Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

12
Mac 2003 || 1 || Bil: 3/2003 ISSN: 1675-5626 www.kpdnhq.gov.my Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P ersoalan kredit atau hutang sudah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan kita hari ini. Boleh dikatakan setiap individu mempunyai hutangnya sendiri. Ia banyak bergantung kepada gaya hidup dan pengurusan kewangan seseorang. Jika gaya hidupnya mewah dan ranggi, serta tidak bijak menguruskan pendapatannya, maka mudahlah dia terlibat dengan kancah hutang ini. Secara fitrahnya, kehendak setiap manusia akan turut berubah hasil peningkatan status kehidupannya. Dengan pendapatan yang berasaskan tangga gaji permulaan, dia tidak dapat memenuhi semua kehendaknya yang kian bertambah dari semasa ke semasa. Jika sewaktu di bangku sekolah dahulu, kehendak seseorang terhadap barangan seperti pakaian yang mahal tidak begitu ketara, namun setelah berkerjaya, ini menjadi pilihan utama. Begitu juga dengan keperluan asas yang lain seperti pengangkutan dan kediaman, ia juga perlu ditanggung sendiri oleh setiap individu apabila dia sudah berkerjaya. Kehendak yang pelbagai ini memerlukan perbelanjaan yang cukup tinggi dan sememangnya tidak dapat dipenuhi dengan hanya semata-mata bergantung kepada pendapatan bulanan yang kecil jumlahnya itu. Oleh itu, ramai yang mengambil keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dan perbankan tertentu bagi memenuhi impian ini. Kos kehidupan bagi seseorang akan semakin bertambah setelah dia berkeluarga. Keperluan perkakas rumah perlu disempurnakan dan ini turut meningkatkan kos perbelanjaan seseorang. Dewasa ini, terdapat banyak kedai perabot dan peralatan rumah yang menawarkan khidmat jualan secara kredit sebagai salah satu cara promosi barangan mereka. Persoalannya di sini, dapatkah seseorang itu mengelakkan dirinya daripada dibelenggu hutang, sedangkan realiti hidup masa kini sememangnya sedemikian rupa? Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa hutang merupakan salah satu cara untuk seseorang menyelesaikan masalah kewangan yang sering dihadapi. Sering kali, harga barangan yang ingin dibeli itu melebihi jumlah wang yang berada di tangan seseorang. Oleh itu, dia terpaksa mendapatkan tambahan wang untuk memiliki barangan yang dihajatinya. Bagi individu yang mempunyai amaun simpanan peribadi yang besar jumlahnya, masalah ini agak mudah untuk diselesaikan. Namun, kebanyakan pengguna yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah akan memilih jalan penyelesaian melalui kaedah hutang untuk tujuan yang sama. Kemudahan kredit Tidak dinafikan bahawa sistem kredit dapat membantu pengguna meningkatkan taraf hidup Ke muka 108

Transcript of Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Page 1: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Mac 2003 || 1 ||

Bil: 3/2003 ISSN: 1675-5626www.kpdnhq.gov.my

Budaya 'Biar PapaAsal Bergaya'

P ersoalan kredit atau hutang sudahmenjadi suatu kebiasaan dalamkehidupan kita hari ini. Boleh dikatakan

setiap individu mempunyai hutangnya sendiri. Iabanyak bergantung kepada gaya hidup danpengurusan kewangan seseorang. Jika gayahidupnya mewah dan ranggi, serta tidak bijakmenguruskan pendapatannya, maka mudahlah diaterlibat dengan kancah hutang ini.

Secara fitrahnya, kehendak setiap manusiaakan turut berubah hasil peningkatan statuskehidupannya. Dengan pendapatan yangberasaskan tangga gaji permulaan, dia tidak dapatmemenuhi semua kehendaknya yang kianbertambah dari semasa ke semasa. Jika sewaktudi bangku sekolah dahulu, kehendak seseorangterhadap barangan seperti pakaian yang mahaltidak begitu ketara, namun setelah berkerjaya, inimenjadi pilihan utama.

Begitu juga dengan keperluan asas yang lainseperti pengangkutan dan kediaman, ia juga perluditanggung sendiri oleh setiap individu apabila diasudah berkerjaya. Kehendak yang pelbagai inimemerlukan perbelanjaan yang cukup tinggi dansememangnya tidak dapat dipenuhi dengan hanyasemata-mata bergantung kepada pendapatanbulanan yang kecil jumlahnya itu.

Oleh itu, ramai yang mengambil keputusanuntuk mendapatkan pembiayaan daripada institusikewangan dan perbankan tertentu bagi memenuhiimpian ini. Kos kehidupan bagi seseorang akansemakin bertambah setelah dia berkeluarga.Keperluan perkakas rumah perlu disempurnakandan ini turut meningkatkan kos perbelanjaanseseorang.

Dewasa ini, terdapat banyak kedai perabot danperalatan rumah yang menawarkan khidmat jualan

secara kredit sebagai salah satu cara promosibarangan mereka. Persoalannya di sini, dapatkahseseorang itu mengelakkan dirinya daripadadibelenggu hutang, sedangkan realiti hidup masakini sememangnya sedemikian rupa?

Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawahutang merupakan salah satu cara untukseseorang menyelesaikan masalah kewanganyang sering dihadapi. Sering kali, harga baranganyang ingin dibeli itu melebihi jumlah wang yangberada di tangan seseorang. Oleh itu, dia terpaksamendapatkan tambahan wang untuk memilikibarangan yang dihajatinya. Bagi individu yangmempunyai amaun simpanan peribadi yang besarjumlahnya, masalah ini agak mudah untukdiselesaikan. Namun, kebanyakan pengguna yangterdiri daripada golongan yang berpendapatanrendah akan memilih jalan penyelesaian melaluikaedah hutang untuk tujuan yang sama.

