Biodata dan tentang Saidatina Aisyah R.A

download Biodata dan tentang Saidatina Aisyah R.A

of 19

description

serba sedikit perkongsian tentang Saidatina Aisyah R.A..

Transcript of Biodata dan tentang Saidatina Aisyah R.A

  • **ANA MUSLIMAH**

  • **TAJUK PERBINCANGAN**SAIDATINA AISYAH R.A

  • **AHLI KUMPULAN**NOR FARZANA BINTI MAHAMUD ( DPAKBMA 1301001)HAZNEEN BINTI HASBULLAH ( DPAKBMA 1301008)NURUL MAIZATUL AKMA BINTI MOHD ZAMANI ( DPAKBMA1201012)NUR FARWIZAH BINTI JAMAL DIN KHAN ( DPAKBMA1201016)NURUL SYAZLEEN BINTI AHMAD ( DPAKBMA1201006)NUR HANANI BINTI MOHAMAT HUSNI ( DPAKBMA1201009 ) SITI JAMILAH BINTI JAAFAR ( DPAKBMA1201001)

  • **BIODATA SAIDATINAAISYAH R.A**Nama : Aishah Binti Abu BakarNama bapa : Abu Bakar As SiddiqNama ibu : Ruman Binti UmairGelaran : Al-Humaira (putih-putih kemerahan), Ummul Mukminin (ibu bagi semua umat Islam)Tarikh lahir : 614 MasihiTempat lahir : Makkah Al-MukarramahNama Suami : Muhammad Bin Abdullah (Rasulullah S.A.W)

  • Tarikh perkahwinan: Bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.Umur ketika wafat: 67 TahunTempat ketika wafat: Madinah Al MunawarahMakam: Al Baqi di Madinah

  • **LATAR BELAKANG** Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.

  • Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empat belas hingga lima belas tahun.

    Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak.

  • Beliau sedikit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat.

    Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih sayang serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.

  • ** PENDIDIKAN** Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi.

    Beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi.

  • **SUMBANGAN**1) TAFSIR AL-QURAN: -Memperkaya bidang tafsir al-quran.-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat.

    2) KEWANITAAN:-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan kewanitaan.-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah dlm beberapa peperangan menentang musuh.

  • 3) HADIS:-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah. -Sebanyak tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya.

  • **KEISTIMEWAAN**Bersungguh-sungguh menuntut ilmu Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap ilmu.

    Dermawan.

    Sanggup menjual barang keperluannya semata-maat membantu orang lain.

  • Taat dan tegas: Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan kebenaran.

    Sabar Cekal dan Tabah:Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran.

  • **7 KELEBIHAN YANG DIMILIKI SAIDATINA AISYAH** 1- Malaikat (Jibrail) membawa imejku kepada Rasulullah s.a.w. (dalam mimpi).

    2-Rasulullah s.a.w. menikahiku waktu diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan Baginda pada usia 9 tahun. Baginda menikahiku waktu aku perawan.

    3-Beliau pernah menerima wahyu ketika berada dalam satu selimut denganku.

  • 4- Aku adalah orang yang paling dicintai oleh Baginda dan puteri daripada orang yang paling Baginda sayangi (Abu Bakar).

    5- Allah menurunkan beberapa ayat-ayat al-Quran kerana aku, sedang waktu umat hampir celaka kerananya.

    6- Aku pernah melihat Jibrail dan tidak seorang pun antara isteri-isteri Baginda yang lain pernah melihatnya.

    7- Rasulullah s.a.w. wafat di rumahku, pada waktu tiada orang selain diriku dan malaikat.

  • **ANAK DIDIK SAIDATINA AISYAH R.A**(URWAH IBN AZ-ZUBAIR) Merupakan anak saudara lelaki kepada Saidatina Aisayah R.A.

    Salah seorang perawi hadith terkemuka.

    Merupakan salah seorang ulama terkenal di kalangan tabiin.

  • ( UMRAH BINTI ABDUR RAHMAN )

    Dianggap oleh para ulama sebagai seorang perawi hadith yang thiqah.

    Sebagai setiausaha dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Saidatina Aisyah.

    Merupakan anak murid Saidatina yang paling cemerlang.

  • **KESIMPULAN**Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar diberbagai bidang.

    Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki maupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi dan kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.