.

"Kau pun satu! Yang kau suruh bodyguard, polis kejar dia sampai ke airport apehal? Dah lagak dia macam banduan pulak. Kalau aku pun, aku takut!"

"Aku dah tak boleh fikir lagi dah. Dan aku tak nak kehilangan dia lagi, Qhuz. Tiga kali kena reject. Malu siot!"

Qhuz geleng kepala.

"Maybe ada something or someone yang halang dia dari terima lamaran kau? Cuba kau fikir…."

"Maksud kau?"

Farriel pandang Qhuz dengan wajah bingung.

Qhuz senyum, berjalan ke cermin kaca di belakang Farriel. Melihat deretan kenderaan di jalan yang kelihatan kecil dari tingkat sembilan belas. "Sebelum kau fikirkan benda ni dengan lebih dalam, tanya diri kau sendiri. Betul ke kau cintakan dia? The next question you should ask yourself, betul ke dia cintakan kau?"

Qhuz angkat dua-dua kening. Menepuk bahu Farriel sebelum berlalu ke biliknya.

Farriel masih termangu-mangu dengan soalan yang ditinggalkan oleh Qhuz. Malas memikirkannya, Farriel kembali memeriksa inboxnya. Lebar senyum Farriel bila terpandangkan balasan email daripada Marina.

Plz give me time. I’ll be back soon. Luv ya! Hug & kisses to you dear….

TEDDY BEAR lebih kurang sebesar tapak tangan, aku angkat tinggi. Selevel dengan anak mata. Dari celah-celah kaki dan tangan teddy bear kusam tu, aku intai skrin TV LCD. Hah, tu dia! Hantu tu duduk kat bawah katil la pulak! Hu hu hu. Si heroin ni, punya la jujur pergi tinjau pulak bawah katil. Konon-konon nak cari barang dia yang jatuh. Hui! Kalau aku, jangan harap la! Tunggu pagi nanti baru aku ambik. Alahai, seramnya tengok cerita hantu Korea ni. Menyesal pulak aku pasang VCD ni. Kalau tau, aku tengok waktu siang. Tengah khusyuk ‘mencari’ hantu, bahu aku dicuit dari belakang.

"Makkk!!!"

Spontan aku menjerit.

Farriel tutup telinga. Tak tahan dengan suara aku yang dah naik beberapa desibel dari kebiasaan.

Tangan aku mengurut dada. Cuba menenangkan jantung yang macam nak bercerai dari badan. "Woit! Tak reti bagi salam ke apa ke? Main aci redah aje!" 

Farriel angkat tangan. Tanda kalah dengan tingkah laku yang tak sesuai dengan situasi. "Sorry, aku nak minta tolong sikit…."

Farriel buat muka kesian.

At last, aku dengar jugak suara Farriel lepas lima hari mogok bersuara. Lerai kerinduan pada suaranya

Page 53: Cerpen AD +IZ

yang garau tapi merdu tu. Hmmm… garau tapi merdu? Macam tak kena aje. Lantak la. Yang penting, Farriel dah dapat balik ‘suara’ dia yang hilang tu.

Agaknya mood dia tengah baik la tu. Senyum memanjang aje balik dari kerja tadi.

"Tolong apa?" soalku kasar. 

"Buatkan supper. Lapar la...."

"Hmmm…!"

Aku segera angkat punggung. Kalau ikutkan hati, aku nak jugak membebel. Yelah, makan tengah-tengah malam macam ni. Mana boleh! Hari tu bukan main lagi janji nak kurus. In exchange of my sacrifice to study back. Sekarang, hampeh! Mentang-mentang la aku dah selamat jadi mahasiswi sekarang. Dan aku tak pernah ungkit suruh dia berdiet. So, dia buat-buat lupa pulak pada janji tu. Tapi bila mengenangkan itu ayat pertamanya selepas dia bisu dari minggu lepas, aku diam aje la.

Peti sejuk aku selongkar, mengeluarkan bahan-bahan. Roti burger ada. Daging burger yang dibeli tiga hari lepas pun ada lagi. So… kita masak burger aje la. 

Farriel duduk di sofa, menunggu suppernya dihidang. Remote control dicapai. Apa tengok cerita hantu malam-malam. Lepas tu sampai tinggal separuh nyawa dek terkejut. Tak kena gaya boleh gol terus. Apa la punya, Ad!

Isk, tak ada cerita best pun. Nak tengok sport, TV sini tak ada Astro. Tak macam TV dalam bilik. Nak tak nak, terpaksa la tengok aje apa yang ada.

Bungkusan jajan bersepah di atas meja menyemakkan matanya. Pengotor betul la Si Ad ni! Bakul sampah tak sampai sepuluh tapak pun tak nak dijengahnya. Rela pulak dia tengok bungkusan ni bersepah macam ni. 

Dikautnya semua bungkusan di atas meja, lalu dimasukkan ke dalam bakul sampah. Kulit kacang tanah di atas sofa dikutipnya. Selamat masuk dalam bakul sampah. Teddy bear putih kepam di celah sofa diambilnya. Tanpa pertimbangan rasional yang panjang, dilempar masuk ke dalam plastik hitam di bakul sampah itu.

Kan senang? Sejuk mata memandang.

"Burger daging special siap!"

BAB 7

MANA ni? Tanganku terus membongkar segenap isi bilik. Tak cukup dengan tu, habis perabot di ruang tamu pula jadi mangsa pemeriksaan ala-ala penguatkuasa kastam.

Isk… mana aku taruh Si Kepam ni? Malam tadi ada aje masa aku tengok cerita hantu Korea tu. Takkan dah ghaib kut? Bukan teddy bear kecik tu boleh jalan pun. Paling tak pun jatuh bawah sofa atau meja. Tapi masalahnya tak ada. Celah sofa pun tak ada.

"Kau apehal? Terbongkok-bongkok. Cari apa?"

Farriel turun dengan short paras bawah lutut dan t-shirt pink. Pink? Lantak kau la! Janji kau berbaju. Kalau tak berbaju, haru aku jadinya.

Page 54: Cerpen AD +IZ

"Kau ada nampak tak teddy bear aku warna putih? Semalam ada kat sini!"

Bawah meja aku intai. Tak ada. Celah-celah almari pun tak ada. Takkan ghaib kut? Si Kepam tu bukan ada ilmu ghaib pun!

"Last sekali kau letak kat mana?"

"Rasanya atas meja ni…."

Meja kaca tu aku pandang. Cuma surat khabar hari ni aje yang ada di atasnya. 

Farriel garu kepala. Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Macam dah buat benda salah.

Tak ubah macam riak muka Bakhtiar, adik tiri aku yang dah pecahkan pinggan mangkuk yang ada kat dapur. Jadi, berasas la syak aku padanya!

"Aku rasa, aku dah terbuang teddy bear kau tu."

Aku segera berpaling menghadap Farriel. Tiba-tiba telinga aku jadi panas bila mendengar perkataan-perkataan yang meluncur dari mulutnya. "Izumi, we’re not playing hide and seek. Bagi balik teddy bear aku!"

"Betul la! Aku dah terbuang teddy bear kau tu masa aku kemas sampah atas meja ni semalam."

"Kat mana kau buang?" soalku. Nada suara masih kukawal. 

Farriel menuding ke arah bakul sampah.

Aku berlari ke bakul sampah. Kosong! Dahi kutepuk. Pagi tadi aku dah buang sampah dalam plastik hitam tu dalam tong sampah besar kat luar. Biar senang lori sampah nak kutip. Aku berlari pula keluar. Berharap ada keajaiban berlaku. 

Farriel yang masih tercengang-cengang, ikut aje belakang aku. Bila tong sampah tu aku buka dan selongkar, mulutnya jadi macam bertih digoreng.

"Weih, Ad! Kau ni apehal? Ad, yang kau pegi selongkar sampah tu apehal? Busuk la! Ad!"

Aku terduduk di tepi pagar itu. Si Kepam tak ada!

"Okey, aku minta maaf sebab buang teddy bear kau tu. Tapi teddy bear tu dah ‘teruk’ sangat. Kau pun satu. Pandai buat sampah aje. Aku ni jenis tak boleh tengok sampah… bla bla bla…." 

Walaupun perkataan maaf terucap, namun nada suara Farriel langsung bukan dalam mood memohon maaf. 

Aku bangun. Melangkah longlai masuk ke rumah. Air mata mula bertakung. 

"Dah la, banyak lagi teddy bear cantik-cantik kat kedai. Beli aje lain. Esok aku bagi kau duit, okey? Case closed, boleh?"

Aku terus menonong menuju ke bilik.

"Ad!"

Bahuku terasa ditarik. Farriel memintas dan berdiri di hadapanku. Kedua-dua belah tangannya sudah

Page 55: Cerpen AD +IZ

mendarat di atas bahuku. Tanpa pilihan, langkah kumatikan.

"I said, I’m sorry! Sorry, okay!"

Aku tetap kaku. Kepala kutundukkan. Cuba menyembunyikan air mata yang bila-bila masa aje akan gugur.

"Ad! Kau dengar tak ni?" 

Farriel menggoncang tubuhku. Aku masih dalam keadaan tadi. Farriel tundukkan kepala. Mencari wajahku. Dan… Farriel berundur ke belakang, setapak demi setapak menjauhi diriku. Tangannya sudah longlai di sisi tubuh. Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Farriel tersandar di dinding. Ad… crying? Kepala digelengkan. Otak enggan menerima input dari retina mata. She can’t be!

MID VALLEY dah dijelajahinya. Berjaya Times Square tak ketinggalan. KLCC dah dibuatnya macam gelanggang futsal aje. Lot 10 pun dah diputarnya dua tiga kali. Semua kedai yang ada menjual teddy bear dia ‘geledah’. Mencari wajah teddy bear kepam Si Ad. 

Kaki lenguh minta rehat, langsung tak dipedulikan. Bila teringat air mata Ad yang mengalir tak henti-henti semalam, hati Farriel jadi tak tentu arah. Dan semangatnya berkobar semula untuk terus mencari dan mencari.

"Kalau teddy bear macam ni, kau rasa comel tak?" 

Winnie The Pooh diangkatnya, lalu disuakan pada Qhuz.

Qhuz tergelak. "Woi! Kau ingat aku ni ‘dua alam’ ke apa? Aku mana main bear-bear ni, weih! Malam sikit, ek!" 

Qhuz menolak Winnie The Pooh ke arah Farriel semula. Bimbang disalah anggap oleh pengunjung-pengunjung kedai yang dah mula bagi pandangan ‘laser’ ala-ala Kal-el, Si Superman.

Farriel letak balik Winnie the Pooh sebesar budak setahun. Ubun-ubun kepala dipicit-picitnya. Pening! Pening memikirkan kat mana nak cari teddy bear kepam yang serupa dengan teddy bear milik Ad.

Aku tak rasa teddy bear tu handmade. Kalau bukan handmade, mesti ada kedai yang jual teddy bear macam tukan? Masalahnya, di manakah kedai tersebut? Ha, kan dah skema soalan aku bagi ni!

"Apa kes ni, Ril? Lunch hour kau ajak aku ke Mid Valley. Tak cukup ‘ukur’ lantai konkrit kat situ, kau seret pulak aku ke Berjaya Times Square. Ni sekarang, KLCC, Lot 10. Lepas ni ke mana pulak? Pavilion? Alamanda?"

Qhuz pandang Farriel. Serabut sungguh. Lagi serabut dari masa menyiapkan tender. Padahal cari teddy bear aje. Bukan cari supplier barang ke apa!

"Aku cari teddy bear la. Warna putih. Tak! Tak berapa putih sangat la. Lepas tu, teddy bear ni besar lebih kurang tapak tangan aku ni aje. Rupa… kalau sekali tengok macam kambing. Dua kali tengok macam monyet. Tiga kali tengok macam ntah…."

"Ha ha ha! Teddy bear apa yang ada specification macam tu? Ha ha ha…!"

Farriel buat muka bengkek. Dalam pada tu, matanya liar memerhatikan kedai menjual teddy bear dan anak

Page 56: Cerpen AD +IZ

patung yang ada di situ.

"Qhuz, kalau kau datang sini sebab nak gelakkan aku, baik tak payah. Simpan gelak kau tu dan balik rumah, okey!"

"Yo! Jangan la emo, kawan… gurau aje la! Yelah, yelah, aku tolong… tapi kau punya description tentang teddy bear tu, tak membantu langsung! Cuba describe betul-betul. Kalau ada gambar lagi bagus!"

"Qhuz…!"

"Okey, okey! Mulut tutup, mata cari!"

Bila hari menginjak ke malam, Farriel mula putus asa.

"Apa kau dah buat dengan teddy bear Adry tu?" soal Qhuz. Serius.

Masa tu mereka lepak kat kedai mamak. Pekena teh tarik setelah misi pencarian menemui kegagalan.

Farriel buat muka terkejut. Sejak bila Qhuz jadi ahli nujum? "Mana kau tau?"

"Aku teka aje! Kira tepat la tekaan aku tu, ek?"

Farriel angguk kepala.

"Aku dah lama kenal kau, Ril. Kenal sangat dengan perangai kau. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi kau hangin satu badan, yang boleh buat kau sesejuk iceberg, sepanas lahar volcano, pendek kata yang buat mood kau tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan yang bernama Adrianna Mayesa. Itu pun selepas Ann ‘dipadam’ dari list."

Konfiden aje Qhuz buat spekulasi.

Farriel tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Dulu Ann. Sekarang Ad. Ad.…

"Aku terbuang teddy bear dia. Sumpah, aku tak ada niat nak buang! Entah macam mana selamba aje tangan aku ambik teddy bear tu terus masuk dalam tong sampah. Mengamuk la Si Ad tu."

Qhuz geleng kepala. Letih tengok Farriel dan Adry beramuk sejak dari bangku sekolah. Dia tak pernah tau kenapa Farriel benci benar pada Adry. Bukan dia tidak bertanya. Cuma Farriel tak mahu menjawab. Farriel ni perahsia orangnya. Namun untuk kali ini, Farriel membuka mulut. Dan dari air muka Farriel, dia yakin Farriel tidak berbohong.

"Kau dengan Adry tu aku tengok memang dah padan sangat la tu. Sama-sama keras. Sama-sama ego. Sama-sama kaki melawan. Tapi ada keserasian. Cuba korang…"Farriel angkat dua-dua belah tapak tangan. Minta Qhuz berhenti. "Qhuz… aku tak minta tazkirah kau pun. Please…."

Qhuz angkat bahu. Telan balik nasihat yang tak terluah tadi. "Aku cuma nak cakap, kalau kau perlukan nasihat aku, anytime kau boleh cari aku. Kau tau kan, aku ni bekas pembimbing rakan sebaya terbaik zaman kita sekolah dulu."

Farriel tersengih, tak percaya. Berlawanan sungguh dengan kenyataan! "Ye la sangat pembimbing rakan sebaya! Perosak rakan sebaya ada la! Ada ke kau suruh apek four flat tu hisap dua kotak rokok sekali gus! Nasib baik tak gol budak tu! Kalau tak, menjawab la kau dengan bapak dia tokey keranda tu!"

Qhuz tersengih. Teringat kembali kenangan ketika berada di tingkatan empat. Muka Lee Hai Nan yang

Page 57: Cerpen AD +IZ

kecewa dengan result examnya, tergambar.

"Aku menolong dia apa! Menjimatkan masa dia nak menghabiskan rokok-rokok yang dibeli. Jimat minyak lighter lagi. Ha ha ha! Kan langkah bijak tu!" Qhuz bela dirinya.Farriel tergelak mendengar hujah Qhuz. Tak boleh pakai punya kawan! Tapi dia serasi dengan Qhuz. Boleh terlebih terkurang aje dengan mamat ni. Buat apa pun komited. Sebab tu dia syorkan pada Nenda Nerrisa agar Qhuz diambil bekerja di Izumi Corporations. Mujur Qhuz memang benar-benar layak. Jadi, tak la susah nak meyakinkan Nenda Nerrisa.

"Kau rasa, aku kena buat apa ek nak selesaikan ‘masalah’ aku dengan Ad ni?"

Qhuz petik jari.

Farriel membetulkan duduknya. Bersedia mendengar cadangan Qhuz.

BALIK dari jumpa Qhuz, Farriel terus naik ke bilik untuk bersihkan diri, solat isyak. Lepas tu mundar-mandir dalam bilik. Farriel menunggu datangnya sebuah keberanian untuk meminta maaf daripada Ad, seperti yang dicadangkan dek Qhuz tadi. Bilik Ad gelap. Farriel jenguk pula ke tingkat bawah. Meninjau di mana Ad. Susuk tubuh seseorang di halaman rumah, menangkap pandangan Farriel. Ad, tengah duduk kat kerusi batu di tengah laman. Tengah bermandikan embun.

Perlahan-lahan, Farriel menghampiri Ad. Ad tetap kaku di situ. Tak berganjak atau pun melarikan diri. Namun Farriel tahu, Ad sedar akan kehadirannya di situ. Farriel melabuhkan punggung, bersebelahan Ad. Tapi masih ada ruang antara mereka, khas untuk ‘emergency’ incident. Kut-kut Ad layang penumbuk ke….

Farriel di sisi aku kerling. Aku tak mahu dia berada di situ. Menyampah! Namun aku tak mampu nak menghalaunya. Ini rumahnya. Aku cuma menumpang di sini, sehingga kontrak kami tamat.

"Ad… aku nak minta maaf pasal teddy bear kau tu." 

Mukadimah sesi meminta maafnya dimulakan dengan ayat itu.

"I didn’t mean…" sambung Farriel.

"It’s okay. Teddy bear murah dan buruk macam tu memang layak dok dengan sampah aje…" ujarku perlahan.

"Tak! Bukan macam tu. Maksud aku…."

Farriel diam. Tak mampu nak teruskan kata-kata. Tak tau perkataan apa atau bahasa apa yang patut dituturkan untuk membetulkan keadaan yang dah sedia kacau. Dia masih berfikir cara terbaik untuk meminta maaf. 

Aku masih tetap berteleku di situ sambil memeluk kaki. Sesekali mendongakkan kepala ke langit. Menebar pandang pada dada langit. Mengira bintang yang berjuta. Merenung bulan yang tetap satu. Dan kenangan lalu terimbas serta-merta di layar pandang.

"Masa aku kecik dulu, aku selalu fikir. Kenapa aku tak ada ayah? Kawan-kawan aku yang lain semua ada ayah. Contohnya Siti. Dia ada ayah. Ayah dia baik, penyayang. Tiap-tiap kali nak pergi kerja, ayah Siti akan cium Siti. Kadang-kadang ayah Siti belikan Siti mainan, coklat, anak patung, baju, macam-macam la. Tapi aku… aku tak pernah dapat semua tu. Tapi aku tak pernah complaint. Sebab aku tau, ibu susah nak cari duit. Ibu terpaksa ambil upah cuci pakaian di rumah orang kaya, jahit baju, kadang-kadang jual kuih untuk tampung kehidupan kami sekeluarga…."

Page 58: Cerpen AD +IZ

Kata-kata Ad berhenti di situ. Jari-jemarinya menyapu pipi.

Ad menangis… lagi sekali? Hati Farriel meruntun bila melihat keadaan Ad yang hiba. Bagaikan ada benda tajam menusuk hatinya. Bahagian dada kirinya ditumbuk perlahan. Ada masalah ke hati aku ni? 

Air mata di pipi aku kesat. Menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan bicara. "Aku tak pernah kenal siapa ayah kandung aku. Satu-satunya ayah yang aku kenal, Pak Cik Bakar, ayah tiri aku yang suka berhutang dan menyusahkan ibu. Silap sikit, naik la penampar. Cakap lebih aje sikit, sepak terajang la jawabnya."Aku berjeda lagi. Bulan penuh aku renung.

"Aku pernah minta Pak Cik Bakar belikan mainan untuk aku. Pak Cik Bakar marah dan tampar aku. Aku menangis. Ibu bergaduh dengan Pak Cik Bakar. Last-last, ibu pun kena pukul dengan Pak Cik Bakar. Sejak tu, aku tak berani minta apa-apa lagi. Satu hari, ibu bawak balik teddy bear. Ibu kata, teddy bear tu tak la mahal tapi itu aje yang mampu ibu beli. Aku suka sangat. Langsung tak pernah berenggang dengan teddy bear tu. Aku namakan teddy bear tu, Si Kepam. Sebab badan teddy bear tu makin lama makin kepam. Itulah benda pertama dan terakhir ibu pernah bagi pada aku. Masa umur aku lima tahun, ibu meninggal dunia. Cuma Si Kepam yang aku ada untuk mengadu nasib… dan keluarga tiri aku…."

Farriel kalih pandang ke arah Ad yang sudah diam. Mula mengerti mengapa teddy bear kepam itu penting dalam hidup seorang Ad yang keras hatinya. 

"End of the story. R.I.P to Si Kepam.

Aku tarik nafas panjang-panjang.

"Kisah hidup aku sedih, kan? Kau mesti rasa kesian kat aku, kan?" Farriel yang turut merenung ke arah sang purnama, aku soal.

Farriel berpaling ke arahku. "Tak! Aku tak rasa kesian pun…."

Nada suara Si Farriel android kedengaran. 

"Kenapa tak rasa kesian?"

"Sebab ada orang yang lebih malang dari kau!"

"Ye ke? Tak mungkin la…."

Aku macam tak percaya aje ada orang yang bernasib lebih malang dari aku. Mustahil….

"Nasib Ann lebih malang dari kau, Ad."

Farriel membuang pandang. Tanpa arah. Sekadar memandang kosong.

"Ann tu siapa?" 

Soalanku tidak berjawab. Farriel masih membisu sambil merenung ke arah bulan. Seperti mencari sesuatu di situ. Mengungkap kenangan hidup dalam bentuk cerita.

"Ann tak pernah kenal mak dan ayah kandungnya. Dia dijual kepada sepasang suami isteri sewaktu bayi lagi. Masa umur aku dua belas tahun, aku jumpa Ann di lorong gelap. Dia lari dari rumah pelacuran. Ayah angkat Ann jual Ann pada ‘bapak ayam’ gara-gara berhutang."

Page 59: Cerpen AD +IZ

Farriel sambung ceritanya. "Aku selamatkan Ann. Bawak Ann tinggal kat rumah aku. Mama papa tak pernah suka pada Ann. Tapi sebab hormat pada nenda, mereka terpaksa ambil Ann jadi anak angkat."

Mata Farriel sayu memandang langit malam.

"Ann keluar dari traumanya lepas beberapa ketika. Dia mula bersekolah, mula berkawan dengan aku, Ihsan dan Murni. Ann berubah jadi gadis yang periang, lincah, lucu, sentiasa bersemangat, tak pernah putus asa. Semua orang suka pada Ann. Mama pun mula terima Ann jadi sebahagian dari keluarga kami."

Tak semena-mena, Farriel mengukir senyuman lebar. Seperti ada yang melucukan. "Nama Izumi tu… cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik."

Barulah aku tahu mengapa Farriel marah benar bila aku memanggilnya Izumi. Rupa-rupanya ada kisah, ada kenangan, di sebalik nama tersebut. Ada rasa gembira, sedih, yang dirasainya saat Ann memanggilnya Izumi. 

Farriel terdiam seketika. Rentak penceritaan Farriel berubah. Tempo scene air mata pula sekarang.

"Masa umur empat belas tahun, Ann selalu pengsan. Doktor sahkan Ann ada barah otak. Peringkat akhir. Darah beku yang kami tak pernah tau kewujudannya tu, rupa-rupanya dah lama menumpang di dalam kepala Ann. Ann tak pernah mengadu sakit. Dia sentiasa berpura-pura sihat. Dan dia tak pernah mengalah pada sakitnya. Ann berkeras nak jalani pembedahan walaupun harapannya sangat tipis. Akhirnya, Ann meninggal dunia ketika pembedahan tu…."

Air mataku automatik mengalir. Menangisi nasib malang Ann. Entah mengapa, cerita hidup Ann ni membuatkan aku insaf. Memang benar, nasib Ann lebih malang dariku. Sekurang-kurangnya aku kenal ibu kandungku, walaupun hayatnya tak panjang. Aku juga dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, ucapku dalam hati. Mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

Farriel tetap tenang. Tidak menangis. Cuma berwajah suram.

"Baju tu?" soalku dengan suara serak akibat menangis.

"Pemberian terakhir Ann sebelum dia pergi."

Aku angguk. Mula faham kenapa baju separuh lunyai tu begitu berharga di matanya. "Kau sayangkan Ann?"

Farriel diam. Memandangku sekilas sebelum membuang pandang ke hadapan. "Ann cinta pertama aku...."

Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku. 

"Ann cinta pertama aku…."

"Iz…" panggilku perlahan.

Tiba-tiba aku teringat semula kata-kata Farriel.

"Nama Izumi tu… cuma Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik."

Bibir bawah kugigit. Alamak… tersilap panggil. "Sorry! Aku terpanggil. Rasanya, aku tak sepatutnya panggil kau Izumi lagi lepas dengar cerita kau tadi."

Page 60: Cerpen AD +IZ

"Takpe! Just call me Izumi. Rindu jugak nak dengar orang panggil aku dengan nama tu," kata Farriel.

Aku gosok batang hidung. Pulak? Takpe ke? Tak mengingatkan kau pada Ann? 

Suasana menjadi hening kembali.

"Iz…."

"Hurm…."

"Sorry sebab buang baju kau tu. Kalau aku tau, mesti aku tak buat macam tu." 

Wajah Farriel tak beriak. Cuma matanya memandang sayu ke arah sang bulan purnama. Langsung tak ada tanda-tanda nak membalas kata-kataku. Tapi aku tau, dia dengar apa yang aku perkatakan.

Diam. Masing-masing menala mata ke langit. Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Salakan anjing menimbulkan suasana seram. Namun aku tak terniat langsung nak melangkah masuk.

"Ad…" panggil Farriel.

"Hmmm?" 

"Sorry sebab buang teddy bear yang ibu kau bagi."

"Hmmm…."

Itu aje yang aku jawab. Memang ada rasa sedih, marah, kecewa. Tapi, benda dah jadi. Apa nak buat? Kalau aku menangis air mata darah sekalipun, Si Kepam tak akan menapak balik dari pusat pelupusan sampah yang entah kat mana tu. Kalau aku maki hamun Si Farriel ni pun, buat perabihkan (menghabiskan) pahala aku yang dah memang sikit aje pun. Jadi, adalah lebih baik kami saling bermaafan. Aku pun dah buang baju yang Ann bagi kat dia. Kira adil la tu. Satu sama.

"Ad…."

"Hurm…."

"Sorry sebab sangka kau orang suruhan Marina. Tak pasal-pasal kau kena marah dengan aku hari tu."

"Takpe…."

"Iz…."

"Yap!"

"Sorry. Sebab salah faham tu, kau terpaksa kahwin dengan aku…."

Farriel mengangguk-anggukkan kepala. Bahagian bawah dagu digaru-garunya. Lagak seperti menimbang-nimbangkan perkataan maaf dariku.Aku siku lengannya.

"Kau maafkan aku tak?" soalku garang.

Farriel senyum. "Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Kau pun terpaksa kahwin dengan aku jugak apa! So, kira seri la…."

Page 61: Cerpen AD +IZ

Kami berbalas senyuman. Kedinginan suasana malam yang semakin merangkak ke dinihari ini, benar-benar ‘membantu’ kami untuk berbincang dengan cara manusia yang bertamadun. Bukan seperti orang jahiliyah yang singkat akal dan menurut nafsu amarah semata-mata.

"Friends?"

"Never’ll be!"

Kami ketawa kecil. Dan bulan menjadi saksi. Farriel dan aku merenung ke dada langit sehingga ke dinihari. Tanpa suara. Dengan senyuman.

BAB 8

BUNYI bising diikuti gegaran yang aku kurang pasti skala Richternya, mengejutkan aku dari tidur. Takkan gempa bumi kut? Tsunami? Mustahil! Rumah ni jauh gila dari laut. Aku angkat kepala dari buku setebal satu setengah inci. Muka jam aku jengah. Sepuluh pagi. Hari Jumaat. Mujur tak ada kuliah. Kalau tak, alamat dengan air liur basi la aku ke kuliah. Uih, tergamak ke aku nak buat macam tu? Tak kut.…

Buku depan mata aku tutup dan alih ke tepi. Aku ni memang sah la dah kena sumpahan tidur ala-ala Sleeping Beauty. Mana-mana buku berbentuk ilmiah, sogok aje la kat aku, mesti bertukar jadi bantal buat aku. Macam sleeping pills yang doktor selalu bagi kat pesakit insomnia tu, macam tu la diibaratkan buku buat aku.

Kalau buku adalah sleeping pills aku, suara lecturers pulak macam lullaby yang sarat berilmu terus menggam kelopak mata, sekali dengan bulu mata aku. Bahasa tinggi lagak dewa berkata-kata, mesej lecture yang tak terjangkau dek akal dan melepasi benua Asia, memang pakej lengkap bagi aku untuk terus ke syurga mimpi. Huh! Memang dahsyat sumpahan ni! 

Masuk gegaran kedua, aku tak tunggu lama. Aku sambar tudung dan sweater yang elok tergantung di balik pintu almari. Sebelum aku jadi mangsa gempa bumi ke, tanah runtuh ke, baik aku larikan diri dulu. Tak nak mati katak kat sini. Aku ada hajat yang belum dicapai lagi.

Bukak aje pintu, dua tiga suara lelaki asing menyapa telinga. Kemudian kedengaran pulak bunyi mesin gerudi diikuti dengan gegaran konkrit rumah. Ooo... ni la dia ‘gempa bumi’ jadian tadi! Woit, nak runtuhkan rumah ni ke apa!

Suara Farriel tak kedengaran di mana-mana. Aku tepuk dahi. Dah tentu-tentu dia kat pejabat. Habis tu, macam mana diorang ni boleh masuk? Menceroboh? Entah-entah pencuri tak? Nak tak nak, aku beranikan diri turun ke tingkat bawah.

Tiga orang lelaki kelihatan. Dua orang Cina. Seorang Melayu. Sibuk mengangkut barang-barang dari lori. Barang-barang yang biasa aku lihat dalam gymnasium kat TV; exercise bikes, ab shaper, air-walker, dumbbells, beberapa barang yang aku kurang pasti namanya. Rumah ni nak buka gim pulak ke? Bersepah-sepah ruang tamu dengan kotak dan plastik. Aku jenguk keluar. Ada pulak kereta Farriel kat luar. Tak kerja ke? Namun, Farriel masih tak kelihatan di mana-mana. 

"Awak semua ni siapa? Siapa bagi kebenaran masuk?" soalku lantang, lagak tuan rumah yang berkuasa.

Tangan-tangan yang tadinya sibuk membuat kerja, terus terhenti. Masing-masing pandang aku macam nampak Doraemon dalam costume Ultraman. Tau la aku main sambar aje baju ni. Tudung ni pun striking gila warnanya. Tapi… tak payah la pandang aku macam tu. Kira okey la ni. Janji berbaju. Bukan nak masuk fashion show pun.

Page 62: Cerpen AD +IZ

Farriel keluar dari bilik belakang, berdekatan dengan dapur. Diikuti seorang lelaki yang… whoa! Body builder mana pulak dicekupnya ni? Berkotak-kotak badan. Kagum!Farriel berhenti bercakap dengan Mr. Bodybuilder sebaik sahaja nampak aku yang dah cekak pinggang dengan muka poyo.

"Hai, Ad! Dah bangun?" tegurnya.

Tak pasti la ni tegur ikhlas ke perli. Aku senyum aje la. Depan orang ni….

"Kenalkan... Encik Nik, my personal trainer. Gym trainer."

Mr. Bodybuilder senyum, menghampiriku. Tangan kanan dihulurkan. Hendak bersalaman.

Aku panjangkan lengan sweater. Melapik tangan. Bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim hukumnya haram, kata-kata ustazah masih terkesan di hati. Dulu mungkin aku lalai, tapi sekarang aku sudah mula berubah ke arah kebaikan, perlahan-lahan. Muka Mr. Bodybuilder berubah. Mungkin pelik dengan tindakanku. Luar alam sangat ke perbuatan aku ni? Kami bersalaman.

"Saya Adry, isteri Farriel."

Aku perkenalkan diri. Senyum kuhulur padanya. Pandangan kualih pada Farriel.

"Izumi, kita nak buka gim kat rumah ke?" Dengan nada perlahan dan menyindir, aku bertanya.

"Tak la. Aku nak tunaikan janji aku aje."

"Janji apa?" Berkerut dahi dengar. Sungguh, aku lupa!

"Janji nak kuruskan badan."

Mulut membentuk huruf ‘o’ besar. Farriel nak kuruskan badan? Boleh ke? Aku takut dia hangat-hangat taik ayam aje. Nanti tak sampai separuh jalan, dia dah give-up. "Ye la ni? Macam tak percaya aje!"

"Betul la. Ingat aku main-main ke?"

"Ha ha ha!"

Aku gelak. Lucu! Selebihnya, aku gelak mencabar.

"Sebenarnya Encik Farriel ni boleh mencapai berat ideal dalam masa enam bulan atau kurang dari tempoh tu; dengan senaman berterusan dan diet yang baik. Puan Adry pun boleh la take part especially dalam menjaga diet pemakanan Encik Farriel dan bagi sokongan moral," sampuk Mr. Bodybuilder.

Aku? Jadi penjaga diet Farriel? Boleh ke? Adakah itu bermakna aku kena diet dengan dia? Oh, tidak! I love food very very much! 

"Macam mana, Ad? Jadi dietician aku, boleh?"

"No hal… tapi nanti jangan nangis pulak. Aku ni garang…!"

"Ada aku takut?"

Aku jelir lidah.

Farriel mencemik muka.

Page 63: Cerpen AD +IZ

Cute sangat la buat muka macam tu! Sebijik macam beruang kutub!Mr. Bodybuilder buat muka blur. Mesti dia pelik. Awat la lagu suami isteri ni? Macam tak cukup hormon aje!

"DIET seimbang adalah diet yang boleh membekalkan nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina keadaan fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan tumbesaran dan memelihara kesihatan."

Itu intro aku semalam. Masa Farriel lipat dahi sampai tiga garis timbul, bila mulutnya muncung sedepa, bila rambutnya yang lurus bagai nak tegak terpacak tengok makanan yang aku hidangkan untuknya. Masa tu tak ada satu bunyi pun keluar dari mulutnya. Dia diam dan makan. Tapi hari ni, dia memulakan sesi perdebatan ala Dewan Rakyat dengan aku.

Farriel merenung pinggan di hadapannya. Kemudian dipandangnya pula Adry yang duduk bertentangan dengannya, sebelum pandangannya jatuh pada pinggan lauk; ikan kerapu masak tiga rasa, sambal ayam, sayur kacang panjang dan hati masak kicap. Air liur yang hampir meleleh keluar, ditelannya kembali. Sayu pandangannya jatuh pada pinggannya yang cuma ada sesenduk nasi, ikan selar goreng seekor, sayur campur, buah betik, limau beberapa hiris. Berkerut muka Farriel. Ni ke makan tengah hari aku? Bawah bibir dijuih ke depan. "Minta sikit ikan dengan ayam tu!"

Aku buat bodoh, buat-buat tak dengar. Khusyuk menghabiskan makanan. Isi ikan kerapu yang masih bersisa segera aku masukkan ke dalam pinggan. Seketika kemudian laju masuk ke mulut. Selesai ‘mengilatkan’ pinggan, aku menjilat jari pula. Sunnah nabi.

Farriel mula bengang. Rasa-rasanya dah bengang sampai tahap nak naik tanduk rusa!

Aku tersengih. Baru nak masuk dua hari berdiet tapi dibuatnya muka macam dah sebulan tak makan! Tengok muka, aku tau dah. Takkan ke mananya azam nak diet dia tu. Gim mini kat bilik belakang tu alamatnya jadi sarang labah-labah dengan habitat serangga-serangga yang sewaktu dengannya aje la.

"Ad, makanan apa yang kau bagi aku ni? Ikan goreng dengan nasi aje? Sayur dengan buah punya la banyak. Kau ingat aku ni keturunan herbivor berkaki empat ke apa?"

"Kata nak diet. Suruh aku jadi dietician kau. Sekarang kau banyak songeh pulak. Nak kurus ke tak ni?"

"Memang la aku nak kurus, tapi takkan la benda-benda macam ni aje aku boleh makan. Dah la pagi tadi kau bagi aku roti yang tak seberapa kepingnya, lepas tu buah dengan susu aje."

"Ini aku dah ikut saranan pakar pemakanan dah ni. Kalau ikut hati aku, aku tak bagi kau makan langsung. Aku gerenti, bukan enam bulan, dalam masa sebulan aje kau dah boleh kurus."

Mak aih… itu membunuh namanya! Baik kau suruh aku gali kubur sendiri aje, Ad. Lagi senang!

"Kalau makan macam ni, mana nak dapat tenaga? Setakat nasi sejemput! Ei, merepek betul benda-benda ni semua! Dah la!"Farriel bangun dari meja makan. Langkah diatur ke anak tangga.

"Nak ke mana?" soalku. Surrender dah ke?

"Keluar! Cari makanan yang manusia bertamadun macam aku boleh makan."

"Okey. Jangan makan banyak-banyak sangat. Nanti cirit-birit pulak. Masa tu, jangan kau kata aku tak ingatkan kau pulak!"

Page 64: Cerpen AD +IZ

Farriel dah tak dengar apa dah. Dalam kepala leka fikir makanan apa nak diisi dalam perut. Nasi putih campur dengan dua tiga jenis lauk, mesti. Lepas tu nak makan apa, ek? Roti canai? Nasi goreng kampung? Mi bandung? Tom yam? Ah, makan aje la semua. Habis cerita!

MALAM itu, Farriel turun ke ruang tamu dengan muka pucat dan berkerut-kerut. Bau minyak angin menusuk ke hidung. Mandi minyak angin ke apa?

"Kau apa hal?" tanyaku, garang. Mata masih melekat di kaca televisyen.

"Sakit perut! Cirit-birit," adunya.

Aku pandang mukanya. Muka yang agak-agaknya dah sepuluh kali ulang-alik ke tandas. Bila tengok muka dia yang berkerut-kerut tu, aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan. Malas nak cari gaduh.

"Aku cakap dah. Degil! Kan dah ketulahan dengan aku. Walaupun kau yang ada darah kerabat, tapi aku yang ada daulat. Jangan tak tau!"

Farriel tak menjawab. Dia terduduk lemah di sebelahku. Muka berkerut-kerut tahan sakit. Tangan pulak melekap kat perut. Jatuh kesian aku padanya. Nafas kutarik dalam. Kemudian kuhembus. Mula memikirkan cara untuk mengurangkan kesakitan Farriel. Housemate sakit ni, kena la tolong. Nanti dikatakan tak berperikemanusiaan pulak."Kita pergi klinik, ek?" usulku dengan nada lembut. 

"Nak pergi dengan apa? Kau bukan tau drive. Test JPJ dah dua kali gagal," katanya lemah.

Hek eleh! Sempat pulak dia perli aku. Menyesal aku cerita pasal kegagalan aku tiga tahun dulu kat dia. Tu la, mulut ni gatal sangat. Langsung tak ada brek atau signal. Laju aje guna gear lima bercerita. Kan dah kena kutuk? Sabar aje la!

"Iye la, Izumi oi. Jap lagi aku panggilkan driver teksi yang lulus JPJ datang. So, boleh la kita pergi klinik. Boleh gitu, Encik Farriel Izumi?"

"Hmmm.…"

Tu aje yang mampu Farriel jawab sebelum berkejar ke tandas semula.Handphone aku ambil. Mencari nombor teksi.