Kemudahan kreditTidak dinafikan bahawa sistem kredit dapat

membantu pengguna meningkatkan taraf hidup

Ke muka 108

Page 2: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

|| 2 || Mac 2003

Pada setiap 15 Mac, mulai tahun 1983,pergerakan pengguna di seluruh duniamenyambut “Hari Hak-Hak Pengguna

Sedunia”. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Con-sumers International (yang ketika itu dikenalisebagai International Organisation of ConsumerUnions). Tujuan sambutan hari hak-hak penggunasedunia adalah untuk meningkatkan kesedaranpara pengguna terhadap hak mereka sebagaipengguna.

Pada hari tersebut, pertubuhan-pertubuhanpengguna di seluruh dunia akan mengadakanpelbagai aktiviti bagi menarik perhatian parapengguna terhadap isu-isu tertentu danmendapatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Penentuan tarikh 15 Mac dibuat mengambilsempena hak-hak pengguna yang muladiperkatakan oleh seorang presiden di sebuahnegara. Presiden tersebut, mendiang John F.Kennedy, telah mengemukakan “Deklarasi HakPengguna” di kongres Amerika Syarikat pada 15Mac 1961. Antara lain deklarasi tersebut telahmencetuskan empat hak pengguna, iaitu:n Hak mendapatkan keselamatann Hak mendapatkan penerangann Hak mendapatkan pilihann Hak mendapatkan pendengaran

Pelbagai tema telah dikemukakan oleh Con-sumers International sempena hari hak-hakpengguna sedunia ini, di antaranya: perwakilanpengguna (2002), ketanggungjawaban korporat(2001), makanan ubah suai genetik (2000),penilaian terhadap hak-hak pengguna (1999),

Penasihat:Y. Bhg. Datuk Dr Sulaiman B. Mahbob

Ketua Setiausaha Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Ketua Sidang PengarangHaji Wan Mansor bin Wan Omar

Timbalan Ketua Sidang PengarangMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangNormah bte Sheikh Abdullah

Anyi NgauHasliana Kamarudin

Che Aizawati bte Che SallehArpannah Appala Naidu

Sharon Shalita a/p Nobbel Moses

Dicetak oleh Syarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanusahasama di antara Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.Sumbangan artikel amat dialu-alukan. Silahantarkan sumbangan kepada:

Editor,Buletin Pengguna,No 1D-1, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.Emel: [email protected] Web KPDN & HEP : www.kpdnhq.gov.myLaman Web FOMCA : www.fomca.org.my

S I D A N G R E D A K S I

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna ini tidak semestinyamencerminkan pendirian dan dasar Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA. Ia merupakanpendapat penulis sendiri.

M I N D A E D I T O R

pembasmian kemiskinan (1998) dan penggunaanmampan (1997).

Pada tahun ini, tema yang dipilih ialah “KawalanKorporat Terhadap Rantaian Makanan: RangkaianGM”. GM di sini dimaksudkan sebagai “GeneticModification” atau ubah suai genetik. Sebagaimanayang dijelas dalam keluaran Buletin Pengguna yanglepas, makanan ubah suai genetik mempunyaibeberapa kesan kepada kesihatan dan alam sekitar.Ia mengambil masa yang panjang untuk melihatkesannya.

Bagaimanapun, ia bukanlah bermaksud bahawateknologi ubah suai genetik atau biasa disebutsebagai bioteknologi tidak memberikan kebaikan.Teknologi ini telah digunakan di beberapa pusatkajian dan penyelidikan di Malaysia sebagai Mardi,Pusat Penyelidikan Kelapa Sawit dan sebagainya.Penyelidikan tersebut menghasil ciptaan baru yangmemberikan manfaat kepada negara, seperti ciptaanminyak kelapa sawit yang boleh digunakan sebagaiminyak kenderaan dan sebagainya. Kita amatmengalu-alukan hasil kajian seperti ini dan ia perluditeruskan.

Namun persoalan yang timbul di sini ialahpenggunaan ubah suai genetik yang dilakukan olehsyarikat multinasional, yang mempunyai agendatersembunyi, yang akhirnya menyebabkan rangkaianmakanan utama dunia dikawal oleh syarikat-syarikattersebut. Begitu juga penggunaan genetik bersilangantara gen haiwan dan gen tumbuhan yangmenghasilkan benih dan baka tumbuhan yang baru,masih menimbulkan persoalan, iaitu dari segikesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan,tetapi juga dari segi keagamaan.

Page 3: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Mac 2003 || 3 ||

T E B U S R U G I

Biro Pengantaraan Insurans

B iro Pengantaraan Insurans (BPI) telahditubuhkan oleh sekumpulan syarikat-syarikat insurans dan takaful bagi

memberikan perkhidmatan secara yang bebas danadil. Ia bertujuan mengatasi pertikaian di antarasyarikat insurans/takaful (yang menjadi ahli Biro)dan pemegang polisi.

Bagi tujuan menyelesaikan pertikaian ini,seorang pengantara dilantik. Pengantara adalahseorang yang berpengalaman luas dalam bidangundang-undang dan bertindak bebas tanpa terikatdengan industri insurans/takaful.

Dalam mengendalikan aduan ini, tidak adasebarang bayaran yang dikenakan dan had tuntutanyang dibenarkan oleh Biro adalah tidak melebihiRM100,000. Semasa pengendalian aduantersebut, kedua-dua pihak tidak boleh diwakili olehpeguam.

