cara-cara menghormati guru.docx

21

Transcript of cara-cara menghormati guru.docx

Page 1: cara-cara menghormati guru.docx
Page 2: cara-cara menghormati guru.docx

Cara-cara Menghormati Guru

Karangan ini sangat baik untuk murid-murid jadikan contoh terutama untuk kumpulan cemerlang.

Cara-cara Menghormati Guru 

Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.

Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Jadi,guru wajar dihargai kerana selalu membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme,

Page 3: cara-cara menghormati guru.docx

vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Menghargai guru juga bermaksud mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.

Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. 

KARANGAN JENIS CATATANContoh Karangan Diari/ Catatan

Page 4: cara-cara menghormati guru.docx

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang telah dijalankan pada hari tersebut.

ISNIN, 16 MEI 2011

7.45 pagi

Semua guru diarak ke dewan diiringi kumpulan kompang sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru 2011 . Semua guru mengambil tempat masing-masing dan kelihatan ceria.

8.00 pagi

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan Hasmah membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Encik Nordin pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

8.45 pagi

Sukaneka dimulakan dengan acara “Simpul Kasih” . Selain itu, terdapat pelbagai acara sukaneka lain yang menarik . Perlawanan bola jaring turut diadakan antara murid dan guru.

10.00 pagi

Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih muih . 

Page 5: cara-cara menghormati guru.docx

10.30 pagi

Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

11.45 pagi

Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Zakaria.

12.45 tengah hari

Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru. Acara pertukaran hadiah turut diadakan bagi memeriahkan acara.

Cara - Cara Menjaga Keselamatan Diri di Jalan Raya

Tuliskan sebuah karangan cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya.

Pendahuluan– Nyawa amat berharga-tidak dapat ditukar dengan wang ringgit

Page 6: cara-cara menghormati guru.docx

Idea 1-Mematuhi undang-undang jalan raya

Idea 2-Menggunakan kemudahan yang disediakan – jejantas/garisan belang

Idea 3-Bertimbang rasa –sabar memandu di jalan raya

Idea 4-Pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik- memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan

Penutup

-Ingatlah orang tersayang-berhati-hati di jalan raya.

Gambar berpusatFormular ayat:1. …..boleh digunakan untuk menghasilkan …..bagi…..2. …..boleh digunakan untuk menghasilkan …..yang ….3. …..boleh digunakan untuk dimasak…..4. …..boleh digunakan untuk diperbuat….5. …..boleh digunakan untuk dijadikan ….

Contoh jawapan gambar berpusat ( susu getah )1. Pokok getah menghasilkan susu getah yang mempunyai banyak kegunaannya.

Page 7: cara-cara menghormati guru.docx

2. Susu getah boleh diproses untuk dijadikan sarung tangan bagi kegunaan pekerja di kilang.3. Susu getah juga diproses untuk dibuat bola sebagai alat mainan kepada manusia.4. Susu getah juga diproses untuk menghasilkan tayar kenderaan yang bermutu tinggi.5. Tapak kasut yang selesa juga diperbuat daripada susu getah.Posted by AinalSharidaSaidin at 16:34 

Isi-isi Penting-          banyak kegunaan-          dijadikan rakit-          dijadikan perabot-          dijadikan pencucuk sate-          dijadikan tabung            Jawapan Lengkap

      1. Pokok buluh mempunyai banyak kegunaan kepada manusia.

2. Batang buluh yang panjang boleh diikat untuk diijadikan rakit.3. Batang buluh yang telah dipotong boleh dijadikan perabot seperti kerusi dan meja.4. Beberapa ruas buluh boleh dijadikan tabung simpanan duit.5. Bilah buluh yang dibelah diraut halus boleh dijadikan sebagai pencucuk sate.

Page 8: cara-cara menghormati guru.docx
Page 9: cara-cara menghormati guru.docx
Page 10: cara-cara menghormati guru.docx
Page 11: cara-cara menghormati guru.docx
Page 12: cara-cara menghormati guru.docx
Page 13: cara-cara menghormati guru.docx
Page 14: cara-cara menghormati guru.docx
Page 15: cara-cara menghormati guru.docx
Page 16: cara-cara menghormati guru.docx
Page 17: cara-cara menghormati guru.docx
Page 18: cara-cara menghormati guru.docx
Page 19: cara-cara menghormati guru.docx