bercerita tahap 2

4
Tajuk Cerita : Sh iou P eh Pengarang : Roziha Bt. Abdul Rahman “Tolong diam,” Syajid menjerit di dalam kelas pada suatu pagi. “Tolong senyap, sesiapa yang bising saya akan catat nama mereka dan  berikan kepada Cikgu Haniza,” kata Syajid lagi. “Raju…….Kamal…….Ah Kaw, duduk di tempat kamu. Nanti saya adukan perbuatan kamu kepada cikgu!” kata Syajid memberi amaran. Raju, Kamal, dan Ah Kaw tidak sudah-sudah mengusik Shiou Peh, seorang murid yang pendiam di kelas tersebut. Mereka cuba mengambil  bungkusan yang terdapat dalam beg Shiou Peh. “Ja……jangan ambil beg saya,”kata Shiou Peh. Air matanya mula mengalir. “Ra ju…..Kama l…. .Ah Kaw, ken apa kamu ber tig a suk a mengus ik Shiou Peh,” kata Shikin yang duduk di sebelah Shiou Peh. Ka mi suka …….kami se ronok……Ha….. Ha …Ha…Ho. Ah Ka w ketawa terbahak-bahak. Syaj id berasa ka siha n me li ha t Shiou Pe h di us ik oleh kawa n- kawannya. Setahunya, Shiou Peh seorang murid yang baik dan tidak pernah mengganggu sesiapa. “Siapa yang bising tadi hingga saya terdengar di bilik mesyuarat? Cep at ban gun , kalau tid ak say a aka n denda sel uruh kelas,” kat a Cik gu Haniza apabila masuk ke kelas. “Raju….Kamal dan Ah Kaw mengusik Shiou Pei cikgu,” beritahu Syajid. “Kamu bertig a, pergi mint a maaf kepada Shiou Peh. Saya tidak suka kamu berbalah sesama sendiri. Kita hidup mesti lah horma t-meng hormat i  bukannya mengusik perasaan orang lain,” nasihat Cikgu Haniza.

Transcript of bercerita tahap 2

8/3/2019 bercerita tahap 2

http://slidepdf.com/reader/full/bercerita-tahap-2 1/4

Tajuk Cerita : Shiou Peh

Pengarang : Roziha Bt. Abdul Rahman

“Tolong diam,” Syajid menjerit di dalam kelas pada suatu pagi.

“Tolong senyap, sesiapa yang bising saya akan catat nama mereka dan

 berikan kepada Cikgu Haniza,” kata Syajid lagi.

“Raju…….Kamal…….Ah Kaw, duduk di tempat kamu. Nanti saya

adukan perbuatan kamu kepada cikgu!” kata Syajid memberi amaran.

Raju, Kamal, dan Ah Kaw tidak sudah-sudah mengusik Shiou Peh,

seorang murid yang pendiam di kelas tersebut. Mereka cuba mengambil bungkusan yang terdapat dalam beg Shiou Peh.

“Ja……jangan ambil beg saya,”kata Shiou Peh. Air matanya mula

mengalir.

“Raju…..Kamal…..Ah Kaw, kenapa kamu bertiga suka mengusik 

Shiou Peh,” kata Shikin yang duduk di sebelah Shiou Peh.

Kami suka…….kami seronok……Ha…..Ha…Ha…Ho. Ah Kaw

ketawa terbahak-bahak.

Syajid berasa kasihan melihat Shiou Peh diusik oleh kawan-

kawannya. Setahunya, Shiou Peh seorang murid yang baik dan tidak pernah

mengganggu sesiapa.

“Siapa yang bising tadi hingga saya terdengar di bilik mesyuarat?

Cepat bangun, kalau tidak saya akan denda seluruh kelas,” kata Cikgu

Haniza apabila masuk ke kelas.

“Raju….Kamal dan Ah Kaw mengusik Shiou Pei cikgu,” beritahu

Syajid.

“Kamu bertiga, pergi minta maaf kepada Shiou Peh. Saya tidak suka

kamu berbalah sesama sendiri. Kita hidup mestilah hormat-menghormati

 bukannya mengusik perasaan orang lain,” nasihat Cikgu Haniza.

8/3/2019 bercerita tahap 2

http://slidepdf.com/reader/full/bercerita-tahap-2 2/4

“Kami minta maaf, Shiou Peh. Kami berjanji tidak akan mengusik 

kamu lagi,” kata mereka bertiga.