Struktur BPIDari segi pentadbiran, struktur organisasi BPI

ini terbahagi kepada tiga, iaitu:n Lembaga Pengarah - untuk pengurusan dan

pentadbiran BPI. Terdiri daripada ahli-ahli BPIn Majlis - yang melantik Pengantara, memberikan

khidmatan nasihat dan panduan berhubungdengan perjalanan BPI. Terdiri daripada duaorang wakil Lembaga Pengarah, seorang wakilpertubuhan pengguna, seorang wakil universititempatan dan seorang ahli yang tidak mewakilimana-mana kumpulan.

n Pengantara - menjalankan penyiasatanterhadap aduan atau tuntutan danmenyelesaikan sebarang pertikaian ataumembuat keputusan.

Bentuk aduan yang dikendalikan oleh BPIApabila seorang pemegang polisi menghadapi

sesuatu masalah terhadap tuntutannya kepadasyarikat insurans/takaful, maka dia perlu mengikutilangkah-langkah berikut:n Aduan berkaitan dengan tuntutan di bawah

polisi atau pemasaran atau pentadbiran danbukannya berkaitan dengan penaja jamin polisi.

n Aduan tersebut telah dirujuk kepada pegawaiatasan syarikat insurans/takaful dan tawaranatau pertimbangan yang dibuat tidakdipersetujui oleh pengadu.

n Kes dirujukkan kepada pengantara dalamtempoh enam bulan selepas menerimatawaran.

n Aduan tersebut dirujuk sendiri oleh pemegangasal polisi yang bermastautin di Malaysia.

n Kes tidak mengenai hak mana-mana pihakketiga terhadap wang polisi.

n Aduan tidak boleh dibuat bagi aspek sesuatupolisi yang berkait dengan perniagaan atauperdagangan yang dikelolakan oleh pengadu,melainkan jika dipersetujui oleh syarikat ahli.

Ke muka 48

Page 4: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

|| 4 || Mac 2003

n Aduan juga tidak boleh dibuat terhadap polisiyang memperuntukkan jaminan bagimembayar balik gadai janji atau pinjamanbercagar kepada harta, kecuali jika pengadudinamakan sebagai orang yang diinsuranskan.

Peranan pengantara

n Bertindak sebagai kaunselor atau pendamaibagi memudahkan kepuasan, penyelesaianatau penarikan balik aduan.

n Melakukan penyiasatan atau pengadilan bagimaksud membuat keputusan terhadap aduandengan mendokong, pada keseluruhan atausebahagiannya, membuat keputusan atauaward kewangan yang mengikut syarikat ahlisetakat RM100,000.

n Membuat sebarang syor atau representasiyang difikirkannya munasabah kepadapengadu, syarikat ahli atau kepada majlis.

Aduan yang tidak dikendalikan oleh Pengantara

n Perkara yang menjadi pokok perbicaraandalam mahkamah atau timbangtara.

n Pertikaian di antara pengadu dengan syarikatinsurans/takaful yang mengeluarkan polisikepada orang lain.

n Tuntutan dibuat terhadap syarikat yang tidakmenjadi ahli Biro Pengantaraan Insurans.

Prosedur membuat aduanPengguna yang ingin membuat aduan kepada

biro perlulah melakukan berdasarkan prosedurberikut:n Menulis surat dengan menyatakan dengan

lengkap maklumat mengenai pertikaian, namasyarikat insurans dan nombor polisi

n Salinan surat-menyurat di antara pemegangpolisi dan syarikat hendaklah dihantar bagimengesan fail kes.

n Apabila pengantara telah membuat keputusanatau award terhadap syarikat insurans/takaful,pemegang polisi hendaklah memberitahupengantara sama ada dia menerima awardtersebut dalam tempoh 14 hari.

n Tidak ada proses rayuan dijalankan oleh Biro.Pemegang polisi yang tidak berpuas hatiterhadap award yang diberikan olehpengantara, dia bebas untuk menolaknya danbebas untuk menjalankan prosiding dimahkamah atau merujuk kepadapengimbangtara.

n Apabila award telah ditentukan, syarikatinsurans/takaful perlu mematuhinya danmembuat bayaran terus kepada si pengadudalam tempoh tiga puluh hari.

n Tidak ada bayaran dikenakan oleh BPIterhadap perkhidmatannya.

Cara Pengantara Uruskan Aduan

Apabila pengantara menerima sesuatu kes,maka dia akan bertindak seperti berikut:n Meneliti dokumen kes daripada pengadu dan

syarikat insurans/takaful.n Meminta nasihat daripada seorang pakar

sekiranya memerlukan.n Cuba selesaikan melalui perundingan atau

nasihat.n Jika tiada penyelesaian, pengantara akan

membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan amalan insurans.

Keputusan pengantaran Apabila pengantara membuat keputusan atau

award, keputusan dihantar kepada pengadudan syarikat insurans/takaful. Pengadu bolehmenerima atau menolak keputusan tersebut.

n Jika pengadu menerima, syarikat insurans/takaful akan membayar dalam jumlah tidakmelebihi RM100,000.

n Jika pengadu menolak, dia bebas mengambiltindakan seterusnya.

Perhatiann Pengadu boleh meminta pengantara

menyiasat sesuatu kes aduan jika polisiinsurans diambil daripada syarikat insurans/takaful yang menjadi ahli BPI.

n Rujukkan terhadap pengantara dibuat setelahgagal mendapat persetujuan dengan syarikatinsurans/takaful dan dibuat dalam tempohenam bulan daripada keputusan dibuat olehsyarikat insurans/takaful menolak tuntutanpengadu.

n Sekiranya kes telah dibuat di mahkamah,pengantara tidak akan menimbangkan kestersebut.

