Buku Nilai Teras Tldm

12
Bangga Berkhidmat NILAI TERAS TENTERA LAUT DI RAJA MALA YSIA KEMULIAAN | KESETIAA N | KEBERANIAN | KEBANGGA AN

description

maklumat nilai teras

Transcript of Buku Nilai Teras Tldm

Page 1: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 1/12

B a n g g a B e r k h i d m a t

NILAI TERAST E N T E R A L A U T D I R A J A M A L A Y S I A

K E M U L I A A N | K E S E T I A AN | K E B E R A N I A N | K E B A N G G AA N

Page 2: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 2/12

Page 3: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 3/12

B a n g g a B e r k h i d m a t

NILAI TERAST E N T E R A L A U T D I R A J A M A L AY S I A

KEMULIAAN | KESETIAAN | KEBERANIAN | KEBANGGAAN

Page 4: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 4/12

KATA ALUAN PANGLIMA TENTERA LAUT

Sejak lebih 70 tahun yang lalu, Tentera Laut Diraja Malaysia telah

diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjaga kedaulatanperairan serta kepentingan maritim Malaysia. Amanah ini perlu dipikul

oleh seluruh warga TLDM dengan penuh komitmen dan keikhlasan demi

memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Tanggungjawab

ini hanya akan mampu terlaksana sekiranya setiap warga mempunyai

nilai teras dan jati diri yang kukuh.

Nilai Teras merupakan satu prinsip dan perisytiharan secara terbuka oleh

organisasi terhadap perlakuan yang dituntut daripada setiap warganya.

Penerapan nilai ini perlu ditanam dan disemai ke dalam diri setiap warga

agar menjadi satu sumber kekuatan setiap individu di dalam mengawal

tingkah laku mereka, yang seterusnya menyumbang kepada keutuhanorganisasi.

‘Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan’ merupakan

nilai teras yang menjadi prinsip TLDM dan perlu dihayati oleh setiap

lapisan warga TLDM. Penerapan, penghayatan dan berkelakuan sejajar

dengan nilai teras ini akan mencerminkan sikap dan cara hidup warga

yang berintegriti, taat, berani dan berbangga untuk berkhidmat dalam

TLDM khususnya dan ATM amnya.

Penerapan keempat-empat Nilai Teras di kalangan warga perlu bermula

seawal memasuki perkhidmatan dan berterusan sehingga menamatkan

perkhidmatan. Setiap lapisan warga perlu memberi penekanan

terhadap maksud yang tersurat dan tersirat disebalik Nilai Teras ini.

Usaha berterusan hendaklah dilaksanakan oleh semua peringkat agar

nilai teras ini menjadi suatu budaya hidup warga TLDM.

Saya berharap agar Buku Nilai Teras TLDM ini akan menjadi rujukan

kepada semua warga sebagai panduan dalam menghayati amalan nilai

teras yang telah digariskan. Huraian secara ringkas, mudah dan jelas

di dalam buku ini diharap dapat membantu dalam memahami maksud

Nilai Teras TLDM dan mengukuhkan nilai jati diri masing-masing.

Saya yakin bahawa warga yang mempunyai dan menghayati Nilai

Teras TLDM ini akan dapat berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi

memartabatkan TLDM ke arah menjadi sebuah Tentera Laut Bertaraf

Dunia.

SEDIA BERKORBAN

 LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HJ JAAFARPanglima Tentera Laut16 Ogos 2011

Bangga Berkhidmat 

سم هللا لرحمن لرحيم

Page 5: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 5/12

 Visi KamiMenjadi Tentera Laut Bertaraf

Dunia

(Sentiasa Cemerlang)

Misi KamiMelindungi Kedaulatan dan

Kepentingan Maritim Negara

Cogan

Kata Kami

Sedia Berkorban

Nilai TerasKami

Kemuliaan

Kesetiaan

Keberanian

Kebanggaan

Bangga Berkhidmat 

Page 6: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 6/12Bangga Berkhidmat 

Nilai Teras ialah,

“sumber kekuatan moral untuk membentuk sikap,

gaya dan budaya hidup bagi mendokong misi serta

 visi TLDM.”