"AD…" panggil Farriel dengan mata separuh tertutup. Mungkin ubat doktor dah mula menunjukkan kesannya.

"Hurm?" 

"Thanks…."

Diam. Cuma bunyi aircond yang kedengaran.

"Ad…."

Aik, tak tidur lagi?

"Iyeee…."

Page 65: Cerpen AD +IZ

"Esok aku nak makan… ikan kerapu tiga rasa macam yang kau makan tadi. Tom yam campur… ayam masak merah… gulai ikan sembilang… ikan patin… ayam golek…."Mak aih… besarnya selera! Mengalahkan orang mengidam pulak. Sedar ke tidak yang dia ni cirit-birit? 

Farriel diam, tak bersuara lagi. Penat duduk di sofa, aku duduk di sisinya.

Farriel yang dah lelap di katilnya, aku perhatikan. Doktor kata tak serius. Bagi ubat, bagi MC dua hari, insya-Allah esok lusa sembuh. Mujur la... kalau tak, rasa bersalah juga aku. Ye la, tak sangka pulak ‘sumpahan’ aku betul-betul terjadi. Kebetulan betul. 

Selimut Farriel aku perbetulkan. Burrr…! Sejuk sangat ni. Rasa macam duduk kat kutub utara pulak. Remote control air-conditioner aku ambil. Suhu aku tinggikan. Selesai menentukan suhu yang sesuai, aku kembali duduk di tepi katil. Wajah Farriel kuperhatikan. Muka bujur. Hidung mancung. Pipi tembam. Bibir nipis. Warna kulit cerah. Rambut lurus. Masih hensem walaupun overweight. Tapi kalau kurus macam dulu, lagi hensem! Tak cukup bumi dikejar dek pompuan.

Bila Farriel mula berdengkur, aku tersenyum sendirian. Betul la... orang kata, kalau nak tengok muka ‘sebenar’ seseorang tu macam mana, tengok rupa dia masa tidur. Segarang mana pun orang tu, bila tidur, muka ‘sebenar’ dia akan ‘muncul’; lembut dan tenang. Entah berapa lama aku menatap wajah Farriel, aku tak pasti. Yang pastinya, tak lama kemudian aku mula memenuhi ‘hak’ mata bila kelopak mata terasa semakin berat.

FARRIEL buka mata. Niat hati nak berkalih badan ke kiri. Kemudian dia perasan lampu tidur masih terpasang. Bila nak tekan suis, dia terus dia terpandang Ad yang tidur menangkup di tepi katilnya. Kenapa dia kat sini? Peristiwa beberapa jam tadi, berputar di layar ingatan. Oh….

Wajah Ad menghiasi mata. Tenang wajahnya tidur. Rambut, dahi, kening, mata, hidung, pipi… segenap inci wajah Ad diperhatikannya. Satu wajah yang tiba-tiba menerpa ke dalam ingatan, segera dinyahkan. Tangan yang serasa nak menjamah pipi Ad, segera ditarik ke sisi. Matanya singgah pada bibir mungil Ad, ada getaran dirasakannya. Segera mata dialihkannya. 

"Ad… tolong jangan kelirukan aku. Tolong jangan buat aku jatuh cinta pada kau. Tolong la.…"

Dipejamnya mata rapat-rapat.

Peraturan keenam : Bilik tidur pihak kedua adalah kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.

Reject!

ESOKNYA, penyakit cirit-birit Farriel sembuh sepenuhnya. Mujarab betul ubat doktor tu! Ingat nak la buat baik, masak apa aje makanan yang dia nak. Macam yang diracaunya malam tadi. Korang tau apa dia jawab?

"Tak nak la. Kau bagi aku sayur dengan buah cukup. Tengah hari nanti aku nak roti ke apa-apa makanan yang aku boleh makan ikut jadual pemakanan yang kau dah buat."Uiks… serik betul dia! Tapi aku tak nak kejam sangat dengan dia. Tiba-tiba aje aku tarik ‘nikmat’ makanan dari dia hari tu, memang la mengamuk sakan mamat tu. So, aku buat strategi sendiri. Dia boleh makan makanan yang dia suka tapi dengan syarat dalam kuantiti yang sedikit macam yang dietician syorkan.

Page 66: Cerpen AD +IZ

Sebagai personal dietician Farriel, kerja terbaru aku adalah mengira kalori makanan yang dia makan, apa hidangan yang sesuai untuk dia, apa makanan yang boleh dan tak boleh dimakannya. Aku siap sediakan satu buku catatan lagi tu! 

Dua hari Farriel MC dan duduk kat rumah. Dua hari tu jugak la kuliah aku batal. Lecturer busy pasal penstrukturan semula fakulti-fakulti. Apa yang nak distrukturkan, aku pun tak faham. Tapi memang tragic duduk rumah dua puluh empat jam dengan Farriel. Ada aje yang tak kena. Rumah berhabuk la, kedudukan perabot tak sesuai la, dapur tak kemas la, tandas berbau la. Sampai cara nak sidai baju pun dia tegur. Dahsyat! Tak sangka lelaki moden macam tu boleh membebel mengalahkan mak nenek!"Baju mahal, baju yang kita pakai masa pergi kerja, kuliah, majlis-majlis rasmi kena sidai terbalik dan letak bawah bumbung. So, tak la cepat pudar dan rosak. Kain pelekat ke kain batik, kena sidai lurus-lurus supaya cepat kering. Pakaian dalam mesti disidai kat tempat tersorok, supaya orang tak nampak atau curi."Sungguh la Farriel ni cermat, teliti dan sangat praktikal orangnya. Benda macam tu pun dia perhatikan. Observant betul!

Kalau aku, memang aku hentam aje sidai macam mana pun. Janji bawah cahaya matahari. Tak kira la luntur ke kedut ke. Bila dah kering, aku angkat dan lipat. Titik. Susah juga nak ubah cara aku buat kerja bila dia tegur suruh aku buat ikut cara dia. Yelah, benda-benda tu semua aku dah praktikkan sejak kecik lagi. Bila dia tegur tu, panas juga la hati. Siap perang mulut lagi. Malas mengeringkan air liur, aku ikutkan aje la cakapnya. Tak larat la nak gaduh pasal bontot kuali yang hitam lepas masak sampai dua jam. Bazir tenaga aje!

MATA bagaikan dipaku pada wajah Remy Ishak dalam drama Obsesi. Hensem gila! Rasa nak tarik-tarik aje rambut sendiri. Hu hu hu! Dek kerana kehenseman dia la aku sanggup bersengkang mata menunggu slot Samarinda yang ditayangkan melangkaui zon hibernasi aku. Selalunya pukul sepuluh malam aje mata aku dah minta untuk direhatkan. Kalau tak, alamatnya tersangap-sangap la aku dalam kelas. Tapi demi Remy dan cerita Obsesi yang mengobseskan aku ni, aku sanggup ingkar ‘arahan’ mata. Buku-buku, A4 paper dan alat tulis yang berlambak di atas meja sekadar menjadi hiasan semata-mata.

Terdengar ada gerakan dari tingkat atas ke bawah, sila atas sofa aku perbetulkan. Tak perlu menoleh, aku sudah tau siapa gerangannya. Dalam rumah ni ada dua orang aje. Aku. Farriel. Kalau tak aku, Si Farriel. Kalau tak Farriel, aku la. Tapi kalau bukan dua-dua, itu kes misteri nusantara namanya. Unidentified object or subject. Farriel yang baru turun dari bilik ‘bertapa’ duduk di hujung sofa. Kes bosan menghadap kerja-kerja pejabat la tu. Tak pun Marina tak online malam ni. Muka dah kurang dari nilai satu sen dah tu….

"Cerita apa ni?" soalnya. 

"Obsesi…" jawabku pendek.

Kacau aje! Orang tengah syok-syok tengok Tengku Azuddin dok tekel future-wife dia ni.

"Bosan! Tukar cerita lain la!" desaknya.

"Pergi la tengok TV kat bilik kau! Kan ada Astro bagai! Kacau aje la!"

"Ala… bosan tengok sorang-sorang! Ad, tukar la channel lain!"

Kulit kepala aku garu. Sibuk la dia ni!

"Kau tak tengok lagi, dah kata bosan! Cuba tengok, fahamkan… lepas tu baru menilai," rungutku.

Page 67: Cerpen AD +IZ

"Cerita Melayu semua stereotype la. Balik-balik itu aje ceritanya. Cuba ikut macam cerita Hollywood. Baru la best!"

Farriel menamakan beberapa filem Hollywood yang digemarinya. Alahai, gangguan bunyi betul la!

"Kau pergi jadi warganegara sana. Senang cerita!"

Farriel mencemik. 

"Kau nak makan ke?"

Ni soalan nak menghalau dia naik ke bilik balik ni. Biasanya Farriel takkan turun ke bawah kalau tak lapar atau tak ada urusan. Dia lebih suka memerap kat bilik. Bergayut, berchatting dengan Marina. Tak pun buat kerja pejabat ke, baca buku ke….

"Nope! I’m good."

Tumpuannya beralih pada buku berlambak di atas meja. Kertas bawah buku ditarik keluar. "60% aje?"

Aku kerling padanya. Cuba memastikan tentang perkara yang diperkatakan. "Okey la tu! Sebelum ni lagi teruk!"

Hujung lidah aku gigit. Alamak! Terlepas cakap….

"Sebelum ni dapat berapa?"

Curious aje muka Farriel bertanya.

"40% lebih aje…." Perlahan aku menjawab.

Farriel ternganga. Kepala digelengkan.

"Letak kat muzium aje la otak kau tu," perlinya.

"Ala… monthly test aje tu! Relaks la."

"Apesal teruk sangat? Susah ke? Baru first sem dah macam ni."

"Ala… aku tak pandai BI la. Lecturer situ semua cakap BI. Selit BM sikit-sikit aje. Pakai bahasa teknikal pulak tu. Mana nak faham."

"In that case, aku akan ajar kau!"

Aku memandangnya dengan 1001 rasa pelik. Taajub. Kagum. Demam ke apa? "Kau… nak… ajar aku?"

Farriel angguk kepala.

"Kau nak ajar aku apa?"

"BI la. Kata tak pandai BI. Kalau kau nak, aku boleh tunjukkan juga mana-mana subjek yang kau lemah tu. Free of charge. FOC."

Aku garu pipi. Kena rasuk ke Farriel ni? Semacam aje baiknya. "Kau ni gurau, kan? Ke kau mamai? Ke tengah high? Tiba-tiba aje buat baik dengan aku. Tegak pulak bulu roma aku!"

Page 68: Cerpen AD +IZ

Farriel julingkan mata ke atas.

"Tak ada udang sebalik batu or mi pun la… ikhlas nak tolong kau. Sebab kau dah tolong aku masa aku cirit-birit hari tu. Lagipun, tak berbaloi la aku menghabiskan duit hantar kau masuk kolej kalau kau dapat result hampeh macam ni! Baik aku pergi shopping apa yang patut!"

Alasan logik… pucuk dicita, ulam mendatang!

"Sure?" soalku. Masih ada keraguan.

"Sure la!"

"Bila kau nak start ajar?"

"Sekarang pun boleh!"

"Okey...." Iye tak iye dia ni?

"So, sekarang aku nak kau ambik kotak Scrabble dalam almari."

"Hah?" 

Tadi kata nak mengajar. Sekarang nak ajak aku main Scrabble pulak? Pening, pening!

NI cara Farriel Izumi mengajar aku vocab baru English. Melalui permainan Scrabble. Setiap perkataan yang baru pada aku, aku kena catat dan cari maksud dalam kamus. Kalau rasa-rasa aku blur nak letak perkataan apa atas board, aku boleh rujuk kamus dan cari perkataan yang boleh aku bentuk dengan huruf yang ada.

"Apa kau buat kat lorong gelap tu?"

Entah kenapa terlintas soalan tu kat kepala aku, masa aku tengah sibuk-sibuk mencari maksud perkataan foil dalam Cambridge Dictionary.

Farriel yang tengah mengeja excise kat board Scrabble panggung kepala. Blur aje pandangannya. "Lorong apa?"

"Ala… yang kau kata masa malam tu!"

Takkan lupa kut? Malam star and moon gazing tu! Ke buat-buat lupa?

"Bila masa pulak aku ke situ?" soalnya kembali.

"Kau kata kau jumpa arwah Ann kat lorong gelap. So, sekarang aku tanya kau, apa kau buat kat situ?"

Aku jenguk papan Scrabble. Perkataan apa nak letak ni?"Apesal? Aku tak boleh pergi situ ke?"

"Bukan tak boleh. Cuma aku pelik aje. Anak orang kaya macam kau, lahir atas sudu emas, mana selera nak pergi tempat kotor, busuk macam tu. Tu yang aku curious tu!"Perkataan spoon aku eja. Menyambung dari huruf ‘s’ perkataan excise milik Farriel.

"Ooo… aku lari dari kenyataan aje."

Page 69: Cerpen AD +IZ

"Kenyataan apa?"

"Yang kau sibuk nak tau kenapa?"

Berganjak satu tangga tone suara Farriel.

"Saje! Mana la tau kut-kut kau ni stok (jenis) mat gian ke, drug dealer ke, apa-apa, so aku boleh la buat apa-apa persediaan bila kau buat perangai nanti."

"Oit, aku takde la teruk macam tu sangat, okey! Masih dalam kategori dewa lagi, ek!"

Aku angkat bahu. "So, apa kau buat pergi situ?"

Aku garu kepala. Suwei pulak aih tangan! Huruf Q aku dapat. Cuba dapat huruf R ke S ke. Baru la senang bentuk perkataan.

"Hari tu, aku baru tau kawan baik aku sebenarnya spy papa aku. Menyakitkan hati!"

"Okey la tu."

"Otak kau! Mati-mati aku anggap dia kawan baik aku dunia akhirat. Kira semua rahsia aku dengan dia ‘lepas’ senang-senang aje la kat papa aku! Macam hampeh aje perangai!"

Air suam dalam mug aku hirup.

"At least papa kau buat macam tu sebab dia sayangkan kau. Macam aku ni, sorang pun tak ambik kisah aku buat apa. Aku kebulur ke, tunggang-terbalik ke. Aku sendiri-sendiri aje tentukan jalan hidup aku. Duit belanja pun cari sendiri, tau!"

"Aku lagi suka jadi macam kau. Bebas buat apa yang aku suka. Tak dikongkong sampai aku sendiri tak tau apa yang aku suka, apa yang aku tak suka!"

"Kenapa papa kau buat macam tu?"

"Dah la! Tutup cerita. Nite!"

Farriel terus berlalu.

Aik? Merajuk? Aku pernah dengar orang kata, orang berbadan besar ni sensitif, kuat merajuk. Betul ke? Kalau ikutkan ‘ujian’ yang dijalankan ke atas Farriel tadi, nampak gayanya betul la tu!

PINTU yang bertalu-talu diketuk aku buka. Besar anak mata melihat tetamu yang datang. Dua buah bagasi setinggi budak setahun di kaki menambahkan lagi tanda tanyaku.

"Hana? Mimpi apa datang malam-malam ni?" soalku, antara percaya dengan tidak.

Hana memelukku dengan wajah ceria. Tapi kenapa keceriaan Hana macam tak real aje?

"Akak! Rindu la dengan akak! Abang mana?"

"Out station. Ni apa kes tak semena-mena muncul depan pintu rumah akak ni?"

Page 70: Cerpen AD +IZ

"Saja… nak tukar angin tidur rumah akak."

"Sampai dua beg? Gaya macam lari rumah aje!"

"Eh, akak jangan salah faham! Satu ni aje beg Hana. Yang lagi satu ni Abang Ihsan punya!"

Jap… bagi aku fahamkan kejap.

Hana datang sini, bawa beg sebab nak tumpang tidur kat sini. Okey, yang tu aku faham la.

Yang beg Ihsan ni, apa ke halnya pulak? Nanti sekejap. One minute, one minute. Takkan Ihsan pun nak datang tidur kat sini… kut?

BAB 9

"BUKAN Hana nak kurang ajar dengan papa dan mama. Tapi diorang tu terlalu control hidup anak-anak la. Sampai cita-cita pun diorang nak campur tangan. Agaknya, esok lusa bila Hana nak kahwin pun silap-silap diorang yang pilihkan. Bosan la!"

Keluh Hana keesokan harinya. Tangannya kini lincah menyapu blusher di pipiku. Touch-up terakhir di wajahku. Muka dah terasa berat dengan foundation dan entah apa-apa bedak lagi. Bulu mataku yang asalnya tak sampai setengah inci, dah jadi seinci, berkat bulu mata palsu. Kening dah elok terlorek. Kelopak mata dah tukar warna pink. Bibir dah merah disapu lipstick warna blushing rose. 

Aku pun tak tau macam mana la aku boleh setuju dijadikan model tak berbayar pada Hana ni. Mungkin aku cuba ceriakan dia sebab dia monyok aje dari semalam. Bila aku setuju aje dengan usulnya untuk disolek, melompat-lompat dia kegembiraan.

"Hana nak further study bidang apa?" soalku. Muka di cermin aku pandang. Tangan Hana memang ada kuasa magis dalam bab solekan. Muka aku dah berubah jadi lebih cantik berseri. Cheh, masuk bakul angkat sendiri pulak!

"Fashion. Make-up. Anything yang sewaktu dengannya." 

Hmmm… memang jelas ketara la kenapa Hana ‘pakar’ dalam bidang ni.

"Papa nak Hana ambil course apa?"

"Ambil architecture atau engineering. Dulu abang nak ambik degree in engineering, papa tak bagi. Disuruhnya abang ambik business management in order to get the CEO position dari Abang Ihsan. Lepas tu sekarang paksa-paksa Hana pulak! Hana tak nak. Ei, Hana tak boleh masuk la dengan benda-benda macam tu!"

Aku diam. Mula dapat gambaran mengenai bapa mertuaku dan keluarga. Rupanya jadi orang kaya ni lain pulak dilema yang dihadapinya. Macam kami orang miskin ni setakat krisis tak makan, duit, hutang macam tu aje la.

"Ooo... speaking of Tengku Ihsan, lupa nak beritahu akak. Beg tu Abang Ihsan bagi sebelum bertolak semalam." Beg di sudut bilik ditunjukkannya. Aku ada minta apa-apa ke dari dia? Sampai satu beg dia bagi. 

"Bertolak? Ke mana?" soalku pelik. 

Page 71: Cerpen AD +IZ

Patut la Ihsan tak datang jumpa aku kat fakulti semalam. Selalunya dia la yang paling rajin melepak kat fakulti aku tu. Habis semua orang ditegurnya. Bila aku break aje kelas, kat aku la dia menempek. Mengekor aje ke mana aku dan Erin, classmate aku tu pergi. Sampai Erin sangka yang Ihsan tu suami aku. Aku tak salahkan Erin sebab dia memang tak pernah jumpa Farriel. Bersenang-lenang betul anak Tengku sorang tu. Beza betul dengan ‘Izumi aku’ yang membanting tulang untuk Izumi Corporations. Izumi aku? Ngeh heh heh heh… perasannya!

"Ke US. Dia nak bawa balik semua barang. Nampaknya kali ni Abang Ihsan nak menetap kat Malaysia terus."

"Tiba-tiba aje?"

Beg besar tu aku tarik zipnya. Penuh dengan buku-buku. Semuanya tebal-tebal. Ada yang berbahasa Melayu, ada juga yang berbahasa Inggeris. Yang pastinya semua buku tu berkaitan dengan course yang aku ambik. Ihsan… macam tau-tau aje buku-buku ni yang aku perlukan sebagai bahan rujukan.

"Entah la. Tapi lately, Abang Ihsan selalu tanya Hana macam mana nak tackle pompuan bertudung, yang Islamik dan jenis jual mahal. Hana terkejut juga. Akak pun tau kan, Abang Ihsan tu spesies buaya tembaga. Apa jenis pompuan pun, mesti datang melutut kat dia punya la! Tiba-tiba nak minta tips dan petua dari Hana pulak. Tapi kali ni Hana rasa dia dah jumpa dengan pompuan yang betul-betul dia suka. Dan pompuan ni buat Abang Ihsan ada tujuan dan arah hidup."

Nak terlepas buku dari tangan mendengar penjelasan Hana. Sejak bila Ihsan tukar selera? Dari pompuan ala-ala Tara Reid kepada Wardina Saffiyah! Menakjubkan!

"Maksud Hana?" soalku. 

"Abang Ihsan nak settle down. Dia nak bersara jadi playboy. Dia kata dia nak kerja kat Izumi Corporations."

"Well, bagus la tu! Bukan ke semua tu yang famili Hana nak?"

"Memang la. Tapi perubahan dia tu macam mendadak sangat. Empat bulan lepas, right before Abang Aril introduced Kak Adry sebagai isteri, kat tepi telinga Hana ni sendiri Abang Ihsan kata dia nak menetap kat US. Kat sana dia dah ada kerja yang selesa. Dah beli rumah pun. Dia kata dia cepat bosan kerja under company famili. Tak profesional la, bias la. Then, suddenly nak settle down kat Malaysia? Memang pelik bin ajaib la!"

"Biar aje la. Dia dah dewasa. Mesti apa yang dia buat tu berdasarkan akal yang rasional. Just support dia, cukup la…."Aku simpan balik buku-buku Ihsan dalam beg. Entah aku terbaca entahkan tidak. Al-maklumlah, aku kan Ratu Bantal….

"I hope so! Hana dapat rasakan keputusan tu berkaitan dengan ‘anak dara pingitan’ yang dia nak tackle tu." 

Hana membetul-betulkan kedudukan rambutku yang dah terhias cantik. Seketika kemudian dia menjarak diri dari aku. Menilai hasil kerjanya sebentar tadi.

"Okey, cun!" Tangannya menyelongkar bagasi pula. Sehelai baju dikeluarkan.

"Akak tukar night dress warna peach ni, ek! Hana nak turun kejap la. Haus!"

Hana hilang di balik pintu. Night dress warna peach yang tak berlengan dan besar bukaan dadanya itu aku pandang. Macam kecik aje baju Hana ni. Muat ke kat aku? Demi mengambil hati Hana, aku pakai juga baju

Page 72: Cerpen AD +IZ

tu. Nak juga tengok, cun ke tak cun aku pakai baju seksi macam ni. Bila tiba tang nak menzip, aku terus stuck. Tangan tak sampai… hu hu hu…. 

"Hana! Uiii…!" jeritku lantang.

Mana Hana ni? Aku turun. Terus menghala ke dapur bila terdengar bunyi mug berlaga dari situ. Sampai kat meja makan, aku berpaling ke belakang.

"Hana, tolong zipkan baju ni. Akak tak sampai la…" pintaku.

Hana menghampiriku di meja makan. Zip dilarikan naik ke atas.

"Thank you, darling! Akak tak rasa baju ni sesuai dengan akak la. Saiz akak dengan Hana mana sama. Terasa ‘huduh’ pulak bila akak pakai. War…"

Tubuhku dipeluk dari belakang. Erat. Satu ciuman mendarat di leher. Serta-merta rasa ‘hangat’ menerpa dalam diri, jiwa dan hati. 

"No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really."

Suara garau itu singgah di cuping telinga.

Farriel? Aku kalih kepala ke arah tuan empunya suara. "Izumi? Erk! Bi… bila sampai?" 

Farriel membalikkan tubuhku. Menghadapnya. Jarak antara tubuh kami kurang seinci. Seandainya aku menggerakkan tubuh sedikit sahaja, pasti aku sudah terpeluk akan dirinya. Aku angkat muka. Memandang Farriel yang tajam merenung wajahku. Dan kemudian anak mataku jadi sasaran matanya. Dan tak kusangka-sangka, Farriel merangkul tubuhku lagi sekali. Ayork…!

"Kak Adry, look what I have found! Ops…."

Hana kaku di anak tangga. Terkebil-kebil melihat aksi kami yang agak romantis.

Aku pantas menolak tubuh Farriel.

Farriel tersentak. Baru sedar akan kehadiran Hana di rumahnya. Dia berdeham beberapa kali sebelum berlalu ke dapur. Menyambung semula ‘aktiviti’nya di dapur sebentar tadi.

"Sorry, Hana terinterrupt pulak…." Hana gigit bawah bibir.

"It’s okay."

Okey? Tengku Farriel Izumi peluk dan cium kau tadi! Bukan sepatutnya kau tak okey ke? Ei, tiba-tiba rasa seram sejuk pulak!

"Guess what? Hana jumpa kamera dalam bilik akak dan Abang Aril! Jom, kita ambil gambar!"

Kamera digital di tangan dikeluarkan dari sarungnya.

"Tak nak la! Akak malu la!"

"Ala… sporting la sikit, Kak Adry! Kita ajak abang sekali. Abang! Jom ambil gambar!" laung Hana.

"Tak nak la!" Jerit Farriel dari dapur.

Page 73: Cerpen AD +IZ

Aku angkat kening aje pada Hana.

"Sehati sejiwa betul!"

BUKU dan alat tulis aku angkut keluar. Pintu bilik Farriel aku rapatkan perlahan-lahan. Rasa-rasanya Hana dah tidur. Dah tak ada bunyi pun dari biliknya. Tak selesa la duduk satu bilik dengan mamat ni. Dah la petang tadi dia… ah! Tak payah ingat la! Seram pulak bila ingat-ingatkan balik. 

Semalam boleh la, Farriel kat JB lagi. Aku ada alasan nak tidur sebilik dengan Hana. Borak punya borak tengok-tengok dah pukul tiga pagi. Tapi hari ini Farriel dah balik. Apa ke rupanya seorang isteri tidur dengan adik ipar, walhal suami ada untuk dilayan. Dilayan? Ei, tegak lagi bulu roma! Nak tak nak terpaksa la aku duduk sebilik dengan Farriel.

Tapi bila Hana dah tidur, ini peluang aku untuk balik ke bilik semula la. Kunci pintu bilik aku seluk dari kocek. Nyaris nak jatuh jantungku saat pintu bilik Hana terbuka. Alahai… kantoi!

"Kak, buat apa tu? Jalan terjengket-jengket macam pencuri aje…."

Aku senyum. Nak cover apa ni?!

"Tak ada. Ingat nak buat assignment kat bilik ni. Malas nak buat kat bilik sana, abang Hana tu suka kacau akak. Tu yang akak nak berhijrah tu!"

Hana garu kepala. Dialih pandang pada pintu bilikku.

"Semalam Hana nak tidur kat bilik ni, akak kata bilik ni dah jadi stor. Takkan akak nak buat assignment kat dalam stor kut?"

"Ha? Iye, iye. Bilik ni dah jadi stor. Barang akak dari rumah lama tu banyak sangat. Tak sempat nak kemas lagi. Tu yang tak kasi Hana tidur kat bilik ni." Ayork, jerat dah mengena diri sendiri la pulak! Kalau Hana masuk dan tengok bilik ni, mesti dia tau yang aku dan Farriel memang tak tidur sebilik. Hana pandang aku dengan 1001 pertanyaan.

"Takpe la, Hana. Akak masuk bilik balik ek, nak sambung buat kerja!"

Nak tak nak, tombol pintu bilik Farriel aku pulas. 

Dalam bilik, Farriel hadiahkan senyuman mengejek. "Nampaknya, aku tidur berkawan la malam ni!"

Lidah aku jelirkan. Over my dead body!

"ARGHHH…!" jeritku separuh lantang. Buku yang berlambak atas sofa aku tolak ke tepi. Otak dah tepu!

"Woi! Kau apehal? Training jadi Tarzan ke?"

Aku cemikkan muka. Ada ke samakan aku dengan Tarzan yang pakai cawat tu?

"Tension la! Tak ada idea nak buat assignment. Mood nak ulang kaji pun dah ‘lari’! Ei, final exam dah dekat. Satu apa pun tak lekat kat kepala. Tensionnya!" aduku. Rambut yang aku ikat dua, aku tarik.

Farriel letak pen di meja kerja. Perhatiannya kepadaku kini. "Kau tu suka sangat makan otak udang.

Page 74: Cerpen AD +IZ

Pemalas pulak tu. Asal buka buku aje berdengkur. Aku makin kurus, kau pulak makin malas belajar. Tak jadi la deal kita macam ni!"

Eleh… tau la berat badan dia dah turun sepuluh kilo. Berlagak! Dia kurus pun sebab aku kawal makan dia. Paksa dia exercise hari-hari walaupun kejap. Selalu ingatkan dia minum fat burner dan weight lost product yang bersusun atas kabinet dapur tu. Dan bantuan rawatan sedut lemak. Mana aci! 

"Kan best kalau dapat jalan-jalan kat luar malam-malam macam ni? Pergi tempat yang lapang… tempat yang tak ada orang… tempat yang cuma ada aku dan alam semula jadi…" kataku pada diri sendiri.

Aku mula tenggelam dalam imaginasiku sendiri. Membayangkan aku berada di kawasan lapang seperti padang. Bebas berkejaran ke sana ke mari dengan bertemankan sang bulan dan bintang. Berbaring melihat ke langit malam selama mana yang aku inginkan.

"Oit! Dah sampai mana? Zuhal?"

Kepalaku terasa ditonyoh. Farriel yang entah bila bangun dari meja kerjanya, dah duduk di depanku. Sibuk!

"Sibuk la! Orang tengah berangan ni!"

"Peduli apa aku ‘orang’ tu berangan ke tidak!"

Aku buat muka bengang. Mamat ni memang android tak berperasaan. Rupa aje elok. Tapi tak ada feeling. Lupa nak install agaknya!

"Jom!"

Tanganku ditarik, memaksa aku berdiri. Dahi kukerutkan. "Ke mana?"

"Jalan-jalan," jawabnya selamba.

"Ha? Tebiat apa nak keluar jalan pukul sebelas malam ni?"

"Jangan banyak bunyi la! Pergi pakai tudung. Baju tu pakai yang sopan sikit! Tapi tak payah la formal sangat."

Badanku dah didorongkannya ke depan hingga ke muka pintu.

"Aaa… kau ni mamai ke apa?"

"Tiga puluh saat, Ad! Lambat… aku denda! Aku tunggu kat bawah."

"Hana?" soalku dengan muka bingung.

"Biar aku beritahu dia!"

Nak tak nak aku menyusup masuk ke dalam bilikku. Almari baju kubuka. Jari-jemari aku larikan pada baju-baju yang kemas tergantung. Baju sopan… tapi tak formal. Sopan tapi tak formal. Track satu suit yang orang selalu bawa pergi joging tu boleh? Ah… kira jadi aje la! 

Farriel ketuk pintu.

Terdengar suara Hana mengarahkan dia masuk. 

Page 75: Cerpen AD +IZ

Pintu dibuka, kepala Farriel menjengah masuk. 

Hana yang tadinya terlentang menghadap majalah atas katil, duduk bersila.

"Hana, abang dengan Kak Ad nak keluar kejap. Hana dok rumah, kunci pintu okey! Don’t worry, abang bawa kunci."

"Orait!"

Simbol ‘okey’ ditunjuknya dengan jari tangan.

HANA pulas tombol pintu bilik. Kepala dijengah keluar. Senyap sunyi. Dia menapak ke bawah. Tak ada jugak. Aik… kejap aje dah hilang? Butang handphone ditekan.

"Helo."

Suara di hujung talian menyapa. Lemah bunyinya.

"Helo! Nenda, Hana ni…."

Suara teruja Hana membuatkan Nenda Nerrisa di hujung talian cepat-cepat bangkit dari pembaringan.

"Macam mana? Ada dapat apa-apa bukti?" soal Nenda Nerrisa.

"Tak ada pun. Everything is fine la, nenda. Rumah kemas. Baju kotor tak bersepah. Kak Adry masak pun sedap. Lepas tu…"

"Ya Allah! Nenda bukan suruh kamu observe benda-benda gitu!" pintas Nenda Nerrisa.

"Habis tu?" Muncung Hana maju ke depan.

"Nenda nak tau, Rianna dengan abang kamu tu okey ke tidak. Hubungan diorang macam mana? Bergaduh ke? Suam-suam kuku ke? Dingin ke? Diorang tidur sebilik tak?"

"Ooo… diorang tidur sebilik la nenda. Tapi macam ada something fishy jugak la kat rumah ni. Hana tak tau apa dia. Abang baru aje balik dari JB petang tadi. Nenda lupa ke dia dengan papa outstation empat hari?"

"Allah! Nenda lupa la…."

Nenda Nerrisa menepuk dahi.

"Tapi kan nenda, masa abang balik petang tadi, dia siap peluk dan kiss Kak Adry depan Hana lagi. Ui… romantik gila! Masyuk sangat… Hana rasa macam nak kahwin juga la! Dapat suami romantik macam tu mesti best!"

"Budak gatal! SPM baru habis, ada hati nak menikah!" marah Nenda Nerrisa.

Muncung Hana ke depan lagi. Tak boleh dibawa bergurau betul la nenda ni!

"Habis tu, mana diorang ni? Tidur?"

"Tidur apa… diorang keluar! Tinggal Hana sorang-sorang aje ni!"

Page 76: Cerpen AD +IZ

"Malam-malam buta keluar? Ke mana?"

"Tak tau! Dekat-dekat sini aje kut. Abang tak bawa kereta pun. Pakai pun sempoi aje tadi."

"Ei, hari siang ada, tengah malam macam ni juga dia nak keluar…."

"Biar la, nenda… diorang tengah lovey-dovey tu. Nak night strolling agaknya. Tak payah risau la!"

"Hmmm… yelah! Agak-agaknya, boleh tak nenda dapat cicit dalam tahun ni?"

"Nenda! Muda lagi diorang tu!"

"Hmmm… yelah! Kamu tu bila nak balik rumah? Tak payah merajuk lama-lama la dengan papa kamu tu. Nanti nenda cuba bincang dengan dia. Kena gayanya, dapat la apa yang kamu hajatkan tu, okey?"

"Knowing him… makes me thinks it’s imposibble, nenda!"

"WOI, Iz! Kau cakap tak jauh… dah dekat dua marhalah kita jalan dah ni! Kau ni nak ajak aku merentas desa ni ke apa sebenarnya?"

Farriel tetap diam.

Kalau dia jawab pun, dia akan bagi jawapan yang sama macam dua puluh soalan aku tanya tadi.

"Rahsia. Just wait and see!"

Itu aje la jawabnya.

Akhirnya ‘pengembaraan malam’ kami berakhir di tengah padang permainan yang terletak bersebelahan taman rekreasi. Patut la jauh. Rupa-rupanya kami berpusing satu taman perumahan untuk sampai ke sini.

Farriel memandang sekeliling sambil tersenyum. "Cantik, kan?"

Aku pandang sekeliling. Keadaan di padang permainan agak gelap. Cuma meminjam cahaya lampu yang ada di taman rekreasi serta bulan dan bintang yang berjuta bergantungan di langit. "Cantik…."

"Ada macam tempat yang kau bayangkan tadi? Tempat yang lapang dan berangin… tempat yang sesuai untuk lepas tension belajar kau. Okey tak?"Aku tersenyum. Angguk kepala. For ‘this’ you got ten marks, Izumi!

"Jom, tolong aku!"

Farriel bentangkan tikar yang dikepit di ketiak tadi. Kemudian barang-barang dalam bakul yang dipaksanya aku jinjing tadi, dikeluarkannya. Disusun atas tikar yang tak seberapa besarnya itu. Jus oren, air mineral, blueberry cheese cake, beberapa stok makan dari peti sejuk, cawan dan sedikit jajan.

Aku pandang Farriel dengan rasa tak percaya. "Iz, kita nak piknik kat sini ke apa?"

"Why not? Tak ada orang nak saman pun. Even tok kadi!"

Hai la, Farriel Izumi… romantik tahap dewa cinta juga rupanya. Baru aku tau tahap romantik orang berDNA Jepun+Melayu macam Si Farriel ni.

Page 77: Cerpen AD +IZ

"Come, sit here!"

"AD… kau malu tak nak jalan dengan aku?" tanya Farriel masa kami elok duduk bersila atas tikar.

"Tak! Okey aje… kenapa?"

Kek di tangan aku sumbat ke mulut. 

"Aku rasa Marina macam malu aje nak jalan dengan aku. Kalau pergi mana-mana, dia mesti jalan depan aku. Lepas tu nak pergi tempat-tempat yang tak ramai orang aje pulak tu!"

"Maybe dia rimas jalan tengah orang ramai kut. Dan dia jalan laju. Sebab tu kau tinggal kat belakang."

"Ye ke? Aku tak rasa macam tu pun." 

"Terpulang pada penilaian kau. Kau lebih kenal siapa Marina tu dari aku. Kalau aku, aku terima orang yang aku cintai seadanya. Cakap orang lain, buat apa nak kira!"

"Eleh… bercakap macam ada pengalaman. Kau pernah bercinta ke?"

"Ingat orang bercinta aje tau pasal cintan-cintun ni ke?"

Krim blueberry yang berbaki di jari, aku calit ke pipinya. 

"Weih! Apa ni?"

Farriel meraba pipi yang melekit. Krim blueberry dalam bekas dicoleknya. Nak balas dendam la tu!

Tanpa berlengah, aku bangun.

Dan kami berkejaran di tengah padang.

"WEIH… aku surrender la! Pancit (letih) dah ni…" ujar Ad dalam mengah. Terbongkok-bongkok Ad menahan lelah dikejar.

Farriel angkat kedua-dua belah tangan ke udara. Mengisytiharkan diri sebagai pemenang dalam acara sebentar tadi. Krim blueberry di jari telunjuk, dicalit juga ke dahi dan pipi Ad.

Muncung AD automatik panjang sedepa. Terkial-kial Ad menyapu pipi dengan belakang tapak tangan.

"Meh… aku tolong."

Farriel berdiri menghadap Ad. Wajah Ad didongakkan sedikit dengan jarinya yang runcing. Ditiliknya wajah Ad seketika sebelum menyapu krim blueberry di wajahnya dengan tisu.

"Thanks," kata Ad.

Farriel pantas menahan bahu Ad sebelum dia berpaling. Muka Ad yang penuh tanda tanya ditatapnya lama. Wajah Ad tampak berseri dan bercahaya di bawah sinaran bulan. Mata bundar Ad seolah-olah malu-malu membalas pandangan matanya. Pipinya kemerah-merahan menahan malu apabila direnung. Dua ulas bibirnya yang merah bersinar bak mutiara. Farriel benar-benar teruja dengan apa yang dilihatnya. 

Page 78: Cerpen AD +IZ

"Ad, tolong jangan buat muka macam tu," bisik Farriel tanpa sedar.

"Buat muka macam mana?"

Ah… kenapa Ad nampak lain malam ni? "Jangan buat muka macam tu lagi nanti aku…"

"Kau nak buat apa?"

"Nanti aku cium, baru kau tau," ujar Farriel. Seakan-akan memberi amaran.

"Ci… um?" soal Ad antara panik dan keliru.

Farriel terpaku lagi melihat riak wajah Ad. Kenapa Ad nampak berlainan malam ni? Nampak cantik dan… ah! Akal yang waras menegah Farriel dari berbuat sesuatu di luar jangkaan. Namun gelora di hati mendesaknya menzahirkan apa yang dirasakan. Perasaan halus dan hangat setiap kali berduaan dengan insan bergelar Adrianna Mayesa. Dalam peperangan antara akal dan hati, hati menjadi sang pemenang.

Untuk sekali ini. Untuk sekali ini sahaja. Aku ingin mengikut gerak rasa hati. Mengabaikan logik akal fikiran. Hanya kali ini.

"Hmmm… cium! Macam ni." 

Farriel maju setapak ke depan. Memegang kejap bahu Ad, sebelum kedua-dua tangannya melurut jatuh dan mencapai jari-jemari Ad yang sedingin ais. Jari-jemari mereka bertaut kemas. Dan perlahan-lahan Farriel mengucup dahi Ad. Lama bibirnya di situ sebelum dileretkan ke hidung Ad yang mancung dan kemudiannya mendarat kemas pada bibir mungil Ad.