Biro Pengantaraan InsuransTingkat 4, Wisma Harwant106, Jalan Tuanku Abdul Rahman50100 Kuala LumpurTel: 03-2693 9623Fax: 03-2693 6816

7Dari muka 3

Page 5: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Mac 2003 || 5 ||

P E N G G U N A P I N T A R

n Jangan membeli secara melulu -Pertimbangkan segala pembelian hanya jika andamemerlukan atau menghendaki serta mampumembelinya. Gunakan senarai membeli-belah.Bawa wang yang cukup sahaja untuk membelibarang-barang yang anda kehendaki untukmengelakkan pembelian yang tidak perlu.

n Periksa dengan teliti sesuatu barangsebelum anda membelinya - Undang-undangmenentukan barang-barang yang dibelimestilah mempunyai mutu dagangan yang baik.Ganti rugi mungkin tidak dapat dituntut bagisebarang kerosakan sekiranya anda tidakmemeriksa barang-barang tersebut sebelummembelinya.

n Bandingkan harga - Sebelum anda membuatsesuatu keputusan untuk membeli, bandingkanharga barang-barang pada beberapa kedai(sekurang-kurangnya tiga buah kedai).Biasanya harga barang-barang tidak samaantara sebuah kedai ke kedai yang lain kecualiharga barang kawalan.

n Awasi Jualan Murah - Sesetengah kedaisentiasa mengadakan jualan murah semata-mata untuk menarik anda memasuki kedainya.(Kerajaan membenarkan pasaran raya untukmengadakan 4 kali jualan murah setiap tahun).

n Awasi tawaran percuma - Biasanya nilaitawaran percuma telah dimasukkan ke dalam

harga barang. Sebenarnya tiada pemberianpercuma di dalam sebarang perniagaan.

n Awasi belian secara pos - Dalam keadaan inianda membayar untuk sesuatu barang tanpamelihatnya terlebih dahulu. Mutu barangmungkin tidak baik. Sukar untuk mendapatkanpengembalian semula wang anda.

n Baca semua surat perjanjian denganberhati-hati - Baca dan fahamkan semuaperkara sebelum anda menandatanganinya.Pastikan semua butir yang masih kosong telahdipenuhi dan anda memiliki satu salinanperjanjian yang telah ditandatangani. Jangantergesa-gesa menurunkan sebarangtandatangan. Jika anda ragu-ragu, bertanyalahkepada jurujual.

n Bayaran ansuran bulanan - Fikirkan denganmendalam tentang bayaran ansuran bulananyang diperlukan dalam perjanjian sewa beli.Pastikan anda mampu membayar ansurantersebut.

n Perjanjian bertulis - Pastikan semuaperjanjian lisan dibuat secara bertulis di dalamperjanjian anda.

n Simpan semua dokumen - Semua suratperjanjian, resit bayaran hendaklah disimpandi tempat yang selamat. Anda mungkinmemerlukannya apabila timbul sesuatukesulitan kelak.

Hemat Ketika Membeli

G L O S A R I P E N G G U N A

Barang Kawalan

Barang kawalan merujuk kepada baranganyang harga atau bekalannya dikawal melaluiundang-undang tertentu. Barangan ini

dikawal bagi memastikan harganya stabil atauberpatutan dan bekalannya sentiasa ada dipasaran.

Dari semasa ke semasa jenis barangankawalan ini disemak bagi memastikan baranganini sesuai bagi keperluan pengguna semasa. Inikerana dalam keadaan tertentu, barang yang tidakperlu akan menjadi barang keperluan dansebaliknya.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis barangan

yang sangat diperlukan ketika hari perayaan yangdijadikan sebagai barangan kawalan. Di sampingitu juga, beberapa barangan pula diletakkan hargasiling bagi memastikan peniaga menjual barangantersebut pada atau di bawah harga yang ditetapkan.

Undang-undang yang mengawal harga danbarangan terkawal ini ialah Akta Kawalan Harga1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Terdapatempat jenis senarai barangan yang dikawal, iaitu:w Barang kawalan sepanjang masa.w Barang kawalan musim perayaan.w Barang kawalan yang dilesenkan.w Barang kawalan berjadual.

Page 6: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

|| 6 || Mac 2003

P E R U M A H A N

S ebelum membeli sesebuah rumah,seseorang pembeli perlu memastikanterlebih dahulu tentang pemaju perumahan

tersebut:n Mempunyai lesen pemaju yang sahn Ada permit jualan dan pengiklanan yang sah.n Kategori rumah dan masa siapn Perjanjian jual beli bagi rumah seperti bungalo,

rumah berbandung dan rumah teres perludinyatakan tempoh siapnya dalam tempoh 24bulan daripda tarikh menandatangani PerjanjianJual Beli

n Bangunan bertingkat seperti kondominium,pangsapuri dan rumah townhouse, mestidinyatakan tempoh siapnya dalam masa 36bulan dari tarikh menandatangani perjanjian jualbeli.

n Pembeli dinasihatkan mendapatkan brosursecara percuma daripada pemaju untukmendapatkan maklumat sepenuhnya tentangprojek tersebut, termasuk butir-butir sepertilesen, permit dan sebagainya.

Jenis tanahn Pastikan pemaju adalah pemilik bagi tanah

yang dimajukan itu. Jika ia bukan pemilik, diahendaklah membuat perjanjian dengan pemiliktanah yang menyatakan persetujuan penjualantanah untuk tujuan pembangunan perumahan.

n Pastikan juga terdapat perkara lain yang

Panduan Membeli Rumahberkaitan seperti gadaian, bayaran mudah dansebagainya.

n Pastikan juga sekiranya hak milik individu telahdikeluarkan dan dipajak dengan institusikewangan yang anda ingin membuat pinjaman.

