Ceramah Hijrah

80
HIJRAH HIJRAH

description

HIJRAH MEMBAWA PERSAUDARAAN

Transcript of Ceramah Hijrah

  • HIJRAH

  • BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM

  • TOKOH MAAL HIJRAH 1424

  • 6 Persoalan

  • 1. Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia?Yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

  • 2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ? Yang paling jauh adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

  • 3. Apa yang paling besar di dunia ? Yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

  • 4. Apa yang paling berat di dunia ? Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

  • 5. Apa yang paling ringan di dunia ? Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat, kerana bermain kita meninggalkan solat, kerana kerja kita meninggalkan sholat.

  • 6. Apa yang paling tajam di dunia ?

    Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

  • PENGERTIAN HIJRAHAspek Bahasa

  • 1 Berpindah daripada satu tempat ke satu tempat seperti perpindahan Rasulullah daripada Makkah ke Madinah.

  • 2 Meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah untuk melakukan segala suruhanNya.

  • PENGERTIAN HIJRAHAspek Istilah

  • Perpindahan Rasulullah bersama-sama sahabatnya dengan meninggalkan Makkah ke Madinah kerana semata-mata mengikut perintah Allah dan mempertahankan kesucian Islam.

  • SEJARAH RINGKAS HIJRAH

  • Sebelum berhijrah ke Madinah Rasulullah pernah berhijrah ke Taif, tatapi ditolak oleh penduduk Taif yang menyembah berhala.Orang Islam juga pernah berhijrah ke Habsyah dua kali.Hijrah ke Habsyah kali pertama 11 lelaki 4 wanita.Hijrah ke Habsyah kali kedua 83 lelaki dan 11 wanita. Selepas itu, barulah Rasulullah bersama orang yang beriman berhijrah dari Makkah ke Madinah.

  • SEBAB-SEBAB HIJRAH

  • Penentangan yang hebat daripada kaum Quraisy.Ekoran Perjanjian Aqabah.Untuk mengatur strategi dakwah.Madinah - Tempat strategik untuk penyebaran Islam.Keizinan Allah.

  • KESAN-KESAN DARI PERISTIWA HIJRAH

  • 1. Penubuhan Negara Islam Yang Pertama Madinah Al-Munauwarah Ketua negara Rasulullah Pelembagaan Islam yang pertama dikenali Piagam Madinah.

  • 2. Penggunaan Tahun Hijrah (Tahun Islam) Penetapan Tahun Hijrah adalah usaha dan saranan Khalifah Islam yang Kedua iaitu Khalifah Umar bin Al-Khattab (13-23H/634-644)Hijrah Rasulullah sebagai asas perkiraan tahun Islam. Kelahiran Nabi Isa dijadikan asas perkiraan tahun masihi.

  • 3. Perpaduan Ummah Persaudaraan orang-orang Ansor (penduduk Madinah) dan Muhajirin (orang Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah). Masjid sebagai pusat untuk menyatukan masyarakat. Perpaduan yang kukuh tidak mengira pangkat, keturunan, kulit, fizikal dan sebagainya.

  • 4. Islam Tersebar Luas.Keperibadian Rasulullah menarik perhatian masyarakat seluruhnya. Kejayaan membuka Negara Islam memberi ruang yang banyak menyebarkan agama Islam.

  • PENGAJARAN DARIPADA HIJRAH

  • 1. ASPEK PENGORBANANPengorbanan Saidina Ali bin Abu Talib Kesanggupan Ali tidur di tempat Rasulullah . Pengorbanan Saidina Abu Bakar. Sanggup menjadi teman Rasulullah . Sabahat yang amat setia dan sanggup berkorban apa saja demi agama Islam dan Rasulullah .

  • Pengorbanan putera dan puteri Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Asma bt Abu Bakar sanggup memghantar bekalan makanan kepada Rasulullah ke Gua Thur. Asma juga digelar wanita yang mempunyai dua tali pinggang syurga (zatu-nitaqain)

  • Abdullah bin Abu Bakar menjadi pembawa berita perkembangan yang berlaku di Makkah. Pengorbanan Abdullah bin Uraiqit. Penunjuk jalan kepada Rasulullah dan Abu Bakar ke Madinah.

  • 2. ASPEK PERSAUDARAAN Orang Ansor (penduduk Madinah) sanggup berkorban apa saja demi persaudaraan dengan orang Muhajirin (penduduk Makkah yang berhijrah bersama Rasulullah ).