Dan tatkala bibir mereka bersatu buat pertama kalinya, ada satu keyakinan menjelma di dalam diri Ad. Keyakinan yang melenyapkan segala keraguan, yang meleraikan segala kekusutan yang membelenggu dirinya.

"Kau penah bercinta?" 

Soalan Farriel sebentar tadi kembali bergema dalam minda Ad. Tidak seperti tadi, kali ini Ad yakin dan sudah punya jawapannya.

Pernah! Dengan kau. Hanya dengan kau, Farriel… kerana hanya kau yang mampu menjadikan perasaanku seindah ini!Dan mereka terus berkucupan di bawah langit malam itu.

BAB 10

"NANTI aku cium, baru kau tau…."

"Hmmm… cium! Macam ni…." 

"Psttt! Adry!"

Lengan terasa disiku. Hilang dah muka Farriel dari anganku. Sibuk betul la minah sorang ni! Aku baru nak ulang tayang peristiwa Hari Ini Dalam Sejarah kelmarin.Aku toleh kiri. Kepala aku gerakkan. Kedua-dua belah kening kuangkat. Mengisyaratkan pertanyaan. Apehal?

"Kau dah start study untuk final exam? Paper Encik Azfar ni kau dah study?"

Page 79: Cerpen AD +IZ

Final exam? Dengar aje dah nak tercirit-birit rasanya. Erin, kau memang perosak day dreaming aku! 

"Kau ingat aku ni ‘hadap’ sangat ke dengan Encik Azfar tu sampai nak study paper dia cepat-cepat? Final lagi sebulan la," perliku. 

Erin mencemik. Buat la muka cipan tu selalu-selalu, nanti naik kedut kat muka mula la gaduh cari kedai facial, krim anti penuaan la…. 

Erin, Erin… minah ni muda tiga tahun dari aku. Tapi dia langsung tak nak panggil aku ‘kakak’, ‘sis’ atau panggilan yang sewaktu dengannya. Aku pun tak harap sangat dia hormat aku sampai tahap macam tu. Rasa macam aku baya-baya dia aje. Rasa muda, jadi muda, memang muda. Eh, lain macam aje tagline tu. Katanya muka aku nampak macam budak-budak. Bila aku tunjuk IC, dikatakan pejabat pendaftaran salah cetak. Isk isk isk…. 

Tu belum lagi aku declare yang aku dah kahwin dengan Farriel. Masa aku cakap aku dah kahwin, dia kata dia tak percaya. Dia cakap mati hidup semula pun dia tak percaya sebab aku tak ada gaya macam orang dah kahwin. Agak-agaknya, gaya orang dah kahwin tu macam mana, ek? Malas nak panjangkan cerita, aku sua aje sijil nikah aku. Sepuluh minit mulut dia ternganga. Nganga kecik takpe la jugak, ni nganga besar! Aku agak muat kut kalau tikus mondok masuk dalam mulut dia.

"Eh, Encik Azfar tu tak la teruk sangat tau! Penerima anugerah lecturer paling hensem dan berkaliber tiga semester berturut-turut! Kau aje yang buta pancaindera. Mana nak dapat laki yang ada pakej macam tu sekarang ni?"

Aku mencemik. Kalau dah suka tu, aku cakap apa pun akan di‘tongsampah’kan. Baik aku diam. Jimat air liur, kurang dosa. Nota kat layar putih aku salin. Eh, dah berapa slide aku tertinggal ni? Farriel punya pasal la ni!

"Dah la hensem, baik, jujur…"

"Amanah, cekap, bersih," sampukku.

"Ha! Betul la tu! Lepas tu dia ada kerja tetap, kereta pun besar, rumah besar…"

"Dia dah kahwin, Erin!"

"Pembetulan! Dia duda. Isteri dia dah meninggal dua tahun lepas."

"Tapi dia ada anak. Anak dia pun dah besar." 

"Ha! Itu bonusnya. Anak ready made! Kalau kau kahwin dengan dia, cuci kaki aje kau masuk rumah…."

Kahwin? Berapa banyak kali pulak aku nak kahwin?

"Banyak kau punya cuci kaki. Silap-silap, kau yang kena ‘cuci’ dengan anak dia."

Erin ‘panjang’kan muka.

"Ala… budak baru masuk tadika. Bukan susah mana pun nak handle. Aku pernah jaga lima anak buah sekali gus. Senang aje!"

Kelas yang tadinya hingar dengan soal jawab antara classmates aku dan Encik Azfar tiba-tiba jadi senyap sunyi.

"Adrianna! Erin! Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan saya atau classmates kamu?" soal Encik

Page 80: Cerpen AD +IZ

Azfar dengan lantang.

Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu ke arah kami. Aku siku Erin. Erin siku aku balik. Alamak… kena gulai la aku!

"Atau mungkin awak nak ulas apa kaitan teori kapitalisme oleh Karl Marx dan kaitannya dengan ekonomi dunia?"

Aku menggeleng beberapa kali. Berdoa bukan nama aku yang dipanggil.

"Adrianna! Try your luck."

Dush!

Macam tengah jalan atas red carpet kat Grammy Award aje bila semua orang menoleh ke arahku. Aku sengih, tunjuk gigi putih yang tersusun berbaris.

Aku? Humargh ai…! Tak khatam lagi baca teori mamat berjambang berdahi luas tu. Asal buka buku aje, mengantuk. Asal mengantuk aje, aku tengah buka buku. He he he! Isk… takkan nak goreng (tipu)! Fakta tu! "Aaa… Karl Marx tu…"

"Encik Azfar, time’s up! Budak untuk next class dah tak sabar nak masuk tu," tegur Mifzal dengan nada rendah. Cara berhemah menegur. 

Mifzal kenyit mata ke arah kami. Mamat ni memang mesra alam dengan semua orang.

Asalnya dia nak mengayat aku. Bila aku jual mahal, dia tukar arah pada Erin pulak. Nampak macam playboy, tapi dia okey gila.

Encik Azfar menoleh ke arah sekumpulan pelajar yang dari tadi kelihatan dah over excited nak masuk ke dalam dewan kuliah.Yes! Selamat aku…!

"Okey, kelas tamat! Adrianna dan Erin, kamu ikut saya ke pejabat!"

Ala… kena jugak ke? Sah la kena bebel ni! Nasib cuping telinga aku tebal.

"AKAK dengan abang ni kenapa? Pandang-pandang. Jeling-jeling. Senyum-senyum. Lepas tu pipi masing-masing blushing aje! Kena sampuk dengan hantu mana masa keluar malam hari tu?" 

Tret tet tet tet! Macam peluru machine gun Hana menyoal.

"Mana ada!" jawab aku dan Farriel serentak.

Mata kami bertentangan lagi. Segera kularikan mata ke bawah.

Mushroom soup yang berbaki, aku hirup perlahan. Sesekali bila mata aku dan Farriel bertembung, ada rasa hangat singgah di hati. Kami tak pernah sebut apa-apa pasal malam tu. Malam tu habis macam tu aje. Lepas berkejar satu padang, strolling pulak kat taman, main kat taman permainan kejap, kami balik. Tidur. Dan masih jadi anjing dan kucing bila bangun keesokan harinya. Cuma kami masing-masing dah semakin hilang taring dan kuku. That kiss, no one ever mention it. Not even once. Anggap macam tak pernah jadi aje. Walaupun aku ada banyak benda nak tanya kat dia, tapi kadang-kadang lebih baik diamkan diri dari bercakap.

Page 81: Cerpen AD +IZ

"Kak, Abang Aril… makan la piza ni! Asyik Hana aje makan. Gemuk la Hana macam ni!"

Aku menggeleng. Sepotong dah lepas masuk dalam perut tadi. Cukup. Kang muntah, siapa nak jawab?

"Hana makan la. Kita keluar nikan memang semata-mata nak gembirakan hati Hana. Supaya Hana tak tarik muka empat belas sebab asyik kena tinggal sorang-sorang kat rumah aje," pujuk Farriel.

Hana sengih. Hana memang manja dengan Farriel.

Ringtone lagu Happy Happy dari OST (original soundtrack) My Girl riang melalak (berbunyi) dari dalam tas tangan. Satu-satunya lagu yang boleh mendesak jariku untuk segera menekan butang menjawab. Sebab lagu ni boleh bagi degup jantungku cepat dua kali ganda dari biasa, emosi terganggu, lamunan direntap dan menimbulkan rasa cemas kalau tak dijawab dengan cepat. Butang hijau segera aku tekan. 

Farriel dan Hana masih berbual sambil menghabiskan potongan terakhir piza.

"Helo. Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam. Adrianna?" balas si pemanggil di hujung talian.

Siapa ek? Sungguh aku tak cam suara si pemanggil. "Ya, saya. Maaf, siapa ni?"

"Mama ni."

Mama mana pulak ni? Mama mia? Mama Bosan? 

"Tengku Khalidah. Mama Aril."

Ooo… baru aku tau.

"Adry dengan Hana ke tu?"

"Haah."

"Kalau boleh, jangan sebut nama mama depan dia. Mama takut dia mengamuk pula bila tau mama call Adry pasal dia."

"Okey. Ada apa tu, Tengku?" soalku perlahan.

Farriel dan Hana langsung tak hiraukan aku. Suasana Pizza Hut yang bising seolah-olah menenggelamkan perbualan aku dan mama Farriel.

"Adry, panggil mama dengan panggilan mama. Adry kan dah jadi menantu mama."

Aku terkesima mendengar permintaannya. Rasa janggal pula dengan panggilan sebegitu, apatah lagi dengan kemesraan yang cuba diwujudkan ini. Selama ni, Tengku Khalidah bersikap dingin dengan aku. Ye la, siapa la aku ni di mata keluarga kerabat tu. Sekadar meminjam ‘latar belakang’ Marina Irriani untuk dipadankan dengan namaku yang sebaris itu.

"Ya, mama. Ada apa hal tu?" soalku perlahan.

Tiba-tiba aje call. Selalu aku balik ke banglonya, tak ada pulak dia teringin nak bercakap dengan aku.

"Mama dapat tau, Hana sekarang tinggal di rumah Aril dan Adry. Jadi mama nak minta Adry tolong pujuk

Page 82: Cerpen AD +IZ

Hana supaya balik semula ke rumah."

"Mmm… Adry akan cuba pujuk dia tapi Adry tak boleh janji la dia akan ikut cakap Adry."

"Takpe. Janji Adry cuba," pinta mama tegas.

"Baiklah," jawabku.

"Kalau macam tu, terima kasih. Mama ada kerja ni. Kita sembang lain kali aje, okey? Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam."

Butang merah aku tekan sebelum handphone kusimpan kembali di dalam tas tangan.

"Siapa, kak? Skema aje bunyi ayat."

Aku tak jawab pertanyaannya. Sebaliknya, "jom kita pergi shopping lagi!"

Hana menjerit mendengar pelawaanku.

Farriel dah garu kepala. Apa taknya, semua perbelanjaan hari ni ditaja khas oleh kad kreditnya. Mau botak kepala kalau ikutkan selera Si Hana ni bershopping.

"PERSEKITARAN luar perniagaan terdiri daripada persekitaran, persaingan, politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi, sosio budaya masyarakat setempat, institusi kewangan dan keadaan global persekitaran antarabangsa. Persaingan bermaksud bla bla bla…"

"Woi, Ad!"

Bacaanku terhenti. Wajah kuangkat dari buku. Aku toleh ke belakang. Ke arah muka bengang Farriel. Meja kerjanya yang tak sampai sedepa dari aku, bersepah dengan pelbagai jenis dokumen. Rambut lurusnya yang tadinya elok tersisir, dah serabut macam dilanda dek Taufan Katrina.

"Apa?" soalku kasar. 

"Berapa banyak kali kau nak baca benda yang sama? Masuk ke tak masuk dalam otak kau tu bila kau baca benda tu berulang-ulang? I almost dozed off bila dengar those words berulang-ulang, tau tak!"

"Habis tu… kata suruh belajar. Ni belajar la ni!" 

Belakang badan aku sandarkan ke sliding door. Kaki dah berlunjur di lantai balkoni kat master bedroom. 

Ni la aku malas nak belajar. Nak-nak lagi depan Farriel. Ada aje nak dikomen, dikompelinnya. Itu tak kena. Ini tak kena. Tension aku! Nasib Hana masih bermastautin kat rumah ni. Kalau tak, mati kena kerat dua puluh satu pun aku tak hingin masuk dan tidur dalam bilik ni; walaupun bilik ni ada balkoni yang strategik tempatnya untuk nak menebeng. Kepala kudongak ke atas. Melihat langit malam. Cerah tanpa awan mendung. Mata mula mengira bintang yang berterabur.

"Kut ye nak belajar pun, biar la betul gayanya. Ni baca macam tu, bila nak ingatnya?"

"So, apa cadangan kau?"

"Cadangan ditutup," ejeknya.

Page 83: Cerpen AD +IZ

"Bagus!"

Mata jatuh pada perenggan di buku. Membaca semula apa yang tertera di situ. 

Ktuk! Kepala terasa diketuk.

"Woit! Apa main ketuk-ketuk kepala ni? Ingat tak bayar zakat ke?"

"Kau tak pernah belajar buat nota ringkas ke? Pernah dengar pasal peta minda? Kreatif la sikit bila belajar tu, so takde la telinga aku ni sakit dengar kau ‘membaca’. Faham?"

Kepalaku diketuk lagi dengan pensel mekanikalnya. 

Kepala aku gosok perlahan. "Bak kertas!"

Tapak tangan aku tadahkan pada Farriel.

Farriel agak terkejut. "Buat apa?"

"Kata suruh buat nota ringkas." Mata kujegilkan.

"Kertas kau mana?"

"Tinggal kat bilik!"

"Ambik la!" Farriel dah buat muka bengang.

"Malas. Nanti Hana nampak, masak aku nak kelentong (tipu) dia. Bak la kertas!"

Farriel campak buku sketch betul-betul sebelah aku. Bagi baik-baik tak reti agaknya.

"Iz, ni sketch book. Bukan kertas."

"Habis tu, dalam sketch book tu tak ada kertas ke?"

"Kertas A4 biasa tak ada ke?"

"Kat almari. Ambik sendiri!" Farriel mengarah jari ke rak buku di sudut bilik. 

Alahai… malasnya! Buku sketch Farriel aku buka juga akhirnya. Isk, betul kata Hana. Mamat ni memang pandai melukis la. Muka pertama, lakaran motor berkuasa tinggi. Muka kedua, lakaran kereta Ferrari. Muka ketiga, lakaran watak komik yang aku tak pasti apa namanya. Muka keempat, lakaran lelaki dan perempuan kat tengah padang.Sketch book dirampas. Farriel bangun dari kerusi. Terus menapak ke rak buku. Menyimpan sketch booknya. Satu bundle kertas putih A4 diambil dari rak dan dihulurkan padaku. "Guna ni!"

Aku sambut pemberiannya. Angkat bahu dua tiga saat. Dan aku terus menulis di atas kertas. Dari ekor mata, aku lihat Farriel curi-curi pandang ke arahku dari meja kerjanya. Bila dilihatnya aku masih terkial-kial membuat ‘nota ringkas’, dia bangun dan duduk di lantai bilik. Buku dan kertas di tanganku dirampas.

"Ad, buat nota bukan salin semula apa yang ada dalam buku. Tapi kau ambik isi penting dan kaitan dengan apa yang kau belajar dalam bab sebelum atau seterusnya."Aku angguk kepala, tanda faham akan kata-katanya. 

Page 84: Cerpen AD +IZ

Farriel membenamkan muka ke buku rujukanku. Membaca seketika sebelum melakar sesuatu di kertas. Kemudian kertas dengan rajah di atasnya itu dihulurkan padaku.

"Macam nikan ringkas. Tapi kau kena make sure la kau tau huraian setiap elemen-elemen persekitaran luar dan dalam perniagaan tu. Nanti blank pulak menjawab soalan esei," ujarnya.

"Ooo… macam ni. Tau dah aku!"

Sehelai kertas aku ambil. Mula melakar peta minda untuk bahagian lain.

"Kalau kau nak lagi menarik, lukis gambar yang berkaitan dengan fakta kau nak tulis. So, bila kau ingat gambar aje, kau terus ingat fakta-fakta dia. Faham?"Aku gerak kepala ke kiri dan kanan. Masih belum dapat tangkap (faham) saranan Farriel sebentar tadi.

"Macam ni. Contoh, ada empat jenis sistem ekonomi dunia, kan? Kita ambik contoh sistem ekonomi terancang atau komunisme. Pengasas, Karl Marx. Kau lukis la muka dia. Kat rambut dengan jambang dia yang panjang tu, kau tulis la ciri-ciri sistem ni, pros and cons dia ke.... Bila dah macam ni, baru la kau rasa best nak belajar."

Lakaran wajah di A4 yang ada iras-iras Karl Marx sudah lengkap ditulis dengan fakta mengenai komunisme, siap dan dialih ke tepi. Farriel mula melakar imej lain pula. Aku pulak tuliskan fakta-fakta yang berkenaan, walaupun kadang-kadang rasa ‘bersalah’ sebab kena tulis atas lukisan Farriel yang superb tu. Memang seronok belajar dengan cara macam ni. Yelah… orang kata two heads are better than one.

"Okay, I’m off!" ujar Farriel. Pensel di tangan diletakkan ke lantai. Dia menggeliat. Membetulkan urat sendi yang berselirat.

Hah? Dah nak tidur ke? Muka jam dinding yang bulat, aku pandang. Tiga pagi dah? Seperti malam-malam sebelumnya, acara tidur ni memang bukan acara kegemaran aku. 

"Kau tidur kat sofa, aku kat katil," perintah Farriel.

"Ei, tak gentleman langsung la kau ni, Iz!"

"Gentleman tak gentleman. Aku gentleman dengan pompuan yang aku sayang aje."

"Ah! Takde, takde. Tak aci la guna kuasa veto macam tu! Kita ‘osom’ dulu. Siapa menang dapat katil. Kalah tidur kat sofa."Farriel depa tangan. "Terserah…."

Aku gosok kedua-dua belah tapak tangan. Berharap nasib menyebelahiku malam ni. Dua malam berturut-turut aku dah tidur kat sofa. Dua malam sebelumnya, aku cup cepat-cepat katil. Tengok aku dah melingkar macam ular sawa batik atas katil, Farriel nak tak nak terpaksa bawa bantal dan badan yang hangin satu macam ke sofa. Aku sengih dan berguling-guling atas katil, meraikan kemenangan merebut katil king size.

"Ooo… som!"

Batu. Batu. Seri.

"Ooo… som!"

Air. Air. Seri lagi.

"Ooo… som!"

Page 85: Cerpen AD +IZ

Matahari.

"Oit, Iz… mana boleh guna simbol matahari!"

"Aik, tu… kau pun guna matahari. Apa kes?" 

Tangan kanan aku tarik ke belakang badan semula. 

Begitu juga Farriel.

"Ooo… som!"

Batu. Batu. Seri lagi?

"Ala… apa asyik sama aje ni?" gerutuku.

Farriel angkat bahu.

"Ala… dah la! Malas nak layan kau. Aku nak tidur!" kata Farriel. Cepat aje kakinya melangkah ke katil. 

"Ei, tak adil la macam ni! Selagi tak ada ‘keadilan’, kau tak boleh tidur."

"Lantak la dengan keadilan kau tu. Aku nak tidur. Good nite!" 

Farriel tarik selimut dan pejam mata.

Aku geleng kepala. Malam ni aku tak nak tidur atas sofa. Apa nak jadi, jadi la! Dia sedap-sedap melingkar atas katil, aku mengerekot atas sofa. Tak adil! Aku panjat katil."Bangun!" jeritku sambil melompat-lompat atas katil.

Farriel yang elok-elok baring, tercampak ke bawah gara-gara keanjalan spring katil. "Woi! Gila apa?" 

Aku jelir lidah dan tunjuk ‘peace’.

Terbelalak mata Farriel tengok perangai Ad yang dah macam spesies ungka mengamuk jam tiga pagi ni.

Lepas bertekak dalam setengah jam, last-last kami capai kata sepakat. Tak sorang pun boleh tidur atas katil, mahupun sofa. Dua-dua tidur atas lantai. Senang cerita.

"Iz…" panggilku. Mata masih terkebil-kebil melihat siling bilik.

"Hmmm…" jawabnya yang berbaring di sebelah kiri kaki katil.

"Sampai bila Hana nak duduk sini? Aku bukan tak suka dia. Tapi, hari-hari macam ni, masak la aku!" keluhku. Hari-hari kena berebut katil, berebut bilik air, berebut cermin. Nak pakai baju pun dalam bilik air. Tak best la….

"Entah. Kau pujuk la dia. Biar dia balik rumah papa cepat."

"Bukan aku tak pujuk. Masalahnya adik kau tu punya hati, limpa, jantung, paru-paru diperbuat daripada batu."

"Relaks la. Tak lama lagi balik la dia tu! Hana mana boleh berpisah dengan mama lama-lama."

Page 86: Cerpen AD +IZ

Ye la…. Moga-moga betul la telahan Si Farriel tu.

Diam. Selimut aku tarik paras dada. "Good nite!"

"Nite!"

MATA Farriel dan aku melekat pada skrin TV LCD 42 inci, tengok filem I’m Not Single. Ada hikmah juga Hana datang rumah ni. Dapat juga aku merasa tengok TV skrin rata ni. 

Dalam diam-diam, aku tergelak sendirian. Tak tengok cerita Melayu konon. Sekali hari tu, aku bukak VCD cerita Puteri Gunung Ledang. Dari mula cerita sampai nak habis, tak bergerak-gerak dari tempat duduk. Lepas tu, terus kemaruk nak tengok cerita Melayu. Kirim salam aje la kat Channel HBO Astro dengan VCD dengan DVD berlambak kat rak tu.

Bila tengok cerita I’m Not Single ni, aku teringat pulak kisah aku dengan Farriel; kami kahwin pun atas sebab keluarga. Tapi ending filem ni, aku dah boleh agak; mesti happy ever after. Kalau tak, orang mengamuk, bakar panggung. Tapi ending cerita aku, aku masih tak tau lagi. Tak berani nak pasang angan-angan setinggi langit. Tak berapa berani juga nak hadapi kenyataan yang payau.

Bunyi kunyahan popcorn dari mulut Farriel membuatkan tumpuanku pada skrin terganggu. Bekas popcorn aku ambil darinya.

"You’re on diet!" marahku. Baru aku nak seluk bekas popcorn tu, sepantas kilat Farriel merampas kembali ‘popcorn’nya itu.

"Hari ni hari Ahad. Orang bekerja pun cuti. So, diet off!" selarnya seraya menjelir lidah.

Ei, aku potong lidah tu karang, padan muka! Diet off? "Woi! Diet mana ada on off? Kalau macam ni, bilanya kau nak kurus, ha hyppo?"

Isnin sampai Sabtu dia berdiet. Tiba hari Ahad, dibantainya melantak segala macam benda yang ada dalam peti ais. Kalau peti ais tu boleh dimakan, dengan peti-peti ais tu sekali dibahamnya agaknya! Say bye-bye pada target nak kurus dalam masa enam bulan tu. 

"Ala, Ad… relaks la! Aku bukannya gemuk lagi pun. Kan dah banyak kilo turun dah ni. Kasi la aku can nak enjoy sikit!" Farriel masih menyumbat popcorn ke dalam mulut."Memang la. Tapi kalau kau buang tebiat macam ni setiap hari Ahad, alamatnya naik balik la berat badan kau tu!"

Dah sepuluh kilo turun bulan lepas. Tinggal lima belas kilo lagi nak capai berat ideal, sekali malaun ni buat perangai pulak.

"Syyy… orang tengah concentrate ni."

Farriel mengarah aku diam. Yelah, ikut aje la. Esok lusa, berat naik, target tak sampai, jangan memekak dekat telinga aku. Aku bagi backhand nanti! Jari-jemariku kembali berada di atas kepala. 

"Atas kepala kau ada apa?" soalnya dengan mulut penuh.

"Hah?"

"Atas kepala kau ada apa? Bapak kutu? Ke emas? Dari tadi busy aje tangan kau tu!"

Page 87: Cerpen AD +IZ

"Ntah. Tapi gatal. Kelemumur kut," telahku. Mata masih pada muka Farid Kamil. Hensemnya mamat ni!

Farriel letak popcorn atas meja. Jari-jemari disapukan ke t-shirt. "Meh aku tengok!"

Aku berpaling memandangnya. Muka Farriel serius. Meroyan ke apa mamat ni?

"Meh aku tengokkan. Duduk depan ni."

Jari telunjuknya lurus ke depan. Mengarahkan aku duduk di hadapannya; di atas karpet.

"Buat apa?"

"Cepat la. Arahan veto suami ni!" 

Aku diam.

"Ad, dalam kiraan tiga puluh saat…" katanya lagi.

Aku masih berkira-kira kewajaran arahannya itu. Ikut, tak ikut, ikut, tak ikut, ikut… alamak, tak cukup jari nak kira. Isk, kena jugak ke patuh?

"Ad…" panggilnya lagi.

Tapi kali ni aku cepat-cepat bangkit dan duduk di hadapannya. Dah semacam aje bunyi suara dia tu.

"Kau ni kalau aku suruh buat apa-apa mesti lambat sembilan saat. Macam nine seconds delay machine. He he he."

"I’m no machine or robot, okay!"

Duduk aku perbetulkan. Jari-jemari Farriel mula ‘berjalan’ di segenap kepala. Mencari sang kelemumur, punca kegatalan.

"Oui! Besarnya!" jeritnya beberapa minit kemudian.

"Apa yang besar?" soalku cemas.

"Moyang kutu."

"Biar betul!"

"Dummy aje la."

"Ooo…."

Aku kembali menghayati cerita di TV. Popcorn aku capai. Satu-satu aku sumbat ke dalam mulut.

"Kau tau…." Aku mula buka cerita.

"Hmmm?"

"Dulu, aku dengan Siti selalu buat pertandingan siapa punya rambut yang paling banyak kutu."

"Siti tu siapa?" soal Farriel dalam khusyuk menjelajah kepalaku.

Page 88: Cerpen AD +IZ

"Jiran aku. Yang aku cerita ada ayah penyayang tu…."

"Ooo… then, siapa menang?"

"Ojai!"

"La… Ojai tu datang dari mana pulak?"

"Ojai tu anak tokey kedai makan, tempat aku kerja dulu."

"I see… kau kerja start umur berapa?"

"Sepuluh tahun."

"Tak sekolah?"

"Balik sekolah aku kerja la. Sampai malam. Sebab tu aku pandai masak."

"Ye la tu..." sahut Farriel, menyindir.

"Kalau tak, takkan kau selera aje nak makan!"

"Okey, okey... kau masak memang sedap! Mak ayah tiri kau tak ambik kisah pada kau ke?"

"Tak! Aku bukan darah daging diorang pun. Peduli apa diorang dengan aku."

"Diorang layan kau teruk. Tapi kenapa kau still nak duduk dengan diorang? Tolong sara hidup diorang semua?"

"Diorang aje la satu-satunya famili yang aku kenal. Walaupun diorang boleh masuk kategori kejam, tapi aku sayang diorang."

"Ooo…." 

Diam. Hanya Intan Ladyana dan Awal yang berbicara di TV. Scene berganti scene. Masa aku tengok Farid Kamil tengah lapkan rambut Lisa Surihani, aku baru perasan yang tangan Farriel masih berada di atas kepala, dan sudah bertukar rentaknya. Kalau tadi tango, sekarang dah jadi slow dance. Leka dia mengulit dan membelai-belai rambutku. Sehelai demi sehelai rambutku dilurutkannya. Memang mengasyikkan. Sampai aku rasa nak terlena.

"Ada ke kelemumurnya?" soalku teragak-agak.

"Aaa… takde!"

Farriel bagaikan tersentap. Tangannya beralih dari kepalaku.

Aku bangun. Duduk semula ke tempat asalku tadi; di hujung sebelah kanan sofa. Tapi bila tengok Farriel pandang aku lain macam aje, aku terus bangun. "Aaa… nak tengok Hana kejap!"

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik. Lain kali aje la tengok cerita tu. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak. Burrr…! Minta-minta Hana bagi aku tidur bilik dia malam ni.

Page 89: Cerpen AD +IZ

BAB 11

HANA balik jugak ke rumah mama dan papanya selepas seminggu di rumah kami. Tu pun lepas aku dan Farriel ‘clorox’ kepala dia. He he he… tak la, pujuk aje! Papa Farriel akhirnya setuju Hana ambik course berkaitan dengan fashion and make-up. Tapi, Hana kena juga ambik course architecture. Aku tak tau la apa akan jadi dengan rekaan bangunan yang bakal dihasilkannya kelak. Mungkin lebih colourful dan artistik?

Tengku Ihsan Nur Qayyum a.k.a Mr. Charity yang memang banyak buat kerja amal (yang peliknya pada aku aje!) dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Izumi Corporations. Aku tak pasti apa jawatan yang diberikan padanya. Tapi yang pastinya bukan jadi kuli la. Dan satu lagi yang pasti, dia akan selalu datang ‘melawat’ aku di kampus bila ada kelapangan. Dibuatnya kampus aku tu macam toilet. Hari-hari mesti nak kena ‘lawat’, walaupun sekali. 

Aku dah pun dapat cope life sebagai student kolej yang terkejar ke sana-sini dengan kuliah, tutorial, test, assignment. Dengan result semester satu yang cukup-cukup makan, dapat juga aku meneruskan pengajian. Sekarang dah masuk second semester pun. 

Aku dan Tengku Farriel Izumi… hmmm… sedar tak sedar, dah enam bulan usia perkahwinan kami. Masih macam dulu tapi much better than zaman sekolah dan masa mula-mula kahwin dulu la.

Semenjak dua menjak ni, hubungan kami dah bertambah baik. Walaupun tak boleh dikatakan berfungsi 100% sebagai suami isteri dari segi peranannya, at least kami dah jadi kawan baik. Even dah boleh duduk rapat dan ketawa sama-sama.

Sebenarnya, Farriel tu tak la teruk sangat macam yang aku sangkakan selama ni. Yang aku paling tak sangka tu, dia sanggup ajar aku memandu setiap hujung minggu. Berkat tunjuk ajar Farriel, sekarang aku dah dapat lesen. Caya la, Iz… ni yang buat aku bertambah sayang ni! Tapi lesen aku masih ‘digantung’ oleh Farriel sebab dia takut aku jahanamkan Honda City dia yang cantik tu. Lagipun aku tak berapa hafal jalan lagi. Kalau setakat area rumah, okey la.

"Kuliah start pukul berapa?" soal Farriel sambil memandu Honda City biru metaliknya. 

Aku kerling Farriel yang lengkap berkemeja biru air, necktie biru tua dan berkot. Aku geleng kepala. Farriel ni kalau tak 80km/j ke atas, memang tak sah. Mesti banyak saman speed trap dia ni!

"Kau tak payah la bawa laju-laju. Kuliah aku pukul sembilan la."

Tubuhku terhenyak sedikit ke kanan bila Farriel memotong sebuah treler. Sekarang aku pergi kuliah dah tak naik teksi lagi dah. Semua ni gara-gara aku nyaris nak kena rompak dan cabul dek pemandu teksi dua minggu lepas. Nasib baik aku pernah belajar tae kwan do. Aku praktikkan kat orang tua tak sedar diri tu. Insya-Allah la, lepas ni pak cik tu akan mandul sampai bila-bila.

"Habis tu, aku tak payah masuk pejabat?" selar Farriel.

Aku tersengih. Lupa pulak!

Mula-mula naik kereta yang Farriel pandu ni memang menakutkan. Tangan aku asyik duduk kat pintu aje. Senang, kalau emergency aku terus terjun keluar aje. Kaki pulak asyik buat gaya nak tekan brek. Apa taknya, peraturan had laju tu dia buat derk aje. Membrek ikut suka. Nak membelok, nak tukar lane kiri kanan pun ikut teragak hati aje. Signal kat kereta dia buat jadi perhiasan aje. Mesti lampu signal dia lambat terbakar, kan?

Dari tadi aku melihat bangunan-bangunan di pinggir jalan, pokok-pokok atau apa sahaja yang berada di bahu jalan. Aku mula bosan. Tiap-tiap hari dihidangkan dengan benda yang sama. Naik hafal apa yang

Page 90: Cerpen AD +IZ

akan kutemui. Dan pagi tu, aku buat sesuatu yang tak pernah aku buat sepanjang enam bulan berkahwin dengan Farriel Izumi; menatap wajahnya dalam keadaan dia sedar. Rambutnya yang lurus, matanya yang agak sepet, hidung yang mancung, bibirnya yang nipis, kulitnya yang cerah."Hensem sangat ke aku ni sampai menganga mulut kau tu?" soal Farriel sinis. 

Kantoi! Ish! Macam mana dia tau aku pandang dia? Padahal dari tadi dia pandang ke depan aje. Ada psikik ke apa? Aku buat muka cemberut. Apa nak cover ni?

"Nampak ke?" soalku.

"Nampak apa?" soal Farriel kembali.

"Yelah, kau kan rabun? Dah tu bawa kereta tak pakai spek. So, aku tanya. Nampak ke?"

"Nampak aje. Bukan kena tengok spesimen atau amoeba." 

Eleh… ni mesti kes tak nak pakai spek sebab takut hilang aura kehenseman ni!

"Tak takut accident?"

"Oi… mulut tu jangan la celopar sangat!"

Ops! Aku tutup mulut dengan tapak tangan. Menyesal dengan kata-kataku tadi.

Kereta diberhentikan.

"Okey, dah sampai," kata Farriel seraya senyum ke arahku. So sweet!

"Thanks."

Pintu kereta kubuka dan kututup semula.

"No sweat! Nanti petang aku jemput kau dalam pukul lima setengah petang, okey? Ke lambat sangat?"

"Takpe. Aku pun ada discussion lepas kelas. So, jumpa petang nanti!"

"Okey!"

Farriel angkat tangan sebelum berlalu pergi.

Aku pun angkat tangan, melambai ke arahnya. Entah dia perasan entahkan tidak. Bawak kereta macam bawa kereta F1. Confuse aku….

PORCH rumah kosong. Kereta Farriel tiada di situ. 

Ke mana dia ni? Tadi beria-ria sangat nak jemput.

Dalam pada membebel dalam hati, pintu rumah kubuka jua dengan kunci pendua. Masuk aje rumah, aku terus hempas beg dan buku yang hampir ‘melumpuhkan’ lengan ke atas meja, sebelum menghenyak punggung di sofa. Selendang yang melingkari kepala dan leher turut kubuka. Panas! Mataku jatuh pada handphone yang elok terletak di atas meja. Handphone Farriel. Patut la tak berjawab. Rupanya dia tertinggal handphone kat rumah.

Page 91: Cerpen AD +IZ

Aku jenguk skrin handphone. 89 missed calls. Mak aih…! Rasanya tak la sebanyak tu aku missed call tadi. Dan seperti mengerti ada orang untuk menyambut panggilan, handphone Farriel berbunyi sekali lagi. Dalam berkira-kira dan meneka-neka dari mana datang panggilan tersebut, panggilan tersebut berubah status menjadi missed call. Beberapa saat kemudian, telefon rumah pula berdering minta diangkat.

"My God, Aril! Where have you been? I’ve been looking for you for the whole evening!"

Lantang kedengaran suara pompuan di hujung talian.

"Helo… assalamualaikum," sapaku teragak-agak.

"Hel… helo. Siapa ni? Orang gaji Farriel ke?" 

Cheh! Orang gaji? Amboi, sesedap rasa melabel status orang.

"Aaa…."

"Okay, whoever you are. Please tell your boss, I mean Farriel, to pick me up at the airport right now. I dah berjanggut tunggu dia kat sini."

"Yang minta dijemput ini siapa sih namanya?"

Terus aku berlakon jadi bibik Indon kejap.

"Marina Irriani binti Joseph Abdullah." 

Hampir terlepas gagang telefon dari tangan. Panggilan diputuskan. Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Nama ini tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidupku. Kerana nama ini penting dalam turning point hidupku kini. Nama yang menyatukan aku dengan Farriel. Dan nama ini juga yang akan memisahkan aku dengan Farriel.

FARRIEL tercangak-cangak di balai ketibaan. Lehernya dipanjangkan. Mencari wajah orang yang dirinduinya. Sungguh, dia terkejut membaca email yang dihantar oleh Marina tengah hari tadi. Kebetulan, dia terlupa pula membawa handphone. Tak tentu arah dia menyudahkan kerja-kerjanya sebelum bergegas ke KLIA. Dan ketika itu la dia terlihat susuk tubuh gadis yang dicintainya itu di salah satu bangku di situ. 

"Marina!" jeritnya girang.

Wajah Marina yang tadinya dilanda kebosanan, berubah menjadi riang sebaik sahaja terpandang akan Farriel. Luruh kemarahan Marina akibat kelewatan Farriel. Yang ada cuma rasa taajub melihat Farriel. Berkerut wajahnya melihat perubahan Farriel sebelum berjalan menghampirinya.

"Oh my God! Farriel… you look sooo… different! Bertambah handsome and macho!"

Mereka berdakapan. 

"I miss you so much!" luah Marina.

"Not as much as I do…." Farriel pula meluah rasa. 

Pelukan dileraikan.

"So, are you back for good?" soal Farriel.

Page 92: Cerpen AD +IZ

"Yes! And I am ready to be Tengku Farriel Izumi’s future wife!"

Farriel tersenyum senang mendengar pengakuan Marina. Bagasi Marina ditariknya. "Come! I’ll send you home." 

"Home sweet home…."

Lengan Farriel dipaut mesra oleh Marina.Mereka berjalan beriringan ke tempat parkir.

BAHU terasa digoyang. Semakin lama semakin kuat.

"Ad… bangun!"

Suara Farriel kedengaran di cuping telingaku. Mata kugosok beberapa kali sebelum kubuka. Anak mata segera kukecilkan bila cahaya terang lampu menerjah masuk. Bila anak mata sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan cahaya, barulah jelas susuk tubuh Farriel yang melutut di hadapanku. Aku bingkas bangun. Kebingungan. 

"Iz… dah pukul berapa ni?" soalku separuh sedar, sebelum menguap besar.

"Pukul dua pagi. Pergi la masuk bilik. Tidur," arahnya.

Jawapan Farriel tidak mendapat reaksi dari tubuhku. Aku masih termangu-mangu di sofa. Dan menguap lagi sambil cuba menyusun rentetan peristiwa sehingga mendorong aku tidur di sofa. Handphone Farriel… Marina Irriani… "Tadi handphone kau tertinggal."

Handphone yang tadinya elok terletak di meja, aku suakan padanya.

Farriel kelihatan teragak-agak sebelum menyambutnya. "Sorry tak dapat jemput kau kat kampus tadi." 

Jadi, dia ingat? Ingatkan aku dah dilupakan terus. Entah mengapa ucapan maafnya kedengaran dingin di telingaku. Mungkin kerana dia seperti tak bersungguh saat mengucapkannya?

"Marina dah balik. Aku jemput dia tadi."

Aku tersenyum. Entah bagaimana rupa senyumanku itu. Yang pasti, aku gagal memberikan senyuman ikhlas kepadanya. "Dia sihat?"

"Hmmm…."

"Kira korang dah berbaik semula la?"

"Hmmm...."

"Dia tau kau dah kahwin?"

Farriel terdiam. Agak terkejut mendengar soalanku, mungkin.

"Tak. Aku tak beritahu dia lagi," terang Farriel.

Aku tersenyum sinis. Berkatalah benar, walaupun kebenaran itu pahit. 