Jangkamasa tanahSesebuah projek perumahan mempunyai tempohterhadap penggunaan tanah, iaitu:n Pegangan bebasn Pajakan 99 tahunn Tanah rezab Melayu

Maklumat tentang projek perumahanSebelum membeli, dapatkan maklumat

tentang projek perumahan tersebut. Dapatkan:n Brosur tentang projek perumahann Spesifikasi tentang bahan-bahan binaann Contoh perjanjian jual belin Kawasan binaann Lokasi rumah yang akan dibinan Jangkaan tarikh siapn Catatan keadaan tapak seperti berbukit, bekas

tapak lombong dan kawasan berpayan Nombor rujukan bagi pelan binaan oleh pihak

berkuasa tempatan

Hak dan faedah bagi pembeli di bawahperjanjian jual belin Perjanjian jual beli hendaklah mematuhi

piawaian perjanjian sebagaimana dalam JadualG & H Pemaju Perumahan Peraturan(Kawalan dan Perlesenan) 1989.

n Pembeli hendaklah membaca dan memahamikandungan Perjanjian Jual Beli sebelummenandatanganinya.

Bayaran pertaman Pembeli hendaklah menandatangani perjanjian

jual beli pada masa bayaran pertama dibuatiaitu 10 peratus daripada harga jualan kepadapemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dantarikh perjanjian jual beli adalah sama.

n Pemaju dilarang daripada mengutip sebarangbayaran dalam apa jua bentuk sebelumPerjanjian Jual Beli ditandatangani.

Ke muka 78

Page 7: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Mac 2003 || 7 ||

Pengesahan arkitekSetiap notis diperlukan bagi

bayaran hendaklah disokongdengan pengesahan daripadaarkitek pemaju atau juruterabertauliah.

Faedah bayaran lewatJika pembeli atau pembiaya

akhir pembeli gagal menyelesaikanbayaran ansuran dalam tempoh 14hari selepas tempoh yangditetapkan, pembeli dikehendakimembayar faedah kepada pemajuberdasarkan kiraan hari ke hari pada kadar 10peratus setahun bagi ansuran yang gagaldijelaskan.

Penamatan perjanjianAnda perlu diingatkan bahawa kegagalan

membayarkan sebarang ansuran dan kadar faedahpada mana-mana tarikh tidak melebihi 28 hari,pemaju boleh menamatkan Perjanjian Jual Beli.Pemaju hendaklah menghantar notis secarabertulis melalui pos berdaftar dengan menyatakanhasrat untuk menamatkan Perjanjian Jual Beli.

Infrastruktur dan PenyelenggaraanBermula pada tarikh pembeli menerima hak

milik kosong dan sehingga tarikh yang ditetapkandan sehingga ia diambil alih oleh pihak berkuasatempatan atau perbadanan pengurusan, padakeadaan tertentu, pembeli akan membayar padakadar yang sewajarnya dan perbelanjaan yangdiperlukan bagi penyelenggaraan infrastrukturkepada pemaju.

Bayaran PerkhidmatanBermula pada tarikh menerima hak milik

kosong, pembeli perlu membayar bayaranperkhidmatan untuk penyelenggaraan danpengurusan bagi harta dan perkhidmatan umumseperti kutipan sampah, pemotongan rumput,bayaran bil umum dan sebagainya.

Bayaran hendak dibuat kepada pemaju/pemilikasal sehingga penyelenggaraan itu diserahkankepada pihak berkuasa tempatan yang berkenaan,dalam kes hak milik harta atau perbadananpengurusan ditubuhkan bagi bangunan bertingkat.

Bayaran cukai pintu, taksiran dan sebagainyaDaripada tarikh Perjanjian Jual Beli, pembeli

bertanggungjawab membayar cukai pintu, taksirandan bayaran lain terhadap harta berkenaan.

Serahan milik kosongTerdapat tiga keadaan, iaitu:

n Pengeluaran sijil oleh vendorArkitek akan mengesahkan pembinaan telahdisiapkan, bekalan air dan elektrik sedia untukdisalurkan ke bangunan tersebut.

n Pemohonan Sijil Layak Menduduki kepada pihakberkuasa tempatan oleh vendor

n Pembeli menjelaskan semua bayaran yangdiperlukan berdasarkan Fasa 4 (1) JadualKetiga.

n Memastikan harta tersebut bebas daripadahalangan ketika serahan hak milik kosong.

Memasuki bangunanPembeli hanya dibenarkan memasuki

bangunan selepas pengeluaran siji l layakmenduduki oleh pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja pengubahsuaian hanya boleh dilakukanselepas pengeluaran sijil itu dan pengesahan pelanoleh pihak berkuasa tempatan.

Serahan LewatSekiranya pemaju gagal menyerahkan hak milik

kosong dalam tempoh yang ditetapkan (24 bulanbagi rumah dan 36 bulan bagi rumah bertingkat),pemaju hendaklah membayar dengan kadar segerakepada pembeli berdasarkan kerosakan yang dikiradari hari ke hari dengan kadar 10 peratus setahundaripada harga rumah.

7Dari muka 6

Ke muka 98

Page 8: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

|| 8 || Mac 2003

JimatkanPenggunaan Air

A ir merupakan keperluan bagi semuamanusia di muka bumi ini. Ia merupakankomoditi yang amat penting, khususnya

dalam kehidupan kita. Tanpa air, kita akanmenghadapi pelbagai masalah. Dalam kebanyakanhal, sumber air bersih adalah daripada air hujan.Air ini terdapat dalam beberapa kawasan tadahanseperti sungai, empangan dan sebagainya yangdiproses dan dirawat menjadi air bersih untukkegunaan manusia dan industri.

Namun begitu, jumlah hujanini semakin berkurang darisemasa ke semasa meman-dangkan keadaan iklim yangberubah pada masa ini berikutansuhu panas akibat beberapapencemaran alam sekitar. Inimenimbulkan kesan kepadasumber air bersih.