  • 3. ASPEK USWATUN HASANAH Rasulullah sendiri menjadi ikutan yang baik kepada umat Islam.Membuat sesuatu dengan perancangan yang strategik. Sikap tidak mementingkan diri.

  • 4. ASPEK PERMUAFAKATAN Hasil permufakatan Rasulullah dengan para sahabat maka wujudlah satu nagara Islam pertama Madinah Al-Munauwarah.

  • 5. ISLAM CARA HIDUP YANG LENGKAP (NIZAMULHAYAT) Iman dan syariah tidak dapat dipisahkan. 13 tahun iman disemai di Makkah dengan hijrah membuktikan keimanan orang Islam untuk menegakkan negara Islam.

  • 6. ASPEK PERUBAHAN SIKAP Hijrah menyedarkan umat Islam mengenai sikap positif yang perlu diamalkan untuk mencapai kecemerlangan. Seperti berani, iklas, gigih, sabar, tegas, berkorban, bertawakkal dan sebagainya.

  • 7. PERANAN MASJIDBila Rasulullah sampai ke Madinah antara perkara utama yang dibuat ialah mendirikan masjid Quba.Masjid sebagai tempat menyatukan umat Islam.

  • 8. BERWASPADA PERANCANGAN MUSUH Sejarah Hijrah membuktikan musuh-musuh Islam sentiasa bermuafakat merancang melemah dan memusnahkan Islam. Setiap muslim mesti berwaspada dan membina ketahanan diri bagi menghadapi segala cabaran dan propaganda musuh-musuh Islam.

  • PENUTUPPeristiwa Hijrah yang disambut setiap tahun ini mesti dihayati dan direalisasikan dalam kehidupan setiap individu muslim. Ia bukan bukan sekadar sambutan yang berbentuk ritual sahaja tetapi memerlukan kepada perubahan dan tindakan yang menjurus ke arah kecemerlangan dalam kehidupan.

  • Semangat hijrah akan dapat merubah umat daripada statik kepada aktif, pasif kepada proaktif, jumud kepada haraki, fatalistik kepada gigih berjuang dan daripada mundur kepada maju. Penghayatan hijrah ini akan melahirkan generasi yang berdaya maju, inovatif, kreatif dan dapat meningkatkan martabat umat yang berkualiti

  • MASJID NABAWAI

  • MASJID NABAWI

  • MASJID NABAWI

  • PEDANG DAN TONGKAT RASULULLAH

  • PEDANG DAN TONGKAT RASULULLAH

  • JANGGUT RASULULLAH

  • RAMBUT RASULLAH

  • SERBAN RASULULLAH

  • MADINAH AL-MUNAUWARAH

  • PINTU KAABAH & HAJARUL ASWAD

  • KAABAH BANJIR

  • MASJID QUBA

  • MASJID QUBA

  • MASJID QUBA

  • YAHUDI DAN KRISTIAN

  • SOALAN KUIZ

  • 1. Berikan satu makna hijrah dari segi bahasa

  • 2. Berikan makna hijrah dari segi istilah

  • 3. Rasulullah berhijrah dari . ke ..

  • 4. Sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah di manakah Baginda pernah berhijrah

  • 5. Sebutkan nama sahabat Nabi yang tidur di bilik Baginda semasa hijrah

  • 6. Siapakah yang menjadi teman Nabi Muhammad semasa hijrah?

  • 7. Apa nama gua tempat Rasulullah bersembunyi dari orang kafir Quraisy?

  • 8. Siapakah yang menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan semasa bersembunyi di gua?

  • 9. Siapakah yang memberi maklumat tentang orang kafir Quraisy semasa Rasulullah bersembunyi di gua

  • 10. Apakah tema tahun hijrah 1424?

  • 11. Berikan satu sebab-sebab Hijrah berlaku?

  • 12. Siapakah yang menetapkan penggunaan tahun Hijrah yang digunakan oleh orang Islam hingga hari ini?

  • 13. Tahun Hijrah di mulakan dengan bulan ..

  • 14. Kenapa kita perlu berhijrah?

  • 15. Negara Islam yang pertama di dunia ialah

  • 16. Siapakah pemimpin Negara Islam yang pertama di dunia?

  • 17. Masjid yang pertama ialah ..

  • 18. Siapakah orang Ansor?

  • 19. Siapakah orang Muhajirin?

  • 20. Berikan satu pengajaran dari peristiwa hijrah

  • TAMAT