Page 93: Cerpen AD +IZ

"Lambat-laun dia akan tau juga. Lebih baik kau beritahu dia dulu sebelum dia dapat tau dari mulut orang lain," usulku.

"Aku tak sanggup nak rosakkan mood dia tadi. Dan aku tak nak dia sedih. Kau tau kan, tak ada sorang pompuan pun dalam dunia ni gembira bila tengok pakwe dia kahwin dengan orang lain." 

Dan tak ada seorang isteri pun dalam dunia ni yang sanggup tengok atau dengar suaminya ada pompuan lain di belakangnya, sambungku dalam hati. Hai la hati, tabah la. Jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas. "Ooo… kalau itu kata kau, terpulang la!" 

Aku bangun dari sofa. Sudah berkira-kira untuk masuk ke bilik.

"Sorry sebab susahkan kau selama ni. Sampai kau terpaksa kahwin dengan aku. Tapi rasanya ‘penderitaan’ kau akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina cepat-cepat. So that kau boleh bebas dengan hidup kau macam dulu."

Langkah terhenti. Automatik kepalaku berkalih ke arahnya. Sukar aku tentukan emosi dan riak wajah Farriel ketika ini. Apatah lagi dengan cahaya lampu yang samar-samar.Farriel segera melarikan wajahnya.

Kalau dulu, sebelum rasa cinta ini menyelinap masuk ke dalam hati, mungkin aku akan bersorak kegembiraan mendengar kata-kata Farriel. Namun kini, kata-kata tersebut cuma mengundang kesedihan di hatiku. Kesedihan yang menghiris hati, yang menghancur lumat sekeping hati ini.

"Cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Sebelum next year, aku akan pastikan hal kita selesai."

Farriel berlalu ke biliknya.

Setitis air mataku jatuh. Dan akhirnya aku teresak-esak di situ.

Mulai hari itu dan hari-hari seterusnya, Farriel balik lewat ke rumah. Paling awal pun pukul sebelas malam. Pulang jam dua atau tiga pagi sudah menjadi kebiasaan. Seawal pukul tujuh pagi, dia akan keluar dari rumah. Mungkin keluar bersarapan dengan Marina. Aku tak bertanya ke mana dia pergi kerana aku tiada hak untuk bertanya. Dan aku tak kuasa untuk bertanya kerana jawapan yang bakal kuterima tentunya terasa seperti mencurah cuka ke hati yang luka. Pasti dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya. 

Rutinnya untuk menghantar aku ke kampus sudah ditamatkan sebaik sahaja Marina selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Aku tidak merungut kerana aku tahu siapa kedudukan aku dalam hatinya. Kalau aku rajin menopang kelopak mata, menunggu kepulangannya sehingga hampir dinihari, maka dapatlah aku menatap wajahnya buat meleraikan rasa rindu yang bermukim di hati. Walaupun sekadar melihat wajahnya sekilas pandang.

Wajah Farriel kulihat bertambah ceria dan berseri. Tidak sugul seperti ketika ditinggalkan oleh Marina dulu. Menyaksikan kegembiraannya, aku menjadi girang kerana Farriel sudah mendapat apa yang diidamkannya.

Namun, jauh di sudut hatiku, aku berasa sayu. Suka atau tidak, aku harus mengakui bahawa aku sudah jatuh cinta dengan suamiku sendiri. Walaupun aku sedaya upaya menafikan rasa hati ini.

Ya… memang itu bukan satu kesalahan. Dia suamiku. Dan aku isterinya. Apa yang menjadikannya satu kesalahan adalah perkahwinan kami adalah berdasarkan kontrak semata-mata. Dan aku tak sepatutnya menaruh apa-apa perasaan padanya memandangkan lambat-laun kami akan berpisah juga. Namun aku tetap berharap adanya keajaiban untuk kesudahan cerita hidupku ini.

Page 94: Cerpen AD +IZ

"I betul-betul terkejut tengok perubahan you, darling. Siapa sangka dalam masa enam bulan, you boleh kurus macam ni! It’s really amazing! You ingat tak dulu, I suruh you diet, pergi gim tapi tak pernah work out. But now… I am really speechless!"

Farriel tersenyum mendengar pujian Marina. All credits should be given to Ad too. Kalau tak kerana usaha, bebelan, perlian, kata-kata sinis dan semangat yang diberikan, tak mungkin dia dapat bertahan untuk kurus sampai sekarang. Ad.…

Marina masih sibuk menilik dan mencuba satu per satu pakaian yang ada di butik kegemarannya. Sesekali dia akan bertanyakan pendapat Farriel.

Farriel sekadar tersenyum untuk mengambil hati Marina. Hakikatnya, dia sudah bosan menemani Marina yang sudah hampir empat jam bershopping. Entah kenapa dia mula membanding-bandingkan antara Marina dan Ad. Ad tak suka bershopping. Dia lebih suka berjalan, melihat dan membandingkan harga barangan di setiap kedai. Ad sentiasa menawar harga barangan yang diingininya, sekalipun barangan tersebut sudah diberi potongan harga.

"Ala, tokey! You letak harga RM60.00. Sana kedai saya pergi offer banyak murah. You ambik untung banyak sangat la. Kira cincai sudah la… RM30.00, boleh?"

Tokey kedai baju tepuk dahi. "Haiya… amoi! RM30.00 ka? You mau kasi potong saya punya kepala ka? Rugi la saya ini macam.…"

"You sudah banyak untung apa? RM30.00. Kalau tak, saya pergi lain kedai!"

"RM55.00."

"RM35.00."

"RM50.00."

"Ala… RM40.00 la!"

"Okey, last offer. RM45.00."

"Saya beli!"

Farriel senyum sendirian. Kelakar betul Ad masa tu. Boleh pulak dia bertekak dengan tokey kedai baju tu. Sampai naik malu aku dibuatnya. Ada ke dia main tawar-tawar harga kat shopping complex besar tu. Dia ingat Chow Kit ke apa?

Sepasang tangan melingkar di bahunya.

"Jauh mengelamun, sayang! Teringatkan orang yang dah ada depan mata ni ke?" bisik Marina menggoda di telinga Farriel.Farriel bingkas bangun. Meleraikan pautan tangan Marina. "Dah habis shopping ke?"

Marina tunduk memandang beg-beg kertas berisi barang yang dibelinya. Dia membuat muka cute.

"Kita round tempat lain kejap, okey? I tak jumpa lagi baju untuk ke party Linda…."

"Okey," jawab Farriel malas. Beg-beg kertas dijinjingnya.

Page 95: Cerpen AD +IZ

Marina memaut mesra lengan Farriel. 

Boros betul Si Marina ni! Tak macam Ad. Ad kalau bab duit ni, berkira sikit. Ad. Balik-balik Ad yang diingatnya… Farriel tepuk dahi dengan tangannya kanannya. 

"Are you okay, dear?" soal Marina cemas.

"Yeah!" Farriel senyum ala kadar. Actually, I’m not okay!

KELIBAT sepasang kekasih yang berjalan di kaki lima jalan, menarik perhatian Tengku Faris. Cermin tingkap kereta diturunkannya. Ingin melihat dengan lebih jelas pasangan yang sedang tertawa girang itu. 

"Yusman!" panggil Tengku Faris.

Yusman yang berada di sebelah tempat pemandu, menoleh ke belakang. "Ya, Tengku."

"Saya nak kamu siasat perempuan yang jalan bersama Farriel tadi," arahnya.

Yusman memandang ke arah yang sama dengan Tengku Faris. Cuba menyimpan wajah tersebut di dalam kotak memorinya. "Baik, Tengku!"

Cermin tingkap dinaikkan sebelum menyambung arahan, "saya nak kamu siasat juga menantu saya, Adrianna Mayesa. I want to know everything about both of them."

"Baik, Tengku!"

"QHUZ, kau pernah jatuh cinta?"

Qhuz meletakkan akhbar di tangan ke atas meja. Memandang wajah Farriel dengan rasa berbaur. "Serius aje bunyinya ni...."

"Apa tanda-tanda atau sindrom bila kita cintakan seseorang tu?"

Qhuz ketawa. "Weih, Ril! Petang-petang macam ni tiba-tiba masuk romantic lane ni apehal? Makanan lunch tadi pun tak hadam lagi, kau tau tak? Jangan... nanti aku termuntah kat pejabat kau yang cantik ni karang, tak pasal aje…."

Gurau senda Qhuz dipandang sepi oleh Farriel. Hati dan fikirannya benar-benar bercelaru. Seingatnya, Marina adalah wanita yang dicintainya. Tapi mengapa Ad juga yang diingatinya bila bersama Marina? Mengapa kebosanan sentiasa bermukim di hatinya ketika dia menghabiskan masa-masanya bersama Marina? Mengapa dia tak pernah berasa bosan dengan Ad?

"Aku boleh jadi gila macam ni…" luah Farriel perlahan.

"Weih, kau ni kenapa sebenarnya? Cuba terus terang."

"Aku tak tau. Kau tau kan, aku cintakan Marina. Bila dia tinggalkan aku, memang aku frust, moody gila."

"Tapi tak sefrust dan semoody bila kau berpisah dengan Adry." Qhuz menyampuk.

Farriel pandang Qhuz. Masih tanpa perasaan untuk bertelagah dengan Qhuz. "Sekarang Marina dah balik. Dan kami cuba meluangkan sebanyak masa yang boleh. You know, to catch-up things that happen dalam

Page 96: Cerpen AD +IZ

masa enam bulan ni. Tapi yang peliknya, aku macam dah tak interested dengan dia. Aku rasa masa-masa yang aku habiskan dengan dia lama sangat. Aku pun dah mula bosan dengan perangai dan cakap-cakap dia yang selalu meninggi diri tu. Aku macam dah tak nampak apa-apa yang menarik pada Marina lagi."

Qhuz senyum. Terus sabar menanti Farriel menyudahkan ceritanya.

"And the worst thing is, I keep thinking of Ad. Mesti ada benda yang mengingatkan aku pada Ad. Aku agak otak aku ni ada masalah la. Tak pun, aku ni dah sewel!" Meja di depan, diketuknya sekali. Tanda tak puas hati. Tanda ceritanya sudah berakhir.

"Aril, aku rasa kau ni sah-sah (tentu) dah jatuh cinta dengan Ad!"

"Apa? Aku? Jatuh cinta dengan Ad? Gila!" ungkap Farriel dengan mata buntangnya mendengar pendapat Qhuz.

"Ye la. Buat apa pun, ingat kat dia. Asyik ingat, ingat, ingat kat dia aje. Apa lagi kalau bukan jatuh cinta namanya."

"Tak mungkin la!"

"Kenapa tak?"

"Kau kenal, kan Ad tu macam mana orangnya. Kasar, garang, kadang-kadang macam kartun sikit… tak pandai bergaya… tapi okey la, dia tak selekeh… pemalas tapi kalau disuruh dia boleh jadi rajin… tak cantik sangat, tapi kadang-kadang nampak comel juga… kuat melawan tapi kadang-kadang lucu dengan cara dia tu. Entah la!"Qhuz senyum lagi. "Tengok! Walaupun ada sifat dia yang kau tak suka, tapi kau tetap terima dia seadanya. Dan kau rasa senang, tenang, gembira bila ada dengan dia… betul?"

Farriel mengangguk. Memang itu yang dirasakannya. Dengan Marina, dia rasa sebaliknya. Dia sentiasa ingin menjadi seseorang yang boleh dibanggakan oleh Marina. Seseorang yang sesuai dengan Marina yang cantik, yang classy, yang stylish, yang high taste. Bila bersama Marina, dia seolah-olah menjadi insan lain. 

Tapi bila bersama Ad, dia bebas menjadi dirinya yang sebenar. Dia boleh lepas laku, dia boleh berpakaian sesempoi mana yang dia mahu, dia boleh makan di mana sahaja yang dia suka. Pendek kata, dia relaks bila bersama Ad. Even dia tahan telinga mendengar kata-kata Ad yang adakalanya ‘pedas’. Kalau dulu, nenda atau mama membebel sikit aje, mula la dia panas punggung, berkelibut keluar dari rumah. Pelik…!

"Aril, mencintai tu bermaksud kau terima pasangan kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu berubah demi kau, dan kau tak perlu berubah demi dia."Kenangan bersama Marina terimbas di mindanya. Dulu sebelum kurus, Marina melayannya secara acuh tak acuh saja. Nak keluar pun ke tempat-tempat yang orang tak ramai aje. Kadang-kadang dia merasakan yang Marina malu untuk berdamping dengannya. Apatah lagi nak memperkenalkan dirinya sebagai pakwe. Tapi sekarang, Marina seolah-olah bangga ‘menunjukkan’ dirinya kepada sesiapa sahaja. Marina lebih manja melayaninya berbanding dulu.

Ad… tak pernah berubah. Dari sebelum kahwin hingga la lepas kahwin, tetap sama layanannya. Dari dia gemuk hingga la dia muat baju saiz M. Tetap begitu layanannya. Kadang-kadang dingin. Kadang-kadang penuh emosi; marah, sinis, nakal, manja, kalut-kalut. Tanpa sedar, Farriel tersenyum sendirian.

"Jatuh cinta pada Ad. That doesn’t sound so bad. Berdasarkan apa yang kau cerita, aku rasa Ad tu pun bukannya teruk sangat. Even waktu sekolah dulu pun aku rasa dia tu budak baik. Kita aje yang rajin mengusik dia."

Page 97: Cerpen AD +IZ

Farriel diam. Masih menimbang-nimbang rasa hatinya.

"Abis tu, Marina macam mana?" soalnya lurus.

Qhuz angkat bahu 

"Kalau rasa larat, ambik dia jadi isteri kedua. Tapi kalau aku la jadi kau, aku akan tinggalkan Marina," sarannya.

"Sebab?" Pantas Farriel menyoal balas.

"Dia dah berkali-kali tinggalkan kau. Tak mustahil bila perkahwinan korang ada masalah nanti, dia akan tinggalkan kau macam tu aje," jelas Qhuz. Jari dipetik ketika mengucapkan ayat terakhirnya. 

"Kau rasa, mungkin ke kita jatuh cinta dengan seseorang hanya kerana dia ada persamaan dengan orang yang pernah kita cintai sebelum ni?"

"Itu aku tak pasti. Yang aku pasti, tak ada sorang pun dalam dunia ni yang boleh menyerupai orang lain 100%. Setiap orang berbeza, bro!"

Farriel bersandar di kerusinya. Menyukat, mengukur, menimbang, merasa, mentafsirkan apa yang ada di dalam hati dan akalnya serta apa yang didengarinya sebentar tadi. Dan bila jawapan dah ditemuinya, dia bangun dan terus mencapai kunci kereta.

"Woi, kau nak pergi mana pulak tu?"

PEUGEOT 308 VTI kelabu berhenti betul-betul depan pintu pagar rumah. Entah kenapa, petang ni mudah benar aku menerima pelawaan Ihsan untuk dihantar pulang. Mungkin kerana hati aku yang tak tentu arah. Atau tak larat nak serabutkan lagi kepala yang sedia serabut dengan gelagat budak-budak fakulti aku yang sentiasa sibuk dan kecoh dengan itu ini.

"Awak nampak muram, tak ceria. Gloomy aje dua tiga hari ni," tegur Ihsan. Dia sudah relaks bersandar di tempat pemandu. Memerhatikan diriku. Cuba membaca apa tersirat di fikiranku yang berserabut.

Aku tersenyum. Menutup terus peluang Ihsan untuk terus ‘menyelongkar’ kotak fikiran, apatah lagi menyelami dasar hatiku.

"Marina dah balik Malaysia," luahku.

"Saya tau," ujar Ihsan bersahaja.

Aku terkejut. Wajah Ihsan aku pandang. Lama. Ada senyuman segaris di bibirnya. Bukan senyuman gembira. Bukan juga senyuman sinis atau mengejek. Senyuman sekadar untuk memaniskan muka.

"Macam mana awak tau?" soalku.

"Kebetulan saya ternampak dia a few days ago."

"Ohhh…." Keciknya dunia.

Seat belt aku tanggalkan. Sudah berkira-kira untuk keluar dari kereta mewah itu.

"Awak dengan Aril…."

Page 98: Cerpen AD +IZ

Suara Ihsan melumpuhkan niatku. Aku kembali memandang Ihsan. Kening kuangkat. Menanti Ihsan menyudahkan ayatnya.

"Awak dengan Aril… korang tak ada terlibat dalam apa-apa perkara yang serius, kan?"

Melopong mulutku. Apa maksud pertanyaan Ihsan ni? "Maksud awak?"

"Ye la… since both of you cuma kahwin kontrak, so ada ke apa-apa yang serius jadi antara korang? You know… macam jatuh cinta ke… apa ke…."

Peristiwa yang berlaku di tengah padang kembali segar di ingatan. Mataku pejam rapat-rapat. Cuba mengusir kenangan tersebut. Senyum segaris kuukirkan buatnya "Terima kasih sebab sudi hantar saya."

Pintu kereta pantas kubuka. Enggan bersoal jawab dengan Ihsan lagi. Pintu pagar kubuka. Tiba-tiba tangan Ihsan ‘menangkap’ tanganku. Tergamam aku seketika.

"Adry… keluar dari ‘perkahwinan’ awak. Tinggalkan keluarga Tengku Faris. Tinggalkan Aril!"

Dan aku segera merentap tanganku darinya. "Ihsan, saya hormat pada awak. Tolong jangan buat sesuatu yang menghilangkan rasa hormat saya pada awak!" 

"Aril cuma gunakan awak untuk menjaga maruahnya dan keluarganya di mata saudara-mara kami. Dia tak cintakan awak. Dia cintakan Marina. Sekarang Marina dah balik. Dan saya rasa, dah tiba masanya awak berhenti dari jadi ‘pembersih’ maruah Aril."

Aku diam. Menahan air mata yang mula bertakung di birai mata.

"Saya kenal benar dengan Aril. Dia setia pada cinta. Patuh pada janji-janjinya. Dia cintakan Marina. Dia dah berjanji untuk tunggu Marina dan kahwin dengannya. Depan saya, Marina sendiri cakap yang dia tak akan lepaskan Aril lagi kali ni."

Aku diam. Sedaya upaya menutup pendengaranku agar hatiku tak tercalar dek kata-kata Ihsan.

Mungkinkah selama ini Farriel hanya mempermainkan diriku? Sengaja berbaik denganku sehingga aku jatuh cinta padanya, kemudian mentertawakan aku atas kelemahan dan kebodohan diriku ini?

"Tengku Farriel Izumi tu sama aje macam papanya. Sanggup buat apa sahaja semata-mata nak capai apa yang dihajatkan. Awak cuma alat bagi mereka. Tinggalkan Aril sebelum dia buang awak macam sampah!"

Bahuku digoncang oleh Ihsan. Serta-merta empangan air mataku pecah.

Ihsan panik.

"Saya… saya… tak boleh…" ujarku dalam tangis. Pandanganku kabur dek air mata. Sukar untuk aku terangkan apa yang kurasa sekarang.

"Adry… jangan kata awak dah… awak dah jatuh cinta pada Aril?" soal Ihsan.

"Saya… dah mula sayangkan Farriel…."

Setakat itu sahaja yang mampu kuucapkan.

Di luar kawalanku, Ihsan mengesat pipiku yang dibasahi air mata dengan jari-jemarinya.

Page 99: Cerpen AD +IZ

"Syyy… it’s okay…."

Ihsan cuba memujukku. Namun tangisanku ini sukar benar dihentikan. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Ihsan tadi.

"Syyy… your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much. Lebih dari apa yang boleh awak bayangkan."

Dan aku terkesima di situ.

STERENG kereta ditumbuk sekuat hati oleh Farriel. Melepaskan rasa berbaur di dalam diri. Rasa marah, geram, cemburu… semuanya bersatu.Dari jarak lima ratus meter, cukup jelas di pandangannya drama sebabak lakonan Ad dan Ihsan. Hatinya terasa hangat membara.

Sebelum sempat tangan Ihsan melingkari tubuh Ad, enjin kereta yang diparkir di bahu jalan, dihidupkannya. Menderum bunyinya. Pusingan U dibuat. Dan dia terus memandu meninggalkan taman perumahan itu dengan 1001 rasa. Memandu selaju mungkin. Tanpa arah.

BAB 12

"YOUR place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much. Lebih dari apa yang boleh awak bayangkan."

Aku tergamam. Sunyi seketika alam di sekelilingku. Ihsan cintakan aku? Lawak apa ni?

Dan bila Ihsan cuba merapati dan merangkul tubuhku, aku pantas menepis tangannya. Aku segera menjarakkan kedudukan kami bila Ihsan cuba merangkulku sekali lagi. Jarak yang cukup untuk Ihsan tidak berbuat apa-apa di luar kewarasan fikirannya.

"Ihsan, banyak mana pun awak cintakan saya tapi tolong hormat status yang saya sandang sekarang," kataku tegas.

Terkulat-kulat Ihsan mendengar.

Namun aku tidak peduli. Aku masih isteri Farriel, walaupun aku tak pasti sehingga bila gelaran itu akan aku pegang.

"Saya cintakan awak…" ulangnya lagi.

"Maaf. Saya tak cintakan awak. Saya anggap awak macam kawan aje. Paling tidak pun sebagai abang," tegasku. 

Aku sudah masuk ke pekarangan rumah. Kini, pagar rumah menjadi pemisah kami.

"That’s hurt… tapi itu lebih baik dari menipu, kan?"

Ihsan tersenyum tawar. Cahaya di matanya sudah pudar. Tidak seperti ketika mula-mula dia meluahkan rasa hatinya. Namun, sinar harapan di matanya masih menyala. "Saya isteri Farriel."

Page 100: Cerpen AD +IZ

Aku harap kenyataan itu akan memberi jawapan atas luahan hatinya tadi.

"Saya akan tunggu sehingga dia lepaskan awak."

"Saya tak cintakan awak," akuiku jujur.

"Saya akan tunggu sampai awak jatuh cinta pada saya!"

Bersungguh Ihsan menegaskan pendiriannya.

"Kalau saya tak jatuh cinta pada awak sampai bila-bila?" dugaku. 

Riak kecewa semakin ketara di wajah Ihsan.

Aku jadi belas melihatnya. Sungguh, jika aku punya kuasa untuk mengalihkan rasa cinta, sudah tentu aku akan mengalihkan rasa cintaku pada Ihsan. Tapi aku cuma insan biasa. Dan cintaku sudah dibawa pergi oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi.

"Saya percaya kalau saya ikhlas mencintai dan menyayangi awak, saya akan memperolehi cinta awak suatu hari nanti. Dan saya akan tunggu sampai hari itu tiba." Perlahan kata-kata itu dilafazkannya. Namun ada harapan, keazaman dan keyakinan tersemat di dalam kata-katanya.

"Ihsan…."

Tak mampu aku mengungkapkan sebarang kata-kata lagi. Rasa bersalah dan simpati mula merajai hati.

"Jangan rasa bersalah. Dan jangan sesekali rasa simpati. Saya takkan paksa awak untuk mencintai saya. Sebab saya nak awak ikhlas mencintai saya."Aku terdiam. Kejamkah aku menolak cintanya?

"Saya balik dulu."

Seketika kemudian Ihsan berlalu pergi.

FARRIEL masih memandu. Sekejap tadi dia dah berpusing-pusing di pusat bandar. Bosan dengan kesibukan yang tak pernah berakhir, dihalakan pula kereta ke pinggir bandar. Kepalanya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku pada dirinya kebelakangan ini. Kepulangan Marina yang pada sangkaannya akan melenyapkan segala kerunsingan dan kekeliruan hidupnya. Kehadiran Marina yang pada perkiraannya akan menyemarakkan lagi rasa cinta antara mereka berdua. Namun sebaliknya yang berlaku. Dia sering berasa kehilangan di celah-celah momen-momen indah bersama Marina. Seperti ada yang tidak lengkap. Seperti makanan yang kurang rencah perisanya. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu. Yang pasti, Ad selalu berada di ingatannya, walaupun ketika dia bersama Marina.

Apa yang dilihatnya petang tadi benar-benar membuatkan dirinya kecewa. Egonya tercalar. Sangkanya Ad juga punya perasaan yang sama sepertinya. Sangkanya Ad menyayangi dan menyintainya sepenuh hati. Sangkanya Ad setia kepadanya. 

Rupa-rupanya dia silap dalam membuat pertimbangan. Ad juga punya kehidupannya sendiri. Ad juga berhak punya kekasih hati; yang menepati cita rasanya, yang sentiasa ada untuk dirinya, yang menyayanginya sepenuh hati. Lelaki pilihan hati Ad adalah Ihsan, abang sepupunya sendiri. Ihsan, lelaki yang selalu ada untuk isterinya, terutama sekali ketika isterinya berada di dalam kesusahan.

Page 101: Cerpen AD +IZ

Farriel mula menyalahkan diri sendiri. Dia sepatutnya tahu yang Ihsan dan Ad saling menyintai. Justeru itu mereka tampak serasi bersama. Mereka saling memahami. Tidak seperti dirinya dan Ad yang sering bertelagah walaupun dalam hal sekecil hama. Dia juga kesal kerana hampir-hampir melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui; mereka tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, dan pihak kedua tidak boleh masuk campur dalam urusan hati pihak pertama. 

Di akhir perjalanan tanpa arah itu, Farriel memasang tekad. Dia harus meneruskan hidupnya. Ad berpijak di bumi yang nyata. Ad sedar bahawa perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Maka, Ad telah memilih Ihsan sebagai pengganti dirinya. Justeru itu, dia juga akan meneruskan kehidupannya. Dia harus buktikan bahawa dia juga mampu hidup bahagia… tanpa Ad!

BUNYI loceng dari luar pintu apartmen membingitkan telinga sehingga memaksa Marina menekup kedua-dua belah telinganya dengan bantal. Malangnya usahanya tidak membuahkan hasil. Marina mula hilang sabar.

"My God! Orang gila mana yang datang malam-malam buta ni?" jeritnya kuat. Bergema kamar tidurnya seketika.

Tertekan dengan perangai gila tetamu tak diundang itu, Marina segera turun dari katil. Gaun tidur satin dicapainya. Dipakainya agar penampilannya nampak sopan walaupun gaun itu sekadar mampu menutupi singlet tali halus dan seluar pendek yang dipakainya. Loceng yang ditekan bertalu-talu membuatkan Marina berkejar ke pintu."Kejap!" jeritnya dari dalam.

Selak pintu ditarik ke tepi. Tombol pintu dipulas. Dan demi dia terpandangkan wajah di hadapannya, dia terkejut. "My God! Farriel?"

Tercengang-cengang Marina melihat wajah kekasih hatinya yang kelihatan tak terurus dan keletihan. Dirapikan rambut Farriel yang kusut-masai. Kemudian, diusap-usapnya ubun-ubun Farriel. Cuba menenangkan Farriel. Cuba memberi semangat kepada Farriel yang kelihatan seperti sudah patah hati. Pelik! Farriel menekan loceng apartmennya berkali-kali sewaktu malam sudah merangkak ke pagi. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Tengku Farriel Izumi. "Farriel, are you okay? Kenapa ni? You nampak exhausted sangat and… terrible… awful."

Farriel masih tetap begitu. Tetap berdiri sambil menundukkan kepala. Sebelah tangannya ditopangkan ke dinding, menahan berat badan.Marina panik. "Farriel…."

Farriel mengangkat wajah kali ini. Memandang tepat ke arah Marina. Namun bukan wajah Marina yang terbias di retina mata dan di minda. Wajah Ad dan Ihsan dalam keadaan ‘mesra’ itu yang tergambar. 

Tenaga yang masih bersisa, dikumpulkan. Wajah Marina yang beriak terkejut, pelik dan penuh tanda tanya dipandang setepat-tepatnya.

"Marina…" panggilnya antara dengar dan tidak.

"Yes…."

Marina menunggu sambungan kata-kata dari mulut Farriel.

"Will you… marry… me…?"

Page 102: Cerpen AD +IZ

Tergagap-gagap Farriel menuturkan lamaran itu.

Membulat anak mata Marina. Kedua-dua belah tapak tangan ditekup ke mulut. Menutup mulut yang terbuka luas dek terkejut. Seketika kemudian pecah tawa gembira di mulutnya. "Oh, my God! Farriel! You are proposing me, aren’t you?"

"Yes." Wajah Farriel masih tetap begitu. Tak beriak. 

"Yes! Yes! The answer is yes, Farriel! I agree to be your wife!" 

Marina teruja terhadap lamaran Farriel itu. Lamaran yang telah lama ditunggunya semenjak menjejakkan kaki ke Malaysia semula. Lamaran yang tidak disangka-sangkanya akan dibuat oleh Farriel pada pukul dua pagi! "I gembira sangat! Finally! I janji, I akan jadi isteri yang paling baik untuk you. And I will be loving you forever!"

Marina pantas meluru ke arah Farriel. Dipeluknya Farriel erat-erat.

Dan Farriel hanya berdiri kaku di situ. Tanpa emosi.

"SAYANG! Cantiknya cincin ni! I nak cincin ni jadi cincin kahwin kita, boleh?"

Cincin emas putih bertatah berlian yang sudah tersarung di jari manis, ditunjukkan kepada Farriel.

Farriel tersenyum cuma. Sebentar tadi, Marina berkenan dengan cincin emas bermata satu. Kemudian cincin yang tertanam beberapa biji berlian. Pada pandangannya, semua cincin sama sahaja. Cuma sekadar cincin bagi mengikat sesebuah perhubungan. Namun terlintas di fikirannya, bagaiman agaknya rupa bentuk cincin perkahwinannya bersama Ad? Dia tidak pernah perasan akan rupa bentuk cincin tersebut di jari manis Ad. Emaskah? Emas putihkah?

"Farriel, you ni kenapa? Asyik termenung aje. Ada masalah ke?"

Cincin di jari manis sudah dikembalikan kepada gadis di kaunter. Tumpuannya kini pada Farriel yang berwajah keliru.

Farriel mengukir senyuman. "Takde apa-apa la. I okey aje."

"Okey you kata? Jasad you aje yang ada dengan I, tapi fikiran you entah melayang ke mana." 

Marina berpaling ke arah bertentangan. Memeluk tubuh. Menandakan konfrontasi sudah bermula.

Farriel tarik nafas panjang. Bahu Marina dipegang dan dipusingkannya agar menghadap ke arah dirinya. "Marina, I’m sorry okay? You tau kan, I sekarang sibuk dengan projek kat JB tu. Terpaksa ulang-alik. So, I betul-betul letih."

"Tapi kita kan tengah buat preparation untuk wedding kita. Banyak lagi yang kita tak buat. Dewan, pelamin, baju lagi," rungut Marina. 

"Ya. I tau. Kita bukan nak kahwin esok pun. Paling cepat pun, tiga bulan dari sekarang. Kita buat slow-slow okey…."

"I tak tau kenapa. Tapi I dapat rasakan yang I sorang aje beria-ia buat preparation. You macam… relaks aje!"

"Iye la… I bersungguh la ni!" Farriel pura-pura sibuk menilik cincin yang ada di situ.

Page 103: Cerpen AD +IZ

"Ye la sangat! Kalau you bersungguh, bila wakil papa dan mama you nak masuk meminang I?"

Farriel tergamam. Masuk meminang? Wakil dari papa mama? Maksudnya, aku kena cakap dengan diorang yang aku nak kahwin lagi satu? Atau beritahu aku nak bercerai dengan Ad? Berterus terang yang Ad tu isteri kontrak aku aje, dan Marina kekasih hatiku yang sebenar?

Tak pernah dia terfikir semua itu. Perkara ini lagi rumit dari apa yang dia bayangkan.

"La, I ingat you ni wanita moden. Tak pakai lagi dah upacara merisik meminang ni semua. Nak kena buat benda-benda tu juga ke?"

"Mesti la… I nak majlis bertunang dan kahwin yang grand. Ada lots of roses, ada kereta kuda, ada macam-macam la. Biar terbeliak sikit mata sedara-sedara I tu! Dan I dengan bangganya akan memperkenalkan you sebagai tunang dan bakal suami I. Mesti diorang jealous dengan I sebab dapat pikat lelaki hensem, kaya macam you. Keturunan Tengku lagi!"

Marina sudah mula membayangkan majlis pertunangan dan perkahwinan impiannya itu.

"Pasal tunang kahwin tu kita cakap lain kali aje la ek?"

Kata-kata Farriel melenyapkan terus angan-angan Marina.

"Kalau you asyik tangguh nak cakap pasal benda ni, asyik tangguh nak bawa I jumpa mama papa you, sampai bila-bila pun kita tak akan kahwin sayang…!" bentak Marina. "Relaks la. Bila tiba masanya, I akan bawa you jumpa diorang okey! Seriously…" janji Farriel.

Hakikatnya, dia sendiri tak tahu macam mana nak ‘menghadap dan menjawab’ soalan seisi keluarganya kalau hal ini diutarakan kelak."Serius?! Serius apa kalau asyik bertangguh macam tu?! Dah la!" Marina tarik muka empat belas.

Farriel senyum segaris. Marina kalau merajuk boleh berhari-hari lamanya, kalau tak kena cara memujuk. Kalau Ad… Ad lagi yang aku ingat! Kenapa susah sangat nak lupakan Ad walaupun sehari? Macam mana la keadaan Ad sekarang? Sejak Marina balik, jarang-jarang benar dia bersua muka dengan Ad, walaupun mereka serumah. Dia keluar rumah, Ad tengah sibuk kat dapur atau mandi. Masa dia balik rumah, biasanya Ad dah tidur. 

Ah! Buat apa aku nak sibuk-sibuk pasal Ad? Dia kan dah ada Ihsan, playboy US yang dah jinak tu. Biar Ihsan aje la yang menjaganya. Tapi, tergamak ke aku nak lepaskan Ad pada Ihsan yang aku tahu tahap kasanovanya yang tinggi menggunung tu? Pompuan sebaik Ad tu, kalau boleh biar la dapat kat lelaki yang baik-baik. Bahu terasa ditepuk. Kuat. Sampai lenguh bahu dibuatnya.

"Tengok tu! You berangan lagi! Dah la!" 

Terkedek-kedek Marina meninggalkan Farriel di kedai menjual barangan kemas itu.

Alamak! Aku mengelamun lagi!

Menyedari kesilapan diri, Farriel pantas mengejar Marina yang semakin menjauh. Dipautnya bahu Marina. Marina menepis. Dicubanya lagi memaut bahu Marina. Kali ini disertakan dengan ayat-ayat cinta. Hati Marina mula cair. Terus hilang rajuknya. Mereka terus berdampingan ke butik pengantin berhampiran.

Page 104: Cerpen AD +IZ

"HISH, nenda ingat benar tempatnya! Sepatutnya kat tingkat ni, Rianna," rungut Nenda Nerrisa.

Aku meninjau-ninjau ke sekitar aras tiga shopping complex itu. Mencari butik pakaian pengantin yang diceritakan oleh nenda sebentar tadi, semasa kami dalam perjalanan ke sini. Tak ada pun. Aku balik ke tempat nenda berdiri.

"Tak ada pun nenda. Mungkin kita salah level kut," telahku sendiri. 

Wajah nenda nampak muram. Mungkin kesal kerana gagal mengingati lokasi butik rakannya, sehingga menyebabkan kami terpaksa berpusing di sekitar aras ni beberapa kali.

Aku pimpin nenda ke bangku yang ada di situ. Kesian nenda… dalam keadaan bertongkat macam tu, digagahkan juga kaki menapak dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain semata-mata nak mencari baju pengantin terbaik untukku. Bila aku sarankan dia naik kerusi roda, dia menolak. Katanya dia nak exercise. Lagipun ada tangga bergerak dan lif. Tak la sesusah mana pun, katanya.

"Nenda duduk sini kejap, ek… Adry nak pergi beli air untuk nenda. Nenda nak minum air apa? Nak makan apa-apa?" soalku.

"Nenda tak nak makan. Kamu beli air aje untuk nenda. Air apa pun nenda tak kisah."

Mendengar jawapannya, aku terus bergegas ke kios berhampiran. Buntu memikirkan air apa yang nak dibeli untuk nenda, akhirnya aku membeli jus untuk nenda dan diriku sendiri.

Dan ketika itulah aku terperasan akan sepasang kekasih yang begitu asyik memilih pakaian pengantin di salah sebuah kedai di situ. Jus carrot yang aku sedut terasa seperti pasir. Cuma deria rasa pahit sahaja yang berfungsi ketika itu.

Farriel kelihatan begitu mesra dengan gadis berwajah Pan-Asian itu. Tak perlu berteka-teki kerana aku sudah tau, itulah Marina Irriani. Gadis yang dikejar oleh Farriel di KLIA kira-kira tujuh bulan lalu. Gadis yang membuatkan lena Farriel tidak panjang. Gadis yang membuatkan tubuh Farriel kalis air. Gadis yang membuatkan Farriel mengambil tindakan drastik dengan mengahwiniku.

Aku segera mengalihkan pandangan. Enggan menyaksikan lagi kemesraan mereka berdua. Air mata yang bertakung di birai mata, aku segera kesat. Dengan senyuman yang dibuat-buat, aku menapak kembali ke bangku yang diduduki oleh nenda. Dan tubuh yang semakin longlai cepat sahaja aku labuhkan ke bangku; bersebelahan dengan nenda.

"Kenapa muka kamu pucat sangat ni, Rianna?"

Nenda yang kehairanan segera menegur. Jus yang aku hulurkan, diletakkan di tepi bangku. Tubuhku diusapnya dengan penuh kasih sayang.Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian kulepaskannya. Senyum nipis kuukir buat nenda. "Tak ada apa-apa, nenda. Tiba-tiba Adry lapar pulak! Jom kita pergi makan dulu, nenda."

"Kalau macam tu, jom kita pergi makan dulu! Lepas makan nanti baru kita cari butik tu. Kita mesti cari baju tu hari ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Majlis kamu tu lagi dua minggu. Banyak benda lagi yang tak ada." Katanya sewaktu melangkah. 

Aku berasa lega bila kami beredar dari situ. Takut juga kalau-kalau nenda ternampak Farriel dengan Marina. Jenuh mulut aku menjawab soalannya nanti. Sebelum bergerak ke food court, sempat aku mencuri pandang pada Farriel yang sakan berpelukan dengan Marina. Ada rasa pedih menjalar hingga ke ulu hati.

Page 105: Cerpen AD +IZ

"BARU balik ke?" tegurku saat Farriel melangkah masuk ke dalam rumah malam itu.

Jelas Farriel kaget melihat aku masih duduk berjaga di sofa ruang tamu sedangkan jam sudah menginjak ke jam dua pagi.

"Hmmm…" jawabnya malas. Tali leher sudah dilonggarkan. Cuma menanti untuk dileraikan dari batang leher.

"Kenapa? Ada hal penting nak dibincangkan ke?" soalnya acuh tak acuh.

Aku kira, aku sudah dibuang terus dari kamus hidupnya kerana dia langsung tak punya kesudian untuk berbicara denganku, apatah lagi memandang wajahku. Dari tadi dia lebih suka memandang hujung necktie, hujung lengan kemeja atau apa sahaja asalkan bukan diriku.

"Kau tau kan yang majlis resepsi kita lagi dua minggu."

"Ingat! Tiap-tiap hari nenda dengan mama cakap pasal benda tu. Mustahil aku tak ingat!" balasnya kasar. 

Terguris hatiku mendengar nada suaranya yang semakin tinggi. 

Sunyi mengisi segenap ruang.

"Kalau tak ada apa-apa, aku naik dulu."

Farriel mula menapak ke tangga.

"Tadi aku nampak kau dengan Marina kat butik pengantin."

Kaku langkah Farriel di situ.