Berdasarkan satu kajian yangdilakukan oleh Majlis Air Sedunia,permintaan terhadap air berlipatkali ganda dalam tempoh 20tahun. Pada tahun 1950, hanya12 negara dengan jumlah penduduk seramai 20juta orang mengalami masalah kekurangan air.Angka ini meningkat dua kali ganda pada tahun 1990dengan 36 buah negara mengalami kekurangan airdengan jumlah penduduk yang terlibat ialah 300juta. Dijangkakan pada tahun 2050, sebanyak 65buah negara pula akan menerima kesan ini danjumlah penduduk terlibat ialah 7 bilion orang.

Di Malaysia, setiap tahun menerima sebanyak900 bilion cubic meter. Manakala permintaansemasa adalah sebanyak 9,540 juta liter. Jumlahini akan meningkat kepada 15,205 juta liter padatahun 2010 nanti. Memandangkan permintaan airbersih kian meningkat sedangkan sumbernyasemakin berkurangan, maka langkah penjimatandan pemuliharaan perlu dilakukan.

Langkah-langkah menjimatkan air

1. MandianKurangkan jumlah mandian. Tutup pancuran

ketika bersabun atau bersampu. Jangan

menggunakan sabun atau sampu secara berlebih-lebihan kerana ia menggunakan banyak air.Gunakan sabun dan sampu berasaskan organik.Ia kurang berbuih dan kurang air yang perludigunakan untuk membilasnya. Jangan bukapancuran sepenuhnya. Kurangkan masa mandian.

2. Penggunaan tandasGunakan tandas cangkuk bagi penggunaan

yang singkat. Curahkan air yang telah digunakan(air basuh tangan atau sayur-sayuran) daripada menggunakanpengepam (f lush). Pasangperalatan dua-pam dalam sistempengepaman. Berbandingdengan sistem pengepam biasayang menggunakan 10 liter airsetiap kali pam, sistem dua-pammenggunakan hanya 6 liter bagipengepaman sepenuhnya dan 3liter bagi separuh pengepaman.Jika ini diamalkan, setiap orangboleh menjimatkan 50 liter airsehari.

3. Membasuh kenderaanKurangkan membasuh kenderaan. Jika

membasuh kenderaan, gunakan baldi dan kainserta jangan gunakan hos.

4. Kitar semula airSimpan air yang telah digunakan untuk

membasuh tangan, sayur-sayuran dan membasuhpinggan mangkuk. Air ini boleh digunakan untuktujuan lain seperti menyiram pokok bunga ataubuah-buahan atau untuk mengepam tandas.

5. Tadahan airTadah air hujan dan gunakannya untuk

membasuh kenderaan, membersih lantai ataumenyiram pokok. Di kebanyakan kampung, tadahanair hujan daripada bumbung banyak dilakukan danmerupakan cara yang biasa digunakan untukmendapatkan air.

A I R

Ke muka 98

Page 9: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Mac 2003 || 9 ||

6. Menyiram airGunakan air yang dikitar semula. Jangan

gunakan hos taman. Sebaliknya gunakan baldi.Letakkan bekas di bawah pasu bunga bagimenahan air keluar.

7. Mencuci lantaiJangan gunakan hos atau mencurah air di atas

lantai untuk mencuci. Selalu gunakan pengelap.Gunakan cecair pencuci yang kurang berbuih.Sapu lantai lebih kerap. Ini mengelakkan daripadadebu dan abuk terkumpul.

8. Mencuci pakaianCuci pakaian apabila cukup mengikut

muatannya. Gunakan serbuk pencuci yang mesraalam. Ia kurang berbuih dan tidak mencemarkanalam sekitar. Malah air basuhan ini boleh digunakanuntuk mencuci kenderaan, menyiram pokoktanaman, mencuci kasut dan sebagainya. Bagicucian menggunakan tangan, jimatkanpenggunaan air.

9. Air sungaiBagi yang tinggal di kawasan berhampiran

sungai, cuba gunakan air sungai tersebut untukkegunaan membasuh dan bukannya untukminuman. Di kawasan terpencil, sungai merupakantempat untuk mandi dan membasuh pakaian.Biarpun begitu, periksa dahulu kualiti air sungaiterlebih dahulu. Jika tidak pasti dapatkan nasihatdaripada Jabatan Alam Sekitar.

10. Mata airBagi yang mendiami kawasan bukit, cuba

dapatkan sumber mata air. Mata air ini biasanyaboleh dibuat minuman (selepas ditapis dandididihkan). Begitu juga untuk tujuan membasuhyang lain. Di kawasan terpencil dan pulau (sepertiPulau Perhentian dan Pulau Redang), mata airsangat penting sebagai sumber air. Pastikanterlebih dahulu kualiti air tersebut.

11. TelagaTelaga merupakan sumber air yang penting di

kawasan luar bandar. Mereka yang mendiamikawasan ini dengan halaman rumah yang luasmembolehkan mereka menggali dan membinatelaga. Air telaga boleh digunakan untuk tujuanpembasuhan biasa, tetapi tidak boleh digunakansebagai minuman.

BatasanPembeli hendaklah menuntut kerosakan 'liqui-

dated ascertained damages" yang tidak tentudaripada pemaju sebelum tamat tempoh 6 tahunselepas siap bangunan sebagaimana dicatatkandalam Perjanjian Jual Beli menurut Akta Batasan1953.

Tempoh liabiliti KerosakanMulai tahun 1996, tempoh liabiliti kerosakan

hendaklah 18 bulan daripada tarikh penyerahan hakmilik kosong.