“Saya maafkan,” kata Shiou Peh sambil mengesat air matanya.

Ringg……Ring……Ring…….Loceng rehat berbunyi. Semua murid

keluar kelas untuk ke kantin. Seperti biasa Shiou Peh akan berjalan ke

 belakang penjuru blok sekolah. Di tangannya terpegang satu bungkusan.

“Apa yang hendak dibuat Shiou Peh? Apakah dalam bungkusan itu?”

kata Syajid dalam hati.

Syajid mengekori Shiou Peh dari belakang. Tiba di belakang penjuru

 blok sekolah, Shiou Peh pun mengeluarkan batang-batang straw dan manik-manik kecil daripada bungkusan yang dibawanya.

Dengan pantas Shiou Peh menganyam batang-batang straw dan

manik-manik kecil tadi menjadi kuntuman bunga yang kecil dan menarik.

Dengan perasaan ingin tahu, Syajid menghampiri Shiou Peh perlahan-

lahan.

“Apa yang kamu buat ni, Shiou Peh? tanya Syajid.

“Ti…..tidak ada apa-apa,” jawab Shiou Peh gugup kerana terkejut.

Shiou Peh tergesa-gesa bangun dan cuba beredar.

“Eh, nanti dulu, Shiou Peh,” kata Syajid.

“Kenapa kamu buat semua ini? Jika kamu ada masalah, beritahulah

kepada saya. Sebagai seorang sahabat, saya akan cuba menolong kamu, jika

kamu dalam kesusahan.”

“Tak mengapalah, biar semua ini menjadi rahsia diri saya,” jawab

Shiou Peh menundukkan kepala.

“Cakaplah, kenapa?” pujuk Syajid.

8/3/2019 bercerita tahap 2

http://slidepdf.com/reader/full/bercerita-tahap-2 3/4

Akhirnya Shiou Peh mengalah.

“Saya terpaksa melakukan semua ini untuk menampung perbelanjaan

harian di rumah. Keluarga saya miskin. Ayah saya sedang terlantar sakit di

hospital. Adik-adik saya ramai yang bersekolah. Emak saya bekerja

mencuci kain di rumah orang. Sebagai anak sulung saya berasa

 bertanggungjawab membantu emak mencari duit,” terang Shiou Peh panjang

lebar.

“Kamu buat bunga-bunga straw ini untuk dijual?” tanya Syajid.

“Ya,” kata Shiou Peh.

“Ayah kamu sakit apa? tanya Syajid lagi.

“Dia sakit jantung. Penyakitnya sudah mencapai tahap kritikal,” jawab

Shiou Peh sedih.

Air matanya mula mengalir.

Ringg……ring…….ringg…….Loceng tamat waktu rehat berbunyi.

“Tak apalah, Shiou Peh. Kita balik ke kelas dahulu. Saya akan cuba

untuk membantu awak nanti,” kata Syajid dengan lembut.

Malam itu Syajid memikirkan cara untuk membantu Shiou Peh.

Syajid mengeluarkan wang dari tabung ayamnya. Dia bercadang untuk 

mendermakan wang itu kepada Shiou Peh.

Keesokan harinya, Syajid berjumpa dengan Cikgu Haniza. Dia

menceritakan penderitaan keluarga Shiou Peh kepada cikgunya.

“Saya cadangkan kita mengadakan kutipan derma untuk membantu

Shiou Peh, Cikgu,”kata Syajid.

“Ini wang simpanan hasil lebihan wang belanja saya untuk 

didermakan kepada Shiou Peh,” kata Syajid lagi.

8/3/2019 bercerita tahap 2

http://slidepdf.com/reader/full/bercerita-tahap-2 4/4

“Terima kasih Syajid. Cikgu bangga dengan kamu. Cikgu akan

kemukakan cadangan kamu itu kepada pihak atasan. Kita juga mungkin

meminta kerjasama pihak akhbar supaya membantu memungut derma untuk 

Shiou Peh,” kata Cikgu Haniza.

Syahid berjalan pulang ke keluarga. Hatinya berasa lega kerana dapat

menolong sesama insan.

Semasa melangkah masuk ke dalam kelasnya Syajid memandang

Shiou Peh dan tersenyum.

Shiou Peh membalas senyuman itu tanpa mengerti apa-apa.

“Semoga hari-hari akan mendatang, persahabatan kita erat seperti

eratnya kuntuman bunga straw awak, Shiou Peh,” kata Syajid dalam hatinya.