"Jadi?" soalnya garang. Dikerlingnya Adry dengan ekor mata.

"Aku cuma nak ingatkan kau supaya tak terlalu ‘expose’kan diri bila dengan Marina. Nyaris nak kantoi dengan nenda tadi."

"Jaga hal masing-masing cukup la, yang kau sibuk pasal aku dengan Marina, apa hal?" Farriel mula bengang.

"Bukan aku nak sibuk! Tapi kalau nenda nampak tadi, aku yang kena bersoal jawab dengan dia! Kau faham-faham aje la kan nenda tu macam mana!" Suaraku mula meninggi.

"Ooo… kau risau pasal aku dengan Marina. Habis, kau dengan Ihsan tu apa cerita? Bercengkerama kat depan pintu pagar rumah, takpe pulak? Tak takut kantoi dengan nenda?" balas Farriel sinis.

Terkejut aku mendengar kata-kata Farriel. Farriel nampak ke? "Aku dengan Ihsan…"

Tergagap-gagap aku cuba menjelaskan keadaan sebenar sebelum dipotong oleh Farriel.

"Aku tak kisah kalau kau dengan Ihsan nak bercinta ke, nak bercengkerama ke. Yang penting bagi aku, kau jaga nama dan maruah aku selagi kau masih bergelar isteri aku! Faham?"

Mencerlang mata Farriel memandangku. Dan dia terus berlalu ke tingkat atas.

Selagi kau masih bergelar isteri aku… selagi kau masih bergelar isteri aku!

Page 106: Cerpen AD +IZ

Selagi bila Farriel? Selagi bila aku boleh bergelar isteri kau? Air mata mengalir laju menuruni pipi. Namun, cepat-cepat aku hentikan tangisan itu. Aku tak mahu menangis lagi. Menangis tak dapat menyelesaikan apa-apa masalah! Menangis cuma menampakkan kelemahan diriku sendiri. Aku tak nak menangis lagi!

BAB 13

SUNYI. Kosong. Tiada Farriel. Tiada lagi suaranya menjerit, membebel. Tiada lagi bayangnya. Tiada lagi aura kehadirannya di mana-mana. Semuanya tiada.

Sejak malam kami bergaduh tu, Farriel jarang-jarang balik ke rumah. Terfikir juga aku yang dia ada rumah lain. Tapi tak pernah pulak aku tau. Takkan Farriel bermalam di rumah Marina? Tak mungkin! Tak mungkin sedangkal itu ilmu agama Farriel. 

Entah apa yang merasuk minda. Entah apa yang mendorong tubuh badanku. Gerak langkah kaki terus aje menghala ke master bedroom. Menceroboh masuk ke bilik Farriel. Aku pandang sekeliling bilik itu. Masih seperti dulu. Bezanya, dulu Farriel selalu ada di meja kerjanya. Menyudahkan kerja-kerja pejabat yang bertimbun. Sekarang, tidak lagi….

Katil yang berselerak aku rapikan. Buku-buku yang elok tersusun, aku susun semula. Laptop di atas mejanya aku buka dan hidupkan. Koleksi lagu-lagu Melayunya, aku mainkan. Lagu-lagu yang aku paksa dia download di Internet. Macam nak perang dunia ketiga waktu tu. Mengingatkan saat-saat itu membuatkan aku tersenyum sendirian.Kemudian aku melangkah ke almari bajunya. Aku buka almari itu. Kemeja dan pakaian-pakaian Farriel tersusun rapi di situ. Tak pasti apa yang aku cari. Sekadar ingin merasakan kehadirannya di situ. Aku lurut satu per satu bajunya. Bila sampai giliran kemeja biru mudanya, aku tanggalkan baju itu dari penyangkutnya. Aku bawa ke hidung. Cuba menghidu bau badan Farriel yang masih bersisa. Seketika rinduku lerai.

Aku melangkah pula ke balkoni. Menengadah ke langit malam. Tiada bulan. Tiada bintang walaupun sebutir. Langit kelihatan mendung malam ni. Ruang bilik dilatari muzik dari laptop. Lagu Merinduimu dari D’Masiv mula bergema. Satu per satu bait-bait lirik lagu memasuki ruang pendengaranku.

Saat aku tertawa….

"Yang warna merah ni sayur apa?"

Sayur apa? Aku cuma masak sayur campur aje; kobis, kacang buncis, lobak, brokoli. Aku mencari ‘sayur merah’ yang dimaksudkan di pinggan makan Farriel. 

"Itu cil…"

Belum sempat aku menegah, Farriel terus masukkan sayur merah ke dalam mulut. Dikunyahnya. Seketika kemudian mukanya bertukar menjadi merah padam.

"Li." Aku menyambung kata.

Air dalam gelas diminumnya dengan rakus. Air di gelasku juga turut menjadi mangsanya. Tak cukup tu, air masak dalam jag diteguknya juga. 

"Pedas!" ujarnya seraya menjelir-jelirkan lidah.

Dan kami sama-sama tertawa melihat gelagat masing-masing. Farriel dengan muka kepedasannya dan

Page 107: Cerpen AD +IZ

aku dengan riak mukaku yang kengerian melihat reaksinya.

Saat aku menangisi kesedihanku….

"Dah la tu…" pujuk Farriel.

Farriel duduk di sebelahku. Kotak tisu dihulurkan padaku. Aku tarik beberapa helai buat mengesat air mata dan hingus.

"Semalam baru aje dia dengan aku… tup-tup hari ni dia dah mati kena langgar. Sedih la aku…."

Farriel menggeleng. "Kucing aje, Ad. Kucing jiran pulak tu. Relaks la…."

Aku ingin engkau selalu ada…

Aku ingin engkau aku kenang….

Satu kucupan hinggap di belakang leher.

"No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really…"

Suara garau itu singgah di cuping telinga. Tangan Farriel melingkari pinggangku.

Selama aku masih bisa bernafas

Masih sanggup berjalan

Ku kan selalu memujamu…

"Kau nak buat apa?"

"Nanti aku cium, baru kau tau." 

"Ci… um…?" 

"Hmmm… cium! Macam ni."

Meski ku tak tahu lagi

Engkau ada di mana

Dengarkan aku…

Ku merindukanmu…

Kemeja Farriel aku ramas dan bawa lagi ke hidung. Mencari lagi aura kehadirannya di situ. Tanpa sedar air mataku mengalir.

Dengarkan aku…

Ku merindukanmu…

Farriel menjenguk ke bawah. Menghayati pemandangan dari tingkat sepuluh di bilik hotelnya. Kenderaan masih bertali arus. Suasana di sekitar masih hingar-bingar. Namun kepalanya sunyi sahaja. Kepala ditala ke langit. Cuba mencari sang purnama dan bintang. Hampa.

Page 108: Cerpen AD +IZ

Tiada satu pun yang kelihatan. Dan ingatan pada Ad menjelma….

Dengarkan aku…

Ku merindukanmu….

TANGAN dah mula menggendang stereng kereta. Deretan kenderaan atas jalan dan cuaca panas mula meletihkan dirinya. Jam di tangan dipandang sekilas. Lambat lagi. Masih ada dua jam sebelum temu janji dengan Encik Shiroka dari Jepun. Lampu isyarat masih berwarna merah. Ah… bosannya!

Tie tanpa corak terasa seperti menjerut batang leher. Pantas dilonggarkannya. Handphone yang berbunyi dipandang sekilas. Handsfree Farriel lekatkan ke telinga. Butang hijau ditekan. Lampu isyarat bertukar warna. Serentak itu pedal minyak ditekan. "Helo."

"Encik Farriel, saya Erin. Adry… Adry… dia sakit!" 

Suara cemas Erin menerpa di telinga.

Buntang mata Farriel mendengarnya. Hampir terbabas keretanya ke tepi. "Korang kat mana sekarang?"

"Kampus."

"Tunggu sampai saya datang!" arahnya pada Erin.

"Okey," balas Erin.

Panggilan dimatikan. Melilau mata mencari tanda U-turn di sisi jalan. Pusingan U segera dibuat. Pedal minyak ditekan lagi. Ad… kau okey ke? Butang telefon ditekan. "Helo, Sheila. Batalkan semua meeting dan appointment saya!"

"Tapi, Tengku, Mr. Shiroka…"

"I said all, Sheila!"

Panggilan dimatikan. Handphone yang berkali-kali berbunyi tidak dihiraukan. Cuma ada satu dalam fikirannya. Ad!

Sesampainya di kampus, Farriel terus berlari ke foyer fakulti. Melilau matanya mencari kelibat Ad atau Erin. Tiada. Dia mula bertanyakan beberapa pelajar di situ.

"Adrianna? Erin dengan sorang lelaki dah bawa dia ke klinik rasanya." Jawab sorang pelajar pompuan yang tadinya elok berdiskusi dengan rakan-rakannya.Dan dari penerangan yang diberikan, Farriel tahu siapa lelaki yang dimaksudkan. Ihsan!

MELINTAS aje Ihsan depan biliknya, Farriel bingkas bangun dari kerusinya. Ihsan dijejaki. Tanpa ketukan, tanpa izin, tanpa salam, meluru dia masuk dan… 

"Aril?"

Buk!

Page 109: Cerpen AD +IZ

Penumbuk sulung dihadiahkan pada Ihsan.

Ihsan yang tadinya elok berdiri, terperosok di kaki kerusi. Ihsan mengaduh kesakitan. Darah di tepi bibir dikesatnya. "Woi! Apa hal kau ni?"

"Itu untuk kau yang ganggu isteri aku!"

Ihsan bangkit. Mengepal buku lima sebelum melepaskan tumbukan. Tepat mengenai pipi Farriel.

Farriel terduduk di sofa.

"Itu khas untuk suami tak berperasaan macam kau!"

Farriel bangun. Pipi yang mula bertukar warna dirabanya. "Ad tu bini aku. Jangan nak over dengan dia!"

"Isteri? Siapa isteri kau? Mana isteri kau? Isteri sendiri demam pun kau tak ambik peduli!"

"Adrianna Mayesa tu isteri aku!" Farriel menuding jari ke diri sendiri.

Ihsan ketawa mengejek.

"Isteri konon! Betul ke Adry tu isteri kau? Habis tu, kenapa kau layan dia macam sampah? Bila kau nak, kau datang. Bila kau tak nak, kau buang. Suami apa kau ni?" tempelak Ihsan. Ditujah-tujah dada Farriel.

Farriel menepis kasar jari Ihsan. "Macam mana aku layan dia, itu hal aku. Kau tak usah ambik peduli! Itu bukan urusan kau pun!"

"Ya! Itu urusan aku!" bantah Ihsan.

"Sejak bila?"

"Sejak aku mula kenal cinta. Sejak aku mula jatuh cinta pada Adrianna Mayesa Ismail al-Hussein!"

Farriel terpempan mendengar pengakuan Ihsan. Kini dia tidak perlu berteka-teki lagi. Ihsan dengan rela hati sudah mengakui rasa hatinya. "Ad isteri aku…."

"Ya! Aku tau. Aku akan tunggu sampai kau ‘lepaskan’ dia!"

"Aku takkan lepaskan dia!"

"Kau dah ada Marina. Dia tukan buah hati kau! Now she’s back. Go and marry her. Jangan seksa Adry semata-mata kerana ego kau. Dia manusia macam kau, macam aku. Dia juga ada perasaan! Lepaskan Adry!"

Farriel geleng kepala beberapa kali. Tidak percaya dengan permintaan yang dibuat oleh Ihsan. Melepaskan Ad? Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikirannya.

"Jangan ganggu Ad lagi. Kalau sekali lagi aku nampak kau buat tak senonoh dengan dia, aku tak tau apa yang aku akan buat pada kau! So, help me God!"Farriel bergegas keluar dari bilik itu. 

PINTU bilik Ad dibuka oleh Farriel perlahan-lahan. Ad yang sedang nyenyak tidur diperhatikan dari dekat. Nafas Ad teratur menandakan tidurnya lena. Wajah tenang Ad direnungnya lagi. Mukanya pucat

Page 110: Cerpen AD +IZ

berbanding biasa.

"Lepaskan Adry!"

Dia teringat semula kata-kata Ihsan siang tadi. Hatinya berbolak-balik. Separuh hati mengejek perbuatan diri; mencintai dan melamar Marina tetapi tetap mahu Ad di sisi. Separuh hati lagi menyokong perbuatannya itu atas dasar putik cinta yang baru bercambah. Dia mula keliru. 

Dia tidak mahu menjadi manusia kejam dan mementingkan diri. Ad sudah ada pilihan hati, mengapa perlu disekat kebahagiaannya? Perjanjian yang dibuat sebelum ini juga ada menyebut bahawa kontrak perkahwinan mereka akan terbatal sekiranya salah seorang sudah memiliki kekasih dan ingin komitmen yang lebih serius bersama pasangan.

Aku ingin engkau selalu ada….

Aku ingin engkau aku kenang…

Melepaskan Ad… serasanya itu sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada ketika ini.

Selama aku masih bisa bernafas

Masih sanggup berjalan

Ku kan selalu memujamu…

Farriel meletakkan tapak tangan di dahi Ad. Cuba menganggarkan suhu badan Ad. Seketika kemudian dia menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan suhu badan Ad yang normal.

Meski ku tak tahu lagi

Engkau ada di mana

Dengarkan aku…

Ku merindukanmu…

Ubun-ubun Ad diusap perlahan. Rasa hangat itu menjalar di segenap tubuhnya. Ada satu perasaan halus menusuk terus ke hati dan jantungnya. Perasaan yang hanya dapat dirasai bila bersama dengan Adrianna Mayesa….

Ubun-ubun terasa diusap. Siapa? Kepala masih sekilo rasa beratnya, tidak kuhiraukan. Mata kubuka perlahan-lahan. Dalam samar cahaya, aku terlihat Farriel. Mimpikah aku? "Iz… Izumi?"

"Syyy… sorry buat kau terjaga. Just checking on you. Tidur la balik," bisiknya perlahan. Selimut ditarik hingga ke paras dada Adry.

"Iz…" panggilku lagi, masih keliru antara mimpi dan realiti.

"I’m here… tidur, okey?"

Mata kupejamkan semula. Jari-jemari Farriel tetap di situ. Membelai dan mengelus-ngelus rambutku. Rasa mengantuk kembali bertamu. Sebelum aku lena dibuai mimpi, dahiku terasa dikucup.

Aku harap sangat ini bukan mimpi. Jika mimpi, aku mahu terus tidur. Tolong jangan kejutkan aku kerana aku ingin terus bermimpi. Aku ingin terus dimanjai, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bernama

Page 111: Cerpen AD +IZ

Tengku Farriel Izumi… rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bergelar suami.

Sungguh… aku tidak mahu keluar dan rasa indah ini.

BAB 14

"MAKAN!"

"Tak nak!"

"Makan!"

"Tak nak!"

"Makan! Makan! Makan!"

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!"

Farriel yang duduk di birai katil buat muka give-up. Dengan muka masam, mangkuk bubur diletakkan kembali di atas meja di tepi katilku. "Sakit-sakit pun keras kepala!" Farriel merengus. 

Aku pandang Farriel dengan rasa sebal. Entah apa mimpi mamat ni malam tadi. Tiba-tiba aje ‘mencemar duli’ masuk bilik aku pepagi buta menghantar breakfast. Tadi dah dipaksanya aku telan Panadol. Puas bertekak, last-last, dia suruh aku makan Panadol Soluble yang dah larut dalam air aje. Nasib… uh! I hate pills!

Masa demam kat rumah papa Farriel hari tu, nenda yang in charge bagi aku makan ubat. Dek kerana hormat dan segan, terpaksa la aku makan. Kalau orang lain, memang aku bagi sejuta alasan untuk tak telan pil putih tu.

"Bubur yang kau buat tak sedap. Tawar!" komenku. 

Muncung di mulut automatik ke depan. Kenapa tiba-tiba macam nak manja-manja dengan Si Farriel ni? Spastic? Ke kepala aku ni dah mereng sebab demam?

"Okey aje aku rasa tadi! Lidah kau cacat kut! Tak pun deria rasa kau dah mati!" perli Farriel.

Dia yang dah lengkap berpakaian sut ke pejabat, melipat lengan baju hingga ke paras siku. 

Bibirku tersungging ke atas. Lidah sendiri cacat, kutuk lidah orang pulak!

"Lagipun, mana ada orang sakit dapat makan sedap-sedap. Cuba tengok kat hospital tu, tawar aje makanan yang disediakan. Bla bla bla.…"

Membebel pulak dia ni! "Kut ye aku sakit pun, tak payah la masak bubur yang ‘20% lagi nak jadi nasi’ tu! Kata pandai masak. Pengakap konon… hampeh! Aku agak, budak-budak yang makan mesti sak…"

Kata-kataku mati di situ bila Farriel letak jari telunjuknya di bibirku. Mata kami bertentangan. Tajam renungannya. Dia marah aku kutuk dia ke?

Dan jantungku rasa macam nak terjun ke perut bila Farriel mula merapatkan jarak tubuh kami. Perfume

Page 112: Cerpen AD +IZ

yang dipakainya menusuk ke hidung. Entah kenapa, berdebar-debar pulak rasa jantung. Kalau dulu, aku cukup benci dengan bau minyak wanginya yang aku tak tahu apa jenamanya tu. Tapi sekarang, hidung aku dah mula dapat terima kehadiran ‘bau’ itu. Baunya yang agak kuat tapi mengasyikkan dan penuh kelakian. Errr… over sangat ke cara aku describe bau minyak wangi tu? Pokoknya, minyak wangi ni memang sesuai dengan si pemakainya. Keras tapi sebenarnya lembut. Apa aku melalut ni?!

Zup!

Mulutku disumbat dengan sesuatu. Terkejut aku. Termometer!

Farriel hulur senyum segaris. Matanya berkata ‘padan muka!’. Lepas beberapa saat, alat penyukat suhu itu dikeluarkan dari mulutku. Bacaan suhu diambil.

"Hmmm… 37.8 darjah Celcius. Memandangkan kau masih dalam kategori tak sihat, maka aku takkan ambik hati dengan kata-kata kau tadi. Aku akan anggap macam angin lalu aje!"

Uweks! Aku dah rasa terlebih dari sihat dah ni. Nak ajak main kejar-kejar polis-pencuri pun boleh!

Farriel bangun. Lengan baju diperbetulkan. Briefcase di tepi katilku diambil. Sudah bersedia untuk ke pejabat. Setapak dua dia melangkah ke pintu bilik, dia berhenti. Menoleh ke arahku. "Ad, kau tak suka makan ubat, kau tak suka makan masakan aku. So, next time, try not to get sick again, okay!"

Mendatar aje tone suaranya. Farriel melangkah keluar.

Beberapa minit kemudian, aku terdengar kereta Fariel menderu pergi.

"Try not to get sick again."

Bukan aku yang saja-saja nak jatuh sakit. Lagipun, aku jatuh sakit sebab kau!

Selimut kutarik sehingga menutupi keseluruhan tubuh. Tidur lagi baik!

"AMBOI! Adry… sejak jadi mahasiswa ni, akak nampak kau bertambah-tambah cantik. Dah pandai bergaya. Buang dah kasut sports. Jeans, t-shirt hilang dah. Tudung pun ikut fesyen sekarang…" kata Kak Timah.

Ibu anak tiga ni memang suka mengusik aku. Marah aku pun rajin juga. Tapi aku berhutang budi dengan Kak Timah. Kalau dia tak rekomenkan aku, memang aku tak dapat kerja kat butik Puan Karen ni. Malah dia siap offer diri bagi tunjuk ajar kat aku selok-belok kerja kat sini.

"Betul la! Untung kau dapat kahwin dengan orang kaya. Tak sangka, diam-diam kau bercinta dengan anak tengku! Pandai kau simpan rahsia, ek?" Si Chot pulak mencelah.

Imah, Nini, Sabariah yang mulut penuh dengan makanan, setia jadi burung belatuk. Mengangguk aje dengan apa yang dikatakan dek Kak Timah dan Chot.Sengaja aku pilih untuk datang masa lunch break. Tak adalah dijeling dek Puan Karen. Bebas sikit nak borak dengan diorang sambil dan menyerahkan kad jemputan ke majlis resepsi perkahwinanku di hotel.

"Tak adalah. Saya masih Adry yang dulu. Ni semua, harta dunia aje. Bila-bila boleh kena tarik dengan Allah," balasku dengan rasa rendah diri.

Pakaian dan barang-barang yang aku pakai semuanya Farriel yang sponsor. Baju-baju dan barang yang aku ada, semua dah masuk ‘muzium’. Tak sesuai dipakai, tak kena dengan gaya hidup watak yang aku

Page 113: Cerpen AD +IZ

lakonkan, kata Farriel. Aku turutkan aje walaupun hati sedikit memberontak. 

"Laki kau tak datang sekali ke?" Imah buka mulut.

"Yelah… laki kau tak datang sekali ke? Aku teringin juga nak tengok muka laki kau tu!" Nini pulak menyampuk. Peha ayam digigitnya rakus.

Yang lain-lain pun nampak khusyuk aje menghadap ketulan ayam. Lapar benar agaknya.

Bila nampak aku bawa satu bucket ayam KFC tadi, melompat menjerit diorang kesukaan.

"Dia sibuk. Kalau tunggu dia, entah bila la saya dapat lepas datang ke sini," jawabku perlahan. Sibuk? Entah-entah sibuk dengan Marina dia tu.Sabarina siku Nini.

"Apa la kau ni, Nini? Laki Si Adry nikan businessman. Setiap saat tu duit, kau tau tak? Dia bukan macam kita. Ada masa lepak-lepak macam ni," selarnya.

"Yelah, yelah.…" 

"Sudah! Depan rezeki tak baik bergaduh. Lari rezeki nanti!"

Teguran Kak Timah meleraikan ‘perang mulut’ mereka.

Aku tersenyum. Rindu dengan suasana sebegini. Bergaduh, bergurau, berbual-bual kosong…. 

"Oh, ya Adry…!"

Pandangan aku lempar pada Chot yang bersuara.

"Hari tu, adik kau Si Zalika datang sini. Cari kau," adu Chot.

"Ye ke?"

Terkejut aku mendengar kata-kata Chot. Serasanya, aku tak pernah bagi alamat butik ni pada sesiapa di kalangan keluargaku. Takut diorang buat kacau. 

"Aku cakap la kau dah berhenti kerja. Terkejut siamang dia. Dia minta aku nombor telefon atau alamat rumah kau. Malas aku nak bagi!" sambung Chot lagi.

"Kenapa?" 

"Kau tau aje la mulut adik tiri kau tu. Pedih aje telinga aku dengar. Kalau adik aku, dah lama aku sental mulut dia dengan cili api. Tak tahu langsung nak hormat orang. Geram aku!" Chot mengetap gigi, kemarahan.

"Elok la kau tak bagi tu, Chot! Lain kali, kalau dia datang sini lagi cari Adry, katakan aje kau tak tau macam mana nak contact Si Adry ni! Tu tak ada kerja lain nak menyusahkan Adry la tu! Meluat betul aku dengan perangai keluarga tiri kau tu, Adry," luah Kak Timah.

Aku diam. Tak menyokong, tak juga membantah kata-kata Kak Timah. Memang ada kebenarannya. Sampai bila aku nak sara keluarga tiri aku tu?

Zalika, Bakhtiar… dua-dua dah besar. Dah tak minat nak belajar. So, boleh la cari duit sendiri, sara mak bapak. Takkan nak harap aku tanggung makan minum diorang lagi.

Page 114: Cerpen AD +IZ

Mak Cik Midah pun satu. Apa yang anak-anak dia buat, semuanya nampak betul aje kat mata. Cuba aku. Semuanya salah.

Hai… kenapa la agaknya Zalika cari aku? Pak Cik Bakar main judi lagi ke? Kali ni dengan Ah Long mana pulak dia pinjam duit? Baru bulan lepas aku ‘settle’kan hutang Pak Cik Bakar.

"Helo! Ada orang tak?"

Jeritan datang dari ruang depan butik membuatkan kami terdiam.

Imah tampar bahu Chot.

"Kau tak letak tanda ‘rehat’ ke kat pintu depan?" soalnya marah.

"Letak la!" balas Chot.

"Habis tu, pompuan tu main redah masuk aje apesal? Tak tau ke kita tengah break!" rungut Imah.

"Tu dah confirm-confirm jenis tak reti membaca! Nak makan pun tak senang. Halau karang, macam tolak rezeki pulak. Ei!" bebel Sabarina. Nak tak nak, dibawanya tangan ke sinki.

Imah dan Nini yang dah selesai makan turut ke sinki, membasuh tangan sebelum ke depan. Melayani tetamu yang tak diundang itu.

"I nak tengok fesyen baju pengantin yang the latest yang butik you ni ada! Berapa pun harganya, I don’t care!" perintah pelanggan wanita itu jelas kedengaran sehingga ke bilik pantri.

Memang jenis pelanggan yang aku tak suka! 

"Dah la tu! Dah lima butik kita masuk. I letih la. Lapar! You tak lapar ke? Kenyang makan baju-baju ni semua?"

Kedengaran suara pasangannya pula.

"Farriel sayang… I nak kelihatan cantik masa majlis perkahwinan kita nanti. So, I perlu cari baju yang paling cantik dan sesuai untuk I dari sekarang. Kalau tak ada, I nak cari kat US pulak," kata pompuan tu.

"Suka hati you la!"

Farriel? Farriel Izumi ke? Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, kepala aku jengukkan ke ruang depan, di ruang pameran. Kelihatan seorang pompuan sedang mengacukan pakaian pengantin ke badannya. Di sisinya, kelihatan seorang lelaki yang aku memang hafal susuk tubuhnya walaupun ketika itu dia membelakangkanku. Farriel dan Marina… diorang... diorang nak kahwin dalam masa terdekat ni ke? Tubir mata terasa basah serta-merta.

"Adry."

Bahuku ditepuk perlahan. Aku berpaling. Muka Kak Timah yang blur aku pandang kosong. 

"Kenapa ni" soalnya. Pelik.

"Saya minta diri dulu, kak!"

Tas tangan aku ambil. Kak Timah dan Chot pantas aku salami. Tak sanggup rasanya untuk terus berada di

Page 115: Cerpen AD +IZ

bawah bumbung yang sama dengan Marina dan Farriel.

"Aik, kata nak lepak sini sampai petang?" kata Chot, sedikit keliru.

"Aaa… lain kali la. Saya baru teringat yang saya ada kerja sikit nak dibuat. Pintu belakang tak kunci kan, kak?"

"Tak!" Jawab Kak Timah dengan dua kening hampir bertaut.

Dan aku terus keluar dari butik itu. Berjalan menyusuri satu per satu bangunan kedai yang ada di situ. Berjalan dan terus berjalan walaupun hujan rintik-rintik sudah bertukar menjadi semakin lebat. Aku sendiri tak tahu nak ke mana. Tapi aku tahu aku perlu berada jauh dari butik Puan Karen kerana di situ, aku terasa seolah-olah tubuhku lemah tak bermaya. Seperti seluruh kudrat tenagaku sudah disedut keluar. Esoknya, badan aku terasa seram sejuk dan pitam kat kampus.

MARINA setia menanti panggilannya disambut oleh orang di hujung talian.

"Helo!"

"Helo! Auntie Mary! Marina ni!" sapanya girang. Lamaran Farriel benar-benar membuatkan harinya ceria kebelakangan ini.

"Ooo… Marina! So, how are you? How’s Malaysia? Good?"

Suara Auntie Mary begitu jelas di telinga Marina walhal dia berada di US.

"I’m fine. Malaysia still peace and beautiful as usual. Auntie, I’ve got good news for you!" jerit Marina girang. Marina rapat dengan Auntie Marynya berbanding dengan adik-beradik arwah ibunya yang lain.

"What? Tell me! Tell me!" pinta Auntie Mary teruja. 

"Somebody has proposed me! And I’m getting married in a few months!"

"Oh my God! Betul ke ni? Dengan siapa?"

"Farriel!"

"That… Farriel? I thought you’re not serious with him since he’s fat, naïve?" soal Auntie Mary lambat-lambat.

"But not now. Dia dah kurus la, auntie... I think I love his style now. More confident and gentleman! Tak la malu nak ke majlis ke mana-mana lagi. Kenapa? Auntie macam tak suka aje?" Marina sudah mula terasa hati dengan reaksi auntienya.

"Auntie bukan tak suka. But we are talking about marrying someone for the rest of your life. Kamu kena pilih betul-betul," nasihat Auntie Mary.

"Wait! Which part make you upset, auntie? Part I am getting married ke part I nak kahwin dengan Farriel?" soal Marina bengang.

"Both!"

"Why?"

Page 116: Cerpen AD +IZ

"First, you’re not ready for marriage. You hate commitment, remember? Second, Farriel as your future husband? Are you serious?" Auntie Mary tertawa kecil di hujung talian.

"Okey! Sekarang I dah ready nak bagi komitmen pada perkahwinan, auntie. Yeah, I know perkahwinan mama papa tak bahagia tapi itu tak bermakna yang I pun akan gagal dalam perkahwinan, kan? Lagipun, I pilih Farriel. Farriel is the most perfect guy I ever met!" terang Marina bersungguh-sungguh.

"Auntie gembira kalau kamu dah mula berfikiran positif terhadap perkahwinan. But still, I don’t think Farriel suits you, darling…."

"Why not, auntie?"

"Coz both of you have a different social life, different principle about life… I don’t know! Both of you are just different! Auntie tak rasa kamu boleh adapt dengan Farriel’s ways of life, and so does Farriel. Farriel bukan macam Adam, bukan macam Saiful, bukan macam Matt. Mereka tu dah lebih ‘orang putih’ dari mat salih..." luah Auntie Mary.

"Are you saying that you won’t…"

"No, Marina! Itu cuma pendapat auntie aje. Apa pun, auntie tetap akan sokong apa sahaja tindakan kamu. Termasuk la tindakan kamu menerima lamaran Farriel!"

"Great! I love you so much auntie! So, auntie akan tolong Marina buat preparation?"

"Of course, darling!"

"Thank you, auntie! I betul-betul perlukan bantuan auntie. Coz I never have experience… Of course I don’t have any experience! This is my first and last wedding!" teriak Marina gembira.

"By the way, Ryan datang sini dua tiga hari lepas. Dia cari kamu!"

"Ooo…."

Mood Marina berubah mendengar nama itu.

"Jumpa la dia. Tak pun, call dia. Rasanya dia ada banyak perkara nak cakap pada kamu."

"But I don’t have any! Cakap pasal Ryan buat Marina hilang mood la. Okey la, auntie. Lain kali Marina call lagi. Bye!"

"Bye, darling! Take care…." 

Talian diputuskan. Gagang telefon dicampak ke sofa. Marina membuang pandang ke luar. Melepasi balkoni apartmennya.

Ryan… nama itu kembali segar di ingatannya.

Bab 15 

SUASANA kafe berdekatan fakultiku havoc seperti selalu. Macam-macam ragam manusia ada. Yang tengah kebulur tahap rakyat Somalia khusyuk menghadap hidangan. Yang tak berapa lapar, akan makan

Page 117: Cerpen AD +IZ

sambil control ayu atau maco; berbual dan sesekali menyudu makanan. Yang langsung tak lapar atau tak berduit pulak sekadar menjadi pemerhati atau peneman kepada sahabat yang tengah mengisi perut. Untung sabut, dapat la makan free, dibelanja dek kawan-kawan atau couple. Untung batu, ambik bau aje la!

"Kau dah betul-betul sihat ke ni?"

Satu soalan kedengaran, diikuti dengan satu tepukan di lenganku. Lamunan yang melayang entah ke mana, terhenti. Senyuman lemah aku lemparkan pada Erin. 

"Okey! Demam biasa aje. Buat apa nak lama-lama?" jawabku.

"Kau dengan Farriel? Dah okey ke belum?" 

Aku mengeluh perlahan.

Namun sempat didengar dek Erin. 

"Macam tu la. Dia dengan hal dia. Aku dengan hal aku."

"Kau dah cakap pasal Ihsan dengan dia?" 

"Tak sempat. Masing-masing sibuk memanjang. Biar aje la."

Padahal aku dan Farriel masing-masing malas nak bercakap pasal benda-benda tu. Kalau memang betul jodoh kami tak panjang, biar la kami berpisah dengan cara baik. Cara terbaik untuk itu, adalah mengetepikan isu-isu sensitif dari dibincangkan. Dapat berbual macam kawan-kawan pun dah kira okey bagi aku. Jus carrot aku sedut perlahan-lahan.

"Tak boleh la macam tu. Nanti dia fikir bukan-bukan. Dari tak ada, jadi ada pulak. Kan susah!"

Aku merengus. Malas nak sesakkan fikiran. Bila sampai masanya, aku akan fikirkan. Buat masa sekarang, aku nak rehatkan otak dari fikir perkara-perkara yang membebankan fikiran tu.

"Naluri aku kuat mengatakan yang Farriel pun ada hati dengan kau. Korang ni saling suka sama suka. Tapi ego nak berterus terang. Cuba kau cakap perasaan kau pada dia."

"Buat apa? Nak malukan diri sendiri? Lagi berpesta dia bila tau aku dah jatuh dalam ‘perangkap’ dia."

Leher kupanjangkan. Meninjau-ninjau ke kedai dua dari hujung. Usha sama ada nasi goreng seafood yang aku dan Erin pesan tadi dah siap atau belum.

"Susah! Kau kepala batu. Dia kepala konkrit. Memang padan la korang berdua!"

Aku diam. Malas nak bertekak. Orang cakap memang senang. Aku yang menanggung ni yang rasa susahnya. Bagi aku, Farriel tu susah nak dijangkakan. Kadang-kadang aku rasa macam dia pun ada hati pada aku. Kadang-kadang aku rasa aku cuma bertepuk sebelah tangan. Sudahnya, aku yang keliru!

"Hah! Tu dia dah datang…."

Pandangan kualihkan ke arah yang sama dengan Erin. Ihsan yang maco melangkah ke arah kami. Berkot warna maroon, kemeja pink, slack hitam, kena pulak dengan cermin mata yang elok terletak di batang hidungnya yang mancung tu. 

Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak jumpa dengan Ihsan lagi dah. Lebih-lebih lagi lepas tau yang dia

Page 118: Cerpen AD +IZ

ada hati padaku. Tapi, yelah… menyorok la kat mana pun di kampus ni, mesti akan berjaya dijejaki oleh Tengku Ihsan Nur Qayyum ni. Setakat area kat kampus ni, semua dalam kepala dia.

Dan Ihsan seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada warga kampus ni. Ihsan memang peramah. Tak kira lecturer ke, student ke, pekerja kampus ke, asal rajin buka mulut, jadilah mereka berborak. Pendek kata, dia ni memang disukai ramai dan popular la. Buktinya? Dah nak setengah tahun aku belajar kat kampus ni, dah nak sekerat kotak TV 14 inci juga la banyaknya surat peminat Ihsan yang aku terima. Semuanya menyuruh aku mengajukan surat cinta mereka kepada Ihsan. Dan Ihsan dengan mentah-mentahnya juga la akan menolak surat-surat tersebut di hadapanku.

"Kalau yang menghantar surat itu bukan bernama Adrianna Mayesa, saya tak berminat nak membaca apatah lagi nak melayan!"

Itu la ayat yang keluar dari mulutnya. Sikit pun tak disentuhnya surat-surat tu. 

Hmmm… langsung berhenti makan anak-anak dara yang ada kat kafe ni. Ternganga mulut masing-masing memandang Ihsan. Berharap Ihsan akan memberi perhatian atau sekadar memandang ke arah mereka. Masing-masing hampa bila melihat Ihsan menarik kerusi di hadapan mejaku, lantas duduk. Cermin mata hitam ditanggalkan. Sepasang matanya tajam merenungku. Seakan ingin melepaskan rindu terhadapku.

Erin bingkas bangun sebaik sahaja dijerit oleh anak tuan kedai makan. Padanya kuhulurkan sejumlah wang dan berpesan agar dia mengambilkan pesananku sekali.

Tinggallah aku dan Ihsan. Dan aku terperasan sesuatu di wajah cerah Ihsan. Sesuatu yang turut dimiliki oleh Farriel. Kesan lebam yang sudah tidak ketara warna kebiruannya. Mungkin sudah mulai sembuh, seiring dengan masa yang berlalu. Kalau dengan Farriel, aku langsung tidak bertanya kerana pada saat itu aku pasti bahawa kesan lebam tu bersangkut-paut dengan kekasihnya, Marina. Tapi bila Ihsan turut ada ‘tanda’ yang sama, aku mula sangsi dengan andaianku sendiri. "Kenapa tu?"

Jari telunjuk kuarahkan ke tepi pipi kanannya. Dekat dengan bibir.

Ihsan serta-merta meraba kesan lebam di pipi. "Ooo… ni?"

Aku angguk kepala. Ingin tahu.

"Ni… cara dua orang lelaki ‘bermesra’. Cara dua orang lelaki menyelesaikan masalah berkenaan pompuan. Dan seharusnya pompuan tu berasa bangga sebab dua orang lelaki sanggup bertarung deminya."

Mata Ihsan ‘menghantar’ mesej yang aku tak boleh nak tafsirkan. 

Dengar jawapan Ihsan yang ‘dalam’ maksudnya itu, aku jadi malas nak bertanya lagi. Nanti entah apa-apa jawapan pulak yang keluar dari mulutnya. "Awak dari mana ni? Nampak letih aje."Pantas aku ubah tajuk perbualan.

"JB."

"Straight datang sini?"

Terkejut aku mendengar jawapannya.

"Haah. Saya kena sampai sini sebelum atau masa makan tengah hari. Kalau tak, tak dapat la jumpa awak. Petang nanti memang tak dapat ‘melawat’ ke sini. Ada banyak kerja. Awak pun ada kuliah sampai pukul enam, kan?"

Page 119: Cerpen AD +IZ

Aku angguk. Kadang-kadang, aku rasa Ihsan lebih tau dan prihatin mengenai diriku. Jadual kuliahku. Due date assignment. Presentation. Buku-buku yang aku perlukan. Sehinggalah kepada perkara peribadiku. Contohnya tarikh lahirku.

"Mana tau tarikh lahir saya?"

"Kan kita mendaftar sama hari tu. Your personal details, kan saya pernah tengok…." 

Mungkinkah benda-benda seperti itu lebih ‘melayakkan’ Ihsan menjadi suamiku, bukan Farriel? Itukah ukurannya? Bukan hati dan perasaan? Bagaimana dengan rasa cinta?"Tak letih?"

"Memang letih. Tapi kalau tak tengok awak sehari, lagi ‘letih’ rasanya hati dan badan ni. Takpe. Hari ni aje. Ganti tempat Aril."

"Farrielnya mana? First projek dia kan yang kat JB tu?" 

"Yap! Your hubby tu, saya tak tau la pergi mana. Pagi-pagi lagi dah hilang. Handphone tak aktif. So, saya terpaksa la jadi bidan terjun kejap."

Ke mana Farriel? Pagi-pagi lagi tadi dia dah keluar. Sangkaku dia ke pejabat.

"Adry, lama lagi ke saya nak kena tunggu jawapan awak terhadap lamaran saya hari tu?"

Aku terkejut mendengar soalannya. Lamaran? "Saya dah jawab pun lamaran awak tu!"

"Ye ke? Apa jawapannya?" Ihsan garu kepala.

"Saya tak boleh terima awak. Sama ada Farriel ada atau tak, saya memang tak boleh terima awak lebih dari seorang kawan. Saya tak cintakan awak."

"Hmmm… persistently rejected. Takpe. Just be with me. Tak lama lepas tu, mesti awak jatuh cinta pada saya," pintanya.