Perbadanan PengurusanPengurusan dan penyelenggaraan bangunan

dan harta milik awam bagi bangunan bertingkatakan diuruskan oleh perbadanan pengurusansebagaimana yang dikehendaki menurut Akta HakMilik Strata 1985.

(Petikan Risalah Panduan Pembeli Rumah,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

7Dari muka 7

7Dari muka 9

Page 10: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

|| 10 || Mac 2003

mereka. Sekiranyasemua transaksimemerlukan wangtunai, nescaya ramaidi kalangan rakyat dinegara ini yang tidakb e r p e l u a n gmenikmati keadaanhidup yang lebihselesa sepertimemiliki kenderaanatau kediamansendiri.

Tidak ramai yang mempunyai simpanan yangmencukupi untuk membeli barangan yang berkostinggi secara tunai. Dalam masa yang sama, kreditdalam bentuk hutang atau pinjaman dapatmembantu sesiapa sahaja yang menghadapimasalah kewangan pada saat kecemasan. Bagipelanggan yang suka membeli barangan secaraansuran atau sewa beli pula,dia akan dapatmenikmati perkhidmatan lepas jualan yang baikdaripada pihak peniaga dan pemulangan yangmudah bagi barangan yang rosak selagi bayaranbelum dibuat sepenuhnya.

Kemudaratan kreditKewujudan peluang-peluang kredit yang

banyak dalam pasaran hari ini telah menerapkankecenderungan membeli secara tidak terancangdalam diri pengguna. Maka, amalan perbelanjaansecara berlebihan akan berlaku secara tanpadisedari. Pada kebiasaannya, peniaga tidak akanmenawarkan khidmat kredit kepada parapelanggan sewenang-wenangnya tanpa adasebarang tambahan kos kewangan. Hargabarangan yang dijual secara ansuran atau sewabeli biasanya lebih mahal daripada harga barangantunai.

Berhati-hati apabila berhutangSebelum memohon khidmat kredit, persoalan

pertama yang perlu diajukan pada diri kita ialahwajarkah kita mendapatkannya? Persoalan ini akanmenyentuh persoalan sejauhmana perlunyasesuatu barangan atau perkhidmatan itu kepadadiri kita sehinggakan kita terpaksa 'bergolokbergadai' untuk mendapatkannya. Adakah iatermasuk dalam kategori barangan keperluan yangmesti dimiliki oleh setiap individu? Atau mungkinkahia hanya sekadar barangan kehendak yang sedikitpun tidak akan terjejas mutu kehidupan seseorangjika keperluan terhadapnya tidak dipenuhi?

Dalam hal ini, khidmat kredit hanya wajardigunakan untuk perbelanjaan utama yang pentingseperti makanan, pakaian, tempat tinggal,kesihatan atau pendidikan. Namun begitu, sebelummengisi borang permohonan untuk mendapatkankhidmat kredit, kita perlu memastikan bahawa:n Berkemampuan memikul tanggungan

kewangan pada masa hadapan berasaskanpendapatan semasa yang kita perolehi. Buatpinjaman pada jumlah terendah berdasarkankeperluan, bukannya pada jumlah maksimum.

n Buat tinjauan ke atas beberapa peluang kredityang terdapat di pasaran dan pilih kos kredityang terendah.Terdapat beberapa kriteria dalam membuat

perbandingan beberapa buah syarikat yangmenawarkan kredit, iaitu:n kadar faedah yang dikenakan atas kreditn harga asas (tunai) barangan yang dikehendakin pendahuluann tempoh pinjamann jumlah dan kekerapan pembayaran balikn jumlah keseluruhan pembayarann tawaran jaminan terhadap pinjaman

Setelah memilih institusi kredit yang tertentu,pastikan:n Kontrak pinjaman dibaca dengan teliti sebelum

ditandatangani. Jangan menandatanganiborang kontrak yang kosong.

n Tentukan sama ada pemilikan serta-mertabarangan yang bakal dimiliki itu adalahberpatutan dengan kos kredit yang terpaksaditanggung.

n Pastikan mutu barangan yang dibeli secarakredit menyamai mutu barangan yang dibelisecara tunai.

n Pemohon berhak untuk mendapatkanmaklumat tentang sebarang kos tambahanyang bakal ditanggung pada masa hadapan.

n Dapatkan maklumat lengkap berkaitan polisipinjaman apabila gagal membuat bayarantepat pada masa yang ditetapkan bagimengelakkan kerugian sekiranya barangantersebut ditarik balik.

n Sekiranya pernah membuat sebarangpinjaman, jelaskannya dahulu sebelummembuat pinjaman baru. Ini bagi mengelakkanrisiko muflis akibat bebanan hutang yangberlebihan.Justeru, kita sebagai sebagai pengguna yang

bijak sewajarnya mematuhi garis panduan yangdisarankan ini agar sebarang urusniaga kredit yangdibuat dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkindan tidak menjadi beban kepada si peminjam padamasa hadapan.

Oleh Mohd Riduwan bin Wahab

7Dari muka 1

Page 11: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

Mac 2003 || 11 ||

Promosi Gas SebagaiBahan Api Kenderaan

Gabungan Persatuan Pengguna-PenggunaMalaysia mencadangkan kerajaan mem-promosikan penggunaan gas sebagai bahan apikenderaan bagi mengelakkan kesan buruk hasildaripada kenaikan harga minyak dunia di masadepan.

Presidennya, Profesor Datuk Hamdan Adnanberkata, selain itu penggunaan gas sebagai bahanapi kenderaan juga akan menjadikan ekonominegara lebih stabil.