Nilai Teras diperlukan sebagai,

• Panduan di dalam pembentukan sahsiah diri warga

Panduan untuk pelaksanaan kerja yangcemerlang

• Peringatan tentang perkara yang boleh dan tidakboleh dilakukan

• Pendokong cogan kata, misi dan visi

• Penyumbang kepada peningkatan prestasi danpencapaian TLDM

Nilai Teras digunakan,

“untuk kehidupan seharian pada setiap masa dan

dalam semua keadaan”

Nilai Teras diterapkan melalui,

• Pengajaran dan Pembelajaran

• ‘Kepimpinan Melalui Teladan’

Page 7: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 7/12Bangga Berkhidmat 

Saya MESTI,

• Mengamal nilai-nilai murni berpandukan kepadakepercayaan agama

• Melaksana tugas yang terbaik sama ada susah atau

sukar

• Mencapai yang terbaik dalam setiap perkara yang

dilakukan dengan ikhlas

• Menghormati maruah orang lain tanpa mengirapangkat, agama dan keturunan

• Menghindari daripada sebarang perlakuan yang

menjurus kepada jenayah, rasuah, penyelewengan,

salah guna kuasa dan unsur-unsur negatif yang boleh

memudaratkan diri, perkhidmatan dan Negara.

Meletakkan kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysiamelebihi kepentingan peribadi

kemuliaan

KEMULIAAN  ialah melaksanakan tugas

 yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas,bertanggungjawab dan profesional demi

kebaikan organisasi.

Page 8: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 8/12Bangga Berkhidmat 

Saya MESTI,

• Mempertahankan kedaulatan Negara dalam apa juakeadaan

• Memegang teguh amanah yang diberikan dan tidak

berpaling tadah kepada rakan sekerja dan Tentera

Laut Diraja Malaysia

• Menyokong dan mempertahankan sebarang

keputusan bersama

• Mematuhi arahan dan peraturan

• Sentiasa bersama dalam masa senang mahupun

susah

kesetiaan

KESETIAAN ialah semangat setia kawan kepada

rakan sekerja dan ketaatan yang tidak berbelahbahagi kepada organisasi, perkhidmatan serta

Negara.

Page 9: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 9/12Bangga Berkhidmat 

keberanian

Saya MESTI, 

• Memiliki semangat juang yang tinggi

• Melapor sebarang aktiviti jenayah, penyalahgunaan

kuasa, penyelewengan atau sebarang perbuatan

yang melanggar peraturan, moral dan etika

• Memperbetul perkara yang tidak betul

• Mencabar proses sedia ada ke arah

penambahbaikan diri dan organisasi

KEBERANIAN  ialah semangat keperwiraan

dan berpegang teguh kepada kebenaran sertabertanggungjawab terhadap semua tindakan

saya.

Page 10: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 10/12

kebanggaan

Saya MESTI,

• Menjaga nama baik dan mengharumkan nama

Tentera Laut Diraja Malaysia

• Menyumbang idea yang kreatif dan inovatif untuk

penambahbaikan organisasi

• Memiliki dan memegang teguh nilai Kemuliaan,

Kesetiaan serta Keberanian dalam diri

• Menjadi contoh terbaik dan mempamerkan disiplin

ketenteraan yang tertinggi

• Mengamalkan penjimatan kos dalam setiap

pelaksanaan tugas

• Menggandakan usaha dalam setiap tugas bagi

mencapai hasil yang melebihi jangkaan

• Melaksanakan tugas yang berkualiti dan menepati

masa

KEBANGGAAN  ialah berkhidmat sebagai

anggota tentera laut dengan penuh rasa megah,komited dan berdedikasi.

Bangga Berkhidmat 

Page 11: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 11/12

Berteraskan Empat Nilai MurniJadi Pemangkin Misi dan Visi

Menjana Tekad Untuk Berbakti

Bangga Berkhidmat Sentiasa Disegani

Kemuliaan, Berhati Luhur 

Kesetiaan, Patuh dan Taat

Keberanian, Sedia Berkorban

Kebanggaan, Rela Berkhidmat

Ikrar Kami Sekata

Berkhidmat Dengan Bangga

Capai Wawasan Mulia

Tentera Laut Bertaraf Dunia

BANGGA BERKHIDMAT

(Lagu Nilai Teras TLDM)

Lagu: Badan Kesenian (BAKES) TLDM

Lirik: Bahagian Pengurusan Strategik & BAKES TLDM

Bangga Berkhidmat 

Page 12: Buku Nilai Teras Tldm

7/17/2019 Buku Nilai Teras Tldm

http://slidepdf.com/reader/full/buku-nilai-teras-tldm 12/12

Sedia Berkorban