Aku geleng kepala. Ingat jatuh cinta ni macam apa? Aku sedar, Ihsan dah banyak berbudi padaku. Memang aku teringin nak membalas budinya itu. Tapi kalau cinta yang diharapnya sebagai pertukaran, memang aku tak berdaya untuk membalas. Maaf Ihsan, soal hati ni memang berada di luar kawalan aku. 

"Nasi goreng seafood siap! Makan jom!" ujar Erin sebaik sahaja tiba di meja bersama-sama dua pinggan nasi goreng. Duduk aje, terus dicapainya sudu dan garpu. Tanpa berlengah, sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulut.

"Ihsan, awak tak nak makan ke?"

"Nope! Thanks. Saya dah makan tadi!"

Tanpa mengendahkan Ihsan yang masih tak jemu-jemu merenung dengan mata mengharapnya, aku suap makanan depan mata. Lantak la kau nak buat apa pun. Aku nak makan. Lapar tahap tenuk dah ni!

NENDA NERRISA menyelak satu per satu helaian album. Terhias di matanya wajah-wajah Farriel dan adik-adiknya sewaktu kecil. Tak ketinggalan, gambar anak-anak dan cucu-cucunya yang lain.

Tiba pada gambar perkahwinan Adrianna dan Farriel, lama matanya merenung gambar tersebut. Dikeluarkan pula album lama dari raknya. Diselaknya perlahan-lahan. Dan bila matanya jatuh pada wajah kanak-kanak berusia dua belas tahun, dikeluarkan gambar itu. Kemudian diletakkan bersebelahan dengan

Page 120: Cerpen AD +IZ

wajah isteri cucunya. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Terasa susut rindunya menatap kedua-dua gambar tersebut.

"Ann… Rianna…."

Dia mula mengerti mengapa Farriel memilih Adrianna sebagai isteri. Persamaan yang secara kebetulan berlaku. Memang suatu kebetulan yang indah. Dan tiap kali bersama Adrianna, dia tidak mampu menepis bayangan Ann yang terlayar di hadapan mata tuanya. Kemanjaan, tingkah-laku, cara Adrianna melayaninya benar-benar membuatkan dia merasakan bahawa Ann ada di dalam diri Adrianna. Mungkinkah ada sebegitu banyak kebetulan?

RIUH-RENDAH suara aku dan Hana ketika masuk ke rumah dengan menjinjing barang-barang untuk dibuat hantaran. Saudara-mara, jiran-jiran dan sekalian hadirin yang ada di situ tertoleh-toleh ke arah kami. Ops… lupa pulak! Diorang berkampung, menyiapkan mana-mana yang patut untuk majlis perkahwinan aku minggu depan.

"Nenda!" jeritku sebaik sahaja terpandangkan Nenda Nerrisa yang tengah memantau ‘anak-anak buah’nya bekerja. Seperti kebiasaannya, aku akan memeluk dan mengucup pipinya, bertalu-talu. 

"Rindu sangat dengan nenda!" luahku. Tangan masih berlingkar di tubuh Nenda Nerrisa.

Nenda tersenyum sambil menepuk-nepuk tanganku. Tanda dia senang diperlakukan begitu.

Hana cuma tersenyum melihat telatahku dan nenda. Berdehem-dehem dia menyuruh aku melepaskan nenda kesayangannya. Seketika kemudian kami bertiga berbual riang. Bercerita itu dan ini. Bercerita semasa kami berada di shopping complex tadi kepada nenda tersayang.

Nenda cuma mengangguk, sesekali ketawa dengan gelagat cucunya.

Tengku Murni Hadirah yang muncul entah dari mana sekadar menjeling. Meluat dengan kehadiran Adrianna di rumah nendanya. Sepupunya pulak macam sengaja memboikot kehadirannya di situ. Sedikit pun tidak mengendahkannya. Dengan hati yang separuh masak dipanggang api cemburu, dia menghampiri mereka bertiga. Muka dimaniskannya.

"Murni! Mari la join! Kami tengah bincang macam mana nak gubah hantaran ni," pelawaku sebaik sahaja menyedari Murni terpacak di sisi sofa yang nenda duduk. 

Tawa nenda dan Hana terhenti tatkala menyedari kehadiran Murni yang berwajah masam tu. 

Aku agak, kalau selori gula ditabur pun, belum tentu dapat meneutralkan kemasaman wajahnya.

"Nenda, bonda ngah panggil kat atas. Katanya nak bincang pasal atur cara majlis," kata Murni tanpa riak.

"Ish, Si Khalidah ni! Aku yang dah tua ni pulak disuruhnya ke atas. Bertuah punya anak!" rungut nenda. Namun dia tetap mencapai tongkatnya dan bangun dari sofa."Biar Hana pimpin." Hana offer diri.

Mereka berdua mendaki tangga bersama-sama.

Keadaan rumah masih riuh-rendah dengan suara-suara mereka yang hadir bercerita. Tu namanya, sambil menyelam minum air. Tangan jalan, mulut pun sekali jalan.

Aku yang bingung tak tahu nak buat apa dan ditambah pula ketakutan dengan mata Murni bak helang mengintai mangsa yang terus-menerus merenungku, ambil keputusan untuk menjejaki nenda di tingkat atas. Masa aku berselisih dengan Murni, tiba-tiba minah garik diraja ni sengaja buat-buat terlanggar

Page 121: Cerpen AD +IZ

bahuku, sampai aku nak tersembam ke depan. Bahu minah ni besi ke apa?

Dengan bulu mata lentik ala-ala unta, dia memandang ke arahku yang dah tentu-tentu berwajah kelat dan sebal dengan perangai taiko tak bertaraf dia tu. 

"Nama aku Tengku Murni Hadirah. Panggil aku Tengku Murni. Kau tau kenapa ada gelaran Tengku kat pangkal nama aku? Sebab ada darah kerabat diraja mengalir dalam badan aku ni. Kau pulak just orang kebanyakan. Tak setaraf langsung dengan aku! Faham?" katanya sinis.

Alahai… berlagaknya! Entah berapa titik darah raja sangat la yang ada dalam badan dia tu. Sebab darah yang tak seberapa titik tu, aku dikatakannya tak setaraf dengan dia? 

Farriel dari golongan kerabat juga. Tapi dia langsung tak nak orang panggil dia Tengku.

Hana dan yang lain-lain, semua ada gelaran Tengku, tapi selamba badak aje bahasakan diri ‘kau-aku’, ‘bro-sis’, atau apa-apa kata ganti nama yang tak formal bila berbual dengan aku.Ihsan pun tak kisah satu bulu roma pun dengan tengku kat pangkal namanya.

Dia ni aje yang lebih kuah dari sudu!

"Tengku Murni Hadirah Tengku Makmur…."

Murni buat muka riak bila aku mengalah dengan memanggil namanya berserta gelaran yang dimiliki.

"Sesungguhnya gelaran tersebut hanyalah sekadar membezakan taraf kita di dunia ini. Tapi di sisi Sang Pencipta, kita ni sama aje. Apa pun, ‘patik’ pacal yang hina ni memang malas nak berbalah tentang pangkat atau gelaran ni. Yelah, siapa la ‘patik’ nikan… langsung tak setaraf dengan Tengku. Tengok tapak kaki aje pun dah nampak bezanya. Boleh tanya? Dah berapa hari Tengku tak basuh kaki? Busuk la! Naik loya tekak ‘patik’!"

Habis aje cakap, cepat-cepat aku tinggalkan Murni… ops! Tengku Murni Hadirah yang muka dah macam udang galah kena bakar. Tak kuasa nak layan! Buang karan, buang tenaga, buang air liur, buang pahala….

MASUK ni dah lima pasang gaun pengantin aku cuba, pakai dan tayang depan Farriel. Kelima-lima pasang baju ni juga la direject dek Farriel. Tak cantik la, warna nampak dull la, nampak semacam la. Ada aje la komennya. Walhal semua baju tu okey aje pada pandangan aku. Semua cantik. Rasa nak kemot-kemotkan aje mulut dia yang lantang memberi komen ala-ala Adlin, pengkritik AF tu. Dia yang buta fesyen, disalahkan pereka baju pula. Aku ni dah nak angin satu badan gara-gara kena pakai tanggal baju. Nasib baik ini semua atas permintaan nenda dan mama Si Farriel. Kalau tak, memang malas aku nak mengikut mamat ni pilih baju. 

Asalnya baju untuk majlis resepsi tu dah ada. Baju kebaya pendek warna hijau pink, satu sut dengan baju Melayu untuk Farriel. Baju tu kami akan pakai masa bersanding nanti.

Tiba-tiba pulak Hana muncul dengan idea bernas; suruh kami pakai baju lain masa acara potong kek. Katanya, cuba la pakai gaun; baju pengantin versi Barat pulak. Yelah, nikah kahwin ni sekali aje seumur hidup. Dah la aku kahwin express, kalau nak melaram maka ‘pulun’ la habis-habisan masa majlis ni.

Bila cadangan bernas Hana dah disokong penuh oleh nenda dan mama, aku dan Farriel dah tak ada pilihan lain melainkan mengikut kata mereka.

Nak tak nak terpaksa la aku mengikut langkah kaki Farriel ke butik ni. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak teringin pun nak pergi ke mana-mana butik pengantin terutama sekali dengan Farriel.Teringat kembali saat-saat aku terserempak Farriel bersama Marina. Ei, sakit hati! Memang takde hati

Page 122: Cerpen AD +IZ

perut betul la beruang kutub utara tu! Macam sengaja aje show-off minah blend omputeh tu!Dalam pada membebel dalam hati tu, aku pakai juga gaun labuh hingga ke buku lali gabungan dua warna; merah hati dan ros. Kain satin, potongan tutup seluruh 

tubuh namun jarang di bahagian lengan, dada dan leher. Memang cantik gila dan ikut body baju ni. Kainnya pun lembut aje.

Rambut melepasi bahu aku lepaskan bebas. Biar la! Fitting area ni tersorok kat belakang butik. Lagipun, ada tirai yang memisahkan ruangan ini dari ruangan yang lain. Farriel pun bukan tak pernah tengok rambut aku. Pekerja butik ni semua pompuan. So, aku malas nak buka pakai tudung banyak-banyak kali.

Dengan confident, aku keluar dari fitting room dengan high heels warna sedondon.

Farriel elok duduk tercongok sambil menyelak majalah fesyen. Sedikit pun tidak mengendahkan kehadiranku di hadapannya.

"Okey tak ni?" soalku kuat. Cuba menarik perhatiannya.

Pandangan Farriel beralih ke arahku. Majalah di tangan terlepas lalu terjatuh ke lantai. Mulut Farriel terlopong memerhatikanku dari atas ke bawah. Dari atas ke bawah. Mengulangi perbuatan itu beberapa kali. Lama dia terdiam.

Bisu ke apa dia ni? Tangan aku goyang-goyangkan ke udara. Berharap Farriel akan kembali ke alam nyata. 

"Helo! Dah sampai mana tu? Aku tanya, okey ke tak baju ni?" soalku agak kuat.

Pekerja butik, Cindy, yang dari tadi setia melayan kerenah aku dan Farriel hanya tersenyum melihat wajah Farriel yang terkulat-kulat dan mulut ternganganya.

"Aaa…."

Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut- 

kerutkan. Seolah-olah berfikir. "Aku rasa tak sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!"

"Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang semacam la, hiasan macam badut sarkas la. Menyusahkan orang betul la! Bla bla bla…." Bebelku seraya masuk semula ke fitting room. Tak sabar-sabar nak tanggalkan baju ni. Panas!

FARRIEL tersenyum sendirian. Ad mula naik angin bila dia dipaksa mencuba beberapa helai pakaian yang ada di situ. Bukan dia tak berkenan. Sengaja dia nak luangkan lebih masa bersama Ad. Kebelakangan ni, masa mereka bersama agak terhad. Dia rindu untuk menghabiskan masa bersama-sama Ad. Melihat Ad marah, tersenyum, ketawa, merajuk… Sungguh dia rindu! Mungkin semua itu bukan miliknya lagi. Sudah menjadi milik Ihsan sepenuhnya.

Ah, bila teringatkan lelaki tu, hatinya jadi panas. Betapa sakitnya hati melihat lelaki itu bergegas keluar setiap kali waktu rehat bermula. Sudah pasti ingin berkejar ke kampus. Makan dan menghabiskan masa bersama-sama Ad sebelum masuk bekerja semula. Kalau diikutkan hati, nak aje rasanya dia menahan Ihsan dari terus berjumpa Ad. Tapi dia tak punya alasan untuk berbuat demikian. Dan dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mencampuri urusan Ad lagi; seperti mana yang termaktub di dalam kontrak. Ah, bingung!

"Okey tak ni?"

Page 123: Cerpen AD +IZ

Gaun satin labuh itu membuatkan dia terpegun seketika. Siapa sangka, Ad yang agak ganas dan kasar sewaktu sekolah dulu, sudah berubah menjadi wanita yang cantik. 

Jika dibariskan kesemua wanita cantik dari seluruh pelosok dunia sekalipun, dia tetap akan memilih Ad sebagai pemenangnya. Kerana Ad punya segala yang diinginkannya. Butakah aku kerana gagal menilai kecantikanmu, wahai gadisku?

"Helo! Dah sampai mana tu? Aku tanya, okey ke tak baju ni?"

Soalan Ad membuatkan dirinya kembali ke alam nyata. Pekerja butik yang setia berdiri di situ, tersengih-sengih. Alamak, kantoi berangan! Adoi! Malu, malu!

"Aaa…."

Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut-kerutkan. Seolah-olah berfikir. Cover... cover. "Aku rasa tak sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!"

Walhal dia akui yang gaun tu memang cantik dan sesuai dengan Ad. Cuma dia tak sanggup berkongsi kecantikan Ad dengan tetamu-tetamu yang hadir di majlis itu nanti. 

"Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang semacam la, hiasan meriah sangat la. Menyusahkan orang betul la! Bla bla bla…." 

Farriel cuma tersengih bila mendengar bebelan Ad. Ad… Ad… macam-macam!

"I nak try baju ni. Mana fitting room you?" 

Jantung rasa nak melompat keluar dari badan. Aik, macam kenal aje suara tu! Bukan ke tu suara Marina? Suara Marina ‘bergerak’ dari bahagian hadapan kedai menuju ke tempatnya. Dan sebelum dia dihujani dengan soalan-soalan dari Marina, dia perlu segera mengambil tindakan drastik.

"Iz! Apa kau buat masuk dalam fitting room ni?!" 

Ad yang dalam keadaan ‘tak berapa lengkap berpakaian’ tu dipandang dengan wajah minta dibelas.

TIGA PULUH MINIT berlalu. Marina kat luar sana masih galak berulang-alik dari depan ke belakang; mencuba setiap pakaian yang berkenan di matanya. Ya Allah, bila la minah ni nak balik? Aku dah naik ‘masak’ duduk dalam bilik ni!

Aku mundar-mandir dalam ruangan yang tak seberapa besar tu sambil mengipas diri sendiri dengan tangan. Suhu dalam fitting room yang sempit tu tak dapat aku nak anggarkan. 60 darjah Celcius, mungkin. Baju gaun labuh yang aku pakai dah lencun dek peluh.

Farriel dah duduk di satu sudut. Mukanya merah akibat kepanasan.

Isk, Marina ni… tak sudah-sudah lagi ke cuba-try-test baju? Takkan nak test setiap baju kat butik ni kut? 

Lambat-lambat Ad duduk berhadapan dengan Farriel. Merenik peluh di dahinya.

Kesian pulak tengok Si Ad ni. Sapu tangan dikeluarkan dari kocek. Lalu dilapnya dahi Ad.

"Thanks," kataku sebaik sahaja Farriel selesai mengelap peluh di dahi. Ada rasa perikemanusiaan juga dia ni… Ingatkan dah pupus!

"Setakat modify sikit bahagian pinggang, takkan nak ambik masa sampai seminggu kut?! Tak efficient

Page 124: Cerpen AD +IZ

langsung la butik you all ni!"

Jeritan Marina jelas kedengaran. 

Aku pandang Farriel. Kening kuangkat, mengisyaratkan ‘tu la Marina, si spoilt brat yang kau bangga-banggakan sangat tu!’

Farriel turut angkat kening. Ada aku kisah dengan pendapat kau?

"So, kau dengan dia dah nak kahwin ke?" soalku perlahan. 

"Aku dah lamar dan dia dah terima. Tengok la macam mana," balasnya dalam nada yang sama. 

"Kau belum beritahu dia yang kau dah kahwin, kan?" serkapku. Kalau tak, takkan kami perlu menyorok kat sini, kan?

"Hmmm… belum!"

"Famili kau dah tau belum yang kau nak kahwin dengan Marina?"

"Belum!"

Bagus sangat la tu! Mesti takut nak bersoal jawab dengan kaum kerabat dia la tu.

"Kan ke elok kau beritahu famili kau yang Marina tu awek kau. Tak ada la jadi macam ni. Tengok, kau juga yang susah," tempelakku.

"Aku bukan sengaja tak nak beritahu. Aku takut tak jadi macam awek-awek aku sebelum ni. Kan ke malu jadinya nanti!"

Farriel melarikan pandangan dariku. Enggan menatap wajahku. Ye la, aku ni hodoh… tak secantik Marina yang Pan-Asian tu! Aku ni setakat pan-cake aje… hu hu hu!

"Tapi sebab kau terlalu berahsia la sampai jadi macam ni!"

Sinis aku menyatakannya. Ye la, kalau dia telus dengan famili dia, dah tentu tak jadi kes kahwin paksa dan meleret-leret sampai ‘terkurung’ dalam fitting room yang maha sempitnya ni!

"At least…" ujarnya antara dengar dan tidak.

"At least… aku dapat bagi pekerjaan pada kau," sambungnya.

Aku mengangguk. Betul la tu. Kalau tak kerana jadi isteri kontrak, aku sendiri tak tau mana nak cari duit untuk bayar hutang lapuk Pak Cik Bakar.

Betul la… hubungan aku dan Farriel berlandaskan kontrak semata-mata. Aku yang bodoh. Aku fikir Farriel akan jatuh cinta pada diriku. Aku fikir pengakhiran cerita kami akan happy ending seperti fairytale yang pernah diceritakan kepadaku sewaktu kecil dahulu. Fantasi dan realiti tak mungkin seiring, Adry.

Benteng air mata aku bina setinggi-tingginya. Menghalang air mata dari gugur di hadapan Farriel.

Farriel memandang wajah murung Ad buat kesekian kalinya. Kenapa kau tanya tentang perkahwinan aku dan Marina? Kau dah tak sabar-sabar nak hidup bebas dari aku ke? Dah tak sabar-sabar nak hidup dengan kekasih kau, Si Ihsan tu?

Page 125: Cerpen AD +IZ

"Tapi sebab kau terlalu berahsia la sampai jadi macam ni!"

Sebab aku terlalu berahsia la kita dapat macam ni, Ad. Sebab salah faham tu la aku dapat jumpa dan bersama dengan kau. Kau tau tak, aku selalu berdoa untuk bertemu dengan kau semula lepas kita habis sekolah. Yang aku tau, aku nak jumpa dengan kau lagi. Yang aku tau, aku perlu berjumpa dengan ‘Ad’ku. 

"At least… aku dapat bagi pekerjaan pada kau."

Bodoh punya mulut! Bukan itu yang aku nak cakap la! Kenapa la mulut ni tak pernah seiring dengan kata-kata yang terlafaz di dalam hati?

At least, aku dapat berkahwin dengan kau, aku dapat luangkan masa bersama-sama kau, aku dapat lihat kau ketawa, menangis, merajuk, membebel. At least aku dapat hidup bersama-sama dengan kau, walaupun untuk seketika.

Itu sebenarnya yang aku nak cakap!

Diam. Suara Marina tidak kedengaran lagi. Mungkin dia dah balik.

Farriel segera bangun. Meluruskan pinggang yang lenguh sebelum menarik selak pintu. Dia ingin segera keluar dari situ. Bukan kerana dia rimas berada di dalam ruang sempit itu. Tapi kerana dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan Ad. Wajah suram Ad meruntun hatinya."Farriel?"

Suara itu memanggil.

Farriel mematung di situ. Dengan teragak-agak, Farriel berpaling ke belakang.

Marina tegak berdiri di situ. Memandang dengan wajah tidak percaya.

Oo… oo… kantoi!

"Farriel? You buat apa kat sini?"

Farriel rasa nak jadi halimunan aje tatkala Marina berada betul-betul di belakangnya. Nak tak nak, suka tak suka, dipalingkan juga tubuh badannya menghadap Marina. Ligat akal di kepala memikirkan alasan terbaik untuk diberikan kepada Marina. 

"Aaa… I cari baju untuk function. You tau la, kan… jadi orang korporat ni sana-sini ada function…." 

Tergagap-gagap Farriel mereka alasan. Matanya tak henti-henti menjeling ke arah fitting room. Berharap Ad tak keluar saat itu. 

Ad, bertahan la kat dalam tu. Tunggu sampai aku bawa minah ni keluar dari sini dulu.

"You nak pergi function apa? Biar I pilihkan," ujar Marina. Dia mula bergerak ke deretan pakaian lelaki. Memilih pakaian yang sesuai untuk Farriel.

"Aaa… tak payah la. I dah tengok semua dan tak ada yang sesuai. Why don’t we go kedai lain. Maybe kat situ ada yang sesuai."

Farriel berdoa bersungguh-sungguh agar Marina termakan dengan kata-katanya.

Page 126: Cerpen AD +IZ

"Yeah, I baru ingat. Ada satu kedai a few blocks from here. Diorang ada banyak collection tau! You nak pergi tengok?"

"Of course! Jom kita pergi sekarang!" 

Farriel mengucap syukur. Tangan Marina dikepit dan didorongnya agar segera keluar dari situ. Sempat dia mengerling ke belakang; melihat Ad yang kepalanya dah terjulur keluar melihat dirinya dan Marina berlalu pergi. Wajah Ad yang berpeluh-peluh itu meruntun hatinya. Mulut dikumat-kamitkan.

Sorry, Ad! I will make it up for you. Sorry!

Bab 16 

MIDAH tak senang duduk. Mula-mula kerusi meja makan diletakkan punggungnya. Tak sampai lima minit, dia bangkit semula. Mundar-mandir di sekitar ruangan rumah yang sempit.Zalika yang tadinya khusyuk menonton, mengerling ke arah emaknya. "Kenapa dengan mak ni? Macam cacing kepanasan aje!"

"Akak kamu, Si Adry tu. Betul ke dia dah berhenti kerja?"

"Betul la! Ika tanya sendiri pada kawan dia kat butik tu. Lagipun dah dua tiga kali Ika pergi butik tu, memang dah sah akak tak kerja situ lagi."

"Isk… ada kamu tanya kat mana dia kerja sekarang? Macam mana nak hubungi dia?"

"Ika dah tanya, tapi kawan dia yang kerek tu tak nak beritahu! Panas aje rasa hati!"

Midah mengepal penumbuk. Hilang jejak Adry bermaksud dia kehilangan ‘lubuk emas’nya.

Selama bertahun-tahun Adry menanggung mereka sekeluarga. Dia sudah lama tak bekerja sejak berhenti dari menjadi GRO. Dia sudah berusia. Nak harapkan suaminya? Bakar hanya memegang gelaran itu tanpa tahu melaksanakan tanggungjawabnya. Zalika baru aje mendapat pekerjaan. Namun anaknya itu tak pernah ingin menghulur walaupun sesen. Bakhtiar pula lebih suka melepak, tersidai di sana-sini bersama kawan-kawannya. Cuma Adry yang setia menurut kehendak hatinya.

"Ika kena usahakan cari Kak Adry!"

"Nak cari kat mana? KL? Gombak? Klang? Bumi ni luas la mak!"

"Cari aje la kat mana-mana! Hutang TV, sofa, duit sewa rumah, bil-bil semua siapa nak bayar? Kamu?"

"Apa pulak Ika yang kena bayar? Kan ke selama ni Kak Adry yang bayar!"

Melengking suara Zalika mendengar kata Midah.

"Sebab tu la mak suruh kamu cari dia. Nak minta duit dari dia. Jangan dia ingat dia dah besar panjang, dah pandai cari duit, dia boleh lupakan kita macam tu aje. Penat-penat aku bela dia, dah besar jadi kacang lupakan kulit pulak! Kau pun kena la bagi mak duit. Jangan habiskan dengan berjoli aje!"

Zalika kumat-kamitkan mulut. Mengejek kata-kata emaknya. Matanya sedikit pun tak berganjak dari TV. Baginya, Adrianna langsung tak bererti. Yang membuatkan dia terus bercakap dengan Adrianna adalah soal duit. Kerana dengan Adrianna, dia boleh mengugut, memperbodohkan gadis itu untuk mendapatkan

Page 127: Cerpen AD +IZ

wang. Dengan emaknya, alamat keluar la isi telinga dibebel tak henti-henti. Penghabisannya, duit tak dapat, telinga aje yang dapat sakit! 

Bakhtiar yang datangnya entah dari mana, meluru masuk ke rumah. Daun pintu kayu yang hampir reput segera dirapatkan. Besi selak pintu dimasukkan ke tempatnya. Kemudian dia tersandar di situ. Melepaskan lelah. Peluh yang membasahi muka dan bajunya langsung tidak dihiraukan.

"Hah! Tiar, baru sekarang jumpa jalan balik? Dah dua minggu mak tak nampak kamu. Kamu ke mana?" Sinis Midah menyoal.

Bakhtiar yang masih tercungap-cungap sekadar memandang ke arah emaknya. "Mak! Mak kena tolong Tiar mak!"

"Tolong apa pulak ni, Tiar? Kamu bergaduh dengan kawan-kawan kamu lagi ke? Kamu kacau anak dara orang ye!" tuduh Midah.

Bakhtiar menggelengkan kepala. Menidakkan tuduhan emaknya.

Zalika yang menonton sekadar mendengar. Sesekali tawa sinis dilemparkan ke arah adiknya yang menarik-narik lengan baju emaknya, merayu rasa belas dari Midah.

"Bagi Tiar pinjam RM20,000.00, mak. Tiar janji, besok-besok Tiar kerja, Tiar akan bayar balik duit mak tu!"

"RM20,000.00? Banyaknya! Kau ingat mak ni Zeti Aziz, gabenor Bank Negara tu ke? Mana mak nak cari duit sebanyak tu?" Tinggi suara Midah menyoal.

"Ala… Tiar tau mak banyak duit! Ni, mak beli TV baru, sofa baru! Takkan mak beli dengan air liur aje?"

Panjang telunjuk Bakhtiar menuding ke arah ruang tamu yang dahulunya cuma ada kerusi rotan buruk dan TV hitam putih.

"Ni semua hutang, Tiar... Kak Adry kamu yang bayar tiap-tiap bulan. Sekarang ni Kak Adry kamu dah hilang entah ke mana. Langsung tak kirim duit. Kalau dia bagi pun berapa sangat la. Tak sampai ribu-ribu pun!"

"Mak tipu! Takkan la Kak Adry tak kirim duit. Kan ke dia takut sangat mak bakar barang-barang arwah mak dia tu? Mesti dia ada bagi duit tapi mak sorok, kan? Mak nak guna untuk diri mak, kan?" tuduh Bakhtiar pula.

Midah menggeleng. Tak tahu bahasa apa yang patut digunakan untuk menerangkan letak duduk perkara sebenar kepada Bakhtiar.

Bakhtiar tak mati akal. Dia menerpa ke sofa pula. Kaki Zalika digoncangnya. "Kak, kau mesti tau mana mak sorok duit, kan?! Tunjuk kat aku, kak! Aku betul-betul terdesak ni!" 

"Eh, Tiar! Kau ni tak faham bahasa ke? Dah mak kata tak ada, tak ada la! Memang betul pun Kak Adry tak bagi duit lagi sekarang ni. Dia pun dah berhenti kerja kat butik tu! Dia dah hilang! Aku dengan mak pun tak tau nak cari dia kat mana!"

Bakhtiar terkedu mendengar bicara kakaknya. Sangkanya Midah berbohong. Tapi bila Zalika turut mengiyakan pernyataan emak mereka tadi, dia mula termakan dengan cerita ‘kehilangan’ Adrianna. 

"Argh! Tiar tak kisah! Walau macam mana pun, akak dengan mak kena tolong Tiar. Kalau tak, mati Tiar!"

"Apa kau dah buat Tiar?" soal Midah gelojoh. Bahu anaknya ditepuk kuat.

Page 128: Cerpen AD +IZ

"Tiar… Tiar pinjam duit dari Ah Long."

"Ya Rabbi, Tiar… kau tau tak apa kau dah buat?" Midah mencapai batang penyapu di sudut ruang lantas mendapatkan Bakhtiar. 

Bakhtiar memeluk kedua-dua belah kaki di atas sofa, ketakutan apabila dapat mengagak tindakan emaknya sebentar nanti.

"Kau sedar tak apa kau dah buat? Kau pun sama macam bapak kau! Tak sudah-sudah menyusahkan hidup aku! Cuba la kau kerja baik-baik. Hari tu baru aje hutang bapak kau selesai. Ni kau pulak buat hal!" jerit Midah lantang. Tubuh Bakhtiar dipukul berkali-kali.

Menggelepar Bakhtiar menahan kesakitan. "Tiar tak sengaja, mak. Tiar kalah judi, kalah race motor. Tolong la Tiar, mak. Ah Long tu ugut nak bunuh Tiar! Ah Long tu asyik ikut Tiar aje dua tiga hari ni!"Tiba-tiba pintu rumah diketuk kasar dari luar. 

Midah, Zalika dan Bakhtiar terus membatukan diri masing-masing. Mata masing-masing melolot memandang papan pintu yang bergegar akibat ketukan ‘tetamu tak diundang’. Kecut perut apabila mengingatkan kata-kata Bakhtiar sebentar tadi.

"Siapa?" soal Midah dengan suara menggeletar.

"Kami nak cari rumah keluarga Cik Adrianna Mayesa."

Masing-masing berpandangan dan mengerutkan dahi.

Midah berjalan ke pintu. Selak ditarik dan pintu dibuka.

Dua orang lelaki berpakaian kemas dan bercermin mata gelap, tegak berdiri di muka pintu.

"Kami mencari ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali Cik Adrianna Mayesa," kata salah seorang lelaki tersebut dalam satu nafas. 

"Ada apa hal tu, encik?" soal Zalika yang sudah merapati Midah.

"Ada beberapa soalan yang perlu kami tanyakan," ujar lelaki kedua.

"Kalau kami dapat jawab soalan-soalan berkenaan Adrianna yang encik berdua kemukakan, apa ganjaran yang kami akan dapat?" Midah menyoal lagi.

Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri seraya menganggukkan kepala.

Midah dan Zalika berbalas pandangan. Merasakan lelaki-lelaki tersebut akan menuruti kehendak mereka, senyuman penuh makna terukir di bibir masing-masing.

PAP! Pranggg!

Farriel hampir terdorong ke depan. Mujur orang yang melanggar sempat memaut lengannya. Kalau tak, tak tentu dia dah terjunam ke lantai lobi.

"Maaf! Saya tak sengaja!" ujar lelaki itu dengan rasa bersalah.

"Takpe! Saya pun tak tengok kiri kanan tadi. Main redah aje," balas Farriel tanpa memandang wajah lelaki tersebut. Sibuk dia mengutip isi fail yang dah berterabur. 

Page 129: Cerpen AD +IZ

Lelaki itu mencangkung. Turut mengutip setiap helai kertas A4 yang terlambak di lantai.

Dan mereka bertentangan mata tatkala kertas diserahkan.

"Aril! Farriel, kan?"

"Adly! Headboy Sri Bistari, kan?" 

Farriel tersenyum girang melihat teman lama yang berdiri di hadapannya. Jika dulu, dia paling benci terserempak dengan Adly. Ada aje yang tak kena pada dirinya pada mata Adly. Namun kini, dia menganggap pertemuan ini suatu keajaiban.

Mereka bersalaman sambil memeluk bahu. Lagak teman akrab yang terpisah lama; bertanya khabar dalam suasana mesra.

"Lama betul la tak dengar cerita pasal kau. Last aku dengar pasal kau, kau pindah ke luar negara. Menetap kat sana. Macam mana kau boleh ada kat sini pulak ni? Tak tersangkut dengan mana-mana minah salih? Ke kau dah angkut dia balik sini sekali?"

Adly tersengih. "Mana ada. Aku lebih suka pompuan Malaysia yang sopan santun dari minah salih yang lepas laku tu. Lagipun famili aku ke sana sebab nak berubat. Kau tau kan, ayah aku tu ada sakit jantung."

Farriel mengangguk beberapa kali.

"So, sekarang ayah kau macam mana?" soal Farriel sekadar berbasa-basi.

"Orang tua, tau aje la. Nak kata sembuh 100% tu memang tak boleh la. Ada masa-masanya, datang juga penyakit dia. Kau sekarang kerja kat mana?"

"Hmmm… mana lagi? Company bapak aku la! Jadi manager cikai."

Tawa Adly pecah. "Manager cikai? Mustahil la!" 

"He he he…. Kau pulak kerja mana?"

"Aku kerja kat syarikat guaman kawan aku. Tolong-tolong dia sikit. Dapat la dua tiga ratus…" jawab Adly dengan penuh rasa rendah diri. 

"Peguam! Not bad. Memang ada ciri-ciri la… tapi kenapa tak kerja kat company ayah kau aje?"

"Isu sensitif tu!"

"Sensitif?"

"Mak tiri aku dah hijack company ayah aku sejak dia jatuh sakit. Semua benda mak tiri aku uruskan. Ayah aku cuma bagi nasihat atas angin aje. Aku malas nak campur, apa lagi nak kerja bawah dia. Kang tak pasal-pasal jadi perang saudara pulak. Kau tau aje la, berapa kerat sangat la mak tiri baik dengan anak tiri dalam dunia ni. Sebelum jadi benda tak baik, baik aku yang kerja kat tempat lain. Lagipun aku bukan kemaruk sangat nak jadi ahli korporat. Belajar pun ambik bahagian law."

"Eh, okey la ek! Aku blah dulu. Ada meeting dengan client jap lagi. Minta contact number kau. Kut-kut boleh lepak kedai mamak ke mana-mana ke esok lusa…."

Adly dan Farriel mengeluarkan kad masing-masing. Kad nama bertukar tangan.

Page 130: Cerpen AD +IZ

"Okey! Lain kali aje la kita borak panjang!"

Farriel atur langkah ke car park. Tak sampai lima langkah dia menepuk dahi. Teringat akan sesuatu. "Eh, lupa pulak! Terlanjur dah jumpa ni, aku nak ajak kau datang majlis kahwin aku."

"Kau dah kahwin? Biar betul?" Adly tersengih. Tak percaya dengan status Farriel yang dah setapak di hadapannya.

"Betul la. Ingat tak ada orang suka kat aku ke?"

"Aku tak kata, kau yang kata gitu. So, bila dan kat mana tu?" 

Poket seluar diseluknya. PDA segera dikeluarkan. 

Maklumat berkenaan majlis perkahwinan Farriel pantas direkodkan.

ENTAH apa mimpi Farriel aku pun tak tau. Tiba-tiba aje ajak aku makan kat hotel. Aku syak, ni kes dia nak tebus kesalahannya gara-gara kami ‘terkurung’ kat fitting room kelmarin. Mula-mula aku tolak pelawaannya. Bagi alasan nak siapkan assignment dan letih. Tapi bila tengok muka kesian dia tu, aku rasa tak sampai hati pulak. Lagipun aku malas nak masak malam ni. Bersiap ala kadar, setakat pakai baju yang bersesuaian dengan tempat yang kami nak pergi, kami pun bertolak pergi dengan keretanya. 

Tepat jam lapan malam, kami masuk dalam ruang restoran. Bila pelayan tunjukkan meja, baru la aku tahu yang Farriel awal-awal lagi dah tempah meja itu. Dan meja yang ditempah oleh Farriel agak tersorok dan terpisah dari meja-meja yang lain. Seakan mahu privasi tersendiri. 

Dua jam kami di restoran itu dan sepanjang dua jam itu juga la aku dilayan dengan baik oleh Farriel. Langsung tak ada kata-kata berunsurkan perlian, sinis, double meaning atau apa-apa. Semuanya telus dan ikhlas. Kami bercerita tentang apa sahaja dalam suasana riang dilatari gesekan biola yang bergema di segenap ruang restoran. Sesekali aku tertawa bila dia melawak. Orang sekeliling yang memandang mungkin akan menyangka kami adalah pasangan bahagia.

Jam sepuluh malam, kami bertolak pulang. Kira-kira sejam kemudian kami tiba di rumah. Ketika melangkah masuk ke rumah itulah Farriel dengan tanpa diduga menghulurkan beg kertas bersaiz sederhana kepadaku. 

"Apa ni?" soalku pelik.

Farriel membalas senyumanku. Entah mengapa, aku dapat merasakan kelainan pada diri Farriel malam ni.

"Aku nak kau pakai. Dan datang ke bilik aku," katanya.

Hah? Pakai? Masalahnya apa yang ada dalam beg kertas ni? Kostum Superman? Ultraman? Entah-entah kostum badut tak! Tak tergamak aku nak pakai!

"Ad, dalam masa tiga puluh saat aku nak kau ada dalam bilik aku!" ujar Farriel yang dah berdiri kat tengah-tengah anak tangga.

Lawak apakah ini? Langkah kuhayun juga ke bilik. Isi beg aku lambakkan. Menganga mulutku. Biar betul?! Gaun biru laut bercorak abstrak separas lutut, siap dengan satu set accessories lagi; subang, rantai dan rantai tangan. Ei, mesti mahal ni! Takkan macam ni sekali gaya dia nak pujuk aku. Aku bukan merajuk pun. Cuma marah sikit aje sebab kepanasan duduk dalam fitting room yang sempit tu.Rasa-rasanya, masa aku membebel minta ‘ganti rugi’, paling teruk pun aku minta dibelanja makan aje. Takde la sampai tahap beli benda-benda macam ni. Ei, sah demam dah Si Farriel ni! Ke entah-entah ni

Page 131: Cerpen AD +IZ

barang dia nak bagi Marina tapi terbagi kat aku? Haru betul angau mamat ni!

"Ad! Dah siap ke belum?!" jerit Farriel dari luar.

"Aaa… kejap, kejap!" 

Tombol pintu aku tekan. Mengunci dari dalam. Karang dibuatnya Farriel meroyan buka pintu, tak pasal-pasal aje dia tengok ‘wayang’ free. Gaun itu segera aku ambil dan pakai. Begitu juga dengan accessories yang ada. Imej di cermin aku pandang. Okey, tapi macam ada yang kureng… 

hah, mata! Eyeshadow warna sedondon dengan baju dan maskara aku kenakan. Sedikit blusher dan lipstick. Setelah memastikan penampilanku tak keterlaluan, aku menapak ke bilik Farriel. Dalam pada tu, aku cuba meneka apa ‘tugasan’ yang ingin diberikan padaku. 

Lagu I’ll Be nyanyian Goo Goo Dolls menampar ruang dengar sebaik sahaja pintu biliknya dibuka. Tubuh Farriel kucari. Kiri, kanan, tak ada. Memandang pula ke luar, di balkoni rupanya. Pantas kujejaki Farriel di situ. Berdiri di sisinya yang lengkap bertuxedo. Macam nak pergi majlis formal pulak. Bezanya, majlis diadakan di rumah dan aku pakai baju paling sempoi tanpa tudung di kepala. Hmmm… sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Dan seperti dirinya, aku juga menegadah ke langit. Memandang ke arah bulan yang mengambang penuh; dikelilingi beratus juta bintang-bintang.