Utusan Malaysia - 5 Mac 2003

Had Laju Lebuh RayaDinaikkan 120 km sejam

Kabinet hari ini meluluskan kenaikan had lajumaksimum kenderaan persendirian di semua lebuhraya di negara ini kepada 120 kilometer sejamberbanding 110km sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. LingLiong Sik berkata, bagaimanapun keputusantersebut tidak akan dilaksanakan serta mertakerana ia perlu diwartakan terlebih dahulu sebelumdilaksanakan.

"Keputusan ini hanya untuk kereta dan di lebuhraya sahaja. Jalan Persekutuan dan jalan-jalannegeri tidak termasuk dalam keputusan ini."

Utusan Malaysia - 6 Mac 2003

Jadual Bil Hospital,Klinik Diwartakan

Beberapa peraturan baru di bawah AktaKemudahan dan Perkhidmatan PenjagaanKesihatan Persendirian 1998, termasuk jadualpembayaran bil perkhidmatan hospital dan klinik,akan diwartakan akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng,berkata Kementerian dan Pejabat Peguam Negaraakan menyemak peraturan baru dalam 600 mukasurat itu untuk semakan terakhir sebelumdiwartakan.

Berita Harian - 14 Mac 2003

R A M P A I A N B E R I TA

Akta Perdagangan AdilDiperkenalkan

Kerajaan akan memperkenalkan AktaPerdagangan Adil dalam masa dua tahun bagimenggantikan mekanisme kawalan harga,termasuk Akta Kawalan Harga 1946 dan AktaKawalan Bekalan 1961.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,akta yang dijangka diwartakan menjelang akhirRancangan Malaysia Kelapan (RMK8) itu akandigunakan bagi mengatasi isu kartel atau monopoliyang diamalkan oleh industri di negara ini.

Utusan Malaysia - 13 Mac 2003

New Rules for PrivateHealthcare Sector

New private medical clinics will have to beregistered with the Health Ministry under new rulesto regulate the private healthcare sector.

Currently private medical clinics are onlyrequired to register as business entities with theRegistrar of Business.

Health Minister Datuk Chua Jui Meng said theregulations were necessary because, until now, thesystem of monitoring, licensing and regulation inthe private healthcare sector had not been at anoptimum level.

The Star - 14 March 2003

Security Seals ForTraditional Health Products

The Health Ministry is awaiting approval on itsproposal to have security seals fixed on alltraditional health products to distinguish betweenministry-approved and non-approved products.

"If the product does not carry the security sealalthough the product says it is ministry-approved,then the person is clearly violating the law and heis actually having an unregistered product for sale,"said Minister Datuk Chua Jui Meng.

The Star - 19 March 2003

Ke muka 128

Page 12: Budaya 'Biar Papa Asal Bergaya' P

|| 12 || Mac 2003

KESIHATAN

TALIAN ADUAN PENGGUNA BEBAS TOL : 1-800-886-800

Harga Minyak, MakananDipantau

Harga minyak dan makanan di pasaran negaraakan dipantau bagi memastikan sebarangperubahan tidak menjejaskan pengguna sekiranyaberlaku serangan terhadap Iraq oleh AmerikaSyarikat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkatapara pengguna diminta tidak bimbang mengenaiharga minyak dan makanan di pasaran jikaserangan itu dilancarkan.

Utusan Malaysia - 20 Mac 2003

Kaji Tubuh Syarikat SijilHalal Sistematik

Kerajaan sedang menyiapkan satu kertascadangan bagi penubuhan sebuah syarikat yangakan dipertanggungjawab mengeluar sijil halalsecara lebih sistematik di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkatakertas cadangan berhubung perkara itu dijangkadapat disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

Berita Harian - 21 Mac 2003.

Penyakit anemia terjadi apabila kepekatanhemoglobin dalam darah di bawah parasnormal mengikut usia dan jantina.

Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapatdalam sel darah merah di mana ia membawaoksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu.Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen pentinghemoglobin adalah merupakan sebab biasaterjadinya anemia.

Tanda-tandan Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling

mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalamkelopak mata.

n Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.n Pendek nafas apabila melakukan senaman.n Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya

oksigen sampai ke otak.n Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana

berlaku kesakitan di dada yang diakibatkanoleh oksigen yang sampai ke jantung tidakmencukupi.

n Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutanjantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.

n Kurang selera makan dan kehilangan beratbadan, sukar untuk berjalan, dan mentalbercelaru yang disebabkan oleh kekuranganvitamin B12.

n Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagikes hemolaitik anemia.

Punca Penyakitn Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya

zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil

Penyakit Anemiamemerlukan lebih zat besi; sekiranyapengambilan zat besi kurang, wanita tersebutakan mengalami anemia, terutamanya semasaseparuh kedua tempoh kehamilan.

n Kekurangan pengeluaran sel darah merah,yang mana mungkin disebabkan oleh faktorketurunan atau disebabkan oleh kekuranganasid folik.

n Kecacatan sel darah merah yang disebabkanketurunan, seperti 'sickle cell anaemia' ,'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa digantidengan sel darah merah yang baru, danpenyakit 'thalassaemia'.

n Kehilangan berlebihan darah (seperti darahhaid yang keluar terlalu banyak, pendarahanulser perut).

n Terdapat sesetengah ubat-ubat yangmemusnahkan sel darah merah ataumengakibatkan pendarahan dalam perut.

n Penyakit yang memberi kesan kepadapengeluaran sel darah merah seperti penyakitleukemia.

n Terdapat sesetengah rawatan sepertikemoterapi dan radioterapi.

n Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanyacacing kerawit.

Rawatan PenyakitRujuk doktor di mana beliau akan menentukan

sebab dan rawatan yang sewajarnya.

PencegahanMakanlah makanan seimbang yang

mengandungi makanan yang kaya dengan zat besiseperti sayuran berdaun dan hati.

(Sumber: Laman web PembantuFarmasi Negeri Perlis)

7Dari muka 11