Binaan Agung (K4)

30
nurhanisahabdult alib nurhusnidabaharu din SENI ORIENTAL BINAAN-BINAAN AGUNG

description

binaan agung

Transcript of Binaan Agung (K4)

PowerPoint Presentation

nurhanisahabdultalibnurhusnidabaharudin

SENI ORIENTALBINAAN-BINAAN AGUNGKOTA LARANGAN CHINAMerupakan istana rasmi bagimaharaja Chinayang mula digunakan semasaDinasti Mingsehingga akhirDinasti Qing.Terletak ditengah-tengah kotaBeijing,China, yang kini menempatkanMuzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.Kota Larangan Beijing yang terletak di pusat Bandar Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar keluasannya dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, Kota Larangan Beijing disenaraikan sebagai Warisan Dunia.Kota Larangan Beijing dibina atas titah maharaja ke-2 Dinasti Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh pembinaannya sepanjang 14 tahun. Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911. Kota Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya yang indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah.Kota Larangan Beijing berkeluasan lebih 720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000 meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter. Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal tersebut dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah maha tinggi.Tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting. Dewan Taihe yang setinggi kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling megah dan tinggi di Kota Larangan Beijing. Dalam dewan itu terdapat takhta maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja. Lapangan di hadapan dewan itu seluas 30 ribu meter persegi.

Pembinaan Kota Larangan Beijing telah memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah memperlihatkan reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Dasar Dewan Taihe setinggi 8 meter yang dibina dengan batu putih bukan sahaja menjadikan dewan itu lebih megah, tetapi juga mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah. Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada batu putih yang cantik menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukan hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air. Apabila hujan lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak, pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4 baris rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka oleh jurubina ketika itu untuk menghalang kebakaran.

KOTA LARANGAN CHINA

KOTA LARANGAN CHINA

KOTA LARANGAN CHINATAJ MAHALTaj Mahal dibina sebagai monumenperingatan untuk istri Shah jahan yangbernama Mumtaz Mahal.Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.Binaanmerangkumi bahagian:MakamDewantaman rekreasiMasjidmenara tinjau

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah.Marmar putih dariRajasthan.Permata dariPunjab.Jed danhablurdariChina.FirusdariTibet.LazuardidariAfghanistan.NilamdariSri Lanka.Kamelian dariArab.28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.rekaan:Simetriterdapat seni khat (surah pelbagai)mughal

TAJ MAHAL

TAJ MAHALMASJID NABAWIMasjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W.Masjidil Harammerupakan masjid paling suci danMasjid Al Aqsamerupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwaHijrahpada tahun622Masihi.Rasulllah sama2 membina masjid tersebutSebelah masjid adalah kediaman rasullullah.Binaan Asal :Luas asal 850.5 x 2.9m tinggiTembok 4 sisi daripada batu bata dan tanah liatAtap daripada daun kurma.Tiang daripada batang kurmaAtap terbukaSimen menggunakan tanah

MASJID NABAWI

MASJID NABAWI

MASJID NABAWIANGKOR WATTerletak di Angkor kambojaDibina pada zaman raja suryawarman 2Terletak di gunung meru dipercayai tempat tinggal dewa dewi. Di tengah menara tertinggi.Dikelilingi diding dan terusan mewakilu lautan dan gunung yang mengelilingi dunia.Dilelilingi laut buatan manusia dipanggil baray untuk tujuan pertahanan dan mengairi pertanian.Jalan ke Angkor wat ada pintu gerbang mewakili jambatan pelangi ke dunia dewa dewi.Menara disalut emas, dan di cat warna warni. Ukiran batu ikit lawan jam.

ANGKOR WAT

ANGKOR WATCANDI BOROBUDORBorobudurialahkuil ataucandi agama Budhha yang terletak di desa Boro Kabupaten Magelang,Jawa Tengah,Indonesia.Borobudurterletak kira-kira 100 km di barat dayaSemarangdan 40 km di sebelah barat lautYogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.Borobudur adalahstupaBuddhamazhabMahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun750dan850Masihi oleh pemerintahJawaDinastiSailendradanSanjaya.1950 SejarawanJ.G. de Caspariskajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinastiSyailendrabernamaSamaratunggasekitar824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya RatuPramodhawardhanimemerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.JikaMesirberbangga denganpiramiddanSphinx,Chinadengan Tembok Besar, KembojadenganAngkor Wat. Maka, warga Indonesiaberbangga dengan Borobudur.Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulaumistikJawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutanHari Wesaktelah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha diIndiaatau diChina.Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agamaIslam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha diIndonesiadengan tumpuan di pulauBali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abulavagunung berapi. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaituGunung Sundoro-SumbingdanGunung Merbabu-MerapidiSungai Progo. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur.Selain kuil Borobudur terdapat 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitukuil Pawondankuil Mendut. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun, penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.

CANDI BOROBUDUR

CANDI BOROBUDUR

CANDI BOROBUDURSEKIAN TERIMA KASIH