"Kau ingat tak, kau pernah kata kat aku. Orang yang memandang ke arah bulan dan bintang tanpa orang tersayang di sisi atau dalam hati adalah orang yang paling sunyi di dunia," ujar Farriel tenang tanpa menoleh ke arah Ad.

Dia ingat? Kata-kata tu aku lafazkan lapan tahun lalu. Tak sangka dia masih ingat! Falsafah zaman budak-budakku itu masih utuh dalam ingatannya.

"Kau ingat lagi?" soalku penuh taajub.

Mustahil aku lupa, Ad! Segalanya tentang diri kau aku ingat. Semacam ada satu ruang khas bagi diri kau dalam kotak memori aku ni.

"Hmmm… bila dengar kau cakap macam tu, memang aku rasa nak tergelak. Tapi bila fikir-fikir balik, ada juga kebenarannya," jawab Farriel. 

Tapi aku tak rasa falsafah masa aku umur lima belas tahun tu tak boleh diguna pakai saat ini. Kau ada di sebelah aku sekarang, malah kau juga merajai hati aku. Tapi, aku tetap merasakan bahawa akulah orang yang paling sunyi dan sedih di dunia ini. Sebab aku bertepuk sebelah tangan, sebab aku tak membawa sebarang makna pada diri kau.

Farriel mengalih pandang. Dari dada langit ke arahku. Kami bertentangan mata. Mulut terkunci rapat. Hanya mata kami ‘berkata-kata’. 

Farriel teruja melihat sepasang mata Ad yang bersinar-sinar di bawah cahaya rembulan. Sungguh, dia tidak dapat memikirkan mana-mana wanita yang dapat menandingi kecantikan Ad pada malam ini. Tiada sesiapa walaupun Marina Irriani atau mana-mana Miss Universe dapat menandingi kecantikan Ad.

Ad, kenapa ‘rasa’ ini semakin kuat tatkala bersama kau? Kenapa mudah benar kau masuk dan curi hatiku, cintaku?

Entah mengapa, aku terasa seperti ada ruang ‘reserved’ dalam diri Farriel untuk aku malam ini. Ruang yang membolehkan aku ‘masuk’ ke dalam hatinya. Ruang untuk aku lebih mengenalinya. Kalau masa boleh dihentikan, biarlah ia berhenti ketika ini. Ketika aku dan Farriel bertentangan mata… ketika aku merasakan yang Farriel juga mempunyai rasa cinta yang sama sepertiku.

Page 132: Cerpen AD +IZ

"Kau nampak cantik malam ni…" pujinya antara dengar tak dengar.

Ghau! Naik darah merah ke pipiku. Walaupun aku tak pasti ikhlas ke tidak pujiannya itu. Tapi aku benar-benar dapat merasakan keikhlasannya pada malam ini. Dan pujian 

Farriel aku terima dengan hati yang girang. Senyuman paling manis aku ukirkan buatnya.

"Benda ni bunyi macam bodoh sikit tapi… kau sudi tak menari dengan aku? Kalau kau tak nak, aku tak paksa. Mesti kau kutuk aku dalam hati, kan? Ye la, mesti kau fikir permintaan bawah tanah apa la yang aku buat ni? Tak pun kau ingat aku ni terlebih minum fat burner ke apa.…"

Aku tersenyum mendengar Farriel menceceh. Sebelum dia bertukar jadi mak nenek, jari telunjuk aku letakkan di bibirnya. Menghentikan bebelannya.

Farriel tersentak. Serta-merta kata-katanya terhenti di situ. Mukanya merah. Mungkin menahan malu.

"Aku tak kutuk kau… malah aku sudi menari dengan kau."

Menganga mulut Farriel mendengar jawapanku. Namun dia cepat-cepat katup mulut dan menghulurkan tangan kanannya.

Aku letakkan jari-jemariku dalam genggamannya. 

"Tapi aku nak beritahu sesuatu…."

Farriel pandang mataku. Bertanya dengan hanya sepasang anak matanya.

"Aku tak pandai menari! Langsung tak pandai. Tapi aku pernah tengok filem Sayang… You Can Dance! Mungkin boleh membantu? Boleh ke?"

Farriel ketawa kecil. Berirama indah kedengaran di cuping telingaku. Ah…! Apa jua yang berkenaan Farriel malam ini memang elok dan indah sahaja pada pandanganku.

Ad… Ad… dalam pada nak wujudkan suasana romantik ni, kau sempat lagi buat lawak tahap anak cipan! So cute! 

"Takpe. Aku pun bukan pandai sangat. Kau ikut aje step aku. Slow dance adalah tarian yang paling mudah. Mesti kau cepat pick-up punya!" ujar Farriel penuh yakin.

Tapi keyakinan aku sifar. Aku memang la tak berseni orangnya. Badan kayu, urat dawai, kepala batu, hati besi… he he he!

Aku cuba menghayun badan seiring dengan Farriel dan muzik yang bergema. Tapi perkara yang mudah bagi Farriel memang sesuatu yang payah bagi aku.

"Ouch! Ad!"

"Adoi! Ad kaki aku!"

"Ad, jangan la buka langkah besar sangat!"

Aku berhenti menari. Tangan kualih dari tubuhnya. Berpeluk tubuh dengan muncung angsa di hadapannya. Lagu I’ll Be versi Goo Goo Dolls berputar entah untuk kali keberapa di speaker yang disambung ke laptop. Masa tu la aku terasa ada dejavu dalam perbuatan yang kami sedang lakukan ni.

Page 133: Cerpen AD +IZ

"Malas la nak join idea tiga suku kau ni! Dah la memang obviously tiru scene dalam cite Aa+bB Si Hlovate tu. Dengan lagu-lagu sekali kau copycat! Langsung tak ada originality!" rungutku.

"Okey, memang aku tiru scene dalam buku tu. Tu pun sebab kau kemaruk sangat dengan Benz Alif dan Addin dalam cerita tu. So, aku cuba la buat dalam versi Ad dan Izumi pulak!" terangnya bersungguh.

"Lagipun, aku tak tau macam mana nak minta maaf dari kau, pasal kejadian kat butik tu…" sambungnya perlahan.Ooo… ni kes nak minta maaf la, ek? Aku garu dagu 

yang tak gatal. Play along aje la… don’t ruin the moment, bisik hati kecil.

"Pasal kejadian kat butik tu, aku dah maafkan. Tapi pasal menari ni, memang aku tak boleh handle. Sebab aku memang kayu… aku…"

Giliran Farriel pula ‘mendiamkan’ aku dengan jari telunjuknya yang runcing. Serta-merta pandangan kami bertaut. Tanganku diraihnya semula dan diletakkan di pangkal lehernya.

"Just let the eyes contact and flow with the music. Learn and dance by your heart. Don’t think…" bisiknya di tepi telingaku.

Lagu I’ll Be berlalu pergi. Diganti pula dengan You And Me dari Lifehouse. Dan kali ini, dengan mudahnya aku dapat menari. Dengan hanya memandang ke arah anak mata Farriel, aku dapat membaca gerak kaki kami di bahagian bawah. 

What day is it?

And in what month?

This clock never seemed so alive

I can’t keep up and I can’t back down 

I’ve been losing so much time…

Suara serak-serak basah sang penyanyi menyelinap masuk ke telinga. Dengan hanya memandang ke anak matanya, aku lupa tentang segala-galanya. Yang ada cuma aku dan dia. Dan ada rasa aneh menghangatkan tubuhku dari kedinginan malam. Apa yang aku rasakan kini tidak dapat digambarkan dalam apa jua bentuk kata-kata…. 

Dengan jarak wajah lebih kurang empat inci, walaupun kepalaku sedikit terdongak memandang ke arah wajahnya, jelas di pandanganku sinar cinta di matanya. Aku jadi terkeliru. Cinta di matanya untuk siapa? Aku atau Marina? Sapa yang terkeliru sekarang ni? Aku yang terkeliru mentafsir cinta Farriel atau Farriel yang terkeliru dengan siapa dia menari sekarang?

‘Cause it’s you and me 

And all of the peole with nothing to do

Nothing to lose

And it’s you and me and all other people

And I don’t know why

Page 134: Cerpen AD +IZ

I can’t keep my eyes off of you

Farriel enggan membenarkan kelopak matanya berkelip sama sekali; walaupun perbuatan itu cuma memakan masa kurang sesaat. Dia mahu matanya terus dijamu dengan wajah Ad yang disinari cahaya bulan. Dan pemandangan yang terindah di dunia cuma kelihatan di dalam anak mata Ad. Sungguh… aku dah jatuh cinta pada Adrianna Mayesa. Dan perasaan itu lebih dalam dari apa yang pernah aku rasakan ketika bersama Ann dan Marina.

One of the things that I want to say just aren’t coming out right

I’m tripping on words

You’ve got my head spinning

I don’t know where to go from here 

Dan segala perkataan dan bahasa yang wujud di dunia seolah-olah tenggelam bersama-sama tarian mereka yang semakin lancar dan mengasyikkan. Sungguh, tiada satu apa pun yang melintas di fikirannya kini. Ad membuatkan dia lupa akan segala-galanya. Hanya Ad yang bisa berbuat begini kepadanya… Hanya Ad!

There’s something about you now

I can’t quite figure out

Everthing she does is beautiful

Everything she does is right

Dan tatkala Ad tersenyum dengan sepasang anak matanya yang bundar, hampir-hampir sahaja Farriel mengucup kedua-dua belah kelopak mata Ad dek keterujaannya dengan ciptaan Allah itu. Mujur irama lagu yang berhenti turut menghentikan tarian mereka. 

Lagu You and Me dendangan Lifehouse berakhir. Tarian kami turut berakhir. Kedua-dua tangan kualihkan dari tubuh Farriel. Begitu juga dengan Farriel. Kami tegak berdiri menghadap sesama sendiri. Cuma memandang, merenung dan menatap wajah masing-masing tanpa sebarang kata.

Jika tadi kami seumpama sepasang penari yang begitu rapat sehingga boleh membaca langkah pasangan kami, tapi kini kami tak ubah seperti orang asing yang sekadar berpapasan di kaki lima. Langsung tidak mengenali apatah lagi berkongsi apa jua perkara.

Dia, Tengku Farriel Izumi. Ditubuhnya mengalir darah kerabat diraja. Anak salah seorang ahli perniagaan tersohor di Malaysia. 

Aku cuma Adrianna Mayesa. Anak yatim piatu yang tak tahu asal-usul. Cuma punya ibu agar tak disalah sangka sebagai anak buluh betong. Berbintikan Ismail al-Hussein yang entah siapa orangnya atau entah macam mana rupanya. Namun seribu kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi. Sekurang-kurangnya aku berbapa. Bukan anak luar nikah. Walaupun tidak pernah sekali aku melihat wajahnya.

Latar muzik berganti dengan lagu-lagu dari kelompok seberang. Vokalis Republik mendendangkan lagu Hanya Ingin Kau Tahu dalam nada yang mendayu menjadikan suasana semakin sayu. Cahaya cinta di mata Farriel semakin pudar. Entah mengapa, aku dapat merasakan ini merupakan kali terakhir aku dan Farriel dapat berduaan begini. Entah mengapa, aku merasakan yang selepas ini hubungan kami akan bertambah renggang walaupun kami bakal digandingkan dalam majlis resepsi lusa. Entah mengapa…

Page 135: Cerpen AD +IZ

Ku telah miliki

Rasa indahnya perihku

Rasa hancurnya harapku

Kau lepas cintaku

Kami sekadar berpandangan. Ada rasa sayu menerpa masuk di kamar hatiku. Wajah ini, wajah Farriel ini serasanya telah lama bersemadi di dalam jiwaku. Jika benar dia bukan ditakdirkan untukku, bisakah aku melupakannya kelak?

Rasakan abadi

Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau fahami 

Ku fikir ku salah mengertimu…

Ad… sengaja aku ciptakan kenangan manis bersama kau malam ini kerana malam ini akan kukenang untuk seumur hidupku. Malam yang cuma dikongsi oleh kau dan aku. Malam yang mana aku, lelaki yang gagah perkasa tertunduk lemah dek kerana panahan matamu. Malam yang menyaksikan betapa terlewatnya aku mentafsirkan rasa hatiku sehingga kau ‘terlepas’ ke tangan Ihsan. Dan dengan kenangan yang ada ini, aku akan mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan kaum kerabatku. Aku akan bebaskan kau dari ‘penjara’ perkahwinan kontrak ini agar kau boleh hidup dengan lelaki yang kau cintai….

"Aku balik bilik dulu…" ujarku perlahan bila Farriel langsung tak berkutik dari tempatnya berdiri. 

Dengan berat hati, kualihkan jua anak mata dari terus mengamatinya. Berharap ingatanku akan cukup kuat untuk terus mengingati wajahnya seandainya kami berpisah kelak. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini….

Ooo… aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu…

"Okey…" balasnya.

Aku palingkan tubuh darinya. Titisan jernih itu, entah bila bertakungnya, tau-tau aje dah jatuh ke pipi. Belakang tangan kuangkat. Pura-pura menggosok mata disertai gaya menguap; tanda mengantuk. Aku tak mahu dia tahu aku menangis. Biarlah aku ‘dibuang’ dengan cara 

terhormat. Biarlah dia anggap aku langsung tiada perasaan padanya. Itu lebih mudah.

Walaupun semua

Hanya ada dalam mimpiku

Hanya ada dalam anganku

Melewati hidup…

Page 136: Cerpen AD +IZ

Rasanya mahu sahaja aku melaungkan kalimah cinta saat ini kepadanya. Agar dia tahu bahawa aku menyintainya. Agar dia tahu aku tak mahu dia mengahwini Marina yang tak stabil cintanya, yang berubah-ubah cintanya. Serasanya ingin sahaja aku merayu agar dia menyintaiku dan melupakan Marina. Kenapa? Kenapa dia tak boleh mencintai aku?

Panggillah aku Farriel… panggillah. Katakan kau mencintai aku. Katakan kau perlukan aku. Katakan kau tak mahu berkahwin dengan Marina. Katakan la Farriel….

"Ad…."

Aku tersentak. Langkahku mati. Air mata yang tadinya bertali arus, pegun di tubir mata. Aku cuma memandang pintu kayu dengan pandangan kosong. Langsung tak menoleh. Atau lebih tepat aku takut untuk menoleh. Takut diejek kerana menangis. Menangis kerana aku sudah kalah dalam permainan kahwin kontrak ini.

"Ad… selamat malam…."

Laju semula air mataku menuruni pipi. Jangan bermimpi, Adry. Mana mungkin enggang bergandingan dengan pipit! Ini bukan zaman fairytale lagi! Tak semua kisah cinta berakhir dengan happy ending. 

Langkah kuatur kembali ke pintu bilik. Melekat tapak tangan di tombol pintu. Entah kenapa payah benar aku nak memulas tombol itu malam ini. "Iz…."

"Huh?"

"Bila kau dah bersedia nak beritahu keluarga kau tentang Marina dan perkahwinan kontrak kita, tolong beritahu aku. Aku nak pergi, tinggalkan tempat ni sebelum semua benda tu jadi… sebab aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan semua orang bila perkara sebenar dah terbongkar. Sebab aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan wajah kecewa nenda, Hana dan yang lain-lain. Dan yang paling penting, bagaimana nak berhadapan dengan kau bila kita dah bercerai nanti."

"Kalau itu permintaan kau, aku… aku akan turutkan…" jawab Farriel dengan suara yang serak.

Namun aku dah tak mampu berfikir mengapa suaranya jadi sebegitu. Aku lebih kepada memujuk hatiku yang lara.

Tombol pintu aku pulas dengan segenap kudrat yang tersisa. Longlai langkah kuhayun keluar dari situ. 

Ooo… aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu…

Daun pintu aku tutup rapat. Seperti tertutup rapatnya hati Farriel terhadapku.

Iz… aku cintakan kau… terlalu cintakan kau.

Di balik pintu, Farriel masih pegun berdiri di tempatnya. 

Memandang kosong ke arah daun pintu yang tertutup rapat.

Ooo… Aku hanya ingin kau tahu

Page 137: Cerpen AD +IZ

Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu…

Ad… aku cintakan kau. Kalaulah kau tahu.…

Bab 17 

SETELAH sekian lama tak menjejakkan kaki ke situ, malam itu digagahi juga kaki ke kelab malam yang menjadi pilihan golongan VVIP itu. Niatnya cuma satu. Nak melepaskan tekanan yang menyesakkan kepalanya sejak balik dari bertemu Adry siang tadi. Dengan pakaian formal seperti ingin ke pejabat, dia duduk berteleku di salah sebuah meja di situ. Coke dalam gelas disedut perlahan-lahan. Kepala didongakkan. Memandang ke segenap ruang yang dipenuhi manusia-manusia yang dahagakan hiburan duniawi. 

Anak-anak muda terkinja-kinja sana sini di bawah lampu berwarna yang malap sinarnya, seiring dengan irama lagu yang dimainkan. Beberapa orang gadis cuba menghampiri dan berbual dengannya."Dah lama I tak nampak you kat sini. Ke you dah ada port baru? Boleh I join you minum?" soal gadis berbangsa Tionghua yang hanya memakai tube dan skirt singkat itu. 

Ihsan senyum segaris. Tubuh dijarakkan dari gadis 

seksi itu. Rimas dengan perlakuan gadis yang terliang-liuk tubuhnya itu. Dia langsung tak ingat namanya. Dia cuma tahu yang dia pernah bertemu gadis Tionghua itu beberapa kali di sini. "I banyak kerja. If you don’t mind, I’d like to be alone tonight."

Pantas dia menolak dengan lembut ajakan gadis itu. 

"Okay, but if you need my companion, I’ll be there."

Ihsan sekadar mengangguk.

Gadis itu berlalu.

Ihsan tarik nafas lega. Kad jemputan yang dihulurkan oleh Adrianna siang tadi, dikeluarkan dari kocek baju.

"Kalau tak sibuk, jemput la datang…."

Hatinya sakit dan terluka. Seumpama belati menusuk terus ke hatinya tatkala kata-kata itu diluahkan oleh Adry. Kad bertulisan keemasan itu ditatap buat kesekian kalinya. Berharap bukan nama Tengku Farriel Izumi yang tertera di atas nama Adry tetapi namanya, Tengku Ihsan Nur Qayyum. 

"Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami kau?" keluhnya. 

Pandangan dibuangkan secara rawak ke sekitar ruang kelab semula. Dan pandangannya jatuh pada seorang gadis kacukan yang bersendirian di mejanya. Sekadar memandang sekeliling dengan wajah masam. Pandangannya jauh tanpa arah. Seolah-olah memikirkan sesuatu perkara yang maha berat. Ihsan bangun dari tempatnya. Menghampiri si gadis.

"Hai, Marina! Sorang aje ke?" tegur Ihsan. 

Marina yang ketika itu berada di dalam dunianya sendiri terkejut sebelum mengukir senyuman bila menyedari gerangan yang menegur. "Ihsan! What a pleasure to see you here!" 

Marina bangun. Mengucup kedua-dua belah pipi Ihsan; cara menyapa gaya masyarakat di Barat.

Page 138: Cerpen AD +IZ

Ihsan tersenyum manis. Mengenali Marina beberapa tahun dahulu membuatkan dia langsung tidak terkejut dengan tingkah lakunya. Apatah lagi dia sudah biasa melihat perlakuan sebegitu ketika menuntut dahulu. Cuma sesuatu yang baru diketahui beberapa bulan dahulu adalah kedudukan Marina di dalam hati sepupunya, Farriel. Ihsan duduk sebaik sahaja dipelawa dengan mesra oleh Marina.

"I tak tau you pun lepak sini… I selalu juga datang tapi tak pernah pulak nampak you!" kata Marina dalam nada terkejut.

"I used to hang around here. Sekarang busy!" 

"Ye la tu. You memang busy memanjang! Awek sana-sini. Mana lekat kat satu tempat," gurau Marina.

Ihsan tersenyum. Tunduk, mengakui bad habitnya yang lalu.

"So, you ni sorang aje ke? Boyfriend mana?" soal Ihsan. Entah mengapa dia langsung tak ingin bercerita bahawa Farriel itu sepupunya. Pada Marina, dia cuma sekadar rakan sekerja Farriel. Bukan bersaudara.

"Boyfriend I, Si Farriel tu mana nak lepak tempat-tempat macam ni. Dia tu ‘ustaz’ sikit. But, I love him. You know what, kami nak kahwin tau tak lama lagi. I can’t wait to be his wife! The one and only wife of Tengku Farriel Izumi!" ujar Marina dalam keterujaan. 

Ihsan mengetap gigi. Nampak sangat yang Marina tak tahu status terkini Farriel.

Farriel, apa kau dah buat? Hidup-hidup kau tipu minah separa omputih ni!

"But lately I pelik la… Farriel tu asyik berangan aje. His mind seems wandering around. Tak tau la fikir pasal apa. You guys kerja satu ofis, kan? Ada problem ke kat ofis?" soal Marina ingin tahu.Ihsan cuma diam. Dalam dirinya berperang; sama ada perlu atau tidak bercerita tentang perkara sebenar kepada Marina. "Marina, I think you need to know something."

Ihsan bersandar di kerusi. Dia kelihatan relaks namun cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku sebentar nanti; ketika pekung Farriel telah dibuka.

"I need to know what, Ihsan?" Marina mula cuak melihat wajah dan nada suara Ihsan yang berubah menjadi serius tiba-tiba.

Ihsan mengunjukkan kad itu kepada Marina. 

Marina kerut dahi. "Apa ni?"

"Kad jemputan kahwin."

"Huh? You nak ajak I temankan you ke? You tau kan, I bukan minat sangat nak pergi majlis kahwin macam ni. Kalau party, clubbing tu, I minat la!" 

"Cuba tengok dulu. I pasti you akan ber‘minat’ untuk menghadiri majlis ni sebaik sahaja you tengok nama pengantinnya," desak Ihsan.

Nak tak nak, kad warna pink itu disambutnya. Dalam cahaya samar-samar, dibacanya satu per satu perkataan yang tertera di situ. "Majlis perkahwinan… Tengku… Farriel Izumi?!" 

Ada jeritan kecil terlahir di hujung ayatnya. Buntang matanya sebaik sahaja menyedari nama Farriel tertera di situ. Berkali-kali dia membaca, cuba memastikan apa yang dibacanya sebentar tadi itu betul. Bukan khayalan.

"What kind of joke is this, Ihsan?" Tinggi suara Maria menyoal.

Ihsan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan. 

"Farriel tipu you selama ni. Dia dah kahwin on the day you left him, which means six to seven months ago. Ni cuma majlis resepsi aje, majlis nak kenalkan isterinya kepada saudara-mara dan kawan-kawan. He is cheated on you selama ni," terang Ihsan.

Page 139: Cerpen AD +IZ

Marina menggeleng-gelengkan kepalanya. Seakan-akan enggan menerima hakikat itu dari mulut Ihsan. Badannya menggeletar akibat menanggung kemarahan yang memuncak. Kini dia mulai tahu sebab Farriel berubah laku sejak kebelakangan ini. 

Patut la bukan main payah lagi nak bertemu. Patut la Farriel selalu berangan bila bersama dengannya. How could you do this to me, Farriel? Tapi, kenapa dia ajak aku kahwin? Pelik!

"Ihsan, you ni saje nak mainkan I, kan? Come on la, quit pulling my leg! Tak baik ‘kenakan’ majikan you sampai macam ni sekali!" desak Marina. 

"I tak main-main, Marina. I tak dapat apa pun kalau I mainkan you. For your information, Farriel tu sepupu I. Dan Adrianna Mayesa yang kahwin dengan Farriel tu cinta hati I… I want her so badly to be my wife! But Farriel yang double-triple-player tu dah sambar dia dulu," kata Ihsan.

Marina pegang kepala. Tertekan dengan kenyataan yang dihidangkan padanya malam ni. 

"Kalau Farriel dah kahwin, then why dia pujuk I balik ke Malaysia? Keluar dengan I, ajak I kahwin… tak masuk akal la!"

"Diorang kahwin atas permintaan nenek I, I mean nenek Farriel juga la. Kira macam kahwin paksa. There’s no spark of love at all!" Tegas Ihsan.

Marina picit kepala lagi. Masih cuba mencerna informasi yang didengar. "Then apa suggestion you? Apa I patut buat? I want my Farriel back!""Kita buat plan. Kita ‘pisah’kan mereka!"

Mata Ihsan dan Marina bersinar-sinar dalam kesamaran cahaya.

"HAI!"

Aku segera panggung kepala ke arah orang yang menegur. Senior Adly? Senior Adly tersenyum lebar memandangku. Aku cari Farah di belakangnya. Tak ada. Aik, selalu ada aje minah tu mengendeng kat abang tirinya ni. Hari ni ghaib pulak?

"Hai, Senior Adly," balasku lambat-lambat.

Aku sedikit terkejut bila Senior Adly tanpa amaran duduk di hadapanku. Tapi aku cuba berlagak biasa. Ni tempat awam. Sesiapa boleh duduk. Minuman panas berkafein diletakkan di atas meja yang sebelum ini cuma ada setengah gelas carrot susu kepunyaanku.

Aku pandang Senior Adly. Senior Adly masih tersenyum manis. Seperti ada yang melucukan urat gelaknya. Memandang wajah putih bersih Senior Adly membuatkan aku jadi tenang. Wajah orang beriman yang sentiasa basah dengan air wuduk. Terasa hilang segala masalah yang aku seret dari rumah.

"Adry, saya bukan lagi senior awak macam zaman kita sekolah dulu. So, why don’t you call me Abang Adly, instead of Senior Adly? Tak la tergeliat lidah tu…" kata Senior Adly dalam senyumnya. 

Aku tersengih. Mengakui kenyataan itu dalam diam. Betul la tu, Senior Adly bukan senior aku lagi. Tapi seumur hidup aku, aku tak pernah panggil sesiapa dengan panggilan abang. Dan aku tak ada feel langsung nak panggil dia ‘abang’. Bukan ibu aku yang lahirkan dia pun! Kalau panggil Encik Adly nanti rasa macam formal sangat pulak! Abang? Brrr!!! Seram sejuk nak panggil orang macam tu!"Aaa… Farah mana?" soalku pantas. Mengalih topik.

"Farah? Entah! Ada dalam kelas la kut."

"Senior Adly datang bukan sebab Farah ke?" 

Setahu aku, Senior Adly selalu jejak ke kampus ni sebab kes-kes yang Si Farah buat. Masalah disiplin la, meniru masa test la, tak hormat lecturers la. Kadang-kadang aku terfikir juga, buat apa la hantar Si Farah yang memang dengan jelas tak payah bersuluh tak minat belajar tu ke kampus? Baik bagi aje tempat dia pada budak-budak yang ditolak permohonannya tapi minat nak belajar kat luar sana tu. 

Page 140: Cerpen AD +IZ

"Eh, tak la! Saya datang sebab nak jumpa awak."

Ghau!

Degup jantung dah ‘lari’ dua kali ganda. Kalau hari-hari macam ni, alamatnya pendek la umur aku. Oit senior, kut nak bergurau pun agak-agak la! Aku ni dah kahwin la.… 

"Senior ni suka bergurau la!" Aku balas katanya dalam nada bercanda supaya tak rasa kekok sangat.

"Ler…saya serius! Mana ada bergurau. Dah biasa sangat borak-borak dengan Adry tiap-tiap kali datang sini. Bila Farah tak buat hal lagi, tak dapat datang sini dan tak dapat jumpa Adry. Masa tu rasa macam ‘kehilangan’ pulak. So, hari ni saya datang cari Adry la.…"

Aku garu kulit kepala bawah tudung. Aku rasa, masa zaman sekolah dulu, Senior Adly ni serius orangnya. Tak pandai bergurau. Kalau belakang aku tu, aku kurang periksa la. Setidak-tidaknya di hadapan aku begitu la perwatakannya; serius. Maka, kata-katanya tadi dalam klasifikasi bergurau ke serius? Ah… otak dah jam nak fikir!

"Oui… Adry! Fikir apa tu?"

"Aaa…? Tak ada. Tengah fikir kenapa Senior Adly cari saya."

"Sebab saya rindu. Full stop!"

Kening terangkat. Rindu? Biar betul Senior Adly ni! 

Senior Adly tersengih mengejek. "Gurau aje la! Tapi awak ni kalau blushing cute juga, ek? Macam zaman sekolah dulu! Gadis yang garang, degil tapi kiut-miut… he he he…."

"Senior ni makin lama makin pandai mengusik pulak! Dulu serius memanjang!" komenku.

"Dulu jadi headboy. Kena la tunjuk tauladan baik sikit. Sekarang dah tak lagi…."

Bila dengar perkataan ‘gurau’ lahir dari mulutnya tadi, automatik aku jadi lega. Aku tak nak jadi heart breaker lagi. Cukup la seorang tu aje, Si Ihsan. Eh, cakap pasal Ihsan ni, tak nampak pula batang hidung dia hari ni. Sibuk gamaknya…. 

"Sebenarnya saya nak tanya sesuatu pada awak. Awak memang tinggal kat KL, kan?" Riak muka Senior Adly kembali serius. 

"Haah. Kenapa?"

"Saya tengah cari orang. Tapi orang ni kali terakhir dilihat kat Shah Alam…" ujarnya tanpa berselindung.

"Cari orang?"

"Haah. Kenal tak seorang perempuan, umur lebih kurang baya-baya mak kita la, yang namanya Rabitah binti Sulaiman?"

Rabitah binti Sulaiman. Siapa? Macam tak pernah dengar aje…. "Rasanya tak kenal la. Klang tu besar la, senior. Tak ada clue lain ke? Kalau cari dengan sebaris nama aje susah la…."

"Susah nak kata la… mak cik ni dah lama hilang. Ghaib macam tu aje. Langsung tak ada jejak. Tak tau dia ke mana…." 

Wajah Senior Adly murung. Langsung tak ceria seperti tadi. Seolah-olah ‘mak cik’ yang dicarinya itu penting dalam hidupnya. Fikirannya menerawang ke alamnya sendiri. 

"Siapa sebenarnya yang Senior Adly nak cari?" soalku tanpa dapat ditahan-tahan.

Senior Adly yang aku kenal memang serius tapi ceria sentiasa. Tak semurung ini. 

Page 141: Cerpen AD +IZ

"Tak apa la. Saya sepatutnya tak menaruh harapan terlalu tinggi untuk bertemu dengannya lagi. Dah terlalu lama. Mungkin dia pun dah tak ada…." Senior Adly cuba melarik senyuman. Tapi hambar.

"Macam ni la… nanti saya cuba tanyakan jiran-jiran ke kawan-kawan ke. Ye la… mana la tahu kalau-kalau mereka 

kenal dengan mak cik tu. Nanti kalau ada apa-apa berita, saya akan beritahu senior… boleh?"

Tanpa sedar aku menuturkan ayat itu. Tapi aku sedikit pun tidak menyesal kerana aku sudah berjanji dengan diri sendiri untuk membantu Senior Adly. Bukan hanya kerana aku terhutang budi dengannya kerana dia pernah menjadi penyelamat di zaman sekolahku, tetapi juga kerana ada ikatan hati yang tak jelas dan tak kufahami antara aku dan dia. Sesuatu yang mendekatkan kami. Aku merasakannya sejak pertama kali bersua dengannya. Dia… aku tak pasti la.

Mendung yang sebentar tadi melanda wajah Senior Adly sudah berlalu pergi. Diganti dengan senyuman penuh harapan. "Ye ke?"

Aku tersenyum dan angguk kepala.

"Terima kasih, Adry. Awak memang junior saya yang paling ‘best’!"

"Tau takpe…!" 

TENGKU FARIS menyelak satu per satu fail-fail yang bertimbun di mejanya. Setiap butiran ditelitinya. Bukan dia tak punya pembantu, cuma dia sukar memberi kepercayaan kepada orang bawahannya. Hatta hasil kerja anaknya, Farriel dan anak saudaranya, Ihsan juga dipantaunya dari semasa ke semasa.

"Tengku, Encik Yusman nak berjumpa dengan tengku."

Suara lemah gemalai si setiausaha di interkom menghentikan pembacaan Tengku Faris.

"Suruh dia masuk," arah Tengku Faris pantas. 

Tak sampai lima saat, pintu bilik diketuk.

Tengku Faris mengarah si pengetuk pintu masuk. 

Lelaki berbadan tegap dan sasa serta berwajah serius itu berdiri bertentangan dengannya.

"Macam mana?" soal Tengku Faris. Cermin mata dialihkan dari batang hidung. Mata dipejam celik beberapa kali sebelum digosok perlahan. Menghilangkan tekanan setelah dua jam menilik dan membaca dokumen-dokumen di atas mejanya.

"Saya dah dapat butiran bagi kedua-duanya," tegas jawapannya.

Yusman duduk setelah diarahkan oleh Tengku Faris. Dua fail diserahkan kepada Tengku Faris.

Tengku Faris menyambut fail merah tersebut. Cermin mata kembali diletakkan ke tempat asal. Menyelak dan meneliti hasil siasatan pembantu peribadinya. Pembantu yang banyak berjasa dalam menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan syarikat dan juga keluarganya.

"Perempuan yang Tengku nampak berpelukan dengan Tengku Farriel hari tu adalah Marina Irriani binti Joseph Abdullah. Ayahnya Serani dari Selangor. Berkahwin dengan Katherine Graham. Mereka seterusnya memeluk Islam. Setahun selepas itu, Marina Irriani dilahirkan."

Tanpa dipinta Yusman menerangkan satu per satu butiran mengenai Marina.

Tengku Faris mengangguk-anggukkan kepala seraya menyelak isi kandungan fail di tangannya.

"Joseph pernah bercerai dan berkahwin semula dengan Katherine sebanyak dua kali. Semasa Marina berusia dua belas tahun, mereka berpisah tempat tinggal tetapi tidak 

Page 142: Cerpen AD +IZ

bercerai. Marina mengikut bapanya, tinggal dan bersekolah di Selangor. Dua tahun kemudian, bapa Marina meninggal dunia dalam satu kemalangan. Marina kemudiannya menetap di US bersama ibunya. Beberapa tahun kemudian, ibu Marina pula meninggal dunia akibat kanser serviks.

"Marina kemudiannya dijaga oleh mak ciknya, Mary. Mary bukan sahaja menjaga kebajikan Marina malah Mary juga menjaga saham-saham Marina dia syarikat pengangkutan di US dan segala aset Marina yang dianggarkan bernilai USD$1.2 juta. Dengan aset sebanyak itu Marina tak perlu bekerja sebenarnya, tapi dia bekerja sebagai pramugari untuk beberapa tahun sehinggalah dia meletakkan jawatan pada awal tahun ni."

Wajah Tengku Faris yang tadinya bersahaja kembali bersemangat sebaik sahaja mendengar jumlah aset Marina. Helaian di fail diselak rakus. "Hmmm… memang kaya! Jadi, apa hubungan dia dengan Farriel?"

"Mereka pasangan kekasih. Dah tiga tahun mereka kenal dan bercinta," jawab Yusman tenang.

"What?! Habis tu, macam mana Farriel boleh kahwin dengan Adrianna pulak?!"

Melengking suara Tengku Faris dek terkejut mendengar pernyataan Yusman tadi. Terdetik rasa terkilan di hatinya tatkala memikirkan Marina yang punya aset berjuta itulah yang sepatutnya menjadi menantunya.

Tengku Faris melonggarkan tali leher yang terasa seperti menjerut batang leher sendiri.

"Ia bermula dengan salah faham. Adrianna sebenarnya pekerja butik pakaian yang ditugaskan untuk menghantar pakaian Marina ke banglo Tengku. Tapi dia disalah sangka sebagai kekasih Tengku Farriel. Oleh kerana 

Marina enggan hadir ke majlis di rumah Tengku, Tengku Farriel telah mengupah Adrianna untuk jadi pengganti Marina. Dan kemudian Tengku Farriel dan Adrianna dikahwinkan atas desakan Nenda Nerrisa."

Tengku Faris bangun dari kerusinya dan mundar-mandir di sekitar biliknya yang luas. Ralat memikirkan perkahwinan ekspres si anak. Kalau la dia tahu letak duduk perkara sebenar, dah tentu dia akan menentang habis-habisan cadangan gila mamanya pada malam itu. "Macam mana pulak dengan kisah hidup Adrianna?" 

Walaupun dia tahu kisah hidup Adrianna tak se‘menarik’ kisah hidup dan aset Marina yang berjuta, namun dia tetap mahu tahu tentang latar belakang menantunya itu.

Yusman menarik nafas dalam-dalam sebelum membentangkan kisah hidup Adrianna. "Adrianna Mayesa cuma gadis biasa yang membesar dan tinggal bersama-sama keluarganya di salah satu kawasan setinggan di KL..."

"Nanti, nanti…! Tinggal dengan keluarga? Bukan ke dia tu anak yatim piatu?" pintas Tengku Faris.

"Itu tak benar, Tengku. Dia masih punya ibu iaitu Puan Midah Jaafar, bapa tiri dan adik-beradik tiri," terang Yusman.

Tengku Faris menepuk meja kuat. Wajahnya merah menahan marah. "Tak guna! Maksudnya Si Adry tu tipu kami sekeluarga. Lagi? Apa yang kamu tau tentang dia?"

"Adrianna cuma belajar setakat STPM. Sering bertukar-tukar kerja gara-gara berperangai buruk. Menurut ibunya, Adrianna ni mata duitan, suka putar belit cerita dan penipu."

Terduduk Tengku Faris mendengar. Tak disangka, menantu yang luarannya nampak polos rupa-rupanya penipu! 

"Ni semua tak masuk akal! Macam mana Farriel boleh kahwin dengan orang yang macam tu? Aku tak boleh biarkan reputasi Farriel rosak dek kerana perempuan mata duitan tu! Sebelum kaum kerabat yang lain tahu, aku perlu buat sesuatu!"

Tengku Faris melempar pandangan tanpa arah. Segala-galanya nampak kabur pada pandangannya. Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Dia bertekad, walau apa pun yang terjadi, Farriel yang akan

Page 143: Cerpen AD +IZ

menjadi pengganti dirinya untuk jawatan CEO. Bukan Ihsan atau orang lain. Dia tak sanggup melihat usaha nenek moyangnya hancur di tangan orang yang tak berkelayakan. 

"Ada sesuatu lagi yang perlu Tengku tahu."

Penuh hati-hati Yusman menuturkan ayat itu. Takut disergah dek majikannya yang tampak serius memikirkan sesuatu.

"Apa dia?" soal Tengku Faris acuh tak acuh.

"Adrianna Mayesa, menantu Tengku tu adalah Adrianna Mayesa yang sama yang pernah kita hantar ke sekolah Tengku Farriel…."

Tengku Faris ternganga. Wajah Yusman dipandang tepat.

Yusman menganggukkan kepalanya dengan yakin.

Tengku Faris tersenyum. Kemudian senyumannya bertukar menjadi ketawa. Dia sudah nampak jalan penyelesaian terhadap masalah tadi.

Bab 18 

MAJLIS resepsi perkahwinan aku berlangsung di hotel lima bintang yang terkemuka. Tetamu yang hadir dianggarkan 5,000 orang; terdiri di kalangan saudara-mara Farriel serta rakan seperniagaan. Dari pihak aku, cuma bekas rakan serumah dan teman-teman di butik sahaja yang aku jemput dan hadir pada malam ini. Emak, ayah tiri dan adik-beradik tiriku sengaja tidak kujemput. Rasanya, itulah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Lagipun, seisi keluarga Farriel tahu yang aku ni anak yatim piatu.

