Brosur Denggi Edited

5
Tutup semua bekas menyimpan air atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik Buang sampah yang menakung air ke dalam tong sampah atau tanam Gunakan aerosol dan penghalau nyamuk seperti lingkaran nyamuk, dan sebagainya Tidur dalam kelambu Pasang jejaring nyamuk / serangga pada tingkap KAWALAN DAN PENCEGAHAN

description

Brosur denggi

Transcript of Brosur Denggi Edited

KAWALAN DAN PENCEGAHAN

Tutup semua bekas menyimpan air atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik

Buang sampah yang menakung air ke dalam tong sampah atau tanam

Gunakan aerosol dan penghalau nyamuk seperti lingkaran nyamuk, dan sebagainya

Tidur dalam kelambu

Pasang jejaring nyamuk / serangga pada tingkap

SMK SS17

JALAN SS 17/1,

47500 SUBANG JAYA, SELANGOR

DEMAM DENGGI 1

Demam Denggi adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus Denggi. Ia disebabkan oleh nyamuk Aedes betina.

Cara penyebaran adalah melalui gigitan nyamuk Aedes tadi. Nyamuk ini aktif menyerang pada awal pagi (6.00 pagi 8.00 pagi) dan lewat petang (6.00 petang 8.00 malam)

Terdapat 2 jenis Demam Denggi iaitu Demam Denggi Klassikal dan Demam Denggi Berdarah

Virus Denggi akan berada dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4-6 hari) sebelum menunjukkan tanda

2

TANDA - TANDA

DEMAM DENGGI

Demam mengejut, sakit kepala, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal

Bintik-bintik merah pada badan

Muntah-muntah dan hilang selera makan

Pendarahan pada badan, hidung dan gusi juga boleh berlaku

1. TELUR

Berwarna hitam, tersusun seperti rakit. Teur menetas menjadi jentik-jentik dalam masa 1-3 hari

2. LARVA

Membiak di atas permukaan air. Jentik-jentik bertukar bentuk sebanyak 4 kali dan membesar dalam masa 6-8 hari sebelum brtukar menjadi pupa

3. PUPA

Kepompong berbentuk comma bergerak aktif, peringkat beristirehat dan menjadi nyamuk dewasa dalam masa 1-2 hari

4. NYAMUK

Berwarna hitam dengan corak belang hitam dan putih di badan dan kaki. Boleh hidup lebih kurang sebulan dan hisap darah sebelum bertelur

- BERSAMA KITA CEGAH DENGGI -