Rata-rata kenalan dan keluarga Farriel terkejut besar mendengar berita bahawa bakal CEO Izumi Corporations itu sudah menamatkan zaman bujangnya lebih setengah tahun yang lalu. Masing-masing melahirkan rasa pelik. Namun, mereka tetap gembira apabila melihat aku bergandingan dengan Farriel di atas pelamin. Menurut mereka, aku sangat istimewa sehingga Farriel terburu-buru mengahwiniku gara-gara takut aku terlepas ke tangan orang lain, serta aku dan Farriel kelihatan secocok bergandingan. 

Jurugambar dari pelbagai jenis akhbar pula tak henti-henti menekan butang kamera untuk mengabadikan gambar persandingan kami di dada akhbar mereka esok. Para wartawan sibuk mengumpulkan skop cerita.

Selesai acara bersanding, kami turun dari pelamin untuk acara makan beradap sebelum beramah mesra dengan para jemputan.

Ucapan tahniah tak lekang dari bibir masing-masing. Ada juga yang mendoakan perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke anak cucu dan hingga ke akhir hayat. 

Aku cuma mampu tersenyum mendengar ucapan tersebut. Kurang pasti perkara itu akan jadi kenyataan bila Farriel secara terang-terangan sudah mengatakan di awal perkahwinan kami bahawa hubungan suami isteri kami akan tamat sebaik sahaja Marina kembali ke pangkuannya.

Aku kerling Farriel di sebelahku. Sejak kami turun dari pelamin, dia seakan-akan enggan melepaskan jari-jemariku dari genggamannya. Sesekali dia menatap wajahku dengan pandangannya yang lunak. Ah… Farriel memang pandai berlakon!

Dan aku pun tak mahu kalah dalam lakonan ini. Sengaja aku paut lengannya setiap kali kami bertegur sapa dengan para tetamu. Sesekali aku berbisik manja di tepi telinganya; sekadar memuji atau memberi pendapat tentang sesuatu mengenai majlis atau sekadar bertanya dengan lebih lanjut mengenai tetamu yang baru sahaja selesai berbual dengan kami tadi. 

Teman-teman dari sekolah menengah di meja bulat bernombor 35, kami hampiri. Senior Qhuz, Senior Adly, Farah Adilla dengan muncungnya sedepa, dan beberapa orang lagi menyambut kami dengan mesra. Semuanya 

mengucapkan tahniah kepada kami kecuali Farah yang terus-terusan merenung kami dengan rasa tak puas hati.

Page 144: Cerpen AD +IZ

"Tahniah!"

"Siapa sangka, gaduh punya gaduh, last-last kahwin juga korang ni!"

"Memang secocok la korang berdua ni!" 

"Tahniah la… semoga bahagia sampai akhir hayat. Aku doakan korang cepat-cepat dapat baby!" doa Senior Qhuz lantang bila kami sampai ke tempatnya. Tangan yang tadinya ditadah, diraupkan ke muka.

Yang lain sekadar mengaminkan doa Senior Qhuz.

"Huish! Korang ni tak ada ingat benda lain," tegur Farriel dalam tawanya.

Farriel pandang aku di sisi. Membisikkan sesuatu ke telingaku sehingga aku tertawa kelucuan.

Farah yang memandang, memasukkan dua jari ke mulutnya. Aksi orang meluat tahap nak muntah darah digayakannya.

Aku buat derk aje dengan perlakuannya itu. Senior Adly aku hampiri. Tangan yang masih memaut lengan Farriel membuatkan Farriel turut terheret sama ke tempat Senior Adly. Senior Adly tersenyum. Namun, entah bagaimana, aku dapat mengesan ada riak terkilan di wajahnya. 

"Tahniah, Farriel, Adry. Aku betul-betul tak sangka kau akan kahwin dengan Adry, Farriel," kata Senior Adly. Tangan Farriel dijabatnya erat. 

Farah di sisi Senior Adly, tak berkelip-kelip merenung Farriel dengan muka ‘selenga’nya. Bila matanya bertembung dengan mataku, cepat-cepat dialihkan pandangan ke tempat lain. Sesekali dia menjeling ke arahku. 

Ketua die hard fans Tengku Farriel Izumi, dengan segala hormatnya diminta untuk membubarkan kelab kau tu. Dah tak relevan lagi dah kelab korang tu! Farriel bukan eligible bachelor yang boleh korang rebut lagi. Hu hu hu!

"Takkan tahniah aje kut? Hadiah tak ada ke?" usik Farriel.

Senior Adly tersenyum. "Tu, aku dah letak atas meja hadiah yang bertimbun tu! Nanti kau ambil aje la…."

Panjang muncung Senior Adly menunjukkan ke arah meja yang sarat menampung hadiah-hadiah yang dibawa oleh para hadirin.

Pandangan Senior Adly beralih ke arahku.

"Tahniah, Adry. Tak sangka junior aku ni kahwin dulu dari aku. You look so beautiful in that dress," pujinya. Aku tertunduk malu sebelum mengucapkan terima kasih.

Farriel memperkemaskan pautan tangan kami. Entah mengapa tiba-tiba dia berbuat demikian. 

"Excuse me!"

Suara Hana yang datang dari belakang membuatkan aku dan Farriel berpaling.

"Kak, abang… korang kena naik atas, tukar baju. Kejap lagi acara potong kek pulak!" Hana mengingatkan dalam nada cemas.

"Eh, okey la korang. Aku dengan Ad kena naik salin baju. Lepas majlis nanti kita sambung borak, okey!" 

"Wokey!"

"All right!!!" 

"CHE NAN suka solekkan isteri Tengku ni. Senang! Dia dah semula jadi cantik. Kulit dia lembut. Tak berparut. Tak ada jerawat. Orangnya pun mengikut kata. Tak macam sesetengah pengantin tu. Apa Che Nan kata, semua dibantahnya. Bila Che Nan solek tak cantik, mula la jaja cerita tak baik tentang Che Nan.

Page 145: Cerpen AD +IZ

Walhal diorang yang tak nak dengar kata!"

Farriel diam tak berkutik. Sekadar duduk tegak menanti dengan penuh sabar wajahnya dibedakkan oleh Che Nan.

"Tengku Farriel pun sama. Senang nak disolek. Tak banyak songeh. Pulak tu, kacak orangnya. Bertuah betul siapa yang dapat kahwin dengan Tengku ni…."

Aku dan Hana mencemik muka dengan gaya tersendiri bila mendengar Che Nan membebel sambil membedakkan pipi Farriel. Serasa aku, dah hampir sepuluh minit dia dok sapu bedak yang sama dekat tempat yang sama. Takkan tak sudah-sudah lagi kut? Takkan nak letak bedak kat muka Farriel tu sampai rupanya sebiji macam pelakon opera Cina kut?

"Che Nan, tak sudah lagi ke touch-up muka abang tu? Diorang dah patut turun dah ni!" kata Hana dengan mata merah. Mengantuk barangkali. Yelah, orang kuat majlis la katakan….

"Ye la, ye la. Siap dah ni! Handsome dah abang Tengku Yuhana ni Che Nan solek," ujar Che Nan dalam nada merajuk.

Imej Che Nan yang terbias di cermin membuatkan aku hampir ketawa. Wajahnya masam, bibirnya terkumat-kamit tanpa bunyi. Pasti mengutuk Hana dalam nada bisu. Imej diri sendiri yang sudah siap didandan oleh Che Nan aku pandang dengan teliti. Cuba mengesan cela yang mungkin 

wujud sementara menunggu Farriel disiapkan sebentar tadi. Perfect! Jika rasa gembira ditambah dan dapat dipancarkan melalui wajahku ini, sudah pasti wajahku akan bertambah ceria. Ah! Ini cuma lakonan semata-mata. Dan aku dibayar untuk semua ini. Rasa sedih yang mula bertamu, segera aku buang jauh-jauh.

"Okey, dua-dua pengantin dah siap! Che Nan keluar dulu ye…."

Che Nan pantas mengemaskan barang-barangnya bersama pembantu-pembantunya. Seketika kemudian dia berhamburan keluar. Heboh mulutnya sebaik sahaja melepasi pintu bilik hotel di tingkat tiga itu. Entah apa yang kurang elok di matanya, entah la!

"Kak, bang… Hana turun dulu. Kejap lagi, dalam lima minit, korang turun ek! Nanti Hana standby kat pintu masuk."Aku mengangguk.

Farriel sekadar memandang tanpa beriak.

Hana menutup pintu bilik.

Kini cuma tinggal aku dan Farriel. Kami berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing ‘ketat’. Mungkin sebab keletihan. Mungkin sebab mengantuk walaupun jam baru menginjak ke angka sebelas malam. Mungkin juga kerana sudah tidak mampu berlakon mesra dan tertawa gembira kerana di hati masing-masing punya cerita lara tersendiri. Mungkin dalam ingatan Farriel kini cuma ada Marina. 

Segalanya mungkin….Farriel angkat punggung.

"Jom turun," ajaknya dengan muka yang serius. 

Antara rela dan terpaksa, aku bangun dari kerusi di meja solek. Gaun labuh aku perbetulkan kedudukannya. Tudung dan layah di kepala, aku perbaiki sedikit agar tampak sempurna. Tiara yang menghiasi atas kepala…

"Senget ni."

Entah bila Farriel datang menghampiriku. Tau-tau aje dah ada depan mata. Membetul-betulkan kedudukan tiara di kepalaku.

Dalam kekalutan membetulkan kedudukan tiara, yang tadinya elok terletak namun akhirnya kelihatan senget ke sebelah kiri setelah diubah oleh Farriel, tangan aku dan Farriel bersentuhan. Tindakan kami

Page 146: Cerpen AD +IZ

terhenti. Kaku tangan kami di situ buat seketika. 

Farriel memegang dan akhirnya menggenggam jari-jemariku. Kami bertentangan mata buat seketika. Dari sinar matanya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang ingin diperkatakannya. Namun, belum sempat dia membuka mulut, pintu bilik diketuk kuat. Genggaman Farriel terlerai.

Kami berpandangan seketika sebelum aku bergegas menghampiri pintu bilik yang terasa seperti mahu roboh diketuk dari luar. Pintu kubuka dan seorang wanita anggun berkebaya menerpa masuk dengan wajah yang masam mencuka. Diikuti dengan seorang lelaki yang segak bertuxedo.

"Ihsan?" panggilku dari belakang pintu.

Ihsan menoleh ke belakang, ke arahku.

Wanita anggun tadi menerpa ke arah Farriel. Menumbuk-numbuk dada Farriel dengan kuat.

Farriel cuma menundukkan kepala tanpa sedikit pun melawan.

Aku agak, perempuan itu tentu Marina Irriani 

Joseph Abdullah. Ya, tak salah lagi! Memang itulah dia orangnya.

"You tipu I, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! You pujuk I, you rayu I supaya I balik Malaysia… untuk apa, Farriel? Untuk tengok you bersanding dengan perempuan tak berkelas ni ke?"Lantang suara Marina memuntahkan amarahnya. Jari telunjuknya lurus dituding ke arahku.

Ihsan memeluk bahuku dari tepi. Seakan-akan cuba melindungi aku dari tindakan mahupun kata-kata dari Marina.

"I minta maaf... I… I memang nak beritahu tapi… tak ada masa yang sesuai," ujar Farriel perlahan.

Marina menumbuk lagi dada bidang Farriel. Kali ini lebih kuat, sehingga Farriel mengaduh kesakitan. 

"Jadi, bila masa yang sesuai? Sekarang? Esok? Lusa? Ke bila you dah dapat anak dengan perempuan perampas tu?" tempelak Marina.

"Ui…! Helo! Bila pulak saya rampas dia dari awak? Kan ke awak yang tinggalkan dia?"

Aku menyerang balas. Aku pun ada mulut juga. Jangan sesuka hati nak menuduh aku sebagai pesalah dalam hal ini. Aku melangkah beberapa tapak ke hadapan, menghampiri Marina dan Farriel. 

Tegahan Ihsan tak kuendahkan. Akhirnya, Ihsan terpaksa mengikut jejakku.

"You shut up! I’m not talking to you!" jerit Marina.

Mencerlang mata Marina memandangku. Tubuhku ditolak ke belakang.

Mujur Ihsan sempat memaut lenganku sebelum aku terjatuh. Ihsan mengisyaratkan aku supaya diam. Aku mencemik. Bengang dengan tindakan Marina. Buat hal masa majlis kahwin aku. Tunggu lepas majlis tak boleh ke? Si Farriel ni pun satu, semua salah dia! Kalau dia beritahu hal sebenar, kan bagus. Ni selagi boleh nak sorok. Sudahnya, diri sendiri dengan aku-aku sendiri yang merana.

"Farriel! You kata you cintakan I. You kata you tak boleh hidup tanpa I. Tapi kenapa you menduakan I? I tak faham la!"

"Marina, I’m sorry, okay. Ni bukan kehendak I. I kena paksa kahwin dengan nenda. You tau kan nenda I tu macam mana orangnya."

Farriel cuba meraih tubuh Marina, namun Marina lebih pantas mengelak.

Aku yang jadi penonton free adegan pujuk-memujuk antara Farriel dengan Marina, jadi panas hati. Geram dengan perangai Marina yang menggedik. Marah dengan perangai Farriel yang buta hati. Yang Si Ihsan ni apa hal pulak dok usap-usap belakang badan aku dari tadi ni? Konon-konon nak tenangkan aku la, ek?

Page 147: Cerpen AD +IZ

Lagi buat hati aku panas ada la! Tubuhku aku jarakkan dari Ihsan demi untuk menghentikan perbuatan Ihsan itu. 

"Listen… let me explain. I love you. Not her!"

"But you’re marrying her!"

"Yes. Tapi bukan atas kerelaan I. I kena paksa kahwin. You tinggalkan I terkontang-kanting masa I nak kenalkan you dengan famili I. I had no choice. Dia jadi pengganti you dan…"Marina menepis lagi tangan Farriel. Pipi Farriel ditamparnya.

"Sudah la! Agaknya kalau Ihsan tak beritahu I, 

sampai bila-bila pun you akan terus tipu I tentang status you ni! I takkan maafkan you! You memang penipu besar! I hate you!!! I hate you!!!"Marina meluru keluar.

Tanpa berfikir panjang, Farriel pantas mengejar Marina, meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.

Farriel, majlis kita… tak habis lagi… dan kau dah tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh kat sini.

Setitis air mataku jatuh. Kemudian berjuraian lagi air mata jatuh ke pipi. Bodoh! Aku memang bodoh! Menangis untuk lelaki yang berhati batu dan langsung tak berperasaan itu. Lelaki yang bergelar suami dan meninggalkan aku ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di bawah sana. Aku sememangnya bodoh kerana terbawa-bawa dengan perlakuannya sebentar tadi. Aku memang bodoh kerana gagal mengenalpasti yang mana realititi dan yang mana fantasi.

"Awak memang tak pernah ada dalam hati Farriel. Dia tak cintakan awak. Dia cuma cintakan Marina. Kalau awak terus berharap dia akan jatuh cinta pada awak, saya takut awak akan terluka akhirnya nanti."

Tangan Ihsan yang ingin mengesat air mataku, aku tepis dengan pantas. Jangan menangguk di air yang keruh, Ihsan!

"Berhenti mencintai Farriel. Belajar mencintai saya. Saya janji, saya tak akan sesekali melukakan hati awak."

Aku tersenyum sinis. "Kalau awak betul-betul tahu apa itu cinta, tentu awak tahu bahawa tidak semudah itu untuk mengalihkan rasa cinta pada orang lain. Saya tegaskan sekali lagi. Saya cintakan Farriel. Saya tak cintakan awak. Sekelumit rasa pun tak ada!" 

Aku berlari meninggalkan Ihsan. 

Ihsan mengepal penumbuk. "Aku tak akan mengalah. Aku akan pastikan yang kau akan jatuh cinta padaku juga satu hari nanti. Satu hari nanti, kau akan nampak betapa tulusnya cinta aku pada kau."Ihsan segera mengejar Adry.

Aku terus berlari. Cuba menjejaki suamiku yang kini sedang memujuk kekasih hatinya. Farriel… tegarnya cinta kau pada Marina. Kalau kau tengok aku dalam keadaan yang menyedihkan sebegini, masih tegarkah engkau memilih Marina berbanding aku?

Dek terlampau letih berlari dengan high heels, aku tersandar di dinding hotel. Air mataku bertakung di birai mata dan akhirnya mengalir lagi. Dua tiga orang pekerja hotel yang lalu-lalang tak kuhiraukan lagi. Dalam fikiranku cuma ada Farriel. Dalam ingatanku cuma ada kenangan indah bersama Farriel. Yang terlayar di mataku cuma wajah Farriel. Yang meniti di bibirku cuma nama Farriel. Betapa hebatnya Tengku Farriel Izumi di mataku. Baru seketika dia ‘menghilangkan’ diri, aku sudah separuh sasau mencarinya. Walhal dia terang-terangan menunjukkan rasa cintanya pada Marina; melalui lafaz kata-kata dan perbuatannya.

Dalam kekalutan dan kebuntuan aku memikirkan tentang Farriel, tiba-tiba tanganku terasa ditarik oleh seseorang ke suatu arah. Pandangan yang sudah kabur dek air mata menyukarkan aku mengagak dan meneka orang yang menarik tanganku itu. Aku cuba melawan. Namun semakin kuat tanganku ditariknya.Siapa? 

Page 148: Cerpen AD +IZ

"LEPASKAN aku!"

Telefon bimbitnya yang dari tadi menjerit minta dijawab, langsung tak dipedulikannya. Sampai flat bateri pun, dia tetap begitu. Tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang boleh mengganggunya di kala ini.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" tanyaku buat kesekian kalinya.

Dia diam. Ah! Bengang betul cakap dengan patung bernyawa ni!

Dengan tangan kiri, aku meraba, mencari handphone dalam poket baju. Harapan terakhir untuk membebaskan diri dari orang gila di sebelahku ini. Alamak! Tapak tangan dah melekap di dahi. Gaun pengantin mana ada kocek! Huish! Ni dibuatnya kena tahan dengan polis, sah-sah aku kena cop sebagai PATI Indon. Jangankan handphone, satu dokumen peribadi pun tak ada ni! Main aci lari macam itu aje masa nak kejar Farriel tadi.

"Woi, pekak! Lepaskan aku la!"

Aku jerit lagi. Kali ni, aku guna tone suara yang tertinggi. Dia ni tak faham bahasa ke? Subjek Bahasa Melayu gagal ek? Sekolah bertingkat-tingkat, bodohnya pun bertingkat-tingkat tahap dinosaur! Aku tension!!!

Dek suaraku yang nyaring, tapak tangan kirinya spontan melekat di cuping telinga. Padan muka! Dan pergelangan tanganku dilepaskan. Kalau tak, dia lebih senang memandu sambil mencengkam tanganku. Samseng diraja betul! Pergelangan tangan aku belek. Hu hu… dah merah dah ni! Sikit lagi nak melecet.

"Kalau ye pun kau nak pujuk Si Marina tu, tak payah la seret aku sekali! Aku tak ada kena-mengena dalam masalah korang ni, tau tak!" 

Farriel cuma diam. Mata tertumpu searah ke depan. 

Senang betul kerja dia. Diam, diam dan diam. Aku kat sini yang dah nak dapat darah tinggi!

Okey! Aku tahu la dia tengah memandu, tak boleh kalih kiri kanan sesuka hati tapi… tak boleh ke at least dia jawab pertanyaan aku? Aku dah nak jadi kereta api arang batu yang keluarkan asap hitam dah ni! Letih dah aku menjerit, melalak, melolong marah dia, maki dia, tanya itu ini, minta dia lepaskan aku dan tinggalkan aku kat mana-mana ke… tapi dia boleh buat dunno (tak tau) aje. Geramnya! Seriously, aku memang tak berminat langsung nak jadi spectator terhadap pergaduhannya dengan Marina yang aku jangkakan bakal berlangsung sebentar nanti. Sebab aku rasa aku tak ada kena-mengena langsung dalam masalah diorang. Aku cuma mangsa keadaan! Marina dan Farriel pula tak ubah seperti haiwan pemangsa. Kalau tak Marina, Si Farriel ni yang akan membaham, melapah, menyiat sekeping hatiku ini. Sadis sungguh nasib hidupku!

"Ei, sejak bila kau jadi bisu ni? Tadi elok aje kau bercakap dengan Marina! Takkan dah hilang suara kut? Ke kau simpan suara sebab nak gaduh dengan dia kejap lagi?"

Farriel diam lagi.

Signboard di bahu jalan aku pandang. Susur masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan? Uih…! Biar betul? Rumah Si Marina tu kat belah-belah utara ke? Bukan ke dia duduk area KL aje? Kampung Marina? Heish! Kampung dia bukan kat Selangor aje ke? Habis, apa ke halnya dia menuju ke utara? Entah-entah Marina tu dah lari ke sempadan tak? Ke diorang dah berpakat nak kahwin kat sana? Habis, apa hal pulak Si Farriel ni seret aku sekali? Untuk jadi saksi? Kerja gila! Sungguh gila! Memang gila! Sah-sah dah tak waras akal dia 

ni! Dashboard kereta aku pandang. Alamak, tank minyak full lagi! Memang dia nak bawak aku ke Thailand gamaknya ni!

"Izumi! Ke mana kau nak bawa aku ni? Woi! Jawab la!"

Bahu dan dadanya sudah jadi ‘punch-bag’ku. Tapi dia tetap macam tu. Tak bergerak. Tak beriak. Tak beremosi. Ya Allah, kenapalah Kau jadikan Tengku Farriel Izumi ni android bernyawa?

Page 149: Cerpen AD +IZ

"FARRIEL IZUMI!!!!"

MAJLIS dah hampir sejam tertangguh. Para tetamu dah mula tak senang duduk di kerusi masing-masing. Masing-masing membuat spekulasi tanpa asas atas tertangguhnya majlis tersebut. Para wartawan dan pemberita sibuk mengumpul bahan untuk memuji, menghentam, menyindir atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat mereka.

Artis dan kumpulan muzik yang masih rancak menyanyi di pentas sudah tak dihiraukan oleh para tetamu lagi. Mereka datang ke sini bukan untuk menonton persembahan tersebut. Mereka datang untuk 

menyaksikan mempelai bergandingan di atas pelamin dan di sepanjang majlis berlangsung. Tanpa pengantin, apalah ertinya majlis perkahwinan ini?

"Ma, sampai bila kita nak tunggu ni?" soal Tengku Radhiah lembut.

Nenda Nerrisa pandang sekilas ke arah anak bongsunya. Jatuh kasihannya pada Tengku Naqiu berusia empat tahun yang sudah lena di pangkuan ibunya. Anak 

menantu, cucu-cucunya, kaum kerabat serta rakan-rakan yang hadir dikerlingnya. Masing-masing sudah keletihan, sudah bosan menunggu namun tetap bertahan di tempat masing-masing demi menghormati dirinya dan juga majlis yang masih berlangsung. 

Hana berjalan pantas ke arah Nenda Nerrisa.

"Hana tak jumpa mereka, nenda," kata Hana dalam mengah.

Nenda Nerrisa, Tengku Radhiah dan Tengku Khalidah pamer wajah pelik. 

"Hana dah cuba telefon abang, tapi tak berjawab, asyik masuk voice mail aje pulak! Kak Adry tak bawa phone…" sambung Hana. Dia masih tak jemu menekan-nekan keypad telefonnya.

"Mustahil diorang ghaib! Sejak bila pulak Aril menuntut ilmu menghilangkan diri ni?!" Sinis nada Tengku Makmur menuturkan ayat-ayatnya.

Tengku Muhainis dan Tengku Murni mengukir senyuman mengejek. 

"Kamu dah cari di bilik hotel? Lobi? Ke mana-mana? Dah tanya pekerja hotel?" soal Nenda Nerrisa lagi.

"Dah, nenda! Memang tak ada!"

Nenda Nerrisa kalih pandang pada dua orang bodyguardnya.

Masing-masing menggelengkan kepala. Tanda tidak tahu.

Nenda Nerrisa menopang dagu di meja. Bingung memikirkan kehilangan cucu-cucunya. "Ish… mana pulak budak-budak ni pergi? Takkan tak tahu yang majlis kita tak habis lagi?" 

Yang mendengar sekadar menggeleng-gelengkan kepala.

Tengku Faris mula bengang dengan situasi yang dihadapkan kepadanya. 

Tengku Makmur tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Sengaja membakar api kemarahan Tengku Faris yang sudah panas punggung di hadapannya. "Itulah, mama… kahwinkan lagi Si Aril tu dengan perempuan tak tahu asal-usulnya. Macam ni la jadinya. Cuba pilih Si Murni ni, elok la sikit jadinya. Dah tentu-tentu keturunannya Tengku. Cantik, terpelajar…."

"Ini bukan soal keturunan. Bukan soal cantik ke tidak. Bukan soal pandai atau tidak. Ini soal masa depan Aril. Mama tak kisah dengan siapa dia nak kahwin. Asalkan perempuan tu ikhlas mencintai Aril dan boleh membahagiakan Aril. Dengan anak kamu yang materialistik dan plastik ni, boleh kamu jamin yang Aril akan bahagia dengannya?"

Page 150: Cerpen AD +IZ

Tengku Murni tarik muncung.

Tengku Makmur ketap gigi. Rasa terpukul dengan kata-kata bondanya. "Sekurang-kurangnya Si Murni ni tahu adab dan protokol. Tak ada la buat kerja gila sampai tinggalkan majlis sendiri! Si Aril tu pun satu. Perangai entah macam apa. Layak ke dia tu jadi CEO syarikat?"

"Abang jangan nak mengutuk anak saya sesuka hati pulak! Anak abang, Si Ihsan tu bagus sangat ke? Dah bertahun duduk US, mengulang paper yang sama dua tiga kali, baru lulus. Tahunya berpeleseran dan menghabiskan duit aje!"

Tengku Makmur tepuk meja seraya bangun dari kerusinya. 

Tengku Faris turut berbuat demikian.

Mata masing-masing tajam merenung antara satu sama lain.

"Makmur! Faris! Sudah la tu! Duduk! Ini bukan masanya nak bertekak. Sekarang, kita perlu fikir macam mana nak selesaikan masalah kita ni. Tetamu-tetamu pun dah keletihan. Aril dan Rianna pulak hilang entah ke mana. Mama fikir baik kita tamatkan aje majlis ni." Nenda Nerrisa bersuara lantang.

Tengku Makmur dan Tengku Faris akur dengan arahan bonda mereka.

"Apa alasan kita nak bagi pada tetamu? Pada press?" soal Tengku Khalidah yang mula tertarik mendengar cadangan ibu mertuanya.

"Itulah yang kita kena sama-sama bincangkan. Ini soal maruah keluarga. Mama pun buntu fikir."

"Ha! Apa kata… bla bla bla…."

"Mana boleh! Apa kata… bla bla bla…."

"Diorang percaya ke?"

"Tak pun kita…."

Tengku Faris bangun dari kerusinya. Malas nak join ahli keluarga yang tengah pecah kepala fikir alasan untuk cover tindakan gila anak dan menantunya. Niat di hati nak ke tandas. Meredakan sakit di hati dan tekanan di kepala. Namun, sebaik sahaja dia terpandangkan Yusman di meja berhampiran, dia menukar arah dan akhirnya berhenti di meja lelaki itu.

Yusman segera bangun dari kerusinya.

"Kamu tahu mana Farriel pergi?" tanya Tengku Faris. 

"Salah seorang pekerja kita nampak Tengku Farriel mengejar Marina, Tengku." Lapor Yusman.

Tengku Faris menggosok-gosok bawah dagunya dengan jarinya. Senyum segaris terukir di bibir. "Memang kerja gila. Tapi berbaloi!"

"Tengku nak orang-orang kita cari dan ekori mereka?"

"Biarkan mereka…."

Tengku Faris tersenyum lagi.

Bab 19 

HONDA CITY biru metalik terus meluncur laju di atas jalan. Membelah kegelapan malam. Lagu-lagu di radio sekadar menjadi penyumbang suara supaya sunyi tidak merajai suasana. Celoteh penyampai radio langsung tak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Berserabut. Berselirat dengan segala macam masalah. Dia

Page 151: Cerpen AD +IZ

tak tahu yang mana satu patut didahulukan, diabaikan atau dilupakan terus. Sungguh dia tak tahu! 

"I benci you, Farriel! Sampai hati you buat I macam ni! I malu! I beria-ia buat preparation untuk majlis pertunangan dan perkahwinan kita tapi you… you hancurkan segala-galanya dalam sekelip mata! I takkan maafkan you, Tengku Farriel Izumi! Even you, on your bended knee, I will never forgive you. I hate you!!!!"

Farriel pejam mata. Masih terbayang wajah sedih bercampur-baur dengan kebencian milik Marina. Dalam diam, Farriel mula menimbang-nimbang tindakannya, dosa pahalanya. Ya Allah, apa aku dah buat? Berdosanya aku kerana melukai insan-insan di sekelilingku….

Ad sudah terlena akibat keletihan. Dengan bekas air mata yang masih bersisa di pipi, dengan maskara yang comot di serata wajahnya, dengan layah, tudung dan tiara yang senget di kepalanya, Ad dah lena dibawa ke alam mimpi. Muka Ad kelihatan tenang. Cuma sesekali dia bersuara, mengigau di dalam tidurnya. Dan riak wajah Ad kemudiannya akan berubah menjadi sedih.

"Iz… Iz… jangan tinggalkan aku…."

Berdetak hatinya mendengar. Akalnya gagal berfungsi ketika ini. Apa yang dilakukannya kini semata-mata kerana menurut kata hati. Yang mana yang salah, yang mana yang betul, dia sendiri sudah tidak pasti lagi. Sungguh, dia buntu saat ini. 

"Pernah ke kau dengar isi hati Adry? Or at least, baca tingkah lakunya. Betul ke dia tak suka pada kau? Atau kau buat andaian sendiri? Jangan bertindak melulu. Dalam dunia ni, ada benda yang kita tak payah cakap tapi orang boleh tahu dan faham. Dan ada benda yang kita kena cakap supaya orang boleh tahu dan faham…."

Suara Qhuz bergema di telinga. Berulang tayang dalam kotak fikirannya. 

"Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit, abstrak, di luar kemampuan…."

Cermin tingkap diturunkan. Gadis itu tersenyum lalu dihulurkan tiket tol.

"Cik, kat mana saya boleh jumpa simpang susur keluar ke Kuala Lumpur?" Tanyanya.

Bab 20

ADLY menjenguk ke dalam bilik. Mata ayahnya terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur dek keletihan. Dengan usia yang semakin meningkat, ditambah pula dengan penyakit jantung yang dihidapi, ayahnya mudah letih. Semenjak ayahnya menjalani pembedahan, keadaan ayahnya bertambah lemah. Bukan kerana pembedahan yang dijalankan oleh pakar jantung di hospital terkemuka itu gagal, tapi disebabkan kerinduan terhadap seseorang yang sudah tidak mampu dibendung lagi. 

Diperhatikan keadaan sekeliling bilik. Mamanya tak kelihatan di mana-mana. Mungkin masih belum pulang dari majlis anjuran kelab yang dianggotai atau temu janji bersama pelanggan. Dalam hati, dia bersyukur. Memang dia kurang selesa bertemu atau berbual dengan ibu tirinya itu. Bukan kerana benci. Mungkin kerana hubungan mereka yang tak pernah rapat.

Perlahan-lahan dihampiri katil ayahnya, lalu duduk di kerusi yang ada di situ. Wajah tua si ayah diperhatikan dengan perasaan belas. Diusap dan dikucupnya ubun-ubun si 

ayah. Ayahnya bergerak lalu mata yang tadinya terpejam mula celik."Adly…" panggil ayahnya perlahan.

Adly tersenyum. Diraihnya jemari ayahnya, dan didekatkannya bibir ke wajah tua itu.

"Ya, ayah…" jawabnya perlahan.

"Lambat kamu balik hari ni…" kata ayahnya setelah mengerling ke arah jam di meja.

Page 152: Cerpen AD +IZ

"Kawan Adly masa sekolah dulu kahwin, yah. Jumpa ramai kawan kat majlis tu tadi, leka berbual sampai tak sedar dah tengah malam!" 

Ayahnya cuma sekadar mengangguk.

Adly memicit-micit lengan ayahnya tanpa dipinta. Nafas ayahnya turun naik perlahan. Sesekali dia kelihatan amat payah sekali untuk berbuat demikian. Rasa sayu menggamit hati Adly. Ayah bukan lagi tokoh perniagaan yang gagah ke sana sini seperti lima, enam tahun lalu.

"Kamu dah jumpa Rabitah?" soal ayahnya.

Setiap kali menyebut nama perempuan itu, matanya akan bersinar. Seperti membayangkan kenangan indah yang pernah dilalui bersama-sama perempuan tersebut.

"Belum lagi, yah!"

Adly tunduk. Tak sanggup rasanya nak menatap sepasang anak mata yang sudah pudar sinarnya tatkala mendengar jawapan darinya. Sukar benar ingin dikhabarkan pada ayahnya bahawa pencariannya selama bertahun-tahun lamanya, belum lagi menampakkan hasil yang memberangsangkan. Masih samar-samar untuk mencari seseorang yang sudah lebih dua puluh tahun menghilangkan diri. Dia terdengar ayahnya mengeluh berat. 

"Panjang sungguh rajuknya. Tebal lagi amarahnya pada ayah. Langsung dia tak tinggalkan jejaknya untuk ayah kesan. Di mana kau, Rabitah?"

Antara dengar tak dengar ayahnya menuturkan kata-kata itu. Seperti merungut sendirian dalam nada sedih gayanya.

"Sabar la, ayah… Adly janji, Adly akan cari dia sampai dapat!"

"Kamu mesti cari dia sampai dapat Adly! Sebelum ayah mati, ayah teringin sangat nak jumpa dan minta maaf dengan dia. Ayah dah banyak berdosa dengan dia."

Air mata ayahnya mengalir lagi. Seperti selalu, setiap kali ayahnya terkenangkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukannya, hati tua ayahnya akan menjadi sayu.

"Ayah, ayah jangan putus harapan. Esok lusa tentu Adly akan dapat berjumpa dengan dia. Adly dah upah penyiasat profesional untuk mencari dia. Kita dah berusaha, selebihnya kita berdoa aje…"Diusap-usapnya tubuh ayahnya. Meredakan kesedihan ayahnya.

"Yelah… siang malam ayah berdoa dapat dipertemukan dengan dia. Ini…." 

Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari laci meja. Sekeping gambar lama dihulurkan pada Adly.

"Adly ingatkan semuanya dah habis terbakar." 

Lambat-lambat Adly menuturkannya. Terkejut dengan kehadiran gambar tersebut.

"Satu-satunya gambar Rabitah yang berjaya ayah selamatkan. Mungkin pencarian kamu akan lebih mudah dengan adanya gambar ni." 

Adly menatap gambar tersebut. Gambar yang diambil lebih dua puluh lima tahun lepas. Walaupun sudah kabur dan hampir hilang warna gambar tersebut, namun jelas di matanya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua-dua insan di dalamnya.

"Cantik!" puji Adly spontan.

Ayahnya tersenyum. Matanya jauh memandang ke suatu arah. Seperti sedang membayangkan sesuatu.

"Ibu kamu memang cantik. Rasanya dialah wanita yang paling cantik yang pernah ayah lihat. Tapi ayah terpikat padanya bukan kerana kecantikan semata-mata. Ayah terpikat pada ketulusan hatinya mencintai ayah dan sikapnya yang sopan santun. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya dalam hati

Page 153: Cerpen AD +IZ

ayah." 

Pintu bilik dikuak kasar dari luar. Muncul wajah Jasmine, ibu tiri Adly yang kepenatan.

Ayahnya segera mengisyaratkan agar gambar Rabitah disembunyikan dari pandangan ibu tirinya itu.

Adly akur.

"Hah! Adly, abang… apa yang dibualkan tu? Berbisik-bisik nampaknya! Ada rahsia yang mama tak patut tahu ke, Adly?" tegurnya lantang.

"Tak ada apa-apa, ma! Adly dengan ayah cuma berbual kosong aje…" dalih Adly.

Jasmine yang menanggalkan barang kemas di leher sekadar tersenyum sinis. "Tak usah nak bohong la, Adly! Mama tahu kamu dengan ayah kamu tengah merancang nak singkirkan mama dari syarikat dan rumah nikan? Mama tahu. Mama sedar yang mama dan Farah cuma menumpang harta-benda ayah kamu. Sampai masanya, kami akan disingkirkan." 

Suara Jasmine seperti jauh hati.

"Apa yang kamu merepek ni, Jas! Abang tak pernah terfikir pun pasal benda tu semua!" bidasnya tegas.

"Jas tak merepek, bang! Memang betul pun Jas anak-beranak ni cuma menumpang. Siapalah kami di mata abang dan Adly. Jas cuma emak tiri pada Adly. Farah pulak sekadar adik tiri Adly. Kalau ditakdirkan abang ceraikan Jas, putus la pertalian antara kita."

"Ma, jangan cakap macam tu… Adly dan ayah sayangkan mama dan Farah. Walau apa pun yang terjadi, kita tetap bersaudara. Walaupun mama dan ayah tak berkahwin, mama tetap sepupu ayah. Adly dan Farah tetap punya pertalian darah. Adly dan ayah tak pernah terfikir pun nak diskriminasi mama dan Farah dalam apa jua perkara. Buktinya, ayah bagi sepenuh kepercayaan pada mama untuk kendalikan urusan syarikat, kan?" Terang Adly bersungguh-sungguh. 

"Ye la… kalau dah itu kata kamu, kata ayah kamu, mama bersyukur kerana diberi ruang dalam keluarga ni…." 

Adly menarik nafas lega. Jauh di lubuk hatinya, dia berasa tenang apabila ibu tirinya dapat menerima kata-kata yang dilafazkan tadi.

ADLY menarik keluar gambar yang sudah lusuh dari kocek seluarnya. Gambar yang diberikan oleh ayahnya sebentar tadi. Lama ditatapnya gambar itu. Wajah tampan seorang lelaki di usia mudanya bergandingan dengan seorang wanita cantik; Rabitah, ibunya. Perasaan Adly bercampur baur saat itu. Buat pertama kalinya dia menatap wajah ibu kandungnya. Kali 

terakhir dia bertemu dengan ibunya kira-kira dua puluh tiga tahun yang lalu.

Bercampur baur perasaannya saat itu. Ada rasa rindu, sedih, gembira dan kecewa menguasai hatinya. Rindu kerana setelah sekian lama tidak bersua. Gembira kerana gambar itu mengingatkan dirinya kembali memorinya kepada wajah si ibu yang semakin kabur. Kecewa kerana hasil pencarian penyiasat upahannya masih samar-samar. Sedih kerana campur tangan arwah datuk dan neneknya membuatkan ibu dan ayahnya berpisah.

"Ibu kamu dulu bekerja sebagai penari kelab malam. Itu bukan kerelaannya. Tuntutan hidup membuatkan ibu kamu terpaksa mengikut saranan kawan-kawannya. Cuma dua bulan dia memegang gelaran itu. Kemudian ayah bertemu dengannya dan berkahwin dengannya beberapa bulan kemudian. Arwah datuk dan nenek kamu begitu bangga dengan kekayaan dan status mereka di mata masyarakat. Rabitah bukan menantu pilihan mereka. Jasmine adalah calon yang mahu dipadankan untuk ayah. Perkahwinan kami hancur akhirnya apabila ayah termakan fitnah-fitnah yang disogokkan kepada ayah. Ayah halau ibu kamu keluar dari rumah ini sehelai sepinggang."

Kelopak mata Adly basah. Sedih mengenangkan nasib ibunya yang menjadi mangsa kepada sikap materialistik arwah datuk dan neneknya. Adly bertekad dalam hati. Dia akan menggandakan usahanya untuk mencari ibunya!